Harimau Akuan
Bahagian 3 : Orang Tua Bahu Berbonggol
Suatu malam yang sepi,tok galat diam-diam pergi kerumah pak jibon dengan tidak setahu rakan-rakannya bakar dan sudin.Dalam umur belasan tahun itu tok galat sudah berkeinginan untuk belajar dari pak jibon mengenai penjelmaan manusia menjadi harimau seperti yang dicakapkannya dulu.
Ketika sampai dirumah pak jibon,dia merasa seram tidak menentu.Rumah itu gelap saja.Mungkin pak jibon dan isterinya mak sijah sudah tidur.Lampu pelita juga tidak terpasang.Apakah pak jibon tidur dengan memadamkan pelita,fikir hati tok galat.
Dia terus mengendap mahu memastikan sama ada pak jibon ada dirumah atau tidak.Dalam terendap-endap dia terdengar bunyi orang terbatuk-batuk dibelakangnya.Cepat-cepat tok galak berpaling kebelakang.Alangkah terperanjatnya dia bila dilihatnya seekor harimau tercegat merenungnya sambil menyeringai taring.
Tiba-tiba dirasakan kakinya menjadi lemah tidak berdaya lagi menghadapi harimau sebesar lembu itu.Tok galat jatuh tersepuk ditanah tidak sedar kan diri.Sebaik saja dia tersedar dari pengsan,didapatainya dia berada di serambi rumah pak jibon.
"Tolong,tolong aku.."Rintih tok galat sambil memaut peha pak jibon yang duduk disisinya.
"Kenapa kau galat,kenapa?"Tanya pak jibon.
"Rimau,rimau pak jibon.."Katanya dalam ketakutan.
"His,mengarut kau ni.Bukankah kau diatas rumah aku."Beritahu pak jibon menepuk-nepuk bahu anak muda yang sedang dalam ketakutan.
"Mana ada rimau disini,rimau dalam hutan."Katanya tertawa menyindir tok galat.
Peristiwa malam tersebut tidak melemahkan semangat tok galat untuk belajar dari pak jibon.Dia datang lagi menemui pak jibon selepas itu menyatakan hasratnya mahu belajar dari pak jibon.Tapi orang tua itu enggan,kerana dia tidak mahu tok galat akan terikat oleh syarat-syarat tertentu.
"Masa aku disumatera,ilmu begini hanya digunakan untuk mempertahankan diri dari gangguan harimau cinaku."Dia menjelaskan pada tok galat."Disini tak ada gangguan harimau cinaku atau harimau jadi-jadian itu,buat apa pula kau nak belajar?"Katanya masih enggan mahu mengajarkan ilmunya pada tok galat.
Pak jibon menceritakan bagaimana kampungnya dijambi pernah diganggu harimau jadi-jadian ini,sehingga seluruh kampung berada dalam ketakutan.Bukan saja harimau ini mengganggu binatang ternakan,malah telah memperkosa anak isteri orang.Wanita-wanita yang menentang kemahuannya akan dibunuh dengan mematahkan tengkuknya seperti seekor harimau menerkam tengkuk mangsanya.
Kakaknya sendiri menjadi mangsa harimau jadi-jadian ini.Sebab itu lah dia bertekad untuk menentang perbuatan jahat ilmu hitam menyebabkan dia merantau sampai ke deli.Setelah lengkap dengan ilmu didada baru lah dia balik semula kekampung halamannya.Dengan menukarkan dirinya menjelma menjadi harimau dia menghambat harimau jadi-jadian ini,kerana harimau jadi-jadian ini tidak berani berhadapan dengan harimau yang sebenarnya.
Pada sangkaan harimau jadian berkenaan penjelmaan pak jibon itu memang harimau sebenarnya,sebab itu lah dia menjadi takut.Lagi pun harimau jadian itu hanya bertukar dibahagian atas pinggang tubuhnya saja,sedangkan dibahagian bawah nya kekal seperti manusia biasa.
Pak jibon juga menceritakan sesiapa yang meminum air dari sungai kerinci tidak akan menjadi harimau kerinci,kerana ada amalan lain yang dilakukan barulah seseorang itu bertukar menjadi harimau.Lagi pun di indonesia jelas pak jibon,mereka yang berani menentang penjajah belanda juga digelar harimau,pada hal mereka tidak pernah pun menjelma menjadi harimau.
"Jadi,buat apa kau mau kan ilmu begitu?"Soal pak jibon hairan dengan hasrat yang terpendam dijiwa tok galat.
Namun tok galat tidak berputus asa.Dia terus memujuk pak jibon supaya mengajarkan ilmu yang ada didadanya.Setelah puas dia merayu akhirnya pak jibon bersetuju juga mengajarinya.
Memang begitu lah adat seseorang yang berilmu ketika itu,dia tidak akan mudah menurunkan ilmunya kepada sesiapa saja.Dia hanya memilih orang yang benar-benar berusaha mahu mendapatkannya saja,baru lah dia bersetuju mengajarnya.
Mula-mula dia diajarkan gerak silat terlebih dahulu.Dia diajar melompat sambil duduk,diajar meniarap dengan dada dan perut tidak cecah ke bumi,diajar mencengkam dengan kuku mencari sasaran.Semua yang diajar oleh pak jibon dipatuhi oleh tok galat.Sementara rakan-rakannya tidak tahu mengenai diri tok galat belajar dari pak jibon itu.
Dia akan datang kerumah pak jibon bila hampir 11 malam supaya tidak diketahui oleh sesiapa.Ibu bapa tok galat sendiri tidak menyangka dia belajar disitu,kernaa mereka hanya menduga tok galat bersama rakan-rakannya tidur disurau.Apabila rakan-rakannya belajar dengan aki edot,dia juga sama-sama belajar dari orang tua itu.
Dengan ini siapa pun tidak tahu yang tok galat belajar dengan pak jibon bila menjelang tengah malam.
Setelah mahir dalam membuat langkah yang ditunjukkan oleh pak jibon dia disuruh pula berendam dalam sungai tepat jam 12.00(ketika itu dikira tengah malam dinihari)selama satu jam dengan menghadap ke hilir sungai sambil membacakan jampi serapah yang ditunjukkan oleh pak jibon.
"Kalau ada apa-apa yang menghilir sungai jangan ditoleh ke belakang."Nasihat pak jibon memberi pesan.
Dia tetap mematuhi apa saja yang disuruh oleh pak jibon.Malam yang ditentukan tok galat pun masuk kedalam sungai dengan berendam diair.Hanya kepalanya saja terjongol keluar.Beberapa minit dia berendam disitu terasa olehnya kemaluannya seperti dipermainkan oleh orang.Dia terpaksa mematikan diri supaya tidak bertindak apa-apa.
Lama juga dia merasakan kemaluannya bagaikan digigit binatang seakan-akan ikan kecil,namun dia tetap tabahkan hati.Malam pertama dia berendam tidak ada apa-apa ditemuinya selain merasa kemaluannya bagaikan digigit oleh anak ikan.
Tiga malam berturut-turut tok galat berendam didalam sungai pada waktu tengah malam.Kerana ketabahan hatinya dia berjaya melalui ujian yang dihadapinya semasa disuruh berendam itu.Macam-macam yang dilaluinya seperti dilanggar oleh seekor buaya besar,dililit oleh ular sawa,dilompati katak sebesar nyiru diatas kepalanya,semua nya dihadapi oleh tok galat dengan tabah.
Perasaannya ketika itu hanya allah saja yang tahu,tetapi kerana tekad yang ada dalam jiwanya dia tetap tabahkan hati.Hanya itu sajalah jalan untuk dia memperolehi apa yang dihajatinya.Sama ada ilmunya bertentangan dengan akidah islam atau tidak,bukanlah perlu difikirkannya ketika ini.Dia hanya berpegang pada pendirian pak jibon,apa saja ilmu sekiranya digunakan untuk kebaikan,maka ianya tetap memberi manafaat.Sebaliknya kalau digunakan kepada jalan kejahatan,maka jahatlah jadinya.
Sebab itu soal bertentangan dengan akidah islam tidak difikirkan sangat oleh tok galat.Apa lagi dia memang tidak mendapat didikan agama yang sempurna dalam usianya yang belasan tahun itu.Dia hanya diajar tentang solat,tentang sifat dua puluh,tentang adab dan tentang tarikh.Untuk mencapai pengajian tauhid yang lebih tinggi,bukanlah dikampung itu tempatnya.
Ketika ini ada juga dua tiga orang yang dari kampung itu yang belajar pondok dikelantan dan di petani.Kalau belajar pondok mereka akan diajar tentang nahu arab sampai bertahun-tahun sebelum diajarkan mengenai tafsir al-quran.Tok galat tidak mampu mahu ke kelantan,kerana ibu bapanya juga tidak menggalakkan dia kesana.
Oleh itu bagi mengisi masa lapangnya tok galat hanya bertemu dengan pak jibon saja dalam mendalami ilmu.Disebabkan pak jibon bukan lah ulama yang menyebarkan ilmu agama,maka apa yang diajarnya pada tok galat hanya dari apa yang dia mampu saja.Ini bukanlah bermakna pak jibon tidak mempunyai asas pelajaran agama,cuma dia tidak dapat menyebarkan ajarannya kerana dia sendiri mempunyai ilmu yang terbatas mengenainya.
"Belum habis lagi ujian untuk kau.."Beritahu pak jibon setelah galat selesai menghabiskan tiga malam berturut-turut berendam didalam sungai menghadap kehilir sungai.
Selepas itu pak jibon memberinya dua batang rotan sega sepanjang satu hasta dan menyuruhnya kehutan pada waktu senja."Kali ini kau mesti melawan apa saja yang menyerang kau dengan menggunakan rotan sega ini."Dia mengingatkan tok galat.
Apa saja yang disuruh tetap dilakukan oleh tok galat.Dia sudah mahir dengan gerak yang diajar oleh pak jibon bagaimana mahu melompat,mengelak atau mencengkam.Tetapi dia tahu apakah musuh yang akan dihadapinya apabila masuk kehutan senja nanti.
Senja yang pertama apabila tok galat sampai dipinggir hutan dia diserbu oleh beribu-ribu penyengat hitam yang tidak tahu dari arah mana datangnya.Dengan menggunakan rotan sega yang diberikan oleh pak jibon dia memukul penyengat-penyengat berkenaan.Sambil itu dia tetap membuka langkah silat mengelak dari serbuan itu.
Seluruh badan tok galat bengkak-bengkak akibat diserbu penyengat hitam.Anehnya dia tidak merasa sakit apa-apa,walau pun matanya sepet disengat serangga itu.Biasa nya kalau disengat penyegat hitam kena sekali sengat pun terasa bagaikan mahu pitam.Sama juga biasanya disengat tebuan tanah.Tetapi kali ini tok galat tidak merasa apa-apa pun pada tubuhnya bila disengat binatang itu yang menyerbu sampai beribu-ribu ekor.
"Macam mana galat,serik tak kau?"Soal pak jibon tersengih-sengih melihat muka dan tubuh tok galat bengkak-bengkak dan lebam-lebam.
Apabila dia balik kerumah pun,ibu bapa nya terkejut dengan keadaaan yang menimpa tok galat.Mukanya bengkak,matanya sepet,bibirnya terjongket.
"Kenapa kau galat?"Emaknya merasa cemas.
"Kene penyegat hitam."Beritahunya perlahan.Dia tidak pun kelihatan menderita sakit pada pandangan emaknya.
"Kau tak apa-apa?"Ujar emaknya semakin bimbang.
"Ah,kene sikit aje."Jelasnya mententeramkan hati emaknya.
Orang tua itu kehairanan juga kerana tok galat tidak menderita sakit walaupun muka dan badannya bengkak-bengkak disengat penyengat hitam.Dia tahu kalau disengat penyengat hitam beratus-ratus ekor boleh menyebabkan seseorang itu pengsan tidak sedarkan diri.Terpaksalah dibaringkan atas pucuk pisang yang lembut supaya wap panas bisa sengat itu boleh menyejukkan sedikit mangsanya.
Tetapi tok galat tidak menanggung sakit langsung.Bagaimana pun ayahnya sudah mengesyaki bahawa tok galat sudah mempelajari sesuatu ilmu yang boleh mempertahankan diri dari serangan sengat binatang-bintang bisa.Malah dia percaya kalau dipatuk ular pun tok galat tidak akan memberi bekas.
Memang benar tok galat tidak memberi bekas apabila dipatuk ular tedung selar.Hal ini diceritakan oleh arwah ngah lajim kepada alang deraoh semasa ngah lajim sendiri dipatuk ular.Terjerit ngah lajim bila kepala lututnya dipatuk.Tok galat yang sedang membuat reban ayam terkejut mendengar jeritan cucunya cepat-cepat menerpa.
Beberapa orang yang berada dihalaman rumah tidak berdaya mahu membantu kerana ular tersebut sudah menegakkan kepalanya mahu mencari mangsa.Ngah lajim sendiri merasa berbinar-binar matanya menahan sakit kerana dipatuk ular berkenaan.Sebelum bisa ular itu naik,tok galat muncul mahu menyelamatkan cucunya.Sekali gus ular itu menerkam mematuk bahagian sikunya.Bergayut ular itu pada siku tok galat kerana taring bengkoknya tidak dapat terlepas.
Dengan pantas tok galat melepaskan taring ular itu.Kemudian dia memaksa ular itu menyedut semula bisanya dari lutut ngah lajim.Bagaikan kene pukau ular tedung selar itu mengikut saja perintah tok galat lantas mematuk semula kelutut ngah lajim.Tidak lama kemudian dia melepaskan gigitannya tiba-tiba menggelupur langsung mati disitu juga.
Bagaimana pun tok galat tetap menyembunyikan dari orang-orang kampung mengapa dia tidak memberi bekas setelah dipatuk ular.Kononny bisa ular itu sudah kene pada ngah lajim,oleh itu patukannya kali kedua yang menyinggahi dirinya itu sudah tidak mempunyai bisa lagi.Namun orang-orang kampung tahu memang binatang-binatang bisa tidak dapat memberi bekas bila mematuk atau menyengat tok galat.
"Malam kedua ujiannya kuat sedikit,galat."Beritahu pak jibon mengingatkan muridnya yang bersungguh-sungguh mahu belajar darinya itu.
Tok galat mengangguk sebagai tanda sanggup melakukannya.Dia tidak akan menyerah kalah selagi ujian yang diterimanya belum tamat.Oleh itu apa saja yang disuruh oleh gurunya dia tetap mematuhinya.
Malam kedua dia sampai dipinggir hutan,senja belum lah gelap.Baru dia mahu masuk kekawasan hutan,seorang tua bongkok yang berbonggol bahagian bahunya menunggu dia.Orang tua itu menghalangnya supaya tidak meneruskan perjalanan.
"Jauh kau.."Herdik tok galat.
Orang tua itu tertawa mengejek dia.Ketawanya garau menggerunkan,namun tok galat tetap tidak berundur.Dia beranikan hatinya memukul orang tua itu dengan rotan sega ditangan.Setiap pukulannya ditepis orang tua itu.Disebabkan dia serang bertalu-talu orang tua kelihatan mengah.Ketika ini orang tua itu hilang dari pandangannya dalam samar-samar kegelapan senja.
Tok galat menunggu hampir satu jam tidak ada apa-apa yang dilihatnya dikawasan itu.Apabila dia balik semula,dia menceritakan kepada pak jibon.Orang tua itu hanya tersenyum tetapi merasa bangga kerana tok galat tidak gementar menghadapi ujian tersebut.
Pada senja yang ketiga barulah tok galat dinanti oleh seekor harimau belang yang besar dipinggir hutan apabila dia mahu masuk saja ke kawasan hutan.Lambir leher harimau itu cecah ke tanah.Tangannya besar,kalau sekali menampar sudah tentu dua tiga kati daging punggung terkoyak.
"Memang kau yang aku nanti."Pekik tok galat menerkam ke arah harimau itu sambil menyebat dengan rotan sega yang dibekalkan oleh pak jibon.
Dengan pantas pula harimau itu melompat mengelak terkaman tok galat.Disebabkan tok galat menerkam bertalu-talu maka tidak ada peluang langsung harimau itu mahu membalas terkaman.Sekali sekala dapat juga dia menampar kearah bahu tok galat,tetapi pantas pula dielakkan oleh tok galat.
Dia terus menerkam kerana tidak memberi peluang harimau itu bertindak balas.Rotan sega yang dibekalkan hancur dibelasah ke belakang harimau berkenaan.Setelah rotan sega itu hancur,harimau tersebut tersungkur kerana keletihan.Ketika ini beransur-ansur tubuh harimau itu bertukar menjadi orang tua yang menunggunya semalam.Orang tua itu bongkok dan kelihatan ada berbonggol pada bahagian bahunya.
"Kau rupanya ye.."Jerkah tok galat garang.
Orang tua itu tersengih-sengih saja.Dia mengajak tok galat duduk disampingnya,tetapi tok galat menolak.Bimbang juga dia kalau orang tua itu sengaja mencari helah untuk memerangkap dirinya.
"Kau memang berani.."Ujar orang tua itu dengan suara garau menggerunkan."Nah,ambil ini..simpan baik-baik."Kata orang tua tersebut menghulurkan satu bungkusan kain hitam.
Tok galat masih berdiri tegak memerhatikan orang tua tersebut.Bagaimana pun dia mencapai bungkusan yang diberi oleh orang tua berkenaan.Setelah dia menerima bungkusan tersebut,orang tua berkenaan menghilangkan diri.Ketika ini baru lah tok galat merasa gementar.Dia pun terus berlari pulang menuju kerumah pak jibon.
Bungkusan yang diberi oleh orang tua itu diserahkannya kepada pak jibon.Apabila dibuka didapati segenggam kemenyan putih didalamnya.
"Simpanlah baik-baik,itu hak engkau."Ujar pak jibon mengingatkannya.
Tak lama selepas tok galat mendapat kemenyan yang diberi oleh orang tua yang ditemuinya dipinggir hutan,pak jibon pun meninggal dunia kerana mengidap demam kura.Bagaimana pun dia telah berbisik kepada tok galat supaya menunggu kuburnya selama tujuh malam berturut-turut.Bagi tok galat tidak ada apa yang ditakutinya lagi,oleh itu segala pesanan pak jibon itu dilaksanakannya.
Tujuh malam berturut-turut dia menunggu kubur pak jibon.Tidak ada apa pun yang dilihatnya kecuali nyamuk yang banyak.Bagaimana pun terasa juga padanya angin malam bertiup hingga menegakkan bulu roma,tetapi tidak adalah kejadian-kejadian yang menggerunkan berlaku sepanjang tujuh malam dia menunggu diatas kubur pak jibon itu.
"Itulah yang alang ingat dari apa yang diceritakan oleh ngah lajim mengenai tok akinya itu."Beritahu alang deraoh perlahan.
"Jadi kemenyan yang dipesakainya itu adalah kemenyan yang diceritakan itu?"Tanya saya mahu memastikan.
Alang deraoh mengangguk."Memang itu lah kemenyannya."Jelas dia mengingat kembali cerita dari arwah ngah lajim."Anehnya kemenyan itu tidak pernah luak,walau pun sudah sekian lama digunakan."Dia menambah selanjutnya.
"Ngah lajim ada menuntut dari akinya?"Soal saya.
"Tidak.."Beritahu alang deraoh.
"Baik arwah ayahnya,baik arwah ngah lajim sendiri mereka tidak menuntut.Mereka hanya dibekalkan dengan kemenyan itu saja."Ujarnya lagi.
Selepas tok galat memperolehi kemenyan dan selepas kematian pak jibon,dia sering mencuba akan amalannya.Mula-mula dia mencuba menukarkan dirinya menjelma menjadi harimau,dia merasa kepalanya berputar ligat.Lehernya terasa sakit seola-olah tercabut dari tubuh.Barulah ekornya tumbuh sedikit demi sedikit.
Apabila dia pulih semula dari menjelma harimau,hampir dua minggu tok galat terlantar demam.Seluruh anggotanya menjadi letih lesu dan lemah bagaikan berlari memanjat bukit.Terasa juga jeran dia mahu melakukan lagi amalan tersebut,kerana merasakan seksanya semasa perubahan hendak berlaku keatas dirinya.
Tetapi dia akan rugi sekiranya tidak mengamalkan.Setelah sekian lama dia bersusah payah melakukannya tentulah sia-sia kalau tidak mahu diteruskan lagi.Pada kali kedua dia mencuba jauh dihujung kampung.Kali ini juga dia menderita kesakitan,tetapi sudah boleh ditahannya.Lama kelamaan dia tidak merasa kesulitan lagi apabila mahu menukarkan diri menjelma menjadi harimau.
Ketika berlaku perbuatan mencuri lembu-lembu dikandang oleh orang yang menggunakan ilmu pukau,orang-orang kampung segera menemui tok galat.Mereka sudah tahu akan kebolehan luar biasa tok galat,apabila seorang pemuda gila mengamuk didalam kampung.Pemuda gila telah mengejar siapa saja dengan parang menyebabkan semua orang bertempiaran lari.
Melihat orang-orang kampung bertempiaran lari,tok galat segera mendapatkan pemuda gila itu.Orang-orang kampung ada yang menyorok dibawah rumah,ada yang memanjat pokok,ada mengunci pintu rumah dari dalam,mereka semua mahu menyelamatkan diri dari orang gila berkenaan.
Apabila orang gila itu menerpa kearah tok galat,kakinya tiba-tiba terlekat dibumi tidak dapat diangkat.Parang ditangannya juga jatuh kerana tidak berdaya lagi digenggamnya.
"Tak sangka kau sekarang ni galat..."Bakar kehairanan melihat kawannya sudah berubah.Dia tidak lagi seperti dulu yang mudah saja lari menyembunyikan diri kalau disergah.Kalau lah tidak kerana tok galat sudah tentu ada orang yang menjadi mangsa pemuda gila berkenaan.
"Aku tau,selama ni dia berkawan rapat dengan arwah pak jibon."Kata sudin pula.Dia sudah mengagak tentulah tok galat mendapatkan ilmu dari arwah pak jibon.
Mahu tak mahu terpaksalah tok galat mengakui pada dua orang rakannya itu dia sudah menuntut ilmu dari arwah pak jibon.Malah dia mengaku telah duduk diatas kubur pak jibon selama tujuh malam berturut-turut selepas kematiannya.
Memang bakar dan sudin hairan juga dengan keberanian tok galat menunggu diatas kubur selama tujuh malam.Tidak ada pemuda yang sebaya dengan mereka sanggup melakukannya kecuali tok galat.
Sebab itu lah bila kampung mereka diganggu oleh orang mempunyai ilmu pukau semata-mata mahu mencuri lembu atau kambing dikandang,bakar dan sudin meminta orang-orang kampung menemui tok galat.Kedua orang tuanya juga terkejut bila orang-orang kampung meminta bantuan tok galat menghadapi masalah tersebut,sedangkan aki edot sendiri tidak berupaya mengalahkan pencuri yang menggunakan ilmu pukau itu.
Mangsanya akan tidur nyenyak tidak sedar apa-apa apabila terkena pukau.Apa yang mereka sedari ialah atap mereka berbunyi berdesir seperti diserak dengan pasir,selepas itu mereka semua akan tertidur sampailah kepagi.Esoknya lembu dan kambing dikandang sudah dilarikan orang.
Mereka percaya perbuatan tersebut dilakukan oleh orang-orang dari luar kampung mereka.Sebelum itu kejadian berkenaan mengganggu di pelangai dan di mancis,dan kali itu mengganggu kampung mereka pula.
Setelah menerima aduan orang-orang kampung,tok galat memberi jaminan akan bertindak.Ketika mencubanya dipinggir kampung menukar dirinya menjadi harimau,tok galat bertenggek diatas batu besar bagi membolehkan ekornya menjulur keluar.Bagi membolehkan dia meneran ekor,maka dibuatnya busut tidak jauh dari rumahnya.
Diatas busut itu lah dia bertenggek bila memulakan kerjanya.Pada malam itu setelah dia menukarkan dirinya menjelma menjadi harimau,tok galat merayau sekeliling kampung.Kira-kira hampir tengah malam dia melihat empat orang lelaki berpakaian serba hitam masuk ke kampung.Tok galat terus mengekori mereka dari balik belukar.
Ketika sampai dirumah ulung selamat,salah seorang dari nya menyerakkan pasir yang digenggamnya dari tengah halaman keats bumbung rumah.Beberapa minit kemudian,lelaki yang menyerakkan pasir tadi menyuruh kawan-kawannya segera pergi kekandang kambing.
Sebaik saja mereka mahu kekandang kambing,tok galat yang sudah menukar dirinya menjelma menjadi harimau berdiri didepan mereka.Empat lelaki itu tergamam melihat harimau berdiri didepan mereka.Lantas mereka pun menjerit meminta tolong.
Ketika ini ulung selamat pun terbangun.Orang-orang kampung yang mendengar jeritan juga datang berkejar kerumah ulung selamat.Semasa orang-orang kampung sampai empat orang lelaki itu masih tertegak kaku tidak boleh bergerak.Mereka juga melihat kesan tapak kaki harimau ditengah halaman.
"Ini lah orang yang mencuri selama ini..."Bentak aki edot menyinga.
Mereka berempat telah mengaku melakukan berbuatan mencuri selama ini.Malam itu mereka terkejut kerana tiba-tiba saja ada harimau berdiri didepan mereka.Mengapa harimau itu tidak menangkap kambing-kambing ulung selamat?.
"Mana galat yang berjanji nak menangkap pencuri-pencuri ini?"Tanya ulung selamat kerana tidak dilihatnya tok galat ditengah-tengah orang ramai itu."Cakap aje besar nak tangkap pencuri,muka hidung dia pun tak nampak."Gerutu ulung selamat.
Dia tidak membenarkan orang-orang kampung bertindak sendiri.Tetapi empat orang lelaki itu dihantar balik kekampung mereka.Perbuatannya itu diberitahu kepada ketua kampung mereka.
Ulung selamat merasa bangga kerana pencuri sudah ditangkap,tetapi dia tidak percaya dengan cerita sudin bahawa tok galat yang menangkap pencuri berkenaan.
Sejak itu tok galat dikenali sebagai seorang dukun dikampung berkenaan.Malah aki edot sendiri mengakui akan kelebihan bekas anak muridnya itu.
"Jadi,tapak rumah ngah lajim itu adalah tapak rumah sejak tok galat lagi."Beritahu alang deraoh seterusnya.
Busut yang terdapat dihalaman rumah ngah lajim memang dibuat oleh tok galat sendiri.Disitulah dia meneran ekor apabila menukar dirinya menjelma menjadi harimau.Setelah tok galat meninggal dunia dia meninggalkan pesan kepada anaknya iaitu ayah ngah lajim supaya tidak membuang busut tersebut.Dia juga mewasiatkan supaya kemenyan yang ada dalam bungkusan kain hitam yang disimpannya itu dijaga baik-baik turun temurun.
Kalau ada masalah didalam keluarganya ayah ngah lajim akan membakar kemenyan tersebut.Misalnya semasa keluarganya sakit terlantar,dia akan membakar kemenyan itu.Tiba-tiba saja lampu pelita didalam rumah terpadam.Ketika ini mereka nampak ada bayang hitam seperti harimau masuk kerumah.Bayang hitam itu mendekati orang yang sakit,dan kedengaran bunyi lidahnya seperti sedang menjilat.
Setelah bayang hitam itu pergi,lampu dipasang semula.Orang yang sakit itu kelihatn segar semula.Esoknya sakitnya beransur sembuh.Inilah yang dilakukan oleh ngah lajim sehingga orang-orang kampung menganggapnya seorang dukun.
Kejadian yang aneh berlaku semasa tok galat meninggal dunia ialah kuburnya didapati berlubang sebesar peha.Puas juga ayah ngah lajim mengambusnya,namun esoknya ianya tetap berlubang juga.Lama kelamaan ayah ngah lajim membiarkan saja lubang tersebut hingga sebun sendiri.
"Emm,tak sampai pengetahuan saya kesitu."Keluh saya setelah mendengar cerita alang deraoh.
"Itulah pun yang diceritakan oleh ngah lajim pada saya,ustaz."Jelas deraoh.
Memang saya tidak tahu memikirkan sama ada sakit saelah ada hubungan dengan tok galat aki arwah ayahnya itu.Kadang kala memang ada orang tua-tua dulu mengamalkan ilmu untuk menjaga keturunannya.Bagaimana pun apabila keturunannya seperti saelah itu enggan menerimanya,maka dia seolah-olah menjadi gangguan pula.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Tok Awang Ngah
No comments:
Post a Comment