Tuesday, 22 November 2016

Kepala Iblis

Bahagian 7 : Menunggu Hari Gelap


   Udin merupakan kawan yang sesuai bagi bahrun baik dalam bidang pekerjaan mau pun masalah lainnya.Itulah sebabnya pagi ini bahrun meminta udin menemaninya untuk mententeramkan keadaan kampung.Minah pun bersetuju dengan cadangan bahrun itu,lantaran hampir setiap malam minah merasa tak tenteram hatinya di sebabkan huru-hara itu.

   Setelah bahrun dan udin menemui jalal dan hasan,mereka berempat segera duduk membuat bulatan membincagkan perkara itu.Mula-mula bahrun menceritakan mimpi isterinya itu.Hasan dan jalal pun mengangguk-angguk.

   "Kalau begitu benarlah mimpi isterimu itu.Salbiyah lah perempuan yang mempunyai keratan dilehernya itu."Kata jalal.

   "Salbiyah memiliki ilmu sihir ayahnya.Dia menghidupkan adiknya dengan ilmu nya itu.Tak salah lagi.Dua adik beradik itu memang sama jahatnya.Sekarang kita tahu punca hantu ini.Salbiyah anak wak dukun itu.Yaitu wasir murid barda."Kata hasan menambahkan cerita jalal.

   "Jadi apa sekarang yang kita kerjakan?."Soal udin.

   "Begini.Kita tunggu sehingga hari menjelang senja.Kau,bahrun dan udin,perhati saja dikawasan rumah batu itu.Mungkin juga salbiyah akan keluar dari rumah batu itu."Kata hasan.

   "Kemudian aku dan jalal akan mencari salbiyah kat pekan.Aku sering nampak salbiyah kat pekan.Maksudku,andainya kau berdua lengah atau tak tahu dari mana salbiyah keluar,jadi aku dan jalal boleh memerhati salbiyah dipekan itu atau ditempat lain."Kata hasan.

   "Andainya aku dan udin nampak salbiyah keluar dari rumah,apa yang harus aku kerjakan?."Tanya bahrun.Hasan dan jalal masih diam untuk beberapa minit.

   "Kau perhatikan bagaimana dia keluar dari dalam rumah itu.Setahuku,pintu depan rumah batu itu tak pernah terbuka selamanya,kecuali dulu kita pernah mencubanya."Kata hasan.

   "Jadi kini masanya aku dan udin memperhatikan keadaan sekitar rumah itu untuk mencari tempat yang sesuai untuk mengendap nanti."Kata bahrun.

   "Tidak semudah yang kau katakan.Kawasan rumah itu mempunyai kuasa ghaib.Barang siapa yang mendekati rumah itu,disiang hari,maka diwaktu malam dia akan datang dengan sendirinya kedalam rumah itu dengan cara mengigau,kemudian tak kembali dan berada didalam selamanya."Kata jalal.

   Bahrun dan udin mendengar dengan perasaan cemas.Itu baru mendekati rumahnya,belum lagi memasukinya.Padanlah kawasan rumah itu nampak sunyi seakan binatang liarpun tak berani melalui dekat rumah itu.

   "Semasa kalian berdua mendekati rumah itu kelak,aku dan jalal akan melindungi kamu berdua."Kata hasan.

   "Sekarang pergilah cari tempat yang sesuai untuk menghendap nanti."Kata hasan lagi.Hasan dan jalal memasuki bilik dalam yang gelap itu.Setelah berada didalam,pintu itupun dikunci dari dalam.

   "Apa yang mereka berdua kerjakan dibilik gelap itu?."Bisik udin.

   "Mereka berdua memiliki ilmu ghaib.Dah tentu apa yang mereka lakukan dibilik gelap itu adalah demi keselamatan kita berdua.Marilah kita pergi."Ajak bahrun.

   Bahrun dan udin segera meninggalkan rumah hasan.Keduanya terus berjalan menuju ke rumah batu yang menyeramkan itu.Tak lama kemudian bahrun dan udin telah pun berada di halaman rumah batu tersebut.

   "Disini tak ada tempat untuk berselindung."Kata udin.

   "Marilah kita ke sebelah sana."Ajak bahrun.Mereka kemudian berjalan kearah belakang rumah.Keadaan suasana bertambah seram.Tiba-tiba udin hampir terpekik melihat lubang-lubang perigi buta yang berbau hanyir.

   "Run mari sini cepat."Bisik udin sambil menunjuk kearah lubang perigi buta dengan menutup hidungnya.Bahrun segera ikut memerhati perigi itu.Memang berbau hanyir.

   Dalam perigi itu hanya lebih kurang empat meter.Bahrun melihat kedasar perigi,dia syak akan sesuatu yang ada disitu.Di lubang.Tiba-tiba bahrun terasa ingin memasuki perigi itu.

   "Bagaimana kita berdua cuba memasukinya."Kata bahrun.

   Udin membulatkan matanya bila mendengar cakap kawannya itu.Nampak sangat udin tidak setuju dengan cadangan itu.Tak lama kemudian keduanya tercium bau kemenyan dari dalam perigi itu.Keduanya cepat undur ke belakang.

   "Marilah kita pergi,sebelum apa-apa terjadi."Ajak udin.

   "Dengarlah.Rasanya aku ingin melihat dasar perigi itu."Bisik bahrun.Udin tidak menunjukkan wajah setuju dengan cadangan bahrun itu.Apa yang dirasakannya adalah rasa seram yang menghantui dirinya.

   Namun ketika bahrun mula turun keperigi,dengan menutup hidungnya,udin berdebar-debar jantungnya.

   Ternyata bahrun tidak mengalami kesulitan untuk turun ke dalam perigi tersebut.Kemudian bahrun berjongkok melihat lubang yang merupakan lorong hanya beberapa langkah itu.Bahrun menggerakkan tangannya untuk udin atar segera turun keperigi.Udin merasa enggan melakukan permintaan bahrun itu.Tapi dia pun turun juga dengan segala macam perasaannya yang berdebar-debar.

   Bahrun dan udin memasuki lubang yang merupakan lorong pendek.Ketika keduanya berjalan hanya beberapa langkah saja,mereka naik tangga simen keatas.Keduanya telah berada didalam rumah itu.Cahaya matahari yang memancar,menerusi daun pintu cermin dan menerangi dengan redup kedalam rumah.

   Bahrun dan udin terus memeriksa keadaan didalam bilik  yang lain.Bilik yang sebelah dalam ini lah yang menjadikan perhatian bahrun.Bilik ini mempunyai ukuran yang sangat luas.Bermacam-macam benda yang menakutkan terletak disitu.

   "Mari kita tinggalkan tempat ini,aku seram."Bisik udin yang menggigil.

   Sentuhan tangan udin yang sejuk dan menggigil itu menunjukkan udin tak tahan melihat segala peralatan yang berada didalam bilik yang luas itu.

   Sebuah tungku pemujaan dengan mangkuk pembakar kemenyan terletak dihujung bilik.Beberapa tengkorak kepala terletak mengelilingi mangkuk pembakar kemenyan.Tengkorak-tengkorak kepala manusia itu terletak diatas pacak kayu yang tingginya hanya dua kaki.

   Apa yang mengejutkan udin adalah adanya tiga kepala manusia yang hampir reput.Mereka adalah lelaki semuanya.Dan yang lebih mengejutkan lagi ialah kepala perempuan yang tergantung didinding.Rambut perempuan itu digunakan sebagai tali gantung yang disangkutkan di paku.

   Baik bahrun mau pun udin memandang kepala perempuan yang tak reput itu.Itu lah kepala adik salbiyah yang dihidupkan itu.Kini kepala itu tergantung dengan mata yang tertutup.Bahrun dan udin berdiri ditempat gelap dan dengan perlahan berjalan mendekati agar dapat mengenali satu persatu benda-benda yang ada disitu.

   Udin menghentikan langkahnya dengan tangan mencengkam bahu bahrun.Udin menunjukkan seorang perempuan sedang terbaring nyenyak dalam tidurnya.Bahrun mengangguk dan itulah salbiyah kaka dari kepala perempuan yang tergantung itu.Salbiyah terbujur terlentang dengan tangan didada diatas katil.

   Tak jauh dari tempat salbiyah,bahrun dan udin dikejutkan oleh sesuatu.Udin hampir terpekik kerana negeri.Tapi cepat bahrun menutup mulut udin.Di atas leher salbiyah yang berjarak setengan meter ke atas,tergantung mayat seorang lelaki dengan kaki terikat disebelah atas sedangkan bahagian tubuhnya yang lain mengarah kebawah.

   Mayat itu tanpa kepala.Bahrun dan udin saling berpandangan.Kerana lelaki itu tak lain adalah rosli abang milah.Tubuh badan rosli mudah dikenali,kerana cacat dibahagian kakinya,dan mereka memang cam benar baju dan seluar yang dipakai oleh rosli.

   "Tiga kepala baru yang terpacak diatas kayu itu,salah satunya adalah kepala rosli."Bisik bahrun.Udin mengangguk.Tadi memang udin hendak berkata kepala itu kepala rosli,hanya kerana sudah pun reput,maka udin ragu-ragu mengatakan.

   "Em.....em....."Bagai disambar petir bahrun dan udin bila mendengar suara itu.Suara itu bagai suara seseorang yang disumbat mulutnya.Ternyata benar.Disudut ruangan yang gelap sesuatu bergerak-gerak dalam keadaan terikat.Dengan ragu-ragu,bahrun dan udin mengarah ke tempat benda bergerak tersebut.

   Ternyata yang terikat dengan keadaan berbaring itu adalah wak kemat si dukun tangkal tersebut.Cepat-cepat udin dan bahrun membuka ikatan yang ada di tubuh badan wak kemat,dan penyumbat yang ada dimulut wak kemat.Setelah wak kemat bebas,dia segera menolak tubuh badan udin dan bahrun tanpa bersuara,agar segera beredar dari situ.

   Dengan gopoh-gapah wak kemat masih menggerak-gerakkan agar cepat meninggalkan tempat itu.Ketiga orang itu kemudian keluar dari lubang perigi buta.Setelah ketiganya berada didarat,bahrun hendak bertanya pada wak kemat,tapi wak kemat segera menolak bahu bahrun agar terus berlalu dari kawasan itu.

   "Cepat berlalu...cepat jauhi tempat ini."Kata wak kemat ketakutan.Bahrun dan udin terus mempercepatkan jalannya dengan diikuti oleh wak kemat.Apabila mereka telah jauh dari kawasan rumah batu tersebut,barulah wak kemat merasakan lega hatinya.

   "Bagaimana wak boleh berada dirumah itu?."Tanya udin ingin tahu.Ketiganya kemudian berjalan menuju kesebuah rumah.Wak kemat sekejap-sekejap menunjukkan mulutnya yang hendak muntah dan wajahnya nampak cemas.

   "Aku berjalan didalam tidurku.Jelasnya aku mengigau kemudian ketika aku sedar aku telah berada didalam rumah syaitan itu."Kata wak kemat dengan menarik bahunya.

   "Kan wak boleh membuat tangkal syaitan,kenapa pulak wak sampai terkena pukau syaitan itu?."Kata udin sengaja mengusik wak kemat.Wak kemat yang masih cemas makin pucat wajahnya bila ditanya seperti itu.

   "Kalau dah nahas tu tak kira ada tangkal.Aku pun dah tutup syarikat membuat tangkal itu."Kata wak kemat dengan rasa malu dan merasa bersalah.

   Bahrun dan udin serta wak kemat kemudian singgah dirumah hasan.Mereka duduk bertiga dilantai bilik depan menunggu hasan dan jalal keluar dari bilik gelap tersebut.Tak lama kemudian hasan dan jalal telah keluar dari dalam bilik gelap.Kedua orang tersebut segera ikut duduk.

    Mula-mula bahrun perkenalkan wak kemat yang diselamatkan dari rumah tersebut.Bahrun kemudian menceritakan pengalamannya didalam rumah hanyir tersebut dan bertemu dengan wak kemat disitu.Hasan dan jalal mengangguk-angguk dengan wajah yang tegang.

   "Dah berapa hari wak di dalam rumah itu."Jalal bertanya.

   "Saya dah dua hari kat situ.Saya pun menyaksikan kengerian yang berlaku didalam rumah itu.Kalau lah udin dan bahrun tidak menyelamatkan saya dari dalam rumah itu sudah tentu saya pun akan mengalami nasib yang sama seperti orang-orang itu."Kata wak kemat dengan ingatan yang membuat wajahnya ngeri dan ketakutan.

   "Apa yang wak ceritakan ini adalah pengetahuan yang sangat kami perlukan.Maka ceritakanlah hal yang sebenarnya,supaya kami boleh bertindak seberapa cepat memusnahkan kejahatan salbiyah anak dukun sihir yang jahat itu."Kata hasan.

   Wak kemat pun mengangguk perlahan dengan wajah yang lesu kengerian.

   "Tak banyak yang saya ketahui dirumah itu.Hanya salbiyah mempunyai kebiasaan tidur sepanjang hari tanpa bergerak sedikit pun,bagai mati disiang hari.Bila sudah menjelang malam,dia pun bangun,kemudian memasang pelita disekeliling ruang bilik."Kata wak kemat memulakan ceritanya.

   "Malam pertama saya berada didalam ruang rumah itu,saya pengsan ketika saya melihat kejadian yang sangat mengerikan.Salbiyah menggantung seorang lelaki yang masih hidup.Lelaki itu digantung dengan kaki dan tangan terikat.Bahagian kaki sebelah atas dan bahagian kepala disebelah bawah."Kata wak kemat berhenti sekejap.

   Kemudian menyambung cerita seterusnya.

   "Salbiyah kemudian memegang pisau pemotong danging yang tajam berkilat.Sebelah tangan kiri salbiyah memegang rambut lelaki tersebut sedang tangan kanannya memegang pisau pemotong daging.

   Saya pun melihat salbiyah menghiris leher lelaki itu seperti menyembelih leher ayam.Kemudian salbiyah menakung darah lelaki itu dalam mangkuk besar.Disaat itu saya pun pengsan tak sedarkan diri."Kata wak kemat dengan air mata yang berlinang mengenangkan peristiwa itu.

   Semua yang mendengar cerita wak kemat menarik nafas panjang dan membayangkan kengerian itu berlaku.Wajah masing-masing yang mendengar cerita wak kemat menjadi ngeri dan tak tahan membayangkan kejadian kejam seperti itu.Baik hasan dan jalal,mau pun udin dan bahrun terdiam tak berkata-kata.

   "Ketika saya sedar,lelaki itu pun sudah tak berkepala lagi.Saya melihat salbiyah bersila menghadap mangkuk pembakar kemenyan yang mengeluarkan asapnya yang tebal memutih.Saat itu lah salbiyah memandikan kepala adiknya dengan darah dari mangkuk tersebut."

   Hampir-hampir aku tak tahan melihatkan semua yang berlaku di bilik yang mengerikan ini.Selepas salbiyah memandikan kepala adiknya,dia pun kemudian menyapukan lehernya dengan darah di mangkuk itu.Tak lama kemudian salbiah membungkus kepala adiknya dengan gaun baju dan dia pun meninggalkan bilik tersebut.

   Ketika pagi harinya,salbiyah datang semula kebilik tersebut terus tidur selepas mengantungkan kepala adiknya di sangkutan paku.Sehari penuh salbiyah tidur dikatilnya tanpa bergerak sedikit pun.Bila malam telah menjelma,barulah dia keluar lagi dengan cara yang sama.

   Menjelang hari ketiga di pagi hari itu lah saya diselamatkan oleh bahrun dan udin.Itu saja sepanjang yang saya ketahui.Kini aku mengucapkan beribu terima kasih kepada kalian yang menyelamatkan diriku."Kata wak kemat sambil menundukkan kepalanya,hasan dan jalal saling berpandangan setelah mendengar cerita wak kemat tersebut.Udin dan bahrun belum berkata-kata lagi,kerana dia pun tak tahu bagaimana untuk bertindak selanjutnya.

   "Kini aku mohon pertolongan kalian.Macam mana supaya aku tidak mengigau dan berjalan dalam tidurku,kerumah jahanam itu."Keluh wak kemat dengan ketakutan.

   "Jangan bimbang wak kemat.Tidak akan terjadi perkara yang berlaku seperti itu pada diri wak kemat."Kata hasan memberikan penjelasan.Hasan kemudian dengan diam-diam membacakan sesuatu didahi wak kemat tanpa sesiapa yang tahu.

   "Jadi apa yang patut kita lakukan sekarang?."Tanya bahrun.

   "Seperti yang kita rancangkan semula.Kita menunggu hari gelap.Sementara itu,baiklah kalian bertiga tak payah balik kerumah,kita semua makan siang disini sambil berbincang."Kata hasan.

   "Bagaimana wak kemat?."Soal udin kepada pemuda yang wajahnya pucat itu.

   "Yah...wak rasa aku lebih selamat berdekatan dengan kalian semua."Katanya.

   "Kalau begitu,kita berlima akan menyelesaikan perkara keganjilan rumah itu."Kata bahrun pula.

   Saat yang ditunggu-tunggu itu sampai lah sudah.Hari mula gelap.Hasan dan jalal keluar meninggalkan rumahnya setelah meninggalkan pesan kepada bahrun dan udin serta wak kemat.Selepas hasan dan jalal pergi,ketiga orang itu pun berjalan mengarah ke kawasan rumah batu tersebut.

   Mereka bertiga berada ditempat yang tersorok yang tak jauh dari perigi buta tersebut.Bahrun memerhati ke lubang perigi,udin mengawaskan ke pintu belakang,sedangkan wak kemat mengawaskan kearah lain.Makin malam rumah itu mula diselimuti kabus yang membuat suasana makin seram.

   "Tiba-tiba saja udara malam menjadi sejuk dan sekeliling rumah itu dipenuhi kabus.Bagaimana kita boleh nampak sesuatu?."Bisik wak kemat.
 
   "Walau bagaimana pun kita harus berusaha memasang mata kita menembus kegelapan malam dan kabus yang makin menebal itu.Kau udin perhatikan arah pintu itu,dan wak kemat kearah sebelah kanan.Biarlah aku melihat kearah depan aku."Bisik bahrun.Ketiganya memerhati kearah bahagian masing-masing.

   Hingga begitu lama mereka bertiga menunggu,tidak sesuatu pun yang mereka lihat.Sementara mereka menunggu disitu.Malam pun makin larut.Lolongan anjing pun terdengar jauh di hujung sana membelah keheningan malam.Wak kemat dan udin merasakan debaran didalam jantungnya.Sesuatu mungkin akan terjadi.

   "Lolongan anjing itu suatu tanda dia mungkin melihat syaitan."Bisik wak kemat.

   "Mungkin juga.Dan suasana seperti ini menambah rasa seram."Bisik udin.Bahrun hanya diam memerhati arah didepannya.Tak lama kemudian mereka bertiga tercium bau kemenyan.

   Mereka bertiga memerhati didalam kegelapan itu dengan hati yang berdebar-debar.Sungguh kecewa,kerana tidak sesuatu pun yang nampak,kecuali kegelapan serta rasa seram dan menakutkan.

   "Siang tadi seharusnya kita membunuh salbiyah dan merusak pemujaannya."Kata udin.

   "Kita memang boleh bertindak begitu,sementara salbiyah tadi tidur.Tapi hasan dan jalal tidak setuju dengan tindakan itu,kerana bukan disini pemujaan yang sebenarnya.Ada lagi pusat pemujaan yang merupakan punca kehidupan keganjilan ini.Kita hanya boleh bertindak selepas salbiyah keluar dari rumah itu."Bisik bahrun menerangkan.

   "Salbiyah tak boleh mati dengan cara dipotong-potong tubuhnya bagai manusia biasa.Kerana salbiyah pun digerakkan dengan kuasa yang lain.Kini hasan dan jalal hendak menjejak pusat pemujaannya.Itu lah sebabnya kita tak boleh bertindak gopoh-gapah."Bisik bahrun lagi.

   Udin dan wak kemat baru memahami setelah mendapat penjelasan daripada bahrun.Kini mereka mencium bau kemenyan itu.Bau yang semakin tajam menusuk hidung.

   Ternyata diarah pandangan bahrun terlihat bayangan tubuh badan salbiyah.Dia membawa bungkusan ditangan kirinya.Bahrun segera menggerakkan sikut tangannya menyentuh badan udin dan wak kemat.Mereka bertiga memerhati salbiyah yang hanya nampak bayangannya itu terus berjalan menjauhi tempat itu.

   "Mari,sekarang masanya kita memasuki perigi itu."Ajak bahrun dengan berbisik.Mula-mula yang masuk adalah udin kemudian wak kemat dan bahrun.Setelah mereka sampai dibilik yang pertama,ketiga nya menyalakan obor masing-masing.

   "Kita ni telah masuk ke lubang maut.Bagaimana kalau tiba-tiba salbiyah kembali."Bisik wak kemat yang membayangkan kejadian itu.

   "Jangan memikirkan yang bukan-bukan."Bisik udin meyakinkan wak kemat.Mereka berjalan dengan penuh kewaspadaan dan memerhati setiap benda yang ada di bilik pertama.Perasaan syak telah melanda di hati udin dan bahrun serta wak kemat.Akhirnya mereka tiba dibilik utama,iaitu bilik pemujaan.

   Dalam suasana malam seperti ini,bilik yang dalam keadaan dipenuhi oleh benda-benda ganjil ini makin menggerunkan hati.Ketiga kepala yang terpacak dikayu yang setinggi dua kaki itu nampak matanya terbuka memerhati orang-orang yang datang.

   "Tegoklah kepala-kepala itu.Sungguh mengerikan,seakan dia hidup."Bisik wak kemat.Ketiganya menghentikan kakinya.

   "Andaikan kepala-kepala itu terbang dan menggigit kita."Bisik udin.

   "Bersedia lah untuk kemungkinan itu."Kata bahrun mengingatkan.

   "Wak...kenapa kalian tidak menjampi benda yang mengerikan itu supaya tak membahayakan kita?."Soal wak kemat dengan menggigil.

   "Sekarang ini lah kita berusaha.Mana yang hampir dengan tungku pemujaan itu dan memecahkan mangkuk pembakar kemenyan,itulah tugas utama kita."Bisik bahrun sebelum melangkah maju.

   "Ya tapi untuk sampai ke tempat itu harus melalui tubuh badan yang berdiri tanpa kepala itu.Apakah kau nampak tubuh yang berdiri itu bergoyang?."Tanya udin.

   Wak kemat yang membulatkan matanya menatap kearah tubuh badan tanpa kepala itu ternganga mulutnya.Dia hendak berkata-kata tetapi tak dapat.Wak kemat hanya mencengkam bahu udin dan bahrun.Tubuh badan tanpa kepala itu memang bergerak dan mula berjalan.Dia berjalan mengarah ke dinding.Di dinding tersebut tersangkut kapak pendek.

   Tubuh mayat tanpa kepala itu lalu menggerak-gerakkan tangannya untuk mencapai kapak dengan meraba-raba,bagaikan orang buta hendak memegang sesuatu.Ketika dia memegang kapak,dan memusing tubuhnya kearah mereka bertiga,wak kemat dan udin mula panik.

   "Run...kepala diatas pacak kayu itu membuka matanya.Dia lah yang menggerakkan tubuh badan itu."Bisik udin walau keadaan dirinya mulai panik.Salah satu dari ketiga kepala itu memang membuka serta bibirnya bergerak-gerak seakan mengucapkan sesuatu.

   "Kau halanglah mata itu dari memerhati kita,dan aku menghadapi tubuh badan yang makin hampir ini."Kata bahrun yang telah siap sedia menghadapi ayunan kapak tersebut.Tubuh badan itu mula mengangkat kapaknya dan menghayunkannya tepat kearah bahrun.

   Kapak itu tidak menemui sasarannya dan menghentam benda-benda yang ada disitu hingga berkecai.Wak kemat tersandar didinding tak tahu nak buat apa.Udin segera mengambil kayu yang kebetulan berada disitu.Dengan memberanikan diri dia mendekati kepala yang meringis dengan pandangan yang menakutkan itu.

   "Tuk..."Udin memukul kepala yang terletak dipacak kayu tersebut.Kepala itu terjatuh dan tergolek dilantai dengan menunjukkan kemarahan yang sangat.Kemarahan kepala yang tergolek dilantai itu serupa dengan kemarahan tubuh badan tanpa kepala.Tubuh badan tanpa kepala itu mengamuk dengan berangnya menghayunkan kapaknya kesana ke mari.

   "Beredar...wak cepat...."Teriak bahrun.Wak kemat menggigil dan susah hendak menggerakkan dirinya.Sekali ayunan telah mengarah pada tubuh wak kemat.

   "Waaa....aku kena....."Jerit wak kemat dengan meronta.Tapi yang terkena hanya bajunya saja.Bahrun segera menarik tubuh wak kemat.Weeeekkkkk....krek,bunyi baju wak kemat yang koyak.Wak kemat terselamat.Benda-benda yang terletak berhampiran dengan tubuh mayat tanpa kepala itu hancur berkecai.

   Udin kemudian tersedar dari rasa paniknya.Dia segera mengambil besi dan dipukulkan tepat kena kepala yang tergolek tersebut.Remuklah kepala yang hidup itu.Bersamaan dengan itu tubuh mayat yang mengamuk tersebut tiba-tiba mendiamkan diri.Tak lama kemudian kapak itu pun terjatuh dilantai.

   Kerana hampir saja wak kemat mendapat celaka,dia pun tiba-tiba menyepak tubuh mayat yang diam tak bergerak tersebut hingga rebah dilantai.Lega rasanya dihati wak kemat.Ketakutannya mula beransur hilang selepas kejadian itu.Setelah kejadian itu bahrun tidak membuang masanya lagi.Dia kemudian menghampiri tempat pemujaan itu dan memecahkan mangkuk pembakar kemenyan.

   Mangkuk itu pun remuklah.Udin menghentam apa saja yang ada disitu.Setelah wak kemat melihat tingkah laku kedua orang itu,maka timbullah keberaniannya.Dia mengambil sepotong kayu dan dihayunkan menhentam dua kepala masih terletak di pacak kayu.Kepala itu terpelanting jauh.

   Setelah benda-benda pemujaan tersebut hancur berkecai,barulah bahrun mengajak keluar dari dalam rumah tersebut.Setelah ketiganya berada didarat,mereka bertiga terus kerumah hasan,untuk merehatkan diri.Tak lama kemudian hasan dan jalal pun sampai lah ketempat itu.

   "Bagaimana dengan yang kau lakukan?."Soal hasan.

   "Tungku pemujaan itu sudah hancur."Jawab bahrun.

   "Sungguh hairan.Aku dan jalal kehilangan jejal salbiyah.Tiba-tiba saja senyap tak ada tanda-tanda langsung."Kata hasan sambil merenung kejadian itu.

   Masing-masing dari kelima orang tersebut mendiamkan diri,seakan masih memikirkan langkah yang akan dilakukan.

   Dimalam yang sama disaat kejadian tungku pemujaan itu dihancurkan.

   Salbiyah yang sedang membawa bungkusan berisi kepala adiknya,tiba-tiba berjalan hoyong-hayang seakan merasakan kesakitan.Tak lama kemudian tubuh badan salbiyah rebah diperjalanan disebuah kampung tempat hasan dan jalal tinggal.

   Dua orang penduduk kampung yang sejak tadi memerhati seorang perempuan yang bawa bungkusan,masih tetap mengikuti perempuan itu.Mereka berdua adalah sedang menjalankan tugas rondaan.Bila ternampak seorang perempuan berjalan sendirian dan kemudian rebah ketanah,keduanya kemudian menolong perempuan itu.

   Perempuan itu adalah salbiyah.Kedua orang jaga malam tersebut langsung menghampiri salbiyah yang pengsan.Sudah tentu kedua orang tersebut berusaha menolongnya dan menggoncang-goncang tubuh badan salbiyah.

   "Gadis ini pengsan...macam mana ni?."Tanya yang seorang.

   "Cik adik....cik adik....."Panggil yang seorang lagi dengan menggerak-gerakkan tangan salbiyah.Salbiyah tetap diam tak bergerak.Kebetulan yang seorang membawa minyak angin.Dibubuhnya kepala salbiyah dengan minyak angin,namun salbiyah tetap diam.

   "Mari kita bawa gadis ini kerumah kasman..."Kata yang seorang.

   "Apa kerumah kasman?.Bomoh kurang lebih itu apa yang boleh dibuatnya.Bomoh bujang yang miang itu.Tidak jangan bawa kesana.nanti lain pula yang dikerjakan."Kata pemuda yang seorang lagi.

   "Habis nak dibawa kemana lagi,aku pun tak setuju dengan si kasman itu.Tapi pada masa kecemasan seperti ini kita tak ada pilihan lagi.Kita jaga lah gadis ini supaya dia tak buat perangai yang tak senonoh."Kata yang seorang.

   "Baiklah biar kudukung gadis ini.Kau bawalah bungkusan itu."Kata yang satu lagi.Keduanya kemudian berjalan dengan mendukung tubuh badan salbiyah.Yang seorang lagi membawa bungkusan kepala adik salbiyah.

   "Eh..kasim...kau penat tak dukung gadis itu?."Tanya kawan kasim.

   "Penat memang penat...tapi tak apalah."Jawab kasim.Kasim nampak keletihan mendukung tubuh salbiyah.Teman kasim memperhatikan bagaimana kasim berjalan nampak makin perlahan.

   "Kau jalan makin lambat,biarlah aku ganti mendukung gadis itu.Ini aku bukan nak mengada-ngada sim.Gadis itu dalam kecemasan."Kata dulah kawan kasim.

   "Alaa...kau ni,rumah kasman bukannya jauh sangat.Hanya tinggal beberapa langkah lagi.Tak payahlah."Kata kasim yang enggan menyerahkan salbiyah.

   Tak berapa lama kemudian keduanya sampailah didepan pintu rumah kasman.

   "Kasman....ooo kasman."Panggil dulah dengan suara agak kuat.Suara dulah diikuti dengan ketukan di pintu.Kemudian dulah memangil kasman beberapa kali,sehingga kasman pun bangkit dari tidurnya.

   "Eh..apalah kau ni.Malam-malam buta begini memekik,tak tahu orang nak rehat kah."Terdengar suara kasman dari dalam.Agaknya kasman mula bangkit dari tidurnya mungkin sedang duduk dikatil.

   "Ada hal ni bangunlah."Kata kasim bersemangat.

   "Esok pagi tak boleh kah.Aku sedang mengantuk ni."Kata kasman dari dalam.

   "Tolong buka lah pintu,masa kecemasan ni."Desak dulah merayu.

   "Aku cakap besok.Besoklah datang kesini."Kata kasman.

   "Sampai hatikah kau membiarkan gadis yang pengsan ini."Kata dulah.

   "Gadis...siapa gadis itu?."Tanya kasman ingin tahu.

   "Buka lah pintu baru kau tahu."Kata kasim pulak.Pintu pun terbuka.Kasim pun membawa tubuh badan salbiyah kedalam dan diletakkan dilantai bilik yang berlapik tikar pandan.

   Bila kasman nampak gadis yang masih mudah dan berparas cantik itu,dia pun cepat-cepat masuk kedalam biliknya dan setelah keluar dia membawa mangkuk pembakar kemenyan dan macam-macam lagi benda yang pelik-pelik.

   Setelah kasman bersila disamping tubuh badan salbiyah,dia pun meletak beberapa arang dimangkuk besar pembakar kemenyan.Sedikit demi sedikit kasman menghidupkan api di mangkuk pembakar kemenyan.Setelah arang tersebut menjadi bara,mula lah kasman menaruh kemenyan dibara arang tersebut.

   Asap kemenyan itu pun berasap memutih tebal dan baunya menusuk hidung.Mula lah kasman menggerak gerakkan bibirnya.Entah apa yang diucapkan,kasim dan dulah pun tak memahami.Apa yang didengar nya dari mulut kasman hanya macam suara lebah.

   "Hai raja mambang dari segala mambang."Kata kasman dengan jari-jari tangan sambil memegang pipi si salbiyah.Pipi itu dibelainya dengan lembut.

   "Eh..tak kau katakan siapa gadis ini?."Tanya kasman pada mereka berdua.

   "Mana aku tahu.Dia kutemui dijalan sana tiba-tiba rebah."Kata kasim.

   "Hai pari raja dari segala pari..."Kata kasman lagi dengan semangatnya sambil jari-jari tangannya turun kedada dan mengusap-usap dada salbiyah yang berisi itu."Tengok dah mula miang si kasman itu."Bisik kasim pada dulah.

   "Aku dah tak setuju gadis ini dibawa kesini."Kata dulah berbisik.

   "Hai raja mambang,raja pari,raja hantu...akulah si kasman raja segala ilmu."Kata kasman yang jari-jarinya terus turun ke perut membelai perut si salbiyah.

   "Raja kepala hotak kau."Kata kasim dalam hati dengan geramnya.

   "Pergilah...pergilah dari sini.Tinggalkan gadis ini disini.Hai raja mambang,raja pari,raja hantu..."Sementara kasman membacakan jampi-jampinya itu,bungkusan yang terletak dihujung ruangan bergerak-gerak lemah.Dulah dan kasim serta kasman tak sedikit pun memerhati bungkusan kain tersebut.

   Kasman kemudian menambah kemenyan dimangkuk yang berisi bara api itu.Asap kemenyan itu pun makin tebal memenuhi ruangan tempat kasman menjampi.Kasman kemudian meneruskan memicit-micit tubuh badan salbiyah yang berisi dan berkulit putih itu.

   "Tegok...dia memicit gadis itu bagai menguli tepung.Adakah dia mengubat macam ini.Hi....geramnya aku."Kata kasim berbisik pada dulah.

   "Menyesal kita bawa gadis ini kesini."Bisik dulah pula.

   Sementara kasman terus memicit tubuh badan salbiyah itu,bibir kasman bergerak-gerak entah apa yang diucapkan.Dulah dan kasim yang melihat perbuatan kasman dalam memicit itu sungguh beriri hati.Sebentar jari-jari kasman memicit betis,kemudian pindah di peha,pindah di perut dan pindah di dada.

   Tak lama kemudian mata salbiyah terbuka.

   "Hai raja mambang,raja pari,raja hantu..."Kata kasman mula semangat lagi kerana gadis yang pengsan itu telah membuka matanya.Kasim menggaru kepalanya yang tak gatal.Demikian pula dulah naik risau kerana tubuhbadan gadis itu dipicit-picit oleh kasman dengan bebasnya.

   Kasman berhenti memicit kerana salbiyah mula menggerakkan kedua tangannya.Kemudian nampak dada salbiyah yang bergerak-gerak kerana bernafas.Salbiyah tetap terbujur,sedangkan bungkusan yang terletak dihujung sana mula bergerak seakan-akan ada tangan yang melepaskan ikatan bungkusan tersebut.

   "Hai raja mambang,raja pari,raja hantu...pergilah dari tubuh gadis ini.Akulah si kasman raja dari segala ilmu."Kata kasman sambil membelai pipi salbiyah.Sambil mendengar bual kasman,dulah naik geram.Kerana geramnya dia tak melihat jari-jari kasman yang membelai pipi itu.Lebih baik tak melihat adengan yang menimbulkan iri hati tersebut.

   Dulah segera melihat kesudut sana dan terkejut.Dari dalam bungkusan kain tersebut tersembul kepala dengan leher sekerat perlahan-lahan naik keatas.Ternganga mulut dulah melihat permandangan yang mengeri dan menakutkan itu.Getaran tubuh badan dulah yang menggigil itu menyentuh kasim.

   Kasim nampak hairan melihat wajah dulah yang pucat bagai kehilangan darah.Kasim pun ikut mengikuti arah padangan dulah.Bagai disengat kala jengking,kasim pun melihat kejadian kepala yang naik perlahan-lahan keatas dengan gaun putih tersebut.Sambil terus mengucap,kasman melihat keadaan dulah dan kasim yang ganjil itu.

   "Hai raja mambang,raja pari,raja hantu..ra...ra...raja kobad,ra..rama sami."

   Kata kasman yang mula tak tentu arah disebabkan dia pun melihat kearah sudut sana.Kepala dengan leher sekerat pelan-pelan naik keatas.Akhirnya mulut kasman hanya bergerak-gerak tak bersuara.Kasim dan dulah mula bangkit dan undur kebelakang dengan lutut yang menggigil.

   "Waaaaa......"Teriak kasman terus meloncat tak tentu arah.Loncatannya menghentam dinding rumahnya.Dinding itu sudah pun reput.Dulah dan kasim yang tersandar didinding terus jatuh kebawah saling bertindih.Mereka bertiga berebut untuk bangun semula.

   Bila ketiganya telah bangun semula,masing-masing bertempiaran dengan arah yang berlainan.Mereka berusaha untuk menjerit,tapi lidahnya terasa kelu dan tak mengeluarkan suara.Apa yang mereka lakukan hanya lari secepat mungkin.

   Sesungguhnya yang membuat kebangkitan salbiyah tersebut adalah asap kemenyan.

   Tak lama kemudian kepala dengan leher sekerat itu pun tersambung dengan tubuh badan bayangan dan lengkap dengan tangan dan kaki.Salbiyah pun kemudian bangun dan mendekatkan wajahnya didalam kepulan asap kemenyan.Demikian pula adik salbiyah tersebut segera membenamkan wajahnya ke dalam asap kemenyan.

   Tak lama kemudian salbiyah dan adiknya berjalan bagaikan mengigau keluar dari dalam rumah kasman.Keduanya terus berjalan menembus kegelapan malam.Malam pun makin larut.Rumah kasman pun menjadi sunyi.Mangkuk berisi bara itu pun masih mengepulkan asap kemenyan yang masih tebal dan memutih.

(Bersambung...)

Sumber : Naskah dari Mastris

No comments:

Post a Comment