Harimau Akuan
Bahagian 8 : Tok Galat Mengamuk
Sejak kematian ngah lajim itu lah saelah selalu merasa sakit-sakit badan dan sengal-sengal tulang.Manakala mak ngah som pula mengalami penyakit ganjil seolah-olah orang hilang akal tetapi dia menyedari apa yang berlaku keatas dirinya.Cuma dia tidak dapat mengawal dirinya supaya jangan melakukan perbuatan-perbuatan yang ganjil itu.
Mengenai diri mak ngah som memang alang deraoh tidak membenarkan berubat dihospital.Dia cuba berubat secara tradisional dengan beberapa orang dukun dari temerloh,dari serting,dari air hitam dan segamat.Tetapi masih juga tidak berubah keadaannya.
Sementara saelah sudah pun dibawa oleh cikgu madun berubat ke hospital hingga sampai ke kuantan,namun pihak hospital tidak dapat memberikan pengesahan apakah penyakit yang dihidapinya.Mula-mulanya doktor mengagakkan rhomatism,tetapi setelah dibuat ujian keadaan saelah normal.
"Boleh saya jumpa lebai suh tu...?"Tanya saya pada alang deraoh.
Alang deraoh terdiam bila saya tanyakan lebai suh.
"Di mana dia tinggal?"Soal saya lagi.Setelah saya mendengar cerita dari alang deraoh,mungkin lebai suh boleh membantu sedikit usaha mengubati mak ngah som dan saelah.
"Lebai suh dah meninggal..."Beritahu saelah perlahan.
Saya menghela nafas.Tidak pula saya menduga lebai suh yang mereka ceritakan itu sudah meninggal dunia.Malah lebai suh sudah meninggal dunia lebih awal dari ngah lajim.
Ketika hayatnya ngah lajim seolah-olah tidak menyenangi lebai suh.Dia menganggap lebai suh mencerca arwah tok galat,pada hal datuknya sudah dianggap keramat oleh penduduk-penduduk kampung.Bagaimana pun mereka berdua tidaklah bermusuhan,kerana lebai suh tidak lah pernah menghalang sesiapa pun berubat dengan ngah lajim.Malah kalau ada kenduri kendara di rumah lebai suh,memang ngah lajim ikut sama.Begitu juga dengan lebai suh kalau ngah lajim mengadakan kenduri kendara dia tetap akan datang.
Tetapi lebai suh tidak pernah memanggil ngah lajim untuk membakar kemenyan kalau mengadakan kenduri doa selamat tolak bala.Dia juga tidak akan meminta ngah lajim bersimah apabila mahu turun ke sawah.Lebai suh tidak mahu sanak saudaranya mambayar nazar dikubur tok galat kalau menghadapi apa-apa masalah.
Ngah lajim tidak lah tersinggung kalau lebai suh tidak mahu meminta pertolongannya mengubatkan sanak saudaranya yang sakit,tetapi dia tidak suka tok galat dicerca.Walau pun lebai suh tidak pernah memburuk-burukkan arwah datuk akinya,tetapi sikat lebai suh itu seolah-olah memperkecilkan tok galat.
"Tak ada keramat itu,keramat ini..."Lebai suh mengajar orang-orang kampung yang belajar agama disuraunya."Kalau orang itu dah mati,mana ada keramatnya."Jelas lebai suh mengingatkan orang-orang kampung.
Kata-kata ini lah yang menyinggung perasaan ngah lajim.Pernah juga satu ketika lebai suh menziarahi usop boyak sakit muntah-muntah darah.Dia datang sekadar menziarahi usop boyak sebagai jiran sekampung saja.Tidak terniat langsung untuk mendoakannya,kerana ngah lajim sudah dipanggil untuk mengubati usop boyak.
Lagi pun lebai suh tidak mahu menyinggung perasaan ngah lajim.Apa pula kata ngah lajim kalau dia memandai-mandai,kerana ngah lajim sudah diakui sebagai dukun besar,sekali pun tidak sama dengan arwah ayahnya pak ulin.Kehebatan ngah lajim tidaklah seperti ayahnya pak ulin yang dikenali orang sampai ke chenor,temerloh,lancang,mengkuang malah hingga ke serting dan air hitam.
Ketika ngah lajim membakar kemenyan ini,lebai suh memang ada diserambi rumah bersama-sama orang-orang kampung yang menziarahi.Usop boyak sudah dua hari terlantar kerana muntah-muntah darah akibat terkena santau.
Semasa ngah lajim datang bersama alang deraoh,orang sudah ramai menunggu kedatagan dukun besar itu.Lebai suh juga ada berconggok berhampiran tingkap dihujung serambi.Dia sendiri tidak pernah melihat ngah lajim mengubati orang,selain dari mendengar cerita orang saja.Rumah usop boyak itu tidak berdinding antara induk rumah dengan serambi.Jadi,dapatlah lebai suh melihat ngah lajim bersiap-siap mahu mengubat usop boyak.
Dia duduk disisi usop boyak.Dengan tidak payah diminta isteri usop boyak sudah membawakan perasap kedepan ngah lajim.Orang-orang kampung sudah tahu apa yang perlu disiapkan kalau memanggil ngah lajim mengubati pesakit.Perasap tempat membakar kemenyan mesti disediakan.Air tiga geluk dengan limau nipis tujuh biji.Kalau penyakitnya berat diperlukan juga bertih,kain hitam dan mayang pinang muda.
Sebelum memulakan kerjanya mengubati pesakit,ngah lajim akan membakar kemenyan terlebih dahulu.Dia menelangkupkan kedua tapak tangannya kepada asap kemenyan yang berkepul-kepul.Kemudian meraupkan asap kemenyan itu ke mukanya,mengurut-ngurut ke bahu dengan tangan bersilang hingga sampai ke pangkal peha.Silang tangan akan dibuka apabila mengusap kebahagian pangkal peha.
Selepas itu baru lah ngah lajim menghiris limau dimasukkan ke dalam geluk air.Dia akan mengocak-ngocak air dengan hujung keris pesaka peninggalan tok galat.Kemudian mengangkat mata keris diletakkan ke mukanya.Hujung keris akan dicecahkan ke dahi,sambil bibirnya mengucup luk di pangkal keris.
Incum,isteri usop boyak sudah faham apa yang diperlukan oleh ngah lajim.Sebab itu lah dia menyediakan keperluan tersebut.Kalau dia tidak tahu pun orang tua-tua akan ingatkan dia.Orang tua-tua dikampung itu semuanya tahu mengenai cara ngah lajim mengubati itu kerana demikian kelaziman dilakukan sejak dari tok galat,hinggalah kepada pak ulin.
Apa yang dilakukan oleh ngah lajim hanya mengikut seperti ditunjukkan oleh ayahnya arwah pak ulin.Siapa yang tidak kenal pak ulin,dukun besar dikampung mereka.Bukan setakat penyakit-penyakit biasa saja,malah penyakit-penyakit yang luar biasa pun pak ulin mampu menyembuhkannya.Kepercayaan orang-orang kampung dengan kehebatan pak ulin itu,tetap menebal sampai kepada ngah lajim juga.
Mereka adalah keturunan dari tok galat.Di masa hayatnya tok galat banyak berjasa sebagai seorang dukun besar,setelah meninggal dunia kubur tok galat tempat mereka berkaul dan bernazar pula.Bagaimana pun lebai suh sahaja yang melarang mereka dari melakukan perbuatan tersebut.
"Hu,berkat tok nenek,berkat keramat tanah air,berkat sejuk ibu bapa mengandung..."Suara ngah lajim kedengaran perlahan memulakan tugasnya sambil membakar kemenyan di perasap yang dihulurkan oleh incum.Jari telunjuk dan ibu jarinya mengisar-ngisar ketul kemenyan hingga berderai jatuh masuk ke bara merah.
Asap kemenyan berkepul-kepul naik sampai berkabus dimukanya.Ngah lajim memejamkan matanya sambil mulut terkumat-kamit.Semua orang yang menziarahi usop boyak terdiam tidak bercakap apa-apa.Mereka memerhatikan saja ngah lajim menghadap perasap kemenyannya.Lebai suh juga memerhatikan dukun besar itu menyumbangkan khidmatnya.
Ketika ngah lajim mengubati pesakit memang tidak dibenarkan siapa pun berkata-kata.Dia memerlukan suasana senyap sunyi supaya tidak terganggu kedatangan harimau akuan yang diserunya.Apagila penyakit yang dihidapi oleh pesakit itu tenat maka ngah lajim pasti menyeru harimau akuan tok galat bagi membantunya.
"Huh,tok nenek,anak cucu minta tolong ubatkan,santau bisa kaca bertitik."Jelas terdengar kata-kata ngah lajim menyeru.
Kira-kira 15 minit dia memejamkan mata dengan penuh khusuk menyeru harimau akuan,tiba-tiba ngah lajim menepuk lantai seperti sedang marah.Dia mengisar-ngisar tapak tangannya sambil merenung asap kemenyan yang sudah mula hilang.Hanya bara didalam perasap saja berkedip-kedip ditutupi abu panas.Cepat-cepat dia meniup abu panas itu supaya bara terus merah menyala.
"Kenapa bang ngah..?"tanya alang deraoh kehairanan.
"Entah."Dia menggeleng kepala macam tidak puas hati."Tak pernah pulak orang tua ni menolak.Malam ni tak mau dia datang,dipanggil macam mana pun."Keluhnya.
Dia mengerling ke arah usop boyak yang terlentang saja.Nafasnya saja berombak-ombak turun naik.Darah pekat meleleh dari hidung dan mulutnya.
"Habis nak buat macam mana?"Alang deraoh serba salah.
Incum tidak berkata apa-apa.Dia tersengguk-sengguk menahan sebak didada melihat suaminya terlantar.Penyakit suaminya memang jelas dapat dilihat kerana darah pekat keluar dari hidung dan mulut.Penyakit suaminya memang sudah lama dideritai,tetapi dia menyangka batuk biasa.
Bisa santau memang tidak sama dengan bisa racun upas.Dia meresap macam anai-anai bersarang di pohon.Santau tidak meregut nyawa mangsanya sekaligus,tetapi menyebabkan mangsanya menderita terlebih dahulu.
"Susah juga kalau orang tua ni tak datang."Ujar ngah lajim kebingungan.
Dia tahu gangguan santau itu dilakukan secara ilmu hitam.Arwah ayahnya menceritakan tentang santau yang dibuat dari kaca dititik dijadikan serbuk.Kemudian diagaulkan dengan miang rebung dan serbuk sengat ikan semilang.Bisa ini akan ditapakan sampai mengeluarkan bubuk.Bubuk ini lah akan dikirimkan kepada mangsanya sama ada melalui angin mahu pun melalui air.
Ini lah kerja-kerja sihir orang yang berhati kejam.Sebab itu lah ngah lajim memerlukan harimau akuan tok galat menghancurkan ilmu sihir demikian.Kekuatan ilmu hitam seperti ini akan lumpuh kalau harimau akuan tok galat dapat dipanggil.Dia percaya dengan pertolongan harimau akuan tok galat itu saja ilmu sihir yang digunakan ke atas usop boyak dapat ditentang.
Tetapi mengapa harimau akuan itu tidak muncul.Adakah kekuatan ilmu santau itu melebihi tok galat sendiri.Biasanya tok galat tidak dapat dikalahkan oleh apa jua jenis ilmu hitam yang mengganggu penduduk-penduduk dikampungnya.
"Hairan juga aku orang tua itu tak mau datang..."Ulangi ngah lajim.
"Kita bakar kemenyan lagi."Cepat-cepat alang deraoh mengesyorkan sambil merapati ngah lajim.
"Hah,kalau sekali dibakar tak datang,ertinya dia tak akan datang."Keluhnya mencepak-cepak bibir.
Usop boyak tidak juga membuka mata.Darah pekat kelihatan keluar dari hidung dan mulutnya.Incum mengesat darah pekat itu.Tetapi ternyata darah itu terus mengalir juga.Kalau tidak disekat nescaya usop boyak akan banyak kehilangan darah.Dia akan menderita tidak dapat diselamatkan.
Kalau ngah lajim sendiri sudah tidak berupaya mengubatnya bererti harapan usop boyak juga tipis.Malah harimau akuan tok galat sendiri sudah menolak untuk muncul disitu.Bila harimau akuan itu tidak mahu muncul,bermakna kekuatan ilmu hitam yang mengancam usop boyak lebih kuat dari tok galat.
"Cubalah macam mana pun,ngah lajim..."Rayu incum tersengguk-sengguk memandang ngah lajim.
Terdiam ngah lajim dengan permintaan incum.Tidak tahu apa harus dijawab kepada perempuan itu.Bukan dia sengaja mahu mengelak dari mengubati usop boyak,tetapi harimau akuan tok galat itu sendiri sudah menyerah kalah.Ini bermakna usop boyak tidak dapat diselamatkan lagi.
"Macam mana abang suh..?"Tiba-tiba ngah lajim mengalihkan pandangan pada lebai suh.
"Terserahlah pada kau.."Sahut lebai suh berdebar hati.Mengapa tiba-tiba saja ngah lajim bertanya kepadanya,pada hal selama ni harapan orang-orang kampung bergantung pada ngah lajim.
"Sekarang aku minta tolong pada abang suh."Ujarnya lemah."Aku tau kalau abang suh ada,orang tua ni takkan datang."Katanya mula teringat pesan arwah ayahnya bahawa harimau akuan tersebut tidak akan muncul sekiranya lebai suh ada sama-sama menyaksikan.
Mengapa pula demikian,dia tidak bertanya kepada ayahnya.Cuma ingatan itu diberitahu setelah ayahnya sendiri mengalami kejadian tersebut.Malam itu dia pula mengalami kejadian yang serupa.Dia pula bukanlah memusuhi lebai suh,tetapi keanehan mengapa harimau akuan tok galat tidak mucul kalau lebai suh ada yang menghairankan dia.
Malah arwah ayahnya juga tidak pernah memusuhi lebai suh.Sebaliknya dia akan cuba menghindarkan supaya lebai suh tidak datang semasa dia mengubati pesakit.
"Cubalah tolong aku lebai suh."Desak ngah lajim secara ikhlas.
"Kalau begitu biarlah aku minta diri.."Lebai suh bangun mahu meninggalkan mereka disitu.Cepat-cepat ditegah oleh ngah lajim,menyebabkan lebai suh duduk semula.
Lebai suh tahu,biasanya kalau arwah pak ulin sukar memanggil harimau akuan itu tatkala dia ada bersama,cepat-cepat pak ulin meminta tolong supaya lebai suh beredar.Memang pak ulin tahu harimau akuan itu tidak akan datang sekiranya lebai suh ada terconggok.Dia dapat melihat seolah-olah tok galat memerintahkan dia supaya menyuruh lebai suh beredar.Sayangnya,ngah lajim tidak lah dapat melihat seperti arwah ayahnya pak ulin.
"Tak apalah,aku minta abang suh ajalah,cubakan."Kata ngah lajim.
"Eh,mana aku tau..."Sahut lebai suh serba salah.
"Jangan lah macam tu abang suh."Ngah lajim merendahkan diri.Dia sanggup mengalah,kalau lah kerana lebai suh harimau akuan tok galat tidak mahu muncul.
Tentu ada sebab-sebab tertentu mengapa harimau akuan itu tidak mahu muncul apabila ada lebai suh terconggok.Pada ngah lajim dia mengagak tentulah lebai suh itu musuh tok galat.Disebabkan tok galat dan harimau akuan bukanlah dari golongan jahat,maka dia sanggup mengalah kepada lebai suh.Sebaliknya ngah lajim tidak dapat melihat jauh ke alam batinnya seperti arwah ayahnya pak ulin,yang dapat melihat tok galat menyuruhnya menghalau lebai suh.
"Marilah abang suh kesini."Ngah lajim menggamit.
Lebai suh serba salah.Dia tidak tahu bagaimana mahu membantu ngah lajim.
"Aku tak tahu apa-apa,lajim."Jelasnya perlahan.
"Jangalah macam tu.."Desak ngah lajim.
"Biarlah aku balik aje."Lebai suh menerangkan kesediaannya meninggalkan rumah usop boyak kalau benarlah disebabkan dia harimau akuan tok galat tidak muncul.
"Kesiankan la usop ni."Ujar ngah lajim macam merayu.
Beberapa orang yang duduk diserambi mendesak lebai suh membantu.Mereka pernah juga melihat lebai suh mengubati orang sakit bila ngah lajim tidak ada.
Setelah merasakan ngah lajim benar-benar mengharapkan dia,lebai suh pun mara ke tengah rumah.Dia duduk bertumit disisi usop boyak bersetentang dengan ngah lajim.
"Mari kita sama-sama berdoa."Lebai suh mengajak semua orang yang berada disitu sama-sama menadah tangan membaca doa selamat,lebai suh memerhati ngah lajim."Kau pun buatlah cara kau.Biarlah kita sama-sama berdoa."Kata nya.
Ngah lajim mengangguk.Ketika ini lebai suh merasakan dirinya benar-benar diharapkan oleh semua orang.Sebab itu dia bersedia melakukan apa saja,setelah melihat keadaan usop boyak yang semakin lemah.
Lebai suh meletakkan tapak tangan kanannya kedada usop boyak.Kemudian dia membaca al-fatihah tiga kali,diikuti dengan surah al-ikhlas tiga kali.Selepas ini dia mendiamkan dirinya dengan membaca beberapa doa secara khusyuk didalam hatinya.
Sementara ngah lajim juga terkumat kamit mulut membaca manteranya seperti yang pernah diajar oleh arwah ayahnya.Ketika ini dia membuka mata melihat lebai suh mengisar-ngisar tapak tangannya kedada usop boyak.Darah pekat meleleh keluar dari mulut dan hidung usop boyak,cepat-cepat pula di sapu oleh incum.
"Dudukkan dia."Perintah lebai suh.
Alang deraoh memangku kepala usop boyak.
"Ambilkan baldi incum."Lebai suh menyuruh incum.
Cepat-cepat incum berlari ke dapur mengambil baldi.
"Tadahkan ke mulutnya."Ujar lebai suh memberi isyarat kepada incum supaya meletakkan baldi itu ke mulut usop boyak.
Incum mematuhi perintah lebai suh.Sementara ngah lajim pula sama-sama membantu incum menadahkan baldi itu.
Kemudia lebai suh berdiri di sebelah hulu kepala usop boyak.Dia meletakkan tapak tangannya ke ubun-ubun usop boyak,tiba-tiba usop boyak terbatuk kuat serta muntah tersedak-sedak.Lebai suh terus membaca doa dengan jelas dapat didengar.Alang deraoh dapat mendengar lebai suh membaca surah al-qalam.
Beberapa kali usop boyak batuk tersedak-sedak.Dia muntah kedalam baldi yang ditadahkan oleh isterinya incum.Habis dia membaca doa,lebai suh kembali berdiri tegak.Dia menarik nafas seperti dalam keletihan.
"Cukup dulu,baringkan dia balik.."Ujar lebai suh.
Usop boyak dibaringkan semula.Dia kelihatan lemah tidak bermaya.Incum mengesat bibir suaminya yang kelihatan darah memercik.Tetapi kesan darah mengalir sudah tidak ada lagi.Orang-orang yang berkeliling melihat usop boyak merasa lega kerana darah sudah mula berhenti.
Bila mereka lihat baldi bekas muntah usop boyak terdapat banyak darah berbintik-bintik bercampur dengan rambut segumpal,miang rebung dan manik-manik sebuk kaca.
Lebih seminggu juga usop boyak terbaring,barulah tenaganya pulih semula.Baru lah orang-orang kampung ngah lajim juga tidaklah memusuhi orang lain yang boleh mengubati orang.Malah dia sendiri yang mempelawa lebai suh mengubati usop boyak.Sikapnya ini tidak sama dengan sikap arwah ayahnya pak ulin yang tidak mahu lebai suh menziarahi orang sakit tatkala dia sedang mengubat.
Dua tiga malam selepas peristiwa lebai suh membantu ngah lajim mengubati usop boyak,dia mendengar setiap malam ada orang berjalan mengelilingi rumahnya.Kadang kala gelegar rumah nya juga dilanggar hingga bergegar.Rumahnya juga tersenget kalau dilanggar kuat.
Hairan juga mak ngah som siapa yang membuat angkara mengganggu rumahnya.Tetapi ngah lajim mendiamkan diri sejak bila kejadian tersebut berlaku.Dia akan duduk dihujung serambi dengan memadamkan pelita semasa kedengaran bunyi orang berjalan disekeliling rumahnya.Sementara minah dan saelah yang masih kecil ketika itu disuruh tidur diam-diam dalam bilik.
"Apa bendanya yang mengacau ni?"Mak ngah som mula memberang kerana gangguan itu berlaku setiap malam.
"His,benda diluar rumah jangan ditegur."Ngah lajim memarahi dia.
"Awak nak biarkan aje,orang mengacau rumah kita?"Jerkah mak ngah som tidak sabar lagi.
Apabila mak ngah som semakin marah tiba-tiba saja rumah dilanggar sampai terangkat.Terasa gelegarnya disondol kuat seperti dirempuh oleh sekawan gajah.Terlompat-lompat mak ngah som melatah bila lantai berdegum kena sondol.
"Op,bapak kau,apa kene kau,bapak kau,eh..siapa bapak kau."Katanya melompat-lompat menampar kepala.
Ketika ini bunyi orang berjalan itu senyap sebentar.Tetapi tidak lama kemudian,bunyi tapak kaki berjalan itu kedengaran lagi.Sekali sekala halaman rumah mereka seperti dicakar oleh binatang besar.Ngah lajim tetap mendiamkan diri saja dengan keadaan yang menggerunkan anak isterinya itu.
Esoknya,mak ngah som dapat melihat kesan tapak kaki harimau merata-ratakan disekeliling rumah.Tiang rumah juga tergantung sebatang dua,kerana tergelincir dari sendi.Terpaksalah ngah lajim memperbetulkannya semula.Alang deraoh yang membantu dia membetulkan semula tiang rumah yang tergelincir dari batu sendi.
"Orang tua tu marah agaknya."Keluh ngah lajim memberitahu alang deraoh semasa sama-sama membetulkan tiang rumah.
"Mengapa pula."Alang deraoh terkejut.
"Orang tua tu memang tak suka abang suh."Ujarnya semacam kesal mempelawa lebai suh membantunya ketika mengubati usop boyak."Malam tu aku panggil abang suh pula yang mengubatkan usop boyak.."Jelasnya perlahan.
"Kenapa bang ngah suruh juga abang suh?"Soal alang deraoh.
Ngah lajim terdiam.Dia dapat mengagak bahawa harimau akuan tok galat tidak suka kepada lebai suh,disebabkan dia seorang alim serta guru agama.Lebai suh mengajar agama dikampung tersebut.Malah minah dan saelah juga belajar dari lebai suh.
Apabila dia mengajar orang-orang perempuan disuraunya,mak ngah som juga ikut sama belajar.Lebai suh mengingatkan mereka supaya mengelakkan diri dari menghampiri diri kepada syirik.Berkaul dan membayar nazar dikubur tok galat juga kitakan syirik oleh lebai suh.
Mungkin kerana lebai suh selalu menegah orang-orang kampung dari berkaul atau membayar nazar di kubur tok galat itu lah menjadi punca mengapa harimau akuan tok galat tidak menyukainya.Ngah lajim sendiri percaya itu lah sebabnya harimau akuan tok galat menjadi marah apabila dia mula berbaik-baik dengan lebai suh.
"Tapi,abang suh pun orang baik."Ngah lajim mengeluh panjang."Kalau tok galat orang baik,mengapa dia marah pada orang baik..?"Ujarnya bercampur hairan.
Malam berikutnya gangguan itu muncul lagi.Beberapa kali gelegar rumahnya disondol hingga berdegum degam.Disebabkan tidak tahan lagi dengan gangguan itu,ngah lajim pun membakar kemenyan.Sebaik asap kemenyan berkepul naik dia pun meraupkan ke mukanya.
Kemudian lantas dia turun ketengah halaman mahu memastikan sama ada harimau akuan benar-benar memarahi dia atau pun tidak.Semasa ngah lajim turun ke tengah halaman,mak ngah som tidak menjengah pun dari tingkap.Dia sendiri ketakutan dengan memeluk dua orang anaknya minah dan saelah.Hanya sekali sekala dia mendengar ngah lajim macam bercakap seorang diri ditengah halaman.
Sebenarnya ngah lajim tidak bercakap seorang diri.Semasa dia turun ke tengah halaman,dia nampak bayang hitam harimau melompat melangkaui kepalanya.Ngah lajim tidak mengelak,tetapi membiarkan saja harimau itu melangkahi kepalanya.Hatinya benar-benar marah kerana tiap-tiap malam rumahnya diganggu oleh harimau akuan tersebut.
"Kalau tok nenek ingat anak cucu salah,hah cakaplah apa salah anak cucu."Gerutu ngah lajim memengang hulu keris pusaka peninggalan tok galat.
Dari arah busut dihujung halaman dia nampak orang tua berpakaian serba hitam mara mendapatkan dia.Bahu orang tua itu kelihatan berbonggol dan bauk pada pipinya tebal.Langkah nya pun tidak lah tegap sangat,namun cara dia menghampiri ngah lajim itu memang seolah-olah orang sedang marah.
"Apa salah anak cucu?"Jerkah ngah lajim mengisar hulu keris dengan tapak tangannya.
"Hati anak cucu baik,tok nenek tau.."Sahut orang tua garau terketar-ketar."Hati lebai suh pun baik,tok nenek tau"Katanya berdiri membongkok didalam gelap malam itu.
"Habis,kenapa tok nenek marah dua tiga malam ni?"Katanya meluahkan perasaan yang mendongkol."Sampai anak bini kami pun takut..."Gerutunya kesal.
"Tok nenek bukannya marah,tok nenek marah dua tiga malam ni?"Katanya meluahkan.
"Tok nenek bukannya marah,tok nenek cuma nak beri ingat."Dia menjelaskan perlahan.
"Ingat apa tu?"Soal ngah lajim masih menahan perasaan marah.
"Lain kali jangan benarkan lebai suh datang..."Orang tua itu memberitahu.
"Kalau hati dia baik,kenapa tok nenek larang.?"Ngah lajim semakin berani.Dia tidak peduli apa pun akan terjadi,kerana dia merasa tidak bersalah membenarkan lebai suh mengubat usop boyak.Siapa pun boleh mengubat,dia tidak akan melarang.Tujuannya adalah baik iaitu untuk mengubati orang sakit,kalau dia tidak berupaya menyembuhkan,dia mesti serahkan kepada orang yang boleh mengubatkan.
Orang tua itu tidak menyahut.Dia merenung ngah lajim dengan mata bersinar merah seperti bola api.Tetapi ngah lajim tidak merasa gentar.Dia memegang hulu keris erat-erat.Kalau orang tua itu bertukar menjelma menjadi harimau mahu menerkamnya,dia tetap akan gunakan keris tersebut bagi mempertahankan diri.
"Kalau tok nenek orang baik,mengapa marah pada orang baik?"Suara ngah lajim semakin keras.
"Tok nenek tak marah pada lebai suh."Beritahu orang tua terbatuk-batuk halus.
"Habis mengapa tak benarkan lebai suh datang?"Soalnya dari tengah halaman.
"Tok nenek tak boleh datang kalau lebai suh ada.."Jelas orang tua berterus-terang.Dia dapat memahami perasaan ngah lajim yang berbeza dari arwah ayahnya pak ulin.Sikap ngah lajim lebih berani kalau dibandingkan dari pak ulin,walau pun kekuatan ilmu batinnya tidak ada seperti ayahnya.Malah ngah lajim seolah-olah tidak menghiraukan sangat harimau akuan tok galat.Dia menjaganya hanya kerana mematuhi amanat ayahnya saja.
"Mengapa?"Soal ngah lajim masih tidak berpuas hati dengan alasan yang diberi oleh orang tua berkenaan.
"Seluruh badan tok nenek panas membahang,berminggu-minggu tok nenek menanggungnya.Ingat tu jangan dibenarkan lebai suh tu."Katanya sayup-sayup lantas hilang seperti kabus ditelan sinaran matahari.
Tidak sempat ngah lajim mahu bertanya kepadanya mengapa seluruh badannya menjadi sakit-sakit panas membahang sekiranya lebai suh ada terconggok.Pada hal dia mengakui lebai suh orang baik.Masakan orang baik boleh menyakiti orang baik.
Sejak malam itu tidak ada lagi gangguan pada keluarga ngah lajim.Bagaimana pun dia mematuhi juga ingatan orang tua yang ditemuinya supaya mengelakkan dari lebai suh apabila mahu membakar kemenyan peninggalan arwah datuk akinya itu.Sehingga akhir hayatnya,ngah lajim sendiri tidak mendapat jawapan mengapa harimau akuan tok galat itu tidak boleh muncul sekiranya lebai suh ada bersama menyaksikan.
"Apa pandangan ustaz?"Soal alang deraoh setelah dia menceritakan kepada saya latar belakang lebai suh itu.
Saya hanya tersenyum.Kalau saya jawab mungkin tersinggung pula hati alang deraoh.Apa lagi dengan kekecewaan saya mahu menemui lebai suh yang diceritakannya kerana dia sudah meninggal dunia.Bagaimana pun saya tahu kerana zikir lebai suh yang halus dan mendalam itu lah yang menyebabkan harimau akuan itu tidak berani memunculkan diri.Jelaslah,bahawa syaitan tidak akan berdaya menunjukkan diri bila disebut kalimat-kalimat allah.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Tok Awang Ngah
No comments:
Post a Comment