Monday, 3 October 2016

Cerita Tambahan Dari Naskah Dukun Iblis.

Cerita Tambahan Dari Naskah Dukun Iblis

Mayat

 
   Angin bertiup menggugurkan daun-daun kering,melayang-layang berterbangan jatuh dijalanan.Pucuk pokok-pokok yang tumbuh ditepi jalan berbunyi ketika ditiup angin yang mula kencang itu dan jatuh menimpa keranda yang sedang dipikul oleh orang-orang kampung.

   Jenazah yang sedang dipikul itu mempunyai pengiring yang sedikit jumlahnya.Mereka tidak lebih dari sepuluh orang termasuk yang memikul keranda.Angin yang sedang bertiup dengan bunyi yang menakutkan itu menghambat langkah orang-orang yang sedang memikul jenazah.

   Ketika iringan pemikul jenazah tersebut sampai ditengah perjalanan,angin yang bertiup itu menumbangkan sebatang pokok,lalu patah batangnya."Kraaakkkkk..."

   "Awas..pokok tumbang! ! !"Teriak orang yang dibelakang.

   Kerana pemikul tersebut menahan beban maka tiada lah tahu pokok mana yang tumbang.Sebelum pemikul-pemikul tersebut menyedari bahaya yang akan menimpanya,pokok tersebut telah merempuh tengah-tengah keranda.

   "Bruuuuukkkkk....Kraakkkkk."

   Orang-orang yang memikul jenazah tersebut terpelanting sambil berusaha menyelamatkan diri.Keranda tersebut patah dua.Jenazahnya tertindih kayu sedangkan pemikul-pemikulnya ada yang kesakitan bahunya,namun terselamat daripada malapetaka tersebut.Tentu saja hal itu menimbulkan huru-hara.

   "Udin...awak selamat?"Tanya pengiring.

   "Ya..tapi bahuku sungguh sakit.Oh..mayat wak dukun tertindih pokok."

   "Bagaimana yang lainnya."Tanya yang jadi pengiring.

   "Ya.Saya selamat juga,tapi menerima kesakitan."Jawab yang lainnya.

   Orang-orang yang mengiringi jenazah tersebut segera berkerumun memerhati jenazah yang terhimpit kayu.Mereka berusaha untuk mengeluarkan jenazah dari himpitan kayu tersebut.Mereka terkejut memandang jenazah tersebut.

   Kain kapan pembungkus jenazah itu berdarah.Darah tersebut baru keluar dari bahagian kepala.Makin diperhati keadaan jenazah tersebut makin menakutkan.Setiap mata yang memandang memberi keyakinan bahawa sebelah tangan mayat wak dukun terkeluar dari kain kapan.Tangan itu sedikit bergerak.

   "Waaa....mayat wak dukun bergerak..."Seseorang tiba-tiba bersuara itu kerana ingin menyatakan kengerian itu.Dan darah pun terkeluar dari tubuh mayat.Tidak lama kemudian,orang-orang yang berada disitu bertempiaran lari kerana ketakutan.Keadaan mayat wak dukun sungguh mengerikan.Ia nya bagai orang yang tertimpa kemalangan.

   Tiga orang penggali kubur belum tahu tentang kejadian ini.Mereka tetap menunggu ketibaan jenazah yang dihantar kesitu.Masa pun dah lewat tengah hari.Penggali-penggali itu sungguh risau kerana terlampau lama menunggu.

   "Kasim...kau bagi tahu lah kepada mereka.Kita dah lama menunggu."

   "Baiklah...saya pun dah naik jemu menunggu mereka."Jawab kasim yang segera berjalan meninggalkan kedua temannya ditanah perkuburan.Kasim pun terus berjalan dengan langkah yang agak cepat kerana dia melihat keatas,mendung telah menghitam.Angin bertiup pun sudah pun reda.

   Bila kasim sampai ditempat kejadian dan melihat mayat wak dukun terhimpit,mulut kasim ternganga tak tahu hendak mengucap.Mata kasim pun menjadi bulat bila melihat darah membasahi kain kapan tersebut,kemudian tangan mayat bergerak lemah.

   "Ma...mayat..ini ber....waaaaaaaa..."Teriak kasim terus berlari meninggalkan tempat tersebut.

   Laungan kasim yang cukup kuat tersebut terdengar oleh kedua orang yang masih berada dikubur.Keduanya terkejut dan mula syak.

   "Apakah kau mendengar seseorang menjerit?"Tanya yang seorang disitu.

   "Ya...tak jauh dari kita berdiri ini.Marilah kita lihat."Ajak yang seorang lagi.Mereka berdua kemudian meninggalkan tanah kubur yang telah digali itu.Ketika mereka berdua tiba ditempat kejadian,mereka melihat jenazah wak dukun yang mengerikan itu.

   "Hah..kemana orang-orang yang mengusung jenazah ini?"

   "Oh..tidak..tak seharusnya mayat ini berdarah.Ini tak boleh jadi."Kata seorang lagi sambil mengawasi mayat itu dengan perasaan yang ketakutan.Akhirnya kedua orang tersebut meninggalkan jenazah wak dukun dan lari ketakutan.

   Perkara jenazah wak dukun yang tertimpa kemalangan itu menjadikan huru-hara dikampung.Cerita itu cepat merebak menjadi bahan cerita yang menakutkan.Ketika hari menjelang petang,hujan pun dengan lebatnya disertai petir yang menyambar-nyambar menakutkan.

   Jenazah wak dukun masih berada dijalan kecil yang menghala kearah kubur,dan masih dihempap oleh sebatang pokok getah yang besar.Bahagian-bahagian keranda telah pecah sehingga jenazah wak dukun terkeluar dari keranda dan kain kapan tersebut koyak sehingga sebelah tangan jenazah terkeluar.

   Sebahagian besar orang-orang yang menceritakan hal mayat wak dukun yang terhempap oleh pokok tersebut,malah memburukkan nasib jenazah wak dukun.Mereka yang ikut bercerita mempersoalkan tentang wak dukun banyak dosa.

   "Itulah kematian seseorang yang semasa hidupnya mengamalkan perbuatan tak senonoh.Sesungguhnya dia adalah dukun penipu."Kata sebahagian penduduk kampung.

   Jenazah wak dukun yang dihempap oleh pokok masih hangat dibincangkan pada hari itu sehingga menjelang malam.Ada yang bersyukur dengan kematian wak dukun yang herot mulutnya dan ada yang ketakutan tentang kemalangan itu.

   Malamnya di pondok jaga rukun tetangga.

   Dua orang telah berada dipondok itu.Suasana malam itu terlalu gelap.Maka walaupun malam baru saja bermula tapi keadaanya telah hitam pekat,apa lagi di perkampungan itu belum ada lagi bekalan elektrik.

   Untuk menerangi pondok tersebut dipasang juga lampu minyak yang digantung ditiang pondok.Didalam pondok tersebut dipasang pangkin yang tinggi sehingga dibawah pangkin boleh dihidupkan api unggun yang tidak bernyala dan asapnya untuk mengusir nyamuk atau api itu digunakan untuk memanaskan tubuh bila malam telah sejuk benar.

   Angin yang bertiup dimalam itu berhembus perlahan tetapi membawa udara sejuk.Dua orang pengawal sedang duduk-duduk dipangkin sambil berselimutkan kain sarung.Tidak lama kemudian dua orang lagi rakan yang bertugas untuk mengawal dimalam itu datang kepondok rukun tetangga.Semuanya berjumlah empat orang.

   "Sejuk benar malam ini."Kata salah seorang dari mereka berempat itu.

   "Yalah.Tak seperti biasanya.Eh..dengar-dengar cerita wak dukun sarpin meninggal dunia.Pagi tadi baru dikebumikan."Kata yang menjawab tersebut.Dua orang lagi masih diam,kerana asyik bermain dam.

   "Dukun penipu itu apa pedulinya.Mati ke idup ke...kalau mampus lagi elok."

   "Eh..apa kenenya dengan wak dukun sarpin itu?"

   "Aku dah kene dah.Seratus ringgit lebih aku bayar wang pengeras,habuk pun tarak.Kononnya dia punya ilmu pengasih yang hebatlah,inilah...itulah.Hasilnya..lesap wang gaji aku."Jawap yang tertipu oleh wak sarpin.

   "Eh..tak boleh awak memburuk-burukkan nama dia macam tu..din.."

   "Kau dengarlah cerita aku."Kata kudin membela diri.

   "Ha..ceritalah aku nak dengar.Elok dengar cerita sejuk-sejuk begini."

   Kudin memulakan ceritanya dan amat mendengarnya dengan khusyuk.

   "Aku mintak tolong pada wak sarpin nak kenekan anak dara makcik rokiah itu.Maka datanglah aku ketempat wak sarpin membawa maksudku.Setelah demikian dia pun membisikkan kata-kata nasihat kepadaku.

   "No problem kudin..."Kata wak sarpin speaking pulak.Bahasa inggeris sangkut-sangkut nak tunjuk eksen pula."Kata kudin dan berhenti sekejap.

   "Teruskan-teruskan."Amat tak sabar lagi.

   "Dia kata boleh jadikan si emi itu boleh jatuh cinta kepadaku,dan tergila-gila kepadaku.Tapi dengan satu syarat."Cerita kudin.

   "Ya..apa syaratnya?"Amat menyoal lagi.

   "Syaratnya aku harus membeli rokok sebungkus untuk aku hisap didepan emi,setelah rokok itu dijampi.Maka belilah aku rokok sebungkus dan wak sarpin menjampinya,kemudian kata wak sarpin,kau hisaplah rokok ini didepan emi.Gerenti dalam masa yang singkat,emi pasti cari awak dan jatuh cinta."

   Maka aku bersedua melakukan seperti yang wak sarpin arahkan.Sebelum aku pergi,wak sarpin pun membisikkan sesuatau kepada aku."Untuk lebih kuat pengaruh cintanya,kau mesti memberi pengeras."Kata wak sarpin.

   "Berapa pengerasnya wak sarpin?"Tanyaku.

   "Ala..berapa saja lah asalkan emi jadi milik kau dan dia gilakan kau,bayar lah seratus ringgit apa salah."Kata wak sarpin.

   Aku pun mengeluarkan wang seratus ringgit.Suatu hari aku pun cubalah menghisap rokok didepan emi.Push..push..asap rokok kuhembus...kemudian aku menunggu hasilnya.Tunggu punya tunggu,bukan nya emi cari aku dan gila kan kepadaku tetapi sebaliknya aku pula yang hampir hari-hari mencari dia dan merasa macam orang gila."Kata kudin.

   "Dan dalam masa yang singkat,bukannya emi yang jatuh cinta kepadaku,malah dia cepat kahwin dengan orang lain.Ha tengok tu.Melepas seratus ringgit,melepas pula emi gadis idamanku itu."Kata kudin menambahkan.

   Dua orang yang sedang bermain dam tergelak mendengar cerita kudin.Amat pun tak dapat menahan gelinya.Suasana malam yang sejuk itu menjadikan rasa humor dengan cerita kudin yang entah benar entah tidak.

   "Eh..benarkah ceritamu itu?"Soal amat.

   "Takkan aku nak bohong pulak.Kalau kau tak percaya,kau boleh tanya jenab,si janda yang punya anak kecil itu.Dia punya kes lagi teruk."Kata kudin bersungguh-sungguh.

   "Janda muda yang cantik itu?"Tanya rakannya yang masih bermain dam.

   "Iya..cerita dia begini.Jenab meminta tolong pada wak sarpin untuk mengubat anak kecil itu.Tetapi sempat pula wak sarpin mengubat jenab.Hampir-hampir jenab mengandung.Untunglah aku cepat membawa jenab ke doktor dan selamatlah jenab dari menahan malu."Kata kudin.

   "Eh..benar juga cerita kau tu kudin.Aku dengar juga cerita itu,sehingga jenab pindah dari kampung kita ini."Kata pemain dam yang seorang lagi.

   "Itulah..aku tak mau bawa-bawa cerita tak tentu pasal.Maka aku tak ambil peduli dengan kematiannya."Kata kudin menjelaskan.

   "Dengar-dengar juga kata orang,entah benar entah tidak tak tahu lah.Jenazah wak sarpin tak jadi dikebumikan hari ini."Kata amat.

   "Jadi..nak tunggu bila?Nak tunggu mayat itu busuk?"Kata kudin.

   "Bukan macam tu.Kata orang jenazah wak sarpin dibiarkan terbaring ditepi jalan kecil yang menuju ke tanah kubur tersebut,kerana kemalangan."Kata amat.

   "Ha..cerita karut apa pula ini."Kata kudin.

   "Kata orang din...bukan kata aku.Malah mayat itu telah terkeluar dari keranda,dan kain kapan terkoyak."Amat menjelaskan.Suasana malam yang gelap-gelita ini tiba-tiba menjadi seram dengan muncul nya cerita amat.

   "Dah lah...jangan pulak cerita yang bukan-bukan.Elok kita meronda."Ajak kudin.Amat merasa enggan untuk pergi.Apa yang diceritakan itu mempengaruhi dirinya.Tapi dirinya tidak tahu benar atau tidaknya.Maka dengan perasaan berat dia bangun dari tempat duduknya.

   "Agaknya benar tak cerita kematian wak sarpin itu?"Tanya seorang yang bermain dam.

   "Mana aku tahu..."Jawab amat sambil mengikat kain sarungnya dipinggang.

   "Eh..janganlah awak nak lama-lama adakan rondaan.Sejuk macam ni nak pergi jugak."Kata yang pemain dam seorang lagi.

   Amat dan kudin mula berjalan dengan membawa lampu suluh dan tongkat.Mereka berdua berjalan menembus kegelapan malam.Dua orang pemain dam tersebut menghentikan permainannya.Kesunyian malam dan teringat cerita amat tadi mula mempengaruhi,pengawal dua orang itu.

   "Agak lain juga rasanya malam ini.Macam ada apa-apa."Kata yang seorang.

   "Jangan awak nak takutkan aku,mari kita teruskan mainan kita."Ajaknya.Kedua pengawal tersebut meneruskan permainannya walau pun cerita amat tadi mempengaruhi fikiran mereka berdua.

   Kudin dan amat terus berjalan melalui lorong-lorong kampung yang gelap dan kadang-kadang menimbulkan rasa seram.Rasa seram itu ada pada diri amat kerana tadi dia mendengar cerita tentang kematian wak dukun sarpin yang tidak jadi dikebumikan itu.Dia berjalan pun rapat-rapat dengan kudin.

   "Eh..yang kau berjalan berhimpit macam ponda ni kenapa ha?"Tegur kudin.

   "Sejuk din...."Kata amat sambil mengawasi kiri kanannya.Mereka berdua terus berjalan.Kudin tidak merasakan syak apa-apa.Sebaliknya amat merasakan mendengar sesuatu suara yang lembut.

   "Sreeekk..."Terdengar suatu suara lembut berhampiran dengan mereka.

   "Kudin..suara apa itu?"Bisik amat ditelinga kudin.Mereka berdua menghentikan langkahnya.Suara itu memang terdengar,tetapi amat perlahan.Amat merasakan debaran jantungnya mula kencang.Sedangkan kudin memastikan tentang suara lembut tadi.

   "Ihiiikkkk...hikkkk...."Suara itu lembut terdengar.Angin malam yang bertiup kebetulan lembut.Amat makin berdebar.Kudin pun mula merasakan kejutan dijantungnya.Mereka berdua memasang telinganya untuk mencuba mendengarkan suara itu lagi.

   "Sreekkk...."Suara halus itu terdengar lagi amat sudah bersedia hendak ambil langkah seribu,tetapi kudin segera memegang bahu amat.

   "Lepaskan bajuku...oh..saya terbayang wajah wak sarpin."Jerit amat.

   "Ssssttt...."Suara kudin mengharapkan agar amat diam.

   "Ya...memang benar...aku men..."Kata kudin belum habis.

   "Mari kita lari.."Ajak amat.

   "Bukan itu bodoh...maksudku mari kita menyiasat tentang suara itu."Ajak kudin mula melangkah dengan perlahan seakan mendekati suara yang menakutkan itu.

   "Kau hendak melihat rupa hantu itu?"Bisik amat ketakutan.

   "Bukan lah...aku nak pastikan sama ada bunyi angin atau suara manusia."

   "Sudah lah din...mari kita pergi,cerita kematian wak sarpin itu benar."

   "Mari ikut aku bodoh...dan dengar..."Bisik kudin dengan melangkah perlahan.Akhirnya keduanya berjalan lagi dengan melangkah perlahan.Kudin memasang telinganya berharap dapat mendengar suara itu.

   "Aku tahu.."Bisik kudin.

   "Baik kita tinggalkan tempat ini...."Kata kudin lagi.Lapanglah dihati amat kerana kecemasan ditempat ini akan berakhir.Tapi amat ingin tahu pulak apa yang kudin tahu itu.

   "Katakan apa yang kau tahu dari suara yang menakutkan itu."Soal amat.

   "Menakutkan?..kau tak ingatkah..ini rumah pengantin yang baru semalam bersanding.Malam ini mungkin malam pertama mereka berdua.Suara tadi mungkin suara pujuk rayu pengantin tersebut,dan bunyi 'srek' tadi adalah suara katil yang bergoyang bodoh.."Kata kudin menjelaskan sambil berjalan.

   "What...."Kata amat dengan menghentikan langkahnya.Amat merasa ketakutannya segera hilang dan diganti pula dengan bayangan yang bukan-bukan.Dalam fikirannya,terbayang malam pertama bersama isterinya.

   "Kalau macam tu jom kita intai..."Ajak amat bersemangat.

   "Kita lupakan sekejap kematian wak sarpin.Mari kita berseronok intai pengantin yang sedang hot dilanda asmara itu."Kata amat.Kudin menggelengkan kepalanya.

   "Jangan jadi bodoh..din...mana nak dapat peluang sebaik ini."Kata amat yang serba ingin tahu.

   "Tugas kau ni benar-benar menyeleweng.Tidak bersih cekap dan amanah."Kata kudin.

   "Ala..kotor sikit-sikit pun jadilah..mana ada orang tahu."Kata amat yang kemudian berjalan perlahan mendekati dinding bilik pengantin.

   "Kau intailah,aku tak mau."Kata kudin yang pantang melihat hal itu.

   "Yalah...temankan aku saja.Biar aku intai seorang diri."Pujuk amat.Akhirnya keduanya kembali mendekati dinding bilik pengantin.Kudin memang tak ada niat sama sekali untuk mengintai apa yang berlaku didalam.Dia hanya berdiri memandang kegelapan malam.Sedangkan amat berusaha mencari lubang didinding.

   "Iiii...hiikkk...auuu...pelanlah sikit..."Suara perempuan terdengar.

   "Nak nyah...janda engkau meletup..."Kata hati amat yang kelam kabut mencari lubang dinding.Suara itu jelas terdengar ditelinga kudin dan amat.

   "Ala abang ni...auuu...janganlah...oh...aduhhh..."Rengek suara perempuan yang manja dan halus.

   "Kriyeet...kriyeett..."Suara yang timbul dari katil.Amat menundukkan tubuhnya yang membuat kudin tak sedap hati.Kudin segera menarik baju amat dan membisikkan sesuatu.

   "Dah jumpa lubang didinding?"Soal kudin.

   "Belum..apa hal..?"Amat menjawab.

   "Cepatlah buat lubang...aku pun nak tengok."Bisik kudin.

   "Ala...buatlah sendiri."Kata amat yang kemudian mendekatkan wajahnya didinding dan mengintai.Kudin pun demikian pula.Kedua pemuda belasan tahun itu sibuk meraba-raba untuk membuat lubang dinding bilik pengantin.

   "Aduuu....sakit lah bang macam ni...ooohhh...aauuuu..."Rengek manja itu makin membuat amat naik pitam.Pisau kecil berlipat itu segera digunakan mengorek lubang dinding yang lapuk itu.Peluh dingin segera membasahi tubuh amat dan kudin.Nafas mereka berdua naik turun bagai dikejar lembu benggali.

   Amat telah berjaya membuat lubang didinding.Maka dia menepuk bahu kudin dengan mengangkat ibu jarinya.Best.Dengan bersemangat amat melihat apa yang terjadi dibilik pengantin tersebut.Amat melihat pengantin perempuan itu berpakaian lengkap,dan juga pengantin lelaki.

   Pengantin lelaki itu hanya memicit pinggang pengantin perempuan yang agaknya sakit pinggang kerana duduk bersanding itu.Apabila amat melihat kejadian dibilik pengantin itu,maka lemaslah seluruh tubuhnya.Demikian pula kudin yang melihat dengan jelas keadaan mereka berdua didalam bilik itu.

   "Itulah kau....tak nak dengar cakap aku."Kata kudin yang berjalan kembali dilorong-lorong yang gelap itu.Amat tak berkata apa-apa.Dia hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.Tak lama kemudian kentong dipondok jaga dipukul sebelas kali,menandakan jam pukul sebelas malam.

   Malam makin sunyi.Kesunyian itu kemudian dikejutkan oleh suara jerit.

   "Waaa......toloooooonggggggg..."Suara itu memecah keheningan malam.Suara itu jelas terdengar dan tidak begitu jauh dari tempat kudin dan amat yang sedang meronda.Kedua orang pengawal tersebut terkejut.Mereka berdua nampak tingkap yang dibuka dan ditutup kembali cepat-cepat.

   "Suara itu datang dari rumah ramlah.Ayuh kita kesana."Ajak kudin.

   "Nanti...barang kali ramlah melihat yang menakutkan."Kata amat enggan.

   "Ah..kau ni penakut benar."Kata kudin yang segera mendekati rumah ramlah.

   "Tok..tok..tok.."Kudin mengetuk pintu.

   "Ramlah!Ramlah!ini aku.Kudin.Apa hal?"Tanya kudin.Didalam rumah terdengar langkah-langkah berlarian dan bunyi benda-benda terjatuh.Kudin mengetuk pintu dan memanggil emak ramlah.Pintu tingkap dibuka dan muncul emak ramlah.

   "Ha..ada apa makcik?"

   "Siapa..?"Soal emak ramlah.

   "Saya kudin dan amat.Kami berdua tengah meronda.Apa halnya ni.."

   "Ooo...awak berdua.Ini..si ramlah nampak sesuatu kata dia."Kata emaknya.

   "Sa..saya belum tidur...saya dengar suara yang aneh.Terasa dalam perasaanku pintu tingkap ini macam menimbulkan suara,dan bergerak-gerak.Ternyata saya belum memasukkan selaknya.Ketika saya buka,saya nampak bayangan putih...saya terkejut."Kata ramlah mengisahkan apa yang baru dilihatnya.

   "Awak tak mengigau?"Soal amat cuba memastikan.

   "Saya belum tidur...mana boleh mengigau.Bayangan putih itu melayang kearah sana.Saya percaya ianya ada hubungannya dengan kematian wak sarpin."Kata ramlah.Bila ramlah menyebut wak sarpin,mula lah terbayang difikiran amat akan wajah wak sarpin yang pucat dan bermata cengkung.

   Kudin yang tadinya berani,kini mula kelihatan cemas.Tetapi didepan ramlah dia tidak menunjukkan perasaan cemasnya itu.

   "Ah...tak ada apa-apa pun.Mungkin itu kertas putih diterbangkan angin."Kata kudin.Ramlah kemudian menutup pintu dan tingkap lalu menguncinya dari dalam.

   "Tidak bang...dia macam hantu bungkus."Suara ramlah dari dalam.

   Tanpa menunggu lebih lama,kudin segera beredar dari tempat itu dengan langkah cepat dan segera dihambat oleh amat.Amat berjalan mendahului kudin.Kudin mula merasakan jantungnya berdebar.Amat yang berjalan didepan makin cepat langkahnya agar sampai dipondok kawalan dan berharap dipondok nanti dirinya tidak takut kerana disana ada dua orang lagi rakannya.

   Tetapi tiba-tiba dia menghentikan langkahnya dengan mengejut.

   "Din..."Katanya seram.Pandangan mata amat tertumpu kedepan dan diikuti oleh pandangan mata kudin.Apa yang mereka lihat adalah benda putih yang melambai-lambai dan berjalan terloncat-loncat.

   "Cerita ramlah benar..itu tentu mayat wak sarpin."Kata amat ketakutan.

   "Ayuh jalan sini..sebelum kita mati ketakutan."Ajak kudin.Mereka bedua dengan kelam kabut menghindari permandangan yang menyeramkan itu.Ketika keduanya berada dijalanan kampung,mereka berdua mula berlari dengan nafas yang turun naik.

   Keduanya kemudian tiba dipondok kawalan.Ravi dan husin tiada disitu.Pada hal tadi mereka sedang main dam.Kudin dan amat masih tercungap-cungap mengatur nafasnya selepas berlari.

   "Ravi dan husin tidak ada disini.Mungkin kah mereka berdua melihat hantu wak sarpin?"Tanya kudin yang mula percaya kematian wak sarpin menjadi hantu.

   "Kah..kah..kah..kah.."Terdengar meledak ketawa dibelakang kudin dan amat.Mereka itu adalah ravi dan husin yang tidak dapat menahan gelaknya.Ravi pemuda india itu memang mempunyai sarung putih.Sarung itu dipakai tudung dan berjalan meloncat-loncat,dari jauh nampaklah kain sarung putih itu bagai hantu bungkus.

   "Ooo..agaknya kau lah yang punya kerja menghendap ditingkap anak dara si ramlah itu,sehingga ramlah menjerit."Kata amat menahan geramnya.Husin dan ravi masih ketawa terkekeh-kekeh.

   "Kalau ia pun apa salahnya."Jawab ravi.

   "Ravi,kerja kalian itu tak senonoh tau.Awak ni tengah berkawal,membantu menenteramkan kampung tahu tak.Tapi sebaliknya awak pula yang menimbulkan huru-hara.Itu tak elok ravi.."Kata kudin ikut geram dan menasihati ravi dan husin.Gelak ravi dan husin makin pekat,bila mendengar nasihat kudin.

   "Yang awak intai bilik pengantin dirumah hujung sana itu apa kurangnya.Serupa jugak."Kata ravi yang masih gelak.Kudin dan amat saling berpandangan kerana terdedah juga perbuatannya dimalam itu,Maka kudin dan amat diam tidak lagi menasihati ravi dan husin.

   "Bukannya aku nak intai anak dara si ramlah itu,tapi aku pun meronda juga dan tidak jauh dibelakang awak.Malam ini sejuk sangat jadi kene lah aku bungkus kepala aku dengan kain sarung putih ku ini.Lalu aku nampak tingkap si romlah itu terbuka sedikit.Aku berjalan perlahan ke arah tingkap itu hendak mengingatkan agar tingkap itu dikunci dari dalam."Kata ravi menceritakan hal dirinya.

   "Tapi bila ramlah membuka tingkap,dia pun menjerit.Aku pun tak sedar yang dia menjerit kerana ternampak aku.Aku pun lari diikuti husin,dan menyorok disebalik pokok pisang hingga kau berdua datang."Kata ravi lagi.

   "Ah..sudah lah kau pun satu.Kau dah buat kejut ramlah menakutkan aku pula."Kata kudin yang masih merasakan denyutan jantungnya yang berdebar kencang.

   Kesemua pengawal tersebut terdiam.Tidak lama kemudian,kerana masing-masing memikirkan kegelian kejadian itu,akhirnya keempat lelaki tersebut riuh kembali dengan gelak ketawa dimalam yang semakin sejuk itu.Kini suasana yang menakutkan tadi berganti dengan suasana keriangan.

   Tetapi suasana keriangan itu tidak begitu lama.Disaat itu juga terdengar lolongan anjing.Keempat orang pengawal itu menghentikan gelaknya,bagaikan dihentikan oleh satu kuasa ghaib.Malam makin sunyi.

   "Lolongan anjing di keheningan malam."Kata husin.

   "Kata orang,anjing itu nampak sesuatu yang aneh."Kata ravi pula.

   "Ala..sudahlah ravi..kau nak kenekan aku pula.Sudah tugas anjing,kalau tidak menyalak disiang hari,ia menyalak pula dimalam hari.Apa yang kau ketahui dari lolongan anjing itu tak ada makna apa-apa."Kata amat.

   "Eee...sekarang ni aku tak bergurau amat.Banyak orang cakap,lolongan anjing yang memanjang dikeheningan malam,artinya dimalam itu ada kejadian yang ganjil.Entah dimana,satu kejadian telah berlaku.Ini bukan main-main punya cerita tahu."Kata ravi menjelaskan.

   Setelah perbincangan itu,kemudian satu sama lain tiada seorang pun yang mau berkata-kata.Lolongan anjing itu terdengar lagi,yang kini lebih dekat dan lebih memanjang.Suaranya itu seakan-akan menhanyutkan perasaan keempat pemuda itu ke suasana yang lebih menyeramkan.

   Sebaik lolongan anjing itu berhenti dan disusuli dengan bunyi yang memeranjatkan mereka berempat.Bunyi itu bunyi angin yang mula bertiup membawa daun-daun kering.Suara daun-daun kering itu pun bagai irama musik yang menggerunkan.Masing-masing merasakan kelainan dimalam itu.

   Amat yang tadinya berdiri ditanah mendekati unggun api,kini dia naik ke pangkin dan sama-sama duduk berempat disitu.Kudin memandang wajah amat seakan amat baru saja memandang sesuatu.

   "Kau melihat sesuatu mat?"Tanya kudin.

   "Tidak...hanya kegelapan yang kulihat dihujung sana."Jawab amat.Amat kemudian menghidupkan lampu suluhnya dan mengarah dikegelapan sana.Gerakan amat ini menimbulkan macam-macam sangkaan dihati kawan-kawannya.

   Masing-masing yang mengawal dipondok itu menyuluhkan lampu suluh mereka ke mana-mana arah kegelapan.Tiada sesuatu yang nampak.Masing-masing mematikan lampu suluhnya,dan mendiamkan diri tanpa berusaha bercakap-cakap.Mereka berempat seakan menantikan sesuatu yang boleh mereka lihat walau pun dihati mereka tidak berniat demikian.

   "Hauuuunnnnnngggg...."Suara anjing itu tak lebih dari jarak seratus langkah.Mereka berempat terkejut dan menyumpah serapah suara anjing itu.Lolongan anjing kali ketiga itu tersebut.

   Angin tidak bertiupan lagi.Keredaan angin ini malah membuat suasana makin sunyi dan rasa seram pun datang dihati para pemuda itu.Ketika angin malam bertiup lembut,mereka berpandangan antara satu sama lain.Mereka tercium bau hanyir dan tercium bagi keempat pemuda termemuakkan.

   Tidak lama kemudian bau itu pun hilang.Tetapi kemudian bau yang mengingatkan bau bangkai itu terbau lagi.Malah kini bau bangkai itu datangnya tidak begitu jauh dari mereka tempat berkawal.

   "Aku tercium bau bangkai."Bisik ravi.

   "Ular sawa yang besar boleh membawa bangkai biawak."Kata amat yang mencuba menghilangkan ketegangan fikiran ke arah yang bukan-bukan,tetapi alasannya tidak sependapat dengan fikiran husin.

   "Ular sawa tidak makan bangkai.Ia lebih suka makan benda hidup dan segar."Kata husin.Katanya itu diterima  oleh mereka yang mendengarkan.

   "Jadi apa agaknya bau yang menyengat ini?"Ravi menyoal.

   "Entahlah..mungkin bangkai ini tak jauh dari tempat kita.Marilah kita cari punca bau yang hanyir ini."Ajak kudin yang mempunyai keberanian sedikit.Mereka bertiga setuju dengan cadangan kudin.

   Masing-masing segera turun dari pangkin dan dengan menggunakan lampu suluh,mereka menerangi kegelapan disekitar tempat mereka berkawal.Mereka tidak menjumpai apa-apa ditempat itu.

   "Bau ini mungkin berpunca dari arah sana.Rasakan angin berhembus ini."

   Mereka berempat secara berkelompok menyuluh ketempat dari mana datangnya angin berhembus.Dari jarah dua puluh langkah,lampu-lampu suluh itu menerangi sebentuk benda.Mereka segera melangkah secara perlahan kearah benda yang disuluhnya.Setelah mereka menghampiri,mereka berempat tiba-tiba terkejut.

   Mereka menyuluh kain kapan jenazah yang terkoyak dan bahagian tubuh anggota badan.Anggota tubuh badan tersebut adalah tangan manusia.Mereka segera teringat mayat wak sarpin yang tidak jadi dikebumikan itu.Perlahan-lahan mereka berempat undur kebelakang menjauhi keratan tangan tersebut.

   "Apakah tangan itu kita biarkan saja."Kata kudin.

   "Jadi nak diapa kan tangan itu.Aku takut menyentuhnya.Tangan itu pernah melakukan pekerjaan sihir,tidak,aku tak mau menyentuhnya."Kata ravi.

   "Yalah...nanti terkene badi sihir jahatnya."Ujar amat pula.

   "Untuk tidak menghebohkan kampung pada esok harinya,eloklah kita pendam.Jadi adalah kebajikan sikit yang kita lakukan."Usul husin dengan perasaan seram yang tak dapat dihilangkan.Kerana perasaan seram yang menghantui mereka,keempat pemuda tersebut sama-sama pergi hanya untuk mengambil cangkul.

   Mereka mendapatkan cangkul dikandang kerbau si amin.Setelah cangkul itu didapatinya mereka kembali ketempat penemuan keratan tangan tersebut.Ternyata tangan itu masih terletak disitu.Kudin yang mempunyai keberanian sedikit memegang cangkul tersebut.

   "Kita gali tanah agak jauh dari sini lah.Heret lah tangan itu."Kata kudin.Tiga orang itu dengan perasaan seram bekerjasama menarik tangan yang telah menjadi bangkai.

   Mereka menariknya bukan dengan tangan tetapi dengan cabang kayu kering.Itu pun dengan keadaan diri masing-masing menggigil,tak terkecuali kudin.Perasaan seram tetap melekat dihati mereka.Kudin mencari tempat yang tersorok dan aman,menghentikan langkahnya.

   Kerana kudin menghentikan langkahnya,ketiga kawan kudin ikut melihat apa yang disuluh kudin.Langsung ketiga kawan kudin makin seram sejuk bila tahu benda yang disuluh kudin.

   "Jangan kalian nak lari bodoh..."Bentak kudin.

   Tangan kudin menggigil menyuluh benda yang menakutkan itu.Ianya adalah kepala mayat wak sarpin dengan pandangan matanya terbuka dan mulutnya menampakkan giginya yang menakutkan.

   "Kal...ka...kalau kita buat kebajikan pada kepala wak sarpin...mud...muda..mudah-mudahan rohnya tidak menganggu kita.Per..percayalah."Kata kudin bergagap sambil tetap menyuluh kepala wak sarpin.

   "Bet..betul...cepat galilah lubang."Kata husin ikut menggigil.

   "Kau galilah..aku sudah kepala ini jangan sampai lampu padam..."Kata kudin.Husin segera mengambil cangkul dan mula menggali.Amat menyuluh tempat husin menggali tanah.

   Ravi dengan seram sejuk menyuluh tangan wak sarpin dan kudin dengan menahan rasa seram itu tetap menyuluh kepala wak sarpin.Dimalam yang sejuk ini mereka berempat berpeluh kerana menahan rasa seram.Sesekali saja kudin memandang kepala mayat wak sarpin.Dia memastikan yang kepala itu tidak bergerak.

   Memang...kepala wak sarpin tak bergerak.Namun bentuk kepala yang demikian sungguh sesiapa pun tak sanggup melihatnya dimalam yang begini.Husin terus menggali.Terasa bagi mereka yang menunggu husin siap dengan lubang,agak lama juga,kerana husin pun menggali dengan tangan yang menggigil.

   "Haaaauuuunnnggg....."Terdengar lolongan anjing yang memilukan dan itu membuat husin berhenti menghayun cangkulnya.Kudin yang merasa tak sabar dengan kerja husin,segera membentak.

   "Kenapa berhenti bodoh...ayuh terus cangkul..."

   Tiba-tiba angin bertiup sekejap dan mengugurkan daun-daun kering pokok getah yang tumbuh disitu.Suara itu pun membuat kejutan mereka berempat.Husin terus mencangkul walau pun dirasanya tanah itu keras bagai mencangkul batu.Ravi yang sedang menyuluh tangan itu cuba mengalih pandangan nya kearah lain.

   Tadi dia sempat melihat kepala wak sarpin yang menampakkan giginya itu,oh...bagai nak pengsan ravi dibuatnya.Kini hanya melihat kegelapan diatas dengan menggigil.Tapi perasaan ravi membayangkan yang tangan itu bergerak memegang kakinya.Ternyata kaki ravi mula disentuh oleh sesuatu.

   "Waaaa....."Teriak ravi dengan kuat sehingga suaranya membelah kesepian malam.Cepat ravi meloncat dan menyuluh kakinya.Seekor katak puru meloncat dan terkene kakinya.Kudin hampir cabut lari.

   "Kau gilakah...itu hanya katak...bahalul..."Bentak kudin dengan wajah pucat.

   Husin hampir-hampir kehilangan tenaga kerana teriakan ravi.Amat merasakan nafasnya naik turun.Cepat-cepat ravi menyuluh tangan itu kembali.Malam kembali sunyi dan detik-detik masa yang berjalan,menghantui mereka berempat.

   "Dengar..kita harus menjadi contoh dan teladan daripada perkara kebajikan ini.Mudah-mudahan dengan kita semua mengubur anggota tubuh badan wak sarpin,kita harapkan roh wak sarpin tidak menganggu kita."Kata kudin untuk mengisi keseraman itu supaya kurang sedikit.

   Selepas saja kudin berkata begini,terasa seluar dan kaki kudin basah oleh cairan yang hangat.Dan itu adalah air kecil kudin yang membasahi tanpa kudin menyedari.

   "Dah..dah cukup dalam.."Kata husin.Dia segera undur kebelakang.

   "Tariklah kepala ini dengan cangkul..."Pinta kudin.

   "Ba..baik..ta..tapi baca do..doa dululah."Kata husin sambil menjulurkan mata cangkul dan dia pun menatap kepala wak sarpin yang mengerikan itu.

   "Betul jugak."Kata hati kudin.Mereka bertiga dengan cemas menunggu kudin membaca doa.Kudin hanya mengucapkan ayat yang pendek saja,namun itu diulangnya sampai beberapa kali.

   "Wak..sarpin..maafkan kami..biarlah kami mengubur wak sarpin disini."Kata kudin memberanikan diri untuk berkata-kata.

   "Ayuh..tunggu apa lagi tariklah dengan hujung cangkul."Kata kudin.Husin menggerakkan cangkul itu sehingga mata cangkulnya boleh menarik kepala wak sarpin yang terpotong dibatas leher itu.Sungguh mengerikan.Kepala itu bergerak ikut tarikan mata cangkul dan terus jatuh kedalam lubang.

   Selepas kepala wak sarpin masuk lubang,kemudian mata cangkul itu pun menarik keratan tangan dengan kain kapan tersebut.Akhirnya tangan itu pun masuk kedalam lubang.Ketiga orang tersebut segera menyuluh lubang yang telah terisi,sedangkan husin menimbun dengan tanah kembali.

   "Tunggu jangan kalian lari,mari kita jalan sama-sama."Kata kudin.Ternyata arahan kudin tersebut dapat mengurangi ketakutan dari masing-masing.Keempat pemuda tersebut berjalan undur secara perlahan-lahan dan saling berpegangan.Ketika mereka berempat sudah pun jauh dari kepala itu dikubur,baru mereka berjalan biasa dan mempercepatkan langkahnya menuju pondok jaga.

   "Marilah kita meninggalkan tempat ini kudin..aku tak dapat meneruskan jaga disini walau berempat."Kata amat.Kudin dan rakan-rakan yang lainnya bersetuju.Mereka berempat segera cepat-cepat meninggalkan pondok jaga sebelum rasa seram itu makin menghantui mereka atau terjadi sesuatu.

   "Kawan-kawan....demi tuhan...tolonglah malam ini kalian bermalam dirumahku.Kau tahu bukan aku seorang bujang tinggal sendiri dirumah sewa tersebut.Bermalam lah malam ini dirumahku."Pinta amat.

   "Aku setuju.."Kata husin yang mengalami nasib yang serupa seperti amat.

   Ravi dan kudin bersetuju untuk tetap bersama dan cuba menghilangkan rasa seram yang dialami mereka.Mereka terus berjalan dan mengarah kerumah sewa amat.Sebelum mereka masuk rumah masing-masing membasuh tangan dan kakinya.Kemudian baru lah mereka berkumpul dirumah sewa amat.

   Mereka berempat belum mau membaringkan diri,ketegangan yang baru dialami sebentar tadi membuat mereka tidak ada niat untuk tidur.Mereka berbincang tentang kejadian yang berlaku.

   "Lega rasanya kita berada ditempat ini.Kuranglah rasa seram yang kualami tadi."Kata kudin.Mereka bertiga mengangguk.

   "Hiii...ngerinya.Aku tak dapat menghilangkan bayangan kepala wak sarpin yang terputus itu."Kata ravi yang masih terbayang ingatan kejadian tadi.

   "Bukan kau seorang yang terbayang-bayang rasa seram seumpama itu.Tapi aku yang menarik kepala itu dengan cangkul."Kata husin pula.

   Kudin masih juga membayangkan apa yang berlaku tadi.Tapi dia cuba menghilangkan ingatan itu.Maka dia mula membaringkan diri dilantai yang hanya dilapik tikar.Yang lainnya ikut membaringkan diri.Amat berada ditepi.Tapi kemudian dia segera pindah di tengah-tengah kawannya.

   "Apalah kau ni macam pondan.Disini berempat pun masih takut jugak."Kata husin.Ravi tak sedap hati,kerana dia berada ditepi.Dia segera bangkit dan terus menghimpitkan diri di tengah-tengah kawannya.

   "Eee...apa pulak ni."Husin yang sekarang berada ditepi,merasa tak sedap hati.Tetapi dia tetap berada ditempatnya.

   Kudin tenang-tenang saja.Bibirnya bergerak-gerak kerana kudin sedang membaca doa sebelum tidur.Selepas berdoa kudin segera meniup ketelapak tangannya dan tangan itu segera disapukan keseluruh anggota tubuhnya.Kemudian dia menyelimuti diri dengan kain sarungnya.

   "Din..aku tak sedap hati."Kata amat.

   "Apa pulak?"Kudin menyoal.

    "Tolong baca doa dan tiup ditelapak tanganku."Pinta amat.Kudin bangkit dan melakukan seperti apa yang diminta amat.

   Selepas tangan amat ditiup,amat segera menyapukan tangannya keseluruh anggota tubuh badannya.Kemudian amat berbaring dengan tersenyum penuh kelegaan.Kudin pun kemudian membaringkan diri lagi.Tak lama kemudian ravi pun bangkit.

   "Eh din..tolong tiup aku pulak."Kata ravi menyebuk sambil bangkit.

   "Eh..setahu aku awak pun muslim bukan?"Kata kudin.

   "Yalah...tapi tiup sajalah."Pinta ravi mengharap.Kudin bangkit lagi.Dia membaca doa lagi dan meniupkan ketelapak tangan ravi.Ravi kemudian melakukan seperti apa yang dilakukan kudin.

   "Eh..apa khasiat ini semua?"Tanya ravi.

   "Dengan izin allah..awak tidak diganggu oleh jin dan syaitan."Kata kudin.

   "Eee...tiup aku juga."Husin pun meminta.Sekali lagi kudin berdoa dan segera memenuhi kehendak husin dan husin merasa lega selepas ditiup.

   Kemudian mereka berbaring dan berselimutkan kain sarung masing-masing.Mereka berhimpit antara satu sama lain,seakan masih merasakan ketegangan dari kejadian yang baru mereka alami tadi.

   "Sekarang..aku akan baca doa dan setelah selesai kalian semua harus mengaminkan tahu tak."Kata kudin.Mereka bertiga mengangguk.Kudin kemudian membaca doa dengan suara nyaring.Panjang juga kudin membaca doa.Selepas kudin membaca doa terdengar mereka sama-sama mengucap."Aminnn..."

   "Mari kita tidur..."Bisik kudin.

   "Haauuuunnnnnggg..."Lolongan anjing terdengar.Tak lama kemudian terdengar suara yang aneh dan mengejutkan.Mereka serentak bangkit semula dan duduk.Masing-masing memasang telinganya.Terdengar bunyi yang aneh lagi.Ternyata bunyi itu adalah angin yang berhembus kemudian terdengar daun-daun kering berjatuhan menimpa atap zink rumah amat.

   Mereka serentak membaringkan diri lagi,tanpa bersuara apa-apa.Malam makin larut.Kesunyian malam menambahkan rasa seram.Mula-mula yang terlena adalah kudin.Tak lama kemudian amat yang berdampingan dengan kudin,tertidur juga.

   Husin nampak gelisah saja,kerana tidur ditepi.Dia melihat ravi tertidur juga.Maka diam-diam husin bangkit dan cuba tidur diantara ravi dan amat.Husin mula merasakan kelegaan kerana tidur di tengah.Sambil tersenyum dia cuba melenakan dirinya.

   Kudin kemudian terjaga dari tidurnya,kerana kesejukan lantai simen.Ternyata kudin tidur bukan diatas tikar.Mula lah kudin pindah disamping ravi yang masih ada tempat terluang diatas tikar.Dia segera merebahkan diri disitu.Amat yang tidur ditepi kini pindah ditengah-tengah.

   Husin yang tertidur ditepi,telah sedar...dia terus bangkit dan pindah ketengah-tengah mereka.Kudin yang tak dapat lagi tidur segera bangkit dan terus duduk.

   "Eh..apa yang kalian buat ha..asyik bangkit dan pindah tempat saja.Bila kita nak tidur ni?Dah pukul dua pagi ni."kata kudin.

   Ternyata ketiga orang tersebut memang tak dapat tidur.Mereka segera bangkit.

   "Eh..dengar kawan-kawan...kurasa aku telah bermimpi tadi,walau tidur hanya sekejap."Kata kudin.Mereka berempat kemudian duduk membuat lingkaran diatas tikar."Macam mana mimpi mu itu."Soal husin.

   Kudin menggelengkan kepalanya terlebih dahulu sebelum memulakan ceritanya.

   "Aku bermimpi berjumpa seseorang dan dia menyuruhku menyantumkan kepala wak sarpin dan tangan itu pada anggota tubuhnya,esok pagi selepas subuh."Kata kudin dengan sungguh-sungguh.

   Ternganga mulut ketiga kawan kudin bila mendengar mimpi kudin.

   "Orang itu kemudian menyuruh kita berempat untuk mengubur ditempat yang semestinya.Dalam mimpi itu aku melihat tubuh badan wak sarpin terhempap kayu."Kata kudin.Mereka yang mendengar mimpi kudin kembali menjadi seram semula.

   "Sekarang pukul dua pagi,bererti tiga jam lagi."Kata amat.

   "Alamak..kita kene gali lagi kepala yang sudah kita tanam itu."Ravi menambahkan.Yang lainnya mengangguk.Mereka berempat kemudian membayangkan kembali rasa seram berdepan dengan bahagian anggota badan tersebut,dan lagi berjalan kekubur.

   Masing-masing segera termenung memikirkan kerja yang sungguh berat ini.

   "Apa boleh buat...kita telah terlibat dalam hal ini,dan kita pula yang dikehendaki untuk mengubur mayat wak sarpin."Amat mengeluh kecemasan.

   "Kalau begitu,biarlah kita bikin kopi o dulu untuk menunggu hari subuh."

   "Eloklah begitu mat...buatlah sekarang juga."Kata ravi.Ravi dan amat segera kedapur untuk membuat kopi.Kudin dan husin masih diruang depan merenung dan memikirkan sesuatu.

   Lima belas minit kemudian,amat telah siap membuat kopi o.Mereka berkumpul kembali diruang depan.Sambil duduk membentuk lingkaran mereka menikmati kopi yang masih panas tersebut.Kini benar-benar mereka semua terikat dengan pekerjaan yang ganjil ini.Dan mereka pun tak berani nak kata tidak,kerana mereka percaya mimpi kudin.

   Setelah mereka menunggu dengan masa yang lama dan dibayangi kengerian yang luar biasa,kudin pun telah selesai menunaikan sembahyang subuh.Mula lah kudin mengadakan persiapan dan membahagi-bahagi tugasnya kepada rakan-rakannya.

   "Kau husin dan amat,tugasmu membawa kepala."Kata kudin.

   "Din...tolong din..."Rintih amat.

   "Jadi awak nak pegang apa.Lampu suluh saja."Kata kudin.

   "Dan kau ravi..bawa tangan,aku akan mencari bahagian tubuh yang lain."Dengan menahan nafas ketiga kawan kudin segera menyetujui tugas masing-masing.

   Mereka berempat kemudian pergi dengan membawa keranda darurat,yang dibuatnya selama dua jam sambil menunggu masa subuh tadi.Kokok ayam mula terdengar,namun kegelapan masih pekat benar.Mereka berjalan dengan menggunakan lampu suluh.Sampai ditempat mengubur kepala tadi,husin segera menggali timbunan tanah.

   Setelah menggali beberapa kali dengan cangkul,kemudian amat dan husin meneruskan dengan tangan.Dengan menggigil juga amat mengeluarkan tangan.Tangan itu diletakkan didalam usungan yang merupakan keranda.Kepala mayat wak sarpin pun sudah mula nampak.Malah kini nampaknya makin menimbulkan rasa seram yang lebih.

   "Ayuh ambil cepat...."Perintah kudin.Husin mengambil kepala wak sarpin itu dengan ragu-ragu.Namun kepala itu diambil nya juga walau dengan nafas husin yang turun naik.Kepala dan tangan itu pun sudah berada diatas usungan.Keempat pemuda itu pun kemudian memikul usungan yang berisi,kepala dan tangan wak sarpin.

   Mereka terus berjalan kearah kubur.Sebelum sampai kekubur,macam-macam bayangan yang timbul difikiran mereka.Apa lagi hari demikian gelapnya.Udara sejuk pun makin terasa dikegelapan pagi seperti ini.Mereka berjalan dijalan kecil itu sehingga ternampak permandangan yang makin mengejutkan.

   Bahagian tubuh badan wak sarpin yang tiada kepala itu terhimpit kayu pokok getah.Mereka berhenti dan menurunkan usungan itu.Dengan kerjasama mereka berempat mengangkat kayu getah tersebut.Ternyata pokok getah tersebut boleh diangkat dan disingkirkan.Masing-masing segera bekerjasama mengangkat mayat wak sarpin sambil menggunakan juga lampu suluh itu.Setelah tubuh badan itu semua berada diatas usungan,mereka mengangkat kembali usungan itu dan kini mula dibawa kekubur.

   Sesiapa pun tiada seseorang yang mau berkata-kata.Mulut mereka bagai terkunci sambil merasakan ketegangan perasaan dihati masing-masing.Langkah-langkah mereka pun berjalan dengan kaku dan dalam keadaan yang menggigil.Walau bagaimana pun sampai juga mereka ditepi liang kubur.

   Setelah kudin membaca dia sekejap,mereka berharap doa itu boleh menyelamatkan mereka dari segala kejadian disitu.

   "Amat dan husin turunlah dan terimalah tubuh badan wak sarpin."Kata kudin.Andaikan hari sudah terang,sudah tentu ravi dan kudin akan nampak wajah amat dan husin yang pucat itu kerana harus turun diliang kubur.

   Tapi amat dan husin turun juga keliang kubur dan menerima tubuh badan wak sarpin.Kudin dan ravi menyuluh menerangi kerja amat dan husin yang sedang menyantumkan kepala dianggota tubuh badan wak sarpin,demikian juga tangannya.Ketika kudin memerintah keduanya cepat-cepat naik.

   "Timbun...."Suara kudin terdengar.Ketiga orang tersebut terus menimbun tanpa lengah-lengah lagi.Setengah jam kemudian,pekerjaan itu pun selesailah sudah.Kudin berdoa lagi diikuti ketiga kawannya.Selesai berdoa,baru lah mereka berempat merasakan kelegaan sedikit.

   Hari dah mula terang sedikit.Disaat yang sejuk ini,mereka tetap berpeluh.Mereka berjalan kembali dan ketika mereka telah jauh dari kubur itu,terasa kelegaan menyelimuti hati masing-masing.Hari pun beransur-ansur terang.

   "Sekarang kita berpisah disini,dan balik kerumah masing-masing."Kata kudin.

   "Oh..din...rasanya aku dalam mimpi ketika turun diliang kubur itu."

   "Dan aku pun hampir tak percaya yang aku boleh melakukan kerja itu."Kata-kata husin menyambung kata amat.

   Ravi pemuda tamil itu hanya menghembuskan nafasnya yang panjang.Kini ravi merasakan kelegaan kerana telah menyelesaikan kerja-kerja yang selama hidupnya baru kali ini dilakukan.Disamping mereka merasa lega,mereka pun kuranglah rasa takutnya terhadap peristiwa yang menimpa jenazah wak sarpin,kerana mereka telah melakukan kebajikan itu.

   Dan dihati masing-masing seakan berkata "wak sarpin...janganlah ganggu aku.Aku telah tolong menguburmu kembali."Demikian lah kelegaan yang mereka rasakan.Tak lama kemudian mereka berempat berpisah kerana kembali kerumah masing-masing,dengan ingatan yang tak mudah melupakan kejadian yang seram itu.

   Pada malam berikutnya pondok jaga itu digantikan orang jaga yang lain.

   Yang jaga pada malam ini lebih banyak kerana,hari yang lepas tersebar luas berita jenazah wak sarpin yang tak jadi dikebumikan dan tertinggal dihimpit pokok getah.Kini yang jaga pada malam begini sebanyak enam orang.

   Dua dari pemuda yang jaga tersebut adalah yang pernagh meninggalkan jenazah wak sarpin ditepi jalan.Dua pemuda itu adalah hanya pengiring disaat usungan membawa jenazah wak sarpin.Ketika keempat pemuda itu bercerita pasal wak sarpin,kedua pengiring itu diam saja.

   "Ee..malam-malam begini ceritalah pasal yang lain,ada pulak cerita pasal wak sarpin."Kata umar yang pernah menjadi pengiring menghantar jenazah wak sarpin.Keempat rakan-rakannya itu ketawa dengan penuh kesukaannya.

   "Ala..dia tu dah..mati.Orang mati tak akan bangkit,tahu tak."Kata ali yang mempunyai tubuh besar dan gemuk.Ali ketawa lagi.

   "Kau ni penakut benar.Tak apa lah cerita pasal dia.Lagi elok tak mengantuk.Dia nak jadi hantu ke nak datang kesini ke dia punya pasal.Kita bertugas disini.Apa yang ditakutkan cerita pasal dia?Bukannya dia dengar.Dia dah mati."Kata kawan ali yang bernama usman.

   "Kata orang...entah benar entah tidak,bahawa orang yang baru meninggal dunia,roh dia masih mengelilingi rumah dan roh itu mengunjungi keluarga,atau sahabat karib atau jiran-jirannya."Kata umar menerangkan.

   "Kata lah kalau wak sarpin nak berkunjung kesini pun....apa lah salahnya.Kita ajak lah dia main dam..."Kata ali dengan ketawanya yang mengisi kesunyian malam.Umar dan bakar tak berkata apa-apa.Masam rasa hati umar dan bakar.Dua pemuda ini termasuk orang yang ikut menghantar jenazah wak sarpin.Kerana umar dan bakar tahu kejadian jenazah wak sarpin yang mengerikan itu,maka kedua pemuda ini tidak mau cerita pasal wak sarpin.

   "Baiklah kau tunggulah kat sini.Aku nak ronda dengan bakar."Kata umar.

   "Ha...eloklah tu...kita mulakan bergilir."Kata usman.

   "Jangan lupa kirim salam dengan wak sarpin..."Perli ali.Ketiga kawan ali kembali tertawa mengisi kesenyapan malam.

   Umar dan bakar kemudian beredar dari tempat pondok jaga,dengan membawa peralatan masing-masing iaitu lampu suluh dan sebatang tongkat.Mereka terus berjalan mengadakan rondaan antara rumah kerumah diantara lorong-lorong yang gelap.

   "Eh umar...aku rasa seramlah."Kata bakar menghentikan langkahnya.

   "Apa yang kau takutkan.Kalau kau takut,aku pun naik takut pula.Ali,usman dan dua orang lainnya itu,makin tertawakan kita,salah-salah kita diperlinya semacam pondan pula."Kata umar cuba memberanikan diri,pada hal dirinya seram juga.

   "Iya tak iya jugak.Jom kita berjalan perlahan-lahan.Eh...dimana kubur itu?"

   "Jauh kat hujung sana itu."Kata umar.Keduanya meneruskan berjalan lagi diantara rumah kerumah dalam kegelapan malam.Apa-apa yang menimbulkan suara,keduanya merasa syak,namun tiada apa-apa yang membuat keduanya terkejut.Ketika keduanya telah menghabiskan masa setengah jam...keduanya kemudian kembali ke pondok jaga.

   "Pucat nampak....ada apa-apa ke?"Soal usman yang tabiatnya serupa dengan ali,suka perli dan menyombongkan diri.Mereka berempat pun bangkit.Agaknya mereka berempat telah berunding sehingga keempatnya bersiap-siap hendak pergi.

   "Eh..kalian nak pergi ronda empat orang?"Tanya umar.

   "Yalah...senanglah kalau ada apa-apa kes pecah rumah atau pencuri,ramai orang yang meronda lebih baiklah.Yang awak cemas sangat itu buat apa."Kata ali menyombong dan mula menggerakkan tangannya mengajak ketiga rakannya pergi.

   "Suka kau lah."Kata umar.

   Keempat orang tersebut segera pergi.Setelah mereka berjalan cukup jauh dari pondok jaga,mereka baru memulakan berbincang.Nampaknya keempat pemuda bujangan tersebut bersemangat sangat.Sebenarnya mereka mempunyai tujuan yang lain selain mengadakan rondaan.

   "Dimana agaknya rumah pengantin baru itu."Tanya yang seorang.

   "Aku tahulah...jom ikut sajalah."Bisik ali yang mempunyai tujuan jahat.

   "Wah..ini malam tentu kita lihat best punya kick..."Kata usman yang tak sabar-sabar hendak melihat dan mengintai bilik pengantin baru.

   Angin malam bertiup sekejap menerbangkan daun-daun kering.Tak lama kemudian terdengar suara lolongan anjing yang memanjang memilukan dan menambah seramnya malam bagi yang menghayati suara itu.Tapi keempat pemuda yang dirangsang nafsu ingin mengintai itu tak merasakan tanda-tanda keseraman ini.

   Mereka terus berjalan menembus kegelapan malam.

   "Eh..nak kemana ni..."Tegur penduduk kampung yang kebetulan bertemu rombongan pemuda-pemuda jaga.

   "Jagalah...apa lagi.Kami anggota rela."Kata ali menjawap teguran orang kampung tersebut.

   "Gila betul...malam-malam begini dia belum tidur..kacau daun."Kata usman.

   "Siapa dia tu.Macam kita kenal suaranya."Kata kawan ali yang seorang lagi.

   "Jangan-jangan dia nak intai perbuatan kita."Kata usman.

   "Pedulilah dengan orang tua itu.Dia kan wak sarpin."Kata ali.

   "Wak sarpin..?"Tanya seorang lagi dengan terkejut.

   "Iyalah...wak sarpin.Eh...apa yang aku cakap?Oh tidak aku tersasul."Kata ali kemudian membetulkan kesilapannya.Mereka berempat menghentikan langkahnya.Sunyi saat itu untuk beberapa waktu.

   "Suara macam wak sarpin lah."Kata kawan ali yang seorang lagi.

   "Aaah..bukanlah..dia tu dah mati."Kata ali.

   "Mari kita pastikan.Atau dia tu nak mencuri."Kata usman.

   "Jom..."Kata ali ingin tahu siapa orang itu.Penduduk kampung yang disyaki itu masih berdiri disitu dan belum mau pergi.

   Masing-masing pemuda tersebut menyuluh keseluruh tubuh dan wajah penduduk kampung tersebut.Maka nampaklah wajah wak sarpin yang memutih pucat,dengan bekas leher terpotong.Mata wak sarpin membulat dengan giginya yang nampak menyeramkan itu.

   Bagai disambar seribu petir,pemuda-pemuda tersebut terkejut hingga membuat kan mereka berempat tetap berdiri disitu dengan kaku.Dua orang kawan ali menggelatar lututnya dengan mengeluarkan cairan diseluarnya.Usman bukan hanya lututnya saja yang menggigil,tetapi seluruh tubuhnya dengan mulut terbuka lebar.

   Ali yang mempunyai tubuh yang sedikit gemuk itu merasakan tubuh badannya menjadi berat sehingga tak dapat digerakkan walau niatnya hendak cabut lari.Bibir ali hanya bergerak-gerak tak menimbulkan sebarang suara.Mayat wak sarpin yang kelihatan menyeramkan itu segera bergerak kearah pemuda tersebut.

   "Aaaaaaa....."Terkeluar jeritan yang kuat dari mulut ali.Kejutan ini membuat ketiga kawan ali tersedar.Tanpa tunggu lebih lama lagi usman dan dua orang rakannya lagi cabut lari walau mula-mula mereka jatuh kemudian bangun.

   "Ja...jangaaaannnnnnn.........waaaaaaaa........."Teriak ali lagi.Untung lah walau bagaimana ali sempat mengangkat kakinya dan cabut lari menembus kegelapan malam.Kerana lari tak tentu arah,ali melanggar batang pisang,sehingga tubuh ali memantul kebelakang.

   Tanpa merasakan kesakitan yang ada ditubuhnya ali terus bangkit semula dan lari lagi.Entah kemana pula larinya.Masing-masing berusaha menyelamatkan diri dari dicekik hantu wak sarpin.Malam yang sejuk itu menjadikan penduduk tidur terlampau lena,sehingga teriakan ali itu tidak mengejutkan penduduk-penduduk yang sedang tidur.

   Umar dan bakar sedang main dam...untuk menghilangkan kebosanan dipondok jaga.Dia segera menghentikan mainannya ketika mendengar langkah berderap.Ternyata itu adalah usman yang tercungap-cungap mulutnya dan terus melanggar dinding pondok jaga.Dan tinggal lah usman terbaring disitu meringis kesakitan.

   Tak lama kemudian datang pula ali dengan tubuh hoyong-hayang kemudian kehabisan tenaga dan memeluk tiang pondok,agar dirinya tak jatuh.Umar dan bakar terkejut dan memandang menembus kegelapan.Tiada nampak apa-apa.Keduanya menjadi hairan yang sangat.Kerana itu lalu umar dan bakar siap-siap hendak lari.

   "Ja..jangan tinggalkan aku.To..tolong."kata ali meminta.Ali tak larat lagi hendak lari,kerana tubuhnya yang terasa berat itu dan lagi dah kehabisan tenaga.Demikian pula usman.Yang dua orang kawan lagi,entah kemana perginya,hilang begitu saja tanpa berita.

   "Apa dah jadi?"Soal umar dengan keinginan yang sangat.

   "Sar...sarpin...mayat sarpin...bang...bangkit..."Kata usman keletihan.

   "Apa...?"Kata umar dengan wajah yang mengejut pucat.

   "Gedebung..."Tubuh bakar terjatuh ketika hendak memulakan lari,kemudian bangkit lagi dan lari bersamaan dengan umar.Tinggallah usman disitu kerana kehabisan tenaga dan kesakitan juga tak dapat bangkit kerana ketakutan yang sangat.

   Malam makin larut.Kesenyapan malam itu diisi dengan teriakan-teriakan ali dan usman.Penduduk kampung mula keluar dan menyaksikan apa yang telah terjadi.Setelah penduduk kampung seramai sepuluh orang datang ditempat jaga,mereka dapati ali ketakutan bagai orang naik gila.

   Ali dan usman dibawa masuk kedalam rumah salah seorang penduduk disitu.Huru-hara perkara ali dan usman yang ketakutan itu membuat penduduk kampung ingin tahu apa halnya.Bila ali dan usman menceritakan dari awal sampai akhir,baru la orang-orang kampung menjadi senyap.

   Satu sama lain berpandangan.Bagi mereka yang pernah memikul jenazah wak sarpin dan meninggalkan begitu saja dihimpit pokok getah,mereka itu kemudian menjadi ketakutan.Dalam masa yang singkat,maka tersebarlah hantu wak sarpin yang bangkit dari kematiannya itu.

   Dalam masa yang singkat saja seluruh penduduk kampung menjadi heboh.Ketika hari mula malam,semua pintu-pintu rumah penduduk sudah pun ditutup rapat dan dikunci dari dalam.Tetapi untunglah,hal cerita hantu wak sarpin ini tak heboh luas.

   Seorang ulama yang mengerti tentang ilmu roh segera mengadakan kenduri arwah dirumah keluarga yang ditinggalkan oleh wak sarpin.Maka sejak itu hantu wak sarpin tidak menganggu lagi.Namun keseraman yang dirasakan penduduk masih menghantui hati masing-masing.

(Selesai...)

Sumber : Cerita Tambahan Dari Naskah Dukun Iblis Karya Mastris

No comments:

Post a Comment