Misteri Di Kubur
Bahagian (8) - Mayat Dalam Kereta
Malam itu azman sudah banyak menghabiskan wangnya dimeja judi.Nasibnya kurang baik kerana sentiasa sahaja kalah dalam perjudian itu.
Kekalahan itu menyebabkan azman minum banyak pada malam itu.Bergelas-gelas air buih berwarna kuning itu diteguknya sehingga kepalanya terasa bengal.
Bila dirinya sudah mabuk akibat minum terlalu banyak,azman mula capat naik berang.Bila wang terakhirnya dikaut oleh pemenang,azman meledakkan kemarahan yang bersarang dalam hatinya.
"Ceh,penipu."Jeritnya dengan suara lantang.
Kalau tidak ada rahmat pada malam itu,sudah tentu azman sudah teruk dibelasah.Rahmat berusaha mendamaikan hati azman kemudian mengheret azman keluar dari kelab judi itu.
"Sudahlah man,tidak usah bising² malam² buta ini."Kata rahmat sambil memegang tangan azman.
"Mereka penipu.Habis duit gaji aku kene tipu."Jawab azman cuba menarik tangannya.
"Sudahlah tu man kalau sudah kalah.Nasib kau malang malam ini.Kalau kau bertengkar nanti,badan kau juga yang binasa."Pujuk rahmat.
Azman menundukkan mukanya memandang simen dan lantai yang kotor itu.Wajahnya muram kerana kehilangan wang gaji yang baru sahaja diterimanya pada pagi tadi.
"Sudahlah man,mari kita pulang."Kata rahmat lagi sambil menepuk bahu azman.
Kemudian azman dan rahmat berjalan menuju ke kereta azman yang terletak di luar kelab itu.Tidak lama selepas itu,kedengaran bunyi deruman kereta meredah malam yang sudah larut itu.
Azman menghantar rahmat pulang ke rumahnya.Sewaktu rahmat mempelawa azman untuk bermalam dirumahnya,azman menolak dengan alasan dia masih boleh memandu walau pun kepalanya terasa bengal.
Kira² jam tepat menunjukkan ke pukul 2:00 pagi,azman memandu keretanya untuk pulang ke rumahnya yang terletak kira² empat batu dari rumah rahmat.
Cuaca malam itu terlalu kelam.Suara cengkerik sudah lama menyepi ditelan kegelapan malam.Desiran angin bayu yang meniup begitu mencengkam perasaan.
Sekali sekala kelihatan cahaya kilat memanah dilangit.Awan hitam bergumpal-gumpal menunggu masa untuk menggugurkan titik² jernih yang sedang dibendungnya.
Azman memandu keretanya dengan tenang walau pun kepala nya terasa berdenyut-denyut.Keadaan sekelilingnya yang kelam dan sunyi itu mengugat hati lelakinya.
Terasa juga seram dihatinya kerana bersendirian dimalam yang hitam pekat itu.Kereta sudah tidak ada yang bersimpang siur dijalan raya kerana malam sudah terlalu tua.
Sekali sekala bunyi guruh yang berdentum menggegarkan jantungnya.Perjalanan nadinya menjadi bertambah cepat seolah-olah dia baru saja selepas berlari.Dadanya berombak kencang.
Tidak lama kemudian hujan lebat mulai turun.Kilat sambar menyambar dilangit sehingga sekali sekala cahayanya menerangkan suasana dijalan raya itu.
Azman menjadi bertambah takut.Matanya melingas memandang ke kiri dan ke kanan.Fikirannya tidak dapat lagi ditumpukan untuk memandu keretanya.
Akibatnya kereta berwarna biru itu terbabas ke tepi jalan.Enjinnya tiba² sahaja mati.Azman cuba menghidupkannya semula,tetapi tidak mahu.
Antara takut dengan berani azman keluar dari kereta.Dia membuka tempat enjin keretanya.Dengan pertolongan lampu picit yang dibawanya,dia perhatikan tidak ada apa² yang rosak.
Azman menggigil kesejukan.Bajunya sudah basah kuyup.Hatinya menjadi bertambah menggelabah.Mana dia hendak mencari pertolongan didalam hujan lebat di tengah² malam buta begini.
Sedang dia berdiri dengan perasaan tidak tentu arah,tiba² darahnya bergemuruh bila disapa oleh satu suara halus dan nyaring.Dia menoleh ke belakang.
"Encik boleh tolong saya?."
Azman tersentak.Dia tergamam sebentar.Terpancar kehairanan diwajahnya kerana didepannya berdiri seorang gadis berbangsa cina yang cantik.
Azman mulai terasa ragu².Mustahillah didalam hujan lebat di tengah² malam buta ini masih ada gadis yang begitu berani sekali berjalan seorang diri.
"Encik tolonglah hantar saya pulang.Tadi,saya pergi ke bandar kerana ada kelas malam.Tiba² hujan turun.Mula² saya mahu tunggu sehingga hujan berhenti.Tetapi bila sudah pukul 11:00 malam hujan tidak juga berhenti.Saya terpaksa juga pulang dalam hujan lebat ini."Kata gadis cina itu tanpa dipinta seolah-olah tahu apa yang sedang difikirkan oleh azman.
Azman mengangguk perlahan-lahan.Kecurigaannya mula hilang.Dia tersenyum memandang gadis cina yang sedang kesejukan itu.Dipandangnya gadis itu dari hujung rambut ke hujung kaki.Cahaya kelam dapat membuat dia melihat kaki gadis itu.
"Tetapi,kereta saya rosak."Kata azman.
Azman masuk kedalam kereta.Dia membuka pintu kereta dan mempelawa gadis cina itu masuk.Kemudian,dia cuba menghidupkan keretanya.
Azman bagaikan terpukau bila enjin keretanya hidup dengan begitu mudah sekali.Kereta biru itu mula meluncur perlahan-lahan meredah hujan yang masih turun lebat.
Sekali sekala azman memandang kearah gadis cina yang duduk disebelahnya.Wajah itu tidak jelas kerana suasana terlalu kelam.
Bila pancaran cahaya kilat yang menggila diluar memancar dengan terang,barulah azman dapat melihat wajah gadis cina itu dengan sekilas pandang.
Dalam waktu sekelip mata itu azman melihat wajah gadis itu bertukar sama sekali.Rambutnya yang lurus panjang hingga ke paras pinggang bertukar menjadi kusut masai.
Matanya yang bundar itu terperosok jauh kedalam.Bibirnya delima merkah yang sering membuahkan senyuman itu kelihatan menyeringai membariskan gigi yang tajam².
Azman mula terasa satu perasaan yang amat takut menjalar dalam hatinya.Sekali lagi kereta azman terbabas ketepi jalan.Wajahnya mula pucat.
Bila dia menoleh kesebelahnya,gadis cina itu sudah hilang dengan meninggalkan bau yang amat busuk sekali.Diluar keretanya kedengaran suara tawa menghilai meremangkanbulu roma azman.
Setelah tenang seketika,azman cuba memandu keretanya.Kereta azman terasa berat seolah-olah dihempap sesuatu.Bila azman memandang ke depan,wajahnya bertambah pucat bila terpandang satu bungkusan terletak diatas depan keretanya.
Azman menjadi semakin cemas.Ditekannya minyak sekuat-kuat hatinya.keretanya menderam dengan begitu kuat sekali.Kereta itu bergerak dengan tiba² sehingga menjatuhkan bungkusan itu ke pinggir jalan.
Bungkusan itu terbuka.Dari dalamnya azman dapat melihat mayat gadis cina yang baru sahaja menumpang keretanya.Dengan sekelip mata pandangan yang menakutkan itu hilang lenyap.
Azman memandu keretanya semula.Perasaan takutnya masih belum hilang.Baru dia teringat bahawa kawasan tempat keretanya rosak itu adalah kawasan jerat cina.
Sampai dirumah,azman terus menukar bajunya.Selepas itu dia melabuhkan tubuhnya keatas katil.Fikirannya melayang kepada peristiwa yang baru ditempuhnya.
Sehingga pagi azman tidak dapat melelapkan matanya.Dia sudah mula rasa serik untuk pulang jauh malam lagi.Baginya,pengalaman itu terlalu pahit untuk ditempuh bagi kali kedua.
Keesokannya azman dapat tahu cerita mengenai gadis cina yang dijumpainya malam tadi.Kononnya gadis cina itu baru ditanam disitu kerana mati membunuh diri.
Mengingati semula peristiwa itu membuat bulu roma azman sentiasa meremang.Azman bertekad untuk membuang tabiat buruknya yang suka berjudi itu.Dia ingin menjadi alim dan taat pada segala perintah tuhan.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Adi Isma
No comments:
Post a Comment