Saturday, 14 January 2017

Dirasuk Syaitan

Bahagian (9)


   Ayam jantan awang si jalak berkokok nyaring,menandakan hari sudah siang dan fajar sudah menyinsing.Makcik siantan dan makcik siah terjaga,keduanya bangun dan berjalan ke tengah ruang rumah,semuanya masih tidur tapi tok janggut tidak kelihatan.Mereka turun ke dapur,pintu belakang terbuka dan muncul tok janggut.

   "Budak² tu dah jaga.Saya dan pak mail dah pun ke perigi,pak mail masih di perigi...tak apa lah biar saya gerakkan budak² tu...masing² tidur lewat semalam..."Kata tok janggut.

   Ia naik keatas,seorang demi seorang digerakkannya.Disuruhnya ke perigi cepat,mandi dan supaya boleh bersembahyang subuh sekali.Awang juga tersedar,dia mahu ikut serta ke perigi.Leman dan yang lain² memimpin awang.

   Makcik siantan merasa terharu melihatkan anaknya sudah boleh bangun dari katil,meski pun badan awang masih dilihat lemah.

   Mereka kemudiannya bersarapan,awang turut minum,perutnya terasa begitu lapar sekali.

   "Tok,awang ikut ke lubuk hantu.."Awang bersuara.

   "Perlukah awang pergi tok."Tanya pula makcik siantan.Hatinya bimbang,takut penyakit anaknya akan berulang lagi.

   "Tak apa²...awang perlu menunjukkan kami tempat dimana ia dan anak gadis pak mahat tu diserang kabus tebal..saya rasa disitulah kubur dukun hitam tu.."Balas tok janggut sambil menghirup air kopi.

   Sebentar kemudian,pak mahat,makcik kembang dan ayu sampai.Kemudian tiba pula lebai dolah,pak samad dan beberapa orang kampung yang lain.

   Makcik kembang dan ayu naik keatas rumah,sebaik sahaja awang melihat ayu,ia terasa segar sekali,ayu pun begitu.Hatinya lega awang sudah pulih.Mereka hanya berpandang-pandagan.

   Tok janggut kemudiannya bangun sambil berkata."Tok rasa eloklah kita berangkat sekarang.Bawa parang masing²."

   Mereka semua turun ketanah,dibawah sudah menunggu lebai dolah serta pak mahat,pak samad dan orang² kampung yang lain.

   Makcik siantan menghulurkan beberapa bungkusan,bekalan dijalan.Awang juga ikut turun,selepas berkata-kata sebentar dengan ayu.

   "Kalau semua sudah bersedia eloklah kita pergi sekarang supaya dapat kita kerjakan apa yang patut sebelum hari gelap."Kata tok janggut.

   Selepas bersalaman dengan ibunya,awang mengikuti kumpulan tok janggut yang akan ke lubuk hantu.Di tengah jalan mereka berjumpa dengan beberapa orang kawan ayu yang ditemani ibu masing²,ke semuanya hendak kerumah makcik siantan,menemankan orang tua itu sehingga kaum lelaki pulang.

   Sampai di tambatan,pak mail menuju kearah botnya dan beberapa buah bot besar yang lain sudah menunggu,kepunyaan beberapa orang kampung.

   "Pak abu mintak tolong singgah dirumah ibu si awang ni,ajaklah orang yang lain ke sana,tunggu sehingga kami balik."Pesan pak mail.

   Pak abu menggangguk-anggukkan kepala."Jangan bimbang,kami akan kerumah ibu si awang sebentar lagi..berhati-hati."Kata pak abu.

   Tok janggut menaiki bot pak mail diikuti oleh awang,lebai dolah dan umar.Sementara yang lain-lainnya menaiki bot² dua buah lagi.

   Cuaca pagi nampaknya baik,angin laut bertiup sepoi² bahasa.Di ufuk timur matahari sudah mula memancarkan cahayanya.Laut pun tenang tiada berombak.Makin lama makin jauh tambatan ditinggalkan.Sedikit demi sedikit awang teringat semula apa yang berlaku keatas dirinya.Ia mula menceritakan satu demi satu,apa yang telah berlaku ke atas dirinya dan ayu.

   "Kau tunjukkan gua kecil itu kepada kami nanti awang..tok fikir ada sesuatu yang tak kena dengan gua itu.."Kata tok janggut.

   "Itu tempatnya tok."Awang menunjukkan arah lubuk hantu.Sekonyong-konyong juga angin laut bertiup kencang dan awan² hitam berkepul-kepul berarak menutupi matahari.Cuaca menjadi kelam.

   "Begini lah yang kami alami tok."Jerit awang dalam tiupan angin kencang.Masing² berpaut ditepi kabin bot.Kelihatan dua buah bot yang lain membawa pak samad,kawan² awang dan anak² murid tok janggut turut terumbang-ambing melawan pukulan ombak kencang.

   Tok janggut melutut,kedua belah tangannya ditadahkan ke langit.Kilat sambung-menyabung.Tok janggut membacakan beberapa potong ayat al-quran,kedua matanya dipejamkan.Wajahnya tenang,yakin permintaannya akan diberkati allah swt.

   Angin laut yang tadinya begitu mengganas kembali sepoi² bahasa.Ombak besar yang memukul kuat bot² tadi turut reda dan kepulan awan hitam seperti dihembus,berarak lalu,mengembalikan kecerahan cahaya matahari.

   Pak mail mengemudikan botnya semula,hatinya yang cemas tadi bertukar lega.Ketiga-tiga bot akhirnya sampai ke kawasan perairan lubok hantu.Setelah sauh dijatuhkan,perahu² kecil digunakan untuk sampai ke darat.Tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku.

   Sampai sahaja didarat,tok janggut memanggil awang supaya menunjukkan arah gua kecil dimana ia pernah mencari perlindungan ketika terperangkap dalam hujan ribut dua hari lalu.

   Awang berjalan dahulu diikuti oleh tok janggut,lebai dolah,pak mail dan pak samad.Umar,leman,budin,mamat,sulong dan ketiga-tiga anak murid tok janggut,salleh,yassin dan timur mengekori di belakang,seolah-olah menjadi benteng perlindung.

   "Tu dia tok janggut,gua itu tak berapa nampak dari sini kerana tersorok dek pokok² besar serta semak-samun di sekelilingnya."Kata awang.

   Tiba² berkepul-kepul kabus tebal datang dari arah gua kecil yang dikatakan oleh awang.Dengan begitu cepat,kabus tebal itu menyelubungi kesemuanya,dan menghala ke arah laut yang luas terbentang.

   "Macam mana ni tok janggut?."Tanya lebai dolah,"Tak mungkin kita dapat melakukan kerja kita dalam keadaan kabus tebal ni.."Tambahnya,hatinya mula bimbang.

   "Macam mana tok..apa yang harus kita lakukan..."Kata awang pula.Yang lain² juga mula diburu resah.

   "Bertenang,masing² jangan bergerak..jangan nanti kita terpisah...kuasa jahat ini sengaja mahu menghalang pekerjaan kita..dukun hitam itu tahu niat kita..bersabar,bertawakal kita..yang berkuasa itu hanyalah allah swt."Kata tok janggut,suaranya tenang,sedikit pun tidak menggambarkan kebimbangannya.

   "Pegang tangan masing²,kita buat satu rantaian,sesama kita akan dapat mengalahkan kuasa jahat ini,ikut bacaan saya,baca lah dengan kuat..."Kata tok janggut dan bacaan itu diakhirinya dengan suara bang yang kuat.

   Kuasa tuhan memang tiada yang dapat menandinginya.Perlahan-lahan kabus tebal itu mulai lenyap,mengarah ke laut.Kejadian itu diikuti dengan satu suara mendengus yang kuat dan tiba² kedengaran satu suara memanggil nama awang.

   "Awang...awang kau telah memanggil aku,kau telah memanggil aku,tiba lah saatnya aku membalas dendam,kamu semua akan aku hapuskan..."Suara itu terus berkata-kata.

   Tok janggut berdiri didepan awang.Kabus tebal tadi sudah hilang dan yang tinggal hanya udara sejuk seakan menggigit ke tulang hitam.

   Tok janggut mengaut segumpal pasir dan mulut berkumat-kamit membacakan sesuatu dan kemudiannya melemparkannya ke arah datangnya suara itu.Terdengar jeritan yang amat menakutkan.

   Tok janggut kemudiannya berkata."Lekas kita ke arah gua kecil itu,apa yang perlu kita lakukan ialah menggali kawasan tanah didalam gua itu,jika terjumpa tulang²..kumpulkan,tulang² itu perlu dibakar supaya dukun hitam itu binasa buat selama-lamanya."

   Kesemuanya meluru kearah gua,budin dan sulong membahagi-bahagikan alat pengorek yang memang dibawa.Sementara leman,umar,awang serta anak² muda yang lain,sibuk mengorek kawasan dalam gua kecil itu.Pak mail dan pak samad pula mengumpulkan kayu² kering dengan dibantu oleh yassin dan timur.

   Tok janggut dan lebai dolah berdiri di muka gua,membaca sesuatu.

   Tiba² angin kencang berpusar-pusar datang dari arah laut,dan bumi bergegar.

   "Teruskan kerja² kamu,jangan bimbang,kuasa itu tidak akan dapat berbuat apa²...ia semakin lemah,ia tahu ia akan menemui kehancuran."Jerit tok janggut.

   Batu² kecil berjatuhan di keliling gua kecil itu.Tapi semangat anak² muda yang berkerja untuk mengorek kawasan gua itu begitu waja.Kerja mengorek diteruskan tanpa mengendahkan batu² yang jatuh.

   "Tok...tok...ini dia kami dah jumpa tulang² yang tok katakan,tapi ada seakan sebilah keris ditanam sama tok dalam lubang ni."Jerit awang.

   Tok janggut dan lebai dolah mendapatkan awang dan yang lain².

   "Sahlah ini lah kubur dukun hitam tu...keris ini pernah diceritakan sebagai kepunyaannya..begitu tahan tulang² ini,belum hancur semuanya dimakan bumi...keadaan gua ini mungkin membuatkan tulang² ini tahan reput."Kata tok janggut.

   Tok janggut kemudiannya mengarahkan supaya dibuat satu unggun api yang besar.Arahannya dikerjakan.Tidak berapa lama kemudian api pun menjulang tinggi.Umar dan yang lain-lainnya terus mencampakkan ranting² kayu,menjadikan api itu terus marak.

   Angin bertiup kencang,seolah-olah ada yang mahu memadamkan api yang sedang marak menyala."Berundur sedikit."Tok janggut berkata.Dia mara beberapa langkah,tangannya menggenggam beberapa ketul tulang yang ditemui dalam lubang didalam gua kecil itu.

   Tanpa membuang masa,tok janggut mencampakkan tulang² ke dalam unggun api yang sedang marak menyala.Ianya diikuti dengan keris yang dijumpai sama dengan tulang-temulang itu.Sekonyong-konyong kedengaran suara jerita,kesakitan dan bertambah nyaring dan terus hilang.Angin kencang berpusu-pusu di atas unggun api tetapi masih tidak berjaya memadamkan api yang terus marak.

   Kesemuanya melaungkan."Allah hu akhbar"Sebanyak tiga kali.

   "Baik kita bakar sahaja kawasan keliling gua ini supaya turut musnah apa jua mahkluk pengikut dukun hitam itu."Kata tok janggut.

   Kawasan belukar disekeliling gua itu kemudiannya menjadi satu unggun api yang amat besar,bahang panasnya memaksa mereka undur ke tepi pantai.

   Tok janggut menadahkan kedua tangannya ke langit dengan diikuti oleh yang lain²,mengucap syukur kepada allah swt akan bencana yang telah dapat dihindarkan dan memohom perlindungan seterusnya.

   Tiada lagi gua dilubuk hantu,tiada lagi pokok² besar yang menakutkan dan tiada lagi dukun hitam,rohnya kembali ke alam lain buat selama-lamanya menerima pembalasan dari allah yang maha esa.

   Angin laut bertiup lembut.Air laut tenang.Seolah-olah seluruh alam turun merayakan kemenangan menewaskan yang sesat.Tok janggut dengan yang lain² berjalan menuju ke perahu.

   Awang menoleh ke belakang,mahu dilihatnya lubuk hantu buat kali terakhir,tidak mungkin dijenguknya lagi tempat itu,mungkin buat selama-lamanya.Begitu banyak yang telah berlaku ke atas dirinya dalam tempoh hari lalu.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma

No comments:

Post a Comment