Friday, 16 December 2016

Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (10)


   Petang itu lili duduk menghadap hayati memerhatikan segala gerak-gerinya.Lili telah duduk disitu lebih dari dua jam tetapi hayati tetap tidur lena.Sebelum itu ibu hayati datang menjaganya sepanjang pagi sebelum pulang untuk mengambil lili,yang ditugaskan untuk menjaga hayati semasa dia keluar membeli-belah.

   Lili memerhatikan jururawat serta doktor yang kerap datang memeriksa hayati.Mereka itu terlalu sibuk fikir lili lagi.Disamping itu mereka juga kerap membuat bising semasa bekerja.Mereka ini tak nampak ke,hayati sedang tidur.Lili yang mengambil kesempatan melonggarkan tali pengikat kaki hayati terperanjat besar apabila seorang jururawat menegurnya.Jururawat itu terlalu marah dan memberi amaran lili akan dihalau keluar jika dia pandai² membuat apa sahaja yang disuka.

   Selepas itu lili hanya memegang sahaja tangan hayati.Seboleh-bolehnya lili mahu hayati bangun segera sebelum ibunya pulang untuk membolehkan makan biskut yang telah dibawa.Biskut itu sememangnya telah disediakan oleh lili selepas makan malam semalam.Bila dia terlihat linda dan harun berpegangan tangan,lili tahu dia mesti segera menjalankan ilmunya untuk mengelakkan hayati ditinggalkan.Dan,linda pula lili akan menjalankan sesuatu sebagai hukuman kerana cuba untuk merampas kekasih hayati.

   Hayati mengeluh dan mengerang.Dia cuba bergerak tetapi tidak dapat kerana kakinya terikat selepas disimen.

   "Lili,kau ke itu?."Suara hayati antara kedengaran dan tidak."Saya cedera."

   "Ni saya ada membawa biskut untuk kau untuk mengurangkan kesakitan."Lili mengeluarkan beg plastik yang diisi dengan biskut yang dibuatnya semalam.Semasa dia cuba untuk menyuapkan biskut itu kedalam mulut hayati seorang jururawat tiba² terpancul.

   "Apa yang kau berikan itu?."Jerit jururawat berkenaan.

   Lili tersentak."Biskut yang saya buat sahaja."

   Jururawat itu hairan melihat biskut berkenaan."Apa itu?Dan apa ramuannya?."

   Wajah lili berubah dan menjawab."Hanya biskut oats sahaja."

   "Kami terpaksa menyimpannya dahulu sehingga hayati dibenarkan untuk memakannya.Sekarang dia tidak dibenarkan untuk makan apa sahaja."Jururawat berkenaan memandang lili dan menghulurkan tangan untuk mengambil beg yang mengandungi biskut berkenaan.Lili bercadang untuk mengingkari arahan jururawat berkenaan tetapi apabila memikirkan amarannya,lili mengalah lalu menghulurkan beg tersebut.

   Semasa puan habibah tiba dia terserempak harun dan linda berjalan beriringan ditempat letak kereta.Wajahnya kelihatan berseri-seri."Saya gembira melihat kamu berdua disini.Tidak lama lagi saya perlu membawa lili pulang untuk menyediakan makan malam dan saya tidak mahu meninggalkan hayati tanpa teman.Boleh tak kamu berdua menjaganya buat sementara?."

   "Memang boleh."Jawab harun dan linda serentak.

   Semasa mereka bertiga melangkah kaki masuk ke bilik hayati,jururawat itu telah pun pergi,dan lili kelihatan sungguh marah.Selepas dua puluh minit puan habibah mengajak lili pulang dan ini membuatkannya bertambah marah."Mari pulang lili,kau boleh datang semula esok.Encik rahdi hendak makan sebelum dia datang kesini pula.Linda dan harun menjaganya buat sementara."

   Wajah lili berubah dan memandang linda dengan bengis.Sebelum dia keluar dia sempat mencium dahi hayati.Malam itu juga lili mahu mengubati hayati dan merosakkan linda dengan caranya sendiri.Dia akan memanggil roh² untuk tujuan tersebut.

   Linda dan harun menghabiskan masa mereka petang itu menjaga hayati.Pada satu ketika hayati bertanya."Sejak bila kaki saya telah disimen?."

   Linda dan harun saling berpandangan.Tetapi tidak siapa yang berani menjawab.

   "Kenapa tidak kau sendiri yang bertanyakan kepada doktor itu apabila dia datang nanti?."Cadang harun pula.

   "Mungkin saya akan bertanya nanti.Tetapi saya masih belum pasti lagi."Tambahnya lalu terdiam seketika."Boleh ke saya pergi ke majlis jamuan itu nanti?."

   Airmata linda hampir² jatuh berlinangan.

   "Hanya doktor sahaja yang boleh menjawabnya."Celah harun."Tanya lah dia nanti."

   Hayati mengeluh."Saya tidak fikir mahu mendengar jawapannya nanti."

   "Dengar hayati.Kami mahu kan kamu menjadi ratu kami."Tambah harun dengan tujuan untuk memujuknya.

   Hayati enggan menjawab dan linda melihat airmatanya bergenang dikelopak mata.Harun yang sudah tidak tentu arah melihat keadaan itu bangun memegang tangan hayati untuk mententeramkannya.

   "Saya harap mereka akan membenarkan lili menjaga saya.Saya hairan kenapa dia tidak dibenarkan."Kata hayati."Dia lah yang menggembirakan hati saya semasa saya sakit."

   "Jangan ingatkan itu semua."Nasihat linda.

   Linda tiba² terfikir tentang baju serta anak patung hayati."Anak patung siapa kah yang disimpan didalam almari itu?."

   "Anak patung?Hmm.Saya dah hampir terlupa.Lili  yang membuatnya untuk saya ketika masih kecil dulu.Kau kata anak patung itu berada didalam almari?Saya fikir ia dah lama jahanam.Bila kau melihatnya?."

   "Semasa malam semalam.saya menemuinya dalam almari."

   "Kau bermimpi linda.Saya tahu anak patung itu dah tiada sejak bertahun-tahun dan saya masih ingat bagaimana saya menangis mengenangkannya.Lili berjanji untuk membuat yang lain tetapi hanya janji sahaja."Ujar hayati sambil menutup matanya.

   Linda datang menghampirinya dan berkata."Kau nak tidur ke hayati?."

   "Tiba² saja teringatkan anak patung itu."Mungkin kau bermimpi menjumpainya.

   Harun menukar topik perbualan."Semua teman² disekolah bertanyakan kau hayati.Mereka mahu tahu bila kau boleh ke sekolah semula."

   "Jangan risau hayati.Kami akan datang setiap masa yang terluang.Betulkan harun?."

   "Kau tahu kan.Sebaik sahaja kau pulih bolehlah kau membuat kerja² sekolah supaya tidak begitu ketinggalan."

   "Oh ya.Kerja sekolah.Saya pun dah terlupa."Jawab hayati lalu melelapkan matanya semula."Saya hendak tidur sebentar tolong jangan pergi."

   Linda duduk disamping hayati sebentar sambil memikirkan tentang anak patung itu.Linda tidak mempercayai anak patung itu hilang kerana baru malam tadi dia melihatnya.Bila hayati lena semula,harun dan linda melangkah kaki keluar.

   Mereka berdiri diluar bilik hayati.Linda begitu bergembira kerana dapat bersama harun.

   "Linda.Kau ada lesung pipit."Tegur harun yang sebelum ini tidak pernah melihat linda ada lesung pipit di pipinya.Harun memegang erat tangan linda seolah-olah dunia ini mereka berdua yang mempunyainya.Seketika kemudian baru linda teringatkan hayati dan berkata."Lebih baik saya pergi masuk melihatnya."Ujar linda lalu menarik tangannya dari pegangan harun.Telefon berdering dan linda datang mencapainya.

   "Kami akan datang sejam dari sekarang.Bagaimana dengan hayati?"Kata suara dalam telefon itu.

   "Oh pakcik.Hayati sedang tidur.Pakcik mahukan kami terus menunggunya disini?."

   "Pergilah berehat."

   "Yalah pakcik.Jumpa lagi nanti."

   Linda mencium dahi hayati dan berkata."Ibu bapa kau akan tiba tidak lama lagi hayati.Jumpa lagi esok."

   "Jumpa lagi."Jawab hayati antara kedengaran dan tidak lalu tertidur semula.Harun kemudian menarik tangan linda lalu meninggalkan bilik tersebut.

   Mereka kemudian pergi ke kedai berdekatan untuk makan burger sebelum pulang.Rumah hayati gelap gelita apabila mereka sampai.Harun menemani linda masuk kedalam lalu memetik suis lampu.

   Hairan betul kerana puan habibah belum pernah menutup lampu ketika mereka tiada dirumah.

   "Saya benar² mahu tinggal menemani kamu disini tetapi masih banyak kerja² sekolah yang belum di bereskan."Kata harun sambil merangkul bahu linda."Bagaimana pun saya pasti datang pagi esok."

   Linda menemani harun keluar dan dengan tiba² angin bertiup dengan kencang.

   "Cepat masuk,hari nak hujan."Ujar harun.

   Linda memerhatikan kereta harun hilang dari pandagannya.Sambil memandang ke langit linda berharap semoga ibu bapa hayati tidak terperangkap didalam hujan ribut itu nanti.

   Linda memutuskan untuk pergi kedapur untuk mencari makanan.Bulu romanya meremang dengan tiba².Linda yang merasa tidak tentu arah menutup suis lampu lalu naik ketingkat atas.Rumah itu dirasa nya berbeza benar dan degupan jantungnya bertambah kencang,dan sentiasa memandang ke belakang sekiranya ada orang yang mengekori.

   Tiba² semua lampu padam.Linda hampir² tergelincir semasa menaiki tangga kalau dia tidak sempat memegang tiang yang ada.

   Dalam cahaya kilat yang memancar linda nampak bilik yang dikongsi bersama dengan hayati bertutup rapat.Hatinya bertanya-tanya siapa yang datang menutupnya semasa ketiadaannya ke sekolah.

   Linda cuba membuka pintu bilik tersebut tetapi ia berkunci.Bulu romanya meremang dan badannya menggigil ketakutan.

   Linda pergi ke bilik sebelah dan cuba untuk memetik suis lampu dan tidak menyala.Linda ternampak cahaya kilat terus memancar masuk ke dalam bilik.Linda duduk diatas katil sambil memikirkan apa yang perlu dilakukan.Bilik itu tidak mempunyai telefon dan adalah sukar untuknya menghubungi harun.Linda memutuskan untuk duduk sahaja sehingga ibu bapa hayati pulang.

   Linda membaringkan diri lalu tertidur.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (9)


   Tidak lama selepas duduk menghadap meja makan,telefon berdering.Seketika tidak ada orang yang bangun tetapi akhirnya encik radhi bangun untuk menjawab panggilan itu.

   "Ya.Dr barlett.Hayati dah sihat ke?."

   Hati linda berdebar-debar.Kemudian dia terdengar."Oh tuhan terima kasih.Bila kami boleh bertemu dengannya?."

   Air mata linda jatuh berderai-derai.Harun yang duduk disisinya memegang erat tangan linda.

   Lili dengan pantas masuk ke dalam bilik makan.Dia dapat melihat wajah gembira masing²,dan ternampak juga harun dan linda berpegangan tangan.Kini dia benar² yakin linda mahu merampas harun dari hayati.Dia percaya linda yang menyebabkan hayati mengalami nahas itu.Dia hairan kenapa hayati tidak tahu.

   Dibilik makan tersebut encik radhi mengulangi apa yang diberitahu oleh dr.barlett kepadanya sebentar tadi.Katanya pembedahan itu berjaya.Tulang peha nya telah disimen dan tulang belakangnya sudah dibedah."Tugasnya sekarang ialah membuat apa sahaja asalkan hayati gembira."

   Linda dapat menyaksikan yang mereka tidak lagi bersedih.Dengan ini mereka tidak perlu lagi bersedih.

   "Bila kami boleh melawatnya pakcik?Boleh tak saya dan harun pergi melawatnya esok selepas sekolah?."

   Ketika itu juga lili masuk membawa air kopi dan dengar apa yang dikatakan oleh linda.Matanya merenung linda dengan tajam dan darahnya meruap-ruap menahan kemarahannya.

   Bagaimana pun,puan habibah sempat melihat wajah lili yang sedang menahan rasa marahnya dan menyoal."Apa yang berlaku lili?Kamu nampaknya tidak gembira mendengar hayati kini dah selamat menjalani pembedahan?."

   "Bila saya boleh melawatnya?Dia pasti akan memerlukan saya nanti."

   Dengan nada suara yang perlahan puan habibah menjawab."Boleh tetapi kami akan pergi malam ini dan kamu boleh lah mengikut saya pergi esok pagi.Bagaimana?."

   "Boleh tak saya menjaganya di hospital?."

   Encik rahdi menjawab."Kamu boleh pergi seberapa kerap yang kamu suka,lili.Tetapi kamu tidak boleh tinggal terus disana,kerana kita tidak boleh mencampur urusan hospital tahu?."

   Lili merungut.Adalah tidak guna dia memberitahu encik rahdi apa yang sedang difikirkannya sekarang.Selama ini dia lah yang membuat hayati benar² gembira sejak dari bayi lagi.Semua nya kerana ilmu yang diamalkannya.Fikiran lili berkecamuk dengan berbagai-bagai perkara semasa dia membersihkan pinggan mangkuk.Lili sudah tidak sabar lagi untuk pulang kerumahnya.Banyak yang hendak dilakukan.

   Selepas habis makan malam linda dan harun pergi bermain monopoli.Bagaimana pun,selepas bermain beberapa kali harun meminta diri untuk pulang kerumahnya dan linda naik ke bilik tidurnya ditingkat atas.

   Linda terasa begitu asing kerana hayati tidak ada sama dalam bilik seperti kebiasaannya.Surat ayah nya juga telah hilang untuk dibaca semula.Semasa dia menyikat rambutnya malam itu linda cuba berfikir semula sama ada dia ada menyimpan surat itu didalam lacinya.Kemudian dia teringat skafnya juga telah hilang.

   Linda terasa rambutnya telah semakin panjang lalu membuka laci untuk mencari gunting.Dia kemudian membuang rambutnya yang telah digunting kedalam bakul sampah,dan selepas itu masuk tidur.

   Malam itu juga linda tedengar bunyi tapak kaki tetapi tidak mengetahui jam berapa ketika itu.Dia bingkas bangun untuk melihat siapa yang datang.Bunyi tapak kaki itu terhenti dihadapan pintu biliknya.Jantungnya berdebar-debar menunggu ketukan.Tangannya memetik suis lampu dan melihat jam menunjukkan angka tiga pagi.Dia menggeletar.Malam itu benar² sejuk padanya.Kemudian dia tedengar bunyi tapak kaki itu masuk ke bilik sebelah.Dengan rasa takut linda bangun dan membuka pintu bilik nya.Tidak ada siapa didalam bilik sebelah atau pun di ruang rehat.Rumah itu benar² sunyi sepi.Linda menutup pintu dan berdiri seketika disitu.Dia berharap pintu itu boleh dikunci tetapi kuncinya tiada.Linda kemudian memutuskan untuk tidak menutup lampu dan cuba tidur semula.

   Linda tidak tahu berapa lama dia tertidur apabila terbangun semula apabila mendengar bunyi yang menyeramkan.Kali ini bunyi itu datangnya dari almari baju hayati.Jam dinding tetap menunjukkan jam tiga pagi.Dengan rasa takut dia bangun dan membuka almari itu.Linda tidak mempercayainya tetapi bunyi itu datang dari sebuah kotak kecil.Walau pun rasa takut itu ada tetapi linda memberanikan diri membuka kotak itu.Didalam kotak itu hanya ada sebuah anak patung kecil buatan sendiri dan diberikan rambut panjang mungkin rambut hayati.Linda tidak pernah melihat anak patung itu sebelum ini.

   Linda lantas mengangkatnya dan lantas melihat pipinya basah.Dia menjerit ketakutan dan mencampakkan semula anak patung itu kedalam kotak dan menutup semula almari itu.Dia berdiri tegak dan nafasnya seolah-olah terhenti.Anak patung yang mempunyai pipi yang basah.Tak mungkin linda yang tidak percaya terus memeriksa jam untuk melihat sama ada mati atau tidak.Fikirannya berkecamuk dan terlintas difikirannya untuk menelefon harun.Memandangkan waktu itu orang sedang lena tidur,linda cuba tidur semula dan menutup telinganya dengan bantal.

   Pagi esoknya linda tidak mengenali dirinya lagi.Matanya sepet benar dan disekelilingnya hitam.Muka nya pula kelihatan bengkak.Selepas mencuci muka dia membubuh bedak dan sambil itu melarikan pandangan matanya dari almari baju hayati.Saya mesti bertanya kepada hayati berkenaan anak patung itu.Tambahan pula saya belum pernah melihatnya,fikir linda lagi.

   Bila dia terdengar bunyi hon kereta harun,linda berlari turun ke bawah.Ibu bapa hayati masih lagi tidur dan linda tidak mahu bertemu dengan lili.

   "Bagaimana kita pergi ke hospital selepas sekolah?."Soal linda."Bagaimana pun kita usah lama kerana hayati masih belum pulih benar."

   "Ok lah."Jawab harun pantas."Kau nampak muram sahaja pagi ini?."

   Linda memandang harun sambil berfikir sama ada dia perlu memberitahu harun atau tidak.Mungkin ke harun percaya,fikir linda selanjutnya.Dia akhirnya memutuskan untuk tidak memberitahu harun kali ini.

   "Kau akan bertambah gembira bila berjumpa hayati nanti."Jawab harun.Semasa dalam perjalanan ke sekolah linda terfikir apa yang dikatakan oleh  harun sebentar tadi.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (8)


   Mereka yang menunggu hayati bergitu bersimpati dengan nasibnya.Ibu bapanya sendiri menunggu dengan penuh sabar untuk melihat anak mereka buat kali pertama selepas nahas.Ibunya sentiasa sahaja mengesat airmata.Harun yang pergi memberitahu ibu bapa hayati datang tidak lama kemudian.

   "Linda,jangalah bersedih lagi.Kamu tahu hayati itu degil orangnya.Sekali dia membuat keputusan sukar untuk kita mengubahnya."

   "Mungkin saya boleh mempengaruhinya."Jelas linda sambil menangis teresak-esak.

   Harun merangkul bahu linda.Tiba² sahaja linda terasa ada sesuatu yang jatuh bergolek dari pahanya tanpa disedari.Linda tergelak kuat.

   "Oh tuhan.Itu topi hayati.Saya terlupa ia ada diatas peha tadi."Linda bangun untuk mengambilnya kembali dari atas lantai.

   Tidak lama kemudian seorang jururawat tiba untuk memberitahu bahawa dr.barlett akan tiba tidak lama lagi untuk melaporkan tentang keadaan hayati sebenarnya.Sebentar kemudian doktor itu pun tiba lalu memperkenalkan diri nya.

   "Anak perempuan anda luka parah."Katanya dengan tiba².Ibu bapa hayati yang ada disisi tergamam.Terusnya kemudian."X-ray yang dijalankan menunjukkan tulangnya patah dibahagian pehanya."Katanya sambil menunjukkan gambar x-ray yang diambil."Dia juga mengalami keretakan di bahagian tulang belakang dan memerlukan pembedahan."

   "Pembedahan."Ulang ibu hayati lagi.

   "Ya puan."Tambah doktor itu lagi."Kaki nya itu akan disimen kemudian."

   "Simen?."Soal bapa hayati pula.

   "Berapa lama doktor?."Soal ibu hayati pula."Saya harap tidak lama."

   "Saya tidak berani berjanji tetapi ini semua bergantung sama ada hayati sehat cepat atau tidak.Apa yang dapat saya katakan ia akan mengambil masa dari empat ke enam bulan."

   Linda kemudian menyampuk."Enam bulan?."Lebih baik enam tahu fikirnya kemudian.

   "Dengan ada nya kaedah² moden,linda,dia mungkin akan pulih betul dalam tempoh setahun sahaja."

   Puan habibah menutup mukanya dan menangis teresak-esak.

   "Nasibnya baik kerana tidak mendapat kecederaan di kepala."Tambah doktor itu lagi sambil merenung topi keledar diatas pangkuan linda."Topi itu lah yang menyelamatkan kepalanya."

   "Bila boleh kami melihatnya doktor?."Tanya puan habibah yang sememangnya tidak sabar lagi untuk melihat keadaan anak tunggalnya itu.

   "Kenapa tidak anda semua pulang dulu?Hayati kini diberi ubat pelali dan tidak akan tahu anda semua datang.Tidak adanya menunggu disini.Saya akan membenarkan anda melihatnya selepas dia menjalani pembedahan dan disimen kakinya itu."

   Doktor itu lantas meninggalkan mereka yang masih terpinga-pinga itu.Encik radhi kemudian bangun dan mengajak isterinya pulang.

   Puan habibah memandang suaminya dan berkata."Bagaimana saya hendak memberitahu lili supaya dia jangan terkejut.Dia sudah pasti akan mengamuk nanti mendengar hayati cedera."

   "Jangan risau soal lili.Banyak lagi perkara yang mesti kita fikirkan."Tambahnya sambil merenung ke arah harun dan linda."Harun dan habibah,saya hendak pergi ke kelab lumba kuda untuk mengambil kereta saya itu.Tolong bawa linda pulang bersama-sama nanti."Encik radhi kemudian menarik tangan isterinya dan dengan nada memujuk berkata."Jangan lah berduka."

   Matahari penuh panas terik.Linda seolah-olah tidak dapat membuka matanya."Saya tidak percaya ini boleh berlaku.Ini semacam mimpi."

   Perjalanan pulang dari hospital begitu nyaman kerana harun membuka semua cermin keretanya.Angin bulan disember bertiup dengan begitu nyaman sekali.

   "Tahun ini dia akan mengambil peperiksaan pula."Ujar linda.Linda sendiri tidak tahu perasaan hayati jika doktor itu mengulangi apa yang dikatakannya kepada meraka tadi kepada hayati pula.

   "Sungguh mengejutkan."Kata harun memberikan persetujuannya."Tetapi kamu tidak tahu hayati itu."Tambahnya lagi."Dia akan meminta semua pelajar² lelaki menolongnya nanti.Dan,percaya lah lili akan memberinya makan berjenis-jenis akar kayu dan pasti akan dapat berjalan semula dalam masa yang singkat."

   "Akar kayu?."Soal linda.

   "Kamu tak tahu ke?Akar kayu yang digunakan oleh orang asli di pedalaman."Jawabnya."Tak kan kau dah lama tinggal disini pun tak tahu perkara ini semua?."

   "Perkara seperti ini?."

   "His,kau ni betul² masih mentah lagi.Kau tentu tidak ada orang gaji yang berasal dari keturunan orang asli bukan?Kalau ada tentu kau sudah mendengar tentang akar² kayu yang sememangnya mujarab.Saya sendiri tidak pernah mendengar hayat jatuh sakit."

   "Hmm.Memang tidak pernah.Tetapi dia tidak pula memberitahu saya tentang akar² kayu itu."

   "Mungkin kami tidak pernah membincangkan dengannya dihadapan orang ramai,memandangkan ada yang percaya dan ada yang tidak."

   "Itu ke yang dikatakan ilmu hitam?."Soal hayati lagi."Saya tahu ramai yang mempercayainya."

   "Tahu tak macam² nama diberikan.Dan,lili sendiri percayakannya."Katanya lalu berhenti di hadapan rumah hayati.

   Kereta mercedes itu telah pun sampai.Encik radhi telah pulang dan mungkin telah memberitahu perkara itu kepada lili.Ketika linda hendak membuka pintu rumah dia teringat."Jamuan hari raya dan hayati pasti tidak akan menjadi ratu kerana kecederaan yang dialaminya."Tahu tak perasaan hayati nanti.Dia pasti akan kecewa."

   "Betul juga."Jawab harun sambil menganggukkan kepalanya."Linda."Harun meletakkan tangannya ke atas bahu linda dan merasai sesuatu yang belum pernah dialaminya lagi."Dia akan memerlukan kita semua.Saya tahu dia pasti kecewa mendengar kakinya terpaksa disimen selama enam bulan."

   Dengan tangan yang terketar-ketar linda bertanya."Nak masuk atau tidak?."

   "Apa yang perlu saya buat?."

   Ketika melangkah kan kaki masuk kedalam rumah,mereka terdengar suara orang didalam bilik perpustakaan.Mereka terdengar encik radhi berkata."Hayati terjatuh dari kuda yang sedang ditunggangnya,lili.Tidak ada siapa yang menolaknya.Dia kemalangan."

   Bila linda tercegat di pintu dia terkejut melihat wajah lili yang tidak berkelip-kelip memandangnya.Wajahnya sungguh menggerunkan.Sambil memandang kearah encik radhi linda bertanya."Apa yang terjadi?Doktor akan memberitahu apa² ke?Apa yang berlaku?."

   "Tidak,linda.Doktor tidak memberitahu apa²."

   Encik radhi kemudian mengalihkan pandangannya yang masih memandang linda."Lili."Katanya."Hayati akan sehat.Kamu boleh pergi melawatnya esok."Kemudian suaranya terhenti."Tolong gorengkan ayam yang menjadi kesukaan kami,lili.Kami semuanya ini kelaparan."

   Lili memandangnya dan kemudian meninggalkan bilik perpustakaan tersebut.

   Encik radhi memandang kearah linda dan berkata."Pedulikan lili itu.Kadang kala fikirannya tidak tentu.Bagaimana pun hatinya sungguh baik dan benar² menyayangi hayati."

   "Apa kata kalau kita main monopoli?."Tanya harun.

   "Itu yang sedang kami fikirkan.Tunggu saya pergi mengambilnya."

   Sambil itu linda masih memikirkan kenapa lili memandangnya sebegitu rupa.Mungkin ke lili menyalahkan linda menyebabkan hayati mendapat nahas.Tetapi mereka yang waras sudah pasti tidak akan berfikir seperti itu.Tetapi persoalannya sekarang adalah fikiran lili waras atau tidak.

   Semasa didapur lili menyimpan sebahagian dari ayam yang hendak digoreng dan dimasukkannya ke dalam beg plastik.Ayam itu diperlukan untuk maksudnya malam itu.Dia akan melakukan apa sahaja asalkan hayati segera sehat.Hayati tidak boleh berjauhan dari harun,fikirnya lagi.Dia kini begitu positif bahawa linda akan memikat harun.Semakin lama difikirkan semakin naik marah lili lagi.Malam ini juga dia akan membakar lilin untuk memanggil roh² yang ada.Bagaimana pun,rancangan itu hanya disimpannya dalam hati saja.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (7)


   Linda yang tidak dapat tidur lena malam itu kerana memikirkan surat ayahnya yang hilang bagaimana pun,turut tertidur akhirnya.Sedar² sudah jam sepuluh pagi keesokan harinya.

   Sambil menggeliat linda bertanya."Masih terlalu awal untuk menunggang kuda,hayati.Buat apa pergi tergesa-gesa ini?."

   "Awal kau kata,hanya ada dua minit sahaja lagi untuk kamu bersiap.Kalau tidak air akan saya curahkan ke atas kau.Tahu tak dah setengah jam kamu saya gerakkan tetap masih tidur mati.Latihan kita pada jam sebelas pagi ini,ingat lagi kan?."

   "Tak mungkin dah pukul sepuluh?Saya baru sahaja tertidur."Kata linda sambil mengesek-gesek matanya lalu bingkas bangun dari katil.

   "Cepat."Jerit hayati."Saya akan turun kebawah untuk ambil minuman sekejap sementara kamu mandi dan bersiap."

   "Terima kasih,hayati.Beberapa minit lagi saya pasti siap."

   Tak lama kemudian hayati dah tiba sambil menatang sarapan pagi linda.

   Dengan cepat mereka menghabiskan roti bakar."Jangan terlupa topi kau hayati."Katanya sambil menjinjing bot dan topinya kemudian turun ke tingkat bawah.

   "Ayah kata saya boleh memandu keretanya hari ini."Beritahu hayati lagi."Masuk pintu itu masih berkunci."Linda melangkahkan kaki masuk ke kereta mercedes benz yang masih berkilat-kilat lagi warna catnya.

   "Mungkin satu hari nanti,saya akan memiliki juga kereta seperti ini."Kata hayati.

   Perjalanan ke tempat latihan kuda itu tidak lah jauh.Setibanya mereka,kuda lah yang akan dicari mereka dulu.Kemudian baru lah mereka akan mencari peralatan yang diperlu bagi membolehkan mereka menjalani latihan.

   Linda sempat mengukir senyum kepada budak² yang mencari kuda dan berkata."Hi mat.Macam mana sekarang?."

   "Sihat,linda.Kau akan menunggang tara ke hari ini.Keadaannya benar² baik."

   "Oh.Saya tidak akan menunggangnya hari ini,betul tak linda."Soal hayati kembali.

   "Apa pendapat kau,mat?."

   Mat kelihatan was²."Saya tak berani nak cakap,linda.Dia tidak ada kuda untuk ditunggang."

   "Tahu tak saya memang boleh mengawalnya."Ujar hayati lagi.Sambil menoleh kearah linda,hayati sempat memujuk."Saya akan lakukan apa yang kau arahkan."

   "Ok lah hayati."Kata linda lagi.Linda memilih seekor kuda dan mereka berpasangan pergi berlatih.Sambil itu linda sempat memperhatikan hayati yang dirasakannya perlu berlatih bersungguh-sungguh walau pun mempunyai potensi yang baik sebagai penunggang kuda.Bagaimana pun,linda masih tidak tahu sama ada tara sesuai untuk hayati menunggangnya.

   Walau pun tara kelihatan seperti biasa pagi itu.

   "Adakah kamu masih mahu berlatih lagi?."Tanya linda kepada hayati.Wajahnya benar² kelihatan sungguh letih pagi itu.Dahinya berpeluh-peluh.

   "Ya.Mari kita pergi."Jawabnya beria-ia benar.

   Mereka mengangkat kaki dari kawasan itu,dan linda memberikan arahan selanjutnya kepada hayati.Linda masih tidak tahu sama ada mahu membenarkan hayati menunggang tara atau tidak.Bagaimana pun,hayati kelihatan benar² yakin dia boleh menunggang tara dengan baik.

   Hayati kelihatan dapat menjalani latihan dengan baik.Bila hayati dapat menjalani semula ujian itu dia lantas berpaling kepada linda dan bertanya.

   "Bagaimana,bagus tak?."

   Linda yang tidak mahu hayati merasa bangga kerana berjaya berkata."Bagus.Dalam latihan yang akan datang tolong berhati-hati."

   Hayati membuat apa yang diarahkan.Dia berjaya melompat di pagar pertama dan kedua.Bila hayati hampir ke pagar ketiga,linda tersentak.Ada sesuatu yang salah linda tidak dapat meneka kesalahan itu tetapi dia tahu tara menghampiri pagar itu dengan sungguh perlahan.Dan,perkara buruk yang tidak disangka benar² berlaku.

   Tara melompat pagar yang hendap dilompat tetapi pagar itu masih jauh lagi.Bila tara menghampiri pagar itu kakinya tersangkut.Bila tara cuba untuk menarik kakinya keluar hayati tercampak ke tanah.Sebelum hayati sempat berguling tara terjatuh ke atasnya.Secepat kilat tara bangun tetapi hayati masih lagi terlantar.Linda terpegun dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya dan melihat sahaja orang ramai berkerumun disekeliling hayati.

   Linda memancu kudanya ke sana."Hayati,apa yang telah berlaku?"Sambil merenung orang ramai yang berada disekelilingnya dia menambah."Tolong pergi dan panggilkan doktor dan ambulan."

   Dengan perlahan-lahan hayati membuka kelopak matanya.Dengan penuh kesakitan hayati berkata."Saya tidak berjaya,bukan."

   "Mana tempat yang sakit,hayati?."

   "Saya tidak tahu dimana.Tetapi keseluruhan badan ini terasa sakit."Keluhnya lagi.

   Orang yang ditugaskan memanggil doktor dan ambulan tadi tiba semula."Ambulan akan tiba tidak lama lagi.Mungkin beberapa minit lagi."Sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya mereka terdengar siren ambulan datang.

   Pemandu ambulan itu datang betul² ke tempat dimana hayati terbaring,dan dua orang kakitangan ambulan melompat keluar.

   Hayati diangkat masuk kedalam ambulan dan salah seorang kakitangan itu sempat bertanya kepada linda sama ada dia teman hayati."Kenapa kamu tidak pergi sekali.Dia itu benar² dalam kesakitan itu."

   Hayati terlalu sakit dan dia terasa hendak menangis tetapi malu kerana terlalu ramai orang di sekelilingnya.

   Linda masuk kedalam ambulan dan duduk berhampiran dengan hayati.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (6)


   Hayati,ibunya serta linda turut menerima jemputan untuk menghadiri makan tengah hari di kelab wilayah.Hayati akan diperkenalkan sebagai ratu pada hari itu.Kedua-dua gadis remaja itu menghabiskan masa pagi sabtu itu bersiap sedia.

   Hayati bersiap dulu sebelum linda dan terus menuju ke dapur untuk mencari air minuman."Cepat linda."Jerit nya dari bawah.

   Ketika menuruni tangga untuk ke tingkat bawah hayati terserempak dengan ibunya yang membawa sebeban surat.Hayati menjeling dan bertanya."Ada surat ke untuk linda?."

   Puan habibah turut mencari kalau ada surat linda.

   "Tidak ada sayang."Ini sahaja  yang diberikan oleh lili tadi.Kita mesti pergi segera.Linda sudah siap ke?."

   "Hampir siap ibu."Ujar hayati sambil berjalan ke bawah menuju ke dapur.

   Lili berdiri dengan membelakangkan hayati.Hayati berjalan perlahan-lahan dan menyergah hayati."Boo."Yang biasa dibuatnya ketika masa kecil dulu.Lili melompat dan ada sesuatu yang terjatuh dari tangannya ke lantai.Lili berdiri sekaku patung dan hayati tunduk mengutip sarung surat yang terjatuh tadi.

   Hayati terperanjat melihat surat itu."Ini kan ke surat untuk linda dari bapanya.Kenapa tidak kau berikan kepada ibu tadi,lili?Linda mesti gembira hari ini."

   "Saya baru saja mengutipnya diatas simen dibilik rehat tadi."Ujar lili membela dirinya."Saya tadi hendak memberikan kepada linda apabila kau turun."

   Hayati terlupa untuk mencari air minuman lalu berlari ke atas rumah mencari linda untuk menyerahkan suratnya itu."Ini hadiah untuk hari ini.Silalah baca."Wajah linda berseri-seri apabila menerima surat dari ayahnya itu.

   Tangan linda masih menggeletar.Hayati mengambil surat itu lalu membukanya."Nah.Bacalah."

   Semasa hayati sedang memperhatikan linda,dia cuba mencari jawapannya kenapa lili menyimpan surat linda.Mungkinkah ibunya sengaja menjatuhkan surat itu atau tercicir dengan tidak sengaja.Hayati ternampak linda mengerutkan dahi apabila membaca surat ayahnya.

   "Ada sesuatu yang tidak kena,linda?"

   "Saya sendiri tidak tahu.Ayah memberitahu dia ada menghantarkan keratan akhbar dalam suratnya tiga minggu lalu tetapi dia harian kenapa saya tidak menyebutnya dalam surat yang lalu kepadanya.Katanya dia menulis sepucuk surat setiap minggu sejak dia pergi tetapi apa yang dia tanya tidak pernah saya jawab."Hayati kehairanan."Saya tidak pernah menerima sepucuk surat pun hayati."Sambung linda lagi.

   "Yeah.Tahu tak semua surat² ini akan tiba sekali semua pada masa yang sama."

   "Mungkin kau betul."Surat ini macam anugerah dari syurga.Fikir linda.

   Linda dengan secepat mungkin membaca surat itu,melipat dan memasukkannnya ke dalam laci.Nanti akan dibacanya semula.Sebaik saja linda selesai bersiap memakai baju,puan habibah masuk dan ternampak surat itu diatas almari linda."Kau,dapat surat dari ayah kau linda?Kenapa tidak beritahu makcik.Saya betul² bimbangkannya.Bila surat itu tiba?."Soalnya bertubi-tubi.

   Sebelum linda sempat menjawab,hayati mencelah."Ibu mungkin tercicir surat itu tadi,ia terletak diatas tangga semasa saya turun tadi."

   Ibunya mengerut dahi cuba mengingati sama ada surat mail udara itu ada tadi yang diberikan oleh lili kepadanya.

   "Lawa tak kami ini?."Soal hayati selepas mencuba baju barunya."Linda pun apa kurangnya."

   "Kamu berdua memang cantik."Puji ibunya.Pergilah ke bawah dan tanya bapa kamu.Saya akan turun tidak lama lagi.

   Semasa mereka berdua menuruni tangga hayati berkata."Saya terlupa hendak memberitahu kau linda semalam saya bertemu dengan jamil yang ingin tahu jika kau marah padanya.Katanya setiap kali dia meninggal pesan supaya engkau menelefon balik kau tidak membalasnya.Walau pun ini bukan soal saya,tetapi saya fikir kau perlu memberitahunya jika engkau enggan keluar lagi dengan dia sekali pun."

   Linda memandang hayati dengan penuh rasa hairan.Katanya."Saya tidak pernah menerima sebarang panggilan atau pesanan untuk menelefon balik.Saya tidak tahu dia menelefon saya."Dia berhenti bercakap sejenak dan menyambung."Tolong tanya lili jika ada panggilan untuk saya,hayati.Saya tahu dia tidak akan menyampaikan pesanan walaupun ada."

   "Saya akan tanya dia kemudian.Tetapi saya tahu lili akan beritahu jika ada panggilan untuk kau."Balas hayati.

   Encik radhi tersentak melihat kedua gadis remaja itu meluru masuk kebilik perpustakaan rumahnya."Memang menarik."Komennya."Alangkah baiknya jika saya masih berusia lapan belas tahun lagi."

   Sambil memerhatikan linda dia berkata."Sudah pasti ayah kau tidak akan mengenali kau lagi bila dia balik,linda.Kau sememangnya cantik."

   Puan habibah masuk kedalam ketika itu."Sudah bersedia gadis² semua?"Dia melempar senyuman kepada suaminya dan berkata."Jumpa lagi sayang."

   Mereka sudah keluar dari pintu apabila linda sedar skafnya tercicir."Saya akan datang kejap lagi."Katanya sambil berlari naik ke tangga menuju ke tingkat atas.

   Dia membuka laci untuk mencari skaf yang baru dibeli untuk majlis jamuan ini tetapi terjumpa skafnya sudah digunting.Skaf suteranya sudah berkecai.Linda seakan-akan mahu menangis sahaja.Mungkin ada orang yang menggunting skafnya itu."Saya tidak boleh membawa skaf ini turun untuk ditunjukkan kepada makcik dan hayati."Fikirnya lagi.

   "Mana skaf baru kau linda?."Tanya puan habibah.Semasa linda masuk ke dalam kereta.

   "Saya tak jumpa."Tipu linda."Jadi saya memutuskan malas nak memakai yang lain."

   Semasa dalam perjalanan hayati memberitahu dia akan mengajak harun menjadi pasangannya nanti."Apa fikiran ibu?."

   "Cadangan itu memang baik hayati."Jawab ibunya lagi.

   "Ajaklah jamil,linda.Saya juga percaya dia hendak pergi."Tambah hayati pula.

   "Saya mungkin akan menjemputnya kalau terserempak."

   "Jangan tunggu sehingga orang lain pula mengebasnya nanti."Jelas hayati."Ramai gadis yang tergilakan jamil,tahu tak."

   "Ia lah,saya akan mengajaknya."

   Mereka memandu kearah kelab wilayah dan meletakkan kereta di tempat letak kereta yang berhampiran.

   "Linda,lihat lawa tak saya?."Soal hayati lagi.

   "Kau sememangnya cantik orangnya."Jawab linda pantas.

   "Dahlah."

   Jamuan makan tengah hari itu benar² berjaya.Bila tiba dirumah hayati teringat yang dia mesti bertanyakan linda tentang keadaan ayahnya.

   "Saya akan membacanya untuk kamu,hayati.Bagaimana pun,saya mesti membacanya semula."Bila linda membuka lacinya surat itu telah tiada.Puas dia mencari surat itu telah hilang dan skafnya yang berguntingan itu juga turut hilang.

   "Ini ajaibnya."Bisiknya.

   "Apa yang ajaib?Dimana surat itu?Saya fikir kau akan membaca kandungan surat itu kepada saya."

   "Ya."Kata linda."Kalau tak silap saya letak surat itu dalam laci ini tetapi surat itu telah tiada.Kemungkinan saya telah mengambil surat itu dan kemudian tercicir."Linda bagaimana pun yakin dia meletakkan surat itu didalam laci.Mungkin ada orang masuk ke biliknya dan mengambil surat serta skafnya sekali.

   "Mari kita tanya kalau ia tercicir dikelab tadi?."Balas hayati.

   "Yalah,hayati."Kata linda tetapi dia tahu surat tersebut tidak tercicir dikelab sewaktu makan tengah hari tadi.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (5)


   Beberapa minggu akan datang,pekan banting yang lengang  akan mula sibuk semula,kerana sekolah telah pun bermula.Hayati sebagai ketua sorak disekolahnya.Harun dilantik menduduki majlis pelajar² manakala linda pula terpilih sebagai wakil sekolah.

   Sekiranya linda tidak pergi berlatih menunggang kuda,dia akan pulang kerumah bersama harun dan hayati.Ada kalanya hayati akan pergi mengikutinya.Linda mengajar hayati melompat untuk memperbaiki lagi form hayati.Bila cuaca semakin redup mereka banyak menghabiskan masa menunggang kuda.

   Satu petang dibulan oktober,sedang mereka berdua sedang khusyuk membuat kerja rumah sambil mendengar lagu² dari stereo hayati,linda berkata."Saya tidak sabar lagi untuk menunggu kau untuk turut serta dalam pertandingan itu."

   "Kau ini berat sebelah linda."Hayati tersenyum sambil menguap."Saya dah penat ni esok saja lah saya habiskan kerja ini.Mata saya ini dah tak boleh dibuka lagi,penat sungguh."

   Dalam masa beberapa minit sahaja,lampu telah mereka padamkan.Awal pagi itu hayati terkejut mendengar jeritan linda.

   "Tutup pintu itu.Tolak kuat sikit.Dia hendak membunuh saya.Tolong,jangan biarkan dia mendekati saya."Jeritnya bertalu-talu.

   Hayati bangun dari katil dan menggoyang-goyangkan tubuh linda tetapi ia hanya membuat linda bertambah takut.Dengan mata yang terbuka luas dan menggoyangkan kedua belah tangannya linda kelihatan seolah-olah cuba menepis sesuatu,sambil terjerit-jerit.

   Dalam ketakutan hayati memetik lampu tidurnya,yang terletak berhampiran.Hayati telah memutuskan untuk memanggil kedua ibu bapanya apabila jeritan linda terhenti dengan tiba².Walau pun linda telah sedar betul tetapi menangis teresak-esak.Sambil memegang tangan hayati,linda menceritakan bagaimana dia dikejar oleh sesuatu yang tidak jelas oleh pandagannya didalam kawasan paya yang luas bersama-sama dengan teman lelakinya.

   Hayati turut merasa takut dan memegang tangan linda dengan sekuat tenaga."Teruknya mimpi kau itu linda.Apa yang telah kau makan malam tadi sehingga bermimpi sebegitu teruk."

   Dengan tangan yang menggeletar linda menutup mukanya."Tidak ada sebab saya boleh mendapat mimpi yang macam itu.Mimpi itu menggerunkan."

   "Tolong beritahu mimpi kau itu linda.Mungkin dengan itu kau boleh tidur dengan lena kembali."

   "Saya tidak tahu bagaimana ia bermula dan dengan siapa saya ketika itu.Bila ada benda yang datang mengejar kami,kami pun berlari kearah rumah usang ditengah paya.Rumah itu telah usang dan hampir roboh dan benda itu mengikuti kami.Oh tuhan.Saya tidak dapat menceritakannya lagi."

   Hayati memeluk linda dengan erat dan dengan sabar menunggu linda menyambung ceritanya.

   "Saya tidak tahu bagaimana kami boleh masuk ke kawasan paya itu.Kami berlari tetapi saya selalu saja terjatuh,dan teman lelaki saya itu tetap menarik saya."Tambahnya."Bila kami masuk kerumah usang itu  benda itu masih mengikuti kami lagi.Kami menutup pintu dan benda itu cuba hendak memboloskan diri nya masuk kedalam."Bibir linda bergerak-gerak dan airmatanya berjatuhan."Saya terlalu letih."

   Hayati bingkas bangun dan berkata."Saya hendak pergi mengambil kau segelas air susu panas.Ia akan melegakan kau sebelum tidur."Hayati segera pergi dan membawa masuk segelas air susu panas yang diberikan ke tangan linda.Linda terdiam sahaja sebaik minum air susu panas itu.Hayati memanjat katilnya semula."Saya hendak memetik suis lampu itu sekarang.Adakah kau dah sihat betul?."

   "Dah sihat pun,tetapi saya belum tentu boleh tidur lagi.Boleh ke kau memasang radio tu?."

   "Tentu boleh."Ketika itu juga bilik itu berkumandang dnegan bunyi alunan muzik."Saya akan kecilkan volumenya supaya orang lain tidak turut terjaga nanti."Hayati naik semula ke katilnya dan menutup suis lampunya yang berhampiran dengan katilnya."Ok.Cuba ingat kembali bagaimana kau mengemudikan bot jamil tadi dan kemudian dia meletakkan tangannya ke atas peha kau.."

   Hayati terkejut apabila linda tiba² ketawa.Linda teringatkan sesuatu yang membuatnya tergelak dengan tiba².Akhirnya dia juga terlena semula.Bukan jamil yang diingatnya tetapi harun yang mengganggu fikirannya.

   Tidak ada masa keesokan harinya untuk membincangkan soal mimpi gerun linda dan akhirnya linda terlupa akan soal itu.Terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan sehingga linda terlupa akan bapanya.Bagaimana pun,linda tetap menulis surat kepada bapanya memberitahu tentang aktiviti sehari-hari.Tanpa sebab linda langsung terputus hubungan dengan bapanya.Tidak ada sepucuk surat sejak kebelakangan ini.Linda bagaimana pun selalu memujuk dirinya kerana dia tahu surat dari singapura pasti mengambil masa yang lama untuk tiba.Setiap hari pulang sahaja dari sekolah linda akan mencari suratnya dulu kalau² ada,tetapi tidak pernah ada.

   Kerana hayati sentiasa sahaja sibuk dengan berbagai-bagai aktivitinya,linda tidak menyentuh langsung soal ketiadaan surat dari ayahnya.Puan habibah yang begitu faham dengan perasaan linda sensitif linda tidak akan bertanya jika linda menerima surat dari ayahnya.

   Pertengahan bulan oktober,hayati dicalonkan oleh liga remaja untuk menjadi ratu cantik hari raya.Ahli² akan membuang undi pada bulan november dan mereka yang menang akan diberitahu terlebih dahulu.

   Hayati selalu bermimpi menjadi ratu dan telah pun memberitahu semua di rumahnya yang dia tidak dapat tidur lena selagi belum menerima keputusan pertandingan.Pertandingan ratu cantik merupakan pertandingan kemucak selepas hari raya.Setiap tahun seorang sekolah dari tingkatan enam akan di pilih.

   Seminggu menjelangnya hari raya,hayati dan linda masuk ke dapur rumah dan melihat lili sedang mengilap pinggan mangkuk.Sejak diperhatikan oleh lili malam itu linda merasa kurang senang dengan kehadiran lili.Linda seakan-akan mahu lari saja dari dapur itu tetapi tangannya ditarik oleh hayati lalu duduk berhadapan dengan lili.

   "Siapakah yang akan terpilih nanti sebagai ratu?."Tanya hayati.

   "Kan saya beritahu kau sayang."Kata lili tanpa memperdulikan kehadiran linda di hadapannya."Kau lah yang akan memenanginya."

   "Ok lah lili,ini hanya untuk mempastikannya."Katanya sambil tersenyum."Saya hanya mempastikannya."

   Lili tahu yang hayati akan terpilih sebagai ratu cantik tetapi dia masih samar² dan tidak dapat gambaran yang jelas siapakah yang akan memakai mahkota itu nanti.Itu membimbangkannya,tambahan pula tidak tahu siapa temannya.

   "Lebih baik kau bertanya pada harun."Ujar lili lagi.

   "Saya fikir begitu juga."Hayati masih belum tahu siapakah yang akan dijadikan pasangannya nanti.Semasa ditingkatan enam rendah hayati pernah mempunyai teman lelaki bernama abdillah,tetapi persahabatan itu putus apabila abdillah melanjutkan pelajaran ke universiti.

   Sejak itu hayati pernah juga mempunyai beberapa teman lelaki yang lain tetapi tidak ada sesiapa yang mahu dan boleh dibawanya ke pertandingan itu.Cadangan lili juga baik mungkin hayati lebih bergembira jika harun turut sama."Saya sudah pasti akan bertanya kepada harun jika dia mahu turut serta walau pun tidak akan terpilih sebagai ratu cantik."

   Linda tersentak bila nama harun disebut.Semakin hari semakin sayang linda kepada harun.Pada harun,hayati hanya teman terbaik dan bukan sebagai teman wanita.

   Lili dengan wajah yang pucat lesi mengganggukkan kepala."Ajak dia cepat sebelum orang lain mengajaknya."Ujar lili.

   Linda memalingkan mukanya ke arah lain.Linda merasakan seolah-olah lili dapat membaca apa yang terkandung dalam fikirannya.

   Hayati tergelak kecil."Yalah."Katanya kepada linda yang sedang memerhatikannya."Nak minta bantuan serta nasihat berhubung dengan kehidupan sehari-harian sila tanya lili."

   Linda yang serba salah menjawab."Saya nak naik keatas untuk menyiapkan kerja² sekolah."Tanya bercakap sepatah pun dengan lili.Sebelum hayati dapat menahannya linda berlari naik keatas.

   Ketika itu juga lili sempat melepaskan senyuman sinis.Senyuman itu hilang begitu saja bila lili tahu hayati sedang memperhatikannya.

   Linda dan hayati sudah bersiap sedia untuk makan malam apabila loceng pintu dibunyikan.Beberapa saat kemudian encik radhi menjerit memanggil nama hayati.Mereka keluar dari bilik dan hayati sempat melihat bapanya memegang sekeping kertas berwarna kuning.

   "Ada sesiapa disini yang bernama..."Dia berpura-pura sukar membaca telegram tersebut."Cik hayati radhi?."

   Sepintas kilat hayati berlari turun."Tahniah sayang."Kata encik rahdi sebelum memberikan anaknya ciuman sayang dan menyerahkan telegram itu kepada hayati.

   Dengan tangan menggigil hayati membuka telegram itu dan sempat membaca beberapa ayat yang ada."Saya berjaya,saya telah berjaya."Katanya sambil menangis kegembiraan."Saya akan menjadi ratu cantik."Hayati memeluk ayahnya,ibu,linda dan tidak ketinggalan lili.

   Sebagai penuntut ditingkatan enam atas ini merupakan kali kedua hayati dibenarkan pergi menghadiri majlis² jamuan,hanya penuntut tingkatan enam atas dan bawah sahaja dibenarkan hadir dan ini merupakan pertama kali  bagi linda.

   Linda sedang memikirkan siapakah yang akan dijadikan teman malam itu apabila hayati berkata."Baik juga cuti sekolah tidak lama lagi.Tak payah kita ke sekolah."

   "Apa yang penting bagi saya ialah masa untuk berlatih menunggang kuda."Kata linda,sambil mengingatkan hayati bahawa mereka perlu berlatih bersungguh-sungguh.

   "Hayati.Engkau dah memutuskan ke nak ambil bahagian tahun ini?"Soal emak hayati."Selama ini pun engkau tidak berkata apa²."

   "Saya tidak akan berkata apa² sehingga saya merasa sudah bersedia.Bagaimana pun,saya akan tetap menyertai pertandingan itu.Ibu tak tahu saya sudah pandai melompat sejak linda mengajar."

   "Dia sememangnya serba bolah."Pintas linda cepat.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (4)


   "Masa berjalan dengan begitu pantas.Saya tidak percaya sekolah akan bermula esok,linda."Kata hayati sambil menyikat rambutnya dihadapan cermin solek.

   "Saya hampir tidak percaya ayah telah hampir tiga minggu pergi."Jawab linda.Linda terbaring dikatil membaca surat ayahnya untuk kali kelima."Nampaknya sungguh menarik seperti yang ditulis oleh ayah.Kerana itu saya berulang kali membaca suratnya."Linda memetik suis lampu dan bersedia untuk melelapkan mata.

   "Siapa yang menang main monopoli malam tadi?."Soal hayati.

   "Saya sekali dan harun tiga kali."Jawab linda seakan hendak tak hendak.

   Hayati gelak terkekeh-kekeh."Tidak pernah saya lihat dia begitu serius untuk memenangi pertandingan seperti itu."Hayati memetik suis lampu tidurnya."Mimpi lah yang indah² linda."

   "Selamat malam,hayati."

   Keesokan harinya mereka berebut-rebut bersiap sedia untuk ke sekolah.

   "Cepat linda."Jerit hayati dari atas tangga."Harun sudah pun sampai."

   "Saya datang ni."Jawab linda pantas sambil memasukkan baju kemeja nya ke dalam skirt.

   Hayati sudah siap menanti,sambil memegang dua gelas air orange jus,satu untuk hayati dan satu lagi untuk linda.Mereka cepat² meneguk air itu dan menyerahkan gelas kosong kepada lili.

   Sambil merehatkan badannya di kerusi kusyen bahagian belakang kereta mustang linda terfikir boleh ke dia menyesuaikan diri menaiki bas semula setelah biasa dihantar dengan kereta.

   Cuaca hari itu sudah panas membakar.Suhu tidak pernah jatuh malah sentiasa sahaja panas sepanjang tahun kecuali dimusim tengkujuh.

   Kerana angin yang mendesah serta deruan angin yang kuat linda tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dibualkan oleh hayati dan harun di hadapan.Tiba² hayati memalingkan mukanya kebelakang dan bertanya."Macam mana linda?."

   "Apa dia?."

   "Mahu ke kau pergi mengayuh sampan selepas waktu sekolah nanti?Jamil menjemput harun untuk turut serta dan harun berjanji untuk membawa kita semua."

   "Saya lebih pandai menunggang kuda daripada mengayuh sampan."Jawab linda.

   "Marilah,kau akan menyukainya nanti."

   "Oklah."Jawab linda tanpa banyak bicara.

   Hayati menunggu linda dengan sabar sebaik sahaja sekolah habis hari itu,dan menarik tangan linda sambil berlari menghala ke kereta harun yang sedia menanti.Harun bangun membukakan pintu kereta.

   "Mari kita pergi,mereka telah pun menunggu kita."Harun memecut kereta melalui lebuh raya yang sentiasa sibuk dengan kereta yang berbagai jenis,dan membelok kearah jalan tanah merah.Mereka melintasi pokok² getah sebelum harun menghentikan kereta dibawah pokok kelapa.

   Linda tahu jamil memandang tepat ke wajahnya."Hi linda"Katanya sambil menghulurkan tangan menarik linda menaiki sampan."Saya percaya kau tentu akan bergembira hari ini."

   Angin bertiup sepoi² bahasa dan bot itu meredah lautan luas.Bila harun merasakan keadaan tidak membahayakan dia memanggil linda supaya duduk disampingnya.

   "Cubalah pandu."Ujarnya mengarahkan linda memegang stering bot."Ia amat senang jika sudah biasa."Kata jamil.Linda memalingkan kepalanya ke belakang dan sempat melihat bahawa hayati dan harun sedang memerhatikannya.Mereka berdua sedang sibuk mengunyah popcorn.

   Linda menarik nafas panjang.Seronok juga macam menunggang kuda,fikirnya.Masa berlalu dengan begitu pantas dan matahari pun sudah hampir tenggelam.

   "Hendak ke datang belayar lagi,linda?."Soal jim bila mereka tiba ditambatan.

   "Boleh juga.Saya tidak tahu betapa seronoknya dapat belayar meredah gelombang."

   "Kau ni macam bersastera pula linda."Jawab harun pantas.

   Mereka bertiga mengucapkan terima kasih kepada jamil dan terus pergi menaiki kereta.Hayati datang dan terus merangkul bahu linda."Jamil akan menjadikan kau seorang yang mempunyai hobi belayar linda."

   "Begini ke caranya memulakan penggal persekolahan kali ini?."Soal linda.

   "Main monopoli malam ini,lin?"Tanya ron setibanya mereka dihalaman rumah hayati.

   "Malam ini saya nak menulis surat kepada ayah."

   "Tak apalah.Jumpa lagi pagi esok."

   "Letihnya."Hayati terkuap-kuap semasa melangkah kaki masuk kerumahnya."Kau,letih juga linda?Ada sesuatu yang membuat saya mengantuk."

   "Mungkin banyak kerja tambahan pula saya berjaga malam tadi kerana menulis surat kepada ayah."

   Mereka melangkah kaki masuk ke bilik makan dan terlihat kedua ibu bapa hayati sedang menikmati makan malam.

   "Gembira nampaknya hari ini."Kata encik radhi.

   "Sungguh seronok."Jawab hayati."Jamil menunjukkan kepada linda bagaimana hendak mengemudikan bot.Linda nampaknya sungguh gembira."

   "Kamu berdua ini hendak makan bersama atau ada cadangan lain?."

   "Tidak.Saya tidak berasa lapar."Jawab hayati pantas."Dan,saya terasa penat.Saya mahu naik ke tingkat atas untuk mendengar lagu.Saya mungkin akan turun kemudian nanti."Hayati kemudian meninggalkan bilik itu.

   "Saya nak makan."Kata linda."Saya kebuluran hari ini."

   Linda meminta diri selepas makan dengan alasan terlalu mengantuk dan terpaksa bangun awal pagi esok untuk mengeposkan surat kepada ayahnya.

   Sebaik sahaja linda masuk ke dalam bilik dia melihat hayati sudah pun lena tidur,tanpa menukar baju dan muzik yang dipasang masih bergema.Linda dengan lembut menggerakkan hayati."Jam berapa ini."Tanya hayati antara sedar dan tidak.

   "Kau tidur dengan baju yang tidak bertukar."Jawab linda.

   "Oh."Ujarnya antara sedar dan tidak.Dia kemudian bangun menukar baju dan kemudiannya lena semula.

   Linda memperlahankan bunyi muzik dan mula menulis surat.Terlalu banyak yang hendak diberitahu pada ayahnya.

   Dia tidak tahu berapa lama duduk dimeja tulis dan tersentak bila bulu romanya naik meremang,seolah-olah ada orang yang sedang memerhatikannya.

   Linda bangun untuk mencapai baju panas serta terlihat lili berdiri diluar pintu yang sengaja tidak ditutup.

   "Oh,lili."Suara linda tertahan-tahan seperti tersekat.Muka lili sungguh menggerunkan."Ada apa² ke.."Sebelum dia sempat dia menghabiskan kata-katanya lili membebel tanpa dapat didengar dengan jelas lalu menyorokkan "tuala" yang dibawa lalu menuruni anak tangga.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (3)


   Selepas siap mengelap meja makan serta menyusun pinggan mangkuk,lili kembali kerumahnya yang terletak dibahagian belakang kawasan rumah tuannya itu.Jampi serapah yang dilakukannya sebelum ini juga tidak dapat menghapuskan rasa kurang senang apa yang dilihat apalagi menatap potret hayati serta harun beberapa hari lalu.Potret itu dilihatnya sama juga pagi ini seperti beberapa hari yang lalu.Tidak ada perubahan langsung.

   Bakti,cucu kesayangan yang dididiknya sejak kecil datang membukakan pintu.Bakti mengeluh panjang apabila melihat neneknya dalam kepenatan.

   "Nenek,kenapa tidak menyuruh saja puan habibah mencari pembantu rumah seorang lagi untuk meringankan kerja² nenek sepanjang hari?Puan habibah tentu bertimbang rasa jika dia diberitahu dengan cara yang betul."

   "Apa kau peduli,bakti.Tidak ada siapa yang boleh menggantikan tempat nenek kau,tahu tak.Selagi aku masih terdaya untuk melakukan akan aku lakukan."

   "Ok.Oklah nenek."Kata bakti yang sememangnya malas hendak melawan neneknya bertengkar.Dengan suara yang perlahan dia berkata."Saya hanya mahu nenek hidup dan dapat bersama-sama saya dihari konvokesyen nanti.Itu sahaja."Bakti tahu betapa pentingnya hari konvokesyen kepada neneknya.Kemudian dia menghulurkan enam helai duit kertas sepuluh ringgit kepada lili.

   Dari cahaya bulan yang mengambang masuk menerusi tingkap rumah yang terbuka,lili dapat melihat sesuatu yang tidak boleh dilihat oleh orang lain.Bakti masuk ke dalam bilik,bila melihat neneknya tidak tentu arah.

   "Bakti."Jerit neneknya dengan lantang.Bakti tersentak dan memandang ke belakang."Ingat nenek akan tetap disamping kau di hari konvokesyen.Dan,orang ramai akan tertanya-tanya dimana kau akan melanjutkan pelajaran selepas ini.Dah tentu nenek akan katakan kau akan pergi ke amerika syarikat atau ke britian."Mata lili berair dan menambah."Tahu bakti."

   Bakti tersengih dan menjawab."Ya nenek."

   Muka lili kelihatan berseri-seri."Nak makan malam ke?."Tanya lili lagi.

   "Saya dah makan."Jawab bakti."Saya pergi mencari ketam selepas kerja tadi.Dah saya masak pun hai sungguh lazat."

   "Saya nak tidur dah nek.Penat sungguh hari ini."Kata bakti."Saya mesti bangun awal² pagi esok.Mereka akan mengambil saya jam lima pagi."Bakti menguap dan mengeliat."Selamat malam nenek."Katanya dengan penuh sayang.

   "Tidurlah bakti."Jawab lili.Sebaik saja bakti masuk ke bilik tidur,lili bangun menuju ke almari kecil kepunyaannya dan mengeluarkan botol² kecil yang dipenuhi dengan berbagai-bagai jenis akar kayu.

   "Hei,tengok apa yang saya bawa ini.Hari ini kan hari gaji.Enam helai untuk nenek dan enam helai untuk saya.Truk itu dah buruk sangat dan saya akan membeli kereta dengan wang ini."

   Lili mengambil wang itu dan terus dimasukkan ke dalam poket apronnya.Wang itu akan dimasukkan ke bank,yang kaumnya telah dibuka oleh encik radhi.Satu hari nanti bakri akan mewarisi wang itu semua.Dia seorang lelaki yang baik fikir lili lagi.

   Lili menghempaskan punggongnya ke atas kerusi."Penat bekerja ben."Soalnya lagi.Rumah kecil yang diduduki mereka berdua yang disinari oleh satu sahaja lampu dan cahaya bulan masuk menerusi tingkap.

   "Memang penat.Tetapi seronok."Kata bakri sambil menunjukkan lengannya yang memangnya padat dengan daging² pejal."Bos saya memangnya baik.Tetapi apa nak buat sekolah akan bermula lagi dua minggu.Kerja dengan syarikat pemborongan memang seronok dan wang gaji pun boleh tahan."

   Lili tahu cucunya hanya main² sahaja,menyatakan seronok bekerja konterk.Tetapi dia tahu,bakti sendiri sedar hanya pelajaran sahaja yang boleh membawa sesiapa sahaja ke mercu kejayaan.Biasiswa bola keranjang lah yang menyebabkan bakti masih lagi menuntut di universiti.Lili sanggup melakukan apa sahaja asalkan bakti sanggup belajar dan melupakan soal kerja buat sementara waktu.

   Lili mahu menilik malam itu kenapa potret harun dan hayati dilihatnya seolah-olah macam diliputi sesuatu.Selagi itu boleh selesai lili dah bertekad dia tidak akan berhenti mencari jawapannya.

   Subuh² pagi keesokan harinya linda berdiri di bilik rehat dikelilingi oleh beg² pakaian bapanya.Linda merasa serba tak kena hari itu.Esok pasangan yang akan menyewa rumahnya akan tiba.Barang² kepunyaannya sudah pun dihantar kerumah hayati.Kini dia menunggu kedatangan harun dan hayati sahaja untuk mengambilnya.

   "Linda."Panggilan bapanya menghentikan khayalannya sebentar tadi."Mana dia beg kamera saya?."

   "Di bawah itu ayah.Ingat tak kita telah kemaskan malam tadi."Linda mengingatkan bapanya yang sememangnya pelupa.

   Bapanya melari masuk ke dalam bilik dan berhenti apabila melihat anaknya tercegat disitu,lalu datang merangkul bahu anaknya."Oh,linda ayah akan kehilangan kau."Dia kemudian melangkah kaki ke belakang dan memerhati semula wajah anak kesayagannya.

   "Betul ke linda,kau boleh hidup tanpa ayah selama sembilan bulan?."

   Linda ketawa kecil mendengarnya."Ayah.Semuanya akan berjalan lancar.Jangan lah risau."Ketika itu juga terdengar bunyi hon dari luar dan linda berlari ke pintu.Dadanya berdebar-debar melihat harun yang rambutnya disikat kemas serta berseluar jean dan berbaju t sahaja.Tidak pernah linda melihat harun sesegak ini.

   "Tepat tak saya datang ini?."Soal harun.Bila terlihat bapa linda ada disebelah,harun berkata."Selamat pagi pakcik,dah siap ke?."

   "Terima kasih harun kerana sudi menghantar saya ke lapangan terbang.Jika saya lah yang terpaksa membawa kereta mungkin saya hanya sempat sampai di bandar kelang sahaja dan bukannya di subang."

   "Itu kewajipan saya pakcik."Ujarnya sambil itu tangannya sempat juga mengangkat beg² baju untuk dimasukkan kedalam kereta wagon kepunyaan ayah hayati.

   Selesai sahaja mengangkat beg² baju masuk kedalam kereta wagon,kereta itu meluru kearah lapangan terbang subang.

   Jalan raya yang penuh sesak melambatkan perjalanan ke lapangan terbang,dan setibanya mereka di sana waktu penerbangan itu sudah tiba.Sementara pihak kastam memeriksa beg bapa linda datang merangkulnya buat kali terakhir.

   "Mari linda..."Jerit hayati sambil menarik tangan temannya yang sememangnya dalam kesedihan.Hayati tidak mahu linda memerhatikan kapalterbang itu berlepas.Beberapa minit kemudian mereka telah pun berada di lebuh raya menghala ke tepi pantai banting.

   Nasib baik mereka bertemu dengan tempat letak kereta.Mereka menghabiskan masa melihat jualan dari sebuah gerai ke gerai yang lain.Kedua gadis itu mencuba selipar kulit dan harun pula leka melihat duit² syiling.Harun sempat mengerling jam tangannya bila kedua anak gadis itu melangkah keluar selepas mencuba selipar kulit.

   "Hei,lebih baik kita pulang sekarang.Kamu semua macam mana?Saya betul² lapar ini."Mereka melangkah ke kereta untuk pergi ke kedai nasi padang yang terletak di jalan siput.

   "Saya dah tahu."Jerit harun apabila melihat orang ramai yang terpaksa berbaris."Kamu berdua pergi lah berbaris sementara saya mencari tempat letak kereta."Arah harun sebelum menurunkan mereka dari kereta.

   Bila mereka masuk ke dalam kedai,mereka terpaksa berkongsi tempat dengan lima orang yang lain yang belum pernah mereka lihat.Bagaimana pun mereka begitu peramah.Sebaik sahaja hidangan dibawa harun memenuhkan pinggannya dengan nasi,ayam,ikan serta sayur."Saya mesti makan sekenyang-kenyangnya apabila datang makan disini."Katanya bangga.Harun dapat melihat wajah linda yang muran dan enggan menyentuh nasinya langsung.

   "Hei,linda."Ujar harun sambil merangkul linda."Saya tidak mahu kamu bermuram durja hari ini tau."

   Linda cuba untuk senyum dan mengesat-ngesat matanya yang berair.

   "Saya tidak mahu kau sentiasa berduka.Makan lah cepat atau kau yang kena membayar harga makanan ini untuk kami."

   Selesai makan mereka keluar tetapi tidak tentu arah tujuan kerana cuaca terlalu panas."Kemana tujuan kita sekarang."Tanya harun lagi.

   "Kenapa tidak kita ke kolam renang sahaja."Syor hayati."Kau setuju linda?."

   "Saya setuju."Kata linda.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (2)


   Sebaik sahaja linda pulang,lili membawakan puan habibah sarapannya untuk pagi itu."Jika ada lagi tolong bawakan untuk anak kecil ini."Hayati tersenyum mendengar ibunya berkata begitu.

   "Mmm,lazatnya."Kata hayati."Ibu semacam tahu apa yang saya suka."

   Lili mengusap rambut hayati dengan penuh rasa sayang."Saya mempunyai resepi saya sendiri.Saya harap hayati boleh memasaknya untuk anak² hayati nanti."

   Lili tidak pernah muak menasihatkan hayati supaya mengahwini harun satu hari nanti dan seelok-eloknya mempunyai keluarga yang ramai.Hayati dan harun adalah teman sepermainan sejak dari kecil lagi.Lili merasakan harun adalah pasangan yang sesuai buat hayati tambahan pula harun memang kacak orangnya.Ada kalanya hayati seakan-akan mahu sahaja memberitahu lili dia tidak mahu harun menjadi teman lelakinya serta tidak akan mendirikan rumah tangga sebelum dapat mengelilingi dunia sekurang-kurangnya sekali.Untuk mengelakkan subjek itu berpanjangan,hayati memutuskan untuk mendiamkan diri.

   "Apa  yang kau buat sepanjang hari ini hayati?."Tanya ibunya."Cuaca hari ini terlalu panas membahang untuk membolehkan kita keluar."

   Hayati melihat jam ditangannya dan kemudian memberitahu ibunya."Badrul akan datang mengambil saya dalam masa lima belas minit.Kami akan bermain tenis dan mungkin lepas itu akan duduk berehat di tepi kolam renang sehingga tengah hari nanti."

   "Jangan bimbang ibu.Saya tidak akan keluar terlalu lama."Katanya sambil berlari-lari anak naik tangga untuk ke tingkat atas.

   Selepas makan tengah hari semasa hayati masih berada di kelab sukan,lili sibuk mengemaskan bilik hayati yang akan dikongsi bersama oleh linda nanti.Linda bercadang untuk pindah sehari sebelum bapanya pergi ke singapura.

   Ketika membersihkan laci² meja hayati,lili memutuskan yang dia tidak suka ada orang lain yang akan tinggal sebilik dengan hayati.Antara bilik² tidur yang ada dirumah itu bilik hayati lah yang dirasakan paling baik.Dibilik tidur itu lah dia menidurkan hayati dan disitulah dia menyelesaikan apa juga masalah yang dihadapi oleh anak gadis itu.

   Sambil membersihkan bilik,lili sempat memerhatikan gambar hayati dan harun diatas meja.Kedua anak remaja itu sentiasa tersenyum,fikir lili.Tetapi kemudiannya dia merasakan ada perkara yang tidak kena pada potret itu.Mungkinkah ini disebabkan kedatangan linda kerumah ini,lamun dia lagi.Lili memutuskan untuk membakar lilin pada malam itu untuk menilik apa yang dirasakannya tidak kena.

   Sebaik saja lili hampir siap membersihkan bilik itu,hayati masuk lalu membaringkan dirinya keatas katil."Ugh,panasnya."Kata hayati sambil memejamkan matanya.

   Hayati mendongakkan kepalanya ke arah lili."Ada bunga baru dibilik ini.Mmm,semerbak baunya."Lili memalingkan muka menghadap hayati.Mukanya merah padam memperlihatkan dia benar² merah.

   "Saya tahu dia akan merampas harun dari kau.Saya tahu dia lah yang akan merampasnya."

   "Siapa yang kau maksudkan lili."Tanya hayati."Apa yang kau cakapkan ini."

   "Siapa lagi,linda lah.Dia akan merampas harun."

   Hayati yang tersentak dengan kata² lili berkata."Itu tidak munasabah lili,saya dan harun sudah semacam adik-beradik."Dengan suara yang tertahan-tahan dia menambah."Saya sendiri tidak tahu siapa yang akan saya kahwini dia bila."

   "Saya mahu menikmati hidup ini dulu sebelum mendirikan rumah tangga.Lupakan perkara itu dan tunjukkan wajah yang manis kepada linda.Dia akan menjadi tetamu kami disini dan tidak elok kalau kau menunjukkan muka masam."Hayati lantas bangun dari atas katil lalu mencapai sepatunya.

   "Ini dia."Kata lili sambil mengujukkan sepasang kasut yang baru sahaja digilap.

   Hayati memandang lili sebentar dan melepaskan ketawa kecil.Sepanjang hidupnya lili cuba membaca fikirannya."Apa yang akan saya lakukan tanpa kau lili?."

   Hayati dengan secepat kilat menyarungkan baju overkot diatas baju mandinya.Sambil itu sempat juga dia menyikat rambut."Saya akan pergi belayar."Jeritnya lagi."Tetapi bukan dengan harun.Tolong jangan tunggu saya untuk makan malam bersama."Hayati kemudian meninggalkan rumah dengan begitu sahaja dan lili sungguh² merasa kecewa.

   Ketika melalui bilik bacaan ibunya hayati sempat berkata."Semuanya berjalan lancar ke ibu?."

   "Macam biasa sayang.Kerja masih bertimbun-timbun macam biasa juga."Katanya sambil menunjukkan kad² jemputan yang bertimbun-timbun diatas meja.

   "Untuk sekolah tadika itu lagi ke?Sudah setahun kerja itu ibu tinggalkan.Dah setahun bukan?."

   "Memang sudah setahun.Masa kan berlalu begitu pantas.Bot siapa pula hari ini?."

   "Badrul.Hari ini terlalu panas main tenis pun tak boleh lama².Jangan tunggu saya untuk makan malam bersama."Terdengar bunyi hon kereta diluar."Itu dia,saya mesti pergi sekarang juga."Jerit hayati.

   Beberapa minit kemudian lili datang dan mengetuk pintu perlahan-lahan.

   "Masuk lili."

   "Ya,puan habibah."Suaranya yang tertahan-tahan membuatkan puan habibah bertanya."Ada apa² ke yang tidak kena lili?."

   "Kenapa dia perlu datang kesini?Dan,kenapa dia mesti berkongsi bilik dengan hayati?."

   Tersentak dengan soalan lili yang datangnya bertubi-tubi puan habibah dengan tegas berkata."Kenapa itu yang dipersoalkan lili.Ini bukan kali pertama linda tinggal disini dan berkongsi bilik dengan hayati.Saya fikir kamu sukakan linda."Puan habibah memalingkan muka dan menambah."Bagaimana pun itu semua telah diselesaikan."

   Tanpa dapat menjelaskan tentang gambaran yang dilihatnya pada potret hayati dan harun,lili berkata."Ia puan."Dan meninggalkan tempat itu.

   "Lili.."Kata puan habibah.

   "Saya lupa memberitahu kamu yang linda dan bapanya akan datang makan malam bersama-sama dengan kita malam isnin ini.Masaklah udang dengan nasi serta ayam kegemaran kamu itu.Tetapi jangan lupa sup ketam.Tidak ada siapa yang dapat menandingi sup kamu itu lili."Puan habibah melemparkan senyuman sini kepada lili."Saya mahu mengadakan jamuan untuk encik johari sebelum dia berangkat pergi."

   "Ya puan."Kata lili dan terus menuruni tangga untuk turun ke bawah.

   Puan habibah menggelengkan kepala melihat tingkah laku lili kerana berperangai luar biasa.

   Sarapan malam yang disediakan oleh lili malam isnin itu sememangnya lazat.Harun dan kedua ibu bapanya bahari serta rohani turut dijemput kerana pasangan itu juga merupakan teman rapat kepada pakcik johan.

   Sebaik saja mereka selesai saja bersarapan malam bapa linda memberitahu lili."Saya tidak akan dapat lagi menikmati sup ketam dan pie apple kau,lili."

   "Ye ke encik ali."Tanya lili kembali.

   Sebaik saja melangkah keluar dari bilik makan harun bertanya kepada kedua anak gadis itu."Bagaimana kalau kita ketepi pantai sekarang?."

   "Itu cadangan yang paling baik."Jawab kedua anak gadis itu serentak.

   "Boleh ke kami pergi bersiar-siar makcik habibah?Saya berjanji akan pulang segera kerana kita perlu ke lapangan terbang esok."Habibah menundukkan kepala dan sempat melemparkan senyumannya.

   Harun datang lalu mencuim kedua tangan habibah."Terima kasih kerana menjemput untuk makan malam.Ia sungguh lazat.Jumpa lagi ibu dan ayah.Jangan lupa kita akan bertemu lagi esok pagi encik ali."Katanya sambil merangkul bahu kedua-dua anak gadis itu.

   "Saya pergi dulu untuk mengambil kereta.Tolong tunggu disini."Katanya sambil menghayun kaki ke arah rumahnya yang sememangnya memang berhampiran dengan rumah hayati.

   Kedua anak² gadis itu duduk diatas anak tangga dihalaman rumah.Tiba² linda bertanya kepada hayati."Lili tidak suka kah saya tinggal disini?Tidak mungkin saya bersikap kasar yang membuatkan dia marah.Dia seolah-olah tidak suka saya tinggal disini."

   Hayati terdiam sebentar dan berkata."Oh,pedulikan lili.Usianya yang telah lanjut membuatkan dia nyanyuk."

   Sebelum sempat linda menyambung lagi apa yang hendak dikatakannya,kereta mustang merah kepunyaan harun pun tiba.Hayati bangun dan membuka pintu."Mari linda,mari pergi berenang ditepi laut itu."

   Semasa kereta itu meluncur pergi,mereka tidak sedar yang lili asyik memperhatikan gerak-geri mereka dari pintu dapur.Mukanya pucat lesi dan kelihatan sungguh² merah.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma

Mangsa Ahli Sihir Bahagian 1 - 20 (Selesai)

Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (1)


   Linda johan meletakkan ganggang telefon sambil mengerling bapanya yang sedang duduk dikerusi memerhatikannya.Sambil mengesat matanya,linda berkata.

   "Saya tidak tahu bagaimana ayah boleh menghantar saya ke tempat begitu selama setahun dengan tidak mempunyai seorang sahabat pun dan mungkin akan mati kesejukan."Linda membangkang cadangan ayahnya yang mahukan linda duduk di pulau pinang bersama-sama dengan kakaknya untuk membuat penyelidikan.

   "Linda,dengar ini."Bisik ayahnya."Pinang itu kan tempat yang selamat.Kamu kan dah pergi ke sana.Ingat betapa gembiranya kamu ketika mengunjungi mak cik milah kamu dulu."

   "Itu dulu."Jawab linda dan airmatanya kelihatan berlinangan."Ayah.Saya sememangnya menyintai mak cik milah tetapi saya tidak mahu tinggal disana.Tambahan pula sekolahnya terlalu asing buat saya.Saya kini disekolah menengah ayah.Saya mahu tinggal disini berada disamping teman².Walau apa pun terjadi saya mahu tinggal bersama hayati.Saya mengenali pakcik radhi dan makcik habibah akan memberikan persetujuan jika hayati mahukan saya tinggal bersama dengannya."

   "Tidakkah itu terlalu lama kerana ayah akan pergi selama sembilan bulan."

   "Ayah."Bentak linda."Hayati dan saya sudah macam adik-beradik.Emaknya mengalahi makcik saya sendiri."

   "Terpulanglah kepada kamu."Katanya sambil tersenyum.Kini dia tahu anaknya akan bergembira jika dibiarkan tinggal dijohor daripada dihantar ke pinang semasa dia berada di singapura.

   Sambil tersenyum simpul linda berkata."Terima kasih ayah."Lalu mengerling jam tangannya."Saya hendak keluar kerana telah pun membuat temu janji dengan hayati tadi untuk kerumahnya untuk memberitahunya tentang perkara itu.Saya akan pulang segera untuk memberitahu apa jawapannya nanti."Katanya sambil mencium pipi ayahnya.

   "Tak apalah linda."Katanya sambil memandang sayang anak daranya yang baru menjangkau usia enam belas tahun.Sejak isterinya meninggal dunia sebelas tahun yang lalu,dia lah yang bertindak sebagai ibu dan bapa kepada linda.

   "Jumpa lagi ayah."Jerit linda kemudian.

   Sambil mengayuh basikalnya menuju kerumah hayati,linda sempat memerhatikan keadaan disekitar jalan raya yang begitu aman baginya.Dia tidak sekali-kali sanggup untuk meninggalkan johor,lalu berdoa hayati dan keluarganya akan sanggup menerimanya tinggal bersama.

   Cuaca pagi itu begitu panas membakar.Sambil mengayuh basikal menghala jalan ke tepi pantai melalui kawasan yang paling cantik dibandar itu,linda tidak melepas pandangan terhadap rumah² yang sememangnya menarik di sepanjang jalan.

   Linda tidak sanggup meninggalkan  johor dan berdoa agar hayati serta kedua ibu bapanya sanggup menerimanya untuk tinggal bersama mereka buat sementara sahaja.

   Ketika melintasi rumah yang terletak ditepi lebuh raya,linda sempat mengerling untuk melihat sama ada kereta mustang kepunyaan harun ada digaraj.Linda dapat mengagak yang harun ada di gelanggang tenis kerana keretanya tidak ada digaraj.Lalu berdoa alangkah baiknya jika dia memberikan perhatian yang lebih semasa bapanya mengajarnya bermain tenis.Tetapi mungkin akan menghabiskan lebih banyak masa daripada belajar menunggang kuda.

   Setibanya dirumah hayati,linda mengucapkan selamat pagi kepada lili,pembantu rumah hayati yang datang membukakan pintu."Hayati dah turun ke bawah atau belum?."

   "Pergilah ke meja sarapan,linda.Saya sedang menyiapkan sarapan paginya ini."Lili menunjukkan arah ke meja sarapan dimana hayati sedang menunggu.

   Linda menghayunkan kaki kearah gadis yang bermata coklat dan berambut hitam pendek."Hai,hayati."

   Hayati memusingkan kepalanya bila mendengar suara linda."Hei.Linda saya telah lama menunggu kamu."Katanya sambil meneguk air orennya."Suara kau dalam telefon tadi seolah-olah memerlukan pertolongan,dan saya ingat dalam masa dua saat kau akan sampai."Kata hayati sambil memanggil lili datang."Bawakan linda air minuman lili."

   Sambil memerhatikan linda,hayati berkata."Apa yang perlu saya tolong linda?."Linda menceritakan tentang cadangan bapanya yang mahu menghantarnya ke pinang selama setahun tetapi beliau bercadang hendak menetap sahaja dengan hayati jika mereka menyetujui.Linda memandang muka hayati dengan pandangan yang begitu mengharapkan.

   Hayati tersengih."Memang kau boleh tinggal disini."Ujarnya."Bapa kau terpaksa berfikir dua kali kalau dia fikir dia boleh memisahkan kita."

   "Betul ke apa yang kau katakan ini hayati?Betul ke kau sanggup menerima aku?."Tanya linda lagi,bertubi-tubi.

   "Mari kita tanya emak sebaik sahaja dia turun nanti."Sambung hayati lagi.Lili masuk ke bilik makanan membawa roti bakar,air minuman dan pinggan tambahan untuk linda."Makan,linda."Kata hayati sambil meletakkan roti bakar ke pinggan linda.

   "Jika saya makan seperti ini setiap hari takkan dapat saya menunggang kuda lagi."Jawab linda sambil meneguk air minuman.

   Lili memandang kedua mereka dan berkata."Masakan saya lah yang menjadi punca bayi ini sentiasa sehat."

   Hayati tersenyum,dan bertanya kepada linda apa yang akan dibuat oleh bapanya di singapura nanti.

   "Saya sendiri tidak tahu.Tetapi ada syarikat² disana yang mahukan bapa saya membuat penyelidikan tentang prospek emas.Dan,dia sendiri sudah tidak sabar hendak pergi."

   "Siapa yang sudah tidak sabar itu?."Tanya puan habibah sambil menguap."Selamat pagi semua,linda,awalnya kamu telah keluar.Kamu berdua ini ada rancangan tertentu ke?."

   "Selamat pagi kembali makcik habibah.Saya memberitahu hayati tentang tugas ayah yang terbaru."Jawab linda.

   "Dapat ke ibu bayangkan."Kata hayati."Pakcik ali akan bertugas disingapura selama setahun dan dia mahu kan linda tinggal di pinang bersama dengan makciknya yang telah lanjut usia.Jadi saya beritahu linda yang dia boleh bersama kita."Hayati tersenyum memandang emaknya dan menunggu apakah jawapan yang akan diberi.

   Habibah memandang kedua-dua anak remaja yang sedang naik itu dan tahu dari melihat wajah mereka dan tahu soal itu telah mereka putuskan terlebih dahulu.

   "Linda boleh tinggal disini jika dia mahu.Mustahil dia boleh meninggalkan teman-temannya dengan begitu sahaja."Habibah bangun memegang bahu linda dan berkata."Saya akan telefon ayah kamu pagi ini juga."

   "Oh,terima kasih makcik habibah."Jawab linda."Saya benar² berterima kasih kerana dibenarkan tinggal dirumah ini."

   "Jangan fikir perkara itu.Kami bergembira menerima kamu linda.Saya akan tanya bapa kamu jika rumah itu mahu disewakan kepada orang lain kerana pengarah pusat kesihatan disini mahu menyewanya.Mereka perlukan tempat tinggal dan masih belum bersedia untuk membeli rumah lagi."

   "Itu cadangan yang baik."Jawab linda pantas dan bangun."Saya fikir biarlah saya pulang dahulu tambahan pula saya beritahu ayah yang saya pergi sebentar sahaja.Makcik akan telefon ayah saya bukan?Tolonglah beritahu ayah,saya boleh tinggal disini."

   "Ia lah sayang.Biarlah perkara itu saya selesaikan."Linda sungguh² terharu melihat kesanggupan mereka menerimanya tinggal bersama.

   "Saya akan datang lagi hayati dan makcik.Dan,terima kasih saya sungguh terharu."

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma