Friday, 16 December 2016

Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (5)


   Beberapa minggu akan datang,pekan banting yang lengang  akan mula sibuk semula,kerana sekolah telah pun bermula.Hayati sebagai ketua sorak disekolahnya.Harun dilantik menduduki majlis pelajar² manakala linda pula terpilih sebagai wakil sekolah.

   Sekiranya linda tidak pergi berlatih menunggang kuda,dia akan pulang kerumah bersama harun dan hayati.Ada kalanya hayati akan pergi mengikutinya.Linda mengajar hayati melompat untuk memperbaiki lagi form hayati.Bila cuaca semakin redup mereka banyak menghabiskan masa menunggang kuda.

   Satu petang dibulan oktober,sedang mereka berdua sedang khusyuk membuat kerja rumah sambil mendengar lagu² dari stereo hayati,linda berkata."Saya tidak sabar lagi untuk menunggu kau untuk turut serta dalam pertandingan itu."

   "Kau ini berat sebelah linda."Hayati tersenyum sambil menguap."Saya dah penat ni esok saja lah saya habiskan kerja ini.Mata saya ini dah tak boleh dibuka lagi,penat sungguh."

   Dalam masa beberapa minit sahaja,lampu telah mereka padamkan.Awal pagi itu hayati terkejut mendengar jeritan linda.

   "Tutup pintu itu.Tolak kuat sikit.Dia hendak membunuh saya.Tolong,jangan biarkan dia mendekati saya."Jeritnya bertalu-talu.

   Hayati bangun dari katil dan menggoyang-goyangkan tubuh linda tetapi ia hanya membuat linda bertambah takut.Dengan mata yang terbuka luas dan menggoyangkan kedua belah tangannya linda kelihatan seolah-olah cuba menepis sesuatu,sambil terjerit-jerit.

   Dalam ketakutan hayati memetik lampu tidurnya,yang terletak berhampiran.Hayati telah memutuskan untuk memanggil kedua ibu bapanya apabila jeritan linda terhenti dengan tiba².Walau pun linda telah sedar betul tetapi menangis teresak-esak.Sambil memegang tangan hayati,linda menceritakan bagaimana dia dikejar oleh sesuatu yang tidak jelas oleh pandagannya didalam kawasan paya yang luas bersama-sama dengan teman lelakinya.

   Hayati turut merasa takut dan memegang tangan linda dengan sekuat tenaga."Teruknya mimpi kau itu linda.Apa yang telah kau makan malam tadi sehingga bermimpi sebegitu teruk."

   Dengan tangan yang menggeletar linda menutup mukanya."Tidak ada sebab saya boleh mendapat mimpi yang macam itu.Mimpi itu menggerunkan."

   "Tolong beritahu mimpi kau itu linda.Mungkin dengan itu kau boleh tidur dengan lena kembali."

   "Saya tidak tahu bagaimana ia bermula dan dengan siapa saya ketika itu.Bila ada benda yang datang mengejar kami,kami pun berlari kearah rumah usang ditengah paya.Rumah itu telah usang dan hampir roboh dan benda itu mengikuti kami.Oh tuhan.Saya tidak dapat menceritakannya lagi."

   Hayati memeluk linda dengan erat dan dengan sabar menunggu linda menyambung ceritanya.

   "Saya tidak tahu bagaimana kami boleh masuk ke kawasan paya itu.Kami berlari tetapi saya selalu saja terjatuh,dan teman lelaki saya itu tetap menarik saya."Tambahnya."Bila kami masuk kerumah usang itu  benda itu masih mengikuti kami lagi.Kami menutup pintu dan benda itu cuba hendak memboloskan diri nya masuk kedalam."Bibir linda bergerak-gerak dan airmatanya berjatuhan."Saya terlalu letih."

   Hayati bingkas bangun dan berkata."Saya hendak pergi mengambil kau segelas air susu panas.Ia akan melegakan kau sebelum tidur."Hayati segera pergi dan membawa masuk segelas air susu panas yang diberikan ke tangan linda.Linda terdiam sahaja sebaik minum air susu panas itu.Hayati memanjat katilnya semula."Saya hendak memetik suis lampu itu sekarang.Adakah kau dah sihat betul?."

   "Dah sihat pun,tetapi saya belum tentu boleh tidur lagi.Boleh ke kau memasang radio tu?."

   "Tentu boleh."Ketika itu juga bilik itu berkumandang dnegan bunyi alunan muzik."Saya akan kecilkan volumenya supaya orang lain tidak turut terjaga nanti."Hayati naik semula ke katilnya dan menutup suis lampunya yang berhampiran dengan katilnya."Ok.Cuba ingat kembali bagaimana kau mengemudikan bot jamil tadi dan kemudian dia meletakkan tangannya ke atas peha kau.."

   Hayati terkejut apabila linda tiba² ketawa.Linda teringatkan sesuatu yang membuatnya tergelak dengan tiba².Akhirnya dia juga terlena semula.Bukan jamil yang diingatnya tetapi harun yang mengganggu fikirannya.

   Tidak ada masa keesokan harinya untuk membincangkan soal mimpi gerun linda dan akhirnya linda terlupa akan soal itu.Terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan sehingga linda terlupa akan bapanya.Bagaimana pun,linda tetap menulis surat kepada bapanya memberitahu tentang aktiviti sehari-hari.Tanpa sebab linda langsung terputus hubungan dengan bapanya.Tidak ada sepucuk surat sejak kebelakangan ini.Linda bagaimana pun selalu memujuk dirinya kerana dia tahu surat dari singapura pasti mengambil masa yang lama untuk tiba.Setiap hari pulang sahaja dari sekolah linda akan mencari suratnya dulu kalau² ada,tetapi tidak pernah ada.

   Kerana hayati sentiasa sahaja sibuk dengan berbagai-bagai aktivitinya,linda tidak menyentuh langsung soal ketiadaan surat dari ayahnya.Puan habibah yang begitu faham dengan perasaan linda sensitif linda tidak akan bertanya jika linda menerima surat dari ayahnya.

   Pertengahan bulan oktober,hayati dicalonkan oleh liga remaja untuk menjadi ratu cantik hari raya.Ahli² akan membuang undi pada bulan november dan mereka yang menang akan diberitahu terlebih dahulu.

   Hayati selalu bermimpi menjadi ratu dan telah pun memberitahu semua di rumahnya yang dia tidak dapat tidur lena selagi belum menerima keputusan pertandingan.Pertandingan ratu cantik merupakan pertandingan kemucak selepas hari raya.Setiap tahun seorang sekolah dari tingkatan enam akan di pilih.

   Seminggu menjelangnya hari raya,hayati dan linda masuk ke dapur rumah dan melihat lili sedang mengilap pinggan mangkuk.Sejak diperhatikan oleh lili malam itu linda merasa kurang senang dengan kehadiran lili.Linda seakan-akan mahu lari saja dari dapur itu tetapi tangannya ditarik oleh hayati lalu duduk berhadapan dengan lili.

   "Siapakah yang akan terpilih nanti sebagai ratu?."Tanya hayati.

   "Kan saya beritahu kau sayang."Kata lili tanpa memperdulikan kehadiran linda di hadapannya."Kau lah yang akan memenanginya."

   "Ok lah lili,ini hanya untuk mempastikannya."Katanya sambil tersenyum."Saya hanya mempastikannya."

   Lili tahu yang hayati akan terpilih sebagai ratu cantik tetapi dia masih samar² dan tidak dapat gambaran yang jelas siapakah yang akan memakai mahkota itu nanti.Itu membimbangkannya,tambahan pula tidak tahu siapa temannya.

   "Lebih baik kau bertanya pada harun."Ujar lili lagi.

   "Saya fikir begitu juga."Hayati masih belum tahu siapakah yang akan dijadikan pasangannya nanti.Semasa ditingkatan enam rendah hayati pernah mempunyai teman lelaki bernama abdillah,tetapi persahabatan itu putus apabila abdillah melanjutkan pelajaran ke universiti.

   Sejak itu hayati pernah juga mempunyai beberapa teman lelaki yang lain tetapi tidak ada sesiapa yang mahu dan boleh dibawanya ke pertandingan itu.Cadangan lili juga baik mungkin hayati lebih bergembira jika harun turut sama."Saya sudah pasti akan bertanya kepada harun jika dia mahu turut serta walau pun tidak akan terpilih sebagai ratu cantik."

   Linda tersentak bila nama harun disebut.Semakin hari semakin sayang linda kepada harun.Pada harun,hayati hanya teman terbaik dan bukan sebagai teman wanita.

   Lili dengan wajah yang pucat lesi mengganggukkan kepala."Ajak dia cepat sebelum orang lain mengajaknya."Ujar lili.

   Linda memalingkan mukanya ke arah lain.Linda merasakan seolah-olah lili dapat membaca apa yang terkandung dalam fikirannya.

   Hayati tergelak kecil."Yalah."Katanya kepada linda yang sedang memerhatikannya."Nak minta bantuan serta nasihat berhubung dengan kehidupan sehari-harian sila tanya lili."

   Linda yang serba salah menjawab."Saya nak naik keatas untuk menyiapkan kerja² sekolah."Tanya bercakap sepatah pun dengan lili.Sebelum hayati dapat menahannya linda berlari naik keatas.

   Ketika itu juga lili sempat melepaskan senyuman sinis.Senyuman itu hilang begitu saja bila lili tahu hayati sedang memperhatikannya.

   Linda dan hayati sudah bersiap sedia untuk makan malam apabila loceng pintu dibunyikan.Beberapa saat kemudian encik radhi menjerit memanggil nama hayati.Mereka keluar dari bilik dan hayati sempat melihat bapanya memegang sekeping kertas berwarna kuning.

   "Ada sesiapa disini yang bernama..."Dia berpura-pura sukar membaca telegram tersebut."Cik hayati radhi?."

   Sepintas kilat hayati berlari turun."Tahniah sayang."Kata encik rahdi sebelum memberikan anaknya ciuman sayang dan menyerahkan telegram itu kepada hayati.

   Dengan tangan menggigil hayati membuka telegram itu dan sempat membaca beberapa ayat yang ada."Saya berjaya,saya telah berjaya."Katanya sambil menangis kegembiraan."Saya akan menjadi ratu cantik."Hayati memeluk ayahnya,ibu,linda dan tidak ketinggalan lili.

   Sebagai penuntut ditingkatan enam atas ini merupakan kali kedua hayati dibenarkan pergi menghadiri majlis² jamuan,hanya penuntut tingkatan enam atas dan bawah sahaja dibenarkan hadir dan ini merupakan pertama kali  bagi linda.

   Linda sedang memikirkan siapakah yang akan dijadikan teman malam itu apabila hayati berkata."Baik juga cuti sekolah tidak lama lagi.Tak payah kita ke sekolah."

   "Apa yang penting bagi saya ialah masa untuk berlatih menunggang kuda."Kata linda,sambil mengingatkan hayati bahawa mereka perlu berlatih bersungguh-sungguh.

   "Hayati.Engkau dah memutuskan ke nak ambil bahagian tahun ini?"Soal emak hayati."Selama ini pun engkau tidak berkata apa²."

   "Saya tidak akan berkata apa² sehingga saya merasa sudah bersedia.Bagaimana pun,saya akan tetap menyertai pertandingan itu.Ibu tak tahu saya sudah pandai melompat sejak linda mengajar."

   "Dia sememangnya serba bolah."Pintas linda cepat.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma

No comments:

Post a Comment