Saturday, 24 December 2016

Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (20)


   Bakti menghentikan trak yang dipandunya dengan tiba² dan terus melompat keluar.Bakti ternampak ada cahaya dari arah rumahnya dan tahu neneknya mesti berada didalam.Tetapi bakti hanya boleh menduga apa yang sedang dilakukan oleh neneknya ketika itu.

   Kerana terlalu khusyuk dengan menjalankan ilmunya untuk memusnahkan linda dan harun,lili tidak menyedari bakti telah pulang.Bakti dengan rakus menarik neneknya.

   "Nenek."Jeritnya dengan nada marah yang amat sangat."Dengan nama tuhan apa yang sedang nenek lakukan ini?."Mata bakti terbeliak menentang muka neneknya.

   "Keluar.Keluar."Pekik neneknya kepada bakti."Kau dah terlambat,mereka hampir mati lemas sekarang di paya itu.Binatang² di lombong itu hanya menunggu masa sahaja untuk membaham mereka.Dan mereka berdua akan mati bersama di paya itu juga."

   Bakti menolak neneknya ke tepi dengan sekuat-kuat tenaga,dan merentap bekas air yang sedang dilihat oleh lili.Bakti dapat melihat harun dan linda sedang bergelut untuk melepaskan diri.Hatinya benar² sayu apabila melihat harun melonjakkan linda ke atas untuk membolehkan dia menyedut udara kerana lehernya hampir tercekik.

   Bakti kemudian memalingkan mukanya kearah lili.Neneknya sudah tidak sedarkan diri.Matanya berair dan mulutnya sentiasa bercakap.

   Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran bakti ketika itu tidak ada lain kecuali pergi ke kawasan paya itu secepat mungkin untuk menyelamatkan harun dan linda.Bagaimana pun,beliau perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mereka berdua.

   Secepat mungkin bakti mencapai pengail ikan dan mengikat beberapa helai kain dihujungnya.Kemudian dia mencelupkan kain tersebut ke dalam minyak tanah.Bakti juga sempat membawa sekotak mancis untuk dibawa bersamanya.

   Menurut moyangnya sebelum itu anak² patung yang diukir oleh lili kemungkinan digantung tidak jauh dari rumahnya dan bakti hanya menghabiskan masa selama beberapa minit untuk mencarinya.Dia berhati-hati takut terpijak bulatan yang dilukis oleh neneknya dan terus menyalakan api pada pengail yang digunakannya sebagai jamung.Jamung itu membakar dengan marak dan bakti ternampak anak² patung berkenaan.Bakti membakarnya serta berkata."Bakar segera hingga hangus,jahanamkan ilmu yang dijalankan malam ini."

   Bakti memastikan anak² patung itu benar² terbakar kemudian dengan menggunakan jamung itu dia menolak lilin yang diletakkan dalam bulatan tadi.Jamung itu sengaja diletakkan diatas lilin supaya ia dapat hangus dengan segera dan kemudian berlari kearah truknya.

   Semasa bakti memandu dengan selaju-lajunya di jalan raya yang bengkang-bengkok dia teringatkan pemberian moyangnya yang terdiri dari beberapa potong ayat al-quran,dari surah yasin."Ini akan melindungi diri kau bakti."Masih terdengar lagi bakti pesanan yang diberikan oleh moyangnya sebelum ini.

   Moyangnya juga sempat memberikan sebatang dahan kayu yang bakti tidak tahu dari jenis apa.Mengikut moyang nya bakti mesti mengikut arah yang ditunjukkan kayu itu.Selepas memandu dengan laju selama lima belas minit,bakti memperlahankan keretanya.Dari suluhan kereta truknya bakti ternampak sesuatu didalam kawasan paya.Dia terjun dari trak itu untuk melihatnya.

   Dengan lampu picit yang dibawanya dia ternampak kereta mewah mustang kepunyaan harun hampir terbenam didalam paya.Kedua-dua belah pintu dikiri kanan kereta itu tertutup dengan rapat serapat-rapatnya.Bakti ternampak cebisan kain berwarna biru terletak dibahagian cermin tingkap kereta itu.Bakti teringat kain itu mungkin cebisan baju linda.

   Bakti menyuluh kan lampu picitnya ke kiri dan ke kanan.Dia tidak nampak apa² kecuali air serta pokok² yang hidup segan mati tak mahu dalam paya berkenaan.

   Dia berlari kearah truknya dan menarik keluar seutas tali yang panjang.Bakti memikul tali itu diatas bahunya dan turut membawa kayu yang diberi oleh moyangnya.

   Bakti membuka pintu kereta mustang harun tetapi dia tidak ternampak sesiapa dan tidak ada kesan² darah juga.Kayu yang dibawanya menunjuk ke arah utara.Bakti mengharungi kawasan paya berkenaan dengan secepat mungkin kerana dia tahu masa baginya penting untuk menyelamatkan harun dan linda.

   Linda dan harun bergelut dalam paya itu.Bunyi² bising yang didengar tadi telah hilang dari kedengaran.Air sudah hampir ke tengkuk harun dan dia berusaha untuk menarik linda ke atas bagi membolehkan dia bernafas.Linda menjerit sekuat tenaganya yang boleh.

   Kemudian dia terlihat cahaya tidak jauh dari situ."Oh.Tuhan."Pekik linda lagi.Tetapi cahaya itu semakin dekat seolah-olah ada orang yang datang untuk menghampiri mereka berdua.

   "Harun."Kata linda antara kedengaran dan tidak."Ada orang datang,ada orang datang."Ulangnya lagi.Tanpa disuruh-suruh lidan berkata."Tolong,tolong."Bagaimana pun,mereka berdua tidak mahu bergerak dengan lebih kuat kerana mereka mungkin terbenam didalam paya.

   Bakti terdengar jeritan linda yang tidak sampai tiga puluh ela dari mana dia berdiri sekarang.Bakti terlihat bayang² mereka berdua yang sudah hampir ditimbus ke dalam paya.

   "Harun.Linda."Jeritnya dengan sekuat tenaga."Jangan bergerak.Saya akan datang."Bakti terus mengharungi kawasan paya berkenaan dan dia tahu betapa bahayanya kedua remaja berkenaan dan berharap dia akan mempunyai tenaga untuk mengheret harun dan linda keluar.Bagaimana pun,dia tahu untuk menyelamatkan mereka seorang demi seorang adalah perkara mustahil.

   Bila bakti berhampiran bakti dapat melihat mereka berdua sudah hampir lemas dan terbenam dalam paya.Air sudah sampai ke dagu harun dan linda juga begitu.

   Bakti menyuluh lampu picitnya ke arah lain.Dengan sekuat tenaga dia mencampakkan tali ke arah linda dan berkata."Pegang kuat² dan hulurkan hujung nya kepada harun."

   Linda menarik tali itu sekuat tenaga.

   "Jangan bergelut."Jerit bakti.Dia bergerak kearah sebatang pokok yang berhampiran dan mengikat tali berkenaan di batangnya."Dah dapat ke tali itu?."Tanya bakti kemudian.

   Bakti yang berdiri berhampiran dengan pokok dimana dia mengikat tali tadi cuba menarik tali itu sekuat tenaganya.Bakti dapat melihat harun cuba untuk bernafas.Bagaimana pun,kini mereka berdua sudah berdiri didalam paya yang cetek dan tidak lagi terbenam sehingga ke dagu.Bakti terus menarik tali yang dipegang  oleh harun dan linda.Akhirnya bakti dapat menarik mereka ke darat.

   Bakti dapat melihat dengan matanya sendiri bahawa mereka berdua begitu letih serta tidak bertenaga.Badan mereka berlumuran dengan selut dan baju mereka koyak rabak.Bagaimana pun mereka gembira kerana masih hidup.

   Bakti lalu mengajak mereka pulang dan menuju kearah truknya yang berhampiran.

   "Kami terbabas,saya tidak tahu apa sebabnya."Dan menambah."Stering kereta itu seolah-olah ditarik.Selepas itu tahu² kami dah berada didalam paya.Kemudian berbagai-bagai kejadian yang mengerikan berlaku susah untuk diceritakan."

   Bakti lalu mendiamkan diri.

   Bila bakti tiba diperkarangan rumah hayati dia membunyikan hon keretanya beberapa kali.Encik radhi meluru keluar untuk melihat siapa yang datang.

   Bahkan,dia terkejut melihat kedua tubuh remaja itu penuh dengan selut dan memekik memanggil isterinya."Habibah panggil doktor segera."

   Sebelum dia sempat bertanya lebih lanjut bakti memberitahu mereka berdua terlibat dalam kemalangan."Saya yang lalu disitu ternampak dan menarik mereka keluar."

   Harun kebingungan mendengar kata² bakti.Dia berjanji untuk menyoal bakti kenapa dia berada disitu.

   Puan habibah yang berbaju tidur keluar dan menyoal."Abang,apa yang dah berlaku?"Apabila dia melihat harun dan linda dia menambah."Oh,tuhan."

   Encik radhi kemudian memandang kearah harun dan kemudian bertanya kepada bakti apa sebenar yang terjadi.Bagaimana pun,bakti sudah tiada.Dia telah berlari kearah rumahnya dengan secepat kilat tadi.

   Dia berpaling semula kearah harun dan menyuruhnya masuk untuk minum kopi.Doktor akan tiba tidak lama lagi dan doktor itu akan memastikan sama ada mereka cedera atau tidak.

   Mereka berjalan kearah rumah dan terdengar bunyi yang menyeramkan datang dari arah rumah lili."Duduk disini."Arah encik radhi.Bagaimana pun isterinya,harun dan linda mengekori dari belakang.

   Dia terlihat bakti yang memeluk neneknya yang sudah terkejang diatas lantai.Matanya memandang keatas serta berair dan mulutnya pula ternganga.

   Bakti mendongakkan muka kearah mereka.

   "Dia dah mati."Ujarnya."Kemarahan yang amat sangat terhadap orang lain membunuh dirinya kemudian.Saya sendiri tidak mempercayainya sehingga ke saat² akhir.Bagaimana pun dah terlambat untuk menghentikan apa yang akan dilakukan  oleh lili."Beritahu bakti sambil menangis teresak-esak.

   "Oh,harun kenapa lili membenci saya sehingga begitu?Saya hanya teman hayati sahaja.Kenapa dia membenci saya?."

   Harun datang kearah bakti dan merangkulnya.

   "Dengar ini bakti.Itu bukan salah kamu.Ilmu yang dipraktiknya yang membunuh nenek kamu itu.Tidak ada apa yang boleh kau buat."

   Puan habibah datang dan menarik bakti keluar.

   Encik radhi mengerling kearah lili dan berpaling kearah harun dan linda lalu mengajak mereka balik."Mari pulang."Katanya."Saya hendak memanggil ambulan dan polis."

   Ketika melangkah keluar harun dan linda mendongak ke arah langit.

   "Jangan takut.Tiada apa yang hendak ditakutkan lagi."Beritahu harun."Bagaimana pun lebih baik kita berada didalam rumah dari di luar."Mereka berjalan beriringan tangan dan cuba untuk melupakan peristiwa yang lalu.

(Selesai)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (19)


   Lili juga turut memperhatikan bulan yang tengah mengambang itu.Baginya bulan kali ini benar² besar.Senanglah aku untuk menjalankan ilmu itu nanti fikirnya sambil mengelamun.

   Lili bingkas bangun sambil tangannya meraba-raba kotak mancis dalam kocek bajunya.Lili melangkah kan kakinya perlahan-lahan dan berhati-hati kedalam bulatan yang dilukisnya diatas tanah lalu menyalakan lilin dalamnya.Kemudian lili melangkah pulang da sebelum itu dia sempat menutup bulatan berkenaan.Tidak ada benda hidup boleh hidup senang jika berjaya memasuki bulatan itu fikirnya lagi.

   Api lilin itu terus marak membakar dan lili tidak menoleh untuk melihatnya lagi.Bahkan,dia mempercepatkan langkah untuk segera sampai ke rumah.Bila semangat yang diseru tiba tidak ada siapa yang boleh melihat kalau tidak ilmu itu tidak akan menjadi.

   Setibanya didalam rumahnya lili mengambil besi kosong yang diisi dengan air.Lili kemudian memasukkan air hitam pekat dari botol kecil ke dalam air yang telah diisi dalam besi tadi.

   Tiba² air yang jernih tadi bertukar warna hitam pekat.Lili mengocakkan air itu dan dengan jelas dia dapat melihat wajah orang sejelas wajah di televisyen.

   Lili dengan jelas dapat menyaksikan harun dengan linda bersiar-siar didalam kereta yang dipandu oleh harun,berhampiran dengan kawasan paya.Harun memerhatikan linda yang berada disisinya dan lili dapat melihat dengan nyata bahawa mereka begitu sayang menyayangi.Dari wajah mereka lili tahu mereka tidak akan duduk dengan lebih lama lagi dikereta itu.

   Dari almarinya lili mengeluarkan tulang lutut babi,yang digamkan dengan bulu ayam jantan yang dibunuh ketika bulan mengambang.Lili menunggu beberapa minit sebelum keluar semula.

   Dia mendekati pokok dimana telah digantungnya anak patung itu tadi.Api lilin itu telah pun padam.Bagus.Fikirnya semangat yang diseru telah pun datang.Lili berhati-hati berjalan kearah pokok itu kerana sengaja tidak mahu melangkah garisan bulat yang dilukisnya tadi,sambil membaca apa juga jampi serapah yang diketahuinya.

   "Pergilah."Arah lili kepada semangat dan roh² orang mati yang berada disekelilingnya."Pergilah ke kawasan paya dan menarilah dalam cahaya bulan mengambang.Cakaplah kepada binatang² disana makanan mereka sudah ada mereka tahu apa yang hendak dilakukan."

   Lili berhenti berhampiran dengan patung tersebut dan mulutnya berkumat-kamit membaca jampi serapah."Sudah bernafas dan sukar memandu."Laungnya lalu mengangkat kedua belah tangannya ke atas berulang kali.

   Dikiri kanan jalan raya itu hanya kawasan paya sahaja.Harun memandu keretanya ditengah-tengah jalan raya untuk mengelak keretanya terbabas ke dalam kawasan paya.

   "Rantai ini semakin ketat sehingga menyakitkan leher."Komplen linda kepada harun."Cangkuknya tidak boleh dibuka,harun boleh tolong saya?."

   Belum sempat pun tangan harun membuka cangkuk rantai leher itu,kereta itu terbabas seakan-akan ditolak ke tepi.Dengan sebelah tangannya sahaja yang memegang stering harun tidak boleh berbuat apa² dan kereta itu terus menjunam ke dalam paya.

   Sunyi sepi keadaan ketika itu.Kemudian harun bersuara."Linda,kau selamat?"Harun memeriksa tubuhnya tetapi tidak ada tulang yang patah.

   "Saya kira begitu."Kata linda dengan suara yang perlahan."Saya tidak boleh bernafas.Apa yang telah terjadi?."

   "Saya tidak tahu.Mungkin kita kemalangan."Harun lantas membuka tali pinggang keledarnya dan kemudian membuka tali pinggang keledar linda."Kereta ini akan terbenam ke dalam paya keluar lekas."

   Harun cuba membuka pintu kereta,tetapi pintunya tertutup rapat.Linda menghentaknya beberapa kali tetapi masih tidak mahu terbuka juga.

   "Lupakanlah."Tambah harun.Dengan pantas dia menurunkan cermin tingkap dan mengajak linda keluar lekas."Linda.Keluar lekas."

   Harun yang dulu keluar menarik tangan linda.Kedua-dua mereka jatuh kedalam kawasan paya yang penuh dengan lumpur.

   Harun dengan pantas menarik tangan linda."Matilah kita."Laungnya lagi.

   "Kita perlu lari dari sini kalau tidak kita akan mati terbenam juga."

   Mereka berlari dalam kawasan paya itu yang dipenuhi air hitam pekat.Harun berhenti berlari dan memandang sekitar kawasan itu.Walau pun mereka baru sempat berada beberapa ela dari tempat keretanya terbenam,tetapi kelibat kereta itu pun tidak ada.Walau pun harun mengesat-ngesat matanya tetapi permandangannya yang ada masih sama.

   Apa yang dapat dilihat ialah kawasan sekitar yang menggerunkan.Cahaya bulan kelihatan samar² dan pokok² kelihatan semacam rangka manusia.Dalam kegelapan malam mereka boleh mendengar berbagai-bagai bunyi termasuk bunyi katak yang hidup didalam paya.Harun tahu sudah pasti ular² berbisa juga ada dikawasan itu.

   Bila dia menoleh kebelakang harun tahu mereka telah sesat.Kawasan itu dilihatnya sama sahaja.

   "Harun."Pekik linda lagi."Ada sesuatu yang memegang kaki saya didalam air ini."Linda menjerit lalu menghulurkan tangannya kepada harun.

   "Pegang tangan saya ini."Kata harun."Mari ikut jalan ini mungkin ada jalan disana.Perhatikan kalau ada benda yang menghalang kita."

   "Keadaan sekitar sungguh menggerunkan."Bantah linda."Harun,saya betul² takut."Bagaimana pun,linda masih memegang erat tangan harun.

   Lili melihat saja dari air yang ditiliknya bagaimana pasangan remaja itu bergelut dengan maut.Kali ini hatinya benar² puas.

   Ini baru permulaannya sahaja,fikir lili lagi.Ini bukan lagi bermimpi tetapi benar² berlaku di alam nyata.

   "Harun,lihat.Itu cahaya lampu."Jerit linda lantang sambil tangan kanannya menunjukkan ke arah mana datangnya cahaya itu.

   Dari tengah² kawasan paya itu,harun nampak memang benar ada cahaya yang samar."Mungkin ada orang lalu.Tolong.Tolong."Pekiknya.

   Sambil mengesat muka masing² dengan tangan kerana terkena percikan air paya pasangan remaja itu mengharugi paya itu sepantas yang boleh.Tiba² harun berhenti dan menolak linda ke belakang.Dia ternampak ada benda yang sedang menyusur dalam air tidak jauh dari mereka.

   "Lari.Itu ular air."Laung harun,lalu menyentap pohon kayu yang hampir reput untuk memukul ular itu.Kemudian kemungkinan kerana takut ular itu menyusur ke tempat lain.Secepat kilat kemudian,harun dapat melihat banyak lagi ular² seperti itu yang berkeliaran didalam air.

   "Lihat.Cahaya itu semakin dekat."Kata linda."Saya fikir ada orang yang datang."Jerit linda sambil melambai-lambaikan tangannya.

   Mata harun terkelip-kelip memandang bayangan yang datang,yang dilihatnya bukan mempunyai bentuk manusia sambil memegang seakan-akan lampu picit.Sebaliknya bentuk bayangan manusia itu sendiri yang bercahaya seakan-akan berwarna kuning.

   Semakin dekat bayangan itu semakin meremang bulu roma harun dan mulutnya terasa amat kering.

   Itu hayati.

   Dia memakai baju hospital berwarna hijau dan bajunya bergoyang-goyang walaupun tidak ada angin yang memukulnya.Kemudian bila makin dekat,bayangan hayati seakan-akan menunjukkan arah untuk diikuti.

   Laungan linda begitu kuat bila dia dapat mengenali wajah temannya dengan betul."Oh tuhan."Katanya."Itu hayati.Tetapi tak mungkin kan hayati masih terbaring di hospital lagi."

   "Lari."Jerit harun lalu menolak linda ke tepi.Lintang-pukang mereka lari bertempiaran dalam paya sambil mengelakkan onak² yang banyak bertaburan.

   Kemudian mereka berdua ternampak bayangan kedua,yang datang dari arah pokok dihadapan mereka.Linda menekup mulutnya dengan tangan untuk mengelakkan dia menjerit lagi.Itu wajah bapanya,yang kelihatan seakan-akan mayat berjalan,dan menghulurkan tangannya kepada linda.

   Harun tahu ini alamatnya tak baik.Dengan sekuat tenaga harun melemparkan kayu ditangannya ke arah bayangan bapa linda.Kayu berkenaan terkena tepat pada sasarannya.

   Sebaik sahaja terkena pukulan kayu yang dilemparkan harun bayangan itu hilang sedikit demi sedikit.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (18)


   Linda duduk berehat ketika yang lain sedang sibuk hendak menari.Dia begitu khusyuk mendengar bunyi muzik yang bergema yang membuatkan pelajar² lain mengangkat kaki untuk menari.

   Lili pula mengenakan baju yang paling bersih lalu mengumpulkan kulit ular dan dua anak patung yang diukir dari akar kayu dan sebatang lilin.Kemudian dia memadamkan lampu rumahnya dan berjalan keluar.Bulan ketika itu tengah mengambang dan langit pula cerah.

   Dia berjalan ke arah belukar di belakang rumahnya menuju ke arah sebatang pokok ru yang rendang.

   Dia duduk bersimpuh dan mengatur kulit ular dan meletakkan anak patung yang dibuatnya sendiri.Kemudian lili menggantung rantai dileher anak patung yang diberi sifat² perempuan.Kemudian anak patung itu dibalut dengan kulit ular bersama-sama dengan beberapa helai rambut linda dan serpihan cat dari kereta harun.Kesemuanya itu diikatnya dengan ketat dan digantung didahan pokok ru yang rendang dan mempastikan tidak hampir betul dengan tanah.

   Lili kemudian meletakkan lilin keatas tanah dan dengan hati² dengan melukis bulatan dan menyimpan sedikit ruang untuk membolehkan dia keluar masuk kedalam bulatan berkenaan.Lili tersenyum sendiri kerana tahu dia boleh memulakan kerjanya itu tidak lama lagi tambahan pula bulan mengambang malam itu.

   "Mari bulan."Seru lili sambil menyeru ke arah bulan dilangit.

   Bagaimana pun lili tidak melepaskan peluang mengerling kearah barang² yang digantungnya tadi.Dia memandang kearah bulan itu lagi dan tersenyum kerana tidak lama lagi ilmunya akan berjalan.Lili geli hati kerana binatang² yang ada didalam paya sedang menunggu arahan selanjutnya darinya.Tidak lama lagi dia akan menyerunya.Tiba² lili terasa sakit yang amat sangat dileher kiri dan didadanya.Sakit² seperti itu hanya dialaminya sebaik sahaja beliau memutuskan untuk merosakkan linda.Lili membongkok kan badannya untuk menahan rasa sakit.

   Bakti semakin resah semakin lama dia duduk dirumah moyangnya itu.

   "Bakti kau sepatutnya datang kesini lebih awal lagi,kerana lili itu boleh melakukan apa sahaja untuk menjahanamkan orang yang dia tidak suka."

   Dirumah moyangnya,bakti hanya mendengar bunyi cengkerik serta binatang² hutan yang mengeluarkan bermacam-macam jenis bunyi.Bakti benar² takut.Dia menyesal kerana tidak mempercayai apa yang diberitahu oleh harun dulu.

   "Saya tidak tahu apa yang boleh kamu lakukan sekarang ini bakti?."Beritahu moyangnya."Jika lili sudah membakar lilin dan membuat bulatan adalah sukar untuk menahannya lagi."Moyangnya menambah."Jangan kau pijakkan kaki kedalam bulatan itu bakti,maut kau nanti."Moyang tua bakti kelihatan mengerutkan dahi dan menambah."Ada cara lagi untuk menahan lili.Tetapi masih belum terlambat.Dengar ini."

   Harun dan linda meninggalkan majlis itu buat sementara untuk menyedut udara nyaman diluar.Wajah linda berseri-seri malam itu.

   "Malam ini sungguh istimewa dan tempat ini pula semacam dalam kayangan."Kata linda sambil memperhatikan keadaan disekelilingnya.Lampu² yang mengerlipan dan orang ramai yang berpakaian segak menambahkan lagi kecantikan tempat berkenaan.

   Band yang memainkan muzik telah berhenti bermain untuk berehat seketika.Harun dan linda ternampak seorang perempuan separuh umur naik ke pentas lalu mencapai microphone.

   "Itu kan puan habibah."Bisik harun."Saya yakin dia salah seorang jawatankuasa penganjur malam itu."

   "Tolong berikan perhatian sebentar."Ujarnya.Bila dewan itu kembali senyap dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir serta jawatankuasa yang memberikan kerjasama kepadanya.

   "Kini tibalah acara yang ditunggu-tunggu."Umum puan aminah lagi."Kita akan mengumumkan ratu bagi tahun ini."Beliau lalu menceritakan dengan panjang lebar bagaimana ratu dipilih bagi setiap tahun.

   Beliau menambah pemilihan ratu bukan perkara mudah kerana pemenangnya dimestikan mempunyai perwatakan menarik,cantik serta mempunyai kepandaian.

   Beliau lalu mengumumkan anita johan sebagai ratu bagi tahun tersebut dan kemudian meletakkan mahkota diatas kepalanya.Linda tidak sampai hati untuk melihat dengan lebih lanjut kerana yang terpilih tidak secantik hayati.

   "Saya tahu linda,tetapi janganlah menangis."Ujar harun memujuk lalu menarik tangan linda keluar ke beranda.Band muzik memainkan muzik semula dan mereka berdua masih tetap diluar manakala pasangan² lain sibuk menari.

   "Baru jam sepuluh setengah.Mari kita bersiar-siar sambil menyedut udara bersih di luar."Aju harun kepada linda.

   Pasangan remaja itu kemudian berjalan kearah kereta harun."Saya tahu ada tempat istimewa dimana terdapat tasik yang sungguh menarik diwaktu malam."Kata harun.

   "Apa sahaja lah."Jawab linda yang tidak pernah membangkang kata² harun.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (17)


   Baju itu dipotong dan dijahit semula dan siap untuk dipakai oleh linda menjelang malam jamuan berkenaan.

   "Saya sangat gembira."Kata puan habibah."Baju biru itu memang sesuai kerana kulit yang putih itu."

   Linda juga gembira.Baju itu sememangnya sesuai untuk dirinya.Dia seolah-olah tidak sabar untuk menunggu malam esok.Sebelum itu linda telah memberitahu hayati bahawa bajunya telah dikoyakkan serta tidak boleh dipakai lagi.Linda ingin mempastikan bahawa hayati membenarkannya memakai bajunya itu.

   Hayati begitu baik hati."Memang saya tak kisah.Jika baju itu tidak dipakai mungkin tidak dipakai lagi kerana stylenya dah berubah bukan?."

   Malam sabtu itu linda dan harun mengunjungi hayati agak awal dihospital kerana linda mahu bersiap-siap lebih awal.Bila mereka sudah hampir hendak pulang hayati mengingatkan mereka."Jangan lupa ambil gambar."

   "Kami tak akan lupa."Tambah mereka serentak.

   "Kami akan berhenti dalam perjalanan untuk membeli filem."Linda menambah.

   "Saya ingin tahu siapa yang akan terpilih sebagai ratu?."Kata hayati."Saya terlupa hendak bertanya ibu."

   Bila jururawat masuk kebilik hayati berada mereka berdua pun pulang.

   "Kesian hayati."Kata harun semasa mereka berjalan keluar."Semua orang kesian kepadanya yang bertahun-tahun ingin menjadi ratu dan bila telah terpilih ini yang berlaku."

   Harun membuka pintu kereta untuk linda dan belum menghidupkan enjin kereta dia bertanya."Masih mendapat mimpi yang menyeramkan lagi linda?."

   "Nampaknya kini kau dapat tidur lena."

   "Ya,sejak beberapa malam lalu."

   Harun tidak tahu sama ada dia mahu menceritakan tentang perbualannya dengan bakti.Selepas pulang linda mandi dan membasuh rambutnya.Dia tidak menjamah pun nasi malam itu kerana terlalu gembira dapat pergi ke majlis seumpama itu.

   Ketika dia sedang mengenakan make up puan habibah masuk untuk melihat sama ada linda memerlukan pertolongan."Baju itu sesuai bukan?."Soal puan habibah.

   Puan habibah turut memerhatikan linda berbedak."Alangkah baiknya kalau hayati dapat melihat bagaimana linda memakai bajunya."

   "Pukul berapa ini?."

   "Baru tujuh setengah.Masih banyak lagi masa."Ketika linda dan puan habibah sibuk berbual lili pun turut sibuk dirumahnya melakukan berbagai-bagai perkara.

   Dia ingat dia boleh mengambil tempat hayati,fikir lili.Lili ketawa sendiri.

   Dia kemudian pergi ke almari dimana tersimpan berbagai-bagai jenis akar kayu dan terdengar bakti pulang.Lili dengan segera menutup pintu almarinya.

   "Kenapa pulang lewat?."Sergahnya.

   "Kan saya dah beritahu semalam saya ada kerja² tambahan untuk dibuat.Dia memberikan saya dua puluh ringgit sebagai upah."

   Lili melihat sahaja wang yang ditunjukkan oleh bakti kepadanya.

   "Kau ini hilang sahaja sejak kebelakangan ini."Leter lili lagi.

   "Saya ini kan berkerja.Sentiasa sahaja bekerja."Katanya sambil berjalan ke sinki untuk membersihkan tangan.Sambil mengesat tangannya bakti berkata."Saya hendak keluar sebentar ada kerja sedikit untuk dibereskan."

   Bakti menghidupkan enjin kereta dan mengharapkan moyangnya akan berada di rumah.Bakti tahu dia perlu pergi segera.Linda dan harun akan tetap pergi ke majlis jamuan itu dan perangai neneknya berubah betul sejak adanya bulan mengambang.

   Bakti memandu traknya kearah lebuh raya dan kemudian membelok kearah jalan tanah merah menghala ke kawasan pedalaman.
 
   Lili melihat sahaja bakti pergi dan kemudian meneruskan kerja-kerjanya semula.Selama hidupnya beliau hanya mempraktikkan ilmu yang dituntutkan kepadanya untuk menilik dan untuk menjahanamkan orang yang tidak disukainya.

   Lili kemudian mengeluarkan akar² dan kulit ular dari almarinya.Dengan menggunakan pisau yang tajam,lili mengukir anak patung berupa manusia.Ketika itu beliau tetap mengerling kearah keluar tingkap yang terbuka untuk melihat kearah bulan mengambang.Dia tersenyum gembira.

   Puan habibah baru sahaja selesai memakaikan linda rantainya apabila terdengar pintu hadapan rumahnya diketuk orang bertalu-talu.

   "Oh harun."Kata linda lalu berlari turun ke tingkat bawah.

   "Jangan berlari."Arah puan habibah."Saya akan turun untuk membukakan pintu kerana lili dah pulang dan pakcik kau pula menonton televisyen di perpustakaan."

   Sebelum linda pergi puan habibah sempat mencium pipinya.

   Linda sempat melihat wajahnya di cermin sebelum keluar.

   "Linda kau kelihatan sungguh cantik."Jerit harun apabila melihat linda datang.

   "Kau pun serupa juga."Kata linda pantas.

   Linda mencapai tangan harun dan berjalan beriringan ke bilik perpustakaan untuk memberitahu pakcik radhi yang mereka hendak pergi."Kau ke linda."Usik pakciknya."Kau nampaknya sungguh menarik sekali.Jaga linda itu baik²."Katanya kepada harun.

   "Kita perlu singgah dirumah saya seketika.Ayah hendak mengambil gambar² kita.Dia tentu tidak akan percaya apabila melihat kau nanti linda."Siap sahaja bapa harun mengambil gambar² mereka berdua pun pergi.

   Lili baru sahaja selesai mengukir didapurnya.Dua anak patung dari akar kayu diukirnya satu lelaki dan satu lagi perempuan.Anak patung lelaki dipakaikan seluar hitam dan berkot.Dan perempuan diberikannya berskaf,berbaju merah jambu dan berantai leher.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (16)


   Petang itu selepas sekolah harun dan linda mengunjungi hayati di hospital.Harun kemudian berjalan-jalan keluar dan linda mengambil kesempatan itu untuk memberitahu hayati mereka akan menghadiri jamuan itu bersama-sama.

   "Saya sungguh gembira kau akan pergi dengan harun."Jawab hayati gembira."Kau perlu pergi walau pun aku tidak dapat pergi."

   "Terima kasih lah kerana berfikiran terbuka.Kau tak kisah ke kami keluar berdua?."

   Hayati bangun perlahan-lahan.Kemudian baru lah dia meneruskan kata-katanya."Linda saya memang tak kisah sebab kami berdua sudah macam adik-beradik."Hayati kemudian menarik nafas panjang."Teman doktor saya itu pun sudah berkahwin.Ini dah nasib hayati."

   "Bagaimana pun,mintalah dia mengajar kamu bermain backgamman."Kata linda."Kemudian bila dah pandai kata bertiga boleh beradu."

   "Kau ni nampaknya dah kurus melidi.Kau pasti ke boleh memakai baju aku itu?."Aju hayati yang nampaknya begitu terkejut melihat wajah linda yang bertambah pucat,dan menambah."Ada sesuatu ke yang mengganggu fikiran kau?Kau nampaknya seolah-olah tak cukup tidur."

   "Tak ada apa² hayati."Jawab linda pantas dan tersenyum."Hanya mimpi² yang menyeramkan dan menyebabkan saya bangun tengah malam.Bagaimana pun,saya terkilan kerana tidak dapat pergi menunggang kuda seperti biasa."

   Hayati meramas-ramas tangan linda."Sebaik sahaja saya pulih saya akan cuba menunggang kuda itu semula."

   "Percaya ke kau cuti hari raya akan bermula esok."Tambah hayati."Masa berjalan dengan terlalu perlahan.Mula² mereka bagi pil untuk tidur,kemudian mereka akan menggerakkan aku untuk makan.Dan selepas itu adalah sukar untuk tidur hingga ke subuh.Bila hendak tertidur semula mereka akan menghantar sarapan pagi walau pun selera tidak ada untuk makan."Hayati berkata demikian seolah-olah hendak melepaskan perasaan berbuku di hatinya.

   "Doktor itu dah beritahu bila kau dibenarkan pulang?."Tanya harun yang masuk semula ke bilik hayati.

   "Mungkin dalam masa sebulan.Ibu berkata dia akan meletakkan katil saya dibawah supaya tidak payah nak ke tingkat atas."

   "Bagaimana pun,saya tidak kisah kerana duduk dihospital lebih teruk dari itu bukan?."

   "Tetapi kakitangan disini semua baik² belaka.Tetapi saya kecewa doktor yang segak itu telah mendiri kan rumah tangga.Jika tidak adalah lebih seronok untuk tinggal disini."

   "Mungkin juga."Sampuk harun."Dan saya harap kau atau saya tidak akan menjejakkan kaki ke tempat ini lagi."

   Linda yang ingin menukar topik tajuk perbualan berkata."Saya ingin mencuba baju itu esok dan puan habibah akan memastikan baju itu boleh saya pakai."

   "Saya benar² berharap dapat melihat kau memakainya dan adalah lebih baik jika kau boleh singgah disini sekejap sebelum pergi."

   "His."Kata harun."Kami tidak akan pergi sebelum jam sembilan malam."

   "Harun.Kenapa kau tidak meminta ayah kau sahaja mengambil gambar² kita untuk membolehkan orang lain melihatnya."Syor linda pula.

   "Cadangan yang baik.Saya akan pergi nanti membeli filem."

   "Kamu hendak pulang makan malam ke?."Tanya hayati."Beritahu lili makanan disini tidak menyelerakan.Saya ingin hendak merasa makanannya semula."

   "Lili belum membawakan kau masakannya?Saya fikir dia ada membawakan biskut?."

   "Ya ada.Tetapi saya ingin memakan sup ketamnya atau pun bengkang ubinya.Bila pulang nanti tolong beritahu lili ya."

   "Oklah,bila pulang nanti saya beritahu ibu kau."Beritahu linda."Lili tidak mesra dengan saya kerana mungkin dia merasakan saya yang menyebabkan kau mendapat kemalangan."

   "Salah kau?Bodohnya dia."Ujar hayati lagi.

   "Dia kan dah lama mengenali saya dan tahu perangai saya juga."

   "Yalah tetapi kau tahulah perangai lili."Sampuk harun pula."Bagi nya kau lah segala-galanya."Sambungnya lagi.Harun juga sempat memberitahu hayati esok dia tak sempat datang tetapi akan turut menghantarkan linda untuk menemankan hayati di hospital.

   "Ok lah saya juga akan merasakan ketiadaan kau seperti biasa disini tetapi sekurang-kurangnya linda ada."Kata hayati lagi.

   Selepas makan malam itu puan habibah mensyorkan supaya linda mencuba baju hayati."Kenapa kita tidak mencubanya harinya sahaja."Syornya lagi.

   "Cadangan itu memang baik."Sebaik sahaja linda habis bercakap dia terlihat lili memandang tepat ke arah mukanya."Kenapa dia memandang aku begitu rupa?."Fikir linda didalam hati.Dia mengikuti puan habibah naik ke tingkat atas.

   Dengan teliti dia mengeluarkan baju itu dari beg plastik.Dia tergamam dan menjerit."Tengok baju saya ini dah jahanam."Baju itu telah digunting dari bahagian dadanya sehingga ke bawah.

   "Oh linda."Kata ibu hayati dan juga turut tergamam."Siapalah punya kerja ini?."

   Linda meluru ke katil dan menangis teresak-esak seperti budak kecil.

   "Jangan menangis sayang.Marilah kita fikir jalan lain untuk memperbaikinya semula."Pujuk puan habibah.

   Linda bangun dan mengesat air matanya yang bercucuran."Baju  ini dah tak boleh dijahit lagi."

   "Dengar linda.Saya ada idea baru."Kata puan habibah lalu mengeluarkan baju gaun chiffon dari beg plastik dan menghulurkannya kepada linda."Nah,cuba yang ini."

   "Mari cuba lekas."Linda menurut seperti yang disuruh walau pun baju itu dibuat untuk orang yang tinggi lampai seperti hayati dan bukan untuk mereka yang berbentuk kecil molek seperti dirinya.

   Puan habibah tergelak melihat linda mengenakan baju itu."Oh tuhan.Ia memang tidak padan dengan kau tetapi jangan bimbang."Ujarnya."Kita pulangkan baju itu ke kedai dan kemudian menyuruh tukang jahit kedai mengecilkan badannya."

   "Oh,makcik betul ke mereka boleh mengecilkannya."Linda memeluk erat puan habibah."Kemudian dia menggantung baju itu.

   "Saya pasti mereka boleh melakukannya."Jawab puan habibah lagi."Mari ikut saya."

   Linda mengikut puan habibah masuk ke bilik tidurnya.Puan habibah kemudian mengeluarkan rantai antik kepunyaannya.Mata linda terbeliak memandangnya.Puan habibah menyerahkan kalung itu kepada linda.

   "Rantai ini kepunyaan nenek saya.Saya bercadang hendak memberikan hayati memakainya bersama-sama dengan gaun birunya itu.Saya pasti kau mahu memakainya malam jamuan itu."Puan habibah menyerahkannya kepada linda.

   Linda tediam sebentar dan kemudian berkata."Saya tak tahu apa nak kata.Makcik pasti ke mahu saya memakainya nanti?Bagaimana kalau rantai itu tercicir?."

   "Takkan lah tercicir.Rantai itu ada dua penyakuk dan saya akan memasangnya sendiri nanti.Cuba lah biar makcik tengok bagaimana rupa kau bila memakainya."

   Mereka berdua berjalan ke arah meja solek.Linda memerhatikan sahaja makcik habibah memakaikannya rantai itu."Oh."Katanya sambil menarik nafas panjang.Rantai yang diberikan loket berlian bersinaran bila terkena cahaya lampu.

   "Maafkan saya makcik.Saya ada tuala bersih untuk bilik mandi puan."Kedua mereka terkejut melihat kedatangan lili yang nampaknya terpegun melihat rantai berpermata berlian itu.

   "Mari masuk lili."Aju puan habibah yang hairan kenapa lili datang membawakan tuala pada sebelah petang."Kami pun dah hampir siap ini."Puan habibah kemudian mengambil rantai itu dan memasukkannya semula ke dalam kotak."Ingatkan saya untuk memberikan kepada kamu di malam jamuan itu linda."Beritahunya kepada linda sebelum meninggalkan bilik tidurnya.

   Lili ternampak baju biru kepunyaan hayati diletakkan diatas katil dan dia naik baran.Siapa yang letakkan baju itu disitu?Linda hendak memakai baju hayati ke?Tak mungkin.Baju itu tidak sesuai untuk linda dan baju yang hendak linda pakai telah jahanam.Perlahan-lahan dia masuk dan mengambil baju itu lalu memasukkan kedalam almari.Lili memikirkan kemungkinan hayati terlupa hendak menyimpan baju itu kedalam almarinya sendiri.Rantai itu.Linda akan membayar harganya dan sebelum majlis itu selesai linda pasti akan menyesal kerana memakainya.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (15)


   Sambil berjalan pulang,bakti merasa fikirannya tidak tentu arah.Dia menyesali memarahi harun sebentar tadi dan berharap harun tidak mendendaminya.Tetapi itu tidak membimbangkannya.

   Tetapi bakti takut lili akan melakukan apa yang dikatakan oleh harun sebentar tadi.Selama bertahun-tahun bakti juga pernah merasai akar² kayu yang diberikan lili kepadanya seperti yang juga yang diberikan oleh lili kepada hayati.Yang bezanya ialah bakti boleh melihat apa yang dibuat oleh lili tetapi hayati tidak nampak itu semua.Bakti dapat membayangkan wajah lili semasa dia sedang menurun.Bakti juga mengetahui almari khas dimana lili menyimpan segala khazanah itu selama ini.

   Jauh dilubuk hatinya bakti mengetahui lili selalu menjalankan ilmu hitamnya.Bakti malu apabila mengingatkan itu semua.Dia juga malu kerana neneknya masih mempercayai itu semua.

   Lili selalu memberitahu bakti yang satu hari nanti dia akan menjadi seorang peguam atau doktor dan mahukan dia belajar bersungguh².Semasa kecil bakti pernah menyatakan keinginannya untuk kembali ke perkampungan orang asli semula tetapi hasratnya itu ditentang oleh lili.

   Selama bertahun-tahun menyaksikan apa yang dilakukan oleh lili sedikit sebanyak bakti turut terpengaruh.Mungkin juga linda juga terkena,fikir bakti lagi.

   Fikiran bakti tidak tentu arah.Mungkin lili cuba untuk menjahanamkan linda.Apa yang boleh dilakukannya.Lili yang berpengaruh ke atas dirinya selepas ibu bapanya mati terbakar.

   Untuk menuduh lili mengenakan sesuatu keatas linda susah untuk difikirkan oleh bakti.Tetapi dia mesti melakukan sesuatu jika boleh.Linda seorang gadis yang baik dan juga seorang teman rapat hayati.

   Hanya ada seorang saja yang mana bakti boleh mencurahkan perasaannya,moyangnya yang telah tua dan tinggal dikawasan pedalaman.Lili tidak menyukai orang tua itu dan jarang sekali membawa bakti bertemu dengannya.Bagaimana pun,bila bakti telah remaja dia selalu menghabiskan masa dengan moyangnya itu.

   Bakti banyak mengetahui berkenaan dengan kawasan pedalaman dimana moyangnya tinggal.Moyang nya itu juga mengetahui apa yang dilakukan oleh lili tetapi tidak memberitahunya kerana lili itu panas baran.

   Bila dia masuk kerumah,bakti dapat melihat lili sedang memasak sesuatu di dapur sambil membaca ayat² tertentu.Bakti tidak mahu memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh lili.

   "Hi,nenek apa yang dibuat itu."Tegur bakti."Kenapa nenek tidak berada di hospital menunggu hayati?."

   "Tak apa lah bakti."Jawab neneknya pantas."Kan ada buku yang perlu kau baca?Lebih baik kau membacanya sebelum nenek membawa makan malam."

   Sama ada bakti duduk dimeja membaca buku dia dapat menyaksikan bahawa neneknya turut berubah bila hayati mendapat kemalangan tempoh hari.Lili baginya kini cepat panas baran.

   Bakti tersentak apabila lili masuk membawakan sepinggan nasi dan sambal tumis udang.

   "Terima kasih nek."Katanya perlahan.Lili cepat beredar dari situ untuk menyiapkan makan malam ibu bapa hayati pula.

   Selepas melawat hayati,harun dan linda makan malam bersama-sama dengan ibu bapa hayati lagi.Sama ada linda memberitahu yang lain tentang permainan monopoli yang diajarkannua pada hayati,harun tidak melepaskan peluang memerhatikan lili.

   Tetapi lili berbeza malam itu.Dia menyiapkan makan malam dengan pantas lalu menyediakan ke atas meja.

   "Hayati mahu kan kamu berdua pergi ke majlis itu."Kata puan habibah."Baju yang ditempah untuk hayati itu mesti dipakai kalau tidak membazir sahaja.Apa fikiran kau harun?."

   "Saya tidak merasa seronok kerana saya telah berjanji untuk pergi dengan hayati.Kini saya tidak mempunyai pasangan lagi."Ujarnya sambil menjeling linda.

   Lili mendengar dengan teliti semasa dia menuangkan kopi kedalam cawan.

   "Selepas hayati mendapat nahas,saya pun enggan pergi ke majlis itu."Jawab linda."Tambahan pula saya tidak ada masa untuk mengajak jamil."Katanya sambil mengerling ke arah harun.

   "Itu bukan masalah besar.Kenapa tidak kamu berdua pergi bersama?."Soal puan habibah lagi.

   Lili terhenti dan memandangnya,mungkin ke puan habibah mahu kan harun membawa linda ke majlis malam itu.Lili pasti harun mahu mengajak linda pergi malam itu.Lili menyalahkan harun kerana tidak taat kepada hayati.

   "Lili,kau sihat ke?."Tanya puan habibah.Cawan kopi yang dipegang lili terlepas dan jatuh berderai keatas permaidani.Dia dengan pantas berlari ke dapur untuk mencari mop.

   "Maaf puan habibah saya tidak sengaja."Jawab lili sambil menundukkan kepala.

   Harun memandang kearah linda dan bertanya."Apa fikiran kau linda?Boleh kita pergi bersama?."

   Linda mengganggukkan kepalanya."Tentu boleh."Ujarnya.

   "Saya akan meneguk baju itu secepat mungkin.Mungkin baju itu perlu diubahsuaikan."Puan habibah tahu linda kini semakin kurus tidak seperti mula² dia datang dulu.

   "Saya semakin kurus sekarang tetapi mungkin baju itu masih boleh saya pakai."Jawab linda cepat.

   Mereka semua meninggalkan dewan makan menuju ke arah bilik perpustakaan dan ini menaikkan api kemarahan lili lagi.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (14)


   Bagaimana pun dia berjaya mempengaruhi puan habibah bahawa dia tidak mengalami apa² dan tertidur semula.Linda tidak dapat mengingati itu semua.Bagaimana pun,dia teringat juga akhir mimpinya itu dimana dia terlihat bapanya dimakan binatang,dan berjenis-jenis binatang berkeliaran didalam paya.Linda lewat bangun dan bergegas mandi dan berpakaian.Belum sempat dia menyikat rambut harun dah membunyikan hon kereta.

   "Oh.Teruknya muka aku ini."Ujar linda apabila melihat wajahnya di cermin.

   "Hei,linda."Ujar harun."Kau membaca buku ke sepanjang malam.Kau ini nampaknya seolah-olah tidak tidur langsung."Harun keluar dan membukakan pintu kereta.

   Linda masuk ke dalam kereta tanpa menjawab apa yang ditanya."Harun boleh ke kita ponteng sekolah sekejap?Ada sesuatu yang penting yang perlu aku cakapkan."

   Harun memandang tepat kearah linda dan menganggukkan kepala menandakan setuju.

   "Tolong harun,saya perlu memberitahu ini kepada seseorang."Rayu linda.

   Harun memandu keretanya kearah kawasan yang lapang dan menghentikan keretanya disitu.

   "Oh harun,menariknya tempat ini."

   "Linda,saya tidak pernah bawa sesiapa pun datang kesini.Ini tempat istimewa saya."Katanya sambil menarik tangan linda."Nah,ceritakan apa yang menganggu kau selama ini."

   Linda terdiam sebentar.

   "Cakaplah."Bentak harun tidak sabar.

   "Lili."Beritahu linda seakan-akan meminta simpati."Saya tahu ini tak mungkin dipercayai tetapi memang ada orang yang marahkan saya dan rela menjahanamkan saya dengan ilmunya.Saya tak tahu mengapa?."

   Harun yang mendengarnya tahu yang linda benar² sedih dari air muka linda sendiri.

   "Untuk pengetahuan kau saya belum pernah mengalami mimpi yang menyeramkan seperti kali ini.Ini betul harun.Anak patung yang dibuat oleh lili khusus untuk hayati ada dibilik tidur itu dan saya sendiri mendengar ia menangis."

   "Linda."Ujar harun dengan menggelengkan kepalanya.

   "Ini betul harun.kau tahu kan lili dilahirkan di pedalaman dan dibesarkan disana.Kau juga tahu kan ramai percayakan ilmu hitam dan kau juga yang memberitahu aku dulu."Muka harun kelihatan bertambah serius.

   "Saya tidak mempercayainya kau tahu.Saya tahu itu bukan khayalan."Linda sempat menarik nafas panjang kerana sudah ada orang yang sudi mendengar rintihan hatinya."Sejak saya berpindah kerumah hayati,lili mula menaruh rasa benci terhadap saya."

   "Boleh ke kau beritahu sebab² lili membenci kau?."

   "Saya sendiri tidak tahu harun."Jawab linda dengan ikhlas."Saya sendiri tidak pernah mengecilkan hatinya.Mungkin dia menyalahkan saya menyebabkan hayati mendapat nahas."Dan seketika kemudian baru linda dapat mencetuskan kata-katanya."Itu bukan cerita sebenarnya kerana mimpi yang menyeramkan saya alami sebelum hayati terjatuh dari kuda yang ditunggangnya.Saya takut harun terutama tinggal bersendirian dirumah itu dan tidur malam pula tanpa teman."

   Harun menarik linda dengannya."Ok.Oklah.Bersabarlah.Biarlah saya mencari penyelesaiannya nanti."Ada kala nya harun tidak mempercayai itu semua tetapi kali ini dia akan berfikir dua kali.

   "Dengar linda.Saya akan tengok apa yang boleh saya lakukan nanti.Semuanya akan selesai,percayalah."

   Harun sendiri tidak tahu apa yang akan dilakukannya.Dia kemudian lantas menghidupkan enjin kereta."Ini dah hampir masa untuk mata pelajaran yang kedua pula.Kita mesti pulang segera."Aju harun.

   Dalam perjalanan ke sekolah harun mengesyorkan kepada linda supaya meletakkan senaskah al-quran dibawah bantal tidurnya untuk menghalau syaitan² jika ada yang datang.Linda tersenyum mendengar syor harun.

   Petang itu selepas sekolah harun berhenti sebentar di padang permainan.Pasukan bolasepak baru sahaja selesai berlatih bila harun tiba.

   Harun menyaksikan bagaimana bakti taat berlatih.Untuk menceritakan tentang keburukan neneknya bukan perkara mudah fikir harun,walau pun mereka teman rapat sejak kecil lagi.Harun sedar bakti terlalu sensitif bila disebut tentang latar belakangnya.

   Harun berjalan kearah bakti yang ketika itu sedang mengelap badannya dengan tuala."Kau ada program selepas ini?."Tanya harun spontan.

   "Tidak juga.Ada apa² ke?."

   "Oh,tidak."Jawab harun selamba."Saya hanya berbincag sesuatu perkara.Boleh saya berjumpa kau selepas ini nanti?."

   Bakti menepuk bahu harun."Jumpa lagi selepas latihan nanti."Beritahunya untuk mengingatkan harun."Saya akan jumpa kau digerai satey itu nanti."

   Bakti menepati janjinya dengan harun yang sedia menunggu ditempat yang dijanjikan.Harun hanya boleh tersenyum melihat bakti tiba."Saya hendak beritahu masalah linda sahaja.Saya fikir kau tentu boleh menolong."

   Bakti ketawa terbahak-bahak."Kau ada masalah dengan perempuan dan kemudian meminta pertolongan saya?Itu kan boleh diselesaikan sendiri kawan."

   "Oh,bukan macam itu."Jawab harun tidak sabar.

   "Biarlah saya berterus-terang.Nampaknya linda mempunyai masalah dengan lili.Dia fikir kini lili menghukumnya dengan menggunakan ilmu."Harun tidak tentu arah melihat bakti.Bagaimana pun,dia meneruskan."Saya tahu bagaimana perasaan kau bakti dan benda² dicakapkan itu sungguh ajaib."Harun terdiam sebentar dan kemudian meneruskan."Cuba kau fikirkan sama ada lili betul² membuat itu semua?."

   Bakti sungguh² naik darah."Linda tidak berhak untuk mencaci nenek saya macam itu.Betul dia mempunyai ilmu tertentu tetapi orang biasa mempraktikkannya juga.Saya tidak mempercayainya dan saya harap kau juga begitu.Kalau linda mempercayainya tentu dia kolot."

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (13)


   Sekembalinya mereka ke rumah,linda meminta diri dan berlari naik ke bilik tidurnya ditingkat atas.Matlamatnya hanya untuk melihat sama ada anak patung itu masih ada lagi dalam almari.Ketakutan nya amat sangat selepas hayati memberitahu anak patung itu sudah bertahun-tahun hilang.

   Linda membuka pintu almari lalu mencari kotak dimana tersimpannya anak patung berkenaan seperti yang dilihatnya dulu.Tetapi tidak ada bayangannya langsung.Mungkin ada orang yang mendajalkannya.Tetapi kenapa.Linda teringat kembali sarang labah² yang hampir memerangkap nya dulu dan dengan tiba² dia teringatkan harun.Seketika kemudian linda berlari turun tangga menuju ke bilik perpustakaan dimana harun sedang duduk berbual-bual dengan ibu bapa hayati,lalu duduk disamping harun.

   Harun tersenyum melihat linda datang.Linda seolah-olah tahu perasaan harun ketika itu.

   "Apa yang berlaku linda?Nampaknya kau penat sungguh."

   Bagaimana pun wajah puan habibah berubah melihat kan linda keadaan sebegitu rupa.

   "Ada sesuatu yang mengejar kau?"Kata harun seolah-olah mengejek.Wajah linda pucat lesi dan harun menyambung kata-katanya semula."Apa  yang berlaku linda?Nampaknya kau ketakutan.Saya hanya bergurau tadi."

   Bagaimana pun linda pintas menjawab."Tak ada apa²."Beritahu nya sambil memandang kearah puan habibah."Saya mendapat mimpi yang menyeramkan malam tadi.Bahkan,boleh dikatakan selalu juga.Dan,saya tak tahu kenapa."

   "Mungkin kerana hayati tidak ada."Sampuk bapa hayati pula."Kau kehilangan teman sebilik,itu sahaja."

   Linda enggan memberitahu mereka dia belum pernah mengalami keadaan seperti itu,ketika dirumah nya dulu dan mendapat mimpi² seperti itu hanya selepas hayati mendapat kemalangan.

   Mereka berborak beberapa minit dan lili kemudiannya masuk untuk memberitahu makan malam telah siap.Lili memasamkan muka sebaik sahaja meletakkan pinggan dihadapan linda.Linda mencuci tangan dan melihat kearah pinggannya.Dia tergamam.Pinggannya dipenuhi dengan cacing.Dia menjerit dan lantas bangun dari kerusi yang didudukinya.

   "Linda.Apa yang berlaku ni?."Jerit harun yang turut sama bangun.

   Linda menunjukkan jarinya kearah pinggan makannya dengan mata yang terbeliak.Dia hampir² muntah.Harun datang untuk melihat sendiri apa yang ada dalam pinggan linda.Semua makanan yang sama seperti mereka.Dan,linda menjadi tumpuan kerana mereka memikirkan dia sudah sakit jiwa.

   "Saya tidak nampak apa² linda?."Katanya dengan suara yang sungguh perlahan."Hanya masakan istimewa lili sahaja."

   Linda memandang semula pinggannya tetapi cacing yang dilihatnya tadi sudah pun tiada.Mungkin kah aku bermimpi,fikir linda lagi.Linda yang masih terkejut membenarkan harun menolak kerusi yang diduduki nya tadi.Linda mengerling kearah yang lain mereka kelihatan sungguh berselera makan.

   "Hayati nampak lebih sehat hari ini,lili?Nampaknya dia sudah beransur pulih."

   "Ya cik.Dia akan pulih segera jika dia dibawa pulang kerumah."Lili memandang tepat ke muka linda dan memandang."Lebih baik dia melupakan kuda² itu."

   "Oh.Lili kau tak tahu."Pantas sahaja jawab puan habibah."Sebaik sahaja dia sehat hayati pasti akan kembali berlatih menunggang kuda berkenaan."

   Linda tidak tahu kenapa lili asyik sahaja memandang kearahnya,seolah-olah dia yang menyebabkan hayati terlantar di hospital sekarang.

   Sebaik sahaja selesai makan malam harun mengajak linda pergi berjalan-jalan.Linda terlihat lili memasamkan muka mendengar ajakan harun.

   "Terima kasih sahaja lah.Saya ada satu lagi exam ini.Lain kali sahaja lah."Tegas sahaja jawapan yang diberikan linda yang kemudian berlari naik ketingkat atas.

   Belum sempat dia habis memanjat anak² tangga untuk naik ke biliknya linda terasa kakinya seakan-akan di gam.Dan,dia terasa bersalah kerana menipu harun kerana tidak ada exam pun yang akan dihadapinya.Lili seolah-olah hendak memakan aku saja apabila mendengar harun mengajak dia berjalan-jalan.Linda terasa amat sunyi apabila ia melihat kearah katil hayati yang tidak ada penghuni.

   Linda terlalu sibuk kebelakangan ini kerana berulang-alik melawat hayati sehingga dia terlupa tidak ada sepucuk surat pun dari bapanya.Dimana dia sekarang dan kenapa dia tidak mengutus surat,fikir linda.Linda naik keatas katil.

   Harun terkejut dengan perangai linda ketika makan malam lalu berjalan kearah rumah lili untuk mengunjungi teman karibnya cucu kepada lili.Dia tahu lili masih membersihkan pinggan mangkuk dan cucunya bakti pasti keseorangan di rumah.

   Harun mengetuk pintu dan menunggu.Rumah itu sunyi sungguh.Dan,harun tidak mendengar bunyi tapak kaki berjalan didalam dan mengagak bakti telah keluar,mungkin untuk mencari ketam.Harun sedih sungguh malam itu kerana selama ini dia banyak menghabiskan masa dengannya sebelum itu tetapi kini masing² membawa haluan sendiri.Ini disebabkan harun banyak menghabiskan masa bersama dengan linda dan hayati sejak akhir² ni.

   Semasa dia berjalan pulang dia teringatkan linda.Ada sesuatu yang mengganggunya dan harun bercadang untuk mencari sebabnya.Harun tersenyum tipis melihat ada cahaya dari arah bilik linda.

   Puan habibah dan suaminya saling berpandangan semasa meminum kopi dibilik perpustakaan rumah mereka."Apa yang dah jadi dengan linda sejak kebelakangan ini.Dia banyak berubah sejak ayahnya tiada."Ujar puan habibah.

   "Ya.Bahkan bapanya tidak menulis surat sejak beberapa lama?."

   "Kasihan linda,setiap hari dia menunggu surat yang tidak pernah ada."

   Encik radhi membuka akhbar lalu membacanya."Bagaimana pun,saya berharap dia akan mendapat surat dari ayahnya tidak lama lagi."

   "Abang."Ujar isterinya."Kenapa kita tidak suruh linda dan harun pergi bersama-sama malam jamuan itu?."

   Sambil membaca akhbarnya dia menjawab."Kenapa tidak kita tanya hayati dulu kerana harun sepatutnya menjadi pasangannya."

   "Saya akan tanya dia esok dan saya pasti mereka mahu pergi."

   Lili yang mendengar kata² itu kemudian berlari-lari anak kearah dapur.Di tingkat atas linda menangis lalu tertidur.

   Sedar sahaja linda dia terlihat jam menunjukkan pukul tiga pagi.Di luar keadaan sungguh sunyi.Linda tidak tahu siapa yang menggerakkannya sebentar tadi.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (12)


   Sebaik saja dia bangun keesokan harinya,linda teringatkan anak patung itu.Dia berjalan semula ke bilik nya untuk melihat sama ada anak patung itu masih ada lagi.Anak patung itu sudah tiada.Siapa yang mengambilnya?Linda tahu dia tidak bermimpi.

   Secepat yang mungkin linda memakai baju dan terus ke bawah.Harun tiba lebih awal dan linda tidak sempat untuk bersarapan pagi.Sebaik saja dia melangkah kan kaki masuk kedalam kereta harun menegurnya."Kau ini tidak tidur ke malam tadi.Kau teringatkan aku ke?."

   "Ya.Tetapi bukan itu saja yang menyebabkan saya tidak tidur."Jawab linda sambil menganggukkan kepala."Sungguh ajaib kira² jam tiga pagi mimpi yang sungguh menyeramkan menakutkan saya.Selepas itu saya sukar untuk tidur semula."

   "Pukil tiga?."Sampuk harun sambil tersenyum."Waktu itulah orang menjalankan ilmunya."

   Dengan terkejut linda berkata."Kau ini menakutkan aku ke?."

   "Ya.Semasa saya masih kecil orang gaji saya sering mengingatkan masa itu lebih baik tidur saja kerana terdapat banyak roh² yang berjalan.Macam mana dah duduk disini bertahun-tahun tetapi tidak tahu ini semua?."

   Harun terkejut melihat wajah linda yang tiba² pucat lesi."Dah lah linda lupakan soal itu.Ia hanya tahyul semata-mata."

   "Tetapi kenapa apabila terjaga jam menunjukkan jam tiga pagi?."

   "Saya tak tahu linda.Tetapi siapa yang mahu menganiaya kamu?."

   "Mungkin orang yang membenci saya."Ujar linda.Mukanya kelihatan seolah-olah dalam ketakutan.

   Dengan nada memujuk harun berkata."Sesiapa yang mahu menganiaya kamu terpaksalah  berdepan dengan aku dulu.Kau tahu bukan?."

   Linda menggeleng-ngelengkan kepalanya."Sebelum hayati mendapat nahas saya bermimpi yang sungguh menyeramkan kira² jam tiga pagi juga."Linda memusingkan kepalanya kearah harun dan menambah"Dan kau juga kulihat dalam mimpi itu.Saya baru saja menyedari budak lelaki yang saya lihat ialah kau."

   "Hmm,ada sesuatu ke yang ingin kau beritahu aku linda?"Harun menyoal linda sambil mengerut-ngerut dahinya."Sesuatu yang patut saya ketahui berkenaan dengan kita."

   "Hish."Jawab linda sambil tergelak."Kau tidak akan mahu tahu tentang mimpi itu.Ia menyeramkan."

   "Pernah ke kau bermimpi seperti itu dulu?."

   "Tidak pernah langsung."

   "Satu malam mungkin saya akan duduk di bilik itu bersama kau linda.Jika ada yang berlaku saya sendiri akan melihatnya."

   "Tak logik."Jawab linda tergelak."Saya sendiri tahu maikcik habibah tidak akan membenarkan."

   "Mungkin lebih baik kau menceritakan apa yang berlaku kepada saya."Tambah harun dengan suara yang memujuk.Mula² linda bercadang untuk menceritakan itu semua tetapi apabila dia berfikir semula linda melupakan rancangan menceritakan mimpinya kepada harun.

   "Lain kali saya akan menceritakan butir² mimpi saya itu.Itu pun jika saya boleh mengingatinya."Jawabnya lagi.

   "Saya akan tetap menunggunya."Sampuk harun.

   Harun masuk ke tempat letak kereta sekolah dan meletakkan keretanya disitu.

   "Bertemu lagi selepas sekolah."Kata harun.Sambil berjalan kearah sekolah linda terlupa soal mimpinya yang menakutkan.Bagaimana pun,dia terasa seolah-olah sedang dalam alam percintaan.

   Selepas waktu sekolah linda dan harun mengunjungi hayati di hospital dan lili telah pun datang disitu.Lili mengerutkan dahinya apabila melihat linda dan harun datang berdua-duaan.

   "Bagaimana kau sekarang?."Tanya harun sambil meramas-ramas tangan hayati.

   Hayati nampaknya lebih sehat dari hari sebelumnya.

   Linda tersenyum."Dengar sini hayati.Ada doktor yang cukup segak disini,dia pasti akan datang mengurat kau."

   "Ye ke?."Tanya hayati."Mereka membenarkan saya makan tadi dan lili pula datang membawakan biskut."Dengan suara berbisik dia meneruskan."Kami terpaksa menyorokkannya takut dilihat oleh jururawat."

   "Secara kebetulan."Tambah hayati lagi."Doktor telah memberitahu simen kaki ini akan dibuka tidak lama lagi."Dan,dengan wajah yang selamba dia menambah."Nampaknya mereka akan memilih ratu baru pula."Bagaimana pun kelihatan airmatanya hampir jatuh berlinangan.

   "Hayati,kau sedih ke?."Tanya linda yang begitu bersimpati dengan penderitaan yang ditanggung oleh teman rapatnya itu.

   "Ya."Jawab hayati.Sambil mengesat airmatanya yang jatuh berlinangan di pipi.

   "Kau sepatutnya tidak perlu berlatih menunggang kuda."Sampuk lili seakan-akan berleter.Lili sengaja menguatkan suaranya supaya boleh didengar oleh hayati dan linda.

   Kedua-dua gadis itu tidak mempedulikan komen yang dibuat oleh lili.Bagaimana pun,linda terfikir takut lili menyalahkan dirinya sebagai penyebab punca nahas yang dialami oleh hayati.

   Soal ratu itu tidak dibincangkan lagi kerana ia terlalu emotional untuk sesetengah orang.

   Tidak lama kemudian ibu hayati masuk kedalam bilik membawa sebakul bunga-bungaan."Ini dari pertubuhan wanita."Umumnya tanpa ditanya.Bunga itu dihantar ketika saya sedang bercakap dengan doktor barlett lalu saya memutuskan untuk membawanya naik ke sini.Tanpa berfikir panjang puan habibah meletakkan bunga itu diatas meja berhampiran dengan katil hayati.

   Kemudian puan habibah mengalihkan pandangan kearah lili yang ada disitu dan berkata."Boleh kita pulang sekarang lili?Encik rahdi akan pulang untuk makan malam nanti."

   Linda memandang kearah hayati dan berkata."Apa yang kamu mahu saya lakukan?."

   "Kau dan harun tunggulah disini dulu dan kemudian barulah pulang untuk makan malam.Untung nya kau dapat makan masakan lili malam ini."Hayati dengan tersenyum memandang lili dan bertanya."Boleh bawakan saya sesuatu esok?."

   "Esok saya akan bawakan sesuatu yang istimewa."Jawab lili memujuk hayati.

   "Apa yang dah jadi dengan lili itu,linda?Dulu dia sungguh peramah tetapi kini dah berubah."

   Hayati mengerutkan dahinya."Kau tak kenal ke lili.Dia itu panas baran.Mungkin dia marah kerana saya terbaring sahaja manakala yang lain boleh berjalan-jalan.Pedulikan dia."Kepada linda  yang berada disisi hayati berkata."Kau mesti lihat doktor itu,kacak sungguh dia."

   "Kacak dari saya ke?."Soal harun dengan nada sedih.

   "Memang lebih kacak."Sambung hayati lagi.

   Tiba² linda memutuskan untuk menyoal hayati berkenaan dengan anak patung yang tersimpan didalam almari.Dia yakin hayati tidak dapat mengingat itu semua dengan baik kerana masih lagi dipengaruhi dengan ubat pelali.

   "Bercakap tentang anak patung,hayati.Ingat tak saya ada bertanya dengan anak patung kamu dalam almari itu?Rambutnya juga macam rambut kamu?Dulu kau kata dah hilang tetapi mungkin lili dah menjumpai nya semula."Linda memandang tepat kearah hayati menunggu jawapan yang akan diberi.

   Hayati menggeleng-gelengkan kepalanya."Tidak linda,saya tahu anak patung itu sudah bertahun-tahun hilang.Kenapa,apa yang berlaku linda?."

   Linda menangis kerana ketakutan.Dia bimbang dia akan jatuh gila dan linda mengetahui apa yang hayati cakapkan itu betul.Anak patung itu telah hilang bertahun-tahun lamanya tetapi linda juga percaya masih ada anak patung dalam almari itu yang hampir membuatkan dia gila.

   Harun dan hayati hairan melihatkan kenapa linda dengan tiba² menangis.Linda bangun mengesatkan air matanya lalu memberitahu."Maafkan saya hayati.Saya tak tahu apa yang berlaku.Saya sudah tidak dapat mengawal diri saya lagi kerana mimpi² seram yang saya alami sejak beberapa hari lalu."

   "Tak ada apa² lah."Jawab harun yang datang untuk memujuk linda."Kau ni penat,ayah pula tiada dan hayati pula berada dihospital.Tak lama lagi sehatlah kau."Mata harun sempat juga mengerling ke arah hayati ketika dia memujuk linda.

   "Linda,kenapa kau tidak pergi bersiar-siar dengan harun?"Aju hayati lagi."Saya boleh tinggal seorang disini."

   "Itu cadangan yang baik hayati."Pantas saja harun memberikan persetujuannya.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (11)


   Linda tidak tahu berapa lama dia tertidur bila dia terbangun.Bilik itu gelap dan hujan ribut telah pun berhenti.Tidak ada cahaya kilat lagi memancar masuk ke biliknya.Kegelapan malam menambahkan lagi keadaan sunyi sepi yang sememangnya menyeramkan keadaan.Dimana pakcik radhi dan puan habibah,fikir linda.

   Linda melangkah ke bilik rehat dan dia tersentak apabila mukanya tiba² dijalari oleh labah².Apabila dia cuba menepis labah² itu jari² tangannya terasa bergetah.Linda menjerit sekuat-kuat tenaganya.Dan labah² itu terus membelitnya.

   Seratus ela dari situ kelihatan lili duduk mencangkung.Dia memegang seekor labah² sambik menjampinya.Tiba² garaj kereta terang-benderang dan lili tahu tuannya telah pulang dari melawat hayati di hospital.Dengan pantas dia menyimpan semula labah² itu dan menyimpannya dalam almari khasnya.Cucunya akan pulang tidak lama lagi dan lili tidak mahu bakti mengetahui apa yang dilakukannya.Lili mengerling kearah jam didinding dan mengagak baru sejam harun kembali kerumahnya selepas menghantar linda pulang.Lili berpuas hati terhadap apa yang dilakukannya sebentar tadi.

   Puan habibah memanggil linda sebaik sahaja dia membuka pintu.Tetapi tidak ada jawapan langsung."Mungkin dia tertidur."Kata puan habibah."Saya akan pergi melihatnya sebentar."

   "Linda."Jeritnya apabila melihati linda terbaring di lantai.Linda hampir menjerit melihat ada orang disisinya.Puan habibah menyuruh linda tidur semula kerana mukanya sungguh pucat."Kalau kau tidak sehat juga esok saya akan membawa kau ke hospital."

   "Saya pasti akan sihat esok."Dia sempat mengucapkan selamat malam sebelum masuk tidur di biliknya.

   "Jika kau memerlukan sesuatu panggil makcik."Arah ibu hayati lagi.Sekali lagi linda berharap dia benar² berada dirumahnya sendiri.

   Linda mencapai sebuah buku dan cuba untuk membacanya.Bagaimana pun,dia tetap teringatkan bagaimana dia disalut dengan labah² tadi.

   Linda bangun dan pergi ke tingkap untuk melihat bulan yang mengambang.Semuanya kelihatan seperti biasa seolah-olah tidak ada hujan tadi.Mungkin aku bermimpi,fikir linda lagi.Sebelum dia tidur,linda meletakkan sebuah kerusi di belakang pintu bilik.

   "Saya kehilanganmu,hayati"Fikir linda sebelum naik ke katilnya untuk tidur."Saya tidak patut menyuruh kamu melompat sebelum tiba waktunya."Linda menyalahkan dirinya yang menyebabkan hayati mendapat kemalangan.

   Linda cuba untuk melelapkan matanya.Dia teringatkan harun.Linda akhirnya tertidur,tetapi tidak lama kemudian dia terdengar anak patung itu menangis.Linda yang kehilangan sabar bangun lalu memetik suis lampu dan tersentak apabila melihat anak patung itu diletakkan diantara potret harun dan hayati.Jam dinding menunjukkan jam tiga pagi.

   Kerana betul² terperanjat linda melompat naik keatas katil dan tersepak kerusi.Oh tuhan,kata linda didalam hati.Saya tidak boleh membuat bising begini,mungkin mereka akan bangun.Tambahan pula,mereka da berfikir saya dah tak waras lagi.Linda lari untuk tidur dibilik sebelah dan menutup mukanya dengan bantal.

   Dia kemudian teringatkan labah² tadi dan bertanya."Dah hilang ke labah² itu?."

   "Mana ada labah²"Jawab puan habibah."Apa yang berlaku?Kau pengsan ke?."

    Dengan pantas linda bangun memeluk puan habibah."Saya terkejut dan lampu pula tiada dalam hujan ribut tadi.Bilik terkunci dan..."

   "Ribut?Pintu bilik terkunci?"Bapa hayati memeriksa pintu bilik hayati yang dikongsi bersama dengan linda."Tengok ia tak berkunci."Encik radhi memandang linda dengan pandangan tajam."Kau ini macam baru terjumpa hantu sahaja."

   Linda meraba tangannya.Mungkin aku bermimpi sahaja seperti selalu yang dialaminya sejak berpindah kerumah hayati.

   "Kau pernah pengsan ke sebelum ini?."Soal puan habibah lagi.

   "Tidak pernah langsung."

   "Kau dah makan ke?."

   "Ya,bersama-sama dengan harun tadi?Jam berapa sekarang ini?."

   Puan habibah melihat jam ditangannya yang menunjukkan sembilan setengah malam.

   Baru sembilan setengah fikir linda.Saya tidak percaya tambahan pula tidak ada ribut.Harun juga berkata tadi hujan akan turun.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma

Friday, 16 December 2016

Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (10)


   Petang itu lili duduk menghadap hayati memerhatikan segala gerak-gerinya.Lili telah duduk disitu lebih dari dua jam tetapi hayati tetap tidur lena.Sebelum itu ibu hayati datang menjaganya sepanjang pagi sebelum pulang untuk mengambil lili,yang ditugaskan untuk menjaga hayati semasa dia keluar membeli-belah.

   Lili memerhatikan jururawat serta doktor yang kerap datang memeriksa hayati.Mereka itu terlalu sibuk fikir lili lagi.Disamping itu mereka juga kerap membuat bising semasa bekerja.Mereka ini tak nampak ke,hayati sedang tidur.Lili yang mengambil kesempatan melonggarkan tali pengikat kaki hayati terperanjat besar apabila seorang jururawat menegurnya.Jururawat itu terlalu marah dan memberi amaran lili akan dihalau keluar jika dia pandai² membuat apa sahaja yang disuka.

   Selepas itu lili hanya memegang sahaja tangan hayati.Seboleh-bolehnya lili mahu hayati bangun segera sebelum ibunya pulang untuk membolehkan makan biskut yang telah dibawa.Biskut itu sememangnya telah disediakan oleh lili selepas makan malam semalam.Bila dia terlihat linda dan harun berpegangan tangan,lili tahu dia mesti segera menjalankan ilmunya untuk mengelakkan hayati ditinggalkan.Dan,linda pula lili akan menjalankan sesuatu sebagai hukuman kerana cuba untuk merampas kekasih hayati.

   Hayati mengeluh dan mengerang.Dia cuba bergerak tetapi tidak dapat kerana kakinya terikat selepas disimen.

   "Lili,kau ke itu?."Suara hayati antara kedengaran dan tidak."Saya cedera."

   "Ni saya ada membawa biskut untuk kau untuk mengurangkan kesakitan."Lili mengeluarkan beg plastik yang diisi dengan biskut yang dibuatnya semalam.Semasa dia cuba untuk menyuapkan biskut itu kedalam mulut hayati seorang jururawat tiba² terpancul.

   "Apa yang kau berikan itu?."Jerit jururawat berkenaan.

   Lili tersentak."Biskut yang saya buat sahaja."

   Jururawat itu hairan melihat biskut berkenaan."Apa itu?Dan apa ramuannya?."

   Wajah lili berubah dan menjawab."Hanya biskut oats sahaja."

   "Kami terpaksa menyimpannya dahulu sehingga hayati dibenarkan untuk memakannya.Sekarang dia tidak dibenarkan untuk makan apa sahaja."Jururawat berkenaan memandang lili dan menghulurkan tangan untuk mengambil beg yang mengandungi biskut berkenaan.Lili bercadang untuk mengingkari arahan jururawat berkenaan tetapi apabila memikirkan amarannya,lili mengalah lalu menghulurkan beg tersebut.

   Semasa puan habibah tiba dia terserempak harun dan linda berjalan beriringan ditempat letak kereta.Wajahnya kelihatan berseri-seri."Saya gembira melihat kamu berdua disini.Tidak lama lagi saya perlu membawa lili pulang untuk menyediakan makan malam dan saya tidak mahu meninggalkan hayati tanpa teman.Boleh tak kamu berdua menjaganya buat sementara?."

   "Memang boleh."Jawab harun dan linda serentak.

   Semasa mereka bertiga melangkah kaki masuk ke bilik hayati,jururawat itu telah pun pergi,dan lili kelihatan sungguh marah.Selepas dua puluh minit puan habibah mengajak lili pulang dan ini membuatkannya bertambah marah."Mari pulang lili,kau boleh datang semula esok.Encik rahdi hendak makan sebelum dia datang kesini pula.Linda dan harun menjaganya buat sementara."

   Wajah lili berubah dan memandang linda dengan bengis.Sebelum dia keluar dia sempat mencium dahi hayati.Malam itu juga lili mahu mengubati hayati dan merosakkan linda dengan caranya sendiri.Dia akan memanggil roh² untuk tujuan tersebut.

   Linda dan harun menghabiskan masa mereka petang itu menjaga hayati.Pada satu ketika hayati bertanya."Sejak bila kaki saya telah disimen?."

   Linda dan harun saling berpandangan.Tetapi tidak siapa yang berani menjawab.

   "Kenapa tidak kau sendiri yang bertanyakan kepada doktor itu apabila dia datang nanti?."Cadang harun pula.

   "Mungkin saya akan bertanya nanti.Tetapi saya masih belum pasti lagi."Tambahnya lalu terdiam seketika."Boleh ke saya pergi ke majlis jamuan itu nanti?."

   Airmata linda hampir² jatuh berlinangan.

   "Hanya doktor sahaja yang boleh menjawabnya."Celah harun."Tanya lah dia nanti."

   Hayati mengeluh."Saya tidak fikir mahu mendengar jawapannya nanti."

   "Dengar hayati.Kami mahu kan kamu menjadi ratu kami."Tambah harun dengan tujuan untuk memujuknya.

   Hayati enggan menjawab dan linda melihat airmatanya bergenang dikelopak mata.Harun yang sudah tidak tentu arah melihat keadaan itu bangun memegang tangan hayati untuk mententeramkannya.

   "Saya harap mereka akan membenarkan lili menjaga saya.Saya hairan kenapa dia tidak dibenarkan."Kata hayati."Dia lah yang menggembirakan hati saya semasa saya sakit."

   "Jangan ingatkan itu semua."Nasihat linda.

   Linda tiba² terfikir tentang baju serta anak patung hayati."Anak patung siapa kah yang disimpan didalam almari itu?."

   "Anak patung?Hmm.Saya dah hampir terlupa.Lili  yang membuatnya untuk saya ketika masih kecil dulu.Kau kata anak patung itu berada didalam almari?Saya fikir ia dah lama jahanam.Bila kau melihatnya?."

   "Semasa malam semalam.saya menemuinya dalam almari."

   "Kau bermimpi linda.Saya tahu anak patung itu dah tiada sejak bertahun-tahun dan saya masih ingat bagaimana saya menangis mengenangkannya.Lili berjanji untuk membuat yang lain tetapi hanya janji sahaja."Ujar hayati sambil menutup matanya.

   Linda datang menghampirinya dan berkata."Kau nak tidur ke hayati?."

   "Tiba² saja teringatkan anak patung itu."Mungkin kau bermimpi menjumpainya.

   Harun menukar topik perbualan."Semua teman² disekolah bertanyakan kau hayati.Mereka mahu tahu bila kau boleh ke sekolah semula."

   "Jangan risau hayati.Kami akan datang setiap masa yang terluang.Betulkan harun?."

   "Kau tahu kan.Sebaik sahaja kau pulih bolehlah kau membuat kerja² sekolah supaya tidak begitu ketinggalan."

   "Oh ya.Kerja sekolah.Saya pun dah terlupa."Jawab hayati lalu melelapkan matanya semula."Saya hendak tidur sebentar tolong jangan pergi."

   Linda duduk disamping hayati sebentar sambil memikirkan tentang anak patung itu.Linda tidak mempercayai anak patung itu hilang kerana baru malam tadi dia melihatnya.Bila hayati lena semula,harun dan linda melangkah kaki keluar.

   Mereka berdiri diluar bilik hayati.Linda begitu bergembira kerana dapat bersama harun.

   "Linda.Kau ada lesung pipit."Tegur harun yang sebelum ini tidak pernah melihat linda ada lesung pipit di pipinya.Harun memegang erat tangan linda seolah-olah dunia ini mereka berdua yang mempunyainya.Seketika kemudian baru linda teringatkan hayati dan berkata."Lebih baik saya pergi masuk melihatnya."Ujar linda lalu menarik tangannya dari pegangan harun.Telefon berdering dan linda datang mencapainya.

   "Kami akan datang sejam dari sekarang.Bagaimana dengan hayati?"Kata suara dalam telefon itu.

   "Oh pakcik.Hayati sedang tidur.Pakcik mahukan kami terus menunggunya disini?."

   "Pergilah berehat."

   "Yalah pakcik.Jumpa lagi nanti."

   Linda mencium dahi hayati dan berkata."Ibu bapa kau akan tiba tidak lama lagi hayati.Jumpa lagi esok."

   "Jumpa lagi."Jawab hayati antara kedengaran dan tidak lalu tertidur semula.Harun kemudian menarik tangan linda lalu meninggalkan bilik tersebut.

   Mereka kemudian pergi ke kedai berdekatan untuk makan burger sebelum pulang.Rumah hayati gelap gelita apabila mereka sampai.Harun menemani linda masuk kedalam lalu memetik suis lampu.

   Hairan betul kerana puan habibah belum pernah menutup lampu ketika mereka tiada dirumah.

   "Saya benar² mahu tinggal menemani kamu disini tetapi masih banyak kerja² sekolah yang belum di bereskan."Kata harun sambil merangkul bahu linda."Bagaimana pun saya pasti datang pagi esok."

   Linda menemani harun keluar dan dengan tiba² angin bertiup dengan kencang.

   "Cepat masuk,hari nak hujan."Ujar harun.

   Linda memerhatikan kereta harun hilang dari pandagannya.Sambil memandang ke langit linda berharap semoga ibu bapa hayati tidak terperangkap didalam hujan ribut itu nanti.

   Linda memutuskan untuk pergi kedapur untuk mencari makanan.Bulu romanya meremang dengan tiba².Linda yang merasa tidak tentu arah menutup suis lampu lalu naik ketingkat atas.Rumah itu dirasa nya berbeza benar dan degupan jantungnya bertambah kencang,dan sentiasa memandang ke belakang sekiranya ada orang yang mengekori.

   Tiba² semua lampu padam.Linda hampir² tergelincir semasa menaiki tangga kalau dia tidak sempat memegang tiang yang ada.

   Dalam cahaya kilat yang memancar linda nampak bilik yang dikongsi bersama dengan hayati bertutup rapat.Hatinya bertanya-tanya siapa yang datang menutupnya semasa ketiadaannya ke sekolah.

   Linda cuba membuka pintu bilik tersebut tetapi ia berkunci.Bulu romanya meremang dan badannya menggigil ketakutan.

   Linda pergi ke bilik sebelah dan cuba untuk memetik suis lampu dan tidak menyala.Linda ternampak cahaya kilat terus memancar masuk ke dalam bilik.Linda duduk diatas katil sambil memikirkan apa yang perlu dilakukan.Bilik itu tidak mempunyai telefon dan adalah sukar untuknya menghubungi harun.Linda memutuskan untuk duduk sahaja sehingga ibu bapa hayati pulang.

   Linda membaringkan diri lalu tertidur.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (9)


   Tidak lama selepas duduk menghadap meja makan,telefon berdering.Seketika tidak ada orang yang bangun tetapi akhirnya encik radhi bangun untuk menjawab panggilan itu.

   "Ya.Dr barlett.Hayati dah sihat ke?."

   Hati linda berdebar-debar.Kemudian dia terdengar."Oh tuhan terima kasih.Bila kami boleh bertemu dengannya?."

   Air mata linda jatuh berderai-derai.Harun yang duduk disisinya memegang erat tangan linda.

   Lili dengan pantas masuk ke dalam bilik makan.Dia dapat melihat wajah gembira masing²,dan ternampak juga harun dan linda berpegangan tangan.Kini dia benar² yakin linda mahu merampas harun dari hayati.Dia percaya linda yang menyebabkan hayati mengalami nahas itu.Dia hairan kenapa hayati tidak tahu.

   Dibilik makan tersebut encik radhi mengulangi apa yang diberitahu oleh dr.barlett kepadanya sebentar tadi.Katanya pembedahan itu berjaya.Tulang peha nya telah disimen dan tulang belakangnya sudah dibedah."Tugasnya sekarang ialah membuat apa sahaja asalkan hayati gembira."

   Linda dapat menyaksikan yang mereka tidak lagi bersedih.Dengan ini mereka tidak perlu lagi bersedih.

   "Bila kami boleh melawatnya pakcik?Boleh tak saya dan harun pergi melawatnya esok selepas sekolah?."

   Ketika itu juga lili masuk membawa air kopi dan dengar apa yang dikatakan oleh linda.Matanya merenung linda dengan tajam dan darahnya meruap-ruap menahan kemarahannya.

   Bagaimana pun,puan habibah sempat melihat wajah lili yang sedang menahan rasa marahnya dan menyoal."Apa yang berlaku lili?Kamu nampaknya tidak gembira mendengar hayati kini dah selamat menjalani pembedahan?."

   "Bila saya boleh melawatnya?Dia pasti akan memerlukan saya nanti."

   Dengan nada suara yang perlahan puan habibah menjawab."Boleh tetapi kami akan pergi malam ini dan kamu boleh lah mengikut saya pergi esok pagi.Bagaimana?."

   "Boleh tak saya menjaganya di hospital?."

   Encik rahdi menjawab."Kamu boleh pergi seberapa kerap yang kamu suka,lili.Tetapi kamu tidak boleh tinggal terus disana,kerana kita tidak boleh mencampur urusan hospital tahu?."

   Lili merungut.Adalah tidak guna dia memberitahu encik rahdi apa yang sedang difikirkannya sekarang.Selama ini dia lah yang membuat hayati benar² gembira sejak dari bayi lagi.Semua nya kerana ilmu yang diamalkannya.Fikiran lili berkecamuk dengan berbagai-bagai perkara semasa dia membersihkan pinggan mangkuk.Lili sudah tidak sabar lagi untuk pulang kerumahnya.Banyak yang hendak dilakukan.

   Selepas habis makan malam linda dan harun pergi bermain monopoli.Bagaimana pun,selepas bermain beberapa kali harun meminta diri untuk pulang kerumahnya dan linda naik ke bilik tidurnya ditingkat atas.

   Linda terasa begitu asing kerana hayati tidak ada sama dalam bilik seperti kebiasaannya.Surat ayah nya juga telah hilang untuk dibaca semula.Semasa dia menyikat rambutnya malam itu linda cuba berfikir semula sama ada dia ada menyimpan surat itu didalam lacinya.Kemudian dia teringat skafnya juga telah hilang.

   Linda terasa rambutnya telah semakin panjang lalu membuka laci untuk mencari gunting.Dia kemudian membuang rambutnya yang telah digunting kedalam bakul sampah,dan selepas itu masuk tidur.

   Malam itu juga linda tedengar bunyi tapak kaki tetapi tidak mengetahui jam berapa ketika itu.Dia bingkas bangun untuk melihat siapa yang datang.Bunyi tapak kaki itu terhenti dihadapan pintu biliknya.Jantungnya berdebar-debar menunggu ketukan.Tangannya memetik suis lampu dan melihat jam menunjukkan angka tiga pagi.Dia menggeletar.Malam itu benar² sejuk padanya.Kemudian dia tedengar bunyi tapak kaki itu masuk ke bilik sebelah.Dengan rasa takut linda bangun dan membuka pintu bilik nya.Tidak ada siapa didalam bilik sebelah atau pun di ruang rehat.Rumah itu benar² sunyi sepi.Linda menutup pintu dan berdiri seketika disitu.Dia berharap pintu itu boleh dikunci tetapi kuncinya tiada.Linda kemudian memutuskan untuk tidak menutup lampu dan cuba tidur semula.

   Linda tidak tahu berapa lama dia tertidur apabila terbangun semula apabila mendengar bunyi yang menyeramkan.Kali ini bunyi itu datangnya dari almari baju hayati.Jam dinding tetap menunjukkan jam tiga pagi.Dengan rasa takut dia bangun dan membuka almari itu.Linda tidak mempercayainya tetapi bunyi itu datang dari sebuah kotak kecil.Walau pun rasa takut itu ada tetapi linda memberanikan diri membuka kotak itu.Didalam kotak itu hanya ada sebuah anak patung kecil buatan sendiri dan diberikan rambut panjang mungkin rambut hayati.Linda tidak pernah melihat anak patung itu sebelum ini.

   Linda lantas mengangkatnya dan lantas melihat pipinya basah.Dia menjerit ketakutan dan mencampakkan semula anak patung itu kedalam kotak dan menutup semula almari itu.Dia berdiri tegak dan nafasnya seolah-olah terhenti.Anak patung yang mempunyai pipi yang basah.Tak mungkin linda yang tidak percaya terus memeriksa jam untuk melihat sama ada mati atau tidak.Fikirannya berkecamuk dan terlintas difikirannya untuk menelefon harun.Memandangkan waktu itu orang sedang lena tidur,linda cuba tidur semula dan menutup telinganya dengan bantal.

   Pagi esoknya linda tidak mengenali dirinya lagi.Matanya sepet benar dan disekelilingnya hitam.Muka nya pula kelihatan bengkak.Selepas mencuci muka dia membubuh bedak dan sambil itu melarikan pandangan matanya dari almari baju hayati.Saya mesti bertanya kepada hayati berkenaan anak patung itu.Tambahan pula saya belum pernah melihatnya,fikir linda lagi.

   Bila dia terdengar bunyi hon kereta harun,linda berlari turun ke bawah.Ibu bapa hayati masih lagi tidur dan linda tidak mahu bertemu dengan lili.

   "Bagaimana kita pergi ke hospital selepas sekolah?."Soal linda."Bagaimana pun kita usah lama kerana hayati masih belum pulih benar."

   "Ok lah."Jawab harun pantas."Kau nampak muram sahaja pagi ini?."

   Linda memandang harun sambil berfikir sama ada dia perlu memberitahu harun atau tidak.Mungkin ke harun percaya,fikir linda selanjutnya.Dia akhirnya memutuskan untuk tidak memberitahu harun kali ini.

   "Kau akan bertambah gembira bila berjumpa hayati nanti."Jawab harun.Semasa dalam perjalanan ke sekolah linda terfikir apa yang dikatakan oleh  harun sebentar tadi.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (8)


   Mereka yang menunggu hayati bergitu bersimpati dengan nasibnya.Ibu bapanya sendiri menunggu dengan penuh sabar untuk melihat anak mereka buat kali pertama selepas nahas.Ibunya sentiasa sahaja mengesat airmata.Harun yang pergi memberitahu ibu bapa hayati datang tidak lama kemudian.

   "Linda,jangalah bersedih lagi.Kamu tahu hayati itu degil orangnya.Sekali dia membuat keputusan sukar untuk kita mengubahnya."

   "Mungkin saya boleh mempengaruhinya."Jelas linda sambil menangis teresak-esak.

   Harun merangkul bahu linda.Tiba² sahaja linda terasa ada sesuatu yang jatuh bergolek dari pahanya tanpa disedari.Linda tergelak kuat.

   "Oh tuhan.Itu topi hayati.Saya terlupa ia ada diatas peha tadi."Linda bangun untuk mengambilnya kembali dari atas lantai.

   Tidak lama kemudian seorang jururawat tiba untuk memberitahu bahawa dr.barlett akan tiba tidak lama lagi untuk melaporkan tentang keadaan hayati sebenarnya.Sebentar kemudian doktor itu pun tiba lalu memperkenalkan diri nya.

   "Anak perempuan anda luka parah."Katanya dengan tiba².Ibu bapa hayati yang ada disisi tergamam.Terusnya kemudian."X-ray yang dijalankan menunjukkan tulangnya patah dibahagian pehanya."Katanya sambil menunjukkan gambar x-ray yang diambil."Dia juga mengalami keretakan di bahagian tulang belakang dan memerlukan pembedahan."

   "Pembedahan."Ulang ibu hayati lagi.

   "Ya puan."Tambah doktor itu lagi."Kaki nya itu akan disimen kemudian."

   "Simen?."Soal bapa hayati pula.

   "Berapa lama doktor?."Soal ibu hayati pula."Saya harap tidak lama."

   "Saya tidak berani berjanji tetapi ini semua bergantung sama ada hayati sehat cepat atau tidak.Apa yang dapat saya katakan ia akan mengambil masa dari empat ke enam bulan."

   Linda kemudian menyampuk."Enam bulan?."Lebih baik enam tahu fikirnya kemudian.

   "Dengan ada nya kaedah² moden,linda,dia mungkin akan pulih betul dalam tempoh setahun sahaja."

   Puan habibah menutup mukanya dan menangis teresak-esak.

   "Nasibnya baik kerana tidak mendapat kecederaan di kepala."Tambah doktor itu lagi sambil merenung topi keledar diatas pangkuan linda."Topi itu lah yang menyelamatkan kepalanya."

   "Bila boleh kami melihatnya doktor?."Tanya puan habibah yang sememangnya tidak sabar lagi untuk melihat keadaan anak tunggalnya itu.

   "Kenapa tidak anda semua pulang dulu?Hayati kini diberi ubat pelali dan tidak akan tahu anda semua datang.Tidak adanya menunggu disini.Saya akan membenarkan anda melihatnya selepas dia menjalani pembedahan dan disimen kakinya itu."

   Doktor itu lantas meninggalkan mereka yang masih terpinga-pinga itu.Encik radhi kemudian bangun dan mengajak isterinya pulang.

   Puan habibah memandang suaminya dan berkata."Bagaimana saya hendak memberitahu lili supaya dia jangan terkejut.Dia sudah pasti akan mengamuk nanti mendengar hayati cedera."

   "Jangan risau soal lili.Banyak lagi perkara yang mesti kita fikirkan."Tambahnya sambil merenung ke arah harun dan linda."Harun dan habibah,saya hendak pergi ke kelab lumba kuda untuk mengambil kereta saya itu.Tolong bawa linda pulang bersama-sama nanti."Encik radhi kemudian menarik tangan isterinya dan dengan nada memujuk berkata."Jangan lah berduka."

   Matahari penuh panas terik.Linda seolah-olah tidak dapat membuka matanya."Saya tidak percaya ini boleh berlaku.Ini semacam mimpi."

   Perjalanan pulang dari hospital begitu nyaman kerana harun membuka semua cermin keretanya.Angin bulan disember bertiup dengan begitu nyaman sekali.

   "Tahun ini dia akan mengambil peperiksaan pula."Ujar linda.Linda sendiri tidak tahu perasaan hayati jika doktor itu mengulangi apa yang dikatakannya kepada meraka tadi kepada hayati pula.

   "Sungguh mengejutkan."Kata harun memberikan persetujuannya."Tetapi kamu tidak tahu hayati itu."Tambahnya lagi."Dia akan meminta semua pelajar² lelaki menolongnya nanti.Dan,percaya lah lili akan memberinya makan berjenis-jenis akar kayu dan pasti akan dapat berjalan semula dalam masa yang singkat."

   "Akar kayu?."Soal linda.

   "Kamu tak tahu ke?Akar kayu yang digunakan oleh orang asli di pedalaman."Jawabnya."Tak kan kau dah lama tinggal disini pun tak tahu perkara ini semua?."

   "Perkara seperti ini?."

   "His,kau ni betul² masih mentah lagi.Kau tentu tidak ada orang gaji yang berasal dari keturunan orang asli bukan?Kalau ada tentu kau sudah mendengar tentang akar² kayu yang sememangnya mujarab.Saya sendiri tidak pernah mendengar hayat jatuh sakit."

   "Hmm.Memang tidak pernah.Tetapi dia tidak pula memberitahu saya tentang akar² kayu itu."

   "Mungkin kami tidak pernah membincangkan dengannya dihadapan orang ramai,memandangkan ada yang percaya dan ada yang tidak."

   "Itu ke yang dikatakan ilmu hitam?."Soal hayati lagi."Saya tahu ramai yang mempercayainya."

   "Tahu tak macam² nama diberikan.Dan,lili sendiri percayakannya."Katanya lalu berhenti di hadapan rumah hayati.

   Kereta mercedes itu telah pun sampai.Encik radhi telah pulang dan mungkin telah memberitahu perkara itu kepada lili.Ketika linda hendak membuka pintu rumah dia teringat."Jamuan hari raya dan hayati pasti tidak akan menjadi ratu kerana kecederaan yang dialaminya."Tahu tak perasaan hayati nanti.Dia pasti akan kecewa."

   "Betul juga."Jawab harun sambil menganggukkan kepalanya."Linda."Harun meletakkan tangannya ke atas bahu linda dan merasai sesuatu yang belum pernah dialaminya lagi."Dia akan memerlukan kita semua.Saya tahu dia pasti kecewa mendengar kakinya terpaksa disimen selama enam bulan."

   Dengan tangan yang terketar-ketar linda bertanya."Nak masuk atau tidak?."

   "Apa yang perlu saya buat?."

   Ketika melangkah kan kaki masuk kedalam rumah,mereka terdengar suara orang didalam bilik perpustakaan.Mereka terdengar encik radhi berkata."Hayati terjatuh dari kuda yang sedang ditunggangnya,lili.Tidak ada siapa yang menolaknya.Dia kemalangan."

   Bila linda tercegat di pintu dia terkejut melihat wajah lili yang tidak berkelip-kelip memandangnya.Wajahnya sungguh menggerunkan.Sambil memandang kearah encik radhi linda bertanya."Apa yang terjadi?Doktor akan memberitahu apa² ke?Apa yang berlaku?."

   "Tidak,linda.Doktor tidak memberitahu apa²."

   Encik radhi kemudian mengalihkan pandangannya yang masih memandang linda."Lili."Katanya."Hayati akan sehat.Kamu boleh pergi melawatnya esok."Kemudian suaranya terhenti."Tolong gorengkan ayam yang menjadi kesukaan kami,lili.Kami semuanya ini kelaparan."

   Lili memandangnya dan kemudian meninggalkan bilik perpustakaan tersebut.

   Encik radhi memandang kearah linda dan berkata."Pedulikan lili itu.Kadang kala fikirannya tidak tentu.Bagaimana pun hatinya sungguh baik dan benar² menyayangi hayati."

   "Apa kata kalau kita main monopoli?."Tanya harun.

   "Itu yang sedang kami fikirkan.Tunggu saya pergi mengambilnya."

   Sambil itu linda masih memikirkan kenapa lili memandangnya sebegitu rupa.Mungkin ke lili menyalahkan linda menyebabkan hayati mendapat nahas.Tetapi mereka yang waras sudah pasti tidak akan berfikir seperti itu.Tetapi persoalannya sekarang adalah fikiran lili waras atau tidak.

   Semasa didapur lili menyimpan sebahagian dari ayam yang hendak digoreng dan dimasukkannya ke dalam beg plastik.Ayam itu diperlukan untuk maksudnya malam itu.Dia akan melakukan apa sahaja asalkan hayati segera sehat.Hayati tidak boleh berjauhan dari harun,fikirnya lagi.Dia kini begitu positif bahawa linda akan memikat harun.Semakin lama difikirkan semakin naik marah lili lagi.Malam ini juga dia akan membakar lilin untuk memanggil roh² yang ada.Bagaimana pun,rancangan itu hanya disimpannya dalam hati saja.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (7)


   Linda yang tidak dapat tidur lena malam itu kerana memikirkan surat ayahnya yang hilang bagaimana pun,turut tertidur akhirnya.Sedar² sudah jam sepuluh pagi keesokan harinya.

   Sambil menggeliat linda bertanya."Masih terlalu awal untuk menunggang kuda,hayati.Buat apa pergi tergesa-gesa ini?."

   "Awal kau kata,hanya ada dua minit sahaja lagi untuk kamu bersiap.Kalau tidak air akan saya curahkan ke atas kau.Tahu tak dah setengah jam kamu saya gerakkan tetap masih tidur mati.Latihan kita pada jam sebelas pagi ini,ingat lagi kan?."

   "Tak mungkin dah pukul sepuluh?Saya baru sahaja tertidur."Kata linda sambil mengesek-gesek matanya lalu bingkas bangun dari katil.

   "Cepat."Jerit hayati."Saya akan turun kebawah untuk ambil minuman sekejap sementara kamu mandi dan bersiap."

   "Terima kasih,hayati.Beberapa minit lagi saya pasti siap."

   Tak lama kemudian hayati dah tiba sambil menatang sarapan pagi linda.

   Dengan cepat mereka menghabiskan roti bakar."Jangan terlupa topi kau hayati."Katanya sambil menjinjing bot dan topinya kemudian turun ke tingkat bawah.

   "Ayah kata saya boleh memandu keretanya hari ini."Beritahu hayati lagi."Masuk pintu itu masih berkunci."Linda melangkahkan kaki masuk ke kereta mercedes benz yang masih berkilat-kilat lagi warna catnya.

   "Mungkin satu hari nanti,saya akan memiliki juga kereta seperti ini."Kata hayati.

   Perjalanan ke tempat latihan kuda itu tidak lah jauh.Setibanya mereka,kuda lah yang akan dicari mereka dulu.Kemudian baru lah mereka akan mencari peralatan yang diperlu bagi membolehkan mereka menjalani latihan.

   Linda sempat mengukir senyum kepada budak² yang mencari kuda dan berkata."Hi mat.Macam mana sekarang?."

   "Sihat,linda.Kau akan menunggang tara ke hari ini.Keadaannya benar² baik."

   "Oh.Saya tidak akan menunggangnya hari ini,betul tak linda."Soal hayati kembali.

   "Apa pendapat kau,mat?."

   Mat kelihatan was²."Saya tak berani nak cakap,linda.Dia tidak ada kuda untuk ditunggang."

   "Tahu tak saya memang boleh mengawalnya."Ujar hayati lagi.Sambil menoleh kearah linda,hayati sempat memujuk."Saya akan lakukan apa yang kau arahkan."

   "Ok lah hayati."Kata linda lagi.Linda memilih seekor kuda dan mereka berpasangan pergi berlatih.Sambil itu linda sempat memperhatikan hayati yang dirasakannya perlu berlatih bersungguh-sungguh walau pun mempunyai potensi yang baik sebagai penunggang kuda.Bagaimana pun,linda masih tidak tahu sama ada tara sesuai untuk hayati menunggangnya.

   Walau pun tara kelihatan seperti biasa pagi itu.

   "Adakah kamu masih mahu berlatih lagi?."Tanya linda kepada hayati.Wajahnya benar² kelihatan sungguh letih pagi itu.Dahinya berpeluh-peluh.

   "Ya.Mari kita pergi."Jawabnya beria-ia benar.

   Mereka mengangkat kaki dari kawasan itu,dan linda memberikan arahan selanjutnya kepada hayati.Linda masih tidak tahu sama ada mahu membenarkan hayati menunggang tara atau tidak.Bagaimana pun,hayati kelihatan benar² yakin dia boleh menunggang tara dengan baik.

   Hayati kelihatan dapat menjalani latihan dengan baik.Bila hayati dapat menjalani semula ujian itu dia lantas berpaling kepada linda dan bertanya.

   "Bagaimana,bagus tak?."

   Linda yang tidak mahu hayati merasa bangga kerana berjaya berkata."Bagus.Dalam latihan yang akan datang tolong berhati-hati."

   Hayati membuat apa yang diarahkan.Dia berjaya melompat di pagar pertama dan kedua.Bila hayati hampir ke pagar ketiga,linda tersentak.Ada sesuatu yang salah linda tidak dapat meneka kesalahan itu tetapi dia tahu tara menghampiri pagar itu dengan sungguh perlahan.Dan,perkara buruk yang tidak disangka benar² berlaku.

   Tara melompat pagar yang hendap dilompat tetapi pagar itu masih jauh lagi.Bila tara menghampiri pagar itu kakinya tersangkut.Bila tara cuba untuk menarik kakinya keluar hayati tercampak ke tanah.Sebelum hayati sempat berguling tara terjatuh ke atasnya.Secepat kilat tara bangun tetapi hayati masih lagi terlantar.Linda terpegun dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya dan melihat sahaja orang ramai berkerumun disekeliling hayati.

   Linda memancu kudanya ke sana."Hayati,apa yang telah berlaku?"Sambil merenung orang ramai yang berada disekelilingnya dia menambah."Tolong pergi dan panggilkan doktor dan ambulan."

   Dengan perlahan-lahan hayati membuka kelopak matanya.Dengan penuh kesakitan hayati berkata."Saya tidak berjaya,bukan."

   "Mana tempat yang sakit,hayati?."

   "Saya tidak tahu dimana.Tetapi keseluruhan badan ini terasa sakit."Keluhnya lagi.

   Orang yang ditugaskan memanggil doktor dan ambulan tadi tiba semula."Ambulan akan tiba tidak lama lagi.Mungkin beberapa minit lagi."Sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya mereka terdengar siren ambulan datang.

   Pemandu ambulan itu datang betul² ke tempat dimana hayati terbaring,dan dua orang kakitangan ambulan melompat keluar.

   Hayati diangkat masuk kedalam ambulan dan salah seorang kakitangan itu sempat bertanya kepada linda sama ada dia teman hayati."Kenapa kamu tidak pergi sekali.Dia itu benar² dalam kesakitan itu."

   Hayati terlalu sakit dan dia terasa hendak menangis tetapi malu kerana terlalu ramai orang di sekelilingnya.

   Linda masuk kedalam ambulan dan duduk berhampiran dengan hayati.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma