Dirasuk Syaitan
Bahagian (5)
Makcik siantan sedang sibuk menghalau ayam² nya kedalam reban apabila ia terlihat pak mail memimpin awang pulang.Tergesa-gesa ia meninggalkan ayam-ayamnya yang masih bertempiaran tidak mahu masuk ke reban walau pun hari semakin senja dan matahari sudah mula merebahkan diri ke peraduannya di ufuk barat.
"Ya allah...awang.Kenapa ni nak?."Makcik siantan menerpa kearah awang."Kenapa ni bang mail,kenapa dengan anak saya awang,dipagut ular ke..kenapa?."Makcik siantan cemas,tidak pernah ia melihat keadaan anaknya begitu.Suara makcik siantan membuatkan awang tersedar dari kebingugannya.Ia menggeleng-gelengkan kepalanya dan merasakan kesakitan luka diatas kening dan dahinya.Luka itu tidak lagi berdarah tetapi seakan seseorang yang telah memukulnya dengan benda yang berat.
"Dimana aku ni?."Awang terpegun sejenak."Apa yang mak buat disini?."Hampir ia tak kenal dengan lelaki itu yang telah menyelamatkannya tadi."Macam mana aku sampai ke sini?."Awang bersuara.
"Mak,apa yang dah berlaku?."Awang berpaling kepada ibunya,wajahnya penuh tanda tanya.
"Pak mail ni begitu murah hati menghantarkan kau balik nak?Kau tak ingat apa²?."Makcik siantan bertanya sambil memimpin awang menaiki tangga ke anjung rumah.Pak mail memimpin tangan anak muda itu yang satu lagi.Awang menggelengkan kepalanya."Saya tak ingat apa² pun,apa yang terjadi."Ia merenung ke arah pak mail mengharapkan jawapan.
Pak mail batuk² kecil."Sebenarnya awang,kau dan ayu terperangkap dalam kabus tebal di lubuk hantu,pak mail menemui ayu seorang diri dalam perahu kau terumbang-ambing di tengah laut dalam ombak yang mengganas,syukurlah dia selamat.Pak mail kemudiannya pergi mencari kau disana dan menemui kau duduk tersandar di sebatang kayu hanyaut dengan dahi dan kening kau berdarah..itu lah ceritanya yang setakat pak mail tahu."Orang tua itu mengakhiri ceritanya.
Makcik siantan pula sibuk membersihkan luka² awang."Awang kan dah mak pesan semalam,berhati-hati,kan kau dah sekali terperangkap di lubuk hantu itu,kenapa pergi lagi kesana?Kan merbahaya nak."Makcik siantan sesekali mengelap pipinya yang basah dengan airmata dengan hujung lengan bajunya.
Tiba² awang teringatkan ayu."Ayu..ayu..bagaimana pak mail?."
"Jangan bimbang,ada beberapa orang lain yang pak mail jumpa ditepi pantai dan menghantarkannya pulang.Eloklah malam ini nanti kau kesana,menjelaskan kepada ibu bapanya.Pak mail datang malam nanti ya,kita boleh pergi bersama."Pak mail kemudiannya meminta diri untuk pulang kerumah dan berjanji selepas maghrib akan datang semula.
"Baliklah dulu siantan,awang."Kata pak mail.
"Terima kasih banyak-banyaklah mail,entahlah kalau kau tak ada tadi apa saja yang akan berlaku kepada budak² ni."Kata emak awang."Bersyukurlah mereka dah selamat.Jaga diri awang,assalammualaikum."
Dalam perjalanan pulang pak mail asyik memikirkan kejadian yang menimpa kedua-dua awnag dan ayu.Mungkin sesuatu yang mengerikan berlaku keatas awang sehingga ia kebingugan sekali dan lupakan dirinya.Tapi mungkin juga luka di dahinya yang menyebabkan dia berkelakuan ganjil.Terasa sejuk badan nya memikirkan keadaan sekitar lubuk hantu serta bau busuk yang menerpa ke lubang hidungnya sewaktu mencari awang tadi.
Dirumah ayu,makcik kembang begitu cemas apabila anaknya belum pulang² sedangkan hari dah petang.Pak mahat yang menyusul kerumah salmah,kawan baik ayu juga belum pulang.Makcik kembang menunggu di anak tangga,hatinya bimbang,anak gadisnya itulah seorang.
"Kemana pulak perginya budak ni,dah petang belum² balik..."Rungut makcik kembang.
Ia menjengah-jengah kepalanya,tiba² terlihat ayu dipimpin oleh beberapa orang menuju kerumah."Ayu..ayu..kenapa ni?."
"Jangan risau kembang."Kata makcik siah.Suami makcik siah pun ada turut menghantar ayu pulang."Mari kita bawak budak ni naik keatas dulu."Kata pak samad suami makcik siah."Kau budin tunggu dibawah ya."Budin,juga kawan awang adalah anak kedua orang tua itu.
"Kak jangan risau,kita sepatutnya bersyukur ayu selamat.Yang eloknya uruskan dulu ayu ni nanti lepas maghrib,kami datang lagi,jangan risau ayu tak apa²"Kata mak siah."Betul tu kembang,tak ada apa² yang berlaku,sabarlah nanti malam kami datang,kami minta diri dulu,dah nak masuk maghrib ni,kita jumpa lagi."Keduanya meminta izin pulang.
Sebaik sahaja keduanya menuruni anak tangga,pak mahat pun pulang.
"Eh samad dan kembang,kenapa ni..?."
"Begini mahat."Kata samad."Kami ni baru saja menghantarkan ayu pulang,ia kurang sihat dan badannya masih lemah,nanti malam kami datang ceritakan apa yang berlaku keatas kedua awnag dan ayu...eh..jangan bimbang,tidak ada perkara buruk berlaku..lepas maghrib kami datang lagi."Jelas pak samad.
"Baiklah samad,kalau kau kata begitu,terima kasih lah menghantar ayu pulang."Pak mahat berkata.
"Macam mana ni pak mail,keadaan awang tu tak banyak berubah,asyik bermenung saja,entah apa yang difikirkannya."Kata makcik siantan,sambil meletakkan dulang yang berisikan empat cawan kopi.Pak samad,mak siah dan budin tidak berkata apa².Mereka itu datang untuk menemankan awang dan makcik siantan ke rumah ibu bapa ayu,untuk menceritakan apa yang sudah berlaku siant tadi.
"Assalammualaikum...."Tiba² terdengar orang memberi salam di luar.
"Waalaikum salam..."Sahut makcik siantan."Oh kau leman,sulong,ahh mamat pun ada,jemput naik ke pondok mak cik ni..."
"Terima kasih makcik.."Kata mereka serentak."Awang mana makcik..?"Tanya leman.
"Ada sedang baring dibiliknya..sejak tadi asyik bermenung sahaja..."Kata makcik siantan."Risau sungguh makcik dengan budak tu,leman."
"Sabarlah makcik,kita tunggu saja,biarkan dia berehat..."Leman berkata lembut untuk mententeramkan hati makcik siantan.
Tiba² kedengaran benda jatuh dari dalam bilik awang.Sekonyong-konyong juga terdengar awang menempik."Pergi...pergi kau dariku,pergi..."Suaranya yang nyaring itu memecah kesunyian malam.Makcik siantan tersentak."Awang...kenapa kau nak..."Ia meluru ke bilik awang tetapi dapat ditahan oleh pak mail."Nanti dulu siantan,biarkan aku menengoknya,leman,budin,sulong dan mamat,mari ikut pakcik..."
Pak mail membaca sesuatu,keempat-empat anak muda itu mengikutinya dari belakang.Pak mail menolak daun pintu bilik awang,hanya cahaya dari sebuah lampu minyak usang menerangi bilik itu,awang masih terbaring diatas katil.Matanya pejam tetapi mulutnya berkumat-kamit,ia menggolek ke kiri ke kanan,berterusan.
"Awang,bangun nak..awang mengucap..bangun..kau ni bermimpi."Pak mail menggerakkan perlahan bahu awang.
Tiba² anak muda itu membukakan matanya."Pakcik..kenapa saya ni..tadi saya berada di sebuah tempat yang gelap...ada lembaga yang mengejar saya.."Awang bercakap tak henti².
"Itu mungkin mimpi saja awang..."Kata leman.Yang lain mengangguk-angguk.
"Ah,leman,budin,sulong dan mamat...kamu semua ada..kenapa ni..."
"Mereka semua ni mahu melawat kau awang..badan kau panas..leman temankan awang,yang lain² mari ikut pakcik."Kata pak mail.
"Kenapa dengan anak saya pak mail."Makcik siantan bingkas bangun mendapatkan pak mail.
"Anak kau tu bermimpi saja,pengalamannya siang tadi pasti membuatkan ia bermimpi buruk,biarkan leman menemaninya malam ini,nanti kuberitahukan pada ibu bapa leman.Nampaknya kau tak usah kerumah ibu bapa ayu,biar aku pergi saja dengan pak samad,kak siah,ahh,budin,mamat dan sulong kamu boleh tinggal disini atau ikut kami."
"Biar kami temankan makcik siantan saja ayah."Kata budin kepada bapanya,pak samad.
"Kami pun begitu juga pakcik."Jawab sulong dan mahat serentak."Kami nak bercakap-cakap dengan awang kalau ia ingat apa yang berlaku ke atas dirinya siang tadi."
Sepeninggalan pak mail,pak samad dan mak siah,makcik siantan turun ke dapur untuk menyediakan makan malam.Sedang ia sibuk menyenduk nasi,ia ternampak sesuatu bergerak diluar jendela."Ya allah..."Tiba² ia menjerit.
"Mengapa makcik?."Budin bergegas turun ke dapur.Leman yang duduk dipinggir katil memerhatikan awnag yang kembali lena turut bergegas keluar,diikuti oleh mamat dan sulong.
"Astarghfirullah..."Makcik tadi seakan ternamapk satu lembaga diluar jendela ni."
"Tak ada apa² makcik,mungkin daun² pisang yang bergoyang tadi,mari saya tutupkan jendela ni."Kata budin selepas menjenguk ke luar,ditariknya dedaun tingkap."Makcik nak kami tolong.."
"Tak apa,kamu semua pergilah ke bilik awang,nanti apabila siap makcik panggil kita makan sekali,awang tu pun belum makan dari siang tadi."
Keempat-empat sahabat pun naik semula ke atas rumah dan masuk ke bilik awang.Anak muda itu masih lena tetapi tiba² matanya terbuka.
"Kamu semua masih disini.."
"Kami nak menemani kau dan mak kau malam ni..."Jawab leman.
"Awang kau ingatkah apa yang berlaku siang tadi?."Tanya budin tak sabar².
"Entah lah budin,aku rasa macam bermimpi saja,mungkin esok aku akan ingat balik apa yang berlaku,yang akau tahu aku ke lubuk hantu bersama ayu,kemudian kabus tebal dan kami terpisah...tahu² pak mail yang menyelamatkan aku."
"Awang,kau dah sedar...alhamdulillah."Makcik siantan masuk sambil membawa sebuah pelita lagi dan diletakkan diatas gobok baju ditepi dinding."Mari nak ajak kawan² kau makan,tentunya kau lapar..."
"Mari leman,budin,mamat,sulong,mari makan."Kata awang yang sudah pun bangun dari baringannya.
"Maafkan awang mak,maaf kerana menyusahkan hati mak.."
"Sudahlah awang,syukurlah kau dan ayu selamat,jangan banyak bercakap kita makan dulu."
Selepas makan,dan selepas menolong makcik siantan berkemas,awang dan rakan-rakannya beransur ke anjung rumah.Makcik siantan sudah masuk ke biliknya menunaikan solat isya.
"Awang badan kau masih lemah,baik kita tidur awal malam ni...aku rasa lepas sembahyang isya kita berehat,besok kita bangun pagi²,bolehlah dengar cerita kau."Kata leman.
"Betul kata leman tu."Sulong menyampuk."Marilah kita ambil air sembahyang."
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Adi Isma
No comments:
Post a Comment