Saturday, 14 January 2017

Dirasuk Syaitan

Bahagian (6)


   Awang dan leman tidur diatas katil sementara budin,mamat dan sulong tidur di kaki katil,masing² berselimut.Makcik siantan pun sudah lama lena di biliknya,hatinya lega sedikit kerana kawan² awang ada di rumah itu.Lapang sungguh dadanya.

   Awang menjenguk kawan-kawannya,masing² pasti dibuai mimpi indah.Matanya tak mahu juga lelap.Sinaran cahaya bulan menerpa masuk ke biliknya menerusi jendela yang tidak ditutup.Matanya terkebil-kebil melawan rasa mengantuknya.Sedang ia mahu terlena,ia terdengar bunyi meresik diluar jendela,bunyi nyaring dan seperti ada yang mencakar-cakar diluar dinding biliknya.Suasana malam yang sepi itu sesekali diselangi dengan bunyi jam tua yang tergantung didinding serambi rumah.

   "Mungkin bunyi angin."Fikir awang.Ia mengalihkan badannya,mengadap leman.Ia teringat semasa ia kecil,begitu suka mendengar cerita² hantu dan kemudian ia akan merasa takut untuk tidur seorang.Tiba² ia terdengar bunyi itu lagi,semakin kuat,diikuti dengan satu suara seakan mengeluh panjang."Awang...awang...awang..."

   Seakan dipukau,awang bingkas dari katil dan perlahan-lahan berjalan ke arah tingkap.Ia menjenguk ke luar.Cahaya bulan mengambang bermain-main di atas daun² pisang yang banyak diluar rumahnya.Cahaya bulan itu juga menimbulkan pelbagai jenis bayangan yang menyeramkan.Sepi.Biasanya terdengar suara cengkerik tapi malam ini begitu sepi sekali.Awang berjalan semula ke katilnya.

   Malam semakin dingin.Awang menarik selimutnya.Ia terus lena tanpa menyedari ada satu lembaga tinggi di penjuru biliknya.Bilik itu semakin dingin seperti air batu,dan awang tidur dalam keadaan resah.Lembaga itu memerhatikannya seketika dan  kemudian bersuara.

   "Awang,kau telah memanggil tuanku.Berpuluh-puluh tahun ia menunggu dibangkitkan dari tidurnya untuk membalas dendam dan sekarang orang² kampung ini akan tahu azab dendamnya."Suara lembaga itu semakin meninggi."Semua keturunan mereka yang telah membunuh tuanku seratus tahun lalu akan menerima balasan mereka.Mereka akan dihukum.Kau telah memanggil tuanku dengan meniup seruling kesayangannya itu,kau akan menjadi alat untuknya membalas dendam.Apa jua kuasa yang ada pada dirinya akan menjadi milikmu.Jaga baik² seruling itu.Tuanku akan menghantar jin² untuk menjagamu siang dan malam dalam tidur atau jagamu."Suara itu semakin jauh dan terus hilang.Hanya yang kedengaran bunyi dengkur kawan² awang.Anak muda itu bergerak-gerak,mulutnya juga kumat-kamit memperkatakan sesuatu.Seketika satu cahaya menyinari seruling yang tersangkut di dinding,seperti 100 tahun lalu.

   Sebaik sahaja ayu terjaga dari tidurnya,ingatannya terus singgah kepada awang,ia mesti ke rumah awang pagi ini.Hatinya bimbang mendengarkan cerita pak mail,pak samad dan makcik siah malam tadi.Ibu bapanya juga bimbang dengan bakal menantu mereka itu.Mereka bercadang akan menziarah awang malam nanti.Tapi ayu tidak sabar menunggukan malam.

   "Mak nanti ayu ke rumah abang awang sekejap ya...ayu akan ajak salmah bersama."Kata ayu kepada maknya yang sedang sibuk menyusun periuk belanga di dapur.

   "Baiklah,nanti bawakan kuih lepat ni sikit buat mak awang..ayu cepat balik ya..nanti emak nak kerumah pak usu kau dihujung kampung sana bersama ayah kau,ajak salmah tu menemankan kau sebab kami akan terus langsung kerumah awang."Pesan makcik kembang kepada anaknya ayu.

   "Baiklah mak."Kata ayu.Tangannya membetulkan kain selendangnya,baju kebaya labuh yang dipakainya membuatkan dirinya kelihatan begitu manis sekali.Rambutnya disisir rapi dan dibiarkan begitu saja.

   "Mak,ayu pergi dulu ya..."Tangannya mencapai bungkus kuih lepat untuk awang dan maknya.Ibunya memang tahu awang gemar makan kuih lepat pisang.

   "Baik² jalan ayu dan ingat pesan mak."

   Ayu berjalan pantas,tak sabar rasanya nak melihat awang.Sampai dirumah salmah,ia melihat ibu salmah sedang menjemur kain.

   "Makcik,salmah ada?."

   "Eh..ayu..pagi² lagi kau dah datang...salmah ada di dapur,pergilah."Kata ibu salmah.

   "Salmah...ayu datang."

   "Eh ayu...masuklah,kenapa ni.."

   "Aku nak ajak kau ke rumah awang,dan kemudian boleh tak kau temankan aku dirumah.Ayah dan ibu ku nak ke rumah pak usu dihujung kampung dan kemudian mereka terus kerumah abang awang,nak menziarah."

   "Nanti aku cakapkan dengan emak aku."

   Setelah mendapatkan kebenaran ibunya,salmah mengikuti ayu kerumah awang.Ditengah jalan mereka bertemu dengan tanjung dan tijah yang hendak ke pasar sehari.Mereka berhenti sekejap dan bercakap-cakap mengenai hal ayu dan awang.Beberapa minit kemudian,masing² beredar meneruskan perjalanan.Di sepanjang jalan salmah tak habis² mengusik ayu."Berseri-seri wajah kau ayu...maklumlah nak jumpa orang tersayang..."

   "Kau ni ada² saja lah salmah,kau pun apa lah kurangnya,kalau jumpa leman,nampak aku pun buat² tak nampak."Ayu membalas usikan kawannya itu.Kedua-duanya akhirnya ketawa.

   "Eh,salmah bukankah itu leman di rumah awang...tu yang sedang memotong kayu..eh langkah kanan kau hari ini."Ayu terus mengusik.

   "Assalammualaikum."Ayu memberi salam,leman yang sedang memotong kayu berhenti.

   "Eh ayu..hai salmah pun ada...pagi² lagi dah datang...makcik siantan ada dibelakang rumah,tengah memberi ayam-ayamnya makan.Kalau nak cari awang,dia ada diatas,masih baring.Badannya masih panas tetapi lukanya dah sembuh sedikit,tapi kata awang masih berdenyut-denyut..pergilah naik keatas,nanti salmah kita cakap kemudian,abang nak habiskan potong kayu² ini."Kata leman.

   Salmah melemparkan senyum manis kepada leman sebelum mengikuti ayu ke belakang rumah.

   Ayu dan salmah beredar untuk mendapatkan makcik siantan dibelakang rumah.Mereka bersalaman.

   "Ayu ni dah betul² sembuh ke...tak baik kalau badan yang masih muda tu tak dijaga..marilah masuk ke dapur dulu,boleh tolong makcik hidangkan sarapan pagi..kawan² awang semuanya berada disini malam tadi tapi mamat,budin dan sulong da balik lepas subuh tadi..kata mereka nak ke laut menangkap ikan,cuma yang tinggal si leman tu,boleh juga membantu sementara awang sembuh."Kata makcik siantan.

   Kedua-dua ayu dan salmah pula sibuk mengatur cawan didalam dulang.

   "Ini ada ayu bawakan sedikit kuih lepat makcik,emak dan ayah kirim salam,malam nanti mereka datang."Kata ayu.

   "Terima kasih ayu,kalau dah siap bawalah dulang tu naik keatas dulu,salmah panggillah leman masuk,belum sarapan lagi dia tu..."Kata makcik siantan.

   "Makcik nanti ayu kejutkan abang awang sekali ya..."

   "Baiklah ayu..malam tadi pun awang tu tak berapa nak makan...tapi demamnya dah beransur baik."Balas makcik siantan.

   Ayu beredar ke serambi rumah,diletakkannya dulang diatas tikar mengkuang yang sudah sedia terbentang,ia berjalan perlahan-lahan ke bilik awang,daun pintu terbuka dan dilihatnya awang masih terbaring di atas katil,badannya mengereng ke arah dinding.

   Ayu duduk ditepi katil,tangannya menggoncang lembut bahu awang."Abang awang,bangun,hari dah siang,abang awang..abang awang."Awang menggeliat,matanya dibuka perlahan-lahan.

   "Ayu?Aku ni bermimpi ke?."

   "Abang awang,ini ayu lah bukannya abang bermimpi."

   Awang bingkas bangun dan bersandar di kepala katil.Dahinya berkerut."Apa ayu buat disini,kan ayu perlu rehat."

   "Ayu tak apa² abang,abang yang perlukan rehat tapi abang perlu makanan juga,emak abang kata malam tadi abang tak makan sangat...mari lah kita minum diserambi rumah,tapi kena lah cuci muka dan gosok gigi dulu.."

   "Hmm budak ni...ada² saja..marilah."

   Awang yang sebelum ini sudah bersedia untuk mengikuti ayu terduduk semula di pinggir katil,kedua tangannya menangkup mukanya.

   Ayu kebingungan.

   "Nanti dulu ayu...abang nak minta ayu ceritakan apa yang berlaku kepada kita semalam...abang mesti tahu apa yang berlaku...abang tak berapa ingat..ayu mesti tolong abang..."

   Awang menumbuk-numbukkan genggaman tangannya ke tepi dinding.

   "Sabar abang awang..nanti ayu ceritakan...apa yang ayu ingat abang tunjukkan seruling tua yang abang jumpa itu..kemudian kabus tebal..dan kita berpisah...kemudian.."

   Awang mendengar cerita ayu,ia berharap-harap akan mengingatkan peristiwa ia dan ayu di lubuk hantu siang semalam.Macam mana dahinya terluka dan suara² ganjil yang didengarnya serta lembaga² asing yang menghantuinya sejak peristiwa tersebut.

   Ayu terus menceritakan kisahnya yang terumbang-ambing dalam perahu awang sehingga lah ia ditemui oleh pak mail.

   Awang mendengarkan ceritanya begitu khusyuk tetapi sejurus kemudian air mukanya berubah seolah-olah ia mendengar orang lain berkata-kata kepadanya.

   "Suara itu lagi."Fikirnya."Suara ganjil yang kudengar semalam."Ia bukan lagi mendengar suara ayu tetapi suara yang satu lagi.Awang memejamkan kedua belah matanya.

   "Abang awang...abang awang dengar tak apa yang ayu katakan tadi?."

   Awang tak mendengar langsung apa yang dicakapkan oleh ayu.Dia hanya melihat sebilah keris panjang berkilat dihunuskan dan keris itu menjunam menusuk dada satu lembaga serba putih.

   "Tidak...berhenti,berhenti."Awang menjerit.Ia bingkas bangun.Kedua belah tangannya diangkatkan ke atas seolah-olah mahu menahan keris itu dari mengenai sasarannya igauannya terhenti disitu.Tubuh awang kembali lemah.

   "Makcik...leman...salmah...tolong..abang awang."

   Ketiga-tiganya berlari serentak kedalam bilik awang.Leman menangkap awang sebelum ia sempat jatuh ke lantai.

   "Kenapa ayu...kenapa dengan awang?."Makcik siantan bersuara.

   "Salmah tolong makcik basahkan sehelai tuala...ada ditepi almari tu...makcik nak lapkan dahi awang ni."Suruh makcik siantan.Salmah beredar membuat apa yang disuruh.

   Ayu perlahan-lahan bersuara,airmatanya mengalir.Suaranya tersekat-sekat."Ayu hanya...hanya menceritakan apa yang berlaku semalam..abang awang mahu tahu apa yang terjadi keatas kami..tiba²...ia menjerit...ayu tak tahu makcik.."

   "Tak apa lah...leman..nanti tolong makcik panggilkan pak mail...makcik nak minta ia panggilkan lebai dolah ke mari,minta tolong tengokkan kenapa dengan si awang ni..."Makcik siantan cuba mengawal perasaan sedihnya melihatkan keadaan anak kesayangannya.

   Awang terbaring dikatilnya.Kedua-dua matanya pejam.Dadanya turun naik,nafasnya kencang.

   Makcik siantan mengelap dahinya yang berpeluh-peluh,tidak berhenti-henti.

   "Baiklah makcik,makcik jangan bimbang...lekas saya bawakan pak mail dan lebai dolah."Kata leman.

   Salmah pula mengajak ayu keluar dari bilik awang.Mereka duduk diserambi.Ayu yang tadi menangis masih kebingungan.Hatinya bertambah kesal mengajak awang ke lubuk hantu itu.

   "Sabarlah ayu..sabar...kita hanya berdoa agar awang segera pulih.."Pujuk salmah.

   Sejurus kemudian makcik siantan keluar,ia berjalan lemah kearah kedua anak gadis itu.

   "Ayu jangan bersedih...kita tunggu pak mail dan lebai dolah sampai...makcik rasa ayu dan salmah minum dulu...makan lah apa yang ada...tak baik kalau terus bersedih ayu..."

   Makcik siantan memeluk ayu dan salmah turut terharu.Sesekali tangannya mengurut bahu ayu,airmatanya turut mengalir.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma

No comments:

Post a Comment