Penghisap Darah
Bahagian (1)
Permandangan keliling agak muram,pokok² hijau sekitar kelihatan bertiup lemah,seolah tidak bertenaga.Udara agak nyaman,lebih² lagi dengan suasana luas yang mengelilingi satu tasik yang dalamnya terdapat ikan² kecil berenang.
Bukit bukau sekitarnya juga menunjukkan tanda² merestui keindahan semulajadi kawasan tersebut yang jarang² sekali dikunjungi orang.
Jamal berjalan agak perlahan meredah kawasan padang menghala ke pinggir hutan.Ditangannya dia memegang kayu pemukul golf serta sebuah beg sarat dengan alat² permainan tersebut.
Sesekali dia mendongak ke langit melihat awan biru yang berarak seolah-olah tahu keinginannya untuk bermain golf hari itu.
Ketika berjalan,jamal bersunggut-sungut kerana agak letih setelah bertungkus lumus bekerja di pejabat sejak seminggu lalu.Namun keletihan itu cuba disembunyikan dari orang yang sekali sekala berselisih dengannya dalam perjalanan tadi.
Padang yang lapang itu nampaknya masih sunyi tambahan pula kerana hari masih pagi.Tidak ramai orang seperti selalu,cuma tiga empat orang yang ditemui di jalanan.
Jamal terus melangkah menuju ke tempat dimana dia selalu bermain.Disitu lah nanti dia akan menghabiskan masanya.Kadang² jamal merasa gembira dapat menghindari diri dari orang ramai.
Tiba ditempat itu,jamal terasa hendak membuang air,dia memerhati sekeliling,walau pun ada orang agak jauh dari situ,timbul rasa malu.Lantas dia memutuskan untuk masuk sedikit kedalam hutan bagi melepaskan hajatnya itu.
Sambil menyusun barang-barangnya ke tepi,jamal melangkah masuk ke hutan.Sebelum terus melangkah,sekali lagi dia berpaling.Memastikan tidak ada orang yang melihat gelagatnya.
Kira² 10 langkah kedalam hutan itu,jamal berhenti dan melaksanakan hajatnya itu.Baru lega rasanya,bisik jamal sendiri.
Mata jamal liar memerhati keadaan hutan yang cantik itu.Bunyi burung berkicau dan binatang bersahut-sahutan memecah kesunyian pagi yang indah itu.
Jamal menumpukan perhatian pada suatu kawasan lemah yang agak curam tetapi menarik untuk dipandang.Batu² besar yang terdampar disitu menambahkan lagi serinya kawasan tersebut.
Betapa indah nya negaraku.Hati jamal berbisik bangga melihat keliling.Tiba² mata jamal terpaku pada sebelah kasut yang terletak atas tanah dekat kawasan curam tersebut,kasut masih baru,kata hatinya.
Perlahan jamal menghampiri kawasan itu.Jamal lupa yang dia datang ke situ untuk bermain golf.Minat nya kini berubah kepada kasut yang baru dilihatnya tadi.
Kasut tersebut jamal pegang,dibelek-beleknya beberapa kali.Mungkin ada orang yang tercicir.Tapi kenapa mesti didalam hutan ini?.
Jamal menjenguk ke bawah kawasan curam di situ.Ah,ternampak pula ada guni dan sarung² plastik kosong berselerak dibawah sana.Tapi kenapa barang² itu ada disini.Tanya hati jamal lagi.
Ini mesti ada apa²,kata jamal dalam hati.Dia mahu melihat terus tapi terganggu akibat dilindungi oleh semak² dan pokok kecil yang tumbuh.
Mahu tidak mahu terpaksalah jamal turun ke curam itu untuk melihat dari dekat apa yang sebenarnya terjadi.
Dengan susah payah memanjat,akhirnya tiba juga jamal disitu.Dia membelek plastik kosong yang berselerak disitu kemudian berjalan kearah karung guni.
Karung itu terikat kemas.Perlahan-lahan dia membukanya.Wah...jamal terhidu bau sesuatu menyucuk hidungnya.Bau bangkai mungkin.
Tangannya segera memegang tali yang mengikat karung guni itu.Tali itu dilonggarkan secepat mungkin.Terburai sahaja tali tersebut,terjulurlah sebelah kasut dari dalamnya.
Hai..kasut ini sama dengan yang aku temui diatas sana tadi,tapi kasut siapa?.kenapa ia ditemui berasingan pula?Apa isinya karung guni ini?.
Kerana ingin tahu lagi,jamal segera pula menarik keluar kandungan guni itu.Ya allah...tersirap darah jamal.Tubuhnya menggigil hebat,tidak dapat dikatakan lagi.
Bau busuk yang keluar dari isi karung guni itu sudah tidak dipedulikan lagi oleh jamal.Dunia keliling yang nyaman baginya tadi kini sudah tidak membawa apa² lagi.
Secepat kilat kepalanya berpusing dan serentak dengan satu jeritan ngeri yang dia sendiri tahu sama ada nyaring atau tidak,jamal melihat satu tubuh yang mengerikan.
Tubuh itu memakai baju kelabu tanagan panjang,berseluar juga kelabu serta bertali pinggang hitam.Bentuknya masih baik,masih baru mungkin.
Tangan gementar jamal cuba menyingkap topi tersebut,tapi terasa ada kuasa magnet yang menahannya.Jamal cuba lagi,dan setelah mengumpulkan segenap tenaganya yang telah hampir hilang tadi,jamal secepat kilat merentapi topi tersebut.Bau busuk semakin menggila.
Sebaik sahaja topi itu diangkat dari tempatnya,jamal terpaku sesaat,peluh meleleh dari hidungnya,menitis makin lebat.Sekali lagi jamal terkejut diikuti dengan jeritan kuat yang menggegarkan kawasan hutan yang tenang itu.
Mayat itu tanpa kepala.
Tubuh jamal tersepuk atas rumput yang basah oleh darah.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Adi Isma
No comments:
Post a Comment