Saturday, 14 January 2017

Dirasuk Syaitan

Bahagian (2)


   "Awang nak kemana pagi² ni..?"Makcik siantan,ibu awang bertanya."Emak rasa engkau tentu masih letih dan panas badanmu tentu belum berkurangan,tak baik kalau memaksa badan yang letih bekerja terus."Sambung makcik siantan sambil menguis-nguiskan puntung kayu yang masih menyala supaya tinggal bara sahaja.Nasi sudah ditanak sementara ikan semilang yang ditangkap oleh awang dua hari kelmarin sudah siap dibakar.Tangan makcik siantan mencapai pucuk² ubi untuk direbus bagi makan tengah hari nanti.Sengaja ia memasak siang² supaya awang tidak ternanti-nanti untuk makan apabila lapar.Sementara itu,ubi kayu rebus dan ikan sepat masin goreng sudah tersaji,menunggukan awang makan sarapan paginya.

   "Tak apalah mak,badan awang tak lagi selenguh semalam.Tak demam lagi,kalau tidur sahaja tentu bertambah mudaratnya."Sahut awang sambil mengikat parang peninggalan ayahnya di pinggang.

   "Lagi pun awang dah bercadang untuk ke ladang kita,nak tebas mana² lalang yang dah mejalar ke pokok² ubi kita,kalau dibiarkan nanti semak pulak,jadi sarang ular pulak."Tambahnya.

   Makcik siantan menggeleng-gelengkan kepalanya.Tingkah laku awang tidak ubah seperti tingkah laku suaminya,pak muda ayah awang.Bagaimana bapa begitulah anaknya.Bersyukur ia kerana awang selamat semalam dan sememangnya ia tidak pernah melarang anaknya dari berbuat apa yang dikehendakinya.Hanya pada awanglah tempat ia mencurah kasih sayang.Lekas² ia mengesat airmatanya dengan lengan bajunya,makcik siantan sekali-kali tidak mahu awang melihat ia bersedih.

   "Baiklah nak,tapi berhati-hati sikit,demam kau tu belum sembuh betul.Mari makan dulu,nanti mak bungkuskan nasi dan air kopi buat makan tengah hari nanti."Balas makcik siantan.Padanya awang dah besar untuk membuat apa jua keputusan.

   "Eh...mak tak makan sekali.."

   "Makanlah,nanti mak datang,mak nak bungkuskan nasi kau ni dulu."

   Awang bersila diatas pangkin di tengah² dapur yang begitu sederhana sekali keadaannya.Hanya ada sebuah almari pusaka.Sebuah pangkin panjang yang dibuat ditepi dinding digunakan untuk meletak segala periuk belanga dan lain² perkakas dapur.Kayu² hutan yang sudah dipotong tersusun disebelah dapur kayu dan sebuah pangkin kecil ditepinya adalah untuk meletak tempayan air.

   Diluar,matahari mula memancar,cahayanya dapat dilihat di celah² pokok pisang dibelakang dapur.Ayam² direban turut bising kerana mahu dilepaskan.Sesekali jalak,ayam jantan kesayangan awang berkokok,seolah-olah tugasnya mengejutkan setiap insan yang masih tidur dibuai mimpi² indah.

   "Baiklah mak,awang pergi dulu,nanti sebelum senja awang pulang,lepas ke ladang hajat awang nak ke sungai dipinggir ladang kita tu,mana lah tahu dapat lah awang menangkap ikan² haruan dan sepat,esok boleh lah mak masak lemak cili padi ya..nanti awang bawak balik pucuk² paki,tangki dan pegaga untuk dibuat ulam..pergi ya mak."

   Setelah mencium kedua belah tangan ibunya,awang menggalas bungkusan yang berisi nasi dan tabung air.Sebelum ia melangkah menurun anak tangga,awang teringatkan sesuatu."Mak...tolong ambilkan seruling tua yang awang letakkan ditepi dinding..."Jerit awang.

   Sebaik sahaja makcik siantan menghulurkan seruling tua itu,awang melompat turun,membuat kan ibunya menggeleng-geleng kepala."Hati² nak,kau tu belum baik betul,jangan lambat² pulang,risau hati mak nanti."Pesan makcik siantan.

   "Baiklah mak,awang pergi dulu.."Laung awang,awang berjalan pantas,sekali-kali ia berlari.Makcik siantan memerhatikan anaknya sehingga ia hilang dicelah-celah pokok² pisang dan nangka.

   "Bang awang...bang awang..."Tiba² awang terdengar satu suara memanggil namanya.Ketika itu ia sedang mencangkul batas² pokok² sayurnya,terbongkok-bongkok mencabut rumput dan lalang yang begitu cepat menjalar disekeliling kawasan ladangnya.Awang berdiri,dijengahkan kepalanya sambil  mengesat keringat yang memercik didahinya.Matahari begitu terik memancar.

   "Abang awang oi abang awang..."Suara itu semakin hampir."Oh,ayu,buat apa ke sini,naik panas ni dah lah tu banyak pulak nyamuk,nanti kulit yang putih itu jadi hitam tau..."Kata awang mengusik.

   "Ala..abang awang ni,orang datang disindir-sindir pulak,bencilah."

   "Benci tapi..tapi rindukan."Awang terus mengusik."Baiklah abang tak usik lagi,tapi kenapa ayu ke sini,tak baik tau kalau dilihat orang.Duduk lah dulu."Kata awang lagi.

   "Abang awang semalam salmah ke rumah ayu,ceritanya abang terperangkap dalam ribut semalam..."

   "Betul tapi tak ada apa² yang berlaku,kan abang sihat ni."Kata awang,tangannya mencuis sehelai daun yang jatuh keatas rambut ayu."Jangan risau,abang tak apa²,cuma demam sikit malam tadi kena hujan,basah kuyup."

   "Abang awang,kata salmah pergi ke lubuk hantu..ayu sendiri dah banyak kali dengar tentang lubuk itu..kata orang tempat tu berpuaka,syukurlah abang selamat.Tapi abang awang..boleh tak kalau abang awang membawa ayu kesana,ayu teringin nak tengok tempat itu."

   "Eh,ayu ni,itu pulak yang dipintanya,abang rasa tak elok dan tak manis kalau bawak ayu ke sana..."

   "Ala abang ni,hari kan masih siang,takkan ada apa² yang akan berlaku,lagi pun kan abang awang ada bersama.Kita pergi sekejap,dan kita pulanglah."Ayu terus memujuk awang.

   "Baiklah...budak ni...ada saja kemahuannya..mari lekas,nanti abang awang hantarkan pulang."

   Sebaik sahaja selepas awang memimpin tangan ayu masuk kedalam perahunya,ia menolak perahu itu dan kemudian melompat masuk kedalamnya,tangannya mencapai pendayung,angin laut bertiup lembut dan matahari semakin terik menyinarkan cahaya ke seluruh pelusuk alam.Dilihat awang beberapa buah perahu lain sudah ada jauh ditengah laut."Hendaknya cuaca akan terus begini,tidak seperti yang berlaku kepada diriku semalam."Bisik hati kecil awang.Ia memerhatikan ayu yang begitu leka sekali bermain dengan air laut.Hatinya tiba² digigit bimbang,takut² peristiwa semalam berulang.

   "Abang awang,lambat lagi ke kita nak sampai ke lubuk itu?."Tanya ayu.Rambutnya yang panjang mencecah pinggang berbuai-buai dimainkan angin berlalu.Ayu bersandar dan jari-jemarinya menolak anak² rambut yang ditiup angin menutup mukanya.

   "Tidak juga.Sekejap lagi sampai lah kita,cuaca pun nampak bagus,angin tak berapa kencang,nanti bila dah dekat nak sampai abang beritahu pada ayu."

   Awang terus bersuara."Ayu,bila sampai ke lubuk itu,janji ya jangan mendahului abang,ayu kan sendiri tahu,tempat itu katanya berpuaka,entah apa puakanya pun abang tak tahu."

   "Ayah pun ada menceritakan kepada ayu abang awang tentang lubuk itu.Tapi abang itu kan semua nya cerita orang,kita tak tahu kebenarannya,mungkin ada orang sengaja memburuk-burukkan lubuk itu untuk kepentingan diri mereka."Balas ayu.

   Awang menggeleng-gelengkan kepalanya.Keras betul hati anak gadis itu.Hatinya dipagut resah,bimbang sesuatu akan menimpa diri anak gadis yang menjadi kesayangannya itu.

   "Eh abang awang,itu ke tempatnya?."Soalan ayau menerpa ke cuping telinga awang."Memang benar kata ayu,itu lah tempatnya."Kata awang,pandangannya dilemparkan kepada kawasan tepi laut yang berbatu-batu besar.Lubuk hantu bukannya seperti lubuk yang terdapat disungai-sungai,tidak lah diketahui bagaiamana ia mendapat nama lubuk hantu,cuma yang pasti kawasan pantainya dipenuhi dengan batu² besar dan kawasan air yang dikelilingi batu² it airnya agak dalam.Sementara jauh ditengah darat,terdapat belukar,semak dan pohon² besar.

   "Jaga² ayu,nanti dulu abang awang tolakkan perahu ini ke tepi pantai."Kata awang.Kemudian dipimpinnya tangan ayu turun dari perahu.Ditolaknya perahu itu hingga ke tepi sebatang pokok yang tinggal setengah batangnya."Nanti abang ikatkan dulu tali perahu ini ke batang pokok ini."

   Setelah siap mengikat tali perahunya,awang mengeluarkan sumpit bekalan nasi yang dibekalkan oleh ibunya.Selepas berlegar dikawasan tersebut bolehlah ia makan dengan ayu sebelum pulang.

   "Disinilah abang awang berteduh sebelum menjumpai gua kecil itu."Tangan awang menunjukkan ke arah sebuah gua kecil yang diselindungi oleh belukar selepas menunjukkan pokok besar dimana ia berhenti penat.

   Ayu memerhatikan tempat sekelilingnya dengan penuh minat."Tempat ini biasa saja abang,tak pun terasa seperti berpuaka.."

   "Betul ayu,dalam hari yang cerah ini,kawasan ini seperti juga kawasan² pantai yang lain,mungkin abang terasakan kelainannya semalam sebab semalam hujan ribut dan hari pun tidak secerah ini,dengan guruh dan petir."

   "Ayu abang rasa cukup lah ayu melihat kawasan ini,tak usah lah kita ke gua kecil itu.Mari kita duduk di tepi batu besar itu dan makan dulu.Emak abang ada bekalkan nasi dan air,kemudian kita beransur pulang.Lagi pun abang banyak kerja di ladang.."

   "Baiklah abang sayang..."Balas ayu manja,ia berlari menuju ke batu besar.

   Awang dan ayu duduk di tepi batu² besar ditepi pantai.Sambil makan kedua-duanya memerhatikan tenang air laut dan sesekali terlihat burung² camar terbang melintasi pantai.Kedua-duanya tidak bercakap sepatah pun,awang terasa ganjil sekali,tiba² bulu tengkuknya berdiri.

   "Kenapa abang awang."Tanya ayu setelah dilihatnya awang mengerutkan keningnya.

   "Tak ada apa².Abang cuma memikirkan sesuatu.Lekas ya kita pulang."

   "Eh,abang awang ni,nasi belum lagi turun ke perut,kita berehat sebentar.Ayu nak lihat sepuas-puasnya kawasan pantai ni,tengok tu abang awang ombak laut..tidak lelah ia menghempas pantai..begitu setia ombak kepada pantai ye abang awang."

   "Eh budak ni ada² saja."Balas awang."Kalau begitu baiklah abang pun terasa letih,mari kita bersandar di tepi batu ini."

   "Apa tu abang awang?."Jari telunjuk ayu mengarah kepada seruling yang berada di pinggang awang.

   "Seruling tua,abang jumpa sewaktu membersihkan ladang abang tempoh hari."Kata awang."Abang rasa seruling ini da bertahun-tahun usianya."Tambah anak muda itu.

   "Biar ayu tengok..betul kata abang..lihat ni ada semacam tulisan di badannya...abang tahu maknanya..?"

   "Entah dah beberapa kali abang cuba nak memahamkannya...mungkin bahasa melayu lama."

   "Ayu rasa tidak."Tangannya terus membelek seruling tua itu.

   "Biarlah."Kata awang,tangannya mencapai seruling tuanya dan menyisipkannya semula ke pinggangnya."Nanti kalau awang berjumpa dengan orang² tua di kampung kita abang minta tolong mereka tafsirkan tulisan itu."

   "Abang tak pernah mencuba meniupnya..?"Tanya ayu.

   "Belum...abang bukan pandai sangat meniup seruling..ayu nak dengar ke?."

   Ayu menggangguk-anggukkan kepalanya.

   "Baiklah."Awang menarik semula seruling tua itu.Diletakkan ditepi bibirnya.Perlahan saja bunyi yang keluar.Awang cuba meniup sekali lagi.Kali ini bunyi yang keluar dari seruling tua itu begitu nyaring sekali,bunyinya meresik dibawa angin laut.Awang cuba meniup seruling itu sekali lagi,jari-jemarinya disusun di tepi lubang² seruling.Diangkat-angkatnya jari-jemari sambil meniup seruling,bunyi tiupan angin atau bunyi daun² buluh meresik ke telinganya.

   "Dengar itu ayu..?Bukan ke ganjil sangat bunyi tiupan seruling ini.Tidak semena-mena langit kelam,awan² hitam menutupi mentari."Awang menggigil kesejukan.Angin laut bertiup semakin kencang.

   "Sejuk lah abang awang,tengok tu mentari semakin kelam cahayanya."

   "Entah abang pun tah tahu,tak semena-mena terik cahaya mentari semakin pudar."Awang menyisip kembali serulingnya.Ia bangun.Dirasanya angin laut semakin bertiup kencang.

   "Eh abang awang cuba lihat sekitar kita,macam ada kabus tebal datang dari arah belukar tu,perahu abang pun tak begitu nampak dari sini."

   Awang berpaling melihat arah belukar.Ia menjadi bertambah hairan.Entah dari mana datangnya kabus tebal itu,semakin menuju kearah mereka.

   "Abang awang,bila kabus ini akan hilang?"Tanya ayu.Suaranya terketar-ketar."Ayu takut lah abang awang."Tangannya menggenggam erat tangan awang.Awang diam seketika.Anak muda itu kebingungan.Angin laut semakin bertiup kencang,ombak laut semakin kuat menghempas pantai.Yang anehnya,kabus tebal itu berpunca dari belukar dan semakin tebal."Ada sesuatu tak kena."Bisik hati kecil awang.

   "Abang awang,ayu rasa ada sesuatu dalam belukar sana.Ya allah,apa yang terjadi ni abang?."

   "Abang pun tak mengerti ayu."Kata awang."Ada sesuatu yang tak kena dengan kejadian ini.Cepat kita beredar sebelum ia bertambah buruk."

   Awang menarik tangan ayu.Kabus semakin tebal.Ia mendongakkan kepalanya,mentari semakin dilindungi awan² hitam dan hatinya semakin resah.Awang belum pernah mengalami kejadian kabus tebal disiang harinya yang tadi begitu panas cahaya mentari.Mula² ia bercadang mahu menarik perahunya tetapi hatinya bimbang takut² perahunya karam ditengah-tengah kabus tebal."Tapi kalau angin laut bertiup kencang,mungkin kabus tebal ini akan hilang."Fikir awang.

   "Mari ayu kita ambil perahu dan beredar dari sini."Jerit awang.Awang dan ayu menarik tali perahu.Tiba² mereka terhidu bau yang sangat busuk,seolah-olah bau mayat.

   "Cepat ayu..."

   "Ayu ada dibelakang abang."

   "Abang tak berapa nampak ayu,ikut saja suara abang ke sini.."Sebenarnya awang langsung tidak dapat melihat ayu.Sengaja ia berkata begitu kerana tidak mahu merunsingkan lagi fikiran anak gadis itu.

   Awang bergerak menuju ke tepi pantai.Bertawakal ia kepada tuhan.Seperti orang buta ia bergerak perlahan-lahan,takut tersungkur.Angin yang terus menerus bertiup kencang menampar-nampar pipinya,digagahinya juga meneruskan perjalanan.Tiba² ia terdengar suara ayu memanggil sayup² terdengar suaranya.

   "Abang awang...abang awang,ayu..tak..dimana abang awang...?"

   Awang tidak berapa pasti dari mana datangnya suara itu."Tadi kan ia berada di belakangku?Di tepi ku?."

   Awang memberhentikan langkahnya."Ayu.ayu.ayu."Awang menjerit sekuat-kuat hatinya tetapi tiada jawapan.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma

No comments:

Post a Comment