Memuja Ratu Syaitan
Bahagian 8 : Syaitan Dalam Tubuh Manusia
Badrul dan rahim berada dibilik dapur dan duduk dibangku panjang menghadap meja yang telah terhidang minuman kopi o dan makanan ringan.Sambil meminum kopi nampaknya badrul mengingati sesuatu.
"Apa yang kau menungkan."Rahim ingin tahu.
"Aku sedang mengingati sesuatu."Kata badrul dengan wajah yang tegang dan cuba mengingati peristiwa semalam.Bila didengarnya kata-kata badrul,rahim pun segera teringat yang semalam dirinya dan badrul ikut menguburi jenazah tukang emas.
"Kau ingatkah pukul berapa kita balik dari mengubur jenazah tukang emas semalam?"Tanya badrul.
"Pukul dua setengah pagi.Kemudian kau sembahyang sunat dua rakaat."
"Betul...aku sembahyang menggunakan masa sepertiga malam yang terakhir.Kemudian aku berzikir hingga aku tertidur."Kata badrul dengan wajah yang masih tegang kerana mengingati sesuatu.
"Ya..aku mengingatnya.Aku ingat sekarang."Kata badrul yang menunjukkan wajahnya menjadi jernih seakan telah nemenukan sesuatu yang sangat berharga.Hal ini membuat wajah rahim berubah,menjadi seram.
"Kau ni membuat aku jadi seram.Adakah itu berkenaan setelah kita ikut menguburkan jenazah tukang emas itu?"Rahim ingin tahu.
"Mungkin juga."Jawab badrul.
"Apa yang kau ingat?"Desak rahim tak sabar kerana ingin tahu.
"Seram juga bila kuceritakan."Kata badrul sambil memandang wajah rahim.
"Ha kan aku kata."Wajah rahim benar-benar makin seram.
"Kau kan tahu.Setelah aku selesai sembahyang sunat itu,aku pun terus berzikir entah berapa lama aku sendiri pun tak tahu,hingga kan aku tertidur."Kata badrul.Dia berhenti sekejap kerana hendak memulakan menceritakan sesuatu yang dianggap nya berharga itu.Rahim pun tak sabar mendengar.
"Mula-mula aku berselawat nabi seratus kali,dalam keadaan tubuh badan dan fikiran yang terbawa oleh rasa mengantuk dan keletihan malam itu.Tapi sebelum aku mengucapkan seratus kali,tanganku yang memegang tasbih terhenti dan aku tertidur.Kemudian aku mendengar suara.
"Sudah"
Suara yang bertanya itu mengejutkan aku hinggakan aku membuka mataku kembali dan aku tersedar.Ku lihat kau masih berbaring disampingku.Kemudian aku melihat tanganku yang memegang tasbih hampir mencapai seratus dari hitungan biji tasbih itu.Maka aku terus melanjutkan mengucapkan selawat itu hingga seratus kali.
"Nanti...nanti,tahukah kau siapa yang bersuara itu?"Soal rahim.
"Mana aku tahu.Aku tak melihat sesiapa kecuali mendengar suara itu tadi."Kata badrul yang melayan sekejap pertanyaan rakannya.Rahim pun mengangguk dan menyuruh badrul melanjutkan ceritanya.
"Setelah itu kemudian aku menggunakan zikir dan doa yang pernah diamalkan oleh ula bin khadhrami hingga tak henti-hentinya yang berakhir aku tak sedarkan diri bahawa aku terus tertidur dalam duduk berzikir yang kemudian tak terasa pula aku rebah disamping sejadah.
Dalam tertidur itu lah aku bermimpi bertemu gadis bertudung tersebut.Kemudian gadis bertudung itu berkata.
"Aku telah mendapat kebaikan yang pertama wahai badrul,kerana kau telah kembali mengingati allah dengan lafaz niat dan perbuatan.
Sudah tiba masanya kau membuka lipatan sapu tangan yang kuberikan itu kepadamu buka lah ketika sepertiga malam yang terakhir setelah kau tunaikan sembahyang sunat dua rakaat.Masukkan lah sapu tangan itu dalam air yang suci dan tempatnya pun suci.Demikian lah kata gadis bertudung itu.
Sebelum aku sempat bertanya aku pun segera tersedar.Kemudian aku menunggu saatnya tiba untuk menunggu subuh."Kata badrul mengakhiri ceritanya.
"Wah mimpi engkau ini benar-benar petunjuk dari gadis tersebut."Kata rahim.
"Ya...dan malam nanti aku akan cuba menaruh sapu tangan putih itu didalam air suci.Kemudian kita akan mengetahui rahsia sapu tangan itu."Kata badrul dengan bersungguh-sungguh.
"Kalau begini aku pun ingin tahu rahsia sapu tangan itu.Biar lah malam ini aku teman kan kau tidur dirumah mu ini.Ada tak pantang larang bila aku ingin menyaksikan perkara yang luar biasa ini."Kata rahim.
"Kurasa tak ada.Tapi sebaiknya kau pun ikut bersuci dan melakukan seperti apa yang kulakukan menurut kemampuanmu."Badrul mengingatkan.
"Baiklah aku bersetuju.Sekaran ini apa yang kita kerjakan.Dah dua hari kita menganggur."Rahim kemudian mengalih hal pekerjaan.
"Aku dah berjanji pada seseorang untuk mendapat kerja baru,aku rasa aku harus pergi menemuinya,kau pun cari lah kerja baru."
"Baiklah.Aku pun nak kepekan menemui seseorang disana."Kata rahim.
Setelah keduanya sarapan pagi,mereka segera berpisah.
Pagi ini dimerata tempat dikampung ini hinggakan dipekan itu asyik orang-orang membincangkan kematian tukang emas yang mengerikan itu.Sebahagian penduduk yang menyangka hal kejadian dirumah tukang emas itu akibat perbuatan rompak,mereka segera memerlukan untuk membaiki tingkap dan dinding rumahnya,juga pintu-pintu yang lain.
Kecemasan penduduk mula terasa begitu terhimpit.Petang itu penghulu kampung segera mengumpulkan para penduduknya.Setelah beberapa lama mengadakan perbincangan akhirnya keputusan itu menjadikan pondok kawalan dikampung ditambah satu lagi.Kebetulan dihujung kampung ada bekas kedai makan yang tak digunakan lagi.Maka disitulah pondok kawalan itu diadakan.
Ketika malam baru bermula rahim berkunjung kerumah badrul.Tetapi badrul belum sampai dirumah.Pukul sembilan malam baru badrul tiba dirumah.Segala kegiatan kampung dipetang tadi,rahim menyampaikan kepada badrul.
"Jadi dihujung kampung di kedai sana tu adalah pondok jaga lagi."Kata badrul.
"Begitulah hasil mesyuarat tadi.Dan kita berempat termasuk aku dan kau kene jaga lusa."Kata rahim menyampaikan kabar itu.
"Eloklah,kerana malam ini kita pun ada hal tentang sapu tangan itu.Ada apa-apa lagi yang perlu kau sampaikan kepadaku?"Badrul ingin tahu.
"Tak ada.Hanya dimerata tempat,orang-orang asyik membincangkan perkara kematian tukang emas.Kini benar-benar kampung kita telah heboh.Eh..apa halnya kau balik lambat drul."Rahim ingin tahu.
"Aku tak jumpa dengan orang yang menjanjikan kerja itu."Kata badrul dengan sedikit mengeluh tapi bibirnya tersenyum.
"Kemudian ketika aku balik dari rumah orang itu dan lalu didepan pagar halaman rumah sutinah,ku lihat emak sutinah telah bertenggek disitu dengan senyumannya yang ramah."Ee...badrul pucuk dicita...tempoyak..eh ulam tiba.Makcik tadi dah nampak kau berbasikal ke sana."Kata orang tua itu.
AKu pun terus menghentikan basikalku dan turun.Belum sempat aku berkata-kata dia pun terus berceloteh tentang heboh dikampung.Sambil bercerita itu,diheretnya basikal aku masuk halaman rumahnya.Tak lama kemudian aku pun terus bertukang membaiki tingkap bilik sutinah."Kata badrul.
"Ha..kau jumpa sutinah yang cantik itu."
"Malas nak cakap him.Entah kemana perginya,aku pun tak tanya.Selepas aku membaiki pintu tingkap,orang tua itu memberikan sejumlah wang upah.Tapi aku menolaknya dengan berpura-pura dan aku berharap akan menerima wang upah itu andaikan dia cuba memasukkan di saku bajuku,dengan cara paksa.
"Eh...aku tahu wang itu dimasukkan kembali dalam kocek bajunya sendiri,maka melepaslah sejumlah wang kurang lebih dua puluh ringgit itu.Kemudian dia mengucapkan terima kasih kepadaku.Dan aku pun tersenyum masam.Itulah ceritaku."Kata badrul.
"Yang kau acah-acah tak mau terima wang itu buat apa.Mak sutinah itu tak boleh dibagi peluang seperti itu."Kata rahim ikut tak ikhlas.
"Pasal apa aku berbuat macam tu him,kan hanya untuk pemanis peri laku agar tak nampak sangat aku mengharap wangnya.Padahal aku mengharapkan juga."Kata badrul sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.
"Tapi tak mengapa drul.Untung-untung sutinah tahu juga kebaikanmu yang setengah ikhlas itu."Komen rahim dengan tersenyum.
"Siapa tahu satu hari dia tersangkut padamu."tambahnya.
"Jauh panggang daripada api him."Balas badrul sambil mengenang sekejap kecantikan sutinah.Wajah yang tak pernah tersenyum tapi tetap jelita,dikala murung tetap manis,dan dikala marah tetap cantik.
"Sudah lah him.Jangan kau ingatkan aku akan kejelitaannya.Melarat nanti.Lebih baik kita persiapkan diri kita untuk masa sepertiga malam yang terakhir.Bukan kah malam ini kita merancang untuk membuka rahsia sapu tangan putih itu."Kata badrul.
"Eh..iya tak iya jugak."Rahim baru teringat akan hal itu.
Dan rahim teringat pula kejadian-kejadian aneh semasa dikubur dan apa-apa yang pernah berlaku kini bermain difikiran nya.Bila hal itu menyelimuti fikirannya mulalah rahim merasakan rasa seram.Sepanjang pengetahuannya,badrul hingga ke saat ini masih berhubung dengan roh gadis bertudung itu.
"Wah...tiba-tiba saja bila kita teringat masalah sapu tangan itu,aku jadi seram drul.Sapu tangan itu pemberian gadis yang didalam kubur itu.Kalau lah malam ini kita membuka rahsia sapu tangan itu,adakah malam ini dia juga datang."Kata rahim yang mula membayangkan perkara-perkara aneh akan berlaku.
Kerana rahim membayangkan perkara aneh akan berlaku di malam ini,maka dia cukup terkejut bila diluar terdengar angin mula bertiup dan membawa bunyi aneh kerana angin itu mengugurkan daun-daun kering.
"Disaat angin bertiup seperti ini,kita berdua pernah mendengar suaranya."Bisik rahim sambil melekatkan punggungnya didinding dan sarungnya segera menutup seluruh jari-jari kakinya.
"Ya...kita pernah mengenali tanda-tanda itu."Balas badrul sambil ikut mendengar,suara-suara diantara suara angin yang bertiup.Tetapi suara lain tiada terdengar kecuali suara itu saja.Wajah rahim cukup tegang bila badrul cuba memasang telinganya.
"Malam masih awal lagi,tapi aku pun merasakan sesuatu yang tak sedap didalam perasaanku.Dan aku teringat dia mengajarkan aku mengucap sesuatu.Marilah kita mengucapkan ayat itu."Kata badrul.Badrul mengucapkan sesuatu ayat yang diikuti oleh rahim.
"Mungkin itu hanya angin biasa."Kata badrul.Angin tetap bertiup dan kegelapan diluar makin pekat menyelubungi alam sekitarnya.Malam terus berlalu dengan segala macam peristiwanya.Setiap jam,dipondok jaga mendengungkan suara kertuk yang dipukul untuk memberikan tanda waktu.
Sepertiga malam yang ditunggu oleh mereka berdua akhirnya tiba.Suasana lengang dimalam itu hanya diisi oleh suara binatang-binatang kecil yang bagaikan irama malam seperti malam-malam yang lepas.Namun malam ini dirasakan bagi badrul dan rahim mempunyai perbezaaan dari malam-malam yang lepas.
Badrul dan rahim telah selesai dari melakukan sembahyang sunat mutlak.Ini lah yang cukup berat diantara sembahyang sunat lain kerana hal ini dikerjakan tanpa tidur terlebih dahulu,dan berbeza dengan tahajud.Rahim yang mula menyaksikan apa yang dilakukan seperti petunjuk dalam mimpi itu,membuat dihimpit oleh perasaan seram yang makin menjadi.
"Him...kau harus memberikan bantuan aku tentang apa-apa yang berlaku.Lihat sesuatu yang boleh kau lihat dan dengar sesuatu suara yang halus sekalipun bila kau boleh mendengarkan."Bisik badrul sambil tangannya membentang sapu tangan putih itu.Didepan badrul telah tersedia loyang besar yang telah berisi air yang telah disucikan.
Rasa peluh dingin rahim keluar menunggu saat badrul memasukkan sapu tangan putih itu.Tangan-tangan badrul pun gementar ketika perlahan-lahan menjatuhkan sapu tangan itu didalam air.Sapu tangan itu kemudian terendam air dan permukaan sapu tangan itu tetap putih,tanpa berlaku perubahan.
Tetapi bila diperhati dengan teliti,seluruh permukaan sapu tangan itu bertuliskan huruf arab dalam bahasa yang sukar difahami.Rahim dapat membacanya namun tak tahu untuk menterjemahkannya.
"Timbul tulisan.Aku tak tahu maknanya."Bisik rahim.
"Bahasa jawa lama bercampur bahasa arab.Ianya petunjuk menggunakan ilmu hikmat rahsia makrifat dalam alam yang tinggi.Disini diterangkan selawat nabi,menghadiahkan al-fatihah pada para ulamak dan juga kepala bangsa rokhani juga para malaikat yang menjaga dihari yang tujuh.
Juga menggunakan nama allah yang ketujuh puluh enam dan zikirnya para malaikat di alam yang tinggi."Kata badrul yang membuat rahim terperanjat.Badrul terus membacanya dengan merangkak kerana sambil menterjemahkannya.Setelah berulang kali badrul membacanya dengan wajah yang tenang,dia mula mengambil nafas panjang.
"Apa yang diterangkan lebih lanjut tentang ilmu hikmah itu?"Bisik rahim.
"Aku boleh katakan dengan gelengan kepala."Kata badrul.
"Iya lah katakan.Aku pun nak tahu."Desak rahim.
"Cara beramal yang susah dikerjakan untuk orang zaman sekarang.Tapi aku akan cuba semampu dan sedaya aku.Bayangkan.Zikirnya saja zikir para malaikat dan sekarang digunakan oleh manusia.Ibarat malaikat boleh memikul sepuluh tan,dan aku hanya boleh memikul lima puluh kilogram."Kata badrul dengan helengan kepalanya.
"Mari kita cuba yang mampu kita kerjakan."Kata badrul lagi.Badrul kemudian membuka buku doa dan lembar demi lembar dicarinya pada ayat yang ditentukan dalam petunjuk sapu tangan putih tersebut,kemudian memberikan tanda.Hampir semalaman keduanya cuba memahami kifiat berdoa cara himat tersebut.
Dan pada hari-hari berikutnya,badrul dan rahim mula menghabiskan masanya selepas bekerja untuk memulakan menghafal dan mengerjakan apa yang mampu dikerjakan.Sudah tentu setelah beberapa hari saja badrul dan rahim memulakan amalan itu,tubuh badannya mula susut dan kurang tidur.
Ada pun ketika badrul dan rahim meneruskan amalam itu,orang-orang kampung sudah pun jarang nampak badrul dan rahim dirumah sewanya.Sesungguhnya badrul dan rahim telah membuat pondok kecil diatas bukit yang agak jauh dari kampung,dan disitu lah keduanya menyepi.
Menginjak empat puluh hari keduanya beramal,mereka berdua turun kekampung selama empat kali.Itu pun turun kekampung kerana menunaikan tugas jaga malam yang telah berjalan selama satu bulan setengah.Setelah keduanya melalui bahagian amalan yang boleh dilakukan dirumah,kembalilah keduanya di rumah masing-masing.
Apa pun yang terjadi keduanya diatas bukit itu orang-orang kampung tak mengetahui kejadian yang sebenarnya.Apa yang orang-orang ketahui diatas bukit itu hanya badrul dan rahim membuka kebun sayur.Dan mereka semua masih menganggap badrul dan rahim adalah badrul yang dulu-dulu juga.Mata keranjang.
Dan pagi itu ketika keduanya selesai sarapan pagi.Keduanya masih berada didapur dibangku panjang.
"Drul...aku dengar anak gadis makcik janda yang mempunyai bilik mandi ditepi jalan kecil itu sakit.Sakit mati separuh badan.Kurasa amalanmu lebih dari aku,cuba lah tengok dan mengurutnya."Kata rahim dipagi itu.
"Sakit macam mana?"Badrul ingin tahu.
"Bahagian kaki kebawah tak dapat digerakkan.Terpaksa dipapah untuk berjalan."Kata rahim menerangkan.Badrul kemudian termenung beberapa minit.
"Dah banyak wang ringgit dihabiskan untuk memanggil bomoh-bomoh terkenal,dah pun pergi ke doktor,tapi gadis itu tak juga sembuh penyakitnya."Kata rahim.
"Kalau begitu marilah kita pergi."Kata badrul.Keduanya hanya berjalan kaki untuk sampai kerumah makcik yang disebutkan itu.
Pagi itu badrul hanya memakai seluar dan baju tanpa memakai songkok,demikian juga rahim.Kedatangan badrul dan rahim disambut oleh emak normilah kehairanan.
"Ada hajat ke kau datang kerumah aku ni drul?"Tegur orang tua itu.
"Saya dengar anak makcik sakit mati separuh badan.Iyeke?"
"Ha..nampak tu si nor itu tak dapat berjalan."Kata orang tua itu sambil menunjukkan normilah yang duduk dikerusi dalam keadaan tubuh badan yang lemah dan kurus.Badrul memerhati keadaan normilah.
Tapi sangkaan orang tua emak nor itu lain pula.Dia hanya menyangka badrul hanya seronok melihat peha anaknya yang kuning langsat itu.Maka tembakau dimulutnya dupulasnya berputar-putar menunjukkan geramnya.
"Apa yang kau tahu tentang sakit anak aku drul?"Kata orang tua itu.
"Hanya allah yang mengetahui makcik."Jawab badrul.
"Nampaknya lain kali saya datang lagi.Cuba-cuba bawa ubat."Kata badrul lagi.
"Terima kasih saja lah badrul.Tak payah lah kau susah-susah datang lagi.Dah bertimbun bomoh datang tak dapat buat apa,malah wang makcik lesap dikebasnya.Dokter pun tak tahu punca penyakitnya.Apa pula kau nak mengubat.Lain yang diubat lain pula yang kene nanti."Kata orang tua itu lagi.
Normi yang dalam keadaan sakit itu tersenyum juga mendengar telatah emaknya.Bila badrul mendengar kata-kata orang tua itu dia pun menoleh kepada rahim.
"Kalau begitu tak apalah.Tapi menurut saya,mencuba itu tak ada salahnya."
"Makcik faham,tapi makcik takut anak aku nanti habis kena cuba."
Dengan meninggalkan senyum ringan,badrul pun terus mengundurkan diri diikuti oleh rahim.Badrul terus berjalan beriringan dengan rahim tanpa menoleh lagi.Dan orang tua itu masih mengawaskan keduanya sambil memulas tembakau dimulutnya.
"Ha nampak tu him.Tak ada peluang nak tunjuk jasa dikampung ini.Kita ni adalah kita-kita yang dulu juga.Dan ingatan orang tua itu masih melekat,yang kita pernah menhendap dia mandi."Kata badrul dengan merasakan sedikit kesal.Rahim pun diam tak berkata-kata lagi.
Sesampai saja badrul dirumah sewanya,dia segera mengenakan sarung dan songkoknya kemudian mengambil air sembahyang.Tak lama kemudian dia pun telah melakukan sembahyang sunat dhuha.Selesai itu terus badrul menulis ayat dan membakarnya kemudian abu itu dibungkus dikertas dan diberikan kepada rahim.
"Him..aku tadi nampak kain-kain baju normilah disidai.Kau sentuh kan lah abu ini dibahagian mana saja pada baju-bajunya."Kata badrul.Rahim pun tanpa banyak tanya terus pergi membawa abu itu.Setelah berjalan beberapa minit,sampai lah dia dibelakang halaman rumah emak nor,yang berhampiran dengan jalan kecil.
Saat itu rahim sedang berada dijalan kecil itu.Kebetulan saat itu emak nor berada di halaman belakang dan nampak rahim dijalan kecil tersebut.
"Apa pulak yang kau pandang-pandang kain jemuran aku him.Masih basah pula kau nak kebas?"Kata orang tua itu.
"Saya nak pergi kekebun makcik."Kata rahim terus berjalan dijalan kecil itu.Rahim terus berjalan kearah lain.Dan terpaksa rahim berjalan jauh memusing untuk kembali lagi ke rumah badrul.
"Alamak teruknya."Kata rahim menunjukkan penatnya dan sia-sia.
"Apa bendanya?"Badrul ingin tahu.
"Orang tua itu bertenggek kat reban ayam,malah aku disangka hendak mencuri kain yang disidai.Kau buat sendirilah drul."Kata rahim mengeluh.Badrul tergelak-gelak melihat telatah kawannya.
"Apakah kau tak ingat rokhani seseorang dikala tidur terletak dirawan antara kedua alis matanya.Kenapa nur makcik itu tak kau matikan."Kata badrul.
"Mana aku tahu.Aku tak pelajari ilmu itu,"Jawab rahim.
"Baiklah biar aku cuba."Kata badrul kemudian bangkit dan membawa abu yang dibungkus kertas tersebut.
Dia terus berjalan mengarah kerumah makcik itu.Sambil berjalan badrul mengucapkan sesuatu.Dia berhenti sekejap kerana menjejakkan kaki kanannya tiga kali ditanah.Kemudian membayangkan wajah orang tua itu dan berniat.
"Sesungguhnya kau melihatku,tetapi aku menutup rokhanimu yang terletak di rawan.Maka lupalah kau pada apa yang disekelilingmu dan kupadamkan nur dirimu."Setelah niatnya berbunyi demikian,dengan mantap badrul terus berlalu dari situ pergi kehalaman rumah makcik itu.
Orang tua itu masih berdiri disitu berdiri sambil memulas tembakau dimulut.Badrul kemudian menyentuh kan abu itu ke baju-baju milik normilah.Hingga badrul selesai mengusap baju-baju itu,orang tua itu asik memulas tembakau dimulutnya.Badrul pun kemudian sampai ditempat rahim.
"Dah kau buat?"Rahim ingin tahu.
"Tentulah."Jawab badrul singkat.
"Orang tua itu kat mana?"
"Ada berdiri kat reban ayam sedang memulas tembakau dimulutnya."Kata badrul.
"Entah lah drul.Aku tadi dah baca juga.Tapi mata orang tua itu malah celik."
"Kau pakai doa apa?"Tanya badrul.
"Ismul A'zam yang diamalkan oleh ula bin khadhrami."Jawab rahim.
"La...kan tak betul.Bukankah ia nya digunakan setelah sembahyang dua rakaat kemudian diucapkan terus menerus tanpa henti-hentinya hingga pada peringkat yang menyakinkan."Kata badrul menerangkan.
Rahim pun kemudian tersenyum kerana kesilapannya.
Ketika malamnya,badrul dan rahim seperti biasa sembahyang dua rakaat dan selepas itu berniat sesuatu.Badrul melafazkan niatnya apa-apa kecuali melihat apa yang dikerjakan oleh rakannya.
"Apa yang kau lakukan?"Tanya badrul.
"Membayangkan wajah normilah.Tapi wajah itu berganti jadi pokok,jadi basikal dan macam-macam lagi alambenda hingga susah aku membayangkannya."Jawab rahim.
"Hampir-hampir aku membayangkan wajah normilah,berganti pula wajah orang lain berada dilutut normilah."Kata rahim mengeluh.
"Yang terakhir itu lah yang benar.Syaitan itu berada dilutut normilah hinggakan membelengu lutut normilah dan dia setengah lumpuh.Biarlah abu-abu itu akan menyentuhnya bila normilah memakai bajunya."Kata badrul.
"Maksudnya aku telah melihat bayangan syaitan yang berada dilutut normilah?"
"Eloklah kita tunggu saja hingga normilah memakai baju nya sendiri."
Ternyata sebelah petangnya pakaian normilah sudah pun kering.Dan petang itu normilah mengganti bajunya dengan baju yang kering tersebut.Kemudian dipakainya hingga malam dan normilah terus tidur.
Ditengah malam normilah menjerit dan mengingau.
"Nor...ada apa nak?"Tanya emak nor.
"Nor melihat sesuatu yang menakutkan.Nor mimpi seram mak."Kata nor.
"Entah lah nor.Macam-macam yang mengena pada diri mu ini."Kata orang tua itu.
"Eh mak.Nor boleh menggerakkan kaki nor sedikit.Ha tengok.Terasa ringan sedikit."Kata nor dengan wajah yang menaruh harapan dan jantungnya bedebar kencang.
"Gerakkan lagi nak."Kata emaknya.
"Tak boleh mak.Sikit-sikit boleh lah itu pun lemah sangat."Kata nor.Kerana sukanya,normilah menggerakkan kaki-kakinya dalam keadaan masih berada di katil namun itu dirasakan ada perubahan.
Pada pagi harinyan nor cuba berjalan dengan dibimbing emaknya.Walau pun menggigil boleh juga nor berjalan.Apa yang berlaku itu tak ubahnya bagai budak kecil yang mula belajar berjalan.
"Nor boleh berjalan mak."Teriak nor penuh kesukaan.
"Ya allah benarlah apa yang kulihat ini."Kata orang tua itu dengan suara yang cukup kuat.Jiran-jiran yang mendengar ucapan dua beranak dipagi itu segera mengunjunginya ingin menyaksikan apa yang telah terjadi.Lama kelamaan mula lah ramai rumah emak nor dikunjungi jiran-jiran dan menyaksikan nor boleh berjalan kembali walau masih bertateh-tateh.
Kemudian mulalah orang tua itu menceritakan hal mimpi anaknya yang terkejut dan mengigau ditengah malam.
"Kata nor....dia bermimpi seseorang yang menakutkan keluar dari lututnya.Orang itu menjerit-jerit keluar dari lutut nor.Walau pun wajah seseorang itu cantik,tapi dia sangat menakutkan.Itulah sebabnya nor terjaga dari tidurnya,dan terkejut kemudian menarik kedua lututnya hingga bergerak."Kata emak nor menjelaskan pada orang ramai.
Orang-orang yang mendengar cerita itu segera mengangguk-angguk percaya.
"Agaknya dia lah yang menganggu nor."Kata salah seorang jirannya.
"Kemudian perempuan yang menjerit-jerit dalam mimpi nor itu berjatuhan tulang-tulangnya dan rebut anggota tubuhnya dan terbakar."Kata emak nor menambahkan.
"Allah telah menyembuhkan sakit nor dengan pertolongan bomoh-bomoh itu."Kata yang lain.
"Yalah tapi bomoh mana yang berjaya mengubatnya ini,aku pun tak tahu.Biar lah allah jua yang membalas kebaikannya."Kata emak nor.
Pagi ini dari mulut ke mulut emak nor mula merebak tentang mimpi anak-anaknya mula boleh berjalan itu.Dan petang itu sampailah khabar ini ketelinga badrul dan rahim.
"Him...sudahkah kau mengetahu yang kau lihat dilutut normilah itu benar adanya."Kata badrul tersenyum sambil memerhati wajah rahim.Rahim mengangguk merasakan kelegaan dihatinya.
"Aku sendiri tak menyedari bahawa apa yang aku bayangkan itu sebenarnya adalah syaitan yang melekat dilutu normilah."Kata rahim sambil menggelengkan kepalanya.
"Dan abu ayat itu telah membuat nya pergi dari tubuh badan normilah."Tambah kata rahim.Badrul hanya tersenyum dan mengucapkan syukur.
Setelah beberapa hari kemudian,keadaan normilah mula lah dapat berjalan seperti biasa.Walau pun belum kuat benar.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Mastris
No comments:
Post a Comment