Misteri Di Kubur
Bahagian (4) - Misteri Di Kubur
Tiga puluh tahun yang lalu.....
Waktu zohor baru berlalu.Dibawah sinaran cahaya matahari yang sangat terik,kira² sepuluh orang lelaki kelihatan berkumpul di liang lahad yang baru ditimbus.Ada diantara mereka yang berdiri dan ada yang duduk mencangkung.Pak imam,sedang duduk bersila diatas sekeping tikar mengkuang kecil ditepi nisan sudah pun mula membaca talkin.
Kurang lebih 10 minit kemudian,hari yang panas terik tadi,tiba² menjadi mendung.Awan tebal berwarna hitam berlari cepat dimuka langit diikuti dengan angin kencang dan seketika lagi kedengaran bunyi guruh menderam-deram.Beberapa minit kemudian hujan turun dengan lebat menyebabkan pak imam tidak dapat meneruskan bacaannya.
Dia dan sekalian yang berada di kubur terpaksa melarikan diri dan berteduh dibawah sebuah pondok kecil yang ada dipinggir tanah perkuburan itu.Tidak pun lama mereka disitu bila bunyi petir berdentum di langit menggegarkan pondok dan kubur yang baru mereka tinggalkan tadi ranap sama sekali kena panahan petir itu.Kedua-dua batu nisan tercabut dan pecah berkecai-kecai sementara tanah disekeliling terhambur ke sana sini meninggalkan lubang yang besar.
Kesemua didalam pondok terkejut dan hairan melihat peristiwa yang ganjil itu.
Sepanjang hari kampung ara dilanda ribut taufan yang paling hebat.Belum pernah kejadian seumpama itu berlaku dulu.
Seorang pemuda yang berumur dalam belasan tahun memberanikan hati.Dia berlari keluar dari pondok dalam hujan yang mencurah-curah pergi ke kubur yang musnah dan seketika kemudian berlari balik ke pondok sambil meneriak."Pak haji...pak haji...papan long dan mayat kena petir.Papan long terbakar hangus dan tetapi mayat hilang."
Pak haji hasan,imam surau kampung ara,tidak dapat berkata apa².Muka nya pucat.Demikian juga yang lain² yang ada bersamanya.
Yang baru dikebumikan tadi ialah mak sarah,seorang dukun di kampung tersebut.Beliau tinggal bersendirian di sebuah rumah di pinggir kampung.Diwaktu hayatnya dia tidak sangat bercampur dengan penduduk² di kampung yang seramai lebih kurang dua ratus lima puluh orang besar kecik tua muda,lelaki dan perempuan.Dia dipercayai banyak menyimpan hantu polong dan jin.Penduduk² juga tidak suka mencampurinya.
Hanya bila ada sesuatu yang mustahak saja barulah mereka ke rumahnya meminta ubat.Mereka percaya mak sarah telah mati diserang oleh polongnya sendiri yang tidak dibelanya dengan baik.Sejurus sebelum meninggal dunia mak sarah telah menggigit-gigit seluruh badannya hingga dagingnya berkecai-kecai.
Kampung ara adalah sebuah kampung nelayan.Siapakah yang memberinya nama yang sedemikian tidak siapa yang tahu.Mungkin nama itu diberikan kerana ada sebatang pokok kayu ara yang besar didepan rumah penghulu rahim.Berapakah umur pokok itu tidak siapa jua yang mengetahui.Batangnya sebesar lima pemeluk sementara tingginya hampir tiga puluh kaki.
Pokok² yang lain dikampung itu ada juga yang layu dan kering atau bertukar daun bila tiba masanya.Tetapi pokok ara itu sejak kampung itu berdiri tidak pernah layu atau kering.Ia sentiasa kelihatan segar.Daun-daunnya rimbun dan menghijau.
Penghulu abdul rahim tidak suka mak sarah.Dia sering mencemik-cemikkan ubat² jampi dan tangkal yang diberikan oleh mak sarah kepada penduduk² yang berubat dengannya.Malahan penghulu abdul rahim sering menuduh mak sarah seorang penyihir yang berniat jahat.Beliau pernah menceritakan bahawa beberapa kali diwaktu malam sedang dia berehat di serambi rumahnya dia nampak kelibat seperti mak sarah memanjant pokok ara tetapi bila dia menyuluh dengan lampu picitnya dia nampak seekor binatang yang tidak jelas bentuknya meluru turun dari pokok itu dan lari menyusup didalam semak.
"Nak dikatakan anjing,musang atau kucing pun tak tahu lah.Saya tak nampak dengan jelas bentuknya.Tetapi ia melarikan diri seperti kilat."Kata penghulu abdul rahim.
Seratus hari setelah mak sarah dikebumikan,kampung ara gempar kerana penghulu abdul rahim dijumpai mati sedang tidur dalam biliknya bersendirian.Yang menggemparkan penduduk² ialah seluruh badan beliau menjadi lebam dimerata kulit badannya kelihatan tanda² seolahnya dia dicucuk dengan jarum tajam yang halus.Tetapi setitik darah pun tidak kelihatan dikain cadar katilnya.
Imam haji hasan yang diberitahukan bila mayat penghulu abdul rahim mati oleh isterinya terlantar di katil telah datang terburu-buru.Dia hairan kerana pada malam tadi penghulu abdul rahim kelihatan sihat dan bersama-sama solat maghrib dan isya di surau.Lepas itu mereka telah berbual-bual hingga jam sepuluh malam bila penghulu rahim meminta diri pulang ke rumahnya.
Kematian mengejut penghulu abdul rahim telah dilaporkan ke balai polis dan pada pagi itu juga mayatnya dibawa ke hospital untuk diperiksa.Pada sebelah petang itu setelah mendapat kebenaran dari pihak yang bertanggungjawab mayatnya telah dikebumikan ditanah perkuburan tidak jauh dari bekas kubur mak sarah yang disambar petir.
Doktor yang memeriksa mayat penghulu abdul rahim tidak dapat menentukan sebab² penghulu itu mati.Tidak ada tanda² penyakit dibadannya selain dari bekas² cucukan yang halus diseluruh anggotanya yang lebam.Kematian penghulu itu adalah misteri baginya.
Tetapi penduduk² kampung ara heboh memperkatakan bahawa penghulu itu telah mati diserang oleh polong mak sarah.
Seminggu yang lalu....
Najib,berumur lebih kurang dua puluh tahun,ialah salah seorang mahasiswa universiti dan cucu kepada allahyarham penghulu abdul rahim.Dia telah kembali ke kampung ara kerana universitinya dalam percutian.Ayahnya,penghulu ali,ialah penghulu kampung ara sejak beberapa tahun yang lalu.Sejak kematian datuknya,ayahnya telah membesarkan rumah mereka kerana bilangan keluarga telah bertambah.Bagaimana pun bilik tidur datuknya tidak berusik dan bilik itu diuntukkan bagi kegunaan bila dia pulang bercuti.Tiga malam lalu najib sedang berdiri ditingkap yang menghadap pokok ara didepan rumahnya bila dalam cahaya samar² dia nampak seorang perempuan separuh umur sedang memanjat pokok itu.
Walau besar pokok tersebut lima pemeluk tetapi perempuan itu mudah dan pantas sahaja memanjatnya dan bila berada kira² 5 kaki dari bumi dimana dua batang dahan yang besar bertemu dia hilang dari pemandangannya seolah-olah ditelan oleh batang pokok itu.
Najib segera ke meja tulisnya dimana ada sebuah lampu picit.Disuluhnya ke arah pokok ara itu tetapi tidak nampak apa².Walau pun dia merasa hairan,tetapi hati kecilnya berkata apa yang dilihatnya sebentar tadi mungkin perasaannya saja.Dia kembali semula ke meja dan mencapai sebuah buku pelajarannya lalu membacanya sambil baring di katil.
Tingkap bilik yang mengadap pokok ara masih terbuka.Sedang asyik membaca tiba² dia terkejut kerana mendengar banyak benda meluru-luru turun dari pokok ara itu dan lari susup didalam semak.Najib segera mengambil lampu picitnya semula dan berlari ke tingkap serta menyuluh-nyuluh ke pokok ara itu,tetapi tidak nampak apa².Dia menutup tingkap dan baring semula dikatil sambil memikirkan peristiwa ganjil yang berlaku sebentar tadi.
Pada malam itu kira² pukul 2:00 najib sekali lagi tersedar dari tidur nyenyak kerana mendengar bunyi seperti ada yang mencakar daun tingkapnya dari luar.Dia bangun perlahan-lahan dan menjingkit-jingkit ke tingkap dan memasang telinga.Cakaran itu masih berlaku terus seolah-olah ada beberapa ekor binatang berkuku tajam sedang mencakar daun tingkap itu.
Najib segera mengambil lampu picit dimeja dan membuka tingkap serta menyuluh-nyuluh daun tingkap dan dinding diluar rumah,tetapi tidak nampak apa².Seketika kemudian dia terkejut bila mendengar tapak kaki berlari pantas susup sasap didalam semak dibawah pokok ara.Dia segera menutup tingkap dan menguncinya.Dia memetik suis lampu elektrik menerangi biliknya dan hinggalah ke pagi hari dia tidak dapat tidur semula.
Waktu sarapan dia memberitahu keluarganya peristiwa yang telah berlaku pada malam tadi.
"Agaknya batang pokok bunga ros yang mak tanam dibawah tingkap menggosok-gosok dinding bila ditiup angin.Nanti lepas masak mak akan potong sedikit batangnya."Kata ibunya.
Memang ada beberapa batang pokok bunga ros ditepi rumah yang dahannya sampai ke perenggan daun tingkap.
"Habis,bunyi kaki berlari susup sasap dalam semak tu?."Kata najib.
"Barangkali tikus².Memang biasa tikus² keluar malam hari mencari makan."Jawab penghulu ali.
"Bagaimana pula tentang perempuan yang saya nampak memanjat pokok ara?."Soal najib lagi.
"Itu hanya pemandangan engkau sahaja."Jawab penghulu ali.
Najib tidak berkata apa² dan terus memakan ubi rebus yang terhidang di meja.
Sepanjang hari itu najib sering memikirkan peristiwa yang ganjil yang telah dialaminya.Bila waktu maghrib tiba,dia ke surau bersembahyang bersama-sama dengan imam haji hasan yang sekarang sudah berumur lebih kurang 50 tahun.
Sesudah selesai solat dia menemui haji hasan.Dia ada satu perkara yang hendak diperkatakan.Haji hasan mempersilakan dia duduk disatu sudut surau jauh dari makmum² yang lain.
"Pak haji,ayah pernah menceritakan kepada saya bahawa datuk saya telah meninggal dunia sedang tidur di biliknya dalam keadaan yang menghairankan.Apakah benar?."Kata najib menyoal.
"Memang benar."Kata haji hasan."Bila dipanggil oleh ayahmu pada pagi mayatnya dijumpai terbaring di katil,aku segera kerumahnya dan mendapati datukmu terlantar di katil.Seluruh badannya lebam² dan ada tanda seolah-olah dicucuk jarum halus.Doktor yang memeriksanya tidak dapat memastikan sebab² dia mati."
"Benarkah kata orang² kampung diwaktu itu dia mati diserang oleh polong liar kepunyaan dukun mak sarah?."Najib menyoal lagi.
"Entahlah...itu hanya sangkaan dan tuduhan orang² kampung saja.Aku sendiri tidak percaya.Kenapa?Ada sesuatu yang ganjil berlaku dirumahmu?."Tanya haji hasan.
Najib menceritakan peristiwa yang telah berlaku pada malam tadi.
"Datukmu pernah menceritakan kepada aku dan orang² kampung tentang dia nampak kelibat mak sarah memanjat pokok kayu ara.Pada malam sebelum dia meninggal dunia.Ketika berbual-bual dengan aku selepas solat isya dia menceritakan bunyi daun tingkap biliknya dicakar-cakar."Kata haji hasan.
Sambungnya."Tetapi dia tidak pula mengatakan dia takut.Sebaliknya dia ketawa dan berkata bahawa dia tidak pecaya polong mak sarah mengamuk di kampung."
Pada malam itu kampung ara mengalami suasana panas yang belum pernah berlaku.Setengah² penduduk tidur dengan tingkap terbuka.
Najib tidur nyenyak.Tingkap biliknya yang mengadap pokok ara terbuka,sementara biliknya gelap kerana lampu elektrik dipadamkan.Kira² tengah malam kelihatan najib dikerumuni banyak binatang² berkaki halus yang merayap-rayap diseluruh anggotanya.Najib tidak bergerak walau pun sedikit.Dia tidak kedengaran menjerit.
Tidak lama kemudian binatang² itu merayap keluar tingkap dan memanjat pokok ara dan bila berada kira² lima kaki dari bumi masuk ke dalam lubang yang ada diantara dua batang dahan yang besar.
Esok pagi seluruh kampung gempar lagi bila diberitahu bahawa najib telah dijumpai mati terbaring dikatilnya.Seluruh badannya lebam² dan ada banyak tanda² seperti dicucuk jarum halus dan tajam diseluruh anggotanya.Bagaimana pun setitik darah pun tidak kelihatan dikatilnya.
Haji hasan yang telah diberitahu berkejar segera ke rumah penghulu ali.Benar,najib telah mati sama seperti datuknya tiga puluh tahun yang lalu.
Haji hasan pergi ke tingkap yang menghadap ke pokok ara.Hati kecilnya berkata tentu sekali pokok itu ada hubungan dengan kematian najib dan allahyarham penghulu abdul rahim.Ketika itu,si putih,kucing penghulu ali,kelihatan sedang berdiri di pangkal dua dahan pokok ara yang bertemu kira² lima kaki dari bumi asyik memerhatikan sesuatu didalam lubang pokok itu.
Si putih kelihatan melompat masuk ke dalam lubang selaku menangkap sesuatu.Seketika kemudian haji hasan dan penduduk² yang ada dirumah penghulu ali mendengar bunyi suara si putih menangis kesakitan diikuti dengan bunyi pergelutan yang dahsyat diantaranya dengan benda² yang ada didalam lubang itu.
"Ambil colok...ambil colok segera."Jerit haji hasan dari tingkap."Cari tangga dan suluh apa yang ada didalam lubang pokok ara itu."
Beberapa orang segera menarik tangga kayu dibawah rumah penghulu ali dan menyandarnya ke pokok ara sementara penghulu ali membawa colok damar.Seorang pemuda mengambil colok dari tangannya dan memanjat tangga.
Dengan colok itu dia menyuluh kedalam lubang yang sekatang senyap sunyi.Tiba² pemuda itu pula yang menjerit ketakutan.Colok terlepas dari tangannya lalu jatuh ke dalam lubang.Dia sendiri jatuh dari dahan pokok tetapi sempat disambut oleh beberapa orang² yang ada dibawah pokok sebelum terhempas ke tanah.Dia pengsan dan segera dibawa naik kerumah penghulu ali.
Colok yang jatuh kedalam lubang telah membakar perut batang ara itu dan apinya semakin membesar.Orang² disitu mendengar banyak bunyi suara menjerit-jerit dari dalam lubang itu dan seketika kemudian nampak benda bulat sebesar bolasepak cuba keluar dari lubang itu.
Warnanya kemerah-merahan kerana diselaputi oleh api yang membakarnya.Benda itu jatuh semula kedalam lubang sambil menjerit-jerit.
Api semakin membesar.Seluruh batang pokok keluar asap.Seketika kemudian keluar dari lubang bergolek-golek ketanah lepas satu² kira² lima belas ekor labah² yang besar.Semuanya bergelimpangan di tanah kerana terbakar.Tiap² seekor besar badannya seperti bolasepak.Akhirnya api didalam lubang reda dan sedikit demi sedikit padam.
Haji hasan telah meminta penduduk² kampung bergotong-royong menebang pokok itu.Sehari suntuk mereka bekerja dan dipangkal pokok dimana kebakaran telah berlaku tadi mereka dapati satu rangka manusia.Tulangnya masih merah dijilat api.Beberapa helai rambut masih melekat dikepala tengkoraknya.Penduduk² tidak syak lagi bahawa rangka itu ialah rangka mak sarah pembela polong dikampung mereka.
Jenazah najib telah dikebumikan disebelah kubur datuknya setelah selesai diperiksa doktor.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Adi Isma
No comments:
Post a Comment