Sunday, 2 October 2016

Dukun Iblis

Bahagian 9 : Korban Yang Terakhir

   Menjelang senja,naomi terlihat keluar dari rumahnya kerana perlu mengambil baju ganti,untuk dipakai selama berada dirumah siti.Orang yang ditunggu naomi belum juga tiba,maka naomi merancang untuk tinggal dirumah siti.

   Naomi menggunakan jalan yang sama,iaitu jalan kecil yang menghubungkan dua kampung itu.Kini dia melalui padang semak yang kering dan mula memasuki kawasan ladang getah yang terbiar,kerana pokok-pokok getah semuanya hampir mati kering.Dan tanah dikawasan ini kebanyakan berpasir.

   Dikawasan ini lah biasanya perasaan naomi berlainan,begitu juga pada saat ini.Dia melihat kekiri dan kekanan.Suasananya nampak sepi belaka.Naomi terus mengatur langkah dan meninggalkan bekas kakinya ditanah pasir.

   Tanpa pengetahuan naomi,sepasang mata mengawasi naomi.Sepasang mata itu putih belaka tanpa biji mata.Selepas naomi jauh,barulah seorang yang bertudung dan berjubah hitam keluar dari tempatnya bersorok,kemudian berjalan ke arah jalan kecil yang bertanah pasir.

   Dia mengambil segenggam pasir kemudian dimasukkan dalam beg kain yang berwarna hitam.Dengan wajah yang geram dan pandangan mata yang menakutkan orang berjubah hitam ini tiada tersenyum lagi bahkan membulatkan matanya.Dia kemudian beredar meninggalkan tempatnya berdiri dan terus berjalan kearah hujung kampung.

   Siti keluar dari tempatnya disebalik pokok kayu,memerhatikan segala apa yang dilakukan oleh perempuan tua berjubah hitam itu.Kemudian dia menggunakan jalan lain meninggalkan tempat itu hingga sampai dirumahnya.Sebaik siti sampai dirumahnya naomi ingin benar mengetahui apa yang terjadi ditempat itu.

   "Bagaimana siti..kau mendapat sesuatu yang kau inginkan?"

   "Sudah tentu."Kata siti dengan muka yang menunjukkan kesungguhan.

   "Aku melihat apa yang terjadi sebaik kau melalui jalan kecil di tanah pasir itu.Seorang perempuan tua bertudung dan berjubah hitam,telah mengambil pasir dari bekas telapak kaki kau."Kata siti yang membuat naomi terkejut.

   "Perempuan tua bertudung dan berjubah hitam.Ya aku masih mengingatnya.Malah pernah nampak dia dibelakangku pada mula-mula dahulu.Kemudian aku berselisih  jalan.Yang terakhir dia menghampiri mangsa yang aku cederakan."Kata naomi  yang membuat siti semakin yakin itulah punca rasa tak siuman itu.

   "Tapi...mengapa dia berbuat demikian kepadaku?"Soal naomi.

   "Itu yang kita tak tahu apa tujuannya.Yang penting...kita telah mengetahui,dialah orang yang mungkin menyebabkan kau menghidap penyakit tak siuman itu.Suatu hari nanti,kita akan tahu siapa sebenarnya perempuan itu,sesungguhnya perempuan tua yang jahat.Kita tunggu masanya."Kata siti.

   "Mungkin dia pernah jadi jiran awak,atau mungkin dia menggunakan ilmunya itu untuk tujuan tertentu.Entahlah aku tak tahu perkara itu lebih baik kita tunggu wak dukun,mungkin dia boleh menolongmu."Tambah kata siti.

   "Ya.Aku mengerti.Tapi kekuatanku membuat aku kurang sabar menunggu wak dukun yang kita harapkan itu."Kata naomi menunjukkan kecemasannya.

   "Tiada kah jalan lain yang lebih cepat daripada kita menunggu wak dukun yang masih tiada khabar berita itu."

   "Tentu saja ada,bila kau nak segera mendapatkan pertolongan.Kita perlu ke suatu tempat.Tapi kita mestilah bincang dengan emak terlebih dahulu."Jawab siti.Sebaik siti habis berkata-kata emaknya muncul dibelakangnya yang baru balik kerja.

   "Apa yang kalian bincangkan ni."Tegur emaknya.Siti kemudian menceritakan maksudnya hendak pergi kerumah seorang ulama.Diceritakan pula penderitaan naomi yang mengalami mengidap penyakit tak siuman itu.Emak siti kemudian berfikir panjang dan katanya.

   "Kan lebih baik emak yang pergi panggil hasan itu datang kemari,mengubatimu."Kata emak siti yang khuatir keduanya akan tertimpa apa-apa yang tak diinginkan.

   "Mak,naomi memerlukan pertolongan segera.Belum tentu juga hasan boleh datang dengan segera.Kecuali kalau kita berdua yang datang kesana.Besar kemungkinan boleh mendapatkan pertolongan hari itu juga."Kata siti.

   "Emak bimbangkan orang-orang tuan hamid akan mengetahui rahsia dirimu."

   "Kan mereka sudah percaya yang saya ini sebagai adik marni."Emak siti tak menjawab kata-kata anaknya.Tapi akhirnya emak siti pun membenarkan keduanya pergi ketempat hasan ulama hikmat itu.

   Lega hati siti mendapat kebenaran emaknya untuk pemergian itu.Siti dan naomi pun mula merancangkan masanya untuk pergi.Setelah saling bertukar pendapat diantara keduanya,maka ditetapkan masa perginya itu esok subuh.Emaknya pun menyetujui.Masa itu sesuai untuk pergi sebelum orang-orang kampung nampak dijalanan,terutama orang-orang tuan hamid.

   Selepas saja siti menunaikan sembahyang subuh,dia pun telah siap dengan naomi untuk berlepas.Hari itu pagi benar,udara sejuk pun masih menusuk tulang.Tak lama kemudian,keduanya berlepas melalui jalan kampung yang masih lengang.Setelah berada diluar kampung itu,barulah keduanya merasa lega.

   "Aku memang baru saja keluar dari kesukaran,maka eloklah kita berhati-hati."

   "Tak apa.Aku memahami apa yang kau alami."Jawab naomi.

   "Bagaimana tidurmu semalam?"Siti ingin tahu.

   "Oh..tak ada apa-apa.Nampaknya tiada gangguan dalam tidurku."

   Kumbang mana yang tak mencium sari bunga.Demikian pula keadaan karim yang mempunyai kebiasaan buruk mengintai anak dara orang diwaktu malam.Malam tadi ketika hampir menjelang pagi dia mengintai dirumah siti.

   Lubang yang dibuatnya didinding rumah itu menjadikan karim asyik melihat siti tidur.Bila terlihat pula seorang gadis cantik disamping siti,maka teringatlah karim akan tugas dari tuan hamid untuk mengenakan gadis naomi itu.Maka ketika kedua gadis ini telah berada di jalan yang sepi,karim pun mengekori kedua gadis itu.

   Karim menghendap-hendap dibantu oleh kedua orang gaji tuan hamid.

   "Peluang selalunya datang tanpa dirancangkan.Apa kalian berdua sudah siap untuk membuat kedua gadis itu tak bersuara?"Kata karim kepada orang yang diajaknya.Kedua orang itu mengangguk.

   "Baiklah.Gadis yang satu itu."Sambil karim menunjuk kearah naomi.

   "Dia untuk tuan.Lama sudah tuan inginkan dia.Baru sekarang ada peluang untuk menculiknya.Dan gadis yang itu,adalah adik marni,dia milikku.Tunggu sampai gadis itu berada diselekoh jalan."Kata karim.

   "Jadi bila kita tangkap gadis itu?"Tanya salah seorang dari mereka.

   "Aku tahu jalan diluar kampung ini.Mari kita semua ke selekoh itu lebih dahulu untuk mudah menyergahnya."Karim mengajak kedua pembantunya menggunakan jalan untuk sampai ditempat yang ditujunya.Hari masih gelap,namun keadaan pokok-pokok yang ada disitu sudah nampak agak jelas.

   "Situ..aku nampak bayangan seseorang di selekoh sana tengah mengendap."

   "Apa..kau nampak seseorang diselekoh sana.Wah..itu tentu orang jahat.Dah tentu orang-orang tuan hamid.Mari jalan kearah sini."Siti mengajak naomi melintas kearah jalan yang lain.

   Keduanya kemudian mempercepat langkahnya,menyelinap diantara semak-samun.Karim dan dua pembantunya sedang menunggu dibalik semak diselekoh itu.Apabila kedua nya merasakan kehampaan kerana menunggu sekian lama tiada juga yang muncul,timbullah syak mereka berdua terhadap kedua gadis itu.Karim pun segera memerhatikan jalan yang akan dilalui kedua gadis itu telah kosong.

   "Sia-sia.Mereka telah menggunakan jalan yang lain."Kata karim sambil berlari dan diikuti oleh kedua pembantunya.

   "Ha..tengok.Mereka berembuh jalan atara semak ini.Mereka telah nampak kita."Kata salah seorang dari pembantu karim.Karim tak menjawab kata-kata itu.Tetapi terus mengikuti jalan yang dilalui oleh naomi dan siti.

   Naomi dan siti masih terus mempercepat larinya.Fajar pun telah nampak,sehingga keadaan sekeliling pun telah nampak cukup jelas.Sementara keduanya berlari dijalan kecil,mereka berdua berdua bertembung perempuan tua berjubah hitam berdiri ditepi jalan yang mereka lalui.

   "Siti..tengok perempuan tua yang kuceritakan."

   "Tak ada masa untuk berfikir mengenai perempuan tua itu.Mari terus berlari."Kata siti mengingatkan dan terus berlari melewati perempuan tua berjubah hitam.Perempuan tua berjubah hitam itu senyum dan ketawa berdekah-dekah kemudian berlalu dari tempat itu.

   Bila karim sampi ditempat perempuan berjubah hitam,naomi dan siti telah jauh dari tempat karin dan kedua rakan.Karim dan rakan merasa kehilangan jejak,kemudian mereka berhenti mengadakan pengejaran.Naomi dan siti makin jauh dari pengejar-pengejarnya,sehingga lah keduanya kemudian berjalan lagi sambil mengatur nafasnya.

   "Apakah kita meneruskan tujuan kita?"Bisik naomi.

   "Mengikut keadaan.Kalau perlu kita patah balik."Jawab siti sambil masih mempercepat langkahnya diikuti naomi.Baru mereka berdua merasa lega kerana telah terhindar dari pengejar-pengejarnya,tetapi tiba-tiba,keduanya dibungkam mulutnya dengan tangan-tangan yang kuat.

   Dua gadis itu mencuba meronta seberapa daya,namun tiada juga berguna.Karim membungkam keduanya dengan menyumbat kain,kemudian mereka berdua diikat kedua tangannya.Seterusnya kedua rakan karim itu memanggul tubuh mereka disebatang jalan yang lain.

   Tuan hamid sangat terkejut bila di pagi itu menerima berita dari karim sendiri,yang gadis idaman tuan hamid itu telah ditangkap.Terkejut nya tuan hamid membawa perubahan wajahnya yang kemudian menjadi berseri-seri.Dengan rasa tak sabar tuan hamid mengikuti karim ketempat gadis yang diculik itu.

   Disebuah rumah kosong yang terbiar,disitulah kedua gadis itu dikurung disalah sebuah bilik.Dari tingkap yang terbuka,tuan hamid melihat kedua gadis yang masih dalam keadaan terikat dan mulutnya disumbat dengan kain.

   "Siapakah gadis yang serupa dengan marni itu karim?"Bisik tuan hamid.

   "Siti rokhani adik kerpada marni."Jawab karim sambil berbisik.

   "Kedua-duanya sama cantik.Tapi kawan siti itu telah lama aku idamkan.Layan keduanya dengan baik beri makan minum dengan cukup.Jangan sesekali sentuh kedua gadis itu mengerti?"Perintah tuan hamid kepada karim dan kedua pembantunya.

   "Mengerti tuan."Jawab karim yang diikuti oleh kedua  pembantunya dengan mengangguk hormat kepada tuan hamid.Tuan hamid pun segera mengeluarkan beberapa keping wang kertas dan diberikan kepada karim.Karim membulatkan matanya  kerana kali ini tuannya memberikan bonus yang berlebihan.

   Sebaik tuan hamid meninggalkan tempat itu,karim membahagi-bahagikan wang tersebut kepada pembantu-pembantunya.Kedua pembantunya menerima wang itu dengan wajah yang berseri-seri.

   "Pandai menjaga dan menyenangkan hati tuan kita,alamat kita pun boleh cepat kaya."Bisik karim.Kedua pembantunya tersenyum.

   "Sekarang apa yang harus kita buat dengan kedua gadis itu?"

   "Menjaga sepanjang hari dan mengatur makan minumnya,menunggu hari malam."Kata karim sambil mengira wang ditangannya.Ketiganya kemudian diam.

   Naomi dan siti sempat makan siang.Bekalan makanan itu karim yang menghantarnya.Selepas makan,keduanya dalam keadaan tidak terikat lagi,namun masih terkurung dibilik itu.

   "Siti..kita tak dapat mengelak bahaya yang akan menimpa kita nanti.Mustahil untuk kita melarikan diri."Kata naomi dalam keadaan cemas.

   "Ya..kau akan mengalami nasib seperti yang ku alami.Kini aku bukan dara lagi."Keluh siti rokhani dengan mengingat peristiwa yang menimpanya beberapa ketika dahulu."Dan kejadian itu tentu akan berulang lagi dari manusia berhati syaitan itu."Tambah siti,yang makin menakutkan naomi.

   "Tak dapatkah kita berbuat sesuatu untuk melepaskan diri dari sini?"

   "Sia-sia belaka."Jawab siti.

   "Kesusahanku belum dapat diatasi,kini datang pula kesulitan yang lain."

   "Kita kaum yang lemah,nak melawan mereka pun tak berdaya."

   Sebaik malam telah tiba,tuan hamid pun muncul dihadapan ketiga pengawalnya.Tuan hamid segera membisikkan sesuatu kepada karim.Karim membawa naomi kebilik sebelah,sedangkan siti masih dibilik yang satu lagi.

   "Sekarang kalian bertiga tinggalkan tempat ini."Perintah tuan hamid kepada orang-orangnya.

   Karim dan kedua pembantunya segera meninggalkan rumah itu.Setelah ketiga orang itu pergi,tuan hamid pun memasuki bilik naomi.Naomi ketakutan bukan menghadapi hantu,tetapi keganasan manusia yang tak sedar diri.

   "Tuan..jangan dekati saya."Rintih noami dengan tangisan.

   "Diam...jangan bising."Bentak tuan hamid.

   Naomi merapatkan diri didinding ketika tubuh tuan hamid mula mendekati dirinya.Kecemasan naomi dapat dilihat melalui cahaya lampu minyak bilik itu.Malam masih muda,namun kesunyian telah menyelimuti alam sekitarnya.

   Kerana takutnya naomi menghadapi tuan hamid,dia menghadapkan punggungnya ke arah tuan hamid.Sentuhan halus,kemudian terasa dibahu naomi,naomi terkejut dan tubuhnya menggigil.

   "Hauuunnngggggg..."Suara lolongan anjing dari jauh.

   Tuan hamid menghentikan jari-jari tangannya yang bergerak menyentuh bahu naomi.Suara lolongan anjing itu memeranjatkan.Seakan mengingatkan sesuatu akan terjadi.Tuan hamid pun syak akan suara lolongan yang memberi alamat yang menyeramkan itu."Apakah yang akan terjadi malam ini."Suara hati tuan hamid bertanya.

   Tuan hamid belum menggerakkan tangannya lagi untuk menyentuh tubuh naomi.Dia cuba dengarkan suara-suara diluar rumah.Tiada suara yang aneh."Itu hanya suara tiupan angin."Kata hati tuan hamid.Tiba-tiba terdengar suara diluar rumah seperti hembusan angin malam.

   "Haunggggggg...."Suara anjing itu terdengar lagi makin menjadikan suasana malam seperti ini semakin seram dan menakutkan.Sungguh aneh,tiba-tiba saja tuan hamid merasa bimbang akan suara lolongan anjing tersebut.

   "Ah peduli.."Kata tuan hamid sambil kedua tangannya menerkam bahu noami berusaha membalikkan tubuh noami.

   Sebaik tubuh noami menghadap penuh kearah tuan hamid,terlihatlah kedua mata naomi menjadi merah menakutkan,dengan wajah yang cantik tapi menjadi putih macam mayat.Mulutnya kemudian terbuka dengan bercahaya merah darah.

   "Oh..ti..tidakkkk....."Teriak tuan hamid ketakutan.

   Jerit tuan hamid ini terdengar oleh siti,yang membayangkan akan kehormatan temannya akan dinodai oleh tuan hamid.Tetapi kerana tuan hamid yang menjerit,siti jadi terkejut.

   "Suara anjing itu.Dan kini mungkin naomi telah tak siuman.Oh..dia tentu oh..."Kata siti seorang diri,sambil berusaha membuka pintu bilik.

   "Ja...jangaaaannnn....toloooonggg...op"Siti mendengar jerit terakhir tuan hamid.Kemudian terjadi suara-suara benda yang terlanggar dan membuat siti ingin tahu kejadian itu.Dengan menghentak-hentakkan kakinya kedaun pintu,siti mencuba keluar dari bilik itu.

   Didalam bilik itu tuan hamid dicengkam oleh naomi.Jari-jari tangan naomi melekat didaging tubuh tuan hamid bagai besi-besi pencengkam.Tubuh tuan hamid kemudian dihempas ke lantai berkali-kali hingga tubuh itu lemas dan tak bergerak lagi.Jari-jari tangan naomi mengoyak leher tuan hamid.

   Darah segar segera menyembur keluar dari leher tuan hamid sehingga semburan darah itu memercik ke wajah naomi.Maka tersedarlah naomi.Bersamaan dengan itu sebentuk tubuh berjubah hitam merempuh masuk dinding papan tersebut.Dia dengan segera menadah dengan mulutnya kearah darah yang keluar dari leher tuan hamid.

   "Aaaaa......"Jerit naomi ketakutan melihat kejadian didepannya.Dia kemudian berlari keluar dari bilik itu,tapi segera ingat siti masih didalam bilik sebelah.Naomi pun menarik besi selot di pintu sebelah luar itu dan membukanya.

   "Naomi..kau te..telah sedar."Kata siti muncul didepan naomi setelah pintu dibuka.Naomi tak dapat bersuara,kecuali mengangguk dan hanya bibirnya saja yang bergerak.

   Siti cuba melihat kejadian itu melalui dinding yang dirempuh perempuan tua berjubah itu.Perempuan tua berjubah itu masih melekatkan mulutnya dileher tuan hamid.Alangkah terkejutnya siti melihat kejadian itu.Tanpa berkata-kata,siti terus menarik tangan naomi kemudian membawa naomi lari dari tempat itu.Naomi pun mengikut.

   "Siti..tubuh dan bajuku berlumuran darah..oh..bagaimana ini."Rintih naomi ketakutan dan bau darah itu sungguh memuakkan.

   "Jangan bimbang.Aku faham tempat-tempat ini.Ada air terjun kecil dekat sini.Marilah.Kita pun harus jauh dari kejadian yang mengerikan itu."Kata siti cuba menguasai dirinya.

   Dijeram yang merupan air terjun kecil itu,naomi membersihkan diri.Tanpa menghiraukan sejuknya air,naomi membasahi seluruh tubuhnya.Cahaya bulan yang bersinar terang,membolehkan naomi dan siti tidak meraba-raba ditempat anak sungai yang berdasar batu kecil-kecil itu.

   "Oh..sampai bila aku harus berkeadaan seperti ini."Keluh naomi sambil berjalan kedarat sambil membersihkan diri.Naomi dan siti kemudian meninggalkan jeram itu dan berjalan cepat-cepat agar lenyap bayangan ngeri itu.

   "Kita telah berusaha untuk menghilangkan ketidak siuman mu itu mi."

   "Tapi aku telah membunuh ramai orang."Keluh naomi.

   "Bukan salahmu.Perempuan berjubah itulah puncanya.Kau terkene sihir."

   "Ya...kini aku telah menyedari."

   Baru saja keduanya menjejakkan kakinya disebatang jalan,karim dan kedua pembantunya menangkap mereka kembali.

   "Oo..kalian berjaya melepaskan diri ya.."Kata karim.

   "Oh..lepaskan kami..."Teriak siti.Naomi pun kene tangkap sebaik hendak melarikan diri.Kerana keadaan naomi lebih bertenaga,maka kedua pembantu karim memegang tubuh naomi.

   Tetapi apa yang terjadi kemudian.Tiba-tiba mata naomi menjadi merah,mulutnya terbuka mengeluarkan asap.Kini bukan kedua orang lelaki itu yang memegang naomi,tetapi jari-jari naomi pula yang menangkap leher kedua lelaki tersebut.Tanpa bersuara lagi lelaki tersebut lemas dan akhirnya tidak bergerak lagi.

   Karim tidak tahu apa yang terjadi keatas kedua temannya itu.Dia asyik dengan siti yang mencuba sedaya upaya untuk meronta.Tetapi itu pun tidak lama.Terasa jari-jari seseorang singgah ditengkuknya.Ketika dia membalikkan dirinya,dia melihat permandangan yang menyeramkan.Wajah putih naomi dan mata yang menakutkan.

   "Hah...k..kau..ti..tidaakk..ja..jangan.."Suara karim dalam ketakutan sekaligus tangan naomi tepat melekat dileher karim.Suara karim itu tidak memberi sebarang kesan kepada naomi bertenaga besi itu.

   "Arghhh.."Suara karim yang terakhir ketika jari-jari naomi mula membenam dileher daging karim.

   Naomi tetap berdiri ditempatnya sedangkan karim rebah dengan tubuh berlumuran darah.Menggelepar-lepar tubuh karim bagai ayam yang disembelih.Bersamaan dengan itu meloncatlah tubuh yang berjubah hitam menghampiri tubuh karim.Tetapi belum sempat perempuan yang berjubah hitam itu menghampiri tubuh karim,seseorang telah menabur sesuatu ke tubuh badan perempuan berjubah itu.

   "Oh..darah ini lagi.."Keluh naomi yang telah sedar dan memeluk tubuh siti.Siti masih tak tahu apa yang akan dibuatnya bila melihat kejadian didepan matanya yang sungguh mengerikan itu.

   "Jangan bersihkan darah itu demi kesembuhanmu."Kata lelaki yang menabur sesuatu ketubuh perempuan yang berjubah hitam tersebut.Orang itu adalah wak dukun.

   Perempuan berjubah hitam tersebut menjerit dengan suara parau sambil berdiri,kemudian menghadap penuh kearah wajah wak dukun.Perempuan yang berjubah hitam itu merasa kesakitan yang membuat dia makin marah sehingga kedua matanya yang putih itu menjadi merah.Dengan serta merta dia meloncat dan menerkam kearah wak dukun.

   Wak dukun bertahan dengan menangkap kedua tangan perempuan itu.

   "Aaaaaaaa..."Jerit parau perempuan berjubah itu melepaskan diri dari tangan wak dukun.Begitu terlepas,tubuhnya segera berpusing bagai gasing yang berputar lemah.

   Tubuh perempuan berjubah itu terus berasap dan terbakar.Tidak lama kemudian,rebah menimpa tubuh karim.Lama kelamaan tubuh badan perempuan itu berubah menjadi tulang bersama abu kain jubahnya.

   Wak dukun kemudian bersujud syukur dan selepas itu mengucapkan sesuatu dikesepian pagi itu.

   "Terima kasih fairuz fadzilah..selamat jalan."Kata wak dukun kepada sesuatu seakan berkata kepada seseorang didepannya.Naomi dan siti sungguh tidak mengerti apa  yang dilakukan oleh wak dukun.

   "Baiklah...baiklah aku akan melakukan seperti tunjuk ajarmu."Kata wak dukun sambil melambaikan tangan serta mengucapkan salam kepada sesuatu seakan dia nya berdiri didepan wak dukun.

   "Wak dukun.."Kata naomi,setelah dia dan siti melihat kejadian tubuh badan perempuan berjubah hitam itu menjadi tulang.

   Naomi dan siti menjadi pelik melihat tingkah wak dukun kemudian menghampir naomi dan siti.

   "Kini kau selamat naomi."Kata wak dukun.

   "Tapi..kenapa wak dukun lama tak kerumah naomi.Lihat..betapa banyak mangsa terkorban ditangan naomi."Keluh naomi,disertai wajah yang cemas.Demikian juga siti.

   "Untuk menolongmu,bukan bererti aku harus selalu kerumahmu.Tetapi aku telah mencari punca ketakutanmu.Bekal dari guruku iaitu hasan itulah aku berjuang melawan maut.Selama beberapa hari aku berada tak jauh dari rumah dukun sihir itu.Itulah sebabnya,maka lama aku tak kerumahmu."Kata wak dukun menjelaskan.

   "Pernah sekali aku bertarung dengan dukun itu dirumahnya.Namun aku kalah dan aku hampir meninggal dunia.Tetapi datang gadis jin sahabat guruku,untuk menyelamatkan ku.Dia lah yang mengatakan kepadaku,hanya dengan air sembahyang lah maka pengaruh sihir dijiwamu akan terhapus."Kata wak dukun.

   "Air sembahyang."Siti mengulang perkataan dukun.

   "Ya.Sekarang ambillah air sembahyang dan mandilah."

   "Dan aku siti...tak perlu menyamar lagi menjadi siti.Kembali lah menjadi marni.Kerana segala punca maksiat yaitu tuan hamid telah tiada lagi didunia ini."

   Siti mengangguk.Keduanya kemudian kembali ke jeram disebelahnya untuk menghilangkan pengaruh sihir itu.

   Wak dukun masih berdiri ditempatnya menatap mangsa yang terkorban disitu.Sungguh mengerikan kejadian itu.Naomi muncul kembali didepan wak dukun setelah melakukan seperti apa yang dikatakan oleh wak dukun.

   "Kita pun telah terlepas dari pengaruh sihir dukun jahat itu."

   "Terima kasih wak dukun."Kata siti dan naomi."

    "Ee..sejak saat ini,aku telah melepaskan diri dari pekerjaan dukun.Tolong jangan memanggil aku wak dukun lagi.Itu semua kulakukan semata-mata hanya untuk mencari wang dan..em..menipu penduduk."Kata wak dukun dengan menunduk.

   "Jadi kami nak memanggil dengan panggilan apa?"Soal siti dan naomi.

   "Panggil saja namaku.Shahrul."

   "Marilah aku hantar kalian balik kerumah."Kata shahrul.Naomi dan marni berjalan diiringi shahrul dibelakangnya.Sambil berjalan segala apa yang terjadi sebentar tadi masih melekat diingatan masing-masing.

   Beberapa bulan kemudian.

   "Bang..bang shahrul.."Kata naomi disuatu petang.Shahrul masih berbual dengan emak naomi dan agaknya hendak bermohon diri kerana dia bertemu sejak siang tadi.

   "Besok kita akan menghadiri jamuan perkahwinan marni.Dan bila kit ni?"Kata naomi manja dengan senyuman yang memikat.

   "Kita dah pun bertunang.Tak lari gunung dikejar.Sabarlah.Aku bukannya jadi dukun lagi.Tapi cari wang dengan cara halal.Sabarlah,kita pun akan juga seperti marni yang berbahagia itu."Kata pemuda shahrul.

   Shahrul memohon diri,dan naomi menghantar tunangnya sampai kepintu pagar.

   Emak naomi mengawasi keduanya dengan pandangan mata yang penuh kelegaan.Penyakit naomi telah hilang.Disamping itu dia telah mendapat ubat penawar hatinya,Iaitu pemuda shahrul.

(Selesai...)

Sumber : Naskah Dari Mastris
Dukun Iblis

Bahagian 8 : Bisikan Syaitan

   Marni membuka pintu rumahnya ketika terdengar ketukan dan orang mengucapkan salam.Ternyata tamunya adalah kawan lamanya.Naomi segera dipelawa masuk,kemudian marni menutup pintu itu kembali dan mengunci pintu rumahnya.

   "Eh..marni.."Kata naomi yang tidak meneruskan kata-katanya kerana marni memberikan isyarat agar menghentikan ucapannya.Marni mengajak naomi untuk duduk menjauhi dinding.Kelakuan marni ini membuat tanda tanya dihati naomi.

   "Kau jangan lagi memanggilku marni."Bisik marni mengingatkan.

   "Eh..apa kenanya?"Tanya naomi berbisik pula.

   "Saja emak sudah ubah nama saya menjadi siti rokhani.Dan mula sekarang kau anggap saya sebagai adik marni.Bila kau masih ingin aku ini hidup didunia."Marni menjelaskan.Naomi bertambah hairan apa halnya maka marni membuat helah macam ini.Dalam hati,ingin sangat naomi mendengar apa yang terjadi disebalik nama baru marni itu.

   "Kau datang dari mana?"Tanya siti mengalihkan perbincangan yang lain.

   "Aku ada hal nak jumpa wak dukun.Tapi dia tak ada dirumah."

   "Kalau begitu tunggulah disini,nanti kau pergi balik kerumahnya."Kata siti menjelaskan.Naomi pun bersetuju untuk berada dirumah temannya itu sambil menunggu wak dukun.

   "Ya...tetapi,kau ceritakan disebalik namamu yang baru itu."

   "Sangat merbahaya bila kau tidak dapat menyimpan rahsia ini."Kata siti.

   "Kita berkawan sejak kecil hingga sekarang.Walau aku berpindah kerumah lain,tetapi aku masih berkunjung kemari melihatmu.Bukan kah aku masih sebagai kawanmu."Balas naomi menyakinkan siti rokhani.

   "Baiklah aku akan menceritakan padamu,tapi kau mesti berjanji akan merahsiakannya."Naomi mengangguk kemudian bersedia mendengar apa yang diceritakan oleh siti.Siti kemudian bercerita dari awal dia diculik oleh karim dan arif,kemudian dibawa kebilik tuan hamid.Akhirnya dia dihumban ke gaung.

   Setelah habis siti bercerita,naomi sungguh terkejut dengan cerita itu.Ketakutan diwajah naomi terbayang bagaimana kejamnya perbuatan itu.Bila naomi nampak wajah temannya itu sayu,maka ikutlah naomi merasakan penderitaan temannya itu.Kini faham lah naomi tentang rahsia siti itu.

   "Siapakah karim dan arif itu?"Soal naomi.

   "Orang-orang kepercayaan tuan hamid."

   "Bagaimana hal ini bila kita adukan ke penghulu kampung."

   "Sia-sia saja.Kau tahu penghulu kampung pun ada kakitangan tuan hamid.Kita dikampung ini seakan dalam kekuasaan tuan hamid yang berpengaruh itu."Kata siti rokhani menjelaskan.

   "Kalau aku lelaki,akan ku balas perbuatan tuan hamid itu."Kata naomi.

   "Kita ini perempuan,apalah daya nak membalasnya.Biarlah kejadian itu berlalu begitu saja.Tuhan maha mengetahui."Keluh siti rokhani dengan sedih bila mengenangkan peristiwa yang menimpa dirinya.

   "Sekarang kau ceritakan apa masalahmu maka kau berhubung dengan wak dukun itu.Adakah engkau nak mintak apa-apa untuk jenis perniagaan?"Soal siti pula.Naomi menggelengkan kepala.

   "Masalah ku hanyalah ketakutan ketika kau tidur.Macam-macam mimpi yang membuat aku terkejut kemudian merasa takut bila bangun ditengah malam.Kadang-kadang kata emak aku mengigau."Kata naomi.

   "Bukan itu saja.Malah ketika aku tak sedar,aku pernah mencederakan orang.Orang itu terkapar ditanah berlumuran darah.Setelah itulah aku sedar kembali dan aku menjerit ketakutan,kemudian lari.Itu sebabnya aku memerlukan pertolongan wak dukun."Jelas naomi.

   "Kurasa masalahmu itu memerlukan pemerhatian yang wajar.Kejadian-kejadian yang ganjil boleh saja berlaku atau perbuatan setengah orang yang mengamalkan ilmu sesat.Mudah-mudahan wak dukun itu boleh menolongmu."Kata siti yang ikut merasakan apa yang dialami naomi.

   Naomi berada dirumah siti selama beberapa jam sambil menunggu orang yang akan dikunjungi.Mereka berdua yang telah menjadi kawan sejak kecil lagi,masih menunjukkan keakrabannya.Keduanya telah mengisi masa sembang dan makan tengah hari.Selebihnya ketika hari telah petang,naomi bermohon diri untuk pergi ke rumah wak dukun.

   "Eh..bila kau nak pergi kerumahku?"Tanya naomi sebelum dia keluar.

   "Sementara ini aku belum boleh pergi jauh-jauh.Keadaanku baru saja pulih.Tapi suatu hari nanti bila keadaan mengizinkan,aku akan berkunjung kerumahmu."Kata siti yang menghantar naomi sampai ke halaman rumah.

   Naomi terus berjalan meninggal siti rokhani.Dari jauh naomi masih melambaikan tangannya yang dibalas oleh siti rokhani.Siti rokhani kemudian masuk ke dalam rumahnya dan menutup pintunya kembali serta mengancingnya dari dalam. Naomi terus pergi kerumah wak dukun.Dari jauh ketika naomi ternampak rumah wak dukun hatinya merasa ragu hendak terus kesitu.

   Rumah wak dukun senyap saja.Semua pintu-pintu rumahnya tertutup seperti pertama kali naomi datang tadi pagi.Akhirnya naomi membatalkan niatnya kerumah wak dukun kerana sangkaan naomi,wak dukun belum balik kerumah.Naomi mula meninggalkan jalan kampung kemudian melalui jalan kecil yang lengang diantara ladang getah yang terbiar itu.

   Sambil berjalan,naomi teringat akan kejadian-kejadian yang menimpa diri marni.Apa yang diingatnya itu,kini mempengaruhi keadaan dirinya ketika berjalan ditempat yang sepi seperti ini.Kemudian timbul rasa was-was sehingga naomi menghentikan langkahnya untuk melihat sekeliling kawasan ladang getah yang terbiar itu.

   "Mengapa perasaan ku menjadi berdebar-debar?"Bisik hati naomi.Dia melanjutkan langkahnya dengan dibayangi rasa yang tak sedap.Macam-macam bayangan yang kemungkinan timbul ditempat seperti ini.Walau bagaimanapun,naomi cuba menghilangkan kerisauanya itu.

   Dia terus berjalan.Namun apa yang dirasakan oleh naomi sesungguhnya berlainan.Disebalik pokok kering yang besar sepasang mata sedang memerhati ke arah naomi.Ketika sepasang mata yang putih tanpa biji mata itu menampakkan seluruh anggotanya,naomi dapat melihat wajah seorang perempuan tua yang bertudung dan berjubah hitam.

   Perempuan berjubah hitam itu kemudian keluar dari tempatnya.Kaki-kakinya kemudian menjejakkan di jalan kecil itu menghala kearah naomi yang sedang berjalan.Naomi tak menaruh syak kepada orang yang sedang berjalan kearahnya itu.Itu biasa saja terjadi dirinya bertembung dengan sesiapa dijalan itu.

   Ketika naomi bertembung dengan perempuan berjubah itu,naomi sempat menatap mata perempuan itu.Naomi terus berjalan tanpa menegur,dan perempuan itu terus berjalan tanpa menoleh lagi.Ketika perempuan tua itu telah jauh berjalan,dia tersenyum menakutkan dengan wajahnya sedikit mengarah ke naomi yang sedang berjalan.

   Dijalan yang berpasir itu dia melihat bekas tapak kaki.Tapak kaki inilah yang membuat tubuh badan perempuan berjubah hitam ini menunduk,kemudian jari-jari tangan nya mengambil pasir bekas tapak kaki itu.Tak lama kemudian dia mengucapkan sesuatu yang tak jelas didengar dan kemudian dia tertawa terkekeh-kekeh yang menakutkan.

   Sambil berjalan,naomi memalingkan sedikit wajahnya kearah belakangnya dengan harapan melihat perempuan yang berjubah hitam tadi.Tetapi setelah dirinya melihat sepenuhnya ke arah orang tadi,jalan  itu nampak lengang.

   "Mungkin dia tak terlihat setelah disudut jalan."Kata hati naomi.Dia pun meneruskan langkah kakinya tanpa menoleh lagi kearah perempuan yang berjubah hitam itu.

   Tapi tiba-tiba saja naomi teringat,bahawa dirinya pernah juga bertemu perempuan tadi tapi endah dimana.Bila naomi cuba mengingatnya,maka naomi diingatkan kejadian semasa mencederakan orang laki-laki di suatu jalan yang sepi.Setelah orang itu terkapar berlumuran darah,perempuan tadi menghampirinya,seakan memerhati luka-luka yang diderita orang itu,atau entah apa yang dilakukan.

   Bila naomi teringat apa yang terjadi dengan perempuan yang berjubah hitam itu,maka terkejutlah naomi serta fikirannya dipenuhi rasa syak.Siapakah perempuan yang berjubah hitam itu?.Fikir naomi yang ingin tahu.Kini ketika telah bersua dalam dua kali,hati naomi merasa tak sedap dan risau.

   Naomi kemudian mempercepatkan langkahnya dengan sesekali menoleh ke belakang.Tiada sesiapa yang ada dibelakangnya kecuali jalan itu lengang tiada sesiapa yang nampak lalu disitu.Barulah naomi merasa lega bila sampai dirumah.Dia membasuh kakinya dulu dengan air tempayan sebelum masuk kedalam rumah.Dia melihat emaknya sedang menyiat daun pisang pembungkus nasi lemak.

   Emak naomi tiada bertanya apa-apa kecuali terus melakukan kerja hariannya.

   "Tiada siapa yang datang mak?"Tanya naomi.

   "Ada juga.Kedai wak kimin itu minta pula nasi lemak mula esok pagi."Jawab emaknya.Dalam bilinya naomi menukar bajunya dengan pakaian kerja yang selalu digunakan dirumah sehari-hari.

   Naomi kemudian duduk dekat emaknya sambil mengupas bawang merah.Tugas ini dapat menolongnya untuk melupakan bayangan fikiran yang menakutkan perasaannya itu.

   Ketika hari telah larut malam.Didalam rumah yang hanya diterangi lampu minyak yang malap,nampak jam dinding lama tergantung didinding.Jam dinding lama itu berdetik mengikut irama yang tetap dan hanya bunyi itu yang mengisi kesepian malam dirumah itu.

   "Tik..tik.tik..tik..tik..kemudian..tung...tung..tung..sebanyak dua belas kali.Bulan diatas baru saja mucul dari sebalik awan.Ketika itu terdengar membelah kesunyian malam lolongan anjing yang memanjang.

   "Haungggggggg...."Kemudian sunyi kembali.

    Rumah yang mempunyai jam dinding itu adalah rumah naomi.Emaknya telah tidur dengan selimut membungkus sebahagian tubuhnya.Naomi yang tidur dibiliknya sendiri,nampak juga nyenyak tidurnya.Di antara kesepian malam itu terdengar desis yang memanjang bagai suara angin.

   Tetapi suara yang bagaikan angin berhembus perlahan itu membentuk suara panggilan yang sangat halus,lembut serta memanjang.Suara panggilan itu semakin jelas walaupun terdengar sangat halus.

   "Na...ooo..mi...naomi....berkali-kali.Suara itu terdengar,yang membuat naomi menjadi gelisah.

   Disuatu tempat yang tidak begitu jauh dari rumah naomi,terlihat diantara cahaya bulan itu satu tubuh yang hanya merupakan bayangan hitam berjubah.Bayangan hitam berjubah ini mengangkat kedua tangannya sambil meniup pasir ditangannya.Pasir ditelapak tangannya berhamburan terbang jatuh ke tanah.

   Ketika pasir ditangan nya habis,bayangan berjubah itu mengangkat lagi kedua tangannya tinggi-tinggi,seakan menyeru sesuatu.Bersamaan dengan seruan dan gerakan tangan ini,tubuh naomi yang telah tertidur dengan nyenyak itu tergolek kekiri dan ke kanan.

   Suara panggilan yang menyebut nama naomi itu terdengar lagi lebih lembut dan memilukan.Kembali tubuh naomi tergolek ke kiri dan kekanan.Kemudian cahaya lampu minyak yang menerangi wajah naomi menampakkan sedikit demi sedikit yang wajah naomi itu mula berubah menjadi pucat.

   Ketika itu lah mata naomi tiba-tiba terbuka.Biji matanya kemudian berwarna merah dan ketika mulut naomi terbuka,mulut itu bercahaya merah darah dan menakutkan.Nafas naomi kemudian terdengar agak kuat dan sedikit suara yang keluar.Suara itu bernada besar bagai suara orang lelaki.

   Dengan gerakan perlahan naomi kemudian bangkit dari tidur,dengan memakai baju tidur berwarna putih.Dia kemudian menghampiri daun pintu depan kemudian membukanya tanpa bersuara dan kemudian menutupnya kembali.Setelah sampai diluar,rambutnya yang panjang itu melambai-lambai ditiup angin lembut ketika dia sedang melangkah.

   Jalan kampung yang memanjang sampai dihujung sana itu telah sunyi.Beberapa orang lelaki yang masih berasa dikedai kopi disudut jalan,baru saja keluar dari kedai itu telah ditutup masing-masing dengan suaranya yang bising saling mengucapkan kata-kata yang tak tentu arah mengiringi perpisahan mereka.

   Salah seorang dari kaki minum itu berjalan berlawanan dengan arah mereka yang berkelompok.Dia bertubuh tinggi tegap,namun berjalan agak hoyong terbawa pengaruh alkohol dari minuman itu.Orang itu mengucapkan sesuatu tapi tidak berapa jelas kerana dia berada dalam keadaan mabuk.

   Bila dia nampak seorang perempuan berjalan seorang diri lalu dihadapnnya,orang mabuk yang bertubuh tinggi ini menghentikan langkahnya.Jari-jari tangannya yang kasar dan besar itu segera menangkap perempuan yang baru lalu dihadapannya itu.

   "Hai..nak kemana..?Oh..gadis yang cantik ha..?"Tegur orang itu.Gadis yang dipegang itu adalah naomi yang tidak sedarkan diri.Naomi diam saja dan tak bergerak.Ketika tangan-tangan kasar dan berjari-jari  besar ini menarik pinggang naomi cuba untuk melawan.

   "Ha..tak usah melawan..ha.ha.ha...mari ikut abang kat semak itu."Kata orang yang menarik pinggang naomi.Didalam kesunyian malam itu dua bayangan tubuh saling tolak dan menarik.Tubuh naomi yang langsing itu terbawa tarikan cengkaman kuat lelaki yang bertubuh besar itu.

   Tubuh naomi kemudian dibaringkan didalam semak agak jauh dari jalan kampung.Ketika lelaki yang besar itu hendak menindih tubuh naomi,dengan jari-jari tangannya yang mencengkam kuat,tiba-tiba mata naomi menyala merah dan terlihat oleh lelaki itu.

   Walau pun dalam keadaan mabuk,lelaki itu menghentikan gerakannya menekan tubuh naomi ketanah.Dia sempat melihat gadis yang ditindihnya itu membuka mulutnya dan mengeluarkan suara besar dan parau,sebelum diri lelaki itu tumbang dengan sekali tolak oleh kekuatan gadis yang dicengkamnya.

   Bila tubuh lelaki yang besar itu tumbang,kini ganti naomi yang berada diatas tubuh lelaki itu,tetapi bukan menindihnya,sebaliknya jari-jari tangan naomi mencekik leher orang itu serta menariknya.Lelaki itu merasakan jari-jari gadis yang berada dilehernya bagai besi runcing yang terbenam dibatang lehernya.

   Lelaki itu kemudian cuba untuk menjerit,namun hanya suara parau tak jelas bersamaan darah segar keluar berhamburan keluar memancut dari lubang-lubang lehernya.Bila darah itu memercik ke muka naomi.Naomi segera sedar dan menjerit,kemudian dia melihat ke kiri dan ke kanan.

   "Oh..aku mengigau lagi.Aaaahh...aku telah mencederakan lelaki lagi,oh..."keluh naomi yang kemudian dengan segera meninggalkan tempat itu dengan ketakutan.

   Sebaik naomi telah tiada ditempat itu,sebentuk tubuh berjubah segera meloncat dari bayangan gelap,kemudian menerkam lelaki yang telah terkapar tak bernyawa lagi itu.Tubuh yang berjubah itu segera mendekatkan mulutnya kelubang dileher korban yang terkapar.

   Ternyata tubuh manusia yang berjubah ini hanya berkehendakkan menghirup darah segar ditubuh lelaki yang telah menjadi mayat itu.Beberapa lama kemudian tubuh yang berjubah itu beredar dari tempat korbannya dan berjalan dengan sedikit tubuhnya membongkok.Dia tertawa nyaring yang suaranya semakin menyeramkan suasana.

   Naomi sedapat mungkin merahsiakan kejadian dirinya mengigau ini dari pengetahuan emaknya.Cepat-cepat dia masuk ke bilik air dan merendam bajunya yang basah oleh darah segar.

   "Oh..mengapa aku jadi begini?"Keluh naomi seorang diri sambil menghilangkan darah digaun bajunya.Setelah naomi memakai baju yang lain,barulah dia memasuki bilik tidurnya.Di atas katil itu lah naomi kemudian menangis sepuas hatinya mengenang kejadian yang baru dilakukan.

   Walau pun naomi mencuba mengingat permulaan kejadian dirinya bangkit dari tidurnya itu,tetapi dirinya tidak merasakan apa-apa kecuali setelah dirinya sedar tahu-tahu dirinya sudah berada diluar rumah dan seorang lelaki terkapar didepannya.

   "Oh..kuasa apa yang ada ditubuhku ini.Kalau lah aku tak sedarkan diri didepan emak,tentu emak akan menjadi korban atas perbuatanku.Ya tuhan..."Keluh noami lagi.

   Bila naomi membayangkan kejadian itu,kemudian berlaku keatas emaknya,alangkah ngerinya perbuatannya itu.Air mata naomi berjatuhan dipipinya.Didalam kekalutan fikiran ini timbul harapannya agar cepat bertemu dengan wak dukun itu.Sayang nya wak dukun masih belum kembali.Naomi pun kemudian merasakan serba salah untuk berterus terang dengan emaknya.

   Lama naomi bermenung dibiliknya.Hal-hal lain yang difikirkan adalah andai dirinya tiba-tiba tidak sedarkan diri dihadapan orang ramai,oh...alangkah malunya.Sudah tentu namanya akan tersebar luas sebagai gadis yang ganas semasa tak sedarkan diri.

   Kemungkinan yang demikianlah yang membuat naomi masih membayangkan kejadian yang tidak diharapkan itu.Sambil mula berbaring,naomi kemudian mencuba untuk melupakan kejadian yang mengerikan itu.Akhirnya dalam keletihannya dalam berfikir itu naomi terus tertidur lena sampai hari siang.

   Naomi bangkit dari tidurnya ketika emaknya telah kembali kerumah selepas menghantar nasi lemak.Emak naomi memerhati kekusutan fikiran anaknya maka dia pun memulakan soalan yang membebani fikirannya selama ini.

   "Ada apa dengan dirimu naomi?"

   "Tak ada apa mak.Semalam naomi terjaga dari tidur,terus berjaga ketika hari hampir pagi.Adakah emak bangunkan naomi?"Soal naomi lagi.

   "Ya..emak bangukan engkau beberapa kali,tapi kau tidak juga bangun dari tidurmu.Aku tahu fikiranmu terganggu maka pagi semalam emak membungkus nasi lemak seorang diri."Kata emaknya sambil memerhati wajah anaknya yang sedikit pucat dan kurang riang.

   "Kau masih ketakutan dalam tidurmu?"

   "Ya.Itulah masalahnya.Naomi mimpi buruk semalam."Kata naomi cuba merahsiakan apa yang dialami semalam.Emaknya mengangguk,namun belum terjawab soalan hatinya,mengapa akhir-akhir ini naomi sering mengalami gangguan didalam tidurnya.

   "Bagaimana dengan dukun yang berjanji menghalau segala jenis jin dan syaitan itu."Maknya ingin tahu.

   "Belum jumpa lagi emak.Entah kemana dia pergi.Atau memang sengaja dia melupakan janjinya kepada naomi,tak tahu lah."Jawab naomi yang kurang yakin kesungguhan wak dukun yang hendak menolongnya itu.

   Selama beberapa hari ni naomi mendiamkan diri dirumah tanpa pergi ke mana-mana.Seperti biasanya dia menjalankan tugasnya menghantar nasi lemak ke kedai-kedai.Pekerjaan ini telah digantikan oleh emaknya.Sesuatu yang membimbangkan dirinya itu lah yang membuat naomi lebih baik berada dirumah.

   Orang yang ditunggu-tunggunya belum juga datang untuk mengubati kerisauannya itu.Timbul dihati naomi untuk minta kebenaran emaknya pergi kerumah marni dan bermalam dirumah itu sambil menunggu ketibaan wak dukun.Emaknya membenarkan.

   "Suka hati kamu lah.Asal kau benar-benar dapat menjaga dirimu.Aku pun suka dengan budak marni itu.Dia memang boleh kau jadikan kawan.Baik lah,emak benarkan kau pergi."Kata emak naomi.

   Setelah beberapa minit,naomi menyiapkan diri,dia pun meninggalkan rumahnya dan berjalan melalui jalan kecil dibelakang rumahnya itu.

   Matahari telah cukup tinggi.Di jalan kecil ini beberapa kali naomi berselisih jalan dengan orang-orang lain dengan keperluan masing-masing.Tetapi setelah naomi berada didalam kawasan ladang getah yang terbiar itu,tak nampak sesiapa pun yang jalan ditempat ini.

   Setiap kali naomi berada dikawasan ini,ada saja perasaan naomi yang tak kene.Tiba-tiba jantungnya berdebar kencang macam ada sesuatu perkara yang akan berlaku.Naomi cuba menenangkan perasaan nya.Langkah kaki naomi melalui kawasan jalan yang berpasir,dan itu tentu saja meninggalkan bekas tapaknya.

   Tapak kaki ini lah yang kemudian diperhati oleh sepasang mata putih disebalik pokok kering.Setelah naomi berjalan jauh dan hilang dari pandangan,seorang yang mengenakan tudung dan berjubah hitam keluar dari tempatnya bersembunyi.Dia kemudian menghampiri jalan kecil yang berpasir itu,kemudian mengambil bekas tapak kaki naomi dan dimasukkan dalam beg kain.

   Kebetulan hari itu naomi dapat menemui siti dirumahnya.Sebaik kedua nya berada dibilik,naomi terus menceritakan kejadian yang mengerikan itu.Siti sungguh terkejut dan amat membimbangkan akan keselamatan diri temannya itu.Andaikan kejadian tak siuman itu terjadi dikalangan orang ramai,sudah tentu masa depan baginya akan gelap.

   "Saya telah beberapa kali ketempat wak dukun,tetapi sampai hari ini dia belum berada dirumahnya.Aku pun bermaksud memberitahu kepadamu bila dia sudah ada dirumah."Kata siti yang mengambil berat akan keganjilan yang menimpa diri temannya itu.

   "Terima kasih siti."

   "Jangan bimbang.Aku setuju kau bermalam dirumahku sementara menunggu dia."Kata siti yang membuat hati naomi merasa harus berterima kasih.Siti membawa naomi ke dapur.

   "Sekarang marilah kita bincangkan hal mu disini dengan suara perlahan.Kau sendiri tahu bukan,aku pun belum begitu bebas untuk bergerak diluar rumah ini kerana kejadian yang menimpaku."Kata siti.

   "Apa yang harus dibincangkan lagi,hanya itu keganjilan yang menimpa diriku."

   "Maksudku,setelah kejadian semalam kau mencederakan orang itu."

   "Oh..ya.Emak tak membawa khabar apa-apa selepas menghantar nasi lemak dikedai-kedai itu.Bererti mayat orang yang kucederakan itu belum dijumpai oleh penduduk disitu.Aku percaya tak lama lagi dikampungku akan heboh dengan cerita tentang kematian orang itu."

   "Sudah tentu akan jadi heboh."Balas siti menambahkan.

   "Bila kau balik,tentu kau akan mendengar berita itu,sementara itu elok kau barada disini.Emakmu tentu akan menceritakan keadaan dikampung itu."Naomi tak menambahkan kata-kata temannya itu,tetapi dia setuju tinggal ditempat ini bagi menjauhi berita kematian ngeri yang akan tersebar itu.

   "Aku pun tak tahu apa yang menyebabkan kau jadi begini.Tetapi kurasa melalui kau menjalankan perniagaan mu setiap pagi dengan berjalan ke kedai-kedai,mungkin salah seorang dari pelanggan itu berusaha mengenekan kau dengan cara kau dibuat tak siuman."Siti memberi pendapatnya.

   "Entahlah situ.Banyak segi yang membuatku mengidap penyakit tak siuman ini.Setiap kali aku melalui kawasan pokok getah yang terbiar itu lah,terasa perasaan ku menjadi was-was debar jantungku mula kencang.Padahal disekitar tempat itu aku tidak nampak apa-apa."

   "Apa..ketika kau melalui kawasan ladang getah terbiar?"Soal siti.

   "Ya..adakah pengetahuanmu tentang kawasan ladang getah terbiar itu?"

   "Tidak.Aku tidak tahu.Tapi...aku syak ditempat itu kau mula merasakan sesuatu yang tak kene,sehingga debar jantungmu kencang dari merasa was-was."Kata siti yang tertarik hati tentang tempat yang disebutkan itu.

   Siti menghiris bawang merah cukup perlahan seakan cuba berfikir setelah mendengar pengakuan naomi tentang tempat ladang getah terbiar itu.Ada sesuatu rancangan didalam fikirannya,tetapi siti belum mengatakan kepada naomi.Keduanya masih sibuk didapur untuk menyiapkan masakan hari ini.

   Setelah lewat tengah hari baru lah siti mengatakan tentang rancangannya itu.

   "Sebenarnya aku masih berusaha untuk tinggal dirumah ini tanpa berusaha untuk pergi ke mana-mana.Kau tahu bukan,aku berusaha untuk tidak bersemuka dengan orang-orang tuan hamid."Kata siti.

   "Tetapi ada yang ingin kuketahui tentang sesuatu yang ada hubungan dengan dirimu.Andaikan aku selamat pergi ke ladang getah terbiar itu dari pengetahuan orang-orang tuan hamid,tentu aku akan mengetahui perkara-perkara selama kau berjalan disitu."Kata siti,yang kemudian menceritakan apa yang akan dilakukan naomi pagi esoknya.Naomi bersetuju dengan rancangan temannya itu.

   Ketika malam,naomi menempati sebuah bilik dan tidur sekatil dengan siti.Siti baru saja merebahkan diri disitu,namun cepat terlena,kerana keletihannya kerja-kerja rumah.Sedangkan naomi masih belum tidur walau telah membaringkan diri disamping siti.

   Kata-kata emak siti tadi petang selepas balik dari kerja,masih teringat didalam fikirannya.Siti juga pernah mengalami mengidap penyakit tidak siuman,selama beberapa hari.

   "Kalau begitu,aku telah dikuasai oleh kekuatan ghaib dari seorang yang mengamalkan ilmu sesat.Siapakah orang itu?"Kata naomi didalam hati.

   Sudah tentu naomi tidak mendapat jawapan itu.Walau bagaimana pun dirinya cuba mengingat sesuatu yang boleh menjadi punca kebencian seseorang pada dirinya,tapi naomi merasa tak pernah seseorang menaruh benci pada dirinya atau melibatkan pergaduhan.

   Setelah cukup lama naomi cuba mengingat-ingatkan sesuatu yang pernah terjadi sambil berbaring,tak terasa pula akhirnya dirinya terlena dalam tidurnya.Malam pun bertambah larut.Udara malam yang sejuk makin menambahkan keduanya tertidur dengan nyenyaknya.

   Di suatu tempat yang sunyi tak jauh dari rumah siti,ketika bulan terlindung disebalik awan,terlihat bayangan tubuh manusia berjubah mengangkat kedua tangannya dan meniupkan pasir ditangannya.Setelah pasir itu habis,bayangan tubuh itu mula mengangkat tangannya tinggi-tinggi serta menyeru.

   Naomi yang telah tertidur nyenyak disamping siti,mendengar bisikan suara yang halus.Hal itu membuat naomi gelisah didalam tidurnya.Sebentar dia tergolek kekiri,sebentar dia bergolek ke kanan.

   "Na..oo..mi.."Terdengar bisikan suara halus itu ditelinga naomi yang membuat dirinya merasa keresahan.Akhirnya terbuka lah mata naomi yang menunjukkan warna merah yang menakutkan.

   Demikian pula mulutnya yang mula ternganga sedikit itu,bercahaya merah darah yang menakutkan.Setelah beberapa saat kemudian.Naomi pun bangkit dari tidurnya.Wajahnya yang telah berubah menjadi putih itu makin menakutkan untuk dilihat.Dia telah berdiri diatas lantai rumah kemudian berjalan perlahan menuju ke tingkap.

   Pintu tingkap itu dibukanya dengan perlahan.Setelah terbuka,dia menatap keatas menatap bulan yang bercahaya redup itu.Tiba-tiba naomi memalingkan wajahnya dengan gerak perlahan mengarah ke siti yang sedang tidur dengan nyenyaknya itu.Bila terpandang siti yang demikian,mata naomi yang merah menakutkan itu makin bulat nampaknya.

   Kedua tangan naomi mula diangkat dan dia mula bergerak kearah tubuh siti yang tak menyedari akan bahaya yang sedang mengancam itu.Kedua tangan naomi yang kini mempunyai jari-jari yang keras bagai besi itu mula menjulur kearah leher siti dan berusaha membenamkan jari-jari mautnya.

   Sudah tentu apabila jari-jari itu terbenam dileher siti,darah yang menyembur dari dalamnya tentu darah segar.Tetapi tidak demikian.Jari-jari tangan naomi tidak dapat menyentuh leher siti.Setiap kali tangan naomi hendak menyentuh leher siti,tangan naomi bagaikan terkene karan,dan berasap.

   Malah sebaliknya,naomi merasa kesakitan yang membuat tubuh naomi berpusing-pusing sekejap.Selama beberapa lama tubuh badan naomi merasa kesakitan,yang berakhir mata naomi yang merah itu hilang,dan mulut yang bercahaya itu padam.Tubuh naomi kemudian rebah tersandar didinding rumah,kemudian naomi tersedar.

   Tidak jauh di sebalik dinding rumah naomi terdengar jerit seseorang.Ternyata datangnya dari tubuh yang berjubah.Bayangan tubuh berjubah itu berasap bagai bekas terbakar.Selepas itu bayangan tubuh berjubah itu berlari dengan menahan kesakitan,sambil tubuh badannya berasap.

   Naomi benar-benar telah tersedar dari kejadian yang dialaminya.Cepat-cepat naomi memeriksa tubuh badan siti.Siti dalam keadaan masih terlena dalam tidurnya.

   Naomi sendiri menyakinkan bahawa dirinya telah terkene kuasa aneh itu.Akhirnya naomi menarik nafas lega,kerana tiada sesuatu kejadian yang mengerikan.Dilihatnya jari-jari tangannya,tiada darah melekat disitu.Begitu pula tubuh badan siti tiada sedikit pun cedera.

   Sambil mengenang kejadian yang baru dialami,naomi menutup kembali tingkap itu.Ada niat naomi nak membangunkan siti kemudian menceritakan kejadian yang telah dialami ini.Namun dirinya telah membatalkan maksudnya itu.Sambil berbaring kembali disisi siti,dia masih memikirkan kejadian yang baru dialami itu.

   Tidak lama kemudian,naomi pun tertidur.Dalam tidurnya,dia tak lagi mengalami gangguan yang membuatnya gelisah.Malah kini tidurnya benar-benar nyenyak sampai menjelang paginya.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Mastris
Dukun Iblis

Bahagian 7 : Perempuan Berjubah Hitam

   Setelah hari malam,karim dan masnan muncul ditempat penjagaan dirumah tuan hamid.Karim tidak menceritakan apa yang berlaku diatas bukit berkabus kepada orang-orang yang ada ditempat jaga itu.Dia membincangkan hal-hal yang lain ditempat orang-orang yang ada disitu.

    Ketika tuan hamid muncul ditempat itu dia segera dipanggil oleh tuan hamid.Karim mengikut tuan hamid yang duduk diberanda yang agak jauh dari orang lain.Tuan hamid kemudian ingin mendengar perihal apa yang dijumpai dibukit yang berkabus itu.

   "Saya tak tahu apa yang saya cakapkan tuan."Kata karim.

   "Ada sesuatu yang pelik ke?"Soal tuan hamid yang mula menaruh syak.

   "Pelik tu tidaklah,tapi da cari mayat misah dan marni tak jumpa,juga kehilangan kimin itu.Kemudian...wak dukun dan sabri hilang dari tempat itu."Kata karim singkat memberikan penjelasan kepada tuan hamid.

   Tuan hamid yang mengingat kejadian yang bertemu dengan mayat kimin dimalam itu,mula percaya dengan cerita karim.Timbul dalam fikiran tuan hamid dugaan-dugaan terhadap diri wak dukun dan sabri.

   "Ada kemungkinan besar,mayat kimin telah membunuh wak dukun dan sabri dibukit berkabus itu."Tuan hamid memberi pendapatnya.

   "Iya tak iya juga tuan.Pasal idrus pun tiba-tiba tubuhnya bermandikan darah dan telah menjadi mayat ditempat itu."Tambah karim yang membuatkan tuan hamid makin percaya tentang kematian wak dukun dan sabri di bukit berkabus itu.Lama karim dan tuan hamid memikirkan peristiwa kejadian kehilangan pekerjanya itu.

   "Sekarang kau bagi tahu kepada orang-orang kepercayaan kita tentang kematian wak dukun dan sabri,agar mereka tetap berhati-hati.Dan jangan khabarkan hal ini kepada sebarang orang kampung kerana itu boleh membocorkan rahsia kita."Kata tuan hamid.Karim menggangguk mengerti.Dia kemudian mengundurkan diri untuk memberitahu tentang kematian wak dukun dan sabri kepada para pekerja ditempat itu.

   Sudah tentu keterangan karim dan jali pada mereka membuat mereka terkejut dan takut bila disebut bukit berkabus itu.Di hati masing-masing membayangkan bahawa bukit itu adalah bukit hantu.Para pekerja itu pun membayangkan wajah wak dukun yang kelihatan seram dan sabri,yang berwajah pucat.Andaikan kedua orang yang telah mati ini menjadi hantu dan tiba-tiba muncul.

   Demikian pemikiran mereka kerana kejadian-kejadian yang lalu membuktikan adanya hantu-hantu disitu.Dan orang-orang kepercayaan tuan hamid sudah mendengar,bagaimana arif telah putus kepala,kemudian masnan saksi yang masih hidup,telah putus tangan.Ketika karim dan jali menceritakan peristiwa yang berlaku dibukit berkabus itu,masnan pun datang.

   Masnan masih dengar saja orang-orang disitu bersoal jawab dengan karim.Akhirnya masnan pun mula menambahkan kehilangan wak dukun dan sabri ditempat bukit berkabus itu.

   "Sudah pasti..wak dukun dan sabri telah mati yang amat mengerikan ditempat itu."Kata masnan menambahkan rasa seram orang-orang yang mendengarnya.

   "Kerana kita semua ini menjadi orang-orang kepercayaan tuan hamid dan kita semua terlibat dengan kematian misah serta marni,maka kematian wak dukun dan sabri ini pun janganlah orang lain tahu.Biarlah hal ini untuk pengetahuan kita saja."Kata karim mengingatkan orang-orangnya.Mereka semua mengangguk.

   "Kita hanya boleh menyebarkan hal hantu ini kepada orang kampung asal jangan membabitkan kejadian kematian marni dan misah."Kata masnan.Kemudian masnan memberitahu dia baru saja singgah dirumah sabri dan wak dukun,tetapi kedua-dua rumah itu kosong.

   Penjelasan masnan ini makin lah menguatkan kepercayaan orang-orang ini bahawa wak dukun dan sabri sah telah mati dan tak akan hidup kembali.Demikianlah dihati masing-masing telah mencatat kematian itu.Bila hal itu telah terbukti selama dua hari,mereka yang pernah membincangkan kematian wak dukun serta sabri benar-benar yakin kedua orang itu telah tiada diatas muka bumi ini.

   Tetapi cerita yang sebenar adalah,setelah wak dukun dan sabri mengalami kejadian yang mengejutkan hati masing-masing,keduanya tidak pulang kerumah,tetapi wak dukun dan sabri menceritakan hal kejadian kubur yang terbongkar itu kepada temannya seorang ulama dan guru agama.

   Ditempat ini lah wak dukun dan sabri menerima penjelasan hal kematian dan roh,juga pengetahuan tentang alam barzakh dari ulama tersebut.Menurut ulama itu benarlah apa yang dialami oleh wak dukun itu.

   Kerana sukanya wak dukun mendengar cerita alam barzakh dari ulama itu wak dukun dan sabri selama beberapa hari tinggal bermalam dirumah ulama itu.Pengetahuan yang tak seberapa yang dirinya menjadi dukun itu kini mulalah bertambah sedikit mengenal roh dan cara pembacaan doa.

   Semasa ketiadaan wak dukun dan sabri,tuan hamid dan orang-orangnya berfikir perkara hantu itu menjadi satu masalah yang tidak menyedapkan hatinya.Dihati mereka selalu terbayang kemunculan wak dukun dan sabri sebagai hantu,seperti kemunculan kimin yang menyerang tuan hamid.

   Maka hampir setiap orang yang menjadi kawan rapat wak dukun selalu berharap agar wak dukun tidak muncul di muka bumi ini sebagai hantu yang menakutkan.Apa lagi wajah sabri yang licin dan pucat itu.Andaikan dia tiba-tiba muncul,alangkah seramnya.

   Setelah beberapa hari dirumah ulama tersebut,akhirnya wak dukun dan sabri memohon diri untuk pulang.Perjalanan dengan beca dari kampung temannya itu ke kampung wak dukun hanya memakan masa setengah jam.Ketika wak dukun sampai dipintu masuk kampung,wak dukun ingin turun disitu.Setelah membayar tambang beca itu,wak dukun dan sabri terus berjalan kaki.

   "Kini kau sendiri mendengar penjelasan ulama itu tentang perkara-perkara perlu bila kita menghadapi sesuatu kecemasan yang datangnya dari hantu syaitan.Tetapi bagiku,aku tetap juga takut akan perkara-perkara demikian."Ujar wak dukun.

   "Saya pun demikian.Mendengar suara ditelinga tanpa sesuatu yang wujud.Oh..janganlah terjadi lagi kejadian seperti yang pernah kita alami dibukit berkabus itu.Alangkah seramnya tempat itu."Kata sabri pula.Bila dia mendapat penjelasan dari ulama itu,semakin dia takut akan keajaiban sesuatu kejadian.

   Dari jarak yang tak begitu jauh,wak dukun melihat seorang penduduk keluar dari halaman rumahnya.Kemudian orang itu berjalan didepan wak dukun dengan jarak kira-kira lima puluh langkah saja.Wak dukun dan sabri mempercepatkan langkahnya agar dapat bersama orang tadi,kerana sangka wak dukun dia adalah pekerja tuan hamid.

   Memang benarlah.Orang yang berjalan itu adalah salah seorang dari pekerja tuan hamid yang pernah mendengar cerita tentang karim dibukit berkabus itu.Malam ini dia kene bertugas malam dan berjalan menuju ke pondok jaga ditepi rumah tuan hamid.Ketika berjalan seorang diri begini,fikiran orang itu teringat akan peristiwa kematian orang-orang yang telah hilang tiada kembali kemudian muncul sebagai hantu.

   Bila pekerja tuan hamid itu terasa sentuhan dibahunya,dia kemudian memalingkan mukanya kemudian wajah wak dukun yang menghulurkan tangannya.

   "Waaaaaaaa......"Jerit orang itu kerana terkejut.Jeritan itu juga mengejutkan wak dukun dan sabri.Orang itu kemudian terus merempuh dikegelapan jalanan kampung walau malam baru saja bermula.

   "Sabri...apa sebenarnya yang terjadi?"Soal wak dukun tak mengerti.

   "Wak menyentuh bahu orang itu dengan tiba-tiba.Lagi pula ketika ditempat yang gelap.Dah tentu orang tersebut terkejut,apa lagi dia nampak kita berdua mungkin tak cam wajah kita.Larilah dia ketakutan."Balas sabri.

   "Kalau macam tu,telah terjadi lagi di kampung kita ini sesuatu yang menyeramkan.Lebih baik kita tanyakan cerita apa yang terjadi semasa kita tak ada.Mari kita ketempat pengawal dirumah tuan hamid."Kata wak dukun.Sabri pun mengikut cadangan wak dukun.

   Pekerja tuan hamid yang lari ketakutan itu tiba ditempat pengawal.Di tempat jaga itu telah ada tiga orang yang baru saja sampai.Salah seorang dari mereka adalah jali.

   "Jali...jali...hantu....hantu itu..."Kata pengawal itu dengan gopoh-gapah kerana ketakutan.Jali pun naik panik serta cepat-cepat memukul kentong kayu tanda bahaya.

   "Hei..apa yang kau nampak?"Tanya jali sambil memukul kentong kayu.

   "Wak dukun...dan sabri..mereka bangkit dari kubur.Wa..wajahnya mengerikan bagai nak memakan orang."Kata orang itu.Pengawal di tempat itu panik dan menggigil ketakutan.

   Kentong kayu dari balai pengawal tuan hamid kemudian dibalas oleh bunyi kentong dirumah pengawal kampung yang terletak ditepi jalan.Walau malam baru bermula namun penduduk yang mendengar bunyi kentong itu lalu tutup pintu rumah masing-masing.Hanya orang-orang yang berani saja yang keluar untuk berkawal secara berkumpulan.

   Orang-orang yang bertugas dirumah tuan hamid segera datang kebalai pengawal kemudian mendengar penjelasan orang yang bertemu hantu wak dukun dan sabri.Wajah pengawal itu begitu pucat.

   "Ya..tak salah lagi.Dia memang wak dukun dan sabri.Tangannya telah menyentuh bahuku."Kata orang itu menguatkan ceritanya.

   Kerana wak dukun dan sabri tidak menemui para pengawal dirumah tuan hamid itu,wak dukun dan sabri pun kemudian cepat-cepat kembali kerumah masing-masing.Keduanya kemudian berpisah ditempat itu.Sebaik wak dukun sampai didepan rumahnya,dua tiga orang sedang menunggunya.

   "Bagaimana dengan hantu itu wak...dan tolong kami ini memerlukan tangkal tolak hantu."Kata orang-orang yang menunggu disitu.Wak dukun makin pening melihat telatah orang-orang itu.Setelah wak dukun berada didalam rumah dan menyalakan lampu minyak,dia pun memberikan tangkal pada setiap orang yang memerlukannya.

   Setelah orang-orang itu memberikan wang pengerasnya,mereka pun kelam kabut pergi kerana hendak cepat-cepat menanam tangkal tersebut.Wak dukun menutup pintu rumahnya sambil berfikir,hantu apa yang sedang melanda kampungnya.Wak dukun pun cuba menenangkan perasaan takutnya.

   Pagi esoknya,wak dukun bangun dari tidurnya lebih awal dari yang biasa.Dan pagi itu begitu ramai orang datang menunggu didepan rumahnya.Hal ini belum pernah terjadi sebelumnya.Mereka mempunyai tujuan yang sama.Iaitu meminta tangkal.

   Satu persatu wak dukun melayan tamunya serta memberikan tangkal.Ketika tamunya meninggalkan rumah wak dukun,tamu yang baru pula datang.Demikian lah kejadian pagi itu dirumah wak dukun,yang tak putus-putus dibanjiri oleh pelanggan baik dari dalam mau pun luar kampung.

   Tuan hamid dengan diikuti oleh karim berjalan dikampung,tuan hamid yang semalaman tidak tidur itu kini kelihatan masih mengantuk benar.Hantu wak dukun itu melekat benar dihatinya,maka dia dengan orang-orangnya berjaga pada sepanjang malam itu.

    Pagi itu bila tuan hamid melihat dari jalan akan kesibukan didepan rumah wak dukun,timbullah hasrat untuk mengetahui apa yang terjadi sebenarnya.

   "Karim..tengok tu,ramai benar orang berkumpul didepan rumah wak dukun.Ini sudah pasti hantu wak dukun telah memerangkap penduduk dan membunuhnya."Kata tuan hamid dengan langkah gopoh-gapah menuju rumah wak dukun.

   "Memang benar kata tuan itu."Ujar karim sambil mengikut dibelakang tuan hamid.Pintu dan tingkap dirumah wak dukun telah terbuka semuanya.Dari tingkap itulah tuan hamid menyaksikan apa yang berlaku didalam rumah wak dukun.

   Bagaikan disengat binatang bisa,tuan hamid terkejut yang amat sangat,bila dirinya melihat wak dukun sihat-sihat saja sedang menjampi tangkal yang telah dibuatnya.Karim pun terasa berkunang-kunang matanya didepan tuan hamid bila didapati wak dukun yang disangka telah meninggal dan menjadi hantu itu masih melayani pelanggan-pelanggannya.

   Wang sedekah sebagai pengeras pelambak didepan wak dukun.Tuan hamid pun dengan diam-diam menarik bahu karim serta tersenyum pucat bila membisikkan sesuatu ditelinga karim.

   "Kau tengok tu karim.Hantu wak dukun itu sedang dibanjiri rezeki.Bagus sangat kau punya kerja karim.."Kata tuan hamid dengan mukanya tersenyum pucat itu menahan marahnya.

   Karim tak dapat berbuat apa-apa kecuali menyalahkan dirinya,juga masnan serta jali.Terlalu cepat sangat mengabarkan wak dukun dan sabri,telah meninggal dunia dan menjadi hantu.Kini malunya didepan tuan hamid hampir-hampir membuat karim tidak dapat menatap wajah tuannya.

   Seperti biasa tuan hamid pergi ke ladang teh untuk mengadakan pemeriksaan teh yang telah dipetik oleh buruh-buruhnya.Karim tinggal disitu melihat tuannya yang pergi.Pagi ini karim benar-benar merasa malu atas perbuatannya yang tidak cermat tentang diri wak dukun.

   Karim sendiri pun hendak marah.Tetapi kepada siapa dia hendak marah?.Akhirnya karim mengambil keputusan hendak balik kerumah dan berehat setelah semalaman berkawal dirumah tuan hamid.Sewaktu dia berjalan,masih terbayang dengan jelas wajah wak dukun yang sedang melayan tetamunya itu.Wak dukun tetap wak dukun yang dulu,tubuhnya sihat dan mempunyai sikap peramah.

   Baru saja karim hendak memasuki halaman rumahnya,dia nampak jali dengna enam pekerja tuan hamid berada dihalaman.Dengan wajah yang cemas jali segera menemui karim.

   Karim pun segera bertanyakan hal.

   "Karim..sungguh luar biasa."Kata jali dengan penuh rasa seram.

   "Apa yang luar biasa?"Soal karim benar-benar ingin tahu.

   "Semalam saya nampak hantu wak dukun,dan pagi-pagi tadi kami semua nampak sabri telah bangun dari kubur.Sungguh mata kepala kami sendiri menyaksikan yang sabri berjalan kearah sungai."Kata jali bersungguh-sungguh.

   Bila mendengar pengakuan jali ini,hampir-hampir meledak ketawa karim.Tetapi sebaliknya karim menambahkan lagi cerita yang sengaja dibuatnya untuk menambahkan suasana tegangnya.

   "Sekarang jangan buang masa.Kamu semua berlari kerumah wak dukun.Orang-orang kampung dah penuh sesak dirumah wak dukun.Cepatlah.Aku nak memberitahu hal ini kepada tuan hamid."Kata karim.

   Jali dan orang-orang itu berlari menuju kerumah wak dukun.

   "Benar kata karim.Tengoklah apa yang terjadi dirumah wak dukun."Kata jali.Diantara orang-orang yang berkerumun dibahagian tingkap itu,jali dan orang-orangnya melihat kedalam rumah wak dukun.

   Apabila jali dan orang-orang itu melihat wak dukun sedang beramah tamah dengan para pelanggannya,sambil memberikan tangkal itu,maka hairanlah jali.

   Jali kemudian dengan diam-diam menarik diri dari kerumunan orang yang banyak itu.Tanpa mengeluarkan sepatah kata pun,jali terus beredar meninggalkan rumah wak dukun dengan diikuti oleh teman-temannya.

   "Jali..bagaimana hal ini boleh terjadi?"Tanya seorang temannya.

   "Entahlah.Pening lalat aku dibuatnya."Jawab jali singkat.

   Tetapi untunglah,berita salah sangka kematian wak dukun itu tidak meluas didengar oleh orang-orang kampung.Hanya orang-orang yang terdekat dengan tuan hamid mengetahui berita ini.Selepas beberapa hari,baru lah orang-orang yang menyangka wak dukun telah hilang itu tahu duduk perkaranya.Wak dukun pun menceritakan ketiadaanya dikampungnya itu kerana melawat anak saudaranya.

   Pagi itu seperti biasa wak dukun bangun awal pagi,dan hendak pergi melihat kebunnya dibelakang rumah.Dia baru saja hendak keluar rumah ketika naomi gadis yang membuatnya merintih itu datang dengan wajah pucat.Wak dukun pun dengan senang hati menjemput tamunya itu masuk dan duduk dilantai beralaskan tikar.

   "Kau nak minta tangkal lagi naomi?"Tanya wak dukun memulakan bualnya.

   "Tidak wak..tapi ikut suka hati waklah."Kata naomi dengan sedih.

   "Eh..nampak sedih.Apa halnya?"Wak dukun ingin tahu.

   "Entah mengapa....tiba-tiba saja saya telah mencederakan orang."Katanya.

   Naomi kemudian mula menceritakan kejadian dia mencederakan orang kemudian orang itu menjerit-jerit ketakutan.Setelah naomi habis bercerita,wak dukun mula menatap kecantikan naomi.

   "Tolong..wak...tolong diri naomi.Naomi tak ingin mencederakan orang lagi.Bila orang itu telah luka parah serta menjerit-jerit,barulah naomi sedar."Kata naomi minta belas kasihan pada wak dukun.

   Lama wak dukun termenung.Kini wak dukun menyedari kepandaiannya menjadi dukun bukan boleh diharap sangat.Tugasnya sebagai dukun hanyalah sekadar lebih kurang saja.

   "Wak..macam mana ni...ubatlah naomi.."Tegur naomi mengejutkan wak dukun yang tidak tahu hendak berbuat apa.Setelah wak dukun mendengar cerita naomi tadi,tiba-tiba sahaja wak dukun menjadi takut terhadap naomi.Tetapi kerana naomi mengharapkan pertolongan darinya,maka wak dukun pun mula berusaha mencari jalan untuk memulihkan debar naomi.

   "Macam inilah.Wak ingin tahu rumah naomi."Kata wak dukun.

   "Ha macam itu lah."Kata naomi yang merasa lega kerana wak dukun benar-benar mengambil berat akan dirinya.Setelah wak dukun menutup semua pintu-pintu rumahnya,dia pun mengikuti naomi yang berjalan didepannya.

   Sementara wak dukun dan naomi melalui jalan dikampung itu,secara kebetulan tuan hamid sedang berdiri dihalaman rumah seorang penduduk kampung.Dia sedang berbincang dengan seseorang.Karim dan masnan berdiri dibelakang tuan hamid.Selepas tuan hamid berbincang dengan seorang penduduk disitu dia segera beredar dari tempat itu diikuti karim dan masnan.

   Tuan hamid kemudian menghentikan langkahnya kemudian berbisik kepada karim.

   "Karim...kau tengok tu."

   "Memang cantiklah gadis itu tuan.Tapi agaknya dia bukan gadis dari kampung kita ini."Jawab karim dengan berbisik pula.Tuan hamid segera berbisik semula kepada masnan dan karim.Karim dan masnan kemudian mengangguk perlahan.

   Wak dukun dan naomi terus berjalan meninggalkan jalan kampung kemudian mengambil jalan lain keluar dari kampung.Matahari pagi telah mula tinggi menerangi kawasan sekitarnya.

   "Jauhkah rumahmu naomi?"Tanya wak dukun ketika melalui tempat yang lengang dikawasan itu.Naomi tersenyum kemudian menggelengkan kepalanya.Wak dukun merasakan perasaannya tidak begitu menyenangkan.Jantungnya berdebar dengan kencang.

   Kawasan kampung telah jauh ditinggalkan.Perasaan wak dukun mula tak sedap.Naomi melangkah seperti biasa diikuti oleh wak dukun.Wak dukun mula mengerti bahawa naomi bukan tinggal dikampung ini.

   "Naomi...kalau boleh kau ceritakan pada wak."Kata wak dukun.

   "Apa yang mula-mula terjadi pada diri naomi sebelum perasaan tak sedar diri itu mengene pada dirimu."Kata wak dukun.Naomi kemudian mengingat sesuatu yang pernah dilihatnya.Ya..naomi kemudian ingat hal itu.Ketika ingatan itu berada dalam fikirannya,naomi menghentikan langkahnya dan menatap ke arah wak dukun dengan pandangan tegang.

   "Ya..saya ingat sesuatu."Kata naomi bersemangat.

   "Ha.Katakan."Wak dukun tidak sabar.

   "Sebelum naomi kene perasaan tak sedarkan diri,memang beberapa kali naomi nampak seseorang bertudung hitam dan tudung itu juga merupakan jubahnya.Kalau tak salah orang itu perempuan,tapi naomi tidak mengenal wajahnya."Kata naomi.

   Setelah berkata demikian,naomi berjalan lagi.Wak dukun mengikut dari belakang.Sambil berjalan,wak dukun teringat dimana dirinya pernah melihat orang perempuan bertudung hitam dan berjubah itu.Bila dia teringat akan perempuan bertudung hitam,maka terkejutlah hati wak dukun.Orang itu terlihat dikawasan bukit berkabus.Ya..dia lah orang yang diceritakan naomi itu.

   "Orang itu berjalan agak jauh dari tempatku.Apabila saya melihatnya,dia berlindung dan menghilangkan diri.Suatu kali dia tiba-tiba muncul di depan saya,dan saya nampak matanya tiada biji,nampak putih menakutkan."Kata naomi.

   "Saya terus berjalan meninggalkannya tanpa menegur sapa.Kemudian saya terdengar dia tertawa ringan.Tak lama kemudian saya merasa pening kepala.Kemudian saya merasa macam dalam mimpi dan mengejar seseorang.Bila orang itu telah saya tangkap,saya langsung mencederakannya.

   "Teruskan ceritamu."Pinta wak dukun yang masih melangkah dibelakang naomi.

   "Saya tersedar,ketika tangan saya telah berlumuran darah,dan orang itu terkapar.Saya menjerit dan lari ketakutan.Dari jauh saya melihat kearah orang yang terkapar itu.Saya lihat orang yang bertudung hitam itu menghampiri orang yang saya cederakan itu.Oh..sungguh mengerikan."Kata naomi mengeluh.

   Wak dukun menggangguk-angguk mengerti.Apa yang diketahuinya tentang perempuan yang bertudung hitam itu sudah jelas.Dia perempuan sihir yang jahat.Demikian kata hati wak dukun,yang mengenal perempuan bertudung hitam itu adalah dari bukit berkabus.

   Naomi membawa wak dukun kerumahnya,dan diperkenalkan dengan emaknya.Emak naomi yang ramah itu segera melayannya sekejap dengan berbual-bual tentang khabar beritanya.

   "Terima kasih kerana mahu datang kerumah kami yang buruk ini.Inilah keadaan kami dua beranak.Ayah naomi dah lama meninggal.Kami berdua meneruskan hidup ini dengan menjual nasi lemak,naomi lah yang menghantarkan ke kedai."Kata emak naomi.

   "Elok pekerjaan itu makcik.Usaha sendiri tak diperintah oleh orang lain.Kalau rajin berusaha,tentu lah dapat faedahnya."Kata wak dukun yang merasa seronok tinggal dirumah naomi.Naomi sibuk didapur menyiapkan sesuatu.

   "Sekarang kalau wak dukun nak menjampi atau meletakkan tangkal dirumah kami,silakan."Kata emak naomi memberi kebenaran.Wak dukun pun bangun dari duduknya.Dia bukan hendak berdoa sesuatu,tapi cuma memperlihatkan dirinya ingin melakukan sesuatu tugas.

   Sebenarnya wak dukun tidak tahu apa-apa tentang tangkal dan doa bagi halau syaitan dan hantu.Kecuali doa-doa biasa untuk sembahyang.Itupun baru dihafalkan setelah diajarkan oleh hasan.

   "Ini bilik naomi.Kadang-kadang naomi tersedar dari tidurnya kemudian menjerit-jerit ketakutan kerana nampak sesuatu yang mengerikan.Sila lah wak dukun buat sesuatu dibilik naomi itu."Kata orang tua itu dengan hati yang penuh percaya akan kebolehan wak dukun.

   Emak naomi kemudian kembali keruang depan dan turut menghidangkan makanan ringan dan kopi panas,yang dibuat oleh naomi semasa didapur tadi.

   "Apa yang dia buat dibilik naomi mak?"Bisik naomi kepada emaknya.

   "Dia dukun yang masyur.Tahulah apa yang nak dibuatnya."Kata emaknya.

   "Iya tak iya juga."Jawab naomi dengan berbisik pula.Emaknya dan naomi menunggu didepan sewaktu wak dukun berada dibilik itu.Keduanya menyangka tentu wak dukun telah berbuat sesuatu didalam bilik itu untuk mengusir dan memusnahkan segala perkara yang menakutkan naomi.

   Tetapi tidak ada apa-apa yang dilakukan oleh wak dukun yang baru berumur dua puluh lima tahun itu.Dia duduk dikatil termenung tak tahu apa yang harus dibuatnya dibilik itu kecuali mengeluh menyesali dirinya yang tidak tahu apa-apa perkara mengahalau syaitan atau hantu.Sedangkan cerita naomi yang seram itu telah membuat dirinya jadi takut.

     Wak dukun keluar dengan diikuti oleh pandangan naomi dan emaknya.Kemudian wak dukun duduk diruang depan itu.Perasaan lega telah dirasakan oleh kedua anak beranak itu,yang menyangka wak dukun telah bertungkus lumus melakukan sesuatu usaha didalam bilik itu.

   Setelah minum dan menikmati makanan ringan yang telah dihidangkan itu,maka dengan perasaan yang serba salah wak dukun minta diri untuk pulang.Naomi benar-benar memerlukan pertolongan,tapi dirinya tidak boleh berbuat apa-apa terhadap naomi.Sungguh menyesal wak dukun memikirkan hal ini.

   "Begin makcik.Em..setelah saya melihat keadaan anak makcik,dan bilik itu bagilah saya masa lagi untuk datang kesini kerana dirumah nanti saya akan membuat tangkal khas untuk naomi dan lain-lain tangkal yang perlu diletakkan didalam rumah ini."Kata wak dukun.Naomi dan emaknya mengangguk dengan rasa penuh terima kasih terhadap kebaikan wak dukun.Sebaliknya wak dukun merasa kasihan terhadap dua beranak ini yang menaruh kepercayaan terhadapnya.

   "Demi naomi...aku akan bersungguh-sungguh untuk melindunginya."Kata hati wak dukun yang mula menyedari bahaya yang mengancam jiwa naomi.Kini wak dukun itu benar-benar berusaha menghilangkan keburukan yang ada pada dirinya,yang hanya menyamar sebagai dukun.

   Niat dalam hatinya memang hendak terus kerumah hasan kawan nya itu.Dia akan menyerahkan perkara ini kepada hasan seorang ulama yang pernah menghapuskan sundal bolong dimuka bumi ini.Naomi perlu pertolongan.Demikian kata hati wak dukun yang hatinya mula menaruh sayang terhadap naomi sejak pertama kali naomi berkunjung kerumahnya meminta pertolongan.

   Wak dukun terus berjalan melalui jalan kecil diantara dataran yang ditumbuhi lalang yang tebal itu.Dia tidak perasan ada dua orang sedang menghendapnya disebalik semak.Orang itu adalah karim dan masnan.

   "Gadis itu memang cantik.Patutlah tuan kita berkehendakkan dia."Bisik masnan.Karim pun mengangguk perlahan.

   "Kita telah tahu rumah gadis itu.Apa yang harus kita lakukan sekarang?"

   "Kita balik dulu memberitahu pada tuan hamid yang kita telah tahu rumah gadis yang cantik itu.Barulah nanti kita tahu perintah tuan kita."Kata rahim berbisik sambil mengawasi wak dukun yang jauh dijalan kecil itu.Karim dan masnan kemudian keluar dari tempat dia menghendap.

   Setelah wak dukun hilang dari pandangan,barulah karim dan masnan berjalan dijalanan kecil yang baru saja dilalui oleh wak dukun.Keduanya berjalan lambat agar tetap jauh dari wak dukun.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Mastris
Dukun Iblis

Bahagian 6 : Bukit Hantu

   Pagi itu dirumah seorang dukun.

   Dukun peribadi pilihan tuan hamid ini sedang melayan seorang tamunya.Tamu nya seorang gadis yang sering dilanda ketakutan bila tidur malam.Maka wak dukun membuat jampi-jampinya yang kemudian diberikan kepada tamunya itu.

   "Bagaimana menggunakan tangkal ini wak?"Tanya tamunya.Wak dukun menatap wajah tamunya.Dalam hati wak dukun,alangkah cantiknya gadis ini.Matanya indah,bibirnya canti,pipinya berisi.

   "Eh wak...macam mana ni?"Tanya tamunya.

   "Eh em..tangkal ini harus ditanam dihalaman rumah.Gerenti jin,syaitan atau hantu tiada berani masuk dalam rumah atau menganggu dalam tidurmu."Kata wak dukun tersipu-sipu kerana teguran tamunya itu.Tamunya tersenyum kerana tahu menggunakan tangkal itu dengan mudah.

   "Nanti wak datang kerumahmu menangkap hantu atau syaitan itu."

   "Eh..wak tak takut ke?"Tamunya ingin memastikan.

   "Wak ni dukun pilihan khas tuan hamid.Kebolehan wak adalah dengan berdepan dengan segala macam hantu,syaitan atau jenis gangguan lainnya.Mereka itu lari bila nampak wak datang."Kata dukun kepada tamunya.

   Setelah menerima penjelasan,gadis itu memberikan sejumlah wang kepada wak dukun.Wak dukun menolaknya dengan lembut dan menyakinkan kepada tamunya bahawa ilmunya tidak boleh dibeli dengan wang.

   "Tak payah pengeras.Pakai lah wang itu untuk keperluanmu.Wak ni tak memerlukan wang.Untuk pengetahuan saya,siapakah nama cik adik ni?"Usik wak dukun yang berumur tiga puluh tahun itu.

   "Naomi..."Jawab gadis itu dengan tersenyum malu.

   "Baiklah naomi...itulah sekadar penjelasan wak.Tapi jangan lupa...masih dua kali lagi awak harus kemari,sebab tangkal itu mesti tigak kali ditanam."Wak dukun mengingatkan.Naomi mengangguk dengan penuh kepercayaan dan kebolehan dukun itu.Naomi segera memohon diri dan wak dukun pun bangkit menghantar naomi sampai di pintu.Dari tempatnya berdiri,wak dukun masih memerhati tamunya yang masih berjalan ke arah sana.

   "Wak..."Terdengar suara serak dan besar.

   Wak dukun terkejut dan menoleh kearah suara yang datang itu.Ternyata tetamu yang lain sedang menunggu disitu.Bila dilihatnya tetamu nya itu perempuan yang setengah umur,wajah wak dukun yang tadi nya berseri-seri mula berubah.

   "Ada hajat ke?"Tegur wak dukun berpura-pura muka manis,pada hal nya dia masih ingin melihat lenggang naomi yang lembut bagai layang-layang yang putus benang itu.Tamunya segera mengangguk.

   "Jemput masuk..."Kata wak dukun yang kemudiannya duduk dilantai bersila menghadap berbagai macam alat-alat untuk menjampi.Tamunya yang setengah umur itu duduk didepannya.

   "Begini wak...saya ni kalau malam,rasa-rasa takut didalam tidur.Macam mana wak,ada tak gangguan dari sesuatu yang mengusik saya sewaktu saya tidur?"Kata tamu perempuan setengah umur itu.

   "Awak pun kene serang rasa takut bila tidur?"Kata wak dukun.

   Tamunya segera mengangguk perlahan.

   "Amboi.."Kata hati wak dukun.

   "Baiklah.Tanam tangkal ini di halaman rumah,semoga hantu syaitan tidak berani datang menganggu tidur awak."Kata wak dukun sambil memberi tangkal itu kepada tamunya.

   "Apakah gerenti hantu itu tak datang lagi wak?"Tamunya ingin tahu.

   "Itu terpulang pada pengerasnya.Kalau pengeras itu sedikit,mungkin hantu itu masih mengintai-ngintai.Tetapi bila pengeras itu banyak,gerenti hantu itu tak datang lagi."Kata dukun sambil melihat beg wang tamunya yang sedang dibuka.

   Tamunya memberikan sejumlah wang yang kemudian diterima oleh wak dukun dengan wajah yang berseri-seri."Lima puluh ringgit..mana nak dapat semurah  ini."Kata wak dukun didalam hati.Sebelum tamunya mengundurkan diri,terdengar suara merdu mengucapkan salam.Wak dukun membalasnya.

   "Jemput masuk...."Kata wak dukun.Seorang gadis belasan tahun yang sama umur dengan naomi memasuki ruang tamu wak dukun.Dia segera duduk disamping perempuan setengah umur itu.

   "Sudah mak?"Tanya gadis itu kepada perempuan setengah umur.

   Emak gadis tersebut segera mengangguk.

   "Err...ini siapa?"Tanya wak dukun dengan wajah yang kagum.

   "Ini anita..anak saya."Jawab perempuan setengah umur itu.

   "Eh tadi yang saya bagi awak tangkal tanam ke tangkal gantung?"

   "Kata wak tangkal ni mesti ditanam."Jawab emak anita.

   "Maaf..kalau tangkal tanam..saya tak boleh menerima pemberian dari awak,lebih-lebih pengeras..saya ingatkan tangkal gantung,jadi saya terima pengeras dari awak.Nah terima lah pengeras ini kembali."Kata dukun sambil memberikan wang lima puluh ringgit itu ketangan emak anita.

   Emak anita menerima wang lima puluh ringgit itu kembali dan dimasukkan didalam beg tangannya.Sementara itu wak dukun tak habis-habisnya memerhati wajah anita yang tak kalah cantiknya dengan naomi tadi.

   "Jadi tangkal ini tak payah pengeras?"Tanya emak anita lagi.

   "Tak payah..dan lagi kalau ada apa-apa datang lah kemari."Kata wak dukun.

   "Terima kasih wak."Kata emak anita memohon diri.Anita pun melempar sedikit senyuman kepada wak dukun yang diterimanya dengan wajah yang berseri.Kedua tamu wak dukun kemudian berjalan dihalaman wak itu terus hilang.Wak dukun memerhati dengan gelengan kepala dan bibir tersenyum.

   "Melepas lima puluh ringgit."Kata hatinya.

    Tidak lama kemudian,karim yang diiringi oleh ketiga orang pembantunya datang pula kerumah wak dukun.Wak dukun menyambutnya dengan berdiri dipintu rumah.Wak dukun pun mempelawa mereka masuk dan duduk.

   "Ada apa ni karim.Pagi-pagi buta dah kemari?"

   "Kene pergi lagi kebukit berkabus tu wak."Kata karim.

   "Demikian lah kehendak tuan kita."Kata karim.Kemudian dia menambah tuan hamid menyuruh mencari mayat orang-orang yang kita bunuh itu.Jadi kene lah cari mayat si misah dan marni itu.Kemudian kita kubur dengan cara yang wajar,agar mereka tidak menganggu kita."

   "Eh..apa yang sebenarnya terjadi?"Wak dukun ingin tahu.

   "Kita pun kene cari kimin yang hilang itu.Semalam kimin datang kerumah tuan hamid dan tubuh kimin nampak seperti baru bangkit dari kubur."Bisik karim lagi.Wak dukun membulatkan matanya,rasa enggan untuk ikut pergi telah timbul didalam hatinya.

   "Kau berempat saja lah yang pergi,hari ini aku ada hal lah."

   "Tak boleh wak.Wak mesti pergi juga,pasal...wak lah orang yang kita harapkan untuk mengusir dan menjauh kan hantu itu."Kata karim.Dengan rasa berat dan membayang kejadian seram ditempat itu,wak dukun pun ikut serta kebukit berkabus itu.

   Kawasan tanah bukit itu memang selalunya berkabus tebal dan menakutkan ketika pagi seperti ini.Apa lagi ditempat ini marni dan misah mati dibunuh,kemudian arif mendapat kemalangan dan juga idrus meninggal dikawasan ini,semuanya bagi orang-orang yang datang ditempat ini lagi,adalah dihantui perasaan takut.

   Namun dengan adanya wak dukun ikut serta dalam rombongan mencari mayat-mayat itu,maka kurang lah perasaan takut dihati mereka.Mereka berlima telah pun sampai di sebuah rumah buruk tempat berjudi itu.Mula dari tempat inilah mereka kemudian berpecah untuk mencari mayat itu.

   Seorang demi seorang memeriksa tempat itu dengan perasaan seram yang menguasai dirinya.Di hati masing-masing harap,jangan lah bertemu dengan mayat-mayat itu,tetapi biarlah mereka yang menemukannya.Bayangan bertemu mayat kemudian mayat itu bergerak dan menerkam,tersembul difikiran masing-masing.

   Wak dukun pun berfikir demikian.Dia berjalan meneliti dengan perasaan syak kepada tiap-tiap benda dikawasan berkabus itu.Pagi ini malah kabusnya begitu tebal dan menakutkan.Seakan didalam kabus itu tersembunyi keganjilan yang menyeramkan.

   Matahari pagi cukup untuk menerangi tempat itu.Benda-benda yang terbungkus oleh kabus pagi bagai bayang-bayang yang memutih pucat menambahkan perasaan seseorang yang sedang mengadakan pencarian mayat itu semakin gerun.Sedikit saja suara yang terdengar dikawasan itu,telah menimbulkan debar dijantung mereka.

   "Eh..apa yang bergerak dihujung sana itu?"Wak dukun bertanya didalam hatinya sendiri.Dia melihat seseorang berjubah hitam dan bertudung hitam.Setahu wak dukun,karim,masnan juga sabri dan seorang lagi tidak ada mengenakan jubah hitam serta tudung.Melihat cara jalannya dia adalah seorang perempuan.

   Orang itu makin dekat dan terus berjalan dijalan kecil yang membentang dikawasan itu.Setelah melewati tempat wak dukun sndiri,orang yang bertudung hitam itu terus pergi tanpa menegur wak dukun yang berdiri didekatnya.

   Wak dukun pun berfikiran yang orang bertudung itu tentulah manusia.Agaknya dia dari kebunnya.

   Wak dukun berjalan kembali menjauhi sebatang jalan kecil itu.Sementara dia berjalan dia masih teringat orang  yang bertudung itu.Tak disedarinya sebelah kaki wak dukun tersentuh benda,sehingga kaki wak dukun terhalang oleh benda itu.Wak dukun melihat benda yang menghalang kakinya itu.

   Benda yang menghalang kakinya itu adalah kain.Dan kain itu adalah pakaian seseorang dibahagian kakinya.Sedangkan tubuh yang sebahagian terselindung oleh semak.

   Ketika wak dukun mencuba menguak-nguak semak dibahagian kain yang nampak sedikit itu,maka nampak lah kaki perempuan.Debar jantung wak dukun makin kencang dirasakan.Dia melihat kiri dan kanan.Tak sesiapa pun berada disitu,kecuali kabus pagi yang menambah seramnya suasana itu.

   Andaikan mayat itu bergerak dan menerkamnya.Oh keluh wak dukun yang mencuba menguasai ketakutannya ditempat itu.Tetapi setelah lama wak dukun dilanda ketakutan ditempat itu,mayat yang dijumpainya tidak ada tanda-tanda bergerak.Wak dukun mula merasa lega sedikit.Namun dalam keadaan seperti ini dia mengharapkan seseorang ada disampingnya,entah karim atau sabri.

   "Sial punya orang...kemana mereka pergi ha."Kata wak dukun seorang diri.Kesunyian ditempat itu makin membuat wak dukun ngeri berdepan dengan mayat seperti itu.Dia mengucapkan jampi-jampinya untuk menenangkan dirinya.Tetapi jampi-jampi itu telah membuatkan kaki itu bergerak diikuti padangan mata wak dukun.Benar kaki itu bergerak kemudian macam digerakkan ke arah kepala.

   Bagai orang yang hendak bangkit dari tidur,demikian lah gerak kaki itu yang diikuti gerak kakinya yang sebelah lagi.Mata wak dukun yang menatap permandangan tubuh mayat yang bergerak ini membuat jampi -jampi yang diucapkan entah apa jadinya.Dia seharusnya mengucapkan dua kalimah syahadah tetapi dia mengucapkan "bil..billa kau da..atang."

   Wak dukun masih berdiri dari tempatnya dan melihatkan mayat itu didepannya itu tersembul dari semak dan cuba berdiri didepannya.Mayat itu seorang perempuan yang cukup cantik,malah dia kelihatan seperti bukan mayat.Rambutnya panjang sampai keparas bahunya.

    Wak dukun sedikit pun tak dapat berteriak bila melihat bibir mayat perempuan itu bergerak-gerak,mungkin hendak mengeluarkan gigi taringnya.Oh keluh wak dukun dengan ketakutan yang menjadi-jadi.Apa lagi pandangan mata mayat perempuan itu menunjukkan kemarahan yang amat sangat.

   Dalam keadaan yang mencemaskan itu,tiba-tiba wak dukun teringat cerita masnan."Gadis itu menggigit tanganku hingga putus.Tapi itu nasib baik aku masih hidup.Tetapi arif..lehernya telah digigit hingga putus."Kini mayat gadis yang buat itu didepannya,siap untuk menerkam dan menggigit,fikir wak dukun di dalam hati.

   Kini wak dukun telah berdepan dengan manusia ganas ini,tak dapat lagi dia hendak mengucapkan jampi-jampinya atau lari menyelamatkan diri.Dia bagaikan patung bernyawa berdiri benar-benar didepan mayat hidup itu.Mayat gadis yang hidup itu kemudian menggerak kan tangan-tangannya.

   Secara bertubi-tubi mencakar wak dukun dengan kemarahan yang sangat.

   "Manusia bedebah......kau rosakkan kehormatanku.Kau bawa aku ketempat ini hanya untuk kepentingan nafsumu.Nafsu syaitan.Manusia celaka."Kata gadis yang berdiri didepan wak dukun.Gadis itu kemudian pun menangis dan pergi meninggalkan tempat itu,dengan rintih pilunya.

   Wak dukun merasakan pedih dimukanya.Setelah gadis yang disangkanya mayat itu pergi,wak dukun baru sedar bahawa kejadian yang berlaku didepannya itu bukannya mayat hidup.Dia adalah dara sunti yang menjadi korban nafsu lelaki.Dia diculik dan diperkosa ditempat ini.

   Bekas cakaran dimuka wak dukun ini membuat kesan calar-calar dan wak dukun merasakan pedih sedikit.Tapi wak dukun tak kisah sangat yang dirinya kene cakar itu.Kini dia boleh bernafas lagi,kerana kejadian tadi sesungguhnya bukan maut yang hendak mencabut nyawanya.

   "Orang lain yang buat,aku pulak yang kene cakar."Kata wak dukun.Namun dia merasakan kelegaan didalam hatinya kerana terlepas dari ketakutan yang menghimpitnya.Dia pun berjalan lagi sehingga bertemu salah seorang pengikut karim.

   "Ada kau jumpa sesuatu?"Tegur wak dukun pada orang itu yang tidak lain dari sabri.Sabri tidak menjawab.Wajahnya nampak berubah sehingga membuat wak dukun syak sesuatu.Ingatanya yang pernah melihat keganjilan dirumah kimin membuat dia belum tahu menceritakan apa yang dilihatnya tadi.

   "Sebenarnya saya ta..takut wak."Kata sabri.

   "Kalau kau takut buat apa kemari.Kan ada saya.Apa yang ditakutkan?"Kata wak dukun temberang.Sebenarnya dia ingin tahu lebih cepat apa yang telah dilihat sabri,sehingga wajah sabri nampak lain macam.

   "Lebih baik kita kumpulkan orang-orang dulu baru kita ketempat itu."Usul sabri yang membuat wak dukun mula syak sesuatu yang mengerikan untuk dilihat.Sebagai seorang dukun khas yang menjadi pilihan tuan hamid yang sudah punya nama,malu lah wak dukun bila mengumpulkan orang-orang untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

   "Ah..tak payah menunggu orang-orang itu.Bawa aku ketempat itu,apa yang ada disana boleh kita saksikan bersama.Jangan takut..aku dukun pilihan tuan hamid."Kata wak dukun kepada sabri,sehingga sabri naik berani.Sabri pun berjalan diikuti wak dukun dari belakang.

   Didepan mulut sebuah gua,sabri berhenti dan menunjuk kearah pintu gua itu.Wak dukun mengikuti sabri memasuki lubang gua tidak begitu dalam.Dibahagian lubang gua yang terakhir,situlah nampak mayat misah tergolek.Dengan perasaan ngeri,wak dukun dan sabri memerhati keadaan mayat misah.Masing-masing berfikir,boleh saja mayat itu bangkit dan menyerang.

   Keduanya berdiri agak jauh dari mayat misah tergolek.

   "Macam mana wak?"Tanya sabri pelan sambil memerhati mayat misah.Misah yang dikhabarkan mati dibunuh oleh masnan dan arif atas suruhan tuan hamid setelah dinodai,kini mayat itu nampaknya bagai tidur saja.Ini yang membuat sabri dan wak dukun merasa ragu-ragu.

   "Mari kita keluarkan mayat ini dari gua."Bisik sabri.Wak dukun masih ingin memastikan yang mayat itu benar-benar mayat dan tidak mungkin bangkit,maka wak dukun mengucapkan jampi-jampinya diperhatikan oleh sabri,Setalah mengucapkan jampi-jampi,wak dukun menyemburkan serbuk didalam mulutnya kekiri dan kekanan.Kemudian ditiup sana ditiup sini.

   Dengan gerakan kepalanya,maka wak dukun telah bersetuju mengeluarkan mayat misah dari dalam gua.Wak dukun memilih dibahagian kaki,sedangkan sabri memilih memegang dibahagian kepala.Andainya mayat itu bergerak dan mulutnya terbuka dan menggigit,tentulah orang yang kene gigit adalah sabri.Maka aku masih sempat untuk lari.Demikian fikir wak dukun sambil mula mengangkat mayat misah.

   Setapak demi setapak mereka berdua mengangkat mayat misah keluar dari gua.Setelah berada diluar gua,mayat misah diletakkan semula diatas tanah.Keduanya kemudian melihat kekiri dan kekanan dan mengharapkan orang-orang lainya berada disekitar situ,namun keduanya tidak nampak ketiga orang teman mereka.

   "Disini saja kita kebumikan mayat misah ini."Kata wak dukun pada sabri sambil matanya tidak lepas menatap wajah misah yang cantik tapi mengerikan itu.Siapa tahu mata misah tiba-tiba terbuka dan tersenyum menakutkan.Kata hati wak dukun dan juga sabri.

   Sabri yang telah membawa perkakas cangkul dari rumah segera mula mencangkul tanah untuk membuat lubang kubur.Sementara itu wak dukun tetap gelisah kerana ditempat yang sepi ini hanya mereka berdua sahaja.Dia dan sabri.Apa lagi kabus yang berada dikawasan itu bagai bayangan yang menakutkan,hatinya terus dilanda kecemasan.

   Secara bergantian wak dukun dan sabri menggali lubang kubur,akhirnya siaplah kerja itu dan tinggal memasukkan mayat misah kedalamnya.Dalam keadaan yang darurat ini,mayat misah hanya didahului oleh doa wak dukun.Setelah demikian mayat misah pun dikebumikan dengan keadaan yang serba sederhana oleh kedua orang itu.

   "Kita telah mengebumikan mayat si misah.Mudah-mudahan rohnya tidak menganggu kita."Kata sabri yang diikuti anggukan kepala wak dukun.Kemudian wak dukun dan sabri melihat kawasan keadaan sekitarnya.Sunyi saja.Ketiga orang termasuk karim entah dimana mereka berada.Kabus yang berada disitu menghalang pandangan mereka berdua untuk melihat dalam keadaan yang jauh.

   "Tiba-tiba tanah timbunan yang menutupi kubur misah berhamburan keluar dan kayu nisan bertanda itu tercampak dan terpelanting.Wak dukun dan sabri berdiri kaku ditempatnya bagai patung yang bernyawa.Tiada sesuatu suara keluar dari mulut mereka kerana terkejut dan hairan yang amat sangat.

   kemudian tanah timbunan itu bagai digali lagi dan mayat misah tiba-tiba keluar dari lubang kubur kemudian bergerak terbang dan hilang dikabus pagi.Tidak lama kemudian tanah yang berlubang itu tertutup kembali seperti semula bagai ditimbus kembali sehingga rata.

   Wak dukun dan sabri sungguh tidak mengerti.Kemudian kedua-duanya merasakan bisikan lembut ditelinganya.Sudah tentu perkara itu membuatnya terkejut dan semakin takut.

   "Hai kalian...aku datang menyempurnakan mayat misah yang kalian kebumikan.Kerana kalian dengan ikhlas menguburkan mayat misah,maka kalian dapat menyaksikan perkara itu."Kata bisikan halus itu yang hampir-hampir tiada terdengar.

   "Tempat ini tiada sesuai untuk mayat misah,maka aku pindahkan ketempat lain yang lebih suci.Jangan lah hal ini kalian berdua ceritakan kepada orang lain.Kerana ini akan membutakan mata hatimu untuk melihat dan mendengar suaraku."Kata suara itu ditelinga wak dukun dan sabri.

   Kerana suara bisikan ini,wak dukun dan sabri makin menggigil ketakutan dan apa pun gerakan tangan atau anggota tubuh mereka berdua tidak menjadi kerana dilanda ketakutan ini.Setelah sekian lama keduanya dalam keadaan yang demikian dan kembali sunyi tiada lagi terdengar suara bisikan,wak dukun dan sabri mula dapat menguasai diri masing-masing.

   "Sabri..apakah kau melihat yang tanah kubur itu terhambur keluar dan mayat misah terbang kemudian hilang dihujung sana?"Tanya wak dukun dengan kehairanan.

   "Ya wak...saya melihat dan bukan mimpi."Jawab sabri.

   "Kemudian kau mendengar suara bisikan lembut itu?"Tanya wak dukun.

   "Ya..ya suara itu hampir tiada terdengar kerana lembutnya."Jawab sabri sambil kepalanya mengangguk berkali-kali membenarkan kejadian yang luar biasa itu,sambil menunjukkan rasa takutnya.

   "Kita telah mengalami kejadian ini yang tidak mungkin terjadi pada orang lain,atau karim dan orang-orang lainnya.Kita patut merahsiakan perkara ini kepada sesiapa pun."Kata wak dukun dengan mencuba berkata setenang mungkin,tapi sesungguhnya wak dukun dilanda ketakutan yang hebat.

   "Suara siapakah yang membisik itu wak?Dan sungguh hairan kubur itu terbongkar kemudian mayatnya terkeluar dalam keadaan terbujur bagai diangkat sesuatu kemudian terbang hilang."Kata sabri ingin tahu.Kali ini wak dukun benar-benar tidak mahu menjawap apa yang sebenarnya tidak diketahuinya,kerana ketakutan.

   "Wahai kalian berdua...dengar.Aku adalah gadis jin yang berusaha melakukan tujuh kebaikan didunia,kerana aku pernah membuat tujuh keburukan didunia.Namaku fairuz fadzilah.Suara bisikan yang kalian dengar adalah didalam hati.Bila awak boleh melakukan tujuh kebaikan didunia,maka awak akan mendengar suara bisikan di telingamu."Kata bisikan jin fairuz fadzilah.

   "Dan bila awak masih bertahan melakukan tujuh kebaikan lagi,maka awak akan mendapat kekuatan yang orang lain tak mampu mengerjakannya,iaitu melihat diriku dengan mata hatimu.Dan bila kalian berpuasa empat puluh hari dan dalam keadaan yang berair sembahyang,maka awak dapat lah melihat diriku dengan mata kasar awak."Demikian kata suara itu yang kemudian hilang.

   Setelah suara bisikan itu tiada terdengar lagi,keduanya saling berpandangan seakan ingin menanyakan sesuatu pendapat.Suasana dikawasan sekitar itu memang mencemaskan dan sesiapa pun menemui kejadian yang seperti ini tentu akan menggigil.Demikian juga wak dukun dan sabri.

   "Wak..sa..saya mendengar suara itu lagi."Kata sabri dengan perlahan.

   "Sebaik nya kita keluar dari tempat yang menakutkan ini,sebelum kejadian lain yang membolehkan kita mati terkejut ditempat ini."Ajak wak dukun serta merta kepada sabri.Keduanya kemudian dengan perasaan yang masih dihantui oleh kejadian yang mengerikan,terus beredar dari tempat itu.

   Mula-mula keduanya berjalan cepat,tapi akhirnya keduanya berlari meninggal kan kawasan bukit yang berkabus itu.Tanpa menghiraukan ketiga orang lainnya,wak dukun dan sabri terus berusaha menyelamatkan diri dari melihat dan mendengar suara bisikan itu lagi.Keduanya terus berlari hingga kaki mereka telah sampai di jalan kecil yang menghubungkan jalan kampung.

   Sampai ditempat ini,baru lah keduanya merasakan kelegaan dan boleh bernafas dengan tenang.Kemudian wak dukun dan sabri bertembung dengan seorang yang membawa perkakas cangkul dan perkakas lainnya untuk pergi ke kebun.

   "Eh..wak dukun dan sabri.Dari mana ni nampak berpeluh dan mengah."

   "Ala..saja berlari pagi hari untuk sihatkan badan."Jawab wak dukun menutupi rasa takutnya.

   "Ooo..kononnya wak dukun ni bersenamlah."Kata orang itu.

   "Mestilah."Kata wak dukun yang kemudian berlari lagi yang diikuti sabri di belakangnya.Matahari bersinar terang menyinari alam sekitarnya.

   Karim dan masnan serta seorang lagi yang bernama jali masih berada dikawasan bukit yang berkabus.Masnan beserta karim dan jali menuju ketempat mula-mula masnan membunuh misah.Tetapi ditempat itu tiada dijumpai mayat misah.Kemudian karim pun mengajak masnan dan jali menuju ke tepi gaung.Ditepi gaung ini lah karim dan kimin menghumban marni ke bawah.

   Seharusnya tubuh marni tergolek dibawah sana.Namun ditempat seharusnya mayat marni tergolek itu,tidak dijumpai apa-apa.Sungguh aneh.Fikir karim dan masnan,kimin pun tak dijumpai.

   "Bukit ini memang lebih tepat dinamakan bukit hantu."Kata karim.

   "Ya..seharusnya aku pun menjumpai mayat misah ditempat aku membunuhnya tetapi tiada kesan apa-apa ditempat itu.Kehilangan kimin pun sampai sekarang tiada lagi kita jumpa baik mayatnya pun."Kata masnan.

   "Sejak kita berpecah tadi kemudian kita bertemu kembali,hanya kita bertiga saja.Mana wak dukun dan sabri?"Kata jali mengingatkan teman mereka.Karim dan masnan baru teringat kedua orang itu.Maka berubahlah wajah mereka bertiga.Sudah tentu mereka bertiga memikirkan kemungkinan sesuatu terjadi terhadap wak dukun dan sabri.

   Dugaan ketiga orang itu dikuatkan dengan kehilangan kimin yang sampai sekarang tidak ditemui itu.Lagi pula kawasan idrus kemalang dibukit ini pula.Idrus dijumpai tergantung dicabang pokok dalam keadaan yang mengerikan.Hal ini lah yang membuat ketiga orang itu menduga kemalangan yang sama terhadap wak dukun dan sabri.

   "Kita sekarang mencari mayat-mayat itu,tetapi...kita pun kehilangan wak dukun dan sabri.Lama sudah kita berada ditempat ini.Ha..mana wak dukun dan sabri?"Kata jali yang mula syak bahawa wak dukun dan sabri telah hilang dibawa hantu.

   "Hilang atau tidak wak dukun dan sabri,biarlah kita tengok dirumahnya dahulu.Mungkin mereka telah balik kerumah setelah lama mencari kita tiada jumpa."Kata karim.

   "Boleh jadi juga."Tambah masnan.

   "Habis..sekarang macam mana?"Soal jali.

   "Kita tak mau ada gangguan lagi,jadi kita carilah mayat-mayat itu hingga jumpa,sementara itu kita cari juga kedua orang itu."Kata karim.Masnan dan jali bersetuju dengan rancangan karim itu.

   Mereka bertiga terus beredar dari tempat itu untuk melanjutkan usaha mencari mayat-mayat itu dan mencari wak dukun serta sabri.Setelah sekian lama berada dibukit kabus ini tanpa sebarang hasil menemukan yang dicari,akhirnya mereka bertiga bersepakat meinggalkan bukit berkabus itu.

   "Mayat marni atau misah itu mungkin juga telah habis dimakan binatang buas yang liar atau burung-burung yang berjumlah banyak itu."Kata jali memberikan pendapatnya itu sementara mereka bertiga terus berjalan.

   "Entahlah."Jawab masnan yang ikut pelik memikirkan hilangnya mayat itu.

   Yang difikirkan oleh karim lain pula.Kehilangan kimin yang beberapa hari lepas telah menimbulkan dugaan karim terhadap wak dukun dan sabri tentu hilan dan berakhir dengan kematian seperti idrus yang mati mengerikan.

   "Mungkin wak dukun dan sabri telah mati ditimpa kemalangan yang ganjil."Kata hati karim.

   Sepanjang perjalanan mereka bertiga pulang,mereka tak habis-habis membincangkan kehilangan wak dukun dan sabri yang diduga telah mati itu.Untuk menguatkan dugaan ini,mereka bertiga singgah dirumah sabri.Sabri tiada ditempat itu.Kemudian mereka dengan jantung yang berdebar-debar mula memeriksa dirumah wak dukun.

   Rumah wak dukun dalam keadaan yang sama.Kosong.Mereka mula mengesyaki wak dukun dan sabri telah mati dibukit berkabus sepertimana yang berlaku pada idrus juga kehilangan kimin.

(Bersambung....)

Sumber : Naskah Dari Mastris