Dirasuk Syaitan
Bahagian (4)
Ayu meniarapkan badannya didalam perahu awang yang terumbang ambing dipukul ombak.Hatinya cemas dan apa yang terdaya olehnya ialah berdoa agar perahu itu tidak karam dipukul ombak besar yang sedang mengganas.Hujan juga semakin lebat,membasahi tubuhnya siapalah yang akan menyelamatkan dirinya nanti.
Ayu menggigil kesejukan dan ketakutan,airmatanya mengalir deras,sederas air hujan yang turun.Terbayang wajah ibu dan ayahnya sudah pasti menunggu kepulangannya.Ia menyesal membohongi ibunya tadi.Pada ibunya ia berkata mahu kerumah salmah,memang benar ia kerumah salmah dan kemudian terus mencari awang di ladang.Menyesal juga ia mengajak awang ke lubuk hantu itu.Awang?Dimana agaknya awang?Apakah mungkin ia tidak akan menemui kedua-dua ibu bapanya dan juga awang?"Ya allah selamatkanlah awang.."Suara ayu lemah,ia menutup matanya,kepalanya berdenyut,tekaknya mual.
Ayu tidak tahu berapa lama ia terdampar didalam perahu kecil itu,ombak besar menarik-narik perahu itu ke tengah.Ia masih tidak putus asa.Kepada allah ia berserah,meminta perlindungan untuk dirinya dan awang.Ayu memejamkan matanya dan terus berdoa.
Ayu cuba bangun,di tengah² kabus yang tebal itu ia seakan-akan nampak sebuah perahu besar menghampirinya."Ya allah,apakah benar apa yang aku lihat itu."Ayu berdoa sambil melambai-lambaikan tangannya.
Ayu terus memerhatikan bot besar itu merapati perahu kecilnya.Ia terdengar suara memanggil."Hoi,ada sesiapa ke didalam perahu itu?."
Ayu melambai-lambaikan terus kedua tangannya dan cuba mengeluarkan suara.
"Tolong,tolonglah..."Suaranya lemah,ia terduduk kembali,hatinya cemas sama ada orang yang memanggil tadi terdengar atau tidak suaranya yang lemah itu.
Pak mail,tuan punya perahu besar itu juga dari kampung titian.Dirapatinya perahu kecil itu.Pak mail mencapai seutas tali besar,lalu ia pun berkata."Nanti aku campakkan tali ini,jangan cuba bangun dan mencapainya,biarkan ia jatuh ke dalam perahu dan baru tarik dan ikatkan di tepi perahu itu.Biar pak mail tarik tali itu di sebelah sini."
Sekali lontar,tali itu jatuh kedalam laut.Pak mail mencuba sekali lagi.Kali ini ia berjaya.Perahu kecil ayu berjaya ditariknya rapat ke perahunya.Pak mail mencapai kedua belah tangan ayu dan berjaya menarik gadis itu ke perahunya.Ayu menggigil kesejukan.Pak mail mengikat tali perahu awang ke perahunya.Ayu duduk dibawah rentangan plastik.Rupanya perahu besar tadi sebuah bot bermotor,siap dengan tempat berteduh dan tempat memasak.
"Eh,kamu ni bukan ke anak pak mahat yang tinggal di hujung sana."Tanya pak mail."Iya benar."Kata ayu,ia masih menggigil kesejukan."Macam mana pula anak ni ada di tengah laut tu..?"Tambah pak mail,tangannya mencapai sebuah kole yang berisikan air kopi panas,dihulurkannya kepada ayu.Ayu pun menceritakan kepada pak mail segala yang berlaku keatas dirinya dan awang.
"Ayu jangan bimbang...pak mail kenal sangat dengan awang tu,anak muda itu berani dan insa allah,ia selamat..kamu berehat dulu,jangan bimbang,nanti pak mail cari awang.."
Ayu menggangukkan kepalanya.Bersyukur ia berjumpa dengan orang tua yang baik budi itu.Ayu mengeringkan rambutnya dengan sehelai tuala yang diberikan pak mail.Baju nya hampir kering setelah duduk ditepi dapur kecil pak mail.Di luar kabin kecil pak mail,ia terdengar bunyi hujan yang kuat tadi mereda begitu juga dengan angin kencang juga semakin luput.Dalam keletihan,ayu tertidur.
Apabila ia tersedar,dilihatnya diluar bot pak mail semakin menghampiri pantai."Dah nak sampai ke lubuk itu."Kata pak mail."Minum dulu air kopi ni pemanas badan."
"Terima kasih pak mail,budi baik pak mail tuhan saja yang balas."Balas ayu perlahan.
Suasana sekeliling sepi,tiada lagi kabus tebal,tiada juga angin kencang,ombak semakin lemah.Ayu dapat melihat cahaya mentari mengintai dibalik kepulan awan yang membiru,beberapa ekor burung camar terbang rendah dan kemudian melayang ke balik batu² besar.Sukar untuk ayu melupakan saat² cemas yang dialaminya tadi bersama awang."Dimanalah awang sekarang."Bisik hati kecilnya.
Pak mail mengemudikan botnya berhati-hati,takut terlanggar batu² besar yang banyak terdapat di tepi kawasan laut yang dinamakan lubuk hantu itu."Ayu tunggu disini,jangan ke mana²,biar pak mail saja yang mencari awang...jangan bimbang,allah bersamanya."Pak mail nampak kekecewaan di wajah ayu."Ayu sediakan kopi panas dan bawakan selimut yang ayu gunakan tadi.Sebentar lagi pak mail akan balik bersama awang."Kata orang tua itu penuh yakin.
Ayu mengangguk tanda faham,meski pun hatinya begitu kuat mahu mengikut pak mail.Ia melihat pak mail mendayung sampan kecil awang hingga ke tepi,hati nya kembali cemas.Dilemparkan pandangannya ke tepi pantai,kalau² awang ada disitu tetapi hampa,pantai itu kosong tiada berpenghuni.Ayu mencapai cerek tua yang berisikan air kopi dan menjerangnya semula.
Sampan kecil yang didayung oleh pak mail hampir sampai ke tepi.Pak mail melompat turun dari sampan kecil itu.Hidungnya terbau sesuatu yang amat busuk.
"Awang."Pak mail meneriakkan nama awang,suaranya bergema di celah² kesepian pantai,pak mail seakan terdengar ada sura yang menjawab panggilannya.Ia mengatur langkah berhati-hati.Hatinya yang mula cemas menjadi lega apabila terlihat seorang anak muda tersandar disebatang kayu.
"Awang,kau tak apa²?."Pak mail bertanya,ia membongkok mengusap-usap kepala awang.Anak muda itu masih belum menjawab pertanyaannya.Pak mail bingkas menarik tangan awang."Mari cepat kita beredar dari sini."Dipapahnya anak muda itu kembali ke sampan kecil tadi.Awang tidak membantah,ia seakan-akan terpukau.
Setibanya di bot,ayu sudah bersedia untuk menyelimutkan awang dengan selimut tebal tadi.Dalam hatinya bersyukur kepada allah yang telah melindungi awang.
"Abang awang,syukurlah abang selamat.Kenapa luka di dahi abang?."Hatinya cemas.
"Ayu selimutkan badan awang tu..cepat,ambilkan juga air kopi panas tu,minum awang..kau perlu panaskan badan kau tu."Awang menggigil meski pun tubuhnya telah diselimutkan dengan kain tebal tadi.Wajahnya pucat,luka di kening dan dahinya masih merah."Ayu,mari pimpin awang ke dalam,dia perlu berehat."
Awang menghirup air kopi yang dihulurkan oleh ayu.Ia masih tunduk,membisu,tanpa melihat ke arah ayu atau pak mail.Pak mail beredar keatas untuk menghidupkan enjin botnya."Awang,kenal tak ayu..abang awang.."Awang terus tunduk terpaku.Airmata ayu mengalir semula,ayu memeluk awang erat."Abang awang,bersyukurlah kita selamat."
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Adi Isma
No comments:
Post a Comment