Dirasuk Syaitan
Bahagian (8)
"Jauh lagi ke rumah tok janggut tu pak lebai."Tanya leman.Tangannya yang memegang sebilah parang tak henti² menebas lalang² yang tumbuh dikiri kanan jalan sempit yang sedang mereka lalui.
"Tak berapa jauh lagi sebab kita ikut jalan hutan ni...bila tiba di anak sungai...tanda nya tak lama lagi kita sampai lah."Jawab lebai dolah.
"Lebai fikir..apa yang sebenarnya merasuk awang tu?."Tanya pak samad.
"Aku pun pelik juga samad...hanya allah yang tahu apa yang merasuk budak tu..kita tunggu saja hingga sampai ke rumah tok janggut."Jawab lebai dolah,tangan kanannya menampar dua ekor nyamuk yang hinggap di pipinya.
Matahari semakin tegak diatas kepala.Panas teriknya membakar.Ketiga-tiga mempercepatkan jalan,berhenti hanya untuk meneguk air,untuk membasuh tekak yang kehausan.Tidak berapa lama mereka pun berjumpa dengan sebatang anak sungai.
"Ini dia anak sungai nya...kalau kita ikut menyusur anak sungai ni,sampai lah nanti ke rumah tok janggut."Kata lebai dolah.
Anak sungai yang disusuri mereka tidak lah begitu dalam,cuma dipangkal betis sahaja dan di tebingnya penuh dengan pohon² rumbia.Terik cahaya matahari mengintai di celah² pohon² yang rendang dan rimbun.
"Itu kah rumah tok janggut."Tanya leman,pandangannya menghala ke sebuah pondok dipagari buluh² yang rapi tersusun.Lengang keadaan keliling kecuali sesekali terdengar bunyi burung² hutan,bersiulan.
"Alhamdulillah."Kata lebai dolah."Sampai juga kita ke rumah tok janggut."
Ketiga-tiganya serentak memberi salam."Assalammualaikum.Assalammualaikum tok janggut."
Beberapa orang anak muda keluar dari pondok tersebut lalu menjawab salam.
"Sila lah naik,tok janggut ada didalam."Kata seorang anak muda sebaya dengan leman,lengkap berpakaian seluar dan berbaju melayu hitam dengan ikatan di kepala.
Ketiga-tiganya naik.Lebai dolah mendahului."Assalammualaikum tok..tok masih ingat saya..lebai dolah dari kampung titian.."
Seorang lelaki dalam lewat 60an dengan janggut putih dan berpakaian serba hitam bangun dan menyambut salam lebai dolah.Sungguh pun usianya telah pun mencapai lewat 60an,tetapi susuk badannya masih tegap.
"Duduklah lebai..siapa yang bedua ini?."Tanya tok janggut minta diperkenalkan.
"Maafkan saya tok,yang ini pak samad dan anak muda ini namanya leman,kami datang dari satu kampung,mempunyai hajat,minta bantuan tok."Jelas lebai dolah.
Sebelum bertanya lebih panjang tok janggut memperkenalkan beberapa orang anak muridnya.Selain dari boleh mengubat orang sakit,tok janggut terkenal dengan kekuatan gerak silatnya serta ilmu kebatinan yang tebal.
"Yang ini anak angkat saya...umar namanya..yang bertiga tadi,anak² murid saya,salleh,yassin dan timur."Keempat-empat orang anak murid itu bersalaman dengan lebai dolah,pak samad dan leman.
"Nah,sekarang ceritakanlah apa hajat kamu bertiga bersusah payah datang ke sini."Minta tok janggut.
Lebai dolah pun memulakan ceritanya.Tok janggut mendengar cerita itu,keningnya terangkat-angkat,sambil tangan kanannya membilang biji tasbih.Ia menganggukkan kepalanya,sambil menarik nafas panjang.Giginya diketap-ketap.
Semua mata tertumpu kepada tok janggut,menunggukan apa yang akan dicakapkannya,Tok janggut masih berdiam,jari-jemarinya terus membilang biji tasbih.
Akhirnya ia bersuara."Kisah seruling itu berulang lagi.."
Lebai dolah kehairanan.Begitu juga dengan yang lain.Nampaknya tok janggut pernah mendengar tentang kisah seruling tua itu.
"Apa maksud tok janggut?."Tanya lebai dolah.
"Seruling jahanam itu telah banyak meragut nyawa yang tidak berdosa kira² 100 tahun lalu,kisah seruling tua itu kisah lama,saya mengetahuinya dari ayah saya dan ayah saya lah yang telah membunuh tuan punya seruling tua itu.."Tok janggut menjelaskan,mukanya berubah,geram.
"Tok ayah...ceritakan kepada kami apa kisahnya seruling tua itu."Pinta umar.Yang lain turut menggangguk-anggukkan kepala mereka,mahu mendengar kisah seruling yang diperkatakan itu.
"Kira² 100 tahun lalu dikampung seberang ini ada seorang dukun yang menggunakan ilmu hitam dan membela pelbagai jenis hantu dan jin untuk kepentingan dirinya dan menganiaya orang.Nama nya dukun hitam dan ia mempunyai sebatang seruling yang boleh memanggil mahkluk² halus untuk membinasakan musuh-musuhnya atau sesiapa sahaja yang berani menentangnya.Buat beberapa ketika dukun hitam bermaharajalela dengan pengikut-pengikutnya.Tidak ada seorang pun yang berani menentangnya.Orang² kampung terlalu takut kepadanya sehinggakan tok penghulu jatuh sakit kerana begitu memikirkan soal kekejaman dukun hitam.Penghulu telah banyak meminta pertolongan dari kampung² lain tetapi tidak berhasil.
Ilmu dukun hitam itu begitu handal tetapi kuasa allah mengatasi segala-galanya.Berita keganasan dukun hitam tersebar hingga sampai ke kampung pahlawan dimana ayah tok janggut tinggal,yang dikenal sebagai pawang perkasa yang pernah menuntut ilmu kebatinan di bukit tunggal bersama dengan kiyai salim.Dengan berkat kuasa allah,dukun hitam dapat ditangkap dan kepalanya dipenggal.Mayatnya dikuburkan di satu kawasan yang kini dikenal sebagai lubuk hantu.Tentang serulingnya,kata orang telah dapat dilarikan oleh pengikut-pengikutnya.Baru lah sekarang saya mendengarkan kisah seruling itu selepas 100 tahun."Tok janggut mengakhiri ceritanya.
"Kalau dia dah mati tok ayah,boleh ke dukun hitam itu hidup kembali?."Tanya umar.
"Menurut cerita yang disampaikan kepada ayah,dukun hitam itu telah bersumpah akan membalas dendam dan memanglah roh orang yang mati dalam kesesatan tidak akan diterima bumi."Sambung tok janggut.
"Ayah juga diberitahu kepala dan badan dukun itu tidak dikuburkan sekali tetapi beberapa orang pengikutnya dapat mencuri mayat dukun itu,dapat menguburkannya di satu tempat tersembunyi jauh di lubuk hantu."Katanya.
Selepas bercerita panjang,tok janggut mencadangkan mereka bersembahyang zohor sebelum memulakan perjalanan ke kampung titian untuk mengubati awang.Sudah diputuskan umar dan kawan-kawannya akan mengikuti tok janggut dan selepas solat,dan menjamah hidangan tengah hari,mereka memulakan perjalanan balik ke kampung titian.Mereka berjalan pantas supaya tiba sebelum maghrib.
Dirumah makcik siantan,keadaan tidak banyak berubah.Awang masih di perbaringannya,budin,mamat dan sulong duduk di tepi pintu bilik awang.Pak mail berbual-bual dengan macik siantan,cuba mententeramkan hati orang tua itu sementara makcik siah mengambil alih tugas di dapur.
Tiba² kedengaran orang memberi salam diluar.Pak mahat dan makcik kembang,ayah dan ibu ayu berada ditepi tangga.Makcik siantan terus menyambut mereka dan mempersilakan mereka naik.
"Sabar lah kak."Pujuk makcik kembang,ibu ayu."Kita berdoakan keselamatannya."Tambah ibu ayu.
Pak mahad pula menuju ke bilik awang dengan diikuti oleh pak mail.Dijenguknya anak muda itu,awang kelihatan tidur lena.Sejuk betul didalam bilik awang dan bau kemenyan memenuhi ruang bilik tersebut.
Pak mail mengajak pak mahad ke serambi rumah dan ia menceritakan kepada bapa ayu apa yang telah berlaku keatas awang yang bakal menjadi menantunya.Pak samad menggeleng-gelengkan kepalanya,terus beristighfar.
Kesemuanya menantikan kepulangan lebai dolah.Pak samad dan leman membawa pulang tok janggut.Mereka tidak berdaya berbuat apa².
Tidak lama kemudian,rombongan lebai dolah pun tiba,tok janggut dipersilakan bersama-sama dengan anak angkat serta anak² muridnya.
"Kak,ini dia tok janggut,yang ini anak angkatnya umar dan pemuda yang tiga orang ni anak² muridnya salleh,yassin dan timur."Kata lebai dolah.Lebai kemudiannya memperkenalkan mereka yang berada dirumah itu.
Pak mail kemudiannya menceritakan kepada tok janggut apa yang berlaku sejak peninggalan lebai dolah."Saya pun tak tahu kuasa apa yang begitu kuat mencekik saya tadi."
Tok janggut kemudiannya meminta dibawakan semangkuk air sejuk dan beberapa biji limau.Ia dapat merasakan kehadiran kuasa² halus dirumah itu,dikeluarkan kerisnya dari sisi pinggangnya dan dibelahnya limau² nipis.Diperahkannya air limau² itu ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk,mulutnya berkumat-kamit membacakan sesuatu.Tiba² daun² tingkap bilik awang tertutup dengan sendirinya,bunyinya begitu kuat.
Angin bertiup kencang dengan tidak semena-mena.Matahari sudah lama rebah diufuk barat.Tok janggut terus membacakan jampi manteranya.Dengan membawa bekas perasap dan keris terhunus ditangan,tok janggut bergerak menuju ke bilik awang.Daun pintu bilik awang yang tertutup sendiri dan kemudian satu suara nyaring seperti suara menjerit kesakitan.Angin yang bertiup kencang tadi kemudian reda.Tok janggut memanggil anaknya umar.
"Pegang perasap ini umar."Tok janggut dan dengan kerisnya yang masih terhunus,ia bergerak kearah dinding dan mencapai seruling tua yang tersangkut didinding.Diusap-usapnya seruling tua itu diatas perasap sambil terus membaca jampinya.Tiba² awang menjerit."Tolong..tolong."
Tok janggut menerpa kearah anak muda itu,dipegangnya dahi anak muda itu sambil membaca sesuatu.Awang tersedar,kedua belah matanya terbuka.
"Emak..mak.."
Makcik siantan masuk ke bilik.Yang lain² berdiri diluar pintu bilik.
"Anakku..awang kau selamat."
Tok janggut keluar lalu memanggil pak lebai,pak mail dan pak samad.Anak² muda yang lain mengelilingi mereka diserambi.
Tok janggut kemudiannya bersuara."Awang ini bernasib baik kerana cepat dirawat.Tapi ini bukan akhirnya,saya baru saja dapat menghalau jin² kafir yang menjaga awang dan seruling ini.Kita mesti ke lubuk hantu untuk mencari kubur dukun hitam dan membinasakannya sama sekali,kawasan kubur itu mesti dibakar supaya roh dukun hitam tidak akan mengganggu sesiapa lagi."Kata tok janggut.
"Bila kita perlu berangkat tok?."Tanya lebai dolah.
"Seelok-eloknya pagi esok,kerana hari pun sudah malam,buat masa ini saya akan tinggal disini,kita bergilir-gilir menjaga awang supaya tidak dirasuk oleh jin² lagi."Tambahnya.
Lepas waktu maghrib,tok janggut turun ke tanah dan mengelilingi rumah makcik siantan sendirian,sementara yang lain-lainnya berkumpul diserambi.Leman,budin,sulong dan mamat masih berada dirumah itu,mereka sudah sepakat akan membantu tok janggut dan anak² muridnya keesokan harinya untuk ke lubuk hantu.
Tok janggut kemudian memanggil anak² murid itu turun ke tanah dan menyuruh mereka mengumpulkan kayu² kering untuk dibuat unggun.Setelah marak apinya,tok janggut mengeluarkan seruling tua yang berada dalam genggamannya dan dengan membaca sepotong ayat suci al-quran,ia mencampakkan seruling itu kedalam api yang sedang marak menyala dan kedengaran suara jeritan yang amat menakutkan,suara itu kemudiannya lenyap."Nyah kau dari sini,tamatlah riwayatmu.."Seru tok janggut.
Anak² muda yang lain berpandangan antara satu sama lain.
"Siapa menunggu awang?."Tanya tok janggut.
"Pak mail..."Jawab leman.
"Hmm,budak tu tak boleh dibiarkan seorang,badannya masih lemah dan mudah dirasuk."Kata tok janggut.
Malam semakin larut.Makcik siantan dengan ditemani makcik siah sudah lama tidur.Diruang tengah,anak² murid tok janggut juga sudah berselimut,tidur.Cuma yang masih jaga ialah tok janggut,pak mail,leman dan umar.Sementara budin,mamat dan sulong tidur di bilik awang.
Mereka berbual-bual sesama sendiri.Tok janggut menceritakan pengalaman-pengalamannya mengubati orang yang terkena penyakit seperti awang serta pengalaman semasa ia masih muda,merantau mencari ilmu.
Jarum jam tua di serambi rumah itu menunjukkan pukul 12 malam.Angin malam yang dingin mencuri-curi masuk di celah² lubang dinding.Tiba² terdengar bunyi tapak² kaki berjalan di keliling rumah,diikuti suara mendengus dan kuku² tajam mencakar dinding² rumah.
"Jangan bergerak,biarkan saja bunyi itu.."Tok janggut mengingatkan pak mail,leman dan umar.
"Mahkluk² itu cuba masuk ke rumah ini untuk merasuk awang."Tambahnya.
Bunyi cakaran didinding terutamanya di luar bilik awang semakin kuat,menyebabkan yang tidur tadi terjaga termasuk budin,mamat dan sulong.Awang tidur terus,ia masih lemah.
"Jangan tinggalkan awang...kamu semua jangan bimbang,tok telah mengunci rumah ini,mahkluk² jin itu tidak akan dapat masuk,pergilah ke tempat tidur masing²"Kata tok janggut kepada budin,mamat dan sulong.Leman kemudiannya menuruti kawan-kawannya masuk kedalam bilik.Semuanya tidak tidur terus,masing² memasang telinga,suara dengus diluar berterusan.
"Kamu semua tidurlah,kita akan bertolak ke lubuk hantu pagi² hari nanti mengantuk,umar tidurlah..biar ayah berjaga seorang."Umar mengikut cakap ayahnya,ia berbaring disebelah ayahnya.Umar dipelihara oleh tok janggut sejak umurnya masih lapan tahun.Sudah 17 tahun ia dijaga dan diasuh oleh tok janggut,segala ilmu tok janggut akan diperturunkan kepadanya sedikit demi sedikit.Ketangkasannya bersilat sama seperti sewaktu tok janggut muda² dahulu.
Tok janggut bersandar didinding,ia menyalakan api rokok daunnya.Matanya tepat memandang kearah bilik awang,ia bercadang mengambil awang menjadi anak muridnya nanti sebaik sahaja ia sembuh,biar dada anak muda itu berisi dengan sedikit ilmu.Begitu juga dengan kawan² awang,dilihatnya anak² muda itu tegap² badannya,boleh menjadi pendekar.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Adi Isma
No comments:
Post a Comment