Misteri Di Kubur
Bahagian (5) - Dikejar Hantu
Leman melangkah lemah melalui lorong menghala ke kampungnya.Ditangannya terbimbit beg yang berisi pakaian.Dah lama dia tidak pulang bercuti di kampung.
Kurang² sudah dekat dua tahun lebih.Dua tahun lebih itu dia meninggalkan kampung,merantau dinegeri orang.
Tak banyak dapat dilihat tentang perubahan kampungnya itu.Masih seperti dulu juga.Kalau ada cuma satu dua perubahan.Ini terjadi kerana ketua kampung yang lebih mementingkan diri sendiri.
Leman menarik nafas panjang.Sambil matanya merenung batu² merah bercampur warna kuning yang digunakan untuk menambak jalan menuju ke kampungnya.
Leman sedikit gelisah,bila malam mula melabuhkan tirai.Tadi semasa dia sampai dipekan sagil,yang selama ini menjadi tumpuan orang² disekitar kampung bedekatan,hari telah lewat senja.
Sudah tiada kenderaan untuk menghantarnya pulang ke kampung.Yang jaraknya cuma dua setengah batu.
Nak tak nak terpaksalah leman memutuskan untuk berjalan kaki saja.Sudahlah badannya letih disebabkan perjalanan yang jauh.Selama sembilan jam dia berada di perut bas.Bukannya dekat,dari utara ke selatan.
Kalau dikira batu mahu dekat kira² 300 batu lebih.Kalau tidak kerana sesuatu sebab yang tertentu,tak akan leman balik ke kampung.
Leman mengeluh sambil mengesat peluh yang membasahi mukanya.Matanya merenung jauh ke dalam rimbun belukar dikiri kanan jalan.Memang jarang orang² kampung menebas belukar ini agaknya,bisik hati leman didalam hati.
Dah jadi macam hutan.Kalau silap² hari bulan orang pun tak berani melaluinya.
Lamunan leman beralih pula tentang surat yang dihantar oleh keluarga dikampung kepadanya.Mereka semua menggesa supaya leman balik ke kampung segera.
Kerana keluarga dikampung ingin mengadakan kenduri arwah sedikit.Dan perkara lain ada juga dinyatakan,yang anak gadis pak long hasan yang baru kahwin setahun lalu telah meninggal dunia.
Mati sewaktu melahirkan anaknya yang sulong.Anak yang bakal dilahirkan itu pun turut terkorban.Sedih juga hatiku.Lebih² lagi pak long hasan itu bukan lah orang lain denganku.Ada pertalian saudara dengan ku.
Droom!bunyi kayu yang telah reput dari sebatang pokok besar ditepi jalan,jatuh menimpa bumi.Leman terperanjat.Lamunannya hilang entah ke mana.Diurut-urut dadanya tanda lega apabila telah mengetahui apa yang membuat dia terperanjat.
Leman semakin diamuk gelisah.Satu umat manusia pun tidak ditemuinya,untuk dibuat teman.Begitu lah sikap orang² kampung leman.Kalau ada apa² yang perlu dibuat pada waktu malam,cepat lah mereka tidur.Maka cepatlah sunyi kampung itu.
Leman merenung jam ditangannya.Jarum jam menunjukkan ke angka sebelas malam.
Teraba-raba dia didalam gelap itu.Tiba² leman terpandang cahaya lampu menghala ke kampung melalui jalan yang dilalui leman.Hati leman lega sedikit.Maklumlah sebelum sampai ke kawasan kampung itu,dia terpaksa menempuh satu kawasan kuburan.Kerana kuburan itu lah yang membuatkan leman gelisah tadi.
Cahaya lampu semakin dekat.Jelas sekali pandangan dari kelopak mata leman seorang tua mengayuh basikal.Makin lama makin dekat.Leman menyapa."Assalammualaikum pak cik."Hairan,tiada jawapan dari orang tua itu.
Malah mukanya sedikit pun tidak memandang kepada leman.Makin laju pulak dia mengayuh basikal.Leman mengikuti lajuan kayuhan basikal orang tua itu dengan ekor matanya.
Tapi cuma sedikit saja.Orang tua itu lenyap dari pandangan leman.Leman sungguh berasa terkejut.Kemana kah orang tua itu?Siapakah dia?Hantukah atau manusia?Kata² itu silih berganti dibenah hati leman.
Leman cuba buat² bertenang,walhal dalam hatinya mulai terasa seram.
Leman meneruskan langkahan kakinya yang mana telah terhenti sekejap tadi.Angin bertiup lembut.Seolah-olah menyambut kepulangan leman.
Leman semakin hampir dengan kawasan kuburan itu.Jantung hati leman berdebar-debar.Cuma beberapa ela saja lagi.Tiba² langkah kaki leman terhenti.Matanya tepat memandang sekujur tubuh tercegat dihadapannya.
Sungguh ayu dan jelita parasnya,seorang perempuan sedang memangku anak kecil.Badan anak kecil itu cuma berbungkuskan kain putih saja.
Bulu roma ditengkuk leman berdiri tegak.Kata orang tua² kalau bulu roma berdiri alamat kita nak berjumpa hantu.Apakah kenyataan itu akan terjadi ketika ini,bisik hati kecil leman.
Kini leman sudah betul² dihadapan perempuan itu.Wah!berdetak jantung hati leman.Dari mana kah datangnya perempuan ini.Dengan pakaian serba putih,macam telekung yang digunakan orang perempuan solat.
"Dik?Boleh tolong kakak tak?."Perempuan itu memecahkan keheningan.Leman menjadi kaget sebentar tetapi lekas pulih.Direnunginya wajah perempuan itu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Tapi malangnya bagi leman kaki perempuan itu tidak nampak kerana ditutupi kain yang labuh.
"Boleh dik dukunglah anak kakak sekejap?"Pinta perempuan itu bila dilihatnya leman tidak menjawab.Macam ada besi berani menarik fikiran leman untuk menolong perempuan itu.Tanpa berfikir terlebih dahulu lantas leman mengangguk tanda setuju.
Dengan segera perempuan itu memberikan anak kecil ke pangkuan leman.Leman menyambut.Sungguh comel anak kecil itu.Sekali sekala leman terbau kapur barus yang selalu digunakan untuk mengapankan mayat.Hati leman berbalah.
"Adik tunggu sini sebentar ya.Kakak nak ambil barang² kakak yang diletakkan di sana tu.Adik nak balik ke kampung tu kan."Leman cuma mengangguk kecil."Boleh lah kita saing.Kakak pun nak balik ke kampung itu juga."Tambah perempuan itu lagi.
Sekelip mata saja perempuan itu hilang dari pandangan leman.Hairan sungguh.Perempuan itu boleh berjalan didalam gelap.Macam dah biasa pula.Dalam masa leman melayan lamunannya itu,tiba² leman terdengar suara perempuan menyanyi seolah-olah menidurkan anak.
Leman bagaikan tidak percaya.Kemudian leman terdengar pula macam orang mandi.Suara itu silih bertukar ganti.
Dan adakalanya suara orang ketawa.Leman menjadi takut,lebih² lagi tiada sebuah rumah pun yang ada disekelilingnya.Cuma ada kawasan kubur.
Mata leman beralih pula kepada anak kecil yang didukungnya.Leman terperanjat.Bagaikan dia tidak percaya,yang anak kecil itu sudah bertukar menjadi batu nisan.
Leman berjalan dengan lebih pantas lagi.Perasaan takut mula menyerap didalam hati.
Tiba² leman terkejut,apabila ada satu cahaya merah terbit dari salah satu kuburan disitu.Cahaya merah itu diselangi pula dengan hilaian suara yang sungguh mengerikan.Dari cahaya itu juga mucul satu lembaga yang menyeramkan.
Mulut leman bagaikan terkunci untuk membaca sesuatu dari ayat al-quran.Hatinya bagaikan beku.Langkah kakinya bagaikan dipaku.Mata leman tertumpu ke arah lembaga itu.Sungguh mengerikan.Lebih seram dari perempuan yang dijumpai sebentar tadi.
Dengan badannya yang berbungkus,menutupi seluruh anggota.Kecuali bahagian mukanya saja yang didedahkan.Terikat dihujung kepala dan dihujung kaki.Dengan matanya yang merah dan taringnya yang panjang,melompat sedikit demi sedikit mara kearah leman.Leman pula sudah tak berdaya lagi.
Lututnya terasa menggigil.Lembaga itu semakin dekat,jelas bagi penglihatan leman bila dilihat kain pembungkus badan lembaga itu sudah lusuh dan dua tiga ekor ulat tanah keluar dari celah² kain yang terkoyak.
Jari lembaga itu pula sudah tidak ada daging lagi.Cuma tinggal tulang serta kuku yang panjang.
Bila lembaga itu cuba mencekik leman,leman sudah tak sedarkan diri.Sedar² saja dia sudah berada di rumahnya.Dikelilingi oleh ibu bapa serta sanak saudara.Walau pun leman dah sedar dari pengsan tapi dia merasa ragu².
Setelah diyakinkan yang dia betul² berada dirumah,baru lah leman berasa lega.
Mereka yang ada disisi leman,menyuruh leman menceritakan apa yang telah terjadi.Kerana pak abu terjumpa leman terbaring pengsan dikuburan itu.Pak abu memang dah biasa dengan kubur itu.Apa tidak nya dia lah yang menjaga kawasan kubur itu.
Leman pun mulalah bercerita dari awal dia terjumpa lembaga kuburan itu hinggalah ke akhirnya.Apabila mendengarkan cerita leman itu,semua yang berada mengeleng-ngelengkan kepala.Sungguh mereka tak sangka,selama ini jarang sekali mereka terjumpa dan terdengar yang ada nya hantu dikuburan itu.
Bagi pak abu yang telah lama menjaga dikubur itu tidaklah berasa hairan sangat.Dah banyak perkara yang pelik² dia jumpa,cuma dia tak mahu menceritakan kepada orang² kampung.
Dan apa yang terjumpa leman itu dikubur hanya hantu kubur yang suka menganggu orang² yang lemah semangat dan jarang lalu disitu.
Tapi bagi leman peristiwa itu tetap menjadi ingatan.Malah tidak akan dilupakan.Kenangan itu akan dibawa pulang kerantauan untuk diceritakan kepada teman-temannya.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Adi Isma
No comments:
Post a Comment