Misteri Di Kubur
Bahagian (2) - Polong Mengganas
Malam itu rasyid kelihatan resah gelisah.Dia berdiri di muka pintu sambil menjengah keluar seperti ada sesuatu yang memanggilnya.
Agak lama juga dia berdiri di muka pintu itu.Hatinya semakin diburu resah.Peluh dingin memercik membasahi tubuhnya.
"Kenapa aku rasa tak sedap hati malam ini?."Bisik hati kecilnya.
Rasyid mendongak memandang wajah langit.Mega mendung berarak menutup cahaya bulan yang baru mahu menjengul membuat suasana diselubungi kegelapan.
Mata rasyid tidak berkelip-kelip memandang ke langit hitam.Timbul di benaknya saat² menempuh kematian.Terasa ngeri sekali.
Tiba² sahaja rasyid menjadi takut.Perasaan kesal memenuhi segenap ruang hatinya.Dia kesal kerana tidak mengerjakan suruhan tuhan.Dia kesal kerana selama ini dia mengabaikan segala rukun islam yang telah ditetapkan.
Rasyid terasa mahu menangis bila mengenangkan kejahilannya.Dia terasa seolah-olah dihempap oleh bebanan² dosa yang tidak tertanggung.
"Ah..aku masih muda.Masih banyak masa untuk bertaubat."Tiba² timbul satu suara dari hati cuba mengikis rasa bersalah yang bersarang di dadanya.
"Lebih baik aku keluar makan dekat warung pak melan dari memikirkan dosa dan pahala."Bisik hati kecilnya lagi.
Rasyid menyarung kan sehelai batu t berwarna merah jambu.Kemudian dia menyikat rambutnya kemas².
"Untung² aku dapat tekel anak pak melan nanti."Kata hati nakalnya.
Rasyid berjalan perlahan-lahan meredah malam yang kelam itu menuju ke warung pak melan yang terletak di hujung kampung sentosa itu sendirian tanpa diketahui oleh sesiapa pun.
Dalam perjalanan di tepi jalan bertanah merah itu,dia bersua dengan seorang janda muda bernama zarina yang secara kebetulan sedang berjalan pulang ke rumahnya.
Rasyid menegur zarina sambil mempelawa janda yang manis itu bersama-samanya makan di warung pak melan.
Tanpa banyak soal zarina mengekori rasyid.Baginya rasyid sudah lama dikenalinya dan dia amat senang dengan anak muda yang kacak itu.
Sampai ke warung pak melan,mereka pun memesan makanan.Rasyid menarik tangan zarina lalu membawanya duduk dikerusi yang agak jauh dari pandangan orang ramai.
"Ina pergi kemana tadi?."Tanya rasyid sambil memandang wajah zarina dengan mata yang tidak berkelip-kelip.
"Ina pergi belajar menjahit dirumah mak cu teh."Jawab zarina sambil menguis-nguis lapik meja itu.
Rasyid memandang tepat ke arah anak mata zarina.Dia benar² terpesona dengan kejelitaan zarina.Hati nakalnya mula terasa geram melihat kegenitan zarina.
"Ina tak dapat lama² disini.Ina tak banyak masa."Tiba² zarina bersuara bila terasa dirinya diperhatikan sebegitu rupa.
"Iya...selepas makan kita balik."Jawab rasyid yang baru tersedar dari lamunannya.
Dalam cahaya samar² itu,rasyid dan zarina menghirup udara malam sambil menikmati hidangan satay ais kacang.
Selesai makan kedua-duanya berjalan bergandingan tangan keluar dari tempat itu menuju kerumah masing².Kemana mereka pergi selepas itu,tidak seorang pun yang tahu.
Tetapi,rasyid dan zarina tidak pergi ke mana².Mereka berjalan menyusuri jalan yang telah mereka lalui tadi.
Sesampai saja disebuah rimbun yang agak tebal,mereka berpecah kerana simpang disitu memisahkan mereka.Rasyid sempat memegang tangan zarina sambil meramas-ramas jari jemarinya.
"Bila kita boleh jumpa lagi?."Tanya rasyid pada ina yang tunduk kemalu-maluan.
"Bila² abang rasyid sudi."Jawab zarina.
Rasyid terasa ada sesuatu yang menjalar dalam urat sarafnya.Kalau diturutkan hati mahu rasanya dia memeluk zarina ketika itu juga.Rasyid memejamkan matanya.
"Ina pulang dulu."Kata zarina.
Sebaik sahaja rasyid membuka matanya.Zarina yang disangka berada didepannya hilang dari pandangan meninggalkan rasyid termanggu-manggu seorang diri.
Rasyid terkejut.Dia cuba mencari-cari zarina di celah² rimbun itu takut zarina mahu mempermain-mainkannya.
Puas dia berlegar disekitar semak itu,namun zarina tidak ditemuinya.Rasyid bercekak pinggang.Peluh jeran membasahi mukanya.
"Kemana pula budak ini?Sekelip mata sahaja sudah hilang."Kata hatinya.
Rasyid berlari-lari anak masuk kesimpang yang menuju kerumah zarina untuk memastikan zarina sudah sampai kerumahnya.Tetapi rumah zarina kelam sahaja.
Rasyid mula terasa tidak enak.Hatinya dibuai oleh satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.Degup jantungnya sudah bergerak pantas.
Fikiran rasyid menjadi terlalu berkecamuk.Bermacam-macam telahan telah timbul dalam kotak fikirannya.Dalam kebingungan itu,rasyid berpatah semula ke belakang.
Sebaik sahaja dia sampai ke celah rimbun tebal itu,tanpa disedarinya satu lembaga muncul dari belakang lalu mencekiknya.
Rasyid sempat berpaling menghadap lembaga itu.Matanya terbeliak melihat keadaan lembaga yang amat mengerikan itu.
Tangannya cuba menarik tangan lembaga itu dari terus mencekiknya tetapi,cengkaman itu semakin lama terasa semakin kuat.
Nafas rasyid mula menjadi pendek terhembus satu².Matanya terasa berpinar-pinar dan akhirnya rasyid tidak bernafas lagi.
Keesokannya pak seman yang sedang mengayuh basikalnya pada pukul 7.00 pagi terserempak dengan mayat rasyid yang terbujur ditepi jalan.
Secara kebetulan pak seman sedang menuju ke ladangnya.Alangkah terkejutnya pak seman bila melihat keadaan mayat rasyid yang mengerikan itu.
Hampir² sahaja pak seman tersungkur dijalan merah itu.Tanpa berlengah-lengah lagi pak seman melaporkan kejadian itu pada pengetahuan pihak polis.
Berita kematian rasyid dengan sekelip mata sahaja merebak ke ceruk rantau kampung itu.Seluruh kampung menjadi gempar lalu tersebarlah cerita² sengaja direka-reka.
Ada yang mengatakan rasyid mati dibunuh orang.Ada pula yang mengatakan rasyid terjatuh lalu kepalanya terhempas ke batu.
Pihak polis mengesahkan kematian rasyid disebabkan oleh darahnya kering.Inilah yang membuntukan pihak polis dan penghuni² kampung itu.
Pak seman yang tertua sekali dikampung itu menceritakan sejarah kampung itu.Hampir dua jam dia membongkar kembali kisah² silam.
Sebenarnya kematian rasyid adalah disebabkan polong yang tidak bertuan.Polong itu adalah peninggalan seorang bomoh.
Sebelum bomoh itu meninggal dunia,dia tidak sempat menyerahkannya kepada orang lain.Ekoran dari itu,polong itu akan mencari mangsanya setiap tujuh tahun sekali.
Tahun ketujuh itu terkena pada rasyid.Kebiasaannya polong ini akan menyamar sebagai gadis jelita sebelum menghisap darah mangsanya.
Setelah pak seman habis menceritakan kisah silam itu,barulah orang² kampung itu berhenti menyebarkan cerita² yang sengaja direka-reka itu.Bagi mereka,kisah itu terlalu seram untuk dihebahkan.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Adi Isma
No comments:
Post a Comment