Penghisap Darah
Bahagian (11)
Baharin sedang menunggu.Dia sedang menunggu sebelah rumah,tetapi ramli tidak terus menghampirinya.Wajahnya kelihatan janggal.Senyumannya agak tawar.
"Kamu datang senyap²."katanya.
"Saya fikirkan anda tidak datang."Katanya selamba.
Ramli tidak menjawab.
"Dimana ianya baharin?."
"Apa ramli?."
"Saya tidak tahu apa binatangnya.Saya mahu kan benda itu.Saya sejuk baharin.Dan jika perlu saya akan bunuh kamu."
"Anda betul ramli.Sepatutnya anda sudah mengenal jejak itu lebih lama dulu.Anda perlu mengikutnya dulu lagi.Adakah anda menurut jejak itu malam ini atau hanya meneka?."
"Saya jangkakan yang memang saya kenal jejak itu sejak sekian lama dulu."Balas ramli seolah menyindir,senapangnya ditunjukkan ke tanah."Tapi malam ini,saya sedar satu perkara mungkin ada sesuatu yang kamu hendak terangkan kepada saya.Ia seperti magnet memujuk saya ke sini."
Baharin menyedari walau apa yang dilakukannya kini,ramli tidak akan berdiam diri.Dia akan terang² membuat keputusan.Semua tembelangnya kini sudah terbongkar.Ramli tidak akan membiarkan baharin lari lagi.
"Saya tahu apa yang sedang anda fikirkan."Kata baharin tidak mahu kalah.
"Tahukah anda kenapa saya melakukan pembunuhan tersebut?."
"Apa kamu fikir pembunuh itu?."Tanya nya lagi.
"Yang mana satu?."
"Ah,kamu betul² bijak kerana ingat akan dua kesan jejak itu.Baik betul.Saya melakukan dua jejak itu untuk mengelirukan kamu semua.Caranya mudah saja.Meminjam dua kaki kuku kambing yang digunakan untuk mengais tanah dan kemudian memasukkannya ke dalam bot.Setengah beruang dan setengah singa,itu lah binatangnya.Tentu kamu juga ingat dengan lain² jejak lagi bukan?."
Ramli tidak langsung melupakan semua itu kerana disaat ini dia sedang memikirkan perkara tersebut.
"Setelah mengetahu semua perkara ini apa yang hendak kamu lakukan kepada saya?"Tanya baharin."Bagi tahu polis?atau memberkas sahaja saya?."
"Saya tidak tahu."Jawab ramli ringkas.
"Mari.Saya tunjukkan teman saya yang selalu hauskan darah."Tiba² sahaja baharin bersuara.
Mereka melalui satu dinding yang boleh dibuka dengan rahsia yang diketahui baharin.Baharin berjalan dihadapan sementara ramli mengikutnya.Keadaan bilik itu agak gelap dan menyukarkan ramli melihat wajah baharin sendiri.
Tiba² ada suara keluar dari sebuah kandang besar ditengah ruang.Suara itu menggerunkan.Dan bila ada cahaya masuk,jelaslah dimata ramli bahawa binatang yang sedang berbunyi itu ialah seekor raksasa kecil yang menggerunkan.
Lebih kurang 30 paun kuku dan daging manusia berselerak dikawasan itu.Mata binatang itu pula tepat memandang ramli yang berada didalam ketakutan.Baharin tersenyum melihat wajah ramli yang kecut.Ramli melihat wajah baharin,perutnya terasa mual.
Dan bila matanya memandang ke bumbung bilik itu,ramli hampir menjerit apabila melihat sebiji kepala manusia tergantung dengan cermin mata masih terlekat dimuka.Wajah itu memang ramli kenal benar,itu lah wajah ros,pemberita muda yang sejak petang semalam tidak dia temui.
Kepala itu agak ganjil dan menakutkan dengan mata terbelalak dengan lidah terjelir keluar.Urat lehernya bersusun-susun mencecah dinding dengan darah yang masih mengalir.Satu permandangan yang sangat mengerikan.
"Kemenangan saya."Kata baharin gembira.
Ramli tahu apa yang harus dia lakukan sekarang.Tidak boleh lengah² lagi.Tapi dia perlukan sedikit masa untuk bertindak.
"Dua peluru ramli."Baharin mengingatkannya.
"Bawa kawan kamu bersama."
Baharin masih lagi melihat binatang ganjil itu.Raksasa kecil itu seolah mengerti dengan kata² tuannya.
Binatang itu dengan manja membelai tubuh dan tangan baharin tetapi matanya liar memandang ramli yang masih dalam ketakutan.
"Jika saya pun bersalah dan melakukan kekejaman,sedarlah yang saya telah menyelamatkan nyawa kamu."Kata baharin separuh merayu.
"Disini?."
"Dimana,diluar sana."
"Lebih baik."
"Saya berjalan ke sana."
"Tidak jadi masalah."
"Tapi jangan terlalu lama baharin."Balas ramli seolah tidak yakin.
"Tidak..tentunya tidak."
Ramli bergerak ke tangga.Kemudian dan kemudian berpusing menghadap baharin.Baharin kemudian mengangguk tanda setuju.
"Saya akan temui kamu kemudian."Katanya.
Ramli merasa takut.
Tetapi itu hanyalah satu ketakutan yang sihat,ia hanyalah ketegangan yang sejak beberapa malam mengganggu kosentrasi dan fikirannya.
Ramli tersenyum sendirian ditengah malam yang makin pekat itu.Awan juga berarak dengan tenang seolah-olahnya merestui apa yang terjadi.
Ramli juga sedar yang dia juga mahu hidup,dan dia kemudian dapat faham akan keadaan baharin.Dan ketika itu akhirnya baharin cepat sedar.
Dia mahu hidup kerana dia masih hidup,dan kerana angin kini sedang bertiup menyeberang keheningan malam dan kerana dia ketika ini mempunyai dua peluru didalam senapangnya...
(Selesai.)
Sumber : Naskah Dari Adi Isma
No comments:
Post a Comment