Wednesday, 22 February 2017

Misteri Di Kubur Bahagian 1 - 13

Sinopsis :


   Misteri di kubur merupakan satu lagi kumpulan cerita seram.Cerita yang terkandung didalamnya adalah cerita benar yang dialami oleh penulis sendiri dan kejadian yang dialami oleh orang lain yang diceritakan kepada penulis.

   Diantara cerita yang menarik ialah suara sayup dari kubur.Ia mengisahkan tentang bagaimana seorang pemuda pulang ke kampungnya dan mendapati kampungnya senyap sunyi.Sepanjang jalan ketika dia pulang dari bandar ke rumahnya dimana kira² jam 8 malam,didapati suasana kampung itu begitu sepi sekali.

   Tidak ada seorang pun pemuda kampung bersembang-sembang disimpang jalan atau pun diatas jambatan sebagaimana selalunya.

   Dia hairan kenapa jadi begitu.Seolah-olah kampung itu mengalami satu kejadian dimana orang kampung tidak berani keluar malam.

   Apakah anda ingin tahu kenapa jadi demikian.Cuba lah anda ikuti cerita seterusnya,dimana kisahnya menakutkan dan mendebarkan hati.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Misteri Di Kubur

Bahagian (1) - Suara Mengilai


   Hujan masih turun mencurah-curah.Titik² hujan sebesar jari kelingking itu terus menghempaskan diri ke tanah.

   Ia kemudian menjalar ke tempat² bertekuk lalu menjadi lopak.Dilangit,matahari masih belum nampak bayangnya.

   Dalam suasana dingin itu,ramli melepaskan keluhan demi keluhan sambil anak matanya berlari-lari mengikut arah sampah yang hanyut ditolak air.

   "Nasib aku seperti sampah juga hari ini."Bisik hati ramli.

   Ramli terus merenung sampah sarap itu tanpa berkelip-kelip.Fikirannya menjadi semakin bercelaru.Rasa rindunya pada tina sudah semakin membuak-buak.

   "Aku mesti jumpa tina malam ini.Hujan tidak akan menghalang perjumpaan ini."Bisik hati kecil ramli lagi.

   Dia kemudian menyarungkan baju dan seluar mencapai kunci keretanya yang terletak diatas meja.Kemudian dia bergegas berlari-lari anak menuju ke keretanya.

   Mengaum bunyi kereta itu membelah senja yang basah menuju ke arah jalan yang menghala ke luar kampung itu.Jalan tar yang terbentang luas itu kelihatan hitam pekat.

   Ramli memandu keretanya perlahan-lahan.Ada ketikanya dia terpaksa berhati-hati kerana ada kawasan rendah yang ditenggelami air.

   Kalau keretanya mati di tengah² kawasan berair itu,alamat berkecailah harapannya.Tetapi,mujurlah tidak ada apa² yang berlaku pada keretanya.

   Kira² satu jam perjalanan,ramli pun sampai kerumah tina.Kelihatan rumah tina terang benderang dengan lampu gaslin kerana kemudahan letrik belum masuk ke kampung itu.

   Ramli memberi salam dengan suara yang lantang.Mula² suasana sunyi sepi.Kira² lima minit kemudian terdengar bunyi derap kaki berlari kecil.

   Pintu terkuak.Terjenggul wajah manis seorang gadis berambut panjang mengurai.Bibirnya yang merah bak delima yang merkah itu mengukir secebis senyuman yang paling menawan.

   Gadis itu lah yang telah menambat hati ramli.Wajahnya membuat ramli tidak lena tidur sekiranya tidak bertemu.Wajah itu terlalu sukar untuk dilupakan dari fikirannya.

   "Jemput lah naik abang."Suara lunak gadis itu menerjah ke telinga ramli membuatkan dada ramli terasa berdebar-debar.

   Sepanjang malam itu ramli dan tina berbual panjang.Masing² melepaskan kerinduan kerana sudah tiga hari mereka tidak bertemu.

   Malam kian larut.Perbualan antara ramli dengan tina masih rancak.Kira² jam 12.30 barulah meminta izin untuk pulang ke rumahnya.

   Ramli terpaksa pulang seorang diri.Pada mulanya dia mempelawa tina untuk bersiar-siar sambil menyedut udara malam tetapi tina menolak kerana malam sudah terlalu lewat.

   Ramli menghidupkan enjin keretanya.Sebelum kereta berwarna biru itu bergerak,ramli sempat mengucapkan selamat malam kepada tina.

   Kemudian kereta ramli meluncur laju meredah malam yang kelam itu.Kiri kanan jalan raya itu kelihatan pokok² getah berdiri berbaris panjang.

   Bagaimana pun ramli sedikit pun tidak merasa bimbang.Kalau tina punya pasal,semua sanggup diredahnya.Lautan api,hutan belukar pun sanggup dirempuhnya.

   Maklumlah,orang yang sedang mabuk asmara.Apa sahaja pun sanggup dilakukan semata-mata untuk mempertahankan nilai cinta pada orang tersayang.

   Tetapi,tiba² sahaja perasaan berdebar-debar melanda hati ramli.Dia terasa malam itu berlainan dari malam² yang pernah dilaluinya.

   Bulu tengkuknya terasa meremang.Tangannya menggeletar memegang stering keretanya.Perasaannya resah gelisah bercampur baur dengan rasa takut.

   Untuk menghilangkan perasaan takutnya,ramli membaca ayat² suci al-quran yang diketahuinya.Namun,usahanya sia² belaka.

   Hatinya terlalu takut dan berdebar kencang.Kerana tidak dapat mengawal perasaan takutnya ramli memberhentikan keretanya di pinggir jalan.

   Dia memetik suis lampu dalam kereta itu.Sebaik sahaja lampu dalam kereta itu menyala,ramli terpandang seorang wanita sedang duduk dengan selesa di tempat duduk belakang.

   "Eh tina...bila masa tina masuk kedalam kereta ini?."Tanya ramli dengan nada terkejut.

   "Bukan kah abang yang ajak tina ikut sama tadi?."Jawab wanita itu.

   "Tapi..."Kata² ramli tersekat disitu.Dia termenung sejenak.

   Kemudian ramli meneruskan perjalanannya tanpa sepatah kata.Hatinya mula mencurigai kehadiran wanita itu dalam keretanya.Yang menghairankan ramli ialah wajah wanita itu seiras dengan wajah tina.

   Malah pakaian yang dipakai wanita itu sama dengan pakaian yang dipakai oleh tina ketika dirumah tadi.Kedudukan rambutnya juga tidak berubah.Tersisir rapi dan kemas.

   "Kenapa abang diam sahaja."Terpacul soalan dari wanita itu dengan nada yang manja.

   Pertanyaan wanita itu tidak dijawab oleh ramli.Dia cuba meneliti wajah itu dari arah cermin kecil keretanya.Sekali imbas,kelihatan mata wanita itu jauh terperosok ke dalam.

   Matanya kelihatan seperti mata jerangkung.Ramli mengerlipkan matanya.Wajah dalam cermin itu kelihatan seperti wajah tina semula.

   "Mungkin perasaan aku sahaja."Bisik hati kecil ramli cuba menyedapkan hatinya.

   Ramli menjeling lagi kearah cermin keretanya.Kali ini wajah itu benar² bertukar.Matanya makin jauh terperosok jauh kedalam.

   Giginya terjulur keluar dan rambutnya menggerbang kusut masai.Ramli rasa lemas diselubungi perasaan terlalu takut.Secara mendadak dia memberhentikan keretanya.

   "Keluar."Sergahnya dengan suara lantang,sambil keluar dari kereta itu.

   "Sampai hati abang menghalau saya keluar.Kemana nak saya pergi di tengah hutan² ini."Jawab wanita itu dengan suara mendayu memohon simpati.

   "Itu awak punya pasal."Sergah ramli lagi.

   Tetapi,wanita itu tidak mahu keluar.Dia meminta ramli menghantarkannya ke kedai makan di bandar.Selagi ramli berdegil tidak mahu menghantarnya,dia tidak mahu turun.

   Sebaik sahaja kereta itu sampai ke satu persimpangan diman terdapat hutan tebal,tiba² wanita itu ghaib meninggalkan bau yang amat busuk.

   Ramli terdengar suara hilaian yang memanjang lalu dia mendongakkan wajahnya ke arah suara menghilai itu.Dari arah sebatang pokok besar kelihatan satu lembaga yang paling menyeramkan melompat dari satu dahan ke satu dahan.

   Ramli terkejut dan secara mendadak dia memecut keretanya dengan had paling laju kerana terlalu takut.Sampai dirumah malam itu,ramli tidak dapat melenakan tidurnya.

   Keesokannya,dia menceritakan segala peristiwa itu kepada tina,menurut kata tina,wanita itu adalah orang kampung yang mati kena bunuh.

   Sewaktu mayat itu hendak dikebumikan,tiba² ia hilang begitu sahaja.Sudah puas orang² kampung berikhtiar untuk mencari mayat itu tetapi tidak bertemu.

   Sejak dari itu ramli serik hendak berjalan tengah malam.Fikirnya kalau dia bertembung lagi dengan peristiwa begitu,pasti dia pula yang terbunuh.

   Akhirnya dia mengajak tina dan keluarga pinda ke kampungnya untuk memudahkan dia bertemu dengan tina tidak kira siang atau malam.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari  Adi Isma

No comments:

Post a Comment