Saturday, 14 January 2017

Dirasuk Syaitan

Bahagian (7)


   "Kak,biarkan saya masuk ke dalam bilik bersama pak mail."Kata lebai dolah."Kakak tunggu di luar saja..ayu dan salmah tolong tengokkan mak awang...mari mail."Kata lebai dolah,keduanya berjalan masuk dan menuntup daun pintu.

   Beberapa ketika kemudian,kedua pak mail dan lebai dolah keluar dari bilik awang.Kedua-duanya bercakap-cakap perlahan.

   "Kenapa dengan awang itu,lebai...bang mail...?"Makcik siantan meluru mendapatkan kedua-duanya."Tolonglah saya lebai..awang tulah satu-satunya anak saya...tolonglah ubatkan dia..."

   Lebai dolah mengurut-ngurutkan janggutnya.Ia mengajak semua ke serambi rumah dan apabila semuanya sudah duduk,lebai dolah bersuara perlahan.

   "Awang tu mungkin mengalami kejadian yang dahsyat sewaktu terperangkap dalam kabus dilubuk hantu itu...dan saya dapat rasakan ada semacam satu kuasa yang berada di dalam biliknya..kuasa syaitan..kita kena menyiasat dulu apa yang berlaku dilubuk itu..ayu,ceritakan kepadak pakcik apa yang berlaku..jangan bimbang...mungkin ayu boleh membantu kami untuk menyembuhkan awang.."Kata lebai dolah.

   "Ceritakan ayu..."Kata pak mail."Ceritakan apa yang telah kau ceritakan kepada pakcik semalam..."Kata pak mail pula.

   Ayu pun mula menceritakan apa yang berlaku keatas dirinya dan awang,bermula dari ia menemui awang di ladang hinggalah mereka pergi ke lubuk hantu...dan seterusnya hingga ia diselamatkan oleh pak mail.

   "Nanti dulu..."Kata pak lebai.."Ayu kata awang meniup seruling..seruling apa?."Tanya lebai dolah.

   "Seruling itu kata abang awang dia jumpa di waktu ia membersihkan ladangnya,seruling tua dan ada seperti tulisan ganjil dibadannya..bunyinya pulak rasa ayu...tak seperti bunyi seruling yang pernah ayu dengar..dan yang peliknya selepas saja abang awang meniup seruling itu,langit menjadi gelap,angin bertiup kencang dan tiba² kabus tebal datang dari arah belukar dan terus menyelubungi kami.."Suara ayu terhenti-henti.Suasana di serambi rumah itu pula menjadi sejuk tiba² sedangkan di luar matahari memancar terik.

   "Nak,mana seruling tu,biar saya tengok.."Pinta lebai dolah."Mungkin ada sesuatu yang ganjil tentang seruling tu...mungkin juga ada kaitannya dengan penyakit yang ditanggung awang."Sampuk pak mail.

   "Yang saya tahu seruling tu awang gantungkan di dinding biliknya..nanti saya ambilkan.."Kata makcik siantan.

   Makcik siantan bangun dan menuju ke bilik awang,ia berasa kurang senang,lalu memanggil leman."Leman mari tolong makcik..."

   Leman pula bangun dan menolak daun pintu bilik awang.Dia ternampak seruling tua yang dikatakan oleh ayu itu digantung di tepi dinding.Tiba² ada seperti cahaya memancar kearah seruling itu.

   Leman terasa seperti ada tangan yang menahan kakinya dari melangkah,dan satu lagi memegang tangannya dari mencapai seruling itu.Leman meronta-ronta dan berteriak."Tolong..tolong saya."

   Lebai dolah dan pak mail meluru mendapatkan leman sedangkan makcik siantan,ayu dan salmah berpeluk sesama sendiri.Lebai dolah dan pak mail membaca al-fatihah,ayat kursi dan pak lebai pun bang.Leman jatuh ke lantai,todal sedarkan diri.Awang pula tidak bergerak-gerak di atas katilnya.Pak lebai dan pak mail mengangkat leman ke luar.Makcik siantan mengambil semangkuk air sejuk.

   "Betul tekaan bang mail,seruling tu mungkin ada kaitan dengan penyakit si awang tu...sungguh hairan saya..."Kata lebai dolah sambil menyapukan air sejuk ke muka leman.

   Sejurus kemudian leman pun tersedar.Ia mengucap panjang."Ada suatu kuasa yang menghalang saya mengambil seruling itu pak lebai,pak mail."Kata leman lemah."Tangan dan kaki saya seperti dipegang orang dan ada satu lagi tangan yang mencekik leher saya."Sambung leman.Mukanya yang pucat tadi beransur pulih.

   "Ayu,salmah,kamu berdua elok pulang saja..."

   "Leman tolong hantarkan mereka berdua ni pulang...pak lebai rasa tak elok kamu berdua disini,jangan bimbang kami akan ikhtiarkan agar penyakit awang ni dapat diubat segera."Kata lebai dolah.

   "Yalah ayu,salmah,makcik rasa pun begitu juga...takut nanti ada pula sesuatu yang tak baik menimpa diri kamu berdua..."Pinta makcik siantan.

   Leman kemudiannya meminta diri untuk menghantar ayu dan salmah pulang."Nanti saya datang balik makcik,saya akan ajak yang lain² datang bersama untuk menemankan makcik malam ini."Kata leman."Terima kasih leman..terima kasih."Kata makcik siantan.

   "Apa yang harus kita buat lebai,bang mail...tak pernah awang jadi begini..sebelum ini saya ada nampak awang memegang seruling itu tapi tak ada apa² yang ganjil berlaku.."Kata makcik siantan sebaik sahaja ketiga-tiganya beredar.

   "Saya rasa macam ni kak...mail,kau pergi kerumah mak siah dan pak samad,minta mereka datang ke sini cepat...boleh lah mak siah dan..oh ya...panggil sekali budin,boleh mereka menemankan siantan ni..."Kata lebai dolah."Baiklah bang...saya pergi dulu.."Kata pak mail.

   Sepeninggalan pak mail,lebai dolah menyuruh makcik siantan membawa perasap dan sedikit kemenyan.Dipasangnya api perasap dan diletakkan sedikit kemenyan,asap kemenyan memenuhi ruang ke pintu masuk bilik awang.

   "Saya tak berupaya buat seorang kak...kita perlu mencari tok janggut dikampung seberang..tok janggut sudah lama tinggal di kampung titian ini,mungkin dia tahu rahsia disebalik seruling tua itu...kita bedoa kepada tuhan..semuanya ini akan selesai.."Kata lebai dolah.

   Tidak lama kemudian,makcik siah,pak samad,budin dan pak mail pun sampai.Diikuti oleh leman,sulong dan mamat.Kesemuanya naik dan duduk diserambi rumah.

   "Macam mana dengan si awang tu siantan."Tanya makcik siah."Entah lah siah,masih tidur..tak boleh langsung masuk ke biliknya,entah hantu ke syaitan yang menjaga bilik itu."Kata makcik siantan tersedu-sedu.

   "Sabarlah kak."Kata pak mail."Kita ni belum habis berikhtiar..pak lebai..apa yang perlu kita buat sekarang?."Tanya pak mail.

   "Cadang saya macam ni...kita kena pergi cari tok janggut,dukun di kampung seberang...saya rasa tok janggut boleh berusaha menyembuhkan awang dengan takwa kita kepada tuhan..kita kena pergi cepat..macam ni..pak mail dan yang lain² tunggu disini,biar saya,pak samad dan leman ke kampung seberang.Ktia terpaksa bertolak sekarang sebelum hari petang."Kata lebai dolah.

   Sebelum berangkat,lebai dolah berpesan kepada pak mail dan budin,mamat dan sulong supaya memerhatikan awang tetapi mereka dinasihatkan jangan sekali-kali masuk ke bilik anak muda itu."Baca lah ayat² suci al-quran sepeninggalan kami."Pesan lebai dolah lagi.

   Budin,mamat dan sulong duduk di tepi bilik awang,sesekali mereka menjengah kepala dan melihat awang terus lena,seolah-olah tidak sedarkan diri,tidak tahu apa yang berlaku keatas dirinya.

   Makcik siantan turun ke dapur,hatinya cemas,perasaannya begitu terharu mengenangkan anak kesayangannya yang terlantar,apa pulak malang yang telah menimpa awang.Makcik siah mengikuti makcik siantan dari belakang.

   "Jangan bersusah hati kak,kita sama² berdoa kepada tuhan agar awang selamat,saya yakin dia akan sembuh segera.Kakak bawa bertenang."Pujuk makcik siah.

   "Entahlah siah,tak tahu apa aku nak katakan...pelik sungguh,semalam ia elok sahaja,tak ada apa² yang aneh berlaku,kawan-kawannya semua tidur disini,hari ni pula ia meracau tak tentu arah,tak sedarkan diri."Makcik siantan tidak dapat meneruskan percakapannya,ia semakin tersedu-sedu."Kakak baringlah di pangkin ni,jangan risau,biar saya uruskan soal memasak untuk tengah hari ni.."Kata makcik siah.

   "Jangan.Jangan bunuh dia..berhenti..jangan bunuh dia..ah..ah..ah.."Suara awang menjerit tiba² kedengaran.Bunyi benda pecah diikuti suara awang menjerit sekuat-kuat hatinya."Jangan..."Pak mail,budin,mamat dan sulong yang tadinya khusyuk membaca ayat² suci al-quran bergegas meluru ke bilik awang.Makcik siantan pula jatuh pengsan mendengarkan jeritan anaknya.Makcik siah berkejar mencari air untuk menyedarkan makcik siantan.

   "Ya allah...budak ni..."Pak mail kemudian bang sekuat-kuat hatinya dan meluru ke katil awang diikuti oleh budin,mamat dan sulong.Mereka cuba memegang awang yang semakin kuat rontanya.

   "Lepaskan aku,lepaskan aku..aku mesti selamatkan..mesti selamatkan.."Kata² awang terhenti disitu sahaja,ia pengsan sekali lagi.Pak mail menyapukan air yang telah dijampi oleh lebai dolah ke muka awang.Sekonyong-konyong mereka terlihat satu pancaran cahaya memancar ke arah seruling tua di dinding.

   "Pak mail itu serulingnya..."Kata budin."Jangan...kita tunggu tok janggut datang...penunggu seruling itu keras,yang penting kita bawak awang keluar dari bilik ini."Kata pak mail."Kamu berdua pegang kakinya,biar aku dan budin angkat tangannya."Kata pak mail.

   Tiba² katil awang bergegar seperti diangkat-angkat orang dan ada kuasa yang menolak keempat-empatnya tadi sehingga jatuh terduduk dilantai.Awang meracau-racau dan suaranya tersekat-sekat keluar."Tolong emak..."

   Pak mail cuba bang tetapi ada tangan yang mencekik batang lehernya,dia meronta-ronta mahu melepaskan dirinya.Budin,mamat dan sulong cuba menolong,ditariknya orang tua itu keluar dari bilik awang.

   Keempat-empatnya bersandar diserambi,makcik siantan membawakan air sejuk."Kenapa bang mail..."Tanya nya bimbang.

   Pak mail meraba-raba batang lehernya,masih sakit,warna biru terdapat dileher pak mail,bekas dicekik kuasa ganjil tadi.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma

No comments:

Post a Comment