Bahagian (13) - Orang Halus
Bila kerajaan merancang untuk membina sebuah sekolah menengah tapak untuk membina sekolah itu menjadi maslah besar bagi mereka.
Banyak tempat telah disyorkan,tetapi semuanya tidak sesuai kerana terletak berjauhan dari pekan tempat mahu di dirikan sekolah itu.
Akhirnya sebuah kawasan yang dikelilingi hutan tebal dipilih sebagai tapak yang paling sesuai.Di tempat itu tidak ada seorang pun penghun,kecuali binatang² buas yang berkeliaran.
Bila kawasan itu mula diteroka,binatang² buasa itu melarikan diri.Binatang² buas itu ketakutan bila terdengar derap kaki dan mesin memotong pokok yang bising itu.
Biasanya menurut kata orang tua²,kawasan yang baru mahu diteroka ada penunggunya.Apalagi di hutan tebal seperti itu.
Sudah tentu kawasan hutan tebal seperti itu menjadi perkampungan orang² halus atau penunggu.Ini tidak pula meliputi semua hutan tebal.
Kebanyakan orang halus ini memilih hutan tebal yang kawasannya aman tenteram dan begitu baik bila mata memandangnya.
Secara kebetulan pula,kawasan tapak membina sekolah menengah itu adalah merupakan sebuah perkampungan orang² halus.
Bila perkampungan orang² halus ini diterokai,mereka bertempiaran lari tanpa arah tujuan.Ada yang menumpang di mana² sahaja yang sesuai dengan mereka.
Semasa sekolah itu dibina,bermacam-macam kejadian aneh yang telah dialami dan didengar oleh pekerja² yang membina sekolah itu.
Tetapi,semua kejadian itu tidak sedikit pun diperdulikan walau pun ada pekerja² yang demam bila terserempak dengan kejadian aneh itu.
Bila sekolah sudah siap tersergam indah,kejadian² aneh itu bukan semakin reda,tetapi semakin menjadi-jadi.
Bagi orang² yang terserempak dengan kejadian² aneh itu,mereka tidak mahu menceritakan pengalaman aneh itu kepada orang lain.
Mungkin mereka malu kalau ditertawakan bila menceritakan kejadian aneh yang dianggap karut itu.
Tetapi bagi shahrul,seorang pegawai disekolah itu menganggap cerita seperti itu harus diceritakan kepada orang lain.Dia sendiri pernah terlibat dengan kejadian aneh itu.
Ceritanya bermula begini.Hari itu adalah hari kelepasan umum.Shahrul datang ke pejabat itu untuk menyelesaikan tugas² yang masih terbengkalai.
Kebetulan dimasa itu,tidak ada seorang pun yang bekerja.Maklumlah cuti umum.Tentu semua pekerja sekolah itu berehat-rehat bersama-sama keluarga dirumah.
Shahrul membuka pintu biliknya.Dia duduk diatas kerusinya sambil menyelak-nyelak fail² yang berselerak diatas mejanya.Matanya meneliti isi² kertas² yang harus diselenggarakan itu.
Diluar kedengaran bunyi pokok² bergoyang kerana ditiup angin.Semakin lama semakin kencang angin bertiup.
Shahrul makin tekun menjalankan tugasnya.Dia harus menyelesaikan segala urusan berkenaan dengan hari pembukaan sekolah itu.
Seorang pembesar telah dipanggil untuk merasmikan sekolah itu nanti.
Shahrul mahu menutur majlis perasmian itu dengan lancar dan licin.Dia tidak mahu ada sesuatu yang mencacatkan majlis itu nanti.
Beberapa minit kemudian,shahrul terdengar seperti satu bunyi orang membuka pintu.
Shahrul tidak memperdulikan hal itu.Dia masih tidak berganjak dari tempat duduknya.
"Mungkin angin."Bisik hati kecilnya.
Kemudian dia terdengar pula pintu berdentum.Ada bunyi kerusi dialihkan.Shahrul berfikir,tentu ada orang yang datang bekerja sepertinya.
Shahrul meniti kembali kertas didepannya.Tiba² telinganya menangkap bunyi seperti orang bercakap-cakap.Shahrul mendongakkan kepalanya untuk melihat disekelilingnya.
Tiada siapa pun didalam bilik itu.Tapi,suara yang didengarnya terlalu dekat seolah-olah orang yang sedang bercakap itu berada didalam biliknya.
Shahrul mula mengeluh.Terasa geram dihatinya kerana kerjanya diganggu.Perasaan takut pun ada.Dia memandang ke luar.
Angin kencang masih bertiup.Pokok² bunga yang terdapat dihalaman sekolah itu meliuk-lentok ditiup angin.
Mata shahrul masih terpaku dialam sekelilingnya.Tiba² dia terdengar bunyi seperti orang sedang menaip.
Shahrul berasa tidak sedap hati.Dia bingkas bangun,membuka pintu biliknya dan melihat ke sebelah kalau² ada orang lain yang datang membuat kerja.
Alangkah terkejutnya shahrul melihat sendiri,type writer itu berjalan sendiri,seolah-olah ada orang yang sedang menaip sedangkan tidak ada kelibat seorang manusia pun di situ.
Keadaan bilik itu amat bising seolah-olah ada ramai orang yang sedang sibuk membuat kerja.Terdengar bunyi derap kaki dan kelihatan fail² berjalan kesana sini seperti ada orang yang memegangnya.
Shahrul masih berdiri didepan pintu itu.Walau pun hatinya diselubungi oleh perasaan takut,namun dia kuatkan semangatnya untuk melihat kejadian² aneh yang berlaku didepan matanya itu.
Bunyi type,bunyi kerusi disorang tarik dan macam² bunyi bercampur aduk didalam bilik itu.Shahrul masih terpegun.
Tiba² sekujur tubuhnya menjerit ketakutan.Terasa ada tangan menjalar ditengkuknya.Rambutnya terasa seperti ditarik-tarik.Begitu juga baju dengan tangannya.Terasa seperti ada orang yang menariknya.
Shahrul sudah tidak dapat menahan perasaan takutnya.Dia merentap tangannya.Kemudian dia bergegas keluar dari pejabat itu dan terus pulang ke rumah.
Sebagai seorang yang berpelajaran tinggi,dia tidak mahu menceritakan semua peristiwa itu kepada isterinya kerana malu kalau ditertawakan.
Maklumlah,siang hari,mustahil ada hantu yang mengganggu.Biasanya hantu mengganggu dimalam hari.
Sehingga lah di hari pembukaan rasmi sekolah itu,barulah dia menceritakan pengalaman yang telah dialaminya itu.
Ketika itu seorang tokoh agama datang ke sekolah itu untuk merasmikan pembukaannya.
Sewaktu ketibaan beliau ke tempat itu,beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kene pada tempat itu.Ada semacam benda yang harus dipindahkan dengan segera.
Beliau menyuarakan pendapatnya kepada shahrul.Masa ini lah shahrul membuka cerita aneh yang telah dialaminya sebelum hari pembukaan itu.
Menurut kata tokoh agama itu,sekiranya benda² itu tidak dipindahkan,ia akan mengganggu pelajar² yang belajar disekolah itu.
Akhirnya tokoh agama itu berjanji akan membawa seorang bomoh yang terkenal dan membawanya ke sekolah itu.
Bila bomoh itu datang ke sekolah itu,dia telah berusaha untuk memindahkan benda² yang dianggap ganjil itu ke tempat lain.
Kemudian mereka mengadakan kenduri doa selamat untuk kesejahteraan benda² ganjil itu.
Sejak dari itu tidak ada lagi kejadian² ganjil yang berlaku disekolah itu.Sekolah itu kembali tenang dan tenteram.Tapi bagi shahrul,dia tidak lagi berani bekerja di pejabat itu seorang diri.
Kejadian yang aneh itu masih segar diingatannya.Dia tidak akan dapat melupakan kejadian pertama itu sehingga akhir hayatnya.
(Tamat)
Sumber : Naskah Dari Adi Isma
No comments:
Post a Comment