Friday, 4 November 2016

Harimau Akuan

Bahagian 4 : Harimau Mengubat Orang Sakit


   Sudah tiga kali saya datang kerumah cikgu maduk sambil melihatkan sakit isterinya saelah.Dari segi lahir memang saelah tidak sakit,kerana dia masih sedar apa yang dilakukannya.Tapi sekali sekala dia meraskan kepalanya sakit-sakit,dan seluruh sendi anggotanya merasa lemah.Apabila saya bacakan 7 ayat terakhir surah yasin disambung dengan ayat kursi,saelah kelihatan menggeliat-liat.

   Dia sedar apa yang berlaku,tetapi tidak dapat mengawal kaki tangannya yang mencakar-cakar.

   "Saya sedar apa yang ustaz buat,tapi saya tak dapat mengawal kaki tangan saya dari mencakar-cakar."Ujar saelah selepas saya cuba mendoakannya.

   "Tapi sejak ustaz doa-doakan ni,tak selalu dia kene sakitnya."Beritahu cikgu madun pula.

   Saya tahu bukanlah mudah mahu menyembuhkan sakit yang sudah lama dideritai oleh saelah.Lagi pun doa seseorang itu tak semestinya segera dimakbulkan allah.Kadangkala allah menarik semula pertolongan kepada seseorang itu apabila dikehendakinya,sekali pun yang berdoa itu seorang ulama besar.

   Sebab itu tidaklah menghairankan saya apabila saelah tidak juga sembuh walau pun sudah tiga kali saya mengulanginya.Mungkin untuk menyedapkan hati saya saja cikgu madun memberitahu penyakit isterinya berkurangan sedikit.Dari apa yang saya lihat memang penyakit saelah itu masih juga seperti sebelumnya.

   Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai arwah ngah lajim,saya mengajak alang deraoh untuk menemui mak ngah som sendiri.Tetapi saya diberitahu bahawa mak ngah som seperti orang hilang akal selepas kematian ngah lajim.Dia sering tersengih-sengih seorang diri.Puas sudah diubati oleh alang deraoh dan anak-anaknya,namun penyakit mak ngah som tidak berubah.Oleh itu terpaksalah dibiarkan penyakit mak ngah som dengan tidak diubat.

   Saya mengagak memang penyakit yang dideritai oleh saelah itu ada hubungannya dengan tok galat.Harimau akuan tok galat masih menguasai keluarga mereka dan keturunannya.Ngah lajim sebagai orang terakhir dari keluarganya yang memelihara harimau akuan itu tidak menurunkan kepada sesiapa.Oleh itu selepas kematiannya harimau akuan ini memerlukan tuannya dari keturunan tok galat.

   Apagila dia tidak dapat mengharapkan saelah menjaganya,ini lah yang menyebabkan saelah menderita sakit.Harimau akuan ini pula tidak bertujuan buruk sebaliknya dia mahu menjaga keturunan tok galat dari sebarang gangguan.Derita sakit yang dialami saelah itu adalah satu peringatan supaya saelah tidak lupa menjaga harimau akuan tok galat itu.

   "Saya agak ini penyakit turunan."Saya menjelaskan kepada alang deraoh.

   "Eh,keturunan kami tak pernah sakit macam ni,ustaz."Ujar alang deraoh macam terkejut.

   "Maksud saya bukannya sakit turun temurun."Beritahu saya tersenyum."Sakit saelah ini disebabkan harimau akuan yang dipelihara itu.Dia tubuh halus jadi tak nampak dengan mata kasar kita.."Saya menerangkan.

   Alang deraoh mengangguk.Dia faham dengan apa yang saya maksudkan.Tetapi itu lah silapnya orang tua-tua kita dulu yang menuntut ilmu kebatinan,tidak membuangnya sebelum meninggal dunia.Akhirnya ilmu kebatinan kepunyaannya itu tidak mati bersama jasadnya,sebaliknya menjadi gangguan pula kepada keturunan kemudian.

   Walau pun tok glaat berpegangn kepada ajaran pak jibon bahawa sebarang ilmu kebatinan kalau digunakan untuk jalan jahat,maka jahatlah jadinya.Sebaliknya kalau digunakan untuk jalan baik,maka ianya akan memberi manafaat.Tetapi ternyata bahawa ilmu yang tidak berpegang kepada tali allah sama ada tujuannya baik atau jahat,akhirnya akan memudaratkan juga.

   Mungkin semasa hayatnya tok galat menggunakan ilmunya untuk kebaikan,tetapi setelah dia meninggal dunia,kebaikan ilmunya untuk menjaga keturunannya sudah bertukar menjadikan keturunannya mudarat.Inilah yang dideritai oleh saelah.

   Disebabkan saya ingin sangat melihat tapak rumah arwah ngah lajim disamping busut yang dikatakan tempat harimau akuan tok galat selalu muncul,maka alang deraoh pun membawa saya kekampungnya.Cikgu madun bersama isterinya saelah juga ikut ke kampung menemani saya.

   Ketika saya sampai dirumah mak ngah som,saya dapati dia tersengih-sengih saja.Selama ini anaknya minah dan menantunya sarip yang mengambil berat mengenai dirinya.Baik makan minum baik mandi dan pakaiannya,baik menguruskan tanah kebunnya.Mak ngah som memang sudah tidak tahu apa-apa lagi sejak kematian suaminya ngah lajim.

   "Good morning ustaz.."Katanya bila diberitahu kepadanya mengenai diri saya."Good morning he he he he..."Dia tersengih-sengih kerana sebutan perkataan good morningnya itu tidak lah berapa betul.

   Saya menggangguk-angguk saja.Apabila disuruh dia duduk berhadapan dengan saya,mak ngah som menurut saja.Dia tidak membantah kalau ada usaha mengubatinya,kerana dia sebenarnya tidaklah seperti orang-orang yang tidak siuman biasanya.Memang penyakit mak ngah som ini unik sedikit.kerana dia sedar dan tahu apa yang dilakukannya.Mungkin dia tidak dapat mengawal dirinya.

   "Macam mana mulanya ni mak ngah?"Saya cuba menguji akal fikirannya.

   "Entah lah,ustaz."Katanya menunduk."Mak ngah ni sebenarnya malu kerana mak ngah macam ni.Kadangkala mak ngah tersengih-sengih,kadangkala bercakap seorang diri.Mak ngah tahu apa yang mak ngah buat,tapi mak ngah tak dapat nak kawal diri jangan buat macam tu."Ujarnya sungguh kesal dengan kejadian yang menimpa dirinya itu.

   "Insya allah,sama-sama kita berdoa agar penyakit mak ngah sembuh."Saya mententeramkan fikirannya.

   "Cubalah ustaz,mak ngah malu benar."Jelasnya dalam keadaan tersengih-sengih.

   Dari apa yang saya lihat penyakit mak ngah som ini,memang dia sedar apa yang berlaku disekelilingnya.Cuma dia tidak dapat mengawal dirinya.Boleh jadi inilah kesan dari ilmu kebatinan turun temurun dari arwah tok galat.Tujuannya itu menjaga keturunannya,sudah menyebabkan ianya memberi mudarat.

   Saya sedar inilah perbezaan antara ilmu allah dengan bukan ilmunya.Ilmu allah akan memberi menafaat sampai ke akhir zaman,sedangkan ilmu yang datang bukannya dari allah walau pun mempunyai tujuan baik,tetapi akhirnya secara tidak langsung memberi mudarat juga.Kalau arwah tok galat masih hidup tentu dia sendiri menyesal melihat penderitaan keturunannya akibat ilmu harimau akuan yang diamalkannya semasa hayatnya.

   "Kalau boleh cubalah kak minah dengan saelah lakukan sembahyang tahajud tiap-tiap malam."Saya mengesyurkan.Insya allah saya akan membantunya untuk sama-sama bersembahyang tahjud."Kata saya menyakinkan mereka.

   Setelah puas berusaha mengubati mak ngah som tidak juga boleh sembuh,maka peluang terakhir bagi mengubatinya serahkan saja kepada allah s.w.t.Dengan melakukan sembahyang sunat tahajut itu,dapatlah anak-anaknya minah dan saelah membuat penyerahan diri secara khusyuk meminta kehadrat allah supaya disembuhkan emaknya mak ngah som.

   Mungkin mereka yang tidak pernah mengalaminya tidak yakin dengan apa yang saya nyatakan.Apa lagi untuk bangun tengah-tengah malam selepas lena tidur,tentulah sukar bagi mereka mahu melakukan.Tetapi inilah cara-caranya untuk membuktikan bahawa kita bersungguh mahu mengharapkan pertolongan allah.Kalau sekadar doa,atau jampi serapah yang lazimnya dilakukan tentulah tidak sama kalau kita memohon sendiri ke hadrat allah.

   "Boleh kak minah dan saelah lakukan?"Soal saya dengan penuh harapan.

   Mereka berdua berjanji mahu melakukan.

   Disamping itu alang deraoh masih tertanya-tanya dengan masalah yang saya timbulkan mengenai ilmu kebatinan tok galat yang memudaratkan keturunannya,pada hal semasa hayatnya tok galat sentiasa melakukan kerja-kerja kebajikan menolong orang ramai.Disebabkan saya tidak mahu berbahas dengan alang deraoh,tidaklah dia bertanyakan sangat kepada saya masalah sebenarnya.

   Dia sendiri mengaku pernah diubati oleh ngah lajim dengan menggunakan harimau akuan dari tok galat itu.Minah sendiri mengakui cerita alang deraoh itu semasa dia jatuh dari pokok petai.Ketika ini musim petai berbuah.Sudah menjadi kelaziman orang-orang dikampungnya akan berlumba-lumba mencari petai ke hutan apabila petai berbuah.

   Alang deraoh memanjat sebatang petai tua yang tinggi,kerana dia tidak mahu menebangnya.Kalau ditebang beerti dapat sekali saja makan buahnya,tetapi kalau dengan cara dipanjat,dia boleh mengulangi lagi pada tahun hadapan.Ketika memanjat ini tidak disangkanya tangannya berpaut pada dahan rapuh menyebabkan dia jatuh kebawah.

   Pinggangnya terendal pada banir pokok.Akibatnya dia tidak boleh bergerak lagi.Ternyata pinggangnya patah akibat jatuh dari pokok berkenaan.Malah alang deraoh tidak dapat menjerit lagi walaupun kesakitannya terasa amat menyeksakan.

   Jaeman yang bersama kehutan bersama alang deraoh tidak berdaya untuk memapah dia balik.Hendak ditinggalkan alang deraoh seorang diri tidak sampai pula hati.Alang deraoh hanya mengerang saja menahan kesakitan.Mujurlah ketika ini ngah lajim bersama sarip menantunya juga masuk kehutan untuk mencari rotan.Kebetulan pula dia melalui di lorong yang diikuti oleh jaeman dan alang deraoh.

   Dengan muncul nya ngah lajim bersama sarip maka mudahlah mereka menandu alang deraoh balik ke kampung.Disebabkan patah pinggangnya benar-benar teruk,maka alang deraoh telah dihantar kehospital.Lebih kurang enam bulan pinggang alang deraoh bersimen,namun sakitnya tetap tidak berubah.

   "Bawalah aku ni balik mak emon.."Kata alang deraoh pada isterinya.

   "Awak sakit,biarlah berubat dihospital dulu."Sahut mak emon memujuk suaminya."Dah sembuh nanti,baliklah."Ujarnya menahan rasa terharu.

   "Biarlah aku mati dirumah mak emon alang deraoh tidak sabar lagi mahu berubat dihospital.Punggungnya juga sudah berkudis kerana terlalu lama terlentang tidak dapat berpusing langsung.

   "Kalau dikampung tak berubat.."Mak emon mengingatkan.Dia sendiri buntu bagaimanakah mahu mengubat suaminya.Lain lah kalau alang deraoh diganggu jembalang tanah atau puaka hutan,memang boleh dipanggil ngah lajim mengubatkannya.

   Tetapi penyakit alang deraoh memang sudah diketahui iaitu patah tulang pinggang akibat jatuh dari pokok.

   "Bawa lah aku balik."Desak alang deraoh tidak sabar lagi menunggu lebih lama di hospital.

   Kalau dengan penyakit ini membawa maut pun,alang deraoh rela.Biarlah dia mati dari menanggung derita sekian lama.Enam bulan bukan lah satu jangka masa yang pendek.Bayangkanlah selama enam bulan dia terlentang tidak dapat mengiring ke kiri atau kanan.Sehingga punggungnya pun sudah naik berkudis sebesar sepelembap disebabkan terletak diatas tilam.

   Terpaksalah mak emon bertungkus lumus menadah kencing atau najis membuang air besarnya.Dia sendiri amat terharu dengan pengorbanan mak emon yang sanggup bersusah payah kerananya."Beritahu ngah lajim,bawa lah aku balik mak emon."Desak alang deraoh.

   Disebabkan alang deraoh sendiri yang meminta supaya dia dibawa balik,maka pihak hospital membenarkan alang deraoh dibawa balik ke kampung.Bagaimana pun pihak hospital meminta supaya setiap bulan,alang deraoh dibawa juga ke hospital untuk rawatan khas.

   Seminggu alang deraoh dirumah,keadaannya masih juga tidak berubah.Ngah lajim sendiri tidak tahu apakah haru dibuat.Hendak disuruh urut kepada bidan,pinggang alang deraoh bukannya terseliuh.Bagaimana pun setiap malam disuruh juga ngah lajim dibebat pinggang alang deraoh dengan daun tembaga suasa.

   Terpaksalah mak emon mencari daun tembaga suasa.Dilayur keapi kemudian disapu minyak kelapa sebelum dibebatkan ke pinggang suaminya.Kesedihan terbayang diwajah mak emon,kerana sudah lebih enam bulan mereka anak beranak menderita selepas peristiwa tersebut.

   "Apa fikir kau jaeman dengan abang ipar kau ni?"Tanya ngah lajim macam putus asa.

   "Aku serahkan pada ngah jer la."Sahut jaeman.Dia sendiri tidak tahu macam mana mahu dilakukan.Kalau sudah dibawa kehospital lebih enam bulan tidak juga sembuh,apa sangatlah diharapkan darinya.Sedangkan doktor yang pakar itu pun tidak mampu mengubati abang iparnya itu,apa pula dia yang tidak tahu apa-apa.

   Kalau diajak kehutan mencari petai boleh lah.Itu pun dia tidak berani memanjat seperti alang deraoh.Memang jaeman tidak tahu apa-apa,sebab itu lah dia serahkan kepada ngah lajim bagaimana mahu mengubati alang deraoh.

   "Cuba-cubalah serukan tok galat tu ngah."Rayu alang deraoh mengerang-ngerang kesakitan.Dia yakin itulah saja caranya bagi mengubati kesakitan yang dideritainya.

   "Aku tak berani sangat nak bakar kemenyan tu."Beritahu ngah lajim merasa bimbang bila disebut nama tok galat.Sejak arwah masih hidup lagi dia tidak berapa berani menyebut-nyebut nama tok galat.Walau pun dimasa kecilnya dia sangat dimanjakan oleh tok galat itu.

   "Tolong lah aku ni ngah."Rintih alang deraoh menanggung penderitaan selama lebih enam bulan.

   Ngah lajim tertunduk.Bagaimanakah dia mahu menolong adik iparnya itu?.Perkara membakar kemenyan peninggalan tok galat itu memanglah mudah,tetapi kalau cara menyerunya tidak kene,boleh jadi harimau akuan tok galat itu marah.Hanya penyakit yang unik saja baru boleh diseru tok galat.Kalau sekadar sakit biasa harimau akuan tok galat itu boleh mengamuk sampai habis anak tangga rumah dipatahkannya.

   Ketika arwah ayahnya masih hidup,ngah lajim lihat sendiri bagaimana harimau akuan itu mengamuk.Puncanya ngah lajim tidak lah tahu,tetapi ternyata arwah ayahnya hendak menggunakan harimau akuan tok galat mengubati gayah juling tidak sedar diri,merapik-rapik sepanjang malam.

   Apabila dibakar saja kemenyan peninggalan tok galat itu,tiba-tiba saja rumah bergegar seperti dilanggar sekawan gajah.Mujurlah tidak runtuh tersembam ke bumi.Setelah suasana sunyi,mak ngah som yang hendak balik terjerit kerana tangga hadapan patah-patah.Kesan cakaran harimau jelas kelihatan disitu.

   Disebabkan harimau akuan tok galat mengamuk,gayah sendiri mengaku dia berpura-pura saja sakit merapik-rapik.Sebenarnya dia mahu melepaskan geram kerana suaminya manap tenjot hendak menikah dengan janda dari kampung lain.Sebab itu lah ngah lajim takut kalau disuruh membakar kemenyan peninggalan tok galat itu.

   Mana lah tahu dia menjadi marah kalau tidak betul caranya.Hanya untuk membuat perubatan secara mustahak saja,baru lah dia akan membakar kemenyan tersebut.

   "Tolonglah ngah."Alang deraoh terus mendesak.

   "Seru lah tok galat tu,tak tahan lagi aku menanggung sakit."Katanya merintih-rintih.

   "Iya,ngah tolong lah.."Mak emon pula merayu kepada ngah lajim.Dia sendiri tahu sangat tok galat yang disebut oleh suaminya,tetapi dia tahu ngah lajim dikenali dikampung itu sebagai dukun sebagai menggantikan arwah ayahnya dulu.

   "Emm,susah juga aku memikirkan."Keluh ngah lajim bila mengenangkan kemenyan tok galat itu.Sudah banyak yang diketahui oleh deraoh mengenainya,kerana mereka berkawan rapat sejak kecil lagi."Kalau nak cuba tu,boleh lah."Dia menjelaskan perlahan.

   Mak ngah som tidaklah berapa tahu mengenai kemenyan tersebut,namun dia tahu juga bahawa arwah ayah mertuanya memang mempunyai harimau akuan.Sebab itu lah dia dikenali sebagai dukun besar.Sudah rata dia mengubati orang,malah sampai ke kampung-kampung lain juga.

   Kadangkala dia dijemput oleh orang sampai ke simpang durian,sampai ke chenor,malah dibawa orang sampai ke lanchang.

   Tetapi suaminya ngah lajim tidak lah mewarisi kebolehan ayahnya itu.Dia tidak banyak belajar dari arwah datuknya tok galat.Bagaimana pun kalau dalam keadaan sesak,orang panggil juga ngah lajim minta ubatkan penyakitnya.

   Hanya alang deraoh yang banyak tahu mengenai hubungan ngah lajim dengan harimau akuan tok galat.Sebab itu lah semasa ada gangguan ketika membuat penanggah kenduri kahwin saelah apabila batu-batu dilontarkan dari setiap penjuru,bakul beras melompat-lompat,nasi ditanak tidak masak-masak sampai kepetang,maka alang deraoh sendiri menyuruh ngah lajim membakar kemenyan peninggalan itu.

   Dua tiga hari sebelum kenduri kahwin saelah berlangsung,memang alang deraoh terdengar bunyi detup detap didalam belukar berhampiran rumah apabila menjelang dinihari.Dia dapat mendengar seperti rumah itu dikawal rapi supaya musuh tidak dapat mengganggu.Apabila majlis kahwin berlangsung segala gangguan yang dialami semasa membuat penanggah seminggu sebelum itu tidak lagi berulang.

   "Jangan lah banyak fikir lagi ngah."Alang deraoh terus mendesak dengan penuh harapan.Ngah lajim tidaklah menyembunyikan darinya mengenai hubungan dia dengan harimau akuan tok galat itu.Dia lah saja waris keturunan tok galat yang diamanahkan menjaga pesaka peninggalan orang tua tersebut.

   Setiap kali bulan mengambang penuh,alang deraoh tahu ngah lajim membakar kemenyan.Kemudian dia akan membawa ayam panggang separuh masak diletakkan diatas busut.Esoknya dia akan melihat bekas tapak kaki harimau disekeliling busut itu.

   Ayam panggang separuh masak itu hanyalah sebagai syarat saja.Ayam itu tidak disentuh langsung oleh harimau akuan berkenaan.Kalau ditemui oleh anjing,maka anjinglah akan menggonggongnya.Sekiranya tidak diusik sampai kepagi kena lah ngah lajim membuangkannya ke sungai.

   "Tolong lah aku ni ngah.."Ulangi alang deraoh bersungguh-sungguh.

   "Cubalah ngah,tak kesian ke tenggokkan deraoh ni."Mak emon pula merayu dengan harapan dapatlah mengurangkan bebanan suaminya.

   "Sebenarnya aku takut.."Kata ngah lajim serba salah.

   "Kau dah dibawa berubat ke hospital,aku takut kalau orang tua itu marah."Ujarnya merasa bulu tengkuknya meremang.Apabila menyebut nama tok galat itu pun dia tidak berani sebab itulah dikiaskannya kepada orang tua saja.

   Ini lah yang membimbangkan ngah lajim kerana sebelum ini alang deraoh sudah dibawa kehospital terlebih dahulu.Dia tahu tentu harimau akuan tok galat itu marah apabila seseorang yang sudah dibawa kehospital baru diubati ke ngah lajim.Kalau sudah berani membawa pesakit kehospital bererti keluarga pesakit tidak mempercayai akan kebolehannya mengubati penyakit.

   Bagi ngah lajim dia tidak hiraukan sangat sama ada orang mahu berubat dengan dia atau tidak.Dia sendiri lebih suka kalau orang tidak meminta pertolongannya.Kalau orang sudah meminta tolong,kadang kala tengah-tengah malam pun datang menjemput kerumah.Tidur malam juga terganggu.Esok nya mahu ke sawah atau menoreh getah terasa terlalu letih dan mengantuk.

   Dapat duit dari pengeras mengubat orang pun tidak sampai seringgit.Letih badan serta mengantuk berjaga sampai subuh itu kadangkala berlarut-larut sampai tiga hari.Kalau tidak digagahi hati maka tiga harilah tinggal kerja mencari nafkah.

   Kadangkala orang-orang yang terpengaruh dengan rawatan perubatan moden mensifatkan dia mencari kesempatan.Mengambil duit pesakit-pesakit dengan tidak berusaha menyembuhkannya.Namun ngah lajim tetap menyimpan segala kejengkelan itu jauh dilipatan hatinya.

   "Macam mana pun cubalah ngah.."Rayu alang deraoh menanggung kesakitan."Minta ampun maaflah pada orang tua itu,ini lah masa anak cucu nak minta tolong."Ujarnya penuh harapan.

   Malam itu juga ngah lajim mengambil keputusan akan membakar kemenyan peninggalan tok galat.Dia menyuruh mak emon menggantungkan tujuh helai daun nyiur di muka tangga rumah.Tanda ini sengaja dibuat oleh ngah lajim supaya orang-orang yang datang menziarah alang deraoh tidak melaung nya dari tengah halaman.Menjadi pantang larang kepada tok galat kalau kemenyan dibakar bagi mengubati pesakit,ada orang melaung dari tengah halaman.

   Apabila tanda ini sudah dipasang,maka orang-orang kampung yang datang tidak akan memanggil tuan rumah dari tengah halaman.Mereka akan terus saja naik kerumah dengan tidak payah memanggil tuan rumah.Boleh dikatakan semua orang-orang kampung sudah tahu mengenai pantang larang yang dikenakan oleh keturunan ngah lajim sejak tok galat lagi.

   Kira-kira lepas isya,ngah lajim mula membakar kemenyan nya.

   Bila asap naik memenuhi tengah rumah,semua orang yang datang menjengah alang deraoh hendak berubat itu,membisu mendiamkan diri.Ketika ini mereka tidak dibolehkan bercakap.

   Manakala orang-orang kampung yang datang itu bukan saja mahu melihat alang deraoh sakit,tetapi mahu melihat cara ngah lajim mengubati orang.Itu lah pertama kali dia cuba mengubati orang patah,kerana selama ini penyakit yang diubati oleh ngah lajim cuma kalau diganggu puaka hutan,atau jembalang tanah,atau pelesit,atau kuasa-kuasa ghaib yang lain.

   Selama lebih enam bulan alang deraoh terlantar dihospital,bersimen dari paras pinggang sampai ke dada,namun kesakitan terus juga menyeksa dirinya.Bagaimanakah cara pengubatan ngah lajim pula?.Adakah dia boleh berjaya menolong adik iparnya itu?.

   Angin malam bertiup kencang sebaik saja kemenyan dibakar.Orang-orang yang ada melihat disitu tiba-tiba saja merasa seram.Tingkap-tingkap yang masih dibuka segera dikunci rapat.

   "Sekarang,semua yang ada didalamnya keluar ke serambi."Ngah lajim memberi perintah.

   Mereka semua mematuhi perintah ngah lajim.Mereka semua keluar keserambi meninggalkan ngah lajim berdua saja alang daeroh.Ketika ini siapa pun tidak boleh mengganggu ngah lajim.

   "Sekarang padamkan semua pelita..."Perintah ngah lajim selanjutnya.

   Lampu pelita semua dipadamkan.Tidak ada satu cahaya api diatas rumah.Mereka semua duduk didalam gelap tidak kelihatan apa-apa disekitarnya.Bagaimana pun mereka yang duduk dipintu tengah mengintai juga kedalam mahu melihat ngah lajim mengubati alang deraoh.Tetapi tidak ada apa-apa pun yang kelihatan.

   Saat inilah alang deraoh merasakan bahawa kuasa ngah lajim dan harimau akuan tok galat sangat-sangat menakjubkan dia.Dia nampak sekali imbas bayang hitam seperti seekor harimau melompat dari tingap masuk kedalam rumah.Ketika ini orang-orang diserambi terdengar bunyi benda besar jatuh diatas lantai,tetapi bila dijenguk tidak ada apa-apa yang dilihat.Hanya kegelapan malam saja menyelubungi mereka.

   Kemudian mereka semua mendengar ngah lajim bersuara."Ini lah tok,anak cucu nak minta tolong.Pinggangnya patah,tolong lah tenggokkan."

   Sekali sekala mereka mendengar batuk-batuk mendehem.Boleh jadi batuk itu,ngah lajim yang mendehem.Bagaimanapun tidak lah mereka dapat pastikan sangat,kerana keadaan terlalu gelap.

   Hanya alang deraoh saja yang dapat merasakan segala-galanya.Mula-mula dia terasa wap nafas menghidu-hidu dia.Apabila dibuka mata alang deraoh tidak nampak apa-apa,kecuali kegelapan disebabkan pelita semua dipadamkan.Alang deraoh terasa misai kasar seperti harimau singgah kekulitnya.Kemudian dia terasa tubuhnya dierengkan kekanan.

   Mahu juga alang deraoh bersuara kerana ketakutan,tetapi lidahnya menjadi kelu.Tiba-tiba dia merasa lidah kesat menjilat-jilat pada bahagian tubuh pinggangnya yang patah.Semasa dijilatnya ini dia terasa air liur dari lidah kesat itu berlendir-lendir pada kulit belakang nya.

   Kira-kira dia merasa limabelas minit bahagian pinggangnya dijilat,barulah tubuhnya diterlentangkan semula.Ketika ini angin diluar memang kuat,sehingga pohon-pohon kayu terdengar bagaikan digoncang kuat.Alang deraoh bukan saja merasa seram sejuk kerana pinggangnya seolah-olah dijilat oleh seekor harimau,tetapi bunyi pohon-pohon kayu dipuput angin itu pun menyeramkan.

   Sejurus kemudian angin bertiup kencang itu pun berhenti.Tetapi dalam kegelapan itu mereka tidak tahu apa telah berlaku keatas diri alang deraoh dan ngah lajim.

   "Hah,mak emon pasanglah pelita balik."Perintah ngah lajim.

   Cepat-cepat mak emon memasangkan pelita.Orang-orang diserambi pun masuk semula kedalam hendak tahu apa sudah terjadi kepada alang deraoh.Namun alang deraoh terdiam saja.Dia macam tidak percaya apa yang terjadi kepadanya.Apabila diraba-raba pinggangnya memang lendir air liur masih ada disitu.Cepat-cepat ditunjukkan kepada ngah lajim.

   "Biarkan,jangan disapu lendir air liur itu."Ujar ngah lajim.

   Esoknya,alang deraoh sudah boleh duduk.Dia juga boleh mengereng ke kiri mahu pun ke kanan.Hanya seminggu selepas itu,alang deraoh sudah boleh bangun berjalan dengan menggunakan tongkat.

   "Hah,macam mana ustaz..macam mana saya nak katakan harimau akuan itu jahat."Beritahu alang deraoh bagaikan tidak bersetuju dengan pendapat saya mengatakan sakit yang dihidapi oleh saelah dan penderitaan mak ngah som itu adalah berpunca dari harimau akuan tok galat.

   Saya menggelengkan kepala.Tidak ada tujuan saya mahu mengatakan harimau akuan itu melakukan kejahatan,sebaliknya cara meminta pertolongan dari mahkluk selain dari allah adalah bertentangan dengan akidah.Mungkin juga sukar saya mahu menerangkan kepada alang deraoh,kerana sudah terbukti harimau akuan itu berjaya menyembuhkan pinggangnya yang patah,setelah lebih enam bulan terlantar di hospital.

   "Semua yang berlaku itu adalah dengan izin allah..."Ujar saya mengingatkan dia.

   Alang deraoh menggangguk.Dia setuju dengan apa yang saya katakan.

   "Kalau boleh janganlah gunakan lagi harimau akuan tu untuk meminta pertolongan."Ujar saya perlahan.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Tok Awang Ngah

No comments:

Post a Comment