Pemuja Roh Wanita
Bahgaian 8 : Bertapa Dengan Mayat Hidup
Di kampung gondang,ada sebuah perkuburan yang dikenali sebagai kubur kosong.Kononnya kubur itu adalah milik mayat perempuan mati beranak bernama soyah.Atau nama lengkapnya siti soyah binti kamat.
Pada masa muda-muda dulu,penulis pernah sampai kekampung gondang itu dan mendengar tentang kubur yang mayatnya digali dan dilarikan orang.
Seorang pemuda yang seingat penulis bernama megat menceritakan panjang lebar tentang mayat soyah.
"Soyah meninggal pada hari isnin dan dikebumikan pada petang hari itu.Pada malamnya ada orang menunggu kubur itu."Cerita megat.
Tapi belum pun pukul sepuluh,kesemua orang yang menunggu kubur sambil membaca ayat-ayat al-quran itu diserang rasa mengantuk yang amat sangat.
Mereka kesemua yang berjumlah empat orang itu masing-masing terlintuk dan kemudian tidak sedar lagi apa yang terjadi.
Apabila mereka terjaga,mereka benar-benar terperanjat apabila melihat kubur soyah yang hanya dua depa saja dari wakaf tempat mereka menunggu kubur itu sudah dibongkar orang.Mayat soyah sudah hilang.
Kehilangan mayat soyah tidak dapat dikesan,walau pun sudah dilaporkan kepada pihak polis.
Seronok juga mendengar kisah itu.Tapi kedatangan penulis ke kampung gondang itu bukan sekadar ingin tahu kisah mayat soyah dicuri orang.
Kedatangan penulis kekampung itu untuk mencari orang seorang yang bernama pak sukaran pendekar.Itulah tujuan penulis datang kekampung gondang itu.
Datuk saudara penulis,wak leh yang pada masa itu telah pun meninggal pernah menceritakan kepada ibu penulis ada seorang muridnya yang banyak mewarisi ilmu darinya.Orang itu dikenali sebagai pak sukaran pendekar.
Memang senang untuk mencari rumah pak sukaran pendekar yang membeli tanah dikampung itu dan bekerja membuka kebun.
Orangnya sudah tua juga.Pada pandangan penulis pak sukaran pendekar sudah berusia dekat 50 tahun.Orangnya nampak gagah berbahu cangkah dengan tubuhnya tinggi dan tegak.
Setelah menjemput naik kerumahnya dan kami masing-masing bersila,pak sukaran bertanya."Anak ini siapa dan datang dari mana?"
"Saya ini cucu wak leh.Saja datang nak mengenali salah seorang murid kanan wak leh."Kata penulis.
Pak sukaran tersenyum mendengar yang penulis adalah cucu saudara wak leh.
"Dulu pak cik ini pengayuh beca dipasir mas.Suatu hari wak leh berpesan supaya mengambilnya dirumah di kampung dangar.Kononnya dia ingin berjalan ke pekan.Dah lama aku tak kepekan."Katanya.
"Pak cik pun datanglah untuk mengambilnya.Setelah mengayuh beca separuh jalan,tiba-tiba wak leh menyuruh pak cik mengayuh kuat-kuat sedikit.Kau ni kayuh beca macam budak belum bersunat,begitulah kata wak leh.
"Dalam hati,pak cik rasa orang tua itu ada helahnya.Dia ingin bergurau.Tapi sebagai murid,tetap patuh.Pak cik pun kayuh beca sekuat hati.."
Pak sukaran tidak terus menyambung ceritanya.Dia selalu terkenang gurunya itu dan menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tergelak.
"Anak tahu apa jadi?.Rupanya wak leh ingin bergurau hari itu.Pak cik kayuh bukan main laju,tapi becanya seperti tergantung.Tak bergerak-gerak."
Selepas berbual-bual kami bersama makan tengah hari yang disediakan oleh isterinya.Isterinya masih muda,kira-kira separuh usia lebih muda dari pak sukaran.Benarlah kata ibu penulis,bahawa kelebihan yang ada pada pak sukaran ialah banyak mewarisi ilmu pengasih dari wak leh.
Menurut ibu penulis,wak leh sangat berhati-hati dalam menurunkan ilmu pengasih yang ada padanya.Ini disebabkan wak leh tidak mahu muridnya menjadi lupa daratan dan melakukan kezaliman terhadap kaum wanita.
"Masa saya singgah dikedai kopi tadi,ada orang cerita pasal kubur soyah yang mayatnya dicuri orang."Kata penulis menceritakan hal itu,nampak pak sukaran berpandangan dengan isterinya yang duduk disamping suaminya.
"Sebenarnya,nak,soyah itu ibu kepada mak uda kau ni.Semasa melahirkan mak uda kau inilah,soyah meninggal."Kata pak sukaran.
Dan setelah selesai makan,pak sukaran bercerita..
Ketika kejadian itu berlaku,pak sukaran baru saja datang kekampung itu.Dia meninggalkan kerjanya sebagai pengayuh beca setelah isterinya meninggal dan merantau hingga tiba kekampung gondang lalu merasa teringin menetap disitu.
"Sebelum kejadian itu berlaku,pak cik dah dapat alamat tak baik.Nampaknya dikampung itu akan berlaku sesuatu yang tak baik."Tutur pak sukaran.
Tapi sebagai orang baru disitu,pak sukaran tidak ingin menunjuk pandai.Namun dia menunggu juga apakah perkara yang bakal berlaku.Dan pada malam selasa itu hebohlah tentang kehilangan mayat soyah dari kampung itu.
Pak sukaran setelah mendengar tentang kehilangan mayat itu,pergi menengok kesannya di kubur pada keesokannya.
"Jelas perbuatan itu bukan perbuatan hantu atau jembalang.Itu perbuatan manusia.Dan tujuan pun jelas,mayat itu dicuri untuk tujuan mendapatkan ilmu hitam."Tambah cerita pak sukaran.
Menurut pak sukaran,ramai orang yang menuntut ilmu hitam suka mencuri anak sulung yang mati malam selasa.Tapi orang itu lain coraknya.Dia mencuri perempuan yang mati beranak dimalam selasa.
"Pada jangkaan pak cik,orang itu bukan sebarang orang.Sudah tentu dia ingin mendapatkan ilmu hitam yang lebih tinggi."Kata pak sukaran.
Kerana tidak ingin menunjuk pandai,pak sukaran cuba mencari jejak orang yang mencuri mayat soyah itu secara diam-diam.Tidak sesiapa pun tahu bahawa pak sukaran sedang berikhtiar untuk mendapatkan mayat itu balik.
Setelah bermalam-malam meminta petunjuk untuk mengesan jejak orang yang mencuri mayat itu,akhirnya pada malam ketujuh barulah pak sukaran mendapat alamat.Antara tidur dan jaga dia nampak sebuah gua.Dihadapan gua itu ada batu besar.
"Memanglah tanpa alamat secara beramal,tak mungkin dapat dikesan jejaknya.Kerana secara batin orang itu telah menghilangkan kesannya.Kalau orang itu sudah boleh berjalan tanpa kesan tapak kaki,sudah tentu ilmu hitamnya sudah tinggi."Kata pak sukaran.
Setelah mendapat alamat dimalam ketujuh itu,pak sukaran bertanya sesiapa yang tahu tentang bukit yang jauhnya empat batu dari kampung gondang itu.
"Cuma ada seorang tua yang tahu tentang bukit itu secara teliti.Orang itu adalah datuk kepada mak uda kau.Dia beritahu pak kononnya ada gua dibukit itu menghala kebarat.Dulu datuk mak uda kau itu pernah sekali cuba pergi mengambil tahi kelawar.Tapi setelah masuk ke gua itu,dia merasa tak sedap hati lalu keluar dan pulang."Tambah pak sukaran lagi.
"Dihadapan pintunya ada batu besar?"Tanya pak sukaran pada orang tua itu.
Orang tua agak hairan apabila pak sukaran boleh tahu tentang dihadapan pintu gua itu ada batu,sedangkan pak sukaran belum kesana.
"Memang ada batu besar berbentuk seperti gajah."Kata orang tua itu.
Dengan keterangan dari orang tua itu,sudah jelaslah yang mayat soyah berada di gua itu.Pak sukaran tidak heboh tentang gerakannya untuk mengembalikan semula mayat soyah.
Setelah mendapat alamat kedua yang mengizinkan pak sukaran bergerak,barulah pak sukaran melangkah meredah hutan diwaktu malam menuju ke arah bukit itu.
"Untuk mengelakkan diri dari kedatangan pak cik itu mendapat firasat kepada orang itu,pak cik hanya amalkan bacaan dalam surah yasin itu saja.Bukan lah amalan yang pelik-pelik.Amalan yang biasa diajarkan oleh wak leh.Pak cik ingat lagi,bukan lah soal amalan itu yang penting,yang lebih pentingnya ialah keyakinan dan bulat hati yang allah akan menolong kita.Itulah ilmu sebenarnya.Kata wak leh kepada pak cik."Kata pak sukaran.
Dan untuk memagarkan diri dari diserang oleh pengawal orang yang melarikan mayat soyah itu,pak sukaran mengamalkan ayat LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN...
Menurut pak sukaran,orang itu memakai serba hitam yang sedang mengadap mayat itu agak terkejut dengan kedatangannya.
"Mungkin dia ingat penguasaan ilmu hitamnya menyebabkan tiada seorang pun yang sanggup menentang dan mencabarnya.Tapi syukur lah dengan izin allah pak cik dapat menembusi ilmunya."Kata pak sukaran.
Setelah berhadapan dengan orang itu,pak sukaran membaca ayat pendek dalam surah yasin untuk melemahkan lawan.Ternyata dengan ayat pelemah itu,musuhnya itu seolah-olah gementar.Pak sukaran yakin seyakin-yakinnya,apa juga yang diajar oleh gurunya benar dan akan mendapat pertolongan allah.
"Siapa kamu?"Tanya orang itu.
Pak sukaran sedar,orang itu bertanya begitu kerana dalam perasaannya timbul rasa gementar melihat ilmu hitamnya tidak berkesan.
Dengan tenang pak sukaran menjawap."Saya yang datang ini hendak bertanya awak,siapa awak sebenarnya sehingga sanggup melakukan perkara yang sebegitu keji?".
Melihat ketenangan pak sukaran menghadapinya,orang yang akhirnya dapat dikenali sebagai pak hitam itu dalam keadaan tergugah hati mencuba kesaktian ilmu hitamnya bertubi-tubi.
Tikam-tikaman dengan menggunakan gerak batin terus menerus dirasakan oleh pak sukaran.Terasa badannya kini bagaikan terbakar.Masa itu juga pak sukaran terus membaca ayat amalan dari surah ibrahim.Dan serangan bagaikan panah api itu dapat dihapuskannya.
Setelah bersabar dan terus membiarkan musuh mempergunakan segala kepandaiannya,barulah pak sukaran memulakan langkah.Pak sukaran kemudiannya membaca beberapa amalannya kemudian bertempik bagaikan petir kuatnya lalu memacakkan kerisnya ketanah sambil menyeru.
"Begitu lut bumi,lut juga yang asal darimu.Asalnya darimu,pulang pulih sepertimu,bumi jilah tujuh lapis,tujuh isim dan tujuh sifat,lemahlah kamu lemah berdepan dengan keris allah dengan berkat kata LAILAA HAILALLAH,MUHAMMADUR RASULULLAH."
Dan selepas menikam bumi dengan kerisnya,pak sukaran melihat pak hitam menggigil seperti serta merta diserang demam kura.
Dengan meninggalkan kerisnya terpacak ditanah,pak sukaran pergi mendapatkan mayat yang telah membengkak dan sudah berbau itu.
Tapi mayat itu bingkas bangun dan seolah-olah mahu menyerang pak sukaran.Lalu sekali lagi pak sukaran membaca ayat-ayat amalannya untuk menghalau jembalang.Tiba-tiba mayat itu terjelupuk jatuh.
Walau pun mayat itu sudah reput dan berbau,namun pak sukaran dengan menyumbat hidungnya terus memikul mayat itu dan membawa pulang.
"Tanpa buat heboh,mayat itu kami kebumikan semula dibelakang rumah keluarga soyah.Pada mulanya kubur itu tak diberi tanda nisan.Selepas berbulan-bulan barulah dipacak nisannya."Kata pak sukaran.
Tentang pak hitam itu,menurut pak sukaran dia tinggalkan begitu saja digua.Pak sukaran sendiri tak tahu apa kesudahannya dengan bomoh ilmu hitam itu.
"Tapi mengikut kata wak leh,jika sesiapa yang terkena amalan itu jika dikehendaki allah dan telah ditetapkan takdir allah keatasnya,sampailah ajalnya setelah genap 41 hari.Tapi jangan takabur,nak.Kalau sekiranya allah tak izin serta umurnya dipanjangkan allah,amalan itu bukanlah boleh meragut nyawa sesiapa.Ingat,nyawa kita ini ditangan allah.Inilah pegangan yang mesti diingat.Jangan takabur,itu salah besar."Kata pak sukaran seperti menasihat penulis supaya berhati-hati dari perasaan membesarkan diri.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Tameng Jais
Sunday, 9 October 2016
Pemuja Roh Wanita
Bahagian 7 : Ubat Guna-guna Sari Beruang
Sebenarnya hanya shahril yang tahu mengapa isterinya mardiah melahirkan anak berupa beruang.
Kisah itu tidak akan diceritakan kepada sesiapa pun.Biarlah ianya menjadi rahsia sehingga dia menempuh maut.
Hak itu terjadi disebabkan sumpah seorang dukun orang asli bernama opai.Ini disebabkan shahril yang pada masa itu kurang sabar dan terlalu mengikut panggilan nafsu buasnya.
Shahril yang dizaman remajanya suka mengembara itu akhirnya tiba kesebuah kampung berhampiran dengan perkampungan orang asli.Dia bekerja sebagai penoreh getah buat beberapa tahun dikampung gong salak itu.
Dan ketika berada dikampung gong salak itulah shahril mendapat tahu diperkampungan orang asli itu ada seorang dukun bernama opai.Menurut orang yang tahu dikampung itu,opai ini sangat pandai tentang ilmu pengasih mahu pun ilmu penguat tenaga batin.
Menurut orang yang tahu itu,ada satu ilmu pada opai yang boleh menguatkan tenaga batin seseorang itu yang dinamakan guna-guna sari beruang.
Sebagai seorang pemuda,shahril sangat tertarik dengan ilmu begitu.Dengan berjaya memiliki ilmu begitu,sudah tentu dia menjadi seorang lelaki yang dapat menguasai gadis.
Oleh kerana teringinkan sangat ilmu guna-guna sari beruang itu,shahril berusaha untuk berkawan dengan opai.
Opai memanglah selalu keluar untuk menukarkan apa-apa hasil hutan dengan tembakau atau apa-apa keperluan yang lain seperti kain atau baju untuk isterinya yang berjumlah empat orang dan muda-muda belaka.
Dan setiap kali opai datang kekampung itu,shahril sentiasa mendapatkan opai.Dan kerana kebaikan budi shahril,opai akhirnya sangat menghormati shahril.
Walau pun umur opai sudah menjangkau lima puluh tahun dan shahril ketika itu baru berusia dua puluh tahun,namun persahabatan antara opai dan shahril begitu erat sekali.
Persahabatan serta budi yang ditanam oleh shahril menyebabkan opai merasakan dia berkewajipan membalas budi anak muda itu.
Tidak hairanlah kalau opai bersungguh-sungguh benar supaya shahril datang ketempatnya.Dan shahril pula menyatakan dia akan kesana suatu hari nanti.
Dan ketika shahril suatu hari datang ke tempat kediaman opai,opai menerimanya dengan begitu hormat sekali.Dan shahril sungguh terkejut yang opai memiliki empat orang perempuan sebagai isterinya.
Opai bersungguh-sungguh benar supaya shahril bermalam ditempat kediamannya."Encik tidur disini saja.Esok balik."Kata opai dengan tersenyum.
Shahril pada mulanya keberatan,tapi akhirnya bersetuju juga.Lalu bermalam lah shahril ditempat tinggal opai.Dan shahril mendapat penghargaan istimewa dari opai malam itu.Dia diberi peluang tidur bersama salah seorang isteri opai.
Malam itu dia benar-benar mendapat kenikmatan kerana dilayan oleh salah seorang bini opai yang bernama palas.Walau pun palas sudah berusia dalam lingkungan tiga puluhan namun pengalaman itu cukup menyeronokkan.
Tapi semasa berdua-duaan dengan palas malam itu,shahril merasakan dia kalah sabung.Dan ternyata palas sangat ganas orangnya.Shahril seolah-olah didorong oleh palas supaya terus-menerus berasmara dengannya,seolah-olah palas tidak mahu peluang malam itu tidak dapat dipergunakan sepenuhnya.
Palas ketawa apabila mendapati shahril kalah sabung dan menggelupur seperti cicak kene pukul.
Keesokannya ketika hendak pulang,opai mempelawanya datang lagi.Bagitu juga dengan empat orang bini opai tersenyum ramah menghantar shahril dengan pandangan mesra.
Shahril tidak tergesa-gesa menyatakan hasratnya inginkan ilmu guna-guna sari beruang.Baginya,tidaklah elok kalau diminta dari opai apa yang diingininya itu secara tergesa-gesa.
Pada fikiran shahril,biarlah dia lambat mendapatkannya,tapi tetap dengan kerelaan opai dan kepercayaannya sepenuhnya.
Dan sejak kunjungan pertama itu,selalu lah shahril datang.Dia akan datang dengan membawa hadiah-hadiah baik untuk opai sendiri mahu pun bini-bini opai.
Dan setelah begitu dipercayai oleh opai,akhirnya shahril pun menyatakan hasratnya untuk mendapatkan ilmu guna-guna sari beruang itu.
Opai termenung seketika mendengar keinginan shahril itu.Dia merasa berat untuk memberikan ilmu itu kepada shahril.Dia takut setelah diberikan ilmu itu kepadanya,shahril akan melakukan kesilapan dan akibatnya dia akan menyesal kelak.
Namun shahril ternyata tidak mahu kecewa,dia tetap menyanggupi apa saja sebagai syaratnya asalkan opai sanggup memberikannya.
"Baiklah."Kata opai.
Untuk menuntut ilmu itu,shahril diminta oleh opai supaya bermalam disitu selama seminggu.
Shahril tetap tinggal selama seminggu,dan malam itu opai membaca manteranya seperti memanggil sesuatu.
Akhirnya menjelmalah seekor beruang.Beruang itu sangat patuh kepada opai.Beruang itu kemudiannya begitu manja dengan opai.
Shahril tidak tahu rahsia beruang itu.Kedatangan beruang itu menyebabkan shahril ingin tahu,apakah yang dikerjakan opai bersama beruang didalam bilik khas.
Shahril cuba bertanya kepada palas.Sambil tersenyum,palas menyatakan beruang itu adalah bini opai.
Tercengang shahril apabila diberitahu oleh palas yang beruang itu adalah salah seorang bini opai.Sungguh ganjil seorang manusia berbinikan seekor beruang betina.
Pada malam berikutnya entah kenapa,semua bini opai meninggalkan opai.Mereka pergi entah kemana dan tidak pulang pada waktu malam.
Dan setelah larut malam,shahril mendengar dengusan hebat dibilik khas opai.Sifat ingin tahunya menyebabkan shahril tidak dapat menahan hati untuk mengintai.
Shahril bagaikan tidak percaya apa yang diintipnya.Dia melihat opai sedang melakukan hubungan seperti suami isteri dengan beruang itu.
"Patut pun isteri opai meninggalkan opai sendirian,mungkin kerana menghindari melihat opai melakukan perbuatan begitu."Bisik batinnya.
Pada malam ketiganya,opai menyuruh shahril masuk kebilik khas itu.Opai kemudian membaca jampi serapahnya dalam bahasa yang tidak dapat difahami oleh shahril.Selepas itu opai pun keluar dan meninggalkan shahril didalam bilik khas itu.
Sebentar kemudian masuklah beruang itu.Beruang itu menyondol-nyondol tubuh shahril seperti merayu.Shahril teringat peristiwa dia mengintai apa yang dilakukan oleh opai bersama beruang itu malam semalam.
Beruang itu menjilat-jilat seluruh tubuh shahril sehingga dia begitu geli.Kemudian beruang itu terus memeluk shahril.Akhirnya terjadilah seperti apa yang dilakukan opai terhadap beruang itu.
Selepas tidak kedengaran bunyi apa-apa lagi,opai masuk semula kebilik itu dan meneruskan bacaan jampi serapahnya lagi.
Keesokannya opai memberikan penangkal kecil yang disuruhnya shahril mengikatnya di pinggang.
"Tangkal ini lah ilmu guna-guna sari beruang."Kata opai.
Kini shahril telah berjaya mendapatkan penangkal hebat seorang lelaki itu.Dia merasakan dirinya benar-benar gagah perkasa sebagai seorang pemuda.
Tapi shahril belum boleh pulang sehingga tempoh selesai opai menjampinya.Dan setiap malam opai terus membaca jampi.
Kemudian selesailah penurunan ilmu sari beruang itu.Opai menyuruh shahril pulang kerana katanya penurunan ilmu itu telah selesai.
Shahril kini kembali semula kerumah tumpangannya dan bekerja sebagai penoreh getah.
Disebelah rumah tumpangannya tinggal sekelamin penoreh getah.Suaminya shahril kenali sebagai munim dan isterinya shahril dikenali sebagai besah.
Walau pun wajah besah tidak cantik,namun tubuhnya segar.Shahril selalu nampak besah mandi diperigi dalam keadaan berkemban.Dan apabila kain kemban itu terkene jirusan air,shahril terpesona dengan bentuk badan besah yang ternampak jelas dengan dilapisan kain basahan itu.
Rupanya minat shahril terhadap besah bukan tidak berbalas.Apabila selalu sangat shahril mencuri pandang ketika dia sedang mandi,besah seolah-olah sengaja melambatkan mandinya.
Malah besah sengaja melebihkan senyumannya apabila bertembung dengan shahril.
Munim suami besah rupanya seorang suami yang ikhlas dan tidak mencurigai apa-apa terhadap besah.Dianggapnya shahril sebagai adiknya.
Kerana itulah dia tidak bimbang apa-apa apabila terpaksa pulang kekampung meninggalkan isterinya sendirian.
"Abang ni kene pulang ke kampung kerana ada urusan sedikit.Nak bawa kakak kau pun cuma pulang sehari saja.Jadi semasa tak ada abang,tolong tengokkan kakak tu."Pesan munim sebelum berlepas balik ke kampung asalnya.
Dan malam itu ketika shahril sedang duduk sendirian dibiliknya,dia mendengar ada ketukan dari sebelah dinding.
"Kau dah makan,ril?"
"Dah,kak."
"Minum?"
"Minum apa?"Tanya shahril.
"Asal nak minum,minum apa-apa pun boleh.Datanglah kerumah kakak."
Shahrik tersenyum sendirian.Dan kini dia merasakan peluang untuk bermesra dengan besah sedang terbuka.
"Nantilah kejap,kak."Katanya.
"Kau ni nama saja orang muda,tapi bila dipelawa minum dengan kakak,boleh pula bersabar."Kata besah.
Dirasakannya kata-kata itu mempunyai makna lain dan lain pula tujuan yang hendak dinyatakan oleh besah itu.
Shahril kemudian masuk kerumah sebelah.Tidak ada besah disitu.Dia mencari besah kedapur.Tidak ada.Rupanya besah berada dibilik.
Dan ketika shahril menjenguk,besah memandangnya serta memberikan senyum."Masuklah minum."Katanya.Dan shahril sudah faham.
Malam itu merupakan malam penuh beerti bagi besah.Dia sudah lama merasa kekeringan disebabkan munim tidak begitu berdaya melayani keinginannya.
Sambil memeluk shahril bagaikan tidak mahu melepasnya buat selama-lamanya,besah membisikkan kata-katanya."Hebat kau,ril.Hari dah malam,tak usahlah kau balik.Tidur disini saja sampai subuh."
Rupanya perhubungan itu tidak setakat itu saja.Walau pun munim kini berada disisi isterinya,namun berbagai helah dan alasan bedah adakan untuk bertemu shahril didalam semak berhampiran dengan kebun getah tempat shahril menoreh.
Malah akhir-akhirnya besah nampak sangat pada pandangan munim bersikap manja terhadap shahril.Memang dalam hati besah kini dipenuhi dengan harapan shahril akan terpikat dengannya dan akan menjadikannya isteri.Dia rela sehidup semati dan bersusah senang dengan shahril kiranya pemuda itu sanggup mengambilnya sebagai isteri.
"Kakak sanggup,ril."Kata besah pada satu pertemuan.
"Jangan begitu.Abang munim tentu kecewa."
"Habis takkan kita begini saja."
Pernah sewaktu shahril tidak ada dirumah,munim seolah-olah menyindir tentang gelagatnya selalu sangat melayani shahril berlebih-lebihan.Mendengar sindiran itu besah tidak pula cuba menafikan telahan munim.
Munim ternyata sangat menyayangi isterinya.Dia tidak sanggup melepaskan besah walau pun hatinya kini penuh berkecamuk dengan perasaan cemburu yang bernyala-nyala.
Akhirnya munim mengambil keputusan untuk menemui opai yang juga merupakan kawannya.Dia pergi menemui opai dan mengadu tentang kecurigaannya terhadap besah.
Opai kemudian mengambil segeluk air yang berisikan tengkorak manusia.Dia membaca manteranya yang begitu panjang sambil menggoyangkan badannya kekiri dan kekanan dan kedua-dua tangannya di gapaikan ke atas.
Setelah selesai membaca mantera.Opai merenung kedalam air yang jernih itu.Munim yang ikut melihat kedalam air,tidak melihat apa-apa kecuali sebuah tengkorak.
Opai memerhatikan agak lama.Dan kemudian matanya terjegil seperti tidak menyangka sama sekali apa yang dilihatnya.Dan kemudian menggeleng-geleng kepala serta mendengus seperti marah.
Memang apa yang tidak dapat dilihat oleh munim didalam geluk air berisi tengkorak itu,dapat dilihat dengan jelas oleh opai.Opai melihat gelagat besah bermesra dengan seorang lelaki.Dan lelaki itu adalah shahril.Opai benar-benar tersinggung kerana shahril telah berkhianat.
Opai teringat pertanyaan shahril akan syarat serta pantang-larang memakai ilmu guna-guna sari beruang itu.
"Apakah kalau saya melanggar ilmu ini boleh tawar?"Tanya shahril.
"Ilmu ini tak boleh hilang,tapi kamu akan terkene ketulahan."
"Apakah ketulahan itu?"
"Kita tak boleh cakap.Tapi akan terkena."Terangnya pada shahril.
Dan kini ternyata shahril sudah melampau.Dia sudah melakukan kecurangan dengan isteri orang.Bagi opai,tidak mengapa kalau seseorang itu tidur dengan bini orang lain dengan seizin suaminya.Tapi jika melakukan kecurangan,hal itu merupakan sesuatu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan.
"Pulanglah dulu.Nanti saya ikhtiarkan."Kata opai pada munim.
Dan munim pulang dan menyerahkan masalahnya kepada penyelesaian opai.Dia percaya dan yakin opai boleh menyelesaikan masalah itu.
Opai kemudian datang menemui shahril.Dia meminta shahril datang ketempatnya.
Setelah sharil datang ketempatnya,opai dengan perasaan marah berakata."Kenapa encik lakukan itu?"
Shahril tercengang.Apakah opai tahu tentang rahsianya?.Dia menjadi hairan berhadapan dengan opai yang berwajah marah itu.
"Saya lakukan apa?"Tanya shahril seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.
"Encik telah buat jahat dengan isteri kawan saya."Kata opai.
Setelah mendengar kata-kata opai itu,wajah shahril menjadi pucat.Dia tidak menyangka sejauh itu opai boleh mengetahuinya.Tidak dia tahu bahawa opai boleh menilik segala perbuatannya melalui geluk air berisi tengkorak itu.
Akhirnya opai menyuruh shahril meninggalkan kampung itu.Tapi shahril yang sudah mengecapi kenikmatan bersama besah itu nampaknya tidak mahu menurut perintah orang asli itu.Shahril berdegil ingin tinggal disitu walau pun dihatinya tidak ada niat untuk merampas besah dari munim.Dia tidak menghiraukan perintah opai.
Tapi shahril tidak boleh bertahan lama.Setiap malam shahril dikejar oleh tengkorak.Tengkorak itu melayang-layang bagaikan akan mengetuk kepala shahril.
Shahril masih juga berdegil kalau dia dalam mimpi.Dalam mimpi itu opai dengan wajah bengis memberikan amarannya yang terakhir.
"Kalau kamu tidak keluar,kamu akan mendapat susah.Keluarlah dari sini sebelum menyesal."Kata opai dalam mimpi itu.
Setelah mendapat mimpi itu,barulah shahril mulai bimbang akan akibatnya jika dia berdegil juga.
Setelah tahu yang shahril akan meninggalkannya,besah menyatakan yang dia ingin mengikuti shahril.
"Tak boleh,besah."Kata shahril yang kini tidak berkakak lagi dengan perempuan yang menjadi kekasihnya itu.
Bertahun-tahun setelah meninggalkan kampung itu,shahril telah hampir lupa dengan peristiwa itu.
Tapi kini segala-galanya itu dikenang kembali.Malah dia mula menemui jawapan mengapa dia mendapat bayi kembar beruang.Dan mengapa dia mendapat musibah kehilangan anak lelakinya.
Itulah ketulahan ilmu guna-guna sari beruang.Dan segalanya itu atas kutukan opai.

Bahagian 6 : Bayi Dilahirkan Jadi Beruang
Perut mardiah yang membuyut itu sudah sepuluh bulan lamanya,namun bayi yang dikandungkannya tak juga lahir.
Sudah beberapa kali mardiah menghadapi tanda-tanda saat untuk bersalin telah tiba.Namun kesakitannya reda begitu saja,bayi itu tidak juga keluar dari rahim.
Alangkah hebatnya mengandung anak sulung itu.Rasa-rasanya serik untuk mengandung lagi.Makin hari makin dirasakan betapa lesunya menanggung kandungan yang sudah berusia sepuluh bulan itu.
Tapi mengingatkan itulah satu-satunya tanda kebahagiaan hidupnya bersama suaminya,mardiah merasakan dia seharusnya tabah menunggu saat untuk melahirkan bayi itu.
Suaminya shahril,juga merasakan betapa tidak sabar untuk menyambut anak sulung itu.
Tapi disebalik penuh harapan untuk menyambut bayinya itu,shahril juga begitu cemas apabila melihat keadaan isterinya yang semakin hari semakin lemah.
Apalagi mardiah sering mengadu tentang kandungannya itu menyebabkan dia selalu sakit yang amat sangat.Apabila bayi itu bergerak-gerak didalam rahimnya,mardiah rasakan seperti perutnya akan pecah.
"Bayi kita ini diah rasakan terlalu ganas."Keluh mardiah sambil mengurut perutnya supaya bayi itu berhenti bergerak.
Badan mardiah menggigil menahan kesakitannya apabila bayi itu bergerak-gerak.Dan setiap kali bayi itu bergerak,mardiah mengeluh kerana dirasakan bagai ada duri halus yang menyucuk-nyucuk perutnya.
Kerana bimbangkan keadaan isterinya dalam keadaan begitu,shahril memanggil bidan mak soyah untuk jampikan air penawar.
Tapi ternyata tetap juga begitu.Air jampi mak soyah tidak meredakan kesakitan mardiah.Cuma beberapa hari saja mardiah tidak mengeluh kesakitan.Selepas itu kembali bayi itu menyakitkan mardiah.
Shahril sentiasa berdoa agar tuhan mengurniakan keberkatan terhadap kandungan mardiah dan bayi itu segera keluar dengan selamat.
Kini mengikut hitangan shahril,kandungan isterinya itu berusia sepuluh bulan dua puluh hari.
Tapi pada suatu malam,shahril dikejutkan eraman isterinya.Shahril mendengar suara isterinya menahan kesakitan yang amat sangat.
"Bang..aduh..sakit bang."
Shahril segera bingkas bangun dan segera menyalakan pelita.Dalam cahaya pelita itu,shahril melihat isterinya mengeliat kekiri dan kekanan tidak menentu menahan penderitaannya.
"Dah nak keluar,bang.."Kata mardiah sambil menggigit bibir dan kedua-dua kakinya menujah-nujah.
Shahril mengurut-ngurut perut yang luar biasa besarnya itu.Tapi urut itu tidak membantu.Mardiah kian menggelisah dan tidak memperdulikan kainnya tercabut oleh kerana menahan sakit.
"Panggil mak soyah,bang."Minta mardiah seperti sulit benar untuk mengeluarkan suaranya kini.
Shahril benar-benar serba salah.Bagaimana dengan mardiah kalau dia tinggalkan mardiah sendirian?
"Pergilah cepat,bang.."
"Sabarlah,ma.."Kata shahril.
"Pergilah cepat..."
Shahril merasakan dia terpaksa pergi meninggalkan mardiah sendirian untuk membawa mak soyah untuk membidani isterinya.Dia harus bertawakal kepada tuhan untuk tinggalkan mardiah.Tidak ada jalan lain lagi.
"Abang pergo sekarang,ma."Kata shahril.
Mardiah seperti tidak mendengar kata-kata shahril itu.Mulutnya tak habis-habis mengeluarkan suara mengaduh.Dirasakan bayi itu bergerak-gerak dengan ganasnya untuk keluar.
Sementara itu shahril berlari-lari sambil menyuluh jalan dengan lampu suluhnya.Dia harus segera membawa mak soyah kerumahnya.Dan dia berdoa agar mak soyah tetap berada dirumahnya.
Sepeninggalan shahril,mardiah cuba mengumpul seluruh tenaganya untuk menahan kesakitan.Dia kini seperti bergumul dengan maut.Dirasakannya bila-bila saja nafasnya boleh putus.Alangkah menderitanya seorang perempuan untuk bergelar seorang ibu.
Sesampainya shahril ke rumah mak soyah,bagai tidak dapat mengawal kesabarannya lagi dia mengetuk pintu rumah bidan itu dengan kuat sambil memanggil-manggil nama bidan itu.
"Siapa?"Terdengar suara mak soyah yang baru saja tersedar dan masih dalam keadaan mengantuk.
"Saya.Shahril,mak soyah.Lekas kerumah.Isteri saya tenat nak bersalin."Kata shahril separuh laung.
"Bersabar,shahril."
"Saya bimbang kalau-kalau isteri saya tak selamat."
Mak soyah tergocoh-gocoh mengemas barang-barangnya yang hendak dibawa dan segera membuka pintu.
"Lekas,mak soyah."
Perjalanan mengiring mak soyah kerumahnya,terasa terlalu lambat.Langkah orang tua itu dirasakan terlalu perlahan,padahal mak soyah seperti separuh berlari meredah malam itu.
Sesampainya dirumah,shahril bersama mak soyah segera ke bilik dimana terdengar suara mardiah meracau kesakitan.Sesekali dia seperti menjerih kerana sangat pedih.
"Kau tunggu diluar diluar,shahril."Perintah bidan mak soyah pada shahril.
Shahril merasa enggan untuk keluar,tapi kerana disuruh oleh mak soyah,dia pun melangkah keluar bilik.Dalam hati shahril berdoa tidak putus-putus semoga tuhan menyelamatkan isteri dan bayinya.
"Ya tuhan,selamatkan isteri dan anakku."Shahril membisikkan doanya dengan hati yang gementar bimbang.
Shahril tidak boleh duduk bertenang.Dia tetap berdiri diluar pintu bilik itu sambil mudar-mandir membayangkan betapa gelisahnya dia tentang keselamatan isterinya.
Saat-saat dirasakan terlalu lambat menjadi minit.Dan minit terlalu lambat untuk mencukupi sejam.Dia merasakan masa bagaikan tidak bergerak.
Pada rasa shahril sudah tiga jam,tapi sebenarnya cuma sejam,ketika itu tiba-tiba mendadak dia mendengar suara tangisan bayi memecah kesunyian malam.Debaran jantung shahril kini mulai mereda.
Namun tidak reda sepenuhnya,dia belum pasti apakah disebalik tangisan bayi yang menandakan kelahirannya itu,isterinya turut selamat?
Shahril merasa tidak sabar untuk menyerbu masuk kebilik itu untuk memastikan yang isterinya juga selamat.Tapi mengingatkan mak soyah menyuruhnya menunggu,dia cuba bertenang dan menunggu.
Bayi yang didengar oleh shahril suara tangisannya itu adalah seorang bayi lelaki yang gemuk dan sihat.Mak soyah merawatnya dengan rapi dan penuh pengalaman setelah keluar saja dari rahim ibunya.Setelah membungkus anak itu dengan kain bersih,mak soyah keluar untuk menemui shahril.
"Bersabar,shahril.Isterimu belum selesai bersalin."Kata mak soyah.
"Belum selesai?"Tanya shahril penuh curiga memandang mak soyah.
Mak soyah tersenyum,dan itu meredakan sedikit kecurigaannya.Dia cuba tenangkan fikirannya yang karut dengan ramalan yang tidak diingininya.
"Masih ada lagi seorang."Kata mak soyah.
"Kembar?"
Mak soyah senyum dan mengangguk-angguk sebelum melangkah semula masuk kedalam bilik mendapatkan semula mardiah yang sedang berhempas pulas melahirkan bayi yang kedua dari rahimnya.
Mak soyah yang berpengalaman sebagai bidan itu merasa sungguh aneh.Mengapa anak yang kedua begitu payah keluar?Berdasarkan pengalamannya,setelah lahir anak pertama,seorang perempuan yang mengandung bayi kembar akan dengan mudah dapat melahirkan anaknya yang kedua.Tapi mardiah kini meraung-raung meneran anak kembar yang kedua itu.
Sambil mulutnya berkumat-kamit membaca jampinya bagi memudahkan keluarnya bayi itu,mak soyah mengurut-ngurut perut.
Shahril menunggu diluar merasa tidak sabar lagi dengan telinganya yang terus menerus menyambar jeritan ngeri isterinya.
Dan ketika dia mendengar suara yang agak pelik dan tidak mendengar raungan isterinya,tanpa dapat mengawal diri lagi dia menyerbu masuk kebilik untuk mengetahui apa yang berlaku.
Dia melihat isterinya tidak bergerak-gerak."Mardiah."Raungnya menyangka isterinya telah meninggal.
"Bersabar,shahril.Isterimu selamat."Kata mak soyah.
Tapi shahril terbeliak matanya apabila terpandang anaknya yang kedua itu.Dia bagaikan tidak percaya mahkluk itu keluar dari rahim isterinya.
"Ya allah.Oh,tidak.Tidakkk."
Dia bukan melihat bayi comel seperti anaknya yang pertama,malah seekor anak beruang.
"Bertenang,shahril.Ini semua kehendak allah."Kata mak soyah cuba meredakan perasaan shahril yang kini seperti kehilangan akal warasnya.
Bayi yang kedua itu ternyata dengan mudah bergerak.Kelihatan liar ingin bergerak.Malah matanya serta-merta terbuka.Mulutnya menyeringai menampakkan lidahnya yang terjelir-jelir.Shahril ngeri melihat anaknya itu.
Bayinya yang menyerupai beruang itu ternyata cepat membesar berbanding dengan saudara kembarnya.
Apa yang jadi masalah pada ibunya,ialah anak itu sentiasa lapar susu.Dan setiap kali menyuyut susu dada ibunya,mardiah merasakan seluruh air susu dadanya kering dan tidak dapat lagi untuk menyusu anaknya yang seorang lagi.
Shahril semakin hari semakin bimbang tentang kesihatan mardiah.Mardiah tidak seperti dahulu lagi.Kini tubuhnya lesu dan wajahnya kelihatan pucat.
Setiap malam shahril termenung sambil berfikir,apakah sudahnya dengan diri isterinya dan juga dirinya sendiri.Bagaimanakah dia dapat membela seekor beruang.
Suatu malam dia menyatakan pendapatnya kepada mardiah."Abang fikir elok kita lepaskan saja anak kita yang seorang itu."
Mardiah tercengang dengan kata-kata shahril itu.Walau pun tidak seperti manusia biasa,namun bagi mardiah anak itu tetap anaknya dan sama dianggapnya seperti anak yang seorang lagi.
"Dia tu anak kita juga,bang."Kata mardiah yang merasa tindakan yang dicadangkan oleh suaminya itu terlalu kejam untuk dilaksanakan.
"Tapi,ma,abang kasihan melihat keadaan ma.Itu baru sekarang.Bagaimana kalau dia dah besar.Sekarang pun abang tengok dia seperti keras hati.Bukan rupa saja seperti itu..tapi..."
Walau pun cadangan shahril kali itu tidak disetujui oleh mardiah,namun shahril tetap memujuk mardiah supaya rela melepaskan anaknya yang aneh itu.
"Kita mesti lepasnya ke hutan."Kata shahril.
Berhari-hari mardiah termenung memikirkan sama ada akan bersetuju dengan cadangan suaminya atau menolaknya.Dia juga merasakan anaknya yang aneh itu semakin ganas.
Akhirnya dengan mendukung anak itu,mardiah bersama-sama dengan shahril pergi ketepi hutan.Dengan tangis tersedu-sedu sebagai seorang ibu.Mardiah meletakkan anaknya itu.
"Mak terpaksa meletakkan kau ditempat yang sesuai dengan kau.Mak harap kau selamat dan besar seperti abang kau."Kata mardiah tidak tahan hati untuk melepaskan anaknya itu.
"Grrrr.."Anak itu mengeluarkan suaranya,seperti tersentuh juga hatinya kerana berpisah dengan ibu dan ayahnya.
Shahril menyuluh kearah mata anaknya itu.Kelihatan matanya seperti berkata menangis.Shahril cepat-cepat memadamkan lampu picitnya,kerana dia juga tersentuh hati melihat anaknya yang aneh itu kini menangis ditinggalkan begitu.
Kemudian segera shahril menarik mardiah.Tapi mardiah tidak segera beredar.Dia memakaikan gelangnya kelengan anaknya itu.
Setelah empat puluh hari berpisah dengan anaknya itu,dan kini mardiah cuma mengasuh seorang anak saja,mardiah mendapat mimpi.
Dalam mimpinya,mardiah melihat anaknya yang berupa beruang itu sudah membesar.
Anaknya itu berkata."Mak jika ingin tahu tentang keadaan diri saya,perhatilah abang saya.Jika dia sakit,itulah tandanya saya sakit.Dan jika dia meninggal,itu tandanya saya juga sudah tidak ada lagi didunia."
Kemudian mardiah tersedar lalu beristighfar,berulang kali.Ketika itu shahril ikut tersedar dari tidurnya.
"Ada apa,ma?"
"Ma mimpi,bang."
"Apa yang ma mimpi?"
"Anak kita."Kata mardiah terharu.
"Ah,tidurlah,ma.Awak terbawa-bawa dengan ingatan terhadap anak awak itu."
Dan sejak mimpi itu,mardiah tidak lagi mengetahui apakah nasib yang menimpa anak yang dilepaskannya kehutan itu.Namun kenangan sebagai ibu terhadap anak yang berlainan dari anak biasa,tidak dapat dihapuskan dari ingatan mardiah.
Apabila dia melihat anaknya johan,membesar dan kini meningkat remaja dihadapan matanya,dia terkenang akan adik johan.
Bila terkenangkan mimpi berbelas tahun dulu,mardiah gembira kerana johan sihat dan gembira.Ini bermakna anaknya yang tidak diketahui dimana hidupnya sedang berada dalam keadaan sihat dan gembira.
Namun suatu hari secara tiba-tiba saja pengsan.Ketika itu shahril keluar ke pekan.Mardiah benar-benar ketakutan.Tapi secara aneh johan sedar semula dengan sendirinya sebelum sempat mardiah mendapatkan pertolongan bomoh.
Peristiwa itu benar-benar menyakinkan mardiah apa yang dikatakan oleh anaknya yang dilepaskan kehutan itu,adalah benar.Mungkin ada sesuatu hal yang berlaku ke atas anaknya yang dihutan itu,hingga kan dia pengsan.Dan johan ikut sama pengsan.
Johan yang remaja itu akhirnya jatuh hati dengan saleha,anak gadis penghulu kampung itu.Cinta itu pula dibalas oleh gadis itu.
Mardiah merasa gembira,kerana ternyata percintaan antara anak lelakinya dengan anak gadis penghulu itu tidak pula mejadi keberatan bagi pihak orang tua gadis itu.
"Nampaknya anak muda kau itu akan jadi menantu aku juga."Demikian gurau penghulu deris semasa bertembung dengan mardiah disatu majlis perkahwinan dikampung itu.
Mungkin mardiah akan gembira selama-lamanya,kalau tidak secara tiba-tiba orang-orang kampung mula menceritakan tentang kemunculan seekor beruang besar dikampung itu.
Cerita tentang kemunculan itu sampai ke telinga mardiah dan mardiah merasa tidak sedap hati apabila mendengar cerita beruang yang secara tiba-tiba muncul dikampung itu.
"Samat anak pak ngah teh pernah bertembung dengan beruang itu,mak.Untunglah samat sempat melarikan diri,kalau tidak badannya akan dikoyak-koyak oleh beruang itu macam kertas."Cerita johan pada ibunya.
Ibunya mendengar tanpa berkata apa-apa.Tapi mardiah merasa kurang senang dengan kemunculan beruang itu.Dalam hatinya,dia bukan bimbangkan orang-orang kampung itu akan menjadi mangsa beruang itu.Sebaliknya mardiah lebih bimbang kiranya beruang itu yang akan jadi mangsa orang kampung.Apa yang akan terjadi keatas diri johan.
Dalam saat-saat begitu,kata-kata yang didengar dalam mimpi seolah-olah bergema dicuping telinganya.
Kemunculan beruang itu semakin lama semakin kerap dikampung itu.Dan kebimbangan dihati mardiah kian menjadi.
"Patut orang kampung ni usaha menembak beruang itu."Kata johan pada mardiah suatu hari dengan perasaan marah terhadap beruang yang menganggu ketenteraman kampungnya.
"Buat apa kau marahkan beruang tu,han.Selama dia muncul,mak x dengar pun dia ganggu sesiapa."Balas mardiah.
"Sekarang belum lagi.Tapi suatu hari dah tentu ada yang bakal jadi mangsanya."Balas johan.
Kata-kata anaknya itu sangat tidak disenangi mardiah.Dan malam itu shahril mendapati mardiah menangis terisak-isak disisinya.
"Mengapa awak ni,ma?"Tanya shahril sambil menggoyang-goyang bahu mardiah.
"Manalah tahu beruang itu anak kita,bang."Kata mardiah.
"Ah,mengarutlah awak ni.Takkan dia masih hidup."
"Tapi mana tahu.."
Tapi belum habis mardiah menamatkan kata-katanya,shahril sudah memotong."Awak fikir yang bukan-bukan.Dahlah.Tidurlah."
Tapi malam itu,buat kali keduanya mardiah didatangi mimpi.Kali ini dalam mimpinya,mardiah melihat seekor beruang besar memakai kalung dari akar kayu dan pada kalung itu terdapat gelang yang ditinggalnya bersama anaknya yang berupa beruang dulu.
Dan mardiah terdengar dalam mimpinya itu,beruang itu berkata."Mak,saya ingin berjumpa dengan mak."
Mardiah tersedar dan kemudian menangis semahu-mahunya,sehingga shahril terjaga sama."Apa hal dengan awak ni?"
"Beruang itu benar-benar anak kita,bang."Kata mardiah dalam tangisnya."Ah,janganlah awak percaya dengan mimpi karut tu."Kata shahril sambil memejamkan matanya semula.
Namun mardiah tetap tidak dapat melelapkan mata.Matanya terus terkebil-kebil dalam gelap malam itu.
Kemuncak dari keriuhan munculnya seekor beruang dikampung itu berkemuncak lagi dengan peristiwa disatu malam penghulu berjaya menembak beruang itu dengan senapang patahnya.
Memang kira-kira jam dua belas tengah malam,mardiah mendengar letupan sedas tembakan senapang.
Keesokan harinya mardiah mendengar cerita yang beruang itu telah ditembak oleh penghulu.Hatinya benar-benar bimbang.
Tapi mardiah merasa lega apabila dia mendengar orang bercerita,bahawa beruang itu berjaya melarikan diri.
Malah menurut orang yang menceritakan hal itu,tidak ada apa-apa kesan darah yang boleh menyakinkan mereka bahawa beruang itu telah ditembak dengan tepat.
Mendengar hal itu,mardiah merasa lega hati.Namun dia tetap bimbang yang akhirnya beruang itu akan ditembak juga.
Agak lama juga beruang itu tidak dengar khabar lagi.Orang-orang kampung membuat andaian,mungkin beruang itu sudah takut dengan letusan senapang patah penghulu deris itu.
Namun rupanya apa yang disangkakan ternyata salah.Suatu malam orang kampung terkejut kerana mendengar jerit pekik yang datangnya dari hala rumah penghulu.
Mereka semua berlari kerumah penghulu untuk memastikan apakah yang sedang berlaku disana.
Setelah mereka sampai,mereka dapati isteri penghulu dan anak gadisnya sedang menangis dan meratap,sedangkan penghulu tidak kelihatan.Mereka dapati pintu rumah itu seperti ditendang dengan kuat dari luar sehingga pecah.
"Apa yang telah berlaku?"Tanya salah seorang dari mereka.Isteri penghulu yang sedang menangis melolong itu berkata."Penghulu.Penghulu dibawa oleh beruang itu."
Setiap orang yang mendengar jawapan isteri penghulu itu terbeliak biji mata.Rupanya beruang yang dianggap sudah takut kerana penghulu menembaknya,kini ternyata telah membalas dendam.
Berhari-hari lamanya setelah peristiwa itu,namun penghulu tidak juga dijumpai.Bukan saja penghulu,malah kesan penghulu juga tidak ditemui.
Orang-orang kampung itu mulai putus asa.Mungkin kini penghulu cuma tinggal tulang saja lagi dimakan beruang itu.
Tapi demi kekasihnya,johan merasa bertanggungjawab untuk mencari penghulu yang merupakan bakal mertuanya.
Tanpa setahu ibunya,johan meminjam senapang patah kepunyaan penghulu lalu terus memasuki hutan.Mardiah benar-benar terkejut apabila diberitahu yang johan masuk kehutan pergi mencari jejak penghulu serta beruang itu.
Tiga hari tiga malam lamanya johan lesap entah dimana.Tapi setelah senja hari ketiga masyarakat kampung itu heboh lagi.Kali ini mereka hebohkan tentang johan pulang dengan memikul penghulu.
"Apakah penghulu sudah jadi mayat."Tanya seorang penghuni kampung itu kepada jirannya apabila mendapat tahu johan telah berjaya membawa penghulu pulang.
"Tidak,tapi dalam keadaan pengsan."Jawab jirannya.
"Bagaimana dengan beruang itu?"
"Johan berjaya menembaknya."
Selepas menyerahkan penghulu kepada keluarganya,johan melangkah pulang dengan keadaan yang longlai.Dia masih tetap menyandang senapang kepunyaan penghulu,kerana dirasakan sudah tentu beruang itu bakal menyerang lagi kampung itu.Dia pasti beruang itu belum mati.
Mardiah pucat menyambut anaknya pulang dalam keadaan lemah tidak bermaya itu."Kau tembak beruang itu.Han?"Tanya mardiah sambil menahan tangisnya.
"Ya mak.Tapi saya yakin dia belum mati.Dia akan datang lagi kemari.Tak mengapa,saya akan tembak sekali lagi."
"Jangan,han.Kalau kau tembak beruang itu,seperti kau tembak diri kau sendiri,nak."Kata mardiah mula menangis.
"Jangan bimbang,mak.Saya akan selamat."
"Tolong jangan apa-apakan lagi beruang itu.Biarkan dia."
"Eh,mengapa pula hendak dibiarkan beruang itu terus mengganas?"
"Tolong,dengarlah cakap mak."
Johan tetap berdiam diri dengan rayuan ibunya supaya tidak terus memburu dan membunuh beruang itu.Bagi johan membunuh beruang itu merupakan suatu kemenangan baginya.Dan kemenangan itu menyebabkan namanya dan serta keluarganya menjadi wangi.Apa lagi dia kelak akan menjadi menantu penghulu.
Mardiah melihat anaknya tersangat letih.Anaknya kelihatan menjamah-jamah serta mengurut-ngurut lengannya.
"Mungkin beruang itu ditembak oleh johan dan terkene pada lengannya."Bisik hati mardiah.
Malam itu sunyi sepi.Unggas dihutan juga seolah-olah takut untuk bersuara malam itu,sehingga dirasakan berbeza sekali dengan malam-malam yang lalu.Walau pun suaminya sudah lama berdengkur,namun mardiah tidak boleh tidur.
Tiba-tiba mardiah mendengar sesuatu dari arah depan rumah.Mardiah segera kehadapan dan memasang telinga.Ya,dia mendengar seperti nafas terengah-rengah.
Mardiah dengan berani membuka pintu,kerana dia yakin itulah anaknya yang datang untuk menemuinya.Dan benarlah dugaannya,apabila dia membuka pintu,dia dapati lembaga beruang melalui cahaya bulan yang sedang bercahaya dilangit.
Mardiah menyuluh kearas leher beruang itu,dan nampaklah kalung akar kayu dan pada kalung itu terdapat gelang yang ditinggalkan bersama anaknya dulu.
"Anakku."Bisik mardiah sambil memeluk beruang itu.
Beruang itu tetap terengah-engah.Mardiah dapat merasakan anaknya itu dalam keadaan sakit.Tanpa merasa kekok,mardiah mengelus-elus badan baruang itu.
"Mak tahu kau rindukan mak,tapi mak minta jangan datang lagi ke kampung ini.Pergilah,jangan biarkan mak melihat kau ditembak."Kata mardiah lembut.
"Grrr.."Keluar suara dari mulut beruang itu seolah-olah memberitahu ibunya yang dia akan patuh dengan kata-kata ibunya.
Kemudian beruang itu pun menjauh kan diri dari mardiah.Ketika itu lah johan sudah pun terbangun dan dapat melihat beruang itu.
Belum pun mardiah sedar apa yang hendak dilakukan johan,tiba-tiba terdengar bunyi letupan dari arah belakang mardiah.Mardiah terkejut dan segera berpaling dan menjerit."Jangan,han.Jangannn.."
"Dam.."Satu letusan lagi kedengaran.
Mardiah meraung sekuat hati."Mengapa kau lakukan juga,nak."
Beruang itu ternyata tidak lari.Dengan bersusah payah menanggung kesakitan kerana ditembak dua das yang mengenai badannya,dia melangkah untuk mendapatkan mardiah.Mardiah dengan menangis teresak-esak berlari mendapatkan beruang itu.
Johan yang tiba-tiba merasakan dada dan perutnya sakit yang amat sangat secara mengejut,benar-benar merasa terperanjat apabila melihat antara beruang itu dan ibunya saling kenal mengenal.
Tapi sebelum mengetahui kejadian yang sebenarnya tentang beruang itu,johan merasakan nafasnya sesak.Kemudian tangannya longlai dan senapang patah itu terjatuh dari genggamannya.
Dan nafasnya seperti serentak berhenti dengan beruang itu.
Ketika orang-orang kampung yang mendengar dua letusan itu datang,mereka dapati beruang itu sudah mati dengan kesan tembakan didada dan perut.Serta kesan luka lama dilengannya.
Dan apabila mereka memeriksa johan,mereka tidak mendapat apa-apa kesan yang johan telah digomol oleh beruang itu.Mereka merasa aneh dengan kematian johan dan juga aneh melihat kalung akar kayu yang terdapat dileher beruang itu.
Namun mardiah tidak memberitahu rahsia yang hanya diketahui oleh dia dan suaminya.
Dan suaminya juga kini sedar,bahawa mimpi isterinya adalah benar.Dan dia sedar bahawa maut yang menempah anaknya johan adalah berpunca dari dua das tembakan yang mengena sasaran maut pada tubuh beruang itu,yang juga anaknya.

Bahagian 5 : Pemuja Roh Wanita
Dukun kebasa yang bergelar pendekar garang merupakan seorang bomoh yang gemar mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain.
Kehebatan ilmu perbomohannya diketahui oleh wanita-wanita tertentu,terutamanya wanita yang mencari rezeki dengan menggoda lelaki.
Seorang wanita pelayan yang ingin dijadikan isteri oleh seorang hartawan yang boleh memberikan kesenangan dunia kepadanya,akan mencari bomoh yang dikenali sebagai dukun kebasa pendekar garang.
Apabila dia mendapat penangkal merah dari dukun kebasa pendekar garang,dan dipakai dipinggang pada waktu bersatu dengan lelaki itu,sudah pasti lelaki kaya itu tidak dapat melepaskan lagi perempuan yang memakai penangkal merah milik bomoh handal itu.
Ketika itu tok awang kharma baru berusia tiga puluh dua tahun.Sebagai seorang yang gemar berkawan,dia berkawan dengan segala peringkat baik dari peringkat atas ke peringkat bawah.
Baik dikalangan pendekar,bomoh,orang biasa mahu pun orang yang berkedudukan.Sikapnya yang tahu membawa diri dan tahu harga diri menyebabkan dia mudah bergaul dengan sesiapa saja.
Salah seorang kawannya ialah hartawan yang bernama tuan sahak.Tuan sahak ini rupanya terjerat dengan seorang janda muda yang bekerja sebagai pelayan dikuala lumpur bernama hasnah atau lebih dikenali dengan panggilan cik has pelayan genit.
Cik has pelayan genit rupanya berjaya memikat tuan sahak dengan menggunakan penangkal merah pemberian dukun kebasa pendekar garang.
Sebagai kawan tuan sahak,sekali-sekala tok awang kharma akan datang berkunjung kerumah tuan shak di kota bharu.
Suatu hari ketika dia datang kerumah tuan sahak,kebetulan tuan sahak tidak ada dirumah.
Cuma cik zabedah saja yang berada dirumah yang menyambut kedatangan tok awang kharma.
"Lama benar tok awang tak datang.Masuklah."Ramah benar cik zabedah menyambut kedatangan tok awang kharma.
Tok awang kharma melangkah masuk kerumah mewah itu,yang lengkap dengan segala peralatan mahal serba cantik itu.
"Kemana tuan sahak?"Tanya tok awang setelah meletakkan punggungnya ke atas kerusi kayu cengkal berukir indah itu.
Cik zabedah yang duduk dihadapan tok awang melepaskan keluhannya."Inilah yang sangat merisaukan saya.Perangai tuan sahak memang sedari dulu tak berubah-ubah,tok awang."
"Perangai macam mana?"Tanya tok awang kharma.
"Dia kini macam belangkas dengan pelayan dari kuala lumpur.Dah diambilnya untuk dijadikan madu saya.Saya ni bukan kisah sangat kalau dia nak kahwin.Bukanlah tak pedih hati,tapi hak dia orang lelaki,tak boleh dihalang.Tapi yang lebih menyakitkan hati saya,dia mengambil betina tukang cukur itu dibuat bini muda."Luah cik zabedah.
"Yakah begitu?"Tanya tok awang kharma.
"Kalau tak benar,saya tak cerita,tok awang.Saya percaya dia sudah terkene buatan perempuan itu,hingga siang malam asyik dengan perempuan itu saja."Tambah cik zabedah lagi.
Cik zabedah kemudiannya meminta tok awang cuba berikhtiar supaya tuan sahak tidak terperangkap dengan niat jahat perempuan itu."Saya ni isterinya sejak dari muda ke tua begini.Tak sanggup saya melihat suami melarat merana kerana perempuan macam itu.Kalau nak menduakan juga saya boleh jugalah saya tahan sabar kalau perempuannya elok tingkah."Kata cik zabedah lagi.
Memang pada fikiran tok awang cik zabedah sudah mahir benar dengan suaminya tuan sahak.Soal rapat dengan perempuan keberet sudah biasa.Malah kahwin dengan perempuan lain pun bukan sekali itu tuan sahak lakukan.sudah kerap kali.
Kerana merasa tidak elok jika dibiarkan tuan sahak dicukur oleh perempuan yang dikatakan oleh cik zabedah itu,mahu jugalah tok awang menyelidik.
Memang kalau hendak dikatakan perempuan itu cantik,tidaklah secantik mana.Orangnya kurus.Punggungnya nipis dan dadanya leper saja.Tidak sesuai dengan gelarannya cik has pelayan genit.
Tok awang kharma boleh sampai kerumah dimana tuan sahak meletak isteri mudanya itu setelah mengusik tuan sahak dengan kata-kata."Tuan sahak ni kawan karib saya,takkanlah nak berahsia juga."
"Rahsia apa pula,tok awang?"
"Takkan tak kenalkan saya dengan orang baru.Khabarnya orang dari kuala lumpur."
Mendengar kata-kata dari tok awang itu,tuan sahak tergelak."Kalau macam tu elok saya perkenalkan.Mari kita bermalam kerumah orang baru saya."
Rupanya dirumah dimana menjadi tempat tinggal isteri muda tuan sahak itu ada tetamu istimewa cik has pelayan genit itu,seorang lelaki yang diperkenalkan namanya wak kebasa saja.Orangnya walau pun dalam lingkungan usia lima puluhan,namun kelihatan gagah dengan misai bertaut lentik dan kasar.
Ketika tok awang sampai dan masuk keruang tamu,orang tua itu sedang duduk berbual-bual dengan isteri muda tuan sahak.Orang yang diperkenalkan itu melihat keatas kebawah kearah tok awang.
"Ini kawan abang,dia ni seorang pendekar."Kata tuan sahak kepada isteri mudanya itu.Tok awang melihat lelaki tua itu tersenyum sinis kearahnya.Sudah tentu orang tua itu kurang yakin yang tok awang seorang pendekar.Tubuhnya kecil dan nampaknya sekali pukul boleh terbang seperti kapas.
Malam itu tok awang disediakan bilik khas dirumah yang besar itu.Sementara wak kebasa pula disediakan bilik lain.
Rupanya malam itu wak kebasa atau lebih dikenali dukun kebasa pendekar garang ingin menguji diri tok awang.Secara kebatinan wak kebasa menyerang tok awang yang baru hendak terlelap itu.
Tok awang terkejut apabila ada seolah-olah satu lembaga terpelanting seperti ditendang.Tok awang tahu apakah alamatnya itu.Sudah tentu ada serangan atau penceroboh yang cuba melanda pagar kebatinannya yang diamalkan sebelum tidur.
Tok awang yang terbangun kerana alamat ada mahkluk menyerangnya bangun dari pembaringannya dan duduk bersila ditempat tidur.
Dengan menghadapkan dirinya kepada kekuasaan allah,tok awang membaca amalannya dengan menahan nafas.Kemudian dengan mata masih terpejam dia menghela nafas begitu panjang sambil kumat-kamit membaca amalannya lagi.Kemudian dengan tubuhnya bergegar dia menarik nafas dalam-dalam dan agak panjang.
Kini penglihatan tok awang dapat memandang wak kebasa.Kemudian dia mulai menyoal."Siapa dirimu?Siapa kamu?"
"Aku dukun kebasa gelar pendekar garang."Kata wak kebasa dalam penglihatan dan kini pendengaran kebatinan tok awang.
"Siapa gurumu?"
"Guruku kiyai sawito petapa gunung agung."
"Siapa khadammu?"
"Jin afrit.Tapi akulah khadamnya."
"Apa tujuanmu disini?"
"Wanita dirumah ini hambaku."
"Hambamu?"
"Ya.Setiap wanita yang mendapat penangkal merah dariku adalah hambaku.Dirinya adalah diriku.Nyawanya adalah nyawaku.Rohnya adalah rohku."
"Apakah khasiat penangkal merah itu?"
"Sesiapa yang bersatu dengan perempuan itu,baik secara halal atau haram,tetap tidak boleh melupainya."
"Apakah syarat mendapatkan penangkal merahmu?"
"Dirinya menjadi jamuanku,pemujaan kepada tuanku jin afrit."
"Sekali untuk selamanya?"
"Tidak.Setiap kali aku berhajat padanya."
"Sekarang pulanglah.Dan ingat,jangan menceroboh pagarku lagi."
Tok awang kharma kini keluar dari alam kebatinannya dan dia beristighfar dan mengucap syukur berulang kali sebelum baringkan badannya semua ditempat tidur.
Pagi keesokannya sewaktu bersarapan pagi,tok awang melihat gelagat wak kebasa berlainan dari semalam.Dia tidak lagi berani menentang mata tok awang.
Tok awang juga tidak banyak bercakap dengan wak kebasa.Ini boleh jadi disebabkan wak kebasa bersikap dingin terhadapnya.
Selesai bersarapan,tok awang meminta diri kerana katanya dia ingin bertemu seorang kawannya.
Rupanya setelah tok awang pergi,dukun kebasa pendekar garang banyak bertanya kepada tuan sahak tentang tok awang.
"Dia itu nampak selekeh,tapi hebat orangnya.Banyak ilmu yang dapat dikuasainya.Tak menunjuk taring kalau orang tak cuba berlagak terlebih dahulu."Kata tuan sahak.
Mendengar cakap tuan sahak itu,dukun kebasa pendekar garang terdiam.Dia teringat peristiwa dia terpaksa tunduk pada kekuasaan kebatinan tok awang.
Kini dia tahu tok awang kharma telah mencungkil rahsia dirinya.Kehandalan tok awang kharma lebih hebat darinya.
Sebelum bertolak ke kuala lumpur,dukun kebasa pendekar garang berpesan pada cik has pelayan genit."Kau harus berhati-hati dengan tok awang itu."
"Kenapa?"Tanya cik has pelayan genit agak tercengang.
"Dia boleh menyusahkan kau nanti."
Setelah berminggu-minggu lamanya menghilangkan diri,tok awang kemudian datang lagi kerumah tuan sahak,yaitu dirumah dimana tinggal cik zabedah isteri tuanya.
"Tuan sahak tak ada juga?"
"Hai,kan saya dah kata yang dia ade pelayan barunya."
Tok awang kharma tersenyum."Sabar.Nanti selepas sembahyang asar saya panggil dia pulang."Kata tok awang kharma secara bergurau.
Cik zabedah menganggap cakap tok awang itu sebagai gurau senda saja.Tapi bagi tok awang kharma,setiap cakapnya tidak boleh berolok-olok.
Selepas sembahyang asar,ketika masih bersimpuh diatas tikar sembahyang tok awang kharma membaca amalan batinnya seperti yang dilakukan pada malam dirumah cik has pelayan genit itu.
Kira-kira setengah jam saja kelihatan kereta asutin hitam kepunyaan tuan sahak muncul dirumah itu.Cik zabedah segera pergi kepintu bilik dimana tok awang sembahyang sambil melaungkan."Anak sahak dah sampai pun,tok awang."
Ketika tok awang kharma keluar,tuan sahak berkata."Patut pun saya macam diseret kesini,rupanya tok awang ada disini."
"Dia kata dia nak panggil abang sahak balik selepas asar."Celah cik zabedah pula.Tok awang tersenyum saja mendengarnya.
Selepas sembahyang maghrib tuan sahak mengajak tok awang bersiar-siar di bandar kota bharu.
"Jangan marah kalau saya cakap tuan sahak."Kata tok awang kharma memulakan cakapnya.
"Apa halnya?"
"Jangan marah kalau saya berterus-terang menanyakan tentang isteri muda tuan sahak itu."Kata tok awang kharma.
"Hah,nak tanya pasal apa?"
"Apa keistimewaan cik has itu?"
Tuan sahak tergelak mendengar pertanyaan yang seperti bergurau dari tok awang kharma itu."Dah tentulah layanannya sebagai perempuan terhadap saya."
"Kalau saya minta tuan sahak menguji dia,mahu tak?"
"Ah.Tok awang ni ada-ada saja.Uji yang macam mana?"
"Semasa dia bersatu dengan tuan sahak,ada tak tuan sahak perasan dia memakai apa-apa?"
"Eh,tak perasan pula."
"Balik nanti cuba selidik.Mesti ada penangkal merah ditubuhnya yang dipakai sewaktu bersatu dengan tuan sahak."
"Mana tok awang tahu semua ini?"
"Tolong tuan sahak dulu malam ini.Ada tidak penangkal merah itu?"
"Kalau ada apa saya nak buat?"
"Sudah tentu dia marah kalau ditanggalkan.Jadi ada satu jalan."Kata tok awang kharma.Dia kemudian menyeluk sakunya dan mengeluarkan penangkal berbungkus kain putih.
"Pakai penangkal ini biar betul-betul disetentang pusat tuan sahak sebelum bersatu dengannya."Kata tok awang.
Tok awang kemudian meminta tuan sahak menghantarnya kerumah seorang kawannya kerana dia ingin bermalam disana.Kemudian tuan sahak pulang kerumah isterinya yang muda itu.
Sewaktu bermesra dengan cik has,tuan sahak meraba-raba pinggang isteri muda itu dan benar seperti yang dikatakan oleh tok awang kharma padanya.Isterinya itu memakai penangkal di pinggang.
"Penangkal apa ni has?"Tanya tuan sahak.
"Saya ni dulu pernah dibuat orang,bang.Sebagai penawarnya inilah wak kebasa suruh saya pakai."
Selepas itu tuan sahak tidak lagi mahu bertanya lebih lanjut.Dia berpura-pura tidak menghiraukan penangkal itu lagi.
Tapi aneh,sejak malam itu dia tidak merasa sebarang keistimewaan cik has pelayan genit yang kini jadi isterinya itu.
Agak berbulan-bulan pula selepas itu tok awang kharma tidak datang menemui tuan sahak.Sedangkan tuan sahak kini kerap pula pulang kerumah isteri tuanya,cik zabedah.
Selepas tiga bulan kemudian,barulah tok awang kharma datang lagi menemui tuan sahak bertanyakan khabar.
"Apa yang tok awang katakan dulu semuanya tepat.Sekarang saya nak tahu bagaimana tok awang boleh tahu sejauh itu.Tok awang baru sekali melihat isteri muda saya itu?"Tanya tuan sahak.
"Saya boleh berikan jawapannya.Tapi kena lah tuan sahak memegang amanah?"Kata tok awang.
"Amanah macam mana?"
"Perkara ini perkara rahsia.Jadi biarlah menjadi rahsia."
Selepas tuan sahak mengaku akan merahsiakan hal itu,tok awang meminta izin untuk bermalam dirumah isteri muda tuan sahak itu.
Hal itu tidak lah sesuatu keberatan bagi tuan sahak.Dia terus membawa tok awang kerumah tempat tinggal cik kas pelayan genit itu.
"Sediakan bilik untuk saya.Nanti apabila tuan sahak dapati cik has sudah tidur,datanglah panggil saya."Kata tok awang.
Setelah menyuruh isterinya menyediakan tempat tidur siap dengan tempat sembahyang sekali,tuan sahak menjemput tok awang masuk ke bilik itu.Sedangkan dia agak awal mengajak cik has masuk kebilik tidur.
"Apa hendak orang tua itu kerap bertemu dengan abang?"Tanya cik has cuba menyembunyikan kebimbangannya.
Apa lagi kini suaminya sudah mulai tidak seratus peratus bole dikuasainya.Dia hairan akhir-akhir ini tuan sahak gemar meninggalkannya sendirian dirumah itu,seperti sudah jemu dengannya.
Malam itu,setelah isterinya terlena,tuan sahak keluar dan pergi mendapatkan tok awang.
"Dia sudah tidur?"Tanya tok awang yang masih berada diatas tikar sembahyang didalam keadaan bergelap dibiliknya.
"Sudah."Jawab tuan sahak.
"Sekarang kita pergi tanya dia."Kata tok awang kharma.Tuan sahak tak habis merasa hairan,macam mana nak tanya kalau isterinya sudah terlena?Tapi dia tetap patuh dengan cakap tok awang.Mereka berdua kini melangkah menuju kebilik tidur dimana cik has sedang terbaring dikatil dalam keadaan nyenyak.
Tok awang kemudian tanpa bercakap sepatah pun terus duduk bersila mengadap cik has.Dia kemudian terus membaca amalannya dengan begitu tekun.Kemudian tuan sahak dapat melihat tok awang menarik nafas dalam-dalam dan terdengar kata-kata tok awang."Ku tarik rohmu,ku tarik roh..."
Tiba-tiba tuan sahak dapati cik has,isterinya kini bangun dari pembaringan dan duduk berhadapan dengan tok awang.
Tok awang kelihatannya terus membaca amalannya dengan mulut kumat-kamit sambil matanya dipejamkan.Kemudian dia membuka matanya dan bersuara."Sekarang jawablah pertanyaanku."
"Apa yang tok hendak ketahui dari saya?"Tanya cik has seperti orang kene pukau dengan sepasang matanya tidak berkelip-kelip.
"Aku mahu tahu,apakah gunanya penangkal merah yang kau pakai setiap kali hendak bersatu dengan tuan sahak."Soal tok awang.
"Penangkal itu adalah penangkal yang dinamakan pemuja roh."Jawab cik has secara tidak sedar.
"Khasiatnya?"
"Supaya setiap lelaki yang berhubungan sulit dengan saya,baik secara haram mahu pun halal,akan terlekat hati dan tidak akan dapat melupai kenikmatan yang dia dapati dari diri saya."
"Siapa yang memberikan penangkal itu?"
"Dukun kebasa pendekar garang."
"Syarat apakah yang dimintanya?"
"Saya harus menyerah roh dan badan saya sebagai hamba kebatinannya."Jawab cik has dengan lancar.
"Pernahkah kamu membuat hubungan sulit dengan guru kamu itu semasa kamu sudah menjadi isteri tuan saha?"Soal tok awang lagi.
"Itu adalah syarat yang mesti saya lakukan kerana mengambil penangkal darinya."Balas cik has.
Tuan sahak terbeliak biji mata mendengar pengakuan yang jelas menunjukkan isterinya pernah berlaku serong terhadapnya dengan orang tua yang pernah mengunjungi isterinya itu.
Kemudian tok awang berkata."Sekarang aku ingin menghantar balik segala kekuasaan penangkal merahmu itu ketempat asalnya."
Sehabis saja perkataan dari tok awang itu,tiba-tiba kedengaran cik has menjerit dengan kuat.Lampu tiba-tiba padam.Kemudian tuan sahak merasakan satu lembaga merempuhnya hingga dia terjatuh dan selepas itu tuan sahak tidak sedarkan diri lagi.Dia jatuh pengsan.
Tok awang saja yang seperti berjuang dengan mahkluk yang tiba-tiba menyerang itu.Tapi tiba-tiba lampu bernyala semula dan kelihatan tuan sahak terbaring dilantai.Cik has juga terbaring dikatil tidak bergerak-gerak.
Tok awang segera kedapur mengambil air lalu membaca jampi dan menghembuskannya ke air itu.Dia kemudian menyapu muka tuan sahak dengan air itu sehingga sedar.
"Apa yang telah terjadi?"Tanya tuan sahak.
"Kita telah diserang oleh penghulu wak kebasa."Kata tok awang tersenyum.
"Apa mahkluknya itu?"
"Jenis syaitan."
Tuan sahak beristighfar dua tiga kali sambil melihat kearah isteri mudanya yang terbaring tidak bergerak-gerak."Apakah dia pengsan?"
"Jangan risaukan dia.Dia tidur.Tak ada apa-apa yang hendak dibimbangkan."Kata tok awang sebelum meninggalkan bilik itu dan melangkah masuk kebiliknya semula.
Mengikut tok awang kharma,selepas peristiwa itu,tuan sahak menceraikan cik has pelayan genit.Dan sejak itu tidak lagi terdengar berita tentang cik has itu.

Bahagian 4 : Bela Hantu Untuk Mengawasi Kecurangan Isteri
Memang ilmu hitam ada sangkut paut dengan keinginan manusia kepada kuasa yang diluar kemampuannya.
Dan memang kuasa dari alam ghaib lebih luas dibandingkan dengan kuasa dialam nyata.Kekuasaan ghaib merupakan kekuasaan yang seolah-olah tidak terbatas oleh kemampuan seseorang.
"Masa itu aku masih remaja."Tutur datukku yang dikenali sebagai tok awang kharma.
Awang kharma,datukku itu,dipanggil orang dengan panggilan awang saja.Cuma setelah dia berusia baru lah dipanggil dengan nama lengkap awang kharma dan ditambah dengan gelaran pendekar.
Tapi setelah pun bergelar pendekar,dia tidak dikenali sebagai pendekar yang banyak menyimpan pengetahuan tentang ilmu ghaib.
Menurut datukku itu,dia mulai mempelajari aneka ilmu ghaib atau ilmu pendukunan setelah peristiwa yang diceritakan padaku ini.
"Masa itu aku bersahabat baik dengan seorang pemuda yang sebaya denganku bernama senik."Dia memulakan ceritanya.
"Senik seorang pemuda yang baik.Kalau nak dibandingkan dengan diriku dizaman muda dulu,jauh panggang dari api."Tambah cerita datukku.
Pekerjaan senik ialah bertukang membuat rumah.Dia bekerja dengan seorang berada dan menangkap kontrak membuat rumah namanya tuan saleh.
"Tuan saleh ini bukan saja terkenal kaya dikampunt putat,malah dia memang ternama dimerata tempat sebagai seorang yang hidupnya bertuah diberi oleh allah dengan harta kekayaan melimpah.
"Disamping menangkap konrak membuat rumah dia juga menjadi taukeh berbagai kelengkapan rumah disamping memiliki kebun getah berpuluh ekar.Pada masa itu pemilik kebun getah macam milik lombong emas juga.Pendek kata dia memang kaya."Lanjut cerita datukku.
Sebagai seorang yang hidupnya dilimpahi dengan kekayaan dunia,tuan saleh memang diidami oleh wanita yang bermimpi mendapat kemewahan yang dimiliki tuan saleh.
"Semasa itu tuan saleh sudah pun memiliki tiga isteri.Setiap isterinya disediakan rumah masing-masing.Namun masih ada wanita yang teringin dapat tuah menjadi isteri keempatnya dan mendapat rumah besar sebagai ganjarannya."Tutur datukku selanjutnya.
Ketika pak sukun ingin menyambut menantu,dia juga tidak ketinggalan meminta tuan saleh membaiki rumahnya.Apa yang menyebabkan pak sukun supaya meminta tuan saleh membaiki rumahnya ialah boleh dibayar secara ansur.
Hal ini ditawarkan sendiri oleh tuan saleh kepada pak sukun."Kalau nak betulkan rumah abang,cakap saja pada saya.Soal upah jangan lah dihitung sangat."Kata tuan saleh bersikap baik budi terhadap pak sukun.
"Tapi dapatlah diketahui mengapa tuan saleh begitu baik budi terhadap pak sukun itu.Ini ada kene mengena dengan apa yang dimiliki oleh pak sukun.
"Pak sukun ada memiliki seorang anak gadis yang baik paras rupa dan elok pula bangun tubuhnya sebagai seorang wanita.Bagi seorang yang seperti tuan saleh itu,gadis seperti siti sarah memang sangat digemarinya.Sebab kene dengan sifat sebagai orang tua-tua tentang keistimewaannya."Tambah datukku lagi.
Apabila pak sukun memberitahu yang dia berhasrat membaiki rumah untuk menyambut isteri seorang anak lelakinya,tuan saleh tidak bertangguh lagi memerintahkan kuli dan mandurnya membaiki rumah pak sukun.
Dalam empat orang kuli tuan saleh membaiki rumah pak sukun itu,termasuklah seorang rakan datukku yang dikatakannya bernama senik itu.
Oleh kerana senik seorang pemuda yang lawa serta selalu menunjukkan tingkah berbudi halus itu,maka segeralah dia jadi tumpuan perasaan siti sarah.
Seringlah semasa mengangkat dulang minuman untuk para pekerja bertukang membaiki rumah itu,antara pandangan mata siti sarah bertembung dengan pandangan mata senik.
Berpunca dari situ,senik mahu pun siti sarah masing-masing menaruh hati antara mereka berdua.
Dan setelah pasti yang dugaannya siti sarah tetap membalas perasaannya,suatu malam senik menulis sepucuk surat untuk pembacaan siti sarah.
"Memang senik ini disamping pandai bertukang kayu,pandai pula menyusun syair dan seloka.Pendek kata kalau dia menulis surat,kene benar dengan perasaan gadis.Apa lagi kalau dalam menyatakah hasrat hati kepada seorang gadis."Tambah cerita datukku.
Setelah mencari-cari peluang menyampaikan surat itu,akhirnya dapat jugak lah surat itu diberikan kepada siti sarah.Surat itu segera diletakkan didalam dulang minuman sewaktu siti sarah keluar mengangkat cawan-cawan kosong setelah tukang selesai minum.
Walau pun rumah pak sukun sudah siap dibaiki,namun jalinan hubungan antara senik dan siti sarah tetaplah tidak berkesudahan dan bersambung terus.
Malah sehingga siti sarah sanggup membuat pertemuan dengan senik ditempat sunyi ditepi sungai.
Perhubungan senik dan siti sarah berjalan lancar.Sementara itu kebaikan budi tuan saleh terhadap pak sukun juga bertambah apabila tuan saleh sanggup mendahulukan wangnya untuk menyelesaikan hutang pak sukun dengan taukeh chong kerana terpaksan berhutang untuk perkahwinan anak lelakinya.
Hutang membaiki rumah belum berbayar kini ditambah pula dengan hutang baru.
Ternyatalah pak sukun sekeluarga terhutang wang dna budi pada tuan saleh.Sikap tuan saleh pula,kalau sekiranya ada bayarlah.Tapi kalau belum mampu tak mengapalah.
Tuan saleh pula seolah-olah menyifatkan pak sukun sebagai kawan rapatnya.Setiap ada lubang dia akan singgah kerumah pak sukun.
Kalau pak sukun mengeluh tentang hutang belum mampu dibayarnya,cepat pula tuan saleh membalas dengan senyum."Hari ini giliran abang yang saya tolong,mana tahu esok lusa saya pula bernasib malang.Janganlah difikirkan sangat.Saya ni menolong dengan ikhlas,bang."
Pada suatu hari datukku awang agak terkejut apabila kawannya senik menyatakan yang dia telah pun menyuruh orang tuanya merisik siti sarah untuk disuntingnya sebagai isteri idamannya.
Tetapi seminggu kemudian dengan sedih awang menyampaikan berita malang yang menimpanya.Menurut tukang risik yang diutuskan oleh orang tua senik,pihak orang tua siti sarah enggan melepaskan anak gadisnya ketangan senik.
Malah menurut tukang risik yang diutuskan oleh orang tua senik,secara menyindir ibu siti sarah menyindir menggambarkan senik bukanlah pemuda yang layak menyunting anak gadisnya.
Keadaan senik lebih malang lagi apabila tuan saleh nampaknya melucutkan peluangnya bekerja menukang rumah.Setiap mendapat tempahan membuat rumah,senik tidak dipanggil bekerja sebagai kuli bertukang rumah.
Dengan itu hilanglah peluang mencari rezekinya dengan bertukang rumah.Sedangkan untuk bekerja dengan orang lain tidak ada,sebab setiap rumah yang hendak dibangunkan orang lebih senang berhuhung dengan tuan saleh.
Awang sudah dapat membaca tektik tuan saleh membuang senik dari menjadi kulinya.Sudah tentu tuan saleh merasakan senik cuba menjadi penghalangnya untuk mendapatkan siti sarah sebagai isteri keempatnya.
"Rasa-rasa telahanku benar."Kata awang kepada sahabatnya senik.
"Telahan apa?"
"Siti sarah akan menjadi isteri keempat tuan saleh."Kata awang.
Dengan terjegil biji matanya kerana terperanjat dengan ramalan awang,senik tetap tidak mempercayai kata-kata itu sebagai tepat."Mustahil begitu."Katanya menyangah awang.
"Kalau tidak,mengapa dia memecat kau dari bekerja dengannya?"
"Memang ramai yang hendak bekerja dengannya.Mungkin kerana ada cucuk dari orang yang ingin mengambil peluang."Jelas senik yang merasakan ada alasan lain mengapa dia diberhentikan dari menjadi kuli oleh tuan saleh.
Senik juga yakin yang cinta siti sarah terhadapnya tetap mendalam.Siti sarah sudah tentu menentang sebarang percubaan memutuskan perhubungan mereka berdua yang sudah bersumpah akan hidup bersama.
Tapi awang datukku itu tetap menasihatkan senik supaya lupakan saja siti sarah."Buat apa nak memenatkan batin dengan menaruh perasaan terhadap gadis yang mungkin menyebabkan hatimu menderita."Kata awang sebagai nasihat.
Kata-kata nasihat seperti itu sudah tentulah tidak termakan oleh senik yang sudah benar-benar mabuk dengan kejelitaan dan balasan perasaan siti sarah.
Dan seperti yang diduga oleh awang,tidak lama kemudian terdengar khabar ada pihak yang datang bertemu dengan ibu siti sarah membisikkan kemungkinan siti sarah dipetik oleh tuan saleh.
Janjinya sudah tentu hebat.Kerana siti sarah muda dan gadis jelita,sudah tentu dia lebih beruntung jadi isteri keempat tuan saleh.
Isteri pak sukun nampaknya termakan dengan anjuran itu,tanpa mengetahui saranan begitu adalah dari helah tuan saleh sendiri yang mahu menduga pihak orang tua siti sarah secara tidak langsung.
"Ah..takkanlah tuan saleh hendak."Jawab ibu siti sarah seolah-olah tidak menyangka anak gadisnya begitu berharga untuk tuan saleh.
Kononnya sejak itu ibu siti sarah mulai didatangi orang-orang tertentu yang memberi perangsang dan galakan supaya menerima tuan saleh jadi menantu.
Menurut mereka tuan saleh memang adil sifatnya,sehingga ketiga-tiga isterinya semuanya merasa puas sebagai isteri tuan saleh walau pun mereka hidup secara bermadu dengan isteri tuan saleh yang lain.
Bisikan-bisikan yang menggalakkan itu,sudah tentulah merangsang hati mak besah.
Mula-mula terfikir juga kalau-kalau pak sukun membantah.Tapi memikirkan suaminya banyak terhutang budi dengan tuan saleh,sudah tentu masalah itu bukanlah masalah berat untuk diatasi.
Dan apabila tuan saleh dapat membaca dengan jelas bahawa jarumnya sudah masuk dan pancaingnya mulai dapat perhatian,dia segera menghantar utusan secara rasmi.
"Apabila berita utusan tuan saleh masuk menanyakan siti sarah sampai ke telinga senik,kawan aku itu bagai anjing gila lakunya.Kalau tidak disabarkan,mahu dia mengcekak keris kerumah tuan saleh lalu menikamnya hingga terbunuh."Kata datukku awang kharma.
Sikap senik ialah lebih rela mati daripada hidup berputih mata melihat siti sarah menjadi isteri orang.
Namun senik terpaksa berputih mata juga.Akhirnya hebohlah sekampung yang siti sarah bakal jadi isteri tuan saleh yang keempat.Sebuah rumah segera akan dibangunkan dikampung itu sebagai hadiah tuan saleh kepada isteri paling mudanya itu.
Malah sebelum apa-apa,sudah tersiar yang berita yang tuan saleh telah menghantarkan sebentuk cincin berlian yang mahal harganya.
"Terdengar juga khabar yang kononnya ibu siti sarah untuk melembutkan hati anak gadisnya,terpaksa pergi menghadap bomoh meminta ikhtiar melembutkan hati siti sarah.Kononnya setelah mendapat pertolongan bomoh itu lah,hati siti sarah mulai lembut dan menyerah pada kehendak orang tuanya."Tutur datukku lagi.
Dan setelah tiba waktu yang ditetapkan,berlangsunglah upacara perkahwinan tuan saleh dengan siti sarah.Oleh kerana siti sarah masih gadis sunti,majlis perkahwinannya tetap diadakan secara besar-besaran dan siti sarah bersama tuan saleh tetap menaiki pelamin bersanding bersama.
Pada hari persandingan siti sarah dan tuan saleh itu,senik menghilang dari kampung.Sebulan lamanya dia menghilang sebelum pulang semula ke kampung.
Datukku sendiri tidak tahu apa yang dibuatnya sewaktu menghilang diri dia ke siam selama sebulan itu.
"Tapi mungkin juga dia mencari seorang bomoh terkenal di siam selama hilang dari kampung itu."Kata datukku lagi.
Dan ternyata walau pun siti sarah menjadi isteri tuan saleh,namun hubungan rahsia dengan senik tidak lah putus.
Hubungan sulit itulah menyebabkan senik kelihatan tenang walau pun buah hatinya sudah dirampas orang.Pada anggapan senik cuma pada zahirnya siti sarah dimiliki oleh tuan saleh,tapi pada batinnya siti sarah tetap tertambat hati padanya.
Rupanya tindakan sumbang siti sarah sampai juga ke telinga tuan saleh.Tuan saleh ingin membawa siti sarah berpindah,tetapi hal itu dibantah oleh siti sarah.Siti sarah berkeras,jika sekiranya dia mahu dipindahkan juga tinggal dikampung lain,dia rela memilih berpisah dengan tuan saleh.
Bantahan siti sarah itu menyebabkan tuan saleh yang mabuk dengan keistimewaan siti sarah yang cantik dan lengkap pula sifat keperempuanannya terpaksa mengalah dan membiarkan siti sarah kekal di kampungnya.
Tetapi dalam diam-diam tuan saleh tidak mahu mengalah.Tuan saleh sedar dalam keadaan usianya semakin lanjut dan sering pula meninggalkan isteri-isterinya untuk urusan perniagaannya,kemungkinan isterinya melakukan kecurangan tetap ada.
Setelah mendengar ketinggian seorang dukun dipulau jawa yang kononnya pernah bertapa dipergunungan jawa selama tujuh tahun,secara diam-diam atas alasan ingin mengunjungi sahabatnya di pulau jawa dia pergi menemui dukun handal dijawa itu.
Selama peninggalan tuan saleh itu pula lah,senik semacam dirasuk syaitan bersemukah dengan siti sarah yang merasa tidak berkepuasan segi batin dengan seorang suami yang telah berusia seperti tuan saleh.
"Sejak itu lah pula persahabatan aku dengan senik renggang,kerana dia langsung tidak memperdulikan nasihatku supaya jangan berzina dengan isteri orang."Tutur datukku sambil termenung seketika mengenang peristiwa lama yang dialaminya dimasa muda dulu.
Tapi selepas tuan saleh pulang dari tanah jawa,keadaan siti sarah berubah.Senik mulai berubah dari sikapnya tenang kepada sikapnya yang muram dan bersedih hati semula.Ternyata siti sarah kini bersikap dingin terhadap dirinya.
Sementara siti sarah pula kelihatan riang dan gembira dengan kepulangan tuan saleh.
Malah,walau pun tuan saleh agak lama tidak memenuhi gilirannya kerumah siti sarah,namun siti sarah tetap juga nampak riang dan enggan memenuhi godaan senik.Dengan sebab itu senik mulai merasakan cintanya terhadap isteri muda tuan saleh itu tidak berbalas semula.
Tapi rupanya tuan saleh menaruh perasaan cemburu yang semakin mendalam terhadap siti sarah.
Apa lagi ada yang menceritakan pada malam-malam tertentu seperti ada orang yang menceroboh masuk kerumah siti sarah dan bercengkerama dengan isteri mudanya itu.
Tuan saleh yakin yang senik telah menggunakan ilmu batin yang memukau isterinya hingga sanggup melakukan kecurangan terhadap dirinya.Memikirkan apa yang berlaku itu,tuan saleh menjadi begitu marah dan pendendam.
Tekadnya ialah ingin memerangkap kecurangan yang dilakukan oleh isterinya dan menghukum kedua mereka setimpal dengan kecurangan yang dilakukannya.
Walau pun tuan saleh bertekad begitu,namun pada lahirnya dia berpura-pura tidak merasa kecurigaan terhadap isterinya.Dia tetap berpura-pura seolah-olah tidak ada sesuatu pun yang dicurigainya.
Namun tuan saleh tetap mencari bukti dengan mata kepalanya sendiri.Dia tidak berpuas hati sebelum menangkap basah kecurangan isterinya itu.
Oleh kerana tekadnya itu lah,tuan saleh sudah beberapa kali mengelirukan siti sarah dengan berkata dia akan ke singapura untuk seminggu,padahal pada malamnya dia pulang kekampung isterinya untuk mengintip.
Tapi sudah dua tiga kali tuan saleh melakukan hal itu,namun sejauh ini dia tidak menangkap sebarang bukti kecurangan siti sarah.
Namun dari orang yang ingin menanam budi dari tuan saleh,sampai juga berita kesumbangan itu berlaku.
"Suatu malam semasa tuan tidak bermalam dirumah itu,adanya lembaga menyelinap masuk kerumah bini muda tuan itu."Kata mat sumbing yang anak saudaranya bekerja sebagai kuli bertukang rumah dengan tuan saleh.
Jelas dan tidak silap lagi daripada cerita-cerita yang disampaikan kepadanya,memang sah siti sarah telah melakukan satu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.
Patut lah siti sarah terus menerus bertahan supaya tidak dipindahkan,inilah angkaranya untuk berleluasa bersemukah dengan senik.
Rupanya peristiwa yang ditunggu-tunggu oleh tuan saleh berlaku juga akhirnya.
Pada hari itu setelah makan bersama siti sarah,tuan saleh berkata."Abang terpaksa ke kedah petang ini.Mungkin seminggu disana atau lebih.Kalau perlu biarlah mak yang temankan siti."
"Tak apalah.Siti sendirian pun tak ada yang nak dibimbangkan sangat.Selama ini siti tak pernah berteman,tak ada kejadian apa-apa berlaku."
Jawapan siti sarah itu benar-benar membayangkan yang siti sarah lebih senang sendirian dimalam hari daripada bertemankan sesiapa,walau pun tuan saleh sendiri.
Tapi setelah malam berlabuh dan larut malam pun tiba,tuan saleh bukan dalam perjalanan ke kedah.Sebaliknya dia dengan berhati-hati menyelusup masuk ke perkarangan rumah isterinya itu.
Dia duduk bersembunyi dibawah rumah dibahagian belakang rumah yang dilindungi oleh pokok-pokok puding.
Walau pun dalam gerakan mengendap kecurangan isterinya itu tuan saleh rasa tidak tertahan digigit nyamuk,namun dengan azam yang berkobar-kobar dia tetap menunggu saat-saat peristiwa yang dijangkakan berlaku dengan tabah.
Telinganya dipasangkan benar-benar untuk mendengar sebarang bunyi mencurigakan diatas rumah.Tapi kini dia belum mendengar sebarang bunyi atau tanda yang mencurigainya lagi.
Dia yakin saat-saat yang dinanti.Dan ketika bayangan dua susuk itu bergumul diatas tempat tidur,kedengaran bunyi giginya oleh kegeraman terhadap angkara itu.
"Nahas kamu berdua malam ini."Desis hati tuan saleh sambil membetulkan goloknya yang diselitkan di pinggangnya.
Tuan saleh tidak nampak sebarang lembaga yang menyelusup masuk ke halaman rumahnya walau pun matanya sentiasa meneliti.Tidak nampak apa-apa bayangan yang mencurigakan.
Tuan saleh ingin tahu apa yang dibuat oleh siti sarah sekarang ini.Dia kemudiannya perlahan-lahan merangkak menuju kedinding dimana terletaknya bilik tidur.
Dia kini mengintai melalui lubang yang ditemuinya.Kelihatan siti sarah dalam keadaan berkemban.Kelihatan bahagian dadanya terdedah dan kini sedang memakai bedak kebawah ketiaknya yang gebu itu.
"Jelas dia sedang mengharapkan kedatangan bedebah itu malam ini."Desis tuan saleh lagi.
Kemudian terfikir juga oleh tuan saleh,kiranya dia berada diluar rumah dan mengajar bedebah yang bersemukah dengan isterinya itu diluar rumah,sudah tentu buktinya tidak kuat.
"Kalau aku mengajar mereka sewaktu mereka berdua sedang bergomol ditempat tidur,sudah tentu aku mempunyai bukti yang kuat."Desa fikirannya.
Sebagai orang yang mahir dengan segala kelengkapan rumah,tuan saleh tahu cara-cara yang mudah untuk membuka pintu dapur.Dia kemudian melangkah hendak ke pintu dapur ketika dia mendengar seperti ada seseorang yang masuk ke bilik dimana isterinya sedang berhias dengan mengenekan bedak ketubuhnya.
"Si bedebah itu rupanya cekap menyelusup masuk."Desis hatinya dan dengan segera melangkah kepintu dapur untuk menyelinap masuk.
Dengan menggunakan hujung mata goloknya,tidaklah terlalu sulit bagi tuan saleh membuka palang pintu dapur.Dengan berhati-hati supaya palang itu tidak mengeluarkan bunyi,tuan saleh berjaya juga membuka pintu dapur itu.
Sekarang dia menyelinap masuk kedalam rumahnya,melangkah secara berhati-hati menuju kebilik tidur.
Semakin hampir langkahnya menuju kebilik itu,semakin jelas kedengaran rengus yang benar-benar membakar hatinya.Rengus itu seperti rengus seorang yang berada dipuncak kenikmatan.
"Sial.Alangkah kejinya si bedebah itu."Desis batin tuan saleh dan dirasakan jantungnya bagaikan bergoncang dengan amat sangat oleh perasaan marah bercampur aduk dengan perasaan cemburu yang bernyala-nyala.
Dengus-dengus nafas itu semakin kuat dan debar jantung tuan saleh juga semakin ganas.Marahnya kini berada dipuncak.Tangannya kini lebih kejap menggenggam hulu golok yang terhunus.
Bilik itu ternyata telah pun dipadamkan lampunya.Kini cuma kedengaran bunyi-bunyi saja.Namun tuan saleh pasti dapat menikam mereka berdua dengan tepat.
Dia cuba menolak daun pintu bilik itu.Ternyata tidak berkunci dari dalam.Kini dia telah melangkah kedalam bilik itu.Kedengaran suara nafas siti sarah semakin kencang dan mengganas.
Kaki tuan saleh begitu berhati-hati sekali merapatkan langkahnya dalam kelam malam.Dia mahu pastikan kedua-duanya dapat menerima habuan dari goloknya.
Telinganya dipasang betul-betul supaya sasaran goloknya tidak meleset.
"Nah,sekarang saatnya."Desis tuan saleh.Dia terus menikam sasarannya.Mula-mula dirasakan tikamannya mengene lembaga yang menggomol isterinya.Kemudian dia merasakan goloknya mengene tubuh isterinya.
Kegilaannya tidak dapat dikawal lagi.Tuan saleh terus menikam berulang kali sehingga suara kesakitan isterinya hilang.Dan suasana sunyi kembali semula menyedarkan tuan saleh apa yang telah dilakukannya.
Dia kemudian menyalakan lampu dan melihat tubuh siti sarah dalam tidak berpakaian penuh berlumuran darah yang masih lagi mengalir keluar.
Tuan saleh mencari-cari sesuatu.Tapi matanya tidak menemuinya.Sesuatu yang dicarinya ialah pakaian sibedebah yang bersemukah dengan isterinya.Namun tidak ada sebarang pakaian yang ditinggalkan.
Tuan saleh kini merasa aneh.Tidak munasabah si jahanam itu tidak meninggalkan pakaiannya.Tidak munasabah sibedebah itu dapat mencapai pakaiannnya dalam keadaan bergelap begitu dan diserang secara mengejut pula.
Ketika tuan saleh sedang memikirkan keanehan itu,tiba-tiba dia semacam mendengar ketawa dibumbung rumahnya.
Kemudian dia mendengar suara."Hai saleh,akulah penunggu isteri-isterimu.Akulah mahkluk yang kau warisi dari tuanku wak sudjomo dari jawa."
Kemudian suara itu melenyap.Tuan saleh tercengang.Baru kini dia tersedar apa yang dimaksudkan dengan khadam pengawal oleh wak sodjomo yang merupakan dukun keramat dari jawa itu tidak lain merupakan syaitan yang kini telah menggantikan tempatnya untuk memuaskan nafsu isteri-isterinya.
"Jelaslah sudah selama ini,setelah tuan saleh mengamalkan ilmu yang diberikan oleh wak sodjomo dia telah berkhadamkan jin yang boleh memuaskan keinginan nafsu keempat-empat isterinya.Dengan itu tidaklah isteri-isteri tuan saleh melakukan kecurangan dengan sesiapa pun kecuali dengan mahkluk ghaib belaan tuan saleh itu."Kata datukku awang kharma yang juga asalnya berketurunan jawa.
Oleh kerana tuan saleh telah melakukan jenayah membunuh isterinya,tuan saleh terpaksa melarikan dirinya kenegeri siam.Dia telah meninggalkan segala harta dan isteri-isterinya.
Keesokan harinya apabila pak sukun pergi kerumah anaknya itu,dia hairan mendapati anaknya belum bangun,sedangkan sudah pukul sebelas pagi.
Oleh kerana merasa curiga,pak sukun memecahkan pintu depan dan terus mendapatkan anaknya yang ditemui didalam bilik dalam keadaan dahsyat.
"Yang anehnya pada mayat siti sarah bukan saja terdapat liang luka ditikam dengan golok,malah tubuhnya kelihatan lebam-lebam."Kata datukku.
Tapi bagi datukku hal itu bukan hal aneh setelah mengetahui soal-soal ghaib.Katanya,perempuan yang mengadakan perhubungan sulit dengan mahkluk ghaib yang dibela oleh suaminya sebagai penunggu atau khadam akan kelihatan lebam-lebam selama beberapa hari dan wajahnya juga kelihatan lesu beberapa hari.
"Mahkluk ganas itu akan datang menjalankan tugas tuannya apabila muncul rasa keinginan pihak perempuan itu.Jika tidak ada rasa hubungan sulit itu,tidaklah makhluk itu datang.Jelas pada malam itu siti sarah dalam keadaan sepi dan memerlukan suaminya."Kata datukku lagi.
Dan sebelum memberitahu orang kampung,pak sukun terlebih dahulu menyarungkan semula pakaian kebadan siti sarah kerana takut dipandang aib oleh jiran-jirannya kerana mati terbunuh dalam keadaan begitu.
Dan setelah polis datang melakukan pemeriksaan,mayat siti sarah telah dikebumikan ditanah perkuburan dikampung itu.Pak sukun mengupah beberapa orang mengaji al-quran di atas perkuburan itu.
Diperkuburan itu disediakan wakaf yang boleh diangkat dan dipindahkan bagi kemudahan penuggu kubur untuk berteduh sewaktu menunggu kubur.
Dan sewaktu penunggu kubur arwah siti sarah itu berehat dan tidur setelah keletihan membaca al-quran sehingga kira-kira pukul satu,tiba-tiba mereka mendapati angin bertiup kencang sehingga memadamkan lampu yang mereka pasang.
Mereka juga ketakutan mendengar seperti ada mahkluk yang membingkar kubur.Kemudian setelah senyap sunyi yang aneh itu,dengan keadaan yang masih ketakutan mereka menyalakan semula lampu.
Alangkah terperanjatnya mereka apabila mendapati kubur siti sarah telah terbongkar.Mereka juga mendapati mayatnya telah hilang entah kemana.
Segera salah seorang dari mereka pergi mengejutkan pak sukun dan memintanya datang melihat kejadian yang pelik diperkuburan itu.
"Namun hal itu tersimpan sebagai rahsia agak lama juga sebelum didedahkan oleh penunggu kubur itu.Pak sukun telah berpakat supaya hal itu tidak dihebohkan sambil mencari jejak kemana mayat itu dilarikan.Namun jejak mencari mayat yang hilang dari kubur itu tidak berjaya."Tutur awang kharma lagi.
Hal itu pun bagi awang karma tidak menghairankan.Seorang isteri yang telah mengalami seperti apa yang dialami oleh siti sarah itu menurut awang kharma,sepatutnya dikebumikan dengan pertolongan seorang bomoh yang mahir tentang menjauhkan sebarang gangguan mahkluk laknat itu.
"Tapi sayangnya hal itu dirahsiakan oleh pak sukun.Lagi pun dikampung itu tidak ada pun seorang bomoh atau orang yang tahu perkara ghaib seperti itu."Tambah awang kharma lagi.
Dengan kematian siti sarah secara mengerikan itu dan larinya tuan saleh untuk menyembunyikan diri ke siam,belum juga selesai cerita aneh itu.
Rupanya selepas mengetahui yang siti sarah mati mengejut kerana tikaman dan terdapat golok yang dikenali milik tuan saleh,senik dengan perasaan menyesal datang menemui awang kharma.
Senik secara jujur mengakui secara terbuka kepada awang kharma yang merupakan seorang sahabat yang sentiasa dapat dipercayainya dan teguh memegang rahsia,bahawa pada malam itu sebenarnya dia mendapat persetujuan siti sarah untuk datang kerumahnya.
Tetapi sewaktu dia baru saja hendak memasuki ke halaman rumah siti sarah,tiba-tiba dia ternampak bayangan seseorang sedang menyelinap masuk kebawah rumah siti sarah.
Senik tidak berundur,sebaliknya menyembunyikan diri sambil mengawasi seseorang yang kini berada dibawah rumah siti sarah.
Dia tidak begitu pasti siapakah orang itu,tapi pasti seorang lelaki yang secara sulit datang kerumah itu.
Terlintas dihati senik bahawa orang itu adalah seorang yang rapat dengan tuan saleh dan datang untuk mengintip kalau-kalau dia datang bersemukah dengan isteri tuan saleh itu.
Senik tetap tidak berundur sehingga terdengar suara pekikan siti sarah sekali.Kemudian kedengaran eraman ngeri lalu lenyap.
Pada mulanya senik ingin menyerbu masuk,tapi terfikir pula dia akan ikut terlibat.Oleh itu dia terus pergi ke dekat dinding bilik siti sarah dan mengintai dari lubang yang terdapat pada dinding.
Ketika tuan saleh sedang memasang lampu dibilik itu dan matanya seperti sedang mencari sesuatu.Kemudian senik melihat tuan saleh mendongak ke atas dengan wajah tercengang.
Senik cuma mendedahkan rahsia itu pada awang kharma.Dan awang kharma tetap merahsiakan hal itu sehingga tidak seorang pun yang tahu bahawa pada malam kejadian itu memang ada keinginan baik dipihak siti sarah mahu pun senik.
Tapi setelah senik tidak datang sebagaimana yang dijanjikan,siti sarah lalu tidur.Dan ketika terlena dalam keinginan bermesra dengan lelaki itulah mahkluk ganas itu datang mengerjakan siti sarah.
Peristiwa kehilangan mayat siti sarah dari kuburnya juga tidak merupakan perisitwa aneh yang terakhir terjadi di kampung itu.
Peristiwa aneh yang terakhir ialah peristiwa yang berlaku ke atas senik pula.
"Malam itu adalah malam selasa.Dan pada tengah malam itu,secara tak terduga penghuni kampung itu terjaga apabila mendengar pekik lolong dari arah rumah senik.
"Ketika ayah senik menyerbu masuk mendapatkan senik,dia melihat senik sedang bergomol dengan seseorang yang tidak dapat dilihat oleh ayah senik.Cuma dia melihat senik seperti sedang dicekik dan sedang melepaskan cekikkan itu.
"Ayah senik cuba menolongnya,yaitu dengan cuba melepaskan tangan anaknya dari leher sendiri.Tapi tangan itu terlalu kuat sehingga dia gagal membantu.Sesaat kemudian senik kelihatan lesu dan tidak bernafas lagi."
Begitulah cerita awang kharma.Dia adalah datukku.Peristiwa itu pula yang menyedarkan datukku supaya mendalami tentang ilmu ghaib.
"Yang jahat,yang bersalahan dengan agama,kita belajar untuk mengetahui.Sedangkan yang baik dan yang tidak bertentangan dengan agama,kita amalkan.Tujuannya bukan lah untuk mendapat sebarang kuasa,malah cuma untuk membantu orang yang kesusahan kerana terkena ilmu begitu."Kata datukku seperti cuba menasihatiku supaya jangan menuntut sebarang ilmu hitam sebagai amalan.

Subscribe to:
Posts (Atom)