Kepala Iblis
Bahagian 5 : Sesuatu Yang Mengejutkan
Rumah mak milah cukup besarnya.Maka halaman itu luaslah sehingga mengelilingi sekitar rumahnya.Halaman itu dikelilingi oleh dinding batu setinggi dua meter lebih.Sehingga siapa pun tak dapat melihat halaman rumah mak milah kecuali bila berada didalam.
Didalam halaman disamping rumah mak milah didirikan pondok tanpa dinding.Pondok itu ada lantai papan yang dilapik oleh tikar pandan.Ditempat inilah mak milah menjamu bahrun dipetang itu.
"Kau dah makan bahrun?."Soal mak milah sebelum memulakan hajatnya.
"Baru saja makan,makcik."Kata bahrun sambil menggerakkan tangannya kearah perutnya.Orang tua itu kemudian mengambil tembakau sentilnya.Dua tiga kali sentil itu dimain-mainkan di mulutnya kemudian dipegangnya kembali.
"Begini bahrun..."Orang tua itu memulakan kata-katanya.
"Makcik naik risau kerana sampai hari ini makcik belum dapat membayar upah kerja kau tempoh hari."Orang tua itu berhenti sekejap.Bahrun masih menunggu saja.Dia mengatur duduknya sehingga bersila,sambil menundukkan kepalanya.
"Bagaimana fikiranmu bahrun?."Tanya orang tua itu.
"Oooh...tidak mengapa makcik."Kata bahrun.
"Em...begini.Makcik nak cadangkan upah kau tu nak makcik ganti dengan upah yang lain.Itu pun bila engkau setuju.Kalau kau tak setuju,makcik pun dah tentu akan menjelaskan upahmu itu."Kata orang tua itu.Bahrun masih menundukkan kepalanya.
"Mana-mana yang makcik pandang elok,bahrun terimalah pembarian itu."
"Benarkah ini bahrun....?"Orang tua itu memastikan.
"Baiklah.Kalau begitu,sekarang kau baliklah dulu.Esok petang lewat tengah hari kau datang kesini."Kata orang tua itu.
Bahrun dah pun hafal benar perangai orang tua itu.Dulu semasa mengecat rumah yang memakan masa seminggu,orang tua itu tidak membayarnya dengan upah wang.Namun diganti dengan upah yang lain.Iaitu buah manggis yang ada dikebun.Ketika buah manggis itu dijualnya,wang hasil penjualan manggis itu pun dah lebih dari mengecat rumah.
Dulu lagi semasa menebas rumput dikebun durian itu,tak pula diupah dengan wang,namun diupah dengan buah rambutan yang ada dikebun.Hasil penjualan rambutan itu wangnya dah berganda dua kali lipat dari upah yang dijanjikan.Kini entah benda apa pula yang di berikan.
Sambil berjalan pulang itu bahrun cuba meneka benda apa yang diberikan untuk menggantikan upah wang.Durian habis terjual.Manggis belum lagi berbuah.Kemudian bahrun terpikir,buah kelapa.Yah...buah kelapa itu lah tekaan bahrun.Pasaran buah kelapa pada masa sekarang memang cukup mahal,maka tersenyumlah bahrun mengenai perkara ini.
Esok harinya setelah lewat tengah hari.
Ketika bahrun muncul dihalaman rumah orang tua itu,mak milah menjamu lagi bahrun dipangkin pondok itu.Mak milah baru saja habis mengunyah sireh ketika bahrun ada disitu.Setelah gigi-giginya dikesat dengan sentil yang berpusing dua tiga kali,mulalah orang tua itu berkata-kata.
"Bahrun dua orang tamu penting dan dua saksi dah menunggu dibilik tamu.Beliau adalah tok kadi dan tok imam.Mereka itu makcik jemput hanya untuk mengkahwinkan kau dan anakku."Kata orang tua itu.
"Apa makcik?."Tanya bahrun yang terkejut.
"Iya...kau akan kukahwinkan dengan anakku zamilah fairuz."Kata orang tua itu.Bahrun rasa tak yakin apa yang didengarnya itu.Tapi setahu bahrun,orang tua ini tak pernah main-main.
"Makcik...tak ada hujan tak ada angin,tiba-tiba saja saya kahwin.Apa yang ada pada diri saya.Saya macam ni saja nak kahwin."Kata bahrun tak habis mengerti.
"Dan setahu saya,makcik tak ada anak perempuan.Dah lebih sepuluh tahun saya berjiran dengan makcik."Sambung kata bahrun.
"Makcik ada anak perempuan.Karena dia itu ada cacatnya,maka berada didalam bilik saja.Itu pun bila kau mau bahrun.Bila kau tak mau,makcik tak memaksamu."Kata orang tua itu.Lama bahrun terdiam.Kahwin...itu saja yang kini dalam fikiran bahrun.Suasana ditempat itu menjadi sunyi.
Bayangan buah kelapa itu pun hilang lenyap.Yang ada kata-kata kahwin.
"Makcik...tengoklah pakaian saya dan seluar saya.Macam mana ni?."
"Bila kau mau dan menerimanya dengan ikhlas,maka masuklah bilik rosli.Pakailah pakaian rosli baju melayu itu dan songkoknya sekali dan juga samping."Kata orang tua itu.
"Tak kiralah anak makcik itu cacat sekali pun,bila memang hal ini sudah makcik rancangkan,bahrun menerimanya dengan ikhlas hati."Kata bahrun,orang tua itu tersenyum.
"Tok kadi dan tok imam dah menunggumu disertai empat saksi.Cepatlah tukar bajumu dengan baju rosli."Kata orang tua itu.
Bahrun dengan rasa hairan menuju ke bilik rosli.Ketika baju dan samping rosli telah dipakainya,bahrun kemudian dihadapkan dengan tok kadi.Upacara ijab kabul nikah itu berjalan dengan lancar walau singkat.Bahrun melafazkan upacara nikah itu dengan ."Kuterima nikahnya zamilah binti faruz dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit hutang."
Selepas upacara ijab kabul nikah tersebut,dan semua yang hadir telah pun kembali kerumah masing-masing,kini yang tinggal hanya bahrun dengan makcik milah.
"Bahrun...kini kau telah sah jadi suami anakku.Kini tengoklah keadaan isterimu.Kalau dia nya mengecewakan dirimu,janganlah kau bersedih hati.Andaikan dia....dia bodoh,ajarlah dia sedikit demi sedikit,sesungguhnya dia masih budak mentah lagi.Pergilah.Makcik nak kemaskan pinggan mangkuk ini."Kata orang tua itu.
Bahrun terus berjalan kehujung sana.Tak lama kemudian bahrun kembali ke tempat orang tua itu.Orang tua itu kemudian memandang wajah bahrun.Bahrun terasa gugup dan jantungnya berdebar-debar.
"Eee...siapa nama isteri saya makcik?."Tanya bahrun.
"Zamilah..."Kata orang tua itu dengan tersenyum.Bahrun terus berjalan melalui lorong panjang sampai kehujung sana.Rumah besar ini banyak bilik.Yang mana biliknya.Ketika bahrun berada dibilik yang dihujung sana.Tahu lah inilah bilik isterinya.Pintu itu dihias dengan rangkaian bunga yang harum.
Bahrun mengetuk pintu dengan mengucapkan salam.Terdengar jawapan suara halus lembut dari dalam."Suaranya halus dan merdu.Dah tentu dia tidak cacat telinga dan suara.Apa pula cacatnya?."Tanya bahrun dalam hati.
Pintu bilik itu dibuka dari dalam.Kemudian seorang gadis bertudung dan bercadar muka nampak didepan bahrun.
Setelah membuka pintu,zamilah undur kebelakang beberapa langkah dan masih berdiri didepan bahrun dan tunduk.Bahrun memerhati gadis yang berdiri itu dari hujung kaki hingga terus keatas sampai pandangan bahrun berhenti pada wajah zamilah yang hanya menampakkan kedua bahagian matanya itu.
"Selamat datang bang..."Kata zamilah sambil membuka cadar muka.Bila bahrun nampak wajah yang halus dan lembut dan demikian cantiknya,terasa peluh dingin bahrun keluar.Debaran jantung bahrun makin kencang bergerak.Bahrun tetap berdiri disitu seakan melihat keindahan yang tak ada dua nya didunia ini.
"Milah...benarkah kau isteriku?."Tanya bahrun ragu-ragu.
"Iya bang...apa yang abang bimbangkan?."Tanya zamilah perlahan.
"Entahlah..rasanya bagaikan mimpi.Aku datang kerumah ini dan kahwin."Kata bahrun sambil menundukkan wajahnya kerana tak sanggup memandang kejelitaan wajah isterinya.
Alangkah kecil rasa diri bahrun bila berdepan dengan gadis yang secantik ini.Dan gadis itu adalah isterinya.Isterinya yang sah yang baru sekejap tadi dinikahinya.
"Menurutmu...adakah aku ini sesuai menjadi suamimu?."Kata bahrun perlahan.Bahrun masih menunduk.Hal itu mengingatkan seorang murida yang takut menatap wajah cikgunya.Milah mengangkat wajahnya.
"Milah tak tahu nak yakinkan pada abang.Tapi milah sedar,yang milah kini jadi isteri abang.Tentulah milah menyesuaikan diri pada abang.Kemana abang pergi,mestilah milah ikut."Kata milah dengan suara yang bergetar dan hampir tiada terdengar.Bila bahrun mendengar pengakuan isterinya,baru lah bahrun kini menyedari yang milah menyukai dirinya.
"Kalau begitu,mau kah kau senyum untukku."Kata bahrun sambil mengangkat wajahnya.Setelah berkata demikian bibir bahrun terkatup rapat.Wajah bahrun pucat menunggu senyuman isterinya.Inilah tanda yang terakhir bagi bahrun untuk memastikan yang gadis didepannya ini menjadi isterinya yang ikhlas.
Perlahan-lahan milah mengangkat wajahnya dan melemparkan pandagannya tepat kearah bahrun.Mata zamilah telah basah kerana mendengar kata-kata bahrun yang merendahkan diri itu.Detik demi detik bahrun melihat senyuman itu.Tak lama kemudian bibir zamilah tersenyum.
"Baiklah zamilah...ternyata kini hilang takut ku."Kata bahrun dengan sedikit tersenyum.Bahrun menggerakkan dirinya hendak keluar.Ketika hendak melangkah,dia teringat sesuatu.
"Boleh saya jumpa emak sekejap?."Tanya bahrun.
"Milah ikut...."Kata zamilah.Ia menundukkan wajahnya.Tak lama kemudian milah pun bergerak dan tangan milah kedua-duanya memegang tangan bahrun.Bahrun merasakan dirinya tidak perlu lagi berkecil hati.Milah benar-benar suka akan dirinya.
Sekejap saja milah memegang tangan bahrun.Ketika bahrun dan milah keluar dari bilik,milah melepaskan tangannya.
Bahrun dan milah telah berada dihalaman rumah.Orang tua itu baru saja keluar dari dapur.Ketika dia nampak milah dan bahrun,orang tua itu menghampirinya.
"Ha...eloklah kalian sudah saling mengenal."Kata orang tua itu.
"Pada mulanya saya tak sangka hal ini benar-benar terjadi."Kata bahrun.
"Memang terjadi."Kata orang tua itu menyakinkan.
"Hanya saya nak tahu apa cacat milah yang sebenar?."Bisik bahrun.
"Ajaklah isterimu keluar.Lima belas tahun zamilah berada didalam rumah saja tanpa tahu keadaan diluar.Maka itu lah cacatnya."Bisik makcik itu ditelinga bahrun.Bahrun terkejut dan hairan.
Bahrun memandang isterinya.Zamilah tunduk dengan rasa malu.
"Pergilah kat pokok sana.Tunjukkan sesuatu yang indah untuk isterimu."
"Baik makcik."Kata bahrun.Bahrun berjalan disamping milah.Orang tua itu tersenyum,melihat keduanya.
Bahrun dan zamilah pergi melalui halaman belakang rumah.Ketika keluar dari halaman,bahrun terus menuju kebun durian yang telah tiada buahnya itu.Mereka berdua berjalan-jalan sekitar tempat itu.
"Pondok ini tempat aku menjaga durian.Milah pernah ketempat ini?."Tanya bahrun.Milah menggelengkan kepalanya.Bahrun terus membawa milah ke sebatang anak sungai yang ada air terjun setinggi satu meter.
"Kau pun tak pernah ke tempat ini milah?."Tanya bahrun.Zamilah menggelengkan kepalanya.Tapi milah tersenyum apabila inilah pertama kali milah tahu air terjun yang dirasanya menggelikan hatinya itu.Hal ini membuat bahrun menggelengkan kepalanya.Ternyata cerita cacat milah itu benar.
Sementara milah memandang air terjun dengan asyiknya,bahrun pula memandang telatah milah dengan geli hati.Gadis remaja yang tersimpan lima belas tahun didalam rumah.Kini gadis itu menjadi isterinya.Tak jemu-jemunya bahrun memandang isterinya.
"Milah..."Terdengar suara itu ditelinga milah.Disaat itu angin petang bertiup lembut.Kerana angin yang bertiup tersebut,timbullah keinginan bahrun terhadap milah.
"Ya..."Suara milah bagai tiada terdengar.
"Angin sedang bertiup.Buka lah tudungmu,biar kulihat rambutmu yang melambai ditiup angin lalu itu."Kata bahrun.Milah tak lagi menatap air terjun itu.Wajahnya tunduk dan tersenyum pucat.Maka dia tak memandang suaminya.
"Milah malu bang..."Kata milah perlahan hampir-hampir tak terdengar.
Milah mendengar suaminya menghembuskan nafasnya keluar.Ketika milah memandang suaminya,bahrun tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.Milah pun tersenyum.Air terjun itu dipandangnya lagi.Bahrun tak lagi berkata-kata.Tak lama kemudian milah menggerakkan jari-jarinya kemudian membuka tudung dikepalanya.
Setelah rambut zamilah terdedah dari tudung,rambut itu terurai panjang sampai ke batas pinggang.Hujung rambut zamilah melambai-lambai ditiup angin petang.Begitu indah dan bahrun menarik nafasnya penuh kelegaan.
"Milah..."Kata bahrun mula berani sedikit.
"Ya bang..."Jawab milah.
"Aku ada hutang padamu....sebesar delapan puluh ringgit,wang mas kahwin."Kata bahrun mengusik.Milah tak menjawab apa-apa.Ketika bahrun menunggu sehingga milah berkata-kata.Tapi milah diam saja.
"Abang gantilah dengan membayar kasih sayang abang pada milah."Kata milah.Bahrun mengganguk-angguk seorang diri.Ternyata milah telah memiliki kematangan cara berfikir.Maka bahrun pun tak lah berlarut-larut untuk mengujinya lagi.Dia segera mengajak isterinya balik kerumah.
Setelah sampai dirumah milah memasuki biliknya.Dan bahrun menukar bajunya kembali.Baju kenterek yang digunakan kerja.Namun baju ini dah bersih dibasuh semalam dulu.
Bahrun kemudian menemui emak mertuanya yang sedang menyapu halaman.
"Makcik...."Kata bahrun.Orang tua itu menghentikan kerjanya.
"Dimana bahrun tidur malam ini."Tanya bahrun.
"Eh eh budak ni.Tidurlah dengan isterimu.Tak akan kau tidur pulak kat pondok jaga durian itu."Kata mak mertuanya.
"Eeee,maksud bahrun,tidur kat rumah makcik ke tidur kat rumah sewa saya."
"Oooo...tidurlah kat sini barang dua tiga hari.Selepas itu,bawalah isterimu ke rumah sewamu."Kata emak milah.
"Baiklah makcik....tapi malam ini bahrun kena jaga kampung.Bahrun tak dapat tidur disini malam ini."Kata bahrun.
"Iya tak iya juga.Baiklah kau minta izin isterimu dulu.Em...bahrun...ingat,isterimu itu masih budak mentah lagi.Hati-hatilah kau berdepan dengan isterimu."Kata mak mertuanya.Bahrun menggangguk.Bahrun pun berjalan menuju kebilik isterinya.
Milah baru saja menukar bajunya dengan baju kebaya dengan kain batik lepas.Baju itu berwarna merah jambu dipadankan dengan warna kain batik lepas.Ketika bahrun muncul dibilik itu dengan pakaian konterek,rasa malu juga bahrun dibuatnya.
"Milah...abang nak balik kerumah."Itu saja yang bahrun katakan.
"Abang tak tidur dirumah milah?."Tanya milah perlahan.Bahrun menggelengkan kepalanya.Bahrun menatap wajah isterinya.Milah tunduk.Jari-jari tangannya memainkan hujung kebayanya.Kemudian sunyi di bilik itu.
"Yang sebenar,abang kene jaga kampung."Kata bahrun lebih perlahan.
Milah masih diam.Sikap milah yang masih kebudak-budakan ini membuat bahrun tak tahu nak buat apa.Lama bahrun tak berkata-kata.Dan milah pun masih tunduk seakan budak kecil yang merajuk tak diberi gula-gula.Alamak....Baru jumpa dah macam ni.Kata bahrun dalam hati.Tak lama kemudian dalam diam-diam itu,mata milah basah oleh air mata.
"Milah nak ikut abang berjaga?."Saja bahrun berkata olok-olok.Tetapi sebaliknya milah menggangguk perlahan."Mak...."Kata hati bahrun.Anggu'an kepada milah malah membuat bahrun makin sedih.
"Milah...andaikan kau ikut abang jaga malam ini,dah tentu heboh orang-orang kampung.Bukan heboh tentang hantu yang hangat dibincangkan,tetapi heboh kerana aku ada kawan seorang gadis."Kata bahrun mula panik.
Sambil bermenung itu,bahrun tiba-tiba teringat kata-kata mak mertuanya.
"Isterimu masih budak mentah lagi.Hati-hatilah kau berdepan dengan isterimu."Bila bahrun teringat kata-kata ini,muka bahrun pun benar-benar rasa berpeluh nak mengatasi hal ini.
"Baiklah milah...kau boleh ikut berjaga dengan abang.Abang akan mengambilmu selepas sembahyang isyak.Boleh kau sabar menunggu sampai lepas isyak?."Soal bahrun sambil memerhati wajah isterinya.Zamilah menggangguk.Bahrun tak menyangka akan menghadapi hal seperti ini.
"Sekarang abang pergi dulu.Pertama abang nak khabarkan pada kawan-kawan,yang abang akan berjaga dengan milah,agar mereka tak heboh,boleh?."Tanya bahrun.Milah hanya menggangguk saja.Bahrun pun kemudian meninggalkan milah.Setelah bahrun meminta izin dari mak mertuanya,dia pun pergi dengan macam-macam fikiran.Sepanjang perjalanan,bahrun merasakan pelik dengan kejadian yang dihadapi ini.
Sementara bahrun berjalan,bahrun masih mencari cara mana yang lebih baik untuk menyakinkan kawan-kawannya yang dirinya sudah kahwin secepat ini.Dah tentu sesiapa pun tak percaya,bila tak dibawa serta tok kadi dan tok imam.Setelah bahrun tiba dirumah,dia lalu menyiapkan keperluannya untuk jaga malam ini.
Sebelum masa berjaga bahrun pergi kerumah udin.Kebetulan udin pun ada dirumah.Yang lebih seronok lagi kerana malam ini udin kena giliran jaga.Sementara udin berbual dengan bahrun,minah membuat kopi didapur.
"Din....aku ada masalah tentang jaga kampung malam ini."Kata bahrun.
"Kau tak dapat jaga malam ini?."Soal udin mula tak sedap hati.
"Bukan itu....aku akan berjaga dengan isteri aku."Kata bahrun.
"Apaaa....kurang dengar run?."Tanya udin terkejut.
"Bila kau kahwin?."Tanya udin tak percaya.
"Dah lama....kat kampung...kini isteri aku datang dari kampung,baru sekejap tadi.Bila dia dengar khabar tentang hantu itu dia pun naik takut dan ikut nak berjaga.Maksud aku suruh lah minah pujuk agar dia bermalam dirumahmu sementara kita berjaga."Kata bahrun yang menunjukkan wajahnya yang penuh harap.
"Benarkah ini...?"Udin menyoal lagi.
"Iyaaa....tak akan aku berbohong pulak."Kata bahrun.
"Apa benda ni sampai bertekak?."Minah menyampuk.
"Ini...isteri bahrun datang dari kampung.Dia takut kat rumah.Jadi nak ikut berjagalah.Tapi kau pujuklah dia agar mau bermalam dirumah kita."Kata udin menjelaskan.
"Eh isteri yang mana satu."Kata minah pula.Bahrun ambil nafas panjang.
"Isteri dari kampunglah...kurang jelas lagi."Kata udin menjelaskan.
"Kalau benar,bawalah kesini,minah boleh pujuk dia."Kata minah,sambil menuang kopi o panas.Lega lah hati bahrun kerana rintisan perjuangannya tentang minah mendapat sambutan.
Selepas sembahyang maghrib,udin dan bahrun menampakkan diri di pondok jaga kampung.Enam orang lagi telah pun ada disitu.Bahrun membayangkan andaikan isterinya ikut jaga di tengah-tengah pemuda ini,alamak...entah apa jadinya.Ketika waktu isyak telah sampai,udin dan bahrun pergi meronda.
Setelah keduanya telah berjalan jauh dari pondok,udin balik kerumah,dan bahrun terus ke rumah mak mertuanya.Bahrun menemui isterinya ketika dia telah berpakaian dakwah.Pakai tudung dan memasang cadar dengan kain halus yang hanya menampakkan bahagian kedua matanya.Bahrun sedih melihatnya.Inilah pertama kali bahrun menempuh kejadian seperti ini.
Walau pun milah pakai cadar dimukanya,tapi cadar itu masih menampakkan wajah milah.Cadar ini biasanya dipakai seperti gadis-gadis mesir.
"Milah...awak dah siap?."Tanya bahrun.
"Ya bang..."Jawab milah sambil tersenym dibalik kain cadar tersebut.
Setelah memberitahu pada mak mertuanya,bahrun membawa isterinya keluar.Baru dimalam seperti inilah bahrun membernikan diri memegang jari-jari isterinya.Keduanya nampak berjalan berdua-duaan.Jalan kampung yang hanya diterangi oleh lampu-lampu minyak disetiap depan rumah penduduk,membuat bahrun tak begitu dikenali oleh sesiapa.
Untunglah dijalan itu bahrun tak mengalami kesulitan dengan tegur sapa oleh orang-orang kampung.Keduanya cepat sampai di rumah udin.Udin dan minah menyambut kedatangan tamunya.Bila bahrun dan milah dah duduk dilantai rumah dibilik depan,benar-benar udin meyakini,ini adalah isteri bahrun.
Milah berkenalan dengan minah,keduanya berbual ditempat lain.Tak lama kemudian minah memberitahu bahrun,bahawa milah bersedia bermalam dirumah minah.Lega hati bahrun.Dia langsung tersenyum dan terus ketempat isterinya.
"Milah abang pergi dulu ya?."Kata bahrun.
"Baiklah bang..."Kata milah sambil bangkit dari tempat duduknya kemudian mengalungkan tasbih dileher bahrun.Tasbih itu memuat nama allah yang ke sembilan puluh sembilan,dan pada biji tasbih yang terakhir bertuliskan"YA HU".
"Walau apa pun yang terjadi,abang jangan lepaskan tasbih ini dari leher abang."Kata milah.Bahrun dan udin terus keluar dari rumah dan meneruskan jaganya dimalam itu.
"Wah..dimana kau dapat isteri seperti itu run..."Puji udin.
"Kalau dah jodoh din..."Jawab bahrun singkat.
Keduanya kemudian tiba di pondok jaga.Dipondok jaga tinggal empat orang.
Yang dua orang telah pergi meronda.Baru saja udin dan bahrun duduk disitu,kedua orang yang tadi meronda,datang semula ke pondok dengan wajah yang pucat dan mulut tercunggap-cungap.Yang ada dalam pondok jaga semua terkejut.
"Eh...apa bendanya ni?."Tanya seorang kawan,dan dia siap-siap hendak pergi.
"Ko..komar dalam perigi buta.Di...dia telah jadi ma...mayat."Katanya.
"Apa komar telah jadi mayat?."Mereka saling bertanya.Semua yang ada dalam pondok saling berpandangan.Tak lama kemudian kentong kayu dipukul bertalu-talu.Dua orang jaga tinggal di pondok dan yang enam termasuk bahrun dan udin ikut pergi.
Mayat komar memang ada di dalam perigi.Lidah nya terjulur dengan kepala penuh luka terkena dasar perigi buta yang dari batu-batu itu.Beberapa lampu suluh yang menerangi kedalam perigi itu cukup terangnya.Memang wajah komar mudah dikenal.Dengan menggunakan tali,bahrun turun ke perigi.
Bau busuk telah menyerang hidung bahrun,tapi sudah sampai dibawah terpaksa meneruskan kerja itu.Mayat komar diikat dengan tali.Setelah bahrun naik dulu kedarat,barulah mayat komar dikeluarkan dari dalam perigi.Semua yang ada didekat mayat komar menutup hidungnya.
Setelah diteliti dengan cermat,tidak ada luka-luka lain kecuali luka di kepala komar.Mereka semua menduga komar terjatuh didalam perigi buta.Dan mereka berpendapat komar sering mabuk kerana minum arak.
"Harus ada yang pergi ke tok imam dan ke penghulu kampung memberi tahu kan."Kata udin.Dua orang segera pergi memberitahukan hal ini kepada tok penghulu dan tok imam.
Tak lama kemudian malam yang baru bermula itu digemparkan dengan mayat komar yang hampir busuk.Orang-orang kampung mula berdatangan menghampiri mayat komar.Kerana berita itu berita kemalangan,banyaklah orang-orang yang menyaksikan mayat komar.
"TIdakkah diantara kalian yang boleh mengambil keranda,malam ini juga kita selesaikan mengebumikan mayat komar."Kata tok penghulu kampung.Bahrun dan udin bersetuju mengambil keranda itu.Kemudian dua orang lagi membantu kerja udin dan bahrun.Keempat orang itu pun pergilah mengambil keranda,dengan membawa obor.
"Yang lain cubalah gali kubur."Kata tok imam pula.Menggali kubur malam-malam begini sesiapa pun saling berpandangan.Tapi untunglah yang akan menggali kubur itu jumlahnya cukup banyak,jadi ketakutan itu agak kuranglah.Mereka semua pergi dengan menggunakan obor.
Rombongan bahrun sudah sampai ketempat menyimpan keranda.Masing-masing terus memegang keempat hujung keranda dan mula mengangkatnya untuk diletakkan dibahu masing-masing.Keranda itu masih tertutup,dan beratnya pun cukuplah.Empat orang termasuk udin dan bahrun itu pun mulalah berjalan.
"Eh aku dengar bunyi yang aneh dalam keranda,atau kau yang memukul-mukul tutup keranda ini?."Kata udin tak sedap hati.Bila dengar kata-kata udin sua orang yang memikul keranda bahagian depan mula syak sesuatu.
"Apa yang cakap ni udin...nak kenakan aku ke?."Kata orang yang didepan.
Tapi keempat orang tersebut merasakan sedikit goncangan di dalam keranda.Dan berat keranda tersebut bagai terisi sesuatu yang berat.Masing-masing menduga apa yang ada didalam keranda.Sudah tentu disamping mereka menduga sesuatunya,rasa seram itu menghantui mereka.Namun mereka tetap berjalan dengan laju seakan cepat-cepat meletak keranda tersebut bila telah berada di tempat orang-orang itu berkumpul.
Didekat perigi buta itu pula mayat komar dimandikan.Bahrun dan rakan-rakan lainnya telah pun sampai ditempat perigi buta.Kemudian meletakkan keranda yang masih tertutup itu.
Empat orang yang membawa keranda termasuk bahrun dan udin,sejak tadi sudah syak apa benda yang ada didalamnya.Kerana sikap empat orang yang sedang berusaha membuka keranda tersebut menunjukkan keganjilan,hampir semua orang menumpukan perhatiannya kearah keranda.
"Mari kita sama-sama membukanya."Kata bahrun.Masing-masing memegang gelang yang ada disudut penutup keranda dan mengangkat penutup tersebut.Penutup itu pun tercabutlah dari keranda dan tak lama kemudian mereka pun melihat yang ada didalam keranda itu.Maka terbujurlah sesusuk tubuh manusia disitu.Sebaik udin dan kedua rakannya melihat tubuh dalam keranda tersebut,tutup keranda itu pun di buangnya.
"Yaaaa......."Teriak kedua orang itu,dan udin pun berlari.Mereka yang berkerumun dekat keranda segera lari bertempiaran dengan membawa obor masing-masing.Bahrun tetap berdiri disitu dengan obor ditangan kerana dia terkejut yang amat sangat dan tak ada persiapan untuk berlari.
Dengan gerakan perlahan dan tercungap-cungap keluarlah wak kemat dari keranda tersebut.Bahrun yang mengenali wak kemat lega lah hatinya.Sebaliknya bahrun bersungut kerana kelakuan wak kemat itu.
"Apa yang wak kemat buat perangai macam ini?."Soal bahrun.
Orang-orang yang tadi pergi,termasuk tok imam dan tok penghulu,kembali semula ketempat dekat perigi.Mereka segera berkerumun didekat wak kemat yang nampaknya lebih lesu itu.
"Aku terperangkap didalam keranda lah.Aku bersorok kat dalam keranda ketika terjadinya aku melihat hantu kepala perempuan tersebut.Ceritaku benar,aku dan komar melihat hantu perempuan itu."Kata wak kemat.
Semua yang mendengar cerita wak kemat percaya.
"Tetapi wak...komar dah pun meninggal,mayat nya pun dah mula busuk."Kata mereka.
"Apa...meninggal?."Kata wak kemat.Wak kemat pun melihat mayat komar yang terbujur dekat perigi,dan sedang dikafan.
"Oh..komar...rupanya nasibku lebih baik darimu,walau aku dalam keranda itu tak dapat keluar."Keluh wak kemat.Mereka yang mendengar cerita wak kemat makin yakin hantu perempuan itu telah wujudn dan menghebohkan kampung.Orang-orang yang datang dari menggali kubur telah pun datang,menandakan kubur itu telah siap digali.
Wak kemat meratapi komar yang kini telah menjadi mayat.Tak sesiapa pun yang mengetahui mengapa wak kemat meratapi komar sehingga nampak wak kemat demikian sedihnya.Wak kemat masih disitu walau dia kelaparan kerana terkurung didalam keranda itu selama dua hari dua malam.
Upacara pengebumian mayat komar berakhir pukul sepuluh malam.Selepas itu,mereka kembalui kerumah masing-masing dengan membawa ingatan yang sukar dilupakan.Mereka yang bertugas jaga kampung segera kembali ke pondok jaga.Setelah peristiwa itu,masing-masing yang ada di pondok jaga saling membincangkan perihal kematian komar,dan wak kemat yang terperangkap dalam keranda tersebut.
Mereka yang belum pernah bertemu dengan hantu perempuan merasakan ketegangan diahati masing-masing.Dan bagi bahrun yang pernah berdepan dengan hantu perempuan itu mula menghubung-hubungkan dengan mimpinya.Kemudian bahrun teringat akan rumah batu yang menyeramkan itu.
Kemudian terfikir pula bagi bahrun.
"Mengapa pula aku yang mimpikan rumah batu itu?Rumah batu itu menyimpan segala benda-benda yang mengerikan dan didalamnya penuh kabus."KKata bahrun dalam hati.Ketika itu lah baru bahrun ingat akan hasan dan jalal yang tahu selok belok rumah itu.
"Siapakah dia?."Tanya bahrun didalam hati.
Tak lama kemudian bahrun teringat pula akan zamilah isterinya.Tiba-tiba saja kahwin.Dan gadis mentah itu kini lekat dengan dirinya.Akhirnya bahrun mersakan rindunya kepada milah isterinya.Alangkah peliknya dirasakan bagi bahrun.Baru jumpa,kemudian kahwin dan mesra.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Mastris
No comments:
Post a Comment