Cerita Tambahan Dari Naskah Dukun Iblis
Mayat
Angin bertiup menggugurkan daun-daun kering,melayang-layang berterbangan jatuh dijalanan.Pucuk pokok-pokok yang tumbuh ditepi jalan berbunyi ketika ditiup angin yang mula kencang itu dan jatuh menimpa keranda yang sedang dipikul oleh orang-orang kampung.
Jenazah yang sedang dipikul itu mempunyai pengiring yang sedikit jumlahnya.Mereka tidak lebih dari sepuluh orang termasuk yang memikul keranda.Angin yang sedang bertiup dengan bunyi yang menakutkan itu menghambat langkah orang-orang yang sedang memikul jenazah.
Ketika iringan pemikul jenazah tersebut sampai ditengah perjalanan,angin yang bertiup itu menumbangkan sebatang pokok,lalu patah batangnya."Kraaakkkkk..."
"Awas..pokok tumbang! ! !"Teriak orang yang dibelakang.
Kerana pemikul tersebut menahan beban maka tiada lah tahu pokok mana yang tumbang.Sebelum pemikul-pemikul tersebut menyedari bahaya yang akan menimpanya,pokok tersebut telah merempuh tengah-tengah keranda.
"Bruuuuukkkkk....Kraakkkkk."
Orang-orang yang memikul jenazah tersebut terpelanting sambil berusaha menyelamatkan diri.Keranda tersebut patah dua.Jenazahnya tertindih kayu sedangkan pemikul-pemikulnya ada yang kesakitan bahunya,namun terselamat daripada malapetaka tersebut.Tentu saja hal itu menimbulkan huru-hara.
"Udin...awak selamat?"Tanya pengiring.
"Ya..tapi bahuku sungguh sakit.Oh..mayat wak dukun tertindih pokok."
"Bagaimana yang lainnya."Tanya yang jadi pengiring.
"Ya.Saya selamat juga,tapi menerima kesakitan."Jawab yang lainnya.
Orang-orang yang mengiringi jenazah tersebut segera berkerumun memerhati jenazah yang terhimpit kayu.Mereka berusaha untuk mengeluarkan jenazah dari himpitan kayu tersebut.Mereka terkejut memandang jenazah tersebut.
Kain kapan pembungkus jenazah itu berdarah.Darah tersebut baru keluar dari bahagian kepala.Makin diperhati keadaan jenazah tersebut makin menakutkan.Setiap mata yang memandang memberi keyakinan bahawa sebelah tangan mayat wak dukun terkeluar dari kain kapan.Tangan itu sedikit bergerak.
"Waaa....mayat wak dukun bergerak..."Seseorang tiba-tiba bersuara itu kerana ingin menyatakan kengerian itu.Dan darah pun terkeluar dari tubuh mayat.Tidak lama kemudian,orang-orang yang berada disitu bertempiaran lari kerana ketakutan.Keadaan mayat wak dukun sungguh mengerikan.Ia nya bagai orang yang tertimpa kemalangan.
Tiga orang penggali kubur belum tahu tentang kejadian ini.Mereka tetap menunggu ketibaan jenazah yang dihantar kesitu.Masa pun dah lewat tengah hari.Penggali-penggali itu sungguh risau kerana terlampau lama menunggu.
"Kasim...kau bagi tahu lah kepada mereka.Kita dah lama menunggu."
"Baiklah...saya pun dah naik jemu menunggu mereka."Jawab kasim yang segera berjalan meninggalkan kedua temannya ditanah perkuburan.Kasim pun terus berjalan dengan langkah yang agak cepat kerana dia melihat keatas,mendung telah menghitam.Angin bertiup pun sudah pun reda.
Bila kasim sampai ditempat kejadian dan melihat mayat wak dukun terhimpit,mulut kasim ternganga tak tahu hendak mengucap.Mata kasim pun menjadi bulat bila melihat darah membasahi kain kapan tersebut,kemudian tangan mayat bergerak lemah.
"Ma...mayat..ini ber....waaaaaaaa..."Teriak kasim terus berlari meninggalkan tempat tersebut.
Laungan kasim yang cukup kuat tersebut terdengar oleh kedua orang yang masih berada dikubur.Keduanya terkejut dan mula syak.
"Apakah kau mendengar seseorang menjerit?"Tanya yang seorang disitu.
"Ya...tak jauh dari kita berdiri ini.Marilah kita lihat."Ajak yang seorang lagi.Mereka berdua kemudian meninggalkan tanah kubur yang telah digali itu.Ketika mereka berdua tiba ditempat kejadian,mereka melihat jenazah wak dukun yang mengerikan itu.
"Hah..kemana orang-orang yang mengusung jenazah ini?"
"Oh..tidak..tak seharusnya mayat ini berdarah.Ini tak boleh jadi."Kata seorang lagi sambil mengawasi mayat itu dengan perasaan yang ketakutan.Akhirnya kedua orang tersebut meninggalkan jenazah wak dukun dan lari ketakutan.
Perkara jenazah wak dukun yang tertimpa kemalangan itu menjadikan huru-hara dikampung.Cerita itu cepat merebak menjadi bahan cerita yang menakutkan.Ketika hari menjelang petang,hujan pun dengan lebatnya disertai petir yang menyambar-nyambar menakutkan.
Jenazah wak dukun masih berada dijalan kecil yang menghala kearah kubur,dan masih dihempap oleh sebatang pokok getah yang besar.Bahagian-bahagian keranda telah pecah sehingga jenazah wak dukun terkeluar dari keranda dan kain kapan tersebut koyak sehingga sebelah tangan jenazah terkeluar.
Sebahagian besar orang-orang yang menceritakan hal mayat wak dukun yang terhempap oleh pokok tersebut,malah memburukkan nasib jenazah wak dukun.Mereka yang ikut bercerita mempersoalkan tentang wak dukun banyak dosa.
"Itulah kematian seseorang yang semasa hidupnya mengamalkan perbuatan tak senonoh.Sesungguhnya dia adalah dukun penipu."Kata sebahagian penduduk kampung.
Jenazah wak dukun yang dihempap oleh pokok masih hangat dibincangkan pada hari itu sehingga menjelang malam.Ada yang bersyukur dengan kematian wak dukun yang herot mulutnya dan ada yang ketakutan tentang kemalangan itu.
Malamnya di pondok jaga rukun tetangga.
Dua orang telah berada dipondok itu.Suasana malam itu terlalu gelap.Maka walaupun malam baru saja bermula tapi keadaanya telah hitam pekat,apa lagi di perkampungan itu belum ada lagi bekalan elektrik.
Untuk menerangi pondok tersebut dipasang juga lampu minyak yang digantung ditiang pondok.Didalam pondok tersebut dipasang pangkin yang tinggi sehingga dibawah pangkin boleh dihidupkan api unggun yang tidak bernyala dan asapnya untuk mengusir nyamuk atau api itu digunakan untuk memanaskan tubuh bila malam telah sejuk benar.
Angin yang bertiup dimalam itu berhembus perlahan tetapi membawa udara sejuk.Dua orang pengawal sedang duduk-duduk dipangkin sambil berselimutkan kain sarung.Tidak lama kemudian dua orang lagi rakan yang bertugas untuk mengawal dimalam itu datang kepondok rukun tetangga.Semuanya berjumlah empat orang.
"Sejuk benar malam ini."Kata salah seorang dari mereka berempat itu.
"Yalah.Tak seperti biasanya.Eh..dengar-dengar cerita wak dukun sarpin meninggal dunia.Pagi tadi baru dikebumikan."Kata yang menjawab tersebut.Dua orang lagi masih diam,kerana asyik bermain dam.
"Dukun penipu itu apa pedulinya.Mati ke idup ke...kalau mampus lagi elok."
"Eh..apa kenenya dengan wak dukun sarpin itu?"
"Aku dah kene dah.Seratus ringgit lebih aku bayar wang pengeras,habuk pun tarak.Kononnya dia punya ilmu pengasih yang hebatlah,inilah...itulah.Hasilnya..lesap wang gaji aku."Jawap yang tertipu oleh wak sarpin.
"Eh..tak boleh awak memburuk-burukkan nama dia macam tu..din.."
"Kau dengarlah cerita aku."Kata kudin membela diri.
"Ha..ceritalah aku nak dengar.Elok dengar cerita sejuk-sejuk begini."
Kudin memulakan ceritanya dan amat mendengarnya dengan khusyuk.
"Aku mintak tolong pada wak sarpin nak kenekan anak dara makcik rokiah itu.Maka datanglah aku ketempat wak sarpin membawa maksudku.Setelah demikian dia pun membisikkan kata-kata nasihat kepadaku.
"No problem kudin..."Kata wak sarpin speaking pulak.Bahasa inggeris sangkut-sangkut nak tunjuk eksen pula."Kata kudin dan berhenti sekejap.
"Teruskan-teruskan."Amat tak sabar lagi.
"Dia kata boleh jadikan si emi itu boleh jatuh cinta kepadaku,dan tergila-gila kepadaku.Tapi dengan satu syarat."Cerita kudin.
"Ya..apa syaratnya?"Amat menyoal lagi.
"Syaratnya aku harus membeli rokok sebungkus untuk aku hisap didepan emi,setelah rokok itu dijampi.Maka belilah aku rokok sebungkus dan wak sarpin menjampinya,kemudian kata wak sarpin,kau hisaplah rokok ini didepan emi.Gerenti dalam masa yang singkat,emi pasti cari awak dan jatuh cinta."
Maka aku bersedua melakukan seperti yang wak sarpin arahkan.Sebelum aku pergi,wak sarpin pun membisikkan sesuatau kepada aku."Untuk lebih kuat pengaruh cintanya,kau mesti memberi pengeras."Kata wak sarpin.
"Berapa pengerasnya wak sarpin?"Tanyaku.
"Ala..berapa saja lah asalkan emi jadi milik kau dan dia gilakan kau,bayar lah seratus ringgit apa salah."Kata wak sarpin.
Aku pun mengeluarkan wang seratus ringgit.Suatu hari aku pun cubalah menghisap rokok didepan emi.Push..push..asap rokok kuhembus...kemudian aku menunggu hasilnya.Tunggu punya tunggu,bukan nya emi cari aku dan gila kan kepadaku tetapi sebaliknya aku pula yang hampir hari-hari mencari dia dan merasa macam orang gila."Kata kudin.
"Dan dalam masa yang singkat,bukannya emi yang jatuh cinta kepadaku,malah dia cepat kahwin dengan orang lain.Ha tengok tu.Melepas seratus ringgit,melepas pula emi gadis idamanku itu."Kata kudin menambahkan.
Dua orang yang sedang bermain dam tergelak mendengar cerita kudin.Amat pun tak dapat menahan gelinya.Suasana malam yang sejuk itu menjadikan rasa humor dengan cerita kudin yang entah benar entah tidak.
"Eh..benarkah ceritamu itu?"Soal amat.
"Takkan aku nak bohong pulak.Kalau kau tak percaya,kau boleh tanya jenab,si janda yang punya anak kecil itu.Dia punya kes lagi teruk."Kata kudin bersungguh-sungguh.
"Janda muda yang cantik itu?"Tanya rakannya yang masih bermain dam.
"Iya..cerita dia begini.Jenab meminta tolong pada wak sarpin untuk mengubat anak kecil itu.Tetapi sempat pula wak sarpin mengubat jenab.Hampir-hampir jenab mengandung.Untunglah aku cepat membawa jenab ke doktor dan selamatlah jenab dari menahan malu."Kata kudin.
"Eh..benar juga cerita kau tu kudin.Aku dengar juga cerita itu,sehingga jenab pindah dari kampung kita ini."Kata pemain dam yang seorang lagi.
"Itulah..aku tak mau bawa-bawa cerita tak tentu pasal.Maka aku tak ambil peduli dengan kematiannya."Kata kudin menjelaskan.
"Dengar-dengar juga kata orang,entah benar entah tidak tak tahu lah.Jenazah wak sarpin tak jadi dikebumikan hari ini."Kata amat.
"Jadi..nak tunggu bila?Nak tunggu mayat itu busuk?"Kata kudin.
"Bukan macam tu.Kata orang jenazah wak sarpin dibiarkan terbaring ditepi jalan kecil yang menuju ke tanah kubur tersebut,kerana kemalangan."Kata amat.
"Ha..cerita karut apa pula ini."Kata kudin.
"Kata orang din...bukan kata aku.Malah mayat itu telah terkeluar dari keranda,dan kain kapan terkoyak."Amat menjelaskan.Suasana malam yang gelap-gelita ini tiba-tiba menjadi seram dengan muncul nya cerita amat.
"Dah lah...jangan pulak cerita yang bukan-bukan.Elok kita meronda."Ajak kudin.Amat merasa enggan untuk pergi.Apa yang diceritakan itu mempengaruhi dirinya.Tapi dirinya tidak tahu benar atau tidaknya.Maka dengan perasaan berat dia bangun dari tempat duduknya.
"Agaknya benar tak cerita kematian wak sarpin itu?"Tanya seorang yang bermain dam.
"Mana aku tahu..."Jawab amat sambil mengikat kain sarungnya dipinggang.
"Eh..janganlah awak nak lama-lama adakan rondaan.Sejuk macam ni nak pergi jugak."Kata yang pemain dam seorang lagi.
Amat dan kudin mula berjalan dengan membawa lampu suluh dan tongkat.Mereka berdua berjalan menembus kegelapan malam.Dua orang pemain dam tersebut menghentikan permainannya.Kesunyian malam dan teringat cerita amat tadi mula mempengaruhi,pengawal dua orang itu.
"Agak lain juga rasanya malam ini.Macam ada apa-apa."Kata yang seorang.
"Jangan awak nak takutkan aku,mari kita teruskan mainan kita."Ajaknya.Kedua pengawal tersebut meneruskan permainannya walau pun cerita amat tadi mempengaruhi fikiran mereka berdua.
Kudin dan amat terus berjalan melalui lorong-lorong kampung yang gelap dan kadang-kadang menimbulkan rasa seram.Rasa seram itu ada pada diri amat kerana tadi dia mendengar cerita tentang kematian wak dukun sarpin yang tidak jadi dikebumikan itu.Dia berjalan pun rapat-rapat dengan kudin.
"Eh..yang kau berjalan berhimpit macam ponda ni kenapa ha?"Tegur kudin.
"Sejuk din...."Kata amat sambil mengawasi kiri kanannya.Mereka berdua terus berjalan.Kudin tidak merasakan syak apa-apa.Sebaliknya amat merasakan mendengar sesuatu suara yang lembut.
"Sreeekk..."Terdengar suatu suara lembut berhampiran dengan mereka.
"Kudin..suara apa itu?"Bisik amat ditelinga kudin.Mereka berdua menghentikan langkahnya.Suara itu memang terdengar,tetapi amat perlahan.Amat merasakan debaran jantungnya mula kencang.Sedangkan kudin memastikan tentang suara lembut tadi.
"Ihiiikkkk...hikkkk...."Suara itu lembut terdengar.Angin malam yang bertiup kebetulan lembut.Amat makin berdebar.Kudin pun mula merasakan kejutan dijantungnya.Mereka berdua memasang telinganya untuk mencuba mendengarkan suara itu lagi.
"Sreekkk...."Suara halus itu terdengar lagi amat sudah bersedia hendak ambil langkah seribu,tetapi kudin segera memegang bahu amat.
"Lepaskan bajuku...oh..saya terbayang wajah wak sarpin."Jerit amat.
"Ssssttt...."Suara kudin mengharapkan agar amat diam.
"Ya...memang benar...aku men..."Kata kudin belum habis.
"Mari kita lari.."Ajak amat.
"Bukan itu bodoh...maksudku mari kita menyiasat tentang suara itu."Ajak kudin mula melangkah dengan perlahan seakan mendekati suara yang menakutkan itu.
"Kau hendak melihat rupa hantu itu?"Bisik amat ketakutan.
"Bukan lah...aku nak pastikan sama ada bunyi angin atau suara manusia."
"Sudah lah din...mari kita pergi,cerita kematian wak sarpin itu benar."
"Mari ikut aku bodoh...dan dengar..."Bisik kudin dengan melangkah perlahan.Akhirnya keduanya berjalan lagi dengan melangkah perlahan.Kudin memasang telinganya berharap dapat mendengar suara itu.
"Aku tahu.."Bisik kudin.
"Baik kita tinggalkan tempat ini...."Kata kudin lagi.Lapanglah dihati amat kerana kecemasan ditempat ini akan berakhir.Tapi amat ingin tahu pulak apa yang kudin tahu itu.
"Katakan apa yang kau tahu dari suara yang menakutkan itu."Soal amat.
"Menakutkan?..kau tak ingatkah..ini rumah pengantin yang baru semalam bersanding.Malam ini mungkin malam pertama mereka berdua.Suara tadi mungkin suara pujuk rayu pengantin tersebut,dan bunyi 'srek' tadi adalah suara katil yang bergoyang bodoh.."Kata kudin menjelaskan sambil berjalan.
"What...."Kata amat dengan menghentikan langkahnya.Amat merasa ketakutannya segera hilang dan diganti pula dengan bayangan yang bukan-bukan.Dalam fikirannya,terbayang malam pertama bersama isterinya.
"Kalau macam tu jom kita intai..."Ajak amat bersemangat.
"Kita lupakan sekejap kematian wak sarpin.Mari kita berseronok intai pengantin yang sedang hot dilanda asmara itu."Kata amat.Kudin menggelengkan kepalanya.
"Jangan jadi bodoh..din...mana nak dapat peluang sebaik ini."Kata amat yang serba ingin tahu.
"Tugas kau ni benar-benar menyeleweng.Tidak bersih cekap dan amanah."Kata kudin.
"Ala..kotor sikit-sikit pun jadilah..mana ada orang tahu."Kata amat yang kemudian berjalan perlahan mendekati dinding bilik pengantin.
"Kau intailah,aku tak mau."Kata kudin yang pantang melihat hal itu.
"Yalah...temankan aku saja.Biar aku intai seorang diri."Pujuk amat.Akhirnya keduanya kembali mendekati dinding bilik pengantin.Kudin memang tak ada niat sama sekali untuk mengintai apa yang berlaku didalam.Dia hanya berdiri memandang kegelapan malam.Sedangkan amat berusaha mencari lubang didinding.
"Iiii...hiikkk...auuu...pelanlah sikit..."Suara perempuan terdengar.
"Nak nyah...janda engkau meletup..."Kata hati amat yang kelam kabut mencari lubang dinding.Suara itu jelas terdengar ditelinga kudin dan amat.
"Ala abang ni...auuu...janganlah...oh...aduhhh..."Rengek suara perempuan yang manja dan halus.
"Kriyeet...kriyeett..."Suara yang timbul dari katil.Amat menundukkan tubuhnya yang membuat kudin tak sedap hati.Kudin segera menarik baju amat dan membisikkan sesuatu.
"Dah jumpa lubang didinding?"Soal kudin.
"Belum..apa hal..?"Amat menjawab.
"Cepatlah buat lubang...aku pun nak tengok."Bisik kudin.
"Ala...buatlah sendiri."Kata amat yang kemudian mendekatkan wajahnya didinding dan mengintai.Kudin pun demikian pula.Kedua pemuda belasan tahun itu sibuk meraba-raba untuk membuat lubang dinding bilik pengantin.
"Aduuu....sakit lah bang macam ni...ooohhh...aauuuu..."Rengek manja itu makin membuat amat naik pitam.Pisau kecil berlipat itu segera digunakan mengorek lubang dinding yang lapuk itu.Peluh dingin segera membasahi tubuh amat dan kudin.Nafas mereka berdua naik turun bagai dikejar lembu benggali.
Amat telah berjaya membuat lubang didinding.Maka dia menepuk bahu kudin dengan mengangkat ibu jarinya.Best.Dengan bersemangat amat melihat apa yang terjadi dibilik pengantin tersebut.Amat melihat pengantin perempuan itu berpakaian lengkap,dan juga pengantin lelaki.
Pengantin lelaki itu hanya memicit pinggang pengantin perempuan yang agaknya sakit pinggang kerana duduk bersanding itu.Apabila amat melihat kejadian dibilik pengantin itu,maka lemaslah seluruh tubuhnya.Demikian pula kudin yang melihat dengan jelas keadaan mereka berdua didalam bilik itu.
"Itulah kau....tak nak dengar cakap aku."Kata kudin yang berjalan kembali dilorong-lorong yang gelap itu.Amat tak berkata apa-apa.Dia hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.Tak lama kemudian kentong dipondok jaga dipukul sebelas kali,menandakan jam pukul sebelas malam.
Malam makin sunyi.Kesunyian itu kemudian dikejutkan oleh suara jerit.
"Waaa......toloooooonggggggg..."Suara itu memecah keheningan malam.Suara itu jelas terdengar dan tidak begitu jauh dari tempat kudin dan amat yang sedang meronda.Kedua orang pengawal tersebut terkejut.Mereka berdua nampak tingkap yang dibuka dan ditutup kembali cepat-cepat.
"Suara itu datang dari rumah ramlah.Ayuh kita kesana."Ajak kudin.
"Nanti...barang kali ramlah melihat yang menakutkan."Kata amat enggan.
"Ah..kau ni penakut benar."Kata kudin yang segera mendekati rumah ramlah.
"Tok..tok..tok.."Kudin mengetuk pintu.
"Ramlah!Ramlah!ini aku.Kudin.Apa hal?"Tanya kudin.Didalam rumah terdengar langkah-langkah berlarian dan bunyi benda-benda terjatuh.Kudin mengetuk pintu dan memanggil emak ramlah.Pintu tingkap dibuka dan muncul emak ramlah.
"Ha..ada apa makcik?"
"Siapa..?"Soal emak ramlah.
"Saya kudin dan amat.Kami berdua tengah meronda.Apa halnya ni.."
"Ooo...awak berdua.Ini..si ramlah nampak sesuatu kata dia."Kata emaknya.
"Sa..saya belum tidur...saya dengar suara yang aneh.Terasa dalam perasaanku pintu tingkap ini macam menimbulkan suara,dan bergerak-gerak.Ternyata saya belum memasukkan selaknya.Ketika saya buka,saya nampak bayangan putih...saya terkejut."Kata ramlah mengisahkan apa yang baru dilihatnya.
"Awak tak mengigau?"Soal amat cuba memastikan.
"Saya belum tidur...mana boleh mengigau.Bayangan putih itu melayang kearah sana.Saya percaya ianya ada hubungannya dengan kematian wak sarpin."Kata ramlah.Bila ramlah menyebut wak sarpin,mula lah terbayang difikiran amat akan wajah wak sarpin yang pucat dan bermata cengkung.
Kudin yang tadinya berani,kini mula kelihatan cemas.Tetapi didepan ramlah dia tidak menunjukkan perasaan cemasnya itu.
"Ah...tak ada apa-apa pun.Mungkin itu kertas putih diterbangkan angin."Kata kudin.Ramlah kemudian menutup pintu dan tingkap lalu menguncinya dari dalam.
"Tidak bang...dia macam hantu bungkus."Suara ramlah dari dalam.
Tanpa menunggu lebih lama,kudin segera beredar dari tempat itu dengan langkah cepat dan segera dihambat oleh amat.Amat berjalan mendahului kudin.Kudin mula merasakan jantungnya berdebar.Amat yang berjalan didepan makin cepat langkahnya agar sampai dipondok kawalan dan berharap dipondok nanti dirinya tidak takut kerana disana ada dua orang lagi rakannya.
Tetapi tiba-tiba dia menghentikan langkahnya dengan mengejut.
"Din..."Katanya seram.Pandangan mata amat tertumpu kedepan dan diikuti oleh pandangan mata kudin.Apa yang mereka lihat adalah benda putih yang melambai-lambai dan berjalan terloncat-loncat.
"Cerita ramlah benar..itu tentu mayat wak sarpin."Kata amat ketakutan.
"Ayuh jalan sini..sebelum kita mati ketakutan."Ajak kudin.Mereka bedua dengan kelam kabut menghindari permandangan yang menyeramkan itu.Ketika keduanya berada dijalanan kampung,mereka berdua mula berlari dengan nafas yang turun naik.
Keduanya kemudian tiba dipondok kawalan.Ravi dan husin tiada disitu.Pada hal tadi mereka sedang main dam.Kudin dan amat masih tercungap-cungap mengatur nafasnya selepas berlari.
"Ravi dan husin tidak ada disini.Mungkin kah mereka berdua melihat hantu wak sarpin?"Tanya kudin yang mula percaya kematian wak sarpin menjadi hantu.
"Kah..kah..kah..kah.."Terdengar meledak ketawa dibelakang kudin dan amat.Mereka itu adalah ravi dan husin yang tidak dapat menahan gelaknya.Ravi pemuda india itu memang mempunyai sarung putih.Sarung itu dipakai tudung dan berjalan meloncat-loncat,dari jauh nampaklah kain sarung putih itu bagai hantu bungkus.
"Ooo..agaknya kau lah yang punya kerja menghendap ditingkap anak dara si ramlah itu,sehingga ramlah menjerit."Kata amat menahan geramnya.Husin dan ravi masih ketawa terkekeh-kekeh.
"Kalau ia pun apa salahnya."Jawab ravi.
"Ravi,kerja kalian itu tak senonoh tau.Awak ni tengah berkawal,membantu menenteramkan kampung tahu tak.Tapi sebaliknya awak pula yang menimbulkan huru-hara.Itu tak elok ravi.."Kata kudin ikut geram dan menasihati ravi dan husin.Gelak ravi dan husin makin pekat,bila mendengar nasihat kudin.
"Yang awak intai bilik pengantin dirumah hujung sana itu apa kurangnya.Serupa jugak."Kata ravi yang masih gelak.Kudin dan amat saling berpandangan kerana terdedah juga perbuatannya dimalam itu,Maka kudin dan amat diam tidak lagi menasihati ravi dan husin.
"Bukannya aku nak intai anak dara si ramlah itu,tapi aku pun meronda juga dan tidak jauh dibelakang awak.Malam ini sejuk sangat jadi kene lah aku bungkus kepala aku dengan kain sarung putih ku ini.Lalu aku nampak tingkap si romlah itu terbuka sedikit.Aku berjalan perlahan ke arah tingkap itu hendak mengingatkan agar tingkap itu dikunci dari dalam."Kata ravi menceritakan hal dirinya.
"Tapi bila ramlah membuka tingkap,dia pun menjerit.Aku pun tak sedar yang dia menjerit kerana ternampak aku.Aku pun lari diikuti husin,dan menyorok disebalik pokok pisang hingga kau berdua datang."Kata ravi lagi.
"Ah..sudah lah kau pun satu.Kau dah buat kejut ramlah menakutkan aku pula."Kata kudin yang masih merasakan denyutan jantungnya yang berdebar kencang.
Kesemua pengawal tersebut terdiam.Tidak lama kemudian,kerana masing-masing memikirkan kegelian kejadian itu,akhirnya keempat lelaki tersebut riuh kembali dengan gelak ketawa dimalam yang semakin sejuk itu.Kini suasana yang menakutkan tadi berganti dengan suasana keriangan.
Tetapi suasana keriangan itu tidak begitu lama.Disaat itu juga terdengar lolongan anjing.Keempat orang pengawal itu menghentikan gelaknya,bagaikan dihentikan oleh satu kuasa ghaib.Malam makin sunyi.
"Lolongan anjing di keheningan malam."Kata husin.
"Kata orang,anjing itu nampak sesuatu yang aneh."Kata ravi pula.
"Ala..sudahlah ravi..kau nak kenekan aku pula.Sudah tugas anjing,kalau tidak menyalak disiang hari,ia menyalak pula dimalam hari.Apa yang kau ketahui dari lolongan anjing itu tak ada makna apa-apa."Kata amat.
"Eee...sekarang ni aku tak bergurau amat.Banyak orang cakap,lolongan anjing yang memanjang dikeheningan malam,artinya dimalam itu ada kejadian yang ganjil.Entah dimana,satu kejadian telah berlaku.Ini bukan main-main punya cerita tahu."Kata ravi menjelaskan.
Setelah perbincangan itu,kemudian satu sama lain tiada seorang pun yang mau berkata-kata.Lolongan anjing itu terdengar lagi,yang kini lebih dekat dan lebih memanjang.Suaranya itu seakan-akan menhanyutkan perasaan keempat pemuda itu ke suasana yang lebih menyeramkan.
Sebaik lolongan anjing itu berhenti dan disusuli dengan bunyi yang memeranjatkan mereka berempat.Bunyi itu bunyi angin yang mula bertiup membawa daun-daun kering.Suara daun-daun kering itu pun bagai irama musik yang menggerunkan.Masing-masing merasakan kelainan dimalam itu.
Amat yang tadinya berdiri ditanah mendekati unggun api,kini dia naik ke pangkin dan sama-sama duduk berempat disitu.Kudin memandang wajah amat seakan amat baru saja memandang sesuatu.
"Kau melihat sesuatu mat?"Tanya kudin.
"Tidak...hanya kegelapan yang kulihat dihujung sana."Jawab amat.Amat kemudian menghidupkan lampu suluhnya dan mengarah dikegelapan sana.Gerakan amat ini menimbulkan macam-macam sangkaan dihati kawan-kawannya.
Masing-masing yang mengawal dipondok itu menyuluhkan lampu suluh mereka ke mana-mana arah kegelapan.Tiada sesuatu yang nampak.Masing-masing mematikan lampu suluhnya,dan mendiamkan diri tanpa berusaha bercakap-cakap.Mereka berempat seakan menantikan sesuatu yang boleh mereka lihat walau pun dihati mereka tidak berniat demikian.
"Hauuuunnnnnngggg...."Suara anjing itu tak lebih dari jarak seratus langkah.Mereka berempat terkejut dan menyumpah serapah suara anjing itu.Lolongan anjing kali ketiga itu tersebut.
Angin tidak bertiupan lagi.Keredaan angin ini malah membuat suasana makin sunyi dan rasa seram pun datang dihati para pemuda itu.Ketika angin malam bertiup lembut,mereka berpandangan antara satu sama lain.Mereka tercium bau hanyir dan tercium bagi keempat pemuda termemuakkan.
Tidak lama kemudian bau itu pun hilang.Tetapi kemudian bau yang mengingatkan bau bangkai itu terbau lagi.Malah kini bau bangkai itu datangnya tidak begitu jauh dari mereka tempat berkawal.
"Aku tercium bau bangkai."Bisik ravi.
"Ular sawa yang besar boleh membawa bangkai biawak."Kata amat yang mencuba menghilangkan ketegangan fikiran ke arah yang bukan-bukan,tetapi alasannya tidak sependapat dengan fikiran husin.
"Ular sawa tidak makan bangkai.Ia lebih suka makan benda hidup dan segar."Kata husin.Katanya itu diterima oleh mereka yang mendengarkan.
"Jadi apa agaknya bau yang menyengat ini?"Ravi menyoal.
"Entahlah..mungkin bangkai ini tak jauh dari tempat kita.Marilah kita cari punca bau yang hanyir ini."Ajak kudin yang mempunyai keberanian sedikit.Mereka bertiga setuju dengan cadangan kudin.
Masing-masing segera turun dari pangkin dan dengan menggunakan lampu suluh,mereka menerangi kegelapan disekitar tempat mereka berkawal.Mereka tidak menjumpai apa-apa ditempat itu.
"Bau ini mungkin berpunca dari arah sana.Rasakan angin berhembus ini."
Mereka berempat secara berkelompok menyuluh ketempat dari mana datangnya angin berhembus.Dari jarah dua puluh langkah,lampu-lampu suluh itu menerangi sebentuk benda.Mereka segera melangkah secara perlahan kearah benda yang disuluhnya.Setelah mereka menghampiri,mereka berempat tiba-tiba terkejut.
Mereka menyuluh kain kapan jenazah yang terkoyak dan bahagian tubuh anggota badan.Anggota tubuh badan tersebut adalah tangan manusia.Mereka segera teringat mayat wak sarpin yang tidak jadi dikebumikan itu.Perlahan-lahan mereka berempat undur kebelakang menjauhi keratan tangan tersebut.
"Apakah tangan itu kita biarkan saja."Kata kudin.
"Jadi nak diapa kan tangan itu.Aku takut menyentuhnya.Tangan itu pernah melakukan pekerjaan sihir,tidak,aku tak mau menyentuhnya."Kata ravi.
"Yalah...nanti terkene badi sihir jahatnya."Ujar amat pula.
"Untuk tidak menghebohkan kampung pada esok harinya,eloklah kita pendam.Jadi adalah kebajikan sikit yang kita lakukan."Usul husin dengan perasaan seram yang tak dapat dihilangkan.Kerana perasaan seram yang menghantui mereka,keempat pemuda tersebut sama-sama pergi hanya untuk mengambil cangkul.
Mereka mendapatkan cangkul dikandang kerbau si amin.Setelah cangkul itu didapatinya mereka kembali ketempat penemuan keratan tangan tersebut.Ternyata tangan itu masih terletak disitu.Kudin yang mempunyai keberanian sedikit memegang cangkul tersebut.
"Kita gali tanah agak jauh dari sini lah.Heret lah tangan itu."Kata kudin.Tiga orang itu dengan perasaan seram bekerjasama menarik tangan yang telah menjadi bangkai.
Mereka menariknya bukan dengan tangan tetapi dengan cabang kayu kering.Itu pun dengan keadaan diri masing-masing menggigil,tak terkecuali kudin.Perasaan seram tetap melekat dihati mereka.Kudin mencari tempat yang tersorok dan aman,menghentikan langkahnya.
Kerana kudin menghentikan langkahnya,ketiga kawan kudin ikut melihat apa yang disuluh kudin.Langsung ketiga kawan kudin makin seram sejuk bila tahu benda yang disuluh kudin.
"Jangan kalian nak lari bodoh..."Bentak kudin.
Tangan kudin menggigil menyuluh benda yang menakutkan itu.Ianya adalah kepala mayat wak sarpin dengan pandangan matanya terbuka dan mulutnya menampakkan giginya yang menakutkan.
"Kal...ka...kalau kita buat kebajikan pada kepala wak sarpin...mud...muda..mudah-mudahan rohnya tidak menganggu kita.Per..percayalah."Kata kudin bergagap sambil tetap menyuluh kepala wak sarpin.
"Bet..betul...cepat galilah lubang."Kata husin ikut menggigil.
"Kau galilah..aku sudah kepala ini jangan sampai lampu padam..."Kata kudin.Husin segera mengambil cangkul dan mula menggali.Amat menyuluh tempat husin menggali tanah.
Ravi dengan seram sejuk menyuluh tangan wak sarpin dan kudin dengan menahan rasa seram itu tetap menyuluh kepala wak sarpin.Dimalam yang sejuk ini mereka berempat berpeluh kerana menahan rasa seram.Sesekali saja kudin memandang kepala mayat wak sarpin.Dia memastikan yang kepala itu tidak bergerak.
Memang...kepala wak sarpin tak bergerak.Namun bentuk kepala yang demikian sungguh sesiapa pun tak sanggup melihatnya dimalam yang begini.Husin terus menggali.Terasa bagi mereka yang menunggu husin siap dengan lubang,agak lama juga,kerana husin pun menggali dengan tangan yang menggigil.
"Haaaauuuunnnggg....."Terdengar lolongan anjing yang memilukan dan itu membuat husin berhenti menghayun cangkulnya.Kudin yang merasa tak sabar dengan kerja husin,segera membentak.
"Kenapa berhenti bodoh...ayuh terus cangkul..."
Tiba-tiba angin bertiup sekejap dan mengugurkan daun-daun kering pokok getah yang tumbuh disitu.Suara itu pun membuat kejutan mereka berempat.Husin terus mencangkul walau pun dirasanya tanah itu keras bagai mencangkul batu.Ravi yang sedang menyuluh tangan itu cuba mengalih pandangan nya kearah lain.
Tadi dia sempat melihat kepala wak sarpin yang menampakkan giginya itu,oh...bagai nak pengsan ravi dibuatnya.Kini hanya melihat kegelapan diatas dengan menggigil.Tapi perasaan ravi membayangkan yang tangan itu bergerak memegang kakinya.Ternyata kaki ravi mula disentuh oleh sesuatu.
"Waaaa....."Teriak ravi dengan kuat sehingga suaranya membelah kesepian malam.Cepat ravi meloncat dan menyuluh kakinya.Seekor katak puru meloncat dan terkene kakinya.Kudin hampir cabut lari.
"Kau gilakah...itu hanya katak...bahalul..."Bentak kudin dengan wajah pucat.
Husin hampir-hampir kehilangan tenaga kerana teriakan ravi.Amat merasakan nafasnya naik turun.Cepat-cepat ravi menyuluh tangan itu kembali.Malam kembali sunyi dan detik-detik masa yang berjalan,menghantui mereka berempat.
"Dengar..kita harus menjadi contoh dan teladan daripada perkara kebajikan ini.Mudah-mudahan dengan kita semua mengubur anggota tubuh badan wak sarpin,kita harapkan roh wak sarpin tidak menganggu kita."Kata kudin untuk mengisi keseraman itu supaya kurang sedikit.
Selepas saja kudin berkata begini,terasa seluar dan kaki kudin basah oleh cairan yang hangat.Dan itu adalah air kecil kudin yang membasahi tanpa kudin menyedari.
"Dah..dah cukup dalam.."Kata husin.Dia segera undur kebelakang.
"Tariklah kepala ini dengan cangkul..."Pinta kudin.
"Ba..baik..ta..tapi baca do..doa dululah."Kata husin sambil menjulurkan mata cangkul dan dia pun menatap kepala wak sarpin yang mengerikan itu.
"Betul jugak."Kata hati kudin.Mereka bertiga dengan cemas menunggu kudin membaca doa.Kudin hanya mengucapkan ayat yang pendek saja,namun itu diulangnya sampai beberapa kali.
"Wak..sarpin..maafkan kami..biarlah kami mengubur wak sarpin disini."Kata kudin memberanikan diri untuk berkata-kata.
"Ayuh..tunggu apa lagi tariklah dengan hujung cangkul."Kata kudin.Husin menggerakkan cangkul itu sehingga mata cangkulnya boleh menarik kepala wak sarpin yang terpotong dibatas leher itu.Sungguh mengerikan.Kepala itu bergerak ikut tarikan mata cangkul dan terus jatuh kedalam lubang.
Selepas kepala wak sarpin masuk lubang,kemudian mata cangkul itu pun menarik keratan tangan dengan kain kapan tersebut.Akhirnya tangan itu pun masuk kedalam lubang.Ketiga orang tersebut segera menyuluh lubang yang telah terisi,sedangkan husin menimbun dengan tanah kembali.
"Tunggu jangan kalian lari,mari kita jalan sama-sama."Kata kudin.Ternyata arahan kudin tersebut dapat mengurangi ketakutan dari masing-masing.Keempat pemuda tersebut berjalan undur secara perlahan-lahan dan saling berpegangan.Ketika mereka berempat sudah pun jauh dari kepala itu dikubur,baru mereka berjalan biasa dan mempercepatkan langkahnya menuju pondok jaga.
"Marilah kita meninggalkan tempat ini kudin..aku tak dapat meneruskan jaga disini walau berempat."Kata amat.Kudin dan rakan-rakan yang lainnya bersetuju.Mereka berempat segera cepat-cepat meninggalkan pondok jaga sebelum rasa seram itu makin menghantui mereka atau terjadi sesuatu.
"Kawan-kawan....demi tuhan...tolonglah malam ini kalian bermalam dirumahku.Kau tahu bukan aku seorang bujang tinggal sendiri dirumah sewa tersebut.Bermalam lah malam ini dirumahku."Pinta amat.
"Aku setuju.."Kata husin yang mengalami nasib yang serupa seperti amat.
Ravi dan kudin bersetuju untuk tetap bersama dan cuba menghilangkan rasa seram yang dialami mereka.Mereka terus berjalan dan mengarah kerumah sewa amat.Sebelum mereka masuk rumah masing-masing membasuh tangan dan kakinya.Kemudian baru lah mereka berkumpul dirumah sewa amat.
Mereka berempat belum mau membaringkan diri,ketegangan yang baru dialami sebentar tadi membuat mereka tidak ada niat untuk tidur.Mereka berbincang tentang kejadian yang berlaku.
"Lega rasanya kita berada ditempat ini.Kuranglah rasa seram yang kualami tadi."Kata kudin.Mereka bertiga mengangguk.
"Hiii...ngerinya.Aku tak dapat menghilangkan bayangan kepala wak sarpin yang terputus itu."Kata ravi yang masih terbayang ingatan kejadian tadi.
"Bukan kau seorang yang terbayang-bayang rasa seram seumpama itu.Tapi aku yang menarik kepala itu dengan cangkul."Kata husin pula.
Kudin masih juga membayangkan apa yang berlaku tadi.Tapi dia cuba menghilangkan ingatan itu.Maka dia mula membaringkan diri dilantai yang hanya dilapik tikar.Yang lainnya ikut membaringkan diri.Amat berada ditepi.Tapi kemudian dia segera pindah di tengah-tengah kawannya.
"Apalah kau ni macam pondan.Disini berempat pun masih takut jugak."Kata husin.Ravi tak sedap hati,kerana dia berada ditepi.Dia segera bangkit dan terus menghimpitkan diri di tengah-tengah kawannya.
"Eee...apa pulak ni."Husin yang sekarang berada ditepi,merasa tak sedap hati.Tetapi dia tetap berada ditempatnya.
Kudin tenang-tenang saja.Bibirnya bergerak-gerak kerana kudin sedang membaca doa sebelum tidur.Selepas berdoa kudin segera meniup ketelapak tangannya dan tangan itu segera disapukan keseluruh anggota tubuhnya.Kemudian dia menyelimuti diri dengan kain sarungnya.
"Din..aku tak sedap hati."Kata amat.
"Apa pulak?"Kudin menyoal.
"Tolong baca doa dan tiup ditelapak tanganku."Pinta amat.Kudin bangkit dan melakukan seperti apa yang diminta amat.
Selepas tangan amat ditiup,amat segera menyapukan tangannya keseluruh anggota tubuh badannya.Kemudian amat berbaring dengan tersenyum penuh kelegaan.Kudin pun kemudian membaringkan diri lagi.Tak lama kemudian ravi pun bangkit.
"Eh din..tolong tiup aku pulak."Kata ravi menyebuk sambil bangkit.
"Eh..setahu aku awak pun muslim bukan?"Kata kudin.
"Yalah...tapi tiup sajalah."Pinta ravi mengharap.Kudin bangkit lagi.Dia membaca doa lagi dan meniupkan ketelapak tangan ravi.Ravi kemudian melakukan seperti apa yang dilakukan kudin.
"Eh..apa khasiat ini semua?"Tanya ravi.
"Dengan izin allah..awak tidak diganggu oleh jin dan syaitan."Kata kudin.
"Eee...tiup aku juga."Husin pun meminta.Sekali lagi kudin berdoa dan segera memenuhi kehendak husin dan husin merasa lega selepas ditiup.
Kemudian mereka berbaring dan berselimutkan kain sarung masing-masing.Mereka berhimpit antara satu sama lain,seakan masih merasakan ketegangan dari kejadian yang baru mereka alami tadi.
"Sekarang..aku akan baca doa dan setelah selesai kalian semua harus mengaminkan tahu tak."Kata kudin.Mereka bertiga mengangguk.Kudin kemudian membaca doa dengan suara nyaring.Panjang juga kudin membaca doa.Selepas kudin membaca doa terdengar mereka sama-sama mengucap."Aminnn..."
"Mari kita tidur..."Bisik kudin.
"Haauuuunnnnnggg..."Lolongan anjing terdengar.Tak lama kemudian terdengar suara yang aneh dan mengejutkan.Mereka serentak bangkit semula dan duduk.Masing-masing memasang telinganya.Terdengar bunyi yang aneh lagi.Ternyata bunyi itu adalah angin yang berhembus kemudian terdengar daun-daun kering berjatuhan menimpa atap zink rumah amat.
Mereka serentak membaringkan diri lagi,tanpa bersuara apa-apa.Malam makin larut.Kesunyian malam menambahkan rasa seram.Mula-mula yang terlena adalah kudin.Tak lama kemudian amat yang berdampingan dengan kudin,tertidur juga.
Husin nampak gelisah saja,kerana tidur ditepi.Dia melihat ravi tertidur juga.Maka diam-diam husin bangkit dan cuba tidur diantara ravi dan amat.Husin mula merasakan kelegaan kerana tidur di tengah.Sambil tersenyum dia cuba melenakan dirinya.
Kudin kemudian terjaga dari tidurnya,kerana kesejukan lantai simen.Ternyata kudin tidur bukan diatas tikar.Mula lah kudin pindah disamping ravi yang masih ada tempat terluang diatas tikar.Dia segera merebahkan diri disitu.Amat yang tidur ditepi kini pindah ditengah-tengah.
Husin yang tertidur ditepi,telah sedar...dia terus bangkit dan pindah ketengah-tengah mereka.Kudin yang tak dapat lagi tidur segera bangkit dan terus duduk.
"Eh..apa yang kalian buat ha..asyik bangkit dan pindah tempat saja.Bila kita nak tidur ni?Dah pukul dua pagi ni."kata kudin.
Ternyata ketiga orang tersebut memang tak dapat tidur.Mereka segera bangkit.
"Eh..dengar kawan-kawan...kurasa aku telah bermimpi tadi,walau tidur hanya sekejap."Kata kudin.Mereka berempat kemudian duduk membuat lingkaran diatas tikar."Macam mana mimpi mu itu."Soal husin.
Kudin menggelengkan kepalanya terlebih dahulu sebelum memulakan ceritanya.
"Aku bermimpi berjumpa seseorang dan dia menyuruhku menyantumkan kepala wak sarpin dan tangan itu pada anggota tubuhnya,esok pagi selepas subuh."Kata kudin dengan sungguh-sungguh.
Ternganga mulut ketiga kawan kudin bila mendengar mimpi kudin.
"Orang itu kemudian menyuruh kita berempat untuk mengubur ditempat yang semestinya.Dalam mimpi itu aku melihat tubuh badan wak sarpin terhempap kayu."Kata kudin.Mereka yang mendengar mimpi kudin kembali menjadi seram semula.
"Sekarang pukul dua pagi,bererti tiga jam lagi."Kata amat.
"Alamak..kita kene gali lagi kepala yang sudah kita tanam itu."Ravi menambahkan.Yang lainnya mengangguk.Mereka berempat kemudian membayangkan kembali rasa seram berdepan dengan bahagian anggota badan tersebut,dan lagi berjalan kekubur.
Masing-masing segera termenung memikirkan kerja yang sungguh berat ini.
"Apa boleh buat...kita telah terlibat dalam hal ini,dan kita pula yang dikehendaki untuk mengubur mayat wak sarpin."Amat mengeluh kecemasan.
"Kalau begitu,biarlah kita bikin kopi o dulu untuk menunggu hari subuh."
"Eloklah begitu mat...buatlah sekarang juga."Kata ravi.Ravi dan amat segera kedapur untuk membuat kopi.Kudin dan husin masih diruang depan merenung dan memikirkan sesuatu.
Lima belas minit kemudian,amat telah siap membuat kopi o.Mereka berkumpul kembali diruang depan.Sambil duduk membentuk lingkaran mereka menikmati kopi yang masih panas tersebut.Kini benar-benar mereka semua terikat dengan pekerjaan yang ganjil ini.Dan mereka pun tak berani nak kata tidak,kerana mereka percaya mimpi kudin.
Setelah mereka menunggu dengan masa yang lama dan dibayangi kengerian yang luar biasa,kudin pun telah selesai menunaikan sembahyang subuh.Mula lah kudin mengadakan persiapan dan membahagi-bahagi tugasnya kepada rakan-rakannya.
"Kau husin dan amat,tugasmu membawa kepala."Kata kudin.
"Din...tolong din..."Rintih amat.
"Jadi awak nak pegang apa.Lampu suluh saja."Kata kudin.
"Dan kau ravi..bawa tangan,aku akan mencari bahagian tubuh yang lain."Dengan menahan nafas ketiga kawan kudin segera menyetujui tugas masing-masing.
Mereka berempat kemudian pergi dengan membawa keranda darurat,yang dibuatnya selama dua jam sambil menunggu masa subuh tadi.Kokok ayam mula terdengar,namun kegelapan masih pekat benar.Mereka berjalan dengan menggunakan lampu suluh.Sampai ditempat mengubur kepala tadi,husin segera menggali timbunan tanah.
Setelah menggali beberapa kali dengan cangkul,kemudian amat dan husin meneruskan dengan tangan.Dengan menggigil juga amat mengeluarkan tangan.Tangan itu diletakkan didalam usungan yang merupakan keranda.Kepala mayat wak sarpin pun sudah mula nampak.Malah kini nampaknya makin menimbulkan rasa seram yang lebih.
"Ayuh ambil cepat...."Perintah kudin.Husin mengambil kepala wak sarpin itu dengan ragu-ragu.Namun kepala itu diambil nya juga walau dengan nafas husin yang turun naik.Kepala dan tangan itu pun sudah berada diatas usungan.Keempat pemuda itu pun kemudian memikul usungan yang berisi,kepala dan tangan wak sarpin.
Mereka terus berjalan kearah kubur.Sebelum sampai kekubur,macam-macam bayangan yang timbul difikiran mereka.Apa lagi hari demikian gelapnya.Udara sejuk pun makin terasa dikegelapan pagi seperti ini.Mereka berjalan dijalan kecil itu sehingga ternampak permandangan yang makin mengejutkan.
Bahagian tubuh badan wak sarpin yang tiada kepala itu terhimpit kayu pokok getah.Mereka berhenti dan menurunkan usungan itu.Dengan kerjasama mereka berempat mengangkat kayu getah tersebut.Ternyata pokok getah tersebut boleh diangkat dan disingkirkan.Masing-masing segera bekerjasama mengangkat mayat wak sarpin sambil menggunakan juga lampu suluh itu.Setelah tubuh badan itu semua berada diatas usungan,mereka mengangkat kembali usungan itu dan kini mula dibawa kekubur.
Sesiapa pun tiada seseorang yang mau berkata-kata.Mulut mereka bagai terkunci sambil merasakan ketegangan perasaan dihati masing-masing.Langkah-langkah mereka pun berjalan dengan kaku dan dalam keadaan yang menggigil.Walau bagaimana pun sampai juga mereka ditepi liang kubur.
Setelah kudin membaca dia sekejap,mereka berharap doa itu boleh menyelamatkan mereka dari segala kejadian disitu.
"Amat dan husin turunlah dan terimalah tubuh badan wak sarpin."Kata kudin.Andaikan hari sudah terang,sudah tentu ravi dan kudin akan nampak wajah amat dan husin yang pucat itu kerana harus turun diliang kubur.
Tapi amat dan husin turun juga keliang kubur dan menerima tubuh badan wak sarpin.Kudin dan ravi menyuluh menerangi kerja amat dan husin yang sedang menyantumkan kepala dianggota tubuh badan wak sarpin,demikian juga tangannya.Ketika kudin memerintah keduanya cepat-cepat naik.
"Timbun...."Suara kudin terdengar.Ketiga orang tersebut terus menimbun tanpa lengah-lengah lagi.Setengah jam kemudian,pekerjaan itu pun selesailah sudah.Kudin berdoa lagi diikuti ketiga kawannya.Selesai berdoa,baru lah mereka berempat merasakan kelegaan sedikit.
Hari dah mula terang sedikit.Disaat yang sejuk ini,mereka tetap berpeluh.Mereka berjalan kembali dan ketika mereka telah jauh dari kubur itu,terasa kelegaan menyelimuti hati masing-masing.Hari pun beransur-ansur terang.
"Sekarang kita berpisah disini,dan balik kerumah masing-masing."Kata kudin.
"Oh..din...rasanya aku dalam mimpi ketika turun diliang kubur itu."
"Dan aku pun hampir tak percaya yang aku boleh melakukan kerja itu."Kata-kata husin menyambung kata amat.
Ravi pemuda tamil itu hanya menghembuskan nafasnya yang panjang.Kini ravi merasakan kelegaan kerana telah menyelesaikan kerja-kerja yang selama hidupnya baru kali ini dilakukan.Disamping mereka merasa lega,mereka pun kuranglah rasa takutnya terhadap peristiwa yang menimpa jenazah wak sarpin,kerana mereka telah melakukan kebajikan itu.
Dan dihati masing-masing seakan berkata "wak sarpin...janganlah ganggu aku.Aku telah tolong menguburmu kembali."Demikian lah kelegaan yang mereka rasakan.Tak lama kemudian mereka berempat berpisah kerana kembali kerumah masing-masing,dengan ingatan yang tak mudah melupakan kejadian yang seram itu.
Pada malam berikutnya pondok jaga itu digantikan orang jaga yang lain.
Yang jaga pada malam ini lebih banyak kerana,hari yang lepas tersebar luas berita jenazah wak sarpin yang tak jadi dikebumikan dan tertinggal dihimpit pokok getah.Kini yang jaga pada malam begini sebanyak enam orang.
Dua dari pemuda yang jaga tersebut adalah yang pernagh meninggalkan jenazah wak sarpin ditepi jalan.Dua pemuda itu adalah hanya pengiring disaat usungan membawa jenazah wak sarpin.Ketika keempat pemuda itu bercerita pasal wak sarpin,kedua pengiring itu diam saja.
"Ee..malam-malam begini ceritalah pasal yang lain,ada pulak cerita pasal wak sarpin."Kata umar yang pernah menjadi pengiring menghantar jenazah wak sarpin.Keempat rakan-rakannya itu ketawa dengan penuh kesukaannya.
"Ala..dia tu dah..mati.Orang mati tak akan bangkit,tahu tak."Kata ali yang mempunyai tubuh besar dan gemuk.Ali ketawa lagi.
"Kau ni penakut benar.Tak apa lah cerita pasal dia.Lagi elok tak mengantuk.Dia nak jadi hantu ke nak datang kesini ke dia punya pasal.Kita bertugas disini.Apa yang ditakutkan cerita pasal dia?Bukannya dia dengar.Dia dah mati."Kata kawan ali yang bernama usman.
"Kata orang...entah benar entah tidak,bahawa orang yang baru meninggal dunia,roh dia masih mengelilingi rumah dan roh itu mengunjungi keluarga,atau sahabat karib atau jiran-jirannya."Kata umar menerangkan.
"Kata lah kalau wak sarpin nak berkunjung kesini pun....apa lah salahnya.Kita ajak lah dia main dam..."Kata ali dengan ketawanya yang mengisi kesunyian malam.Umar dan bakar tak berkata apa-apa.Masam rasa hati umar dan bakar.Dua pemuda ini termasuk orang yang ikut menghantar jenazah wak sarpin.Kerana umar dan bakar tahu kejadian jenazah wak sarpin yang mengerikan itu,maka kedua pemuda ini tidak mau cerita pasal wak sarpin.
"Baiklah kau tunggulah kat sini.Aku nak ronda dengan bakar."Kata umar.
"Ha...eloklah tu...kita mulakan bergilir."Kata usman.
"Jangan lupa kirim salam dengan wak sarpin..."Perli ali.Ketiga kawan ali kembali tertawa mengisi kesenyapan malam.
Umar dan bakar kemudian beredar dari tempat pondok jaga,dengan membawa peralatan masing-masing iaitu lampu suluh dan sebatang tongkat.Mereka terus berjalan mengadakan rondaan antara rumah kerumah diantara lorong-lorong yang gelap.
"Eh umar...aku rasa seramlah."Kata bakar menghentikan langkahnya.
"Apa yang kau takutkan.Kalau kau takut,aku pun naik takut pula.Ali,usman dan dua orang lainnya itu,makin tertawakan kita,salah-salah kita diperlinya semacam pondan pula."Kata umar cuba memberanikan diri,pada hal dirinya seram juga.
"Iya tak iya jugak.Jom kita berjalan perlahan-lahan.Eh...dimana kubur itu?"
"Jauh kat hujung sana itu."Kata umar.Keduanya meneruskan berjalan lagi diantara rumah kerumah dalam kegelapan malam.Apa-apa yang menimbulkan suara,keduanya merasa syak,namun tiada apa-apa yang membuat keduanya terkejut.Ketika keduanya telah menghabiskan masa setengah jam...keduanya kemudian kembali ke pondok jaga.
"Pucat nampak....ada apa-apa ke?"Soal usman yang tabiatnya serupa dengan ali,suka perli dan menyombongkan diri.Mereka berempat pun bangkit.Agaknya mereka berempat telah berunding sehingga keempatnya bersiap-siap hendak pergi.
"Eh..kalian nak pergi ronda empat orang?"Tanya umar.
"Yalah...senanglah kalau ada apa-apa kes pecah rumah atau pencuri,ramai orang yang meronda lebih baiklah.Yang awak cemas sangat itu buat apa."Kata ali menyombong dan mula menggerakkan tangannya mengajak ketiga rakannya pergi.
"Suka kau lah."Kata umar.
Keempat orang tersebut segera pergi.Setelah mereka berjalan cukup jauh dari pondok jaga,mereka baru memulakan berbincang.Nampaknya keempat pemuda bujangan tersebut bersemangat sangat.Sebenarnya mereka mempunyai tujuan yang lain selain mengadakan rondaan.
"Dimana agaknya rumah pengantin baru itu."Tanya yang seorang.
"Aku tahulah...jom ikut sajalah."Bisik ali yang mempunyai tujuan jahat.
"Wah..ini malam tentu kita lihat best punya kick..."Kata usman yang tak sabar-sabar hendak melihat dan mengintai bilik pengantin baru.
Angin malam bertiup sekejap menerbangkan daun-daun kering.Tak lama kemudian terdengar suara lolongan anjing yang memanjang memilukan dan menambah seramnya malam bagi yang menghayati suara itu.Tapi keempat pemuda yang dirangsang nafsu ingin mengintai itu tak merasakan tanda-tanda keseraman ini.
Mereka terus berjalan menembus kegelapan malam.
"Eh..nak kemana ni..."Tegur penduduk kampung yang kebetulan bertemu rombongan pemuda-pemuda jaga.
"Jagalah...apa lagi.Kami anggota rela."Kata ali menjawap teguran orang kampung tersebut.
"Gila betul...malam-malam begini dia belum tidur..kacau daun."Kata usman.
"Siapa dia tu.Macam kita kenal suaranya."Kata kawan ali yang seorang lagi.
"Jangan-jangan dia nak intai perbuatan kita."Kata usman.
"Pedulilah dengan orang tua itu.Dia kan wak sarpin."Kata ali.
"Wak sarpin..?"Tanya seorang lagi dengan terkejut.
"Iyalah...wak sarpin.Eh...apa yang aku cakap?Oh tidak aku tersasul."Kata ali kemudian membetulkan kesilapannya.Mereka berempat menghentikan langkahnya.Sunyi saat itu untuk beberapa waktu.
"Suara macam wak sarpin lah."Kata kawan ali yang seorang lagi.
"Aaah..bukanlah..dia tu dah mati."Kata ali.
"Mari kita pastikan.Atau dia tu nak mencuri."Kata usman.
"Jom..."Kata ali ingin tahu siapa orang itu.Penduduk kampung yang disyaki itu masih berdiri disitu dan belum mau pergi.
Masing-masing pemuda tersebut menyuluh keseluruh tubuh dan wajah penduduk kampung tersebut.Maka nampaklah wajah wak sarpin yang memutih pucat,dengan bekas leher terpotong.Mata wak sarpin membulat dengan giginya yang nampak menyeramkan itu.
Bagai disambar seribu petir,pemuda-pemuda tersebut terkejut hingga membuat kan mereka berempat tetap berdiri disitu dengan kaku.Dua orang kawan ali menggelatar lututnya dengan mengeluarkan cairan diseluarnya.Usman bukan hanya lututnya saja yang menggigil,tetapi seluruh tubuhnya dengan mulut terbuka lebar.
Ali yang mempunyai tubuh yang sedikit gemuk itu merasakan tubuh badannya menjadi berat sehingga tak dapat digerakkan walau niatnya hendak cabut lari.Bibir ali hanya bergerak-gerak tak menimbulkan sebarang suara.Mayat wak sarpin yang kelihatan menyeramkan itu segera bergerak kearah pemuda tersebut.
"Aaaaaaa....."Terkeluar jeritan yang kuat dari mulut ali.Kejutan ini membuat ketiga kawan ali tersedar.Tanpa tunggu lebih lama lagi usman dan dua orang rakannya lagi cabut lari walau mula-mula mereka jatuh kemudian bangun.
"Ja...jangaaaannnnnnn.........waaaaaaaa........."Teriak ali lagi.Untung lah walau bagaimana ali sempat mengangkat kakinya dan cabut lari menembus kegelapan malam.Kerana lari tak tentu arah,ali melanggar batang pisang,sehingga tubuh ali memantul kebelakang.
Tanpa merasakan kesakitan yang ada ditubuhnya ali terus bangkit semula dan lari lagi.Entah kemana pula larinya.Masing-masing berusaha menyelamatkan diri dari dicekik hantu wak sarpin.Malam yang sejuk itu menjadikan penduduk tidur terlampau lena,sehingga teriakan ali itu tidak mengejutkan penduduk-penduduk yang sedang tidur.
Umar dan bakar sedang main dam...untuk menghilangkan kebosanan dipondok jaga.Dia segera menghentikan mainannya ketika mendengar langkah berderap.Ternyata itu adalah usman yang tercungap-cungap mulutnya dan terus melanggar dinding pondok jaga.Dan tinggal lah usman terbaring disitu meringis kesakitan.
Tak lama kemudian datang pula ali dengan tubuh hoyong-hayang kemudian kehabisan tenaga dan memeluk tiang pondok,agar dirinya tak jatuh.Umar dan bakar terkejut dan memandang menembus kegelapan.Tiada nampak apa-apa.Keduanya menjadi hairan yang sangat.Kerana itu lalu umar dan bakar siap-siap hendak lari.
"Ja..jangan tinggalkan aku.To..tolong."kata ali meminta.Ali tak larat lagi hendak lari,kerana tubuhnya yang terasa berat itu dan lagi dah kehabisan tenaga.Demikian pula usman.Yang dua orang kawan lagi,entah kemana perginya,hilang begitu saja tanpa berita.
"Apa dah jadi?"Soal umar dengan keinginan yang sangat.
"Sar...sarpin...mayat sarpin...bang...bangkit..."Kata usman keletihan.
"Apa...?"Kata umar dengan wajah yang mengejut pucat.
"Gedebung..."Tubuh bakar terjatuh ketika hendak memulakan lari,kemudian bangkit lagi dan lari bersamaan dengan umar.Tinggallah usman disitu kerana kehabisan tenaga dan kesakitan juga tak dapat bangkit kerana ketakutan yang sangat.
Malam makin larut.Kesenyapan malam itu diisi dengan teriakan-teriakan ali dan usman.Penduduk kampung mula keluar dan menyaksikan apa yang telah terjadi.Setelah penduduk kampung seramai sepuluh orang datang ditempat jaga,mereka dapati ali ketakutan bagai orang naik gila.
Ali dan usman dibawa masuk kedalam rumah salah seorang penduduk disitu.Huru-hara perkara ali dan usman yang ketakutan itu membuat penduduk kampung ingin tahu apa halnya.Bila ali dan usman menceritakan dari awal sampai akhir,baru la orang-orang kampung menjadi senyap.
Satu sama lain berpandangan.Bagi mereka yang pernah memikul jenazah wak sarpin dan meninggalkan begitu saja dihimpit pokok getah,mereka itu kemudian menjadi ketakutan.Dalam masa yang singkat,maka tersebarlah hantu wak sarpin yang bangkit dari kematiannya itu.
Dalam masa yang singkat saja seluruh penduduk kampung menjadi heboh.Ketika hari mula malam,semua pintu-pintu rumah penduduk sudah pun ditutup rapat dan dikunci dari dalam.Tetapi untunglah,hal cerita hantu wak sarpin ini tak heboh luas.
Seorang ulama yang mengerti tentang ilmu roh segera mengadakan kenduri arwah dirumah keluarga yang ditinggalkan oleh wak sarpin.Maka sejak itu hantu wak sarpin tidak menganggu lagi.Namun keseraman yang dirasakan penduduk masih menghantui hati masing-masing.
(Selesai...)
Sumber : Cerita Tambahan Dari Naskah Dukun Iblis Karya Mastris
Monday, 3 October 2016
Cerita Tambahan Dari Naskah Dukun Iblis.
Cerita Tambahan Dari Naskah Dukun Iblis
Memuja Syaitan.
Musim kemarau berpanjangan.
Musim ini telah berjalan sekian lama yang menjadikan tanah kering dan bila angin berhembus kencang,debu pun berterbangan menjadikan udara putih diudara.Dibahagian tanah yang kurang subur,ianya menjadikan rumput-rumput menjadi kering.
Dikawasan padang rumah yang memiliki bahagian tanah yang subur,disitulah sebilah sabit sedang bergerak-gerak.Sabit ini digerakkan oleh sebentuk tangan yang halus dari seorang gadis desa,yang telah menginjak remaja.
"Srikkk...srikkk...srikkk..."Bunyi sabit itu memotong rumput-rumput bercampur semak lainnya yang cukup tebalnya.
"Tiiikkk..."Hujung sabut tersebut melanggar batu,kemudian menimbulkan bunga api yang memanjang.Gadis itu berhenti menggerakkan sabitnya,kemudian mengarahkan pandangan matanya ketempat pelanggaran sabitnya.Ketika dia menguakkan semak ditempat terjadi bunga api tersebut,dia melihat sebatang nisan terpacak disitu.
Kerana terkejut,gadis tersebut membulatkan matanya dan menutup mulutnya dari menjerit.Dia melihat nisan kubur yang dibuat dari batu itu terkopak sedikit dan bekasnya itu kemudian mengeluarkan titisan darah.Sungguh tidak dapat diterima oleh akal tentang nisan yang terkopak itu mengeluarkan darah.
Gadis itu seakan terpaku ditempat itu dengan wajah yang pucat lesi dan tidak mengerti.Walau bagaimanapun dia mula berundur dari tempat itu.Walau pun waktu itu hari siang,namun kini diri gadis itu berada dua kilometer jauhnya dari rumahnya kerana mencari rumput ini,dan tempat itu menjadi sungguh menyeramkan.
Tiada perkampungan disitu,kecuali padang datar seluas empat kilo meter persegi yang tanahnya merupakan dataran bukit yang ditumbuhi rumput dan sebahagian besar dataran gundul.
Bahagian tanah yang gundul itu kemudian menimbulkan debu beterbangan ketika tiba-tiba angin bertiup ditempat itu.Ditempat yang sunyi ini lenkingan angin yang menciut-ciut ini bagaikan suara yang aneh dirasakan oleh gadis itu.Seram dan mendebarkan.Dia pun cepat-cepat beredar dari tempat itu dan meninggalkan rumput dan sabitnya yang terletak di dekat nisan tersebut.
Sambil berlari dari tempat nisan itu dia masih juga mengawasai tempat kejadian.Tiba-tiba sabit yang terletak disitu terbawa oleh angin yang kuat.Sabit itu kemudian berpusing-pusing sekejap diudara dan secara meluru,ke arah gadis yang sedang ketakutan itu.
Sabit itu bergerak laju bagai digerakkan oleh sesuatu kuasa yang akhirnya terus menebas leher gadis tersebut yang sudah tentu kepala gadis itu pun tanggal dari batang lehernya,sekiranya dia lambat mengelak.Tetapi selamatlah dia kerana masih boleh menghindarkan diri dari tebasan sabit tajam yang mengerikan itu.
Sabit itu menebas sebatang pokok hidup yang tumbuh disitu setelah gagal menetak kepala gadis tersebut.Bukan main terkejut wajah gadis itu bila kini menghadapi kejadian yang tak disangka-sangka itu.Dengan mulut ternganga dia masih melihat sabitnya yang bergerak-gerak sedikit,seakan mencuba keluar dari dalam batang pokok yang telak pacak disitu.
Dengan seluruh tenaga walau diselimuti ketakutan,gadis desa tersebut melarikan diri dari kawasan tersebut.Angin masih kuat bertiup yang menjadikan diri gadis itu kesulitan untuk menggerakkan tubuhnya.Cerita tentang angin yang bertiup itu memang sering terjadi dikawasan tersebut,namun tidak pernah sekuat yang dialami seperti sekarang.
Sabit yang masih terpacak dibatang pokok hidup itu masih bergerak-gerak untuk melepaskan diri.Ketika ianya telah tercabut,sabit itu pun tergolek ketanah.Tidak lama kemudian sabit itu bergerak meluru seakan diterbangkan angin mengarah ketubuh yang sedang bergerak diantara tiupan angin dan debu yang berterbangan.
Sabit yang sedang meluru itu tepat mengene dan menghiris daging leher dan terbenam disitu sehingga orang yang terkene sabit tersebut rebah ketanah.Orang tersebut adalah laki-laki yang sedang memikul rumput.Rumputnya kemudian terkene semburan darah yang memancut dari leher yang terputus.
Lelaki tersebut menggelepar untuk beberapa ketika disaksikan oleh gadis yang sedang ketakutan itu.Gadis itu segera menjerit lantang ketika melihat kejadian itu.Tetapi tidak sesiapa pun yang mendengar jeritan nya.Ketika angin sudah reda,dia pun berusaha untuk menguasai dirinya,sebelum terjadi sesuatu ke atas dirinya sendiri.
Berlari adalah jalan yang paling baik untuk menjauhi dari tempat kejadian itu.Sementara berlari,bayangan yang mengerikan itu masih melekat difikirannya.Namun untuk tetap hidup,dia berusaha menguasai ketakutannya agar terlepas dari bencana yang boleh mendatangkan maut itu.
"Eh..roshidah,apa kenanya ni?Berlari dan berpeluh bagai dikejar syaitan?"Tegur seorang kawannya yang kebetulan bertembung dijalan kecil diluar kampung.Roshidah masih mengatur nafasnya dan cuba menenangkan dirinya agar dapat berkata-kata dengan jelas.
"Dengar mar...."Kata roshidah kepada marshina gadis yang sebaya dengannya.
"Aku memang dikejar syaitan."
Marshina tersenyum mendengar pengakuan temannya itu.Dia pun ikut berjalan disamping roshidah,seakan cerita roshidah itu tak menimbulkan kesan takut dihati marshina.
"Mungkin aku tahu syaitan yang kau ceritakan itu.Dia syaitan lelaki yang selalu menganggumu.Syaitan itu bernama jamil bukan?"Usik marshina kerana marshina tahu pemuda jamil yang berumur dua puluh lima tahun itu bertabiat kasar dan sering menganggu roshidah.
"Dia...telah meninggal mar...ya meninggal,sabitku terbenam dilehernya."Kata roshidah yang kemudian menangis dihadapan temannya.
"Eh..iyakah ini?"Marshina kurang percaya.
Marshina mengajak roshidah duduk ditempat yang sesuai kemudian marshina meminta roshidah,menceritakan dari awal sampai akhir kejadian itu.Dengan masih dibayangkan kengerian roshidah menceritakan kesemua kejadian itu.
Setelah mendengar cerita itu,marshina kemudian termenung untuk beberapa ketika.
"Ros...orang-orang kampung tidak akan percaya bila mendengar ceritamu ini.Mereka akan menuduh yang kau sengaja membunuh jamil kerana kau sering terlihat pergaduhan mulut dengannya.Lagi pula dia hendakkan kau dan kau membencinya."Kata marshina.
"Aku tak ingin kau mendapat kesulitan ros.Bila sabit itu dijumpai orang-orang kampung,sudah tentu kau tak akan terlepas dari tuduhan membunuh jamil.Dan sesiapa pun tidak akan percaya siang-siang ada syaitan menjadikan angin bertiup dan menerbangkan sabit,kemudian sabit itu menebas jamil."Kata marshina.
"Tapi itu cerita yang sebenar mar...habis aku nak buat apa?"Keluh roshidah.
"Aku percaya ceritamu ros,kerana kau kawanku sejak kecil dan kawan yang paling rapat.Sekarang kita harus ketempat mayat jamil itu,kemudian mengambil sabitmu.Sabit itu harus dihilangkan seberapa segera sebelum orang lain nampak."
"Tapi...kalau.."
"Tak ada tetapi...mari."Ajak mar yang segera menarik tangan roshidah.Keduanya kemudian beredar dari tempat itu dan bergerak menuju ke tempat jamil terkene musibah itu.
"Apakah kau masih ingat tempat batu nisan yang kau ceritakan itu?"
"Tempat itu sungguh mengerikan setelah ku ketahui keadaannya menjadi begini.Aku rasa aku mengingatnya tempat itu walau baru saja aku menjumpai kawasan itu.Lebih baik kita tak ketempat itu lagi."
"Aku pun tak nak ke tempat itu.Tapi hanya untuk pengetahuan agar jauh dari kawasan tersebut."
Keduanya telah sampai ketempat kejadian.Ternyata jamil yang tubuh badannya telah menjadi mayat,tergolek disitu dengan bermandikan darah.Sabit yang menancap dilehernya masih disitu.Tergagap-gagap marshina melihat kejadian itu.Sedang roshidah tidak melihat kearah jamil kerana terlalu mengerikan.
Antara berani dan tidak marshina mula bergerak perlahan secara merangkak untuk mengambil sabit yang masih tertancap dileher jamil.Bergetar jari-jari tangan marshinah mencapai ulu sabit itu,dengan pandangan mata yang tidak berkelip sedikut pun menatap keadaan mayat jamil.
Walau pun dengan gerak perlahan,tercapai juga jari-jari tangannya memegang ulu sabit tersebut.Ketika roshidah melihat kearah marshina melemparkan sabit itu kearah semak dihujung sana,kemudian cepat-cepat marshina kembali ketempat roshidah.
"Huakk..hampir muntah aku melihat kengerian seumpama itu.Mari kita cepat pergi dari tempat ini sebelum orang lain tahu kita berada disini."Ajak marshina.Roshidah mengikut.Keduanya kemudian menggunakan jalan lain agar tidak ditemui oleh sesiapa.
"Apa yang aku harus lakukan selepas ini?"Soal rosyidah.
"Kita mencuba menenagkan diri kita,dan mendiamkan perkara ini.Kalau heboh pun biarlah orang lain yang heboh,asal jangan cerita dari kita.Sebab aku takut nanti kau kene tuduh membunuh jamil."Kata marshina.
"Aku mencuba menurut kata-katamu.Tapi bayangan kejadian yang mengerikan itu sungguh mengganggu fikiran ku."Kata rasyidah sambil mengangkat bahunya bila bayangan itu muncul dalam khayalannya.
"Ya...aku pun demikian.Mari kita menghilangkan fikiran kusut kita."Keduanya telah berada dijalanan kampung yang kelihatan penduduknya berlalu lalang ditempat itu.
Lepas tengah hari setelah rosyidah berada dirumah dan hingga menjelang malam,dia tidak mendengar khabar berita tentang kematian jamil.Biasa nya orang-orang kampung cepat heboh bila menemui kejadian yang sedikit mengerikan.Tapi ini senyap saja.Fikir rosyidah didalam hati.
Sebenarnya rosyidah tetap gelisah dengan kejadian yang dialami sebelah siang tadi.Tetapi kerana emak dan ayah rosyidah tidak begitu cermat memerhati sikap anaknya yang ketakutan itu,maka tidaklah kedua orang tua rosyidah syak sesuatu.Rosyidah pun tidak juga menceritakan hal itu kepada kedua orang tuanya,kerana takut melarat kepada orang lainnya.
Biarlah hal itu dipendamkannya untuk pengetahuannya.Peritiwa yanb dialami itu sungguh menggejutkan dan tidak mudah untuk dulupakan begitu saja.Bayangan kejadian yang mengerikan itu masih membayangi dalam tidurnya dan membuat rosyidah sering terjaga ditengah malam.
Esok paginya setelah matahari agak tinggi,roshidah pergi kerumah marshina untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kematian jamil itu.Ketika roshidah sampai kerumah marshina,rumah itu dalam keadaan yang lenggang saja.Roshidah mengucapkan salam dan memanggil-manggil nama marshina,tetapi tiada jawapan.
Keadaan rumah marshina hanya pintu depan yang tertutup.Tapi semua daun tingkap nya terbuka.Timbul dalam fikiran rosyidah untuk pergi kebelakang rumah.Dia pun memanggil-manggil teman nya itu beberapa kali.Namun tiada jawapan.Kesunyian yang begini bagi rosyidah sudah mendatangkan berbagai rasa seram walau berada dikawasan rumah temannya sendiri.Sepi saja sekitar tempat itu.
Apa yang dirasakan rosyidah sejak mengalami peristiwa yang mengerikan itu dia mula tidak suka kepada tempat-tempat yang sunyi seperti keadaan semacam itu.Walau pun rosyidah telah melihat ke sana sini tiada juga dia nampak sesuatu.Ketika sebuah tangan menjulur menyentuh bahunya,rosyidah hampir terkejut.Mulutnya hampir menjerit ketika melihat tiba-tiba mucul temannya didepannya.
Marshina tertawa nyaring melihat roshidah terkejut yang begitu meggelikan.
"Aku sedang mensidai kain dibelakang itu.Baru saja siap ketika aku mendengar suaramu.Eh kenapa engkau terkejut sangat itu ha.Berjalan dikawasan rumah ku pun bagai orang nak mencuri ayam."Kata marshina masih tertawa.
"Habis senyap saja dalam rumahmu.Mana orang-orang dalam rumah ini?"
"Kedua orang tuaku telah pergi ke majlis perkahwinana.Esok baru balik.Aku rasa selepas kerjaku,aku akan kerumahmu untuk mengajak kau tidur dirumahku malam ini.Kau tahu ros...aku susah melenakan diri dalam tidurku,selepas melihat kejadian itu."Kata marshina.
"Apa yang kau alami malam tadi sebelum tidurmu?"
"Mungkin hanya perasaanku kerana takut juga mengenang peristiwa itu.Aku merasakan mendengar sesuatu dimalam itu.Kemudian wajah jamil yang tak pernah aku bayangkan itu tiba-tiba terbayang sehingga membuat aku susah hendak tidur."Kata marshina.
"Sekarang akibat khayalan tentang wajah jamil itu,tengoklah.Hari dah tinggi baru aku menjemur kain.Eh..dan apa pula yang kau alami sebelum tidurnya."Soal marshina.
"Aku mengalami seperti yang kau alami.Dan kedatanganku kemari hanya kerana ingin tahu,adakah orang-orang kampung tahu peristiwa kematian jamil itu."
"Kita mempunyai keinginan yang sama.Aku pun demikian,nak tahu sangat macam mana mayat jamil ditempat itu.Dah diketemukan orang atau belum.Biasanya kau tahu bukan,tempat di kampung ini cepat menjadi heboh bila terjadi sesuatu saja.Tapi ini senyap saja.Dan mustahil juga tak sesiapa nampak mayat jamil ada disitu,pada hal kawasan itu bermulanya orang-orang pergi ke kebun atau punca jalan untuk mencari rumput."
"Aku pun tak mengerti dan harap-harap juga mendengar berita darimu."
Keduanya kemudian melanjutkan perbincangan itu diruang dapur.Keduanya duduk dikerusi panjang menghadapi meja yang telah tersedia minuman yang dibuat pagi itu dan makanan ringan.Keduanya menikmati sarapan pagi.
Lewat tengah hari seorang pemuda dengan menunggang motosikal melewati padang gundul didataran bukit itu.Dibelakangnya dibahagian tempat duduk,terikat beberapa tali dan sebilah sabit.Sementara pemuda itu menunggang motosikalnya,dia melihat banyak budak-budak kampung rata-rata umur tujuh belas hingga sebelas tahun sedang bermain bola sepak.
Bola yang ditendang oleh salah seorang budak itu berputar diudara.Sebelum jatuh ketanah,pemuda penunggang motosikal tersebut menangkap bola setelah menghentikan motosikalnya.
"Berikan pada kami bang."Pinta salah seorang dari budak-budak tersebut.
"Semalam dulu abang letak motorsikal disana.Siapa diantara kalian yang main-main injin motor abang hah.Tak boleh start tahu."Kata pemuda itu kepada beberapa orang budak yang berdiri mengerumuninya.
"Bukan saya bang.Abang jangan letak motor disana.Mungkin hantu yang buat rosak motor itu."Kata salah seorang dari budak-budak tersebut.
"Hantu moyang engkau.Mana ada hantu main-main injin motor?"
"Betul bang..disana itu ada hantu.Dulu kan..kami suka bermain bola sepak disana.Setiap kali bola kami melayang disitu,tiba-tiba hilang.Sudah tujuh bola yang telah hilang ditempat itu."Kata yang lain.
"Pandai kamu kenekan abang ya.Setengah mati abang tolak jalan kaki motosikal abang ini sampai kerumah,dan membawa beban rumput pula.Kejahatan kalian ini mesti dihukum."Kata pemuda itu dengan menunjukkan muka yang marah.
"Tapi bang...bukan kami yang buat enjin abang tak hidup."
"Ah..banyak soal."Kata pemuda itu,yang kemudian dia mengambil sabit rumput itu terus dicocokkan kebola getah tersebut.Bola itu masih baru.Tentu saja setelah dicocok dengan hujung sabit,kempislah bola tersebut.
"Nah ini hasil kerja kamu."Kata pemuda itu sambil melempar bola yang sudah koyak.
Budak-budak kecil itu semuanya kemudian menundukkan wajahnya tanpa berusaha berkata-kata.Nampak sangat kekecewaan dihati mereka namun tidak berani melahirkan didepan pemudah yang mempunyai wajah garang dan menakutkan itu.Selepas melempar bola,pemuda tersebut segera menghidupkan enjin motornya kemudian beredar dari tempat itu menuju ke arah padang rumput yang hijau.
Diantara sekian tempat-tempat dataran yang rumputnya masih hijau dan keadaan tanahnya subur,hanya dikawasan ini.Selebihnya hanya tumbuh rumput-rumput yang sudah kering dimusim kemarau panjang ini.Setelah pemuda ini sampai ditempat yang dikehendaki,dia mula meletakkan motornya agak tersorok di sebalik semak.
Kemudian dia pun mulalah menggerakkan sabitnya memotong rumput.
"Srik...srik..srik.."Bunyi sabitnya yang menandakan cukup tajam untuk menebas rumput-rumput itu.Tidak lama kemudian,dia menjumpai seonggok rumput disitu yang kelihatannya masih elok dan bersih rumputnya.
"Rumput siapa ini?"Katanya seorang diri.
"Ala..kebas.."Katanya lagi sambil mengambil longgokan rumput yang cukup banyak itu,yang kemudian disatukan dengan hasil sabitannya.Tidak lama kemudian dia mula menyabit rumput lagi hingga beberapa ketika.
Sedang dia asyik menyabit rumput,hujung sabit kemudian melanggar batu sehingga menimbulkan batu api.Dia tidak meneruskan menyabit rumput ditempat itu,kemudian meneruskan menyabit kearah yang lain.Setelah sekian lama ia mengumpulkan rumput-rumput itu,maka mula lah ia mengikatnya menjadi satu dan meletakkan ditempat duduk bahagian belakang motosikalnya.
Tidak lama kemudian,pemuda itu pun meninggalkan tempat itu dengan menunggang motosikalnya membawa selonggokan besar rumput.Beban yang dibawanya memang cukup banyak dan berat.Dia menghabiskan dalam masa dua jam menyabit rumput itu,sudah tentu cukup banyak.Banyak juga hasilnya kerana rumput ini hendak dijual kepada benggali yang menternak lembu.
Beban yang berat dan dengan bertiupnya angin dikawasan itu membuat motorsikalnya bergerak cukup perlahan.Kesulitan menunggang motosikalnya itu makin bertambah bila angin bertiup semakin kencang.Dia mencuba untuk menghentikan motosikalnya,tetapi malah motosikal itu semakin melaju dan membuat goncangan yang cukup kuat.
Keadaan yang tidak terkawal itu membuat penunggangnya terpelanting bersama terhumbannya rumput yang berhamburan berserta sabit yang melayang.Ketika pemuda itu terjatuh terhempas ketanah,mata sabit yang tajam segera terbenam dilehernya.Pemuda itu menggelepar-lepar untuk beberapa menit lamanya,yang kemdian tak bergerak sama sekali.
Setelah kejadian itu,angin pun kembali reda.Debu baru saja berterbangan setelah terjadinya angin ribut yang datang mendadak.Kini apa yang terlihat adalah kengerian yang mencemaskan.Sabit tersebut masih terbenam dileher korban yang segera bercampur dengan semburan darah merah yang mengerikan.
Tidak sesiapa yang mengetahui keadaan yang sedang berlaku itu,kecuali benda-benda mati yang ada disekitar kawasan bukit gundul itu.Sunyi saja tempat tersebut.Budak-budak yang tadinya bermain bola disitu sudah tiada lagi.Mungkin mereka sudah berputus asa kerana bolanya telah terkoyak.
Biasanya mereka bermain bola hingga matahari terbenam.Mayat itu pun tertinggal begitu saja ditempat itu sampai hari menjelang petang,tanpa diketahui oleh sesiapa.Ketika angin bertiup lagi secara perlahan,debu itu pun berterbangan dan berjatuhan menimpa mayat pemuda malang tersebut.
Sesiapa pun belum nampak orang melalui tempat tersebut.Matahari mula terbenam.Sebenarnya tidak jauh dari tempat kejadian yang mengerikan ini,ada sekumpulan kecil budak-budak bermain layang-layang,tetapi oleh kerana hari mulai gelap,mereka kemudian pulang kerumah masing-masing tanpa mengetahui kejadian yang mengerikan ini.
"Kau tahu mar.Aku gelisah kerana sampai hari ini tak seorang pun penduduk kampung menjumpai mayat jamil.Bila mayat jamil dah dijumpai oleh orang kampung,kemudian selamat dikebumikan,bererti selesailah perkara ini.Tetapi,mayat jamil bagai hilan ditelan keajaiban."Kata roshida melanjutkan.
"Ya tak iya juga."Keduanya kemudian diam tanpa berkata-kata lagi.Keduanya menduga sesuatu tentang mayat jamil yang tergolek ditempat itu tetapi mereka berdua tidak mendapatkan jawapan dari dugaan itu.Kemungkinan-kemungkinan yang berlaku diatas mayat jamil tidak melegakan hati masing-masing.Akhirnya keduanya tidak tahu apa yang berlaku pada mayat jamil dan mereka hanya menunggu cerita selanjutnya.
Ketika malamnya,roshidah lebih awal ke rumah marshina,setelah mendapat kebenaran dari kedua orang tuanya.Kedatangan roshidah disambut oleh marshina dengan hati yang suka,kerana malam ini ada teman tidur selama kedua orang tuanya pergi.
"Aku cadangkan sesuatu malam ini ros."
"Apa bendanya?"
"Malam ini malam panjang bukan.Kau tahu malam minggu ditempat pasar malam itu,berbagai barang runcit yang dijual murah bukan?"
"Ya..maksudmu kita kesana kejap untuk berbelanja?"Soal roshidah.
"Tepat...jom kita kesana.Emak memesanku untuk membeli barang keperluan hari-hari."Kata marshina.Roshidah mengangguk.
Tidak berapa lama keduanya terlihat dijalanan kampung yang menuju ke pekan kecil yang jauhnya hanya suku batu saja.Beberapa pemuda terlihat bermotosikal dijalan raya menuju kepekan tersebut.Ketika marshida dan roshidah baru menapakkan kakinya dijalan raya,pemuda-pemuda itu pun menegurnya.
"Nak tumpang ke pekan kah?"Tanya seorang diantara beberapa pemuda yang sedang lepak disudut jalan antara jalan kampung dan jalan raya.Kedua gadis itu tidak melayan langsung dan meneruskan perjalanan mereka.
"Pigilah..."Kata pemuda yang lain yang merasa tidak senang.
"Itulah kerja mereka...tak ada lain usik-usik anak gadis orang."
"Kita pun kene balik cepat mar...pemuda-pemuda itu pun bukan boleh dipercaya sangat.Kata orang-orang pemuda-pemuda itu sampai jauh malam berada ditempat itu."Kata roshidah mengingatkan.
"Ya..tapi selama ini belum pernah kita dengar pemuda-pemuda itu tercemar namanya kerana merosak kehormatan anak gadis.Yang banyak tersebar bahawa mereka hanya menghisap dadah."Kata marshina.Kedua nya telah sampai dipekan yang telah pada dikunjungi orang-orang yang datang daripada beberapa kampung yang berhampiran.
Setelah keduanya membeli keperluan dan sedikit kuih-muih,keduanya kemudian bermaksud hendak kembali kerumah.Sementara keduanya bermula berjalan diantara kepadatan para pengunjung itu,roshidah terkejut bagai disengat binatang berbisa.Makin memerhati apa yang dilihatnya,makin membulat matanya menatap permandangan yang tidak jauh darinya.
Diantara orang ramai yang berlalu lalang didepan para penjual itu,roshidah nampak wajah jamil.Ya jamil yang telah menjadi mayat dengan sabit terbenam dilehernya.Kerana roshidah mencuba melihat terus kearah jamil,maka marshina pun ingin tahu apa yang diperhati oleh rakannya itu.
"Eh...apa bendanya yang kau perhati tu ros?"
"Jamil.."Bisik roshidah.
"Apa?Jamil..ah karut."
"Dia dah hilang diantara kerumunan orang ramai."Keluh roshidah.
"Iyakah ini?"Marshina ingin kepastian.
"Entah salah orang atau bukan,sebaiknya kita cepat balik mar."Ajak ros.Keduanya kemudian memisahkan diri dari kerumunan orang ramai.Ketika keduanya telah menapakkan kaki ke jalan raya keluar dari pekan itu,baru lah lapang perasaan mereka terutama roshidah.
Walau pun berjalan dijalan raya yang diterangi oleh lampu-lampu jalan dan kesibukan kereta-kereta yang lalu,tapi perasaan rosyidah yang cemas mempengaruhi perasaan marshina.Marshina percaya.Perkataan ros selalu dapat dipercayai dan kini tinggal membuktikan dia tersalah orang kah atau benar-benar telah melihat wajah jamil.
Sementara keduanya berjalan kaki,roshidah seorang sering menoleh kearah belakangnya kalau-kalau ada orang yang mengekorinya.Ternyata benar.Lima puluh langkah dari tempat keduanya berjalan ada seorang lelaki yang berjalan dengan langkah yang perlahan namun lebar-lebar,dan mempunyai langkah yang pelik.
"Kau perhati dibelakang itu."Bisik roshidah.
"Ya tuhan..benarlah katamu.Aku kenal betul cara jamil berjalan.Di..dia sedang mengikuti kita.Mari cepat."Ajak marshina yang kemudian keduanya berjalan mempercepat langkahnya.
Kedua nya telah sampai ditempat pemuda-pemuda itu berkumpul disimpang tiga yang menuju ke jalan kampung.Roshidah membisikkan sesuatau ketelinga marshina agar berdiri didekat kelompok pemuda-pemuda itu.Marshina setuju.
Baik roshidah mau pun marshina telah bersedia jawapan yang menyenangkan andaikan pemuda-pemuda itu bertanya.Tetapi mereka diam saja.
Jamil kemudian sampai pula ke kelompok-kelompok pemuda itu.Ketiak dia berada disitu,dia pun segera menadahkan tangannya meminta sedekah.Dua tiga orang memberikan wang syiling kepada orang itu.Ternyata dia bukan jamil tetapi orang lain,seorang peminta sedekah yang wajahnya serupa jamil.Setelah melihat ini,baru lah kedua gadis itu merasa lega.
Roshidah pun segera menarik bahu marshina untuk segera beredar dari situ.Mereka pun mula berjalan dijalanan kampung yang gelap itu.Walaupun gelap kerana dijalanan kampung itu belum ada lampu jalan,tapi jalan itu tidak sepi dari orang yang lalu- lalang disebabkan malam itu malam minggu.
"Kita ni dah dibebani oleh perasaan yang takut,sehingga kita melihat orang lain pun telah mendatangkan ketakutan."Kata marshina.Roshidah tidak menjawap untuk beberapa saat.kemudian dia berkata.
"Agaknya memang aku tersalah pandang."
"Sekarang tenangkan fikiran kita bahawa jamil telah mendapat kemalangan kemudian meninggal.Apa yang kita tunggu adalah berita mayatnya dijumpai orang atau tidak."Kata marshina memberikan pendapatnya.Roshidah pun tidak lagi bertanya-tanya tentang hal jamil.Apa yang dibincangkan semasa dalam perjalanan kerumah itu adalah perkara lain.
Roshidah menempati bilik tidur marshina dan sekatil dengannya.Ketika keduanya telah mengantuk,keduanya kemudian merebahkan diri tanpa mengingati sesuatu yang membuatnya dibebani fikiran yang bukan-bukan.Baru beberapa minit saja roshidah melelapkan matanya,dia pun terjaga.
Bila dia terjaga dari tidurnya,roshidah segera mengingatkan bahawa dirinya telah tidur dibilik marshina.Kemudian roshidah mengingat kejadian yang mengerikan itu.Wajah jamil yang mengerikan dengan sabit terbenam dilehernya.
"Ah...bayangan wajah jamil menggangguku lagi."Kata hati roshidah.
"Srak.."Terdengar suara.Bunyi itu entah dari mana.
"Srak...."Terdengar lagi sehingga roshidah telah memastikan bahawa ianya datang dari arah luar rumah.Bunyi angin yang berhembus mula terdengar.Kini roshidah mula memasang telinganya lagi.Namun suara itu tiada terdengar lagi.
Tetapi timbul keinginan yang timbul untuk melihat apa yang ada diluar sana itu.Bunyi tadi terdengar dekat dengan daun tingkap.Maka roshidah mendekati tingkap dan membukanya sedikit demi sedikit.Ketika daun tingkap itu telah terbuka semua,roshidah segera menutup mulutnya sendiri dari menjerit.Kini didepan matanya dia melihat wajah jamil dengan senyum pucatnya dan lebih mengerikan.
Rasa terkejutnya itu membuat diri nya sendiri segera undur kebelakang dan menindih tubuh marshina yang membuat kan marshina terbangun dari tidurnya.Setelah marshina melihat keadaan ros yang ketakutan,dia pun mula syak bila daun tingkap itu telah terbuka.
"Apa yang terjadi ros?"
"Sungguh tak dapat dipercaya.Aku hampir pengsan bila melihat wajah pucat jamil yang mengerikan itu."Roshidah menjelaskan.
"Mula-mula aku mendengar suara langkah seseorang melanggar sesuatu dari arah luar,kemudian timbul niatku untuk membuka tingkap ini."Kata roshidah mula menerangkan apa yang dilihatnya.
"Bila daun tingkap sudah kubuka cukup lebar,cahaya bulan yang terang itu telah menyuluh sebentuk tubuh berdiri berhampiran tingkap.Dia adalah jamil.Dia tersenyum kepadaku yang membuat aku..oh..sungguh mengerikan.Bekas sabit yang terbenam dilehernya itu masih ada.Aku mencoba memekik namun suaraku tidak keluar."
Marshina yang mempunyai sedikit keberanian bergerak kearah tingkap dengan perlahan-lahan.Bila sudah dicapainya daun tingkap itu,cepat-cepat ditutupnya kembali dan mengunci selotnya dari dalam,marshina bernafas lega.
"Mungkin benar ceritamu.Kali ini mungkin pandanganmu tidak tersalah orang."
"Aku rasa memang aku pernah melihat wajah jamil di pasar malam itu.Anehnya dia tidak menimbulkan huru-hara dipasar malam itu."Kata roshidah.Malam makin larut.Roshidah tidak mendengar lagi suara-suara aneh diluar rumah.Sambil berbaring keduanya cuba memasang telinga,namun itu hanya membuat keduanya terlelap dan terlena hingga ke pagi hari.
Keduanya bangun pagi ketika matahari sudah cukup tinggi.Setelah keduanya selesai sarapan pagi,marshina pergi kebilik depan membuka tingkap.Dia melihat ramai orang berlarian dijalanan kampung.Ketika roshidah pergi kebilik depan,dia melihat marshina bercakap-cakap dengan seseorang penduduk kampung.
Sekembali nya marshina dari bercakap-cakap,dia menceritakan hal yang didengarnya itu kepada roshidah.
"Apa kenanya orang-orang itu berlarian?"
"Mereka menjumpai mayat seorang lelaki yang tidak dikenali dipadang rumput."
"Mayat lelaki itu mati dicekik lehernya."Kata marshinah menambah.Baik roshidah mau pun marshina terbayang kematian jamil yang sampai hari ini tiada seseorang yang mengetahui.Mereka berdua mempunyai fikiran yang sama.Mungkin jamil yang melakukan pembunuhan itu.
"Malam tadi aku melihatnya disebalik tingkap.Wajahnya nampak memutih menakutkan,kemudian dia tersenyum kepadaku..oh sungguh mengerikan.Kini ada berita kematian.Tidakkah kau percaya bahawa dia yang melakukan pembunuhan ini?"
"Aku sependapat denganmu.Dia telah menjadi hantu dan merayau ke segenap tempat."Jawab marshina ikut membenarkan pendapat roshidah.
"Eh ros..aku bimbang kedatangannya kerumahmu itu hendak membalas sakit hatinya kerana engkau enggan menerima dia sebagai kekasihmu.Apakah kau pernah bertengkar dengannya,dan adakah dia pernah berlaku kasar denganmu?"
"Ya aku pernah bertengkar mulut dengannya tetapi belum pernah dia berbuat kasar kepadaku.Orang lain yang mengatakan dia berbuat kasar kepadaku."
"Dia pernah berkata kepadaku begini."Selalu ku nampak kau pergi kepasar malam.Apa yang ada disana ros.Kan elok diam dirumah mengaji dan itu pun bekal untukmu dihari akhirat.Tak baik anak dara selalu keluar malam tak tentu arah."
"Sungguh elok nasihatmu itu mil.Alim sangat nampaknya.Apa pula kenanya engkau ni denganku,pandai-pandai mengata orang tak tentu arah.Yang engkau tu apa kurangnya,kejar-kejar anak dara orang."Aku menjawap dengan sakit hati.
"Ala..kau dengar sangat cakap orang.Kalau iapun aku kejar-kejar anak dara orang bukan semua.Hanya kau seorang."Katanya.
"Ah sudahlah mil.Tak ada masa aku melayanmu."Kemudian aku meninggalkannya."Itulah pertengkaran yang terjadi antara aku dan jamil.Lebih dari itu tak ada lagi."Kata roshidah selesai menceritakan halnya dengan jamil.
"Boleh jadi dengan kata-kata mu itu,jamil menjadi sakit hati.Malam itu dia datang mungkin hendak membalas dendam."
"Mungkin juga mar.Oh...sekarang aku jadi serba salah.Apa daya kita mar.Perlikah kita cari bomoh untuk menghalau si jamil itu,atau ,menceritakan kejadian jamil itu?"Soal roshidah kepada temannya.
"Wah..menceritakan hal jamil itu sungguh merbahaya.Lebih baik kita cari bomoh yang boleh mendinding diri kita dari hantu dan syaitan."Usul marshina.Roshidah termenung untuk beberapa saat lamanya.
"Ya.Aku setuju.Minta pendinding diri.Kita harus laksanakan dengan cepat sebelum aku didatangi jamil lagi."Jawab roshidah.
"Ya pagi ini kita akan pergi.Kau pulanglah dahulu kemaskan dirimu.Nanti aku singgah dirumahmu,sebaik emakku balik dari majlis orang kahwin itu."Kata marshina.Roshidah pun mengangguk perlahan.Pagi itu roshidah meninggalkan rumah marshina.Dijalanan kampung ketika kebetulan dia bertanya pada seseorang tentang kematian seseorang itu,jawapan itu sungguh menakutkan.
"Orang itu bukan dicekik,tetapi lehernya semacam dihiris benda tajam."Kata orang yang ditanya roshidah.Langsung roshidah teringat,benda yang menghiris leher itu tentulah sabit.Oh mengapa hal ini terjadi lagi?Aku sungguh tak mengerti.Kata roshidah didalam hatinya.
Apa yang diceritakan orang dijalan tadi mula terbayang dengan gambaran yang mengerikan seperti terbenamnya sabit yang ada dileher jamil.Bila hantu jamil merayau dengan sabit ditangan,alangkah dahsyatnya.Kini kejadian pertama telah berlaku.Keluh roshidah sambil menunggu marshina datang kerumahnya.
Rumah berbau hanyir
Jalan yang dilalui oleh marshina dan roshidah melewati dataran gondol tempat budak-budak kecil bermain bola.Selepas keduanya melalui dataran ini,jalan yang dilaluinya hanyalah merupakan tanah merah yang padat yang kiri kanan mereka ditumbuhi oleh pokok-pokok liar.
"Kita tidak tahu tempat itu yang pasti dan hanya dengar dari orang-orang saja.Bolehkah kita jumpa tempat yang kita tuju ini?"Soal roshidah.
"Jalan ini yang selalu digunakan oleh orang-orang untuk sampai kerumah dukun itu.Kita ikut saja lah jalan ini kemudian kita tanya pada seseorang bila bertemu dijalan nanti."Jawab marshina dengan ragu juga.
Setelah keduanya berjalan cukup lama dan makin jauh didaerah yang sunyi keduanya bertemu dengan seorang budak perempuan yang membawa bakul,yang agaknya hendak kekebun.
"Tumpang tanya boleh tak?"
"Ya kak."Jawab budak perempuan tersebut.
"Adik tahu tak rumah seorang bomoh disekitar sini?"
"Bomoh...?Bomoh perempuan?"Kata budak perempuan tersebut.
"Tak kisah sangat.Lelaki kah atau perempuan kah."Kata marshina.
"Kalau bomoh perempuan...dah pindah ke sana tu ditengah hutan."Gadis itu menunjuk kearah jalan kecil yang memanjang kearah hutan yang lenggang dan sepi.
"Baik..terima kasih adik..."Kata marshina.Budak perempuan itu pun meneruskan perjalanannya.Marshina dan roshidah termanggu-manggu ditempat itu seakan-akan mahu meneruskan perjalanan atau tidak.Keduanya masih memerhati jalan kecil yang menuju je arah yang mencemaskan itu.
"Mar...aku takut kerana telah jauh dari perkampungan."
"Tapi kita dah sampai disini.Takkan kita mesti berpatah balik."
"Baiklah mari kita teruskan."Akhirnya roshidah bersetuju juga.Kedua gadis itu meneruskan lagi dengan berjalan kaki dijalan tanah merah tersebut.
Ditempat yang terpencil itu mereka berdua menemui sebuah rumah yang dindingnya terbuat daripada buluh yang dianyam.Dan atapnya terbuat daripada daun nipah.Sebaik tiba didepan pintu rumah itu,kedua nya segera mengucapkan salam,namun tiada jawapan.
"Inikah rumahnya?"Tanya marshina.
"Mungkin juga.Tengok tiada lagi rumah lain ditempat ini kecuali rumah yang sebuah ini.Pintunya tak tertutup boleh lah kita tengok keadaan didalam rumah ini sehingga kita pasti inilah rumah dukun yang kita cari."Bisik roshidah.
"Ada asap kemenyan,tentu inilah rumahnya."Bisik marshina pula.Keduanya kemudian memasuki rumah itu dengan langkah perlahan dan lambat.Setelah keduanya berada didalam ruang yang kurang cahaya itu,mereka telah terhidu bau hanyir yang meloyakan.
Tiba-tiba mata roshidah ternampak sebuah batu nisan yang terkopak sedikit dibahagian hujungnya.Batu nisan ini memberikan kepastian kepada roshidah bahawa ini lah batu nisan yang terkene hujung sabit ketika dia menyabit rumput beberapa hari lalu.Batu nisan itu berdiri tegak disamping mangkuk pembakar kemenyan.
"Mar...lihat...batu nisan itu lah yang terkopak oleh hujung sabitku ketika aku dipadang rumbut sedang menyabit rumput.Sekarang batu nisan ini ada ditempat ini.Alamak seramnya,seakan-akan batu nisan ini telah dipuja."Bisik roshidah.
"Wah..bila demikian,kita telah memasuki sebuah rumah yang berbahaya,dukun sihir yang jahat.Ya tuhan tidakkah kau melihat benda yang lain."Roshidah menunjukkan jari-jarinya ke arah dinding dihujung sana.
"Mak...."Roshidah hampir terpekik kerana melihat sabit yang digunakan dulu tersisip dibatu nisan hanya nampak sedikit mata sabitnya.Keduanya kemudian secara bersamaan mempunyai fikiran yang sama iaitu untuk segera meninggalkan tempat itu.Namun baru saja keduanya sampai di muka pintu keduanya melihat seorang perempuan tua hendak memasuki rumah tersebut.
Perempuan tua itu mengerak-gerakkan sebuah tongkat ditangan kanannya,sedang tangan kirinya digunakan untuk meraba-raba benda yang tersentuh oleh tangannya.Ternyata perempuan itu buta matanya.Namun kerana dia memasuki rumahnya sendiri,dia tidak menghadapi kesulitan bila telah berada didalamnya.
Tidak lama kemudian perempuan buta itu segera membakar kemenyan didalam mangkuk kecil sambil membaca sihirnya.Dengan menahan nafasnya kedua gadis yang menyorok disebalik pintu dan ingin mengetahui apa yang akan terjadi selanjutnya.Perempuan buta itu kemudian mengangkat kedua tangannya hingga terkene asap kemenyan.
"Aku telah mengetahui tanda kopak di nisanmu wahai cucuku.Setelah aku menunggu bertahun-tahun akhirnya tiba masanya nisanmu kubawa balik kerumah.Dan itu tandanya kau telah bangkit dari kubur,dan kini batu nisan inilah tempat tinggalmu.Kini aku mau darah orang yang membuat kopak nisan ini demi ilmu sihirku.Lakukanlah wahai cucuku."Demikian kata perempuan buta itu didalam asap kemenyan.
Bagai disengat binatang berbisa,roshidah sangat terkejut dan cepat mengetahui bahaya yang mengancam dirinya.Marshina pun kemudian menyedari bahaya itu.Sebelum apa-apa terjadi dia segera menarik tangan roshidah dan dengan gerakan hati-hati mereka keluar dari tempat yang mengerikan itu.
"Mar..orang yang dimaksudkan oleh dukun sihir itu adalah aku."Kata roshidah memberi tahu marshina. Marshina mengangguk.Keduanya telah berada diluar rumah dukun sihir itu sejauh dua puluh langkah.
"Aku tahu kini kau dalam bahaya.Ayuh cepat,kita harus menjauhi rumah ini sebelum roh orang mati yang diseru perempuan sihir itu mencari kita."
Dengan berlari kedua gadis itu cuba menyelamatkan diri kerana sudahlah jelas keduanya ibarat telah masuk kanadang harimau.Kerana keduanya berlari dalam keadaan ketakutan,sudah tentu cara mereka berdua berlari banyak mengalami kesulitan.Keduanya sering jatuh kerana kaki-kaki mereka melanggar akar.
"Bunyi apa tu ros?"Marshina terkejut.
"Cepat lari..itulah bunyi angin yang mendatangkan bala."Jawab roshidah sambil berlari lagi.Ternyata dugaan roshidah benar.Diarah belakang mereka berdua sabit itu berpusing bagai baling-baling mengejar keduanya.
"Oh ros...sabit itu melayang mengejar kita."Teriak marshina.
"Ia digerakkan oleh kuasa dukun sihir itu.Kita akan mengalami nasib seperti si jamil itu atau lelaki yang mati lehernya hampir putus itu."Kata roshidah mengingatkan.
Keduanya terus berlari menerusi jalan kecil diantara pokok-pokok hutan yang tumbuh dikiri kanan jalan.Ketika keduanya sedang berlari,mereka tercegat oleh jamil yang mempunyai paras wajah yang telah rosak dan menakutkan.Marshina dan roshidah berhenti berlari dan hanya berdiri didepan jamil dengan menggigil.
Keduanya tidak dapat berlari kerana ketakutan yang dialami.Apa yang nampak dimata kedua gadis itu adalah pandangan yang mengerikan dari tubuh jamil.Mata jamil sudah pun cengkung menakutkan.Daging pipinya sudah pun menampakkan bentuk tulang.Jamil seakan telah bangkit dari kubur.
Marshina dan roshidah tidak dapat berbuat apa-apa ketika jamil mula bergerak kearah mereka berdua.Ketika kedua tangan jamil terangkat,bersamaan dengan gerakan itu,jamil menangkap tubuh kedua gadis tersebut,sehingga ketiga mereka rebah ketanah.
Disaat itu lah sabit rumput melayang diatas tubuh tiga orang itu.Sabit itu terus menghentam pokok.Ranting pokok terputus terkene mata sabit.Sabit itu melayang lagi diikuti pandangan mata roshidah dan marshina.Ketika sabit itu melayang kearah marshina dan roshidah,jamil pun segera bangkit.
Bersamaan dengan datangnya sabit tersebut hendak memotong leher roshidah,jamil segera menangkap dengan sekuat tenaganya sehingga sabit tersebut gagal memotong leher roshidah.Kekuatan sihir yang menggerakkan sabit tersebut bertarung dengan kekuatan jamil.Akhirnya angin pun berhenti,dan sabit ditangan jamil tak mampu bergerak lagi.Tidak lama kemudian,perempuan buta itu tiba-tiba muncul dihadapan jamil dengan menunjukkan muka yang ganas.
"Hei...siapa kamu yang menghalang maksud dan tujuanku?"Soal perempuan buta.
"Dukun sihir,sabitmu telah pernah menghiris leherku dan membunuh seorang sahabatku.Kini kau menghendaki gadis ini pula.Sesungguhnya aku boleh cedera dan sakit tapi aku tak dapat mati,kecuali mati yang dikehendaki allah.Kini aku pun merasa perlu menghapuskanmu dari atas bumi ini."Kata jamil dengan suara yang kurang jelas.
Jamil kemudian melangkah maju ke arah perempuan buta.Perempuan itu mengerak-gerakkan tongkat nya sambil undur ke belakang.Sebelum perempuan buta itu berkata sesuatu dan baru saja bibirnya hendak mengucap,jamil telah pun menggerakkan sabit itu menebas leher perempuan sihir tersebut.
Bersamaan dengan itu terdengar pekik dukun sihir tersebut.Marshina dan roshidah mengikuti dengan pandagan mata yang membulat dan mulut terbuka.Apa yang dilihat oleh kedua gadis tersebut adalah sabit yang terbenam dileher perempuan sihir tersebut.Tubuhnya kemudian berguling-guling bagaikan ayam kene sembelih.
Tidak lama kemudian tubuh perempuan sihir tersebut tidak bergerak sama sekali.
Roshidah kemudian melihat kekiri dan kekanan.Dirinya bukan berada dijalan kecil dihutan tersebut menyaksikan pertarungan jamil dan dukun sihir,tetapi didapati dirinya berbaring dirumah dikelilingi oleh beberapa orang.
"Dia telah sedar kembali."Bisik seorang diantara pengunjung yang berada dibilik roshidah.Tok bomoh disitu segera membisikkan kepada emak roshidah dengan tersenyum.
"Tak perlu bimbang.Anakmu telah mula sedar.Mudah-mudahan dia akan sihat kembali seperti sedia kala."Kata tok bomoh.
Orang-orang yang berada dibilik roshidah segera meninggalkan bilik itu.Yang tinggal hanya emak roshidah dan tok bomoh.
"Bila anakmu kelihatan mempunyai sikap yang anek,panggillah saya kembali."
"Terima kasih tok hasan.Nampaknya roshidah telah sedar dari sakitnya yang dideritai selama seminggu ini."Kata emak roshidah.
Tok bomoh hasan meninggalkan rumah roshidah.Emak roshidah menghantar tok bomoh hasan sampai dipintu depan,selepas itu dia kembali kebilik anaknya.Roshidah telah membuka matanya bagaikan orang terjaga dari tidurnya.
"Mak adakah saya sakit?"Soal roshidah.
"Entah lah ros.Engkau tak sedarkan diri selama seminggu,tinggal berbaring saja dikatil ini.Tapi untung lah kini kau telah sedar kembali."Kata emaknya.
"Siapa orang-orang yang datang melihat ros tak sedarkan diri mak?"
"Siapa lagi kalau tak marshina.Ada juga si jamil yang kau benci itu,dia datang menunjukkan wajah yang khawatir juga."
Roshidah masih berbaring saja dikatilnya.Dia tidak berkata-kata lagi,kecuali mencuba hendak berfikir.Namun roshidah masih lemah untuk mengetahui sesuatunya yang berhubung dengan pengalamannya yang mengerikan itu.Tetapi roshidah pun segera mendapat jawapan setelah beberapa hari kemudian dirinya telah sembuh betul dari sakit anehnya.
"Kau tak sedarkan diri selama seminggu.Dalam seminggu itu lah mungkin fikiranmu dibebani oleh macam-macam peristiwa yang mengerikan.Kau jadi penyabit rumput,kemudian bertemu dukun sihir dan sebagainya."Kata marshina yang suatu pagi berkunjung kerumah roshidah dan mendengar cerita pengalaman roshidah sewaktu tidak sedarkan diri.
"Eh ros...aku nak ke pasar ni."Kata marshina sambil bangkit dan membawa bakulnya.Roshidah tersenyum memerhati sahabat setianya itu terus pergi.Selepas marshina pergi,roshidah masih berdiri di gawang pintu bilik depan.Dia melihat jamil menolak motosikal kerana tayarnya pancit.
"Jamil...."Panggil roshidah dengan agak berteriak.
Jamil yang sedang menolak motosikalnya,segera berhenti.Peluhnya dikesatnya sekejap kemudian dia menolak motosikalnya ke arah halaman rumah roshidah.
"Apa hal dengan motosikalmu?"Tanya roshidah.
"Tak ada angin.Pancit."Jawab jamil.
"Mil...aku...mengucapkan terima kasih padamu.Kau telah mengakhiri semuanya."
"Eh..apa hal ni.Aku tak fahamlah."Kata jamil kehairanan.
"Kau selalu datang berkunjung ketika aku masih sakit."Kata roshidah,sambil melihat kearah leher jamil.Nampak leher jamil tiada kesan apa-apa.Kini roshidah telah yakin,bahawa apa yang telah dialami selama ini adalah pengalaman dikala sakitnya.
"Ala itu perkara biasa,mengunjungi orang sakit."Kata jamil.
"Mil..aku minta maaf kerana pernah membencimu."
"Alaa...aku tak kisah sangat tentang itu ros...jangan kau sakit lagi sudahlah."Kata jamil pelan yang membuatkan roshidah terharu.Jamil kemudian terus menolak motosikalnya dan meninggalkan halaman rumah roshidah.
Roshidah masih memandang kearah jamil yang masih menolak motosikalnya.Ketika jamil menoleh kebelakang,kearah roshidah,roshidah melambaikan tangannya sambil tersenyum,jamil merasa lega sedikit.Inilah pertama kali dirinya menerima senyuman dari gadis yang selama ini menjadi pujaan hatinya.
Tidak terasa mata jamil sudah pun basah oleh air mata terharu dan gembira.
"Ya...tuhan...aku mengucapkan syukur kepadamu dengan rahmatmu yang membuat gadis pujaanku itu tersenyum padaku."Kata jamil didalam hatinya.Dia pun kemudian meneruskan menolak motosikalnya hingga kekedai motor.
Sementara dia meninggu motornya dibaiki,jamil mengeluarkan suara hatinya.
"Dia gadis yang memang cantik.Biar lah aku hanya memuja keindahan dan kecantikannya walau aku tidak dapat memilikinya.Cukuplah senyum itu untukku."Jamil tersenyum seorang diri.Tidak seorang pun tahu akan erti senyuman itu kecuali jamil sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)