Thursday, 22 September 2016

Memuja Ratu Syaitan

Bahagian 4 : Munculnya Hantu Pocong

   Pada pagi harinya ketiganya dikejutkan oleh peristiwa yang mendebarkan hati mereka.Baru saja mereka sarapan pagi dan selepas itu pergi ke bilik khas.Dibilik khas tersebut didapati kain kapan pembungkus roh itu telah tiada.Terutama wak tahak menjadi panik dan menggigil tubuhnya.

   "Kain kapan dan roh itu telah tiada."Kata kohar dengan terkejut.

   "Ia nya bukan saja roh.Tapi roh itu telah kembali mengambil jasadnya dari kubur.Ia datang kemari kerana bantuan tiga syaitan tersebut.Kemudian aku ikat dengan kain kapan.Setelah itu aku penjarakan didalam tengkorak kepala wak sarpin."Kata wak tahak tidak mengerti peristiwa itu boleh terjadi.

   "Bagaimana dia boleh terlepas?"Soal wak tahak pada dirinya sendiri.Jawapan itu segera diketahui bila perhatian mereka semua tertuju kepada tengkorak kepala wak sarpin.Tiba-tiba tengkorak kepala wak sarpin terbelah dua dan jatuh dari pacak kayu didekat pemujaan tersebut.

   "Lihat tengkorak pemujaan itu telah jatuh dan berkecai."Kata saman.

   "Dia telah merusak penjara tengkorak kepala itu,maka dia boleh terlepas."Kata wak tahak memberikan penjelasan.Dengan gopoh gapah wak tahak segera menuju tempat pemujaan dan mula bersila dan membakar kemenyan.

   Setelah beberapa lamanya wak tahak mengucapkan jampi-jampinya,mula lah wak tahak membuka buku tebal itu,setelah buku itupun diasap kemenyan.Muka surat demi muka surat wak tahak mencari ayat pelemah hantu pocong tersebut.

   "Bagaimana wak?"Soal kohar setelah wak tahak menemukan muka surat tersebut dan telah membacanya.

   "Kita tak dapat mencarinya disiang hari,kecuali bila hari dah malam."Kata wak tahak.Wak tahak kemudian menerangkan kepada kohar,sementara hari siang mereka hanya boleh mengesan tanda-tandanya sahaja.

   Malam baru bermula ketika tukang emas baru saja hendak keluar dari dalam rumahnya.Dia nampak seseorang duduk diruang tamu yang diagak tamu itu baru saja sampai didalam rumahnya.

   "Eh..kau seman.Ada berita tentang talip?"Soal tukang emas dengan berbisik.

   Pemuda bujang yang berumur dua puluh tujuh tahun itu menggelengkan kepalanya.

   "Dah penat aku mencarinya.Kalau dia mati pun entah dimana mayatnya.Kalau hidup pun tak nampak batang hidungnya."Kata pemuda yang dipanggil seman.Seman nampak nya telah bekerja keras untuk mencari talip,tetapi tak menjumpainya.

   "Jadi apa hajatmu kemari?"Tanya tukang emas.

   "Disamping aku memberitahukan hal talip itu tak jumpa...aku nak upahku.Kau kan tahu kita sama-sama menggantungnya dirumahku itu.Dan kita sama-sama menyaksikan yang dia telah menjadi mayat.Kerjaku sudah kulaksanakan.Soal hilangnya mayat talip itu,perkara lain."Kata seman.

   "Cuma separuh."Kata seman.

   "Ya...yang separuh lagi akan kugandakan bila kau telah jumpa mayat talip."Kata tukang emas.Wang yang diberikan kepada seman cukup banyak sehingga seman berpuas hati walau belum dibayar sepenuhnya.

   "Sekarang aku nak pergi kerumah rosnah.Beritahulah kepada ku disana,bila kau ada berita tentang talip."Bisik tukang emas.Seman pun mengangguk.

   Tukang emas itu terus pergi meninggalkan seman yang masih berada di beranda depan.Seman tersenyum menerima wang sebanyak itu.Dengan bersuka hati dia segera berjalan kerumahnya untuk menyimpan wang itu ditempat yang selamat.Dia hanya mengambil sekadar untuk keperluannya dan berjalan kembali keluar untuk berseronok.

   Seman tidak dapat melupakan kegemarannya bermain kad dadu itu.Kali ini dia berniat hanya berseronok dirumah judi itu tanpa bermaksud mencari kemenangan.Kalau kalah pun ianya tak kisah sangat.Wang pemberian tukang emas itu cukup banyak menjadikan dirinya boleh bersenang lenang tanpa bekerja keras atau bermain judi bersungguh-sungguh mencari kemenangan.

   Dia berjalan dijalan yang sunyi menuju sebuah rumah dihujung kampung.Sebuah rumah yang tersendiri yang biasa tempat berhimpun para penjudi.Tak jauh dari tempat seman berjalan,sebuah benda melayang diudara.Benda itu berwarna putih seakan diterbangkan angin yang bertiup agak kencang.

   Benda yang berwarna putih tersebut ternyata hanya kain putih.Kain itu kemudian terjatuh ditanah dan terbentang membujur.Lama kelamaan kain putih itu menggelembung dan berisi sebentuk tubuh yang terbungkus kain putih tersebut.Tak lama kemudian dari dalam kain tersebut bangkitlah sesusuk tubuh manusia yang berambut panjang.Ternyata sesusuk tubuh seorang perempuan.

   Dia kemudian menggunakan kain putih tersebut sebagai bajunya dan dia berjalan dikegelapan malam yang diterangi oleh cahaya bulan yang redup disebalik awan nipis.Dia terus berjalan sehingga seman mula memerhati bayangan tubuhnya.

   "Ha...siapa pula yang berjalan kearah rumah judi tersebut?"Tanya seman didalam hatinya sendiri.

   "Eh..perempuankah atau lelaki.Dia berjalan nampaknya seperti talip."Kata hati seman sambil mempercepat langkahnya dan dia menghendap diantara semak tinggi yang tumbuh disitu.Ketika seman cukup dekat dengan bayangan itu maka seman terkejut.Cahaya sinar bulan yang redup itu memberikan gambaran yang bayangan itu adalah talip.Seman terus memerhati.

   "Be...benar...dia adalah talip.Dia kerumah judi itu.Ini tak boleh jadi.Mus...mustahil dia boleh terlepas dari tali gantung itu.Dia seharusnya sudah mati.Ataukah itu hantunya?Tapi dia memang talip."Kata hati seman.Seman tak membuang masanya.Dengan menggigil dia meninggalkan tempat itu.Apa yang terfikir olehnya adalah secepatnya dia memberitahukan hal ini kepada tukang emas.Walau pun dalam keadaan yang menggigil ketakutan,seman sempat juga memikir kan upah yang digandakan itu.Dengan berlari seman menuju kerumah rosnah.Beberapa minit kemudian sampailah seman didepan pintu rumah rosnah.Dia mengetuk pintu itu.

   "Siapa diluar?"Tanya suara halus yang setengah berbisik.

   "Aku seman..tukang emas ada disini tak?"Tanya seman pula.Pintu pun terbuka.Tukang emas itu muncul dipintu diiringi oleh rosnah.Melihat kedatangan seman yang masih mengatur nafasnya itu,mengejutkan tukang emas dan rosnah.

   "Kau seman....ada jumpa talip?"Tanya tukang emas tak sabar.

   "Ya...dia sedang menghampiri pondok tempat bermain judi itu."Jawabnya.
 
    "Ha itu dia..tunggu apa lagi bang.Jangan buang masa atau rahsia kita bertiga akan terbongkar."Kata rosnah mengingatkan.

   "Aku paham...aku paham.Ambikan parangku."Kata tukang emas sambil mengemaskan pakaiannya.Rosnah mengambilkan parang dan diberikan kepada tukang emas.

   "Ros...abang pergi dulu ya.."Kata tukang emas.Rosnah mengangguk perlahan.Tukang emas dan seman segera meninggalkan rosnah seorang diri dirumah itu.Keduanya terus berjalan menembus kegelapan malam dengan langkah yang dicepatkan.

   "Kau telah pasti bahawa dia adalah talip yang kita gantung itu?"

   "Walau pun keadaaanya hanya diterangi bulan redup,tapi aku masih cam cara talip berjalan dan roman wajahnya.Memang dia adalah talip."Jawab seman memberikan gambaran bayangan yang dikenalinya.

   "Ada sesiapa didalam pondok itu?"Tanya tukang emas lagi.

   "Mana aku tahu.Aku belum lagi sampai dirumah itu."

   "Kalau lah ramai orang-orang yang berada didalam pondok judi itu,kita terpaksa menunggu talip berjalan ditempat yang sunyi kemudian membunuhnya."Kata tukang emas memberikan usulnya.Seman pun mengangguk.

   Tukang emas dan seman berjalan menghendap apabila keduanya hampir sampai didekat pondok yang dimaksudkan.Keduanya kemudian makin hampir dipondok itu dan cuba memasang telinganya untuk mendengarkan suara-suara didalam pondok tersebut.

   "Agaknya malam ini mereka tak mengadakan permainan judi.Senyap saja."Bisik tukang emas.Keduanya makin dekat dengan dinding rumah itu.Ketika keduanya cuba mengintai dari lubang dinding rumah tersebut,keduanya terkejut hairan.

   Seorang perempuan sedang duduk sendirian disitu.Cahaya lampu minyak yang menerangi redup dalam bilik itu memberikan gambaran yang perempuan berbaju putih itu mempunyai bentuk tubuh yang indah dan berparas wajah yang cantik.

   "Kau kata talip menuju kerumah ini.Tapi yang didalam rumah ini seorang ..gadis yang cantik.Siapa dia?"Bisik tukang emas yang cepat terangsang oleh kecantikan gadis didalam rumah judi tersebut.

   "Tengok dia mengenakan gaun itu.Hanya dililit lilitkan ditubuhnya saja.Nampak nya dia sedang siap menantikan ketibaan seseorang ditempat ini.Biar lah aku menegurnya."Bisik tukang emas yang segera hendak berlalu dari tempat itu.Tetapi seman menarik bahunya.

    "Jangan macam itu kau kan sudah ada rosnah.Biarlah yang ini aku punya.Siapa tau dia mau padaku."Bisik seman pula menghalang tukang emas hendak bangkit.Keduanya masih mengintai gadis didalam pondok judi tersebut.Tak lama kemudian gadis itu pun bangkit dari duduknya dan mula berjalan keluar rumah tersebut.

   Seman cepat-cepat bangkit dari tempatnya bersorok diikuti oleh tukang emas.

   "Dapatkan gadis itu untukku?"Kata tukang emas sambil memegang bahu seman.

   "Yalah..yalah aku cuba memujuknya dulu."Bisik seman pula.

   "Tunggulah dipondok itu dalam masa sekejap akan kubawa gadis bergaun putih itu ke tempatmu."Kata seman.Tukang emas mengangguk.Dia berjalan kedalam ruang pondok judi.dan seman terus mengikuti langkah gadis yang bergaun putih tersebut.

   "Cik adik...nak kemana malam-malam begini?"Tegur seman kepada seorang gadis didepannya.Dalam sinaran cahaya bulan yang sedang mengambang itu nampaklah wajah gadis itu begitu cantik dan indah.

   Gadis itu menghentikan langkahnya.Tak lama kemudian dia menggerakkan tubuh badannya dan menghadap penuh kearah seman dengan senyuman.Dia menundukkan diri seakan gadis pemalu yang menatap mata lelaki.Seman menggelengkan kepalanya kerana gadis didepannya itu begitu cantik dan menawan hatinya.

   Seman tetap menatap kecantikan gadis didepannya itu seakan menikmati segala keindahan yang ada disetiap bahagian tubuh gadis tersebut.Setelah menundukkan wajahnya,gadis itu kemudian mengangkat wajahnya keatas dan pandangan wajahnya tertuju ke arah bulan yang sedang mengambang.

   Gerakan itu seakan mengajak seman agar memerhati keindahan bulan yang sedang mengambang.Seman pun ikut memerhati keindahan bulan dimalam itu.Begitu romantis dan mendatang kan kasih di hati seman.Tetapi seman tidak tahu bahawa gadis yang memerhati bulan yang sedang mengambang itu mula berubah dibahagian bibirnya.

   Dari sebalik bibir gadis yang indah itu tersembul taring yang mengerikan.Taring itu tersembul keluar dengan lidah yang terjulur.Tak lama kemudian kuku-kuku dari jari-jari gadis tersebut memanjang dan runcing.Seman baru tersedar bila dia mendengar nafas gadis itu menderu-deru bagai nafas binatang buas.

   Bila seman mengalihkan pandangannya kearah wajah gadis didepannya.Seman melihat mata gadis itu bagai mata kucing bersinar dengan mulutnya lebar terbuka penuh gigi-gigi yang runcing lengkap dengan taringnya.Seman terkejut,hinggakan tak dapat bersuara.

   Disaat seman menatap mulut itulah,maka mulut gadis tersebut segera membaham tengkuk seman dengan sekali gerakan.Sudah tentu seman meronta dengan hebatnya.Gadis itu pun mengerang bagai anjing yang mengerang mendapat tulang.Kemudian terjadilah pergumulan gadis itu dengan seman di tanah.

   Tanah yang berpasir itu berhamburan dengan gerakan seman yang meronta bagai singa luka.Tapi makin lama rontaaan seman makin kendur.Akhirnya seman tiada bergerak lagi dalam cengkaman gadis bergaun putih tersebut.

   Dengan kuku nya yang tajam gadis itu menyiat-nyiat tubuh badan seman.Setelah puas gadis itu menghirup darah seman,dia kemudian memecah kan kepala seman dan mengeluarkan otak kepala tersebut.Otak itu kemudian dimakannya.Tak lama kemudian,dia pun menyiat-nyiat bahagian dada seman.Hatinya dikeluarkan kemudian hati itu kemudian dimakannya.

   Setelah gadis itu memakan apa yang dikehendaki,dia pun kemudian bangkit dan meninggalkan mayat seman yang dalam keadaan mengerikan.Gadis itu terus berjalan didalam kegelapan malam.Didalam cahaya bulan yang sedang bersinar itu,nampak lah taring gadis tersebut kemudian mengecil dan hilang berserta kuku-kukunya yang tajam.

   Wajahnya kembali cantik hanya saja seluruh pakaian gadis itu bernoda darah.Demikian mulut gadis itu comot dengan bekas darah.Dia kemudian terus berjalan menembus kegelapan malam.Sesiapa pun tidak tahu akan kejadian itu,juga tukang emas.Tukang emas yang masih menunggu dipondok itu menjadi tak sabar menunggu begitu lama.

   Seman yang ditunggunya membawa gadis yang menawan hatinya itu tak juga datang.Tukang emas itu naik cuak dan dengan  bersungut mula meninggalkan pondok tersebut.Sambil berjalan tukan emas itu mula berfikir.Ada hubungan apa gadis dan talip didalam pondok tersebut.

   Rosnah tertunggu-tunggu ketibaan tukang emas dan seman.Dia merasa bimbang tentang segala kejadian yang dirancangkan selama ini.Khabar hilangnya talip amat membimbangkan dirinya.Bila sebentar tadi seman mengatakan telah terjumpa talip,rosnah cemas didalam hatinya.

   Rosnah tetap menunggu ketibaan tukang emas.Dia mula mengesan segala bunyi yang kedengaran aneh ditelinganya.Angin yang bertiup diluar kedengaran cukup aneh dan membuat rosnah berjalan menghampiri daun pintu tingkap.Daun pintu tingkap itu dibukanya.Diluar nampak cahaya redup dari bulan yang bersinar.

   Ketika rosnah nampak bayangan seseorang dihujung sana,dia mengharapkan yang bayangan itu adalah tukang emas atau seman.Bayangan itu makin mendekat dan membuat rosnah bertanda tanya didalam hatinya.

   Cahaya bulan kembali redup dan makin redup kemudian bulan berselindung dibalik awan yang tebal.Bayangan itu makin membentuk sesuatu yang kurang jelas.Jalan kecil yang berada disamping tingkap rosnah tak begitu jauh.Ketika cahaya kilat beberapa kali menerangi angkasa,makin terlihatlah bayangan itu seorang perempuan bergaun putih.

   Rosnah nampak wajah perempuan itu.Wajah nya dan bajunya penuh noda darah dan itu membuat rosnah terkejut.Cahaya kilat memancar lagi.Rosnah nampak bibir perempuan itu penuh darah dan pandangan mata perempuan itu sungguh mengerikan.

   "Aaaaaaaaa......"Rosnah terpekik.Suaranya membelah kesunyian.

   Kerana rasa ngeri dan terkejut yang amat sangat itu,rosnah masih berdiri ditepi tingkapnya yang terbuka.Dia merasa kaku seluruh tubuhnya tanpa dapat bergerak dari tempat itu.Bayangan itu hanya melintas dijalan dan menjauh.Ketika cahaya kilat memancar menerangi angkas,dia melihat bayangan itu.

   Apa yang rosnah saksikan wajah bayangan itu seakan talip.Wajah talip memucat dengan pandangan yang menyeramkan.Jantung rosnah makin gemuruh.Pandangan matanya menatap kembali wajah talip ketika cahaya kilat itu beberapa kali memancar.Ianya memang talip.

   "Aaaaaaaaaaa..."Teriak rosnah lagi dengan sekuat suaranya kemudian rosnah merasa mendapat kekuatan untuk beredar dari tepi tingkap tersebut.Dia undur kebelakang dengan pandangan matanya yang menatap pintu tersebut.Pintu depan itu mula bergerak-gerak.Pandangan rosnah beralih kesitu.

   Ternyata rosnah tidak menyelak pintu itu.Pintu terbuka.Rosnah menjerit lagi ketika sebuah tubuh masuk kedalamnya.Kemudian rosnah terduduk disamping kerusi kerana merasakan tak kuasa lagi hendak berdiri.Sesusuk tubuh yang masuk itu segera meluru menghampiri rosnah.

   "Tidah.....tidak..jangan....."Teriak rosnah dengan keadaan yang panik.

   "Ros...ada apa ni...kenapa kau?"Kata tukang emas sambil menggoncang tubuh rosnah.Rosnah kembali berdiri dengan nafas tercungap-cungap seakan baru sahaja berlari jauh.

   Setelah rosnah kembali berdiri,tukang emas itu menghampiri tingkap dan melihat suasana kegelapan diluar.Diluar tiada sesiapa.Cepat-cepat ditutupnya pintu tingkap tersebut dan menyelaknya,demikian pula pintu depan itu.Kemudian tukang emas itu menghampiri rosnah yang nampak ketakutan yang luar biasa.

   "Apa yang terjadi ros...?"Bisik tukang emas.

   "Aku...a...aku melihat perempuan bergaun putih...mu...mulutnya comot seakan dengan darah dan demikian juga gaun putihnya itu.Tak...tak lama kemudian aku nampak wajah talip....suamiku yang mengerikan."Kata rosnah dengan ucapan yang tersekat-sekat.

   "Aku baru saja melalui tempat itu.Tiada sesiapa berda diluar.Agaknya kau terbayang sesuatu."Kata tukang emas memberikan pendapatnya.Rosnah menggelengkan kepalanya.Kemudian rosnah menceritakan lebih jelas lagi apa yang terjadi dari awal hingga akhirnya.

   "Perempuan bergaun putih?Memang aku melihatnya di pondok judi itu.Siapakah dia?Seman aku suruh menyiasat perempuan itu.Tapi dia malan tak nampak batang hidungnya.Lama aku menantikan seman dipondok itu.Akhirnya aku kembali ketempat ini."Kata tukang emas dengan tanda tanya yang memenuhi fikirannya.

   "Aku ta...takut bang...perempuan yang kulihat itu sungguh menyeramkan.Kemudian aku menatap wajah talip yang mengerikan bagai nak memuntahkan segala kemarahan atas hubungan kita berdua."Kata rosnah sambil menggigil ketakutan.Cerita rosnah itu bermain difikiran tukang emas.

   "Aku rasa ada orang yang iri hati akan kecantikanmu.Ataupun ada orang yang sengaja menakutkan mu.Nampaknya ada orang lain lagi yang nak kan kau.Maka dia membuat macam-macam helah,agar dia mendapat peluang menolong mu."Kata tukang emas mula curiga terhadap rosnah yang cantik itu.

   "Aku tidak pernah melayan orang lain kecuali engkau."Kata rosnah cuba meyakinkan tukang emas.Kemudian tukang emas mula memikirkan kejadian yang baru dialami di pondok judi tersebut.

   "Barangkali ini perbuatan budak-budak bujang yang sering lepak dekat pondok judi itu.Biar lah aku akan menyiasat ke tempat itu lagi.Aku harap seman ada kat sana."Kata tukang emas yang berniat hendak pergi ke pondok judi itu lagi.
 
   "Tapi bang...ros takut tinggal keseorangan."Kata rosnah.

   "Tutup semua pintu dan menyelaknya dari dalam.Jangan buka pintu untuk sesiapa.Aku bukannya tak tahu perangai budak-budak bujang yang selalu berkumpul di pondok judi itu."Kata tukang emas.Rosnah hendak berkata-kata tetapi dia membatalkan niatnya dan membiarkan tukang emas meninggalkan diri nya.

   "Aku pergi dulu ros.Esok malam aku akan datang kemari secara senyap-senyap seperti biasa."Kata tukang emas.Rosnah mengangguk.Selepas tukang emas pergi,rosnah segera menutup pintu depan itu  dan menyelaknya skali.Dia kemudian memasuki biliknya dan mendiamkan diri dikatilnya menenangkan fikirannya.

   Tukang emas terus berjalan menembusi kegelan malam menuju arah pondok usang diantara ladang getah yang terbiar itu.Dia berjalan mengikuti jalan kecik di arah belakang rumah rosnah.Sambil berjalan itu tukang emas memikirkan antara seman dengan perempuan di pondok itu.Barangkali seman dah pun berseronok dengan perempuan bergaun putih itu.Fikir tukang emas.

   Sebaik tukang emas sampai dipondok usang tersebut.Dia nampak sekumpulan obor-obor dihujung sana dan nampaknya timbul suara-suara yang riuh rendah disitu.Tukang emas berlari ke arah sekumpulan obor-obor tersebut.Ternyata disitu banyak sudah orang-orang kampung yang berkerumun kerana ada sesuatu kejadian yang mengerikan.

   "Binatang apakah yang menyiat-nyiat tubuh badan seman ni?wah dahsyatnya."

   "Bagaimana terjadinya hal ini?"Suara orang yang bertanya.

   "Tak siapa yang tahu akan kejadian ini."Jawab yang lain.

   Orang-orang itu terus membincangkan tentang kemalangan seman yang mengerikan itu.Tukang emas yang ikut mensyaki dan mendengarkan suara orang-orang itu terus terperanjat dan dia tidak berani hendak bertanyakan tentang sesuatu.Keadaan tubuh badan seman yang telah menjadi mayat itu sungguh mengerikan.

   Tukang emas tersebut kemudian mengingat akan cerita rosnah.Seorang perempuan bergaun putih dengan mulut comot oleh darah.Kemudian rosnah nampak wajah talip.Akhirnya tukang emas itu membenarkan cerita rosnah.Walau bagaimana pun hal ini ada hubungannya dengan rosnah,tukang emas tak berani membuka ceritanya.

   Pengetahuannya tentang perempuan bergaun putih tersebut hanya disimpannya untuk dirinya sendiri.Tukang emas mula merasakan debar jantungnya bila dia membayangkan paras wajah perempuan bergaun putih yang dipondok itu.Siapakah dia?Tukang emas cuba berfikir menguraikan perkara itu.

   Dengan diam-diam tukang emas itu menjauhkan diri dari sekumpulan orang yang hiruk pikuk itu.Niat tukang emas hendak pulang kerumahnya itu jadi dibatalkan.Akhirnya malam itu tukang emas berjalan tak tentu arah mengenang kejadian yang tak menyedapkan hatinya.

   Orang ramai sedang sibuk menguruskan mayat seman.Sementara itu dua orang yang tiada membawa obor segera memisahkan diri dari sekumpulan orang ramai tersebut.Dua orang itu adalah kohar dan saman.

   "Tengoklah betapa dahsyatnya mayat seman itu dikerjakan."Bisik saman.

   "Ya.Dan kita berdua telah menyedari bahawa ini tentu hantu pocong punya kerja.Tak salah lagi.Kita berdua telah menyaksikan dari dekat bagaimana tubuh badan itu disiat-siat dan hilang hati serta otaknya."Kata kohar.

   "Marilah kita harus beritahu kan hal ini kepada orang tua itu."Ajak saman.

   Keduanya berlari dengan pantas hendak mengabarkan kejadian itu.

   Wak tahak sedang nyenyak tidur ketika suara ketukan dipintu rumah nya itu terdengar bertalu-talu.Sebenarnya baru saja wak tahak terlena selepas membuat pemujaan dibilik khas tersebut.

   Setelah wak tahak membuka pintu rumahnya,dia segera berhadapan dengan kohar dan saman yang muncul dengan wajah yang cemas.Hal ini membuat debar jantung wak tahak.Wak tahak belum sempat bertanya ketika keduanya terus masuk kedalam rumahnya kemudian menutup pintu rumah tersebut.

   "Kemalangan telah terjadi wak.Wah sungguh dahsyat dan mengerikan."Kata kohar terus saja membuat kejutan dihati wak tahak.

   "Hantu pocong itu telah mencederakan seman.Tubuh badannya disiat-siat dan dibelah dadanya.Hatinya telah hilang kemudian kepala seman terbelah dengan kehilangan otaknya."Tambah saman memberikan gambaran kejadian itu.

   Debaran jantung wak tahak makin kencang.

   "Tengkuk seman telah remuk hampir-hampir putus."Tambah kohar lagi.Bila mendengar cerita kedua orang pembatunya itu,wajah wak tahak makin tegang dan mata wak tahak membulat membayangkan kengerian itu.

   "Manusia jadian itu bersifat seperti anjing ganas,kerana darah itu."Kata wak tahak.Wak tahak dengan gopoh gapah terus pergi berjalan kebilik khas untuk memulakan pemujaannya.Tak lama kemudian wak tahak terus bersila dengan menghidupkan bara api di mangkuk kecil.

   Ketika wak tahak menaburkan serbuk kemenyan dibara api mangkuk kecil,maka mengepullah asap kemenyan itu membumbung memenuhi ruang bilik khas itu.Wak tahak kemudian mengucapkan jampi-jampinya.Setelah demikian maka bangkitlah wak tahak dari tempat duduknya.

   "Mari kita cari hantu pocong itu.Jangan takut.Dia akan lemah sebaik berhadapan  dengan aku.Kau tengok macam mana hantu pocong itu ku dukung kubawa balik kerumah ini menjadi hamba suruhanku."Kata wak tahak.Kohar dan saman yang hampir kehilangan keyakinan terhadap kebolehan wak tahak menundukkan hantu pocong itu,kini mula timbul kepercayaannya.

   "Iyeke wak...bolehkah wak tundukkan hantu pocong tersebut.Kini dia telah menjadi makhluk ganas yang telah membaham seorang mangsa."Kata kohar masih mengambil berat tentang keselamatan dirinya.

   "Eh..eh budak ni...kan aku yang mencipta makhluk jadian itu.Tak akan aku tak boleh menguasai atau menundukkan nya.Mari kita pergi.Sudah masanya kita menyuruhnya untuk kepentingan kita bersama.Kita akan kaya dan mendapat kesenangan."Kata wak tahak menyakinkan keduanya.

    Setelah menutup pintu rumah wak tahak kemudian mula berjalan meninggalkan rumahnya diikuti kohar dan saman.Melihat gayanya memang wak tahak seakan benar-benar hendak melumpuhkan makhluk ciptaannya itu.Tapi entah lah nanti.kata hati keduanya yang belum meyakini kebolehan wak tahak sepenuhnya.

   Tetapi kini kohar dan saman tidak mahu bersoal jawab lagi dengan wak tahak.Keduanya hanya ingin tahu kejadian setelah bertemu hantu pocong tersebut.Setelah beberapa lama ketiga orang itu berjalan,barulah mereka mendengar salakan anjing yang cukup ramai.Wak tahak mendengarkan dari arah mana suara-suara anjing itu.

   "Dia berada diluar kampung dihujung sana."Kata wak tahak yang telah mengenali tanda-tanda adanya hantu pocong tersebut.Kohar dan saman pun mempercepatkan langkahnya mengikuti langkah orang tua itu.

   "Kaungggg..."Suara anjing dari kejauhan.Lolongan anjing yang demikian ini telah membuat keyakinan wak tahak untuk menuju ke arah salakan anjing-anjing tersebut.

   Ternyata dugaan orang tua itu benar.Baru sahaja mereka bertiga sampai ditempat itu,mereka nampak bayangan sesusuk tubuh manusia bergaun putih.Wak tahak pun makin mara ke arah sesusuk tubuh manusia itu.Ternyata benarlah.Hantu pocong itu telah menghentikan langkahnya setelah mereka bertiga sampai ditempat itu.

   Bulan bersinar cukup terangnya tanpa diselindungi oleh awan hitam.Kini hantu pocong yang berupa perempuan berambut panjang dan memiliki tubuh badan yang cantik itu didepan mata wak tahak.Wak tahak kemudian menyemburkan serbuk kemenyan dari dalam mulutnya ke arah hantu pocong tersebut.

   "Hai...roh yang tersurat didalam kitab munkar.Kembali kau didalam kuasaku.Aku tuan mu.Tunduk dan taatlah kau kepadaku."Kata wak tahak dengan suaranya yang memanjang.Hantu pocong tersebut menghadapkan dirinya ke arah wak tahak.Wajahnya yang disinari cahaya bulan itu nampak berseri dan tersenyum.

   Walau keadaan wajah gadis hantu pocong tersebut berseri,tetapi kohar dan saman tak lepas dari perasaan seram.Gadis pocong itu telah mencederakan dan membunuh orang.

   Tiba-tiba gadis pocong tersebut membuka mulutnya seakan-akan menunjukkan gigi-giginya yang runcing dan taringnya yang panjang tajam.Tetapi mulut itu tidak bergigi runcing dan tidak bertaring.Dia membuka mulutnya kerana tertawa dan menggelengkan kepalanya.

   Tak lama kemudian mata gadis pocong itu menyala merah sehingga nampak makin mengerikan untuk dipandang.Ketika kedua tangannya diangkat dan membuat gerakan,maka gerakan tangannya itu menunjukkan yang dia enggan menurut perintah tuannya.

   "Hai roh yang kucuri dari alam barzakh.Ikut dan menurut perintahku."Kata wak tahak dengan menyemburkan beberapa kali serbuk kemenyan dimulutnya.

   Ketika serbuk kemenyan yang disemburkan kearah gadis pocong tersebut,menyebabkan gadis pocong itu kesakitan dan dia mengerang sambil membuat gerakan hendak melepaskan diri dari pukau wak tahak.Kohar dan saman melihatkan kejadian ini bagai melihat singa luka yang meronta dari rantainya.

   Demikian pula keadaan gadis pocong tersebut.Dia meronta dari sihir wak tahak.Wak tahak pun mula berkali-kali mengucapkan jampi-jampinya dan menyemburkan serbuk kemenyan kearah gadis pocong tersebut.Sesekali wak tahak terbatuk-batuk,mungkin wak tahak tertelan serbuk kemenyan itu.

   Gerakan gadis pocong itu makin lemah.Disaat itulah wak tahak lalu menerkam gadis tersebut dan melipat tangannya.Walau gerakan gadis pocong itu lemah tetapi dia masih berusaha untuk meronta lagi.Dia berjaya melepaskan diri dan sebaik terlepas dari tangan wak tahak,gadis pocong tersebut makin marah.Matanya yang mengeluarkan sinar merah tersebut makin membara.

   Tiba-tiba kuasa wak tahak agaknya telah dikalahkan oleh gadis pocong tersebut.Gadis pocong tersebut mengangkat kedua tangannya dan terus menerkam tubuh badan wak tahak.Wak tahak cuba melepaskan diri,tetapi terkaman dan himpitan gadis pocong tersebut melemah kan tangannya.

   Tiba-tiba gadis pocong tersebut mengangkat tubuh badan wak tahak dan mendukungnya dengan himpitan tangan.Tak lama kemudian kelihatan gadis pocong tersebut membawa jauh tubuh wak tahak.Kohar dan saman bagai terpaku diam tak boleh buat apa-apa menyaksikan kejadian itu.Wak tahak membuat rontaan.Tapi itu tak beerti sama sekali.Gadis pocong itu membawa tubuh wak tahak dengan keadaan tanpa mengalami beban berat sedikit pun.

   Dengan padangan yang seram kohar dan saman masih berdiri ditempatnya mengawaskan wak tahak yang dibawa pergi oleh gadis hantu pocong tersebut.Akhirnya gadis pocong yang membawa tubuh wak tahak hilang dari pandagan kohar dan saman.Setelah beberapa minit berlalu,barulah keduanya tersedar dari menyaksikan kejadian yang seram itu.

   "Aku dapat bayangkan tubuh wak tahak akan mengalami keadaan seperti seman yang mengerikan itu."Kata kohar dengan rasa yang berdebar kencang.

   "Seharusnya kita menolong wak tahak."Kata saman.

   "Menolong bagaimana.Sedangkan wak tahak pun x dapat menguasainya apa lagi kita.Kita pula yang akan mendapat nahas nanti."Bantah kohar.

   "Orang tua itu hanya berjaya menghidupkan mayat dengan roh curian itu.Tetapi tak tahu pula melemahkannya.Seharusnya wak tahak yang membawa balik dan mendukung gadis pocong tersebut.Tetapi kini dia pula yang kene dukung."kata saman dengan perasaan seram namun ada juga gelinya.

   Kedua orang tersebut masih berdiri ditempatnya selepas kejadian itu berlaku.Keduanya kemudian membayangkan yang orang tua itu tentu disiksanya hingga dikeluarkan hati dan otaknya.Demikian fikiran kedua orang itu.Lama keduanya berada ditempat itu kerana tak boleh berbuat apa-apa untuk melawan manusia jadian tersebut.

   "Man baik kita bersiap sedia menghadapi kejadian yang tak diingini.Sekarang wak tahak yang menjadi korban.Suatu hari siapa tahu kita pula yang menghadapi bahaya kejadian seumpama itu."Kata kohar.

   "Tetapi bersiap sedia bagaimana?Sekarang ini kalau lah aku berdepan dengan gadis pocong itu entah sedar entah pengsan.Itupun belum berusaha melawannya."Kata saman.

   "Betul katamu.Kita tak mungkin boleh melawannya,kecuali menghindarkan diri dari keganasannya.Sebelum hal ini terjadi kepada kita.Lebih baik kita cabut man."Kata kohar yang menyadari mungkin bahaya itu akan mengene pada diri mereka.Kohar dan saman pun mula berlari meninggalkan tempat kejadian yang menyeramkan itu.

   "Kemana kita?"Soal saman sementara mereka berdua berlari dengan sesekali kedua nya melihat diarah belakangnya.Kini rasa seram itu makin menghantui diri mereka berdua."Kemana lagi kalau tidak kerumahku."Ajak kohar.Saman tidak menjawab,tapi terus berlari mengikuti arah yang ditempuh oleh kohar.

   Mereka berdua tercungap-cungap mengatur nafasnya bila keduanya telah sampai dirumah.Kohar segera membuka pintu dan cepat-cepat masuk kedalam rumah diikuti oleh saman.Sebaik didalam keduanya segera menutup pintu itu kembali dan menyelaknya.Masing-masing kemudiannya duduk dilantai sambil menenangkan diri dari perasaan yang seram itu.

   Sambil merehatkan diri,kohar menggelengkan kepalanya dari peristiwa yang dialami sebentar tadi.Kejadian mencuri roh dan memasukkan roh dalam mayat seorang perempuan itu benar-benar terjadi dengan pekerjaan yang mengerikan.Hal ini segera terbayang difikiran masing-masing.

   "Alamak..kalaulah begini akhirnya kejadian ini,tak lah aku mau mengikut jejak orang tua itu.Kaya pun belum,senang pun belum dah hantu itu pun mengamuk."Keluh kohar dengan tak habis-habisnya mengenang segala kejadian yang pernah dialami.

   "Entah macam mana nasib orang tua itu."Kata saman mengenang wak tahak.

   "Sreek.."Terdengar suara itu oleh keduanya.Kohar dan saman yang belum hilang rasa seramnya,kini fikirannya dibebani oleh bunyi yang aneh tersebut.Suara itu berbunyi lagi dan membuat keduanya merasakan kecemasan yang amat sangat.Bagai terkene kejutan letrik,pandangan mata kohar dan saman tertuju di pintu depan.

   Pintu depan itu bergoyang-goyang bagai ditolak dari luar dengan paksa,kemudian terdengar daun pintu itu dipukul-pukul dengan tangan.Kohar dan saman langsung  pucat wajahnya bagai kehilangan darah.

   Keduanya berada ditempat nya dengan menggigil ketakutan.Pandangan mata keduanya yang mengarah pada pintu itu bagai menatap maut yang siap mencabut nyawanya.Kini maut itu sedang membuka pintu dengan cara paksa.

   "Man...mari kita tahan pintu itu."Teriak kohar dengan cemas.

   Dengan memberanikan diri keduanya kemudian merapatkan punggungnya didaun pintu untuk menahan dari pintu itu terbuka kedalam.Tolak menolak dari luar dan dari dalam segera berlaku dalam keadaan yang mencemaskan.Tolakan dari luar pintu itupun segera tak terasa lagi.Pintu itu tak bergoyang.

     Suasana malam yang kembali sunyi itu malah membuat keduanya makin seram dengan bayangan gadis pocong yang menakutkan itu.Terasa titik-titik peluh keduanya mula mengalir ditubuh badannya.

   "Apa yang terjadi diluar."Bisik kohar.

   "Dah senyap.Agaknya dia telah meninggalkan depan pintu itu."Jawab saman.

   "Keretakkk...kreyettt..."Terdengar suara bagai pintu di buka.

   "Dia cuba membuka pintu belakang didapur kita."Kata kohar.Kohar dan saman segera meninggalkan pintu depan tersebut,terus meluru kebilik dapur dan hendak menahan pintu didapur.

   Keadaan didapur cukup gelap.Sebaik keduanya sampai didepan pintu dapur,pintu itu segera terbuka dan masuklah lembaga yang menakutkan itu.Keduanya terpaku dan mula merasakan telah berdepan dengan maut.

   "Aaaaaaaaa....."Teriak keduanya bila lembaga itu terus masuk.

   "A..aku bodoh..."Kata lembaga itu dengan suara serak dan tidak jelas.

   "Cepat tutuplah pintu itu balik."Kata suara itu.Lembaga itu terus berjalan hoyong-hayang kebilik depan yang diterangi oleh cahaya lampu minyak.Wak tahak terus duduk dilantai dan menyandarkan dirinya didinding dengan nafas tercungap-cungap.

   "Wak tahak..."Kata kohar dana saman hampir bersamaan.Wak tahak tidak menjawap.Nampak biji matanya membulat seakan marah kepada kedua orang itu.Dia masih mengatur nafasnya dan kohar mengambilkan air sejuk untuk wak tahak.Setelah wak tahak minum beberapa teguk,nampak lega sedikit keadaan wak tahak.

   Kohar dan saman tidak sabar-sabar menunggu cerita wak tahak bagaimana dia boleh terlepas dari cengkaman maut itu.Setelah beberapa minit lamanya wak tahak merehatkan diri barulah wak tahak mengangkat wajahnya.

   "Wak...maafkan kami berdua."Kata kohar sambil memegang bahu orang tua itu.

   "Disaat wak tahak dalam cengkaman gadis pocong tersebut,kami berdua bagai terkene pukau kerana rasa seram yang luar biasa itu."Kata kohar sebelum orang tua itu menuduhnya yang bukan-bukan.

   "Aku tahu...tapi setidak-tidaknya kau menarik tubuhku dari cengkamannya."

   "Habis..wak tak minta tolong.."Jawab saman pula.

   "Bagaimana aku nak bersuara,sedangkan jari-jari tangannya mencekik leherku."Kata wak tahak.Bila didengar ucapan wak tahak tersebut,kohar dan saman terdiam membayangkan keganasan itu.

   "Jadi....bagaimana wak boleh terlepas dari maut itu?"Kohar ingin tahu.

   "Aku sendiri tak tahu.Tiba-tiba saja gadis pocong tersebut melemparkan tubuhku dan dia cuba melepaskan diri dari sesuatu yang mengena kakinya.Dia meraung kesakitan dan jari-jari tangannya cuba memutuskan sesuatu yang menjerat kakinya.

   Akhirnya dia rebah ketanah.Dalam kegelapan malam itu tubuhnya kembali terbungkus oleh kain kapan tersebut.Tak lama kemudian tubuhnya menjadi susut dan tinggal kain kapan saja.Kain itu kemudian terbang  keudara bagai diterbangkan angin.Aku bangkit dan cuba menguasai diriku.

   Teringat akan sesuatu yang menjerat akan kakinya maka aku cuba meraba-raba ditanah ditempat bekas kaki gadis hantu tersebut.Ternyata hanya akar halus sebesar lidi,tapi aku tak dapat memutuskannya.Akar itu berbau dan menimbulkan rasa pening dan aku hendak muntah.

   Akhirnya aku meninggalkan tempat itu dan menuju kemari.Kau tahukah apa akar yang memabukkan itu?Kata wak tahak selepas bercerita.Kohar dan saman saling berpandangan.Akhirnya keduanya menggelengkan kepalanya.

   "Itulah yang dinamakan akar mimang.Menurut cerita lama,barang siapa masuk hutan dan langkah akar mimang,maka orang itu akan lupa dan sesat tak tahu hendak kemana."Kata wak tahak.

   "Akar mimang.Ya...aku pernah dengar nama akar itu sewaktu aku masih kecil."Kata saman membenarkan cerita wak tahak.

   "Jadi..kita tahu kelemahan gadis hantu pocong tersebut."Kata kohar.

   "Yalah...tapi aku sudah lupa tempat akar tersebut.Aku tidak ingat lagi dimana tubuh aku dilemparkan disaat itu.Aku hanya terus berjalan menembus kegelapan malam,akhirnya aku mengenali jalan kampung ini dan menuju rumahmu."Kata wak tahak.

   Malam makin larut.Ketiga orang tersebut masih berbincang hal gadis hantu pocong tersebut.Apa rancangan selanjutnya dari ketiga orang tersebut tidak seorangpun yang mengetahui.Kecuali mereka bertiga.Diluar rumah angin bertiup lembut membawa udara sejuk.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Mastris

No comments:

Post a Comment