Wednesday, 14 September 2016

Tok Awang Ngah - Siri Berkelahi Dengan Syaitan

98.Bertemu Puteri Bunian


SEMUANYA bermula dengan tidak disedari oleh Mat Akir. Kegemarannya belajar ilmu-ilmu kebatinan tidak ada batasan. Disamping itu dia juga belajar ilmu pengasih supaya dirinya sentiasa dipandang kasih oleh siapa saja.

Satu ketika sewaktu dia memasang rawai di sungai jauh ke hulu sedikit, dia tercium bau wangi. Kemudian terpandang olehnya seorang gadis berjuntai kaki ke air, duduk di atas perdu pokok kelepung. Gadis itu sungguh cantik, kulitnya putih, hidungnya mancung, giginya putih bersih, matanya bulat, rambutnya ikal mayang, dan mukanya bujur sirih. Pada mulanya Mat Akir tidak mahu menghiraukan sangat gadis tersebut.

Dia mengesyaki juga sesuatu, kerana selama ini dia belum pernah melihatnya. Walau bagaimanapun dia cuba melarikan diri dari gadis berkenaan, namun hatinya bagai diruntun-runtun supaya mendekatinya. Akhirnya dia memberanikan hati menegur gadis tersebut. Dia bersedia menghadapi apa saja risiko, kerana ilmu di dadanya sudah cukup dibekalkan.

“Buat apa duduk di situ, nak mandi ke?” tegur Mat Akir tersenyum.

“Iya, saya nak mandi. Tetapi saya nampak awak memasang rawai, sebab itu saya tak jadi nak mandi,” sahut gadis itu mengerling manja.

“Awak seorang saja ke?” tanyannya lagi.

“Iya, saya memang suka berseorangan,” jawabnya perlahan.

“Tidakkah awak takut?” Mat Akir cuba menduga.

“Apa nak ditakutkan, tempat ni tempat kita,” gadis itu tidak lepas mengerling kearah Mat Akir.

Mat Akir terus memasang rawai, sementara gadis berkenaan duduk juga berjuntai kaki ke air. Kakinya dihayun-hayun ke dalam air hingga menampakkan betisnya yang putih melepak. Hari itu Mat Akir banyak mendapat ikan. Mahu juga hatinya mengendap di mana rumah gadis tersebut. Tetapi didapatinya kawasan itu penuh dengan belukar teberau. Tidak ada lorong orang turun ke air, atau menunjukkan adanya terdapat rumah di situ.

Apabila balik ke rumah Mat Akir tidak dapat melupakan gadis yang dilihatnya di sungai itu. Ilmu pengasihnya selama ini sudah tidak memberi kesan lagi kepadanya. Sepatutnya gaids itu yang selalu terkenang-kenangkan dia bila malam menjelang. Sebaliknya dia sendiri tidak dapat mententeramkan hatinya.

Esok pagi-pagi lagi dia sudah membawa rawai ke sungai. Dia menuju ke tempat dia bertemu gadis itu semalamnya. Lama dia menunggu di situ sehingga matahari terbit segalah, barulah kelihatan gadis berkenaan datang untuk mandi. Dari pertemuan itu teruslah membibitkan perasaan cinta di antara dua makhluk itu.

Masing-masing sudah berjanji tidak ada berpisah lagi. Rupa-rupanya ilmu pengasih yang ada pada Mat Akir masih berkesan. Sayangnya gadis itu tidak dapat menunjukkan dirinya di depan masyarakat umum.

“Namaku Puteri Bongsu, puteri penghulu bunian,” dia menerangkan kepada Mat Akir.

“Aku tahu kau mencintai aku dengan hati bersih, sebab itulah aku rela menerima kau. Tetapi aku tak dapat menjelma di depan masyarakat kau, kerana kita makhluk yang berlainan,” jelasnya lagi.

“Bagaimanakah kita boleh berjumpa selalu?” Mat Akir meluahkan perasaannya.

“Aku menunggu kau di sini.....” sahut Puteri bongsu memberi jaminan.

“Bolehkah aku berjumpa dengan ayah kau?” tanya Mat Akir.

“Bersabarlah dulu, nanti bila tiba masanya aku bawa kau bertemu dengan ayahku,” kata Puteri Bungsu memeluk tubuh Mat Akir. “Ayahku marah, kalau aku bawa kau dengan tidak izinnya,” dia menjelaskan.

Sejak itu seringlah Mat Akit bertemu dengan Puteri Bungsu. Namanya juga sudah ditukar oleh Puteri Bungsu kepada Putera Ali. Pada Puteri Bungsu dia bukan lagi Mat Akir, tetapi Putera Ali.

Dalam masa pertemuannya dengan Puteri Bungsu inilah sikap Mat Akir mula berubah. Dia tidak lagi suka bercampur dengan kawan-kawannya seperti Latip Debok, Sarip Uncoi dan anak-anak muda yang sebaya dengannya. Dia lebih suka ke hutan mencari manau, rotan atau damar seorang diri saja. Orang-orang kampung juga merasa heran mengapa Mat Akir berubah sikap, tetapi mereka tidak lah mengesyaki apa-apa. Mereka percaya kerana terlalu banyak menuntut ilmu kebatinan itulah sikapnya berubah.

Setiap kali Mat Akir balik dari hutan dia akan memperolehi banyak rotan, manau atau damar. Rezekinya juga boleh di kira sangat baik. Mak Teh tidaklah banyak soal jawabnya, kerana dia tahu Mat Akir seorang yang kuat bekerja. Kalau dia pergi merawai di sungai banyak ikan diperolehinya. Kadangkala Mak Teh sedekahkan pula pada jiran-jiran.

Semasa Mat Akir ke hutan mencari rotan, memang Puteri Bungsu menemankan dia. Hinggalah pada suatu hari Puteri Bungsu mengajak dia bertemu dengan ayahnya. Peluang yang ditunggu-tunggunya selama ini tidak dilepaskan oleh Mat Akir.

Puteri Bungsu membawanya ke satu tanah lapang yang dipenuhi oleh kabus memutih. Dia tidak dapat melihat dengan jelas di manakah dia berada. Dia hanya mengikut saja ke mana dibawa oleh Puteri Bungsu. Tiba-tiba saja dia sampai ke sebuah perkampungan yang indah. Orang-orang kampung yang melihat dia berjalan bersama Puteri Bungsu itu tercengang-cengang keheranan.

Kampung itu belum pernah dilihat lagi oleh Mat Akir. Dia kemudiannya dibawa masuk ke sebuah rumah besar seperti istana. Jalan untuk sampai ke istana melalui kolam-kolam yang dipenuhi dengan teratai memutih. Apabila masuk ke dalam dewan istana, Puteri Bungsu tiba-tiba menghilangkan diri.

Tinggallah dia seorang tergegak di tengah dewan. Namun Mat Akir tidak merasa takut apa-apa. Sebagai seorang yang penuh ilmu di dada, memang Mat Akir bersedia menghadapi siapa saja musuhnya.

“Selamat datang Putera Ali....” suatu suara menegurnya kemudian muncul seorang lelaki berjanggut yang mendakwa dirinya penghulu bunian.

Mat Akir membongkok memberi hormat. “Penghulu berniat jahat atau berniat baik?” soalnya sambil meraba-raba parang di pinggang. Penghulu Bunian tersenyum dengan sikap Mat Akir itu.

“Tak payah Putera Ali bertanya niat saya, kalau saya berniat jahat tak sampai Putera Ali ke mari,” ujarnya macam menyindir.

Mat Akir terdiam. Terasa juga bimbang di hatinya kerana menunjukkan sikap demikian. Mana tahu kalau hasratnya mahu mengambil Puteri bungsu menjadi isteri akan ditolak, kalau dia bersikap kurang ajar terhadap Penghulu Bunian. Tetapi kalau dia menunjukkan sikap takut, tentu dirinya akan diperolok-olokkan pula.

Bila dilihatnya air muka penghulu Bunian yang jernih dia dapat memahami bahawa kedatangannya diterima dengan baik. Penghulu Bunian juga sudah mengetahui mengenai percintaannya dengan Puteri Bungsu.

“Penghulu dah tahu niat Puteri Ali.....” kata Penghulu Bunian merapati Mat Akhir. “Tetapi Putera Ali mesti berjanji merahsiakan perkara ini dari pengetahuan masyarakat Putera Ali. Kita ini berlainan jasad. Putera Ali jasad kasar, kami ni jasad halus,” Penghulu Bunian mengingatkan.

“Merahsiakan macam mana?” tanya Mat Akir tegas.

“Sebelum Putera Ali dinikahkan dengan Puteri Bungsu, janganlah ceritakan perkara ini pada keluarga Putera Ali. Kalau dah nikah nanti, tak apalah. Sebab masa tu, Putera Ali sudah menjadi keluarga kami. Putera Ali tidak akan balik lagi kepada keluarga Putera Ali,” jelasnya memandang tepat ke muka Mat Akir.

“Saya setujulah dengan syarat tu,” sahut Mat Akir. Dia memang sudah nekad untuk menikahi Puteri Bungsu sekalipun terpaksa berpisah dengan emaknya. Dia merasakan cintanya pada Puteri Bungsu sudah tidak dapat dipisahkan lagi oleh sesiapa pun.

Mat Akir bersedia menjadi keluarga masyarakat bunian untuk selama-lamanya. Inilah janjinya pada Puteri Bungsu. Bagaimanapun Puteri Bungsu pernah memberitahu dia, kalau Mat Akir menjadi keluarga bunian dia di benarkan juga bertemu dengan keluarganya. Syaratnya dia tidak boleh memberitahu tentang perkahwinannya dengan orang bunian itu.

Kalau dia melanggar syarat tersebut dia terpaksa memilih antara dua sama ada keluarganya atau pun Puteri Bungsu. Kalau dia memilih Puteri Bungsu, dia tidak akan dibenarkan lagi bertemu keluarganya untuk selama-lamanya.

“Macam mana pun Putera Ali kena berfikir juga dululah. Saya benarkanlah Putera Ali tinggal di sini semalam dua dulu, lepas tu bolehlah balik pada keluarga Putera Ali, dan berfikirlah habis-habis sebelum datang ke sini,” kata Penghulu Bunian mengingatkan.

Sekonyong-konyong Penghulu Bunian itu ghaib dari pandangan Mat Akir. Kemudian dia dibawa oleh seorang perempuan tua ke sebuah bilik, katil tempat tidurnya dihiasai dengan lampu-lampu berbagai warna. Di situlah dia disuruh berehat.

Semuanya berlaku seperti dalam mimpi kepada Mat Akir. Tetapi dia yakin bahawa dirinya bermimpi. Dia dapat merasakan semua itu berlaku di hadapan matanya. Malah Mat Akir sudah merasakan dunia bunian itu tidak lagi asing kepadanya.

Dalam dia berfikir-fikir itu datanglah perempuan tua itu membawakan dia hidangan makanan yang lazat-lazat. Dengan tidak berfikir panjang Mat Akir memakannya dengan rakus.

Dia tidak peduli lagi tentang cerita orang-orang tua bahawa makanan yang dihidangkan oleh orang bunian sebenarnya ialah cacing gelang-gelang dan tahi cacing itu.

Air minuman yang manis seperti serbat itu sebenarnya air dari kubang babi atau gaung di sekitar kawasan tersebut. Ketika ini Mat Akir tidak pedulikan apa lagi. Dia terus menikmati makanan yang di hidangkan itu.

Setelah makan perempan tua yang melayani dia pun mengemas-ngemaskan pinggan mangkuk, langsung ghaib dari pandangan mata. Walaupun Mat Akir mempunyai kelebihan ilmu kebatinan, tetapi dia semacam terpukau oleh keindahan di tempat bunian itu.

Oleh itu dia tidak pernah merasa dirinya di aniaya oleh bunian. Selalunya ilmu kebatinan itu digunakan untuk mempertahankan diri dari dianiaya oleh orang lain. Sebaliknya Mat Akir merasakan dirinya sentiasa dihormati oleh orang-orang bunian di situ.

Selepas makan datanglah Puteri Bungsu mengajaknya mandi dikolam. Mat Akir mengikut saja segala kemahuan Puteri Bungsu. Kasihnya kepada Puteri Bungsu benar-benar mendalam, bukan hanya godaan nafsu semata-mata.

Telah menjadi kelazimannya sesiapa yang benar-benar jujur dalam percintaannya, memang dapat diterima oleh orang bunian. Mengikut cerita orang tua-tua kelebihan orang-orang bunian ialah mereka dapat menilai kejujuran hati seseorang itu.

“Sudikah Putera Ali mengambil saya menjadi isteri?” tanya Puteri bungsu semasa mereka sama-sama mandi di kolam.

“Kalau tak sudi masakan saya datang ke sini...” sahut Mat Akir mengerling tubuh Puteri Bungsu yang berkemban saja.

“Saya takut cuma saya bertepuk sebelah tangan,” ujarnya perlahan.

“Tidakkah Puteri Ali sedar kami ini berlainanmakhluk. Putera Ali dari jasad kasar, saya dari jasad halus?” katanya semacam mahu menduga hati Mat Akir.

“Kalau jasad kita berbeza, apakah hati kita tidak boleh disatukan?” tanya Mat Akir.

“Putera Ali patut menjelma menjadi jasad yang halus juga,” beritahu Puteri Bungsu bercampur sangsi kalau-kalau Mat Akir menolak.

“Hanya dengan Putera Ali menjadi jasad halus sajalah kita tidak berpisah lagi, keranakalau tidak bertukar jasad saya bimbang Putera Ali akan kembali semula kepada keluarga Putera Ali,” dia menjelaskan dengan penuh harapan.

“Saya sudah memberitahu semuanya pada Penghulu Bunian,” Mat Akir menerangkan.

Dia memang sudah nekad untuk tinggal bersama masyarakat bunian. Kasihnya pada Puteri Bungsu sudah tidak dapat dipisahkan oleh sesiapa pun. Dia rela jasadnya bertukar menjadi jasad halus yang tidak dapat dilihat lagi oleh orang-orang kampungnya.

Memang dia tahu wanita yang dicintainya itu bukan manusia biasa, tetapi makhluk yang hidup bernyawa juga. Apalah salah baginya kalau mencintai sesama makhluk. Sedangkan Puteri Bungsu juga mencintai dia.

Dia juga tahu adalah mustahil Puteri Bungsu menjelma menjadi jasad kasar sepertinya, kerana pantang larangnya terlalu banyak kalau dia menjelma ke alam nyata. Mat Akir memang tidak sanggup memenuhi pantang larang itu sekiranya Puteri Bungsu menjelma menjadi manusia biasa.

Kononnya mengikut petua gurunya, kalau orang bunian itu menjelma menjadi manusia biasa, adalah menjadi larangan kepadanya memakan benda-benda yang berdarah. Tidak boleh bertengkar, tidak boleh memarahinya, dan macam-macam lagi yang sukar diterima oleh manusia biasa.

Sebab itu dia lebih rela meninggalkan keluarganya dan jasad kasarnya untuk bersama-sama dengan masyarakat bunian.

“Apa yang Putera Ali beritahu pada Penghulu?” tanya Puteri Bungsu.

“Biarlah saya mengikuti Puteri Bungsu, kerana saya tidak menyanggupi memenuhi syarat-syarat kalau Puteri Bungsu mengikut saya,” tegasnya tidak lepas memandang tubuh Puteri Bungsu yang berkemban ditepi kolam.

“Saya tahu Putera Ali bemar-benar mencintai saya, sebab itu saya juga benar-benar mencintai Putera Ali,” bisiknya lemah lembut.

“Macam mana pun Penghulu menyuruh saya menghantar Putera Ali balik dulu kepada keluarga Putera Ali, nanti bila sampai masanya kita akan dinikahkan, saya akan datang mengambil Putera Ali semula,” dia memberi tahu.

Pada malamnya Mat Akir tidur seorang diri saja di dalam biliknya. Teringat juga pada dia bahawa kalau tidur di atas tilam bunian, biasanya tidur di dalam kubang babi. Tapi Mat Akir tidak peduli. Dia tetap yakin dirinya dipelihara baik baik oleh orang bunian. Hanya orang-orang yang menganggap dirinya diperdaya oleh bunian saja akan menerima akibat demikian.

Memang Mat Akir sudah mengetahui cerita menenai orang-orang yang pernah disembunyikan oleh bunian. Bila mereka sedar semula mereka dapati makanan yang diberikan kepadanya hanya tahi cacing. Tempat tidurnya ialah kubang babi.

Mereka yang menerima nasib demikian, selalunya hati mereka tidak jujur. Niat mereka ialah untuk memperdayakan orang-orang bunian, sebaliknya mereka sendiri yang kena perdaya. Apabila mereka tergoda dengan gadis-gadis bunian yang cantik-cantik mereka bertujuan untuk merosakkannya. Sebab itulah mereka diperdayakan oleh bunian.

Tetapi pada Mat Akir hatinya ikhlas. Dia tidak bertujuan untuk menyakiti hati orang-orang bunian. Semenjak dia menuntut ilmu kebatinan hatinya sudah mula diruntun oleh perasaan cintakan gadis bunian. Oleh itu bila dia terpandangkan Puteri Bungsu, cintanya sudah mula bertunas.

Apa saja hadiah diberi oleh Puteri Bungsu kepadanya belum pernah bertukar rupa apabila dibawa balik ke rumah. Pernah orang menyatakan kalau bunian memberi gelang atau barang-barang kemas, sebenarnya ialah lipan atau kala. Kalau memberi wang selalunya ialah daun-daun kering. Barang-barang itu akan bertukar rupa bila orang bunian itu ghaib.

Perkara seperti itu belum pernah terjadi pada Mat Akir. Hatinya tetap cinta sepenuh hati kepad Puteri Bungsu. Oleh itulah dia yakin bahawa Puteri Bungsu tidak memperdayakan dia.

Esoknya, pagi-pagi lagi Puteri Bungsu sudah mengejutkan dia dari tidur. Mereka sama-sama mandi di kolam. Selepas minum bersma-sama dengan Penghulu Bunian, dia pun meminta izin untuk balik ke kampungnya.

“Fikirlah habis-habis Putera Ali,” kata Penghulu Bunian semasa mereka makan.

“Baiklah Penghulu. Bagaimana pun biarlah saya berterus terang, bahawa saya rela meninggalkan segala-galanya di kampung saya, untuk datang berhamba pada Penghulu,” Mat Akir memberi pengakuan.

“Saya tahu hati Putera Ali memang jujur, sebab itu kami menerimanya pun dengan jujur. Kami sedia menunggu kedatangan Putera Ali,” balasnya bercampur bangga.

“Terima kasihlah atas budi baik Penghulu,” Mat Akir memberi hormat apabila mahu berangkat balik. Penghulu Bunian menghantarnya sampai ke pintu pagar istana.

Semasa keluar dari pintu pagar, Puteri Bungsu terus menghantarnya. Mereka melaui denai tetapi diselubungi oleh kabus tebal. Kelilingnya memutih tidak kelihatan pun pokok-pokok yang menghijau. Tempat itu terlalu asing pada Mat Akir.

“Bolehkah saya memegang jari Puteri Bungsu?” tanya Mat Akir memberanikan hatinya. Puteri Bungsu tidak menyahut. Dia terus berjalan tidak menoleh kebelakang. Mat Akir mengikut saja dari belakang. Bimbang juga dia Puteri Bungsu marah dengan pertanyaannya tadi. Maklumlah hati orang bunian mudah tersinggung, demikianlah yang diketahuinya melalui petua gurunya.

“Marahkah Puteri Bungsu dengan pertanyaan saya tadi?” Mat Akir merasa bimbang.

“Apakah tujuan Putera Ali mahu memegangnya, sama ada niat jahat atau niat baik?” Puteri Bungsu pula menyoalnya.

“Saya berniat baik kerana terlalu kasih pada Puteri Bungsu. Tetapi kalau Puteri Bungsu tidak benarkan, saya tidak akan memegangnya,” sahut Mat Akir perlahan.

Tiba-tiba Puteri Bungsu berhenti. Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang sambil menghulurkan tangannya. Mat Akhir pun menyambut tangan itu lalu dipimpinnya dengan penuh kasih sayang. Dia merasakan jari Puteri itu terlalu lembut bagaikan kapas.

“Kita sudah semakin hampir sampai ke kampung Putera Ali.....” Puteri Bungsu mengingatkan.

“Ingatlah semula pesan Pengulu supaya rahsiakan pertemuan kita ini dari pengetahuan orang-orang kampung,” katanya sambil meminta tangannya di lepaskan.

“Saya tetap ingat,” Mat Skir menganggukkan kepala lalu melepaskan jari Puteri Bungsu dari genggamannya.

“Ingatlah, Putera Ali masih lagi berjasad kasar. Kita belum boleh lagi bersatu,” kata Puteri Bungsu.

Mat Akir mengangguk. Dia tidak bimbang kalau menjelma menjadi jasad halus seperti bunian. Tidak ada pantang larang yang harus dipegangnya selagi dia terus mematuhi keadaan hidup masyarakat bunian.

Sejak dari mula lagi dia tidak berani membawa Puteri Bungsu menjelma menjadi manusia biasa. Kalau dia membawa Puteri bungsu, banyak pula tohmah dan fitnah yang mesti dihadapinya. Walaupun Penghulu Bunian membenarkan dia membawa Puteri Bungsu, tetapi dia tidak sanggup memegang pantang larang tersebut.

Takdirnya berlaku pertengkaran suami isteri dan dia terpaksa memarahi Puteri Bungsu, malah petaka akan menimpa dirinya. Begitu juga kalau emaknya tidak sengaja memarahi Puteri Bungsu, tentulah mereka akan menerima kebinasaan.

Oleh itulah dia sendiri memilih untuk mengikuti Puteri Bungsu.

“Sampai di sinilah dulu Putera Ali.....” Puteri Bungsu tiba-tiba memeluk leher Mat Akir lalu mengucup bibirnya. “Saya akan selalu mencari Putera Ali sehingga kita akan dinikahkan oleh Penghulu,” katanya, kemudian hilang dari pandangan Mat Akir.

Apabila kabus tebal hilang. Mat Akir dapati dia berada di perdu pokok kelepung tepi sungai, di tempat dia selalu memasang rawai. Teruslah dia balik ke rumah dengan bermacam-macam persoalan di kepalanya.

Ketika inilah orang-orang kampung gempar mengatakan Mat Akir hilang selama tiga hari. Tetapi dengan pulangnya Mat Akir semula, mereka merasakan semuanya sudah selamat.

Selesai
Tok Awang Ngah - Siri Berkelahi Dengan Syaitan

97.Bercinta Dengan Bunian

LAMA juga saya mahu mengetahui dari Nenek, mengapa Tok’ Sheikh™ selalu datang membantunya. Kalaulah Tok’ Sheikh™ itu dari golongan bunian, apakah benar bunian ini makhluk yang baik dan bertimbang rasa?

“Bunian juga makhluk seperti kita,” kata Nenek menceritakan kepada saya. “Ada golongan yang baik, ada golongan yang jahat. Ada setengahnya menganggu orang, dan ada setengahnya menolong,” ujar Nenek lagi.

Kadangkala ingin saya mahu melihat masyarakat bunian ini. Tetapi bila mendengarkan cerita Nenek tentang masyarakat bunian ini, hati saya jadi gementar. Kata Nenek, makhluk bunian ini adalah makhluk halus, manakala manusia biasa makhluk kasar.

Sebab itu apabila makhluk kasar diresapi oleh makhluk halus, mereka tidak berupaya melepaskan diri.

“Bunian ini akan menjamu sesiapa yang ditawannya dengan makanan yang lazat-lazat,” Nenek menceritakan kepada saya selanjutnya. “Tetapi sebenarnya yang dimakan oleh orang yang ditawannya itu ialah cacing gelang-gelang atau tahi cacing,” ujarnya.

Nenek memberitahu saya beberapa tempat yang dikatakan sebagai kawasan Orang Bunian. Kononnya satu ketika dulu Orang Bunian ini berbaik-baik dengan orang-orang kampung. Sayangnya, orang-orang kampung tidak jujur terhadap orang-orang Bunian.

Di kampung saya kawasan Orang Bunian ialah di darat kampung berhampiran dengan belukar rotan. Satu ketika dulu orang-orang kampung boleh meminjam pinggan mangkuk dari orang-orang Bunian untuk melakukan upacara nikah kahwin.

Apabila dibakar kemenyan sambil menyeru penghulu bunian, sebutlah jumlah pinggan mangkuk yang dikehendaki. Esoknya, orang yang ingin meminjam itu akan mendapati pinggan mangkuk seperti yang dikehendaki sudah ada di depan pintu.

Syarat meminjamnya hanya mesti mengembalikan semua pinggan mangkuk itu dengan cukup. Kalau terdapat yang pecah atau retak mesti juga di kembalikan. Satu masa dulu orang-orang kampung sangat mematuhi syarat tersebut, kerana orang-orang tua dulu sangat jujur dan tidak pernah mungkir janji.

Tetapi selepas orang-orang tua tidak ada lagi, orang-orang muda mula berlaku tidak jujur. Ada setengah kalangan yang menyembunyikan pinggan mangkuk yang dipinjam. Ada juga setengah kalangan yang tidak mengembalikan pinggan mangkuk yang pecah atau retak, dengan alasan takut di marahi oleh orang-orang Bunian.

Sejak itulah Orang Bunian tidak lagi memberi pinjam pinggan mangkuk. Ternyatalah manusia biasa ini tidak pernah jujur dalam berjanji. Akhirnya orang-orang Bunian tidak lagi mempercayai mereka.

“Kalau difikir-fikirkan Orang Bunian ni tak jahat, kita manusia bertubuh kasar ni lebih jahat,” kata arwah Nenek saya dulu. “Tetapi selalunya kita menyalahkan orang lain bila orang-orang Bunian ini bertindak balas. Salah diri sendiri tidak di sedarinya,” begitulah Nenek saya merungut bila mengenangkan perangai manusia ini.

orang-orang Bunian ini juga, menurut cerita Nenek, adalah makhluk ALLAH seperti kita. Mereka juga hidup berkeluarga, bermasyarakat dan mempunyai peraturan hidup. Bezanya, kita tidak dapat melihat mereka, sedangkan mereka boleh melihat kita.

“Kalau kita tahu Orang Bunian, mereka tidak akan berani mengganggu kita,” ujar Nenek saya. “Kalau kita sudah tahu mereka Orang Bunian, bererti mereka kenal kita. Kalau dia sudah kenal kita, masakan dia mahu mengganggu,” katanya lagi.

Setelah mencungkil dari Nenek mengenai pengalaman-pengalamannya sebagai bidan kampung, barulah saya menyedari bahawa Nenek memang ada hubungan dengan Orang Bunian. Tok’ Sheikh™ yang sering menjelma apabila Nenek menghadapi kesukaran, adalah penghulu bunian.

Dari cerita Nenek, Tok’ Sheikh™ itu asalnya dari manusia biasa iaitu keturunan dari moyang Nenek dulu. Tetapi Tok’ Sheikh™ tidak dapat balik semula ke pangkuan masyarakat manusia biasa, setelah dibawa lari oleh Orang Bunian.

Sebelum Tok’ Sheikh™ dilarikan oleh Orang Bunian, dia seorang pemuda biasa dikenali dengan nama Mat Akir. Kerja Mat Akir ini mencari rotan, damar dan manau ke hutan. Setiap hari dia ke hutan, kadangkala hingga lewat petang barulah balik ke rumah.

Ketika ini di mana-mana pun kampung di negeri ini masih diliputi oleh hutan tebal. Perhubungan antara satu kampung dengan kampung yang lain amat sukar. Binatang-binatang buas juga berkeliaran hingga kadangkala tersesat masuk ke dalam kampung.

Pada suatu hati Mat Akir masuk ke hutan seorang diri saja. Sudah menjadi kebiasaan kepadanya masuk ke hutan dengan tidak mengajak kawan-kawan. Mat Akir juga suka bersendirian saja kalau membuat apa-apa kerja pun.

Hari tersebut dia masuk ke hutan tidak balik ke rumah hingga lewat malam. orang-orang kampung menjadi bimbang kerana Mat Akir tidak balik. Tok’ Lah yang menjadi Ketua Kampung menyuruh beberapa orang pemuda menjejaki Mat Akir ke tempat dia selalu mencari rotan, pada keesokan harinya.

Hinggalah tiga hari orang-orang kampung mencari Mat Akir, tetapi tidak juga bertemu. Tok’ Lah menyuruh pula Pawang Bulin menengok tetemas (ilmu semacam nujum juga), ke mana perginya Mat Akir. Kalau ditangkap binatang buas tentu ada kesan-kesannya.

“Kalau tak salah, dia ni disorok Orang Bunian,” kata Pawang Bulin memberitahu Tok’ Lah. “Biasanya kalau dah tumbuh tanduk di kepalanya susahlah dia nak balik semula kepada manusia biasa,”

“Berapa lama baru tanduknya tumbuh?” Tanya Mak Teh ibu Mat Akir pada Pawang Bulin.

“Tak tentu, kalau Orang Bunian dah perkenankan dia, takat tiga hari ni dah tumbuhlah,” beritahu Pawang Bulin menambahkan bimbangnya hati Mak Teh.

Bagaimana pun Tok’ Lah tidak putus asa. Dia tetap menyuruh anak-anak muda di kampung itu mencari Mat Akir. Kebetulan pada hari yang ketiga itu Mat Akir balik semula ke rumah. Mak Teh terlalu gembira sambil mengadakan kenduri doa selamat menyambut kepulangan Mat Akir itu.

  Bila ditanya oleh orang-orang kampung ke mana dia menghilang. Mat Akir memberitahu dia tersesat. Dia sampai ke perkampungan Orang Asli. Kebanyakan orang-orang kampung lebih percaya dengan cerita Mat Akir dari kata-kata Pawang Bulin yang mengatakan Mat Akir disorok oleh orang-orang Bunian.

Sejak kehilangan Mat Akir, kemudian dia balik semula ke rumah selepas tiga hari, orang-orang kampung tidaklah menghiraukan sangat peristiwa itu. Mereka hanya menasihatkan Mat Akir supaya pergi bersama kawan-kawan bila masuk ke hutan.

Tapi bagi Pawang Bulin, dia tetap tidak percaya Mat Akir tersesat dihutan hingga sampai ke perkampungan Orang Asli. Mat Akir juga tidak menerangkan kepada sesiapa pun apakah yang dialaminya selama tiga hari sesat di hutan.

“Anak awak tu diubat Teh” nasihat Pawang Bulin pada Mak Teh.

“Eh, budak tu tak sakit, macam mana nak diubat,” bantah Mak Teh bercampur heran dengan desakan Pawang Bulin supaya mengubat Mat Akir.

“Budah tu sakit. Cuba tengok mukanya pucat saja tidak berseri,” ujar Pawang Bulin menyakinkan dia.

“Entahlah Tok’ Pawang,” keluh Mak Teh semacam tidak percaya dengan dakwaan Pawang Bulin. “Fasal kulitnya putih, sebab itu kita nampak macam pucat aje. Saya tak tahu pula apa sakitnya budak Mat Akir tu,” katanya lagi.

“Aku cuma mengingatkan,” sahut Pawang Bulin. “Dia anak awak, kalau nak berubat boleh aku ikhtiarkan,” Pawang Bulin memberi pengakuan sanggup untuk menolong.

Mak Teh hanya mengangguk kepala memberi pengakuan, kerana tidak mahu melukakan hati Pawang Bulin. Pada hal di dalam hatinya dia langsung tidak percaya akan kata-kata Pawang Bulin yang mendakwa Mat Akir sedang sakit dirasuk Orang Bunian.

“Nantilah, kalau melarat sakit Mat Akir tu, saya beritahu pada Tok’ Pawang,” kata Mak Teh.

Pawang Bulin tidak boleh berkata apa-apa lagi. Mak Teh sendiri tidak berkeras mahu mengubat Mat Akir. Pada penglihatan Pawang Bulin, memang Mat Akir sudah dirasuk bunian. Mat Akir bukan lagi seperti Mat Akhir sebelumnya.

Dari mata kasar orang tidak nampak akan perubahan kelakuan Mat Akir. Tetapi Pawang Bulin sudah menduga sejak Mat Akir sering kehutan seorang diri saja. Apa lagi kelakuan Mat Akir tidak mahu bercampur gaul dengan anak-anak muda yang sebaya dengannya.

Dengan kehilangan Mat Akir selama tiga hari, kemudian muncul semula dengan tiba-tiba, menguatkan lagi alasan Pawang Bulin bahawa Mat Akir benar-benar sudah dirasuk bunian.

Sayangnya, Mak Teh sendiri tidak begitu yakin dengan cerita PawangBulin itu. Tok’ Lah juga tidaklah boleh berkuat menggesa Mak Teh supaya mengubat Mat Akir.

Mat Akir sentiasa bersendirian saja. Kalau dia mandi ke sungai dia mengambil masa yang lama. Dia akan menggosok badannya sambil berendam di dalam air, menggosok celah-celah jarinya, menggosok celah-celah kukunya. Pendek kata dia terlalu asyik membersihkan diri dari segala daki atau kekotoran.

Oleh kerana Mak Teh tidak berkuat untuk mengubat Mat Akir, maka Pawang Bulin juga tidaklah mengambil berat sangat lagi. Dia hanya mahu menolong, kalau Mak Teh mahu menerimanya. Sebaliknya Mak Teh menganggap dia sengaja mengada-ngadakan cerita tentang diri Mat Akir.

  Selepas peristiwa Mat Akir hilang tiga hari itu, pernah juga Mak Teh mendengar suara seperti orang berbual-bual pada waktu malam di belakang rumahnya. Bunyi orang berbual-bual itu tidaklah berapa jelas, tetapi kerap kedengaran terutama pada waktu bulan mengambang.

Timbul juga keinginan Mak Teh mahu mengintai siapakah yang berbual-bual di tengah malam itu. Tetapi dia takut untuk turun ke tanah ketika bulan mengambang. Dia selalu mendengar cerita tentang harimau selalu berkeliaran bila bulan mengambang penuh.

Pernah juga dia mengintai anaknya Mat Akir yang tidur di hujung serambi. Setiap kali dia menjengah ke hujung serambi, didapatinya Mat Akir ada tidur nyenyak di situ. Oleh itu dia tidak mengesyaki apa-apa terhadap Mat Akir, apabila mendengar suara orang berbual-bual di belakang rumahnya.

Mak Teh menceritakan pada Tok’ Lah mengenai apa yang didengarnya pada waktu malam ketika bulan mengambang. Kerana Tok’ Lah mahu mempastikan siapa yang datang berbual-bual di belakang rumah Mak Teh, dia menyuruh anak-anak muda mengendap siapakah yang datang ke situ.

“Kalau bunyi orang lelaki berbual dengan orang perempuan, itu tanda ada orang nak mencemarkan nama kampung kita,” ujar Tok’ Lah marah.

“Apa Tok’ nak buat?” Tanya salah seorang anak muda.

“Kita nikahkan mereka,” tegas Tok’ Lah. “Kalau kita biarkan mereka membuat perkara sumbang, bererti kita sama bersubahat dengan maksiat,” ujarnya menaruh curiga kepada Kiah janda muda.

  Sudah selalu juga di dengarnya Kiah janda muda suka melayan anak-anak muda yang mengusiknya. Kadangkala bila musim ke sawah, Kiah janda muda sengaja menbawa bekalan lebih untuk mempelawa anak-anak muda menjamah bekalannya.

“Kita tak boleh biarkan orang buat tak baik dalam kampung kita,” jelas Tok’ Lah lagi.

Sementara Sarip Uncoi iaitu adik Kiah janda muda diperintah oleh Tok’ Lah supaya mengawasi kakaknya. Sarip Uncoi mengintip sama ada kakaknya keluar pada waktu malam atau tidak. Kalau keluar malam-malam hari kemana tempat yang dituju oleh Kiah janda muda.

Hampir dua minggu mereka mengawasi Kiah janda muda, tetapi tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan janda muda itu keluar bila malam hari. Sebaliknya bunyi suara orang berbual-bual di belakang rumah Mak Teh tetap kedengaran juga.

“Biar saya tanya kakak saya Tok’ Lah,” kata Sarip Uncoi merasa tersinggung bila dituduh kakaknya mahu melakukan perbuatan sumbang.

“Takkan dia mahu mengaku,” sahut Latip Debok™ pula.

Mereka semua berkumpul di surau membincangkan siapakah yang kedengaran berbual-bual itu. Semasa mereka mengintai suara orang berbual-bual semakin dekat kepada mereka, tetapi semakin di serbu semakin jauh pula perginya.

Inilah yang mengherankan Tok’ Lah dan anak-anak buahnya. Sarip Uncoi yang disuruh mengawasi Kiah janda muda pula, mendapati kakaknya memang tidak keluar dari rumah sepanjang malam.

“Siapa pula yang melakukan perbuatan sumbang itu….? bisik Tok’ Lah kehairanan. “Kalau benar Kiah, mengapa pula dia ke belakang rumah Teh. Apakah dia berjumpa dengan Mat Akir….” keluhnya tertanya-tanya dengan misteri yang melanda kampungnya.

“Kalau begitu biar saya bermalam di rumah Mak Teh. Biar saya sendiri mengawasi Mat Akir,” sahut Latip Debok™ menawarkan diri.

Latip Debok™ memang berkawan rapat dengan Mat Akir sejak kecil lagi. Tetapi disebabkan sikap Mat Akir suka menjauhkan diri sejak kebelakangan itu membuatkan Latip Debok™ juga tidak mahu menghampiri dia. Sebelum Mat Akir suka menyendiri itu, selalu didapati oleh Latip Debok™ dia bercakap seorang diri.

“Bagus juga cadangan Latip tu,” Tok’ Lah bersetuju sambil mengangguk-ngangguk kepala. “Latip cuba perhatikan Mat Akir, sementara Sarip pula perhatikan kakaknya. Dengan cara ini saja kita dapat memerangkap mereka. Yang lain-lain terus mengendap di belakang rumah Mak Teh,” kata Tok’ Lah macam memberi perintah.

Pada malamnya masing-masing melakukan seperti apa yang disuruh oleh Tok’ Lah. Sarip Uncoi tidak tidur semalaman mengawasi kakaknya Kiah janda sama ada keluar dari rumah atau tidak. Sementara Latip Debok™ pula tidur bersama Mat Akir di rumah Mak Teh.

Puas Latip Debok™ berpusing ke kiri ke kanan didapatinya Mat Akir tidur nyenyak. Sekali sekala terdengar senar Mat Akir beralun-alun di hujung serambi. Dia terdengar juga Mak Teh keluh kesah di tengah rumah. Sebenarnya Mak Teh sudah di beritahu tujuan Latip Debok™ tidur di rumahnya.

Sementara Tok’ Lah dengan beberapa orang lagi anak muda menunggu di bawah belukar senduduk di belakang rumah Mak Teh. Malam semakin sepi dengan angin sepoi-sepoi bahasa meniup perlahan. Sejuk terasa menyusup sampai ke tulang. Nyamuk juga mengiang-ngiang di pangkal telinga. Tetapi Tok’ Lah tetap bersabar menunggu bersama orang-orangnya.

Bila tengah malam mula diserkup kesepian, bulan semakin terang mengambang, Latip Debok™ yang ditugaskan mengawasi Mat Akir merasa sangat mengantuk. Berat sangat pelupuk matanya bagaikan tidak dapat diangkat-angkat. Semakin dilawannya mata yang mengantuk, semakin lemah terasa tubuh anggotanya.

Dalam keadaan itulah Latip Debok™ tertidur nyenyak tidak sedarkan apa-apa lagi. Esoknya bila dia terjaga dia memberi tahu kepada Mak Teh tentang apa yang dialaminya. Mak Teh juga mengaku dia sendiri terasa sangat mengantuk.

“Tidak pernah Mak Teh mengantuk macam ni,” ujar Mak Teh keheranan.

“Saya juga tidak pernah mengantuk sampai tidak sedar apa-apa,” sahut Latip Debok™.

“Agaknya masa awak semua tidurlah, kami dapat dengar orang berbual-bual dengan jelas,” beritahu Tok’ Lah merasa takjub dengan kejadian tersebut. “Suara orang lelaki berbual-bual dengan perempuan. Bila kami dekati kearah suara itu, semakin jauh pula perginya. Seolah-olah kami dibawanya ke hutan pula,” ujarnya.

“Apa yang Tok’ Lah dengar mereka cakapkan?” Tanya Latip Debok™ semacam kesal kerana dia tertidur.

Lama Tok’ Lah terdiam. Dia masih dalam kebingungan bila mengenangkan pengalaman semalamannya berjaga di belakang rumah Mak Teh itu. Kemudian barulah dia menjawab, “Suara yang perempuan itu mengingatkan yang lelaki supaya berhati-hati. Katanya ada orang mengendap.”

Dari apa yang didengar oleh Tok’ Lah pasangan yang sedang berbual-bual itu menyedari ada orang mengendap. Oleh itu yang perempuan mengajak di lelaki segera mengikutinya. Sebaliknya yang lelaki meminta tangguh juga kerana takutkan dirinya tidak sesuai dengan keluarga perempuan.

Tok’ Lah yang mendengarkan berhati-hati perbualan pasangan berkenaan cuba memerangkap dari dekat. Tetapi suara perbualan itu beralih-alih, sekejap terdengar di sebelah darat, sekejap di sebelah baruh.

Setelah puas mengikuti bunyi suara orang berbual itu, barulah Tok’ Lah merasa takut. Bulu tengkuknya tiba-tiba saja meremang. Dalam hatinya sudah mula menuduh bahawa suara pasangan yang berbual itu bukan lagi suara manusia biasa.

“Kalau begitu ini bukan suara manusia biasa,” keluh Tok’ Lah memerhati ke arah Latip Debok™.

“Latip sudah mengawasi Mat Akir, Sarip juga sudah mengawasi Kiah, tetapi mereka berdua tetap ada di rumah. Ini bukan kerja manusia biasa,” Tok’ Lah semakin yakin dengan anggapannya itu.

  Barulah Mak Teh menceritakan kepada Tok’ Lah, apa yang telah diberitahu oleh Pawang Bulin kepadanya. Dengan nasihat Tok’ Lah bersetujulah Mak Teh meminta Pawang Bulin menyemah rumahnya.

Semasa Mak Teh datang ke rumah Pawang Bulin, mula-mulanya dia enggan untuk mengubat Mat Akir yang dikatakan sudah dirasuk oleh bunian. Tetapi Tok’ Lah kuat mendesaknya supaya berusaha menyelamatkan Mat Akir. Pada pandangan mata kasar memang tidak siapa pun menduga Mat Akir itu sakit.

Kehidupannya sama seperti manusia yang tidak sakit. Dia tetap ke hutan mencari rotan, manau dan damar. Kadangkala dia memasang rawai di sungai. Dia juga rajin mencucuk atap, ke sawah dan menorah. Pendek kata tidak ada yang berbeza kehidupan Mat Akir dengan orang-orang kampung yang lain.

Inilah yang menyebabkan Mak Teh tidak begitu percaya pada mula-mulanya.

“Kalau Mat Akir sudah dapat dikuasai oleh bunian susahlah kita nak ubat,” keluh Pawang Bulin. “Saya hanya boleh mencuba sama ada berjaya atau tidak, bukan kuasa saya.” Katanya bercampur kesal kerana sikap Mak Teh kepadanya sebelum itu.

“Cubalah sedaya upaya Tok’ Pawang,” pujuk Tok’ Lah.

“Bersemah, kenalah kita potong seekor kambing,” sahut Pawang Bulin meletakkan syarat.

“Saya sangguplah Tok’ Pawang,” sahut Mak Teh serba salah. Hatinya sudah tekad mahu menerima Pawang Bulin mengubat anaknya Mat Akir.

Dalam masa Pawang Bulin bersiap-siap mahu mengubati Mat Akir, gempar lagi sekampung mengatakan Mat Akir sudah meninggalkan rumah. Seorang pun tidak mengetahui ke mana perginya Mat Akir. Bagaimanapun Latip Debok™ ada juga nampak Mat Akir ke hutan mencari rotan.

Lebih seminggu orang-orang kampung mencarinya, tetapi Mat Akir tidak juga ditemui. Sejak itu mereka semacam putus asa mahu mencari Mat Akir, kerana Mat Akir tidak lagi muncul-muncul.

Selesai
Tok Awang Ngah - Siri Berkelahi Dengan Syaitan

96.Di Lamar Bunian

Nenek selalu mengingatkan saya supaya berhati-hati menuntut ilmu kebatinan. Pesan Nenek, kalau tersalah tuntut akan membahayakan diri sendiri. Pernah Juga Nenek bercerita tentang orang-orang yang memelihara hantu akan mencari kesempatan menurunkan hantu berkenaan kepada sesiapa yang mahu menuntut ilmu kepadanya.

“Di sebabkan mereka tidak tertahan memelihara hantu itu, jadi dia terpaksa mencari orang yang sanggup menerimanya. Orang seperti ini akan menurunkan hantu tersebut kepada kau secara tidak kau sedari, kalau tidak berhati-hati menuntut ilmu….” Kata Nenek mengingatkan saya.

Nenek saya telah meninggal dunia dalam tahun 1976 ketika berumur lebih 70 tahun. Dia seorang bidan dan dukun yang terkenal di kampung saya. Tetapi di akhir-akhir hayatnya dia tidak mahu lagi meneruskan kerja-kerja menjadi bidan-bidan kampung itu.

Kadangkala kalau saya terkehel pun dia mengurutnya, kerana alasannya dia tidak mahu dimakan sumpah. Apakah sumpahnya itu tidaklah saya ketahui.

Tetapi pernah juga Nenek berceritakan tentang sepupunya yang tiba-tiba hilang ketika sedang mencari kayu api di kebun getah pinggir kampung. Cerita mengenai sepupu Nenek ia itu Nenek Ngah saya ini hilang memang saya masih ingat. Kisahnya berlaku semasa saya berumur enam tahun iaitu kira-kira dalam tahun 1952.

Masa ini kampung saya di Pahang sama juga seperti lain-lain negeri di Tanah Melayu adalah dalam keadaan darurat. Perintah berkurung di kenakan dari jam 6 petang hingga 6 pagi (kalau ikut waktu sekarang ialah jam 5.30 petang hingga 5.30 pagi). Orang-orang kampung selalunya diganggu oleh pengganas-pengganas komunis.

Satu petang kira-kira pukul 2.00, Nenek Ngah saya ketika itu masih anak dara telah pergi mencari kayu api bersama dengan emak saya dan beberapa orang lagi jiran.

Jarang mereka pergi mencari kayu api seorang diri, kerana takutkan pengganas-pengganas komunis.

Mereka hanya pergi mencari kayu api di kawasan kebun getah berhampiran dengan kampung saja. Malah kalau dilaung dari tingkap rumah pun boleh kedengaran.

Semasa mencari kayu api ini mereka semua berpecah, tetapi tidaklah berjauhan antara satu sama lain. Setelah masing-masing mendapat seberkas kayu api, mereka pun berkumpul semula. Ketika berkumpul inilah Nenek Ngah saya tidak kelihatan di mana.

“Di mana Som tadi?” Tanya seorang jiran emak saya.

“Entah, tadi dia ke tubir bukit….” Sahut emak saya, kerana dia nampak emak saudaranya itu mengutip ranting-ranting kayu getah yang gugur di tubir bukit.

Lama mereka menunggu Nenek Ngah Som, tetapi dia tidak juga muncul. Setelah hampir pukul enam petang, mereka pun merasa bertambah cemas. Mereka terpaksa pulang kerana takutkan perintah berkurung. Masa perintah berkurung ini pihak askar boleh menembak siapa saja kalau terserempak di kawasan pinggir kampung.

Oleh itu mereka semua terpaksa balik untuk memberitahu ketua kampong mengenai Nenek Ngah Som yang hilang semasa mencari kayu api. Mereka bertambah bimbang kalau Nenek Ngah Som dilarikan oleh pengganas-pengganas komunis.

Berita tentang kehilangan Nenek Ngah Somini cepat saja diketahui oleh penduduk-penduduk kampung. Malam itu mereka semua berkumpul di rumah Nenek saya. Ketua Kampung Tok’ Mat Berahim juga hadir sama. Saya yang masih kecil juga ada sama-sama mendengar perbincangan mereka, tetapi saya tidaklah tahu sangat mengenai biji butirnya.

“Kau nampak ke mana dia pergi?” Tanya Tok’ Mat Berahim kepada emak saya.

“Di tubir bukit kebun getah itu laaa……” emak saya memberitahu Ketua Kampung.

“Tak ada dengar Som menjerit atau memekik?” soal Tok’ Mat Berahim lagi.

“Tak ada pula,” jawab emak saya.

Saya duduk dekat dengan emak saya hanya terkebil-kebil mata saja mendengar perbincangan mereka itu.

Di sebelah saya duduk Nenek saya. Serambi rumah Nenek saya itu sudah dipenuhi oleh orang-orang kampung. Saya nampak ayah saya memerhatikan Dukun Amid di hujung serambi sedang membakar kemenyan.

Selalunya kalau ada berlaku sakit atau kejadian-kejadian ganjil berlaku memang orang-orang kampung memanggil Dukun Amid. Dia akan membakar kemenyan serta menjampi serapah untuk menyembuhkan penyakit.

Kadangkala dia menggunakan telur untuk menilik sesuatu penyakit itu.

Tetapi pada malam itu kelihatan Dukun Amid semacam tidak berupaya menilik ke mana hilangnya Nenek Ngah Som. Walaupun Nenek Ngah Som itu pangkat Nenek kepada saya, tetapi umurnya muda sedikit dari emak saya. Dia masih anak dara lagi ketika itu.

Oleh itu orang-orang kampung menyangka dia dilarikan oleh pengganas Komunis.

“Bagaimana kalau kita report ke balai polis?” ayah saya semacam memberikan cadangan. “Jangan…..” Tok’ Mat Berahim cepat-cepat memotong cakap ayah saya. “Kalau perkara ni kita hebohkan, takut-takut nyawa si Som terancam. Mana tahu benar-benar dia dilarikan oleh komunis, tentulah komunis mengancam dia kalau kita hebohkan kepada polis,”ujar ketua Kampung itu.

Semua orang yang ada di situ bersetuju dengan pendapat Tok’ Mat Berahim. Mereka takut pengganas-pengganas komunis akan bertindak terhadap Nenek Ngah Som.

Tidak lama sebelum itu ayah Nenek Ngah Som sendiri ditembak oleh pengganas komunis, semasa melintasi kebun getah di hulu kampung. Senapang patah yang di galasnya juga dilarikan oleh pengganas-pengganas komunis itu.

Mayatnya telah dijumpai oleh Tok’ Mat Berahim yang mendengar tembakan tidak jauh dari kebun getahnya. Semasa Tok’ Mat Berahim sampai, dia nampak dua tiga orang pengganas komunis lari memanjat bukit di seberang lorong ke kampung itu. Terpaksa pula Tok’ Mat Berahim bersumbunyi beberapa minit supaya tidak dilihat oleh pengganas-pengganas berkenaan.

Sebab itulah Tok’ Mat Berahim tidak mahuperkara kehilangan Nenek Ngah Som itu dihebohkan sangat, sehingga sampai kepada pengetahuan pihak polis.

“Jadi, macam mana sekarang Kun?” Tanya Tok’ Mat Berahim pada Dukun Amid.

Dukun Amid menggeleng-geleng kepala, tetapi dia tidak terus memberi tahu apakah hasil dari tilikannya.

“Saya ingat ini kerja tubuh halus, bukannya tubuh kasar,” dia memberitahu setelah lama tertilik-tilik melihat asap kemenyuan di depannya.

“Kalau tubuh halus, malam ni juga kita cari….” Tiba-tiba Nenek saya bersuara keras.

“Tak boleh Ibah, tak boleh……” bantah Tok’ Mat Berahim. “Takut nanti bertembung pula dengan sojar, kena tembak pula,” ujarnya sambil mengangkat kepala.

Orang-orang kampung semua bersetuju dengan kata-kata Ketua Kampung itu. Mereka sepakat akan mencari Nenek Ngah Sompada keesokan paginya.

Mencari Nenek Ngah Som juga bukanlah semudah menjengah jerat pelanduk di tengah hutan. Ianya memerlukan petua-petua yang hanya diketahui oleh Dukun Amid.

Bagaimanapun dia sendiri belum pasti sama ada petua-petuanya itu boleh berjaya atau tidak. “Mimin, ikut saya besok,.” Kata Dukun Amid berpaling kepada ayah saya. “Pagi-pagi kita pergi, bawa ibu kunyit, ibu garam, lengkuas…” jelasnya mengingatkan ayah saya.

Ayah saya hanya mengangguk kepala saja. Setelah selesai berbincang, mereka semua tidak terus balik ke rumah masing-masing. Mereka bimbang juga fasal keadaan perintah berkurung tidak membenarkan siapa pun keluar waktu malam hari. Bagaimana pun tidak lama kemudian Dukun Amid minta diri juga untuk balik ke rumah.

Tok’ Mat Berahim juga balik pada malam tersebut. Kalau berjalan di tengah kampung pada waktu malam, mereka tidaklah bimbang sangat. Askar-askar yang berkawaljuga tidaklah masuk ke tengah kampung. Mereka berkawal di pinggir kampung saja.

Saya tidaklah balik ke rumah, walaupun emak dan ayah saya balik juga. Rumah kami tidaklah jauh dari rumah Nenek saya, hanya bersebelahan saja. Saya tidur di runah Nenek, kerana selalu juga saya tidur di rumah Nenek. Saya suka mendengar Nenek bercerita sebelum kami melelapkan mata.

Sepupu saya juga suka mendengar cerita-cerita dari Nenek tentang pari-pari, kelembai dan lain-lain cerita orang tua-tua. Kadangkala ramai cucu-cucu Nenek ikut sama mendengar ceritanya.

Boleh dikatakan sayalah yang paling gemar mendengar cerita-cerita Nenek. Pernah juga saya menangis teresak-esak oleh kesedihan apabila Nenek bercerita sambil berlagu mendayu-dayu semasa menceritakan cerita ‘Bawang Putih Bawang Merah’, “Selendang Delima’, ‘Batu Belah Batu Bertangkup’. ‘Nakhoda Tenggang’ dan banyak lagi.

Saya berharap Nenek akan bercerita lagi sebelum kami semua tidur pada malam itu.

“Ceritalah Wan…..” desak saya meminta Nenek supaya bercerita. Panggilan ‘Wan’ adalah kelaziman bagi penduduk daerah kami untuk memanggil Nenek perempuan.

“Wan penat, nanti lain kali Wan cerita,” Nenek semacam memujuk saya.

“Ceritalah,buat cerita orang bunian pun jadilah,” saya berharap Nenek mahu bercerita. Ketika ini memang saya tidak tahu tentang kerungsingan Nenek.

Saya juga tidak tahu apa-apa tentang kehilangan Nenek Ngah Som itu. Hanya setelah saya dewasa barulah saya memahami perkara mengenai kehilangan Nenek Ngah Som itu.

“Tidurlah dulu. Kalau Wan tak tidur, Wan tak mahu cerita,” katanya menipu saya. Ketika ini saya tidaklah tahu sangat tipu daya Nenek saya itu. Saya bersungguh-sungguh melelapkan mata agar cepat tidur, dengan harapan akan dapat mendengar cerita dari Nenek.

Dalam pada itulah saya terlena. Esoknya gempar pula kerana Nenek saya hilang dari rumah. Pagi-pagi apabila Mak Lang saya bangun tidur didapati Nenek tidak ada. Dia pergi melihatnya ke perigi, tetapi Nenek tidak juga kelihatan. Ayah saya mengesyaki Nenek sudah pergi mencari Nenek Ngah Som sejak malam lagi.

Tok’ Mat Berahim menyuruh beberapa orang kampung mula mencari Nenek dan Nenek Ngah Som. Mereka menuju ke kebun getah di tempat yang dikatakan Nenek Ngah Som mencari kayu api. Kami juga percaya Nenek pergi ke situ.

Sehingga tengah hari gerakan mencari Nenek Ngah Som dibuat tetapi tidak berhasil. Seorang demi seorang mereka yang pergi mencari itu balik semula ke rumah. Akhirnya Dukun Amid juga balik dengan perasaan hampa.

Bagimanapun Tok’ Mat Berahim enggan melaporkan perkara kehilangan Nenek Ngah Som itu ke balai polis.

Kita-kira pukul empat petang barulah nampak Nenek balik ke rumah dalam keadaan letih lesu.

“Agaknya Kak Ibah dah berjumpa…..” kata Dukun Amid mendapatkan Nenek. Tetapi saya lihat Nenek berseorangan saja. Tidak ada Nenek Ngah Som bersama.

Walaupun saya masih kecil, namun kesibukan serta kegelisahan semua orang yang mencari Nenek Ngah Som itu terasa juga kepada saya. Kadangkala emak memarahi saya kalau saya cuba mendengar perbualan orang-orang itu. Emak menyuruh saya masuk ke rumah cepat-cepat.

Saya nampak orang ramai memapah Nenek naik ke atas rumah. Nenek masih kelihatan letih semasa sudah naik dan duduk di pangkal serambi. Mereka mendekati Nenek mahu mendengar mengenai cerita yanglebih lanjut. Setelahmeminta air segelas dari emak saya, barulah Nenek boleh bercerita.

Apa yang Nenek ceritakan kepada orang-orangkampung ketikaitutidaklah saya ketahui sangat. Tetapi, apa yang saya tahu selepas itu mereka semua mengikut apa saja arahan Nenek. Mereka pun tahu bahawa Nenek saya bukan saja seorang bidan, malah dia seorang Bomoh juga.

Setelah Nenek kelihatan segar semula, Nenek turun semula bersama orang-orang kampung. Kemudian hilangentah ke mana. Hampir senja barulah mereka semua balik ke rumah dengan mengusung Nenek Ngah Som.

Beberapa tahun dulu sebelum Nenek meninggal dunia, saya sempat berbual-bual dengannya mengenai cerita kehilangan Nenek Ngah Som itu. Lagi pun Nenek tidak suka saya menuntut ilmu kebatinan dengan tidak berhati-hati kepada siapa berguru. Sebab itulah dia suka bercerita mengenai ilmu-ilmu kebatinan itu kepada saya. Menurut cerita Nenek, apabila Dukun Amid gagal mengesa kehilangan Nenek Ngah Som, dia sudah menduga bahawa Nenek Ngah Som bukan dilarikan oleh gerombolan pengganas komunis.

Dukun Amid cuma tidak mahu memberitahu perkara sebenarnya pada hari malam demikian. Sebab itulah apabila semua orang sudah nyenyak tidur, Nenek terus mencari Nenek Ngah Som.

“Tubuh halus sama juga seperti tubuh kasar,” Nenek memberitahu saya, halus juga perlu tidur, rehat, bimbang, tidak berkuasa, sama seperti tubuh kasar. Yang berkuasa cuma Allah, sebab itulah kita memohon pertolongan Allah. Kalau kita memohon pertolongan dengan perantaraan jin atau penunggu, maka orang bertubuh halus tentu lebih rapat dengan mereka ini,” demikian kata Nenek.

“Sudah tentulah jin atau penunggu ini menyebelahi orang tubuh halus daripada menolong kita,” ujar Nenek seterusnya.

Oleh itulah pada malam berkenaan, Nenek membuat sembahyang tahjud pada tengah malamnya, sebelum dia turun mencari Nenek Ngah Som. Dia berjalan di tengah malam itu menuju ke kebun getah dipinggir hutan tempat Nenek Ngah Som mencari kayu api.

“Wan tidak takut fasal komunis atau perintah berkurung lagi. Yang Wan pentingkan nyawa Wan Ngah Som kau saja….” Jelas Nenek.

Dengan menggunakan jampi serapahnya Nenek berjaya sampai ke satu tempat kediaman orang-orang bunian. Semasa Nenek sampai dia telah di sambut oleh seorang Sheikh bernama Sheikh Kuning. Nenek saya dipersilakan masuk ke dalam rumah Sheikh itu.

“Saya dah faham akan hajat Siti Fatimah..”
jelas Sheikh itu dengan membahasakan panggilan Siti Fatimah kepada Nenek saya.

“Kalau dah tahu hajat kami, mengapa Tok’ Sheikh™ tak pulangkan adik kami,” Nenek menunjukkan kemarahannya.

“Saya minta maaflah pada Siti Fatimah. Saya tak tahu pula Som itu adik kepada Siti Fatimah.

Saya mengakulah pada Siti Fatimah semua ni kesalahan orang-orang di sini,” Sheikh Kuning memberitahu.

“Kalau begitu Tok’ Sheikh™ pulangkan balik adik kami,” Nenek mula berlembut setelah mendapati Sheikh itu menunjukkan sikap mahu bersahabat.

“Sebenarnya saya tidak tahu macam mana adik Siti Fatimah sampai ke sini. Orang-orang di sini mengatakan adik Siti Fatimah tersesat ke sini. Sebab itulah kami lindungkan dia,” ujar Sheikh Kuning.

“Kami tak peduli dia sesat atau tidak. Kami mahu adik kami selamat,” tegas Nenek saya merenung muka Sheikh Kuning.

“Tetapi anak saya dah berkenan dengan adik Siti Fatimah tu. Besar sangat hati saya nak meminang adik Siti Fatimah,” tiba-tiba saja Sheikh itu macam melamar kepada Nenek saya. “Eh, tak boleh, tak boleh. Kami tubuh kasar, Tok’ Sheikh™ tubuh halus. Kami mahu adik kami balik. Kalau Tok’ Sheikh™ tak mahu bagi, kami berkeras. Tempat ni kami semah dengan tulang babi…” Nenek saya memberi amaran.

Melihat sikap Nenek saya itu Sheikh Kuning menjadi serba-salah. Tentulah dia menyedari bahawa Nenek saya bukanlah mudah untuk ditentangnya. Sebab itulah dia membahasakan panggilan ‘Siti Fatimah’ kepada Nenek saya. Kononnya panggilan itu menunjukkan orang-orang bunian menghormati Nenek saya, kerana Siti Fatimah itu adalah nama puteri Rasullallah iaitu isteri kepada Saidina Ali.

“Beginilah Siti Fatimah, adik Siti Fatimah tu kami letakkan di atas mahligai, dijaga oleh putera penghulu kami. Putera penghulu kami mahu meminangnya. Biarlah saya berunding dengan putera tu, supaya adik Siti Fatimah dipulangkan,” Sheikh itu memujuk.

“Kami mahu adik kami selamat, jangan cederakan sedikit pun,” tegas Nenek saya keras.

“Saya berjanjilah pada Siti Fatimah,” sahutnya macam orang kecewa.

“Macam mana pun kami nak tengok juga adik kami dulu. Kami nak pastikan sama ada dia cedera atau tidak,” desak Nenek.

Mahu tidak mahu Sheikh Kuning membawa Nenek saya ke satu tempat sambil menunjukkan tempat Nenek Ngah Som dibawa oleh putera penghulu Orang Bunian itu. Nenek nampak adik sepupunya tidur nyenyak di atas katil emas yang di kelilingi oleh air. Nenek tidak dapat menyeberang air itu kerana tidak ada jembatan menuju ke katil berkenaan. Sementara Nenek Ngah Som pula dikawal oleh ramai pengawal-pengawal yang bersenjatakan tombak dan lembing.

“Saya tak dapat nak melarikan adik Siti Fatimah dari pengawal-pengawal tu….” Ujar Sheikh Kuning perlahan.

Nenek tidak menyahut. Tetapi dia puas hati kerana sudah menemui Nenek Ngah Som. Nenek tidak peduli lagi budi baik Sheikh Kuning itu, dan dia juga tidak mahu berunding apa-apa. Yang penting pada Nenek dia mahukan adik sepupunya.

Setelah dia dapat melihat Nenek Ngah Som, Nenek pun memulakan jampi menteranya, sehingga dia dapat mendengar jerit pekik di kelilingnya. Lama Nenek bertelut di tanah sambil meneruskan jampi serapahnya sampailah sorak dan jerit pekik di kelilingnya reda.

Apabila Nenek membuka matanya didapatinya hari sudah petang. Dia berada berhampiran dengan belukar rotan yang padat. Di celah-celah belukar rotan itu dia nampak tubuh Nenek Ngah Som terbaring tidak sedarkan diri. Tetapi Nenek tidak dapat masuk ke dalam belukar rotan itu. Pada Nenek tidaklah dia heran bagaimana Nenek Ngah Som boleh masuk ke dalam belukar rotan padat yang penuh dengan duri dan onak itu, pada hal tidak ada lorong untuk masuk ke situ. Dia juga dapati tubuh atau pakaian Nenek Ngah Som tidak luka-luka atau carik-carik walau pun berada di tengah-tengah belukar rotan yang padat itu. Semua itu adalah perbuatan orang-orang bunian.

Setelah Nenek menggunakan jampi mentera untuk memagar kawasan belukar rotan itu barulah dia balik ke rumah. Itulah kisahnya yang saya ceritakan tadi, bagaimana Nenek balik dalam keadaan letih.

Apabila Nenek sudah pulih dari keletihannya, dia pun membawa orang-orang kampung menuju ke tempat belukar rotan di mana dia menemui Nenek Ngah Som. Hampir satu jam mereka mengambil masa untuk menebas belukar rotan itu untuk mendapatkan Nenek Ngah Som.

Memang aneh, tubuh Nenek Ngah Som tidak luka-luka. Bajunya juga tidak carik-carik. Bagi pandangan mata kasar, bagaimanakah dia boleh masuk ke dalam belukar rotan yang tidak ada sedikit pun ruang berlorong ke situ? Pada hal belukar rotan itu penuh dengan duri dan ranjau. Semasa Nenek Ngah Som dibawa balik dia masih dalam keadaan pengsan. Oleh itu terpaksalah Nenek dan Dukun Amid memulihkannya. Saya sendiri melihat bagaimana Nenek dan Dukun Amid berusaha untuk memulihkan Nenek Ngah Som.

Pada ingatan saya sehingga kira-kira pukul 10 malam barulah Nenek Ngah Som pulih dari pengsannya.

Di samping itu saya juga meminta Nenek Ngah Som menceritakan peristiwa dia dilarikan oleh Orang Bunian itu. Nenek Ngah Som tidak dapat melupakan peristiwa yang telah berlaku lebih 30 tahun dulu itu.

Dia telah menceritakan kembali peristiwa itu kepada saya beberapa tahun dulu iaitu ketika Nenek saya masih hidup lagi. Kata Nenek Ngah Som, semasa dia berpecah dengan kawan-kawannya ketika mencari kayu api, dia tersesat jalan. Dia tidak lagi mencari jalan menuju ke kebun getah. Puas dia berpusing-pusing di sekitar kawasan kebun getah itu, tetapi tidak juga bertemu dengan kawan-kawan yang sama mencari kayu api.

“Nenek Ngah sangkakan semua orang sudah balik. Sampai hati benar mereka kata hati Nenek Ngah,” ujarnya mengenangkan kisah itu.

Bagaimana pun Nenek Ngah Som tidak dapat mencari jalan balik. Tiba-tiba dari balik pokok getah muncul seorang pemuda yang tidak dikenalinya. Pemuda itu sungguh kacak, berkulit putih kuning, muka bujur sirih. Pemuda itu mendakwa dirinya anak raja bernama Malim Dewa™.

Disebabkan Nenek Ngah Som belum memberikan kata putus, maka Malim Dewa™ tidaklah berani tidur bersama di situ. Malim Dewa™ tetap mematuhi amaran Sheikh Kuning tidak boleh tidur bersama selagi belum dimulakan upacara pernikahan.

Sehingga Nenek Ngah Som nampak dari jendela istana Nenek saya datang bersama Sheikh Kuning. “Kak Ibah….” Panggil Nenek Ngah Som. Tetapi Nenek tidak mendengarnya. Berulang kali Nenek Ngah Som memanggil, namun Nenek tetap juga tidak mendengarnya. Semasa dia memanggil-manggil itulah Malim Dewa™ masuk kebiliknya. Malim Dewa™ juga nampak Nenek berdiri di halaman istana bersama dengan Sheikh Kuning. Malim Dewa™ memarahi Nenek Ngah Som kerana memanggil kakak sepupunya. Tetapi Nenek Ngah Som tidak menghiraukan. Oleh itu Malim Dewa™ memerintahkan pengawal-pengawalnya supaya mengusir Nenek. Ketika ini Nenek Ngah Som nampak Nenek sudah berdiri tinggi dengan kepalanya mencecah sampai ke awan.

Dalam keadaan kelam kabut itu Malim Dewa™ juga terpaksa lari. Hanya Sheikh Kuning saja tidak lari. Dia bertelud sujud ke kaki Nenek. Tiba-tiba Nenek Ngah Som dapati Nenek hilang dari pandangan matanya. Hanya Sheikh Kuning menjaga dia di situ. Lama dia dijaga oleh Sheikh Kuning, barulah Nenek datang semula bersama Dukun Amid. Nenek Ngah Som nampak Nenek dan Dukun Amid bersalam-salaman dengan Sheikh Kuning sambil menyerahkan Nenek Ngah Som.

“Apabila Nenek Ngah membuka mata, Nenek Ngah dapati sudah berada semula di rumah. Itulah saja yang Nenek Ngah ingat….” Kata Nenek Ngah Som mengakhiri ceritanya.

Selesai
Tok Awang Ngah - Siri Berkelahi Dengan Syaitan

95.Bertemu Penghulu Bunian

DENGAN tidak setahu nenek saya, saya telah bertemu dengan seorang guru silat yang dikenali dengan nama Tok' Leh™. Yang membawa saya berjumpa Tok' Leh™ itu ialah bapa saudara saya sendiri, iaitu adik bungsu emak saya.

  Ketika itu saya sudah berumur 16 tahun, manakala bapa saudara saya itu berumur 19 tahun. Sebenarnya saya tidaklah belajar silat sangat dengan Tok' Leh™ itu. Kalau saya belajar pun,saya sudah lupa langkah dan tandaknya. Bapa saudara saya itu memang belajar bersungguh-sungguh. Dia tamat menuntut dengan membawa pulut kuning sepinggan, pisau raut, garam dan duit $25.00 sebagai ‘pemati’. Di samping tamat belajar silat, bapa suadara saya juga dikehendaki mengamalkan pertapaan.

“Kau juga boleh ambil hak ini…” kata bapa saudara saya.

“Aku tak tamat Cu, macam mana. Takkan Tok' Leh™ bagi aku bertapa,” ujar saya.

“Ah, bolehlah aku pujuk Tok' Leh™,” bapa saudara saya memberi jaminan.

Memang benar, Tok' Leh™ membenarkan saya ikut sama bertapa. Kami dikehendaki mencari pokok pisang baru menjulur jantung dan jauh dari tempat orang ramai. Di samping itu kami hanya dibekalkan dengan kapur sirih dan kemenyan yang sudah dijampi oleh Tok' Leh™.

Pada sebelah petangnya saya bersama bapa saudara saya telah mencari pokok pisang hutan di pinggir kampung, dan menandakan tempatnya untuk membolehkan kami bertapa pada sebelah malam nanti. Perkara bertapa ini memang kami tidak beritahu kepada nenek. Saya tahu nenek tentu marah kalau diketahuinya saya dan bapa saudara saya pergi bertapa itu.

Saya telah menetapkan tempat saya pada serumpun pisang hutan berhampiran dengan anak air yang terdapat batu-batu besar di sekelilingnya. Manakala bapa saudara saya pula agak jauh dari situ, iaitu di sebalik bukit di kawasan padang lalang. Bagaimana pun kalau ikut jalan dari kampung, tempat saya bertapa itu lebih awal ditemui, sebelum sampai ke tempat rumpun pisang yang di temui oleh bapa saudara saya.

Lepas maghrib kami pergi ke tempat bertapa masing-masing. Saya membawa sebatang lilin bersama.Lilin itu hanya sebagai persediaan saja, dan saya dibenarkan memasangnya kalau gagal dalam ujian pertapaan itu. Saya pun duduk di bawah rumpun pisang yang telah saya tandakan pada sebelah petangnya.Saya tidak peduli lagi mengenai diri bapa saudara saya, yang berjalan menuju ke tempat yang telah dipilihnya petang tadi.

Mula-mula saya duduk di dalam gelap itu terasa juga gementar. Tetapi Tok' Leh™ sudah mengingatkan saya supaya berani menghadapi apa jua kemungkinan. Kemenyan saya bakar, jampi serapah saya baca, saya menunggu dugaan yang dikatakan oleh Tok' Leh™. Kelilingnya sunyi sepi, hanya kedengaran bunyi cengkerik mengiang-ngiang.Semakin lama duduk di situ semakin seram rasanya. Tiba-tiba saya mendengar satu benda besar melompat di hadapan saya.

“Datang kau ya, salam…” saya menyuluh dengan lampu picit.

Di depan saya tersergam seekor katak sebesar nyiru. Cepat-cepat saya pangkah belakangnya dengan kapur. Kemudian katak berkenaan hilang dari pandangan mata saya. Peluh mula berbintik-bintik di dahi saya.Selepas kemunculan katak sebesar nyiru itu saya tidak menemui apa-apa lagi. Puas saya melakukan apa yang di suruh Tok' Leh™, tetapi tidak ada apa pun yang melintas.

Lama saya menunggu di bawah rumpun pisang baru menjulur jantung itu. Nyamuk juga banyak mengiang-ngiang di teliga menyebabkan saya tidak dapat membuat amalan bertapa itu dengan khusuk (konsentrasi). Sehingga jauh malam saya merasa mengantuk. Baru mahu tersengguk tiba-tiba saya terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan. Hentakan kaki itu bagaikan bergegar bumi tempat saya duduk itu. Oleh sebab gegarannya yang kuat membuatkan saya menjadi gementar.

Belum pun sempat saya melihat siapakah yang berjalan itu saya terdengar bunyi orang terbatuk-batuk, sayup-sayup bunyi batukkan itu jauh di awan. Keadaan ini menambahkan saya semakin gementar. Disebabkan rasa takut semakin menekan perasaan, saya pun lantas bangun lari meninggalkan tempat pertapaan itu.

Saya tidak peduli apa yang tejadi kepada bapa saudara saya. Sebaliknya saya terus berlari balik ke rumah. Tercungap-cungap saya sampai di rumah. Kira-kira jam dua pagi saya sampai di rumah. Sehingga subuh saya masih tidak dapat melelapkan mata apabila sudah sampai di rumah.

Semua peristiwa ini tidak saya beritahu kepada emak atau ayah. Hanya saya dan bapa saudara saya yang tahu apa yang kami lakukan. Tetapi besoknya saya tidak dapat pergi kerumah nenek untuk bertanyakan kepada bapa saudara saya akan pengalamannya. Saya merasa badan saya seram-seram sejuk. Keadaan saya semakin bertambah teruk bila menjelang petang.

Setiap kali saya mahu melelapkan mata, terbayang saja kepada saya satu lembaga besar. Hidungnya saja sebesar tempayan dengan batuknya yang menggerunkan. Mimpi saya juga sentiasa menakutkan. Malamnya saya bermimpi tidur bersama mayat-mayat yang terbujur.

Ini menyebabkan saya mengigau ketakutan. Akhirnya baru disedari bahawa saya jatuh sakit. Sepanjang saya sakit itu sering saya bermimpi betemu dengan lembaga besar. Dia mengaku dirinya penghulu bunian.

“Dah panggil Tok’ Sheikh™, kenapa lari…..?” soalnya dengan suara garau.

“Tok’ Sheikh™ ni siapa…” Tanya saya pula gementar.

“Tok’ Sheikh™ ni penghulu bunian, Tok’ Sheikh™ nak beri, tapi awak tak mau,” dia tersenyum merenung muka saya.

Dalam mimpi saya itu Tok’ Sheikh™ cuba menghampiri saya, namun saya tidak percaya kepadanya. Saya tetap lari menjauhkan diri darinya. Tetapi kemana saja saya lari dia tetap mengekorinya.

“Jangan lari, tunggu Tok’ Sheikh™ dulu….” Katanya sambil mengekori saya.

Saya bertambah gementar. Saya cuba menjerit sekuat hati, tetapi tidak siapapun mendengar jeritan saya. Akhirnya saya terjerumus ke dalam liang kubur. Di situ ada berpuluh-puluh mayat terbujur. Saya tertiarap di atas mayat-mayat berkenaan.

Mimpi menakutkan ini sentiasa berulang setiap malam. Kemudiannya saya diberitahu bahawa dalam keadaan tersebut saya sentiasa meracau-racau. Dukun Amid telah dipanggil untuk mengubat. Mengikut kata Dukun Amid saya sudah tersampuk orang bunian.

Rupanya, semasa saya jatuh sakit itu, bapa saudara saya juga jatuh sakit. Tetapi dia tidaklah meracau-racau seperti saya. Yang mengubat bapa saudara saya juga bukannya nenek saya atau pun Dukun Amid. Tetapi dia minta untuk diubat sendiri.

Bapa saudara saya dikatakan ‘menurun’. Dia minta dibuatkan kelabu kuning untuk tempat tidurnya. Dari cara sakit yang menimpa bapa saudara saya itu. Dukun Amid juga mengatakan bahawa bapa saudara saya tidak sakit.

“Khatib ni dah ada pengasuh…” Dukun Amid memberitahu nenek saya.

Nenek faham dengan kata-kata Dukun Amid. Baik Dukun Amid, mahu pun nenek tidak lagi memanggil bapa saudara saya dengan namanya, tetapi dengan panggilan ‘moyang’ apabila berkata-kata dengannya.

Suatu hari ayah saya telah melaporkan kepada polis dengan mengatakan bapa saudara saya itu gila. Dengan tidak banyak usul periksa, pihak polis telah datang untuk menangkapnya. Sebaliknya semasa pihak polis sampai bapa saudara saya sudah mengetahuinya terlebih dulu.

“Mengapa mahu ganggu moyang?” bapa saudara saya kelihatan seperti orang tua.

“Kami nak bawa moyang ke balai,” Sarjan Polis yang mengepalai pasukannya itu menyahut.

“Mengapa mahu bawa moyang ke sana?” soalnya.

“Moyang boleh berihat,” ujar Sarjan Polis macam memujuk.

“Baliklah awak semua, jangan ganggu moyang,” dia mengingatkan.

Tetapi dengan permintaan ayah saya, dia menyuruh pihak polis menangkap bapa saudara saya itu. Sebaik saja pasukan polis mahu menghamprinya, bapa saudara saya yang tertegak di tengah halaman teus melompat naik ke atas bumbung.

Perbuatan bapa saudara saya itu dilihat sendiri oleh pihak polis. Pada masa ini saya tidaklah melihatnya kerana saya juga sakit. Semua ini diceritakan semula oleh nenek saya. Perbuatan bapa saudara saya boleh melompat dari tengah halaman naik ke atas bumbung memanglah perkara luar biasa.

“Saya dah kata, dia ni bukannya sakit. Dia ni sedang diasuh oleh moyang,” Dukun Amid memberitahu ayah saya sambil memerhatikan bapa saudara berjalan di atas bumbung rumah, bagaikan sedang berjalan di atas bumi saja lakunya.

Ayah saya memanglah tidak berapa mempercayai dengan apa yang berlaku ke atas bapa saudara saya. Bagaimana pun dia merasa heran bagaimana bapa saudara saya boleh melompat setinggi itu.Setelah berbincang dengan pihak polis, di samping perkara itu disampaikan oleh nenek saya kepada Orang Besar Daerah, maka pihak polis bersetuju menyerahkan perkara bapa saudara saya untuk di rawat secara tradisional.

Sejak peristiwa itu bapa saudara saya sentiasa membenci ayah saya. Kadang-kala dia tidak membenarkan ayah saya ada bersama di rumahnya.

Dengan perantaraan Tok' Leh™ yang diminta oleh nenek saya membantu Datuk Amid, bapa saudara saya ditempatkan di hujung serambi dengan di buatkan kelambu kuning untuknya. Pakaiannya juga serba kuning. Makanan untuknya disediakan tidak boleh dari sisa-sisa orang. Dia juga dilarang memakan barang-barang yang dibeli dari kedai Cina. Terpaksalah nenek saya membeli padi dari orang-orang kampong supaya tidak membeli beras dari kedai Cina. Garam juga terpaksa dibeli dari kedai orang-orang Melayu atau India Muslim.

Syarat-syarat ini adalah ditetapkan oleh To’Leh. Mengapa syarat-syarat itu dibuat tidak siapa pun mengetahui. Bapa saudara saya sentiasalah duduk di dalam kelambunya. Tetapi bila malam lepas maghrib saja Tok' Leh™ akan membakar kemenyan. Tidak lama selepas kemenyan dibakar, bapa saudara saya mula terbatuk-batuk lalu memberi salam.

“Assalamualaikum….” Katanya dengan suara yang luar biasa.

“Waalaikumsalam, moyang,” sahut Tok' Leh™.

“Apa halnya panggil moyang?” Tanya bapa saudara saya dari dalam kelambunya.

Selepas itu Tok' Leh™ menyuruh siapa saja bertanyakan masalahnya kepada bapa saudara saya itu. Ada yang bertanyakan tentang penyakit, ada yang bertanyakan tentang perkara-perkara lain. Kalau ada orang yang mengadu tentang penyakit,dia akan menawarkan air atau ubat untuk pesakit berkenaan.

Dalam keadaan begitu bapa saudara saya sudah dianggap oleh mereka sebagai dukun. Disebabkan ketika itu saya sakit, maka emak saya pun mengambil peluang meminta dia mengubatkan saya.

Bagi mengubatkan saya, dia menyuruh emak saya siapkan tujuh geluk air. Di samping itu dia juga meminta carikan limau nipis untuk melangir saya di sebuah kubur yang di anggap keramat (sebenarnya kubur tidak mempunyai apa-apa keramat pun). Ayah saya telah berusaha mencari limau nipis di seluruh kampung. Sayangnya, kalau ada pun pokok limau tetapi tidak ada buahnya. Sampai kekampung lain pun ayah saya mencari limau, namun tidak dapat juga.

Pada sebelah malamnya waktu orang nyenyak tidur, ayah saya terdengar bunyi geluk air itu bagaikan dipukul orang. Esoknya apabila bapa saudara saya datang menjengah saya, perkara geluk air berbunyi itu diberitahunya kepada bapa saudara saya. Cepat-cepat dia memeriksa isi geluk.

“Ah, ada pun limau di dalam ni,” kata bapa saudara saya sambil menyelukkan tangannya ke dalam geluk. Tiba-tiba dia menyerit kesakitan sambil mengurut-ngurut tangannya.

“Mengapa tu?” Tanya ayah saya keheranan.

“Air ni panas…..” dia mengerang-ngerang kesakitan.

Saya lihat tangan bapa saudara saya kemerah-merahan seperti terkena air panas. Bertambah heran lagi, dari manakahn datangnya limau yang ada di dalam geluk air itu. Kalau mahu dikira air itu panas, buah limau itu tidak pula lecur kulitnya. Setelah membaca sesuatu balrulah bapa saudara saya mengambil limau dari dalam geluk tadi. Kali ini dia tidak mersa panas lagi. Demikianlah keanehan peristiwa ini yang berlaku di depan mata saya sendiri.

Apabila limau ini sudah diperolehi, saya pun di bawa ke kubur yang di sebutkan tadi. Di situ saya dilangirnya dengan air diari tujuh geluk. Sejak itu tidaklah ada lagi gangguan mimpi yang menakutkan itu apabila saya melelapkan mata.

Sama ada anda percaya atau tidak, itulah hakikat sebenarnya yang pernah saya alami. Tetapi akhir-akhir ini bapa saudara saya tidak lagi menjadi bomoh yang dipanggil ‘moyang itu. Sebaliknya dia di anggap ‘sasau’ pula, kerana kelakuannya yang sering cepat panas baran.

Kononnyadia telah melanggar pantang larang yang disyaratkan oleh Tok' Leh™. Dia pernah dikatakan minum teh di kedai kopi kepunyaan orang Cina. Makanannya juga tidak lagi diasingkan. Entah benar, entah tidak saya sendiri kurang maklum.

Untuk mengetahui pengalaman dia semasa sama-sama bertapa dulu, baru sekarang dapat saya bertanyakan kepadanya. Menurut ceritanya dia berjaya melakukan seperti apa yang diajar oleh Tok' Leh™. Tidak lama dia duduk di bawah rumpun pisang itu sekumpulan lebah telah menghurungi tubuhnya.  Dia memangkah lebah yang bersarang pada tubuhnya itu dengan kapur yang disediakan. Tidak lama kemudian lebah berkenaan terbang meninggalkannya. Belum sempat dia berihat, melompat pula tikus putih sebesar kucing di hadapannya. Selepas tikus itu ghaib muncul pula ular tedung selar macam mahu memagut. Ular itu juga hilang apabila dipangkah dengan kapur.

Akhir sekali datanglah orang tua memakai jubah kuning, janggut sampai ke kaki, tongkatnya rotan songsang. Orang tua litu memperkenalkan dirinya sebagai Tok’ Sheikh™, penghulu orang bunian.

“Bertapa ni ilmu salah….” Tok’ Sheikh™ berdiri tegak di hadapan bapa saudara saya.

“Tok' Leh™ yang suruh saya bertapa Tok’ Sheikh™,” bapa saudara saya memberanikan hati menjawabnya.

“Salah bertapa ni. Anak masih muda lagi, carilah ilmu yang baik.Tok’ Sheikh™ tahu anak menunggu sesuatu masuk ikut jantung pisang tu, kemudian anak akan memancung  pangkal pisang sebelum benda itu jatuh ke umbi pisang. Itu kerja sia-sia. Benda itu tidak akan datang kalau Tok’ Sheikh™ ada disini,” ujar orang tua itu mengingatkan.

Pada mulanya bapa saudara saya menyangka orang tua itu hanya sebagai sebahagian dari ujian juga. Dia cuba memangkahnya dengan kapur. Cepat-cepat tangannya ditepis oleh Tok’ Sheikh™.

“Saya ni penghulu bunian, saya kesihan melihat anak kerana mahu menuntut ilmu salah ini. Mari ikut Tok’ Sheikh™ supaya anak terselamat dari ilmu yang salah ini…..” katanya lalu menarik tangan bapa saudara saya.

Mahu tidak mahu bapa saudara saya mengikut saja ke mana dibawa oleh Tok’ Sheikh™. Dia dibawa oleh Tok’ Sheikh™ ke sebuah kampung yang permai. Di situ ada tasik yang cantik, ada taman dan bunga-bungaan yang kembang mekar. Kemudian dia dibawa masuk ke dalam istana penghulu bunian. Di situ ramai wanita-wanita yang cantik megelilingi dia.

“Tok’ Sheikh™ harap anak lupakan saja fasal ilmu yang dituntut, ilmu itu salah,” penghulu bunian mengingatkan dia.

“Apakah Tok’ Sheikh™ mahu mengagalkan saya?” bapa saudara saya menunjukkan sikap berani.

“Iya, fasal ilmu itu salah,” jawabnya tegas.

“Mana To’Sheikh tahu, ilmu ni salah?” bapa saudara saya semacam marah.

“Tok’ Sheikh™ dah tua, Tok’ Sheikh™ tau semuanya,” ujarnya merenung muka bapa saudara saya. “Anak mahu belajar ilmu setan, anak mahu minta pertolongan pada setan,” dia tertawa macam mengejek bapa saudara saya.

“Tok’ Sheikh™ pun setan,” jerkah saudara bapa saya semakin berani.

“Setan tak sama dengan Tok’ Sheikh™. Tok’ Sheikh™ jua tidak sama dengan setan. Tok’ Sheikh™ ni penghulu bunian, dan bunian ni tidak sama dengan setan. Bernasib baik anak ni berjumpa dengan Tok’ Sheikh™. Kalau tidak, tentu anak sudah dapat diperdaya oleh setan,” penghulu bunian menjelaskan.

Akhirnya bapa saudara merasa takut bila mengenangkan dia berada di kampung orang bunian. Dia tidak akan dapat balik kalau tidak dengan bantuan penghulu bunian itu.

“Tok’ Sheikh™ lah berikan saya ilmu,” dia memberanikan hatinya.

Tok’ Sheikh™ tidak menyahut, tetapi dia menanggalkan serbannya yang kuning lalu diberikan kepada bapa saudara saya.

“Bawalah balik serban ni, selagi anak tak makan barang-barang kafir, Tok’ Sheikh™ sentiasa ada bersama anak,” katanya lalu ghaib dari pandangan mata bapa saudara saya Ucu Khatib.

Setelah Tok’ Sheikh™ itu ghaib dia dapati dirinya sudah berada di halaman rumahnya. Ketika itu hari sudah pagi kira-kira jam enam (kalau sekarang jam 5.30 pagi). Serban kuning yang diberi oleh To’Sheikh itu masih ada di tangannya.

Semasa dia ‘menurun’ serban itu sentiasa dipakai di kepalanya. Tetapi selepas dia melanggar pantang, serban berkenaan terbakar menjadi abu. Kononnya semasa menyapu sampah di atas rumah, nenek saya terpandang serban itu seperti kertas-kertas buruk. Nenek telah membawanya ke tempat membuang sampah lalu di bakarnya.

Sejak itulah orang-orang kampung menganggap Ucu Khatib ‘sasau’ tetapi saya dan Tok' Leh™ tahu bagaimana Ucu Khatib boleh jadi begitu.

Selesai
Tok Awang Ngah - Siri Berkelahi Dengan Syaitan

94.Saka Harimau Turun Temurun

  Bukan sehari dua memujuk biar diturunkan amalannya,baru andak jiman dapat yakinkan pawang midin dia sanggup menempuh apa sahaja ujian.Kalau disuruh mandi air tujuh jeram,andak jiman tetap mematuhi kemahuan pawang midin sampai meranduk belukar dicelah-celah bukit mencari jeram.Apabila diminta berlari mendaki bukit tatkala malam diserkup kegelapan,andak jiman juga tidak membantah.
  Biarlah dia tercungap-cungap dihinggapi lelah,andak jiman tetap berlari tujuh kali berulang alik dari kaki ke puncak bukit.Pawang midin mahu dia ulangi sampai 40 malam,sehingga dalam sekelip mata sahaja andak jiman boleh sampi ke puncak bukit.Kemudian akan berlari semula ke kaki bukit dalam masa sekelip mata juga.
  Selepas itulah pawang midin berikan dia rotan saga panjang sehasta diminta masuk kehutan tatkala remang senja.Andak jiman tidak juga membantah masuk kehutan dengan berbekalkan rotan sega panjang sehasta.Tidak sampai serantai dia masuk pinggir huta di kelilingi belukar kecil,tiba-tiba sahaja harimau belang menderam.Belum sempat andak jiman mencari tempat berlindung harimau belang panjang tujuh itu menghambur melepasi kepalanya.
  Tidak bertangguh andak jiman sesahkan rotan sega panjang sehasta itu setiap kali harimau berkenaan menampar-nampar mahu menerkam ke arahnya.Rotan sega itu berdecap-decap menyinggahi muka harimau tersebut hingga dia melihat air liur binatang itu melejeh-lejeh laksana kucing dipupuk cili dimulut.
  Lama dia cematkan harimau tersebut dengan rotan panjang sehasta itu,barulah binatang tersebut meniarap.Kepalanya tergeleng-geleng macam menyuruh andak jiman bertunggang ke atas belakangnya.Apabilan andak jiman melompat naik ke atas belakangnya,harimau berkenaan menghambur tinggi keudara.Dalam sekelip mata sahaja andak jiman jejak kaki semula didepan rumahnya.
  Disebabkan andak jiman satu-satunya yang mampu lakukan apa sahaja ujian yang ditetapkan oleh pawang midin,memang dia disayangi oleh orang tua berkenaan.Setelah andak jiman berkahwin dengan cucunya uda saenah pun,pawang midin tidak anggap anak muda itu cucu menantunya,tetapi sama macam cucu sendiri.
  Kalau dibandingkan dengan anaknya ulung semail pun,dia lebih sayangkan andak jiman.Memang ulung semail tidak peduli sangat dengan petua ayahnya supaya busut dihujung halaman rumah itu mesti ditepung tawar,asal sahaja malam bulan mengambang penuh.Dia sendiri tidak akan menerima andak jiman menjadi menantunya kalau tidak disebabkan ayahnya pawang midin berkeras.
  Manalah ulung semail sanggup menepung tawar busut berkenaan,disebabkan bapa mentuanya lebai kimin seringkali ingatkan dia mengenai perkara-perkara yang ditegah.Tentu bapa mentuanya lebai kimin tidak bersetuju kalau dia menepung tawar busut berkenaan.
  Sebab itulah selepas kematian pawang midin,tidak berani juga andak jiman mahu menepung tawar busut dihujung halaman.Sudah tentu lebai kimin akan memarahi cucu menantunya itu.Lainlah kalau pawang midin masih hidup memang dia tidak akan mencampuri urusan di kampung halaman bisannya.Dia sekadar boleh ingatkan ulung semail sahaja disebabkan lelaki itu menantunya.
  "Busut tu tak ada kuasa apa-apa"lebai kimin ingatkan ulung semail supaya menegah menantunya andak jiman meneruskan amalan pawang midin."Allah sahaja yang mesti dipuja"tegasnya berterus terang setelah pawang midin meninggal dunia.
  Memang dia berterus-terang juga kepada bisannya pawang midin sebelum itu,tetapi lelaki itu sekadar tersengih-sengih sahaja.Dia tidak berkeras mahu membantah,tetapi dia tidak peduli sangat apa pun mahu diungkit oleh lebai kimin.Pawang midin mengakui dia tidak memuja busut yang tersergam dihujung rumah pesaka nenek moyangnya,tetapi sekadar mengkut petua sejak turun temurun.
  Tidak payah lebai kimin mahu ungkit mengenai siapa yang berkuasa,kerana pawang midin juga memahami.Amalan yang diturunkan kepadanya juga tidak akan menjadi sekiranya tidak dengan izin allah.Busut yang tersergam itu tidak akan tertonggok disitu kalau tidak dengan izin allah yang maha berkuasa.Kalau gunung ganang boleh hancur lebur menjadi seperti bulu-bulu yang beterbangan,apa sangat dengan busut sebesar tempayan beras tertangkup itu.
  Pawang midin juga tahu mengenai surah al-fatihah yang disebut oleh lebai kimin,iaitu yang berhak dipuji hanya allah.Tetapi dia tidak mahu menerangkan kenapa busut tersergam itu mesti ditepung tawar juga.Lain lah kalau lebai kimin dapat memberi jalan supaya dia tidak menepung tawar seperti amanah yang diamalkan sejak turun temurun.
  "Hah,bercakap siapa pun boleh"gerutu pawang midin apabila kenang leteran bisannya lebai kimin."Bukan mudah mahu buang saka ni,kalau tak tahu jalannya"tergenang air mata pawang midin membisikkan pada cucunya uda saenah sewaktu dia terkejang susah bernafas.
  Lama pawang midin memendam perasaan asal sahaja lebai kimin ungkit mengenai busut berkenaan.Manalah lebai kimin mengenai kerusuhan hatinya setiap kali terpaksa menepung tawar.Tentu lebai kimin tidak tahu sewaktu perkahwinan andak jiman dengan uda saenah,terpaksa dia tabahkan hati apabila dijerkah isterinya umi rahmah.
  Sewaktu umi rahmah turun ke penanggah menyusun pinggan mangkuk diatas para,terkejut benar apabila melihat harimau tercangkung menunggu kawah dan periuk yang bersipah.Tengah malam demikian tatkala semua orang nyenyak tidur,siapa lagi boleh diharap mengawal keliling rumah sekiraya anjing melintas menjilat kawah atau periuk yang bersipah di penanggah.
  Bukan sahaja jelmaan harimau itu menjaga penanggah yang tidak berkemas,malah kalau pencuri menceroboh pun ia akan tercegat menghalang.Cubalah pencuri berniat salah masuk ke situ,nescaya tidak akan lepas ke mana.Sebaik sahaja melangkah pagar harimau akan menghambat tidak bertangguh.
  Tahu sangat umi rahmah memang harimau jelmaan pawang midin tercangkung hingga hidungnya cecah punggung umi rahmah,sebab itu terkejut benar dia tatkala punggungnya disinggahi misai harimau berkenaan.Lantas sahaja umi rahmah melompat akibat terkejut melihat harimau tercangking di penanggah.
  Segera umi rahmah neik ke rumah merentap-rentap baju pawang midin tengah berbual di hujung serambi dengan lebai kimin.Puas dipujuk oleh pawang midin barulah umi rahmah dapat ditenangkan.Termengah-mengah umi rahmah setelah duduk tersandar ke dinding menahan rasa gementar akibat terkejutkan harimau tercangkung dibelakang semasa terbongkok-bongkok mengemas di penanggah.
  "Barang permainan awak,tak tahu nak jaga"gerutu umi rahmah mencemik muka disebabkan terlalu marah."Awak tengok tu,apa dibuatnya di penanggah?"jeritnya penyebabkan sanak saudara yang nyenyak tertidur diatas rumah terkejut jaga.
  Terdiam pawang midin menahan kesabaran.Kalau tidak dikawal kesabaran sudah tentu dia juga akan membentak berang.Apa pula tuduh sanak saudaranya sekiranya dia memberang tidak menentu.Lagi pula majlis perkahwinan dibuat oleh anaknya ulung semail.Tentulah ulung semail akan menanggung malu sekiranya dia berkeras pertahankan diri akibat kelancangan mulut umi rahmah.
  "Bertenang dulu kak umi"lebai kimin juga tenteramkan umi rahmah kerana waktu tengah malam tidak baik tinggikan suara.Apalagi sanak saudara yang tidur dirumah berkenaan terkejut disebabkan umi rahmah bersuara tinggi.
  "Rimau di penanggah tu,lebai"ujar umi rahmah masih terasa geli geleman apakala punggungnya tergesel hidung harimau berkenaan."Orang tua ni memang pelihara harimau,siapa yang tak terkejut"dia menuding jari ke arah pawang midin.
  Tertunduk pawang midin tidak menyahut apa-apa.Dia terpaksa memendam perasaan akibat diberi malu oleh isterinya ditengah sanak saudaranya berkeliling.Tatkala ulung semail menjengah ke luar melalui tingkap dapur,dia tidak nampak pun harimau tercangkung dipenanggah.
  Terpaksa dia memujuk emaknya supaya tidak ikutkan sangat perasaan.Tetapi umi rahmah berkeras menuduh suaminya sengaja mengusik harimau hingga harimau juga disuruh masuk ke penanggah.Kalau bukan pawang midin yang perintahkan masakan harimau tersebut masuk ke penanggah hinga hidung tergesel punggungnya tengah terbongkok-bongkok.Tentu pawang midin sengaja mahu menakut-nakutkan dia.
  "Dah jauh malam buat apa emak turun ke penanggah?"tersenyum ulung semail mengerling emaknya masih dalam ketakutan.
  "Ayah kamu sengaja nak takut-takutkan aku"lantas umi rahmah mencebek bibir melepaskan rasa geram yang mendongkol.
  "Takkan abang midin nak bergurau cara itu,kak umi"segera lebai midin memujuk perempuan itu.
  "Kalau tak disuruh,tak mahu rimau tu ke penanggah"sahut umi rahmah berkeras menuduh suaminya mahu dia terkejut diganggu harimau.
  "Ayah pun bergurau dengan emak,yang bukan-bukan aje"kesal juga ulung semail apabila diberitahu demikian.
  Tentu harimau berkenaan tidak masuk ke penanggah sekiranya tidak diperintahkan ke situ.Apa lagi bergesel dengan punggung emaknya tengah terbongkok-bongkok.Tidak mungkin harimau tersebut kebetulan sahaja tercangkung disitu,kalau bukan mengikut panduan yang ditetapkan oleh pawang midin.
  Tetapi pawang midin tidak tahu pun mengenai harimau berkenaan menjengah di penanggah.Kalau dia memberi penjelasan pun,tentu siapa pun tidak percaya.Umi rahmah tetap menuduh dia berdalih semata-mata mahu memujuk.Sebab itu pawang midin tidak bercakap sepatah pun apabila dituduh berterusan oleh isteri dan anak-anaknya.
  Kesedihan itu terpaksa ditelan sendiri oleh pawang midin,setelah isterinya menuduh dia sengaja menakut-nakutkan.Lebih sebulan juga umi rahmah merajuk tidak mahu balik ke rumah.Biarlah dia menumpang dirumah ulung semail daripada balik ke rumah menatap muka pawang midin.Asal sahaja dia mengerling pawang midin seolah-olah harimau belang tercangkung disisinya.
  Kalau tidak kenang sudah sama-sama tua,memang umi rahmah tinggalkan sahaja suaminya.Tidak patu pawang midin bergurau dengan menjelmakan harimau sampai dia terkejut ketakuta.Namun pawang midin tidak salahkan umi rahmah dalam saat diuji demikian.Masakan dia sengaja mahu takutkan isterinya dengan menjelmakan harimau tercangkung tatkala malam diselubungi kegelapan.
  Dia sendiri tidak menyedari harimau tersebut terjongol di penanggah.Asal sahaja keluarganya mengadakan majlis kenduri memang pawang midin harimau tersebut akan berkawal di sekeliling rumah.Apa lagi kalau sengaja mahu aniaya keluarganya nescaya harimau tersebut akan terjongol serta merta.
  Sewaktu tisah anaknya dinikahkan dengan abu latih pun dia diuji sampai bakul keras melompat sekeliling rumah asal sahaja mahu dicapai tatkala menanak nasi.Kelam kabut sanak saudara yang hadir apabila melihat bakul beras melompat-lompat laksana ayam dihambat mahu disembelih.
  Sebelum ini memang ulung semail sudah memberitahu mengenai lembu yang disembelih tidak lut mata parang.Sebaik sahaja mata parang disendal ke leher lembu berkenaan kulitnya tidak terguris langsung.Hairan juga lebai kimin dengan kejadian tersebut,sekalipun dia sudah kilir mata parangnya sampai tajam.Kalau lebai kimin sendiri sudah mengalah sudah tentu sanak saudara yang lain tenggelam punca.
  Tetapi pawang midin tetap tenang menghadapi dugaan getir demikian.Apa sangat dengan leher lembu tidak lut mata parang mahu disembelih kalau dibandingkan rusa yang diburu dihutan bertukar menjadi lelaki tua bongkok setelah siap disembelih.Terpaksa pula berkibas kain hitam tujuh kali untuk pulihkan semula rusa yang tergolek dengan kaki menujah-nujah angin.
  Orang tua yang menggelepar disembelih leher itu merengek-rengek tatkala pawang midin kibas dengan kain hitam.Bulu roma pawang midin juga tegak meremang semasa melihat orang tua itu menendang-nendang angin.Setelah dikibas baru nampak betisnya diselaputi bulu berbirik-biril.Sebelum terkejang mati orang tua itu sempat menjelma semula menjadi rusa yang disembelih.
  Sebab itu pawang midin tidak mengalah.Dia mencapai parang ditangan lebai kimin terus dikilir pada busut dihujung halaman.Tujuh kali dia kilir mata parang disitu,lantas ditusukkan ke leher lembu yang siap tergolek diikat kaki.Sekali tusuk sahaja mata parang terbenam hingga urat leher lembu terputus tidak bersisa.
  Semasa bakul beras melompat-lompat sengaja pawang midin menyuruh diasak ke arah busut tersergam.Sebaik sahaja diasak kesitu memang bakul beras berkenaan tidak dapat bergerak ke mana.Terus sahaja mereka capai untuk tanak nasi dalam kawah yang sudah terjerang air mendidih.
  Ketika inilah seman bacar menyerbu kerumah pawang lamid terjerit-jerit mengadu dihambat harimau.Ke mana sahaja dia bersembunyi seman bacar akan diasak oleh harimau.Belum sempat seman bacar menerangkan kejadian yang meimpa dirinya,itam tabun pula termengah-mengah meminta pertolongan pawang lamid dengan kain terlondeh akibat tidak sempat diikat bohol.
  Itam tabun juga tidak dapat merahsiakan kejadian dirinya dihambat harimau tatkala tengah membakar kemenyan.Terketar-ketar itam tabun memberitahu dia sengaja tanam parang kayu di bawah tangga biar mata parang lebai kimin madal tidak boleh menyembelih.Dia juga ikatkan katak dibawah perdu pokok jejawi biar bakul beras melompat-lompat tidak boleh dikawal.
  Sengaja itam tabun mahu membantu seman bacar aniaya majlis kenduri dirumah pawang midin,biar seisi keluarganya menanggung malu.Marah benar seman bacar apabila abu latih yang menjadi suami tisah.Apalagi abu latih memang menyakitkan hati kalau temberang dimana-mana.
  Sebab itu sengaja dia mahu malukan abu latih yang bermegah sangat kerana dapat memikat anak gadis pawang midin.Siapa yang berani memikat kalau bukan abu latih.Temberang abu latih itulah yang menambahkan sakitnya hati seman bacar sampai dia sanggup bayar berapa sahaja dituntut oleh itam tabun.Asal itam tabun sanggup lakukan apa sahaja biar majlis kenduri kahwin abu latih tergendala,seman bacar sedia bayar pengerasnya.
  Memang tidak disangka oleh itam tabun sampai harimau jelmaan pawang midin dapat mencari dia.Takat dia gunakan ilmu hitam masakan pawang midin boleh menuduh dia yang melakukan.Tentu seisi kampung tidak percaya itam tabun yang gunakan ilmu hitam mahu menguji pawang midin.
  "Maafkan aku,tok pawang"gementar suara itam tabun merayu supaya pawang midin tidak hebahkan pada orang-orang kampung mengenai perbuatannya menganiaya majlis kenduri berkenaan.Tahu sangat dia kemahiran pawang midin bukan saingan dia sekiranya mahu menguji kepandaian.
  Apabila kenang semula kejadian itu memang pawang midin menitiskan air mata.Tetapi isterinya umi rahmah tidak memahami segala yang tersirat jauh dilubuk hatinya.Lebai kimin juga tidak tahu apa-apa sekadar ingatkan sahaja mengenai pertolongan allah yang maha berkuasa,tetapi tidak pernah tunjukkan kepadanya cara melepaskan diri dari cengkaman saka sejak bertahun-tahun.
  Lebai kimin sendiri mengeluh panjang tatkala mata parang tidak lut mahu menyembelih lembu tergolek yang sudah diikat kaki dan tangan.Bagaimana sekiranya pawang midin tidak ikut sama membantu sudah tentu lembu untuk majlis kahwin uda saenah tidak dapat disembelih.
  "Saka ni sejak turun temurun,saenah"tutur pawang midin dalam keadaan semakin lemah.Dia tidak akan luahkan perasaan yang terpendam di hatinya kepada sesiapa pun kalau tidak dipercayainya.Memang uda saenah satu-satunya yang dipercayai oleh pawang midin.
  Didepan ulung semail sampai bila pun dia tidak akan bercakap apa-apa.Biarlah ulung semail desak dia beritahu apa yang terbuku dihati,namun pawang midin tetap berahsia.Lain lah kalau didepan uda saenah atau andak jiman memang dia tahu segala yang tersirat.
  Andak jiman satu-satunya yang sanggup menepung tawar busut dihujung halaman.Kalau tidak ditepung tawar nescaya bahagian luar busut akan merekah sampai meleleh air laksana darah pekat.Ketika ini seisi keluarga akan menanggung sakit berterusan seorang demi seorang.
  "Kami akan patuhi petua,atuk"bisik andak jiman memberi jaminan tidak akan biarkan petua pawang midin hilang begitu sahaja.
  "Kalau kamu tahu nak buang saka tu,buangkanlah"dia cuba mengukir senyum sekalipun dalam keadaan payah.Saat ini memang pawang midin tidak mahu sesiapa pun duduk di sisinya kecuali andak jiman dan uda saenah yanbg dipercayainya sahaja.
  "Tak apalah,atuk jangan susah hati"perlahan-lahan uda saenah yang dipercayainya sahaja.
  "Tak apalah,atuk jangan susah hati"perlahan-lahan uda saenah mengesat pelupuk mata datuknya yang digenangi air.Dia tahu datuknya terlalu sedih menahan keharuan yang menyebak menusuk hatinya."Biarlah jiman buat apa yang atuk pesankan"bertitahu uda saenah setelah menyedari keadaan datuknya bertambah lemah.
  "Atuk tak paksa kamu,jiman"pawang midin semakin sayu menatap muka andak jiman."Kalau kamu tak sanggup,tinggalkan aje"ujarnya kerana bimbang akan menyusahkan andak jiman sahaja.
  Tetapi andak jiman tidak akan membiarkan amalan pawang midin sia-sia begitu sahaja.Apa salahnya takat tepung tawar busut tersebut kalau tidak terniat langsung mengakui busut tersebut berkuasa.Andak jima satu-satunya yang tahu bahawa di atas busut itulah seringkali jelmaan harimau mencangkung asal sahaja bulan mengambang penuh.
  Siapa pun tidak akan melihat harimau berkenaan tercangkung disitu kalau sekadar melintas ditengah halaman.Lainlah kalau benar-benar terasa hubungan erat dengan pawang midin nescaya harimau tersebut akan menjelma.Tahu sangat andak jiman harimau jelmaan itu tidak akan menganggu asal sahaja jangan cuba menganiaya keluarga pawang midin.
  Bagaimana pawang midin mahu beritahu isterinya umi rahmah mengenai moyangnya aki maaseh mengalami kejadian selepas kematian ayahnya pak mualim.Sejak bertahun-tahun ayahnya menjadi guru mengaji al-quran,memang aku maaseh di surau ayahnya.Apabila dihantar belajar pondok pun,aki maaseh tetap mengajar disurau berkenaan setelah habis mengaji.
  Tidak lama setelah aki maaseh balik dari mengaji pondok inilah ayahnya meninggal dunia.Seminggu selepas pak mualim meninggal dunia,mereka yang mahu berjemaah maghrib disurau terkejut melihat seekor harimau bertaip dianjung surau tempat pak mualim sering duduk.
  Apabila diberitahu kepada aki maaseh,segera dia naik ke surau.Lantas sahaja dia menepuk-nepuk bahu harimau tersebut.Perlahan-lahan harimau itu mendongak aki maaseh dengan air mata tergenang.
  "Orang semua takut,eloklah ayah jangan datang kesini"aki maaseh macam memujuk,kemudian memimpin harimau itu turun dari surau.
  Terus sahaja aki maaseh iringkan harimau berkenaan berjalan menuju pinggir hutan.Disitu dia meminta harimau tersebut tidak lagi menganggu naik ke surau.Sekalipun tidak menganggu sesiapa pun,tetapi sudah tentu mereka yang terserempak akan gementar tidak keruan.
  Lainlah aki maaseh tidak dapat mengelak lagi setelah diberitahu oleh ayahnya mengenai keturunan mereka semenjak datang dari paya kumbuh.Sengaja pak mualim tinggalkan kampung halaman semata-mata mahu memisahkan dirinua daripada amalan nenek moyangnya.Dia sendiri mengakui didepan aki maaseh sekiranya gangguan saka itu terus menjelma,memang dia tidak berupaya mahu membuangnya.
  Selepas kematian ayahnya kecewa juga aki maaseh disebabkan jelmaan harimau itu tidak juga dapat dielakkan.Tatkala harimau itu beratib diatas surau memang lenggok nya sama dengan lenggok pak mualim.Apabila dia tunduk membongkok dari belakang,mereka yang mahu berjemaah melihat seolah-olah pak mualin yang membongkok tunduk disitu.
  Setelah dibawa oleh aki maaseh kehutan,malamnya aki maaseh bermimpi ayahnya kecewa disebabkan dihalau oleh anak sendiri.Dalam kekecewaan itu dia meminta aki maaseh menepung tawar busut yang tumbuh dikawasan suraunya.Sewaktu aki maaseh menjengah keesokan paginya,memang dia melihat busut sebesar buah kelapa tumbuh disebelah darat surau.
  Sebaik sahaja ditepung tawar oleh aki maaseh busut berkenaan membesar sedikit demi sedikit.Lama kelamaan tersergam sampai sebesar tempayan beras tertangkup.Memang semua kejadian tersebut diberitahu oleh pawang midin kepada andak jiman.
  Tahu sangat pawang midin kejadian yang berlaku kepada moyangnya aki maaseh bertahun-tahun sebelum itu apabila jelmaan harimau terconggok ditengah surau.Tidak terniat dihati nya mahu menghalau ayahnya pak mualim kalau orang tua itu sama seperti sebelum dia meninggal dunia.Manalah sama lagi dunia mereka kerana didepannya bukanlah pak mualim tetapi harimau jelmaan semata-mata.
  "Uda minta sangat,ustaz buangkanlah saka ni"tersengguk-sengguk uda saenah menangis didepan saya apabila kenang kejadian yang diberitahu oleh datuknya pawang midin.
  Sayu benar hati uda saenah disebabkan nasib yang menimpa pak mualim.Setelah kematian pawang midin,datuk sebelah emaknya lebai kimin sendiri mengakui jelmaan demikian pernah menimpa keluarganya di sumatera.Lebai kimin ingatkan kejadian yang menimpa bapa saudaranya yang lama belajar dengan malim semaneh di madrasah.
  Tatkala malim semaneh tengah sakit tenat dia sudah bisikkan pada mat tobek supaya bacakan yassin tiga senja berturut-turut diatas kuburnya.Tetapi mat tobek bacakan yassin pada senja hari dikebumikan malim semaneh sahaja.Senja kedua hatinya mula diganggu perasaan ingin tahu kenapa gurunya berpesan demikian.
  Sengaja mat tobek bersembunyi dengan memanjat pokok berhampiran kubur gurunya malim semaneh.Hingga tengah malam dia menunggu tiba-tiba mat tobek melihat seekor harimau menghambur ke atas kubur berkenaan.Melingas-lingas mata harimau berkenaan memerhati sekeliling seolah-olah bimbang dijengah manusia.Kemudian binatang itu tercangkung diatas kubur seolah-olah tengah beratib diatas surau.
  Lama harimau itu terlenggok-lenggok beratib,dia menghambur tujuh kali dari hujung kaki ke hulu kepala kubur.Selepas itu dia melangkah dari kiri ke kanan pula diulangi tujuh kali juga.Setelah melompat mengikut bilangan tujuh kali,tidak bertangguh harimau itu menggali pada bahagian kepala kubur.
  Ia mengorek tanah kubur sama macam anjing mengorek tercium bangkai.Sebaik sahaja dikorek ia menyusupkan kepala masuk kedalam lubang kubur.Lama dia menyusup sampai habis seluruh badan.Kemudian ia naik semula keatas dengan berundur punggungnya naik dahulu ke permukaan tanah.
  Apabila ia naik ke atas mulutnya mengginggong mayat dari kubur malim semaneh.Dikoyak-koyak nya kain kafan membalut mayat sampai tersembul keluar.Sewaktu harimau itu mengirai-ngirai kain kapan,mat tobek nampak seekor anak harimau keluar dalam keadaan lemah.Segera dijilat-jilat oleh harimau tersebut anak harimau itu,sampai tenaganya gagah bergerak.
  Menjelan subuh anak harimau yang ditarik keluar dari kubur malim semaneh itu mampu berjalan sendiri.Dalam kesamaran subuh itu harimau besar itu menghambur ke dalam belukar diekori oleh anak harimau berkenaan.Seminggu selepas itu penduduk-penduduk kampung terserempak harimau tercangkung ditengah madrasah malim semaneh.
  Disebabkan malu dengan kejadian itulah mat tobek melarikan diri dari kampung halamannya.Bimbang sangat dia kalau kawan-kawan menuduh dia sengaja membiarkan gurunya malim semaneh menerima nasib demikian.Kalau dia mematuhi perintah malim semaneh supaya bacakan yassin tiga senja berturut-turut,boleh jadi nasib malang itu tidak menimpa gurunya.
  Sebab itulah mat tobek tidak mahu jejak kaki balik ke kampung halamannya.Dia tidak tergamak menatap muka kawan-kawanya setelah kejadian tersebut.Memang lebai kimin tahu kejadian yang dialami oleh bapa saudaranya mat tobek itu.Tetapi selepas kematian pawang midin tidak pula lebai kimin diberitahu jelmaan harimau balik ke rumahnya.
  "Mungkin pawang midin tu tak sama dengan malim semaneh"ujar uda saenah mengesat pelupuk matanya.
  "Cubalah ustaz buangkan saka tu"cikgu manir juga tidak sabar mahu bebaskan emaknya kalau benar diganggu saka turun temurun.
  "Selepas andak jiman meninggal,memang busut tu tak ditepung tawar lagi"keluh uda saenah mengurut-ngurut dadanya disebabkan sesak nafas semakin menusuk dadanya.
  "Kalau ditepung tawar,sakit asma emak boleh sembuh ke?"maimun mencelah lantas mengerling suaminya.
  "Tak cuba lagi,mana nak tahu"lantas sahaja uda saenah menyahut tidak bertangguh.
  Seingat-ingatnya sewaktu arwah suaminya andak jiman mematuhi petua yang dipesankan oleh arwah pawang midin,memang dia tidak pernah mengalami sakit lelah.Sekiranya terasa lelah sedikit sahaja,dia akan menyuruh ludin cogok masuk kehutan mencari daun telinga beruk.
  Asal sahaja diteguk air dalam daun telinga beruk itu nescaya penyakit lelahnya tidak akan melarat.Tetapi siapa mahu percaya mengenai petua tersebut,sedangkan anaknya sendiri cikgu manir seringkala mengejek.Kadangkala tersinggung juga dia kalau cikgu manir perkecilkan ayahnya andak jiman pasal menepung tawar busut tersergam dihujung halaman.
  Setiap kali andak jiman simbahkan air tepung tawar ke busut berkenaan,tahu sangat uda saenah tentu suaminya akan merungut-rungut bagaikan bercakap dengan orang yang tercongok didepannya.Memang uda saenah tidak melihat sesiapa pun tercegat disitu melayani andak jiman bercakap.Puas juga uda saenah memujuk suaminya supaya beritahu siapa yang dilayan bercakap tatkala menepung tawar busut.
  Terangguk-angguk kepala andak jiman bagaikan sebak didada.Sukar sangat dia mahu menerangkan kepada uda saenah yang tidak nampak apa-apa pun ketika itu.Disebabkan beberapa kali uda saenah mendesak terpaksa juga dia beritahu mengenai pak mualim tercangkung diatas busut berkenaan.
  Jelmaan pak mualim seolah-olah memuji pawang midin yang sanggup menepung tawar,setelah ayahnya sebelum itu biarkan sahaja tidak dijaga.Pak mualim merasakan dirinya kepanasan disebabkan tidak disimbah air tepung tawar.Lama kelamaan pak mualin menjadi lemah hingga tidak mampu menghalang jelmaan harimau menganggu keluarganya.
  Dia melihat sendiri jelmaan harimau meresap siapa sahaja keturunannya hingga menanggung sakit berterusan.Satu demi satu keturunannya dihinggapi penyakit hilang ingatan,lumpuh atau sesak nafas akibat diresapi jelmaan harimau berkenaan.Pak mualim sekadar memerhatikan sahaja nasib menimpa keturunannya disebabkan tenaganya lemah tidak mampu menghalang.
  Setelah pawang midin menepung tawar semula busut tersebut tiba-tiba sahaja tenaga pak mualim gagah semula.Dia bingas melawan kalau jelmaan harimau mahu menganggu keturunannya.Asal sahaja jelmaan harimau mahu merasuk,dia akan berdiri gagah memberi amaran.Sekaligus jelmaan harimau itu tunduk menuruti perintak pak mualim sampai bila-bila pun.
  Tentu pawang midin sukar mahu memberitahu keluarganya mengenai jelmaan pak mualim terconggok diatas busut.Dia tidak akan beritahu rahsia keturunannya sejak pak mualim itu semata-mata mahu menjaga hati keluarga.Biarlah dia sendiri menanggung beban kegelisahan akibat amalan yang diamalkan oleh nenek moyangnya sebelum itu.
  Memang andak jiman yang banyak mengetahui rahsia pawang midin.Dia juga tetap rahsiakan segala yang dialaminya semasa menepung tawar busut tersebut.Kalau tidak disebabkan uda saenah mendesak sampai menutup mata rapat-rapat pun,andak jiman tetap pegang rahsia tersebut kukuh-kukuh.
  "Andak jiman memang nampak jelmaan pak mualim diatas busut tu"tutur uda saenah mengeluh pendek seolah-olah terbayang diruang matanya andak jiman tercegat disisi busut tersergam.
  "Ayah pun sama juga dengan tok midin"sahut cikgu manir disebabkan ayahnya memang berguru amalan kebatinan dengan moyangnya pawang midin.
  Lainlah datuknya ulung semail memang tidak peduli sangat dengan busut yang sering kali ditepung tawar itu.Kadangkala diatas busut itu ulung semail letakkan buluh belebas yang dipikul dari becah.Sengaja disandarkannya buluh belebas berkenaan disitu.Sekali sekala diatas busut itu pula ulung semail tercangkung melepaskan penat.
  Marah juga pawang midin dengan sikap ulung semail seolah-olah biadap sangat dengna keturunan masa lalu.Pawang midin tetap menganggap busut berkenaan sebagai tanda tapak tanah yang mereka diami diwarisi semenjak pak mualim.Duduk tercangkung diatas busut itu samalah macam duduk tercangkung diatas kepala pak mualim,sekali pun mereka tidak pernah menatap muka nenek moyangnya.
  "Selepas ayah kamu,memang tak ada lagi siapa nak jaga saka tu"gerutu uda saenah tidak harapkan anak cucunya mahu menepung tawar busut tersebut sama macam arwah suaminya andak jiman.
  Harapkan ludin cogok juga tentu tidak sama dengan andak jiman.Manalah ludin cogok amalkan mandi air tujuh jeram tatkala remang senja meranduk masuk kehutan.Dia tidak boleh membawa timba mencedok air jiruskan ke kepala.Ludin cogok mesti cari tujuh helai daun keladi untuk cedok air menjuan di celah jeram batu.
  Masakan ludin cogok sanggup berlari mendaki bukit tujuh kali turun naik dari kaki ke puncak.Kalau termengah-mengah pun mesti tahan diuji berlari mendaki bukit ditengah kegelapan malam.Selapas itu andak jiman akan bekalkan rotan sega panjang sehasta sebelum masuk ke hutan tatkala remang senja mengepak.Ludin cogok akan berdepan dengan harimau panjang tujuh yang terjongol dari sebalik belukar sebaik sahaja jejak kaki masuk ke pinggir hutan.
  Ludin cogok mesti menempuhi ujian demikian getir sebelum dibenarkan menepung tawar busut peninggalan ditanah pesaka mereka.Kalau anak cucu pawang midin tidak sanggup menempuhi ujian tersebut,masakan ludin cogok mahu bersusah payah.Manalah ludin cogok tahu mengenai pak mualim yang menderita hingga diganggu jelmaan harimau sekiranya busut tersebut dibiarkan tidak ditepung tawar.
  "Macam mana pandangan ustaz?"maimun memandang saya disebabkan saya tidak bersuara apa-apa setelah uda saenah luahkan perasaan yang terbuku dihatinya.
  "Sebenarnya saya tak tahu macam mana nak buat"beritahu saya mengakui tidak tahu bagaimana mahu membantu uda saenah.
  "Uda harapkan ustaz aje sekarang ni"desak uda saenah semakin bimbang kerana tidak ada siapa lagi diharapkan mahu menepung tawar busut berkenaan seperti diamalkan pawang midin.
  "Saya tak pernah ubati penyakit macam ni"jelas saya semakin serba salah.
  Namun saya dapat mengagak uda saenah memang tidak rela lagi biarkan kampung halamannya dikuasai oleh jelmaan harimau berkenaan.Tetapi bukanlah mudah mahu pisahkan dirinya dari saka yang sudah lama meresap dalam dirinya.Tentu uda saenah sendiri perlu tabahkan semangat bangun malam tunaikan solat tahajud.
  Kalau uda saenah sendiri tidak berdoa masakan orang lain boleh membantunya jauhkan diri daripada saka berkenaan.Sejak turun temurun saka tersebut tidak dinyahkan,tentulah berterusan ianya merasuk siapa sahaja keturunan mereka.Aplagi pawang midin yang sanggup asalkan semula setelah ayahnya tidak pedulikan lagi saka tersebut.
  Tetapi pawang midin tidak tergamak melihat kakaknya lumpuh tidak semena-mena setelah mengidap demam panas berhari-hari.Emak saudarnya pula menjadi nanar selepas kepalanya disengat tebuan tanah.Sepupunya pula mengidap sakit lelah bertahun-tahun sampai badan pun kurus melidi.
  Sebab itu pawang midin terpaksa juga amalkan semula amalan yang diturunkan semenjak pak mualim.Biarlah dia menanggung beban dicengkam saka asal sahaja keluarganya tidak diganggu penyakit ganjil demikian.Tentu siapa pun tidak tahu mengenai pengorbanan pawang midin yang sanggup jadikan dirinya benteng semata-mata menghalang saka harimau itu mengganggu.
  Saya sekadar berdoa sahaja semata-mata mahu tenteramkan perasaan uda saenah yang terlalu harapkan saya membantunya.Setelah membaca al-fatihah tiga kali dengan menyuruh dia letakkan tapak tangan kedada kiri,saya hembus ke ubun-ubun uda saenah dengan membaca 7 ayat terakhir surah yassin diikut dengna ayatul kursi.
  Kemudian saya bacakan : Walahu masakana fillaili wanna-hari wahuwas sami'ul alim,thumma sauwahu wanofakho fihi min-rohini waja'ala lakumussam'a wal-absora wal-af-idata qolilan ma-tasykurun.Habis sahaja saya bacakan doa,uda saenah menekup mukanya lantas menangis hiba.
  Sengaja saya tidak layani uda saenah menangis tersengguk-sengguk ketika itu.Saya biarkan dia menangis sepuas-puasnya untuk meluahkan rasa sebal yang mendongkol.Tidak perlu lagi mencari punca yang menyebabkan dia diganggu lelah sejak beberapa bulan sebelum itu,kerana uda saenah sendiri mengakui memang saka keturunannya merasuk semenjak kematian suaminya andak jiman.
  Lama saya biarkan uda saenah menangis,terasa pula saya seolah-olah tercegat dikaki sebuah bukit dalam kegelapan malam.Sekaligus pula saya melihat uda saenah berlari kencang ulang alik dari kaki ke puncak bukit akibat dikejar harimau garang yang menghambat dibelakangnya.
  Memang tercungap-cungap uda saenah berlari mendaki bukit dengan mengerah seluruh tenaga.Kemudian berlari kencang pula menuruni bukit hingga berguling tidak bertampan.Tersipu-sipu malu uda saenah apabila nampak saya berdiri menunggunya di kaki bukit.
  Sebaik sahaja bayangan uda saenah tersentak berhenti dari berlari ulang alik mendaki dan menuruni bukit,lantas saya bacakan : Allahhu yatawaffal anfusahina mau-tiha wallati lam-tamut fi-manmiha fayumsikullati qodho 'alaihal- mau-ta wayur silul ukhro ila-ajalim musammam,inna fi-zalika la-ayatin luqaumiy yatafakkarun.
  Sekaligus angin kencang bertiup hingga pokok-pokok di kawasan bukit tersebut terbongkar akar tidak bertahan.Beberapa ekor harimau bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila pokok-pokok kayu jatuh jongkang kalang.Kemana sahaja harimau-harimau berkenaan bercempera mahu menyusupkan diri sudah tentu kayu jatuh jongkang kalang akan menimpanya.
  Harimau yang ditimpa pokok-pokok kayu jatuh jongkang kalang akan terkial-kial bingkas bangun.Sekali kepala remuk dihempap pokok besar.Dengan kepala yang penyek harimau-harimau tersebut tetap berlari terhuyung-hayang ditengah ribut kencang terus juga bertiup keras.
  Apabila kayu jatuh jongkang kalang,saya melihat ditengah belukar berkenaan tersergam busut sebesar tempayan beras sama seperti yang saya lihat dihujung halaman rumah uda saenah.
  "Nampaknya awak nak mencabar"tiba-tiba sahaja saya dijerkah lembaga besar yang bercekak pinggang diatas busut.
  "Saya tidak menyahut,tetapi membacakan ayatul kursi diulangi sampai 113 kali,menyebabkan tubuh lembaga tersebut terkopak.Sekaligus pula busut tempat ia berpijak ikut sama terpokah hingga meleleh air merah laksana darah pekat.Terjerit-jerit lembaga besar dengan kepala seperti tempayan beras itu tatkala petir berdentam menerjah ketubuhnya.
  "Jangan kamu nak perdayakan keturunan pak mualim"bentak saya memberi amaran supaya lembaga berkenaan tidak mecari kesempatan daripada amalan pak mualim.
  Memang keletihan uda saenah sebaik sahaja saya habis berdoa.Cikgu manir juga mengakui emaknya meracau tidak menentu.Setelah uda saenah merasa penyakitnya tidak lagi menganggu,tidak bertangguh dia mendesak cikgu manir menghantarnya balik.Semasa balik kekampung terkejut juga uda saenah,kerana ludin cogok beritahu busut dihujung halaman rumah terpokah tidak bersebab.