Kepala Iblis
Bahagian 2 : Di Dalam Kubur
Esok harinya disebalah petang,emak milah duduk-duduk dibilik tamu sambil mengunyah sireh untuk menghabiskan masa.Perasaannya selalu berdebar-debar sejak pagi tadi.Hal itu membuat hati emak milah merasa risau menghadapi masa tengah malam nanti.Masa yang dijanjikan milah yang dalam kubur itu,sama ada hidup atau mati.Tengah malam nanti penentuannya.
Harapan yang cemas ini membuat emak milah duduk tak tenang,buat apa-apa pun tak tenang.Fikirannya selalu tertumpu saat memanggil anaknya nanti.Bila pada hitungan yang ketujuh nanti milah tak menajawab,maka habislah milah tinggal dalam kubur itu buat selamanya.
"Tidak..milah akan menjawab panggilanku.."Kata hati orang tua ini sambil cuba menghilangkan bayangan buruk yang menghantui fikirannya.Ketika azan maghrib terdengar,dia pun kemudian ambil air sembahyang dan mengadakan persiapan.
Sebaik keluar dari bilik mandi,dipintu depan terdengar ketukan.
Diluar terdengar angin bertiup cukup kuat dan menimbulkan bunyi yang aneh.
"Siapa diluar....?"Tanya orang tua ini dengan suara yang agak keras.
"Saya makcik...erm..kawan abang rosli.."Suara yang lembut dari seorang perempuan segera terdengar ditelinga orang tua itu.Emak milah segera membuka pintu depan dan menjemput tamunya masuk.
Setelah emak milah memerhati perempuan muda didepannya,dia pun belum bertanya tentang hajatnya,namun segera menjemput perempuan muda itu duduk dikerusi.Tamunya segera duduk dengan sopan.
"Duduk dulu nak...makcik nak sembahyang dulu."Kata emak milah.
Tamunya mengangguk dan memberikan senyuman.Orang tua itu kemudian ikut tersenyum dan masuk ke biliknya.Didalam emak milah mula mengenakan kain telekung untuk sembahyang.Tamuanya tinggal seorang diri di ruang luar itu. Seluas senyuman yang aneh mula terukir dibibir perempuan ini.
Dengan gerakan perlahan perempuan ini bangkit dari tempat duduknya,kemudian berjalan kedapur.Pandangan matanya kemudian memerhati setiap benda yang ada didapur.Ketika pandangan itu ternampak kapak dihujung sana,mata perempuan ini mula bersinar merah dan berasap.
Dia pun kemudian berjalan menghampiri kapak tersebut dan mengambilnya.Kapak yang pernah melukai leher milah itu,segera dipegangnya dengan kedua belah tangannya.Diluar terdengar angin bertiup bertambah kencang.Bunyinya sungguh menakutkan dan suasana menjadi seram.
Perempuan itu terus mendekati bilik emak milah dan mengangkat kapak yang tajam tersebut.Ketika itu emak milah sedang duduk diantara dua sujud.Dengan pandangan yang menakutkan,perempuan itu segera menghayunkan kapak tajam yang ada ditangannya.Tetapi kapak yang sudah terangkat itu tidak bergerak,seakan tak dapat digerakkan.
Kapak itu pun kemudian kembali diturunkan.Ketika itulah wajah perempuan itu bertambah geram dan meradang.Dia mengangkat kembali kapak itu dan diarahkan keleher orang tua yang sedang mengerjakan sembahyang tersebut.Namun ketika kapak berada diatas,kapak itu terhenti dan tidak dapat digerakkan.
Bersamaan dengan itu perempuan itu pun terpelanting undur ke belakang menjauhi tempat emak milah.Tak lama kemudian,perempuan itu merasakan tak selesa didalam rumah itu.Makin lama dia merasakan kesakitan didalam rumah itu.Akhirnya dia pun keluar dari rumah tersebut.
Diluar angin bertiup masih berterusan.Perempuan itu pun terus berjalan dengan setengah melayang menembus hari yang mula gelap.Emak milah telah selesai mengerjakan sembahyang maghrib dan dia pun keluar dari biliknya untuk menjamu tamunya.Dia terkejut kerana tamunya telah tiada.
Pintu depan bergoyang-goyang kerana ditiup angin.Emak milah menjengukkan kepalanya keluar melihat tamunya kalau ada disitu.Namun diluar nampaknya hanya angin yang mula ribut dan tak ada sesiapa disitu.
Emak milah memang beberapa hari ini kurang tidur.Timbul dalam hati orang tua ini bahawa dirinya mungkin mengigau.Kemudian melayang seorang tamu perempuan.Tetapi dia yakin yang dia tidak bermimpi atau mengigau.
"Adakah aku mengigau atau memang ada tamu dan tamu itu tak sabar kemudian pergi."Kata emak milah seorang diri memikirkan hal yang baru saja berlaku.
Dia pun kemudian menutup pintu yang terbuka sedikit terkena tiupan angin itu.Tak lama kemudian tiada lagi bunyi angin diluar.Emak milah kemudian kembali duduk dilantai yang beralaskan tikar pandan sambil mengunyah sireh.
"Kalau benar masa maghrib tadi ada tamu,siapakah perempuan itu?.Tak pernah rosli punya teman yang aku tak mengenalinya."Kata hati emak milah.
Tak lama kemudian terdengar lagi ketukan didaun pintu disertai dengan orang mengucapkan salam.Emak milah segera menyahut salam tersebut dan terus membukakan pintu.Ketika pintu sudah terbuka dan dia melihat beberapa pemuda kampung sedang ada disitu.
"Selamat malam makcik.."Tegur seorang pemuda yang ada disitu.
"Iya..selamat malam...apa hal ni?."Kata emak milah ingin tahu.
"Em..Rosli ada makcik?."Tanya pemuda itu lagi.
"Rosli..?Eh..sebentar tadi ada juga seorang perempuan mecari rosli."Kata emak milah dengan tanda tanya yang menyelimuti hatinya.Hatinya pun menjadi berdebar-debar kerana banyak pemuda datang dirumahnya.
"Rosli tak ada.Dia pergi berubat..dengan milah.."Kata emak milah.
"Eh..ada apa ni..ayuh cepat cerita,makcik nak tahu."Katanya lagi.
"Begini makcik...kami hanya nak tahu alamat rumah kawan perempuan rosli itu saja."Kata salah seorang dari beberapa pemuda yang ada disitu.
"Setahu makcik...rosli tak ada kawan perempuan."Kata emak milah.
"Ada..makcik itu yang hitam manis..em..siapa tu namanya.."
"Salbiyah..."Jawab pemuda yang lainnya meneruskan jawapan tersebut.
"Salbiyah yang mana satu?."Soal orang tua itu.
"Alaaa..itu anak seorang dukun yang telah lama kita usir dari kampung kita."
Emak milah mengingat-ingat nama perempuan yang disebutkan itu.Akhirnya mata emak milah membulat dan terkejut.Hal ini menghairankan pemuda-pemuda yang ada disitu.Mereka saling berpandangan.
"Eh..kalian ni gila semua ke..."Kata emak milah seterusnya.
"Gilaaa...oh tidak makcik..baru saja kami semua ini dihebohkan dengan perbuatannya.Salbiyah membawa kapak yang tajam dan kami menegurnya.Maka tanya kami."Kemana ni malam-malam membawa kapak?."Kemudian dia pun menjawap.
"Ala...nak mengapak lehar."
"Mengapak leher?.Adik ni dah gilakah?."Tanya kami.
"Tidak..saya tidak gila...nah lihatlah..."Kata salbiyah sambil menghayunkan kapaknya.Kerana kami tidak bersedia yang dia akan melakukan hayunan kapak tersebut,maka salah seorang diantara kami tercedera.Kami pun jadi huru-hara dan salbiyah menghilang dikegelapan malam,maka itu lah kami datang kemari."
"Ya...tuhanku...mustahil..."Kata emak milah.
"Apa yang mustahil makcik..."Tanya salah seorang pemuda.
"Salbiyah telah meninggal dua tahun lepas."Kata emak milah.Sekalian yang mendengar keterangan emak milah jadi terperanjat dan pucat wajahnya.Meraka satu sama lain berpandangan tidak mengerti.
"Salbiyah sudah meninggal?."Tanya pemuda itu lagi seakan menyakinkan.
"Ya....dah meninggal..dengan cara yang mengerikan,dan memalukan."
"Bagaimana cerita itu makcik?."Beberapa orang ingin tahu.
"Dia didapati sedang melakukan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang sudah punya isteri."Kata emak milah memulakan cerita itu.
"Dibilik itulah muncul isteri tersebut.Terjadilah perkelahian antara salbiyah dengan suri rumah tersebut.Akhirnya salbiyah terbunuh kerana lehernya dikapak oleh suri rumah tersebut."Demikianlah cerita emak milah.
Pemuda-pemuda kampung yang mendengar cerita emak milah jadi terperanjat dan merasa gerun dengan peristiwa yang baru saja berlaku sebentar tadi.Masing-masing kemudian diam seakan berfikir.
"Iya tak iya juga...dia tu anak dukun yang memiliku ilmu hitam."
"Sekarang ia menjelma kembali.Dan itu adalah hantunya."
"Tak salah lagi..ini tentu orang tuanya si dukun sihir itu cuba membangkitkan anaknya dari kubur."Kata pemuda yang lain.
"Atau kerana salbiyah memiliki ilmu hitam,sehingga mayatnya menjadi hantu."Kata yang lain pula.
Didepan rumah emak milah akhirnya menjadi perbincangan perkara hantu salbiyah.
"Kalau demikian patutlah anakku rosli sakit kerana diganggu hantunya."
"Benar makcik....seorang diantara kami telah cedera.Kita harus bertindak segera untuk menyelamatkan kampung kita dari huru-hara."Kata salah seorang diantara pemuda-pemuda itu.
Pemuda-pemuda itu pun segera memohon diri kepada emak milah kerana hendak mengadakan perbincangan lebih lanjut dan menyiasat perkara tersebut.Selepas mereka berundur diri,emak milah segera pergi ke dapur dan segera memandang ke sudut ruang.Betapa terkejut emak milah bila didapati kapak yang selalu terletak disitu telah hilang.Maka makin percayalah emak milah akan cerita pemuda-pemuda tadi.
Malam ini adalah malam terakhir dirinya memanggil milah dikubur itu.Adakah dirinya akan selamat dari malapetaka,kerana kini telah terjadi hantu itu membawa kapak yang tajam.Demikian emak milah berfikir.Perasaan emak milah menjadi cemas kerana tengah malam nanti ia terpaksa keluar ke kubur milah.
Kecemasan emak milah makin menjadi bila malam telah menunjukkan pukul sepuluh.Pukul dua belas nanti dia harus ke kubur untuk memanggil milah.Dan bayangan bahaya dari hantu yang memegang kapak sangat menggerunkan hatinya.Kini tahulah punca kesakitan rosli anaknya.
Hantu itu mempengaruhi rosli dan rosli mencederakan adiknya.
Dalam keadaan termenung itu lah emak milah mengangguk-anggukkan kepalanya.Emak milah telah menemukan buah fikiran yang telah menyebabkan milah tercedera.Agaknya yang hantu salbiyah tahu yang milah dan rosli bukan adik beradik kandung.
Itu sebabnya hantu itu cuba membunuh milah.Demikian buah fikiran emak milah.Kini perkara keganjilan yang berlaku selama ini mula dapat dibaca oleh orang tua ini.Akhirnya orang tua ini menggelengkan kepala.
"Sungguh hairan..dah mati pun roh jahatnya masih menghendaki anakku rosli."Kata emak milah seorang diri dan terus termenung.
Lama emak milah mendiamkan diri tanpa membuat sesuatu hingga terasa masanya sudah cukup.Dia tersedar ketika jam dinding berbunyi dua belas kali.Emak milah tidak melewatkan masa untuk sembahyang sunat dua rakaat sebelum keluar rumah.Dan dia pun memohon keselamatan dari sebarang kejahatan.
Dengan cangkul ditangan orang tua itu berjalan menerobos kegelapan malam.Air mata tuanya menitis di pipi kerana kini saatnya memanggil milah sampai hitungan yang ke tujuh.
"Mudah-mudahan anak gadis keturunan jin ini sembuh dari luka yang dideritainya.Milah...emak datang nak."Kata orang tua ini berkata lirih seorang diri seakan menyampaikan salam kedatangannya.
Selama berjalan didalam kegelapan itu,emak milah sentiasa diliputi perasaan cemas kerana kejadian sebentar tadi.Maka dia pun berjalan dengan hati-hati diantara lindungan pokok-pokok dikiri kanan jalan.Akhirnya sampai juga lah emak milah ke tempat yang ditujunya.
Dia pun segera duduk di samping anggo'an tanah yang menjadi kubur milah.Keadaan ditanah perkuburan itu makin tidak menyedapkan perasaan emak milah.Berdebar-debar hatinya ketika ia telah bersiap sedia mengucapkan panggilan itu.Tak jauh dari tempat emak milah duduk,sepasang mata bersinar merah berada di sebalik pokok.
Bayangan tangan yang diangkat itu memegang benda yang berkilat ketika benda itu di timpa cahaya bulan yang bersinar redup.Bayangan tubuh yang mempunyai mata bersinar merah itu kemudian keluar dari bayangan lindungan pokok.Secara perlahan dia kemuidan menghampiri orang tua yang sedang duduk disamping kubur milah.
Ketika sudah dekat,bayangan tubuh yang mempunyai mata merah tersebut menghayunkan kapak ditangannya.Tetapi kapak tersebut tak dapat digerakkan.Tak lama kemudian tubuh badan bayangan itu terpelanting jauh dari tempat emak milah. Angin pun mula bertiup dan terdengar lah oleh emak milah suara lengkingan seakan jerit kesakitan yang mengisi malam itu.
"Suara apa itu..angin ke atau suara orang menjerit..."Kata hati emak milah.
Ketika emak milah mula hendak memanggil milah,terjadi angin yang bertiup yang mengejut dan menakutkan.Angin itu pun mula mengadakan bunyi yang aneh ternyata datangnya dari daun-daun kayu.
Emak milah menundukkan dirinya agar dia boleh duduk tanpa diganggu angin yang mula ribut itu.Suara dalam kawasan kubur itu pun menjadi macam-macam suara yang timbul akibat angin yang bertiup itu.Emak milah pun tak yakin yang suaranya boleh didengar oleh milah di dalam liang kubur itu.
"Milah..."Suara pertama orang tua itu dengan kuat untuk melawan suara angin yang meribut dan menimbulkan macam-macam bunyi.Dengan melekatkan telinganya ditanah itu,emak milah cuba mendengarkan jawapan dari dalam kubur.Suara yang ditimbulkan oleh angin itu sangat menggangunya,maka tiada lah terdengar jawapan dari dalam kubur itu.
"Milaaaaaahhh..."Tedengar suara orang tua itu lebih keras dari yang pertama.Kemudian dia melekatkan telinganya kembalai ke tanah kuburan tersebut.Lama emak milah menanti jawapan suara dari anaknya dari dalam kubur itu.Kecemasan perasaan orang tua ini makin menjadi.
Perempuan tua itu terus berteriak sekuat hatinya hingga suaranya menjadi serak.Ketika dia memanggil kali yang ketujuh.Suaranya hanya dapat didengarnya sendiri.Kemudian orang tua ini menjatuhkan dirinya memeluk kubur anaknya.
Maka menangislah orang tua ini sehingga air mata nya pun ikut bercucuran.Ketika ini lah angin yang meribut menjadi berhenti seketika,dan bunyi bising yang ditimbulkan oleh angin menjadi senyap semua.Keadaan kubur menjadi lengang yang mencengkam.
"Milah....."Terdengar lolong tangis orang tua ini di keheningan malam.
"Makkk....emak telah memanggil yang ke tujuh kali.Keluarkan milah dari sini mak.."Terdengar suara jawapan dari dalam kubur.Emak milah terkejut bercampur gembira.
"Milah anakku..."Terdengar suara orang tua itu dengan serak.Dia kemudian mengorek tanah yang menimbun itu.Penat dan lelahnya tak dirasa.
Tangan-tangan tua nya kemudian mula mengeluarkan ranting-ranting yang menutup sebagai dinding penyekat itu.Setelah semuanya dikeluarkan,dia pun turun keliang kubur dan menyentuh tubuh milah.
"Bagaimana keadaanmu milah..."Kata orang tua ini.
"Kerana kasih sayang allah...milah sembuh mak.Hanya badan milah lemah."
"Segala puji dan syukur itu sesungguhnya untuk allah."Kata orang tua milah.Dengan susah payah orang tua itu menarik tubuh milah hingga berada diatas,milah langsung belum boleh menggerakkan tubuhnya sendiri kerana terlalu lemah.
Ketika tubuh milah telah berada diatas tanah,jari-jari orang tua itu meraba-raba bekas luka dileher milah.Ternyata luka itu telah tersambung dan merupakan ada bekas parut sedikit.
"Bagaimana luka ini boleh tersambung milah?."Tanya emaknya.
"Dengan zat allah yang melekat ditanah.Luka milah saya bubuh dengan tanah.Sesungguhnya menurut pengetahuan milah segala kehidupan yang ada didunia ini adalah berpusat dari tanah dan air.Maka milah mengadakan penyembuhan dengan tanah dan air dengan izin allah."Kata milah menerangkan.
"Bagaimana dengan makan dan minum selama engkau tiga hari tiga malam dalam liang kubur?."Tanya orang tua itu sambil membelai rambut anaknya.Terdengar milah masih mengatur nafasnya.
"Milah makan dan minum dari air embun yang ada didalam tanah."Kata milah.
"Baiklah milah...emak telah menyiapkan kereta sorong kerana emak memastikan kau dalam keadaan demikian."Kata orang tua itu.Orang tua itu kemudian meletakkan tubuh milah dalam kereta sorong yang selalu di gunakan untuk mencari kayu di hutan.
Emak milah kemudian menarik kereta tersebut walau tenaganya masih dalam keletihan setelah menggali tanah tadi dan mengangkat tubuh milah.Tiada sesuatu ganguan selama dalam perjalanan itu.Hingga angin yang bertiup pun berhembus dengan perlahan sekali seakan menyegarkan tubuh badan milah.
Milah selamat sampai dirumah dan dibaringkan dalam biliknya sendiri.
"Mak..macam mana kesihatan abang rosli..."Suara milah lembut terdengar.
"Telah beransur pulih...kini jangan risau kan tentang dirinya.Dia sedang pergi untuk sesuatu urusan.Sekarang katakan apa yang harus emak sediakan untuk makanmu."Tanya orang tua itu dengan wajah yang berseri.
"Air tajin.."Kata milah.Air tajin ialah air nasi yang diambil airnya saja.
Sebelum orang tua itu meninggalkan bilik milah,dia masih memerhati luka yang di leher milah.Luka itu telah tercantum dan hanya meninggalkan parut.Emak milah menggelengkan kepalanya diatas kejadian yang ajaib itu.
Emak milah kemudian mengerjakan keperluan yang diminta anaknya.Malam pun makin larut.Tak lama kemudian orang tua itu melayan menyuapkan air tajin ke mulut milah sebanyak tujuh sudu.Tak lama kemudian milah merasakan sentuhan lembut di pipinya dan bersamaan dengan itu tercium bau yang harum.
Orang tua itu tak memikirkan lagi rasa mengantuk yang mula mengganggu dirinya.Dia tetap duduk menunggu milah yang sedang berbaring.Tak lama kemudian milah pun tertidur dengan nyenyaknya.Di saat itu terdengar ketukan lembut dipintu depan.Emak milah pergi ke bilik depan dan berdiri di belakang pintu.
Kemudian terdengar ucapan salam dari luar.Emak milah pun menjawabnya.Bau harum itu pun makin dirasakan oleh orang tua ini.Ketika jari-kari tangannya membuka pintu itu dengan berdebar-debar,maka kecemasan orang tua itu menjadi hilang bila dia melihat sepasang suami isteri yang pernah dikenalnya lima belas tahun yang lepas.
Tamunya ialah kiyai kadas dan isterinya fairuz fajilah.Kiyai kadas mengenakan serban putih dan berjubah putih pula.Sedangkan fairuz fajilah puteri jin itu mengenakan baju dakwah yang tudungnya hanya menampakkan kedua matanya saja.
"Selamat sejahtera diatas segala rahmat allah kepadamu.."Kata kiyai kadas.
"Terima kasih..dan saya bersyukur kepada allah."Jawab emak milah.
"Semoga budi pekerti makcik menjadi nur cahaya darah daging anakku milah."Kata fairuz fajilah dengan bersalam kepada orang tua itu.
"Terima kasih...jemput masuk puan dan kiyai kadas.."Kata emak milah.
Kiyai kadas dan isterinya kemudian masuk dan duduk di kerusi tamu.
Tak lama kemudian kiyai kadas dan isterinya memasuki bilik anaknya.Sepasang suami isteri ini kemudian melihat keadaan milah yang terbaring lemah dikatilnya.Fairuz fajilah kemudian berbisik kepada suaminya.
"Anak kita dah besar bang...dah berumur tujuh belas tahun."
"Anak yang cantik..."Jawab kiyai kadas dengan berbisik pula.
"Abang dah bersedia..?"Bisik fairuz fajilah.
"Ya...lakukanlah.."Bisik kiyai kadas pula.Sepasang suami isteri ini kemudian mendekati milah yang masih terbaring tertidur nyenyak.Emak angkat milah hanya memerhati saja dengan hati yang berdebar-debar.
Fairuz fajilah kemudian menusukkan jarum ke jari telunjuk kiyai kadas yang sebelah kanan.Setelah jari itu berlubang dan mengeluarkan darah,kiyai kadas segera memasukkan telunjuk jari itu kedalam mulut milah.Milah kemudian menggerakkan mulutnya bagai seorang bayi yang sedang menghisap puting.
Makin lama kelihatan tubuh badan kiyai kadas terasa lemah,dan hal itu dihentikan.Kiyai kadas menarik jari telunjuknya dari mulut milah.Kemudian memerhatikan keadaan milah.Tubuh milah yang tadi nya putih kerana pucat bagai dibubuh bedak,lama kelamaan menjadi tak pucat lagi.
Kedua sepasang suami isteri itu undur kebelakang sambil memerhatikan milah dengan pandangan kasih sayangnya.Emak angkat milah sungguh hairan menyaksikan apa yang berlaku didepan matanya ini.Tubuh badan milah tidak pucat lagi.Dia bagai sedang tidur nyenyak.
Setelah cukup kedua suami isteri itu melepas rindunya kepada milah,keduanya kemudian kembali keruang depan.Emak angkat milah mengikuti dari belakang.Kiyai kadas kemudian memberikan tasbih kepada emak angkat milah.
"Berikanlah tasbih ini untuk milah.Dan rahsiakanlah segala pertemuan ini."Kata kiyai kadas dengan berbisik kepada emak angkat milah.Orang tua itu mengangguk.Kemudian orang tua itu masih menerima pesan-pesan lainnya.
"Baiklah kiyai kadas dan puan fairuz fajilah saya akan menjaga segala pesan itu."Kata emak milah.Fairuz fajilah membimbing kiyai kadas beredar keluar dari rumah emak milah.Kelihatan tenaga kiyai kadas sangat lemah.Emak milah menghantar kedua tamunya itu sampai dihalaman rumah.
Kiyai kadas dan isterinya kemudian mengucapkan salam yang dibalas oleh emak milah.Keduanya kemudian meninggalkan halaman rumah itu.Makin lama makin jauh sehingga bayang-bayang tubuh suami isteri itu hilang dari pandangan mata emak milah.Ketika ditempat yang cukup jauh kedua sepasang suami isteri itu berhenti berjalan.
"Sekarang marilah kita lihat keadaan anak kita."Bisik kiyai kadas.
"Baiklah bang..."Jawab fairuz fajilah ikut arahan suaminya.Kedua suami isteri itu berdiri dengan tangan didada,mendiamkan diri.Hal seperti ini dinamakan mematikan diri sedangkan mata batinnya dihidupkan.
Keduanya kemudian memohon dibukakan pintu makrifat dihatinya.Maka dengan pandagan rohani keduanya melihat keadaan milah yang sedang berbaring.Milah menggerakkan dirinya dan membuka matanya.
"Mak.."Kata milah.
"Ya..milah.."
"Tengok....kesihatan milah dah pulih semula."Kata milah dengan senyumnya.Milah cuba bangkit dari katilnya dan cuba berjalan tanpa bantuan sesiapa.Emaknya sungguh terkejut,tetapi gembira.
Kedua suami isteri itu akhirnya mengakhiri cara mematikan diri itu.
"Anak kita dah pulih seperti sediakala."Kata kiyai kadas.
"Mari kita bersyukur."Kata fairuz fajilah.Keduanya kemudian bersujud untuk beberapa minit.
Tak lama kemudian mereka berdiri kembali.Fairuz fajilah kemudian mendukung suaminya dan ketika itu angin bertiup yang membawa fairuz fajilah melayang sambil mendukung kiyai kadas suaminya.
Selepas sembahyang zuhur milah masih berada di biliknya mengemaskan kain telekung yang baru digunakannya.Kemudian terdengar suara emaknya.
"Milah..emak nak pergi kejap,cari orang untuk jaga durian kita.Agaknya durian-durian itu dah mula jatuh."
"Baiklah emak..."Jawab milah berdiri didepan cermin muka sambil memasang kain halus menutup wajahnya,namun masih menampakkan bahagian kedua matanya.Demikian lah milah berpakaian semenjak kecilnya hingga dewasa menjadi gadis remaja hingga saat ini.
Dia kemudian keluar dari biliknya dan terus kebilik dapur mengerjakan sesuatu.Emaknya terus pergi mencari orang yang boleh diharapkan menjaga kebun duriannya yang satu dua sudah mula jatuh itu.Setiap kali emak milah bertemu dengan orang yang biasa menjaga durian,orang itu menggelengkan kepalanya.
"Eee...tidak makcik..eee..maaf saja.Carilah orang lain...maaf makcik."Kata orang yang ditemui emak milah.Orang itu kemudian cepat-cepat masuk dan menutup pintunya.Wajahnya nampak ketakutan dan cemas.Emak milah pun menggelengkan kepalanya.Dia terus menuju kerumah udin pemuda yang selalu kerja menjaga durian.
Emak milah pun menerangkan maksudnya kepada udin.Nampak wajah udin jadi pucat.
"Jaga kebun durian makcik...tidak..makcik..saya...saya dah ada kerja."Kata udin sambil undur kebelakang kemudian masuk dalam rumahnya dan mengunci diri.Dari sebalik pintu,udin mengintai orang tua itu sudah pergi atau belum.
Ternyata emak milah sudah pergi meninggalkan tempat itu.Bini udin merasa pelik melihat tingkah lakunya.Dia segera memegang bahu udin.
"Hallamak.."Udin terkejut dan membalikkan dirinya memandang isterinya.
"Eh..apa kau ni..buat kejut orang."Kata udin bersungut.
"Alaa..abang ni..memang pengecut.Saya tahu makcik milah datang bagi kerja pada abang...tapi abang tak nak.Itu lah abang...asyik main dam saja..dengan budak-budak bujang tu."Kata isteri udin cukup meradang.
"Eh..minah...kau bukannya tak tahu perihal kebun durian makcik milah tu.Bila malam telah menjelma,seribu satu macam keanehan timbul dikebun itu."Kata udin menerangkan.
"Macam mana abang tahu.."Soal minah.
"Banyak orang cerita.Ketika angin bertiup,daun-daun kering berjatuhan kemudian bau harum yang aneh,nah..itulah keanehan akan timbul.Kemudian bila terdengar lolongan anjing dikeheningan malam..alamak..dia pun datang lah."Kata udin.
"Apa yang datang...?"Bentak isterinya.
"Roh halus yang menjelma jadi hantu perempuan.."Udin menerangkan.
"Cerita karut...kalau abang tak nak terima kerja dari makcik milah,biar minah buat kerja itu.Abang tinggal kat rumah."Kata minah dengan bersungut.
"Jangan buat kerja gila itu minah...tolong..."Kata udin berlembut hati.
"Habis,apa yang kita nak makan hari-hari.Beras pun dah tingal dua tiga hari lagi.Atau biar minah balik ke rumah emak,lagi senang tak payah susah-susah fikir pasal beras."Kata minah bersungut bagai budak kecil.
Udin terdiam seketika.Dia sangat sayangkan minah.Mereka berdua baru saja berkahwin selama setahun ketika minah baru berumur lima belas tahun.Sudah tentu udin menjadi panik sebab minah selalunya berkata tak pernah olok-olok.Maka kecemasan udin pun terbaca diwajahnya.
"Minah..bagi abang peluang berfikir terlebih dahulu."Pujuk udin.
"Apa yang nak difikirkan lagi?."Kata minah.Udin diam saja.Sepatah kata pun dia tidak berani menjawab,tapi dia segera keluar meninggalkan rumah.Entah kemana,minah pun tak tahu.Mungkin juga dia pergi kerumah orang tua itu lagi.
Esok paginya emak milah berpesan kepada anaknya untuk pergi kerumah jiran dihujung kampung.Pagi itu emak milah pun pergilah kerumah orang yang dimaksud itu.Dia pergi menemui budak bujang yang tinggal bersendirian dirumah buruk dihujung kampung.Kebetulan budak bujang yang ditemui itu berada di rumahnya.
"Bahrun...ooo bahrun.."Kata emak milah.Bahrun berada dibelakang sedang mengurai rumput untuk kambingnya yang empat ekor itu.Emak milah menemui bahrun dikandang kambing itu.
"Ada apa makcik..."Kata bahrun budak bujang dua puluh lima tahun itu.
"Apa kerjamu selama ini bahrun..."Emak milah ingin tahu.
"Saya dah kene berhenti kerja dari tuan haji mahmood itu.Sekarang menganggur."
"Ha..kalau macam tu elok kau baiki pondok jaga durian di kebun makcik itu.Bila kau setuju,kau boleh jaga durian sebelah siang atau pun malam."Kata emak milah.Bahrun menunjukkan wajahnya yang berseri tanda dia setuju dengan kerja itu.
"Baiklah makcik....saya setuju.Lepas zohor nanti saya akan perbaiki pondok itu,dan saya bawa pula peralatan yang lainnya."Kta bahrun yang membuat emak milah merasa bersyukur.
"Eh....bahrun..kau tak jelaskan upah yang kau minta?."Tanya emak milah.
"Itu..terpulanglah kepada makcik."Kata bahrun.
"Itu lah kau bahrun...percaya sangat pada orang.Saya dengar kau pun sering kene tipu dari orang-orang yang mengupahmu.Pasal kau terlampau menyerah diri pada kebaikan orang."Kata emak milah merasa kasihan.
"Tak apalah makcik..rezeki itu bukan saya yang menentukan."
"Baiklah baharu,makcik balik dulu ya."
"Terima kasih kerana kerja itu makcik."Kata bahrun sambil memandang orang tua itu meninggalkan dirinya.Emak milah terus berjalan menuruti jalan kecil diantara kebun yang ada disitu.
Tak lama kemudian bahrun telah menyiapkan peralatannya untuk membaiki pondok jaga durian itu.Setelah semua peralatan itu dimasukkan didalam beg,dia pun kemudian berjalan menuruti jalan kecil yang berhampiran dengan rumah udin.Setelah sampai di samping rumah udin dia pun memanggil.
"Udin..."Panggil bahrun.Sebenarnya udin telah tahu kedatangan bahrun dari tingkap yang terbuka sedikit itu.Minah pun segera menolak punggung udin untuk segera menemui bahrun.
"Semalam abang tak jumpa mak milah.Melepas peluang kerja itu.Ha itu bahrun barangkali dia ada kerja untuk abang."Bisik minah.
"Hai...ada kerja nampak..."Sahut udin dengan tersenyum.
"Adaaaa..jom pergi."Ajak bahrun.Udin tersenyum kerana kerja yang di nak kan itu menyenangkan hatinya,dan bukan kerja dikebun mak milah.Udin masuk kembali kerumah untuk memakai bajunya.
"Aku dah kata...peluang kerja lain masih ada.Tak payah bimbang."Kata udin.Minah membantu mengancingkan baju suaminya.Sebelum pergi minah memandang suaminya dengan terharu.Malam tadi minah tidur dalam bilim mengunci diri,dan membiarkan udin suaminya tidur diluar bilik diruang tamu,kerana perselisihan kerja itu.
Bahrun dan udin kemudian berjalan meninggal rumah minah.Dalam hati udin timbul kelegaan kerana kerja ini.Dia tahu betul kerja-kerja bahrun iaitu bertukang.Dia berasa gembira kerana dapat menghindarkan diri dari kerja menjaga pokok durian di kebun mak milah yang menakutkan itu.Kerja dengan bahrun tentu kerja-kerja binaan rumah atau pagar atau jambatan kecil.
"Eh..bahrun...apa kerja yang kita lakukan ini?"Soal udin sambil berjalan.
"Ikut sajalah.."Jawab bahrun.
"Bagaimana dengan upahnya?."Desak udin yang memikirkan beras dirumah tinggal dua kali masak saja.Dan dia pun teringat perangai milah yang keras itu,nak balik kerumah orang tuanya.
"Eh..apa sebenar yang merisaukan dirimu?."Tanya bahrun ingin tahu.
"Kau bukannya tak tahu perangai isteri aku itu.Kita sama-sama didarjah sekolah dulu.Dan kau pun tahu sikap-sikap minah,yang suka ambil keputusan yang serius itu."Kata udin menerangkan.
"Iyalah apa bendanya?."Sambung bahrun.
"Beras dirumah tinggal dua kali masak....aku memerlukan wang untuk melembutkan hatinya.Maksudku...erm...kau harus cepat mendapatkan upah itu."Bisik udin dengan penuh harap.Bahrun nampak yang wajah udin memang mengharapkan.
"Nantilah kita fikirkan selepas kerja itu."Kata bahrun dengan berfikir.Keduanya telah sampai ditempat yang dituju.Mak milah telah berdiri disamping pondok sambil menyediakan kayu-kayu papan yang baru dan zing atap pondok.Bila udin nampak mak milah,terperanjatlah dirinya.
Udin pun tak dapat berkata-kata bila terpandang wajah orang tua itu.
"Ha..elok kau udin,kerja bersama dengan bahrun."Kata orang tua itu dengan tersenyum.Sebaliknya udin menjadi pucat dan bayangan ketakutan itu tiba-tiba muncul.Bahrun terus meletakkan alat-alatnya.
"Nah bahrun..makcik dah sediakan segalanya termasuk paku dan lain-lainnya.Kalau ada apa-apa keperluan panggillah makcik."kata orang tua itu.
"Baiklah makcik.Sementara ini cukuplah ini dulu."Kata bahrun.Orang tua itu kemudian pergi meninggalkan bahrun dan udin dikebun itu.
"Kerja membaiki pondok ini tak memerlukan masa lama,marilah kita mulakan."Ajak bahrun.Udin dengan terpaksa mau juga melaksanakan kerja itu.Hatinya mengeluh dan serba salah bekerja ditempat yang kononnya timbul bermacam-macam dugaan itu.Kerja membaiki pondok itu hanya memakan masa satu jam.Pondok jaga durian itu cukup besarnya,ada tempat untuk berbaring disamping tempat menyimpan durian.
Selesai menyiapkan membaiki pondok itu,keduanya masih duduk-duduk di lantai pondok merehatkan diri.Bahrun kemudian teringatkan sesuatu.Maka dia segera mengeluar beg wang dari dalam sakunya.
"Berapa ringgit kau perlukan din?."
"Sepuluh ringgit cukup?"Kata bahrun sebelum udin sempat menjawab.
"Bolehlah..kalau begitu,biarlah aku balik dahulu nak sampaikan wang ini dulu pada isteriku.Secepatnya aku akan balik kemari."Kata udin sambil menerima wang pemberian bahrun.Bahrun mengangguk perlahan.
Udin menunjukkan wajahnya cerah dan melupakan sesuatu yang mencemaskan nanti.Wang sepuluh ringgit itu sangat beerti bagi dirinya.Ia boleh menyelamatkan suasana rumah tangganya yang baru didirikan selama setahun itu.Cepat-cepat udin meninggalkan tempat bahrun dan berjalan kearah sana.
Sambil sedikit berlari udin menuruti jalan yang lenggang itu.Hatinya bernyanyi kerana sepuluh ringgit itu akan membuat wajah isterinya tersenyum.Udin melupakan sementara ketakutannya yang sekejap tentang peristiwa yang diceritakan orang itu.Ketika dia sampai dirumah didapati minah sedang menganyam bakul dibilik dapur.
"Eh...cepat abang balik...kerja apa?"Tanya minah.Udin tak menjawab.Diulurkannya wang sepuluh ringgit itu.Minah menerimanya dengan hati yang lapang.Udin kemudian memasuki bilik tidurnya.Tak lama kemudian dia telah membungkus kain sarung dan selimut dan membawa ubat nyamuk.Dia keluar dari bilik dan terus berdiri didepan minah.
"Abang terima juga kerja jaga durian dikebun mak milah bersama bahrun."Kemudian sunyi saat itu.Saat yang romantis yang dirasakan oleh minah yang pernah berkasar terhadap suaminya.Minah masih termenung memikirkan hal itu.Minah tahu udin sangat takut akan kegelapan malam.
"Abang pergi dulu..."Kata udin perlahan.Kata-kata itu menyayatkan hati minah.Minah kemudian berdiri.Minah sungguh hairan.Baru sekejap minah merasakan terharu terhadap suaminya.Rasa terharu itu kemudian menjadi mesra dan rindu.Minah tak mengerti mengapa hal ini baru terjadi.
"Belilah beras,ikan masin...dan sebagainya."Kata udin lagi.Udin kemudian menggerakkan tubuhnya dan mula melangkahkan kakinya.Minah mengawaskan saja suaminya.Pemuda sedarjah semasa disekolah dulu.Kini jadi suaminya.
"Bang..baik-baik.."Kata minah setelah udin melangkah barang lima langkah.
Udin menganggukkan kepalanya.Dia terus berjalan menuruti jalan kecil dibelakang rumahnya tanpa menoleh lagi.Minah masih berdiri melihat suaminya.Tak lama kemudian udin sudah jalan jauh dihujung sana sehingga tak terlihat lagi.Minah kemudian masuk kembali kedalam rumah.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Mastris
No comments:
Post a Comment