Friday, 16 December 2016

Mangsa Ahli Sihir

Bahagian (6)


   Hayati,ibunya serta linda turut menerima jemputan untuk menghadiri makan tengah hari di kelab wilayah.Hayati akan diperkenalkan sebagai ratu pada hari itu.Kedua-dua gadis remaja itu menghabiskan masa pagi sabtu itu bersiap sedia.

   Hayati bersiap dulu sebelum linda dan terus menuju ke dapur untuk mencari air minuman."Cepat linda."Jerit nya dari bawah.

   Ketika menuruni tangga untuk ke tingkat bawah hayati terserempak dengan ibunya yang membawa sebeban surat.Hayati menjeling dan bertanya."Ada surat ke untuk linda?."

   Puan habibah turut mencari kalau ada surat linda.

   "Tidak ada sayang."Ini sahaja  yang diberikan oleh lili tadi.Kita mesti pergi segera.Linda sudah siap ke?."

   "Hampir siap ibu."Ujar hayati sambil berjalan ke bawah menuju ke dapur.

   Lili berdiri dengan membelakangkan hayati.Hayati berjalan perlahan-lahan dan menyergah hayati."Boo."Yang biasa dibuatnya ketika masa kecil dulu.Lili melompat dan ada sesuatu yang terjatuh dari tangannya ke lantai.Lili berdiri sekaku patung dan hayati tunduk mengutip sarung surat yang terjatuh tadi.

   Hayati terperanjat melihat surat itu."Ini kan ke surat untuk linda dari bapanya.Kenapa tidak kau berikan kepada ibu tadi,lili?Linda mesti gembira hari ini."

   "Saya baru saja mengutipnya diatas simen dibilik rehat tadi."Ujar lili membela dirinya."Saya tadi hendak memberikan kepada linda apabila kau turun."

   Hayati terlupa untuk mencari air minuman lalu berlari ke atas rumah mencari linda untuk menyerahkan suratnya itu."Ini hadiah untuk hari ini.Silalah baca."Wajah linda berseri-seri apabila menerima surat dari ayahnya itu.

   Tangan linda masih menggeletar.Hayati mengambil surat itu lalu membukanya."Nah.Bacalah."

   Semasa hayati sedang memperhatikan linda,dia cuba mencari jawapannya kenapa lili menyimpan surat linda.Mungkinkah ibunya sengaja menjatuhkan surat itu atau tercicir dengan tidak sengaja.Hayati ternampak linda mengerutkan dahi apabila membaca surat ayahnya.

   "Ada sesuatu yang tidak kena,linda?"

   "Saya sendiri tidak tahu.Ayah memberitahu dia ada menghantarkan keratan akhbar dalam suratnya tiga minggu lalu tetapi dia harian kenapa saya tidak menyebutnya dalam surat yang lalu kepadanya.Katanya dia menulis sepucuk surat setiap minggu sejak dia pergi tetapi apa yang dia tanya tidak pernah saya jawab."Hayati kehairanan."Saya tidak pernah menerima sepucuk surat pun hayati."Sambung linda lagi.

   "Yeah.Tahu tak semua surat² ini akan tiba sekali semua pada masa yang sama."

   "Mungkin kau betul."Surat ini macam anugerah dari syurga.Fikir linda.

   Linda dengan secepat mungkin membaca surat itu,melipat dan memasukkannnya ke dalam laci.Nanti akan dibacanya semula.Sebaik saja linda selesai bersiap memakai baju,puan habibah masuk dan ternampak surat itu diatas almari linda."Kau,dapat surat dari ayah kau linda?Kenapa tidak beritahu makcik.Saya betul² bimbangkannya.Bila surat itu tiba?."Soalnya bertubi-tubi.

   Sebelum linda sempat menjawab,hayati mencelah."Ibu mungkin tercicir surat itu tadi,ia terletak diatas tangga semasa saya turun tadi."

   Ibunya mengerut dahi cuba mengingati sama ada surat mail udara itu ada tadi yang diberikan oleh lili kepadanya.

   "Lawa tak kami ini?."Soal hayati selepas mencuba baju barunya."Linda pun apa kurangnya."

   "Kamu berdua memang cantik."Puji ibunya.Pergilah ke bawah dan tanya bapa kamu.Saya akan turun tidak lama lagi.

   Semasa mereka berdua menuruni tangga hayati berkata."Saya terlupa hendak memberitahu kau linda semalam saya bertemu dengan jamil yang ingin tahu jika kau marah padanya.Katanya setiap kali dia meninggal pesan supaya engkau menelefon balik kau tidak membalasnya.Walau pun ini bukan soal saya,tetapi saya fikir kau perlu memberitahunya jika engkau enggan keluar lagi dengan dia sekali pun."

   Linda memandang hayati dengan penuh rasa hairan.Katanya."Saya tidak pernah menerima sebarang panggilan atau pesanan untuk menelefon balik.Saya tidak tahu dia menelefon saya."Dia berhenti bercakap sejenak dan menyambung."Tolong tanya lili jika ada panggilan untuk saya,hayati.Saya tahu dia tidak akan menyampaikan pesanan walaupun ada."

   "Saya akan tanya dia kemudian.Tetapi saya tahu lili akan beritahu jika ada panggilan untuk kau."Balas hayati.

   Encik radhi tersentak melihat kedua gadis remaja itu meluru masuk kebilik perpustakaan rumahnya."Memang menarik."Komennya."Alangkah baiknya jika saya masih berusia lapan belas tahun lagi."

   Sambil memerhatikan linda dia berkata."Sudah pasti ayah kau tidak akan mengenali kau lagi bila dia balik,linda.Kau sememangnya cantik."

   Puan habibah masuk kedalam ketika itu."Sudah bersedia gadis² semua?"Dia melempar senyuman kepada suaminya dan berkata."Jumpa lagi sayang."

   Mereka sudah keluar dari pintu apabila linda sedar skafnya tercicir."Saya akan datang kejap lagi."Katanya sambil berlari naik ke tangga menuju ke tingkat atas.

   Dia membuka laci untuk mencari skaf yang baru dibeli untuk majlis jamuan ini tetapi terjumpa skafnya sudah digunting.Skaf suteranya sudah berkecai.Linda seakan-akan mahu menangis sahaja.Mungkin ada orang yang menggunting skafnya itu."Saya tidak boleh membawa skaf ini turun untuk ditunjukkan kepada makcik dan hayati."Fikirnya lagi.

   "Mana skaf baru kau linda?."Tanya puan habibah.Semasa linda masuk ke dalam kereta.

   "Saya tak jumpa."Tipu linda."Jadi saya memutuskan malas nak memakai yang lain."

   Semasa dalam perjalanan hayati memberitahu dia akan mengajak harun menjadi pasangannya nanti."Apa fikiran ibu?."

   "Cadangan itu memang baik hayati."Jawab ibunya lagi.

   "Ajaklah jamil,linda.Saya juga percaya dia hendak pergi."Tambah hayati pula.

   "Saya mungkin akan menjemputnya kalau terserempak."

   "Jangan tunggu sehingga orang lain pula mengebasnya nanti."Jelas hayati."Ramai gadis yang tergilakan jamil,tahu tak."

   "Ia lah,saya akan mengajaknya."

   Mereka memandu kearah kelab wilayah dan meletakkan kereta di tempat letak kereta yang berhampiran.

   "Linda,lihat lawa tak saya?."Soal hayati lagi.

   "Kau sememangnya cantik orangnya."Jawab linda pantas.

   "Dahlah."

   Jamuan makan tengah hari itu benar² berjaya.Bila tiba dirumah hayati teringat yang dia mesti bertanyakan linda tentang keadaan ayahnya.

   "Saya akan membacanya untuk kamu,hayati.Bagaimana pun,saya mesti membacanya semula."Bila linda membuka lacinya surat itu telah tiada.Puas dia mencari surat itu telah hilang dan skafnya yang berguntingan itu juga turut hilang.

   "Ini ajaibnya."Bisiknya.

   "Apa yang ajaib?Dimana surat itu?Saya fikir kau akan membaca kandungan surat itu kepada saya."

   "Ya."Kata linda."Kalau tak silap saya letak surat itu dalam laci ini tetapi surat itu telah tiada.Kemungkinan saya telah mengambil surat itu dan kemudian tercicir."Linda bagaimana pun yakin dia meletakkan surat itu didalam laci.Mungkin ada orang masuk ke biliknya dan mengambil surat serta skafnya sekali.

   "Mari kita tanya kalau ia tercicir dikelab tadi?."Balas hayati.

   "Yalah,hayati."Kata linda tetapi dia tahu surat tersebut tidak tercicir dikelab sewaktu makan tengah hari tadi.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma

No comments:

Post a Comment