Monday, 19 September 2016

Memuja Ratu Syaitan

Bahagian 3 : Mencuri Roh

   Khamis malam jumaat legi.Jumaat legi adalah jumaat manis.Artinya pada malam inilah hari yang selalu digunakan untuk pemujaan,bila orang berbuat kejahatan.Demikian pula orang menolak kejahatan,maka dihari inilah saatnya untuk melakukan perkara yang tak diinginkan.

   Wak tahak telah duduk bersila didepan kepala wak sarpin yang telah diasap kemenyan selama tiga hari.Dan ini adalah malam ketika dia memuja kepala wak sarpin yang kini keadaan kepala itu telah pun mengering dan mengerikan.

   Diluar,suasana malam sungguh pekat.Angin yang bertiup perlahan itu membolehkan wak tahak mendengarkan sesuatu suara yang perlahan sekalipun.Sebaliknya bagi kohar dan saman yang duduk didekatnya,hal seperti ini malah mendatangkan kengerian yang menggerunkan hatinya.

   Sebenarnya wak tahak tidak mendengar apa-apa suara ghaib,tapi dia berbuat seolah-olah telah berhubung dengan suara ghaib.Apa yang terniat dihatinya hanya akan mengeluarkan kata-kata yang tersurat dalam kitab mungkar.Kita mungkar itu memuatkan dua nama malaikat harut dan marut,juga nama syaitan sebanyak seratus tiga belas.

   Apa yang dipelajari oleh wak tahak hanya nama syaitan yang dalam tubuh manusia yang berjumlah dua puluh syaitan.Setelah wak tahak mengucapkan sesuatu dengan bahasa yang tak dapat difahami oleh saman dan kohar,maka dia pun mulalah memandang kepada kedua sahabatnya.

   "Saman dan kohar......"Bisik kepada keduanya

   "Malam ini adalah malam yang sangat dinantikan oleh ilmu yang seperti kita.Kita akan kaya dan syaratnya kita harus mencuri roh.Kalaulah awak pun nakkan gadis yang indah dan cantik kita suruh roh itu memukaunya."Kata wak tahak.

   "Kalau begitu cepatlah curi roh itu.Aku pun ingin mempunyai kekasih yang aduhai."Kata saman pula dengan berbisik dan menunjukkan minatnya yang sangat.Wajah kohar pun ikut bersemangat.

   "Kalau begitu ada syaratnya."Bisik wak tahak sambil berbisik.

   "Ha apa pulak syaratnya?"Kohar ingin tahu.

   "Sebelum perkara ini kita jalankan,malam ini juga kalian berdua harus mencuri kain kapan orang mati yang disambar  petir."Bisik wak tahak sambil tersenyum.Saman dan kohar terus pucat wajahnya.

   "Demikian lah bisikan ghaib yang aku terima dari alam ghaib."Kata wak tahak dengan penuh harap kepada dua orang itu.Saman dan kohar kurang semangatnya bila disebut mencuri kain kapan orang mati.Nampaknya kedua orang itu membayangkan segala keseraman yang berlaku di tanah perkuburan nanti.Apalagi masa malam seperti ini.

   "Eh..kalian berdua dengar.Anak dara bagaimana cantiknya sekalipun,bagaimana susah sekalipun untuk didapati boleh tunduk taat dan akan datang kepada awak bila ku seru.Kain kapan orang mati disambar petir itulah syaratnya."Kata wak tahak.Nampak nya cara wak tahak menyakinkan kedua orang itu membuat mereka kembali semangatnya.Dan saman pun kemudian memandang kohar.

   "Iyeke ni wak?"Kohar ingin tahu.

   "Dalam beberapa hari ini lah kita buktikan."Kata wak tahak menjelaskan.

   "Ayoh....inilah saatnya.Tunggu apa lagi.Awak tak ingin melihat kehalusan tubuh seorang anak dara yang indah jelita didepan mata awak.Dia tersenyum lembut kepada awak dengan penuh penyerahan membawa seribu satu cinta.Cepat pergi dapatkan kain kapan itu."Kata wak tahak mempengaruhinya.

   Dengan perasaan seram yang menghantui keduanya,maka saman dan kohar terus berdiri meninggalkan wak tahak yang bersemangat menyakinkan itu.Keduanya terus berjalan menenbusi kegelapan malam.

   "Anak dara dan kaya pun belum tentu,kini gali kubur lagi."saman bersungut.

   "Aku pun tak setuju dengan kerja gila  ni man.Tapi kalau iye kata wak tahak itu,apa boleh buat.Terpaksa juga kita penuhi permintaanya yang pelik itu."Kata kohar yang enggan melakukan mencuri kain kapan tersebut.Kedua nya terus berjalan mengarah ke tanah perkuburan.

   "Kau masih ingat dimana kubur si kamisah yang mati dipanah petir itu?"Tanya saman pada kohar.Dikegelapan malam itu kepada kohar hanya mengangguk saja.Apa yang dipikirkan oleh kohar adalah hal mencuri kain kapan tersebut.Perkara-perkara seram yang berlaku di kubur nanti segera membebani fikiran kohar.

   Dia masih ingat ketika kemalangan yang berlaku terhadap kamisah.Ketika hujan lebat,kamisah berteduh dibawah pokok beringin yang besar dan rendang.Sementara berteduh itulah kamisah disambar petir dan mati disaat itu juga.Baru seminggu kamisah itu meninggal dunia.Dan kini kain kapannya hendak dicuri.

   "Apa yang kau fikirkan?"

   "Bagaimana kalau roh kamisah itu marah kerana kain kapan itu?"Tanya kohar.

   "Kau jangan nak menakutkan aku har.Sudahlah diam-diam.Aku seram tahu tak."Kedua nya telah sampai di tanah perkuburan itu.Setelah berjalan dari kubur ke kubur,sampailah kedua nya di kubur kamisah yang dikehendaki nya itu.

   Setelah menyuluh dan memastikan kubur itu adalah kubur kamisah,maka mulalah keduanya menghayunkan cangkul masing-masing mengorek tanah timbunan itu.Tak lama kemudian suasana yang muram dan menakutkan itu telah diisi oleh bunyi-bunyi yang aneh dan mengejutkan.

    "Suara apa itu?"Bisik kohar yang mula tak sedap hati.

   "Wah..titik-titik hujan mula berjatuhan.Angin pun mula bertiup.Lihat.Awan tebal diatas sana.Malam nak hujan."Kata saman yang melihat kegelapan diatas dan sesekali cahaya kilat menerangi angkasa sekejap-sekejap.

   "Crok..crak..crok..crak."Suara cangkul-cangkul mereka bergantian.Titik-titik air hujan itu mula deras dan tak lama kemudian hujan turun bagai dicurahkan dari langit,disertai cahaya kilat yang membelah kegelapan malam.

   "Glarrrr...."Bunyi petir  yang mengejutkan mereka berdua.

   "Adakah hujan dan petir seperti ini memberikan alamat tertentu?"

   "Sudahlah kohar.Jangan bertanya yang aneh-aneh.Mari kita teruskan kerja ini.Papan pelapik dah pun nampak,ayuh kita keluarkan."Ajak saman yang menghentikan hayunan cangkul dan kini mula membuka papan pelapiknya.Keduanya terus membongkar kayu-kayu papan tersebut.Hujan pun makin lama makin deras yang membuat keduanya kesejukan sambil menahan rasa seram.

   Kohar kemudian menyuluh kedalam liang kubur.Papan pelapik itu sudah pun dikeluarkan semua.Bila nampak mayat kamisah tersebut,berdebar jantung keduanya.Saman yang mempunyai keberanian sedikit,terus turun kekubur untuk mengambil kain yang membungkus mayat tersebut.

    Sementara lampu suluh tersebut menerangi liang kubur,dengan menggigil dan memaksa diri,saman mula menarik kain kapan yang membungkus tubuh mayat kamisah.

   "Jangan suluh wajahnya bodoh,aku ngeri."Kata saman.Tadi saman nampak wajah kamisah bagai nak marah.Wajah yang telah pucat itu seakan tak tercedera dan reput.

   Ketika saman telah mengambil kain itu seluruhnya,maka cepat-cepat dia naik kedarat dan cuba melupakan keadaan yang baru dilihatnya.Baik saman maupun kohar merasa terkejut didalam hati,kerana melihat tubuh badan kamisah bagai tidur.Tubuh itu tidak reput dan susut.Malah mayat itu seperti keadaan bertubuh badan yang segar.

   "Kohar...mari cepat tutup balik lubang ini.Aku tak boleh lama-lama memerhati mayat ini.Tak payah pakai pun pelapik,buang saja papan-papan ini ke dalam dan kita timbus dengan tanah.Ayuh cepat.Aku rasa mayat ini hanya sedang tidur saja."Ajak saman sambil kedua tangannya menggigil.

   Papan-papan itu terus dibuang kedalam lubang dan ditimbus cepat-cepat dengan tanah.Kedua nya bekerja dengan cepat seakan takut mayat itu akan bangkit dan menjadikan huru-hara.Setelah tanah timbunan itu masuk dalam lubang kubur semuanya,keduanya kemudian meninggalkan tempat itu dengan cepat-cepat.

   "Apakah kau melihat mayat si kamisah dalam keadaan yang segar bagai diawetkan?"

   "Ya....seakan bagai tidur.Hanya nampak pucat.Sungguh mengerikan."Jawab kohar setelah keduanya berada di jalan yang telah jauh dari kubur.Hujan masih berterusan menyiram bumi yang telah beberapa ketika mengalami cuaca panas.

   Saman dan kohar muncul dihadapan wak tahak dalam keadaan tubuh badan yang basah kuyup.Wak tahak pun terus menerima kain kapan tersebut di letakkan disamping kepala wak sarpin yang sedang diasap kemenyan.

   "Adakah terjadi apa-apa didalam kubur?"Tanya wak tahak.

   "Tidak.Tapi menyeramkan.Hanya satu kehairanan telah terjadi pada mayat kamisah.Ianya bagai diawetkan dan dalam keadaan yang seperti tidur."Jawab saman.

   "Bagus...kain kapan ini memang hendak kugunakan menyeru roh kamisah agar datang dan jadi hamba kita."Kata wak tahak.

   Setelah saman dan kohar menukar pakaian yang kering,dia pun segera duduk disamping wak tahak menyaksikan perkara menyeru roh tersebut.Wak tahak menambah kemenyan didalam bara api dimangkuk kecil.Asapnya tebal memutih memenuhi tempat itu.Kemudian wak tahak membaca jampi-jampinya.

   Cahaya didalam bilik khas wak tahak itu hanya diterangi oleh cahaya lampu minyak.Lampu minyak itu hanya diletakkan berdekatan ditempat dia memuja.Jadi ditempat itu saja yang terang,sedangkan dibahagian yang lain cukup gelap.Saman dan kohar memerhati keadaan yang dianggap menyeramkan ini bertambah ngeri setelah angin bertiup bertambah kuat.

   Bunyi petir pun bertalu-talu membelah suasana malam seperti ini.Sementara keadaan yang bising dengan suara angin dan hujan serta petir,lampu minyak itupun padam ditiup angin yang serta-merta.Kegelapan dibilik itu makin mencengkam perasaan ketiganya.

   Apa yang nampak hanya kepul asap kemenyan yang sedang tebal memutih itu.Tiba-tiba didalam kegelapan itu tercipta kabus memutih didalam kawasan kemenyan.Wak tahak merasakan jantung nya berdebar kencang kerana ini adalah pertama kali dia lakukan.Dan lagi sebenarnya wak tahak bukan orang yang pakar dalam amalan seperti ini.

   Detik-detik berjalan dengan penuh debaran di hati masing-masing.Tak lama kemudian timbullah didalam kabus putih diantara kemenyan tersebut satu bentuk bayangan yang makin lama  makin jelas.

   Bukan sahaja saman dan kohar yang terkejut bila terciptanya bayangan ini.Tapi wak tahak mulalah menggigil akibat dari perbuatannya ini.Dia tak menyangka bahawa perbuatannya ini mengakibatkan demikian.Bayangan itu makin jelas dan didalam kabus.Ternyata bayangan tersebut membentuk tubuh seorang perempuan yang berwajah cantik dan mempunyai mahkota berlian dikepalanya.

   Dia tak memakai seurat benangpun ditubuhnya.Maka nampak jelaslah keindahan bentuk tubuhnya itu walau hanya ditutupi oleh kabus memutih yang bersinar.Rambutnya panjang dan lebat hingga rambut itu digunakan menutupi tubuhnya bahagian depan dadanya.Disamping ketakutan yang menyelimuti hati masing-masing,mereka bertiga menyaksikan perkara ini kagum dengan kecantikan perempuan itu.

   "Hai...siapa menyeruku dan mengamalkan kitab munkar?Apa hajat kalian?"Soal perempuan itu.Sementara dia bersuara dengan berdengung,lidah api keluar dari dalam mulutnya yang indah jelita itu.Wak tahak yang tak menyangka perkara ini boleh berlaku,maka dia masih merasakan mulutnya bagai terkunci.

   "A...aku me...menyerumu.Dan..dan siapakah kau ni sebenarnya?"Tanya wak tahak dengan menggigil kerana ketakutan yang luar biasa.Suara wak tahak tersekat-sekat dan itu sudah jelas menunjukkan wak tahak menahan ketakutannya.

   "Hai manusia.Kau telah menyebut namaku,itulah sebabnya aku datang.Akulah ratu syaitan yang bernama SEROBOT.Apakah kau dari anak cucu nabi sulaiman alaihissalam,maka menyeruku?"Tanya ratu syaitan.Bila didengar pertanyaan ratu syaitan itu maka menggigillah tubuh badan wak tahak.

   "Ti...tidak.Aku hanyalah manusia biasa,dan bukan anak cucu beliau."

   "Berani engkau menyeruku padahal kau manusia biasa sedangkan aku ini ratu syaitan,yang tidak sepatutnya menerima panggilanmu.Maka terimalah kematianmu dengan cara yang mengerikan."Kata ratu syaitan tersebut sambil mengangkat kedua tangannya.

   "To...tolong wahai ratu syaitan yang catik jelita dan aku adalah hambamu yang memujamu.Jangan bunuh aku."Kata wak tahak dengan memohon dan membungkukkan badannya.Perbuatannya ini membuatkan ratu syaitan ini menurunkan kedua tangannya kembali.

   Pandangan matanya yang tadinya kejam dan geram menjadi surut.Ratu syaitan itu kemudian tersenyum sehingga didalam senyumannya itu seribu godaan yang menghairahkan dan mendatangkan nafsu.

   "Apa hajat yang kau kehendaki wahai manusia sesat?"Tanya ratu syaitan.

   "Sa...saya ingin kaya dan berkuasa serta punya isteri yang cantik dan muda."

   "Baik.Akan aku luluskan tapi kau harus mengerjakan pekerjaan terkutuk.Kini aku bantukan kau dengan tiga syaitan anak cucuku.Penuhi kehendaknya."Selepas berkata begitu,maka hilanglah ratu syaitan tersebut dalam kepulan kabus tersebut.

   Sebaik dia menghilangkan diri,maka muncullah gadis didalam kepulan kabus tersebut,dalam keadaan yang berkainkan kabus saja.Gadis syaitan ini nampaknya lebih muda dan tak kalah cantiknya dengan ratu syaitan tadi.

   "Siapakah kau ini?"Tanya wak tahak.

   "Aku syaitan yang berdiam di otak,namaku mina.Sediakan otak segar dari manusia maka aku menurut perintahku,kata syaitan mina.Selepas berkata begitu maka dia pun menghilangkan diri.Tak lama kemudian datang lagi yang lebih muda dan cantik menjelam di kabus tersebut.

   "Si...siapa pula kau ini?"Tanya wak tahak ketika muncul bayangan itu.

   "Aku syaitan yang berdiam didalam hati.Namaku baliyun.Sediakan hati manusia segar dan aku akan menurut perintahmu."Kata syaitan yang bernama baliyun.Selepas berkata begitu maka hilanglah dia.

   Kemudian muncullah syaitan yang ketiga yaitu yang lebih muda dan lebih cantik.Syaitan yang terakhir ini mempunyai bentuk tubuh yang bercahaya merah dan mempunyai bentuk tubuh yang lebih cantik dari keduanya.

   "Kau adalah yang ketiga.Siapakah namamu?"Tanya wak tahak dengan ghairah.

   "Aku adalah syaitan yang menguasai didalam nafsu.Sediakanlah darah manusia baru aku akan menurut  perintahmu.Namaku syaitan dalungan."Kata syaitan tersebut dengan senyuman yang menawan.Selepas berkata demikian,maka hilanglah dia.Kabus itu pun kemudian surut dan kemudian hilang dalam kegelapan.

   Hujan diluar telah pun reda dan angin pun bertiup kembali perlahan.Hal ini menyedarkan ketiga orang tersebut dari peristiwa yang baru dialamai.Setelah wak tahak telah pulih dari rasa seramnya.Dia pun segera berdiri dan menyalakan lampu minyak didalam bilik tersebut.

   Setelah cahaya lampu minyak itu cukup menerangi ruang tersebut,nampak lah wajah saman dan kohar yang pucat tak bermaya bagai kehilangan darah.Apa yang baru berlaku didepannya tadi bagai membekukan seluruh tubuhnya.Masih nampak dia wajah keduanya rasa ketakutan yang luar biasa itu.

   Kemudian ketiganya duduk membuat lingkaran dan saling berdepan.

   "Wak..wah..sudahkah wak menyedari permintaan ketitga syaitan tadi?"Tanya kohar yang merasa ngeri bila mengingatkan otak,hati dan darah manusia yang diminta oleh ketiga syaitan tersebut.

   "Sanggupkah kita memenuhi permintaan mereka bertiga?"Tanya saman.Lama wak tahak tak menjawab pertanyaan mereka.Apa yang tersurat difikiran wak tahak adalah membunuh manusia yang hidup,kemudian memotongnya atau membelahnya untuk mengeluarkan hati dan otaknya,juga menakung darahnya.

   "Sungguh dahsyat permintaan syaitan itu wak."komen saman.

   "Pekerjaan syaitan sudah tentu dahsyat dan mengerikan."Kata wak tahak yang kemudian termenung untuk beberapa lama nya.Saman dan kohar,walaupun keduanya adalah pencuri dan perompak,tetapi keduanya setakat ini belum pernah membunuh manusia,apalagi memotong-motong tubuh dan mengeluarkan isi didalamnya.

   "Wak...aku tak sanggup membunuh manusia hidup-hidup kemudian hiii....memotongnya dan membelah dadanya untuk mengeluarkan hatinya dan otak juga menakung darahnya.Aku boleh buat jahat sejahat manusia,tetapi jangan membunuh manusia."Kata saman dengan mengerikan.

   "Maaf wak...saya pun demikian.Tak sanggup melakukan kekejian seumpama itu."Kata kohar pula dengan sungguh-sungguh.Wak tahak pun kemudian termenung memikirkan pekerjaan yang mengerikan itu.

   Wak tahak bila mendapati kedua rakannya dah tak sanggup melakukan pekerjaan yang dahsyat dan mengerikan itu,maka wak tahak pun menggelengkan kepalanya.Apa yang dimaksudkan itu adalah tak mungkin melakukan pekerjaan permintaan syaitan tersebut.

   "Apakah kalian tidak dapat mencari jalan keluar daripada memenuhi permintaan yang ganjil dan dahsyat tersebut?"Tanya wak tahak dengan mengharap sangat.

   Saman dan kohar saling berpandangan.Sunyi saja didalam ruangan itu.Masing-masing seakan ditimpa kemalangan yang membuat ketiganya bersusah hati dan tak membolehkan ketiganya meneruskan rancangannya dengan segera.

   "Begini wak..."Tiba-tiba saman bersuara seakan menemukan jalan yang baik.

   "Ha..bagaimana?"Cepat saja wak tahak menyahut kerana ingin sangat buah fikiran saman selama termenung tadi.Dengan penuh harap wak tahak memandang wajah saman dengan tegang.

   "Orang yang baru meninggal tentu masih mempunyai hati dan otak cukup segar apabila kita cepat mengambilnya."Kata saman dengan cadangannya itu.Orang tua itu membuka matanya lebar-lebar tanda setuju.

   "Ya itu bagus tak perlu kita membunuh manusia hidup.Tapi..bagaimana dengan darahnya?Orang yang telah mati tak mempunyai darah."Kata wak tahak kembali sedih.Ketiganya kemudian kembali termenung.

   "Bagaimana kalau daging manusia yang kita curi itu kita cincang kemudian kita peras dah tentu keluar juga darahnya.Kemudian darah itu kita campur darah anjing."Kata kohar yang sedari tadi diam saja.

   "Bagus...itu saja jalan yang boleh kita lakukan.Aku setuju dengan cadangan kalian."Kata wak tahak dengan gembira.

   "Kalau begitu kita tunggu saja sampai kita mendengar ada kematian.Entah berapa lama kita harus menunggu."Kata wak tahak yang bebas dari melakukan pekerjaan membunuh manusia itu.Akhirnya ketiganya sepakat untuk mencuri mayat orang yang baru meninggal dan darah itu diambil dari darah anjing.

   Didalam keheningan malam itu kemudian ketiganya dikejutkan oleh suara kentong titir.Artinya kentong kayu yang di palu bertubi-tubi sehingga bunyi itu berterusan.Ini lah tanda kecemasan telah berlaku dikampung.Biasanya bunyi seumpama ini digunakan untuk memanggil orang kampung dengan segera.

   "Dengar bunyi itu.Bunyi kentong berpanjangan.Tentu ada kecemasan berlaku."Kata wak tahak sambil berdiri dan mendengarkan bunyi tersebut.

   "Marilah kita lihat apa yang terjadi."Ajak wak tahak dimalam itu.Ketiganya kemudian keluar dari ruang itu menuju ke arah bunyi kentong yang ada dikampung.

   Orang-orang kampung berlarian menyaksikan apa yang terjadi.Sudah tentu mereka menuju ke pondok jaga terlebih dahulu sebelum menyaksikan apa yang berlaku sebenarnya.Orang ramai telah berkumpul dipondok jaga dan mendengarkan apa yang sebenar berlaku.

   "Talip...talip menggantung diri dirumahnya kerana kalah judi."Kata orang ramai yang tahu akan kejadian itu.Orang-orang yang mendengar keterangan itu segera terkejut dan takut.

   "Siapa yang mula-mula tahu keadaan talip menggantung diri?"tanya yang lain.

   "Aku...ketika aku bangun dari tidur dirumah budak bujang itu aku terkejut kerana talip telah tergantung dengan seutas tali dengan lidahnya terjulur."Kata kawan talip yang tidur serumah dengannya.

   Orang ramai masih sebuk membincangkan perkara talip yang menggantung diri itu.

   "Apa yang kalian bincangkan disini ha.Cepat pergi tengok keadaan talip."Kata penghulu kampung yang baru saja sampai ditempat itu.Orang ramai pun segera pergi ke rumah talip untuk menyaksikan kejadian itu.

   Rumah talip menjadi tumpuan orang ramai.Mereka beramai-ramai menuju kerumah talip,dengan membawa obor.Hiruk piruk keadaan didalam kampung apabila tersiar berita yang mengejutkan itu.Ketika orang ramai telah pun tiba dirumah talip,mereka tidak menjumpai apa-apa pun dirumah itu.

   Apalagi menjumpai talip,tali tempat menggantung diri pun telah tiada.Kawan talip itu menjadi kehairanan kerana mayat talip telah tiada disitu.

   "Sudah pastikah yang kau melihat talip menggantung diri?"Tanya seseorang.

   "Ya..dia kata kalah judi dan hutang banyak.Kemudian saya pun terus tidur.Ketika aku bangun,dia telah tergantung dan telah menjadi mayat."Kata kawan talip.

   "Dia ada isteri,kenapa dia tidur dirumahmu."Tanya yang lain.

   "Mana lah aku tahu.Dengar-dengar dia selalu main judi dan sering bergaduh dengan isterinya.Itulah sebabnya dia kadang-kadang tidur dirumah budak bujang."Kata kawan talip menjelaskan.

   "Betul kata dia itu.Talip pun sering tidur tak tentu arah."Kata yang lain.

   "Kalau lah talip membunuh diri,mana mayatnya?"Tanya yang lain pula.

   "Sudah lah,perkara karut apa pula ini.Kau mungkin mengigau."Kata salah seorang dari kumpulan orang ramai tersebut.Akhirnya lama kelamaan orang ramai yang berkumpul didepan rumah talip seorang demi seorang meninggalkan rumah tersebut.

   Kini tinggallah kawan talip seorang diri dirumah budak bujang.Dia nampak pucat dan ketakutan yang amat sangat.Ketika keadaan telah pun sepi,seorang rakan telah datang kerumah itu dengan senyap-senyap.Rakan yang telah datang itu adalah tukang emas dikampung itu.

   "Apa yang telah terjadi?"Kata tukang emas dengan ketakutan pula.Kawan talip itu menggigil ketakutan seakan membayangkan apa yang baru terjadi.Lama dia terdiam tanpa berusaha berkata-kata.

   "Sudahkah kau pastikan yang dia telah mati?"Bisik tukang emas.

   "Kita sama-sama menyaksikan yang lidahnya terjulur dan matanya membulat.Ha.Nak apa lagi."Bisik kawan talip dengan bibir yang bergetar menahan ketakutan itu.Tak lama kemudian tukang emas menarik bahu kawan talip dan mengajak pergi.Keduanya kemudian pergi senyap-senyap meninggalkan rumah itu melalui pintu belakang.

   "Kemana kita?"Tanya kawna talip dengan suara yang bergetar.

   "Kerumah isteri talip.Kita cuba melihat dan memastikan apakah dia disana."Bisik tukang emas.

   Jam dinding dirumah rosnah,isteri talip baru berdenting dua belas kali.Ketika kedua orang itu telah memastikan tiada sesiapa dirumah rosnah dan hanya rosnah seorang tinggal dirumah,maka kawan talip tersebut mengetuk pintu dengan cara rahsia.Rosnah kemudian membuka pintu belakang setelah terdengar ketukan itu.

   "Oh kalian."Kata rosnah isteri talip dengan berbisik.Kedua orang tersebut segera masuk bilik rosnah.Rosnah menutup pintu itu kembali.Setelah ketiganya berada didalam,masing-masing bertanda tanya dihati masing-masing.

   "Ada kejadian yang aneh."Bisik tukang emas.

   "Aneh bagaimana bang?"Rosnah ingin tahu dan wajahnya ingin tahu sangat.

   "Kami berdua telah pasti melihat mayat suamimu tergantung.Dah mati dalam setengah jam.Dan kami terus menjalankan rancangan kita bertiga.Tapi kemudian ketika orang kampung hendak melihat mayat talip.Talip telah tiada ditempat gantungan itu."Kata tukang emas.Berita yang didengar ini cukup mengejutkan rosnah.

   "Ala.Macam mana ni.Dia hidup balik tak?"Soal rosnah pucat.

   "Aku sungguh tak mengerti dan hairan."Kata kawan talip.

   "Ala macam mana ni.Kalau talip suamiku hidup,dah tentu rahsia kita bertiga akan terbongkar dan kita semua akan mendapat akibatnya."Kata rosnah pucat.Tukan emas dan kawan talip itupun bagai kehilangan darah diwajahnya.

   "Kalau begitu carilah talip sampai jumpa malam ini.Dan abang berdua harus membunuhnya.Kalau tidak,wah...kita semua akan celaka.Cepat pergi."Kata isteri talip memerintah.

   "Baik-baik aku akan pergi mencarinya."Kata tukang emas itu sambil melangkah pergi diikuti kawan talip.Mereka berdua terus pergi menembusi kegelapan malam,dengan jalan menghendap agar langkah mereka itu tak diketahui oleh orang kampung yang sedang berjaga dipondok kawalan.

   Keadaan kampung telah sepi kembali.Kedua orang itu berjalan dengan hati-hati dan berselindung dibayangan pokok-pokok yang tumbuh ditepi jalan.Hati keduanya sungguh tak sedap dengan peristiwanya dianggap ajaib ini.

   Didalam bilik khas itulah mayat talip diletakkan diatas pangkin.

   Mayat talip tinggal terbaring terlentang diatas pangkin itu.Dimalam yang sunyi itu terdengar suara pisau lebar yang tajam sedang diasah.Wak tahak yang mengasah pisau itu.Dan mereka bertiga tadi lah yang telah bertindak cepat mencuri mayat talip ditali gantung tersebut.

   Hingga saat mereka bertiga telah siap dengan tugas masing-masing.Setelah wak tahak selesai mengasah dua bilah pisau tajam,dia segera menyerahkan pisau-pisau itu kepada saman dan kohar.Selepas demikian wak tahak kemudian berdiri diluar rumah ditempat yang gelap,memerhati keadaan disekitar situ.

   Saman kemudian bertindak membelah kepala talip.Sedang kohar dengan pisau yang telah diasah tajam itu mula menghiris dan membelah bahagian dada.Tangan keduanya walau bagaimana  tetap berlumuran darah kental ditubuh badan talip.Keadaan pekerjaan yang mengerikan ini terpaksa juga dilakukan kerana sudah menjadi syaratnya.

   Bagai menyiat-nyiat daging lembu mereka berdua mengerjakan tubuh badan talip yang masih hangat itu.Baru setengah jam talip meninggal kerana digantung itu.Sudah tentu daging-daging tubuhnya masih segar.Bagai nak muntah saman dan  kohar menyiat-nyiat dan memotong daging tubuh talip.

   Pekerjaan mengeluarkan hati dan otak ini tidak ubahnya bagai mengeluarkan hati lembu.Tubuh badan talip telah dipotong-potong sehingga hati dan otak itu boleh dikeluarkan dengan keadaan yang masih utuh.Hati itu kemudian diletakkan diatas dulang dan otak itupun kemudian diletakkan ditempat lain.

   Setelah keduanya membuangkan perut talip dan dipendam ditempat yang jauh,maka kini keduanya memotong-motong tubuh badan talip hingga kecil-kecil.Apa yang diambil  itu hanya daging-dagingnya saja.Sedangkan tulang belulang talip telah bersih dari daging.

   Wak tahak yang bertugas mengubur tulan belulang talip ditempat yang jauh.Dengan meramas dan memeras daging talip,maka ada juga darah talip yang ditadah dengan baldi.Setelah demikian maka saman memberi tahu kepada wak tahak.

   "Wak ada nampak sesiapa diluar sana?"Soal saman.

   "Kebetulan tak ada.Bagaimana dengan pekerjaan mu itu?"Wak tahak menyoal pula.

   "Otak dan hati talip telah tersedia.Cuma darah talip hanya dapat sedikit."Jawab saman.Wak tahak kemudian memerhati hasil kerja dua orang itu.Wak tahak kemudian kembali keluar rumah untuk memendam daging-daging talip.

   Beberapa minit kemudian dia pun kembali ketempat bilik khas tersebut.

   "Marilah kita keluar sekarang.Bawa lah baldi itu untuk menampung darah."Kata wak tahak.Saman dan kohar ikut keluar mengikuti wak tahak.Wak tahak kemudian membawa tali yang mengikat anjingnya sampai dihujung sana.

   Selepas ketiganya pergi untuk menyembelih anjing dan mengambil darahnya,dijalan kampung nampak bayangan dua orang sedang berjalan mengendap-ngendap.Rumah wak tahak memang jauh berada dihujung kampung dan jauh juga dari rumah jiran.Dua bayangan orang yang berjalan itu mendekati rumah wak tahak.

   Mereka berdua adalah tukang emas dan kawan talip yang sedang berusaha mencari talip.Setelah keduanya hampir didinding wak tahak,keduanya segera memasang telinganya mendengarkan sesuatu suara dari dalam rumah wak tahak.

   "Tiada sesuatu suara.Wak tahak pun mungkin sudah tidur."Bisik suara itu.

   "Eh kau tercium bau sesuatu?"Bisik tukang emas.

   "Entahlah..semacam bau kemenyan."Jawab kawan talip.

   "Benar semacam bau kemenyan.Disana pun tadi bau kemenyan juga.Baru kuingat hari ini adalah malam jumaat.Malam yang menakutkan."Kata tukang emas.

   "Marilah kita kembali.Merata tempat bau kemenyan.Dan malam ini juga mayat talip telah hilang."Kata kawan talip.Kedua orang itu terus beredar dari rumah wak tahak.Mereka melangkahkan kakinya dengan cepat kerana mengingati malam ini adalah malam yang menakutkan.

   Wak tahak telah kembali kebilik khas itu dengan membawa darah anjing.Darah itu kemudian dicampur dengan darah talip dan digaul hingga sebati.Seterusnya wak tahak kemudian bersila lagi dan menambah bara api di mangkuk kecil.

   Setelah demikian wak tahak meletakkan otak talip dihujung kain kapan yang dibentang tersebut.Sedang hati itu diletakkan dibahagian dada diatas kain kapan.Darah itu tetap terbiar didalam baldi.Kemudian wak tahak menaburkan kemenyan dibara api didalam mangkuk kecil itu.

   Wak tahak mengucap kan jampi-jampinya hingga terdengar hanya bunyi yang tak jelas ditelinga saman dan kohar.Mereka berdua memerhati kejadian itu dari minit ke minit dengan perasaan yang berdebar dan penuh tanda tanya.Wak tahak kemudian mengangkat kedua tangannya dan disaat itulah angin berhembus hingga api lampu minyak terpadam.

   Kini hanya nampak asap kemenyan yang memutih bergumpa-gumpal dikegelapan.Angin yang bertiup itupun makin kencang hingga diluar rumah menimbulkan bunyi yang menakutkan.Wak tahak terus mengucapkan jampi-jampinya tanpa henti-hentinya.Saman dan kohar makin merasakan debar jantungnya makin kencang.

   Mereka berdua telah mengakui tentang kebolehan wak tahak.Walaupun wak tahak hanya mempelajari dari buku kepunyaan wak sarpin.Tiba-tiba sekumpulan kabus keluar dari kepala wak sarpin sebagai simbul pemujaan itu.Kemudian mata wak sarpin menyala merah bagai bara api.

   Didalam kegelapan itu kepala wak sarpin yang terletak diatas pacak nisan makin mengerikan dengan mulut wak sarpin yang membaca seakan berkata-kata.Kini tahulah saman dan kohar dan wak tahak,bahawa kabus itu berpusat dari kepala mayat wak sarpin.Kabus itu makin menebal bercampur dengan asap kemenyan.

   Didalam kegelapan itu kabus itu nampak memutih.Didalam nya kemudian timbul bentuk tubuh yang makin jelas dan bukan bayangan.Seakan kabus tersebut telah mengangkat tubuh tersebut.Tubuh itu mulai jelas dari sinaran di kepala wak sarpin.Tubuh seorang perempuan tanpa ditutupi oleh seurat benang pun.

   Dengan gerakan kaku perempuan itu kemudian memakan otak yang terletak ujung kain kapan.Setelah otak itu habis dimakannya,maka dia mula memakan hati sedikit demi sedikit yang akhirnya habis.Setelah demikian maka mayat itu segera meminum darah dibaldi sehingga habis.

   Seterusnya perempuan itu membaringkan diri di kain kapan.Kabus itu pun bertindak membungkus tubuh perempuan itu sehingga ianya menjadi seperti mayat yang telah terbungkus oleh kain kapan.Tak lama kemudian kabus itu kemudian kembali berkumpul dan menuju berpusat dikepala wak  sarpin.Akhirnya lama-lama kabus itu hilang setelah masuk dikepala mayat wak sarpin.

   Kini ruang itu kembali menjadi gelap.Angin pun kemudian menjadi reda.Tetapi asap kemenyan itu masih mengepul kan asapnya.Setelah ketiga orang itu dicengkam ketakutan dan menggerunkan kerana peristiwa ini benar-benar berlaku didepan matanya,maka mula lah ketiga orang itu bernafas agak teratur.

   Setelah tiada lagi kejadian yang berlaku,maka wak tahak segera memasang lampu minyak yang tadi telah padam.Bila bilik itu telah diterangi oleh cahaya lampu redup,maka nampak lah didepan pemujaan itu terbujur tubuh yang telah berbungkus kain kapan.Tubuh itu tidak bergerak.

   "Sungguh menghairankan.Hal ini boleh terjadi.Dan aku bagai nak pengsan menyaksikan nya.Jampi-jampi wak berjaya.Wak telah berjaya mencuri roh ini."Kata saman dengan pandangan matanya yang tegang diikuti oleh pandangan mata kohar yang membulat.Wak tahak tak segera menjawab kata-kata saman.

   Dia terus mengambil buku yang terletak dipangkuannya kemudian meneliti kandungannya kemudian membaca nya dengan masa yang cukup lama.Setelah demikian maka wak tahak kembali meletakkan buku itu disampingnya.

   "Kalian tahu apa yang kuciptakan ini?"Bisik wak tahak.

   Saman dan kohar menggelengkan kepalanya.

   "Inilah yang dinamakan hantu pocong.Ianya tak beza dengan hantu sundel bolong.Demikian lah kejadiannya dari hantu pocong.Hanya caranya berbeza dengan sundel bolong.Dia tak mempunyai lobang dipunggungnya,dan mempunyai tubuh yang sempurna."Kata wak tahak menjelaskan.

   "Sundel bolong termasyur dengan kecantikan.Apa pula dengan hantu pocong ini wak?"Soal saman yang ingin tahu kecantikan wajah hantu pocong.

   "Marilah kita saksikan betapa cantik wajahnya."Kata wak tahak sambil membawa lampu minyak itu ke dekat paras wajah hantu pocong.Dengan debaran jantung yang kencang saman dan kohar mendekatkan diri nya untuk memerhati wajah hantu pocong.Wak tahak kemudian mula membuka kain kapan yang membungkus wajah hantu pocong.

   Jari-jari wak tahak kemudian menyingkap kain kapan yang membungkus wajah hantu pocong tersebut.Betapa terkejut ketiga orang tersebut,ketika melihat wajah gadis tersebut bermuncung anjing.Ketika wak tahak membuka semua kain kapan tersebut,ianya adalah sebentuk tubuh gadis yang indah tanpa bulu anjing.

   Saman dan kohar undur kebelakang kerana ngeri melihat muncung dibibir gadis tersebut.Apa yang mereka lihat keadaan gadis hantu pocong ini adalah dia sedang tidur.Cepat-cepat wak tahak membungkus kembali gadis hantu pocong tersebut,seperti semula.

   "Wak...dia bernafas dan sedang dalam keadaan tidur.Kalau lah dia bangun dan  membaham kita,habislah kita.Macam mana ni wak?"Soal saman yang membayang kan kengerian yang akan berlaku.

   "Dia tetap tidur sebelum aku membuka rahsia jampi-jampi."Kata wak tahak.

   Wak tahak nampak ikut merasakan ketakutan itu.Tubuh badan gadis hantu pocong itu tak ada cacat nya sampai ke paras wajah.Hanya bibirnya saja yang mempunyai muncung seperti anjing dan bertaring.

   "Tapi wak...demi keselamatan kita lebih baik tangannya kita rantai."Kata kohar mengingatkan.Pikir punya pikir betul juga kata kohar itu.Kata hati wak tahak.Kemudian mengambil rantai anjingnya kemudian membelanggu kedua tangan gadis pocong tersebut,dan menutupnya dengan  kain kapan seperti semula.

   Ketiganya kemudian memikirkan kejadian hantu pocong tersebut.Kerana dia bermuncung anjing maka wak tahak belum berani membuka jampi-jampinya menggerakkan gadis pocong tersebut.Tinggallah gadis itu terbaring tidur dalam kain kapan.Tiba-tiba kohar nampak kain kapan yang menutup mucung itu turun dan rata dengan paras wajah.

   Kohar kemudian menggerakkan jari-jari tangannya untuk meraba muncung tersebut.Sungguh aneh.Muncung itu telah tiada.Maka wak tahak pun segera membuka kain yang menutup wajah gadis pocong tersebut.Setelah terbuka,maka hilanglah muncung itu.Kini tinggallah bibir gadis itu yang indah jelita.

   "Sungguh ajaib.Mungkin darah talip itu telah mengalahkan darah anjing tersebut."Kata wak tahak.Saman dan kohar membenarkan pendapat wak tahak.Kemudian saman menambahkan.

   "Kerana gadis ini memiliki darah anjing,sudah tentu dia mempunyai tabiat seperti anjing dan mungkin kuat."Kata saman.

   "Ya...kuat bagaimanapun dia tentu lemah dengan jampi-jampiku."Kata wak tahak.Wak tahak kemudian membuka rantai ditangan gadis pocong,kemudian menutupnya kembali dengan kain kapan tersebut.

   "Sekarang apa yang harus kita lakukan."Saman ingin tahu.

   "Hari dah hampir  pagi.Sebaiknya biar lah dia tidur.Kita pun nak rehat setelah bekerja keras.Esok malam barulah kita gunakan gadis pocong ini untuk melakukan sesuatu kerja."Kata wak tahak.Wak tahak kemudian memadamkan lampu minyak di bilik khas tersebut kemudian mengajak saman dan kohar rehat dibilik kedai depan.

   Saman dan koharpun bersetuju berehat dibilik kedai kerana perasaan ngeri dan seram itu masih menyelimuti hati masing-masing.Ketegangan fikiran masing-masing dari ketiga orang tersebut tak membolehkan mereka tidur cepat.Segala kejadian yang berlaku didepan mereka dan menyiat-nyiat tubuh badan talip itu menjadi ingatan yang sukar untuk dilupakan.

   Namun walau bagaimanapun.Ketiga orang tersebut tertidur juga ketika menjelang pagi.


(Bersambung...)


Sumber : Naskah Dari Mastris

No comments:

Post a Comment