Friday, 16 December 2016

Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (4)


   "Masa berjalan dengan begitu pantas.Saya tidak percaya sekolah akan bermula esok,linda."Kata hayati sambil menyikat rambutnya dihadapan cermin solek.

   "Saya hampir tidak percaya ayah telah hampir tiga minggu pergi."Jawab linda.Linda terbaring dikatil membaca surat ayahnya untuk kali kelima."Nampaknya sungguh menarik seperti yang ditulis oleh ayah.Kerana itu saya berulang kali membaca suratnya."Linda memetik suis lampu dan bersedia untuk melelapkan mata.

   "Siapa yang menang main monopoli malam tadi?."Soal hayati.

   "Saya sekali dan harun tiga kali."Jawab linda seakan hendak tak hendak.

   Hayati gelak terkekeh-kekeh."Tidak pernah saya lihat dia begitu serius untuk memenangi pertandingan seperti itu."Hayati memetik suis lampu tidurnya."Mimpi lah yang indah² linda."

   "Selamat malam,hayati."

   Keesokan harinya mereka berebut-rebut bersiap sedia untuk ke sekolah.

   "Cepat linda."Jerit hayati dari atas tangga."Harun sudah pun sampai."

   "Saya datang ni."Jawab linda pantas sambil memasukkan baju kemeja nya ke dalam skirt.

   Hayati sudah siap menanti,sambil memegang dua gelas air orange jus,satu untuk hayati dan satu lagi untuk linda.Mereka cepat² meneguk air itu dan menyerahkan gelas kosong kepada lili.

   Sambil merehatkan badannya di kerusi kusyen bahagian belakang kereta mustang linda terfikir boleh ke dia menyesuaikan diri menaiki bas semula setelah biasa dihantar dengan kereta.

   Cuaca hari itu sudah panas membakar.Suhu tidak pernah jatuh malah sentiasa sahaja panas sepanjang tahun kecuali dimusim tengkujuh.

   Kerana angin yang mendesah serta deruan angin yang kuat linda tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dibualkan oleh hayati dan harun di hadapan.Tiba² hayati memalingkan mukanya kebelakang dan bertanya."Macam mana linda?."

   "Apa dia?."

   "Mahu ke kau pergi mengayuh sampan selepas waktu sekolah nanti?Jamil menjemput harun untuk turut serta dan harun berjanji untuk membawa kita semua."

   "Saya lebih pandai menunggang kuda daripada mengayuh sampan."Jawab linda.

   "Marilah,kau akan menyukainya nanti."

   "Oklah."Jawab linda tanpa banyak bicara.

   Hayati menunggu linda dengan sabar sebaik sahaja sekolah habis hari itu,dan menarik tangan linda sambil berlari menghala ke kereta harun yang sedia menanti.Harun bangun membukakan pintu kereta.

   "Mari kita pergi,mereka telah pun menunggu kita."Harun memecut kereta melalui lebuh raya yang sentiasa sibuk dengan kereta yang berbagai jenis,dan membelok kearah jalan tanah merah.Mereka melintasi pokok² getah sebelum harun menghentikan kereta dibawah pokok kelapa.

   Linda tahu jamil memandang tepat ke wajahnya."Hi linda"Katanya sambil menghulurkan tangan menarik linda menaiki sampan."Saya percaya kau tentu akan bergembira hari ini."

   Angin bertiup sepoi² bahasa dan bot itu meredah lautan luas.Bila harun merasakan keadaan tidak membahayakan dia memanggil linda supaya duduk disampingnya.

   "Cubalah pandu."Ujarnya mengarahkan linda memegang stering bot."Ia amat senang jika sudah biasa."Kata jamil.Linda memalingkan kepalanya ke belakang dan sempat melihat bahawa hayati dan harun sedang memerhatikannya.Mereka berdua sedang sibuk mengunyah popcorn.

   Linda menarik nafas panjang.Seronok juga macam menunggang kuda,fikirnya.Masa berlalu dengan begitu pantas dan matahari pun sudah hampir tenggelam.

   "Hendak ke datang belayar lagi,linda?."Soal jim bila mereka tiba ditambatan.

   "Boleh juga.Saya tidak tahu betapa seronoknya dapat belayar meredah gelombang."

   "Kau ni macam bersastera pula linda."Jawab harun pantas.

   Mereka bertiga mengucapkan terima kasih kepada jamil dan terus pergi menaiki kereta.Hayati datang dan terus merangkul bahu linda."Jamil akan menjadikan kau seorang yang mempunyai hobi belayar linda."

   "Begini ke caranya memulakan penggal persekolahan kali ini?."Soal linda.

   "Main monopoli malam ini,lin?"Tanya ron setibanya mereka dihalaman rumah hayati.

   "Malam ini saya nak menulis surat kepada ayah."

   "Tak apalah.Jumpa lagi pagi esok."

   "Letihnya."Hayati terkuap-kuap semasa melangkah kaki masuk kerumahnya."Kau,letih juga linda?Ada sesuatu yang membuat saya mengantuk."

   "Mungkin banyak kerja tambahan pula saya berjaga malam tadi kerana menulis surat kepada ayah."

   Mereka melangkah kaki masuk ke bilik makan dan terlihat kedua ibu bapa hayati sedang menikmati makan malam.

   "Gembira nampaknya hari ini."Kata encik radhi.

   "Sungguh seronok."Jawab hayati."Jamil menunjukkan kepada linda bagaimana hendak mengemudikan bot.Linda nampaknya sungguh gembira."

   "Kamu berdua ini hendak makan bersama atau ada cadangan lain?."

   "Tidak.Saya tidak berasa lapar."Jawab hayati pantas."Dan,saya terasa penat.Saya mahu naik ke tingkat atas untuk mendengar lagu.Saya mungkin akan turun kemudian nanti."Hayati kemudian meninggalkan bilik itu.

   "Saya nak makan."Kata linda."Saya kebuluran hari ini."

   Linda meminta diri selepas makan dengan alasan terlalu mengantuk dan terpaksa bangun awal pagi esok untuk mengeposkan surat kepada ayahnya.

   Sebaik sahaja linda masuk ke dalam bilik dia melihat hayati sudah pun lena tidur,tanpa menukar baju dan muzik yang dipasang masih bergema.Linda dengan lembut menggerakkan hayati."Jam berapa ini."Tanya hayati antara sedar dan tidak.

   "Kau tidur dengan baju yang tidak bertukar."Jawab linda.

   "Oh."Ujarnya antara sedar dan tidak.Dia kemudian bangun menukar baju dan kemudiannya lena semula.

   Linda memperlahankan bunyi muzik dan mula menulis surat.Terlalu banyak yang hendak diberitahu pada ayahnya.

   Dia tidak tahu berapa lama duduk dimeja tulis dan tersentak bila bulu romanya naik meremang,seolah-olah ada orang yang sedang memerhatikannya.

   Linda bangun untuk mencapai baju panas serta terlihat lili berdiri diluar pintu yang sengaja tidak ditutup.

   "Oh,lili."Suara linda tertahan-tahan seperti tersekat.Muka lili sungguh menggerunkan."Ada apa² ke.."Sebelum dia sempat dia menghabiskan kata-katanya lili membebel tanpa dapat didengar dengan jelas lalu menyorokkan "tuala" yang dibawa lalu menuruni anak tangga.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma

No comments:

Post a Comment