Saturday, 14 January 2017

Penghisap Darah

Bahagian (2)


   Ramli sudah lama menggangotai kelab penggembara di bandar tempat dia tinggal sekarang,iaitu kuantan,sebuah bandar yang sedang pesat membangun.

   Kelab penggembara milik seorang kenalan lama yang satu ketika pernah bersekolah bersamanya itu menjadi tempat perhentiannya sejak 12 tahun lalu.Disitu ramli menghabiskan masanya jika tidak menjalankan urusan niaganya di luar daerah.

   Ingatannya kembali kepada peristiwa masa lampau dimana dia berkenal rapat dengan seorang lelaki bernama baharin,seorang pemburu yang cekap dan pintar.

   Dikelab ini lah juga mereka bertemu dan kemudiannya menjadi sahabat baik sebelum baharin mengambil keputusan untuk berhijrah ke kuala lumpur untuk mencari pengalaman baru.

   Keputusan baharin memeranjatkan ramli,tapi apakan daya.Temannya itu berhak menentukan jalan hidupnya sendiri.Sebagai kawan ramli hanya dapat menasihati tapi tidak dapat menghalang.

   Dan mereka kemudian berpisah.Dan hari ini ketika berada semula di kelab ini,ramli kembali terkenang padanya.Kenangan yang benar² mencuit hati dan perasaannya.

   Suasana bising disebuah meja berhampiran tempat duduk ramli menyedarkan dia dari lamunannya.Suara ketawa besar di meja itu mengingatkan dia lagi pada baharin.Tapi suara itu sekarang benar² berhampirannya.Dia pasti ini.

   Ramli merapti meja yang sedang riuh-rendah itu.Matanya liar memerhatikan keadaan sekeliling.

   "Saya tidak senang dengan keriuhan dimeja ini encik."Katanya merendah diri.

   Baharin nampaknya tidak peduli.

   "Sepanjang yang saya tahu,anda seorang pemburu yang handal."Tambahnya.

   Baharin masih membisu.Teman disebelahnya yang bernama wahab menyampuk."Anda betul kawan...Kita sama² handal."

   Tetapi lelaki itu tidak berminat dengan wahab.Mukanya kelihatan merah menyala pada pandangan mata baharin.

   "Mungkin anda dapat memberitahu saya,saya meragui apakah yang diperolehi oleh manusia dengan memikul kegemaran memburu dan membunuh binatang² yang tidak berdosa?."

   Perkataan tersebut bukanlah perkara yang boleh diketengahkan kepada baharin.Serta merta mukanya berubah menjadi merah padam.Wahab juga marah.Masing² bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal datang.Lelaki muda yang bernama baharin itu masih terpaku.Teman² yang ramai di kelilingnya mengharapkan yang pemuda itu akan berkata sesuatu untuk mempertahankan tindakannya.Tapi dia tetap tegak dengan mata yang terbeliak menghadap ramli.

   "Bukan lah niat saya untuk menyinggung perasaan anda,tetapi tolong bagi tahu saya,adakah pembunuhan dan kekejaman itu kini sudah menjadi satu perkara yang harus dilakukan?"Tambah ramli dengan senyum menyindir.

   "Saya tidak dapat bagi tahu kamu."Jawab baharin.

   "Bagaimana pun,saya boleh menunjukkan kepada anda sebabnya."Sahut ramli dengan mata yang bernyala-nyala.

   "Keseronokan  yang saya perolehi dari membunuh saya akan tunjukkan kepada kamu.Saya harap ia akan menjadi satu pertunjukan yang menarik walaupun saya ragu² sama ada anda juga meninggal sama seperti seekor biantang."

   "Biar saya fikirkan sekejap."Kata ramli sambil menganggukkan kepala.

   Baharin juga mengangguk.

   "Nampaknya sangat mudah."Katanya.

   Ramli juga merasa ragu.

   Kerana lelaki yang dihadapinya sekarang ialah baharin.

   Pada masa yang sama pelayan membawakan bil untuk meja tersebut.Ramli menandatanganibil tersebut dan kemudian beredar dari meja.Sejak melangkah kaki ke bar itu,ramli memang sudah memikirkan tentang baharin.Nampak nya pertemuan itu memang satu pertemuan yang aneh.

   Detektif superitendan jamal sedang minum di sebuah meja lain di bar tersebut.Mukanya kelihatan pucat mungkin kerana kurang tidur.Ramli menyertainya dimeja itu.

   "Apa kabar jamal?."Tanya ramli sambil menepuk bahunya.

   "Kamu juga apa kabar?."Balasnya mesra.

   "Letih."

   "Banyak kes yang dikendalikan?."

   "Lama anda tidak ke sini."Balas jamal tanpa menunggu ramli menjawab.

   "Minum?."Tanya anggota polis itu lagi.

   "Bertuah dapat bertemu anda disini hari ini."Sahut ramli seolah berpuas hati dengan pertemuan itu.

   "Sebenarnya memang kedatangan saya kesini untuk bertemu anda."

   "Minta² janganlah kerana tiket meletak kereta itu."Balas jamal seolah menyindir.Keduanya kemudian tertawa kerana geli hati.

   Beberapa saat kemudian,jamal berkata."Saya perlukan nasihat anda."

   "Untuk apa?."

   "Besar kemungkinan kes pembunuhan."

   Ramli terbeliak matanya.Jamal meneguk airnya.

   "Sekurang-kurangnya kita menganggap kes tersebut sebagai kes bunuh,saya tidak berapa pasti yang ia sebenarnya kes pembunuhan."

   "Sebenarnya tidak ada nasihat yang perlu saya berikan pada anda."

   "Maksud saya,tentu tidak salah jika anda cuba membaca sedikit apa yang akhbar² tuliskan untuk menghebahkan berita pembunuhan tersebut.Mayat tanpa kepala ditemui di padang."

   "Kemungkinan juga pembunuhan tersebut dilakukan oleh binatang?."Kata jamal seolah mahu menguatkan percayanya.

   "Baiklah,cuba terangkan apa jenis binatang yang mungkin melakukan binatang itu?."Balas ramli ingin tahu.

   Ramli tersenyum tanda kemenangan.

   "Sayang nya kita tidak pula menemui kepala mayat itu."Tambahnya agak kesal.

   Ramli mengingatkan sesuatu sambil menggoyangkan paipnya.

   "Jika benarlah ia seekor binatang,tentu binatang tersebut sangat kuat hinggakan dapat menanggalkan kepala seorang manusia."Jelas jamal.

   Jamal menggigil.

   "Di england?Mungkin boleh dipercayai kerana ia mempunyai banyak anjing liar tetapi saya tidak fikir ia boleh melakukan perbuatan yang sejauh itu.Mayat tersebut tidak terusik langsung,sementara kepala mangsanya pula dipotong dengan baik,tanpa kesan² gelojoh atau sebaliknya.Semuanya kelihatan bersih."

   "Anda kenal baharin bukan?."

   "Ya."

   "Kenapa dia tinggal disitu?."Tanya ramli sambil melihat lagi peta ditangannya."Rumahnya tidak kurang dari sebatu dari tempat dimana mayat tersebut dijumpai."

   "Ya..saya tahu."

   "Kenapa anda tidak menyoal dia,sekurang-kurangnya anda tidak perlu melakukan penyiasatan yang jauh.Atau kemungkinan dia tidak ada didalam negeri?."

   Jamal kelihatan tidak selesa sama sekali.

   "Sebenarnya saya ada menemuinya."Kata jamal."Dia tidak berminat untuk membantu saya terutama bila ditanya soal pembunuhan itu."

   "Memang betul seperti yang anda katakan,dia ini manusia ganjil,tingkah laku nya banyak yang tidak menyenangkan."Tambah jamal.

   "Mahu kamu mengikut aku jamal?."

   "Ya.Akan saya pertimbangkan.Tapi saya sokong kepergian kamu kesana.Sama ada ianya manusia atau seekor beruang,yang pastinya ia akan membunuh sekali lagi."

   "Baiklah jamal,saya ikut."

   Ramli menggelengkan kepalanya.Di matanya terbayang tubuh tanpa kepala yang ganjil itu.Tubuh rahman yang terkenal didaerah itu.Lelaki tersebut tidak mempunyai musuh,tetapi kenapa dia dibunuh?.

   Jamal berhenti berfikir,kemudian melihat ramli sambil menganggukkan kepalanya.

   "Kemaitan itu sungguh menyedihkan."Katanya."Saya tidak pernah terfikir yang rahman akan meninggal cara demikian.Saya tidak sanggup lagi melihat pembunuhan ngeri seperti ini."

   Jamal menganggukkan kepalanya sekali lagi.

   Dia juga ingin ikut serta.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma

No comments:

Post a Comment