Wednesday, 22 February 2017

Misteri Di Kubur

Bahagian (6) - Pokok Berpuaka


   Malam itu ali tidak tidur hingga ke pagi.Peristiwa yang dialaminya malam itu tidak dapat dilupakan seumur hidup.

   Rasanya dia mahu masuk semula ke perut ibunya.Kalau lah dia tahu,dia tidak akan berbuat terhadap kawan-kawannya.

   Ali seorang pemuda nakal.Dia selalu mengusik kawan-kawannya.Kampungnya itu jauh terpencil dari jalan raya.

   Tidak ada kereta yang lalu diawaktu malam.Orang berbasikal pun jarang lalu disitu.Kalau pun lalu hanya pak abu yang berulang ke masjid.

   Sebuah lorong nak kekampung ali,ada sebatang pokok besar.

   Dari pokok ini lah ali sering menakut-nakutkan kawan-kawannya.

   Biasanya ali memanjat pokok besar itu dan bila kawan-kawannya lalu dia menggoyangkan pokok tersebut dan kawan-kawannya lari lintang pukang.

   Bila kawan-kawannya sudah jauh,dia tertawa seorang diri diatas pokok tersebut.

   Kerja serupa ini selalu dilakukannya terhadap kawan² dalam kampungnya.

   Oleh kerana kejadian tersebut selalu saja berlaku,pokok besar itu terkenal di kampung itu sebagai pokok yang berhantu.

   "Pokok besar ini ada puaka."Kata orang² kampung.

   "Kami tak berani lalu dibawah pokok besar ini dimalam hari."Lemam memberitahu saleh yang baru berpindah ke kampung itu.

   "Kenapa?."Tanya saleh yang ingin tahu mengapa orang takut lalu dibawah pokok besar itu.

   "Daripada tahu baiklah jangan tahu,kami disini menyesal kerana sudah tahu."Kata osman pula.

   Bagi ali cerita² yang disampaikan oleh kawan-kawannya tentang pokok besar itu ada puaka sungguh mengembirakannya.

   "Aku berjayalah."Bisik ali.

   Petang itu ialah petang jumaat.Ali tahu bahawa kawan-kawannya akan pergi ke masjid beramai-ramai.

   Dari maghrib hingga isya,ali menunggu atas pokok tersebut.Puas dia menanti kawan-kawannya tidak juga lalu.

   Sebenarnya ali seorang yang keras hati.Dia berani.Ditengah malam buta pun dia berani berjalan seorang diri.

   Hampir jam 10 malam ali ambil keputusan turun dari pokok itu.

   Ali cuba meninjau dimasjid kalau² kawan-kawannya belum pulang lagi.Tetapi setibanya dia dimasjid didapatinya masjid sudah gelap-gelita,semua orang sudah pulang.

   Rupa-rupanya,kawan² ali melalui jalan kedua iaitu meredah sawah,untuk mengelakkan dari lalu di tempat tersebut.

   Mereka bimbang lalu dibawah pokok besar itu,kerana malam jumaat biasanya akan berlaku sesuatu yang menakutkan mereka.

   Ali dengan perasaan hampa terus berjalan seorang diri pulang kerumahnya.

   Malam itu dia tidak dapat mengusik kawan-kawannya.Walau pun rancangannya sudah diatur awal² lagi.

   Ali berjalan seorang diri.Walau pun begitu tua.Jam menunjukkan hampir 11:30 malam.Tapi bagi ali perjalanan pulang tidak menggerunkan dia.

   Dia biasa berjalan dibawah pokok besar itu.Dia tahu bukan hantu yang berada diatas pokok tersebut,tapi dia sendiri jadi hantu.

   Tidak berapa jauh dari pokok besar itu.Ali sudah mula curiga.Perasaan takutnya mula datang.Bulu roma nya mula naik.

   Kakinya seolah-olah berat mahu melangkah.Bau-bauan mula dapat dihidunya.Semakin dekat dengan pokok besar itu,ali semakin bimbang.

   Ketika dia menoleh ke kanan,ali melihat dua cahaya seolah-olah dua biji mata yang besar merenungnya.

   Cahaya itu bergerak.Ali semakin takut.Ali memberanikan dirinya berjalan juga.Kemudian ali terpandang dicelah cahaya itu seperti dua batang kayu menghalang jalan masuk ke rumahnya.

   Ali menyangka pokok besar itu tumbang melintang jalan.Tetapi dilihatnya dari jauh pokok besar itu masih tegak.

   "Siapa pula yang meletakkan kayu didepan jalan ni."Bisik ali dengan perasaan takut.

   Ali terhenti sejenak.Dia mengawasi benda hitam yang berdiri tegak ditengah-tengah jalan itu.Kemudian dia berjalan perlahan-lahan

   Semakin dekat dengan benda hitam,bulu roma ali semakin meremang.Seolah-olah dia tidak boleh melangkah lagi.

   Tapi,dia menyekalkan hatinya,walau pun darah gemuruhnya tidak boleh dikawal lagi.

   Semakin dekat ali nampak jelas benda tegak seperti kaki orang mengangkang di tengah² jalan itu.

   Kaki nya berbulu panjang.Ali berjalan terus.Sebaik-baik saja tiba dibawah kaki benda besar itu,ali terus terduduk tidak boleh melangkah lagi.

   Kaki besar berbulu itu mula bergerak,mengepit badan ali yang terduduk ditengah jalan itu.Ali dapat menyaksikan sendiri bagaimana besarnya kaki itu.

   Lembaga itu besar dan tinggi.Separa pohon kelapa tingginya lembaga yang menggerunkan itu.Malam semakin hitam dan pekat.

   Tidak ada manusia yang lalu disitu.Burung tukang dan cengkerik pun tidak bersuara.Seolah-olah mereka juga turut merasakan takut dengan lembaga tersebut.

   Ali yang tidak boleh bergerak itu seolah-olah ada batu yang menghempap badannya cuba mengumpulkan tenaganya untuk lari,tapi tak berdaya dia lemah,tidak bermaya.

   Kaki besar berbulu itu bergerak rapat ke badan ali.Semakin dekat kaki itu,semakin mencemaskan ali.

   Mulut ali jadi bisu,kaku tidak boleh bersuara lagi.Akhirnya kain itu rapat dan ali berpaut pada kaki yang berbulu itu.

   Ketika itu satu tenaga yang kuat datang serta-merta kepada ali.Dia bangun dan lari sekuat-kuat hatinya pulang kerumah.

   Sepanjang malam itu ali tidak dapat tidur.Dia tidak boleh melelapkan matanya.Peristiwa lembaga berbulu berkaki besar itu masih terawang-awang didepan matanya.

   Esoknya,dia menceritakan kisah itu kepada kawan-kawannya.Dan kawan-kawannya berkata bahawa itu lah puaka yang menunggu pokok besar itu.

   "Nasib kau kurang baik ali,malam tadi kau yang menjadi mangsanya."Kata kawan² ali sambil ketawa berdekah-dekah.

   Ali pada mula nya tidak mahu memberitahu kawan-kawannya,hantu itu adalah dia sendiri,tapi dia terpaksa memberitahu juga bahawa dia lah yang selalu duduk diatas pokok besar itu menakutkan orang² yang lalu dibawahnya.

   "Sekarang kau yang buat,kau yang kena.Perkara olok² jadi betul."Ejek kawan² ali.

   Tentang lembaga hitam kaki berbulu itu seorang tua dikampung itu memberitahu itu lah hantu kang-kang yang cuba mengusik ali malam itu.

   Menurut orang tua itu hantu kang² boleh mengepit orang.Bila orang itu dikepit dengan kaki nya.Orang itu akan mati,dan jauhkanlah dari menemui hantu kang².

   Sejak malam itu ali tidak keluar malam lagi.Dan orang² kampung pun berani semula lalu dibawah pokok besar itu.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma

No comments:

Post a Comment