Saturday, 14 January 2017

Dirasuk Syaitan

Bahagian (3)


   Ayu semakin ketakutan.Semakin menyesal ia mengajak awang datang ke lubuk hantu itu.Ia cuba mendengar suara awang,tetapi hampa.

   Tiba² ayu tersungkur,kakinya terlanggar ranting² kayu."Abang awang."Ia menjerit lagi buat sekian kalinya."Abang."Tiada jawapan."Ya allah...apa akan jadi pada kami."

   Ayu cuba bangun,ia mengatur langkahnya,tiba² ia terasa air dingin.Sekurangnya ia tahu ia di tepi pantai."Tapi dimana abang awang?"Ayu hampir² menangis.Kabus disekelilingnya semakin tebal."Aku mesti menguatkan hatiku,allah tetap bersamaku...aku tak semestinya cemas."Ayu berkata sendiri.

   Tiba² tangannya terpegang sesuatu."Ini mesti abang awang...abang awang..abang awang..."Masih tiada jawapan."Kalau begitu aku mesti dapatkan pertolongan."Ayu mengagahkan badannya masuk ke dalam perahu meski pun ia tahu ia tidak dapat melihat sekitarnya kerana kabus yang masih tebal.Ayu hanya berserah kepada allah,ia tidak tahu arah haluannya,cuma ia mesti mendapatkan pertolongan untuk mencari awang yang ia pasti masih berada dikawasan lubuk hantu.Ayu hanya dapat mendengar bunyi ombak kuat,terasa perahu kecil itu seperti ditarik-tarik ke tengah laut.

   Berbalik kepada hal awang,anak muda ini terus meraba-raba mencari arah haluannya.Terasa kakinya memijak rumput² kadar."Sepatutnya aku berada di tepi pantai,kaki ku memijak pasir bukan rumput dan lalang."Hati kecil awang sangsi.Sangka nya sudah sampai ke gigi pantai tetapi rupanya ia semakin jauh ke tengah darat.Tiba² ia terlanggar sesuatu yang keras.Tangannya meraba-raba."Ah pokok besar."Awang semakin kebingungan."Dimana pulak aku sekarang dan dimana pulak ayu..ayu.ayu."Tiada jawapan hanya suara angin yang bertiup kencang.

   Awang memberhentikan langkahnya.Kalau² ada suara ayu memanggil namanya.Hampa.Cuma suara angin yang menampar keras daun² dan pohon² besar di sekelilingnya.

   "Aduh.."Tangan awang tertepis ranting kayu.Dirasanya lengannya luka.Awang semakin risaukan ayu,menyesal ia menurutkan kemahuan gadis kesayangannya itu.Awang tunduk mengurut kedua-dua belah kakinya.Apabila ia meluruskan badannya,terasa keadaan sekitarnya telah berubah,Kabus yang tebal tadi semakin menipis,ternampak seolah-olah ada satu jalan kecil berbelok-belok dengan kiri kanannya dipenuhi lalang² dan tumbuhan berduri.Menyeramkan.Kedua belah kakinya tidak terangkat,seolah-olah enggan menjejaki jalan kecil itu.

   Awang memanjangkan lehernya.Mahu dilihatnya dimana kesudahan jalan kecil itu.Tiba² ia ternampak ada sesuatu bergerak jauh didepannya,ditengah kabus yang tipis,ada lembaga manusia ke,awang hampir pasti."Itu mesti ayu.."Bisik hati kecil awang.Awang berlari mengejar lembaga itu,yang tiba² menghilang dalam semak-samun.

   "Ayu...ayu..tunggu.."Jerit awang,sambil berlari mengikuti jalan kecil yang berbelok-belok.Keadaan sekeliling sunyi sepi,hanya terdengar bunyi tapak kakinya.Awang mencari-cari lembaga yang dikejarnya tadi.Apabila ia semakin hampir kepada lembaga itu,tiba² lembaga tersebut perlahan-lahan berpaling menghadapnya.Awang terus hampir,sambil memanggil nama ayu."Ayu..ayu.."

   Lembaga itu semakin jelas kepada penglihatannya.Awang tersentap.Degup jantungnya semakin kuat.Hampir ia pengsan.Lembaga itu bukan ayu.

   "Ya allah."Awang tersungkur sekali lagi,kaki nya tersangkut akar pokok,kepalanya terhantuk kepada pangkal pokok besar itu,dan tiba² semuanya kelam.Badan awang tidak bergerak.Kabus tebal seolah-olah menyelimuti tubuhnya yang dingin.

   Awang seolah-olah merasa dalam sebuah mimpi.Memang pun ia bermimpi.Kepalanya berdenyut-denyut.Awang melihat berbagai jenis lembaga dan wajah,tetapi tidak jelas.Lembaga² itu bergerak perlahan-lahan,masing² sedang sibuk bercakap.Awang tidak tahu apa yang dicakapkan.Ia tahu ada sesuatu yang buruk akan berlaku.Awang semakin terus tidak sedarkan diri.

   Mimpinya datang balik.Seolah-olah ia berada di dalam bilik gelap,terbaring diatas sebuah katil,terdapat orang mengelilingi katilnya,masing² berbisik-bisik.Awang terasa dadanya ditekan.

   Awang terasa keadaan sekelilingnya masih gelap,tetapi ia terasa bahang,ada unggun api.Ia ternampak satu pergerakan.Dibelakang unggun api itu,ia ternampak beberapa lembaga bergerak-gerak.Tiba² ia terdengar satu suara bergema."Awang,awang."Suara itu seakan berbisik.Alun suara itu seperti daun yang berdesir ditiup angin pada malam hari yang kelam,seperti bunyi ranting² patah.Sekali lagi suara itu seakan berbisik."Awang..awang..awang..awang.."

   "Awang.Awang.Awang."Suara itu semakin kuat,dan lain bunyinya.Awang terdengar bunyi² lain dan terasa sesuatu yang basah.Ia membuka matanya.

   Awang mendapati dirinya bersandar di sebatang pokok besar,tanah disekelilingnya basah.Kepalanya terasa seperti dipukul orang,begitu kuat dan ia meraba-raba diatas pelupuk matanya.Darah kering.

   "Awang,awang."Suara itu semakin kuat.

   Awang cuba mengangkat badannya,terasa pedih.Ia memerhatikan sekitarnya.Rupanya ia berada di tepi belukar,berhampiran dengan pantai.Kabus tebal yang menyelimuti dirinya tadi hampir hilang,meski pun awan masih kelam dan hitam.Ia melihat seorang lelaki tua berlegar-legar ditepi pantai,dan memanggil sesuatu.Orang tua itu pasti memanggil namaku,mungkin juga itu suara yang memanggil nama ku tadi.

   Semuanya seperti sebuah mimpi.Awang tidak berapa ingat apa yang dimimpikannya.Kepalanya masih berdenyut-denyut,dia tidak berdaya menjawab teriakan orang tua itu dan tidak berdaya juga memikirkan dimanakah ayu.

   Dengan mata yang separuh terbuka,awang melihat lelaki tua itu merenung tepat pada mukanya,dan berjalan pantas kearahnya.Lelaki tua itu berkata sesuatu sambil menghampirinya tetapi awang tidak dapat mendengarnya dengan jelas.Itu tidak dipedulikannya yang penting mimpi dahsyatnya tadi sudah berakhir.


(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Adi Isma

No comments:

Post a Comment