Misteri Di Kubur
Bahagian (7) - Suara Sayup Dari Kubur
Suasana malam itu amat mengerikan.Dari jauh sayup² sana kedengaran jeritan kesakitan manusia.
Suara anjing² menyalak semakin sayup didengar.Angin malam bertiup sepoi bahasa.Tidak ramai orang keluar malam itu.
Bulan tidak kelihatan bayangnya.Walau pun bulan purnama,tapi ia tidak melihatkan wajahnya.
Suara jeritan manusia yang mahukan pertolongan itu datang dari tanah perkuburan.Suara itu semacam mahu bangkit dari kuburan yang sudah retak itu.
Semakin kuat jeritan itu,semakin kuat retak tanah itu.Sebenarnya orang itu sudah meninggal 20 tahun lalu.
Orang tahu ceritanya kenapa ia mati.Dan tidak ramai pula yang tahu apakah ilmu yang dipakai oleh orang itu semasa hidupnya.
Generasi nya saja tahu apa ilmu yang dituntut sehingga dia jadi begitu.Generasi sekarang tidak tahu.Bahkan mereka tidak mahu mengambil tahu.
Jeritan dikuburan dianggapnya sebagai tahyul.Mereka tidak percaya.Malah setengah dari anak² muda itu mula bermain diatas kuburan itu di waktu malam.
Pada mereka tanah kuburan itu macam taman bunga,tempat mereka bercumbuan.Tempat mereka menghisap ganja.Mereka tahu ditanah perkuburan itu tidak siap apun yang berani datang.
Tidak siapa pun yang mahu ambil tahu.Orang semua nya takut ditanah perkuburan.
Sebenarnya,malam itu memang gelap pekat.Tidak jauh dari tanah perkuburan itu ada sebuah kampung.Di pinggir kampung itu ada sebuah rumah.
Rumah itu agak besar.Biasanya dirumah besar ini lah tempat anak muda mengadakan majlis hiburan malam minggu.
Orang kampung tidak ambil tahu tentang rumah itu,apa lagi tentang penghuninya.
Malam itu ramai orang yang hadir.Saleh bersama teman wanitanya saleha turut dalam majlis itu.Oleh kerana dalam majlis itu terlalu ramai orang,kedua-duanya keluar mengambil angin.
Mereka keluar dari pintu belakang sambil berbimbing tangan.Dalam suasana yang begitu romantik,kedua-duanya bercumbuan.
Entah macam mana sedang mereka dilambung asmara,satu lembaga hitam dibelakangnya lalu memeluk saleh.Lembaga hitam itu terus memaut leher saleh,dan dengan sekali pulas sahaja,saleh mati disitu juga.
Teman saleh,saleha menjerit.Tapi tidak seorang pun yang dengar.Suasana dalam rumah besar itu,yang bising dengan lagu² yang berentak disco baby menyebabkan jeritan saleha tenggelam.
Diatas kuburan itu juga saleha dirogol oleh lembaga hitam itu.Kemudian saleha ditinggalkan.Lembaga itu ghaib.
Dalam keadaan yang letih dan lesu,saleha berlari anak kerumah besar itu dan memberitahu kawan-kawannya saleh sudah mati dibunuh.
Majlis malam minggu itu yang pada mulanya riuh dan penuh dengan perasaan gembira bertukar menjadi sedih.
Ada yang berlari-lari keluar ke tanah perkuburan itu.Mereka dapati saleh benar² sudah tidak bernyawa lagi.
Polis diberitahu malam itu tentang kejadian tersebut.Polis kemudian mengepung kawasan perkuburan tersebut dan mengawal rumah besar itu.
Tapi malangnya tidak ada tangkapan yang dapat dibuat.Polis yang memeriksa mayat saleh itu tidak dapat sebarang tanda dia dibunuh dengan kejam.
Polis itu dapat kesan dari badan saleh,kecuali tanda lebam ditengkuknya.Untuk beberapa waktu kemudiannya,pihak polis memberhentikan menyiasat kes saleh,kerana tidak dapat bukti² yang lengkap dan jelas.
Polis berpendapat bahawa pembunuhan keatas saleh merupakan satu misteri sahaja.
Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan.Benih yang dicampakkan mula tumbuh.Tanah yang subur pada diri saleha sudah menampakkan sesuatu.Akhirnya saleha melahirkan anak lelaki.Anak itu sungguh luar biasa.Anak itu tidak pernah menangis sejak ia dilahirkan.
Anak itu juga tidak mahu minum susu dan air,apa lagi susu ibunya sendiri.Nasi pun anak itu tidak mahu.Pendeknya apa yang bentuk makanan yang biasa dimakan oleh seseorang bayi tidak dijamah oleh anak itu.
Hanya tidak berapa waktu sahaja anak itu begitu subur.
Memang sejak saleha mengandung dulu dia sudah dipisahkan dari masyarakat itu.Dia terpaksa membawa diri menumpang rumah seorang tua yang uzur di pinggir tanah perkuburan itu.
Sejak orang tua perempuan itu meninggal.Saleha yang menjadi penghuni rumah itu sehingga ia melahirkan anak itu dengan pertolongan orang² disekelilingnya.
Kehilangan anak saleha menimbulkan lagi satu problem kepada polis.Gerakan mencarinya dikerahkan tetapi tidak berjaya.
Sejak hari itulah,suasana malam ditanah perkuburan itu paling mengerikan.Sayup² kedengaran suara jeritan manusia meminta tolong.
Kadang² suara jeritan itu seolah-olah kesakitan.Orang² kampung mula gelisah.Tidak siapa pun yang berani keluar malam lagi.
Tanah perkuburan itu pun tidak ada yang berani melintas lagi.Suara itu dan anak yang hilang,serta saleha yang mati itu menjadi perbualan orang di sana sini.
Bermacam-macam cerita ditimbulkan orang.Sehingga ada cerita² yang tidak diterima oleh akal yang sihat pun ditimbulkan.
Yang menjadi soalan yang sehingga sekarang belum dapat dijawab ialah siapakah orang yang merogol saleha malam itu.
Kenapakah anak yang dilahirkan oleh saleha itu tidak mahu minum susu dan makan nasi.
Apakah jenis makanan yang ia makan.
Kenapa saleha mati?Dan kemana perginya anak kecil itu?
Itu lah soalan yang menjadi tanda tanya kepada penduduk² kampung itu.Bagaiaman pun yang jelas sekarang,perkuburan saleha itu lah yang sering kedengaran suara jeritan,sekali terdengar suara kanak² menangis.
"Tolong tuliskan cerita ini.Saya sangat terharu kerananya."Pinta sahabat saya beriya-iya."Ada sesuatu yang sampai sekarang masih membuatkan saya terpukau."
"Baiklah,baiklah."Saya berjanji."Saya akan cuba."
Dan sahabat saya itu pun mulai bercerita.
Setelah pulang dari universitu al-azhar,saya segera mendapat kerja dibahagian agama jabatan perdana menteri.Dan setelah setahun bekerja,saya berjaya juga membeli sebuah motosikal sendiri,saya pun membuat rancangan untuk pulang ke kampung dengan memandu sendiri.Biasa nya saya pulang dengan bas atay kalau kelebihan duit saya pulang dengan kapalterbang.Itu pun pakai kelas ekonomi saja.
Mula nya saya akan pulang bersama tiga orang kawan,yang kampung mereka tidak jauh dari kampung saya.Pulang secara berkawan begitu mungkin menguatkan semangat.Maklumlah,ini kali pertama saya pulang dengan memandu sendiri.
Entah bagaimana,di saat² akhir jadual kepulangan satu diisi,tiba² kawan yang sedia berjanji untuk pulang bersama tadi mengurungkan niat mereka.
"Tak seronok pulang awak puasa begini."Kata mereka."Rasanya lebih baik pulang dekat raya.Dapat terus raya di kampung."
Apa boleh buat,saya memang tidak suka mengurungkan rancangan.Jadi,mahu tak mahu terpaksalah pulang sendiri.Saya bertolak meninggalkan rumah sewa saya di setapak,kuala lumpur kira² jam 2:00 petang hari sabtu di mana hari itu saya bekerja separuh hari.
Saya berjanji pada diri sendiri untuk memandu secara sederhana.Tak perlu laju².Asal sampai ke tempat tuju jadi.Lagi pun ini bulan puasa,hari ini ialah hari ketujuh umat islam di malaysia berpuasa.
Saya pula mulanya bermaksud untuk sedapat-dapatnya berbuka puasa di kuantan atau atau jika saya tiba terlebih dahulu dikuantan,saya perlu menunggu disana sehingga waktu berbuka puasa tiba.
Bagaimana pun,ketika hampir sampai ke bandar kuantan,saya fikir lebih baik saya ambil jalan pintas melalui lebuhraya tanjung galang.Ini bermakna saya akan lebih cepat tiba ke kemaman.
Benar.Saya tidak tahu bagaimana saya boleh memandu dengan begitu selesa,tenang dan yakin.Saya tiba ke pekan kemaman kira² setengah jam sebelum berbuka.Saya sempat menunaikan fardu asar di masjid besar kemaman dan dijemput oleh bilal masjid tersebut untuk turut sama berbuka dimasjid.
Selesai berbuka puasa,saya turut solat maghrib dan entah bagaimana dipercayai pula untuk menjadi imam.Dan selesai solat saya pun kembali memandu.Saya berharap sangat untuk tiba ke kota bahru menjelang tengah malam atau selewat-lewatnya menjelang masa bersahur.
Tetapi beberapa kilometer setelah meniggalkan pekan kemanan,tiba² saya merasa sekujur tubuh saya seram sejuk.Entah apa puncanya,saya juga merasa mata saya kabur.Namun saya teruskan juga memandu,sementara mulut saya tak henti² membaca ayat suci al-quran,tentu saja ayat² yang dapat menguatkan semangat.
Ketika melintasi bukit kijal,saya rasakan benar bulu roma saya meremang.Pokok² yang berjajaran di tepi jalan seolah-olah bayangan setan yang sengaja ingin menganggu keyakinan saya.Dan saya terus memecut kereta saya.Saya fikir saya harus memandu lebih garang biarpun dalam keadaan jalan yang berbelok-belok.
Dan entah kenapa pula,ketika kereta saya mulai meluncur turun bukit kijal itu,saya rasakan perasaan saya lebih tenteram,lebih aman.Perasaan saya mulai damai.Tak ada lagi sesuatu yang harus membuat kan saya merasa remang dan tegang.
Dan beberapa waktu kira² satu kilometer setelah saya menurun dari bukit kijal,dari jauh cahaya lampu kereta saya menyorot seorang perempuan yang berdiri ditepi jalan.
Perempuan apakah ini,berdiri sendiri di tepi jalan,ditengah malam buta,sedang keliling kelalang bukannya ada rumah atau kawasan kediaman.Spontan saya teringat pelbagai macam cerita tentang perempuan² jelmaan dari hantu syaitan yang selalu menggoda pengguna² jalan raya.Apakah ini salah satu darinya.
Oh tidak.Saya sedikit pun tidak merasa gerun dan takut.Hanya beberapa puluh ela sebelum melewatinya,perempuan itu mengangkat tangannya.Dia menahan saya.Dan tanpa gugup dan gemuruh,saya segera memberhentikan kereta saya,betul² dihadapannya.Dan sekilas saya rasa saya kenal perempuan itu.
"Boleh tumpang balik kota bharu?."Katanya.
Saya buka kan pintu kereta dan menjemputnya masuk.
Dia tersenyum dan berterima kasih.Tak ada bau apa² yang perlu mencemaskan saya.Cuma anehnya,dia cuma memakai sehelai baju yang telah lusuh saya fikir begitulah dan sehelai kain batik kelantan berwarna merah.Dia tak membawa sebarang beg.
Siapakah dia?.
Ingatan saya kian tajam.Saya yakin saya memang kenal dan pernah berkenalan dengan perempuan ini.Tapi bagaimana dan justru apa tiba² dia boleh berada disini.Bagaimana pula macam tahu² saja dia bahawa yang ditahannya itu adalah kereta saya.
"Dari mana ni?."Saya mula berani bertanya.
"Kereta yang saya tumpang dari kuala lumpur tu mati kat bawah sana.Inilah terpaksa menahan kereta lain ditepi jalan begini.Mujur jumpa awak ya.Lama benar rasanya kita tak berjumpa."
"Tapi mana pula yang lain²?."Tanya saya lagi.
"Yang lain² dah pergi..."Jawabnya bersahaja.
"Pergi?Pergi kemana?."
"Balik."Jawabnya sepatah.
Dan anehnya saya tak lagi bertanya.Saya bagaikan tidak tahu apa lagi yang patut saya tanyakan.Dan saya terus memandu,tanpa sebarang kekok dan segan.
"Lama kita tak jumpa ya?."Cetus saya,sengaja ingin memecahkan rasa sunyi.Sesekali kereta saya berselisih jua dengan kereta yang datang dari arah hadapan,dan cahaya dari kereta itu menyuluh muka kamu.Dan sekilas saya akan mengerling mukanya,muka yang selalunya saya tahu benar bersih dan penuh seri.
Enam tahun dulu kami sama² belajar dalam tahun akhir disebuah sekolah menengah agama di kota bahru.Sebagai pelajar agama,hubungan kami tak mungkin menjadi rapat,biar apa pun perasaan kami terhadap satu sama lain.Bagaimana pun,secara diam² saya pernah juga menitip kan surat² persahabatan untuknya.
Bila kemudian saya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti azhar,dia pula atas sebab² tertentu kandas dalam permohonannya.Setelah saya berada di kahirah,saya menerima surat darinya.Antara lain,katanya dia sudah kembali ke kampung dan dapat mengajar di sebuah sekolah agama rakyat.
Ketika itu saya lebih rajin menulis untuknya.Surat² dari dia lah yang banyak mendorong dan merangsang semangat belajar saya.Bila saya naik ke tahun tiga di universiti al-azhar,saya menerima lagi khabar darinya,suatu khabar yang tentu cukup menggembirakan saya.Dia telah berjaya ke maktab perguruan islam di kuala lumpur.
Tapi anehnya pula,entah kerana saya mulai sibuk dengan pengajian saya ditahun akhir,atau kerana dia juga sibuk dengan kuliah² di MPI,surat-menyurat antara kami mula berkurangan.Hatta ketika saya berjaya dengan pengajian saya dan kembali ke kampung,saya seolah-olah sengaja tak cuba untuk menghubunginya.Hingga lah saya berjaya mendapat kerja dijabatan perdana menteri,saya juga jadi terlupa akan dirinya.
Begitulah setelah bertahun-tahun tak bertemu,tiba² kami dipertembungkan semula malam ini,dalam keadaan yang begini.Dan anehnya,banyak perkara yang ingin saya tanyakan jadi tak tertanyakan.
Kira² jam sebelas setengah malam,kereta saya melewati pinggir bandar kuala terengganu.Disebabkan kedai minum yang masih dibuka mungkin kerana puasa saya berhenti untuk minum.Saya pelawa dia untuk minum bersama,namun dia nampaknya sengaja menolak.
Setelah kembali memandu dalam keadaan sedikit segar saya memang mudah merasa segar setiap lepas minum kopi o saya berharap dapat tiba ke kota bahru sebelum jam 2:00 pagi.Dan sepanjang memandu ke kotah bahru,kami tak berbual sepatah pun.Ingin juga saya bertanya beberapa perkara lagi,tapi melihatkan dia begitu asyik membaca ayat² suci al-quran saya pun tak jadi mengganggunya.
Memang benar,kira² 2:10 pagi,kereta saya mulai menjejak kota bahru dan kami menghampiri bulatan wakaf siku,dia meminta saya menghantar nya ke bunut payung.Saya masih ingat benar,bunut payung itu adalah kampungnya.Rumahnya pula tak jauh dari jalan raya.
Dalam keadaan jalan yang sunyi dan aman,mudah benar saya menghantarnya.
"Disini pun cukup."Katanya."Itu rumah saya."
Dia pun keluar dari kereta."Petang esok,sudilah datang berbuka puasa dirumah saya.Saya tunggu."Dan dia pun pergi.
Dalam sinar cahaya dari lampu jalan,saya nampak jelas betapa dia menuju ke sebuah rumah sederhana,menaiki tangga menuju ke arah pintu besar dan seolah-olah pintu rumah itu sudah sedia terbuka,dia pun terus masuk kedalam rumah itu.
Saya tak tahu apakah saya sedang merasa takjub atau tidak,namun bila saya kembali kerumah saya malam itu atau sebenarnya pagi itu saya tahu yang saya fikirkan hanyalah tentang dia,hanyalah tentang siti suwaidah.
Betulkan siti suwaidah yang saya temui malam tadi,yang saya ambil dibukit kijal,yang saya hantar ke bunut payung.
Namun undangan siti suwaidah saya penuhi.Saya tak patut menghampakan jemputan siti suwaidah apatah dari minit ke minit,tiba² saya bagaikan ingin mendekati siti suwaidah,ingin menatap wajah siti suwaidah yang jernih.
Setengah jam sebelum waktu berbuka tiba,saya telah pun menjejakkan kaki kerumah siti suwaidah.Tak ramai orang dirumah itu,tapi ada juga jemputan² yang mulai tiba,setelah saya duduk.Tidak syak lagi orang tua siti suwaidah akan mengadakan majlis berbuka puasa.
Saya berjabat salam dengan seorang laki² dalam umur enam puluh tahun."Ayah siti suwaidah?."tanya saya.Dan laki² itu mengangguk.
Saya perkenalkan diri sebagai bekas kawan sekolah siti suwaidah.Seorang perempuan dalam umur lima puluh tahun pula keluar berjabat salam dengan saya setelah mendengar penerangan saya itu.Beberapa orang jemputan lain juga turut bersalam dengan saya.
Tapi siti suwaidah tak pula muncul².Apakah ini kerana segan atau malu.Atau siti suwaidah ingin menjaga tatatertib sebagai seorang wanita,lalu disuruh ibu dan bapanya saja melayan saya?.
Waktu berbuka pun masuk.Saya rasa air yang saya teguk,atau kuih yang saya kecap atau nasi yang saya suap,semuanya sangat lazat dan enak,namun bergelumang didalam kepala saya adalah kemusykilan² yang sungguh mengesyakkan.Tak saya dengar suara siti suwaidah dari arah dapur.Tak seorang pula yang memanggil atau menyebutkan nama siti suwaidah,padahal nama² lain yang saya tak kenal,begitu kerap pula dipanggil dan disebut.
Selesai berbuka,kami berjemaah maghrib dan bila jemputan² lain meminta diri untuk pulang,saya pun terpaksa juga berbuat begitu.Dan sebelum melangkah turun dari rumah,saya terpaksa juga membuka mulut."Mana suwaidah pakcik?Tak nampak muka pun?."
Muka ayah siti suwaidah tiba² berkerut.Ibu siti suwaidah yang turut mendengar pertanyaan saya pantas mendekati saya."Apa yang anak tanya tadi?."Ibu siti suwaidah bertanya saya balik.
"Siti suwaidah.."Kata saya,sedikit bergetar.
Ibu dan bapa siti suwaidah saling berpandangan.Isi rumah yang lain juga mulai mengerumuni saya.
Akhirnya,dengan suara yang begitu terharu,ayah siti suwaidah memberitahu juga."Siti suwaidah sudah lama tak ada nak..."
Tak ada?Apa maknanya tak ada tu?.
Lalu saya pun menceritakan bagaimana malam tadi saya menemui siti suwaidah,mengambilnya dari pinggir bukit kijal,menghantarnya kerumah itu dan siti suwaidah pula mengundang saya berbuka puasa.
Mendengar cerita saya itu,ibu siti suwaidah tiba² menangis."Oh tuhan..."Keluh perempuan itu.
Saya sungguh tak mengerti apa yang sebenarnya telah terjadi.Namun akhirnya ayah siti suwaidah bercerita juga tentang siti suwaidah.
Tiga tahun dulu,ketika berebut-rebut untuk pulang ke kelantan menjelang hari raya puasa,siti suwaidah tidak berjaya dapat tiket bas dan kerana malas untuk naik keretapi,siti suwaidah putuskan untuk pulang saja dengan teksi.Masa itu siti suwaidah dalam tahun akhir di maktab perguruan islam.
Dan entah apa malangnya,ketika teksi yang ditumpanginya baru saja menurut dari bukit kijal,tak jauh dari kemaman terengganu,satu kemalangan ngeri pun terjadi.Teksi yang siti suwaidah tumpangi terlibat dalam satu pelanggaran dengan sebuah lori balak.Pelanggaran itu sungguh ngeri.Kesemua penumpang teksi,termasuk pemandu dan siti suwaidah sendiri terbunuh.Malah mayat siti suwaidah terpaksa digergaji sepotong² baru dapat dikeluarkan dari teksi yang renyuk pituk itu.
Begitulah ceritanya.
Saya juga terduduk mendengar cerita itu.Tiba² saya rasakan mata saya basah.Oh siti suwaidah,begitu nasibmu.
Tapi siapa pula yang saya temui malam tadi,yang mengundang saya datang berbuka puasa dirumah ini?Apakah itu roh siti suwaidah?.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Adi Isma