Kepala Iblis
Bahagian 3 : Bau Harum Ditengah Malam
Sejak malam telah bermula,bahrun dan udin telah mengumpulkan kayu-kayu kering untuk membuat unggun api yang gunanya untuk mengusir nyamuk.Kayu-kayu kering itu dicampur dengan kayu-kayu basah untuk mengeluarkan asap guna untuk mengusir nyamuk.
Malam pertama yang mula dilalui oleh udin membuat perasaannya cukup tegang.Kesenyapan dikawasan kebun durian itu benar-benar mencengkam perasaan udin.Apa lagi bila didengarnya kisah-kisah tentang kemalangan kawannya yang terkena bencana dimalam itu.Bayangan perempuan yang dikatakan menjadi hantu itu sungguh mengganggu fikirannya.
Udin hanya duduk didalam pondok dekat unggun api,sedang bahrun kadang-kadang berjalan-jalan sambil membawa lampu suluh kalau-kalau ada durian yang jatuh.Tapi sejak tadi memang belum ada bunyi durian yang jatuh.Dia melihat jam ditangannya baru menunjukkan pukul sepuluh malam.
Ketika bahrun datang ke pondok itu selepas berjalan-jalan sekitar kebun tersebut udin pun berdiri.Bahrun pun mengerti udin tentunya akan buang air kecil.Dia berdiri tak jauh dari pondok.
"Eh...din tolong jauh-jauh sikitlah."Kata bahrun.
Udin pun tak menjawab tapi segera pergi berjalan agak jauh dari pondok.Sebenarnya udin tak mahu menunjukkan rasa seramnya didepan bahrun.Maka dia memberanikan diri berjongkok di tempat yang gelap.Sehabis dia buang air kecil terdengar daun pokok durian bergoyang-goyang agak aneh.
Tak lama kemudian dia mendengar macam ranting kering yang patah.Bau harum pun tercium oleh udin.Seharusnya bunyi daun durian disertai durian yang jatuh,tapi kini senyap saja.Malah terdengar suara yang aneh dan bau yang harum.Udin mengawaskan kegelapan yang menuruti jalan kebun dihujung sana.
Pandangan mata udin memastikan memang dihujung sana ada sesuatu yang bergerak.Kakinya tak menjejak tanah.Bau harum itu makin tajam tercium oleh hidung udin.Udin tak dapat mengawal dirinya lagi.
"Waaa...."Tengking udin dengan meninggalkan tempat itu.Dia terus berlari menuju pondok.Bahrun yang sedang berdiri disitu dilanggarnya.Dua orang itu segera terpelanting,hampir,hampir jatuh di unggun api.
"Apa yang terjadi..?"Bahrun bertanya dengan terkejut.
"Di...dia..da..datang..."Kata udin dengan gugup.
"Abang ni...menakutkan saya."Kata seorang perempuan yang berlari dan kemudian berdiri didepan pondok.Yang datang itu adalah minah isteri udin.Minah membawa cerek yang berisi kopi dan bungkusan kertas.
"Mengapa abang buat perangai menakutkan minah."Kata minah bersungut.Nafasnya tercungap-cungap kerana terkejut.Bahrun mendengar dihujung sana durian jatuh.Dia pun kemudian membawa lampu suluhnya dan pergi ketempat itu.
"Aku tak bermaksud menakutkanmu min..."Kata udin sambil mengatur nafasnya.
"Sebaliknya kau menakutkan aku.Apakah kau memakai minyak pengharum baju.?"
"Yalah...pakai sedikit."Kata minah.
"Yang kau datang ke kebun pakai minyak wangi tu buat apa.Bukannya nak pergi ke pesta.Itulah puncanya.Mana aku tahu yang engkau datang ke kebun ini."Kata udin tak mau mengalah.
Udin tersandar didinding pondok.Dia pun kemudian bangkit dan duduk dilantai pondok."Minah bawakan kopi panas bang.Dan sedikit kuih."Kata minah berlembut hati kerana memang kedatangannya tak memberi tahu.
"Minah minta maaf bang."Kata minah.
"Tak apalah..."Kata udin.Tak lama kemudian meledaklah ketawa minah.Dia tak dapat menahan gelaknya.Sebaliknya udin merasa sejuk hatinya kerana minah nampak dapat digelakkan kerana kelucuan yang tak disengajakan itu.
"Min...sekarang kau balik cepat,sebelum malam-malam begini menimbulkan banyak perkara yang aneh."Kata udin perlahan.Minah mengangguk.Dia pun kemudian memberikan pandangan mesra sekejap pada udin.Tak lama kemudian minah berjalan seorang diri meninggalkan pondok itu.
Bahrun datang lagi dipondok itu dengan membawa sebiji durian.
"Hanya isterimu yang datang kesini."Kata bahrun perlahan.Udin menuang kopi dicawan dan diberikan pada bahrun.Bahrun menerimanya,kemudian meneruskan kata-katanya.
"Bila datang suasana malam seperti ini,kita perlu syak,tapi tak perlu takut sangan pada perkara yang kita belum pasti."Kata bahrun.
Bahrun kemudian meminum kopinya.Udin pun demikian.Malam bertambah larut.Sambil duduk didekat unggun api.Kemudian angin bertiup lembut,daun-daun durian itu bergoyang.Kemudian udin melihat kelompok daun itu bergoyang tanpa ada angin.
"Daun yang disebelah sana bergoyang.Adakah monyet suka bergayut disitu."Tanya udin.Bahrun memerhati kelompok daun-daun yang bergoyang itu,merupakan bayangan yang bergerak.
"Tidak...biasanya dia di pokok getah.Mungkin juga burung malam atau tupai."Jawab bahrun yang membuat hati udin lega.
"Din...boleh aku tidur sekejap dan kau berjaga?Nanti kau tidur dan aku berjaga pula?."Kata bahrun seterusnya.Udin hanya mengangguk dengan perasaan yang diliputi perasaan yang aneh.Malam makin larut.Dari jauh terdengar lolongan anjing yang membuat suasana seperti ini makin menggerunkan.
"Baiklah kau tidur dulu."Kata udin memberanikan diri.Bahrun menyelimutkan diri.
"Di hujung sana ada sesuatu bergerak,pastikan dulu.Mungkin isterimu yang datang."Usik bahrun dengan terdengar sedikit senyumnya.Bahrun memang jarang sekali bergurau,tapi malam ini ada juga dia mengusik udin.
"Run...kau bangkitlah.."Pinta udin dengan jari-jari tangan udin menyentuh bahu bahrun.Bahrun terpaksa bangkit dengan tubuh badan berselimutkan sarung.Dia melihat kearah yang ditunjukkan udin.Disana memang ada sesuatu yang bergerak.
"Tak mungkin isteriku lagi yang datang."Bisik udin menahan nafasnya.
"Pergilah kesana memastikan."Kata bahrun memerintah.
Kemudian udin merasakan yang berkata itu adalah isterinya memerintah dengan bentakan.Ada juga perasaan malu bagi udin bila masih lagi duduk dilantai pondok.Dia pun mula bangkit dan berjalan kearah sesuatu yang bergerak dihujung sana.
Dalam berjalan itu,udin tetap memastikan yang bergerak dihujung sana itu bukan isterinya.Bayangan didepannya makin dekat,dan perasaan udin makin berdebar.Dia berjalan seperti perempuan.Udin menguatkan diri untuk memastikan perempuan dihadapannya itu.
Udin membayangkan sekejap lagi mata perempuan itu bersinar menakutkan dan menampakkan kengeriannya.Rasa panik dihati udin mula menghantuinya.Kakinya mula menggigil.Kemudian.
"Bahrun ke..."Tanya suara perempuan itu yang dikenal oleh udin.
"Oh...makcik...ada apa-apa kah makcik malam-malam datang kesini?."Tanya udin.
"Kalau ada durian jatuh barang sebijik.Tolong bagi makcik.Makcik nak buat bubur."Kata orang tua itu.Lega perasaan udin.Bahrun memang benar.Sesuatu itu perlu dipastikan terlebih dahulu.
"Oh...ada makcik.Cuma sebiji."Kata udin yang segera kembali ke pondok mengambil buah durian itu.Tak lama kemudian dia pun kembali ketempat orang tua itu dan memberikan durian.
"Terima kasih udin...eh.Bahrun mana?."Tanya orang tua itu.
"Ada kat pondok."Jawab udin.
Orang tua itu kembali kerumahnya dan udin kembali ke pondok.
"Hanya mak milah yang datang.Tapi kalau ada lagi yang bergerak dihujung sana nanti,entah siapa lagi yang akan datang."Kata udin pada bahrun.Bahrun tiada menjawab.Dia telah tertidur dengan nyenyaknya.
Akhirnya udin melalui malam pertama dikebun durian mak milah itu dengan perasaan lega kerana semalam tidak terjadi perkara-perkara aneh.Demikian pula pada malam berikutnya.Keadaan berjalan seperti biasa.Durian yang jatuh tidak banyak.Dalam masa seminggu berada di pondok durian itu,udin merasakan dapat mengawal dirinya tanpa dihantui oleh perasaan takut yang sangat.
Pada pagi harinya udin balik kerumah untuk bersarapan pagi dan siangnya balik sekejap untuk makan siang.Bahrun menerima pelawaan mak milah untuk sarapan dan makan siang dirumah orang tua itu.Siang itu setelah udin makan siang dirumahnya,dia pun hendak kembali ke pondok.
"Abang pergi dulu min..."Kata udin.
"Eh...abang ni...lepas makan dah nak pergi.Biarlah nasi tu turun dulu di perut.Rehatlah dulu."Kata minah.Udin hanya tersenyum melihat wajah minah yang masih dengan perangai budak-budak itu.
"Biarlah abang rehat kat pondok."Kata udin yang kemudian hendak berlalu.
"Eee..nanti...nanti..."Kata minah.Dia kemudian menutup matanya dan menjulurkan pipinya yang berisi itu kedepan.Udin mendekatinya dan,"cup".Ciuman ringan itu singgah di pipi minah.Udin pun terus berlalu dan meninggalkan isterinya.
Minah masih tersenyum seorang diri sambil memejamkan matanya.Apa yang dilakukannya itu hanya lah menghayati kasih sayang suaminya yang akhir-akhir ini mula terasa benar mesranya.Perlahan-lahan minah membuka matanya dan memusingkan dirinya.Tiba-tiba senyum minah terhenti seketika.
Sepasang mata yang jalang memerhatikannya.Dan itu adalah abang angkatnya.
"Kenapa abang tiba-tiba muncul ketika suamiku tiada dirumah?."Kata minah.
"Ooo...suami ya...dulu semasa kecil bergurau bercanda tak kisah sangat sekarang,alim konon."Kata abang angkat minah.Dia kemudian mula masuk dalam ruang depan ketika minah berdiri disitu.
"Itu dulu..tapi sekarang minah dah ada suami.Jangan masuk bang.Nanti minah berteriak."Kata minah dengan ketakutan.
"Bang khalil jangannnnn..."Isak minah ketakutan ketika khalil mula mara dan menerkam tubuh minah.Minah menghindarkan diri dari terkaman itu.Kemudian dipegangnya dulang,dulang itu dipukul kan ke kepala khalil yang berusaha bangkit dari terpelanting tadi.Khalil pun kesakitan.
Berkunang-kunang mata khalil.Dia masih terduduk sambil merasakan kesakitan itu.Khalil kemudian bangkit dengan hoyong-hayang.Bibirnya terkatup rapat dan matanya merah menahan kemarahan.Minah pun bersiap-siap hendak memukul lagi andaikan khalil hendak mara lagi.
Ternyata khalil tak berani lagi.Tangannya menggaru-garu kepala yang terkena pukulan dulang besar itu.Dia kemudian pergi tanpa berkata apa-apa lagi.Akhirnya minah bernafas lega terlepas dari kejadian yang menakutkan itu.Minah kemudian menutup pintu rumahnya dan mengancingkannya dari dalam.
Khalil terus pergi dengan hati yang sedih kerana kecewa.Seorang kawan khalil telah menunggu disitu.Ada sesuatu yang hendak ditanyakan pada khalil,kerana khalil menunjukkan wajah yang masam.
"Eh...khalil...dah dapat percuma?"Tanya komar kawannya.
"Puih...kepala aku kene hentak dulang besar."Kata khalil geram.
"Itu lah kau tak nak sabar-sabar.Kan aku kata lebih baik nanti malam.Malam nanti tentu dia keluar menghantar kopi panas ke pondok durian itu.Ha..saat dia berjalan ditempat sunyi itulah kita sergap."Kata komar.
"Baiklah...malam nanti kita berdua tunggu dihujung sana."Kata komar.
Minah melihat jam ditangannya.Saat baru menunjukkan pukul sembilan malam.Elok menghantar kopi lebih awal lagi.Kata minah didalam hati.Air dicerek pun dah mendidih.Minah segera membuat kopi o itu dicerek yang bersih.Goreng pisang yang tadi dibelinya petang dibungkusnya dengan kertas dan dimasukkan dalam bekas.
Tak lama kemudian minah sudah pun berjalan menuruti jalan kecil diantara pokok-pokok liar yang tumbuh dikiri kanan jalan.Kegelapan malam membuat tubuh minah menjadi bayangan saja.Makin lama tubuh minah makin terlihat hanya bayangan dan setelah jauh bayangannya pun hilang ditelan kegelapan malam.
"Dah setengah jam kita menunggu.Minah tak nampak menuruti jalan ini."Bisik suara khalil tak sabar dan terasa ragu-ragu kalau-kalau minah tidak keluar malam ini.
"Lihat itu dia disana."Bisik komar mengarah ke bayangan yang sedang mendatang.
"Jangan disergap disini,kita ikuti dulu.Setelah jauh dihujung sana barulah kita kerjakan."Bisik komar.
"Pas...malam ini berjayalah kita.Terubat kepalaku yang sakit itu."Kata khalil.Keduanya kemudian diam.Mereka berdua melihat bayangan yang melintas didepannya.Bau nya pun harum.
"Eh...dia tidak menuruti jalan menuju kebun makcik.Dia kesana."
"Itu lebih baik...kita sergap diam-diam dan dah tentu tak sesiapa pun tahu hal ini."Kata komar meneruskan kata-kata khalil.Keduanya dengan hati-hati mula mengikuti minah dari belakang.
"Mungkin minah mengikuti jalan yang lain supaya lebih selamat."
"Iya tak iya juga...nah mari kita sergap sekarang."Bisik khalil.Komar dan khalil segera menghamburkan diri menerkam minah.Yang diterkam segera rebah.Kedua-dua orang itu segera menghimpit tubuh minah.
Sebaliknya minah tak melawan.Hal itu malah memudahkan kerja khalil.Khalil pun mula membuka baju minah.Setelah baju itu terbuka,jari-jari tangan khalil hanya meraba bayangan yang terbentuk dari asap.Ketika jari-jari khalil meraba kepala dan leher itu tak bersambung.Ianya hanya kepala saja.Sepotong kepala perempuan yang berambut panjang.
"Waaa...."Terdengar lengking suara khalil yang serak seakan susah hendak menyaringkan suaranya.Komar terkejut.Dia sedang menghimpit kaki yang masih tertutup oleh gaun itu.
"Hei...kenapa?Dia menggigitkah?."Tanya komar tak mengerti.
"Hi...hi...hi....hi...."Kepala perempuan berambut panjang itu tertawa nyaring yang membuat kecut komar dan khalil.Tak lama kemudian,terjadilah pergumulan antara khalil dan perempuan yang mempunyai tubuh dari asap tersebut.Walau pun tangan perempuan itu dari asap,namun dia mencekik leher khalil sehingga berbunyi tulang-tulang leher khalil.
Tak lama kemudian muka komar tersiram oleh cairan.Dan itu adalah darah khalil yang tersembur keluar.Khalil tak dapat langsung nak berteriak lagi.Tak lama kemudian perempuan itu pergi dengan membawa kepala khalil yang putus.Tubuh badan khalil tergolek disitu tanpa kepala.
Kejadian itu hanya sekejap saja.Komar berusaha berdiri namun dia kemudian jatuh kerana sendi-sendi lututnya menggigil.Ketika itulah jari-jari tangannya menyentuh leher khalil yang hilang sebelah.
"Waaaaa......toooolongggg..."Teriak komar dengan kuatnya.Dia merasakan berteriak kuat.Tapi suaranya tak keluar.Tak lama kemudian dia pun pengsan di situ.Suasana kembali sunyi.Tak sesiapa pun yang mengetahui kejadian itu.Tubuh badan komar terbaring disitu hingga pagi.
Ketika matahari pagi telah bersinar,seekor anjing menjilat-jilat muka komar.Anjing itu menjilat-jilat muka komar hingga dia tersedar.Muka komar pun penuh dengan ludah anjing itu.
"Celaka punya anjing..."Kata komar.Dia bangkit dan menendang bontot anjing tersebut.Anjing itu melengking kesakitan dan pergi.Komar melihat kekanan dan kekiri.Tak ada sesiapa disitu.Dia pun kemudian mengingat kejadian semalam.Dan ditempat inilah terjadi nya peristiwa yang mengerikan itu.
Sunyi saja disekitar tempat komar berdiri.Kawasan ini adalah kawasan bekas ladang yang terbiar.Dan semalam dirinya berjalan ditempat ini bersama khalil.
"Eh..dimana pula mayat khalil yang terpotong kepalanya itu?."
Komar kemudian meninggalkan tempat itu dengan perasaan seram dan ketakutan.Akhirnya dia pun lari dicengkam rasa takut yang menjadi-jadi.
Dengan nafas tercunggap-cungap sampai pula komar didepan rumah minah.Terasa tekak komar kering dan nakkan air.Dia pun dengan berjalan sedikit hoyong terus menghampiri pintu rumah minah.Minah baru saja membasuh pinggan mangkuk dan dia sedang membasuh dulang.
Ketika dulang itu sudah bersih dia pun berdiri dengan memegang dulang itu.
Betapa terkejutnya minah bila dia ternampak komar berdiri di gawang pintu.
"Boleh aku minta air min..."Kata komar dengan tersenyum pucat.
"Dung..."Minah menghentakkan dulang itu ke kepala komar.
"Apa air...ayuh pergi.Kau sama jahatnya dengan khalil."Kata minah.
"Tapi aku...."
"Dung...."Minah menghentakkan lagi dulang tu ke kepala komar.Berkunang-kunang rasa mata komar.Dia pun tak ada lagi berniat berdiri lama-lama disitu.Dengan memegang kepalanya komar terus pergi meninggalkan rumah minah.
Dihujung jalan kampung,komar terperosok kedalam longkang,dan merosakkan pagar halaman rumah yang ada disitu.Makcik yang sedang menyapu halaman itu terkejut melihat pagarnya yang memang sudah lapuk itu rebah.Dia segera menghampiri pagar itu.
Komar tahu benar perangai orang tua yang cerewat itu.Maka sebelum orang tua itu pun dekat,dia pun mula meninggalkan tempat itu,namun kain seluarnya tersangkut.Komar susah nak bangkit.Tak lama kemudian.
"Byur..."Air dalam baldi yang sedianya digunakan untuk menjirus tanaman,terkena kepala komar.Makcik itu yang menyiram kepala komar.
"Ha...dah mabuk pun kau merosakkan pagar orang pula."Dengking orang tua itu.Komar tersengih kemudian tergapai-gapai keluar dari longkang tersebut.Tanpa berkata-kata lagi komar terus pergi dari tempat itu.Makcik tersebut masih mengeluarkan kata-kata geramnya.
Teruk betul hari ini bagi komar.Pagi tadi mukanya dijilat anjing,kemudian masuk pintu rumah minah kena hentak dengan dulang,terus masuk longkang dan terkena siram pula dengan air.Celaka punya sial.Kata komar dalam hati.Dia pun terus pergi jauh ke hujung sana,entah peristiwa apa lagi yang akan dihadapi.
Dalam masa sebulan,kerja menajaga durian telah pun selesai.Udin telah mendapat bayarannya dan dia pun dengan kepuasan menerima upah tersebut.Ketika tiba giliran pada bahrun yang menunggu upah tersebut makcik menangguhkan upah tersebut.
"Bahrun...upah kerja kau tu makcik tangguhkan dulu,tapi teruskanlah kerjamu dengan menjual durian itu dipekan.Selepas itu baru makcik kira segala upahmu."Kata makcik milah.
"Baiklah makcik."Kata bahrun tanpa soalan apa-apa.
Kerja menjual durian itu memakan masa tidak lama,cuma dua minggu durian itu dijual dan habislah.Wang penjualan durian itu diberikan kepada mak milah.Selepas demikian,makcik itu pun menangguhkan lagi upah yang dijanjikan itu kepada bahrun.
"Bahrun...kau tahu,anakku rosli dah pergi untuk sesuatu urusan.Maksud makcik hendak suruh kau bertukang membaiki segala kerosakan pagar tembok makcik itu."Kata orang tua itu.Bahrun yang sebenar hendak menyampaikan niatnya yang dirinya sangat-sangat memerlukan wang itu kerana sesuatu sebab.Tapi bahrun segera membatalkan niatnya itu.Akhirnya bahrun menyanggupi kerja membaiki pagar tembok tersebut.Ianya termasuk kerja-kerja menyimen dan menyusun bata kembali,atau membuat lantai baru didalam kawasan rumah makcik tersebut.
Ketika kerja itu telah siap dalam masa sebulan,selama itu pula bahrun hanya dapat mengecap makanan percuma saja dari mak milah.Kini tiba masanya bahrun mengharap akan menerima upah dari orang tua itu.Didalam rumah sewanya itu bahrun menunggu panggilan mak milah untuk menerima upah.
Namun sudah seminggu orang itu tiada mempedulikannya.Ketika suatu petang,bahrun cuba jalan-jalan didepan rumah orang tua tersebut dengan harapan dirinya akan dipanggil oleh orang tua itu,maka hampa lah apa yang diharapkan itu.Rumah makcik milah nampak tertutup semua.
Bahrun kemudian kembali kerumah sewanya.Yang punya rumah tersebut telah berdiri didepan pintu rumahnya.Wajah orang tua itu tidan menunjukkan muka masa tapi sudah tentu wajah tuanya itu mengharapkan sesuatu.Bahrun pun faham akan hal itu.
"Maaf makcik...saya belum dapat rezeki."Kata bahrun.
"Saya belum dapat membayar sewa rumah itu."Kata bahrun perlahan.
"Tak apalah bahrun...yang aku sesalkan,kau ni terlampau sangat mengalah pada orang lain."Kata makcik yang empunya rumah itu.Wajahnya menaruh kasihan terhadap bahrun.Sebaliknya bahrun bertambah segan dengan kebaikan orang tua itu.
"Baiklah bahrun..makcik balik dulu ya."Kata orang tua itu lagi.
"Terima kasih makcik."Balas bahrun.Sementara bahrun termenung,dirinya teringat akan udin.Dengan wajah sedikit cerah bahrun terus kerumah udin.Ya udin tentu boleh menyelesaikan keperluanku.Kata bahrun didalam hati.
Ketika bahrun sampai dirumah udin,rumah itu dalam keadaan tertutup semua pintunya.Jirannya mengatakan udin dan isterinya telah balik kampung mencari tangkal rumah.Bahrun terus berlalu dan menuruti jalan kecil sehingga sampai di pondok untuk menjaga durian itu.
Dipondok itu bahrun terus merebahkan dirinya dengan berbantal tangannya.Sambil berbaring,dia mengenang tempat ini disaat dirinya bersama udin menjaga durian.Tapi kini durian telah pun gugur semua.Tak ada apa-apa yang perlu dijaga ditempat ini.Ketika malamnya,bahrun tetap berada didalam pondok itu.Malas rasanya hendak balik ke rumah.
Bahrun duduk dilantai pondok sambil mendekatkan diri di unggun api yang sedang membara.Dia tahu,kini dirinya sendirian ditempat itu.Tiada udin disampingnya.Dan tiada isteri udin malam-malam begini menghantar kopi panas dan kuih muih.Apa yang bahrun rasakan hanyalah keheningan malam yang hanya diisi oleh suara-suara binatang malam.
Malam makin larut,dan bahrun mula merebahkan diri dengan berbantalkan tangan.Fikirannya kemudian melayang ke masa lalu.Masa bermesra dengan kekasihnya yang bernama syahrul bariyah gadis pakistan itu.Tapi hanya dua minggu.Kemudian syahrul bariyah kahwin dengan pemuda lain,pilihan kakaknya.
"Orang yang miskin,selalunya kalah dalam bercinta."Kata bahrun dalam hatinya.Tak lama kemudian bahrun pun tertidur tanpa disedarinya setelah dirinya tak memikirkan apa-apa lagi.Ada pun yang terjadi dimalam itu dirinya pun tidak tahu.Kecuali dirinya merasa tidur nyenyak,hingga menjelang pagi harinya.
Ketika bahrun bangun dari tidurnya,matahari telah menyinari kabus pagi yang ada di sekitar situ.Apa yang mula-mula tercium oleh bahrun adalah bau harum.Ketika bahrun melihat lantai yang berlapik kan tikar itu,dirinya terkejut.Sebuah bantal yang bersarung dengan sulaman yang indah terletak disitu.
"Ya...aku teringat.Aku merasakan telah menggunakan bantal ini semalam."Kata bahrun seorang diri sambil memerhati keindahan sarung bantal itu.Bau nya sungguh harum dan menghanyutkan hati.Melihat sulaman sarung bantal tersebut,sudah tentu pekerjaan ini memerlukan ketekunan yang mendalam.
"Oh..ini tentu perbuatan makcik.Ya tak salah lagi."Kata bahrun.Bahrun melihat dari pondok ke arah pintu pagar rumah makcik.Pintu pagar itu tertutup.Timbul niat bahrun untuk melihat dari pintu pagar tersebut keadaan rumah mak milah.
Setelah bahrun berdiri dan melihat dari celah-celah pintu pagar itu,keadaan rumah makcik milah tertutup semua pintu-pintunya.Bahrun terus berlalu dari situ kerana hendak meneruskan kerjanya bertukang dirumah orang lain.Sambil berjalan itu lah bahrun cuba berfikir,siapa yang meletak bantal tersebut.
Sebelah petangnya bahrun telah kembali dari tempatnya berkerja.Dia hanya singgah dirumah sekejap untuk mengganti bajunya.Selepas itu dia ke pondok durian tersebut.Bantal yang terletak di lantai pondok itu telah berganti pula.Kini bersarung warna kuning dan bersulam kasar.
Tetapi bahrun tak dapat lama-lama memerhati keadaan bantal tersebut disebabkan bantal tersebut berbau hanyir dan bau bangkai.Bahrun segera mengambil kayu bercabang.Dicucuknya bantal tersebut.Setelah tertusuk,bantal itu pun kemudian diangkat dengan kayu tersebut,dan bahrun berjalan sampai kehujung sana untuk membuang bantal tersebut.
"Aku sungguh tak mengerti.Ada seseorang yang mempermainkan diriku."Kata bahrun dengan perasaan yang bertanda tanya.Setelah bahrun membersihkan dari segala kekotoran yang ada dilantai pondok,dia pun mula merebahkan dirinya disitu.Apa yang difikirkan sambil berbaring itu ialah perkara bantal.Ianya seakan teka teki yang susah untuk dihuraikan.
Sebelum hari gelap.Bahrun mengumpulkan kayu-kayu kering untuk dijadikan unggun api.Ketika hari sudah malam.Bahrun pun membaringkan dirinya dengan berbantal tangan.Keheningan ditempat itu sungguh mencengkam.Tiada udin disampingnya.Bahrun terasa seram juga.Rasanya bahrun tak sanggup esok malamnya tidur ditempat itu.
Bahrun mula membayangkan yang bukan-bukan.Perkara-perkara yang aneh yang terjadi dimalam hari biasanya terjadi.Apa lagi bila diingatnya cerita orang-orang kampung yang mengatakan kematian khalil yang mengerikan itu.Dan tersebar pula hantu perempuan yang hanya nampak kepala dengan leher sekerat.
Hantu perempuan itu mempunyai tubuh badan dan tangan lengkap,namun tubuh badannya adalah palsu belaka.Ianya berbentuk bayangan dari asap yang dilengkapi dengan kain baju dan gaun panjang.Alangkah ngerinya.Kata bahrun baru terpikir malam ini.Cerita ini adalah dari mulut komar.
Sesiapa pun tak pernah percaya dengan cerita komar yang pembohong dan tak pernah berbuat kebaikan itu.Tetapi setelah beberapa hari kehilangan khalil,orang mula percaya cerita khalil yang mati dicekik oleh hantu perempuan hingga kepalanya putus diparas leher.
Bahrun tiba-tiba terkejut.Dirasanya angin mula bertiup aneh dan tercium bau yang hanyir dan memuakkan.Bahrun segera memerhati kegelapan sejauh matanya memandang.Tiada sesuatu yang nampak,kecuali bayang-bayang pokok yang menakutkan dan benda-benda lain yang tumbuh di situ.
Sementara bahrun merasakan debar jantungnya makin kencang,terdengar suara lolongan anjing yang memanjang dikeheningan malam.Setelah suara anjing itu tiada lagi bahrun merasakan sesuatu akan terjadi,entah dimana.Apa yang dibayangkan bahrun ternyata benar.
Dihujung sana,pandangan mata bahrun nampak sesuatu yang bergerak bagai bentuk tubuh manusia.
Memang benar.Yang berjalan dihujung sana itu seorang perempuan.Bahrun merasakan debar jantungnya makin menjadi.Mungkinkah itu minah isteri udin?.Tanya bahrun didalam hatinya.Perempuan itu makin mara ketempat bahrun.Dengan mata bulat bahrun memerhati perempuan yang sedang bergerak ke arah dirinya itu.
Perempuan itu bergaun panjang sehingga bahagian gaun yang bawah itu menyapu tanah.Bau hanyir itu makin tajam menusuk hidung bahrun.Tak lama kemudian perempuan itu meluru kearah bahrun dengan tangan terjulur.Namun ketika perempuan itu hampir dekat dengan pondok,dia pun menjerit.
"Aaaaa..."Jerit itu memecah kesunyian malam.Tak lama kemudian mata perempuan itu bagaikan mata bola api kerana merahnya.Dia berpusing-pusing sekejap melawan kesakitan yang melekat pada dirinya.Tak lama kemudian tubuh perempuan itu mengecut,dan kepala perempuan itu turun kebawah menimpa onggo'an kain bajunya.
Kepala perempuan itu bagaikan hendak jatuh dari atas,kemudian terbungkus dengan kain bajunya.Tak lama kemudian bungkus kain tersebut membungkus kepala perempuan itu.Selanjutnya bungkusan kain tersebut terbang meninggalkan pondok tersebut.Bahrun bagaikan terpukau melihat kejadian yang menggerunkan itu.
Kini bahrun baru percaya cerita tentang keanehan bila malam telah menjelma.Tetapi bahrun tak sempat berfikir lama,kerana bahrun tiba-tiba rebah dilantai pondok tersebut tanpa sedar diri lagi.Malam telah pun larut.Apa yang terjadi kemudian bahrun tak dapat mengetahui.
Ketika dipagi harinya bahrun bangkit dari tidurnya,matahari pagi pun telah menyinarkan cahayanya yang lembut itu menembusi kabus pagi disekitar tempat itu.Ketika bahrun melihat ditikar diarah kepalanya ketika tidur,bantal yang harum yang bersarung indah itu telah terletak disitu.
Ketika bahrun memerhati lebih cermat sulaman sarung bantal tersebut,ternyata sarung bantal tersebut bertuliskan ayat bismillah.Bahrun termenung untuk beberapa minit.
"Ah...sesiapa pun yang memberi bantal ini pada aku tak tahu.Biarlah ku bawa balik bantal ini."Kata bahrun dalam hatinya.Kerana tak mungkin bagi bahrun yang pernah mengalami kengerian dimalam itu,masih mau bermalam dimalam ini seorang diri.Itu beerti menempah maut.
Setelah bahrun meletakkan bantal itu dibilik tidurnya,dia pun terus pergi untuk melanjutkan kerjanya membaiki dinding rumah seorang jirannya yang tinggal dihujung sana.Petangnya ketika dia balik dari tempatnya bekerja,bahrun tetap tinggal dirumah,dan bermalam dirumahnya.
Ketika menginjak malam berikutnya.Setelah milah selesai mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat,dia terus keluar dari biliknya diam-diam.Dia keluar rumah dari pintu dapur kemudian berjalan dihalaman belakang rumahnya.
Disebalik pintu pagar besi yang mempunyai jari-jari itulah milah melihat kearah pondok jaga durian yang tempatnya tak begitu jauh dari tempatnya berdiri.Milah terkejut bila didekat pondok tersebut tidak ada lagi unggun api.Dia tertanya-tanya didalam hatinya.
"Dimanakah pemuda penjaga durian itu?Agaknya dia tidur dirumah."Kata milah didalam hatinya.Milah pun terus kembali kebilik tidurnya.Malam bertambah larut.Milah pun tak memikirkan apa-apa lagi dan kemudian membaringkan diri dan terlena.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Mastris
No comments:
Post a Comment