Kepala Iblis
Bahagian 4 : Tangkal Hantu
Sesiapa pun penduduk kampung ini mengenal wak kemat sebagai penjual ubat,yang membuka perniagaan nya dikaki lima di pekan-pekan yang ramai dikunjungi oleh khalayak ramai.Ada sikap-sikap wak kemat yang tidak disukai oleh orang-orang kampung yang sudah terekena oleh tipu helahnya.
Kononnya wak kemat pandai mengubat berbagai penyakit aneh dan boleh membuatkan tangkal-tangkal untuk mengusir hantu atau pun syaitan.Orang-orang kampung yang kenal tipu helah wak kemat sudah tentu tak termakan akan seribu satu cara wak kemat untuk mengenakannya.
Walau bagaimana pun ada juga penduduk kampung yang masih percaya tentang kebolehan wak kemat.Suatu hari seorang penduduk merasa khuatir tentang rumahnya akan dimasuki hantu kepala perempuan yang kini hangat diperkatakan.
Pernduduk kampung yang datang berkunjung kerumah wak kemat itu adalah makcik rokiyah yang tempoh hari pagarnya dirobohkan oleh komar.Siang itu dia datang hendak meminta tangkal hantu.Maka setelah orang tua itu menyampaikan hajatnya,maka mulalah wak kemat membakar kemenyan.Tak lama kemudian mula lah wak kemat berkata.
"Begini makcik....hantu kepala perempuan itu memang sedang merayau-rayau dikampung kita ini.Terutama diwaktu malam.Makcik gunalah tangkal ini dan tunjukkanlah bila ada kecemasan bila makcik melihat hantu tersebut.Gerenti hantu itu undur kebelakang dan kesakitan.Seterusnya hantu itu tentu pergi melarikan diri."Kata wak kemat dengan wajah yang menyakinkan.
"Baiklah kemat...berapa makcik nak bagi pengeras pada tangkal ini."
"Itu tak kesah.Berapa-berapa makcik nak bagi pun saya tak menolak.Sepuluh sen ke,seringgit ke tak jadi masalah.Hanya saja,kalau pengeras itu sedikit,khasiat tangkal itu pun sedikitlah.Kalau pengeras itu banyak,maka besarlah khasiat tangkal tersebut."
Sebelum makcik rokiyah sempat berkata.Kemat pun meneruskan kata-katanya.
"Ada seorang pelanggan saya yang membeli tangkal ini dengan harga seratus ringgit.Ketika suatu malam dia bertemu hantu kepala perempuan tersebut.Tangkal ini diperlihatkan didepan wajah hantu tersebut.Akhirnya hantu tersebut tak jadi mencekik orang tersebut.Kemudian hantu itu pun lari dengan menjerit kesakita."Kata kemat.
"Eh...kemat...benarkah cerita engkau ni."Kata makcik rokiyah.
"Kalau makcik tak percaya.Bawalah tangkal ni dulu dan jangan bayar satu sen pun.Bila ternyata ia nya boleh mengusir hantu sehingga hantu itu kesakitan dan lari,baru lah makcik bayar tangkal ini."Kata wak kemat.
"Makcik ingin bila memang hantu tersebut kebetulan hendak mencekik makcik,kemudian hantu itu boleh kesakitan dan lari,memang makcik tak keberatan memberikan pengeras yang mahal."Kata orang tua itu bersungguh-sungguh.
"Kalau macam itu....memang seratus pengerasnya."Kata wak kemat.
"Baiklah....makcik bagi pengeras ini seratus ringgit.Nah terimalah."Wak kemat memberikan sebuah tangkal kepada orang tua itu,setelah tangkal tersebut diasap dengan kemenyan terlebih dahulu.Setelah hajat makcik rokiyah didapati,orang tua itu pun kemudian memohon diri.
Betapa lega hati orang tua itu kerana memiliki tangkal.Pengerasnya seratus,sudah tentu khasiat tangkal tersebut akan besar.Seumpana hantu itu tiba-tiba muncul didepan dirinya,makcik rokiyah akan menunjukkan tangkal tersebut.Apa yang dibayangkan oleh makcik rokiyah adalah hantu itu kesakitan dan terus pergi.
Memang cerita hantu kepala perempuan itu kini hangat di bincangkan orang,baik dikedai-kedai minum mau pun di pasar.Makcik rokiyah telah memakai tangkal tersebut.Ianya dikalungkan dilehernya.Ketika hari telah menjelang malam,orang tua itu berada didalam biliknya.
Malam baru saja bermula.Memang ada perbezaannya ketika orang tua itu memakai tangkal.Kini perasaannya tenang dan tak bimbang tentang datangnya malam yang menakutkan itu.Tetapi sekejap saja.Tak lama kemudian dirinya mula mendengar suara-suara yang aneh seperti dimalam-malam yang lepas.
Malah dimalam dirinya memiliki tangkal ini,makin tercium bau kemenyan yang membuat orang tua itu tertanya-tanya seorang diri.Tetapi orang tua itu menyakini yang tangkal itu boleh mengusir hantu.Maka kerana tak sedap hatinya dan ingin tahu dimanakah bunyi ganjil itu berada,mula lah orang tua itu keluar dari biliknya.
Dia mendengarkan saja bunyi yang kedegarannya mengorek-ngorek pintu depan.Malam-malam yang lepas pun demikian juga.Bunyi itu berada dipintu depan.Perlahan-lahan orang tua itu mendekati pintu.Ketika sampai didepan pintu,bau kemenyan semakin menusuk hidungnya.
Orang tua itu terkejut dan mula merasakan debaran jantungnya bertambah kencang.Ternyata pintu itu bergoyang-goyang,seakan hendak dibuka.Cepat-cepat orang tua itu mengeluarkan tangkal dilehernya.Tangkal itu kemudian dipegangnya dan siap sedia dihulurkan kedepan bila dia melihat sesuatu.
Makcik rokiyah segera membuka pintu depan kemudian menunjukkan tangkal ditangannya.Tiada sesiapa berdiri disitu.Yang nampak hanya kegelapan saja.Tak lama kemudian makcik rokiyah dikejutkan oleh jeritan orang kesakitan.
"Aaaaaaaaaa....aaaauuuuuuu...auuuuuu."
Makcik rokiyah timbul keberaniannya kerana mendengar jeritan ketakutan tersebut.Dia segera menjulurkan kepalanya keluar dengan tangan menghulurkan tangkal.Ternyata makcik rokiyah melihat bayangan perempuan berambut panjang yang hoyong-hayang dekat rumahnya.
Perempuan yang berambut panjang tersebut mula hendak berlari,tapi segera melanggar dawai jemuran.Perempuan itu terpelanting dan terus merobohkan pagar yang sebelah kiri.
Pagar yang disebelah kanan pun dah roboh.Tak lama kemudian perempuan yang hanya nampak bayangan hitam itu terus bangkit dan berlari menembus kegelapan malam.Makcik rokiyah bagai terpukau menyaksikan kejadian yang mengerikan itu.
Cepat-cepat dia menutup pintunya dan kemudian baru lah makcik rokiyah bernafas lega.Tangkal yang didapatnya dari wak kemat benar-benar berkhasiat dan boleh menghalau hantu.Makcik rokiyah mengalungkan kembali tangkal itu dilehernya.Dan dengan perasaan tenteram dia kemudian memasuki biliknya.
Bayangan perempuan yang berambut panjang itu terus berlari menuruti jalan kecil yang menuju rumah wak kemat.Dia terus membuka pintu dari arah belakang rumah.Tak lama kemudian seorang lagi masuk didalam rumah itu.Ternyata yang masuk didalam rumah wak kemat itu adalah seorang perempuan dan wak kemat sendiri.
"Kerja yang bagus komar...kita telah berjaya menyakinkan orang tua itu dengan kejadian yang kita reka-reka ini."Kata wak kemat yang baru saja meletakkan mangkuk pembakar kemenyan yang tadi dibawanya.
"Yalah..tapi saya terkena sangkut dawai jemuran itu,bukan main sakitnya."Kata komar yang kemudian menanggalkan pakaian gaun perempuan yang dipakainya.
Bedak tebal yang melekat dimuka komar segera dibasuhnya dibilik mandi.
"Jangan bimbang kau ada bahagian dari seratus ringgit hasil menjual tangkal tersebut."Kata wak kemat.Wak kemat pun duduk dilantai rumahnya yang berlapik tikar.Ketika komar telah berada disisi wak kemat,wak kemat memberikan wang empat puluh ringgit kepada komar.
"Empat puluh ringgit boleh jugalah."Kata komar.
"Tak akan tak boleh,kan aku masih membayar sewa baju gaun itu kepada yang punya baju."Kata wak kemat sambil mula merokok.Komar pun tak berkata-kata kerana pembahagaian itu memang adil.
Malam berikutnya dirumah wak kemat.
Ketika malam telah bermula menjelma.Wak kemat dan komar siap-siap hendak membuat huru-hara di kampung.Kejayaan semalam yang membuat peristiwa didepan rumah makcik rokiyah membawa kejayaan pada wak kemat.
Ternyata makcik rokiyah telah menceritakan pengalamannya dengan jiran-jiran sebelah rumah.Tangkal buatan wak kemat memang hebat,boleh membuat hantu syaitan lari dengan lolong jerit yang mengharukan.Lagi pula hantu syaitan tersebut lari tak tentu arah.Makcik rokiyah pun menunjukkan bekas pagarnya yang dilanggar syaitan tersebut.
Itulah sebabnya siang tadi banyak orang memerlukan tangkal dari wak kemat.Pekerjaan hampir membuat sepuluh tangkal sehari,membuat siang itu wak kemat dan komar cukup sibuk.Hasilnya,wak kemat telah mengumpulkan wang pengeras itu sejumlah dua ribu ringgit lebih.
Entah apa-apa yang dimasukkan didalam tangkal tu tak tahu lah.Hanya komar saja tahu isi tangkal tersebut,kerana komarlah yang membuat tangkal itu,kemudian wak dukun kemat yang mengasap dengan kemenyan.
Demikianlah pekerjaan siang tadi.Kini malamnya perlulah kedua pemuda ini membuat huru-hara lagi,dengan harapan makin banyaklah pelanggan yang datang.
"Komar...awak dah siap bersolek ke?Ayuh cepat kita mulakan mengenakan orang-orang kampung yang bodoh itu."Kata wak kemat yang telah siap membakar kemenyan dimangkuk kecil.Komar mungkin masih sibuk memakai pakaian perempuan tersebut,atau melekatkan rambut palsu dikepalanya.Tiada terdengar jawapannya.
Wak kemat menunggu komar selama beberapa minit.Komar belum juga datang.Wak kemat pun kemudian bangkit meninggalkan mangkuk kecil yang sedang mengepulkan asap kemenyan tersebut.Dia pergi kebelakang dan berjalan mendekati bilik mandi yang berdekatan dengan perigi di halaman rumah.
"Komar..."Panggil wak kemat kerana mendengar bunyi air dibilik mandi.
"Tunggu lah kejap wak....saya sakit perut.Baru balik dari jamban."Kata komar.Wak kemat pun meninggalkan tempatnya berdiri dan terus masuk lagi kedalam rumah.Ketika wak kemat tiba kembali dibilik depan,seorang pelanggannya telah ada disitu.
"Eh...malam-malam ada pulak pelanggan datang."Kata wak kemat sambil mula mendekati tamunya.Tamuna seorang perempuan.Perempuan itu sedang menundukkan wajahnya kerana menghirup asap kemenyan.Wak kemat pun nampak pelik dengan perangai tamunya itu.
Ketika tamu perempuan itu mengangkat wajahnya,mulut perempuan itu ternganga penuh asap dan mata perempuan tiu merah bersinar.Ada pun yang ganjil lagi cahaya lampu minyak wak kemat diruang itu terpotong dan bersambung dengan asap yang merupakan tubuh badan.Dia mengenakan baju gaun putih yang panjang.
Bila wak kemat melihat apa yang ada didepannya,wak kemat merasakan dirinya lekat sementara berdiri di lantai.Tubuh badan wak kemat tak dapat digerakkan.Perempuan yang jelas adalah hantu itu kemudian meneruskan menghirup kemenyan seakan menikmati kesedapannya.Asap-asap kemenyan itu habis dihirupnya.
Ketika asap kemenyan itu sudah habis,hantu kepala perempuan itu mula bangkit.Dia terus memusiangkan tubuh badannya dan mengarahkan pandangannya keluar.Tak lama kemudian gaun bahagian bawah perempuan itu bagaikan ditiup angin.Memang saat itu tiba-tiba seakan ada angin meniup.
Dengan gerakan ringan akhirnya hantu perempuan itu naik keatas dan terus pergi dengan melayang meninggalkan wak kemat yang kaku bagaikan berada di dalam bilik ais.Tak lama kemudian wak kemat pun boleh menguasai dirinya dari ketakutan yang hampir membuat dia pengsan.
Tapi dia masih tercunggap-cungap bagaikan telah berlari jauh.Bibirnya mula bergerak-gerak hendak berkata-kata,sementara matanya masih membulat membayangkan apa yang sebentar tadi berlaku.Akhirnya wak kemat terduduk disitu kerana bayangan yang menakutkan itu masih menghantuinya.
Komar telah membubuh bedak tebal dimukanya,hingga wajah komar memuith keseluruhannya.Bibirnya ditaruh gincu yang amat merahnya,kemudian dibahagian matanya ditaruh pula warna merah.Rambut palsunya pandang dan dengan memakai gaun itu memang komar bagai hantu perempuan yang pernah diceritakan oleh orang-orang kampung.
Komar kemudian muncul didepan wak kemat yang masih duduk bersandar.Wak kemat masih mengatur nafasnya seakan dia baru saja berlari.Dia hanya memandang wajah komar dengan penuh kengerian.
"Komar...kita tundalah kerja bikin huru-hara ini."Kata wak kemat.
"Tak jadilah malam ini."Sambung wak kemat.
"Laa...dah macam ini tak jadi pulak.Setengah jam saya bersolek,wak."Kata komar dengan bersungut.Komar kemudian menaggalkan rambut palsunya dan membasuh mukanya yang dilekati bedak tebal.
Komar kembali ketempat wak kemat setelah membersihkan diri dibilik mandi itu.Dia pun duduk didekat wak kemat.Bara api dimangkuk kecil itu masih merah.Tanpa disedari jari-jari tangan komar dimasukkan didalam saku bajunya.Jari-jari tangan menyentuh kemenyan yang selalu dibawa oleh komar untuk persediaan.
Sementara wak kemat bersandar dan fikirannya masih mengenang peristiwa tadi.Komar membubuh bara dimangkuk tersebut dengan kemenyan.Asap kemenyan itu pun mengepul memenuhi ruangan itu.Wak kemat terkejut.
"Komar....jangan..."Kata wak kemat dengan terkejut.
"Alaaa.Jangan takut wak.Kemenyan masih banyak lagi."Kata komar yang kemudian menaburkan kemenyan itu diatas bara lagi.Komar tak mempunyai tujuan apa-apa menaburkan kemenyan itu,saja dia lakukan itu hanya mengisi kekosongan kerana tak ada yang dikerjakan.Asap itu pun maikin membumbung memenuhi ruang ditempat wak kemat dan komar berada.Mata wak kemat bulat bila menatap dengan pandangan matanya kearah asap kemenyan tersebut.
Ketika komar hendak menabur kemenyan lagi,dengan cepat wak kemat menangkap tangan komar.Komar pun merasa hairan.
"Jangan lakukan lagi komar."Kata wak kemat yang tahu akibatnya.Sebelum sempat komar menjawab,terdengar suara aneh diluar rumah.
Diluar angin mula bertiup.Daun-daun kering berjatuhan menimbulkan bunyi yang seram.Bila komar melihat wajah wak kemat yang menunjukkan rasa cemas,komar pun makin hairan dibuatnya.
"Wak terdengar sesuatu?."Tanya komar.
"Ya...oh...buang cepat asap kemenyan ini keluar."Perintah wak kemat.
"Cepat...buang."Kata wak kemat agak keras.Komar pun segera memegang mangkuk kecil itu,yang asap kemenyannya masih tebal keluar dari bara api tersebut.Tiba-tiba pintu depan terbuka ditiup angin.
Komar menghentikan langkahnya kerana terkejut.Wak kemat pun mula pucat menantikan sesuatu yang akan berlaku tak lama lagi.Angin yang bertiup membawa daun-daun kering masuk kedalam rumah.Tak lama kemudian dari kegelapan diluar segera muncul wajah perempuan yang berambut panjang.
Mata perempuan itu merah dengan mulut mengeluarkan asap.Wajah pucatnya itu sungguh menakutkan.Komar nampak leher tersebut terpotong dan disambung dengan tubuh yang berbentuk bayangan yang memakai baju.
"Waaaaa......"Komar menjerit dengan melemparkan mangkuk kemenyan.Dia masih boleh menggerakkan dirinya.Maka komar meluru meninggalkan tempat itu dengan melalui pintu belakang.
Setelah komar lari,baru lah wak kemat tersedar dan melompat ikut pintu tingkap.
Disaat yang sama dirumah sewa bahrun.
Malam ini bahrun tersedar dari tidurnya.Bahrun kemudian mengingat apa yang dialami didalam mimpinya yang sekejap tadi.Suara mimpi yang menggerunkan.Dan ini adalah yang kedua kalinya bahrun mimpi dengan kejadian yang sama.
Ketika bahrun melihat jam ditangannya,menunjukkan pukul tiga pagi.Untuk tidak kehilangan ingatan apa yang terjadi dalam mimpinya,bahrun segera mengeluarkan buku kecil catatan kerjanya.Di halaman kertas yang kosong bahrun mula menuliskan apa yang terlihat didalam mimpinya itu.
"Sebuah rumah batu berdiri dihujung sana."
"Ada pokok-pokok kering dihalaman rumah.Bila angin bertiup sekejap,daun-daun kering berjatuhan menimbulkan suara aneh.Daun-daun itu kemudian berserakan ditanah."Demikian bahrun menuliskan apa yang terlihat didalam mimpinya.
"Dah dua kali aku mimpi seumpama ini.Apakah makna ini semua?"Bahrun tertanya-tanya di dalam hati.Walau bagaimana pun bahrun mengertikan mimpinya itu,tak juga dapat difahami.Tetapi bahrun percaya,mimpi itu tentu mengandungi pengertian yang dalam.Bahrun kemudian merebahkan dirinya lagi.
Sambil berbaring itu lah bahrun cuba mentadbirkan mimpinya.Tak ada sesuatu pun yang boleh menjernihkan fikiran bahrun.Akhirnya bahrun tertidur kembali tanpa disedarinya.Pagi harinya,bahrun bangun seperti biasa.Setelah sarapan pagi,dia pun mula hendak meninggalkan rumahnya.
Didepan pintu rumahnya bahrun melihat mak milah telah berdiri disitu.
"Eh...makcik."Tegur bahrun dipagi itu.
"Yalah bahrun...lama makcik tak nampak kau.Makcik nak bincang dengan kau selepas kau balik kerja nanti."Kata orang tua itu.
"Baiklah makcik...nanti bahrun kesana."Kata bahrun.
"Ha...kalau macam tu baiklah,makcik balik dulu ya."Kata orang tua itu.Orang tua itu pergi diikuti pandangan mata bahrun.Bahrun nampak berseri wajahnya.Bahrun menduga mungkin orang tua itu akan membincangkan perihal upah kerja yang pernah dilaksanakan itu.Dengan perasaan lapang bahrun terus berlalu meninggalkan rumah sewanya,dengan mengayuh basikalnya.
Bahrun menyiapkan kerjanya itu lewat tengah hari.Hari itu juga bahrun menerima upahnya setelah memakan masa dua hari setengah.Apa yang dikerjakan itu adalah perkerjaan bertukang membaiki dinding.Setelah bahrun menerima upahnya segeralah bahrun memohon diri pada yang empunya rumah.
Bahrun terus mengayuh basikalnya menerusi jalan kecil yang pernah dilaluinya.Sementara bahrun mengayuh basikalnya,dia cuba memanfaatkan masanya dengan mengenang mimpinya.Dia pun tak perasan,bahawa jalan kecil yang dilaluinya telah menyimpang.Kearah kanan.
Tiba-tiba bahrun tersedar bahawa jalan yang dilaluinya adalah salah.Namun bahrun telah mengayuh selama lima belas minit,nak patah baliknya malas.Dia meneruskan mengayuh basikalnya kerana dirinya percaya jalan itu akan menuju kepekan kecil.Tekaanya memang benar.Dari jauh dia telah nampak kampung yang mempunyai pekan kecil dihujung sana.
Jalan yang dilalui oleh bahrun termasuk kawasan yang lapang.Di kanan kiri tumbuh pokok-pokok kering akibat musim kemarau panjang tempoh hari.Setelah bahrun mengayuh basikalnya agak mendekati kampung,dihujung sana bahrun melihat sebuah rumah batu.Bahrun terkejut.
Keadaan rumah itu mengingatkan rumah yang dalam mimpi itu.Bahrun kemudian berhenti mengayuh basikalnya kemudian berjalan kaki mendekati rumah batu dihujung kampung yang terpisah dengan rumah orang-orang kampung yang ada disitu.Setelah menyandarkan basikalnya di sebatang pokok,dia mula mara mendekati halaman rumah batu itu.
Dari jarak lebih kurang lima puluh langkah,bahrun berdiri disitu sambil memerhati keadaan rumah batu tersebut.Rumah itu mempunyai tingkap dari cermin tebal dan keadaan dindingnya yang telah bercendawan itu,membuat bahrun merasa seram melihatnya.Rumah itu mempunyai halaman yang cukup luas.Dihalaman itu tumbuh pokok-pokok kering yang daunnya berguguran bila ditiup angin.
Sunyi disekitar kawasan rumah tersebut.Kesunyian yang menyelimuti kawasan rumah tersebut benar-benar membuat bahrun merasakan keanehan yang mendatangkan keseraman di situ sambil mengawasikan keadaan.
"Benar-benar rumah batu yang digambarkan didalam mimpiku."Kata bahrun didalam hatinya.
Bahrun mendengar ranting kayu yang patah dan daun-daun kering yang menimbulkan suara.Ketika dia menoleh ke kanan,seseorang menghampiri dirinya.Seorang lelaki berumur lebih kurang tiga puluhan mengucapkan salam dan bahrun membalasnya.
"Apa yang menarik bagimu tentang rumah ini?."Tegur orang itu.
Bahrun tersenyum dan menggelengkan kepala.
"Saya nampak seram melihatnya.Saya rasa,saya pernah melihat rumah ini."Kata bahrun.Dia melihat orang tua itu kejap dan kemudian memerhati kearah rumah itu.Orang yang berdiri disampingnya ikut menyambung kata-katanya.
"Dimana awak pernah melihat rumah ini?."Tanya orang itu dengan suara perlahan.
"Didalam mimpi."Jawab bahrun sambil memandang orang yang berdiri disampingnya.
"Didalam mimpi?."Kata orang tua tersebut yang akhirnya tersenyum kepada bahrun.Orang tersebut menyorongkan tangannya kepada bahrun.Bahrun berjabat tangan orang tersebut dan memberitahu namanya.
"Namaku hasan.Marilah singgah kerumahku.Mungkin ada baiknya kau mengetahui perihal rumah itu.Keanehan didalam rumah bila malam telah menjelma,dengan suara-suara yang aneh serta benda-benda yang bergerak sendiri."Bisik hasan.Bahrun makinberdebar-debar didalam hatinya bila didengar penjelasan hasan.
"Abang hasan mengetahui tentang rumah itu?."Tanya bahrun.
"Sedikit sekali.Tetapi orang yang patut mengetahui lebih banyak lagi tentang perihal rumah itu saya harapkan awaklah,kerana berkaitan dengan mimpi itu.Jadi saya ingat,awak lah orang yang mampu melihat keadaan didalam rumah tersebut."Kata hasan menjelaskan.Bahrun makin tertanda-tanya didalam hatinya.
"Bila awak mau dan mempunyai jantung yang kuat,artinya boleh menahan rasa takut dan seram,sekaranglah masanya untuk mengetahui isi rumah itu."Sambungnya sambil berjalan kearah sebuah bangunan rumah yang terbuat dari papan.
"Saya cuba,walaupun saya termasuk orang yang penakut juga."Kata bahrun.
Bahrun menyandarkan basikalnya di dinding rumah itu.Kemudian dia dipelawa masuk ke dalam rumah.Hasan menjamunya dibilik depan dan duduk dilantai yang berlapik tikar."Marilah kita cuba mengetahui isi didalam rumah itu."Kata hasan.Bahrun sungguh tak mengerti apa yang dikatakan hasan itu.
"Awak sudah bersedia bahrun?."Soal hasan.
"Baiklah..."Jawab bahrun yang tidak mengerti apa yang akan dilakukan.
"Marilah masuk dalam bilik ini.Kita mengejar masa sebelum hari gelap."Ajak hasan.Bahrun mengikuti hasan yang masuk ke dalam bilik lain yang gelap.Bahrun disuruhnya duduk dengan kedua tangan didada.Sedang hasan duduk dibelakangnya.
"Bahrun....sekarang tutuplah mataku dan hilanglah segala fikiranmu yang mengingati segala hal ehwal kejadian-kejadian apa saja.Berusahalah untuk tidur didalam duduk seperti itu secepat mungkin."Bisik hasan perlahan namun terdengar oleh bahrun.
"Ya...kini akuj telah mencubanya."Jawab bahrun dengan berbisik pula.
Didalam bilik yang gelap tersebut timbullah kesunyian yang mencengkam.
"Tiduurrrr....tidur kau bahrun...dan bangkitlah kau dalam mimpimu."Terdengar bisikan halus dari suara hasan.Bahrun kemudian rasa mengantuk,kemudian dia rebah kebelakang tanpa disedarinya.
"Bahrun...bangkitlah kau dalam mimpimu."Suara itu terdengar.
"Ya...aku dah bangun..."Jawab bahrun didalam mimpinya.
"Lihatlah apa yang ada didepanmu."Perintah suara itu.
"Aku melihat rumah batu itu."Jawab bahrun.
"Sekarang berjalan kearah rumah itu."Perintah suara itu.Bahrun pun menurut.Bahrun pun berjalan kearah rumah batu tersebut dengan keadaan badan yang ringan dan bagai melayang.Dia kemudian berhenti didepan pintu rumah tersebut.
"Sekarang kau berada dimana bahrun?."Tanya suara itu.
"Aku berada didepan pintu rumah batu."Jawab bahrun.
"Bukalah pintu itu."Perintah suara tersebut dengan bisikan.
"Pintunya dibuat dari papan yang tebal dan ianya terkunci dari dalam."
"Bukalah dengan paksa atau tentanglah pintu tersebut."
"Aku tak dapat membukanya.Pintu ini terlalu kuat."Jawab bahrun.
"Kalau begitu bukalah dengan ayat bismillah."Kata suara itu memerintah.Bahrun mengucapkan ayat bismillah,maka terbukalah pintu tebal yang kukuh tersebut.Kedua-dua pintunya terbuka bagaikan terbukanya pintu gerbang yang besar.
"Apa yang kau lihat didalamnya."Tanya suara tersebut.
"Hanya kegelapan yang diselimuti oleh kabus yang tebal."Jawab bahrun.
"Masuklah kedalam dan perhatikan baik-baik yang ada didalam."
"Ya kini kabus itu makin tipis dan ku melihat asap mengepul dihujung sana.Ternyata asap itu adalah asap kemenyan yang sentiasa ada.Aku melihat banyak tengkorak kepala berada dekat tungku pemujaan."Kata bahrun.
"Kalau begitu datanglah ketempat itu dan hancurkan tungku pemujaan itu."
"Baiklah.Tapi kabus tebal mula menjelma.Dia menutup tungku tersebut."
"Kalau begitu cepatlah kau keluar dari rumah tersebut.Kau dalam bahaya."Tiba-tiba didalam rumah tersebut timbul angin ribut.Kabus makin tebal dan bahrun tak dapat melihat apa-apa didalam rumah tersebut.
"Bahrun...cepat keluar...atau kau akan terbunuh disitu."Teriak suara itu.
"Aku tak dapat melihat jalan."Jawab bahrun gugup.
"Gerakkan tangan kananmu.Berjalan...ayuh berjalan keluar.Cepat bahrun masamu hampir habis.Maut menantimu."Teriak suara itu mengingatkan pada bahrun.Bahrun berusaha sekuat tenaga untuk berjalan keluar dari dalam rumah tersebut.
"Bahrun...bahrun...bangun."Kata hasan sambil menggoncang-goncang tubuh bahrun yang terbaring.Bahrun pun terbangun dari tidurnya.Tak lama kemudian hasan menarik tangan bahrun keluar dari bilik gelap tersebut.Ketika keduanya telah berada dibilik depan yang terang,bahrun tercunga-cungap keletihan.
Hasan dan bahrun pun duduk dilantai bilik depan bersama jalal yang telah ada disitu sejak keduanya berada didalam bilik gelap tadi.Bahrun pun diperkenalkan dengan jalal.Keduanya saling berkenalan.
"Aku singgah dikedaimu,dan isterimu mengatakan kau masih disini."Kata jalal.
"Apa yang dihajatkan saudara bahrun ini?."Tanya jalal.
"Secara kebetulan aku nampak dia didekat rumah batu itu.Dan bahrun menceritakan rumah batu itu sama benar dengan yang ada dalam mimpinya."Kata hasan menerangkan hal yang sebenarnya.Tiba-tiba wajah jalal menjadi cerah.
"Oh...sekarang aku faham apa yang kalian lakukan dibilik gelap tersebut."
"Wah..abang berdua ni mempunyai pengetahuan yang sama agaknya."Kata bahrun.
"Lebih kurang begitulah."Kata jalal sambil tersenyum.
"Kalau begitu tolong terangkan kejadian yang menimpa pada diri saya."
"Apa bendanya."Soal jalal ingin tahu.Bahrun kemudian menceritakan yang dia pernah tidur di pondok durian dan mendapatkan bantal yang bersarung indah dengan sulaman bertuliskan bismillah dengan gambar bunga mawar hitam.Setelah bahrun habis bercerita,jalal dan hasan saling berpandangan.
Tak lama kemudian hasan dan jalal saling tersenyum dan mendatangkan rasa ingin tahu di hati bahrun.Jalal kemudian menggerakkan kepalanya yang maksudnya agar hasan memulakan cerita itu.Hasan pun mengangguk.
"Begini bahrun."Hasan memulakan kata-katanya.
"Bantal itu memang diletakkan oleh seseorang ketika kau tertidur.Maksudnya agar kau selamat dalam tidurmu bila kau gunakan bantal tersebut.Kemudian dari bantal itu lah kau melihat dalam mimpimu akan rumah batu tersebut.Ayat bismillah dan bantal itu yang menyelamat kan kau dari hantu tersebut.Kemudian bunga mawar hitam tersebut adalah tanda yang bagi kami berdua tahu siapa yang memberikan bantal tersebut."
"Boleh saya tahu siapa yang memberikan bantal itu kepadaku?."Soal bahrun.
"Dia adalah adikku.Namanya fairuz fajilah."Jawab hasan.Kemudian hasan menggerakkan kepalanya agar jalal meneruskan ceritanya.Jalal mengganggukkan kepalanya.Dia pun memulakan ceritanya.
"Dan bantal yang berbau hanyir tersebut,sesungguhnya syaitan yang telah memberikan kepadamu.Maksudnya bila kau gunakan bantal tersebut dalam tidurmu,maka kau masuk dalam perangkapnya.Dan kau tidak dapat perkara-perkara yang baik kecuali keburukan."Kata jalal menyudahi menerangkan hal bantal tersebut.
"Jadi sekarang,apa yang perlu saya lakukan."Soal bahrun.
"Bila kau ada masa lapang datanglah kau kemari kita lanjutkan pertemuan ini."
"Baiklah setakat ini dulu pertemuan kita kali ini.Saya mohon diri."Kata bahrun.Hasan dan jalan menjabat tangan bahrun.Kemudian keduanya menghantar bahrun sampai dijalan kampung.
Setelah bahrun meninggalkan tempat itu.
"Apa fikiranmu dengan pemuda bahrun itu?."Tanya jalal pada hasan.
"Entahlah.Dulu kita harapkan rosli boleh memasuki rumah batu itu.Tapi rosli pula terkorban.Kini muncul pemuda bahrun.Aku belum tahu sama ada dia berjaya menumpaskan kejahatan itu atau tidak.Marilah kita lihat nanti."Jawab hasan.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Mastris
No comments:
Post a Comment