Dirasuk Syaitan
Bahagian (1)
Tiba² sahaja awang menggigil kesejukan,tak semena-mena juga bulu romanya berdiri tegak.Angin laut mula bertiup kencang.Awang melemparkan pandangannya ke tengah laut,dilihatnya ombak menggulung tinggi."Ini tak boleh jadi..aku mesti segera pulang.."Bisik hati kecil awang.
Lekas² dicapai seruling tuanya dan diselitkan di pinggang seluar baju melayu yang telah lusuh.Cuaca yang pada mulanya panas membakar tiba² sahaja menjadi kelam,awan² hitam mula berarak menutup sang matahari.
Kolek kecil awang yang diikatnya antara batu² ditepi pantai berbuai-buai dipukul ombak.Tanpa lengah lagi,anak muda itu melompat masuk kedalam kolek tua peninggalan arwah ayahnya.
Ombak semakin mengganas,awang mulai cemas.Disebutnya nama allah,mulutnya berkumat-kamit membaca ayat² suci yang telah dipelajarinya dari kecil.Teringat awang pada ibunya yang sudah tua,pasti duduk termenung dianak tangga pondok usang mereka,menunggukan kepulangannya membawa ikan seekor dua.
Awanglah satu-satunya anak makcik siantan yang ada.Pak muda ayah awang sudah lama menjadi korban ombak ganas yang kini pula mengancam nyawa anak muda itu.
Awang melihat disekelilingnya,sepi.Tiada satu pun perahu yang ada,cuma ombak² ganas yang tidak penat² menghempas pantai.Deru angin memusar diatas kepalanya,awang memegang kuat pendayungnya,ia mesti melawan ombak,ia mesti selamat pulang.Siapa nanti yang akan menjaga ibunya yang sudah tua.Hujan mula mencurah turun,awang menggigil kesejukan."Ke mana harus kutuju.."Hati kecilnya memberontak,tiba² teringat pada satu tempat yang pernah dikunjunginya bersama kawan nya budin."Tapi orang kata tempat itu berpuaka.."Bisik hati kecilnya lagi.Ombak yang semakin menggulung tinggi membuatkan awang bulat hati untuk le lubuk hantu,kawasan yang dikatakan oleh orang² kampung sebagai berpuaka dan kononnya ramai yang telah menjadi mangsa puaka disitu.
Tanpa berlengah awang mendayungkan kolek kecilnya menuju ke lubuh hantu,mulutnya masih berkumat-kamit membacakan potongan² ayat suci kursi."Ah..sampai juga aku ke sini."Kata awang,dilihatnya sekeliling,hanya pokok² besar yang tumbuh dikawasan tepian lubuk itu,diintai-intainya jika ada orang lain yang mencari perlindungan disitu.Hampa,tiba² bau busuk menerpa ke lubang hidungnya,seolah-olah bau bangkai binatang,ditolehnya keliling."Apa yang bau busuk ni..."Awang cuba mencari dimanakah punca bau busuk itu.Keadaan sekeliling terus sepi,ombak ditengah laut masih mengganas,dan hujan masih mencurah,awang menggigil kesejukan.
"Pelik benar tempat ni,seram juga aku dibuatnya."Awang bercakap sendiri."Hoi...ada orang ke..?"Awang berteriak,harap-harapnya ada lah suara yang akan menyahut panggilannya,tak lah ia sendiri ditempat yang dikatakan berpuakan itu.Keadaan masih sepi,degup jantung awang semakin kencang dan hatinya terus berdoa supaya laut berhenti bergelora dan dapatlah ia berkolek pulang ke rumahnya."Hoi...adakah sesiapa disini.."Awang berteriak lagi,sayup² kedengaran teriaknya memecah sepi diselimuti desiran ombak yang tidak putus² menghempas pantai.Mata anak muda itu liar memandang disekitarnya,kalau² ada tangan yang melambai tetapi sudah sahlah tiada manusia lain di lubuk hantu itu kecuali dirinya.
Tiba² mata awang terpaku kepada sebuah gua kecil dicelah-celah pokok² besar yang rantingnya hampir mencecah bumi.Dirapatinya gua itu,berhati-hati ia mengatur langkah,mana lah tau ada binatang buas yang menghuni gua itu."Selamat..bolehlah aku berteduh menanti hujan reda dan laut kembali tenang."Awang berkata sendiri.Diamati-amatinya ruang sempit gua dan dilihatnya ada longgokan ranting² kayu juga kotak mancis."Mungkin gua ini pernah didatangi manusia dan mungkin juga ia senasib dengan ku,terperangkap dalam hujan lebat dan gelora laut ketika sedang mencari kayu api.Alhamdulillah."Bisik hatinya.
Sambil memerhatikan api yang menyemarak,memanaskan ruang gua yang tadinya sejuk,awang mengingati kembali ketika ia mendayungkan koleknya pagi tadi.Sedikit pun tiada tanda hendak hujan,matahari memancar begitu terik,cuaca begitu baik."Mana ada ombak besar dalam bulan ini..sungguh menghairankan."Kata awang perlahan,tangan kanannya menguis-nguiskan sebilah kayu ke tanah.Lalu ia teringat pula kepada ayu,anak gadis mak cik kembang dan pak mahat.Teringat juga ia kepada kisah yang berlaku sewaktu ia mula² mengenali anak gadis itu.Awang tersenyum sendiri.Hati kecilnya menyebut nama yang sering menjadi igauannya,gadis desa yang begitu berbudi bahasa,rambut lurus hitam sampai ke pinggang dan ayu memiliki sepasang mata bundar yang pasti menjadi kegilaan anak² muda di kampung titian.
Pertama kali awang terpandang anak gadis itu,hati mudanya sudah terpikat.Masa itu kampung titian mengadakan satu pesta menuai padi dan awang bersama budin,leman,sulong dan mamat(semua ini kawan² rapat awang)sibuk memotong buluh untuk dibuat pondok memasak dan disitulah bermulanya titik pertemuan indah dengan ayu.Anak gadis itu sedang sibuk menyusun periuk belanga yang akan digunakan untuk masak kenduri menjamu semua orang kampung yang datang dan awang serta leman yang menggalas beberapa batang buluh entah macam mana tersepak periuk belanga yang sudah disusun oleh ayu.Apa lagi merahlah kedua pipi anak² muda itu apabila dijeling marah oleh ayu bersama-sama kawannya yang lain,tanjung,rokiah,peah dan tijah.
Awang masih teringat bagaimana riuhnya bunyi ketawa siulan budin,sulong mamat dan sudin,tidak habis² mengusik mereka kerana dimarah oleh ayu dan kawan-kawannya.Peristiwa itu dianggap awang sebagai satu kenangan manis bagi dirinya,hati mudanya telah dicuit oleh semacam satu perasaan rindu kepada ayu.Selang beberapa hari,ia berpeluang bertemu dengan anak gadis itu,masing² ketawa apabila mengenangkan kejadian yang berlaku dalam kesibukan kampung titian mengadakan pesta menuai padi itu.Pertemuan mereka berdua berlaku disatu petang ketika itu awang sedang berjalan pulang dari ladang bersama leman sedangkan ayu dan salmah sedang dalam perjalanan kerumah teman mereka si tijah,awang yang memberanikan dirinya dan leman serta sekali lagi menuntut maaf diatas kejadian yang telah berlaku itu.Ayu pula menyambut sapa awang,lemah lembut.Mereka berpisah disimpang jalan dan mulai saat itu,awang dan ayu bagaikan tak boleh dipisahkan lagi.Leman dan salmah juga begitu.Boleh dikatakan seluruh kampung sudah tahu perhubungan anak² muda itu,hanya menunggu jemputan makan nasi minyak sahaja.
Awang tersenyum panjang mengingatkan ayu.Teringat juga pesan ibunya supaya bekerja kuat dalam mengerjakan ladang mereka,,mengumpukan hasil yang cukup untuk perkahwinannya nanti.Awang sedar ia tidak mempunyai apa jua harta kecuali koleh peninggalan arwah ayahnya untuk sesekali ke laut menangkap ikan dan ladang yang gigih ditanamnya dengan bermacam jenis sayuran,hasilnya dijual di pekan sari.
Awang menjengah ke luar gua,hujan semakin teduh dan laut semakin tenang.Sekejap lagi boleh lah ia beransur pulang.Sambil menyandar didinding gua,awang menarik keluar seruling tua yang diselitkan di pinggang seluarnya.Dibeleknya seruling tua itu,yang sebelum ini bersalut lumpur dan selut.Seruling tua itu ditemukan ketika membersihkan semak-samun di pinggir ladangnya tempoh hari.Sewaktu awang membersihkan seruling itu di anak sungai yang mengalir dihujung kawasan ladangnya,ia terlihat ada bentuk tulisan tertera diseruling itu,entah apa tulisannya tidaklah ia tahu.Ia pernah juga menunjukkan seruling tua berwarna coklat itu kepada leman dan leman sendiri pernah menyuruhnya membuangkan sahaja seruling tua itu tetapi ia enggan.Entah kenapa.Bukannya pandai sangat ia meniup seruling tetapi hatinya begitu berat mahu mencampakkan kembali seruling itu ke tanah selut.
"Entahlah."Awang mengeluh sediri,seruling yang dibeleknya tadi disisipkan kembali ke pinggang seluarnya seperti seorang pendekar menyisipkan kerisnya sebelum melangkah pergi berjuang.Ditinjau nya keluar gua,hari sudah teduh,cahaya matahari mula menjenguk dari balik awan dan laut pun tiada bergelora lagi."Baik aku segera pulang sebelum laut itu mengganas lagi."Kata awang.Dipadamkan api kayu dan sebelum ia beredar diperhatikan sekelilingnya buat kali terakhir dan hati kecilnya berkata."Hendaknya aku tak akan melintasi lagi kawasan ini."
Sampai ia di gigi pantai,dilihatnya kolek kesayagannya masih terikat kukuh diantara celahan batu.Sekali tolak,awang melompat masuk kedalam koleknya,nampak sahaja tua tetapi dibuat dari jenis kayu yang kuat menahan luntur air masin.Arwah ayahnya yang membuat kolek itu.Keadaan laut di sekeliling kembali tenang,sesekali awang melihat burung camar melayang dan angin kuat bertiup lembut."Syukurlah,aku selamat."Kata awang perlahan.Kedua tangannya memegang pendayung koleknya dan angin yang berhembus lembut seakan menolak koleknya,membantu agar ia segera sampai ke tempat yang dituju,ia itu pulang ke rumahnya.
"Awang...awang..."Tiba² awang terdengar ada orang memanggil namanya.Dilihatnya dua tiga buah sampan menghampiri koleknya."Leman..budin..sulong..."Jerit awang."Kau tak apa² awang?."Tanya leman."Kami ni dah puas mencari kamu disebelah sana..mak kamu bukan main risau lagi..syukur kau selamat..apa yang terjadi?"Tanya leman,tangannya menampar-nampar bahu awang."Entah lah nanti aku ceritakan samapi nanti kita dirumah."Kata awang perlahan.Sampai di tambatan,keempat-empat sahabat itu menambat perahu masing² dan berjalan pulang menuju kerumah awang.Masing² tidak sabar lagi mahu mendengar cerita awang sewaktu terkandas dalam hujan lebat dan ganas laut tadi.Bagi awang yang penting ia harus segera pulang,tak mahu ibunya terus bersusah hati.Selepas sembahyang maghrib nanti ia akan terus menceritakan kepada sahabat-sahabatnya tentang pengalamannya siang tadi dan mungkin juga akan mengajak mereka menyusuri ke lubuk hantu,mencari rahsia lubuk itu yang penuh misteri.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Adi Isma
No comments:
Post a Comment