Monday, 19 September 2016

Memuja Ratu Syaitan

Bahagian 3 : Mencuri Roh

   Khamis malam jumaat legi.Jumaat legi adalah jumaat manis.Artinya pada malam inilah hari yang selalu digunakan untuk pemujaan,bila orang berbuat kejahatan.Demikian pula orang menolak kejahatan,maka dihari inilah saatnya untuk melakukan perkara yang tak diinginkan.

   Wak tahak telah duduk bersila didepan kepala wak sarpin yang telah diasap kemenyan selama tiga hari.Dan ini adalah malam ketika dia memuja kepala wak sarpin yang kini keadaan kepala itu telah pun mengering dan mengerikan.

   Diluar,suasana malam sungguh pekat.Angin yang bertiup perlahan itu membolehkan wak tahak mendengarkan sesuatu suara yang perlahan sekalipun.Sebaliknya bagi kohar dan saman yang duduk didekatnya,hal seperti ini malah mendatangkan kengerian yang menggerunkan hatinya.

   Sebenarnya wak tahak tidak mendengar apa-apa suara ghaib,tapi dia berbuat seolah-olah telah berhubung dengan suara ghaib.Apa yang terniat dihatinya hanya akan mengeluarkan kata-kata yang tersurat dalam kitab mungkar.Kita mungkar itu memuatkan dua nama malaikat harut dan marut,juga nama syaitan sebanyak seratus tiga belas.

   Apa yang dipelajari oleh wak tahak hanya nama syaitan yang dalam tubuh manusia yang berjumlah dua puluh syaitan.Setelah wak tahak mengucapkan sesuatu dengan bahasa yang tak dapat difahami oleh saman dan kohar,maka dia pun mulalah memandang kepada kedua sahabatnya.

   "Saman dan kohar......"Bisik kepada keduanya

   "Malam ini adalah malam yang sangat dinantikan oleh ilmu yang seperti kita.Kita akan kaya dan syaratnya kita harus mencuri roh.Kalaulah awak pun nakkan gadis yang indah dan cantik kita suruh roh itu memukaunya."Kata wak tahak.

   "Kalau begitu cepatlah curi roh itu.Aku pun ingin mempunyai kekasih yang aduhai."Kata saman pula dengan berbisik dan menunjukkan minatnya yang sangat.Wajah kohar pun ikut bersemangat.

   "Kalau begitu ada syaratnya."Bisik wak tahak sambil berbisik.

   "Ha apa pulak syaratnya?"Kohar ingin tahu.

   "Sebelum perkara ini kita jalankan,malam ini juga kalian berdua harus mencuri kain kapan orang mati yang disambar  petir."Bisik wak tahak sambil tersenyum.Saman dan kohar terus pucat wajahnya.

   "Demikian lah bisikan ghaib yang aku terima dari alam ghaib."Kata wak tahak dengan penuh harap kepada dua orang itu.Saman dan kohar kurang semangatnya bila disebut mencuri kain kapan orang mati.Nampaknya kedua orang itu membayangkan segala keseraman yang berlaku di tanah perkuburan nanti.Apalagi masa malam seperti ini.

   "Eh..kalian berdua dengar.Anak dara bagaimana cantiknya sekalipun,bagaimana susah sekalipun untuk didapati boleh tunduk taat dan akan datang kepada awak bila ku seru.Kain kapan orang mati disambar petir itulah syaratnya."Kata wak tahak.Nampak nya cara wak tahak menyakinkan kedua orang itu membuat mereka kembali semangatnya.Dan saman pun kemudian memandang kohar.

   "Iyeke ni wak?"Kohar ingin tahu.

   "Dalam beberapa hari ini lah kita buktikan."Kata wak tahak menjelaskan.

   "Ayoh....inilah saatnya.Tunggu apa lagi.Awak tak ingin melihat kehalusan tubuh seorang anak dara yang indah jelita didepan mata awak.Dia tersenyum lembut kepada awak dengan penuh penyerahan membawa seribu satu cinta.Cepat pergi dapatkan kain kapan itu."Kata wak tahak mempengaruhinya.

   Dengan perasaan seram yang menghantui keduanya,maka saman dan kohar terus berdiri meninggalkan wak tahak yang bersemangat menyakinkan itu.Keduanya terus berjalan menenbusi kegelapan malam.

   "Anak dara dan kaya pun belum tentu,kini gali kubur lagi."saman bersungut.

   "Aku pun tak setuju dengan kerja gila  ni man.Tapi kalau iye kata wak tahak itu,apa boleh buat.Terpaksa juga kita penuhi permintaanya yang pelik itu."Kata kohar yang enggan melakukan mencuri kain kapan tersebut.Kedua nya terus berjalan mengarah ke tanah perkuburan.

   "Kau masih ingat dimana kubur si kamisah yang mati dipanah petir itu?"Tanya saman pada kohar.Dikegelapan malam itu kepada kohar hanya mengangguk saja.Apa yang dipikirkan oleh kohar adalah hal mencuri kain kapan tersebut.Perkara-perkara seram yang berlaku di kubur nanti segera membebani fikiran kohar.

   Dia masih ingat ketika kemalangan yang berlaku terhadap kamisah.Ketika hujan lebat,kamisah berteduh dibawah pokok beringin yang besar dan rendang.Sementara berteduh itulah kamisah disambar petir dan mati disaat itu juga.Baru seminggu kamisah itu meninggal dunia.Dan kini kain kapannya hendak dicuri.

   "Apa yang kau fikirkan?"

   "Bagaimana kalau roh kamisah itu marah kerana kain kapan itu?"Tanya kohar.

   "Kau jangan nak menakutkan aku har.Sudahlah diam-diam.Aku seram tahu tak."Kedua nya telah sampai di tanah perkuburan itu.Setelah berjalan dari kubur ke kubur,sampailah kedua nya di kubur kamisah yang dikehendaki nya itu.

   Setelah menyuluh dan memastikan kubur itu adalah kubur kamisah,maka mulalah keduanya menghayunkan cangkul masing-masing mengorek tanah timbunan itu.Tak lama kemudian suasana yang muram dan menakutkan itu telah diisi oleh bunyi-bunyi yang aneh dan mengejutkan.

    "Suara apa itu?"Bisik kohar yang mula tak sedap hati.

   "Wah..titik-titik hujan mula berjatuhan.Angin pun mula bertiup.Lihat.Awan tebal diatas sana.Malam nak hujan."Kata saman yang melihat kegelapan diatas dan sesekali cahaya kilat menerangi angkasa sekejap-sekejap.

   "Crok..crak..crok..crak."Suara cangkul-cangkul mereka bergantian.Titik-titik air hujan itu mula deras dan tak lama kemudian hujan turun bagai dicurahkan dari langit,disertai cahaya kilat yang membelah kegelapan malam.

   "Glarrrr...."Bunyi petir  yang mengejutkan mereka berdua.

   "Adakah hujan dan petir seperti ini memberikan alamat tertentu?"

   "Sudahlah kohar.Jangan bertanya yang aneh-aneh.Mari kita teruskan kerja ini.Papan pelapik dah pun nampak,ayuh kita keluarkan."Ajak saman yang menghentikan hayunan cangkul dan kini mula membuka papan pelapiknya.Keduanya terus membongkar kayu-kayu papan tersebut.Hujan pun makin lama makin deras yang membuat keduanya kesejukan sambil menahan rasa seram.

   Kohar kemudian menyuluh kedalam liang kubur.Papan pelapik itu sudah pun dikeluarkan semua.Bila nampak mayat kamisah tersebut,berdebar jantung keduanya.Saman yang mempunyai keberanian sedikit,terus turun kekubur untuk mengambil kain yang membungkus mayat tersebut.

    Sementara lampu suluh tersebut menerangi liang kubur,dengan menggigil dan memaksa diri,saman mula menarik kain kapan yang membungkus tubuh mayat kamisah.

   "Jangan suluh wajahnya bodoh,aku ngeri."Kata saman.Tadi saman nampak wajah kamisah bagai nak marah.Wajah yang telah pucat itu seakan tak tercedera dan reput.

   Ketika saman telah mengambil kain itu seluruhnya,maka cepat-cepat dia naik kedarat dan cuba melupakan keadaan yang baru dilihatnya.Baik saman maupun kohar merasa terkejut didalam hati,kerana melihat tubuh badan kamisah bagai tidur.Tubuh itu tidak reput dan susut.Malah mayat itu seperti keadaan bertubuh badan yang segar.

   "Kohar...mari cepat tutup balik lubang ini.Aku tak boleh lama-lama memerhati mayat ini.Tak payah pakai pun pelapik,buang saja papan-papan ini ke dalam dan kita timbus dengan tanah.Ayuh cepat.Aku rasa mayat ini hanya sedang tidur saja."Ajak saman sambil kedua tangannya menggigil.

   Papan-papan itu terus dibuang kedalam lubang dan ditimbus cepat-cepat dengan tanah.Kedua nya bekerja dengan cepat seakan takut mayat itu akan bangkit dan menjadikan huru-hara.Setelah tanah timbunan itu masuk dalam lubang kubur semuanya,keduanya kemudian meninggalkan tempat itu dengan cepat-cepat.

   "Apakah kau melihat mayat si kamisah dalam keadaan yang segar bagai diawetkan?"

   "Ya....seakan bagai tidur.Hanya nampak pucat.Sungguh mengerikan."Jawab kohar setelah keduanya berada di jalan yang telah jauh dari kubur.Hujan masih berterusan menyiram bumi yang telah beberapa ketika mengalami cuaca panas.

   Saman dan kohar muncul dihadapan wak tahak dalam keadaan tubuh badan yang basah kuyup.Wak tahak pun terus menerima kain kapan tersebut di letakkan disamping kepala wak sarpin yang sedang diasap kemenyan.

   "Adakah terjadi apa-apa didalam kubur?"Tanya wak tahak.

   "Tidak.Tapi menyeramkan.Hanya satu kehairanan telah terjadi pada mayat kamisah.Ianya bagai diawetkan dan dalam keadaan yang seperti tidur."Jawab saman.

   "Bagus...kain kapan ini memang hendak kugunakan menyeru roh kamisah agar datang dan jadi hamba kita."Kata wak tahak.

   Setelah saman dan kohar menukar pakaian yang kering,dia pun segera duduk disamping wak tahak menyaksikan perkara menyeru roh tersebut.Wak tahak menambah kemenyan didalam bara api dimangkuk kecil.Asapnya tebal memutih memenuhi tempat itu.Kemudian wak tahak membaca jampi-jampinya.

   Cahaya didalam bilik khas wak tahak itu hanya diterangi oleh cahaya lampu minyak.Lampu minyak itu hanya diletakkan berdekatan ditempat dia memuja.Jadi ditempat itu saja yang terang,sedangkan dibahagian yang lain cukup gelap.Saman dan kohar memerhati keadaan yang dianggap menyeramkan ini bertambah ngeri setelah angin bertiup bertambah kuat.

   Bunyi petir pun bertalu-talu membelah suasana malam seperti ini.Sementara keadaan yang bising dengan suara angin dan hujan serta petir,lampu minyak itupun padam ditiup angin yang serta-merta.Kegelapan dibilik itu makin mencengkam perasaan ketiganya.

   Apa yang nampak hanya kepul asap kemenyan yang sedang tebal memutih itu.Tiba-tiba didalam kegelapan itu tercipta kabus memutih didalam kawasan kemenyan.Wak tahak merasakan jantung nya berdebar kencang kerana ini adalah pertama kali dia lakukan.Dan lagi sebenarnya wak tahak bukan orang yang pakar dalam amalan seperti ini.

   Detik-detik berjalan dengan penuh debaran di hati masing-masing.Tak lama kemudian timbullah didalam kabus putih diantara kemenyan tersebut satu bentuk bayangan yang makin lama  makin jelas.

   Bukan sahaja saman dan kohar yang terkejut bila terciptanya bayangan ini.Tapi wak tahak mulalah menggigil akibat dari perbuatannya ini.Dia tak menyangka bahawa perbuatannya ini mengakibatkan demikian.Bayangan itu makin jelas dan didalam kabus.Ternyata bayangan tersebut membentuk tubuh seorang perempuan yang berwajah cantik dan mempunyai mahkota berlian dikepalanya.

   Dia tak memakai seurat benangpun ditubuhnya.Maka nampak jelaslah keindahan bentuk tubuhnya itu walau hanya ditutupi oleh kabus memutih yang bersinar.Rambutnya panjang dan lebat hingga rambut itu digunakan menutupi tubuhnya bahagian depan dadanya.Disamping ketakutan yang menyelimuti hati masing-masing,mereka bertiga menyaksikan perkara ini kagum dengan kecantikan perempuan itu.

   "Hai...siapa menyeruku dan mengamalkan kitab munkar?Apa hajat kalian?"Soal perempuan itu.Sementara dia bersuara dengan berdengung,lidah api keluar dari dalam mulutnya yang indah jelita itu.Wak tahak yang tak menyangka perkara ini boleh berlaku,maka dia masih merasakan mulutnya bagai terkunci.

   "A...aku me...menyerumu.Dan..dan siapakah kau ni sebenarnya?"Tanya wak tahak dengan menggigil kerana ketakutan yang luar biasa.Suara wak tahak tersekat-sekat dan itu sudah jelas menunjukkan wak tahak menahan ketakutannya.

   "Hai manusia.Kau telah menyebut namaku,itulah sebabnya aku datang.Akulah ratu syaitan yang bernama SEROBOT.Apakah kau dari anak cucu nabi sulaiman alaihissalam,maka menyeruku?"Tanya ratu syaitan.Bila didengar pertanyaan ratu syaitan itu maka menggigillah tubuh badan wak tahak.

   "Ti...tidak.Aku hanyalah manusia biasa,dan bukan anak cucu beliau."

   "Berani engkau menyeruku padahal kau manusia biasa sedangkan aku ini ratu syaitan,yang tidak sepatutnya menerima panggilanmu.Maka terimalah kematianmu dengan cara yang mengerikan."Kata ratu syaitan tersebut sambil mengangkat kedua tangannya.

   "To...tolong wahai ratu syaitan yang catik jelita dan aku adalah hambamu yang memujamu.Jangan bunuh aku."Kata wak tahak dengan memohon dan membungkukkan badannya.Perbuatannya ini membuatkan ratu syaitan ini menurunkan kedua tangannya kembali.

   Pandangan matanya yang tadinya kejam dan geram menjadi surut.Ratu syaitan itu kemudian tersenyum sehingga didalam senyumannya itu seribu godaan yang menghairahkan dan mendatangkan nafsu.

   "Apa hajat yang kau kehendaki wahai manusia sesat?"Tanya ratu syaitan.

   "Sa...saya ingin kaya dan berkuasa serta punya isteri yang cantik dan muda."

   "Baik.Akan aku luluskan tapi kau harus mengerjakan pekerjaan terkutuk.Kini aku bantukan kau dengan tiga syaitan anak cucuku.Penuhi kehendaknya."Selepas berkata begitu,maka hilanglah ratu syaitan tersebut dalam kepulan kabus tersebut.

   Sebaik dia menghilangkan diri,maka muncullah gadis didalam kepulan kabus tersebut,dalam keadaan yang berkainkan kabus saja.Gadis syaitan ini nampaknya lebih muda dan tak kalah cantiknya dengan ratu syaitan tadi.

   "Siapakah kau ini?"Tanya wak tahak.

   "Aku syaitan yang berdiam di otak,namaku mina.Sediakan otak segar dari manusia maka aku menurut perintahku,kata syaitan mina.Selepas berkata begitu maka dia pun menghilangkan diri.Tak lama kemudian datang lagi yang lebih muda dan cantik menjelam di kabus tersebut.

   "Si...siapa pula kau ini?"Tanya wak tahak ketika muncul bayangan itu.

   "Aku syaitan yang berdiam didalam hati.Namaku baliyun.Sediakan hati manusia segar dan aku akan menurut perintahmu."Kata syaitan yang bernama baliyun.Selepas berkata begitu maka hilanglah dia.

   Kemudian muncullah syaitan yang ketiga yaitu yang lebih muda dan lebih cantik.Syaitan yang terakhir ini mempunyai bentuk tubuh yang bercahaya merah dan mempunyai bentuk tubuh yang lebih cantik dari keduanya.

   "Kau adalah yang ketiga.Siapakah namamu?"Tanya wak tahak dengan ghairah.

   "Aku adalah syaitan yang menguasai didalam nafsu.Sediakanlah darah manusia baru aku akan menurut  perintahmu.Namaku syaitan dalungan."Kata syaitan tersebut dengan senyuman yang menawan.Selepas berkata demikian,maka hilanglah dia.Kabus itu pun kemudian surut dan kemudian hilang dalam kegelapan.

   Hujan diluar telah pun reda dan angin pun bertiup kembali perlahan.Hal ini menyedarkan ketiga orang tersebut dari peristiwa yang baru dialamai.Setelah wak tahak telah pulih dari rasa seramnya.Dia pun segera berdiri dan menyalakan lampu minyak didalam bilik tersebut.

   Setelah cahaya lampu minyak itu cukup menerangi ruang tersebut,nampak lah wajah saman dan kohar yang pucat tak bermaya bagai kehilangan darah.Apa yang baru berlaku didepannya tadi bagai membekukan seluruh tubuhnya.Masih nampak dia wajah keduanya rasa ketakutan yang luar biasa itu.

   Kemudian ketiganya duduk membuat lingkaran dan saling berdepan.

   "Wak..wah..sudahkah wak menyedari permintaan ketitga syaitan tadi?"Tanya kohar yang merasa ngeri bila mengingatkan otak,hati dan darah manusia yang diminta oleh ketiga syaitan tersebut.

   "Sanggupkah kita memenuhi permintaan mereka bertiga?"Tanya saman.Lama wak tahak tak menjawab pertanyaan mereka.Apa yang tersurat difikiran wak tahak adalah membunuh manusia yang hidup,kemudian memotongnya atau membelahnya untuk mengeluarkan hati dan otaknya,juga menakung darahnya.

   "Sungguh dahsyat permintaan syaitan itu wak."komen saman.

   "Pekerjaan syaitan sudah tentu dahsyat dan mengerikan."Kata wak tahak yang kemudian termenung untuk beberapa lama nya.Saman dan kohar,walaupun keduanya adalah pencuri dan perompak,tetapi keduanya setakat ini belum pernah membunuh manusia,apalagi memotong-motong tubuh dan mengeluarkan isi didalamnya.

   "Wak...aku tak sanggup membunuh manusia hidup-hidup kemudian hiii....memotongnya dan membelah dadanya untuk mengeluarkan hatinya dan otak juga menakung darahnya.Aku boleh buat jahat sejahat manusia,tetapi jangan membunuh manusia."Kata saman dengan mengerikan.

   "Maaf wak...saya pun demikian.Tak sanggup melakukan kekejian seumpama itu."Kata kohar pula dengan sungguh-sungguh.Wak tahak pun kemudian termenung memikirkan pekerjaan yang mengerikan itu.

   Wak tahak bila mendapati kedua rakannya dah tak sanggup melakukan pekerjaan yang dahsyat dan mengerikan itu,maka wak tahak pun menggelengkan kepalanya.Apa yang dimaksudkan itu adalah tak mungkin melakukan pekerjaan permintaan syaitan tersebut.

   "Apakah kalian tidak dapat mencari jalan keluar daripada memenuhi permintaan yang ganjil dan dahsyat tersebut?"Tanya wak tahak dengan mengharap sangat.

   Saman dan kohar saling berpandangan.Sunyi saja didalam ruangan itu.Masing-masing seakan ditimpa kemalangan yang membuat ketiganya bersusah hati dan tak membolehkan ketiganya meneruskan rancangannya dengan segera.

   "Begini wak..."Tiba-tiba saman bersuara seakan menemukan jalan yang baik.

   "Ha..bagaimana?"Cepat saja wak tahak menyahut kerana ingin sangat buah fikiran saman selama termenung tadi.Dengan penuh harap wak tahak memandang wajah saman dengan tegang.

   "Orang yang baru meninggal tentu masih mempunyai hati dan otak cukup segar apabila kita cepat mengambilnya."Kata saman dengan cadangannya itu.Orang tua itu membuka matanya lebar-lebar tanda setuju.

   "Ya itu bagus tak perlu kita membunuh manusia hidup.Tapi..bagaimana dengan darahnya?Orang yang telah mati tak mempunyai darah."Kata wak tahak kembali sedih.Ketiganya kemudian kembali termenung.

   "Bagaimana kalau daging manusia yang kita curi itu kita cincang kemudian kita peras dah tentu keluar juga darahnya.Kemudian darah itu kita campur darah anjing."Kata kohar yang sedari tadi diam saja.

   "Bagus...itu saja jalan yang boleh kita lakukan.Aku setuju dengan cadangan kalian."Kata wak tahak dengan gembira.

   "Kalau begitu kita tunggu saja sampai kita mendengar ada kematian.Entah berapa lama kita harus menunggu."Kata wak tahak yang bebas dari melakukan pekerjaan membunuh manusia itu.Akhirnya ketiganya sepakat untuk mencuri mayat orang yang baru meninggal dan darah itu diambil dari darah anjing.

   Didalam keheningan malam itu kemudian ketiganya dikejutkan oleh suara kentong titir.Artinya kentong kayu yang di palu bertubi-tubi sehingga bunyi itu berterusan.Ini lah tanda kecemasan telah berlaku dikampung.Biasanya bunyi seumpama ini digunakan untuk memanggil orang kampung dengan segera.

   "Dengar bunyi itu.Bunyi kentong berpanjangan.Tentu ada kecemasan berlaku."Kata wak tahak sambil berdiri dan mendengarkan bunyi tersebut.

   "Marilah kita lihat apa yang terjadi."Ajak wak tahak dimalam itu.Ketiganya kemudian keluar dari ruang itu menuju ke arah bunyi kentong yang ada dikampung.

   Orang-orang kampung berlarian menyaksikan apa yang terjadi.Sudah tentu mereka menuju ke pondok jaga terlebih dahulu sebelum menyaksikan apa yang berlaku sebenarnya.Orang ramai telah berkumpul dipondok jaga dan mendengarkan apa yang sebenar berlaku.

   "Talip...talip menggantung diri dirumahnya kerana kalah judi."Kata orang ramai yang tahu akan kejadian itu.Orang-orang yang mendengar keterangan itu segera terkejut dan takut.

   "Siapa yang mula-mula tahu keadaan talip menggantung diri?"tanya yang lain.

   "Aku...ketika aku bangun dari tidur dirumah budak bujang itu aku terkejut kerana talip telah tergantung dengan seutas tali dengan lidahnya terjulur."Kata kawan talip yang tidur serumah dengannya.

   Orang ramai masih sebuk membincangkan perkara talip yang menggantung diri itu.

   "Apa yang kalian bincangkan disini ha.Cepat pergi tengok keadaan talip."Kata penghulu kampung yang baru saja sampai ditempat itu.Orang ramai pun segera pergi ke rumah talip untuk menyaksikan kejadian itu.

   Rumah talip menjadi tumpuan orang ramai.Mereka beramai-ramai menuju kerumah talip,dengan membawa obor.Hiruk piruk keadaan didalam kampung apabila tersiar berita yang mengejutkan itu.Ketika orang ramai telah pun tiba dirumah talip,mereka tidak menjumpai apa-apa pun dirumah itu.

   Apalagi menjumpai talip,tali tempat menggantung diri pun telah tiada.Kawan talip itu menjadi kehairanan kerana mayat talip telah tiada disitu.

   "Sudah pastikah yang kau melihat talip menggantung diri?"Tanya seseorang.

   "Ya..dia kata kalah judi dan hutang banyak.Kemudian saya pun terus tidur.Ketika aku bangun,dia telah tergantung dan telah menjadi mayat."Kata kawan talip.

   "Dia ada isteri,kenapa dia tidur dirumahmu."Tanya yang lain.

   "Mana lah aku tahu.Dengar-dengar dia selalu main judi dan sering bergaduh dengan isterinya.Itulah sebabnya dia kadang-kadang tidur dirumah budak bujang."Kata kawan talip menjelaskan.

   "Betul kata dia itu.Talip pun sering tidur tak tentu arah."Kata yang lain.

   "Kalau lah talip membunuh diri,mana mayatnya?"Tanya yang lain pula.

   "Sudah lah,perkara karut apa pula ini.Kau mungkin mengigau."Kata salah seorang dari kumpulan orang ramai tersebut.Akhirnya lama kelamaan orang ramai yang berkumpul didepan rumah talip seorang demi seorang meninggalkan rumah tersebut.

   Kini tinggallah kawan talip seorang diri dirumah budak bujang.Dia nampak pucat dan ketakutan yang amat sangat.Ketika keadaan telah pun sepi,seorang rakan telah datang kerumah itu dengan senyap-senyap.Rakan yang telah datang itu adalah tukang emas dikampung itu.

   "Apa yang telah terjadi?"Kata tukang emas dengan ketakutan pula.Kawan talip itu menggigil ketakutan seakan membayangkan apa yang baru terjadi.Lama dia terdiam tanpa berusaha berkata-kata.

   "Sudahkah kau pastikan yang dia telah mati?"Bisik tukang emas.

   "Kita sama-sama menyaksikan yang lidahnya terjulur dan matanya membulat.Ha.Nak apa lagi."Bisik kawan talip dengan bibir yang bergetar menahan ketakutan itu.Tak lama kemudian tukang emas menarik bahu kawan talip dan mengajak pergi.Keduanya kemudian pergi senyap-senyap meninggalkan rumah itu melalui pintu belakang.

   "Kemana kita?"Tanya kawna talip dengan suara yang bergetar.

   "Kerumah isteri talip.Kita cuba melihat dan memastikan apakah dia disana."Bisik tukang emas.

   Jam dinding dirumah rosnah,isteri talip baru berdenting dua belas kali.Ketika kedua orang itu telah memastikan tiada sesiapa dirumah rosnah dan hanya rosnah seorang tinggal dirumah,maka kawan talip tersebut mengetuk pintu dengan cara rahsia.Rosnah kemudian membuka pintu belakang setelah terdengar ketukan itu.

   "Oh kalian."Kata rosnah isteri talip dengan berbisik.Kedua orang tersebut segera masuk bilik rosnah.Rosnah menutup pintu itu kembali.Setelah ketiganya berada didalam,masing-masing bertanda tanya dihati masing-masing.

   "Ada kejadian yang aneh."Bisik tukang emas.

   "Aneh bagaimana bang?"Rosnah ingin tahu dan wajahnya ingin tahu sangat.

   "Kami berdua telah pasti melihat mayat suamimu tergantung.Dah mati dalam setengah jam.Dan kami terus menjalankan rancangan kita bertiga.Tapi kemudian ketika orang kampung hendak melihat mayat talip.Talip telah tiada ditempat gantungan itu."Kata tukang emas.Berita yang didengar ini cukup mengejutkan rosnah.

   "Ala.Macam mana ni.Dia hidup balik tak?"Soal rosnah pucat.

   "Aku sungguh tak mengerti dan hairan."Kata kawan talip.

   "Ala macam mana ni.Kalau talip suamiku hidup,dah tentu rahsia kita bertiga akan terbongkar dan kita semua akan mendapat akibatnya."Kata rosnah pucat.Tukan emas dan kawan talip itupun bagai kehilangan darah diwajahnya.

   "Kalau begitu carilah talip sampai jumpa malam ini.Dan abang berdua harus membunuhnya.Kalau tidak,wah...kita semua akan celaka.Cepat pergi."Kata isteri talip memerintah.

   "Baik-baik aku akan pergi mencarinya."Kata tukang emas itu sambil melangkah pergi diikuti kawan talip.Mereka berdua terus pergi menembusi kegelapan malam,dengan jalan menghendap agar langkah mereka itu tak diketahui oleh orang kampung yang sedang berjaga dipondok kawalan.

   Keadaan kampung telah sepi kembali.Kedua orang itu berjalan dengan hati-hati dan berselindung dibayangan pokok-pokok yang tumbuh ditepi jalan.Hati keduanya sungguh tak sedap dengan peristiwanya dianggap ajaib ini.

   Didalam bilik khas itulah mayat talip diletakkan diatas pangkin.

   Mayat talip tinggal terbaring terlentang diatas pangkin itu.Dimalam yang sunyi itu terdengar suara pisau lebar yang tajam sedang diasah.Wak tahak yang mengasah pisau itu.Dan mereka bertiga tadi lah yang telah bertindak cepat mencuri mayat talip ditali gantung tersebut.

   Hingga saat mereka bertiga telah siap dengan tugas masing-masing.Setelah wak tahak selesai mengasah dua bilah pisau tajam,dia segera menyerahkan pisau-pisau itu kepada saman dan kohar.Selepas demikian wak tahak kemudian berdiri diluar rumah ditempat yang gelap,memerhati keadaan disekitar situ.

   Saman kemudian bertindak membelah kepala talip.Sedang kohar dengan pisau yang telah diasah tajam itu mula menghiris dan membelah bahagian dada.Tangan keduanya walau bagaimana  tetap berlumuran darah kental ditubuh badan talip.Keadaan pekerjaan yang mengerikan ini terpaksa juga dilakukan kerana sudah menjadi syaratnya.

   Bagai menyiat-nyiat daging lembu mereka berdua mengerjakan tubuh badan talip yang masih hangat itu.Baru setengah jam talip meninggal kerana digantung itu.Sudah tentu daging-daging tubuhnya masih segar.Bagai nak muntah saman dan  kohar menyiat-nyiat dan memotong daging tubuh talip.

   Pekerjaan mengeluarkan hati dan otak ini tidak ubahnya bagai mengeluarkan hati lembu.Tubuh badan talip telah dipotong-potong sehingga hati dan otak itu boleh dikeluarkan dengan keadaan yang masih utuh.Hati itu kemudian diletakkan diatas dulang dan otak itupun kemudian diletakkan ditempat lain.

   Setelah keduanya membuangkan perut talip dan dipendam ditempat yang jauh,maka kini keduanya memotong-motong tubuh badan talip hingga kecil-kecil.Apa yang diambil  itu hanya daging-dagingnya saja.Sedangkan tulang belulang talip telah bersih dari daging.

   Wak tahak yang bertugas mengubur tulan belulang talip ditempat yang jauh.Dengan meramas dan memeras daging talip,maka ada juga darah talip yang ditadah dengan baldi.Setelah demikian maka saman memberi tahu kepada wak tahak.

   "Wak ada nampak sesiapa diluar sana?"Soal saman.

   "Kebetulan tak ada.Bagaimana dengan pekerjaan mu itu?"Wak tahak menyoal pula.

   "Otak dan hati talip telah tersedia.Cuma darah talip hanya dapat sedikit."Jawab saman.Wak tahak kemudian memerhati hasil kerja dua orang itu.Wak tahak kemudian kembali keluar rumah untuk memendam daging-daging talip.

   Beberapa minit kemudian dia pun kembali ketempat bilik khas tersebut.

   "Marilah kita keluar sekarang.Bawa lah baldi itu untuk menampung darah."Kata wak tahak.Saman dan kohar ikut keluar mengikuti wak tahak.Wak tahak kemudian membawa tali yang mengikat anjingnya sampai dihujung sana.

   Selepas ketiganya pergi untuk menyembelih anjing dan mengambil darahnya,dijalan kampung nampak bayangan dua orang sedang berjalan mengendap-ngendap.Rumah wak tahak memang jauh berada dihujung kampung dan jauh juga dari rumah jiran.Dua bayangan orang yang berjalan itu mendekati rumah wak tahak.

   Mereka berdua adalah tukang emas dan kawan talip yang sedang berusaha mencari talip.Setelah keduanya hampir didinding wak tahak,keduanya segera memasang telinganya mendengarkan sesuatu suara dari dalam rumah wak tahak.

   "Tiada sesuatu suara.Wak tahak pun mungkin sudah tidur."Bisik suara itu.

   "Eh kau tercium bau sesuatu?"Bisik tukang emas.

   "Entahlah..semacam bau kemenyan."Jawab kawan talip.

   "Benar semacam bau kemenyan.Disana pun tadi bau kemenyan juga.Baru kuingat hari ini adalah malam jumaat.Malam yang menakutkan."Kata tukang emas.

   "Marilah kita kembali.Merata tempat bau kemenyan.Dan malam ini juga mayat talip telah hilang."Kata kawan talip.Kedua orang itu terus beredar dari rumah wak tahak.Mereka melangkahkan kakinya dengan cepat kerana mengingati malam ini adalah malam yang menakutkan.

   Wak tahak telah kembali kebilik khas itu dengan membawa darah anjing.Darah itu kemudian dicampur dengan darah talip dan digaul hingga sebati.Seterusnya wak tahak kemudian bersila lagi dan menambah bara api di mangkuk kecil.

   Setelah demikian wak tahak meletakkan otak talip dihujung kain kapan yang dibentang tersebut.Sedang hati itu diletakkan dibahagian dada diatas kain kapan.Darah itu tetap terbiar didalam baldi.Kemudian wak tahak menaburkan kemenyan dibara api didalam mangkuk kecil itu.

   Wak tahak mengucap kan jampi-jampinya hingga terdengar hanya bunyi yang tak jelas ditelinga saman dan kohar.Mereka berdua memerhati kejadian itu dari minit ke minit dengan perasaan yang berdebar dan penuh tanda tanya.Wak tahak kemudian mengangkat kedua tangannya dan disaat itulah angin berhembus hingga api lampu minyak terpadam.

   Kini hanya nampak asap kemenyan yang memutih bergumpa-gumpal dikegelapan.Angin yang bertiup itupun makin kencang hingga diluar rumah menimbulkan bunyi yang menakutkan.Wak tahak terus mengucapkan jampi-jampinya tanpa henti-hentinya.Saman dan kohar makin merasakan debar jantungnya makin kencang.

   Mereka berdua telah mengakui tentang kebolehan wak tahak.Walaupun wak tahak hanya mempelajari dari buku kepunyaan wak sarpin.Tiba-tiba sekumpulan kabus keluar dari kepala wak sarpin sebagai simbul pemujaan itu.Kemudian mata wak sarpin menyala merah bagai bara api.

   Didalam kegelapan itu kepala wak sarpin yang terletak diatas pacak nisan makin mengerikan dengan mulut wak sarpin yang membaca seakan berkata-kata.Kini tahulah saman dan kohar dan wak tahak,bahawa kabus itu berpusat dari kepala mayat wak sarpin.Kabus itu makin menebal bercampur dengan asap kemenyan.

   Didalam kegelapan itu kabus itu nampak memutih.Didalam nya kemudian timbul bentuk tubuh yang makin jelas dan bukan bayangan.Seakan kabus tersebut telah mengangkat tubuh tersebut.Tubuh itu mulai jelas dari sinaran di kepala wak sarpin.Tubuh seorang perempuan tanpa ditutupi oleh seurat benang pun.

   Dengan gerakan kaku perempuan itu kemudian memakan otak yang terletak ujung kain kapan.Setelah otak itu habis dimakannya,maka dia mula memakan hati sedikit demi sedikit yang akhirnya habis.Setelah demikian maka mayat itu segera meminum darah dibaldi sehingga habis.

   Seterusnya perempuan itu membaringkan diri di kain kapan.Kabus itu pun bertindak membungkus tubuh perempuan itu sehingga ianya menjadi seperti mayat yang telah terbungkus oleh kain kapan.Tak lama kemudian kabus itu kemudian kembali berkumpul dan menuju berpusat dikepala wak  sarpin.Akhirnya lama-lama kabus itu hilang setelah masuk dikepala mayat wak sarpin.

   Kini ruang itu kembali menjadi gelap.Angin pun kemudian menjadi reda.Tetapi asap kemenyan itu masih mengepul kan asapnya.Setelah ketiga orang itu dicengkam ketakutan dan menggerunkan kerana peristiwa ini benar-benar berlaku didepan matanya,maka mula lah ketiga orang itu bernafas agak teratur.

   Setelah tiada lagi kejadian yang berlaku,maka wak tahak segera memasang lampu minyak yang tadi telah padam.Bila bilik itu telah diterangi oleh cahaya lampu redup,maka nampak lah didepan pemujaan itu terbujur tubuh yang telah berbungkus kain kapan.Tubuh itu tidak bergerak.

   "Sungguh menghairankan.Hal ini boleh terjadi.Dan aku bagai nak pengsan menyaksikan nya.Jampi-jampi wak berjaya.Wak telah berjaya mencuri roh ini."Kata saman dengan pandangan matanya yang tegang diikuti oleh pandangan mata kohar yang membulat.Wak tahak tak segera menjawab kata-kata saman.

   Dia terus mengambil buku yang terletak dipangkuannya kemudian meneliti kandungannya kemudian membaca nya dengan masa yang cukup lama.Setelah demikian maka wak tahak kembali meletakkan buku itu disampingnya.

   "Kalian tahu apa yang kuciptakan ini?"Bisik wak tahak.

   Saman dan kohar menggelengkan kepalanya.

   "Inilah yang dinamakan hantu pocong.Ianya tak beza dengan hantu sundel bolong.Demikian lah kejadiannya dari hantu pocong.Hanya caranya berbeza dengan sundel bolong.Dia tak mempunyai lobang dipunggungnya,dan mempunyai tubuh yang sempurna."Kata wak tahak menjelaskan.

   "Sundel bolong termasyur dengan kecantikan.Apa pula dengan hantu pocong ini wak?"Soal saman yang ingin tahu kecantikan wajah hantu pocong.

   "Marilah kita saksikan betapa cantik wajahnya."Kata wak tahak sambil membawa lampu minyak itu ke dekat paras wajah hantu pocong.Dengan debaran jantung yang kencang saman dan kohar mendekatkan diri nya untuk memerhati wajah hantu pocong.Wak tahak kemudian mula membuka kain kapan yang membungkus wajah hantu pocong.

   Jari-jari wak tahak kemudian menyingkap kain kapan yang membungkus wajah hantu pocong tersebut.Betapa terkejut ketiga orang tersebut,ketika melihat wajah gadis tersebut bermuncung anjing.Ketika wak tahak membuka semua kain kapan tersebut,ianya adalah sebentuk tubuh gadis yang indah tanpa bulu anjing.

   Saman dan kohar undur kebelakang kerana ngeri melihat muncung dibibir gadis tersebut.Apa yang mereka lihat keadaan gadis hantu pocong ini adalah dia sedang tidur.Cepat-cepat wak tahak membungkus kembali gadis hantu pocong tersebut,seperti semula.

   "Wak...dia bernafas dan sedang dalam keadaan tidur.Kalau lah dia bangun dan  membaham kita,habislah kita.Macam mana ni wak?"Soal saman yang membayang kan kengerian yang akan berlaku.

   "Dia tetap tidur sebelum aku membuka rahsia jampi-jampi."Kata wak tahak.

   Wak tahak nampak ikut merasakan ketakutan itu.Tubuh badan gadis hantu pocong itu tak ada cacat nya sampai ke paras wajah.Hanya bibirnya saja yang mempunyai muncung seperti anjing dan bertaring.

   "Tapi wak...demi keselamatan kita lebih baik tangannya kita rantai."Kata kohar mengingatkan.Pikir punya pikir betul juga kata kohar itu.Kata hati wak tahak.Kemudian mengambil rantai anjingnya kemudian membelanggu kedua tangan gadis pocong tersebut,dan menutupnya dengan  kain kapan seperti semula.

   Ketiganya kemudian memikirkan kejadian hantu pocong tersebut.Kerana dia bermuncung anjing maka wak tahak belum berani membuka jampi-jampinya menggerakkan gadis pocong tersebut.Tinggallah gadis itu terbaring tidur dalam kain kapan.Tiba-tiba kohar nampak kain kapan yang menutup mucung itu turun dan rata dengan paras wajah.

   Kohar kemudian menggerakkan jari-jari tangannya untuk meraba muncung tersebut.Sungguh aneh.Muncung itu telah tiada.Maka wak tahak pun segera membuka kain yang menutup wajah gadis pocong tersebut.Setelah terbuka,maka hilanglah muncung itu.Kini tinggallah bibir gadis itu yang indah jelita.

   "Sungguh ajaib.Mungkin darah talip itu telah mengalahkan darah anjing tersebut."Kata wak tahak.Saman dan kohar membenarkan pendapat wak tahak.Kemudian saman menambahkan.

   "Kerana gadis ini memiliki darah anjing,sudah tentu dia mempunyai tabiat seperti anjing dan mungkin kuat."Kata saman.

   "Ya...kuat bagaimanapun dia tentu lemah dengan jampi-jampiku."Kata wak tahak.Wak tahak kemudian membuka rantai ditangan gadis pocong,kemudian menutupnya kembali dengan kain kapan tersebut.

   "Sekarang apa yang harus kita lakukan."Saman ingin tahu.

   "Hari dah hampir  pagi.Sebaiknya biar lah dia tidur.Kita pun nak rehat setelah bekerja keras.Esok malam barulah kita gunakan gadis pocong ini untuk melakukan sesuatu kerja."Kata wak tahak.Wak tahak kemudian memadamkan lampu minyak di bilik khas tersebut kemudian mengajak saman dan kohar rehat dibilik kedai depan.

   Saman dan koharpun bersetuju berehat dibilik kedai kerana perasaan ngeri dan seram itu masih menyelimuti hati masing-masing.Ketegangan fikiran masing-masing dari ketiga orang tersebut tak membolehkan mereka tidur cepat.Segala kejadian yang berlaku didepan mereka dan menyiat-nyiat tubuh badan talip itu menjadi ingatan yang sukar untuk dilupakan.

   Namun walau bagaimanapun.Ketiga orang tersebut tertidur juga ketika menjelang pagi.


(Bersambung...)


Sumber : Naskah Dari Mastris
Memuja Ratu Syaitan

Bahagian 2 : Gigi Emas Mayat Wak Sarpin

   Malam bertambah larut.
 
   Badrul dan rahim mula membaringkan diri.Kerana keduanya baru sahaja bercerita tentang gadis bertudung itu,maka bunyi-bunyi binatang kecil-kecil dikeheningan malam itu menjadi perhatian keduanya.

   Bila suara angin diluar mula menimbulkan bunyi.Keduanya merasakan bahawa diantara deru angin itu ada terselit keanihan,sehingga keduanya memasang telinganya.Ianya merupakan suara panggilan yang ditelan bunyi angin.Akhirnya keduanya kembali duduk dan cuba mendengarkan suara panggilan yang meminta tolong tersebut.

   "Suara panggilan yang menyesatkan...Marilah kita mengucapkan kebesaran nama allah."Ajak badrul kepada rahim.Keduanya kemudian mengucapkan ayat yang diajarkan oleh gadis bertudung itu.Angin diluar memang bertiup mula kencang.Sehingga menimbulkan bunyi yang nyaring ketika angin itu melanda daun-daun kayu.

   Suara itu pun tedengar lagi dan timbul tenggelam diantara deru angin.

   "Badrul...,kau dengar suara itu?"Soal rahim.

   "Ya...tidak jelas...kerana suara angin itu mula menimbulkan bunyi."Keduanya kembali mendengarkan dengan penuh perhatian.Suara panggilan itu  lemah ditelan bunyi angin.

   Walaupun keduanya dilanda keseraman yang menyelimuti diri mereka,namun keduanya berusaha mendengar suara yang hampir-hampir tenggelam akibat ditelan bunyi angin tersebut.Dengan wajah yang kaku dan tegang badrul memasang telinga.

   "Aku dapatkan suara panggilan itu."Kata badrul berbisik.Rahim ternganga mulutnya,dan matanya membulat kerana ingin tahu apa yang didengar oleh badrul.

   "Dia menyebut nama allah dan meminta tolong."Kata badrul dengan cepat kemudian diam kembali kerana hendak mendengar kan lebih lanjut.Masing-masing berusaha untuk mendengarkan suara panggilan itu.

   "Ya..,aku dapat kan suara itu lagi."Kata badrul.

   "Aku pun mendengarkan kata-kata bismillah itu diucapkan."Kata rahim.

   "Aku telah dapatkan apa yang dimaksudkan.Mari temankan aku ke bilik mandi."Kata badrul yang kemudian bangkit dari duduknya.Rahim mengikuti dari belakang.Selepas badrul mengambil air sembahyang,dia pun kembali ke ruang depan setelah menyiapkan kertas dan pen dan dakwat.

   Rahim memerhati pintu tingkap yang tidak diselak dengan baik nampak bergerak-gerak ditiup angin.Diapun kemudian menutup daun tingkap tersebut,dengan perasaan yang diliputi dengan macam-macam syak.Setelah daun tingkap itu ditutup rapat,barulah badrul menulis ayat diatas kertas.

   Setelah menulis ayat tersebut,badrul segera melipatkannya dan dimasukkan dalam songkoknya.Rahim yang tidak dapat dengar dengan jelas akan suara itu,kini mengikuti sahaja apa kemahuan badrul.Ketika badrul keluar dari rumah,rahim pun ikut juga.

   Kemana kita?"Sola rahim tak mengerti dan tubuhnya mula menggigil bila telah berada diluar rumah.

   "Rahim...,aku pun bukan berani sangat.Kalau kau tak dapat menguasai ketakutanmu,aku pun tak dapat melaksanakan kerja ini.Sekarang kita pergi ke kubur gadis yang bertudung itu.Aku perlu meletakkan ayat yang aku tulis diatas kuburnya.Itu saja."Bisik badrul dengan nafas yang ditahankan.

   Nampaknya badrul mengajaknya dalam keadaan yang cemas.Maka rahim pun mengikut kehendak kawannya itu.Keduanya menggunakan basikal masing-masing untuk  ketempat yang dituju.Keduanya mengayuh dengan melawan arah angin,sudah tentu kaki-kaki mereka cukup berat menekan pengayuh.

   "Basikal ini tidak dapat kita kayuh."Kata rahim setengah berteriak.Bunyi daun-daun pokok yang dilanda angin kencang cukup menimbulkan suara bising dan menyeramkan suasana.Ternyata apa yang dikatakan oleh rahim memang benar.Badrul pun tidak dapat mengayuh basikalnya.

   "Kita terpaksa menolak basikal  ini."Teriak badrul.Keduanya kemudian berjalan kaki dan basikal masing-masing ditolaknya.Keadaan angin masih tetap kencang sehingga keduanya yang berjalan melawan arah angin itu berjalan dengan lambat.

   Rahim yang selalu dilanda perasaan syak terhadap benda-benda yang ada ditepi jalanan itu,kemudian melihat bayangan tinggi seakan-akan hendak rebah.Mula-mula ia bergerak.Ketika ia menimbulkan bunyi kuat,maka tahulah rahim terhadap benda tersebut.

   "Awas badrul....,pokok besar tumbang..!"Teriak rahim kuat.

   Badrul pun sedar akan kejadian itu  sebelum rahim mengingatkannya.Ternyata benarlah dugaan rahim.Pokok tersebut tumbang dilanda angin yang bertiup menakutkan itu.Bunyi cabang ranting yang patah menambah suasana angin yang sedang kuat bertiup itu makin menimbulkan suasana yang dahsyat.

   Badrul dan rahim terselamat tanpa mengalami kecederaan sedikitpun.Keduanya tercungap-cungap menolak basikalnya setelah berjalan sekian lama.Angin yang bertiup belum ada tanda-tanda berkurang,dan malam pun bertambah pekat menghitam.

   "Kita haru cepat sampai ke kubur itu."Teriak badrul.

   "Yalah....,tapi tengok lah.Setakat ini sahaja yang kita boleh bergerak."Jawab rahim.Berjalan didalam kegelapan dan dalam keadaan yang menyulitkan ini,sudah tentu bagi mereka berdua susah untuk mengenali jalan menuju ke kubur tersebut.

   "Kita telah berada jauh diluar kampung.Adakah kita ni sesat?"

   "Sesat? Ah...,tidaklah.Marilah jalan kearah sini.Aku rasa kubur itu tak jauh dari sini,hanya kurang beberapa langkah saja."Jawab badrul yang mengenal pasti akan tempat itu.

   "Kita letakkan basikal kita disini."Perintah badrul.Rahim mengikut.

   Keduanya kemudian meneruskan berjalan tanpa membawa beban.Ternyata kedua nya bergerak lebih dapat mengenali keadaan disitu.Badrul mengingat-ingat dimana agaknya kubur yang pernah dijumpai itu.Bayangan keduanya didalam kegelapan malam itu menunduk-nunduk cuba mencari tanda-tanda kubur.

   "Ha..Itu disana."Teriak badrul sambil bayangan tangannya menunjuk arah depannya.

    "Ya agaknya."Tambah rahim sambil mendekatkan diri kepada badrul kerana seram.

   Kerana sekeliling kawasan sekitar kubur tersebut telah dibersihkan,maka kubur itu memang nampak oleh kedua pemuda tersebut.Bila nampak kubur tersebut,mulalah badrul dan rahim menghampiri dengan langkah cepat.Walau bagaimanapun keduanya tidak lepas dari perasaan yang dihantui oleh macam-macam syak wasangka.

   "Apa yang akan terjadi disekitar kubur ini badrul?"Tanya rahim.

   "Aku tidak tahu.Mudah-mudahan kita tidak melihat sesuatu yang menakutkan."Kata badrul sambil makin hampir ke kubur didalam kegelapan malam tersebut.Rahim makin merasakan debar jantungnya makin kuat bila dirinya telah dekat dengan kubur itu.

   Bayangan kubur yang menghitam dan dalam keadaan malam yang seperti ini,sudah tentu membuat keduanya antara berani dan tidak berada ditempat ini.Tetapi didalam hati,badrul menguatkan dirinya agar dapat cukup tenang melakukan kerja ini.

   "Aku melakukan kebaikan demi gadis didalam kubur ini."Kata hatinya.

   Badrul menundukkan dirinya dan rahim pun mengikut gerakan badrul.Angin masih bertiup kencang.Daun-daun kering yang berterbangan dikegelapan malam,cukup banyak bertaburan dan sebahagian jatuh menimpa kubur dan kedua pemuda tersebut.Badrul kemudian mengambil tulisan ayat tersebut kemudian diletakkan diatas tanah kubur dan tetap terletak disitu sambil kedua tangannya menindih ayat tersebut.

   Rahim yang cuak dengan kegelapan malam dan ditempat seperti ini,mula membayangkan sesuatu yang bukan-bukan.Ketika dia melihat sekelilingnya,hanya kegelapan malam dan bayangan benda-benda yang digerakkan oleh angin kencang.Alangkah serammnya.Ditempat yang terpencil dan berada disisi sebuah kubur seperti ini bukannya perkara mudah untuk dilakukan.Kata hati rahim yang diliputi ketakutan.

   Bunyi angin yang melanda pucuk pokok mula berkurangan.Angin pun mula reda.Tak berapa lama kemudian angin itupun tiada menimbulkan benda-benda ada disekitar tempat itu.Badrul dan rahim saling berpandangan.Kini suasana itu digantikan dengan kesunyian malam yang mencengkam.

   Keduanya masih berada disisi kubur,dan memikirkan kejadian ini seakan suatu keajaiban yang luar biasa.Kini suasana demikian digantikan dengan udara malam,malam yang mula terasa sejuk.Keduanya cuba mengawasai keadaan sekelilingnya.Mereka berdua hanya melihatkan kegelapan malam dan bayangan hitam dari benda-benda yang ada di sekeliling.Benda-benda itu hanya menambahkan seramnya suasana,yang membuat badrul dan rahim risau terhadap kegelapan malam.

   "Angin dah reda."Bisik rahim cukup perlahan ditelinga badrul.

   "Lebih baik kita tinggalkan tempat ini."Ajak rahim kerana merasakan dirinya tak boleh tahan malam-malam begini berada ditempat yang sepi dan disisi sebuah kubur yang rohnya telah menjelma.

   Badrul tidak menjawap.Tapi hanya mengangguk perlahan.Ayat yang terletak diatas tanah kubur itu ditindih dengan batu agar tetap berada disitu.Perlahan-lahan badrul berdiri diikuti oleh rahim.Seterusnya badrul dan rahim mula meninggalkan kubur itu.

   Disaat yang sama dimalam itu.

   Didalam sebuah rumah yang dilengkapi peralatan ganjil,mengepullah asap kemenyan dari mangkuk pembakarnya.Dua buah tengkorak kepala manusia yang terletak diatas pacak nissan tiba-tiba tengkorak itu retak dan kemudian pecah.

   Orang lelaki tua yang mempunyai wajah hodoh sedang bersila menghadap kepulan asap kemenyan.Ketika dilihatnya dua tengkorak manusia itu telah pecah dan pecahan itu berhamburan dilantai tempatnya bersila,maka terkejutlah lelaki tua itu.Matanya membulat dan mulutnya ternganga.

   "Hah...,apa yang menyebabkan ini semua?"Tanya lelaki tua itu seorang diri.

   "Oh ini bermakna aku tidak dapat menguasai rohnya lagi.Usahaku gagal."Kata orang tua itu seorang diri sambil menunjukkan wajahnya yang menggambarkan rasa terkejut yang sangat.

   Dia memerhati serpihan tengkorak yang berkecai dilantai tempat dia bersila.Setelah dia memerhati cukup lama akan benda-benda yang menjadi pujaan itu,dia pun kemudian berdiri dan memikirkan sesuatu.Tak lama dia telah berdiri diluar rumahnya dan wajahnya mengarah keatas.

   Setelah dia melihat keatas,maka nampaklah mendung diatas yang sedang menutupi bulan.Sebaik kelihatan bulan tersebut terkeluar dari awan hitam yang menyelimuti,maka orang tua ini mengangkat kedua belah tangannya dan dia pun mengucapkan sesuatu yang kurang jelas seakan menyeru akan sesuatu.

   Selepas demikian dia pun menyemburkan serbuk didalam mulutnya dan disemburkan ke atas.Kemudian ke kiri kemudian ke kanan.Selepas demikian maka dia pun berjalan menjauhi rumahnya menembus kegelapan malam.Dia terus berjalan sambil sesekali dia berhenti mengucapkan sesuatu.

   Setelah lama dia berjalan,tahu-tahu dia telah berada di suatu tempat iaitu disebuah luar pondok yang didalam sebuah pondok itu berada dua orang yang sedang duduk-duduk.Didalam pondok itu hanya diterangi oleh sebuah pelita minyak yang digantung didinding.

   Orang dua tersebut segera mendengar perbualan kedua lelaki yang didalam pondok.

   "Macam mana ni.Lama dah kita tak dapat menghasilkan barang-barang curian.Nak merompak pun,kampung dalam keadaan malam seperti ini dah tentu ada orang-orang berjaga."Kata lelaki yang lebih muda.

  "Sekarang ni memang dah tak dapat lagi peluang untuk mencuri atau merompak.Pemuda kampung telah mengadakan penjagaan di pondok-pondok kawalan dan sentiasa meronda.Kalau kau mau,kita pergi ke kubur wak saripin itu."Kata seorang lagi yang lebih tua.

   "Apa?...,hiii...kekubur malam-malam begini.Ah tidak."Jawab yang muda.

   Tak lama kemudian terpikir pula yang muda untuk mengetahui apa yang ada dikubur berkenaan dengan mayat wak saripin itu.Lelaki muda itu kemudian menatap wajah lelaki yang lebih tua.

   "Apa kene nya dengan pergi kekubur wak saripin?"Soalnya.

   "Apakah kau tidak pernah tahu yang wak saripin itu bergigi emas seluruhnya.Sementara kita belum dapat hasil dari barang curian,elok kita gali kubur wak saripin dan mengambil gigi emasnya itu."Kata lelaki yang lebih tua.

   "Menggali kubur dan berdepan dengan mayat wak saripin itu.Hiii...mengerikan.Apa lagi wak saripin baru meninggal dalam tiga hari ini.Alamak seramnya.Tidak man.Aku tidak mau."Kata yang muda.Bila saman mendengar kata rakannya,maka hilanglah harapannya untuk mendapatkan gigi emas wak saripin.

   "Kau fikir baik-baik kohar.Kita gali kubur wak saripin siang hari tahu.Seram itu memanglah.Tapi kalau kita gali kuburnya siang hari aku rasa seram itu kuranglah.Gigi emas itu tidak kurang dari lima ratus ringgit tahu.Masa hidupnya,wak saripin pernah berkata kepadaku yang gigi emas itu berharga lapan ratus ringgit,tahu tak."Kata saman cuba lagi mempengaruhi fikiran kohar.

  "Eh iyeke boleh laku gigi wak saripin itu agak lima ratus ringgit?"

   "Kalau lah gigi emas itu jatuh pada harga empat ratus atau tiga ratus,jadilah.Mana nak dapat kerja semudah itu.Tak payah kita malam-malam menhendap rumah orang.Bongkar kubur kita buka mulut wak saripin,nah dapatlah hasilnya."Kata saman.

   "Bagus rancangan itu.Aku setuju."Kata suara dari luar.Saman dan kohar terkejut bila mendengar suara yang tiba-tiba didengar nya itu.Ketika keduanya tahu siapa yang masuk didalam pondok tersebut,maka hilanglah terkejutnya.Orang tua itu kemudian ikut duduk disisi keduanya dan tersenyum.

   "Apa pula yang wak tahak malam-malam begini ikut menyibuk?"Soal kohar.

   "Adalah wak nak bincang sikit.Wak dah hampir-hampir berjaya menggunakan barang curian tengkorak kepala kepunyaan wak saripin itu.Tetapi sayangnya,tengkorak kepala itu jatuh dan pecah kedua-duanya."Kata wak tahak.

   "Sekarang begini.Bila kalian berdua da setuju untuk membongkar kubur wak saripin,aku mau kepala wak saripin."Kata wak tahak dengan sungguh-sungguh.Saman dan kohar saling berpandangan.

   "Untuk itu nah.Dua puluh ringgit seorang."Kata wak tahak dengan menghulurkan wang kertas ringgit dan diletakkan di tikar didepan mereka berdua.Kohar pun memandang saman.

   Kemudian wak tahak pun meneruskan kata-katanya.

   "Kau tahu kohar dan saman.Buku ini.."Wak tahak menunjukkan buku ditangannya.

   "Buku ini kepunyaan wak sarpin.Tetapi wak sarpin tak banyak tahu bahasa lama didalam kandungan buku ini.Tetapi wak,tahulah isi dan maknanya.Itulah sebabnya percobaanku hampir berjaya."Kata wak tahak.

   "Aku mahu tengkorak kepala yang baru.Ia kugunakan untuk memanggil syaitan seperti tunjuk ajar didalam buku hikmat ini.Kemudian syaitan itu aku suruh untuk mencuri roh orang yang telah mati,dari alam barzakh.Roh itu kemudian aku penjarakan didalam tengkorak kepala itu.Lepas itu roh itu akan kusuruh menurut kehendak hatiku.

  Contohnya untuk mengambil harta kekayaan,atau untuk mendatangkan dara yang cantik agar datang kerumahku.Ha macam itulah ilmu roh yang terkandung didalam buku kepunyaan dukun wak saripin ini."Kata wak tahak menerangkan lebih jelas lagi.Saman dan kohar adalah pemuda bujang yang gatal dan suka mengurat.

   Apabila disinggung tentang boleh mendatangkan anak dara dengan ilmu roh itu maka mulalah terpikir oleh keduanya.Dan selera kohar baik pun saman mula bangkit.Keduanya kemudian diam untuk beberapa lamanya.

   "Boleh kaya dan boleh mendatangkan anak dara orang?"Soal saman.

   "Tapi wak.Memanggil syaitan dan menggunakan tengkorak kepala,bukankah itu merbahaya.Bagaimana nanti kalau syaitan itu mengamuk,atau roh yang jadi suruhan itu berontak?"Soal kohar.Wak tahak tersenyum.Seakan kata-kata kohar itu tidak mempengaruhi sedikitpun.

   "Didalam buku ini disebutkan jampi-jampi sebagai tolak balanya.Jadi wak tidaklah bimbang sedikit pun.Dan wak telah menghapal tatacara seperti didalam buku ilmu roh tersebut."Kata wak tahak meyakinkan.

   "Kalian tak percaya,bolehlah kita bertiga menyaksikan wak memuja tengkorak kepala wak saripin untuk memanggil syaitan dan mencuri roh dialam barzakh."Katanya.Kohar dan saman saling berpandangan.Akhirnya terjadilah kata sepakat dan wang itu dipungut oleh kohar dan saman.

   "Baiklah wak tahak.Kami berdua bersedia mengambilkan kepala mayat wak sarpin itu.Esok paginya akan kami lakukan kerja itu."Kata saman.Wak tahak terus berdiri dari tempat duduknya dan setelah melempar senyumannya,dia pun keluar dari ruang pondok tersebut,meninggalkan kedua orang yang masih berada di pondok itu.

   "Bila benar buku yang dipelajari wak tahak itu boleh mendatangkan anak dara orang,dah tentu akan kuminta si kamsiah itu untuk datang kepadaku."Kata kohar dengan tersenyum.Saman pun tersenyum kerana kini kohar telah pun mau memberikan kerja sama nya menggali kubur wak sarpin pada keesokan harinya.

   Pagi masih awal lagi kohar dan saman telah pun pergi ke tanah perkuburan yang jauhnya cukup setengah batu dari kampung mereka berdua tinggal.Ketika keduanya telah pun sampai di tanah perkuburan itu,keduanya segera mencari kubur wak sarpin.Kubur wak sarpin mudah dikenali,kerana masih baru dan di nisannya tertulis nama wak sarpin.

   Keadaan suasana yang masih sejuk itu menjadikan kawasan itu masih diliputi oleh kabus tebal sehingga pemandangan mata keduanya hanya boleh melihat benda-benda yang terdekat.Sementara itu cahaya matahari belum nampak disekitar tempat itu.Walau bagaimanapun keduanya merasakan juga keadaan yang seram itu.

   "Man.Tunggulah sampai hari terang sedikit.Kabus tebal disekitar sini sungguh menakutkan aku."Pinta kohar yang telah berdiri didekat kubur wak sarpin.Saman menggelengkan kepalanya tanda tak setuju.

   "Buat apa buang masa.Sementara kita gali kubur ini,hari pun beransur-ansur terang.Ayuh kita laksanakan sekarang."Ajak saman.

   Saman telah pun menghayunkan cangkulnya mengorek timbunan tanah kubur.Kohar masih melihat kekiri dan kekanan melihatkan sesuatu seakan memastikan benda-benda disekeliling tiada yang bergerak dan menakutkan.Dia pun mula mengikut saman dan mula mengorek tanah itu dengan cangkul.

   "Crok..crak,crok,crak!"Bunyi cangkul-cangkul mereka berdua bergantian mengorek tanah kubur  itu.Beberapa lama kemudian cangkul-cangkul mereka telah menyentuh kayu lapiknya.Seterusnya kayu lapik tersebut telah nampak kesemuanya.Bila kayu-kayu lapik tersebut telah dikeluarkan,maka nampaklah mayat wak sarpin.

   Bila terpandangkan saja mayat wak sarpin di arah kepalanya,keduanya terkejut.Kepala wak sarpin telah terpisah dari anggota tubuhnya.Ini terjadi seperti yang diceritakan dalam "Dukun Iblis",yang mengisahkan sebelum mayat wak sarpin dibawa kekubur pernah ditengah jalan ditimpa pokok,dan orang-orang yang memikulnya membiarkan mayat itu dibawah himpitan pokok.

   Tak lama kemudian keduanya mula mencium bau busuk dari mayat itu.Sambil menutup hidungnya keduanya masih memerhati keadaan mayat wak sarpin,yang nampak mengerikan itu.Keadaan bau yang menusuk hidung tersebut kerana tali perut mayat wak sarpin telah pun pecah dan dagingnya mula lah reput.

   Dengan cangkul saman tidak mendapat kesukaran untuk mengeluarkan kepala wak sarpin yang mengerikan itu.Setelah sampai diatas,keduanya membiarkan kepala itu terletak ditepi,dan keduanya mula menimbun kembali kubur wak sarpin seperti semula.

   Kubur itu telah tertimbus tanah seperti semula.Kini keduanya kemudian memerhati kepala wak sarpin yang tergolek ditanah.Dalam keadaan seperti ini,sudah tentu kepala itu makin diperhati makin menggerunkan bagi yang memandang.Kepala itu nampak dagingnya menyusut dan berlendir.

   "Kau tolong pegang dan aku akan membuka mulut ini."Bisik saman dengan perasaan yang seram juga.Kohar tak berkata-kata.Antara berani dan tiada mula menyentuh tangannya dibahagian atas kepala dan menekannya ke tanah.Saman mula membuka mulut kepala itu.Kerana mulut itu terkatup dan sudah pun membeku,maka agak sulitlah kerja itu.

    Tetapi terbuka juga mulut itu dengan sedikit paksaan.Bila mulut itu sudah pun terbuka,saman memasukkan jari-jarinya kedalam mulut kepala tersebut untuk menanggal gigi emas di bahagian gigi atas.Sementara jari-jari saman berada didalam mulut,tiba-tiba mulut itu terkatup balik bagai menggigit jari-jari saman.

   "Aaaaaa......"Teriak saman terkejut dan tangan yang tergigit itu segera bergerak menghindar dari kesakitan.Gerakan tangan saman yang cepat itu membuat kepala wak sarpin terpelanting dan berada jauh dari tempat keduanya.Kohar sungguh terkejut dengan peristiwa yang dihadapi itu.

   "Dimana terjatuh kepala wak sarpin yang terpelanting itu?"Soal saman sambil merasakan jari-jari tangannya yang kesakitan.Kohar yang sedang menggigil ketakutan hanya membuat gerakan tangannya menunjuk ke arah sampingnya.Kabus  yang masih tebal itu tak membolehkan pandangan mata keduanya dalam jarak yang cukup jauh.

   "Lihat...Itu gigi emas wak sarpin."Kata kohar yang memerhati gigi emas itu tergolek dekat kaki saman.Wajah saman yang tadinya pucat dan mengerikan,kini jadi tersenyum.Dia pun memungut gigi emas wak sarpin.Setelah memerhatikan cukup lama da membersihkan gigi emas tersebut,dia segera memasukkan gigi emas itu kedalam saku bajunya.

   "Ha sekarang mari kita cari kepala mayat wak sarpin yang tercampak tadi."Kata saman mengajak kohar.Nampaknya kohar tidak begitu bersemangat melakukan kerja itu.Fikirannya telah dihantui oleh perkara-perkara yang menakutkan.Tapi kerana melihat saman yang dapat menguasai ketakutannya,dia pun ikut pula mencari kepala wak sarpin.

   Kepala wak sarpin tergolek dekat kubur  orang lain.Keduanya sama-sama melihat kepala yang mengerikan dan tak sedap mencium baunya yang sudahpun menimbulkan bau busuk itu.Walau pun dengan gerakan yang ragu-ragu.Saman mengambil kepala itu dan memasukkan kepala itu didalam karung dari bekas tepung gandum.

   Setelah karung itu berada didalam karung gandum.Saman segera mengikatnya dengan tali yang kuat.Nampak nya saman baru bernafas lega demikian pula kohar.Dengan gerakan kepala,saman pun mengajak kohar meninggalkan tempat itu.Keduanya terus berjalan mengarah ke rumah wak tahak yang berada di hujung kampung.

   Wak tahak pagi itu telah membuka kedainya.Bahagian depan rumahnya itu digunakan untuk berkedai menjual benda-benda runcit dan makanan ringan.Kedai itu tak begitu besar namun dari hasil ini wak tahak selalu ada wang.Bilik dibahagaian tengah digunakan ruang tamu dan tempat tidur.Dibahagian belakang itulah dibuat bilik khas untuk mengamalkan pekerjaan ganjil tersebut.

   Wak tahak bukanlah orang lama yang mengenal perkara-perkara ajaib.Tetapi disebabkan dia telah mengambil buku wak sarpin dan telah mempelajari kandungan buku didalamnya,dia dengan sungguh-sungguh mengamalkan perkara-perkara itu.

   Ketika wak tahak tahu pagi itu kohar dan saman datang kepadanya dengan membawa bungkusan dari karung tepung gandum,mula lah wak tahak tersenyum.Dia segera mengajak kohar dan saman kebilik belakang.

   "Kalian sudah berjaya membawa kepala wak sarpin?"Soal wak tahak.

   "Dah tentu.Inilah dia.Tapi wak...."Kata saman.Setelah keduanya duduk didepan wak tahak,maka saman mulalah menceritakan kejadian kepala wak sarpin itu.Bila wak tahak mendengar kejadian itu,cerahlah wajah wak tahak.

   "Bagus...ada kuasa pula di kepala wak sarpin ini.Tak lama lagi aku akan jadi kaya dan apa kehendakku akan dipenuhi dengan ilmu roh ini."Kata wak tahak dengan bersungguh-sungguh.

   "Tapi wak....saya ikut mengambil kepala wak sarpin ini.Jadi hal-hal yang menimbulkan bahaya janganlah hendaknya bahaya itu menimpa saya."Kata kohar.Wajah kohar nampak cemas dengan pekerjaan ganjil yang merbahaya ini.

   "Jangan takut.Baik syaitan maupun roh yang kucuri dari alam barzakh itu tunduk dan taat kepadaku."Kata wak tahak.

   "Sekarang kalian boleh balik dan menjual gigi emas itu.Malam ketiga nanti datang lah ke rumah wak.Mari kita sama-sama membuat percubaan mencuri roh itu."Kata wak tahak.Kohar dan saman segera memohon diri.Keduanya terus pergi dengan tujuan ketempat tukang emas di pekan kecil itu.

   Sebaik keduanya telah pergi meninggalkan rumah wak tahak,wak tahak pergi ke bilik belakang dengan membawa kepala wak sarpin.Bilik belakang wak tahak itu tidak mempunyai tingkap,dan semua dindingnya tertutup rapat.Bilik ini sentiasa gelap bila wak tahak menggunakan bilik ini,barulah wak tahak memasang lampu pelita untuk menerangi kegelapan didalam bilik khas tersebut.

   Wak tahak kemudian menyibukkan diri didalam bilik itu.Dia meletakkan kepala wak sarpin diatas hujung nisan yang dipacak dilantai.Didepan pacak nisan tersebut diletakkan mangkuk pembakar kemenyan,dan banyak lagi peralatan lainnya yang pelik-pelik.Setelah dia meletakkan kepala wak sarpin disitu,dia segera keluar dari bilik gelap tersebut dan menutup pintunya.

   Wak tahak kemudian kembali ke depan dan berada dikedai runcitnya untuk melayan para pelanggannya.Siapa pun tak tahu apa pekerjaan sampingan wak tahak.Apa yang penduduk kampung ketahui perihal wak tahak,wak tahak hanya seorang tua yang mempunyai kedai runcit kecil.

   Saman dan kohar hari itu juga terus menuju kerumah seorang sahabat nya yang selalu membeli barang-barang hasil curian.Sahabatnya itu seorang tukang emas dan bertindak menjadi orang tengah bila menerima barang-barang dari orang lain.Pagi itu tukang emas tersebut sedang berada di bilik depan menghadap sarapan pagi dan secawan kopi yang masih panas.

   Tukang emas itu sebaya juga umurnya dengan saman dan kohar,yang usianya sekitar dua puluh lima tahun.Ketika pagi itu kedua pelanggannya datang,dia segera mempelawa duduk dilantai yang beralaskan tikar pandan.

   "Ada  hajat ke awak berdua kemari?"Soal tukang emas seperti biasanya.

   Saman segera memasukkan jari-jari tangannya didalam saku bajunya.Dengan tersenyum dia menghulurkan benda berkilat warna kuning,kepada tukang emas.Sahabat nya itu menerima gigi emas tersebut dan beberapa saat lamanya dia memerhati.

   "Setahu aku awak ni tak bergigi emas.Gigi emas siapa ni?"Soal tukang emas sambil meminum kopinya.

   "Ala...yang terang itu dah tentu barang kebas punya.Gigi emas wak sarpin."

   "Prusss...."Air kopi dimulut tukang emas tersembur keluar kerana terkejut dan mata tukang emas itu membulat.Gigi emas yang dipegangnya terlepas dari tangannya.

   "Wak sarpin yang baru meninggal dunia itu?"Tukang emas ingin tahu.

   "Yalah...apa pula halnya."Jawab seman.

   "Ba...bagaimana kau ambil gigi emas ini?"Tanyanya lagi.

   "Dah tentu gali kuburnya lah."Jawab kohar yang sedari tadi diam saja.

   "Apaaaa....?"Tanya tukang emas hampir tak percaya.

   Tukan emas itu pun kemudian menunjukkan wajahnya yang pucat dan ketakutan.Dia kemudian membayangkan kengerian bila roh wak sarpin tak setuju dengan dicurinya gigi emasnya yang nampak antik itu.Bayangan itu mempengaruhi diri tukang emas,sehingga dia enggan membeli gigi emas tersebut.

   "Tidak....aku tak mau membeli gigi emas ini.Hii..ngeri aku."

   "Lapan ratus ringgit harga gigi emas ini.Kalau awak nak beli dua ratus ringgit pun jadi lah."Kata saman yang kehilangan semangat untuk menjual gigi emas itu dengan harga yang cukup lumayan.

   "Tidak...tidak..aku tak mau membeli gigi emas bekas orang mati."Katanya.

   "Kalau macam tu seratus ringgit pun jadilah."Kata saman.

   "Sepuluh ringgit pun aku tak nak...lekas bawa balik gigi emas itu."Saman dan kohar saling berpandangan.Tapi tak ada cara lain kecuali meninggalkan rumah tukang emas itu dengan harapan yang hampa.

   Satu jam kemudian ketika tukang emas itu berada di dalam bilik kerjanya dan sedang mengerjakan kerja-kerja menukang barang kemas,diluar terdengar seseorang mengucapkan salam.Tukang emas itu pun menyahut dan pergi kedepan menemuinya.Tamunya itu seorang  yang belum dikenalnya.

   Setelah tamu itu dipelawa duduk,barulah tamu itu menerangkan hajat nya.

   "Saya datang ni nakkan barang-barang lama.Ianya seperti dulang besar,strika lama.Terus terang saja bila saya dapat kan barang-barang itu saya berani membayar dengan harga mahal."Kata tamu itu.

   "Maafkan saya tak ada benda-benda seumpama itu."Kata tukang emas.

   "Untuk apakah barang-barang lama itu?"Tukang emas meminta penjelasan.

   "Menarik wang dengan jumlah yang banyak."Bisik tamunya.

   "Dah tentu ada.Selain dari dulang dan seterika,saya masih mencari lagi kain kapan orang yang sudah meninggal,dan gigi emas.Barang-barang itu barulah boleh menarik wang dengan cara yang ajaib."Kata tamunya.

   Pikir punya pikir,tukang emas tersebut baru teringat akan saman dan kohar yang baru saja sejam yang lepas menawarkan gigi emas wak sarpin.Akhirnya timbullah fikirannya untuk memberi tahu tamu tersebut akan gigi emas tersebut.

   "Mengenai kain kapan dan gigi emas itu,mungkin saya boleh menolongnya.Encik mestilah jumpa kawan saya itu.Nama nya saman dan kohar.Dia selalu senang ditemui dirumah judi di seberang sana itu."Kata tukang emas.

   "Terima kasih.Saya mohon diri untuk segera menemui kawan yang dimaksud itu."Kata tamunya yang segera hendak bangkit dari tempat duduknya.Tetapi tukang emas segera menahannya untuk beberapa ketika.

   "Agak berapa encik nak bayar harga kain kapan dan gigi emas tersebut."

   Tamunya kembali duduk dan memikirkan sesuatu.Kemudian katanya.

   "Kalau kain kapan saya boleh bayar seratus ringgit,tetapi kalau gigi emas boleh bayar seribu ringgit."Kata tamunya.Tukang emas itu pun tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya .

   "Untuk kesungguhan maksud encik,maukah encik meninggalkan wang cengkeram kepada saya.Biarlah hal itu saya uruskan."Kata tukang emas.Tamunya itu nampak bersungguh-sungguh berkehendakkan barang tersebut.Maka dia pun segera mengeluarkan wang dari dalam beg tangannya.

   "Saya tak perlu memberikan wang cengkeram kepada encik,tetapi biarlah saya tinggalkan wang seribu seratus ringgit untuk encik.Tolong dapat kan barang-barang itu."Kata tamunya.Tukang emas terkejut bila benar-benar tamunya itu memberikan wamg pembayaran dengan tunai.

   "Kalau aku beli gigi emas ini dalam lima puluh ringgit dan kujual pada tamu ini dah tentu aku untung sembilan ratus lima puluh ringgit."Kata tukang emas didalam hatinya.Dia pun segera menerima wang tunai itu dan kemudian berkata kepada tamunya.

   "Encik tunggulah dirumah saya ini.Saya pergi mencari teman saya itu."Kata tukang emas.Tamunya setuju.Malah sebelum tukang emas pergi,dia pun menyediakan minuman da makanan ringan kepada tamunya.

   Tukang emas itu pun pergilah mencari saman dan kohar di rumah judi.Saman dan kohar tidak dijumpai ditempat itu.Ketika tukang emas mencari dipekan kecil,ditempat itu pun saman dan kohar tidak ada juga.Akhirnya tukang emas itu pun balik ke rumah menemui tamunya yang sedang menunggu.

   "Sayang sekali.Saya tak jumpa kawan saya itu.Bagaimana nanti kalau petang encik kembali kerumah saya lagi.Mudah-mudahan saya boleh uruskan barang-barang yang encik maksudkan."Kata tukang emas.Tamunya mengangguk perlahan.

   Tukang emas itu tak keberatan sedikit pun mengembalikan wang tamunya.Nampak nya tamu nya itu bersungguh-sungguh berkehendakkan barang-barang itu.Tamunya kemudian menerima wang nya kembali dan meninggalkan rumah tukang emas.Sebaik tamunya pergi,tukang emas itu pun kemudian menutup semua pintu rumahnya dan pergi mencari lagi kedua sahabatnya.

   Baru saja tukang emas itu muncul di pekan kecil itu,dia telah nampak saman dan kohar sedang minum kopi disitu.Tukang emas tersebut segera menghampiri dan mengajak saman dan kohar kembali ke rumah.Kerana ada maksudnya,maka tukang emas itupun yang membayar harga minuman dan makanan yang dipesan keduanya.

   Pekan kecil itu tak jauh dari tukang emas.Maka dalam beberapa puluh langkah saja mereka telah tiba kembali dirumah tukang emas.Tanpa menceritakan tamu tadi tukang emas segera berkehendakkan gigi emas wak sarpin.

   "Mana gigi emas wak sarpin?"Tanya tukang emas.

   "Apa...gigi emas!Aku dah jual dengan harga empat ratus ringgit.Tapi wang itu belum dibayar.Kuserahkan saja gigi emas itu pada temanku.Petang nanti baru dibayar."Kata saman.Tukang emas pun termenung sekejap.

   "Ambil balik gigi emas itu dan aku bersedia membayar lima ratus ringgit."

   Saman dan kohar saling berpandangan.Akhirnya saman dan kohar meninggalkan rumah tukang emas untuk mengambil gigi emas tersebut.Tak sampai lima belas minit kemudian,keduanya muncul kembali dirumah tukang emas.

   "Nah inilah gigi emas tersebut."Kata saman.Tukang emas segera membayar gigi emas tersebut dengan harga lima ratus ringgit tunai.Setelah wang ringgit itu diterima keduanya,maka pergilah saman dan kohar meninggalkan rumah tukang emas sahabatnya.

   Setelah keduanya telah jauh dari rumah tukang emas,kedua-duanya kemudian segera menemui tamu tukang emas yang menunggu dijalan.Tamunya itu tak lain ialah wak tahak.Ketiganya kemudian tersenyum.

   "Baru terkena kau...lima ratus ringgit."Kata saman sambil membahagi wang tersebut kepada tohar dan wak tahak.Wak tahak kemudian balik kerumahnya dan saman serta kohar menghayunkan langkahnya ke pekan kecil untuk bersuka-suka kerana berjaya menjual gigi emas tersebut dengan cara tipu helah yang telah dirancangkan.

   Kini tinggallah tukang emas tersebut sedang berangan untung lima ratus ringgit bila tamunya datang.Dia duduk dikerusi goyang dan merehatkan diri sambil menunggu sampai hari petang.Tetapi ketika petang pun,tamu yang janji tak datang.tak juga muncul hingga hari pun telah malam.

   Begitupun ketika menginjak hari seterusnya.Tamu yang di tunggu-tunggu itu pun tak pernah muncul datang kerumahnya.Kini tahulah tukang emas itu.Dirinya telah diperdaya oleh saman dan kohar,dengan membeli gigi emas wak sarpin seharga lima ratus ringgit.Padahal tadinya membeli sepuluh ringgit saja dia enggan.

   "Celaka punya budak.Sempat pula aku dikenekannya."Kata tukang emas tak habis-habisnya bersunggut,menyumpah serapah dan sebagainya.Gigi emas itu dikeluarkannya kemudian diperhati sekejap dan dibanting dilantai kerana geramnya.Tetapi gigi emas itu diambil balik kerana memang bnda ini emas.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Mastris

Memuja Ratu Syaitan Bahagian 1 - 10 (Selesai)

Memuja Ratu Syaitan

Bahagian 1 : Gadis Di Dalam Kubur

   Di dalam kegelapan malam.Terbentang sebatang jalan kampung yang telah sunyi dan lenggang.Rumah-rumah penduduk pun sudah tertutup semua pintu-pintu rumahnya.Jalanan kampung tersebut masih menggunakan peneragan dari lampu minyak yang dipasang di tiap-tiap tiang buluh pada pagar halaman.

   Didalam suasana keheningan malam seperti ini terdengar sayup kentong kayu yang dipukul orang dipondok jaga,menandakan saat telah pukul sebelas malam.Dijalan kampung itu kemudian terlihat sebuah beca melintas dengan gerak yang lambat.Beca itu memang dikayuh dengan perlahan.

   Udara malam yang sudah sejuk itu masih juga membuat tubuh badan penarik beca tersebut berpeluh.

   "Cik adik...abang beca rasa-rasa tak sanggup lagi nak mengayuh."kata penarik beca tersebut sambil merasakan nafasnya sendiri yang semput keletihan.

   "Teruskan lah bang,tak jauh lagi rumah saya."jawap penumpang nya yang mempunyai suara yang merdu dan sedap untuk didengar.Kerana tak mungkin penarik beca tersebut menurunkan penumpangnya ditengah jalan.Maka walaupun keadaan tubuh badan nya letih,dia meneruskan juga mengayuh becanya.

   Penarik beca itu terus mengayuh walaupun telah keluar dari kawasan kampung.Kerana mengingati penumpang nya berjanji hendak memberi upah yang memadai dengan kepenatannya,dia pun terus mengayuh.

   "Bang...,bila nanti abang ditegur seseorang ditengah jalan tanpa mengucapkan salam,maka ucapkanlah"A'udzu..dan sambungkan lah dengan bismillah".Kata Penumpangnya seakan mengingatkan.

   "Yalah..."jawab penarik beca dengan singkat kerana nafasnya yg semput.Tak lama kemudian cahaya bulan yang terang menyinari alam sekitarnya itu,nampakkan dua org berdiri ditepi jalan yang berpakaian serba hitam.

   "Hai berhentilah kalian,aku hendak bertanya."Tegur orang yang berdiri ditepi jalan tersebut dengan kasar dan ditangannya membawa benda tajam.

    Penarik beca tersebut terus mengayuh dan mengucapkan A'udzu kemudian disambung dengan ucapan bismillah.Dua orang ditepi jalan tersebut tidak mengurnya lagi tetapi malah menjerit dengan kuatnya.

   "Arghhhhhhh........"Suara itu membelah keheningan malam.

   Penarik beca tersebut sungguh kehairanan.Sambil mengayuh dia melihat kearah belakangnya.Orang  yang menegurnya itu rebah ditanah dan entah kejadian apa seterusnya setelah rebah itu.Kawannya yang seorang itu terus berlari mengejar penarik beca dan cuba menghentikan beca yang sedang bergerak itu.

   "Kalian sungguh tak bertimbang rasa.Hentikanlah beca ini kerana aku hentak bertanyakan sesuatu."Kata yang seorang lagi sambil berlari didepan beca.Penarik beca itu mengucapkan lagi kata-kata yang diajarkan penumpangnya.

   "Ooooohhhh...."Jerit orang yang menegur itu dengan kesakitan.

   Untuk kali yang keduanya penarik beca itu merasa hairan dan takjub.Ketika penarik beca telah jauh dari orang yang menegurnya dia pun berniat hendak menanyakan tentang kejadian yang baru dialami baru ini.

   "Boleh tanya sikit tak?"Tegur Penarik Beca.

   "Ya bang.Tanyalah!"Jawab penumpangnya dengan lembut.

   "Apa kenenya dengan kejadian dua orang yang menegur abang tadi?"Soalnya.

   "Bukankah sudah jelas,hanya hantu syaitan yang lumpuh anggota tulangnya bila ayat itu diucapkan.Sesungguhnya dia berusaha menggoda hati abang supaya membuat keburukan terhadap diri saya,apalagi saya seorang diri menumpang beca abang."Jawab penumpangnya dengan suara yang jelas terdengar.

   Bukan main terkejut hati abang beca tersebut.Bila disebut kata syaitan,maka mengigillah seluruh anggota tubuhnya,hingga mengayuhpun sering tidak tentu arah.Bulan telah menyinarkan sinarnya yang redup disebalik awan.Rasa seram dan takut mulalah menguasai perasaannya.

   Kemudian penarik beca tersebut mengakui akan niat dirinya sendiri yang pada mulanya berpura-pura keletihan dan hendak memberhentikan beca ditepi jalan kemudian menodai kesucian penumpangnya.

   "Alamak..,gadis ini tahu niat burukku..."Kata hati penarik beca.

   Dengan mengayuh beca dia masih memikirkan segala kejadian yang baru dialami tadi.Rasa takutnya itu masih menguasai diri nya.Namun kerana penumpangnya itu mempunyai kebolehan menghindarkan diri dari perkara keburukan,penarik beca itu cuba menghalau ketakutannya.

   Tak lama kemudian penarik beca tersebut mendengarkan gadis penumpangnya itu mengucapkan sesuatu.Walaupun dia mengucapkan dengan perlahan,namun penarik beca itu dapat mengenal ayat yang diucapkan itu adalah ayatul azmi.Cahaya bulan telah bersinar kembali,sehingga nampak didepannya berdiri di tepi jalan.

   Penarik beca terus mengayuh sehingga melintasi ketiga orang yang berdiri ditepi jalan.Ketiga orang tersebut telah membuat rasa seram dihati abang beca.Setelah beca yang dikayuhnya jauh dari tiga orang tersebut,mulalah penarik beca tersebut bertanya.

   "Adik..,adakah mereka bertiga itu syaitan?"

   "Mereka itu adalah manusia biasa yang kerjanya merompak dan mencuri.Kita terhindar dari perkara keburukan yang akan menimpa diri,kerana kita sntiasa ingat akan allah."Jawab gadis penumpang itu dengan suara jelas didengar.

   Penarik beca tersebut terlepaslah dari perkara yang menakutkan hatinya.Sebaliknya hatinya menjadi lega dan hairan atas kebolehan gadis penumpangnya.Rasa seramnya beransur-ansur berkurangan.

   Beca yang dikayuhnya kemudian berhenti didepan sebuah rumah yang sederhana.Gadis yang menumpang becanya itu turun dan berdiri disamping beca.

   "Berapa abang nak upah itu?Dan abang berniat balik malam ini?.

   "Perkara upah itu terpulanglah cik adik.Cukup memadai dengan segala kepenatan abang tadi jadilah.Hanya saja kalau abang nak balik malam ini,rasa seram itu adalah di hati abang.Maklum...,saya ni bukan berani sangat akan kegelapan malam.'Katanya menjawap pertanyaan tersebut.

   "Abang takut nak balik malam ini?"Soal gadis itu.

   "Em....,begitulah."Katanya dengan menundukkan kepalanya kerana segan.

   "Kalau begitu,bolehlah abang bermalam dirumah zainab."Zainab pun kemudian naik tangga rumahnya dan membuka pintu depan kemudian memasang lampu dibilik depan.

   Penarik beca itu kemudian memasuki rumah zainab.Dia duduk dilantai depan yang beralas tikar pandan.Zainab keluar dari dalam biliknya kemudian membawakan bantal dan selimut.

   "Abang tidur kat sini dan zainab tidur didalam ya.Dan ini sekadar upah dari za,bukan berupa wang tetapi bukalah setelah sampai dirumah abang nanti."Kata zainab sambil memberikan sesuatu yang dibungkus dengan kain putih.Penarik beca memasukkan didalam bajunya.

   "Abang nama apa?"Tiba-tiba zainab bertanya.

   "Badrul Hamshah"Jawab badrul memberitahu namanya yang sebenar.

   "Baiklah bang badrul,selamat tidur."Kata zainab yang kemudian memasuki bilik tidurnya.Badrul pun merebahkan diri.Badrul tak dapat cepat nak lena.

   Dia masih mengenang segala perkara yang menakutkan dan hal-hal yang seram tadi.Kemudian badrul mengenang kejadian di pasar minggu tadi.Seorang gadis bertudung dakwah berbaju kurung yang sopan menumpang becanya.Dia adalah seorang gadis yang mempunyai paras wajah yang cantik dan menarik.

   Kini diri nya menumpang dirumahnya.Alahai baiknya hati gadis zainab ini.Fikir badrul didalam hati.Bibir badrul tersenyum entah apa yang tersirat didalam hatinya.Hanya dirinya sendiri yang mengetahui.Terlintas didalam hatinya,sampai hari ini menginjak dirinya sudah berumur dua puluh lima tahun tak sesiapapun gadis yang melekat pada dirinya.

   Sebelum badrul terlena,macam-macam fikiran yang menghimpit perasaannya terutama hal dirinya yang sering patah hati akibat selalu ditinggal oleh gadis-gadis yang diharap menjadi pasangan hidupnya.Kalaulah zainab ini benar-benar boleh diajak berkawan,alangkah berseri hati badrul.

   Badrul kemudian terlena dalam tidurnya dengan perasaan indah.Tidurnya begitu nyenyak sehingga diri nya menyedari bahawa matahari telah pun memancarkan sinarnya yang cerah dipagi itu.Udara pagi yang seharusnya segar itu tercium oleh badrul bau bangkai yang menusuk hidungnya.

   Badrul segera bangkit dari tidurnya dan masih duduk disitu.Dilihatnya kiri dan kanan.Badrul amat terperanjat.Disitu hanya terdapat kawasan lapang.Tiada dinding rumah tiada bilik.Apa yang dialami di pagi ini adalah badrul berada diatas kubur.

   Kubur tempat tidurnya ini telah diselimuti oleh rumput lalang yang tinggi.Disebelah kirinya telah ditimbuni sampah sarap yang mula dikerumuni lalat.Tak jauh dari tempat sampah tersebut terdapat bangkai anjing yang telah busuk.Bila badrul menyedari apa yang telah berlaku terhadap dirinya,diapun mulalah menggigil seluruh tubuhnya.

   Sunyi saja disekitar kawasan tersebut.Beca badrul terletak jauh dari tempat kubur itu.Dengan perasaan yang dihimpit rasa seram yang sangat badrul segera berdiri dengan tubuh badan menggigil kemudian cepat-cepat beredar dari kubur itu dan menghampiri becanya.

   Tanpa berkata apa-apa badrul terus menolak becanya.Nafas badrul tercungap-cungap disebabkan kejadian yang tak disangka-sangka ini.Bila becanya telah jauh...jauh dari kubur yang menakutkan itu,niat badrul hendak memecut becanya meninggalkan kawasan tersebut.Tetapi tiba-tiba sahaja dia membatalkan niatnya.Teringat pula kebaikan yang didapati dari gadis tersebut.Walau malam tadi dirinya telah berjumpa rohnya,namun bukan perkara keburukan yang didapatinya,sebaliknya dia mengajarku mengucapkan a'udzu dan bismillah.kata hati badrul.

   Badrul kemudian dengan langkah perlahan dan agak diberanikan,dia mula menghampiri sebuah kubur yang berdekatan dengan tempat pembuangan sampah tersebut.Badrul mula membaca tulisan yang tersurat di kayu nisa.

   Ia bertuliskan huruf jawi yang berbunyi "Zainab".Kejutan dihati badrul makin terasa bahawa zainab telah meninggal dunia.Bila ketakutan badrul mula reda,maka ketakutan itu menjadi kesedihan.Baru semalam berjumpa naik beca,tapi kini telah terkubur.Mungkin telah bertahun-tahun zainab meninggal dunia.

   Perlahan-lahan badrul menundukkan diri dan jari-jari tangannya mengusap pusara zainab.Tak lama kemudian badrul telah pun mengerjakan sesuatu di sekitar kubur zainab.Dia membersihkan rumput lalang yang tumbuh menyemak di kubur zainab,sehingga tepi daun lalang yang tajam itu melukakan jari-jari tangan badrul.

   Lama badrul membersihkan kubur zainab daripada rumput lalang dan sampah sarap yang hampir-hampir menimbus kubur tersebut.Kini kubur tersebut nampak bersih dari lalang dan kotoran sampah.Setelah demikian badrul pun kemudian bersila ditepi kubur zainab.

   "Adik..,alangkah sedihnya.Baru semalam kita bertemu,kini kusedari kau dalam keadaan demikian.Terima kasih diatas pelawaan mu abang tidur dirumahmu.Sekarang abang mohon diri."Kata badrul seorang diri yang ditujukan kepada kubur zainab.

   Badrul meninggalkan kubur itu.Fikirannya membayangkan gadis bertudung yang pernah naik becanya semalam.Dia mempunyai pandangan mata yang lembut dan ikhlas serta mendatangkan rasa mesra.Tak lama kemudian badrul pun telah mengayuh becanya dengan ingatan yang tak lepas dari peristiwa  yang dialaminya semalam.

   Setelah badrul tiba dirumahnya sendiri,dia pun segera membersihkan diri dibilik mandi.Beberapa minit kemudian dia pun telah sarapan diruang bilik dapurnya.Setelah sarapan,dia baru teringat upah yang diterima dari zainab itu.Cepat-cepat badrul mengeluarkan pemberian zainab dari saku bajunya.

   Hati badrul berdebar.Ianya memang bukan kejadian dalam mimpi.Semalam memang benar-benar badrul bertemu dengan zainab.Ternyata benda upah pemberian zainab itu ada didalam sakunya.Badrul kemudian memerhati benda yang terbungkus dalam sapu tangan putih.Dihujung sapu tangan putih itu bertuliskan "zainab".

   Hal ini membuatkan badrul hamshah makin yakin,bahawa peristiwa yang semalam adalah peristiwa yang menggerunkan yang baru dialami dalam hidupnya.Perlahan-lahan badrul membuka lipatan sapu tangan itu.Ketika terbuka isinya hanya seketul kunyit hidup .Badrul membau kunyit tersebut.Memang benar-benar kunyit.

   Lama badrul termenung memikirkan dua benda yang diterimanya dari zainab.

   "Sapu tangan ini menandakan tanda pengenalanku dengan zainab.Ha ini pun da jelas.Tapi apa kegunaan kunyit ini.Kunyit adalah kegunaan untuk memasala atau untuk ubat.Bila kugunakan untuk memasak hari-hari,tentu akan habis."Fikir badrul dalam hati.

   Tak lama kemudian badrul  pun tersenyum.Diapun kemudian pergi kehalaman belakang rumahnya.Tanpa tahu sesiapapun dia pun menanam kunyit tersebut,dengan harapan nantinya akan tumbuh dan boleh digunakan hari-hari apabila ia tumbuh subur nanti.

   Seterusnya badrul pun pergi ke pekan seperti biasa mencari rezekinya.Sapu tangan pemberian zainab itu dibawanya dan dimasukkan ke dalam saku bajunya.Selama dia menunggu disitu dan berharap ada penumpang naik becanya,dia juga berharap akan bertemu kawan baiknya iaitu mat rahim.

   Hampir menjelang tengahhari badrul belum juga dapat pelanggan.Ada rasa-rasa dihati badrul untuk meninggalkan kerjanya lamanya ini.Kerja menjadi penarik beca sudah merosot dengan adanya teksi.Lama sudah badrul memikirkan untuk tukar kerja yang lain.

   Menjelang petangnya.Badrul mengembalikan beca yang disewanya kepada tuan empunya beca dengan membayar sewanya sekali.Selepas itu badrul pun berjalan ke suatu tempat yang digunakan oleh pemuda-pemuda untuk berjudi.Pondok usang itu terletak ditempat yang terpencil.Disitulah badrul dan kawan-kawannya mengadu nasib masing-masing.

   Sementara badrul melangkah ke pondok usang tersebut,dia pun tiba-tiba teringat kata-kata zainab dimalam itu.

   "Kita terhindar dari perkara keburukan yang akan menimpa diri,disebabkan kita sentiasa ingat akan allah."Bila diingatnya kata-kata zainab,badrul mula menghentikan langkahnya.

   Sementara dia melangkah di jalan pekan kecil itu,matanya nampak rosnah berjalan kaki dengan pakaian yang cantik bersama seorang teman perempuan.Melihat pakaian rosnah yang demikian cantiknya,tak sanggup rasanya badrul menatap keadaan rosnah.

   "Tentu nya kau telah mendapat kan teman barumu yang berpendapatan tinggi.Itulah sebabnya kau putuskan hubunganmu dengan ku."Kata hati badrul.Keresahan hati badrul kemudian membawanya ke kedai minuman yang biasa badrul ke situ  untuk meminum yang memabukkan.

   Disini juga badrul teringat akan kata-kata zainab.Badrul yang telah pun duduk di kerusi kedai tersebut kemudian berdiri lagi dan pergi dari situ.Kedua tangannya dimasukkan dalam saku seluarnya dan dia berjalan mengikut langkahnya yang tak tentu haluannya.

   Badrul baru menyedari bahwa dirinya telah berada dikumpulan orang ramai yang bertebaran dijalan raya yang penuh dengan peniaga yang akan memulakan perniagaannya malam nanti.Badrul nampak salah seorang pengunjung yang berada disitu bertudung putih dan itu yang mengingatkan dirinya akan gadis yang menumpang becanya.

   "Z..Zainab...!"Kata hati badrul dengan perasaan yang berdebar.Gadis didalam kubur itu menampakkan kembali.Kata hati badrul sambil memerhati kearah gadis itu.

   Dari hujung kepala hingga ke kaki,badrul memerhati gadis yang bertudung tersebut.Kelihatannya dia seperti manusia biasa,dan kakinya yang memakai kasut itu bertapak di tanah.Siapapun tentu tak menyangka bahwa gadis itu sebenarnya sudah meninggal.

   Barang-barang yang telah dibeli dibawanya ditangan sebelah kanan.Apa pula perlunya dibeli barang-barang seperti itu dialam kubur.Fikir badrul.Dengan perasaan yang mula berdebar-debar badrul terus mempercepatkan langkahnya untuk menghampiri gadis bertudung tersebut.

   "Adik...!"Tegur badrul sambil menunjukkan senyum diwajahnya.Gadis yang ditegurnya menoleh dan menunjukkan wajahnya yang masam.Badrul terkejut,dia kenal gadis itu.Gadis yang selalu diusiknya bila pergi belanja kepasar.Dan dia bukan zainab.Perasaan serba salah ini terus menyelimuti hati badrul.

   "Oh..maaf saya tersalah orang."Kata badrul.

   "Alaa...,tak kan tak tahu perangai awak.Tak tahu malu!"Kata gadis itu cukup membuat badrul macam-macam menahan perasaan.Tapi badrul yang sudah terlatih dalam bidang mengurat dia pun hanya sedikit terluka hatinya.

   "Dah tahu tersalah orang pun,awak tak cepat-cepat pergi dari sisi saya."Kata gadis itu sambil berjalan agak didepan disisi badrul.Untunglah kata-kata gadis itu hanya cukup didengar badrul saja.Agaknya gadis itupun tidak terlampau sangat membuat badrul malu.Badrul pun makin memperlambatkan jalannya agar nampaknya tidak mengejut menjauhi gadis tersebut.

   "Eeeee.... Badrul..."Tegur seorang perempuan tua yang menghampiri badrul.

   "Lama makcik cari engkau.Jom kerumah makcik supaya kau tahu rumah makcik.Adalah makcik nak suruh kau buat kerja dirumah makcik."kata orang tua itu sambil mengambil barang yang ditangan gadis yang mengumpat pada badrul.

   Gadis yang ditegur badrul tadi berjalan disisi orang tua itu.

   "Kerja apa pula makcik?"Tanya badrul.

   "Nantilah dalam teksi baru bincang."Kata perempuan tua itu sambil meletakkan barang yang baru dibelinya.Badrul pun menggantikan membawa barang tersebut.

   Makcik kawan badrul itu mempunyai kebiasaan suka duduk didepan disamping pemandu bila setiap kali naik teksi.Maka kali ini pun dia duduk di depan di teksi yang disewanya.Badrul duduk dibelakang bersama gadis yang tersalah orang tadi.Teksipun kemudian bergerak meninggalkan pekan kecil itu.

   "Ini orang gaji makcik ke?"Tanya badrul yang telah berseloroh pada makcik itu.Makcik itu menoleh pada badrul dan menghelengkan kepalanya.Setelah dia tersenyum dia pun menjawab.

   "Tak kan kau tak tahu.Inilah sutinah jannet anak makcik itu."

   "Jannet yang kecik dulu itu?"Soal badrul hampir tak percaya.

   "Iyeee...,anak makcik dari allahyarham tuan howard hoges itu,kan suami makcik orang putih."Kata orang tua itu menjelaskan dan merasa bangga dia pernah bersuamikan orang inggeris.

   "Ya,ya...,saya ingat."Kata badrul sambil menoleh kepada sutinah jannet.Jannet cepat-cepat membuang mukanya dan melihat keluar dari cermin kereta.Lima belas minit kemudian sampailah kereta itu didepan rumah batu lama yang besar.

   Badrul dipelawa duduk dibilik depan.Dan orang tua itu mula berbincang.

   "Maksud makcik nak suruh kau kerja membaiki rumah ini.Syiling rumah dah pun reput nak kene ganti,juga dinding halaman batu-bata yang kopak itu."Orang tua itu kemudian menunjukkan kerja-kerja yang akan dibaiki.

   "Marilah kita kebilik dapur.Lantai dapur itu dah pun pecah-pecah.Itupun makcik suruh kau membuat lantai yang baru."Kata orang tua itu kemudian ke ruang bilik dapur.Badrul mengikutinya dari belakang.Sutinah jannet nampak didapur membuat kopi o.Minuman itu diletakkan dimeja dapur.Kemudia dia membuat kerja lain didapur tersebut.

   "Nah..Badrul..,kau dahpun tahu kerja-kerja yang akan kau buat bila kau setuju."

   "Baiklah makcik...,saya terima kerja ini dan lain kali saya akan datang kemari sekarang saya nak...,nak mohon diri."Kata badrul.

   "Boleh,minum kopimu dulu."Pelawa orang tua itu.Badrul kemudian meminum kopi o tersebut dengan memejamkan matanya.Kopi itu tak habis hanya tinggal kurang dari separuh.Cara minum itu diperhati oleh jannet.

   "Terima kasih makcik.Dengan rancangan kerja ini.Saya balik dulu.."Kata badrul yang dibalas orang tua itu dengan menganggukkan kepalanya.Badrul terus berjalan keluar hingga meninggalkan kawasan rumah orang tua itu.Selepas badrul tiada.Jannet menaruh syak akan sesuatu.

   Dia kemudian memasukkan sudu didalam gelas minuman badrul dan merasai cairan minuman kopi tersebut.Jannet terkejut dan membulatkan matanya,mulut pun ternganga.Emak jannet yang melihat tingkah anaknya pun segera bertanya.

   "Apa kenenya jannet?"

   "Makk...!Jannet lupa..."Kata jannet dengan tersenyum.

   "Apa yang awak lupe?"Tanya emaknya ingin tahu.

   "Jannet lupa nak taruk gula dalam minuman kopi itu."Kata Jannet kesal.

   "Padanlah...,budak badrul itu meminum kopinya dengan memejamkan matanya.Nampaknya dia minum kopi macam minum jamu pahit saja.Jannet...Jannet.Apa yang kau ingat."Kata emaknya yang kemudian terus meninggalkan bilik dapur.
 
   Badrul tiba dirumahnya sebelum masa maghrib.

   Dari dalam almari badrul mengeluarkan sejadah yang telah lama tak digunakan.Kini baru memulakan kembali apa yang pernah ditinggalkan.Selepas menunaikan sembahyang maghrib,barulah badrul rehat dilantai bilik depan.

   Ketika malamnya telah tiba,badrul tidak banyak berangan-angan,kecuali menunggu hari esoknya dan akan membawa peralantan kerjanya kerumah orang tua yang menjanjikan kerja membaiki rumah tersebut.Sebaik malam bermula itu badrul membungkus dirinya dengan selimut dan membaringkan dirinya.

   Bagi badrul memang bukan perkara mudah untuk membuang kebiasaan untuk tidak melibatkan diri dengan teman-temannya dipondok usang itu dengan berjudi atau berborak sahaja sampai jauh malam atau merayau dipekan menunggu peluang untuk mengusik gadis-gadis yang suka berjalan malam.

   Kali ini bila dirinya tinggal keseorangan dirumah tanpa kawan,alangkah asing dirinya.Biasanya malam-malam begini ada saja yang dikerjakan oleh badrul untuk menyeronokkan masa bujangnya.Sementara badrul susah nak melelapkan mata,terdengar ketukan dipintu depan rumahnya.

   "Siapa tu..!"Suara badrul terdengar di keheningan malam.

   "Siapa lagi akulah..."Jawab suara itu yang badrul mengenal suara itu.Ianya suara mat rahim.Badrul segera bangkit dari tidurnya dan berjalan kepintu depan kemudian membukanya.

   Lega juga hati badrul bila kawan karibnya itu muncul didepannya.

   "Tak seronok aku borak-borak kat warung kopi mak ijah itu tanpa ada kau badrul.Dipondok usang tempat kau berjudi itupun kau tak ada.Kat pekan pun kau tak nampak kat sana.Eh..kau dah buang tebiat nampaknya badrul."Kata mat rahim.

   Mat rahim terus duduk dilantai dekat tempat badrul membaringkan diri.

   Makcik yang empunya rumah sewa aku bagi tahu yang kau cari aku.Apa halnya?

   "Adalah aku nak bincang denga kau pasal..."Kata badrul.

   "Pasal Perempuan?"Mat rahim meneruskan kata-kata badrul.

   "Ya ada juga kene mengene dengan perempuan.Gadis itu bernama sutinah jannet."

   "Pelik nama gadis itu macam orang putih."Menyampuk mat rahim.

   "Dengarlah dulu.Emak gadis ini meminta aku untuk membuat kerja membaiki rumahnya.Aku agak boleh siap dalam masa cukup lama.Itulah aku nakkan kau membantu aku bekerja."Kata badrul.

   "Eh badrul...,elok kita borak-borak bincangkan perkara ini diwarung kopi mak ijah.Kau bukannya tak tahu.Kemana tumpahnya perasaaan bujangan kita,kalau tidak lepak warung kopi mak ijah.Ha disana ada juga yang menghibur sambil minum kopi."

   "Kalau nak minum kopi,jom kita kedapur buat kopi.Kau tolonglah ambil kayu api kat luar,aku nak hidupkan api dulu."Kata badrul yang kemudian pergi dapur mengikuti mat rahim.

   "Kalau lah nak kenekan anak dara mak ijah yang dua orang itu,modal kita hanya jalan kaki.Tentulah kalah dengan yang empunya motosikal atau drebar teksi."kata badrul memberikan komennya.

   Mat rahin tak menjawab.Dia terus keluar dari dapur.Diluar keadaan gelap kerana bulan belum timbul.Mat rahim menghampiri kayu getah yang bertumpuh di luar,kemudian tercium bau wangi yang memeranjatkan.Kemudian mat rahim merasakan angin bertiup menyentuh tubuhnya.

   Mat rahim membatalkan niatnya mengambil kayu getah tersebut,walau jari-jarinya telah menyentuh kayu getah tersebut.Dia kembali ke dapur dan terus duduk dibangku panjang.Badrul memandang mat rahim dengan kehairanan.

   "Kau ambil kayu itu,biar aku tunggu disini."Kata mat rahim.

   Didapur,kayu api telah mengepul asap yang tebal kerana kayu api itu belum lagi menyala.Agaknya kerana kayu api getah itu masih lagi basah.Badrul meninggalkan dapur itu dan pergi ke luar.Mat rahim pun menghampiri dapur tersebut dan meniup-niup agar api itu menyala.Tapi asap tebal yang memenuhi ruang dapur.

   Mat rahimpun beredar dari dapur tersebut hendak mencari getah tiub.Tetapi tidak lama kemudian dapur yang berasap itu pun menyala dengan sendirinya.Badrul masuk kedalam dapur dengan membawa kayu getah ditangan nya.

   "Pandai kau nyalakan dapur kayu api."Kata badrul sambil meletak kayu.Setelah badrul mengisi air dalam cerek,diapun meletakkan cerek tersebut diatas dapur tersebut.

   "Aku tiup-tiup api itu tak nak jugak menyala,tetapi bila aku tinggal sekejap akhirnya ia menyala.Ajaib dapur kau tu."Kata mat rahim.

   "Kadang-kadang memasak dengan menggunakan dapur kayu memang macam itu."Kata badrul,yang kemudian terus duduk dibangku panjang disamping mat rahim.

   "Jadi macam mana dengan kerja membaiki rumah itu?"Soal mat rahim lagi.

   "Perkara upah belumlah saya bincangkan.Tapi itu tak kisah sangat kita kerja sahaja lah,orang tua itu cukup baik."Kata Badrul.

   "Bila kita kerja membaiki rumah itu?"Rahim ingin tahu.

   "Bila awak sudah bersedia,kita mulalah."Jawab Badrul.

   "Baiklah,nanti aku akan bagitahu kau masanya."Kata rahim yang kemudian diam.Api dapur itu sedang marak.Tak lama kemudian air dalam cerek itu pun mendidih.Kemudian badrul pun membuat kopi o dua cawan dan meletakkan dimeja.

   Rahim memandang badrul seakan hendak menceritakan sesuatu.Tetapi rahim enggan hendak menceritakan sesuatu itu.Dia kemudian meminum kopi nya.Setelah dua tiga teguk meminum kopi itu,kembali rahim memandang wajah badrul dengan tanda tanya.

   "Kau tidak nampak sesuatu diluar ketika mengambil kayu tadi?"Tanya rahim.

   Badrul menggelengkan kepalanya.Soalan rahim itu membuat badrul mula memerhati wajah rahim.Seakan rahim mengalami sesuatu yang mengejutkan.Jantung badrul kemudian berdebar-debar kerana mengingati sesuatu.

   "Gara-gara aku memandang perempuan-perempuan dipekan itu,terbayang pula aku seseorang diluar sana sedang mengambil kayu getah.Ternyata itu hanya khayalanku saja.Itulah tadi aku cepat-cepat masuk kerana seram."Kata rahim mengaku.

   "Apa...,kalau begitu dia telah datang."Kata badrul dengan wajah yang tenang.

   Rahim tidak berusaha bertanya.Tetapi kata-kata badrul itu sudah cukup membuat perasaan rahim syak dengan sesuatu.Maknanya diri rahim telah melihat sesuatu yang benar adanya.Kemudian nampak kaki badrul yang berjuntai itu diangkat diatas bangku.Kemudian wajah badrul menunjukkan antara gembira dan takut.

   "Kau jangan nak menakutkan aku badrul,kejadian apa pulak yang berlaku dirumah ini.Dan...,dan aku pun membau wangi diluar sana.Ceritakanlah apa yang telah berlaku."Kata rahim yang mula dikuasai perasaan takut dan seram.

   "Kau takkan percaya apabila aku menceritakan hal ini.Tapi apa yang kau lihat diluar sana tadi dialah tu.Diapun menghidupkan api dapur itu.Mari kita kebilik depan,bawa kopimu."Kata badrul sambil membawa kopinya.Rahim cepat-cepat berlalu disamping badrul sambil membawa kopinya.

   Mereka berdua kemudian duduk dilantai dengan kopi masing-masing terletak disamping mereka.Sebelum bercerita badrul mengeluarkan sapu tangan warna putih dari saku bajunya.

   "Kerana kau kawanku,maka aku bersedia menceritakan sesuatu hal yang mengejutkan diriku.Jangan lah kau ceitakan hal ini dengan orang lain.Biarlah kita bedua yang mengetahui hal ini."Kata badrul kepada rahim.

   "Baiklah aku berjanji badrul..."Kata rahim memastikan.

   "Kau ingat tak gadis semalam yang menumpang becaku."Kata badrul.

   "Ya aku ingat ada seorang gadis cantik dan bertudung."Jawab rahim.

   "Aku menghantarnya sampai dirumahnya.Kerana hari telah jauh malam aku bermalam dirumahnya.Ketika pagi harinya aku bangkit dari tidur,aku telah berada disamping kuburnya."Kata badrul menerangkan.

   "Di...dia telah meninggal?"Soal rahim dengan terkejut dan membayangkan rasa seram dalam perasaannya.Dan kini rahim pun menjadi seram dan diselimuti ketakutan yang luar biasa.

   "Be...benarkah cerita kau ini?"Rahim memastikan.Rahim kemudian berpindah tempat dan menyandarkan punggungnya didinding,kerana seran da perasaannya was-was.

   Badrul kemudian menceritakan seterusnya dari awal sampi akhir.Rahim rasa terkunci mulutnya bila diakhir cerita itu badrul menunjukkan bukti sapu tangan berwarna putih.Rahim merasakan seakan hal itu dia sendiri yang mengalaminya.Maka kini dia duduk dengan perasaan tidak tenteram.

   Setelah bercerita,dalam ruang bilik depan itu kemudian menjadi sunyi.Diluar terdengar angin bertiup dan menggugurkan daun-daun kering yang membuat keduanya mula terhimpit dek perasaan seram.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Mastris.