Harimau Akuan
Bahagian 11 : Semalaman Dikepung Kepulan Asap
Sehingga jam 1.00 pagi,wak samin duduk diatas batu di satu anak air ditengah hutan endau.Dia sudah nekad untuk mengosongkan dirinya dari gangguan jelmaan harimau itu.Wak samin merasa pengorbanan ini harus dilakukan juga,supaya gangguan tersebut tidak terus mengancam keturunannya.
Peristiwa di kota tinggi apabila isterinya lisun meninggalkan dia tetap menusuk perasaannya.Alangkah hinanya dia dicemuh oleh isteri sendiri sebagai harimau seekor haiwan yang tidak setaraf dengan manusia.Disebabkan malu itu lah dia melarikan diri ke endau.
Sejak dicemuh oleh lisun memang wak samin berazam untuk mengosongkan dirinya dari gangguan jelmaan harimau yang diturunkan oleh tok malim udoh.Sayang nya dia tidak tahu bagaimanakah untuk melepaskan diri dari gangguan tersebut.Sedangkan tok malim udoh sendiri mengalami nasib malang setelah meninggal dunia.Dia sendiri menyaksikan dengan mata kepalanya bagaimana jelmaan harimau itu datang mengambil jasad tok malim udoh yang baru saja tiga hari dikebumikan.
Masih terbayang pada wak samin jelmaan harimau itu melompat keatas kubur tok malim udoh.Kemudian melompati kubur itu sebelum menggalinya sehingga berlubang besar.Jelmaan harimau itu menarik mayat tok malim udoh lantas dikeluarkan dari kain kapannya.Dia juga nampak bagaimana jasad tok malim udoh bertukar sedikit demi sedikit menjadi seperti anak harimau yang baru dilahirkan.
Setelah bertukar habis barulah dia dipimpin oleh jelmaan harimau itu dibawa ke satu alam yang wak samin sendiri tidak tahu.Sehingga lah harimau jelmaan dari tok malim udoh itu muncul di atas madrasah haji mat tahir,baru lah wak samin dapat gambaran yang jelas akan kesudahan dari ilmu jelmaan harimau yang diamalkannya selama ini.
"Ini hanya satu kemegahan dunia."Bisik hati wak samin bila tekadnya sudah bulat untuk mengosongkan dirinya dari gangguan harimau jelmaan itu.
Dia boleh menjelma menjadikan dirinya seekor harimau.Sama ada niatnya baik untuk menolong manusia lainnya atau sebaliknya tidak menjadi soal lagi,tetapi amat jelas ianya bertentangan dengan agama.Dia sudah meletakkan dirinya sebagai seekor haiwan yang lebih rendah darjatnya dari manusia.Kesedaran ini sudah lama menyinari hati sanubarinya.
Sejak bertemu dengan tok aji dia sudah menyimpan azam tersebut,tetapi kesempatan untuk mendapatkan tunjuk ajar dari tok aji tidak ada.Tok aji pula tidak tinggal tetap di kota tinggi,kerana dia sering dipanggil mengajar agama sampai ke mersing.Kadangkala datang juga mengajar ke endau,malah sampai ke segamat dan sampai ke muar.Dalam masa berulang alik ini lah tok aji terus ke singapura setelah mendapat seorang anak dikota tinggi.
Dari tok aji memang wak samin sudah mendapat beberapa pedoman yang baik dalam usahanya untuk mengosongkan dirinya dari gangguan jelmaan harimau ini.Tetapi kesempatan untuk melakukannya masih belum berupaya dilaksanakannya.
Sebelum tok aji ke singapura dia pernah memberitahu wak samin supaya mencari tok lebak di endau.Disebabkan tok aji sering datang ke endau selalu lah dia bertemu dengan tok lebak ini.Semasa wak samin melarikan diri ke kota tinggi setelah dicemuh oleh lisun,dia lantas mencari tok lebak di endau.
Pada mulanya dia tidaklah menerangkan masalah yang dihadapinya kepada tok lebak.Dia menumpang disurau tok lebak sebagai seorang perantau yang mengharapkan belas kasihan dari orang-orang disitu.Ketika ini hutan dikampung tersebut bertali-tali ke hutan besar di kaki pergunungan banjaran titiwangsa.Harimau liar juga sering mengganas sampai masuk kedalam kampung.
Ternakan seperti lembu dan kambing biasa nya menjadi mangsa kalau meragut rumput jauh di becah hulu kampung.Orang-orang kampung juga bimbang untuk ke hutan takut-takut terserempak harimau.Sehinggalah tok lebak diberitahu mengenai anaknya yang diterkam harimau ketika bermalam dihutan bersama dua orang lagi kawannya.
Mereka ke hutan kerana memasang jerat rusa.Malam itu mereka bertiga tidur diatas pokok dengan membuat kain sarung sebagai buaian.Anak tok lebak,naim tidur di dalam kain sarung yang dijadikan buaian ditengah-tengah antara buaian dua orang rakannya lagi.
Tetapi geruh itu menimpa diri naim.Kira-kira berapa jam saja mereka berehat,tidak disedari seekor harimau belang meniti dahan rebah dari atas bukit terus menerpa kearah buaian naim yang terletak ditengah-tengah.Naim terhumban ke tanah dengan jeritan yang menggerunkan.
Rakan-rakannya arun dan bacik melihat kejadian itu terkejut besar.Dia tidak berani untuk menolong apabila harimau itu terus menerkam kearah tengkuk naim.Dengan sekali hempas saja ke bumi,laungan naim hilang ditengah gelap malam.Hanya rungut harimau itu saja yang didengar oleh arun dan bacik.
Esoknya setelah pagi mulai cerah,arun turun ketanah terlebih dahulu.Bacik yang terperanjat akibat peristiwa tersebut masih menggeletar ketakutan.Setelah diberitahu oleh arun harimau berkenaan tidak ada lagi barulah bacik berani turun ke tanah.Mereka cepat-cepat mendapatkan jenazah naim yang tergolek diselaputi daun-daun kering.
"Tubuhnya tidak dimakan oleh binatang laknat tu..."Rungut arun melihat keadaan mayat kawannya yang tertangkap itu."Cuma tengkuknya patah.Memang binatang laknat,sengaja nak mengganas."Gerutunya campur geram.
Bacik tidak bercakap apa.Dia masih kebingugan sehinggakan tidak berani langsung mengusik jenazah naim yang tertangkup di tanah.
Perlahan-lahan arun memusingkan tubuh naim.Sebaik saja mayat itu diterlentangkan tiba-tiba saja muka arun menjadi pucat.Dia melihat perut naim terbelah sampai ke kerongkong seolah-olah ditusuk dengan pisau.Isi perut dan jantungnya sudah dimakan oleh harimau berkenaan yang tinggal hanya tubuh kosong tidak berisi apa-apa lagi.
"Laknat."Arun menggertap bibir melepaskan geramnya.Tetapi dia tahu dirinya tidak boleh bertindak apa-apa untuk menolong kawannya naim.Kalau lah dia mempunyai tenaga memanglah naim tidak dibiarkan begitu saja.
Dia akan melompat ketanah menentang harimau berkenaan.Naim mesti diselamatkan juga.Memang dia tahu harimau yang menangkap manusia tidak akan memakan tubuh mangsanya,dia akan memakan bahagian isi dalam tubuhnya saja.Kalau dimakan pun cuma dibahagian punggungnya saja.
"Kuatkan hati kau bacik.."Dia memberi semangat kepada kawannya yang mula kebingungan.Dalam keadaan itu lah mereka berdua menandu mayat naik dibawa balik ke kampung.
Tok lebak hanya menggeleng kepala dengan kejadian yang menimpa anaknya naim.Namun dia tidak lah menunjukkan rasa marah untuk mencari harimau berkenaan."Kita sama-sama mahkluk,semua kejadian ini telah ditentukan oleh allah."Katanya perlahan apabila jenazah naim selamat dikebumikan.
Tatkala kampung berkenaan menghadapi ancaman harimau ini lah wak samin muncul disitu.Dia sampai hanya beberapa minit saja selepas naim dikebumikan setelah menjadi mangsa keganasan harimau.
Apabila dia benar-benar menumpang disurau tok lebak,perasaan wak samin kembali bergelojak apabila mendengar harimau mengganggu kampung tersebut.Arun sendiri menceritakan kepada wak samin bagaimana harimau berkenaan tiba-tiba saja muncul.Lantas menerkam kearah naim yang tidur didalam buaian kain sarung diatas pokok.
Mengapa harimau berkenaan menerkam naim,pada hal buaian mula-mula yang ditempuhnya ialah buaian arun.Apakah harimau itu tahu juga memilih mangsanya.Sebab itu arun bertekad juga mahu memburu harimau berkenaan.Dia telah memasang ranjau dengan menggali lubang.Didalam lubang dipasang buluh runcing bercanggah.Kemudian lubang itu ditutup diatasnya dengan daun-daun kering.Diatas daun-daun kering itulah diletakkan umpan bangkai kambing.
Seminggu ranjau arun dipasang tidak pun mengena.Bangkai kambing yang dijadikan umpan sudah busuk berulat.Masakan harimau mahukan bangkai kambing itu lagi.Kecualilah kalau buaya disungai memang gemarkan bangkai demikian.Disebabkan memerangkap harimau ini lah arun cuba bertanya-tanya pada wak samin bagaimana mahu mententeramkan kampung tersebut dari gangguan harimau.
"Dulu dia ganggu ternakan,sekarang sudah berani membunuh manusia."Gerutu arun melepaskan geram.
"Tak ada ke cara untuk membunuh harimau tu?"Tanya wak samin.
Arun geleng kepala.Dia sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk menghalang gangguan harimau ini.Tok lebak pula tidak mahu ambil pusing.Selama ini ternakan dia memang tidak diganggu oleh harimau.Malah harta tok lebak juga tidak pernah diganggu oleh pencuri.
Pernah juga seorang pemuda memanjat pokok kelapanya,tetapi tiba-tiba saja menggelungsur ke bawah.Apabila sampai ditanah pemuda itu terduduk tidak dapat bangun lagi.Sehingga petangnya semasa tok lebak datang mahu mengait kelapanya pemuda itu meminta maaf.Tok lebak menepuk kepala pemuda itu tiga kali,lantas pemuda itu boleh berdiri semula.
"Kalau nak kelapa ambillah berapa kau suka.Tapi jangan gunakan untuk dijual.Gunakan untuk kegunaan keluarga kau..."Kata tok lebak.
Sejak peristiwa itu pemuda berkenaan tidak lagi berani mencuri.Tetapi mengapa tok lebak berusaha menjaga hartanya saja dengan kebolehannya selama ini.Malah dia menerima kematian anaknya naim di bunuh harimau itu sebagai ketentuan allah.
Orang-orang di situ tahu tok lebak seorang guru agama yang warak.Dia tidak akan kecewa bila menghadapi apa jua musibah yang menimpa dirinya.Bila menerima musibah tok lebak tetap tabah menerimanya.Sehingga bila diajak memerangkap harimau yang membunuh anaknya naim,dia enggan.
"Harimau itu pun mahkluk allah..."Ujarnya lemah."Macam mana kalau harimau yang masuk perangkap awak semua,bukannya harimau yang membunuh naim?"Soal nya tidak mahu bertindak.
Arun kecewa dengan sikap tok lebak.Dia mesti bertindak juga untuk menghapuskan ancaman harimau ganas.Kawasan hutan yang belum terbuka itu memang terdedah dengan ancaman harimau ketika itu.Ternakan seperti lembu dan kambing saban minggu menjadi mangsanya.Sebab itu lah arun terpaksa menyampaikan keluhan hatinya kepada wak samin.
"Kalau arun berjanji,aku boleh cuba bunuh harimau tu..."Wak samin tidak dapat menahan perasaan marahnya apabila mendengar kegelisahan penduduk-penduduk kampung diganggu harimau.
"Aku berjanji..aku berjanji..."Cepat saja arun memberi jaminan.Dia berharap sangat wak samin dapat membantu menghapuskan ancaman harimau yang menakutkan penduduk-penduduk kampung selama ini.
"Malam ni kita tunggu ditepi hutan."Kata wak samin penuh azam untuk menolong penduduk-penduduk kampung.Gangguan harimau ini menyebabkan wak samin tidak sanggup lagi untuk berpeluk tubuh.Dia mesti tunjukkan juga kebolehannya bagi menolong orang-orang kampung.
Seperti dijanjikan malamnya mereka berdua sampai ditepi hutan.Arun tidak gentar lagi.Dia yakin wak samin tidak berbohong mahu menghapuskan harimau ganas.Masakan wak samin merantau begitu jauh dari sumatera dengan dada kosong saja.
"Kau panjat pokok tu."Perintah wak samin sambil menghulurkan sebotol air kepada arun."Kalau ada harimau berkelahi nanti kau jangan takut,tetapi bila salah seekor darinya kalah,kau siramkan air ini perlahan-lahan ke tanah biar sampai terdengar bunyinya berdetup-detap."Dia berpesan kepada arun.
Arun mengangguk.Dia faham betul-betuk apa yang disuruh lakukan oleh wak samin.Kemudian dia memanjat sebatang pokok tidak jauh dari wak samin berdiri.Ketika ini bulan mengambang penuh menyinari kawasan tepi hutan itu.Oleh itu arun dapat melihat dengan jelas wak samin berdiri diatas batu besar ditubir anak air.
Wak samin meletakkan kedua tapak tangannya kedada sambil berkata dengan nyaring."Aku tau asal usul kau,mani baginda ali tumpah ke daun asal kau jadi,sekarang datang kau menyerah diri,kerana dosa kau membunuh anak baginda ali,hu allah....".
Selesai saja dia memuja,arun dapat mendengar bunyi ngauman kuat tidak jauh dari situ.Sebaik saja terdengar bunyi ngauman harimau itu,wak samin pun duduk mencangkung diatas batu.Arun nampak dia meneran seperti membuang air besar.Disebabkan samar-samar sinar bulan itu arun tidaklah nampak jelas sangat bagaimana keadaan wak samin ketika ini.Tetapi dia tahu wak samin berubah sedikit demi sedikit menjadi seekor harimau bertenggek diatas batu.
Apabila seluruh tubuhnya bertukar menjadi harimau dia berpusing-pusing diatas batu bagaikan resah menunggu kedatangan lawan.Tidak lama selepas itu muncullah seekor harimau yang berjalan tempang sedikit.Dengan tidak bertangguh harimau jelmaan dari wak samin terus menerkam harimau tadi.Dia melompat keatas harimau berkenaan seperti menerkam lembu di becah.
Sekaligus dia mematahkan tengkuk lawannya.Harimau yang menyahut cabaran wak samin itu langsung tidak melawan.Dia membiarkan saja dirinya diterkam,kemudian dibantingkan ke tanah.Harimau itu mati menggelupur selepas tengkuknya dipatahkan dan dilemparkan ketanah.Dengan pantas pula harimau jelmaan dari wak samin mencengkamkan kukunya dari paras leher direntap hingga sampai ke perut,menyebabkan dada dan perut harimau itu terbelah dua seperti yang pernah dilakukannya kepada arwah naim.
Harimau jelmaan wak samin juga memakan jantung harimau yang menjadi mangsanya.Selepas itu harimau jelmaan wak samin melompat semula keatas batu.Ketika ini lah arun mencurahkan air dibotol ketanah sehingga jelas kedengaran bunyi titisnya berdetup-detap menyainggahi daun-daun kering dibawah pokok.
Apabila mendengar bunyi detup-detap air menitik dicurahkan oleh arun,harimau jelmaan dari wak samin tadi menerkam kearah air jatuh menitik.Dia menjilat-jilat air tersebut.Kemudian menghempas-hempas badan ketanah seperti ayam kene sembelih.
Kira-kira 15 minit dia menghempas-hempas kan badan baru lah harimau jelmaan itu terkapar tidak bergerak.Bagaimana pun arun tidak berani turun ketanah selagi wak samin tidak menjelma.Lebih kurang 10 minit dia terkapar tidak bergerak barulah perlahan-lahan dia menggerakkan badannya sehingga sedikit demi sedikit bertukar menjadi wak samin semula.
"Hoi,turunlah kau."Teriak wak samin setelah keadaanya pulih semula.
Arun melompat turun mendapatkan wak samin.Dia tidak lah gementar sangat dengan kejadian yang dilihatnya kerana sudah diterangkan oleh wak samin sebelum itu.Tetapi dia seolah-olah macam tidak percaya dengan kejadian yang dilihatnya ini.
"Kita tarik bangkai harimau ini ke tengah kampung."Ujar wak samin menepuk bahu arun.
Bagaimana pun arun bertanyakan juga pada wak samin mengenai air yang dicurahkannya keatas tanah dari atas pokok itu.Mula-mula wak samin enggan juga menerangkan,tetapi disebabkan bimbang arun ragu-ragu tentang dirinya,baru lah dia menjelaskan bahawa air itu dibawanya dari sumatera.Apabila dia meminum air sungai yang diambilnya dari sumatera itu,dia akan pulih segera.Kalau tidak memakan masa yang lama barulah dia dapat memulihkan semula dirinya.
Penduduk-penduduk kampung terkejut apabila bangkai harimau diseret ke tengah kampung oleh arun dan wak samin.
"Harimau ni pernah terkena jerat...."Beritahu wak samin menunjukkan ke arah kaki harimau yang terdapat kesan membengkak."Pasal dia cedera lah dia mengganas,kalau tidak harimau ni tak mengganas."Katanya perlahan.
Barulah arun teringat dia pernah memasang jerat berasama naim disatu denai rusa.Jerat tersebut memang bingkas,tetapi rusa yang terjerat tidak ada.Mereka mengesyaki rusa nya sudah dibaham harimau,kerana ada kesan tapak kaki harimau bergelut disitu.
Lama-kelamaan rahsia wak samin membunuh harimau itu terbuka juga.Setelah kampung itu tidak diganggu harimau lagi,mereka mendesak arun menceritakan bagaimana wak samin membunuh harimau berkenaan.Ketika ini arun terlupa akan janjinya,dan dengan rasa megah menceritakan kejadian sebenarnya.Akibatnya orang-orang kampung tidak berani mendampingi wak samin,kerana mereka sudah menganggap wak samin sudah menjadi harimau cinaku atau harimau jadi-jadian.
Ada yang tidak mahu dia tinggal dikampung itu lagi.Cepat saja merebak cerita wak samin jadi harimau cinaku itu.Wak samin terlalu kesal dengan sikap arun tidak berteguhan janji dengannya.Disebabkan menyedari akan kesalahannya itu arun kuat mempertahankan wak samin supaya tidak ditohmah dengan tuduhan yang menghinakan dirinya.
Arun meminta jasa baik tok lebak supaya orang-orang kampung tidak memandang serong terhadap wak samin.Arun juga yang berusaha menjodohkan wak samin dengan embah jora anak perempuan tok lebak.Disebabkan tok lebak tidak menolak pinangan wak samin daripada arun itu,orang-orang kampung tidak lah berani sangat mempersoalkan diri wak samin yang dituduh menjadi harimau cinaku itu.
"Kau mesti buang ilmu tu..."Ujar tok lebak menasihati menantunya setelah wak samin sah menjadi suami embah jora.
Wak samin mengangguk.Sejak mula kedatangannya ke endau dia sudah bernekad untuk membuang ilmu tersebut.Sebab itu lah dia datang mencari tok lebak seperti yang dicadangkan oleh tok aji.Tatkala kedatangannya kampung tersebut dalam ketegangan diganggu harimau,sebab itu lah hasratnya yang terpendam itu tidak dinyatakannya kepada tok lebak.
"Ilmu yang kekal adalah ilmu yang dari allah."Beritahu tok lebak tegas.
Wak samin tetap mengangguk.Dia tidak akan membantah kata-kata bapa mertuanya.Kata-kata tok lebak sama seperti pernah diucapkan oleh haji mat tahir ketika dia belajar dimadrasah di sumatera dulu.Dia percaya tidak ada satu pun ilmu yang tinggi dari ilmu allah.
Dia juga tahu tok lebak juga tidak perlu mempelajari ilmu menjelma menjadi harimau untuk menjaga harta bendanya.Tetapi tok lebak sekadar berdoa menyerahkannya kepada kekuasaan allah semata-mata itu.Tidak ada pencuri yang dapat mencuri buah-buahan didusunnya,tidak dapat harimau menganggu ternakannya,dan dia tidak pernah bimbang dengan gangguan-gangguan demikian.
"Tujuan kau memelihara ilmu tu memang baik,tapi amalannya bertentangan dengan syarak."Ujar tok lebak seterusnya.
Wak samin hanya mengangguk-angguk saja bila menerima nasihat dari bapa mertuanya.
Bila teringatkan cerita arun menjadi jelmaan dirinya menjadi harimau memakan jantung harimau yang dibunuhnya,wak samin terasakan hendak muntah.Loya tekaknya apabila membayangkan jantung mentah masih berdarah itu masuk ke kerongkongnya.Bau hanyir darah harimau itu seolah-olah menyusup ke hidungnya.
"Erm,saya memang dah lama hendak membuangnya."Keluhnya memberi pengakuan kepada tok lebak."Sebab itu lah saya memerlukan tunjuk ajar bagi mengikisnya dari jiwa saya."Ujar wak samin selanjutnya.
Tiga malam berturut-turut dari malam rabu ke malam jumaat,tok lebak mengajak wak samin bangun tengah malam melakukan solat tahajud.Mereka bertahlil dan membaca yasin mengikut kifiyat membaca yasin 41 kali memohon allah memberi perlindungan diatas segala usaha mereka.
Malam keempat itu lah wak samin berseorangan diri duduk diatas batu di alur anak air itu.Dia menunggu dengan penuh tabah sehingga jam 1.00 pagi dengan membawa sesumpit garam yang dibekalkan oleh tok lebak.Ketika ini dia menguatkan zikirnya penuh khusyuk didalam hati yakni tidak dilafazkan keluar.
Lama dia menunggu diatas batu tersebut,barulah terasa angin kencang bertiup memuput pohon-pohon kayu ditubir bukit.Wak samin tidak gentar lagi mahu berhadapn dengan sesiapa pun.Kalau harimau datang menerkam,dia tidak perlu lagi menukarkan dirinya menjelma menjadi harimau.Dia sudah yakin dapat menentang setiap ekor harimau yang mahu menjadi musuhnya.
Sebaik saja angin berhenti tiba-tiba melompat seekor harimau didepannya.Wak samin menggenggam garam yang dibekalkan oleh tok lebak.Dia akan melemparkan garam tersebut sekiranya harimau itu cuba menerkamnya.Sebaliknya harimau dihadapannya itu tidak menerkam.Harimau itu berpusing-pusing lantas mencangkung disebuah batu lain bersetentang dengan wak samin.
"Kau nak tinggal kan aku,samin?"Satu suara tercungap-cungap dari arah harimau itu tercangkung.Wak samin dapat camkan suara itu sama dengan tok malim udoh gurunya.
"Tok guru ke tu?"Tanya wak samin pula.
"Dulu betul kau guru aku,sekarang tidak."Sahut harimau itu terlingguk-lingguk kepala.
Wak samin terdiam.Memang itulah jelmaan tok malim udoh.Terlalu jauh datangnya sehinggakan tercungap-cungap dia.Dia camkan betul-betul garau suara itu sama dengan garau suara tok malim udoh.Lenggok harimau itu juga sama seperti lenggok harimau yang duduk tercangkung dalam madrasah haji mat tahir.
"Dah putus tekad kau nak tinggalkan aku?"Soal harimau itu lagi.
"Iya tok guru,dunia kita tak sama."Tegas wak samin mencekup garam dari sumpit yang dibekalkan tok lebak.
"Baguslah kau cepat dapat lepaskan diri.Tak macam aku dah terlambat..."Ujarnya macam kesal.
Tetapi wak samin tidak terpengaruh dengan kata-kata demikian.Dia dapat mengagak mungkin harimau jelmaan itu sengaja berpura-pura mencari helah untuk memperdayakan dia.Kalau dia terpengaruh dengan arwah gurunya tok malim udoh,sudah tentu usahanya untuk mengosongkan diri dari gangguan ilmu tersebut tidak berhasil.
"Saya terpaksa tinggalkan tok guru,kerana guru saya sekarang lebih baik dalam mencari keredaan allah."Sahut wak samin macam menyindir.
Harimau jelmaan diatas batu tersengguk-sengguk menangis.Seolah-olah dia merasakan perpisahan itu amat memilukan hatinya.Namun wak samin tetap bertahan.Dia tidak mahu ikut sama bersedih dengan sikap harimau jelmaan itu,kerana dia tidak tahu sama ada benar harimau itu adalah jelmaan tok malim udoh atau tidak.
Bagimana pun tangisan hiba itu sama seperti tangisan tok malim udoh semasa jelmaannya duduk di madrasah haji mat tahir.Mahu juga wak samin datang melutut meminta maaf kepada gurunya itu.Segala kejadian yang menimpa gurunya itu adalah disebabkan kesilapannya tidak menunggu diatas kubur selama tujuh malam seperti yang diamanahkan.
Tetapi bila ingatkan pesanan tok lebak bahawa syaitan boleh menjelma menjadi apa pun kecuali dari menyerupai rasullullah,wak samin kembali menguatkan tekadnya.Dia mesti menentang harimau jelmaan itu sekali pun benar dia adalah jelmaan dari tok malim udoh.
Sehingga hampir subuh harimau jelmaan itu menangis menunjukkan kesedihan kerana wak samin mahu meninggalkannya,dia pun menghilang.Wak samin tetap teguh hatinya tidak mahu terpesona dengan kesedihan yang digambarkan oleh jelmaan tok malim udoh itu.
Malam kedua,wak samin melakukan lagi seperti yang disuruh oleh tok lebak.Malam kedua sekali lagi jelmaan tok malim udoh datang dengan tangisannya yang memilukan hati.Terasa juga wak samin betapa terhiris hatinya mendengarkan rintihan jelmaan tok malim udoh kerana nasibnya jadi demikian.
"Kalau kau ikutkan pesanan aku samin,sudah tentu aku tak jadi macam ni."Katanya terketar-ketar.
"Yang dah lalu tok guru,biarlah berlalu."Sahut wak samin tegas.
Malam kedua berlalu sama dengan tok malim udoh.Tetapi seekor harimau besar bertubuh hitam menyeringaikan taringnya didepan wak samin.
Dengan cepat wak samin melemparkan segenggam garam kemuka harimau berkenaan menyebabkan dia menggelupur ditanah bagaiakan terkena asid cuka getah.Kemudian dia bangun perlahan menjadi orang tua bongkok tetapi berwajah garang dan seperti malam pertama juga.Tetapi pada malam kedua yang muncul didepannya bukan lagi jelmaan yang bengis.
"Macam mana janji kau,dolak dalik."Jerkah orang tua itu garang.
"Dolak dalik macam mana?"Soal wak samin.
"Kejap hendak,kejap tidak."Katanya marah.
"Itu suka aku lah."Sahut wak samin mengejek.
"Menyusahkan orang..."Bentaknya meluahkan perasaan mendongkol dihati.
"Apa susahnya."Jelas wak samin tersengih-sengih."Aku dah tak suka dengan kau,buat apa paksa-paksa."Ujarnya lagi.
"Dulu,kenapa suka?"Orang tua itu meninggikan suara.
"Dulu lain,sekarang lain."Kata wak samin melemparkan lagi segenggam garam ke arah orang tua itu menyebabkan dia terpekik kesakitan.
Orang tua itu menggelupur-gelupur menyebabkan keluar asap dari seluruh tubuhnya.Kepulan asap itu berpusing-pusing mahu melingkari tubuh wak samin,tetapi dia membacakan."Hasbiallahhu wanikmal wakil nikmalmaula walnikmal nasir."Seperti yang disuruh oleh tok lebak.
Hampir subuh kepulan asap itu pun hilang.Kelihatan kabus embun memutih disekitarnya.Wak samin balik kerumah dengan hati lapang.Dia bertekad tidak akan menggunakan lagi ilmu menjelma menjadi harimau itu lagi.Sebaik sampai dirumah embah jora isterinya sudah menunggu dia.Apabila sampai dikaki tangga terus embah jora menyimbahnya dengan air setimba.
"Jora,kau nak bunuh aku."Pekik wak samin apabila dirasanya air yang disimbahkan tadi sama seperti minyak panas.Wak samin tersungkur ditangga memekik-mekik minta tolong.Cepat-cepat embah jora turun ke tanah mendapatkan suaminya.Hairan juga dia bagaimana air setimba yang diberikan oleh ayah nya itu boleh menyebabkan suaminya menggelupur dikaki tangga.
Arun dan tok lebak memapah wak samin naik kerumah dalam keadaan tidak berdaya lagi.Dia dibaring kan dihujung serambi.Tetapi saat ini wak samin merasakan dirinya disimbah embah jora dengan setimba minyak panas.Seluruh kulitnya melecur.Terasa pedihnya kulit itu lekang dari isinya.Kemudian embah jora mengoyakkan kulitnya itu.
Terjerit-jerit dia kesakitan,tetapi jeritannya tidak dihiraukan oleh embah jora.Kulitnya yang lekang akibat disimbah minyak panas terus dikoyak-koyakkan.Wak samin merasakan dirinya menjadi seekor kambing yang dikuliti hidup-hidup dengan tidak ada belas kasihan.
Tiga hari dia terlantar tidak sedarkan diri.Apabila dia sedar semula didapati kulit tubuhnya baik tidak seperti disimbah minyak panas.Tidak ada kesan melecur pada tubuhnya.Kesan merah dikoyak-koyakkan kulitnya juga tidak ada.
"Subhanallah..."Keluh wak samin bila menceritakan semula bagaimana peringkat awal dia mengosong kan terus dirinya dari gangguan ilmu tersebut.
"Mula-mula dia tuduh juga embah simbah dia dengan minyak panas."Sampuk embah jora selepas saja wak samin menceritakan kepada saya apa yang dialaminya itu.Kami semua tertawa mendengar penjelasan embah jora itu.
Tetapi air didalam timba itu hanyalah air biasa yang sudah didoakan oleh tok lebak dengan surah sajadah.Bagaimana pun wak samin juga tidak menentukan cara hendak dilakukan kepada mak ngah som bagi memulihkannya semula.Sakit yang dihidapi oleh saelah mungkin boleh dibantu juga,kerana keadaannya tidak teruk seperti mak ngah som.
Malam kami tidur dirumah wak samin itu,saya terkejut apabila terbangun ditengah malam terdengar orang menangis terisak-isak.Saya dapati wak samin yang menangis tatkala berzikir khusyuk diatas tikar sembahyangnya.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Tok Awang Ngah
No comments:
Post a Comment