Misteri Di Kubur
Bahagian (3) - Mistai Halil
Petang itu dengan berbekalkan sebilah parang panjang,halil meredah dusun kepunyaan bapanya yang terletak di belakang rumahnya.
Entah kenapa petang itu tergerak dihatinya untuk meninjau-ninjau keadaan dalam dusun yang belum pernah dijajahinya selama ini.
Keadaan dalam dusun itu kelihatan menyeramkan kerana tidak dijaga dengan betul.Kiri kanannya dipenuhi oleh semak-samun dan hutan tebal.
Disemak ini teradapat banyak pokok palas.Daun pokok palas yang lebar ini sesuai untuk membungkus pulut.Batang pokok ini berduri.
Halil meneruskan perjalanannya meredah dusun itu sambil mencantas rimbun² kecil yang menghalang perjalanannya.Sekali sekala diseka peluh yang berjejeran didahi dengan sehelai tuala yang tersangkut dilehernya.
Kawasan dusun itu terlalu redup.Sinar matahari tidak dapat mencelah masuk kerana pokok² disekelilingnya terlalu banyak dan rendang.
Halil yang terlalu leka berjalan tidak menduga yang senja sudah mula berlabuh.Dia terlalu asyik mencantas rimbun² kecil untuk memudahkannya meredah dusun itu.
Bila tiba ke sebuah busut jantan,halil berhenti seketika.Matanya liar memerhatikan keadaan sekeliling.Dia sudah mula rasa terkeliru untuk mencari jalan keluar dari dusun itu.
Halil berdiri agak lama ditepi busut jantan itu.Dia tidak berani bergerak kerana pada pandangannya,seluruh kawasan itu dipenuhi oleh pokok² besar.
Sedang fikiran halil buntu dengan keadaan yang mengelirukan itu,tiba² dia terdengar suara orang perempuan menyapanya dari belakang.
Halil menoleh ke belakang.Serta merta darahnya tersirap kerana di belakangnya kelihatan seorang wanita muda yang terlalu jelita memandangnya dengan sebuah senyuman terukir di bibirnya.
Wajah wanita itu terlalu cantik.Kulitnya putih bersih.Rambutnya tersiput kemas diselit dengan sekuntum mawar merah.Bibirnya merah bak delima merkah.
Secara tiba² halil terpesona melihat kecantikan wanita itu.Wanita itu mengajak halil mengikutnya dan halil menurut tanpa sepatah perkataan.
Sampai sahaja kerumah wanita itu,halil dijamu dengan beraneka jenis makanan.Kemudian dia dihiburkan dengan tarian lemah gemalai yang mengasyikkan sehingga halil tidak sedar apa yang sedang berlaku dirumahnya ketika itu.
Kehilangan halil dikampung pasir salak telah menimbulkan kegemparan.Seluruh penduduk kampung itu telah keluar beramai-ramai untuk mencarinya.
Tidak ada siapa pun yang tahu kemana halil pergi.Malah kedua orang tuanya juga tidak tahu.Halil adalah seorang pemuda yang pendiam dan alim.
Saban hari,dia akan menghabiskan masanya disurau.Jarang sekali dia bercampur dengan anak² muda di kampung itu atau pergi berpeleseran tanpa tujuan.
"Biasanya halil sudah berada dirumah waktu ini.Tapi,sekarang sudah hampir 10.00 malam dia tidak pulang² lagi."Kata pak hamid sambil membetulkan kain pelekatnya yang hampir melurut ke bawah.
"Agaknya halil jatuh ke sungai?."Sahut pak seman dari celah² orang kampung yang semakin ramai berkumpul dirumah pak hamid.
"Air sungai itu tidak dalam,apa lagi dalam musim kemarau ini."Jawab amin pula.
"Saya rasa,lebih baik kita cari halil dalam dusun pak hamid.Halil disorokkan oleh hantu kerana sebelum ini sudin,anak ngah berahim pun pernah hilang."Sambung amir lagi.
Cadangan amir diterima.Mereka meredah dusun pak hamid dengan membawa dulang,periuk dan tin kosong untuk dipukul di tengah² malam buta itu.
Bunyi pukulan itu bergema memecahkan keheningan malam itu.Saat demi saat berlalu.Malam sudah beransur tua.Suara cengkerik dan riang² sudah lama menyepi.
Hutan tebal yang pada mulanya dibalut kesepian menjadi hingar bingar dengan bunyi paluan periuk,dulang dan tin kosong yang dipalu oleh orang² kampung.
Lewat tengah malam,mereka memberhentikan usaha mencari halil untuk melepaskan lelah.Hati mereka sudah mula dibendung oleh rasa putus asa untuk mencari halil.
Dirumah pak hamid,mereka dijamu dengan air kopi yang hitam pekat.Mata mak su minah kelihatan merah kerana terlalu banyak menangis.Hatinya terlalu sedih mengenangkan kehilangan halil.
Halil adalah satu-satunya anak tunggalnya.Dia lah racun,dia lah penawar.Kehilangan halil benar² meresahkan fikiran mak su minah dan pak hamid.
Kira² jam 12.30 malam,orang² kampung itu meneruskan usaha mereka untuk mencari halil yang hilang.Mereka mencari halil di celah² rimbun dan perdu pokok pisang.
Amir yang mengetuai pasukan itu teringat kembali peristiwa dimana sudin,anak pak berahim yang pernah hilang didalam hutan tebal itu.
Mereka menjumpai sudin tersandar dibawah sebuah busut jantan yang besar dalam kebun pak hamid.Ketika itu sudin kelitan pucat lesi dan tidak bermaya.
Menurut kata sudin,dia telah dibawa oleh seorang wanita kerumahnya.Dirumah itu,dia telah dijamu dengan makanan dan dihiburkan dengan tarian.
Ketika itu sudin terasa khayal dan tidak mengingati sesuatu pun.Pada satu² masa dia terasa lemas seolah-olah dia dibungkus dengan kain sehingga membuatnya sukar untuk bernafas.
Akhirnya sudin tidak sedarkan diri sehingga orang² kampung menjumpainya tersandar dibawah busut jantan yang besar itu.
Cerita itu berputar-putar dalam kepala amir.Malah amir sendiri pernah bersua dengan satu lembaga berhampiran dengan busut jantan itu.Ketika itu amir sedang dalam perjalanan menuju ke sawah yang terletak di sebelah dusun pak hamid.
Peristiwa itu tidak pernah amir ceritakan pada orang² kampung kerana bimbang orang² kampung tidak mahu lagi lalu disitu.
Sebenarnya dusun pak hamid adalah merupakan satu-satunya jalan yang boleh ke darat,dimana kawasan itu adalah merupakan tempat penduduk² kampung itu berladang dan bersawah.
Akhirnya amir membawa orang² kampung menuju ke busut jantan itu.Amir yakin yang busut jantan itu ada penunggunya.Pasti halil ada disitu.
Amir berlegar-legar di sekeliling busut jantan itu.Tiba² amir terpekik.
"Ini halil...ini halil.."Jerit amir sebaik sahaja terpandangkan halil yang sedang tidur lena dengan tangannya memaut batang pokok palas.
Orang² kampung segera mengerumuni halil.Rupa-rupanya halil bukanlah tidur tetapi tidak sedarkan diri.Mereka mengusung halil lalu membawanya pulang kerumah.
Sampai dirumah,pak hamid merenjis-renjiskan air sejuk ke muka halil sambil membaca ayat² suci al-quran untuk memulihkan halil dari pengsannya.
Dalam beberapa minit kemudian,halil membuka kelopak matanya perlahan-lahan.Dia memandang keadaan sekeliling.Mak su minah yang sudah tidak dapat menahan rasa gembira terus memeluk halil sambil menangis.
Keesokannya halil menceritakan kisah bagaimana dia hilang pada malam itu.Menurut katanya dia telah dibawa oleh seorang perempuan cantik kerumahnya.
Ketika dia khayal menikmati tarian wanita itu,tiba² wanita itu membawanya ke sebuah bilik yang gelap.Dalam bilik itu dia terus lemas seolah-olah sedang duduk dibawah ketiak orang.
Dalam bilik itu juga,dia nampak satu lembaga yang amat menakutkan.Mata lembaga itu merah,mulutnya besar bertaring panjang.Ketika itu halil menjerit dengan sekuat-kuat hatinya.
"Saya betul² dalam ketakutan masa itu.Selepas itu saya tidak ingat apa yang berlaku pada saya seterusnya."Kata halil mengakhiri ceritanya.
Mendengar cerita halil,barulah pak hamid ingat bahawa dalam kebunnya sememangnya ada penunggunya iaitu hantu tetak.Hantu tetak ini suka menjelma sebagai seorang wanita muda untuk menggoda pemuda² yang lemah semangat.
Hantu tetak ini akan menyorok mangsanya di celah ketiaknya.Ketika ini lah orang itu akan merasa susah untuk bernafas.
Sejak kejadian itu berlaku pada anaknya sendiri,pak hamid yang tahu serba sedikit ilmu batin terus menyemah dusun untuk menghalau hantu tetak itu.
Sejak itu,kejadian serupa itu tidak lagi berlaku dalam dusun pak hamid.Dusun pak hamid menjadi terang kerana dibersihkan dengan pertolongan orang² kampung.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Adi Isma
No comments:
Post a Comment