Monday, 27 February 2017

Misteri Di Kubur

Bahagian (9) - Tengkorak


   Petang itu rahman duduk termenung dianjung rumahnya.Matanya tertumpu pada rimbunan bunga yang menghias laman rumahnya.Angin sepoi² bahasa yang menjamah wajahnya terasa menyamankan.

   Fikirannya melayang jauh entah kemana.Sekali sekala dilepaskan keluhan demi keluhan.Tanpa disedarinya,segala kelakuannya diperhatikan oleh ibunya yang sudah agak lama tercegat di pintu.

   "Eh rahman,bila lagi engkau hendak pergi kerumah manan itu?Dua tiga hari lagi dia hendak balik ke singapura."

   Sapaan dari ibunya mengejutkan rahman dari lamunannya.Segala apa yang terbayang dikotak fikirannya hilang bertaburan bagai kabus ditiup angin.

   "Nantilah dulu,mak.Selepas maghrib nanti,saya pergi."Jawabnya setelah bungkam seketika.

   "Kau nak nanti bila lagi?kalau mana tu pulang ke singapura,langsung kau tak dapat jumpa dia.Masa dia datang kelmarin,kau tak ada.Berkali-kali dia pesan kepada mak suruh kau jumpa dia."Leter ibunya panjang.

   "Iya lah mak,nanti saya pergilah."jawab rahman sambil mencapai tuala yang tersidai diampaian lalu terus menuju ke bilik air.

   Ibu rahman yang masih tercegat dianjung menggeleng-gelengkan kepala dan melihat kelakuan anak lelaki tunggalnya itu.Dia tahu betapa resahnya hati rahman kerana sehingga kini rahman masih menganggur.

   Kira² 15 minit kemudian,rahman keluar dari bilik air sambil menyanyi-nyanyi kecil.Kemudian dia menuju ke biliknya untuk solat.

   Selesai berdoa,dia berwirid seketika seperti biasa.Kemudian dia mengenakan sehelai baju t berwarna biru dipadankan dengan seluar jean yang sudah agak lusuh warnanya.

   "Saya pergi dulu mak."Rahman memberitahu ibunya yang masih berselubung dengan kain telekung.

   Tanpa lengah² lagi,rahman pun melangkahkan kakinya menuju kerumah manan yang terletak kira² 1 kilometer dari rumahnya.

   Jarak yang berdekatan itu tidak memerlukan rahman menaiki apa² kenderaan.Tambahan pula,kampung rahman masih belum mendapat kemudahan seperti perkhidmatan bas dan bekalan letrik.

   Rahman terus meredah malam yang kian kelam itu.Dalam hatinya sedikit pun tidak timbul takut kerana dia sudah biasa dengan keadaan gelap.

   Walau pun dia pernah mendengar cerita² seram mengenai kampung itu,tetapi perasaan nya tetap menyangkal apa yang pernah didengarnya.

   Menurut kata orang kampung,sewaktu pemerintahan jepun dulu,dikampung itu teradapat banyak kawasan tanah perkuburan.Bila jepun datang,kampung itu pun dibangunkan lalu dinamakan sebagai kampung melayu.

   Kawasan² tanah perkuburan itu dijadikan sebagai tempat menanam ubi sehingga ada diantara kubur² itu terpaksa dipindahkan ke tempat lain di pinggir hutan.

   Sejak itu,kampung itu sering dilanda oleh suara² aneh yang menganggu ketenteraman penghuninya.Ada setengah orang kampung ternampak tengkorak dan macam² pandangan yang menyeramkan.

   Sehingga kini,penghuni² kampung melayu cukup takut untuk keluar malam.Lagi pun,kampung itu terlalu gelap kerana tidak ada sinar letrik yang masuk kekampung itu.

   Rahman yang masih berjalan sendirian tidak memperdulikan cerita² yang mula timbul diingatannya.Baginya,dari kecil hingga dewasa,dia tidak pernah terserempak dengan kejadian yang tidak diingini.

   Ketika melintas dikawasan perkuburan yang dipindahkan dulu,rahman menoleh ke kiri dan ke kanan.Kawasan itu nampak berbalam-balam dipanah oleh cahaya bulan yang samar².

   Mata rahman mula liar memerhatikan keadaan sekelilingnya.Walau pun dia seorang yang berani,tetapi hati kecilnya tidak terasa kecut bila terdengar bunyi burung jampuk yang bersahut-sahutan.

   Rahman cuba menyingkirkan perasaan takut dari hatinya.Makin lama perasaan itu makin mencengkam.Hampir² saja rahman mahu berlari,namun dikuatkan semangatnya.

   Tiba² mata rahman terpaku pada seorang tua yang sedang berjalan terdengkot-dengkot.Ditanganya ada sebatang tongkat rotan.

   Rahman kenal orang tua itu.Semua orang kampung memanggilnya pak abu.Pak abu sudah terlalu tua dan sakit² pula.Rahman selalu menjenguk orang tua itu di pondoknya.

   "Apa pula yang dibuat oleh orang tua ini malam² begini."Bisik hati kecil rahman sambil tergesa-gesa menghampiri orang tua itu.

   Rahman cuba berjalan beriring dengan orang tua itu,tetapi pak abu cukup laju berjalan sehingga seolah-olah kelihatan seperti sedang berlari.

   Rahman yang sudah termengah-mengah itu cuba menegur pak abu."Pak abu hendak kemana."

   Pertanyaan rahman tidak dijawab sedikit pun malah pak abu sedikit pun tidak menoleh kearah rahman.Kakinya cukup pantas berjalan sehingga seperti tidak jejak ke tanah.

   "Kenapa orang tua ni,pekak ke?."Pertanyaan demi pertanyaan timbul dihati rahman.

   Rahman tidak sanggup mengejar pak abu yang masih berjalan pantas.Dia membiarkan pak abu meninggalkannya.Rahman pula sudah tidak perlu berjalan cepat² kerana rumah manan sudah tidak berapa jauh lagi.

   Tiba² langkahnya terhenti bila terpandang pak abu melencong ke tepi hutan.Mula² rahman fikir pak abu hendak masuk ke dalam hutan.

   Tetapi,sangkaan rahman meleset.Pak abu berdiri ditepi hutan itu kerana hendak membuang air kecil.Rahman menunggu pak abu dengan menyandarkan tubuhnya ke sebatang pokok kelapa.

   Setelah selesai rahman menuruti pak abu yang sudah memulakan langkahnya semula,kali ini langkahnya lemah sedikit.Akhirnya pak abu tertinggal jauh ke belakang.

   Rahman menoleh ke belakang.Dari cahaya bulan yang suram,dia masih nampak bayang² hitam seorang tua yang sedang memegang tongkat.

   "Aneh betul pak abu pada malam ini.Selalunya dia ramah dengan aku.Kenapa dia tidak menjawab sewaktu aku menegurnya tadi."Cetus hati rahman yang masih kehairanan.

   Rahman meneruskan perjalanannya.Telinganya menangkap bunyi kaki yang memijak daun² kering di belakangnya.Rahman terasa ada orang dibelakangnya.

   Serta merta rahman menoleh kebelakang.Hampir hilang semangat rahman bila dia terpandang apa yang mengikutinya adalah tengkorak yang sedang menjangkaukan tangannya hendak mencekik rahman.

   Rahman menepis tangan kurus yang sudah tidak berkulit itu.Mulut tengkorak itu menyeringai menampakkan taringnya yang tajam².Matanya yang sudah jauh terperosok ke dalam itu benar² mengerikan.

   Rahman menjadi terlalu takut sehingga kakinya terpaku ditempat dia berdiri.Hampir² saja dia rebah ketika tengkorak itu berjaya memegang batang leher.

   Entah dari mana datangnya,tiba² rahman mendapat satu keuatan.Dengan suara yang lantang,rahman melaungkan ayat² suci yang teringat difikirannya pada ketika itu.

   Serentak dengan itu tengkorak hidup itu melepaskan leher rahman dengan satu lolongan yang amat mengerikan.Tanpa lengah² lagi,rahman terus berlari menuju kerumah manan.

   Sampai dirumah manan,rahman terjerit-jerit memanggil manan.Malam itu,rahman terus tidur dirumah manan saja.

   Keesokannya.rahman menceritakan segala peristiwa ngeri yang menimpanya pada malam itu.Bagi nya pengalamna itu terlalu menakutkan sehingga hampir² meragut nyawanya sendiri.

   Akhirnya baru lah rahman tahu cerita sebenarnya mengenai pak abu.Pak abu memang sudah lama meninggal dunia sendirian dipondoknya.

   Mayatnya ditemui ketika sudah reput dan meninggalkan bau yang amat busuk sekali.Mayat itu dikebumikan dikawasan tanah perkuburan yang terletak dipinggir hutan.

   Sewaktu pak abu meninggal dunia,rahman tidak ada dikampung masa itu.Waktu itu,dia bekerja sebagai buruh kontrak di kota.kematian pak abu sedikit pun tidak diketahuinya.

   Mulai saat itu,rahman tidak lagi berani keluar pada waktu malam.Perasaan takutnya masih lagi menyelubungi hatinya dan setiap kali dia mengingati peristiwa itu,bulu romanya sentiasa berdiri.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma

No comments:

Post a Comment