Harimau Akuan
Bahagian 12 : Rahsia Busut Dihujung Halaman
Keadaan mak ngah som tidak banyak berubah.Dia masih tersengih-sengih tidak tentu hujung pangkal.Tetapi bila diajak berbual dia boleh bercakap-cakap seperti orang siuman biasa.Dia tahu malu dengan perbuatan tersengih-sengih,bercakap merepek seorang diri,dan berkelakuan seperti orang tidak siuman itu.Anehnya,dia tidak dapat mengawal dirinya supaya tidak melakukan.
Bagaimana pun dia sudah boleh melakukan solat.Dia dapat menguatkan semangatnya untuk membaca al-quran setiap malam.Sementara saelah pula masih mengadu sakit yang dihidapinya itu menyerang juga sekali sekala.
"Kalau boleh kita bawa jugalah berjumpa dengan wak samin."Ujar saya mengesyurkan kepada cikgu madun.Alang deraoh juga bersetuju dengan saya untuk membawa mak ngah som dan saelah bertemu dengan wak samin.
Memanglah wak samin mengatakan dia tidak sanggup mengubati mak ngah som dan saelah.Tetapi saya faham memang wak samin tidak sanggup mengubatinya,bagaimana pun dia boleh mendoakan.Hanya allah jua yang boleh menyembuhkan penyakit,bukan nya manusia seperti wak samin atau saya sendiri.
"Terpulang pada ustaz."Sahut cikgu madun bila saya cadangkan begitu."Saya serahkan pada ustaz saja la.Mana yang baik kata ustaz,baiklah pada kami semua."Ujarnya bersetuju.
Saya kira tidaklah rugi sangat kalau datang semula ke endau.Sekali pun perjalanannya jauh,tetapi tidak memberi apa-apa mudarat.Disebabkan wak samin mempunyai pengalaman dalam ilmu-ilmu demikian,tentulah dia boleh mencuba.
Sebulan selepas itu lah kami datang semula menemui wak samin.Terkejut besar dia bila kami bawa mak ngah som dan saelah,kerana dia sudah berkali-kali memberitahu tidak sanggup untuk mengubatinya.Disebabkan kami sudah bawa mak ngah som dan saelah kerumahnya,mahu tidak mahu wak samin terpaksa juga menerimannya.
"Wak dah kata,ustaz ni pun apa kurangnya."Katanya mengerling kepada saya.
"Saya dah mencubanya wak,sekarang ni hajat cikgu ni,minta wak pula mencubanya."Sahut saya mendesaknya.
"Ya,sama juga."Katanya tersengih-sengih.
Saya juga tersengih-sengih.Saya tahu wak samin tidak boleh mengelak lagi bila kami bawakan mak ngah som dan saelah.
Disebabkan kami mendesak,wak samin meminta kami semua tidak tergesa-gesa balik.Dia meminta kami tunggu tiga malam supaya dapat sama-sama mengerjakan solat tahjud dengannya.Cikgu madun dan alang deraoh bersetuju saja dengan cadangan itu,kerana harapannya selama ini memang mahukan mak ngah som dan saelah pulih semula.
"Harimau akuan ni biasanya tak menganggu."Jelas wak samin selepas makan malam hari itu."Tapi tak tau la disini.Mana tau keadaan disatu tempat dengan tempat lain berlainan."Katanya lagi.
Alang deraoh sendiri setuju dengan penerangan wak samin.Dia sendiri sudah melihat harimau akuan tok galat itu mengubati pinggangnya yang patah tatkala jatuh dari pokok.Tentu orang lain tidak percaya dengan ceritanya,tetapi itu lah yang pernah dialaminya.Sebaik saja ngah lajim membakar kemenyan,tiba-tiba saja pelita semua padam.
Didalam gelap itu lah dia merasakan pinggangnya dijilat seekor binatang.Apabila pelita semua dipasang semula,semua orang dapat melihat lendir air liurnya masih berbekas pada belakang dia.
"Soalnya sekarang dia tidak mengganggu."Wak samin cuba menduga."Boleh jadi dia kasih kepada anak cucunya.Dia tak mau berpisah dengan anak cucunya."Ujarnya mengingatkan kembali peristiwa dia memutuskan untuk mengosongkan dirinya dari gangguan ilmu menjelma menjadi harimau itu.
Dia mengakui tujuan nya mengikuti tok malim udoh ialah mahu memelihara diri semata-mata.Musuh tidak akan berani menganggu kalau mereka mempunyai ilmu penuh didada.Lama kelamaan tok malim udoh lebih banyak menumpukan pengajiannya kepada agama.Pada sangkaannya ilmu jelmaan harimau itu akan pupus setelah dia melupakan begitu saja.
Dalam masa tiga malam dirumah wak samin kami semua sama-sama mendirikan solat tahjud,termasuk lah saelah dan mak ngah som sendiri.Dalam masa tiga hari itu juga mak ngah som tetap tersengih-sengih,merepek-repek dan bertempik dalam masa setengah jam sekali.Lebih kurang 5 minit dia berkeadaan demikian,dia akan pulih semula.Setengah jam kemudian dia akan melakukan semula.
"Tak pernah saya temui penyakit macam ini."Keluh wak samin membisikkan kepada saya pada malam ketiga ketika kami menunaikan solat sunat tahjud.
Saya mengangguk.Selama tiga bulan saya mengulangi mak ngah som dikampungnya,tidak banyak perubahan saya lihat pada dirinya.Penyakitnya tetap tidak berubah.Begitu juga dengan saelah,masih juga menderita sakit bisa-bisa seluruh badan seolah-olah luka diperah dengan air limau.Bagaimana pun cikgu madun dan alang deraoh masih juga mengharapkan saya.
Disebabkan mereka terlalu mengharapkan saya inilah,terpaksa saya bawa mereka berjumpa dengan wak samin.Manalah tahu pengalaman wak samin boleh membantu juga.Sebenarnya saya bukanlah berputus asa disebabkan penyakit mak ngah som dan saelah tidak sembuh,tetapi saya bimbang cikgu madun dan alang deraoh akan bosan.
Sekiranya mereka tidak bosan sampai bila pun saya bersedia membantunya.Memang penyakit mereka berdua ini aneh kalau kita pandang sekali imbas.Maklum saja lah dari keadaan mereka yang normal itu terbendung penderitaan yang tidak diketahui puncanya.Mak ngah som memang dilihat dari zahirnya tidak siuman,tetapi dia dapat mengingati semua kejadian yang menimpa dirinya seperti orang yang normal.Malah dia mengaku tidak dapat mengawal dirinya supaya tidak melakukan tersengih-sengih,merepek-repek dan bertempik sekali sekala.
Manakala saelah pula hanya merasa kepalanya sakit bila bulan purnama penuh.Dari sakit kepala ini akan menjalar keseluruh badan hingga terasa bisa-bisa.
"Macam mana fikir ustaz?"Tanya wak samin.
Saya geleng kepala."Eh,janganlah geleng kepala saja.Cakap lah sikit."Dia menepuk bahu saya.
"Saya dah tiga bulan mencubanya..."Ujar saya macam menyerahkan segala usaha mengubati mak ngah som dan saelah kepada wak samin saja.
"Ustaz tak boleh putus asa."Katanya menyindir saya."Tok aji dulu selalu ingatkan wak jangan putus asa,takkan tok aji tak pesan macam tu pada ustaz."Jelasnya sambil mencepak-cepak bibir.
Saya tersengih-sengih.Memang saya tidak berputus asa,tetapi biarlah wak samin pula mencubanya.
"Ustaz pun tau,nabi zakaria tidak pernah putus asa berdoa kepada allah agar baginda dikurniakan anak.Nabi yaakob tidak pernah putus asa berdoa agar anaknya nabi yusof dikembalikan kepada baginda."Wak samin tersenyum mengerling kearah saya.
Saya hanya mengangguk-angguk.Disebabkan wak samin memberi kiasan begini,saya menyedari bahawa beliau mahu kami bersabar dulu.Dia berharap alang deraoh dan cikgu madun dapat menunggu satu malam lagi tinggal dirumahnya.Apabila saya bisikkan kepada cikgu madun tentang kata-kata wak samin itu,dia dan alang deraoh juga bersetuju untuk menunggu semalaman lagi.
Malam keempat selepas solat isyak,wak samin menyuruh mak ngah som dan saelah duduk didepannya.Kemudian dia berdiri jarak sedepa dari dua orang perempuan itu.
"Sekarang som,pandang tapak tangan saya."Ujarnya sambil mengangkat tangannya tinggi melepasi kepala.
Mak ngah som mendongak memerhatikan tapak tangan wak samin.Sementara embah jora pula duduk dibelakang mak ngah som,kerana dia sudah tahu cara membantu suaminya apabila mengubati orang.
"Dengan izin allah yang memegang nyawa manusia sewaktu tidurnya dan sewaktu matinya,sekarang tidur kau som.Jangan takut kerana diri kau tidak akan dibahayakan."Serunya macam memerintah.
Saya lihat tubuh mak ngah som bergoyang-goyang seperti mahu rebah memerhatikan tapak tangan wak samin.Embah jora dibelakangnya bersedia mahu memangku mak ngah som kalau perempuan itu rebah kebelakang.Manakala wak samin pula merapatkan tapak tangannya ke kepala mak ngah som.Sehingga tapak tangan wak samin singgah didahi mak ngah som,perempuan itu tidak tidur.Dia kembali tersengih-sengih,walau pun sebelumnya badannya sudah bergoyang-goyang mahu rebah.
"Tak apalah,sekarang cuba kau pula saelah."Ujar wak samin lantas mengangkat tangannya tinggi melampaui kepala seperti dilakukan sebelum tadi."Pandang tapak tangan wak,kalau nak berkelip mata pun,berkelip lah,tak apa."Jelasnya menyuruh saelah melakukan seperti emaknya tadi.
Embah jora pun berkisut kebelakang saelah menunggu wanita itu rebah kepangkuannya.Tetapi keadaan saelah sama juga seperti emaknya.Walau pun tubuhnya sudah bergoyang-goyang mahu rebah,tetapi tidak saja rebah sebaik saja tapak tangan wak samin rapat kedahinya.
Wak samin mengeluh pendek.Dia duduk semula sambil menepuk-nepuk tangannya ke peha.Lama dia termenung memikirkan cara mana mahu meneruskan usahanya,tiba-tiba dia lantas bangun menuju ke telaga.Kemudian dia naik semula dengan berwudhuk.
"Ustaz ada wudhuk lagi?"Tanyanya memandang kearah saya.
Saya mengangguk.
"Mari kita cuba.."Dia menggamit saya menyuruh rapat kepada nya.
Saya tahu wak samin juga pernah berguru pada tok aji.Cara yang dilakukannya kepada mak ngah som dan saelah tadi memang pernah dilakukan oleh tok aji.Tetapi ternyata kedua-dua wanita itu tidak dapat ditidurkan oleh wak samin.Memang menjadi kebiasaan tok aji,kalau kali pertama itu orang yang disuruh nya tidur tidak boleh ditidurkan,maka dia tidak akan meneruskannya.
"Wak tau,memang ustaz biasa buat macam ni."Dia memegang bahu saya apabila saya menghampiri dia.
Saya mengangguk kerana sudah tahu apa yang dimaksudkannya.Memang dia mahu tidurkan saya untuk mengetahu rahsia penyakit yang dihidapi oleh mereka berdua.Sebelum ini saya tidak pernah melakukannya,kerana saya anggap belum tiba masanya.Tetapi setelah didesak oleh wak samin,saya pun bersedia untuk menerima tanggungjawab yang diberikan oleh wak samin ini.
Lagi pula saya rasakan wak samin ini sama juga macam tok aji.Walau pun dua kali baru bertemu muka,tetapi dia tidak putus-putus mengatakan bahawa saya seolah-olah cucunya juga.Sebab itu lah bila wak samin mengajak saya mengubati mak ngah som cara tidur ini,saya terus bersetuju.Pengubatan cara ini memang jarang dilakukan,kecuali kalau sudah tidak dapat dielakkan.
"Sekarang saya mulakan ustaz..."Katanya lantas mengangkat tangan tinggi melampaui kepala.Mula-mulanya saya mahu juga mengelak dari melakukannya,tetapi bimbang pula wak samin tersinggung.Mahu tidak mahu saya turutkan juga kemahuannya.
Apa yang hendak dilakukan oleh wak samin ini sama juga seperti dilakukan oleh pak tua mahat dan ulung bahar sebelum ini.Tetapi saya tidak tahu bagaimanakah wak samin melakukannya.Adakah ada beberapa perbezaan,atau masih tetap mempunyai persamaan.
"Dengan izin allah."Katanya dengan tangan kiri memegang bahu saya,manakala tangan kanan sudah diangkat tinggi."Dalam kan zikir ustat sepertimana ustaz lakukan sebelum ini."Dia merenung muka saya tepat-tepat.
Saya rasa tidak ada apa bezanya seperti dilakukan oleh pak tua mahat dan ulung bahar.Ketika ini saya dapat rasakan diri saya terlalu ringan melayang-layang tidak berjejak ke bumi.Ini lah yang saya alami semasa bertemu dengan ulung bahar di lancang dulu.
"Wak tahu ustaz boleh pergi sendiri,tak payah sama dengan wak."Saya dengar suara sayup-sayup jauh tidak tahu dimana.
Tempat yang saya sampai ialah busut separas pinggang berhampiran rumah peninggalan ngah lajim.Busut itu bergerak-gerak seperti benda bernyawa bila saya berdiri berhampiran dengannya."Allah huakhbar."Tiga kali dan meniupkan ke arah busut tersebut.
Dari balik busut itu keluar seorang tua berpakaian serba hitam dengan bahunya berbonggol seperti bonggol dibelakang unta.Mungkin apa yang saya lihat itu sama seperti dilihat oleh arwah pak long atau arwah lebai suh.Tetapi saya tidak menganggap perkara itu seperti sudah saya ketahui lebih awal.Apa yang dilihat oleh pak long dan lebai suh adalah saya dengar dari alang deraoh dan cikgu madun saja.
"Kenapa ustaz gangu aku?"Soal orang tua itu terketar-ketar.
Saya tidak menyahut,tetapi saya membaca al-fatihah tiga kali,kemudian menghembuskan kearahnya.
"Tak usahlah ustaz ganggu aku ni.Biarlah aku berehat disini."Katanya tercungap-cungap.
Saya tetap tidak menyahut.Selepas membaca al-fatihah,saya membacakan 54 ayat dari surah al-fussilah.Tiba-tiba dia menangis tersedu-sedu ketika saya membacakan ayat-ayat dari surah tersebut.Tetapi saya tidak peduli dia menangis tersedu-sedu,sebaliknya meneruskan membacanya sehingga selesai 54 ayat.
"Mengapa awak menangis?"Sindir saya apabila orang tua itu menunduk sambil menangis tersedu-sedu.
"Pilu..."Sahutnya perlahan.
"Mengapa pilu,kalau kau tak beriman dengan ayat-ayat allah?"Saya terus menyindirnya.
"Hati ini tak tahan mendengarnya.Terasa hiba dan pilu."Kata orang tua itu mengesat matanya.
Ketika ini saya nampak mak ngah som duduk diatas busut.Sementara saelah berdiri jauh dari situ memerhatikan emaknya.
"Kau orang baik,tapi kenapa biarkan mak ngah som duduk diatas busut tu?"Soal saya keraskan suara.
Orang tua itu mendongak memerhatikan mak ngah som diatas busut duduk berjuntai kaki,hingga kaki itu menyinggahi kepala lelaki tua berkenaan.Dia membiarkan saja kaki mak ngah som terkena kepala nya.
"Biarlah dia diatas busut ni.Kalau dia turun nanti diganggu musuh.."Beritahunya sambil menggesel-gesel kepalanya ke tapak kaki mak ngah som menyebabkan mak ngah som tersengih-sengih memerhati ke arah saya.Saelah cuba melepaskan emaknya dari atas busut,tetapi lehernya terikat pada tunggak pagar.
"Sekarang kau tak payah jaga dia.Allah lebih berkuasa menjaga mak ngah som dari kau."Bentak saya mengingatkan dia.
Orang tua itu menggeleng-geleng kepala.Sekali sekala dia mengesat matanya dengan hujung lengan bajunya.
"Diri kau pun daif,macam mana nak jaga diri mak ngah som?"Soal saya seterusnya.
Perlahan-lahan orang tua itu berdiri sambil bersandar kepada busut.Ketika ini dia berpaut pada pinggang mak ngah som menyebabkan mak ngah som memekik kuat.Saelah pula cuba membantu emaknya tetapi lehernya terjerut pada tali yang terikat pada tunggak pagar.Kesan cerutan tali itu berbekas pada leher saelah.
"Kenapa tak lepaskan saelah?"Saya menunjukkan sikap marah kepadanya.
"Aku takut saelah lari dari sini.."Dia menjelaskan dengan suara terputus-putus.
"Sekarang awak lepaskan dua orang perempuan ni?"Jerkah saya tidak mahu bertolak ansur dengannya.
Dia menggeleng kepala.Dia tetap berdegil tidak mahu melepaskan mak ngah som dari atas busut.Dia juga tidak mahu melepaskan saelah dari ikatan di tunggak pagar.
"Aku tak mahu lepaskan dia.Aku mesti jaga mereka,ini janji aku dengan galat..."Ujar orang tua itu keras.
Rupanya apa yang pernah dialami oleh arwah pak long dan arwah lebai suh sudah jelas dapat saya fahami sekarang.Mungkin pak long dan lebai suh sedar bahawa tujuan orang tua itu baik,sebaliknya memberi mudarat kepada keturunan tok galat.Dalam masa sama saya masih berkeras tidak mahu bertolak ansur ini,tiba-tiba wak samin berdiri disisi saya.
Wak samin tidak bercakap apa-apa.Dia terus melontarkan segenggam garam ditangannya kearah orang tua itu menyebabkan dia bergolek ke tanah berguling-guling.Orang tua itu memekik-mekik kesakitan apabila garam tadi menyinggahi tubuhnya.
"Dengan orang lain kau boleh main-main."Jerkah wak samin berdiri gagah disebelah saya.Dia menolak saya ketepi menyebabkan saya terrundur sedikit kebelakang."Dengan samin,cubalah kau tunjuk keras kepala.Kalau kau degil,samin akan hancurkan kepala kau."Ujar wak samin mengancam.
"Ini janji aku dengan galat..."Beritahu orang tua itu tergigil-gigil menahan kesakitan.
"Dusta..."Ejek wak samin menggertap bibir."Galat dah mati,galat tak tau apa-apa pasal janji dengan kau."Katanya lantas melemparkan lagi segenggam garam yang diambilnya dari sumpit peninggalan arwah tok lebak.
Sekali lagi orang tua itu terhumban ketanah berguling-guling.Dia memekik-mekik menahan kesakitan seperti disimbah dengan asid cuka getah.
"Tolonglah aku,tolonglah..."Rayu orang tua itu berguling-guling kesakitan."Aku tak bermusuh dengan kamu,aku hanya menunaikan janji aku dengan galat.Aku tak akan melawan kau."Ujarnya dengan penuh harapan supaya wak samin tidak terus bertindak.
"Ustaz,sekarang mulakan azan."Perintah wak samin berpaling kearah saya.
Dengan tidak bertangguh saya terus azan sekuat hati.Gema azan itu menyebabkan kawasan itu bergegar kuat.Orang tua itu merangkak-rangkak mahu berpaut pada busut yang bergoyang-goyang.Mak ngah som diatas busut itu mula menangis ketakutan.
Tatkala ini wak samin cepat-cepat melepaskan ikatan pada leher saelah.Walau pun cerutan tali itu dapat diputuskan,tetapi kesan cerutan itu tetap juga berbekas pada bahagian lehernya.
"Samin,aku tau kau handal.Tapi mengapa kau seksa aku."Rintih orang tua itu merangkak-rangkak mahu berpaut pada busut yang bergoyang-goyang.
"Selagi kau tak berjanji,lepaskan perempuan berdua ini,aku akan terus seksa kau."Wak samin semakin marah.
"Mentang-mentang kau dah jijik dengan kami,sanggup kau buat macam ni."Orang tua itu masih berkeras.
"Dulu lain,sekarang lain.."Sahut wak samin mengejeknya.
"Pasal kau dah jadi menantu tok lebak?"Orang tua itu macam menyindir wak samin.
"Aku tak mahu cakap banyak dengan kau.Aku beri tempoh lima minit,mau kau beri jawapan...nak lepaskan atau tidak?"Wak samin memberi amaran dengan menggertap bibir.
Belum habis wak samin bercakap orang tua itu melompat dengan menukarkan dirinya menjelma menjadi harimau.Dia mula berpusing-pusing disekeliling busut sambil mencakar-cakar ke tanah.Saya lihat wak samin menekan ibu jari kakinya ketanah dengan berpeluk tubuh saja.
Harimau itu mengaum lantas menerkam kearah wak samin,tetapi dengan tidak semena-mena terpelanting semula ke tanah.
"Rahsia kau semua aku tahu,tetapi rahsia aku satu pun kau tak tahu."Ujar wak samin terus mengejek."Dulu aku pun sama macam kau,tetapi aku takkan meminta perlindungan mahkluk seperti kau.Kerana cukup bagi aku hanya allah sebaik-baik pelindung.."Kata-kata wak samin mengisar-ngisar ibu jarinya ketanah.
Harimau itu cuba bangun tetapi tidak berdaya lagi.Dia tertiarap dibumi bagaikan sedang berenang di permukaan air.Mulutnya berbuih-buih sambil kepalanya tergeleng-geleng mahu melepaskan diri.Sekali gus dia memusingkan badannya bertukar menjadi asap tebal berputar-putar disekeliling busut.
Ketika ini saya nampak wak samin menghentakkan tumitnya ketanah menyebabkan asap tebal itu tenggelam kedalam tanah.Habis saja asap itu tenggelam kedalam bumi harimau itu kembali terpelanting ke tanah.
"Kau berani pasal kau berdua dengan ustaz."Jerkah surara orang tua tadi terkeluar dari mulut harimau.
"Kau binatang,buat apa bercakap dengan manusia?"Wak samin menggertap bibir.
"Aku tak cari musuh dengan kau berdua..."Sahutnya termengah-mengah.
"Kalau kau tak mau cari musuh,baliklah kau kepada asal kau..."Perintah wak samin."Kau juga mahkluk malah lebih hina dari manusia.Takkan kau boleh memberi perlindungan pada manusia,lebih baik allah memberi perlindungan kepada manusia."Tegasnya memberi amaran kepada harimau berkenaan.
Saya berjalan merapati harimau yang sudah tidak berdaya untuk bangkit menentang wak samin.Tetapi sebaik saja saya bergerak cepat-cepat dia menjelma menukarkan dirinya menjadi orang tua berbonggol pada bahunya itu.
"Ustaz,jangan dekat pada aku...jangan dekat."Katanya merayu-rayu.
"Aku nak bantu awak bangun..."Ujar saya menduga.
"Ustaz jangan sentuh aku."Katanya sambil bangun tergigil-gigil berundur ke balik busut.
Saya tersenyum melihat kelakuannya.Orang tua itu juga hilang dibalik busut dengan suara terputus-putus."Ustaz,jangan sentuh aku.Jangan sentuh badan aku."Rintihannya semakin lama semakin hilang dalam elusan angin yang bertiup kencang.
Tatkala saya membuka mata,wak samin tersenyum sambil menepuk-nepuk belakang saya.Mak ngah som kelihatan terbaring termengah-mengah,sementara saelah kelihatan lesu sambil mengurut-ngurut lehernya.Sebenarnya saya tidak tahu apa telah berlaku kepada mereka berdua.
"Balik ni nanti,bolehlah ustaz teruskan mengubati som dengan saelah."Ujar wak samin.
"Tapi elok juga kalau bawa ke sini.."Cepat-cepat alang deraoh menyampuk.Dia sangat berharap wak samin akan terus mengubati kakak dan anak saudaranya sehingga sembuh.
Wak samin tidah menyahut.Dia macam mendengus bila mendengar kata-kata alang deraoh.Bagaimana pun semasa kami balik pagi esoknya wak samin terus berpesan."Tak payahlah dengan wak,ustaz dah tau apa nak buat.."Katanya menepuk-nepuk bahu cikgu madun.Tetapi saya sendiri tidak tahu apa yang harus dibuat.
(Selesai...)
Sumber : Naskah Dari Tok Awang Ngah
No comments:
Post a Comment