Monday, 27 February 2017

Misteri Di Kubur

Bahagian (13) - Orang Halus


   Bila kerajaan merancang untuk membina sebuah sekolah menengah tapak untuk membina sekolah itu menjadi maslah besar bagi mereka.

   Banyak tempat telah disyorkan,tetapi semuanya tidak sesuai kerana terletak berjauhan dari pekan tempat mahu di dirikan sekolah itu.

   Akhirnya sebuah kawasan yang dikelilingi hutan tebal dipilih sebagai tapak yang paling sesuai.Di tempat itu tidak ada seorang pun penghun,kecuali binatang² buas yang berkeliaran.

   Bila kawasan itu mula diteroka,binatang² buasa itu melarikan diri.Binatang² buas itu ketakutan bila terdengar derap kaki dan mesin memotong pokok yang bising itu.

   Biasanya menurut kata orang tua²,kawasan yang baru mahu diteroka ada penunggunya.Apalagi di hutan tebal seperti itu.

   Sudah tentu kawasan hutan tebal seperti itu menjadi perkampungan orang² halus atau penunggu.Ini tidak pula meliputi semua hutan tebal.

   Kebanyakan orang halus ini memilih hutan tebal yang kawasannya aman tenteram dan begitu baik bila mata memandangnya.

   Secara kebetulan pula,kawasan tapak membina sekolah menengah itu adalah merupakan sebuah perkampungan orang² halus.

   Bila perkampungan orang² halus ini diterokai,mereka bertempiaran lari tanpa arah tujuan.Ada yang menumpang di mana² sahaja yang sesuai dengan mereka.

   Semasa sekolah itu dibina,bermacam-macam kejadian aneh yang telah dialami dan didengar oleh pekerja² yang membina sekolah itu.

   Tetapi,semua kejadian itu tidak sedikit pun diperdulikan walau pun ada pekerja² yang demam bila terserempak dengan kejadian aneh itu.

   Bila sekolah sudah siap tersergam indah,kejadian² aneh itu bukan semakin reda,tetapi semakin menjadi-jadi.

   Bagi orang² yang terserempak dengan kejadian² aneh itu,mereka tidak mahu menceritakan pengalaman aneh itu kepada orang lain.

   Mungkin mereka malu kalau ditertawakan bila menceritakan kejadian aneh yang dianggap karut itu.

   Tetapi bagi shahrul,seorang pegawai disekolah itu menganggap cerita seperti itu harus diceritakan kepada orang lain.Dia sendiri pernah terlibat dengan kejadian aneh itu.

   Ceritanya bermula begini.Hari itu adalah hari kelepasan umum.Shahrul datang ke pejabat itu untuk menyelesaikan tugas² yang masih terbengkalai.

   Kebetulan dimasa itu,tidak ada seorang pun yang bekerja.Maklumlah cuti umum.Tentu semua pekerja sekolah itu berehat-rehat bersama-sama keluarga dirumah.

   Shahrul membuka pintu biliknya.Dia duduk diatas kerusinya sambil menyelak-nyelak fail² yang berselerak diatas mejanya.Matanya meneliti isi² kertas² yang harus diselenggarakan itu.

   Diluar kedengaran bunyi pokok² bergoyang kerana ditiup angin.Semakin lama semakin kencang angin bertiup.

   Shahrul makin tekun menjalankan tugasnya.Dia harus menyelesaikan segala urusan berkenaan dengan hari pembukaan sekolah itu.

   Seorang pembesar telah dipanggil untuk merasmikan sekolah itu nanti.

   Shahrul mahu menutur majlis perasmian itu dengan lancar dan licin.Dia tidak mahu ada sesuatu yang mencacatkan majlis itu nanti.

   Beberapa minit kemudian,shahrul terdengar seperti satu bunyi orang membuka pintu.

   Shahrul tidak memperdulikan hal itu.Dia masih tidak berganjak dari tempat duduknya.

   "Mungkin angin."Bisik hati kecilnya.

   Kemudian dia terdengar pula pintu berdentum.Ada bunyi kerusi dialihkan.Shahrul berfikir,tentu ada orang yang datang bekerja sepertinya.

   Shahrul meniti kembali kertas didepannya.Tiba² telinganya menangkap bunyi seperti orang bercakap-cakap.Shahrul mendongakkan kepalanya untuk melihat disekelilingnya.

   Tiada siapa pun didalam bilik itu.Tapi,suara yang didengarnya terlalu dekat seolah-olah orang yang sedang bercakap itu berada didalam biliknya.

   Shahrul mula mengeluh.Terasa geram dihatinya kerana kerjanya diganggu.Perasaan takut pun ada.Dia memandang ke luar.

   Angin kencang masih bertiup.Pokok² bunga yang terdapat dihalaman sekolah itu meliuk-lentok ditiup angin.

   Mata shahrul masih terpaku dialam sekelilingnya.Tiba² dia terdengar bunyi seperti orang sedang menaip.

   Shahrul berasa tidak sedap hati.Dia bingkas bangun,membuka pintu biliknya dan melihat ke sebelah kalau² ada orang lain yang datang membuat kerja.

   Alangkah terkejutnya shahrul melihat sendiri,type writer itu berjalan sendiri,seolah-olah ada orang yang sedang menaip sedangkan tidak ada kelibat seorang manusia pun di situ.

   Keadaan bilik itu amat bising seolah-olah ada ramai orang yang sedang sibuk membuat kerja.Terdengar bunyi derap kaki dan kelihatan fail² berjalan kesana sini seperti ada orang yang memegangnya.

   Shahrul masih berdiri didepan pintu itu.Walau pun hatinya diselubungi oleh perasaan takut,namun dia kuatkan semangatnya untuk melihat kejadian² aneh yang berlaku didepan matanya itu.

   Bunyi type,bunyi kerusi disorang tarik dan macam² bunyi bercampur aduk didalam bilik itu.Shahrul masih terpegun.

   Tiba² sekujur tubuhnya menjerit ketakutan.Terasa ada tangan menjalar ditengkuknya.Rambutnya terasa seperti ditarik-tarik.Begitu juga baju dengan tangannya.Terasa seperti ada orang yang menariknya.

   Shahrul sudah tidak dapat menahan perasaan takutnya.Dia merentap tangannya.Kemudian dia bergegas keluar dari pejabat itu dan terus pulang ke rumah.

   Sebagai seorang yang berpelajaran tinggi,dia tidak mahu menceritakan semua peristiwa itu kepada isterinya kerana malu kalau ditertawakan.

   Maklumlah,siang hari,mustahil ada hantu yang mengganggu.Biasanya hantu mengganggu dimalam hari.

   Sehingga lah di hari pembukaan rasmi sekolah itu,barulah dia menceritakan pengalaman yang telah dialaminya itu.

   Ketika itu seorang tokoh agama datang ke sekolah itu untuk merasmikan pembukaannya.

   Sewaktu ketibaan beliau ke tempat itu,beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kene pada tempat itu.Ada semacam benda yang harus dipindahkan dengan segera.

   Beliau menyuarakan pendapatnya kepada shahrul.Masa ini lah shahrul membuka cerita aneh yang telah dialaminya sebelum hari pembukaan itu.

   Menurut kata tokoh agama itu,sekiranya benda² itu tidak dipindahkan,ia akan mengganggu pelajar² yang belajar disekolah itu.

   Akhirnya tokoh agama itu berjanji akan membawa seorang bomoh yang terkenal dan membawanya ke sekolah itu.

   Bila bomoh itu datang ke sekolah itu,dia telah berusaha untuk memindahkan benda² yang dianggap ganjil itu ke tempat lain.

   Kemudian mereka mengadakan kenduri doa selamat untuk kesejahteraan benda² ganjil itu.

   Sejak dari itu tidak ada lagi kejadian² ganjil yang berlaku disekolah itu.Sekolah itu kembali tenang dan tenteram.Tapi bagi shahrul,dia tidak lagi berani bekerja di pejabat itu seorang diri.

   Kejadian yang aneh itu masih segar diingatannya.Dia tidak akan dapat melupakan kejadian pertama itu sehingga akhir hayatnya.

(Tamat)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma

Misteri Di Kubur

Bahagian (12) - Wanita Cantik


   Sudah beberapa kali pak mamat menasihati salim supaya tidak pindah ke rumah besar yang terletak di pinggir kampung itu.Rumah itu bertiang tinggi bertingkap besar.Sebesar pintu dan keadaan sekeliling menggerunkan.

   "Kalau tidak silap pakcik,sudah hampir 20 orang yang tinggal dirumah itu.Tapi,paling lama mereka dapat bertahan ialah selama dua minggu sahaja."Kata pak mamat sambil mengangkat-angkat keningnya.

   "Saeng waris arwah siti masmerah sendiri pun tidak berani menetap disitu."Sambung pak mamat lagi sambil menyedut rokok daun nipah yang tergantung di bibirnya dalam².

   "Kenapa pula pakcik melarang saya tinggal dirumah itu?."Tanya salim kehairanan.

   Orang tua yang sudah berpuluh tahun bermukin di kampung itu merenung jauh ke hadapannya.Mata tuanya menyorot rumah besar yang kosong tanpa penghuni itu.

   Kemudian,bagaikan berbisik pak mamat bersuara."Sekiranya ada lelaki yang menjadi penghuni rumah itu,arwah siti masmerah akan muncul memperlihatkan tubuhnya."

   Setiap kali dia muncul,wajah tubuhnya amat menarik dan menghairahkan.Dengan keghairahan tubuhnya,siti masmerah cuba menggoda lelaki itu supaya mengahwininya.

   Salim bagaikan ingin ketawa bila mendengarkan cerita pak mamat.Tetapi,sedaya upaya dia cuba menahan ketawanya agar tidak mengecilkan hati orang tua itu.

   Pak mamat menyedut rokok daun nipahnya.Berlegar-legar asap putih yang dihembuskannya.Kemudian dia menyambung cerita.

   "Sekiranya penghuni rumah itu wanita,arwah siti masmerah akan muncul dengan wajah yang menyeramkan.Dia akan menyerang wanita itu dengan keadaan yang menakutkan itu."

   "Apa yang terjadi dengan wanita² itu?."Tanya salim dengan nada yang tidak sabar.

   "Wanita itu akan menderita dengan sejenis penyakit yang tidak boleh diubati dengan sebarang doktor."

   "Anehnya,bila wanita itu berpindah kerumah lain,penyakitnya akan sembuh sendiri."Jelas pak mamat sambil memandang tepat ke muka salim.

   Perbualan kami berakhir di petang itu.Salim masih menerukannya untuk bermalam dirumah arwah siti masmerah itu walau pun pak mamat telah menerangkan keadaan yang pernah berlaku didalam rumah itu.

   Bagi salim cerita begitu adalah karut semata-mata.Salim amat memerlukan sebuah rumah kerana dia ingin membawa isterinya tinggal bersama-sama.

   Hampir seminggu salim menjadi penghuni rumah itu.Memang dia akui,tinggal dirumah besar yang penuh misteri itu amat menyeramkan.

   Kadang kala berdiri bulu roma salim bila terdengar pintu berkeriut bila ditup angin.Berdebar-debar rasa hatinya bila terdengar derusan angin yang berhembus.

   Suatu malam selepas maghrib,bercucuran air hujan mencurah-curah dari dada langit yang kelam menimpa bumi yang kekeringan.Salim bangun perlahan-lahan lalu menuju ke arah pintu yang terbuka untuk menutupnya.

   Sewaktu salim ingin menutup pintu itu,tiba² dia melihat sesusuk tubuh melintas jalan didepan rumah arwah siti masmerah yang didiaminya terus masuk ke perkarangan rumah.

   Hati salim mula berdebar-debar.Namun,sedaya upaya salim cuba menenangkan hatinya.Mungkin gadis itu ingin berteduh sementara menantikan hujan reda.

   Salim tidak jadi menutup pintu.Sebaliknya dia mempelawa gadis itu masuk kerumahnya.Salim lihat pakaiannya basah sedikit mungkin tempias hujan dari payung kertas yang digunakannya.

   Ketika dia meletakkan payungnya,dia melemparkan secebis senyuman pada salim.Salim jadi terpesona bila melihat kejelitaan wajahnya tanpa terpalit pun alat² solek.

   Bibirnya merah bak delima merkah,pipi bagai pauh dilayang dan tubuhnya langsing berkulit putih kemerah-merahan.Wajahnya bagai ayu bagai tak jemu mata memandang.

   "Namaku munirah."Tiba² gadis itu memperkenalkan dirinya.

   "Agaknya saudara ini orang baru disini."

   Salim tersedar dari lamunannya.Sesungguhnya kejelitaan wajah gadis yang menjelma didepannya benar² memukau mata dan hati salim.

   "Sudah lama saudara tinggal dirumah arwah siti masmerah ini?."Tanya gadis itu lagi.

   "Siapa siti masmerah?."Tanya salim ingin menyiasat tentang siti masmerah dengan lebih lanjut.

   "Wanita cantik yang paling terkenal di kampung bahgia ini."Jawab munirah sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih bagaikan mutiara.

   "Dulu,siti masmerah hanyalah seorang penoreh getah sahaja.Tetapi,kerana kecantikannya,dia menjadi rebutan orang² inggeris sehingga dia dijadikan perempuan simpanan.

   Sejak itu kehidupannya mula mewah.Kecantikannya benar² membuat dia hidup kaya raya."Sambung munirah lagi.

   Salim menjadi semakin tertarik dengan cerita munirah.Salim tidak berkelip-kelip memandang wajahnya.

   "Tetapi,kecantikan siti masmerah ada sialnya.Salah seorang ingeris yang menyimpannya telah dijumpai mati berlumuran darah.Tubuhnya berkecai kerana ditakuk dengan parang."

   "Ditakuk dengan parang?Jadi,orang inggeris itu dibunuh?."Tanya salim terkejut dengan penjelasan munirah.

   "Ya,menurut ceritanya,orang yang membunuh orang inggeris itu merasa cemburu kerana dalam diam² dia telah menaruh hati pada siti masmerah.Tetapi si pembunuh itu tidak dapat dikesan."

   "Apa yang terjadi seterusnya pada siti masmerah?."Tanya salim.

   "Siti masmerah jatuh ke tangan seorang lelaki ke seorang lelaki.Tetapi,setiap orang yang menyimpannya akan mendapat ajal seperti orang inggeris yang kene bunuh itu."

   "Akhirnya siti masmerah terpaksa menjalani sisa² hidupnya yang semakin tua bersendirian dirumah ini?."Jawab munirah sambil membetulkan rambutnya yang jatuh ke dahi.

   Kemudian munirah menarik nafas panjang².Dadanya berombak-ombak seketika.Setelah tenang dia menyambung ceritanya lagi.

   "Siti masmerah mati dalam kecewa.Dia kecewa kerana tidak ada seorang pun lelaki yang mahu mengahwininya.Mungkin kernaa itu menyebabkan rohnya sentiasa menganggu ketenteraman orang.Dia masih berharap suatu masa nanti ada orang yang sudi berkahwin dengannya."

   "Bagaimana pula dia boleh berkahwin sedangkan pula dia sudah mati."Tanya salim kehairanan.

   Kemudian munirah bangun menuju ke pintu.Diluar,hujan pun reda.Sewaktu munirah melangkahkan kaki keluar dari rumah itu dia berkata.

   "Untuk pengetahuan saudara,nama siti masmerah adalah nama gelaran.Namanya yang sebenar ialah munirah."Tiba² gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai munirah itu turun tangga dan berjalan terus.

   Semalam-malaman salim tidak dapat tidur.Badan salim berpeluh meski pun malam itu terasa dingin sekali.Dalam fikirannya mula memikirkan tentang siti masmerah.Mungkin rohnya tidak tenteram.

   Hampir 3 hari salim gelisah.Fikirannya tidak tenteram tambahan pula tidak lama lagi isterinya akan datang untuk tinggal bersamanya.Salim takut nanti isterinya diganggu.

   Salim kemudian cuba mengemaskan semula perkakas dalam rumah ini supaya kelihatan bersih dan teratur.

   Sedang salim berkemas-kemas,tiba² salim tercium satu benda yang paling wangi menyelubungi bilik itu.

   Salim menyangka mungkin gadis yang pernah ditemui itu datang semula.

   Salim sudah mula mencurigai dengan gadis itu.Ia mungkin bukan manusia biasa,tetapi merupakan mahkluk ganji.

   Mungkin gadis itu seorang yang menyamar atau menyerupai dirinya sebagai seorang gadis cantik.

   "Mungkin gadis itu siti masmerah yang diceritakn oleh gadis itu sendiri."Fikir salim.

   Bau semakin merebak kedalam rumah itu.Bulu roma salim mula meremang.

   Sebentar kemudian gadis itu berada diluar dan memanggil nama salim.Salim terus kedepan mendapati gadis itu berada diluar.

   Salim mempelawa dia masuk,masing² merenung wajah masing².Kali ini gadis itu semakin hebat dan cantik.

   Salim terpikat dengan kecantikannya.Gadis itu kemudian mengajak salim berkahwin dengannya.Salim terkejut dengan pelawaan gadis itu.

   "Saya sudah berkahwin.Saya dan isteri saya akan datang ke sini tidak lama lagi."Jawab salim.

   Gadis itu tersenyum dan kemudian tertawa.Salim kehairanan.Bau wangi semakin rebak di rumah itu.

   Gadis itu kemudian pergi masuk ke bilik.Salim masih tercegat diluar.Agak lama juga wanita itu dibilik.Kemudian dia memanggil salim.

   Pada mulanya salim agak keberatan mahu masuk kedalam,tapi dia beranikan hatinya,dia terus juga masuk.

   Alangkah terkejutnya salim bila mendapati gadis yang secantik itu tadi itu rupanya sesuatu tengkorak yang berdiri tegak ditepi dinding bilik itu.

   Salim rasa mahu pengsan disitu juga,tapi diberanikan hatinya menghadap tengkorak itu.Tengkorak itu kemudian bertukar menjadi mahkluk ganjil.

   Mahluk ganjil itu berubah wajah dengan badan berbulu.Matanya merah dan biji matanya terbeliak besar.

   Kuku tangannya panjang.Badannya berbulu panjang.Mahkluk itu sungguh menakutkan dan semakin merapati salim.

   Salim melarikan diri dari bilik itu dan berdiri didepan pintu.Mahkluk itu kemudian merapati salim.

   Salim tanpa berlengah-lengah lagi terus terjun dari rumah itu melarikan diri.Ketika dia lari,salin terlanggar kayu dan tidak sedarkan diri.

   Bila salim sedar dia berada disebuah rumah dimana orang ramai mengelilinginya.Bau kemenyan merebak kedalam rumah itu.

   Seorang bomoh telah dipanggil memulihkan semula semangat salim.Dalam kumpulan orang ramai itu salim lihat wajah pak mamat yang pernah menasihatkkannya supaya jangan tinggal dirumah itu.

   "Bukan kah pakcik dah menasihatkan dulu."Kata pak mamat sambil keluar dari kumpulan orang ramai itu.

   Salim tercengan mendengarnya dan barulah dia percaya kata² orang itu benar belaka.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Misteri Di Kubur

Bahagian (11) - Bayang Mayat


   Sudah hampir seminggu murni dan keluarganya berpindah ke rumah besar warisan turun temurun dari arwah ibunya yang baru meninggal dunia.

   Rumah besar itu berbentuk lama dipenuhi dengan barang² antik yang diperbuat dari kayu jati.Jendelanya terukir dengan seribu awan larat yang cantik dan menarik.

   Katil di empat buah bilik dalam rumah itu semuanya dari jenis besi dan berfesyen lama.Perabotnya juga dari fesyen lama tetapi terlalu cantik setelah dibersihkan.

   Murni amat senang tinggal dirumah besar itu ,begitu juga dengan suaminya hafsham dan kedua orang anak mereka.Nini dan nana.Mereka bangga memiliku rumah antik itu kerana dizaman sekarang ini,semuanya mencari barang² antik untuk dijadikan koleksi.

   Tambahan pula,dihalaman rumah itu terlalu nyaman kerana kelilingnya dipenuhi oleh pokok²  buah-buahan seperti rambutan,pokok mangga,jambu air dan macam² lagi.

   Disamping itu juga,kelihatan pokok² bunga yang merah dan segar melambai-lambai ditiup angin bayu yang berhembus.Rumput rampai yang menghijau bagai hamparan membuat hati dibuai oleh satu perasaan yang sukar untuk dimengertikan.Terasa tenang dan damai.

   Setiap hari nina dan nini menghabiskan masa mereka berlari-lari dilaman.Mereka suka mengejar rerama yang hinggap dikembang mawar.Kadang² mereka memetik bunga² yang segar untuk dijadikan sebagai hiasan.

   Begitu juga dengan murni.Masanya banyak dihabiskan dengan pohon² mawar itu.Setiap hari dia akan menjaga taman itu agar sentiasa kelihatan bersih dan menarik.

   Hafsham pula sibuk dengan tugasnya sebagai seorang ahli perniagaan.Setiap hari dia pulang hingga larut malam dan sebagai seorang isteri yang setia,murni sentiasa menunggu kepulangan suaminya walau pun kadang kala dia terlena diatas sofa.

   Sejak² akhir ini,hafsham sering pulang lewat malam kerana terlalu banyak tugas yang bersangkutan dengan urusan perniagaanya harus diselesaikan.

   Boleh dikatakan hampir setiap malam,murni berjaga bersengkang mata untuk menunggu kepulangan suaminya walaupun hafsham menyuruhnya masuk tidur dan tidak payah menunggu dia pulang.

   Namun,murni tetap berdegil.Baginya,seorang isteri harus menanti kepulangan suaminya dengan senyuman walau pun suaminya pulang pada pukul 2 pagi.

   Suatu malam,seperti biasa murni menunggu kepulangan hafsham.Malam itu terasa hening sekali.Murni menguak jendela diruang tamu agar angin malam yang dingin itu dapat mencelah masuk.

   Murni mengambil beberapa buah buku novel lalu menatapi dengan penuh minat.Sekali sekala dia menjeling ke arah jam yang tergantung didinding.Masa terasa lembap berjalan.

   Sedang murni leka menatapi buku novel itu,tiba² dia terkejut bila disapa oleh anaknya nina yang datang secara senyap².Murni mengurut-ngurut dadanya yang berdebar.Pergerakan nadinya terasa pantas.

   "Kenapa nina?."Tanya nya dengan dahi berkerut.

   "Entahlah mama,nina rasa tak sedap hati malam ini."Jawab nina yang berusia baru 15 tahun.

   "Mungkin kerana nina terlalu letih."Kata murni sambil meletakkan novel itu ke sisinya.

   Kemudian murni bangun lalu mengusap-ngusap rambut nina yang hitam berkilat itu.

   "Sudahlah nina,mari mama hantarkan nina balik ke bilik."Sambung murnin sambil menarik tangan nina menuju ke biliknya.

   Nina menurut tanpa sebarang bantahan.Sampai ke biliknya,nina merebahkan tubuhnya disebelah nini yang sudah lama terlena.

   Murni menyelimutkan nina.Nina merenung wajah mamanya.Terpancar sinar kasih yang mendalam.Nina bangga kerana memiliki seorang ibu yang amat penyayang dan penyabar.

   Tidak lama kemudian murni bangun lalu menutup suis lampu.Bilik itu menjadi gelap gelita.Kedengaran bunyi derap kaki murni menuju ke ruang tamu.

   Mata nina masih lagi terkebil-kebil memandang siling rumahnya.Bunyi dengkur nini menganggu ketenteramannya.Dadanya terasa berdebar-debar.Entah kenapa malam itu terasa sunyi dan memilukan hatinya.

   Nina melepaskan keluhan perlahan-lahan.Kemudian dia bangun menuju ke jendela biliknya.Suasana dalam bilik itu bertambah sepi setelah dengkur nini tidak kedengaran lagi.

   Nina menguak jendela biliknya.Segugus angin yang berhembus meniup tubuhnya sehingga kedinginan terasa begitu meresap sekali.Nina menatap langit yang kelam.Kosong dan hitam.

   Kemudian nina berjalan perlahan-lahan menuju ke katilnya.Setelah merebahkan tubuhnya ke atas katil,mata nina terpaku diluar jendela yang ternganga luas.

   Antara sedar dengan tidak,tiba² berdiri seorang wanita di hadapannya.Entah dari mana datangnya,nina kurang pasti.Mungkin dari jendela yang sudah terkuak itu.

   Wanita itu tersenyum memandang nina.Dia memakai baju kebaya berwarna biru dipadankan dengan kain batik lepas.Rambutnya tersanggul kemas ditengkuknya.

   Di celah² sanggulnya.terselit beberapa kuntum bunga cempaka.Baunya sungguh harum semerbak.Sehelai selendang tersandang di bahunya.

   Nina memandang kearah wanita itu tanpa berkelip-kelip.Mulutnya melopong bulat seperti huruf o.Wajahnya berkerut kehairanan sedangkan jantungnya mula berdegup kencang.

   "Apa khabar nina..?."Tegur wanita itu dengan ramahnya.

   Nina terkejut bila wanita itu menyebut namanya.Dalam hatinya mula tertanya-tanya siapa wanita itu sedangkan diri sndiri tidak mengenalinya.

   "Kakak tinggal tidak jauh dari rumah nina ini.Rumah kakak disebelah pokok ketapang dihujung jalan ini."Sambung wanita itu lagi seolah-olah tahu apa yang sedang difikirkan oleh nina ketika itu.

   "Macam mana kakak boleh masuk ke bilik saya ini?."Tanya nina dengan nada gugup.

   "Emak nina yang bukakan pintu untuk kakak.Dia yang menyuruh kakak masuk ke bilik ini."Jawab wanita itu bersungguh-sungguh.

   Nina menjadi bertambah resah.Tadinya dia langsung tidak mendengar pintu hadapan dibuka oleh mama nya.Biasanya pintu itu akan berkeriut kuat kerana sudah terlalu tua usianya.

   Nina memandang lagi wajah wanita dihadapannya itu.Sekilas pandang kelihatan wajah itu menggerunkan.Tetapi,nina tidak dapat melihat wajah itu dengan jelas kerana cahaya bulan yang menyimbah masuk ke bilik itu terlalu samar.

   "Tujuan kakak datang ke bilik nina ini adalah hendak membawa nina kerumah kakak.Kakak hendak minta nina jaga anak² kakak sekejap kerana kakak hendak pergi ke bandar."Kata wanita itu setelah suasana sepi seketika.

   Nina terasa panik.Dalam hatinya sudah mula merasakan kehadiran wanita itu terlalu aneh.Mustahil dalam usia malam yang terlalu larut itu dia meminta supaya menjaga anak-anaknya.

   "Maafkan saya kakak.Saya tidak dapat menjaga anak² kakak kerana saya sudah terlalu mengantuk sekarang ini.Lebih baik kakak pergi dari sini sebelum saya menjerit memanggil ibu saya."Kata nina dengan nekad.

   Serentak dengan itu,wanita itu memandangnya dengan rasa marah.Tiba² sahaja wajah itu bertukar dalam sekelip mata.Matanya terjojol keluar.Wajahnya yang bersih dan licin itu menjadi berkedut-kedut seperti rangka.

   Tangannya yang kurus kering itu dijulurkan seolah-olah ingin mencekik nina.Mulutnya menyeringai menampakkan gigi taringnya yang tajam itu.

   Nina terpegun dan akhirnya menjerit sekuat-kuat hatinya.Kemudian dia tidak sedarkan diri.Keesokannya barulah dia tersedar.Kelihatan mamanya duduk disisinya sambil mengurut-ngurut rambutnya.

   Bau kemenyan menusuk ke hidungnya.Seorang bomoh sedang membaca mantera.Ayahnya bersila memandang ke arahnya.Disisi ayahnya kelihatan nini  yang sedang duduk bersimpuh.

   Menurut kata bomoh itu,nina diganggu oleh roh seorang wanita yang mati sesat.Wanita itu mempunyai dua orang anak yang kecil.

   Suatu malam sewaktu hujan turun renyai²,wanita itu telah pergi ke bandar untuk mencari suaminya yang sudah beberapa hari tidak pulang.

   Kedua orang anaknya ditinggalkan bersama seorang perempuan tua yang menjadi pengasuh anak² itu.Biasanya pengasuh itu akan pulang bila tiba waktu senja.

   Setelah menunggu agak lama,akhirnya pengasuh itu pulang kerumahnya dengan meninggalkan kedua anak yang masih kecil itu ketika mereka sedang lena.

   Bila wanita itu pulang kerumahnya,alangkah terkejutnya dia kerana kedua orang anaknya sudah tidak bernyawa lagi akibat terjatuh dari katil.

   Kerana terlalu kecewa,akhirnya wanita itu menggantung dirinya sendiri.Sejak dari itu rohnya sentiasa menganggu orang yang tidak tahu asal-usulnya."Kata bomoh itu mengakhiri ceritanya.

   "Bagaimana hendak menghindarkan roh wanita itu dari terus menganggu."Tanya hafsham.

   "Bacalah surah yassin setiap malam jumaat sehingga 44 hari.Pasti roh itu tidak akan menganggu lagi."Jawab bomoh itu.

   Sejak dari itu setiap malam murni,nina dan nini membaca surah yassin.Nina dan nini cuba meninjau ke hujung jalan untuk melihat rumah wanita itu.

   Disitu memang ada sebatang pokok ketapang yang besar.Tetapi,rumah wanita itu tidak kelihatan sebaliknya di situ bercacak batu² nisan yang sudah senget sehingga ada yang mahu menyembah bumi.

   Nina dan nini berlari ketakutan pulang kerumah.Bagi nina,itu adalah satu peristiwa yang seram yang menimpa dalam hidupnya.

   "Semoga rohnya kembali aman dan mendapat tempat disisi allah."Doanya perlahan-lahan setiap kali setelah selesai menunaikan solat.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Mister Di Kubur

Bahagian (10) - Hantu Jembatan


   Wagiman bersandar dan menutup matanya.Dia mengantuk.Dia telah menguap beberapa kali sejak dua jam yang lama.Jam ditanganya menunjukkan pukul 2 pagi.Sambil berpeluk tubuh dia melunjurkan kedua-dua belah kakinya ke bawah meja dan menyandarkan dirinya dikerusi kayu.Beberapa saat kemudian dia terlena.

   Wagiman bekerja disebuah wisma tol sebuah jambatan yang menyambung lebuhraya dari jakarta ke bandung.Wisma itu terletak di tengah² jambatan yang dibina menyeberangi sebuah sungai yang lebarnya lebih kurang enam ratus meter.Tingginya jambatan tersebut dari paras sungai ialah lebih kurang lebih dua ratus meter.Sungai tersebut yang puncanya dari sebuah gunung tinggi mempunyai banyak jeram memnyebabkan airnya mengalir laju.Dibawah jambatan,perut sungai mempunyai banyak batu² dan jeram dan air membuak-buak berlari ke muka² batu itu bunyinya menderu-deru siang dan malam.

   Disebelah barat,dari arah jakarta,lebuh raya hutan tebal,sementara di sebelah timur dari arah bangung,lebuhraya melalui kampung² petani yang dikelilingi oleh sawah padi dan kebun buah-buahan.Kampung yang dekat sekali dengan terletak lebih dua kilometer.Jarang² ada kenderaan yang lalu disitu.

   Wagiman membuka mata dan meneliti jam ditangannya.Dari cahaya lampu elektrik disyiling wisma itu,jam nya menunjukkan pukul 3 pagi.Dia telah tertidur selama 1 jam.

   Mujur tidak ada kenderaan lalu.Dia bangun dan menjenguk dari tingkap kecil didepannya,dan memandang ke luar.Lebuh raya lengang.Tidak kelihatan apa² yang bergerak.Lampu² yang menerangi sepanjang jambatan kelihatan kelam kerana mulai diselaputi kabus yang turun dari gunung.Wagiman merasa sejuk.Dia mencapai jaketnya yang tergantung didinding dan menyarungnya ke badan.

   Dia duduk semula dan membuka tudung termos kopi yang terletak diatas meja dan menuang air kopi ke dalam cangkir dan minum seteguk.Ah,air kopi panas memang enak rasanya khusus pada malam yang dingin ini,kata hati kecilnya.Dia bersandar semula di kerusi.Bunyi air sungai yang berlari deras di celah² batu besar dibawah jambatan menderu-deru ditelinganya.Dia menutup matanya semula.

   Seketika kemudian wagiman membuka mata semula dan memasang telinga.

   Dalam bunyi air yang menderu-deru dibawah jambatan dia mendengar satu bunyi yang lain.Dari arah pangkal jambatan dari jakarta dengar bunyi sayup bunyi kaki berjalan memakai sepatu.Semakin lama semakin dekat bunyinya.Siapa pula yangberjalan malam² buta ini.Dia menjenguk ke luar tingkap dan sedang berjalan seorang sedang berjalan di tengah² jambatan sedang menuju kearahnya seorang lelaki berpakaian kemeja lengan panjang dan seluar panjang warna putih.Wagiman tidak nampak muka orang itu kerana kabut tebal sudah pun meliputi jambatan.

   Orang itu berjalan tergesa-gesa dan tidak lama kemudian lalu didepan tingkapnya dan terus berjalan ke hujung jambatan ke arah bandung.Wagiman tidak sempat berkata apa².Dia hanya memerhatikan saja orang itu yang semakin lama semakin jauh.Orang itu juga tidak memandangnya waktu lalu ditepi tingkap tadi.

   Kurang lebih dari 50 kilometer jauhnya dari wagiman,orang itu tiba² berhenti dan memanjat tembok jambatan.Wagiman terkejut dan seketika itu juga berkata."Oi,pak mau buat apa?."

   Orang itu sedikit pun tidak memandang ke arahnya.Dia berdiri tegak diatas tembok dan seketika kemudian terjun kaki dulu ke dalam sungai.Wagiman melompat ke pintu wisma tol dan segera membuka pintu.Dia berlari ke tempat orang itu terjun.

   Keadaan gelap dibawah jambatan menyebabkan wagiman tidak nampak apa² pun.Kalau terang pun sudah tentu orang itu tidak dapat diselamatkan lagi kerana arus yang deras segera menghanyutkannya.

   Wagiman berlari semula ke wisma tolnya untuk menelefon polis di kampung.Ketua polis ialah sarjan saryo.

   "Hallo,hallo,pak saryo ada?."Kata wagiman tergesa-gesa di muncung telefon.

   "Ia,saryo disini,ada apa?."Pak saryo menjawab.

   "Pak saryo...ada...orang....mati.."Jawab wagiman tergagap-gagap."Ada orang mati...terjun di sungai.."

   "Wagiman tu...apa ribut² ayuh..bertenang dong.Cakapnya perlahan sedikit.Jangan gugup."Kata pak saryo.

   Wagiman terdiam sejenak dan menarik nafas panjang.Kemudian dia bercakap semula,kali ini dengan suara yang tenang sedikit."Tadi,baru sebentar saya lihat satu orang lelaki terjun di jambatan ini."Dia menceritakan dari awal hingga akhir peristiwa yang telah dilihatnya lagi.

   "Baiklah,tunggu disitu.Sebentar nanti saya datang."Jawab suryo.

   Wagiman keluar semula dan menunggu pak suryo ditepi tembok dimana orang lelaki tadi terjun.Tidak lama kemudian pak suryo tiba dengan sebuah jeep dengan ditemani oleh seorang polis yang membawa lampu besar.

   "Disini dia terjun?."Tanya pak suryi.Wagiman menganguk-anggukkan kepalanya.Pak suryo mengarah kan temannya menyuluh ke bawah jambatan dengan lampu besar tetapi tidak kelihatan apa².Dalam cahaya lampu yang nampak ialah air sungai yang mengalir laju di celah² batu dengan suara yang menderu-deru.

   "Aku kira mayatnya sudah hanyut dibawa air."Kata pak suryo.

   Esok,pagi² lagi,pak suryo dengan anggota² polisnya turun tebing sungai untuk mencari-cari mayat di celah² batu,tetapi tidak berjumpa.

   Tiga malam kemudian,wagiman duduk bersandar dikerusinya,bila sekali lagi dia mendengar bunyi kaki orang berjalan di jambatan dari arah hutan tebal kurang lebih pada jam 3 pagi.

   Tidak ada kabus pada malam itu.Lampu² disepanjang jambatan terang benderang.Langit bersih sama sekali dan bulan terang.Dari cahaya lampu dan bulan wagiman nampak jelas orang itu yang sekarang semakin mendekatinya.Dia berpakaian serba putih sebagaimana tiga malam yang lalu.Sepatutnya warna hitam.Orang itu tingginya sederhana.Warna kulitnya hitam manis.Rambutnya panjang dan disikat bersih sampai ke tengkuk.Mukanya kacak.Umurnya tidak lebih dari dua puluh lima tahun.

   Wagiman seram sejuk.Bulu roma ditengkunya berdiri,kerana yang datang mendekat menghampiri wagiman bukanlah manusia biasa tetapi hantu yang berjalan terus dengan tidak memandang ke kanan atau ke kiri.Mukannya sentiasa memandang ke depan.

   Dia berjalan depan tingkap wisma dimana wagiman berdiri memerhatikannya.Dia berhenti ditepi tembok dimana dia telah terjun.Dia memanjat tembok dan berdiri.Kali ini sebelum terjun dia memalingkan muka dan memandang ke arah wagiman yang masih berdiri di tingkap seolah-olah terpaku disitu.Barulah wagiman memandang tepat ke mukanya.Hantu itu memberikan senyuman dan kemudian terjun ke dalam sungai.

   Wagiman duduk dikerusi dan menutup matanya dengan tapak tangan.Mata orang itu sewaktu memandangnya tadi masih terbayang dimatanya.Walau pun jarak diantara mereka lebih kurang 50 meter,wagiman nampak jelas mata orang itu hidup,dibahagian hitamnya tajam dan bergerak-gerak seketika besar dan seketika kecil,sementara dibahagian putihnya dipenuhi oleh urat² merah halus yang bergerak-gerak seperti cacing didalam air.

   Wagiman memutuskan bahawa esok dia akan menemui ketua pejabat nya dan meminta tukar kerja di siang hari.Permohonannya disetujui walaupun ketuanya tidak percaya dengan ceritanya bahawa jambatan itu berhantu.Sejak peristiwa tersebut,wagiman tidak seperti dulu lagi.Kelakuannya berubah.

   Bila duduk atau berjalan didalam atau diluar rumah hatta diwaktu siang sekali pun,dia kerap menoleh ke belakang selaku memerhatikan sesuatu sedang mengikutinya.Dia sentiasa takut dan cemas.Satu pagi,beberapa hari kemudian,dia sedang berjalan pulang dari pasar.

   Dipertengahan jalan kecil yang lengang menuju kerumahnya,tiba² seluruh anggotannya menggeletar ketakutan.Walaupun hari terang benderang dan nampak berdiri disebatang pokok ditepi jalan tidak jauh daripadanya ialah hantu yang dilihatnya terjun dari jambatan sedang memerhatikannya.Seluruh badan wagiman menjadi lemah.Walau pun dia cuba untuk menggerakkan kakinya untuk berjalan semula meninggalkan tempat itu dengan segera,dia tidak berjaya kerana kakinya berat seperti besi.

   Mata hantu itu yang merenungnya nampak jelas bergerak-gerak.Bahagian hitamnya seketika besar dan seketika kecil sementara bahagian putihnya dipenuhi oleh urat² merah yang bergerak-gerak.Seketika kemudian hantu itu hilang dari pandangannya.Barulah dia dapat bergerak.

   Dia segera berlari anak kerumahnya yang tidak jauh dari situ dan bila saja tiba dirumahnya dia terus ke dapur rumahnya dia terus ke dapur dan minum air sejuk untuk mententeramkan dirinya.Dengan suara yang tercungap-cungap dia memberitahu isterinya yang sedang memasak peristiwa yang berlaku tadi.

   "Ya.Yati,aku fikir dia sedang memburu aku dan satu hari nanti aku akan menjadi mangsanya."Kata wagiman.

   Yati cuba mententeramkan suaminya dengan berkata."Mas,saya fikir semua itu adalah angan² saja.Masakan disiang hari ada hantu."

   "Ah.itulah kau.Semuanya tak percaya.Satu hari nanti kau juga akan menjumpainya."Jawab wagiman dengan suara yang agak keras sedikit.

   Pada petang itu wagiman sedang berehat diatas pangkin yang terletak di depan rumahnya.Sambil bersandar didinding dirumahnya dia memikirkan peristiwa² yang telah dialaminya sejak beberapa hari yang lalu.Mengapa dia diburu oleh hantu itu?Buntu fikirannya untuk mencari sebab² dia menjadi mangsa hantu tersebut.

   Diwaktu itu beberapa jiran wagiman yang duduk di luar rumah masing².Ada yang berbual-bual diantara satu sama lain dan ada yang memerhatikan anak² mereka bermain dengan riang dihalaman rumah masing².

   Sejurus sebelum matahari masuk,diwaktu senja mula meliputi kampung dan kawasan kelilingnya,wagiman yang masih lagi duduk dipangkin tiba² melompat berdiri dengan muka yang ketakutan.Yati berada dalam rumah.Dia terkejut bila mendengar suara wagiman menjerit ketakutan dan berkata."Tolong aku,tolong aku,dia datang hendak membunuh aku."

   Yati berkejar ke depan dan mendapati wagiman sudah pun lari lintang pukang menuju ke jalan raya,sambil sekali sekala memandang ke belakang selaku dia sedang dikejar sesuatu.Jiran² yang masih duduk didepan rumah masing² telah gempar melihat kelakuan wagiman selaku orang gila terjerit-jerit meminta tolong.Beberapa orang lelaki telah mengejarnya.

   Wagiman terus berlari sambil menjerit-jerit minta tolong dan berkata bahawa dia sedang dikejar oleh hantu.Bagaimana pun orang² kampung tidak nampak sesiapa yang mengejarnya melainkan beberapa orang jirannya yang sedang berlari jauh dibelakangnya.Mereka cuba menangkap nya agar dia tidak dilanggar oleh lalu lintas yang sedang sibuk di jalan raya itu.Percubaan mereka tidak berjaya kerana wagiman semakin jauh meninggalkan mereka.

   Wagiman berlari ke arah jambatan semakin lama semakin jauh meninggalkan jiran² yang mengejarnya.Bila tiba ditembok jambatan kurang lebih 50 meter dari wisma tol,dia kelihatan berhenti dan berpusing ke belakang selaku menghadap sesuatu.

   Mukanya pucat lesi dan seluruh anggotanya menggigil ketakutan.Suaranya kedengaran berkata."Jangan,jangan aku tidak bersalah.Aku tidak mau mati."Berkali-kali.Beberapa orang yang sedang bersiar-siar dijambatan itu hairan kerana tidak sesiapa berhampiran dengan wagiman.

   Jiran² wagiman baru saja tiba di pangkal jambatan bila mereka melihat wagiman berdiri diatas tembok.Cara dia naik keatas tembok itu bukan lah memanjat,tetapi seolah-olah ada sesuatu yang ghaib telah mengangkatnya kesitu.Belum pun mereka lari beberapa langkah lagi,wagiman telah jatuh kedalam air sungai dan terus ditelan air yang membuak-buak dan berlari laju.Mereka berdiri ditepi tembok jambatan dan memerhatikannya ke sungai,tetapi tidak nampak wagiman timbul lagi.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma
Misteri Di Kubur

Bahagian (9) - Tengkorak


   Petang itu rahman duduk termenung dianjung rumahnya.Matanya tertumpu pada rimbunan bunga yang menghias laman rumahnya.Angin sepoi² bahasa yang menjamah wajahnya terasa menyamankan.

   Fikirannya melayang jauh entah kemana.Sekali sekala dilepaskan keluhan demi keluhan.Tanpa disedarinya,segala kelakuannya diperhatikan oleh ibunya yang sudah agak lama tercegat di pintu.

   "Eh rahman,bila lagi engkau hendak pergi kerumah manan itu?Dua tiga hari lagi dia hendak balik ke singapura."

   Sapaan dari ibunya mengejutkan rahman dari lamunannya.Segala apa yang terbayang dikotak fikirannya hilang bertaburan bagai kabus ditiup angin.

   "Nantilah dulu,mak.Selepas maghrib nanti,saya pergi."Jawabnya setelah bungkam seketika.

   "Kau nak nanti bila lagi?kalau mana tu pulang ke singapura,langsung kau tak dapat jumpa dia.Masa dia datang kelmarin,kau tak ada.Berkali-kali dia pesan kepada mak suruh kau jumpa dia."Leter ibunya panjang.

   "Iya lah mak,nanti saya pergilah."jawab rahman sambil mencapai tuala yang tersidai diampaian lalu terus menuju ke bilik air.

   Ibu rahman yang masih tercegat dianjung menggeleng-gelengkan kepala dan melihat kelakuan anak lelaki tunggalnya itu.Dia tahu betapa resahnya hati rahman kerana sehingga kini rahman masih menganggur.

   Kira² 15 minit kemudian,rahman keluar dari bilik air sambil menyanyi-nyanyi kecil.Kemudian dia menuju ke biliknya untuk solat.

   Selesai berdoa,dia berwirid seketika seperti biasa.Kemudian dia mengenakan sehelai baju t berwarna biru dipadankan dengan seluar jean yang sudah agak lusuh warnanya.

   "Saya pergi dulu mak."Rahman memberitahu ibunya yang masih berselubung dengan kain telekung.

   Tanpa lengah² lagi,rahman pun melangkahkan kakinya menuju kerumah manan yang terletak kira² 1 kilometer dari rumahnya.

   Jarak yang berdekatan itu tidak memerlukan rahman menaiki apa² kenderaan.Tambahan pula,kampung rahman masih belum mendapat kemudahan seperti perkhidmatan bas dan bekalan letrik.

   Rahman terus meredah malam yang kian kelam itu.Dalam hatinya sedikit pun tidak timbul takut kerana dia sudah biasa dengan keadaan gelap.

   Walau pun dia pernah mendengar cerita² seram mengenai kampung itu,tetapi perasaan nya tetap menyangkal apa yang pernah didengarnya.

   Menurut kata orang kampung,sewaktu pemerintahan jepun dulu,dikampung itu teradapat banyak kawasan tanah perkuburan.Bila jepun datang,kampung itu pun dibangunkan lalu dinamakan sebagai kampung melayu.

   Kawasan² tanah perkuburan itu dijadikan sebagai tempat menanam ubi sehingga ada diantara kubur² itu terpaksa dipindahkan ke tempat lain di pinggir hutan.

   Sejak itu,kampung itu sering dilanda oleh suara² aneh yang menganggu ketenteraman penghuninya.Ada setengah orang kampung ternampak tengkorak dan macam² pandangan yang menyeramkan.

   Sehingga kini,penghuni² kampung melayu cukup takut untuk keluar malam.Lagi pun,kampung itu terlalu gelap kerana tidak ada sinar letrik yang masuk kekampung itu.

   Rahman yang masih berjalan sendirian tidak memperdulikan cerita² yang mula timbul diingatannya.Baginya,dari kecil hingga dewasa,dia tidak pernah terserempak dengan kejadian yang tidak diingini.

   Ketika melintas dikawasan perkuburan yang dipindahkan dulu,rahman menoleh ke kiri dan ke kanan.Kawasan itu nampak berbalam-balam dipanah oleh cahaya bulan yang samar².

   Mata rahman mula liar memerhatikan keadaan sekelilingnya.Walau pun dia seorang yang berani,tetapi hati kecilnya tidak terasa kecut bila terdengar bunyi burung jampuk yang bersahut-sahutan.

   Rahman cuba menyingkirkan perasaan takut dari hatinya.Makin lama perasaan itu makin mencengkam.Hampir² saja rahman mahu berlari,namun dikuatkan semangatnya.

   Tiba² mata rahman terpaku pada seorang tua yang sedang berjalan terdengkot-dengkot.Ditanganya ada sebatang tongkat rotan.

   Rahman kenal orang tua itu.Semua orang kampung memanggilnya pak abu.Pak abu sudah terlalu tua dan sakit² pula.Rahman selalu menjenguk orang tua itu di pondoknya.

   "Apa pula yang dibuat oleh orang tua ini malam² begini."Bisik hati kecil rahman sambil tergesa-gesa menghampiri orang tua itu.

   Rahman cuba berjalan beriring dengan orang tua itu,tetapi pak abu cukup laju berjalan sehingga seolah-olah kelihatan seperti sedang berlari.

   Rahman yang sudah termengah-mengah itu cuba menegur pak abu."Pak abu hendak kemana."

   Pertanyaan rahman tidak dijawab sedikit pun malah pak abu sedikit pun tidak menoleh kearah rahman.Kakinya cukup pantas berjalan sehingga seperti tidak jejak ke tanah.

   "Kenapa orang tua ni,pekak ke?."Pertanyaan demi pertanyaan timbul dihati rahman.

   Rahman tidak sanggup mengejar pak abu yang masih berjalan pantas.Dia membiarkan pak abu meninggalkannya.Rahman pula sudah tidak perlu berjalan cepat² kerana rumah manan sudah tidak berapa jauh lagi.

   Tiba² langkahnya terhenti bila terpandang pak abu melencong ke tepi hutan.Mula² rahman fikir pak abu hendak masuk ke dalam hutan.

   Tetapi,sangkaan rahman meleset.Pak abu berdiri ditepi hutan itu kerana hendak membuang air kecil.Rahman menunggu pak abu dengan menyandarkan tubuhnya ke sebatang pokok kelapa.

   Setelah selesai rahman menuruti pak abu yang sudah memulakan langkahnya semula,kali ini langkahnya lemah sedikit.Akhirnya pak abu tertinggal jauh ke belakang.

   Rahman menoleh ke belakang.Dari cahaya bulan yang suram,dia masih nampak bayang² hitam seorang tua yang sedang memegang tongkat.

   "Aneh betul pak abu pada malam ini.Selalunya dia ramah dengan aku.Kenapa dia tidak menjawab sewaktu aku menegurnya tadi."Cetus hati rahman yang masih kehairanan.

   Rahman meneruskan perjalanannya.Telinganya menangkap bunyi kaki yang memijak daun² kering di belakangnya.Rahman terasa ada orang dibelakangnya.

   Serta merta rahman menoleh kebelakang.Hampir hilang semangat rahman bila dia terpandang apa yang mengikutinya adalah tengkorak yang sedang menjangkaukan tangannya hendak mencekik rahman.

   Rahman menepis tangan kurus yang sudah tidak berkulit itu.Mulut tengkorak itu menyeringai menampakkan taringnya yang tajam².Matanya yang sudah jauh terperosok ke dalam itu benar² mengerikan.

   Rahman menjadi terlalu takut sehingga kakinya terpaku ditempat dia berdiri.Hampir² saja dia rebah ketika tengkorak itu berjaya memegang batang leher.

   Entah dari mana datangnya,tiba² rahman mendapat satu keuatan.Dengan suara yang lantang,rahman melaungkan ayat² suci yang teringat difikirannya pada ketika itu.

   Serentak dengan itu tengkorak hidup itu melepaskan leher rahman dengan satu lolongan yang amat mengerikan.Tanpa lengah² lagi,rahman terus berlari menuju kerumah manan.

   Sampai dirumah manan,rahman terjerit-jerit memanggil manan.Malam itu,rahman terus tidur dirumah manan saja.

   Keesokannya.rahman menceritakan segala peristiwa ngeri yang menimpanya pada malam itu.Bagi nya pengalamna itu terlalu menakutkan sehingga hampir² meragut nyawanya sendiri.

   Akhirnya baru lah rahman tahu cerita sebenarnya mengenai pak abu.Pak abu memang sudah lama meninggal dunia sendirian dipondoknya.

   Mayatnya ditemui ketika sudah reput dan meninggalkan bau yang amat busuk sekali.Mayat itu dikebumikan dikawasan tanah perkuburan yang terletak dipinggir hutan.

   Sewaktu pak abu meninggal dunia,rahman tidak ada dikampung masa itu.Waktu itu,dia bekerja sebagai buruh kontrak di kota.kematian pak abu sedikit pun tidak diketahuinya.

   Mulai saat itu,rahman tidak lagi berani keluar pada waktu malam.Perasaan takutnya masih lagi menyelubungi hatinya dan setiap kali dia mengingati peristiwa itu,bulu romanya sentiasa berdiri.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma