Thursday, 22 September 2016

Memuja Ratu Syaitan

Bahagian 10 : Kematian Yang Mengerikan

   Gadis pocong tinggal terlentang beberapa hari dibilik khas wak tahak.Dua malam itu wak tahak mencuba lagi untuk memulihkan segala kekuatan gadis pocong yang tinggal terbaring di tempat pemujaan itu.Didalam bilik khas wak tahak mengepul asap kemenyan yang membungkus tubuh badan gadis pocong.

   Kohar dan seman memerhati keadaan itu masih dalam keadaan yang seram walau gadis pocong itu sudah tak bergerak,seperti mula-mula dulu dia dibangkitkan.

   "Bagaimana terjadinya sehingga gadis pocong ini kembali ketempat ini?"Tanya kohar yang malam ini baru saja dia melihat gadis pocong itu terbaring ditempat pemujaan.

   "Mana aku tahu.Baru pagi tadi aku melihat gadis hantu ini berada disini.Aku terkejut kerana melihat tubuh badan gadis pocong ini hampir kesemuanya melecur.Tapi menurut wak tahak telah menarik ilmunya sehingga gadis pocong ini kembali kemari."Bisik saman menerangkan.

   "Kalau wak tahak telah menarik ilmunya sehingga gadis pocong ini kemari,tentu dalam keadaan yang masih hidup.Tapi sekarang ini dia terlentang dan aku melihat pun makin seram."Bisik kohar sementara wak tahak masih bersila ditempat pemujaan.

   Seluruh tubuh badan gadis pocong terbungkus dengan kain kapan putih yang baru.Kohar dan saman telah pun menduga,wak tahak telah menggantikan dengan yang baru.Entah dari kubur siapa kain kapan itu diambilnya.Kohar dan saman pun bertanya-tanya didalam hati.

   "Aku tidak percaya yang wak tahak menarik balik gadis pocong ini."Kata kohar dengan berbisik.Saman pun mengagguk.

   "Orang-orang kampung dah pun tahu tentang gadis pocong ini.Mereka semua yang berani mencuba menangkap gadis pocong ini dan berusaha memusnahkan.Diantara orang-orang kampung yang berani berhadapan dengan gadis pocong ini adalah badrul dan rahim."Bisik kohar menerangkan hal itu kepada saman.

   "Semudah minum air kita menipu badrul."Bisik kohar.

   "Ya.Dan pukau wak tahak memang hebat."Balas saman dengan tersenyum.

   Badrul meninggal kan pesan kepada rahim tentang sesuatu perkara yang dianggapnya harus dilakukan dengan hati-hati.Setelah rahim memahami segala apa yang dipesankan oleh badrul,nampak wajah rahim tegang.

   "Wah..mimpimu sungguh menakutkan.Apa yang akan terjadi."Soal rahim.

   "Entahlah.Tapi itu saja pesanku.Pasanglah lampu minyak itu dan tiuplah sekiranya ia nya seakan ditiup angin.Kemudian nyalakan lagi.Demikian seterusnya.Jangan tidur atau mengantuk untuk,menjaga pelita itu."Bisik badrul.

   Setelah badrul pergi meninggalkan rahim,rahim menyalakan pelita.Lampu itu menyala dengan hujung apinya lurus keatas tanpa bergoyang.Kemudian rahim mengingati mimpi badrul yang diceritakan semalam.Badrul sedang naik kereta lembu seorang diri.Kemudian lembu itu melarikan kereta itu dengan tak tentu hala.

   Tiba-tiba kereta lembu itu mengarah kepada gaung kematian.Badrul menarik tali kendali dan kedua kaki lembu tersebut terangkat keatas.Kemudian lembu itu menguak dengan suara yang dahsyat,dan tersedarkal badrul dari mimpinya.Demikian rahim mengingati mimpi itu.

   Badrul telah berjalan mengikuti jalan kecil yang sunyi mengikuti kedua orang yang sekejap lagi menjalan kan niatnya yang keji itu.Saman berjalan didepan.Badrul berjalan dibelakang saman.Sedangkan kohar berada dibelakang badrul sudah pun siap dengan parang tajam untuk menebas batang leher badrul.

   Kohar sudah pun mengagak untuk menghayunkan parang itu tepat kearah leher badrul untuk sekali tebas.Maka jari-jari kohar memegang ulu parang dengan ketat siap menghayunkan parnag tajam itu.Dengan penuh kekuatannya,kohar pun menghayunkan parang tajam itu,tepat di leher badrul.

   Kepala badrul hampir putus,kemudian rebahlah tubuh badan badrul dan menggelepar ditanah beberapa ketika.Saman cepat-cepat menadahkan baldi itu untuk menakung darah yang keluar dari leher yang hampir putus itu.

   Tetapi sungguh hairan.Darah itu tidak keluar dari dalam batang leher badrul.Akhirnya kohar mengerat habis leher tersebut hingga kepala badrul tertanggal dari batang leher.Namun tiada darah keluar dari dalamnya.Kedua orang itu saling berpandangan dan hairan yang amat sangat.

   "Wahai kohar dan saman.Sesungguh nya kau hanya memenggal bayangan tubuh badanku saja.Sedangkan aku masih hidup dan berdiri disini."Kata badrul yang terlihat oleh keduanya berdiri tak jauh dari tempat keduanya.Kohar dan saman sungguh terkejut bila menyaksikan badrul masih segar bugar dan berdiri ditempatnya.

   Tak lama kemudian bayangan tubuh badan badrul ditangan saman dan kohar hilang lenyap yang makin mengejutkan keduanya.Kini kedua orang itu tak dapat berbuat apa-apa lagi dengan niat yang dikandungnya.

   "Kini masihkah kau berniat hendak membunuhku?"Soal badrul.

   "Tiada sesekali aku akan meneruskan niatku drul.Maafkan aku."Kata kohar.

   "Kalau begitu,ceritakanlah apa yang terjadi.Sesungguhnya tiada jalan yang paling baik untuk tempat berlindung kecuali dari allah yang satu.Demikianlah allah telah menyelamatkan diriku dari kebinasaan."Kata badrul.

   Kohar dan saman kemudian meratap dan menceritakan segala kejadian yang dialami atas suruhan wak tahak dari awal hingga akhir.Kini barulah badrul memahami perkara yang sebenarnya apa yang terjadi.

   "Badrul..adakah allah akan mengampuni segala dosa dan kekejian yang pernah kulakukan selama ini?"Kata kohar.

   "Sebanyak buih dilautan kesalahan dan dosa orang-orang itu,akan terhapus dengan perlindungan allah andaikan benar-benar orang itu bertaubat dan mati dalam keimanan."Kata badrul menerangkan dengan singkat.

   "Ajarkanlah aku akan kebaikan."Kata saman.

   "Kalau begitu ikutlah kau berdua kepadaku.Ambillah air sembahyang dan sembahyanglah dua rakaat."Kata badrul yang kemudian memusing tubuhnya dan berjalan patah balik kerumahnya.Kohar dan seman mengikuti dari belakang.

   Setelah kohar dan saman pergi.Wak tahak kembali kebilik khasnya dan hendak mengadakan pemujaan lagi pada gadis pocong.Bilik khas wak tahak seperti biasanya hanya diterangi oleh cahaya lampu redup dan hanya menerangi dibahagian pemujaan saja.Sedangkan sudut-sudut bilik khas tersebut gelap.

   Asap kemenyan masih menebal seakan membuat kabus kecil ditempat itu.Ada yang mengejutkan wak tahak ketika orang tua itu sampai didalam bilik khasnya.Gadis pocong  itu telah tiada.Dengan pandangan matanya wak tahak memeriksa setiap sudut dikegelapan itu.

   Dari arah kegelapan sudut bilik akhirnya keluarlah gadis pocong itu dengan menampakkan wajahnya yang melecur mengerikan.Wak tahak segera mengucapkan jampi-jampinya agar gadis pocong itu mau mengikut perintahnya.Tapi gadis yang mengerikan itu terus dengan  perlahan menghampiri wak tahak.

   Ada benda berkilat yang dipegang ditangan kanan gadis pocong.Dan ianya adalah golok tajam.Bila wak tahak melihatkan itu,mula lah wak tahak rasa cemas dan tak tentu arah mengucapkan jampi-jampinya.Gadis pocong itu makin mara dengan mengangkat golok lebar tersebut.

   "Tidak jangan.....aku tuanmu."Kata wak tahak.Wak tahak hendak lari meninggalkan ruang bilik khas tersebut.Namun dia berada ditempat yang sulit untuk keluar dari bilik khas tersebut.Perlahan-lahan wak tahak undur kebelakang menghindarkan diri dari gadis pocong tersebut dengan gerakan pasti terus mengikuti kemana wak tahak hendak menghindarkan diri.

   Wak tahak kemudian merapatkan diri didinding kerana tak dapat hendak lari dari gerakan tangan gadis pocong.Disaat itu lah gadis pocong tersebut dengan pantas tangannya menghayunkan pisau tersebut.

   "Tidak jangan,jangannn.....wa...."Jerit terakhir wak tahak yang menerima tebasan golok tajam berkali-kali.

   Roboh lah tubuh badan wak tahak kelantai dan dengan itu darah segar wak tahak berhamburan keluar dari tubuh badannya.

   Tubuh badan wak tahak menggelepar dibilik bermandikan darahnya sendiri.Tak lama kemudian wak tahak tak bergerak sama sekali dan dia telah menjadi mayat.Gadis pocong tesebut kemudian mengheret mayat wak tahak dan dibaringkan dipangkin pemujaan.

   Perbincangan bisik-bisik antara kohar dan saman segera terhenti kerana mereka mendengar kata-kata wak tahak yang sedang menyeru.

   Wak tahak menaburkan kemenyan lagi beberapa kali dan asap kemenyan itu mengepul memenuhi tempat pemujaan.Tak lama kemudian wak tahak menyudahi memuja mayat gadis pocong.Dia pun kemudian berdiri dan menghampiri kedua pembantunya dan ikut duduk dihadapan mereka.

   "Aku baru saja berhubung dengan roh gadis pocong itu."Bisik wak tahak.

   Kohar dan saman masih diam menunggu kata-kata wak tahak selanjutnya.

   "Tubuh badan melecur bagaikan terbakar,dan wajah gadis pocong itu menjadi buruk mengerikan.Dia akan bangkit bila mendapatkan darah segar,otak yang segar dan hati yang baru."Bisik wak tahak sambil menekankan maksudnya.

   "Tapi dimana kita nak mendapatkan orang yang baru meninggal?"Tanya kohar.

   "Yang kita perlukan bukan kita dapat dari apa-apa anggota tubuh badan orang yang baru meninggal.Tapi kita nakkan orang hidup yang akan kita ambil otaknya juga hatinya serta darahnya."Kata wak tahak.

   Bila kohar dan saman mendengarkan penjelasan wak tahak,terkejutlah keduanya.

   "Kita haru membunuh seseorang?"Tanya saman.Wak tahak mengangguk perlahan.

   "Ya..Badrullah orangnya yang harus kalian colek dan kalian sembelih.Takung darahnya,ambil otaknya dan ambil hatinya."Bisik wak tahak dengan mantap.

   "Bila awak berdua tak mahu membunuh badrul,maka awak lah suatu hari kelak akan dibuatnya menderita lebih dari keadaan gadis pocong yang dikerjakan badrul demikian teruk."Bisik wak tahak lagi yang membuat kohar dan saman membayangkan perkara pembalasan itu.

    Sebelum badrul tahu akan rahsia kita bertiga,tidak kah kalian lebih baik melenyapkan badrul.Darah serta otak juga hati badrul akan membangkitkan gadis pocong itu kembali,sehingga gadis pocong akan lebih cantik tiga kali ganda dari kecantikan manusia.Disaat itu lah gadis pocong benar-benar jadi hamba suruhan kita."Wak tahak menerangkan hal itu sehingga termakan juga kata-kata wak tahak tersebut.

   "Masih ingatkah kalian berdua,mayat itu kita bagi darah anjing,hingga dia susah kita kuasai.Dan sekarang pergilah dapatkan apa yang dia minta."Kata wak tahak dengan senyum yang menyakinkan.

   Wak tahak kemudian menyediakan parang dan serbuk pemukau.Benda-benda itu kemudian diserahkan kepada kohar.

   "Badrul sekarang menjadi tumpuan orang ramai yang berkehendakkan sesuatu.Dan malam ini alasan yang tepat kau mengajaknya keluar dari rumahnya.Katakan ada orang yang sakit tenat dan memerlukan badrul untuk melihatnya.Ajak lah dia berjalan ditempat yang sunyi.

   Disaat itu lah kau penggal batang lehernya dan takung darahnya kemudian ambil bahagian anggota tubuh badannya yang kita perlukan."Bisik wak tahak yang menerangkan cara-cara pembunuhan yang keji itu.Kohar dan saman akhirnya bersetuju memenuhi permintaan orang tua itu.

   Kohar dan saman kemudian meninggalkan orang tua itu.Didalam cahaya bulan yang terang keduanya berjalan dijalan kampung yang telah lengang itu.Kohar membawa parang tajam,sedangkan saman membawa baldi  untuk menakung darah badrul.Walau bagaimanapun keduanya tetap berjalan dengan hati-hati agar niatnya tak diketahui oleh orang-orang yang jaga di pondok dihujung kampung.

   Badrul sedang berada didalam biliknya ditemankan oleh rahim.Masing-masing sedang duduk diatas sejadah selepas menunaikan sembahyang sunat dua rakaat,ketika mendengar ketukan dipintu dan suara mengucapkan salam.Badrul membalas ucapan salam itu dan keluar dari biliknya untuk membuka pintu depan.

   Kohar telah menaburkan serbuk pukau itu dirumah badrul.Pintu pun terbuka.

   "Eh..kau kohar dan saman.Ada hajat ke datang malam-malam begini?"

   "Ya drul.Tolong tengok ada orang kene rasuk syaitan.Cepat drul...andaikan terlambat,orang itu akan membawa maut."Kata kohar menyakinkan.

   "Mulut orang itu sekarang telah berbuih dan nafasnya tinggal satu-satu."

   "Baiklah,tunggulah sekejap."Kata badrul yang kemudian kembali masuk kedalam biliknya menemui rahim yang masih mendiamkan diri diatas sejadah.Kohar dan saman saling mengangguk dan tersenyum.

   Dengan golok itu lah akhirnya tubuh badan wak tahak disiat-siat dan dipotong-potong hingga menjadi bahagian yang kecil-kecil seperti dulu wak tahak memotong mayat talip.Berkecai tubuh badan wak tahak dalam keadaan yang mengerikan.Kohar dan saman telah sampai dibilik khas wak tahak.Bila keduanya mendapati kejadian yang mengerikan itu,saman hampir terpekik.

   Kohar menutup mulut saman hinggakan tak bersuara.Dengan gementar keduanya menghindarkan diri dan berusaha meninggalkan bilik itu tanpa setahu gadis pocong.Tetapi gadis pocong yang masih memegang golok pemotong daging itu telah melihat keduanya.maka gadis pocong menggerakkan tubuhnya dan menghadap kearah kohar dan saman.

   "Ayoh cepat lari."Bisik kohar kepada saman.Kohar dan saman segera tak membuang masanya.Keduanya segera berlari meninggalkan kejadian yang mengerikan itu.Gadis pocong pun terus mengejarnya tanpa terbang lagi.Hanya dia berlari dalam keadaan tubuh badan yang tak menjejak tanah.

   "Tolong..tolong.."Teriak keduanya bergema dimalam yang sunyi itu.Tak henti-henti keduanya berteriak sehingga suara kohar dan saman membuat terkejut orang-orang kampung.Kohar dan saman berlari telah berada dihujung kampung dan mengjutkan orang-orang yang sedang mengawal disitu.

   Kohar dan saman masih tergagap-gagap ketika orang-orang itu menanyakan sesuatu tentang apa yang dialami mereka berdua.Disaat itu muncullah badrul dan rahim yang telah lama mengikuti jejak keduanya.Badrul berdiri bertemankan rahim menghalang ketibaan gadis pocong.Syaitan yang bertubuhkan mayat manusia itu akhirnya tiba ditempat badrul berdiri.

   Dia berdiri didepan badrul dan menunjukkan matanya yang merah dan sinaran bulan yang sedang mengambang menunjukkan wajahnya yang buruk dan mengerikan.Sekalian orang-orang terkejut dan terpaku ditempat masing-masing.Tapi kohar segera memukul kertuk bertalu-talu memberikan tanda bahaya.

   Dengan jeritan yang mengerikan disertai tiupan angin,syaitan itu terus menerjang kearah badrul.Badrul menangkap kedua pergelangan tangan syaitan tersebut,sehingga syaitan tersebut meronta dengan hebatnya dengan suaranya yang seram.Disaat itu lah rahim memukul kan biji tasbih ke tengkuk syaitan yang bertubuh mayat.

   Pukulan rahim dengan biji tasbih itu membuat tubuh badan syaitan tersebut terhoyong-hayang setelah badrul melepaskan tangan syaitan tersebut.Tak lama kemudian badrul mengeluarkan biji tasbihnya dan memukul dahi syaitan tersebut,maka menjeritlah syaitan tersebut hingga rebah ketanah.

   Disaat itu lah keluar cahaya merah dari kepalanya.

   Badrul memukul lagi yang kedua diarah dada,maka keluarlah cahaya kuning dan terakhir sekali badrul memukul yang ketiga kalinya bagai memukul angin,maka terbakarlah tubuh badan syaitan tersebut disertai jeritan dari berbagai suara yang membuat orang-orang yang menyaksikan membisu kerana seram.

   Kini yang terbakar itu hanyalah mayat yang tinggal lah tulang belulang saja.Akhirnya tulang-tulang itu menjadi abu dan ketika angin bertiup,maka angin tersebut menerbangkan abu tersebut hingga tanah tempat kejadian itu kembali bersih.

   "Sekarang tiada lagi kegemparan yang akan membuat heboh dikampung itu.Hantu pocong itu sudah pun musnah."Kata badarul kepada orang-orang yang berkerumun menyaksikan peristiwa itu.

   "Kau telah menyelamatkan nyawa kami berdua."Kata kohar dengan terharu.

   "Tapi...tapi wak tahak telah menjadi korban yang mengerikan atas kekejian hantu pocong."Kata kohar.Kemudian dia menceritakan kematian wak tahak.Sekalian orang-orang yang mendengarnya terkejut termasuk badrul dan rahim.

   "Kohar dan saman bawalah orang-orang untuk menguruskan mayat wak tahak,dan yang lainnya memberi tahu tok imam dan penghulu kampung tentang kejadian kematian wak tahak.Aku hendak melafazkan niat syukurku dengan rahim kehadrat allah yang telah memenangkan dijalan kebenaran."Kata badrul.

   Setelah demikian maka orang-orang itu tanpa membantah,segera pergi menjalankan tugas masing-masing walau ingatan rasa seram itu masih menghantui diri masing-masing.Sedangkan badrul dan rahim pun kemudian pergi kebukit ditempat keduanya beramal dan menyepikan diri,di pondok kecil.

   Keduanya kemudian bersuci dan sembahyang dua rakaat kemudian terus berzikir.Setelah melakukan seberapa lama,maka badrul menggunakan nama allah yang ke tujuh puluh enam disertai doa yang lainnya maka nampaklah dalam mata rokhaninya seorang gadis menghampirinya.

   "Aku telah menunaikan janjiku wahai adik."Kata badrul.Gadis yang telah menampakkan diri dengan bertudung itu tersenyum dan wajahnya yang cantik jelita itu berseri.

   "Lagi pula ada dua orang hamba allah yang telah bertaubat dijalan kebaikan."Kata badrul lagi.Gadis bertudung itu tersenyum lagi bersuka hati.

   "Kalau begitu aku telah membuat kebaikan yang kedua kali.Dan aku masih harus melakukan lima kali kebaikan lagi sehingga pintu-pintu langit dibuka dan aku boleh kembali ke alam barzakh,seperti sedia kala.Selamat tinggal badrul dan rahim."Kata gadis bertudung tersebut yang kemudian mengucapkan salam dan dibalas oleh badrul dan rahim dengan rasa yang terharu.

   "Adik kita telah pergi drul..alangkah sedihnya kita berpisah dengannya."Kata rahim yang perasaannya hanyut terbawa oleh perpisahan yang mengharukan itu.

   "Relakan dia pergi.Dia akan mencari lima kebajikan lagi dan sempurnalah dia akan kembai ketempat asalnya."Kata badrul.

   Badrul dan rahim kemudian meneruskan niatnya,dan melafazkan lagi memuji kebesaran nama allah,hingga hari menjelang pagi kemudian tertidur ditempat itu juga.

   Kejadian kematian wak tahak yang mengerikan itu dan musnahnya kekejian hantu pocong masih hangat diperkatakan dikampung maupun diluar kampung walau pun peristiwa itu telah beberapa hari berlalu.Nama badrul dan rahim dimerata tempat menjadi buah bibir dari mulut kemulut hinggakan terkenal dizaman cerita ini berlaku.

   Hinggakan hal badrul ini beritanya tersebar luas dan sampai pada pendengaran seorang ulama yang warak dalam ilmu hikmat.Nama ulama tersebut Hasan al basri.Hasan ingin mengambil menantu badrul dan akan dijodohkan dengan anak dara hasan al basri yang mempunyai paras wajah yang indah dan jelita disamping budi pekerti anak itu yang terpuji.

   Badrul pun telah melihat paras anak dara hasan tersebut.Namun badrul menolaknya dengan lembut dan tidak sedikit pun menyinggung perasaan ulama yang warak tersebut.Demikian pula rahim.Tok lebai di kampung berkenaan menguruskan jodoh rahim kalau rahim mahu,tapi rahim mengundurkan disebabkan telah mempunyai pilihan hatinya.

   Rahim tak dapat melepaskan janji-janji setianya ketika bemersra dengan gadis emi yang disaksikan oleh pokok rambutan disebelah reban ayam.Hanya gadis itulah yang dikehendaki oleh rahim.Sedang hangat-hangatnya dua tokoh pemuda dikampung diperkatakan,tak lepas pula badrul dan rahim menarik perhatian gadis-gadis dikampung ditempat dia tinggal.

   Suatu hari disaat badrul belum mendapatkan kerja yang baru,dia berkunjung kerumah sewa rahim.Siang itu keduanya berbual didapur yang mempunyai meja panjang.Keduanya saja berbincang mengenai perkara-perkara yang lepas dan masih hangat dibincangkan sana sini.

   Diluar terdengar seseorang yang mempunyai suara yang lembut sedang mengucapkan salam.Rahim membalas ucapan salam itu dan menampakkan diri digawang pintu dapurnya.Kemudian rahim berhadapan dengan sutinah yang berdiri dihadapannya.

   "Him..abang bandrul ada kat sini tak?"Sutinah ingin tahu.

   "Ha..itu kat dapur minum kopi.Masuklah."Pelawa rahim.

   Rahim pun kemudian kembali ketempatnya dan duduk disamping badrul.Sutinah pun mengahampri badrul.

   Sutinah berdiri disamping meja sambil tunduk dan sebelah tangannya terletak diatas meja.Rahim pun ikut pandangan badrul yang mengarah pada sutinah.

   "Apa hal sayang."Tegur badrul yang mengejutkan rahim.Pipi sutinah jannet yang halus indah itu menjadi merah kerana mendapat teguran yang membuat diri sutinah jadi malu.

   "Emak suruh abang badrul balik.Makan siang."Kata anak dara yang mempunyai paras wajah jelita dan masih diserikan dengan sepasang matanya yang biru jernih.

   "Baiklah...selepas maghrib nanti saya baru balik kerumah emak."Kata badrul.

   "Dan...em..kata emak.."Kata sutinah yang segan hendak mengatakan.

   "Katakan.Apa bendanya."Pujuk badrul.Sutinah masih menundukkan wajahnya.

   "Kata emak..em...anu...malam ini abang badrul harus tidur kat rumah."Kata sutinah jannet dengan suara lirih namun jelas terdengar.Rahim yang mendengar kata-kata sutinah menjadi terkejut bagaikan disengat binatang berbisa.

   "Baiklah...sekarang tin...balik dulu."Kata badrul.Sutinah menggerakkan tubuh tanpa melihat badrul agaknya kerana malu.Dia pun kemudian mengucapkan salam dan dibalas oleh badrul dan rahim.

   "Balik dulu him.."Kata sutinah lembut dan menampakkan punggungnya sambil mula berlalu.

   "Eh..em..iyalah."Balas rahim tergagap kerana merasakan hal yang pelik ini.

   "Eh..drul.Dia menyuruhmu balik,nampaknya macma kau ni dah tak dapat dipisahkan dengan keluarga emak sutinah itu.Sejak bila?"Soal rahim yang tak habis mengerti dengan kejadian yang tak disangka-sangka ini.

   "Sejak tok kadi dan tok imam disaksikan beberapa orang,yang telah mengahwinkan antara aku dan sutinah secara senyap-senyap."Kata badrul dengan tersenyum.Lagi rahim terkejut bagai disengat binatang bisa.

   "Pulak...benarke ini?"Rahim ingin memastikan.

   "Apa pula tak benar.Sutinah telah sah menjadi isteriku,sejak lima hari yang lepas,sebelum kejadian musnahnya hantu pocong tersebut.Hanya saja sampai saat ini aku belum tidur serumah dengan sutinah kerana urusan ini."Kata badrul.

  "Masyaallah....Sungguh pelik kau ini.Aku ni temanmu setilam setempat tidur sehina semalu,saat nikahmu tak kau bagi tahu."Kata rahim bersunggut.

   "Sekarang kau dah pun tahu.Dan bila kuceritakan kepadamu sutinah hanya meminta hantaran supaya aku menjadi suami yang baik dan setia.Eh..kau bila lagi?"Soal badrul.

   Rahim menggelengkan kepalanya.Kemudian menunjukkan wang beberapa ringgit didalam saku bajunya.Badrul tersenyum dan memahami keadaan kewangan rahim yang teruk.Maka badrul menepuk punggung rahim.

   "Terimah lah sekeping emas ini dan jadikan wang untuk perkahwinan mu bila kau sudah menjumpai gadis idamanmu."Kata badrul.

   "Dari mana emas ini?"Tanya rahim tegang dan tak mengerti.

   "Dimalam itu gadis bertudung tersebut datang dengan puteri jin yang bernama fairuz fadzillah isteri dari kiyai kadas.Beliau membongkar tanaman kunyit yang aku tanam dihalaman rumah.Ingatkah kau peristiwa itu."Kata badrul.

   "Ya..kunyit tersebut permberian gadis dalam kubur tersebut."Jawab rahim.

   "Ya benar.Puteri fairuz fadzillah menggunakan doa yang pernah diamalkan oleh qorun yang didapati dari nabi musa a.s maka jadilah kunyit yang kutanam itu menjadi emas.Gunakan lah ini untuk kegunaanmu dan selebihnya gunakan untuk kebaikan."Kata badrul menjelaskan perkara itu.

   Rahim termenung memikirkan perkara ajaib yang dialami oleh temannya itu.Kini dapat lah rahim tersenyum kerana akan dapat menyunting anak dara idamannya.

   "Terima kasih diatas segala jerih payahmu drul.Apakah kau tak ingin menerima bahagain dari sekeping emas ini?"Tanya rahim.

   "Tidak him,kerana aku telah mendapatkan upahku.Ianya adalah sutinah yang telah lama membuat aku demam mabuk kepayang."Kata badrul dengan termenung.

   "Him..kau sendiri dengar kata-kata isteriku tinah.Nampaknya  malam nanti kita tidur berasingan.Dan aku..em menemani sutinah."Kata badrul.Rahim menggaru kepalanya yang tak gatal.

   "Ada saja peri laku pelik engkau ni drul."Kata rahim.

   "Nampaknya isteriku itu dah pun geram,maklum him...setelah kahwin lima hari,aku belum pernah menyentuh kulit tubuhnya,kerana kita masih menunaikan tugas huru-hara di kampung itu."Badrul memberikan alasannya.

   "Dan nampaknya...em...gadis tinah isteriku itu,tahan lasak him."

   "Alaa...sudah lah jangan cakap pasal itu membuat panas darah muda aku,melarat nanti."Kata rahim yang merasa dipersenda guraukan oleh badrul.Walah bagaimana pun badrul rasa bersedih juga kerana malam nanti tak dapat tidur bersama rahim dimasa-masa yang lepas.

   Selepas kedua sahabat itu menunaikan sembahyang maghrib bersama,badrul pun segera meminta diri kepada rahim.Rahim menghantar badrul hingga dipintu pagar.

   "Mudah-mudahan kau pun telah mendapatkan seperti apa kini yang kudapat."Kata badrul mengiringi perpisahan sementara dimalam itu.

   "Selamat menempuh hidup baru."Kata rahim.Badrul pun kemudian mengayuh basikal tuanya dan telah berada dijalan kampung.Terharu hati badrul,kerana perpisahan ini.Dengan masih mengenang rahim,badrul terus mengayuh basikalnya.Setelah badrul tiba dirumah mak mertuanya,dia pun segera makan bersama sutinah,dan emak mertuanya.

   Dan malam ini adalah malam pertama badrul bermalam dirumah mak mertuanya.Kertuk kayu dipondok jaga telah berbunyi sebelas kali.Badrul baru saja berbual-bual dengan mak mertuanya di serambi depan.Selepas mengakhiri perbualan itu badrul segera memasuki bilik isterinya.

   Sutinah sudah pun berbaring dikatil dan tidur dengan menampakkan punggungnya menghadap ke dinding.Badrul segera merebahkan diri disisi isterinya.Di saat itu sutinah terkejut dan bangkit dari tidurnya.

   "Kenapa tin..?"Soal badrul.

   "Seram..."Kata sutinah lirih dengan menundukkan kepalanya.Pipinya nampak merah kerana menahan malu yang sangat.

   "Seram..seram..cerita seram dah habis.Yang tinggal kini kisah kasih yang telah sah sehingga tok kadi berbuih mulutnya melafazkan niatnya untuk kita berdua apakah kau tak menyedari."Kata badrul dengan selamba sedikit bersungut.

   "Iya lah tinah tahu..tapi mula-mula memang macam ni."Kata tinah sambil duduk dikatil dengan menundukkan kepalanya,sedang badrul merebahkan dirinya disamping isterinya.

   Badrul tersenyum.Dia segera memejamkan matanya dan tetap dalam keadaan berbaring setelah menyelimuti dirinya.Sutinah pun kemudian ikut berbaring dan meletakkan bantal peluk ditengah-tengahnya.

   "Malam ini jangan usik tinah tahu."Bisik sutinah ditelinga badrul.

   "Ya."Jawab badrul tanpa membuka matanya,keduanya kemudian sama-sama diam.Akhirnya badrul tertidur setelah hari larut malam.Hanya sutinah yang dadanya masih berdebar-debar kerana kini badrul tidur disisinya.Sekejap-sekejap sutinah gelisah kerana merasa asing kini tidur dengan seorang suami.

   Tapi walau bagaimana pun sutinah merasakan kedamaian dihatinya dikeranakan dirinya memang menaruh kasih sayang terhadap badrul.Hanya saja untuk melahirkan kasih sayang itu bagi sutinah yang masih muda remaja itu kekok dan masih malu.Badrul telah tidur dengan nyenyak.

   Sutinah memerhati saja wajah suaminya yang kini tidur disisinya.Entah apa yang tersurat dihati anak dara ini.Tiba-tiba saja bibir sutinah jannet membentuk senyuman yang hanya dirinya sendiri yang memahami.Dia pun kemudian terus tertidur setelah rasa mengantuk itu menyelimuti dirinya.

   Ketika pagi harinya badrul bangkit hendak sembahyang subuh,terasa dadanya terhimpit sesuatu.Tapi badrul segera menyedari yang kepala isterinya berada diatas dadanya.Badrul tersenyum dan jari-jari tangan badrul membelai rambut sutinah yang berwarna kuning keemasan itu.

   Belaian jari-jari badrul itu menyedarkan sutinah.Sutinah membuka matanya dan makin membenamkan kepalanya didada badrul,kerana sutinah tak ingin wajahnya diperhati oleh suaminya.

   "Kata aku tak boleh  usik tin.Tapi awak pula usik aku.Sungguh tak adil."Bisik badrul lembut dan jari-jarinya masih membelai rambut isterinya.

   "Ala abang ni,nak ungkit-ungkit pula."Kata sutinah manja.

   "Tin tidur lasak.Bantal peluk itu entah tercampak kat mana.Saya inga abang badrul bantal peluk."Kata sutinah sambil bangkit dan duduk dikatil.

   "Memang aku telah menjadi bantal peluk yang mempunyai hati dan perasaan."Kata badrul yang kemudian terus bangun dan meninggalkan bilik tidur itu.

   Tak lama kemudian badrul telah berada dibilik ibadat menunaikan sembahyang subuh.Sutinah menyibukkan diri didapur membuat minuman dan menggoreng jemput-jemput.Selepas sembahyang subuh,badrul terus ke bilik dapur yang luas itu.Dia duduk dibangku panjang menghadap meja.

   "Tin da siap sembahyang subuh,yang abang tu masih didalam,doa apa yang abang baca."Kata sutinah ingin tahu.

   "Tin kat dapur macam ni bukan nya berani sangat.Hari masih gelap lagi.Biasa nya emak yang lakukan kerja membuat sarapan pagi ini."Kata tinah lagi.

   "Habis yang engkau ambil alih kerja ini buat apa?"Badrul menyoal.

   "Kan dah ada suami tinah.Eloklah tinah yang lakukan."Kata sutinah.

   "Ha tahu pun yang aku suami awak.Tapi malam tadi senyap je.Habuk pun tarak."

   "Ala...janganlah cakap pasal tu.Emak dengar kang."Jawab sutinah.

   "Nah terimalah kasih sayang tin untuk abang.Tapi abang tutup mata."Kata sutinah dengan perlahan-lahan mendekatkan wajahnya.Badrul pun menutup matanya.Debaran jantung badrul segera terasa lain.Sudah tentu badrul membayangkan akan mendapat kucupan mesra dari isterinya.

   Tapi badrul merasakan isterinya menyuapkan jemput-jemput dimulutnya dengan lembut dan perlahan.Badrul membuka matanya dan mengunyah makanan ringan tersebut.

   Dia pun kemudian menggaru kepalanya yang tak gatal.Tinah pun memahami perasaan suaminya.Timbul rasa kasihan dihati sutinah bila melihat suaminya.

   "Aku fikir mendapat kasih sayang dalam bentuk kucupan mesra di pagi hari ini.Tapai walau bagaimana pun,abang ucapkan terima kasih diatas suapan kueh tadi."Kata badrul menghibur isterinya.

   "Baik lah bang.Nanti malam tin akan hadiahkan kucupan mesra yang abang harapkan dan tak lebih dari itu."Kata tinah yang mula pandai menggoda.Sutinah masih berdiri dan tangannya menggerakkan penggoreng untuk mengacau jemput-jemput.

   "Sekarang sedutan tak boleh."Soal badrul.

   "Husss...abang ni."Kata sutinah membatasi kata-kata suaminya.

   "Susah nak berdamai dengan isteri yang setengah masak ini."Kata badrul yang hanya ditujukan untuk dirinya sendiri.Tapi sutinah sedikit mendengarnya.Dia segera tersenyum dan memalingkan wajahnya kearah badrul.

   "Apa abang kata."Sutinah ingin tahu.

   "Tak ada..."Jawab badrul singkat.

   Pagi itu setelah badrul meminum kopinya dan menikmati jemput-jemput,dia segera meminta izin isterinya untuk keluar rumah.Sutinah menghantarnya hingga dipintu pagar halaman.

   Ketika sebelah malamnya,badrul balik kerumah kira-kira pukul sembilan malam,badrul masih berbual-bual dengan emak mertunya sehingga dekat tengah malam.Apa yang dibualkannya itu adalah badrul tak payahlah cari kerja lain.Emak mertuanya itu menyediakan ladang untuk berkebun,boleh lah badrul menanam sayur mayur dan badrul pun bersetuju.

   Selepas berbual-bual badrul memasuki bilik isterinya.

   "Apa yang abang bualkan dengan emak?Puas tin tunggu.Naik boring."Kata tinah bersungut dan manja kemudian bibirnya yang indah itu tersenyum.

   "Apa halnya."Badrul ingin tahu.

   "Entah..."Kata tinah merahsiakan kandungan hatinya.Sutinah kemudian naik kekatil,setelah dia meletak bantal peluk ditengah-tengah,dia pun segera membaringkan diri dan berselimut separuh badan.Badrul berbaring disisinya.

   "Eh..masih ada juga bantal peluk ni sebagai pembatas."Soal badrul.

   "Tentulah.Tin kan tidur lasak takutlah nanti kaki tin menendang tubuh badan abang."Kata tinah yang sebenar masih seram tidur berdua dengan badrul,walau kini dia telah menjadi suaminya yang sah.

   "Kalau begitu,sebelum abang kene tendang,biarlah abang tidur kat lantai."Kata badrul yang kemudian membentangkan tikar pandan disamping katil.Setelah mengambil bantal dan selimut,disitulah badrul berbaring.

   "Selamat tidur tin."Ucap badrul sambil berbaring.

   Tinah pun segera turun dari katil kemudian dengan tersenyum menghampiri suaminya dan ikut berbaring disitu sambil meletakkan kepalanya didada badrul.Tangannya kemudian melingkar memeluk suaminya.Sedangkan badrul melipat kedua tangannya untuk alas kepalanya.

   "Adakah seseorang yang kini menjadi suamimu masih terasa asing dihatimu."Bisik badrul.Tinah menggelengkan kepalanya.

   "Tidak kah abang menyedari bahawa tin mengharapkan seorang suami yang penyabar.Ternyata abanglah orangnya.Dan kesabaran adalah modal utama untuk mencapai maksud.Hanya kerana itu,tin buat perangai sedikit."Bisik sutinah sambil memberikan janjinya ianya kucupan mesra didahi suaminya.

   "Oh kalau begitu aku salah menduga tentang dirimu."Kata badrul tersenyum.

   "Ya...Dan kini tin telah tahu mengenal sikap abang yang tin harapkan."Kata sutinah lagi memberikan pengetahuan kepada suaminya.Akhirnya badrul segera bangkit dan menggulung tikar itu kembali.

   Tinah kemudian berdiri disamping tingkap kemudian membuka tingkap tersebut.Dia melihat keatas.Bulan terang sedang bersinar disamping bintang-bintang yang bertaburan menyerikan keindahan angkasa.Badrul mendakap isterinya dari belakang dan membisikkan sesuatu.

   "Apa yang ada diatas sana?"

   "Keindahan.Ya keindahan seperti indahnya perasaan tin."Bisik sutinah.Sutinah kemudian membalikkan tubuh badannya sehingga dia menghadap penuh kearah suaminya.Kedua jari-jari tangannya bergantung dibahu suaminya.

   Ketika badrul menatap wajah isterinya,sutinah membiarkan wajahnya ditenung begitu lama oleh suaminya.Sutinah memberikan ukiran senyum dibibirnya kemudian merebahkan kepalanya didada suaminya,disertai dengan pelukan erat.Badrul pun mendakap isterinya bagai mendakap sesuatau yang paling berharga didunia yang tak akan dilepaskan lagi.

   Malam pun berlalu dengan segala peristiwanya.Penuh kasih,bertaburan segala keindahan,di dalam kedamaian,yang menyelimuti hati masing-masing.Dan kedua nya adalah sepasang suami isteri yang bahagia.

(Selesai...)


Sumber : Naskah Dari Mastris

No comments:

Post a Comment