Misteri Di Kubur
Bahagian (11) - Bayang Mayat
Sudah hampir seminggu murni dan keluarganya berpindah ke rumah besar warisan turun temurun dari arwah ibunya yang baru meninggal dunia.
Rumah besar itu berbentuk lama dipenuhi dengan barang² antik yang diperbuat dari kayu jati.Jendelanya terukir dengan seribu awan larat yang cantik dan menarik.
Katil di empat buah bilik dalam rumah itu semuanya dari jenis besi dan berfesyen lama.Perabotnya juga dari fesyen lama tetapi terlalu cantik setelah dibersihkan.
Murni amat senang tinggal dirumah besar itu ,begitu juga dengan suaminya hafsham dan kedua orang anak mereka.Nini dan nana.Mereka bangga memiliku rumah antik itu kerana dizaman sekarang ini,semuanya mencari barang² antik untuk dijadikan koleksi.
Tambahan pula,dihalaman rumah itu terlalu nyaman kerana kelilingnya dipenuhi oleh pokok² buah-buahan seperti rambutan,pokok mangga,jambu air dan macam² lagi.
Disamping itu juga,kelihatan pokok² bunga yang merah dan segar melambai-lambai ditiup angin bayu yang berhembus.Rumput rampai yang menghijau bagai hamparan membuat hati dibuai oleh satu perasaan yang sukar untuk dimengertikan.Terasa tenang dan damai.
Setiap hari nina dan nini menghabiskan masa mereka berlari-lari dilaman.Mereka suka mengejar rerama yang hinggap dikembang mawar.Kadang² mereka memetik bunga² yang segar untuk dijadikan sebagai hiasan.
Begitu juga dengan murni.Masanya banyak dihabiskan dengan pohon² mawar itu.Setiap hari dia akan menjaga taman itu agar sentiasa kelihatan bersih dan menarik.
Hafsham pula sibuk dengan tugasnya sebagai seorang ahli perniagaan.Setiap hari dia pulang hingga larut malam dan sebagai seorang isteri yang setia,murni sentiasa menunggu kepulangan suaminya walau pun kadang kala dia terlena diatas sofa.
Sejak² akhir ini,hafsham sering pulang lewat malam kerana terlalu banyak tugas yang bersangkutan dengan urusan perniagaanya harus diselesaikan.
Boleh dikatakan hampir setiap malam,murni berjaga bersengkang mata untuk menunggu kepulangan suaminya walaupun hafsham menyuruhnya masuk tidur dan tidak payah menunggu dia pulang.
Namun,murni tetap berdegil.Baginya,seorang isteri harus menanti kepulangan suaminya dengan senyuman walau pun suaminya pulang pada pukul 2 pagi.
Suatu malam,seperti biasa murni menunggu kepulangan hafsham.Malam itu terasa hening sekali.Murni menguak jendela diruang tamu agar angin malam yang dingin itu dapat mencelah masuk.
Murni mengambil beberapa buah buku novel lalu menatapi dengan penuh minat.Sekali sekala dia menjeling ke arah jam yang tergantung didinding.Masa terasa lembap berjalan.
Sedang murni leka menatapi buku novel itu,tiba² dia terkejut bila disapa oleh anaknya nina yang datang secara senyap².Murni mengurut-ngurut dadanya yang berdebar.Pergerakan nadinya terasa pantas.
"Kenapa nina?."Tanya nya dengan dahi berkerut.
"Entahlah mama,nina rasa tak sedap hati malam ini."Jawab nina yang berusia baru 15 tahun.
"Mungkin kerana nina terlalu letih."Kata murni sambil meletakkan novel itu ke sisinya.
Kemudian murni bangun lalu mengusap-ngusap rambut nina yang hitam berkilat itu.
"Sudahlah nina,mari mama hantarkan nina balik ke bilik."Sambung murnin sambil menarik tangan nina menuju ke biliknya.
Nina menurut tanpa sebarang bantahan.Sampai ke biliknya,nina merebahkan tubuhnya disebelah nini yang sudah lama terlena.
Murni menyelimutkan nina.Nina merenung wajah mamanya.Terpancar sinar kasih yang mendalam.Nina bangga kerana memiliki seorang ibu yang amat penyayang dan penyabar.
Tidak lama kemudian murni bangun lalu menutup suis lampu.Bilik itu menjadi gelap gelita.Kedengaran bunyi derap kaki murni menuju ke ruang tamu.
Mata nina masih lagi terkebil-kebil memandang siling rumahnya.Bunyi dengkur nini menganggu ketenteramannya.Dadanya terasa berdebar-debar.Entah kenapa malam itu terasa sunyi dan memilukan hatinya.
Nina melepaskan keluhan perlahan-lahan.Kemudian dia bangun menuju ke jendela biliknya.Suasana dalam bilik itu bertambah sepi setelah dengkur nini tidak kedengaran lagi.
Nina menguak jendela biliknya.Segugus angin yang berhembus meniup tubuhnya sehingga kedinginan terasa begitu meresap sekali.Nina menatap langit yang kelam.Kosong dan hitam.
Kemudian nina berjalan perlahan-lahan menuju ke katilnya.Setelah merebahkan tubuhnya ke atas katil,mata nina terpaku diluar jendela yang ternganga luas.
Antara sedar dengan tidak,tiba² berdiri seorang wanita di hadapannya.Entah dari mana datangnya,nina kurang pasti.Mungkin dari jendela yang sudah terkuak itu.
Wanita itu tersenyum memandang nina.Dia memakai baju kebaya berwarna biru dipadankan dengan kain batik lepas.Rambutnya tersanggul kemas ditengkuknya.
Di celah² sanggulnya.terselit beberapa kuntum bunga cempaka.Baunya sungguh harum semerbak.Sehelai selendang tersandang di bahunya.
Nina memandang kearah wanita itu tanpa berkelip-kelip.Mulutnya melopong bulat seperti huruf o.Wajahnya berkerut kehairanan sedangkan jantungnya mula berdegup kencang.
"Apa khabar nina..?."Tegur wanita itu dengan ramahnya.
Nina terkejut bila wanita itu menyebut namanya.Dalam hatinya mula tertanya-tanya siapa wanita itu sedangkan diri sndiri tidak mengenalinya.
"Kakak tinggal tidak jauh dari rumah nina ini.Rumah kakak disebelah pokok ketapang dihujung jalan ini."Sambung wanita itu lagi seolah-olah tahu apa yang sedang difikirkan oleh nina ketika itu.
"Macam mana kakak boleh masuk ke bilik saya ini?."Tanya nina dengan nada gugup.
"Emak nina yang bukakan pintu untuk kakak.Dia yang menyuruh kakak masuk ke bilik ini."Jawab wanita itu bersungguh-sungguh.
Nina menjadi bertambah resah.Tadinya dia langsung tidak mendengar pintu hadapan dibuka oleh mama nya.Biasanya pintu itu akan berkeriut kuat kerana sudah terlalu tua usianya.
Nina memandang lagi wajah wanita dihadapannya itu.Sekilas pandang kelihatan wajah itu menggerunkan.Tetapi,nina tidak dapat melihat wajah itu dengan jelas kerana cahaya bulan yang menyimbah masuk ke bilik itu terlalu samar.
"Tujuan kakak datang ke bilik nina ini adalah hendak membawa nina kerumah kakak.Kakak hendak minta nina jaga anak² kakak sekejap kerana kakak hendak pergi ke bandar."Kata wanita itu setelah suasana sepi seketika.
Nina terasa panik.Dalam hatinya sudah mula merasakan kehadiran wanita itu terlalu aneh.Mustahil dalam usia malam yang terlalu larut itu dia meminta supaya menjaga anak-anaknya.
"Maafkan saya kakak.Saya tidak dapat menjaga anak² kakak kerana saya sudah terlalu mengantuk sekarang ini.Lebih baik kakak pergi dari sini sebelum saya menjerit memanggil ibu saya."Kata nina dengan nekad.
Serentak dengan itu,wanita itu memandangnya dengan rasa marah.Tiba² sahaja wajah itu bertukar dalam sekelip mata.Matanya terjojol keluar.Wajahnya yang bersih dan licin itu menjadi berkedut-kedut seperti rangka.
Tangannya yang kurus kering itu dijulurkan seolah-olah ingin mencekik nina.Mulutnya menyeringai menampakkan gigi taringnya yang tajam itu.
Nina terpegun dan akhirnya menjerit sekuat-kuat hatinya.Kemudian dia tidak sedarkan diri.Keesokannya barulah dia tersedar.Kelihatan mamanya duduk disisinya sambil mengurut-ngurut rambutnya.
Bau kemenyan menusuk ke hidungnya.Seorang bomoh sedang membaca mantera.Ayahnya bersila memandang ke arahnya.Disisi ayahnya kelihatan nini yang sedang duduk bersimpuh.
Menurut kata bomoh itu,nina diganggu oleh roh seorang wanita yang mati sesat.Wanita itu mempunyai dua orang anak yang kecil.
Suatu malam sewaktu hujan turun renyai²,wanita itu telah pergi ke bandar untuk mencari suaminya yang sudah beberapa hari tidak pulang.
Kedua orang anaknya ditinggalkan bersama seorang perempuan tua yang menjadi pengasuh anak² itu.Biasanya pengasuh itu akan pulang bila tiba waktu senja.
Setelah menunggu agak lama,akhirnya pengasuh itu pulang kerumahnya dengan meninggalkan kedua anak yang masih kecil itu ketika mereka sedang lena.
Bila wanita itu pulang kerumahnya,alangkah terkejutnya dia kerana kedua orang anaknya sudah tidak bernyawa lagi akibat terjatuh dari katil.
Kerana terlalu kecewa,akhirnya wanita itu menggantung dirinya sendiri.Sejak dari itu rohnya sentiasa menganggu orang yang tidak tahu asal-usulnya."Kata bomoh itu mengakhiri ceritanya.
"Bagaimana hendak menghindarkan roh wanita itu dari terus menganggu."Tanya hafsham.
"Bacalah surah yassin setiap malam jumaat sehingga 44 hari.Pasti roh itu tidak akan menganggu lagi."Jawab bomoh itu.
Sejak dari itu setiap malam murni,nina dan nini membaca surah yassin.Nina dan nini cuba meninjau ke hujung jalan untuk melihat rumah wanita itu.
Disitu memang ada sebatang pokok ketapang yang besar.Tetapi,rumah wanita itu tidak kelihatan sebaliknya di situ bercacak batu² nisan yang sudah senget sehingga ada yang mahu menyembah bumi.
Nina dan nini berlari ketakutan pulang kerumah.Bagi nina,itu adalah satu peristiwa yang seram yang menimpa dalam hidupnya.
"Semoga rohnya kembali aman dan mendapat tempat disisi allah."Doanya perlahan-lahan setiap kali setelah selesai menunaikan solat.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Adi Isma
No comments:
Post a Comment