Tuesday, 22 November 2016

Kepala Iblis

Bahagian 6 : Firasat Buruk Zamilah


   Bahrun tersedar dari lamunannya ketika udin turun dari pangkin lantai pondok jaga.Tanpa berkata-kata udin terus berlalu dan menuju kearah sana.

   "Eh din nak kemana?."Tanya bahrun.

   "Tengoklah...apa hal ni isteriku malam-malam begini datang ketempat jaga."Kata udin yang terus berjalan kearah seorang perempuan yang berdiri tak jauh dari tempat itu.

   Semua orang yang ada dipondok jaga mengarahkan pandangannya pada udin yang sedang bercakap-cakap dengan isterinya.Tak lama kemudian udin kembali kepondok dan berdepan dengan bahrun.

   "Apa hal isterimu datang?."Tanya bahrun.

   "Bukan isteriku."Bisik udin ditelinga bahrun.

   "Dia tak tahu keadaan kampung kita dalam keadaan begini.Gadis itu seorang suri rumah yang telah beberapa hari ditinggalkan suaminya.Dia cari suaminya dikampung ini.Tapi setelah mendengar huru-hara dikampung kita,dia tak berani nak balik kerumah."Kata udin menjelaskan.

   Penjelasan udin ini didengar oleh mereka yang ada di pondok jaga itu.

   "Kau tahu run...kalau aku bukan dah punya isteri,memanglah aku sedia menghantarnya.Dia meminta aku menghantarnya."Kata udin.

   "Suri rumah itu kini menangis kerana takut nak balik ke rumah.Kerana baru saja mendengar peristiwa sekejap tadi."Kata udin lagi.

   "Dimana rumahnya?."Tanya bahrun.

   "Baiklah aku tanya dulu."Kata udin yang kemudian berjalan kearah perempuan yang berdiri tak jauh dari pondok itu.Tak lama kemudian udin kembali lagi."Rumahnya tak jauh,dikampung sebelah kampung kita.Kampung jambu."Kata udin.

   Pasal perempuan,budak-budak bujang itu banyak yang menawarkan jasanya.

   "Kalau begitu,kalian boleh lah menghantar dia tu."Kata udin.

   "Kalau dia mau..."Kata rasyid.Yang lainnya hanya ikut menggangguk.

   "Pergilah kau tanya dia."Kata udin.Udin pun pergi dengan diikuti rasyid.Akhirnya yang lainnya ikut juga menemui perempuan itu.

   "Ee...adik duduk kat mana?."Tanya rasyid.

   "Kampung jambu bang...."Jawab suri rumah itu.

   "Suami adik nama siapa?."Tanya rasyid lagi.

   "Khalil..."Jawabnya singkat.

   "Khalil...?."Hampir serempak dengan pemuda-pemuda itu.Udin terkejut.Khalil adalah abang angkat minah.Kata udin didalam hatinya.Dia segera pergi ketempat bahrun.Bahrun pun terkejut,kerana kata-kata khalil itu disebut.

   "Dia itu isteri abang angkat minah."Bisik udin kepada bahrun.

   "Kasihan....sesungguhnya khalil memang dikhabarkan meninggal menurut cerita komar."Kata bahrun.Bahrun pun hendak bangkit dan menemui perempuan tersebut.Tapi pemuda-pemuda seramai enam orang itu mula bergerak menghantar isteri khalil.

   "Tinggallah kalian berdua.Kami beramai-ramai menghantarnya."Kata rasyid.

   "Baiklah..."Jawab udin hampir bersamaan dengan bahrun.

   "Andaikan dia tahu bahawa,khalil suaminya telah meninggal,entahlah apa jadinya."Kata udin sambil menggelengkan kepalanya.Bahrun masih berdiri mengawaskan mereka yang pergi menghantar suri rumah tersebut.

   Sebaik mereka pergi,tak lama kemudian datang pula dua orang perempuan ke pondok jaga.Mereka berdua adalah zamilah dan minah.Udin dan bahrun segera tertanya-tanya dalam hati.Zamilah terus mendekati bahrun dan memegang tasbih dilehernya.

   "Abang tak ada apa-apa?."Tanya milah.

   "Ada apa ni?."Tanya bahrun pula.

   "Milah merasa risau dirumah.Dia minta dihantar kepondok ini.Maka minah terpaksa menghantar kesini lah.Kemudian ditengah jalan kami berdua nampak bayangan perempuan bertudung.Kami berdua bersorok.Entah macam mana yang milah nampak yang perempuan itu lehernya terpotong."Kata minah menjelaskan.

   "Benarkah kau nampak lehernya terpotong?."Tanya bahrun.

   "Ya bang...perempuan itu menuju kesini."Kata milah dengan sebenarnya.

   "Kalau bertudung,memaglah dia tadi kesini dan minta dihantar pulang kerumah."

   "Dia lah hantu itu bang..."Kata minah dengan rasa cemas.

   "Bagaimana kau tahu lehernya terpotong?."Soal udin.

   "Saya pun nampak ketika dia berjalan dekat lampu minyak depan rumah makcik rokiyah.Kami berdua ketakutan,tapi kerana pondok ini dah dekat,jadi kami terus kemari."Kata minah.

   "Milah...engkau mempunyai firasat buruk yang tajam."Kata bahrun.

   "Sejak tadi milah merasakan hati milah berdebar-debar."Kata milah perlahan.

   "Kalau milah tak sayangkan abang..tak akan milah malam-malam begini datang tengok keselamatan abang."Kata milah lembut.Hati bahrun pun jadi hanyut terharu.

   "Jadi apa yang harus kita lakukan dengan ke enam orang itu yang sekarang dalam perjalanan menuju maut itu."Tanya udin.Bahrun pun tak tahu nak menjawabnya.Milah menundukkan kepalanya.Minah merasa cemas.

   "Benar-benar saya nampak lehernya terpotong.Saya nak menjerit,tapi milah menutup mulut saya,walau milah sendiri ketakutan."Kata minah lagi.

   "Seharusnya kita ingatkan orang-orang itu.Mereka tentu belum berjalan jauh."Kata bahrun.Udin pun sependapat dengan bahrun.Tetapi udin mula membayangkan kengerian itu."Dapatkah kita menyelamatkan mereka?."Kata udin.

   "Aku pun takut run.Tapi marilah kita cuba susul mereka dengan diam-diam."Kata udin.

   "Bang...kita baru saja...kahwin.."Keluh minah sedih dan cemas.

   "Kita tahu enam orang itu dalam bahaya.Kemudian kita biarkan mereka menempuh maut...rasanya kita ni macam mementingkan diri sendiri."Kata udin dengan sejujurnya.Bahrun pun sependapat dengan udin.

   "Milah..boleh abang cuba ingatkan mereka?."Kata bahrun dengan perlahan.

   "Kalau abang nak pergi juga,berhati-hatilah bang."Kata milah.

   "Walau bagaimana,jangan lepaskan tasbih dileher abang."Bisik milah kepada suaminya.Bahrun berdebar didalam hatinya bila disinggung tentang tasbih itu.Tapi bahrun pun menggangguk.

   Bahrun dan udin pun menghantar minah dan zamilah sehingga keduanya telah masuk rumah.Setelah itu bahrun dan udin mula berlari mengejar mereka yang menghantar hantu tersebut.

   "Milah apa yang harus kita lakukan sekarang?."Tanya minah.

   "Marilah kita sembahyang sunat dua rakaat untuk keselamatan mereka bersama."Kata milah.Minah bersetuju dengan cadangan milah.Mereka berdua kemudian menunaikan apa yang dihajatkan.Minah dan zamilah nampak nya telah bersesuaian.Walau pun baru berkenalan,mereka nampaknya telah menjadi kawan karib yang setia.

   Bahrun dan udin masih berlari mengejar jejak keenam pemuda-pemuda itu.

   "Wah...kita telah kehilangan jejak mereka."Kata udin.

   "Perempuan syaitan itu tentu mencari jalan yang menyesatkan mereka."Kata bahrun.Keduanya berhenti disimpang dua.Dua jalan kecil yang akan dilalui yang mana satu yang telah dilalui mereka.

   Bahrun pun cuba melihat keadaan jalan yang sebelah kiri.Tak nampak apa-apa.Kemudian bahrun cuba dijalan kecil yang sebelah kanan.Pun tak nampak apa-apa.Tapi bahrun merasakan sesuatu yang mengejutkan.Bila bahrun berjalan kearah jalan yang kiri,tasbih dilehernya terasa hangat.Bila bahrun berjalan kearah yang kanan,tasbih itu tak terasa apa-apa.

   "Mari kita ikut jalan yang sebelah kiri,"Ajak bahrun.

   "Boleh jugak."Jawab udin yang kemudian ikut berlari disamping bahrun.Sementara keduanya berlari ada sesuatu yang dirasakan oleh bahrun.Rasa hangat dari tasbih yang dilehernya makin terasa.

   Tak lama kemudian keduanya mula nampak bayang-bayang kelompok pemuda-pemuda yang menghantar perempuan jadian itu.Bahrun dan udin melambatkan larinya dan hanya berjalan cepat.Keduanya dengan hati-hati berjalan diantara bayangan pokok-pokok.Kini tasbih dileher bahrun terasa panas sedikit.Bahrun makin berdebar-debar.

   Semakin dekat bahrun dengan kelompok orang-orang itu,makin terasa panas tasbih dilehernya.Panas itu terasa bagai,dawai yang dipanggang dibara api.Bahrun tak tahan kepanasan tasbih dilehernya itu.Tapi kemudian dia ingat kata-kata isterinya.

   "Jangan sesekali abang membuka tasbih dileher abang walau apa pun yang terjadi."Bahrun membatalkan niatnya menanggalkan tasbih dilehernya.Dia dan udin terus mara hingga benar-benar di belakang pemuda-pemuda yang sedang menghantar perempuan jadian itu.

   Bahrun pun mula menarik tangan seorang demi seorang dan membisikkan kata-kata membatalkan niatnya menghantar perempuan itu.Udin pun demikian juga.Seorang demi seorang berbisik di telinganya.Akhirnya keenam orang itu berhenti semuanya.

   "Cik adik...sampai disini saja kami menghantar seterusnya adik pergilah seorang diri."Kata bahrun kepada perempuan itu.

   "Apa...saya takut."Kata perempuan itu.Bahrun merasakan tasbih dilehernya bagaikan dawai yang membara.Bahrun pun kesakitan.Dan berusaha menahankan diri.Pemuda-pemuda yang melihat keadaan bahrun yang mengejang-ngejang jadi hairan.Keadaan bahrun bagaikan dirinya kena aliran elektrik.Tapi bahrun menahannya.

   Perempuan itu pun mara kepada bahrun dan menghulurkan tangannya.Tak lama kemudian,bahrun memegang tangan perempuan itu.Dan menjeritlah perempuan itu dengan sejadi-jadinya.

   "Abang...."Jerit perempuan itu membelah kesunyian malam.Pemuda-pemuda itu tak mengerti,mengapa bahrun bersikap jahat terhadap kaum yang lemah.Rasyid hendak mara kedepan,tapi ditahan oleh udin.Tak lama kemudian bahrun menolah tubuh badan perempuan itu.Dia tersungkur dan terhoyong-hayang.

   Disaat yang sama di rumah minah.

   Milah masih berada disejadah,sedangkan minah memerhati pelita didepannya.Ketika itu pelita itu antara padam dan tidak seakan ditiup angin.Minah pun segera berkata.

   "Milah lampu ini hampir-hampir padam ditiup angin."Bila didengar kata-kata minah,maka tahu lah milah yang bahrun dalam bahaya.Milah kemudian berdebar dari atas sejadah.Cepat-cepat dia melindungi api lampu tersebut dengan jari-jarinya.

   "Milah jaga tanganmu dari terkena api minya."Kata minah cemas.Memang api pelita minyak yang bagai tertiup angin itu telah menjilat-jilat bahagian dalam jari-jari milah.Namun milah menahannya.Rasa sakit itu dapat dihayati oleh minah,kerana milah menunjukkan wajahnya yang menahan rasa sakit.

   Tak lama kemudian hujung api lampu minyak itu lurus keatas seakan tiada angin yang meniupnya.Maka mengertilah milah.Bahrun terlepas dari bahaya.Milah tersenyum,walau jari-jarinya yang bahagian dalam telah melepuh dijilat api.

   "Milah tanganmu terkena api."Minah terkejut.

   Disaat yang sama di tempat bahrun.

   Perempuan itu terus mara lagi kedepan hendak mencekik leher bahrun dari atas,setelah perempuan itu meloncat.Sebaik perempuan itu berada dikepala bahrun,maka rebahlah perempuan itu bagai durian jatuh.Kemudian terlucutlah pakaian yang membungkus tubuhnya.

   Kepala perempuan itu tergolek dan menampakkan keratan lehernya.Tak lama kemudian kepala perempuan itu bergerak bagai bola dan mulutnya menggigit-gigit baju gaunnya terus dibawa terbang.Kepala perempuan itu terbang tanpa tubuh lagi,dan baju gaun yang digigitnya melambai-lambai ditiup angin.Tak lama kemudian dia pun hilang ditelan kegelapan malam.

   "Horeeeeeee....."Teriak udin seorang diri,sementara keenam pemuda-pemuda itu ternganga mulutnya.Bahrun merasakan tasbih dilehernya menjadi sejuk."Kau berjaya mengalahkan hantu kepala perempuan itu bahrun."Kata udin.Kata-kata inilah yang membuat mereka-mereka menyedari apa yangbaru terjadi.

   "Ya tuhan...sesungguhnya kau telah bertarung dengan hantu perempuan itu."Kata salah seorang pemuda itu.Bahrun dikerumuni pemuda-pemuda itu.Obor yang tetap menyala itu menerangi keadaan bahrun yang nampaknya letih setelah beberapa minit hampir menemui maut.

   "Ya...sesungguhnya perempuan itu adalah hantu.Kami berdua yang sebenar berusaha menyelamatkan kalian berenam.Ternyata ada hasilnya."Kata bahrun sambil mengatur nafasnya.

   "Bagaimana kau tahu yang perempuan itu syaitan?."Tanya yang lain.

   "Kami berdua hanya syak saja.Ternyata benar juga perempuan itu syaitan."

   "Tak kusangka kami telah masuk perangkap maut."Kata rasyid sambil menggelengkan kepalanya.Yang  lain pun dengan diam-diam merasa bersyukur kerana terlepas dari kebinasaan.

   "Kau tidak luka run..."Tanya yang lain.

   "Tidak..hanya aku merasa letih ketika aku mengelak dari dicekik."Kata bahrun.Bahrun kemudian mula berjalan meninggalkan tempat itu diiktui rakan-rakannya.Sepanjang jalan keenam orang rakan bahrun masih membincangkan kejadian yang dilihatnya tadi.

   Mereka kembali kepondok jaga.Apa yang mereka alami sebentar tadi,menjadikan mereka benar-benar ngeri dan masih dibayangi rasa takut.

   Hampir semalaman mereka yang ada dipondok jaga tidak tidur,kerana kejadian tadi menjadi perbualan yang mengasyikkan.Mereka menyudahi tugas jaga ketika jam menunjukkan pukul enam pagi.Mereka kemudian kembali kerumah masing-masing.

   "Run...kau nak ambil milah?."Kata udin sebelum berpisah dengan bahrun.

   "Tak payahlah.Mungkin milah masih tidur dengan minah dengan nyenyaknya.Biarlah aku tidur dirumahku saja.Elok juga kau jangan kejutkan minah."Kata bahrun.

   "Boleh jugak.Biarlah aku pun tidur kat bilik dapur rumahku."Jawab udin.Bahrun dan udin berpisah disimpang jalan.

   Setelah bahrun sampai dirumahnya,dia pun terus kebilik mandi,untuk membasuh kedua kaki dan taangannya.Seterusnya dia memasuki rumahnya dari pintu belakang.Tak lama kemudian dia telah merebahkan dirinya dikatil bujangnya.Katil itu sesungguhnya hanya cukup untuk seorang bujang.

   Bahrun cepat terlena dalam tidurnya,kerana rasa mengantuk yang hampir semalaman tidak tidur.Tidurnya begitu nyenyak hingga tak sedari diri berapa jam sudah dia tertidur.Tahu-tahu hari sudah siang,ketika dia tersedar dari tidurnya.Tubuh badan bahrun terasa terhimpit oleh sesuatu.

   Ketika bahrun melihat kesamping,bahrun terkejut.Milah telah tidur disisinya.Tangan milah memeluk dada bahrun.Bahrun melihat wajah milah,wajah itu demikian cantiknya dan dalam keadaan tertidur lena.Sementara milah tidur,bahrun memerhati mata milah,kemudian hidungnya,kemudian bibirnya kemudian bahrun menggelengkan kepalanya.Nafas bahrun turun naik.

   Tak lama kemudian kaki milah diangkat dan menindih kaki bahrun.

   "Ini...dah lebih.."Kata bahrun dalam hati.

   "Milah....."Bisik bahrun perlahan didekat telinga milah.Milah diam saja.Bahrun berbisik lagi dan lebih kuat sedikit.Milah menggerakkan kepalanya,kemudian membuka matanya.Bila telah menyedari telah memeluk bahrun dan kakinya dalam keadaan begitu,dia pun terkejut.

   Cepat-cepat milah menarik kaki dan tangannya,dan dia pun bangkit serta duduk ditepi katil sambil jari-jari tangannya menutup mulutnya.Milah benar-benar terkejut.Tapi tak lama kemudian milah tersenyum.

   "Apa yang membuat mu terkejut milah?."Tegur bahrun.

   Milah hanya menggelengkan kepalanya,kemudian wajahnya runduk.

   "Milah tidur dan tangan milah memeluk dada abang.Kemudian kaki milah menindih kaki abang.Bila milah sedar,milah terkejut.Apa yang membuat milah terkejut?."Tanya bahrun sambil tersenyum dan menunjukkan wajahnya yang lembut,agar milah tak tersinggung.

   "Milah...milah malu..."Kata milah perlahan.

   "Baiklah...aku tahu kau tak sengaja.Kalau milah masih mengantuk,tidurlah.Abang pun nak tidur sekejap lagi."Kata bahrun.Milah pun kemudian membaringkan dirinya lagi disisi bahrun dengan menghadap bahrun.

   Bahrun menjatuhkan jari-jari tangannya di pinggang milah.

   "Baaannnggg......"Suara milah panjang terdengar.Bahrun diam.

   "Milah malu...serammm."Kata milah.Bahrun cepat menarik tangannya.

   "Kalau malu dan seram,yang engkau tidur disisi abang buat apa?."Tanya bahrun.

   "Yalah..abang tidur,tidurlah.Milah pun tidur.Janganlah abang pegang milah."

   "Baiklah....milah tidur,abang pun tidur."Kata bahrun dengan tersenyum.Bahrun tidur dengan kedua tangannya dilipat dijadikan bantal.Dia belum memejamkan matanya.Rasanya bahrun pelik berkahwin dengan gadis milah ini.Kerana bahrun masih mengantuk akhirnya bahrun tertidur juga.

   Entah berapa lama bahrun tidur,ketika dia bangun,bahrun nampak milah baru selesai sembahyang zuhur.Bahrun pun kemudian ke bilik mandi dan berhenti sekejap dekat meja dapur.

   Nasi sudah terhidang diatas meja.Ada lauk ikan masin cekik leher.Ada sambal belacan,tanpa sayur."Habis rahsia bujang aku diketahui oleh milah."Kata bahrun didalam hatinya.Dia pun terus kebilik mandi membersihkan diri.Tak lama kemudian bahrun sudah keluar dari bilik mandi berpakaian lengkap dan bersih.

   Milah masih berada didalam sedang mengemas telekung dan sejadah.Benda-benda itu kemudian dimasukkan di dalam rak baju.Tak lama kemudian milah merasakan sesuatu menyentuh pinggangnya dan milah terkejut.

   "Emak engkau meletup."Milah melatah.

   "Ala abang ni..."Kata milah sambil menghembuskan nafasnya yang panjang.

   "Milah marah...?"Bisik bahrun yang masih mendakap isterinya dari belakang.Milah mengelengkan kepalanya.

   "Kenapa terkejut?."Bisik bahrun lembut yang membuat milah berdebar-debar.

   Milah hanya diam dan tetap diam selama bahrun memeluknya.Ketika bahrun berdiri didepan milah,mata milah telah basah oleh air mata.Bahrun pun melepaskan pelukan itu.Nampak diwajahnya yang milah terasa kaku dan sedikit pucat.Bahrun pun maklum.Tentunya milah merasa seram.

   "Boleh milah temankan abang makan?."Kata bahrun perlahan.Milah mengangguk.Lewat tengah hari itu milah telah melayan makan bahrun.Dan dia pun ikut makan juga walau pun hanya sedikit.Selepas makan,bahrun merehatkan diri di bilik depan.Dia duduk dilantai yang beralas tikar dengan menyandarkan punggungnya didinding.

   Sambil menyandarkan punggungnya itu dia teringat dengan cakap milah.Disentuh terkejut,dipeluk menangis.Macam mana aku nak bermesra dengan milah.Fikir bahrun didalam hati.Kemudian timbul dalam fikiran bahrun bahawa hal ini mungkin akan berterusan.Entah sampai bila.

   Terasa bagi bahrun detik-detik kecemasan ini.Lama bahrun duduk didalam bilik depan itu memikirkan hal milah isterinya.Akhirnya bahrun mengambil keputusan,mungkin kerana masih baru-baru lagi.Tentu nya milah segan dan malu.Bahrun pun maklum.

   Dan malam itu dirumah mak mertuanya.Sejak awal bermula bahrun telah melenakan diri kerana keletihan semasa berjaga semalam.Kini setelah saat tengah malam,bahrun terjaga dari tidurnya.Dia kemudian turun dari katil dan membuka pintu tingkap.Dia melihat bulan yang sedang mengambang.Milah tetap berbaring masih tidur nyenyak.

   Ketika bahrun memandang bulan yang dirasanya mendatangkan rasa indah dihatinya,saat itu dia memandang pula kearah isterinya yang tidur lena.Dia mempunyai niat untuk membangunkan milah.Tapi bahrun maklum,mungkin milah tidak menghayati beginilah saat yang mesra bagi yang baru menjalani masa perkahwinan.

   Akhirnya bahrun merenungi susana begini seorang diri sambil hati bahrun hanyut oleh perasaannya sendiri yang membayangkan keindahan.Angin malam bertiup perlahan yang membawa udara yang tidak begitu sejuk.Entah berapa lama dia berdiri disitu dia pun tak tahu.

   Tanpa setahu bahrun tiba-tiba saja milah telah berada di samping bahrun dan milah dengan gerakan perlahan menarik daun tingkap untuk ditutupnya,kemudian mengancing kannya.

   "Apa yang abang tenung lama-lama diatas sana?."Tanya milah lirih.

   Bahrun membuka kembali daun tingkap itu.Bulan masih nampak indah.

   "Aku menatap keindahan bulan.Tapi ada yang lebih indah dari itu,yang sekarang kumiliki,tapi aku tak dapat menyentuhnya,apa lagi memeluknya."Kata bahrun sambil memandang keatas sana.Milah terasa terkena oleh kata-kata suaminya itu.

   Setelah bahrun berkata-kata demikian,suasana malam menjadi kembali hening.Milah tak berkata-kata setelah mendengar ucapan suaminya.Dia kemudian mendekat kan dirinya kepada bahrun terus kepala milah direbahkan didada suaminya dengan gerakan perlahan namun membuat bahrun terkejut.Kerana dia tak menyangka hal ini boleh terjadi selepas kata-kata itu.

   Bukan setakat itu saja.Kedua tangan milah kemudian melingkar dipinggang suaminya.Dan inilah bagi milah melakukan perkara ini yang pertama kali dengan sedarannya.Kesedaran memeluk seorang lelaki.Maka sementara memeluk itu,milah menjernihkan wajahnya,sehingga bahrun nampak yang milah tersenyum sambil memejamkan matanya.

   "Kau sedar apa yang kau lakukan milah...."Bisik bahrun ditelinga milah.Milah mengangguk sementara kepalanya masih melekat didada bahrun.Bahrun kemudian menarik nafas panjang dan menghembuskan dengan rasa bersyukur.

   "Kalau begitu,akulah seorang pemuda yang paling bahagia didunia ini."Bisik bahrun perlahan,sambil tangan bahrun membelai rambut milah.

   Milah pun makin erat memeluk tubuh suaminya.

   Ketika gerakan jari-jari bahrun masih membelai rambut isterinya,selama itulah milah masih merebahkan wajah milah di dada bahrun.Tiada sesuatu yang diucapkan dari bibir milah kecuali menampakkan senyumnya.

   "Hampir abang hilang keyakinan diri,yang aku tak dapat menyentuhmu walau milah telah jadi isteri abang."Bisik bahrun lagi,yang membuat milah makin terharu dan merasa bersalah.

   "Maafkan milah bang...bagi milah terlampau cepat hal ini boleh berlaku.Itu membuat milah malu.Tapi bila milah nampak kerisauan abang,milah mencuba dengan segala daya milah."Kata milah dengan suara hampir tiada terdengar.

   "Terima kasih milah...sudah kukatakan,kini akulah pemuda yang paling bahagia didunia ini."Bisik bahrun lagi lebih lembut dan terasa bagi milah ucapan itu menghanyutkan perasaan milah hinggalah milah menitiskan air matanya.

   Tak ada daya rasanya,milah hendak membuat kerisauan dihati suaminya.Kini bagi milah adalah menyerahkan segala seluruh kasih sayangnya pada insan yang telah menjadi suaminya.

   Malam makin larut dan keheningan malam itu diisi oleh kemesraan diantara keduanya.

   Bahrun menempati rumah sewanya kembali selepas selama dua malam tidur dirumah mak mertuanya.Pagi ini dia tersedar dari tidurnya.Ketika bahrun merasakan sesuatu menyentuh pipinya.Dan itu adalah bibir isterinya.Kemudian bahrun mendengar bisikan lembut ditelinganya.

   "Milah da sediakan sarapan diatas meja makan."Suara milah lembut terdengar.

   "Abang tak pergi kerja lagi hari ini?."Kata milah sambil meletakkan kepalanya didada bahrun.Lama bahrun tak menjawab.Milah masih menunggu apa yang akan diucapkan suaminya.

   Pagi tadi milah mencari-cari bahan makanan mentah kat almari dapur.Beras dah habis dan ikan masin cekik leher tinggal dua ekor serta kulit-kulit bawang merah.Yang ada cuma tepung gandum,dan sedikit minyak masak.

   "Hari ini abang tak kerja milah..."Kata bahrun.

   "Habis...milah nak makan apa."Bisik milah hampir tiada terdengar.

   "Itulah kau...dah hidup senang ikut orang tua,kini ikut abang pula.Sedangkan hidup abang macam ini.Kau tahu tak,yang aku masih menghutang mas kahwin itu."Kata bahrun mengingatkan peristiwa itu.

   "Tak kisah sangat bang...asalkan abang jangan sia-siakan milah."Bisik milah.

   Bahrun kemudian memasukkan jari-jari tangannya ke saku seluarnya.Tak lama kemudian dia menghulurkan lembaran wang ringgit ditangan milah.Milah segera mengira wang yang ditangannya.

   "Dari mana abang dapat wang sebanyak ini?."Soal milah dengan tersenyum.

   "Mak mertua dah bagi upah kerja abang.Wang itu dua ratus ringgit.Delapan puluh ringgit bayar hutang mas kahwin dan yang seratus dua puluh ringgit untuk milah."Kata bahrun dengan bangkit dari tidurnya.

   Setelah bahrun memberikan sedikit ciuman dipipi milah,dia terus kebilik mandi membersihkan diri.Beberapa minit kemudian bahrun telah siap berpakaian yang bersih dan bersama-sama isterinya sarapan pagi diruang dapur.

   "Abang tak kerja hari ini,tapi abang nak jumpa kawan abang kat kampung jambu."Kata bahrun.Milah diam saja.Dia segera mengemaskan pinggan-pinggan mangkuk yang kotor.Bahrun kemudian kebiliknya lagi mengambil buku catatan kerjanya dari kerja yang belum dibayar upahnya.Buku kecil itu dimasukkan dalam saku bajunya.

   Bahrun kemudian mementaskan diri didepan cermin muka dan sedikit menyikat rambutnya.Sementara bahrun menyikat rambutnya,milah mendakapnya dari belakang dan terasa kepala milah direbahkan di pinggang bahrun.Bahrun tersenyum.

   "Lama tak abang kat rumah kawan abang tu?."Milah ingin tahu.

   "Tak tahu nak cakap milah...kenapa?."Bahrun menghentikan menyikat rambutnya.Dia menunggu kata-kata milah.Tapi milah tak berkata-kata lagi.Bahrun mengambil nafas dan menghembuskan dengan penuh perasaan.Bibir bahrun membentuk senyuman.Senyum indah dan bahagia.

   "Rindu...bang..."Bisik milah hampir tiada terdengar.

   "Mula-mula abang pergi menagih upah abang,kemudian abang nak cari kerja baru.Seterusnya,abang baru nak jumpa hasan dan jalal kat kampung jambu itu.Bila abang tak balik lewat tengah hari,milah makan siang seorang ya."Kata bahrun.

   Milah tak cepat menjawab kata-kata bahrun.Apa yang dirasakan bahrun hanyalah kepala milah yang melekat dipinggangnya itu makin terasa.Dia segera membalikkan diri kemudian memandang wajah isterinya.Milah kemudian mengalungkan tasbih itu dileher bahrun.

   "Boleh abang pergi sekarang?."Bisik bahrun.Milah pun mengangguk dengan memejamkan matanya.Bahrun pun tersenyum.Milah merasakan sesuatu yang melekat dipipinya.Dan itu ciuman mesra suaminya.Selepas itu bahrun pun nampak keluar dari rumah dengan mengayuh basikal tuanya.Milah mengawaskan dari lubang tingkap yang terbuka.

   Selepas bahrun pergi,barulah milah memasang tudung dan cadar yang menutupi sebahagian wajahnya.Milah kemudian mengunci pintu depan dan membiarkan pintu tingkap terbuka.Tak lama kemudian dia menyibukkan diri di dapur.

   Sebelum tengah hari milah menunggu ketibaan suaminya.Bahrun pun tiada pulang di masa seperti itu hinggakan kepetang.Selepas maghrib milah memasang pelita didapur.Milah memerhati nyala api itu hujungnya keatas tenang dan tiada angin yang menggerakkan sehingga dia bergoyang.Maka tersenyumlah milah.

   Selepas maghrib,bahrun pun belum sampai dirumah.Milah memasang pelita didapur lagi.Diperhatikannya api pelita itu.Ia lurus keatas dan tiada angin yang menggerakkan api pelita itu.Milah pun tersenyum.Milah kemudian memadamkan lampu pelita itu.

   Selepas isyak,bahrun pun belum juga kembali kerumah.Milah kemudian kedapur untuk memasang pelita tersebut.Api pelita itu tetap tenang seperti biasa.Milah meletakkan jari-jari tangannya didadanya dan menghembuskan nafasnya dengan perasaan tiada sesuatu yang mencemaskannya.Dia kemudian memadamkan pelita itu.

   Tak lama kemudian milah mendengar gemercik air dibilik mandi diluar sana.Dia kemudian mendengar bahrun mengucapkan salam.Milah membalasnya mengucapkan salam,dan terus membuka pintu dapur.Bahrun muncul dengan membawa beras sekampit dan lain-lain bahan makanan.Milah menolong memasukkan apa-apa yang dibawa oleh bahrun.

   Sebaik saja selesai memasukkan barang-barang itu,ketika bahrun masih berdiri memikirkan sesuatu,milah menggantungkan kedua tangannya di tengkuk suaminya.Kepala menempel didada bahrun dan kedua kaki milah diangkatnya.

   "Budak ni."Kata bahrun didalam hatinya dengan penuh kesukaan.

   Rasa harupun lalu menyelimuti bahrun.Dulu disentuh pun terkejut dan dipeluk pun menangis.Kini malah bergayut macam monyet.Geli bahrun dibuatnya,milah menurunkan tangannya.Dia pun cepat-cepat masuk bilik dan setelah keluar dia membawa tuala dan sepasang pakaian bahrun.

   Bahrun menerimanya dan masih berdiri disitu sambil memandang isterinya.

   "Boleh tanya sikit tak?."Kata bahrun yang hatinya hanyut mesra oleh perangainya.

   Milah menganggukkan kepalanya.

   "Sejak bila milah pandai bergayut?."Usik bahrun.

   "Ala...abang ni,buat milah malu saja.Diam-diamlah."Kata milah sambil menundukkan wajahnya.Bahrun terus ke bilik mandi membersihkan diri.Bahrun maklum isterinya masih budak lagi.

   Ketika dia tengah suka dia buat macam-macam perangai yang dia suka,bila tiba masa bersungut,entah perangai apa yang akan dihadapi nanti.Lama bahrun berada dibilik mandi itu sambil sesekali dia mengenang peristiwa pertemuannya dengan milah.Akhirnya bahrun teringat pesan hasan dan jalal ketika dirinya menemui tadi.

   "Malam ini ketika isterimu sedang tidur,bangkitlah dan ambil air sembahyang.Gunakan bantal pemberian adikku itu dan tidurlah dan jauhkan dirimu dari tersentuh tubuh isterimu.Bila engkau telah melakukan hal seperti itu,aku ingin kau melihat rumah batu itu dalam mimpimu sekali lagi."Demikian pesan hasan dan jalal.

   Ketika malam telah menyelubungi alam sekitarnya.

   Bahrun melihat isterinya telah tertidur dengan nyenyak.Dia pun mula bangkit dari tidurnya.Jam di dinding hampir-hampir menunjukkan pukul dua belas tengah malam.Inilah masanya dirinya melakukan hasan dan jalal itu.Mengambil bantal pemberian adik hasan.Dengan perlahan bahrun meletakkan bantal itu disisi isterinya tapi agak jauh dan berada ditepi katil.

   Setelah bahrun membaca ayat yang didapati dari hasan,bahrun pun mula merebahkan diri dan mula tidur,dengan seluruh tubuhnya berselimut.Tak lama kemudian dia pun terlena.

   Pagi harinya bahrun terjaga dari tidurnya dengan kejutan yang melanda hatinya.Tubuh badannya tidak berselimut lagi.Ketika bahrun menyedari apa yang terjadi,bahrun menggaru kepalanya yang tak gatal.Tangan isterinya memeluk dada bahrun.Lama bahrun termenung.Kemudian bahrun merenung dan mengingati mimpinya.

   Rasanya bahrun tidur lena tanpa sebarang mimpi.Perlahan-lahan bahrun meletakkan tangan isterinya disamping badannya kemudian bahrun bangkit dan duduk ditepi katil.Tak lama kemudian bahrun menyimpan bantal yang harum itu dialmari,dan menguncinya.Bahrun kemudian cepat-cepat bermaksud hendak mengabarkan hal ini kepada hasan dan jalal,kerana perkara ini sangat-sangat diperlukan oleh hasan dan jalal.

   Sebelum bahrun meninggalkan bilik itu,dia mencium isterinya sekejap dan terus dia kebilik mandi.Tak lama kemudian dia pun muncul dibilik itu dengan berpakaian kemas dan bermaksud segera menemui hasan dan jalal.

   "Milah...."Bisik bahrun ditelinga milah.Milah membuka matanya.

   Nampaknya milah masih mengantuk namun milah bangun dan menyandarkan dirinya di punggung bahrun.

   "Abang nak pergi sayang...."Bisik bahrun sambil meletakkan kepala milah dibantal kembali.Milah menganggukkan kepalanya.Bahrun tersenyum sekejap untuk tidak menyinggung perasaan isterinya.Selepas itu bahrun pun meninggalkan biliknya.Dalam masa setengah jam,bahrun telah sampai dirumah hasan.Jalal pun telah ada disitu.

   Bahrun pun kemudian menceritakan kegagalannya kerana malam itu dirinya tersentuh tubuh isterinya.Hasan dan jalal pun menggaru-garu kepalanya.Hasan dan jalan berjalan kesana kesini memikirkan sesuatu.

   "Nampaknya kita harus menundukkan isteri bahrun terlebih dahulu baru dapat menggunakan bahrun ke alam mimpi."Kata jalal dengan tersenyum.Ketiganya kemudian duduk dilantai itu dengan mebuat bulatan.

   "Tak apalah bahrun,kita cari jalan lain untuk menyekat dirimu dari tersentuh isterimu.Akan saya buatkan air minuman untuk isterimu.Berusahalah supaya kau boleh memujuknya meminum air itu.Sehinggalah isterimu lena tidur tanpa sedar diri,kecuali bila sudah pagi hari."Kata hasan.Jalal pun mengangguk.

   "Hanya mungkin akan menyinggung perasaan isterimu sedikit.Ketika isterimu dah tidur lena,tengah malam itu bangunlah.Tidurlah dilantai dan gunakan bantal pemberian adikku itu."Kata hasan lagi.Bahrun pun mengangguk.

   "Dia tentu syak dengan air minum itu.Mungkin bukan mudah memujuknya untuk segera meminum air itu tanpa sebarang sebab."Kata bahrun tak yakin.

   "Katakan saja itu air tolak bala."Kata jalal menambahkan.

   "Saya akan cuba."Kata bahrun.Seterusnya bahrun masih dirumah hasan seharian kerana membincangkan perkara-perkara kan membuka rahsia rumah batu tersebut.Selepas isyak,bahrun baru balik kerumah.

   "Milah...abang tadi menemui kawan abang di kampung jambu itu.Adalah diatu mempunyai pengetahuan sedikit tentang pengasih.Aku bawa air tolak bala untuk milah minum.Maksudnya supaya rumah tangga kita aman dan damai juga penuh kasih sayang.Milah nak minum tak?."Kata bahrun sebaik sampai dirumah.

   "Boleh juga bang.Nanti milah minum."Kata milah.

   "Abang dah dapat kerja?."Tanya milah.

   "Belum lagi.Masa seharian itu aku gunakan dirumah hasan dan jalal."

   "Nampaknya abang suka sangat berkawan dengan kedua orang itu."Kata milah.

   "Ya lah kan dia itu baik."Kata bahrun terus ke bilik mandi.Nampaknya bahrun tak perlu memujuk pada milah untuk minum air itu.Ternyata bahawa khasiat air jampi itu benar-benar mujarab menurut fikiran bahrun.Malam masih awal lagi milah sudah merebahkan diri di tempat tidurnya.

   Selepas bahrun menghafalkan beberapa ayat pemberian hasan,bahrun pun memasuki bilik tidurnya.Dia memerhati milah tertidur lena dengan mendakap bantal peluk.

   "Bagus...peluklah bantal itu hingga pagi."Kata bahrun didalam hati.Dia pun kemudian membentang tikar dilantai dan mengeluarkan bantal yang disimpan didalam almari tersebut.

   Jam didinding menunjukkan pukul sepuluh malam.Ada masa dua jam untuk bangkit ditengah malam nanti.Bahrun pun mulalah merebahkan diri ditikar itu dan mengucapkan selamat malam kepada isterinya.Bahrun tersenyum kerana telah berjaya membuat milah tidur berasingan untuk malam ini.

   Dalam hati bahrun berharap dapat melihat rumah batu itu dalam mimpinya.Menurut hasan dan jalal,di kampung hasan tinggal itu telah jatuh korban dua penduduk yang tanggal kepalanya.Hal ini perlu lekas diselesaikan,dan dipulihkan keamanannya.Bahrun menutup matanya dan tak lama kemudian dia pun tertidur tanpa disedarinya,setelah berkhayal tentang rumah yang seram itu.

   Bahrun terjaga ketika merasakan dadanya tertindih oleh sesuatu.Jam menunjukkan pukul enam pagi.Bahrun hampir tak percaya.Kepala isterinya rebah didada dengan tangan tak lupa untuk memeluk.Akhirnya bahrun tak dapat berbuat apa-apa kecuali lalu membelai rambut isterinya dengan kasih sayang.

   Milah membuka matanya dan tersenyum.Senyum indah dipagi hari.

   "Kenapa abang tinggalkan milah dan abang tidur dilantai?."Bisik milah.

   "Abang mengamalkan ilmu makrifat untuk mengetahui rahsia rumah batu yang konon berpuaka itu.Hasan dan jalal mengajar abang."Jawab bahrun.

   "Abang dah tahu isi didalam rumah itu?."Tanya milah yang masih memeluk bahrun.

   "Habuk pun tarak.Tak ada mimpi apa-apa."Kata bahrun.

   "Tapi milah yang mimpi."Kata milah.Bahrun terkejut.

   "Eh...peliknya.Aku yang membaca doa,kau pulak yang bermimpi?."Kata bahrun.

   "Ya bang.Milah mimpi seram.Ketika milah terjaga dari tidur,milah ketakutan kerana abang tak tidur disisi milah.Itulah sebabnya milah ikut pindah dilantai."Kata milah memberikan alasannya.

   "Mimpi seram?Boleh milah ceritakan mimpi itu?."Pinta bahrun.

   "Rasanya milah tak sanggup menceritakan mimpi yang seram itu bang."Kata milah yang teringat mimpinya semalam.Tapi akhirnya milah menceritakan mimpinya itu dari awal sampai akhir.

   "Jadi kau nampak didalam rumah itu raja iblis?."Tanya bahrun.

   "Ya....dan raja iblis itu mengajar sesuatu kepada seorang perempuan.Perempuan itu mempunyai tanda keratan dilehernya,seakan akan leher itu pernah terpotong dan tersambung kembali.Perampuan itu ditemankan oleh sepotong kepala tanpa tubuh badan.Kepala yang mempunyai leher sekerat itu kepala perempuan juga."Kata milah.

   Kemudian milah meneruskan ceritanya.

   "Sesungguhnya perempuan muda yang mempunyai keratan di lehernya itu ingin menghidupkan mayat perempuan yang ada disitu.Tetapi jampi-jampinya hanya dapat menggerakkan kepalanya saja.Maka dipotonglah leher mayat itu sehingga kepalanya yang diikuti leher sekerat itu saja yang boleh dihidupkan.

   Setelah perempuan sihir itu menghidupkan kepala tersebut,leher kepala mayat itu disambung dengan tubuh badan sihir yang berupa asap kemenyan,kemudian mayat itu diberi baju gaun yang menjadi orang suruhannya.Ada pun antara mayat perempuan dan perempuan sihir tersebut,sesungguhnya adalah kakak dan adik beradik yang sama jahatnya.Yang adiknya telah meninggal dunia sedangkan kakaknya benar-benar masih hidup dengan tanda cala di lehernya.Itu saja yang milah ketahui dari mimpi."Kata milah menyudahi ceritanya.

   Sesungguhnya milah bukan menceritakan dalam mimpi,tapi dari pengetahuannya sendiri yang mengamalkan nama allah yang ke tujuh puluh enam maka dapatlah milah melihatnya dengan pandangan rohani.Kemudian dengan nama allah yang ke enam puluh,dia pun melihat kejadian masa lalu terjadinya hantu kepala perempuan itu.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah Dari Mastris

No comments:

Post a Comment